1.0 assignment guru dan cabaran semasa (full)

12
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA : GEJALA SOSIAL 1.0 PENDAHULUAN Jika sebut sahaja mengenai bidang pendidikan, sudah tentu amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana tanpanya institusi pendidikan tidak dapat berlangsung dengan sempurna. Isu pendidikan dan cabaran semasa sentiasa menghimpit setiap insan yang berada dalam dunia pendidikan khususnya para guru. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), isu bermaksud perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan manakala cabaran merujuk kepada sesuatu faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Oleh itu, terdapat unsur yang mencabar kemampuan guru secara khasnya dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Dalam proses untuk meningkatkan kualiti pendidikan ini, sudah tentu terdapat banyak isu dan cabaran pendidikan yang perlu dihadapi oleh para guru terutamanya dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Antara isu dan cabaran yang dihadapi ialah isu gejala sosial dalam kalangan pelajar. Menurut Noriati et.al (2010), sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani ke arah membentuk masyarakat madani. Sehubungan itu, sekolah yang mempunyai guru yang berkemahiran, berkepimpinan serta mampu mendepani cabaran semasa perlu berusaha dengan gigih lagi bagi melahirkan pelajar yang berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek tingkah laku mereka. Jika dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1989), terdapat frasa yang menggariskan pendidikan sebagai satu usaha bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari kesejahteraan diri. Tugas untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini agak berat kerana sukar untuk membentuk manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan acuan rohaninya ke arah satu matlamat yang serupa. Namun sebagai seorang guru, cabaran untuk merealisasikan hasrat ini harus disahut dengan penuh kesungguhan agar dapat melahirkan modal insan kelas pertama. Merujuk data terkini yang telah dikeluarkan, terdapat lebih kurang 421,086 orang guru untuk mendidik 5,163,316 juta pelajar. Betapa 1

Upload: norhalimahmahat

Post on 27-Dec-2015

515 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA : GEJALA SOSIAL

1.0 PENDAHULUAN

Jika sebut sahaja mengenai bidang pendidikan, sudah tentu amat berkait rapat

dengan sekolah, guru dan pelajar kerana tanpanya institusi pendidikan tidak dapat

berlangsung dengan sempurna. Isu pendidikan dan cabaran semasa sentiasa

menghimpit setiap insan yang berada dalam dunia pendidikan khususnya para guru.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), isu bermaksud perkara pokok atau

persoalan yang dibincangkan manakala cabaran merujuk kepada sesuatu faktor

yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Oleh itu, terdapat

unsur yang mencabar kemampuan guru secara khasnya dalam meningkatkan kualiti

pendidikan di Malaysia.

Dalam proses untuk meningkatkan kualiti pendidikan ini, sudah tentu terdapat

banyak isu dan cabaran pendidikan yang perlu dihadapi oleh para guru terutamanya

dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Antara isu dan cabaran yang

dihadapi ialah isu gejala sosial dalam kalangan pelajar. Menurut Noriati et.al (2010),

sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru yang kerap diutarakan dalam

persidangan nasional ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial

yang perlu ditangani ke arah membentuk masyarakat madani. Sehubungan itu,

sekolah yang mempunyai guru yang berkemahiran, berkepimpinan serta mampu

mendepani cabaran semasa perlu berusaha dengan gigih lagi bagi melahirkan

pelajar yang berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek tingkah

laku mereka.

Jika dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1989), terdapat frasa

yang menggariskan pendidikan sebagai satu usaha bagi melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari kesejahteraan diri. Tugas untuk

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini agak berat kerana sukar

untuk membentuk manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan acuan

rohaninya ke arah satu matlamat yang serupa. Namun sebagai seorang guru,

cabaran untuk merealisasikan hasrat ini harus disahut dengan penuh kesungguhan

agar dapat melahirkan modal insan kelas pertama.

1

Page 2: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

Merujuk data terkini yang telah dikeluarkan, terdapat lebih kurang 421,086

orang guru untuk mendidik 5,163,316 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab

guru untuk membimbing dan mendidik bilangan pelajar yang begitu ramai.

Berdasarkan petikan akhbar Harian Metro, Mashitah (2012) berpendapat pelajar

sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka.

Terdapat segelintir pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng

sekolah, terbabit dengan kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang

bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala sosial lain. Oleh itu, adalah

menjadi satu cabaran kepada seorang guru untuk mengatasi gejala sosial ini.

Sehubungan itu, dalam tugasan Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) ini,

penulis hanya akan memfokuskan perbicangan terhadap isu gejala sosial buli di

sekolah dan selanjutnya penulis akan menganalisis kes tersebut secara kritikal.

2.0 GEJALA SOSIAL BULI

2.1 Fakta kes buli

Menurut Tattum (1988) dalam Azneezal et.al (2005), buli adalah operasi

psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah

oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa. Manakala merujuk kepada

Wikipedia Ensiklopedia Bebas, buli bermaksud perbuatan mengasari orang

yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan

masing-masing. Secara ringkasnya, tingkah laku buli ini boleh didefinisikan

sebagai satu perbuatan menindas oleh seseorang yang lebih kuat atau

berkuasa terhadap seseorang yang lebih lemah.

Tingkah laku buli boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu

bentuk fizikal dan psikologi. Menurut Mohd. Aris et.al (2005), buli fizikal

melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik

rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan

kecederaan atau kematian manakala buli psikologi pula lebih kepada

ejek-mengejek. Sungguhpun kes buli secara psikologi ini kurang mendapat

perhatian media, namun buli psikologi sebenarnya lebih serius berlaku di

sekolah berbanding kes buli secara fizikal. Tekanan buli psikologi secara

2

Page 3: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

berpanjangan boleh menyebabkan berlakunya buli fizikal yang boleh

menyebabkan pergaduhan yang melibatkan aksi pukul-memukul.

Berdasarkan laporan akhbar Berita Minggu (14 Julai, 2005) yang dipetik dari

Mahadi (2007), menyatakan terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera

akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999 hingga

2003. Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan buli. Manakala

merujuk keratan akhbar Berita Harian (2005) dipetik dari Azneezal et.al (2005) pula

melaporkan, pada tahun 2003, peratusan salah laku disiplin pelajar termasuklah kes

buli adalah sebanyak 2.11% dan pada tahun 2004 ialah sebanyak 2.07%.

Dalam beberapa kes yang pernah dilaporkan, kes buli di sekolah bukan

sahaja melibatkan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan. Tidak cukup dengan

itu, pembuli juga seakan-akan tidak takut dengan hukuman yang bakal dikenakan

dengan memuat naik aksi buli mereka di laman-laman sosial secara bangganya.

Keadaan ini membuktikan bahawa gejala sosial buli ini merupakan satu cabaran

besar yang perlu dihadapi oleh guru secara khasnya dan Kementerian Pelajaran

Malaysia secara amnya.

Memetik laporan Berita Harian Online (11 Julai 2014), tiga pelajar perempuan

yang terbabit dalam video “Budak Pailang” akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti

masing-masing di Sabah, Terengganu dan Melaka selepas mengaku bersalah

mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya,

Kota Samarahan pada 25 April 2014. Video yang telah dimuat naik di laman sosial

Youtube itu menunjukkan mangsa telah disepak, dipijak dan diheret atas lantai dan

dibelasah sekumpulan pelajar samseng yang juga merupakan pelajar perempuan.

Selain itu, antara kes serius yang dilaporkan dan membuka mata pelbagai

pihak mengenai gejala buli ialah kes adik Mohamad Afiq Qusyairi, pelajar Sekolah

Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang yang hampir mengalami

risiko lumpuh sepanjang hayat akibat dipijak belakangnya dengan kasut kadet polis

serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga

sekolah tersebut pada Jun 2005 (Bernama, Ogos 2005).

Walau bagaimanapun, gejala buli yang paling mengejutkan semua pihak

ialah kes buli yang telah menyebabkan kematian. Sebagai contoh, insiden malang

yang menimpa adik Mohd. Hadzrin Mohamad iaitu seorang pelajar tingkatan empat

3

Page 4: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

di sebuah sekolah di Cheras pada tahun 2009. Allahyarham koma selama lapan hari

akibat dipukul oleh sekumpulan remaja gara-gara berebut kekasih. Allahyarham

menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Utusan Online, Februari 2009).

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan di atas, kebanyakan kes buli yang

dilaporkan berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah menengah. Walau

bagaimanapun, kes-kes buli di sekolah menengah ini adalah rentetan daripada

tingkah laku agresif buli semasa mereka berada di sekolah rendah. Pendapat

penulis ini selaras dengan kajian yang dilakukan Azizi Hj. Yahaya et.al (2008) iaitu

pelajar yang bertingkah laku agresif buli cenderung untuk membentuk tingkah laku

agresif ganas apabila dewasa kelak. Ini bermakna, pelajar yang membuli semasa di

sekolah rendah berkemungkinan besar menjadi pembuli di sekolah menengah

dengan kelakuan yang lebih ganas lagi.

Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli.

Menurut Azizi Hj. Yahaya et.al (2008), masalah buli yang berlaku di sekolah

merupakan perkara biasa pada hari ini. Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan,

jelaslah bahawa gejala buli yang berlaku dalam kalangan pelajar harus ditangani

segera kerana masalah buli ini bukan sahaja memberi kesan yang negatif kepada

mangsa buli bahkan turut memberi kesan kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan

pihak pentabir sekolah sekali gus menjadi satu cabaran besar kepada negara pada

masa akan datang.

Oleh hal yang demikian, penulis akan mengupas dengan lebih mendalam lagi

mengenai kes-kes buli yang berlaku. Kupasan yang akan dibuat meliputi punca,

implikasi dan cadangan mengatasi masalah buli. Rumusan secara keseluruhan juga

akan dibuat pada bahagian penutup tugasan projek EDU3093 ini.

3.0 ANALISIS KES BULI SECARA KRITIKAL

3.1 Punca gejala buli

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Azneezal et. al (2005), pengaruh

rakan sebaya menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli. Menurut

beliau lagi, tekanan rakan sebaya akan mendorong murid terpengaruh akan

tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Hal ini kerana pada zaman

4

Page 5: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

ini, remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka

berbanding orang lain. Malah ibu bapa dan guru tidak lagi menjadi model

dalam kehidupan remaja mereka. Keadaan ini berlaku kerana mereka lebih percaya

dengan rakan seusia untuk berkongsi masalah. Olah itu, tekanan rakan sebaya

akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka

yang suka membuli.

Perbuatan buli juga boleh berpunca daripada pengaruh media massa.

Media massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video.

Dewasa ini terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang

berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan

di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda,

terutamanya peiajar sekolah. Sebagai contoh, video “Budak Pailang” yang dimuat

naik di Youtube jelas menggambarkan kata-kata murid yang terbabit adalah

pengaruh daripada sebahagian dialog yang diungkapkan dalam filem-filem tempatan

yang berunsurkan gangsterisme.

Selain itu, emosi pelajar juga merupakan salah satu punca berlakunya kes

buli. Menurut kajian yang dijalankan Azneezal et.al (2005) sesetengah pelajar

mempunyai emosi dan ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai

perasaan rendah diri (inferiority complex). Oleh itu, murid yang membuli ini

dikatakan mudah terbawa-bawa emosi yang bersifat negatif. Banyak kajian

menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang

kurang berdisiplin. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah

kepada mereka. Kejayaan membuli akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan

tidak mudah digertak.

Gejala buli ini juga dikatakan berpunca daripada kurangnya kasih sayang

ibu bapa. Memetik petikan akhbar Utusan Melayu (September, 2013), seorang

murid tahun enam yang suka membuli di sekolah mengatakan bahawa ibunya lebih

sayangkan adik dan kurang memberi perhatian kepadanya. Sebagai tanda protes

dengan sikap ibunya itu, dia tidak mahu mengetip kuku dan membuli

kawan-kawannya di sekolah dengan cara mencakar. Kukunya dibiarkan panjang

kerana menunggu ibunya peka dengan kukunya. Akhirnya, gurunya sendiri

mengetip kuku pelajar itu dan menunjukkan keprihatinan kepadanya dan ibunya

mula sedar kecuaiannya. Keadaan ini jelas menunjukkan murid yang membuli

5

Page 6: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

menunjukkan tanda protes mereka akibat kekurangan kasih sayang daripada ibu

bapa mereka.

Peranan guru dan pihak sekolah yang terlampau menekankan aspek

akademik juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Menurut

Azneezal et. al (2005), pihak sekolah dan kementerian terlalu menekankan

program-program bercorak akademik dan terlampau menekankan kecemerlangan

akademik lantas meminggirkan pendidikan sosial. Maka lahirlah pelajar yang

cemerlang dalam akademik tetapi menjadi pembuli ketika di sekolah.

Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, jelaslah bahawa gejala buli yang

terjadi ini pada hari ini berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor-faktor yang

mendorong kepada masalah buli ini menjadi satu cabaran kepada guru secara

khasnya dalam memikirkan cara-cara untuk menghapuskan gejala buli ini secara

total sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

3.2 Cadangan mengatasi gejala buli

Kes-kes buli yang berlaku di sekolah menggambarkan begitu seriusnya masalah

yang dihadapi oleh generasi muda di Malaysia jika tidak diambil tindakan segera bagi

membendungnya. Semua pihak harus menggembleng tenaga bagi memastikan

masalah ini tidak berterusan atau menjadi lebih parah lagi. Penggemblengan tenaga

semua pihak seperti ibu bapa, guru, kaunselor, guru disiplin, pengubalan kurikulum

dan pihak polis dilihat mampu mengatasi masalah ini.

Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab membanteras

gejala ini hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang

kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat

sekolah perlu dibentuk. Program antibuli ini bertujuan untuk menghalang daripada

gejala buli terus berleluasa dalam kalangan murid-murid. Merujuk Utusan Online

(Mac 2009), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yakin masalah buli

boleh diatasi jika pengurusan sekolah diberi kebebasan untuk melaksanakan modul

antibuli yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Presidennya, Datuk Reezal

6

Page 7: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

Merican Naina Merican berkata, melalui konsep tersebut, fokus bukan hanya

tertumpu kepada antibuli tetapi membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif

dan selamat kepada pelajar (Utusan Online, Mac 2009). Antara ahli dalam

jawatankuasa antibuli boleh terdiri daripada guru besar, guru kaunseling, guru

disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program

antibuli dan menilai keberkesanannya.

Selain itu, sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes-kes buli

yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau

fizikal. Menurut Noran (2005), hal ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar

mengisi borang soal selidik berkaitan dengan gejala buli. Pelajar boleh juga menulis

kes-kes buli yang telah mereka alami di sekolah. Bagi mendapatkan respons yang

lebih tinggi tentang perbuatan buli ini, identiti pelajar yang mengisi borang soal selidik

hendaklah dirahsiakan (Noran, 2005). Dengan melakukan tinjauan masalah

sebegini, sekurang-kurangnya, guru dan pihak sekolah dapat mengenal pasti gejala

buli yang sedang berlaku di kawasan sekolah mereka.

Bukan setakat di peringkat sekolah, malah para guru juga boleh

melaksanakan peraturan kelas berkaitan dengan sifar buli. Satu peraturan kelas

berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli perlu dibentuk. Peraturan tersebut

hendaklah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku

buli sama ada dari segi psikologi mahupun fizikal dan apa pula hukuman yang akan

diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. Menurut Noriati et.al (2009)

penetapan dan penguatkuasaan peraturan di dalam kelas ini merujuk kepada Model

Disiplin Asertif yang telah diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter setelah

mendapati majoriti guru tidak mampu mengawal tingkah laku yang tidak diingini

berlaku dalam bilik darjah.

Mengenai pelaksanaan sifar buli tersebut, setiap pelajar diberikan senarai

peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan mereka hendaklah menandatangani

dokumen tersebut dan satu salinan disimpan di dalam fail pelajar. Sebelum itu,

pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan satu

perjanjian tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah

(Noran 2005).

7

Page 8: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

Tambahan lagi, adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah

perlu berperanan dengan baik. Sesungguhnya, murid akan menjadi semakin

agresif jika mendapati jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan

disiplin yang sewajarnya terhadap pelanggaran peraturan sekolah yang dilakukan.

Oleh itu, masalah disiplin yang berlaku di sekolah perlu diambil tindakan dengan

segera. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan

proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras. Untuk tujuan itu juga,

Berita Harian bertarikh 11 Ogos 2005 yang dipetik daripada Azneezal et.al 2005

melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang melatih guru

disiplin ketika menjalani latihan di maktab perguruan agar mereka dapat dibekalkan

dengan pelbagai pendekatan seperti kaunseling dan lebih bersedia menghadapi

sebarang cabaran dan masalah pelajar.

Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling di sekolah hendaklah

memainkan peranan mereka. Hal ini demikian kerana di sesetengah sekolah, guru

kaunseling sibuk membuat kerja lain daripada berjumpa dengan pelajar bermasalah

untuk menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling

harus memainkan peranan lebih aktif. Kebiasaannya, mangsa buli tidak mahu

berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut. Oleh itu, guru bimbingan

dan kaunseling dapat memulihkan semangat mangsa buli. Mereka juga akan lebih

yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya, pihak sekolah dapat mengambil

tindakan yang tegas kepada murid-murid yang terlibat.

