1.0 pengenalan kepada rangkaian

21
1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

Upload: jai-yusof

Post on 16-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SCSC

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

Page 2: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

Rangkaian yang pertama sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an Advance Research Projects Agency Network (ARPANET) dibina oleh ARPA untuk

Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat

Mula berkembang Pada tahun 1969 Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat membina DARPA- untuk tujuan penyelidikan

mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian (ARPANET - Advance Research Projects Agency Network )

  Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk

sebuah rangkaian.

Pada tahun 1972 Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik (emel) untuk

penyelidikan ARPANET

  Pada tahun 1973 jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari

Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat.

Dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet

 

1.1Perkembangan Rangkaian

Page 3: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

Pada 26 Mac 1976 Ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and

Radar Establishment di Malvern lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk

sebuah rangkaian atau Network.

Pada tahun 1979 Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama

yang dikenali sebagai USENET (User Network).

Pada tahun 1981 France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama

dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)).

Pada tahun 1982 sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal

dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network

(EUNET)  Pada tahun 1984 sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain Name

System (DNS) telah diperkenalkan bertujuan menyeragamkan semua alamat rangkaian komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer

Page 4: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

Pada tahun 1987 bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan

menjadi 10000 buah lebih komputer  Pada tahun 1988 Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan

Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting).

Pada pertengahan tahun 1990 Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar

(browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.

Pada tahun 1992 komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah

komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah).  Pada tahun 1994 laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat

halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi.

  Pada tahun April 1994 Enjin Carian (Search Engine) yang pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh

David Filo dan Jerry dan pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan. 

Page 5: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara elektronik.

Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared).

1.2 Maksud Rangkaian

Page 6: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

1.3 Kegunaan Rangkaian

Page 7: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

KEGUNAN RANGKAIA

N

Berkongsi fail

Berkongsi peranti

Berkongsi akses internet

Pengurusan perisian berpusatMel

Elektronik (e-mail)

PLUG TMK TAHUN 5

Modul Pengajaran TMK Tahun 5

Dokumen Standard Kurikulum TMK Tahun 5

Internet

Page 8: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

1.4 Jenis Rangkaian

Page 9: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

JENIS-JENIS RANGKAIAN

Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network – LAN)

Rangkaian Kawasan Metropolitan(Metropolitan Area Network – MAN)

Rangkaian Kawasan Luas(Wide Area Network – WAN)

Rangkaian Kawasan Peribadi(Personel Area Network – PAN)

Rangkaian Network Maya(Virtual Private Network – VPN)

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar/Wireless LAN (WLAN)

WORDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)

Bangunan yang sama

Dua atau lebih komputer berkomunikasi melalui wayar atau Tanpa wayar

Kawasan geografi yang agak luas seperti bandar atau gabungan Beberapa buah sekolahGabungan suara, imej, data , video

Jarak jauh seperti antara negeri

Disambung melalui telefon atau satelit contohnya internet

Rangkaian komputer perseorangan

USB, Port FireWire, Infrared dan Blurtooth

Menggunakan infrastruktur awam

ibu pejabat dan cawangan contoh: Bank

Menggunakan gelombang radio yang tinggi

Contoh: wifi di rumah

Teknologi menyerupai WIFI tetapi pangkalan WIMAX menggunakan menara

Penerima di pasang di rumah.

Page 10: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi

Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:• Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server)• Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer)

1.5 Jenis Senibina Rangkaian

Page 11: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server)

sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).

• menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain –lain.

•  mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi• tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu

tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.

Komputer pelayan

• komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan.

• boleh membuat kerja – kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya.

komputer pengguna

Page 12: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

CIRI-CIRI

Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer

pelayan

Perkongsian data dan perisian

aplikasi boleh di lakukan.

Keselamatan sumber dan data

dikawal oleh pelayan

Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance)

untuk menjamin keberkesanan

sistem

Rangkaian tidak berfungsi

jika berlaku kerosakan

pada pelayan

Page 13: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer)

dikenali dengan P2P -semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna.

Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa.

tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian.

Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail

data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.

Page 14: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

CIRI-CIRI

Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan

sumber.

P2P tidak dapat menjamin

keselamatan data di dalam

sesebuah komputer

Semua komputer di keupayaan yang

sama di dalam mengirim,

menerima dan memproses fail.

Perkongsian pada

perkakasan dan fail boleh

dibuat

Page 15: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN)

Topologi utama ialah: • Topologi Bintang (Star Topology) • Topologi Cecincin (Ring Topology) • Topologi Bas (Bus Topology) • Topologi Hybrid (Hybrid Topology)

1.6 Jenis Topologi

Page 16: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

TOPOLOGI BINTANG semua kabel penyambung dari nod akan masuk

ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.

Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.

Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.

Page 17: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

TOPOLOGI CINCIN setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain,

membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.

Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)

Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.

Page 18: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

TOPOLOGI BAS topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari satu

kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.

Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.

Page 19: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

TOPOLOGI HYBRID

Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.

Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.

Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).

Page 20: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

1.7 Jenis Teknologi Komunikasi

INTRANET

EKSTRANET

INTERNET

Page 21: 1.0 Pengenalan Kepada Rangkaian

INTRANE

T

• rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi.

• menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja

• meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.

EKSTRANET

• Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain.

• Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.

INTERNE

T

• Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam.

• Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini.

• berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.