1.0 pengenalan kpd rangkaian

40
S ISTEM RANGKAIAN DAN D UN I A INTERNET PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

Upload: yun-radzi

Post on 09-Nov-2015

261 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tmk tahun 5

TRANSCRIPT

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNETPENGENALAN KEPADA RANGKAIANMaksud Rangkaianterdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber, pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara elektronik.

Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared).Kegunaan RangkaianBerkongsi fail Berkongsi peranti Berkongsi akses internetPengurusan perisian berpusatMel Elektronik (E-Mel) Jenis RangkaianRangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network MAN)

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network PAN)

Rangkaian Persendirian Maya / Virtual Private Network (VPN)Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)

Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)

sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecilrumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network MAN)

meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandarbandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua.

WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit.

WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network PAN)

rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat komunikasi di antara peranti komputer.

meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain.

PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan bluetooth

Rangkaian Persendirian Maya / Virtual Private Network (VPN)

rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain.

Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.

Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod.

Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11

WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi.

Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network).

Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.

Senibina Rangkaianreka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Pengguna ke Pelayan ( Client to Server)Rakan ke rakan (Peer to Peer)

Pengguna ke Pelayan (Client to Server)terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).

Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain lainRakan ke Rakan (Peer to Peer)dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna.

Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa.Jenis TopologiTopologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN).

Topologi utamaTopologi Bintang (Star Topology)

Topologi Cecincin (Ring Topology)

Topologi Bas (Bus Topology)

Topologi Hybrid (Hybrid Topology)

Topologi Bintang (Star Topology)Topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagaihab.

Topologi Cecincin (Ring Topology)topologidi mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

Topologi Bas (Bus Topology)juga dikenali sebagaibas linear, ialah topologiyang paling mudah.

Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagaisegmenatau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Topologi Hybrid (Hybrid Topology)Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.

Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.

Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).

Jenis Teknologi KomunikasiINTRANETEKSTRANETINTERNET

INTRANETrangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi.

Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.

EKSTRANETRangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain.

INTERNETRangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam.

Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini.