10 resipi kuih raya paling popular di malaysiarahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap...

18
www.RahsiaKuihRaya.com POTENSI BISNES KUIH RAYA DAN SATU RESIPI LENGKAP KUIH RAYA POPULAR Hjh Nor Azlina Sidek 1 www.RahsiaKuihRaya.com

Upload: vanmien

Post on 31-Jan-2018

250 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

 

POTENSI BISNES KUIH RAYA  

 DAN   

SATU RESIPI LENGKAP KUIH RAYA POPULAR 

 

    

Hjh Nor Azlina Sidek

1

www.RahsiaKuihRaya.com 

Page 2: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

  

 

 

2

[Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian

rencana, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa jua bentuk

dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal,

rakaman atau apa cara sekalipun sebelum mendapat keizinan

secara bertulis daripada penerbit www.RahsiaKuihRaya.com [Anda TIDAK BOLEH] mengedar ebook ini secara spam atau apa-

apa cara yang tidak beretika dan salah disisi undang-undang.

[Anda TIDAK BOLEH] mengubahsuai mana-mana kandungan dalam

ebook ini.

[Anda BOLEH] memberi secara percuma kepada sesiapa sahaja.

[Anda BOLEH] mencetak e-book ini untuk kegunaan sendiri bagi

tujuan memudahkan proses pembelajaran.

Page 3: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3

Ebook ini hanyalah bertujuan bagi menyediakan maklumat

berkenaan dengan potensi perniagaan kuih raya. Penulis dan

penerbit tidak terlibat dengan sebarang khidmat professional yang

terkandung di dalam ebook ini.

Penulis dan penerbit juga tidak akan bertanggungjawab ke atas

mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung

pembaca akibat dari perlaksanaan mana-mana isi kandungan ebook

ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Oleh itu, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada

pakar-pakar rujuk perniagaan terlebih dahulu bagi mendapat khidmat

nasihat yang professional.

Page 4: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

 

PRAKATA............................................................................................. - 5 -

RAHSIA USAHAWAN KUIH RAYA..................................................... - 6 -

SIAPAKAH SAYA?............................................................................. - 10 -

PELUANG UNTUK ANDA!................................................................... -12-

RESEPI LENGKAP KUIH RAYA PALING LARIS............................. - 14 -

PENUTUP............................................................................................ - 17 -

4

KANDUNGAN                                                                               HALAMAN

Page 5: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

5

PRAKATA  Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

keizinannya jua Ebook ini telah siap ditulis. Besar harapan kami agar penulisan

yang ringkas ini dapat menyedarkan para pembaca tentang peluang dan

potensi perniagaan kuih raya dalam menjana pendapatan yang lumayan.

Suasana hari raya di Malaysia tidak seperti di negara-negara lain.

Tanyalah sesiapa yang pernah tinggal di luar negara. Kemeriahan hari raya,

khususnya dari segi kepelbagaian kuih muih yang dihidangkan sudah menjadi

identity Malaysia. Baik kuih tradisional mahupun kuih raya moden.

Suatu ketika dahulu, kuih muih ini disediakan sendiri di dapur oleh ibu-ibu

dan nenek-nenek kita. Tetapi sekarang, zaman sudah berubah. Kuih raya

sudah menjadi satu sumber pendapatan bagi sesetengah orang.

Penulisan ringkas ini akan cuba memberikan sedikit gambaran tentang

peluang dan potensi pendapatan lumayan yang tersembunyi di sebalik

kepelbagaian kuih raya.

Semoga hari raya tahun ini lebih ceria dan kesedapan kuih raya buatan

anda menambahkan kemeriahan hari raya pelanggan-pelanggan anda.

Selamat mencuba..

Ikhlas Daripada,

Hjh Nor Azlina Sidek

Page 6: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

RAHSIA USAHAWAN KUIH RAYA 

Pernahkah anda dengar ’Sindrom Kering Selepas Raya’?

Mungkin juga anda adalah salah seorang yang pernah mengalami sindrom

ini iaitu POKAI SELEPAS RAYA. Bagaimana nak atasi masalah ini?

Oh...anda silap, kami bukan ingin berkongsi tips pengurusan kewangan

bagaimana nak elakkan pokai selepas raya. Tetapi apa yang kami bakal

kongsikan bukan sahaja dapat menyelamatkan anda dari pokai selepas

raya, tetapi mungkin akan menyelamatkan anda dari masalah pokai

sepanjang tahun.

6

Page 7: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

Ketika musim raya, ramai yang pokai. Tahukah anda apa puncanya?

Baju raya anak, tukar langsir baru, duit raya, cat rumah dan macam-

macam lagi.

Selain itu, salah satu punca mereka (mungkin anda sendiri) pokai adalah

kerana terpaksa memenuhi keperluan menjamu tetamu dengan kuih raya.

Kini, kuih raya adalah satu keperluan yang mesti ada dalam setiap isi

rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari Raya Puasa.

Anda ingat tak dulu betapa seronoknya kita semasa zaman kanak-kanak di

mana kita turut membantu ibu bapa, makcik-makcik, nenek membuat kuih

raya, menganyam ketupat, membakar lemang, manakala kakak-kakak kita

pula sibuk mencuba resepi-resepi terkini kuih raya moden?

Zaman tersebut sudah berlalu dibawa arus kemodenan.

7

Page 8: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

8

Wanita-wanita yang dahulunya akan sibuk di dapur setiap kali menjelang

musim raya, kini sudah berkerja di syarikat-syarikat korporat, kilang-kilang,

pasaraya-pasaraya sekurang-kurangnya 8-9 jam setiap hari. Komitmen di

tempat kerja menyebabkan mereka tidak dapat lagi menyediakan sendiri

kuih raya.

Oleh kerana mereka berkerja, maka mereka ada kuasa beli yang agak

tinggi. Oleh itu, sebagai alternatifnya, mereka akan membeli kuih raya dari

mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi keperluan di hari lebaran.

Senang, cepat dan mungkin lebih sedap berbanding kuih raya buatan

mereka sendiri ☺ ....

Tahukah anda bahawa 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah

wanita. Menurut banci pada 1995, 47.1% wanita (lingkungan umur 18-50

tahun) di Malaysia adalah pekerja iaitu sebanyak 2.9 juta orang. Itu pada

tahun 1995, bayangkan situasi sekarang. Sudah pasti jumlah tersebut

semakin bertambah.

Jumlah wanita bekerja yang semakin bertambah dan kekurangan

kemahiran serta kekangan masa untuk membuat kuih raya di kalangan

wanita berkerjaya juga amat menyumbang kepada permintaan kuih raya

‘ready made’.

Jika suatu ketika dulu, istilah ‘kuih tunjuk’ menjadi suatu ejekan kepada

mereka yang menghidangkan kuih raya ready made kepada tetamu di hari

raya. Namun sekarang ini, kuih raya ready made telah jadi suatu trend

dalam masyarakat kita ini. Kadang-kadang oleh kerana sedapnya kuih

raya tersebut, tanpa segan silu, tetamu kita akan tanya ‘order kat mana

ni’?

Page 9: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

9

Maka sebab itulah, perniagaan kuih raya ini sentiasa berkembang setiap

tahun kerana peningkatan permintaan. Tahukah anda bahawa masalah

utama yang di hadapi oleh usahawan kuih raya ini adalah tak cukup

tangan untuk memenuhi tempahan. Bukankah ini satu petanda yang

menunjukkan betapa ‘best’nya bisnes kuih raya ini?

Sebab itulah setiap tahun ketika bulan Ramadan, terdapat segelintir rakan-

rakan kita yang sanggup mengharungi keletihan berpuasa di siang hari

dan berjaga sepanjang malam semata-mata untuk memenuhi tempahan

pelanggan terhadap juadah-juadah kuih raya yang mesti dibekalkan

sebelum 1 syawal.

Bahkan ada diantara mereka yang sanggup ambil cuti untuk memastikan

tempahan-tempahan pelanggan dipenuhi. Anak-anak dan anak saudara

yang bercuti sekolah ’dikerah’ sebagai pembantu bagi memasikan setiap

tempahan dapat dipenuhi.

Cuba bayangkan, kenapakah mereka sanggup bersusah payah sampai

macam tu sekali? Cuba tanya mereka. Mungkin dengan rendah dirinya

mereka akan jawab ’Saje je nak cari duit lebih sikit nak cover kos belanja

musim raya, boleh la beli baju raya cantik-cantik sikit untuk anak-anak,

tukar langsir baru’.

Hmm... betul ke tu? Sebenarnya mereka ini sebenarnya pandai

menyimpan rahsia. Seperti kami juga dulu.

Biar kami dedahkan sebahagian daripada rahsia-rahsia tersebut...

Page 10: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

10

Tahukah anda bahawa dengan strategi yang betul, anda boleh menjana

pendapatan terkumpul selama sebulan bisnes kuih raya menyamai gaji

anda setahun. Kalaulah anda seorang pemalas (contoh je...), cukup hanya

kerja sebulan dan berehat selama setahun menunggu musim raya

seterusnya seperti beruang polar tidur lena dalam kesejukan menunggu

ketibaan musim panas. Ketahuilah bahawa musim raya ini adalah ibarat

’musim panas’ bagi usahawan-usahawan kuih raya.

Tidakkah anda ingin turut sama merasai ’kehangatan’ musim raya tahun

ini?

Page 11: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

11

SIAPAKAH SAYA? 

Saya adalah Nor Azlina Sidek, seorang suri rumah sepenuh masa,

telah terlibat dalam bisnes kuih raya sejak 10 tahun lalu. Bermula hanya

dengan niat ’suka-suka’ bagi memenuhi hobi, sehingga menjadi semakin

serius setiap tahun apabila keseronokan melihat akaun bank kami

bertambah setiap kali tiba musim raya. Dengan bantuan suami, kami telah

merasai bagaimana lumayannya bisnes kuih raya ini. Ia adalah satu

bidang yang menguntungkan.

Suami saya pula adalah kenalan rapat kepada En. Hariri, pemilik

www.PustakaSiber.com, penerbit kepada dua ebook Best Seller iaitu

Rahsia Mudah Hamil dan Rahsia Anak Pintar. Pihak Pustaka Siber sudah

sedia maklum dengan kesibukan kami setiap kali tiba musim raya, tapi

entah macam mana pada Ramadhan tahun lepas, suami saya boleh

terlepas cakap tentang potensi bisnes kuih raya dengan pihak Pustaka

Siber.

Sebelum ini, kami tak pernah dedahkan kepada sesiapa betapa

lumayannya pendapatan bisnes kuih raya ni. Pihak Pustaka Siber telah

mengambil masa beberapa bulan untuk meminta kami mendedahkan

rahsia-rahsia ini dalam suatu bentuk penulisan. Dengan ini kami akan

mendedahkan potensi dan rahsia menjana pendapatan melalui bisnes kuih

raya berdasarkan pengalaman kami dan pengalaman ahli keluarga kami

yang lebih dahulu meneroka bidang ini.

Page 12: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

12

PELUANG UNTUK ANDA! 

Ebook Rahsia Kuih Raya dikeluarkan bersama ebook 10 Resipi Kuih Raya.

Bagi mereka yang belum pandai buat kuih raya, anda tetap berpeluang

untuk buat duit dari bisnes kuih raya. Macam mana caranya? Kami akan

tunjukkan caranya melalui e-book 10 Resipi Kuih Raya yang dikeluarkan

bersama ebook Rahsia Kuih Raya.

10 resipi tersebut adalah jenis kuih raya yang mudah dihasilkan tetapi

mempunyai permintaan yang tinggi pada musim perayaan. Senarai 10

resipi tersebut dibuat berdasarkan permintaan beberapa tahun terakhir dan

pemerhatian di beberapa lokasi.

Disamping itu, kami juga telah buat sedikit pendedahan tentang satu

fenomena terkini dalam bidang perniagaan kuih raya, iaitu potensi kaedah

pemasaran kuih raya secara online.

Jika anda tak pandai tak sempat nak buat kuih raya tapi masih bercita-cita

nak buat duit dengan kuih raya, kami akan dedahkan anda dengan satu

teknik tanpa risiko. Dengan teknik ini, anda masih boleh buat duit melalui

bisnes kuih raya dengan usaha yang sangat minima.

Maka, ini telah menjadikan e-book ini sebagai suatu rujukan yang cukup

lengkap bagi semua kategori pembaca. Sama ada anda seorang yang

baru mahu berjinak-jinak dengan bisnes ini, graduan yang belum dapat

kerja ataupun mereka yang sudah berpengalaman, tetapi ingin

mengembangkan lagi bisnes anda.

Page 13: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

Di sini kami paparkan resipi lengkap sejenis kuih raya yang mendapat

permintaan paling laris sejak beberapa tahun lalu berdasarkan

pengalaman kami dan beberapa rakan serta ahli keluarga kami yang

terlibat dengan bisnes kuih raya.

Resepi ini adalah rahsia kelazatan kuih raya buatan kami sendiri. Memang

ada bersepah resepi Almond London ini di internet. Tetapi resepi yang

kami berikan ini adalah sangat istimewa kerana melalui resepi inilah kami

menjana pendapatan lumayan dengan kuih raya setiap tahun sehingga

ada sebahagian pelanggan kami adalah merupakan pelanggan tetap sejak

bertahun-tahun lamanya.

Dalam ebook ini, kami berikan resipi lengkap Almond London sepenuhnya

kepada anda. Resepi ini sudah bertahun-tahun di pasaran dan terbukti

‘boleh dijual’. Sedikitpun tidak kami sembunyikan apa-apa ‘step’ dalam

resipi ini. Sudah tentu anda tidak ingin memulakan perniagaan anda

dengan sesuatu yang tak berkualiti bukan?

Oleh itu, ebook Rahsia Kuih Raya bukan sahaja panduan untuk berbisnes

kuih raya, tetapi ia juga disertakan dengan resipi yang sudah teruji dimana

anda boleh terus mula menjana pendapatan darinya.

13

Page 14: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

Berikut adalah resipi lengkap Biskut Almond London,

Selamat mencuba….

 RESEPI BISKUT ALMOND LONDON 

 

Bahan-bahan:

• 250 gm butter

• 125 gm gula halus

• 1 biji kuning telur

• 1 sudu teh esen vanilla

• 100 gm tepung jagung

• 250 gm tepung gandum

• 2 bungkus tepung Hunkwee @ boleh ganti dengan 150gm tepung

beras

• 50 gm nestum Family (dikisar)

• 2 sudu makan susu tepung

• Kacang badam ( digoreng tanpa minyak / dipanggang)

• badam cincang yang telah di panggang (untuk hiasan)

14

PENYEDIAAN BISKUT ALMOND LONDON

Page 15: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

15

Bahan-bahan untuk topping

• +/-700 gm coklat masakan

• 1 sudu makan butter/shortening

Cara-Cara:

1. Campurkan 3 jenis tepung dan susu tepung digaul sebati. (tepung

hendaklah diayak terlebih dahulu)

2. Putar butter, gula dan esen vanilla hingga kembang

3. Masukkan telur dan dipukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit

hingga menjadi doh.

5. Ambil sedikit adunan dan bentukkan doh menjadi bulat dan

masukkan badam di dalamnya. Bentuk semula mengikut bentuk

badam (bujur)

6. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar (dulang hendaklah di

lenserkan dengan sedikit margerin/mentega terlebih dahulu).

Pastikan jarak antara biskut tersebut jangan terlalu rapat kerana

biskut ini akan mengembang ketika dibakar.

7. Kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit pada suhu 180°C.

8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika.

p/s: Pastikan biskut adalah rangup (bukan gebu). Tepung hunkwee

atau tepung beras digunakan didalam resipi ini untuk memastikan

biskut yang dihasilkan rangup.

Page 16: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

Penyediaan Topping:

1. Campurkan cooking chocolate (coklat masakan) dan

butter/shortening.

2. Cairkan campuran tersebut dengan menggunakan kaedah “double

Boil” .

3. Setelah campuran coklat tersebut cair, celupkan biskut tadi ke dalam

coklat cair (guna penyepit kecil).

4. Kemudian masukkan biskut yang telah dicelup ke dalam paper

cup/mangkuk kertas.

5. Akhir sekali, hiaskan biskut dengan taburkan badam cincang di

atasnya (tabur ketika coklat masih panas/cair).

6. Biarkan salutan coklat beku.

7. Kemudian bolehlah dinikmati atau di simpan di dalam bekas kedap

udara.

16

Page 17: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

PENUTUP 

Akhir sekali kami ingin bertanya,

Adakah anda masih ragu-ragu dengan peluang buat duit dengan kuih

raya? Kalau tak percaya, tanyalah sesiapa sahaja di sekitar anda yang

pernah buat bisnes dengan kuih raya. Tapi ,mesti kena cara pujuk, baru

mereka dedahkan rahsia.

Kami sendiri tak pernah dedahkan, tetapi khas buat anda, kami dedahkan

segalanya dalam suatu bentuk penulisan lengkap berserta dengan segala

teknik-teknik pemasaran yang terbukti berkesan.

Segera dapatkan ebook RAHSIA KUIH RAYA dan 10 RESEPI LENGKAP

KUIH RAYA PALING POPULAR DAN PERMINTAAN TINGGI di…

www.RahsiaKuihRaya.com

17

Page 18: 10 RESIPI KUIH RAYA PALING POPULAR DI MALAYSIArahsiakuihraya.com/ffdld/rkr_free.pdf · rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari ... mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi

www.RahsiaKuihRaya.com

18

Laman web : www.lubukresipi.blogspot.com

Nama : Hajjah Nor Azlina Sidek

Tarikh Lahir : 10.12.1969

Tempat Lahir : Selangor, Malaysia.

Pengalaman : Bisnes Kuih Raya .

BIODATA PENULIS