Peranan ibu bapa dan guru-guru juga amat penting. Ibu bapa perlulah

memantau dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Ibu bapa seharusnya

lebih peka dan memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan gejala buli.

Guru-guru pula harus memberitahu ibu bapa jika ada yang tidak kena dengan

perlakuan seseorang murid. Hal ini kerana apabila berada di sekolah, murid-murid

berkelakuan tidak sama seperti di rumah. Kadang kala ibu bapa tidak percaya jika

pihak sekolah melaporkan bahawa anak-anak mereka terlibat dengan masalah

disiplin di sekolah kerana kelakuan anaknya yang berbeza apabila berada di rumah.

Oleh hal yang demikian, kerjasama antara ibu bapa dan guru amat membantu dalam

membanteras gejala buli di sekolah.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga boleh bekerjasama dengan

pihak polis untuk menangani masalah buli ini. Pembuli yang ditangkap mungkin

8

Page 9: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

boleh dipenjarakan atau disuruh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama

beberapa tempoh tertentu. Tujuannya adalah untuk menakutkan pembuli yang lain.

Setiap pembuli sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal seperti hantar

pembuli ke pusat pemulihan akhlak atau digantung persekolahan untuk memberikan

kesedaran dan pengajaran kepada pelaku dan murid-murid yang lain. Tindakan

mengampunkan pembuli dengan alasan mereka masih muda dan tidak sesuai

dikenakan hukuman penjara haruslah dikaji semula bagi kes-kes buli yang ekstrem

kerana zaman sudah berubah.

Kesimpulannya, masalah buli ini perlu ditangani dengan segera kerana jika

gejala ini menjadi semakin serius, mangsa buli akan berdepan dengan pelbagai

risiko termasuk kehilangan nyawa. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kes buli berlaku di

kawasan sekolah yang merupakan institusi formal untuk kita menjana modal insan

yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan

generasi muda yang kejam, dan suka menindas orang lain untuk kepentingan dirinya

sendiri.

Dengan ini diharapkan, semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah,

masyarakat, dan pihak berkuasa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini.

Semua pihak tidak kira daripada peringkat manapun wajar berganding bahu bagi

mencari alternatif terbaik bagi mengatasi masalah ini. Sikap saling salah-menyalahi

tidak akan memberi manfaat. Oleh itu, semua pihak harus duduk semeja dan

berbincang bagi memastikan anak-anak turun ke sekolah dengan perasaan selamat.

3.3 Kesan gejala buli

Seperti yang kita sedia maklum, perlakuan buli adalah perlakuan ganas yang

mendatangkan implikasi negatif kepada pelbagai pihak. Penulis akan mengupas

kesan-kesan gejala buli terhadap pembuli, mangsa buli, ibu bapa dan masyarakat

secara amnya.

Kesan utama gejala buli di sekolah ialah mangsa buli akan berasa takut

datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya

bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu,

mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya

akan menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika

9

Page 10: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli

yang membawa kawan-kawannya untuk membelasah mangsa buli. Bagi

murid-murid perempuan pula, mereka suka menyindir dan mengutuk sesama sendiri.

Perbuatan tersebut boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan.

Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan

tidak berani datang ke sekolah lagi. Rentetan daripada itu, kadar ponteng sekolah

dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang

ke sekolah.

Salah satu kesan gejala buli terhadap si pembuli adalah kecenderungan

untuk melakukan jenayah. Menurut Beale (2001) dalam Azizi Yahya (2011),

mereka yang menjadi pembuli cenderung tiga kali ganda untuk melakukan jenayah

atau pun sesuatu yang menyalahi undang-undang pada ketika usianya 30 tahun

berbanding orang biasa. Hal ini kerana golongan pembuli selalunya lebih cenderung

untuk bergaul dan mempunyai rakan yang mempunyai masalah yang sama dengan

mereka sekali gus menyumbang kepada terjebaknya kepada masalah samseng dan

gangsterisme.

Manakala, kesan terhadap mangsa buli pula, mereka lebih cenderung

untuk bersendirian, kerisauan sentiasa, dan tidak mahu ke sekolah. Menurut

Farrington (1993) dalam Azneezal et.al (2005), menjadi mangsa buli di sekolah

mungkin merupakan salah satu tingkah laku awal yang menyumbang kepada

perkembangan jangka panjang pola tingkah laku anti sosial. Dengan kata lain,

implikasi perlakuan buli di sekolah secara universalnya di kenal pasti sebagai

perosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak. Sekiranya keadaan ini

dibiarkan, maka perkembangan sosial murid yang dibuli itu akan terjejas.

Bukan setakat itu sahaja, perbuatan buli yang melampau juga akan

mengakibatkan mangsa buli mengalami tekanan yang hebat dan menyalahkan

diri sendiri atas kekurangan diri mereka (Olweus,1993 dalam Azizi Yahya, 2011).

Bahkan tekanan hebat yang dihadapi ini juga secara tidak langsung boleh

menyebabkan mereka mengakhiri hidup dengan cara membunuh diri. Kes seperti ini

pernah berlaku di negara Malaysia iaitu seorang pelajar berbangsa India nekad

untuk minum racun serangga kerana tidak tahan dibuli di sekolah yang akhirnya

meragut nyawanya sendiri (Berita Harian Online, Februari 2014).

10

Page 11: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

Kesan terhadap ibu bapa si pembuli pula mereka akan berasa kecewa dan

mencari-cari kesalahan mereka mendidik anak. Mereka juga akan berasa mereka

gagal untuk mendidik anak menjadi berdisiplin dan patuh pada undang-undang.

(Azizi Yahaya, 2011). Kesan terhadap ibu bapa mangsa buli pula, akan timbul satu

perasaan geram dan inginkan keadilan buat anak-anak mereka, lebih-lebih lagi

apabila perbuatan buli yang dikenakan mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Terakhir sekali, perlakuan buli akan membawa kesan yang negatif terhadap

masyarakat. Sekiranya kes-kes perlakuan buli meningkat, jenayah seperti memeras

ugut, ragut dan mencuri juga akan turut meningkat. Hal ini kerana kebanyakan

kes-kes jenayah datangnya daripada perlakuan buli. Sekiranya murid menjadi

pembuli, apabila mereka habis pengajian di sekolah kelak, akan terciptanya masalah

sosial seperti gangsterisme dan buli jalanan yang akan membahayakan masyarakat

sekeliling.

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, gejala sosial buli menjadi satu cabaran kepada profesion

keguruan. Penulis memilih gejala sosial buli ini kerana kesannya yang begitu

mendalam terhadap mangsa buli. Seperti kes-kes yang telah dilaporkan, banyak kes

yang mendedahkan mangsa buli menerima rawatan di hospital kerana terlalu teruk

dibuli malah ada yang lebih teruk lagi apabila melibatkan kematian. Tidak lupa juga

kesan psikologi mendalam yang dihadapi oleh mangsa buli. Selain itu, mangsa buli

dan pembuli itu sendiri boleh mengganggu proses sosialisasi dan pembelajaran di

sekolah serta masa depan mereka.

Sesungguhnya kes-kes buli yang berlaku di sekolah tidak boleh dilihat

sebagai satu masalah terpinggir. Walaupun nisbah kejadian adalah sangat kecil

tetapi gejala sosial buli boleh menjadi satu barah dalam usaha membentuk

masyarakat madani. Malah perkara ini perlu dilihat semula sejauh manakah

keseimbangan antara tumpuan kepada akademik dan hal-hal sosial. Adakah kita

mahu berbangga dengan pelajar yang mendapat keputusan akademik terbaik tetapi

hidupnya dipenuhi dengan budaya memukul, membuli dan sebagainya?

Perkara-perkara sebeginilah yang menjadi cabaran kepada para guru dalam

mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmaninya.

11

Page 12: 1.0 Assignment Guru Dan Cabaran Semasa (Full)

Bagi menangani gejala sosial buli ini, pelbagai langkah boleh diambil dan

dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan

dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah ini. Dengan kata lain, walau apapun

langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa,

nescaya gejala ini sukar diatasi.

Ringkasnya, gejala sosial buli ini mampu ditangani jika semua pihak bersedia

untuk mendengar dan duduk untuk berbincang. Hal ini memerlukan komitmen

daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau murid itu sendiri bagi memastikan

institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan

samseng. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas

dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang

menunjangi institusi sekolah.

12