1. kertas-kerja-big-fasa-3-2015 bengkel

10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN KERTAS KERJA BENGKEL BIG FASA 3: ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL 2015 ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM, IPG DARULAMAN HARI & TARIKH: ISNIN, 02 MAC 2015 TEMPAT:

Upload: zi-xian

Post on 13-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

KERTAS KERJA

BENGKEL BIG FASA 3: ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL2015

ANJURAN:UNIT KOKURIKULUM, IPG DARULAMAN

HARI & TARIKH:ISNIN, 02 MAC 2015

TEMPAT:BILIK SERBAGUNA 4 PUSAT SUMBER,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH.

1.0 : PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) untuk memenuhi syarat mendapat Ijazah Perguruan Malaysia. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (IDG) bagi kumpulan PISMP Semester 3. Melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.

Program Bina Insan Guru untuk pelajar PISMP Semester 3 akan dijalankan pada 02 Mac 2015 di Dewan Zaaba IPG Kampus Darulaman. Program yang akan dijalankan adalah bengkel mengenai Etiket Sosial dan Protokol. Program ini diharap dapat melahirkan guru yang berkualiti serta mempunyai ciri-ciri guru yang dapat memimpin anak bangsa kelak.

2.0 : RASIONAL

Rasional bengkel ini dijalankan untuk memberi pengetahuan kepada guru pelatih tentang mendedahkan pelajar dengan kriteria yang diperlukan dalam membentuk seorang guru yang cemerlang serta mampu memberi sumbangan yang baik kepada negara. Selain itu, ceramah ini juga memberi penekanan terhadap guru sebagai seorang insan yang mulia, kualiti peribadi serta professionalisme seorang guru dan pembelajaran yang berterusan dan seluas hayat.

3.0 : MATLAMAT

Di samping itu, program ini dapat melahirkan bakal guru yang berilmu, beramal dan berbakti iaitu memahami konsep nilai dan etika keguruan supaya boleh mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, program ini dapat membina insan guru yang berakuantabiliti dan amanah. Selain memahami konsep pembinaan modal insan guru yang cemerlang, guru juga sebagai pendidik pembimbing dan pembina akhlak anak bangsa. Kesedaran dalam diri seorang guru tentang tanggungjawabnya dalam mendidik juga penting untuk membentuk peribadi guru yang unggul. Oleh itu, guru pelatih harus memahami konsep dan kepentingannya di dalam komuniti pendidikan.

4.0 : OBJEKTIFObjektif bengkel ini membolehkan pelajar-pelajar dapat :i. Membina kemahiran pengurusan dan perubahan diri.ii. Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.iii. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.iv. Pembangunan insan guru yang seimbang.v. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan hidup berbakti.vi. Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran,vii. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan.viii. Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan.ix. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.x. Membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

5.0 : MAKLUMAT PROGRAMBerikut merupakan maklumat untuk BIG Fasa 3.i. Tarikh: 02 Mac 2015ii. Tempat : Bilik Serbaguna 4 Pusat Sumber IPDAiii. Masa : 0800 1300 ( 5 Jam )

6.0 : PESERTA KURSUSPeserta program ini terdiri daripada pelajar tersebut :

Bil.KursusKumpulanPeserta (orang)

1.PISMP Ambilan Jan 2014Bimbingan30

2.PISMP Ambilan Jan 2014Sejarah25

Jumlah Peserta Bengkel55

7.0 : AHLI JAWATANKUASA INDUK BIG IPG KAMPUS DARULAMANAhli Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru IPG Kampus Darulaman yang telah dipilih seperti berikut :PENAUNGTn. Haji Mohd. Mustaffa Bin Ahmad( Pengarah, IPG Kampus Darulaman )

PENASIHATTn. Haji Hashim Bin Asman( Timbalan Pengarah, IPG Kampus Darulaman )

PENGERUSIPn. Noorasikin Bt. Ismail( Ketua Unit Kokurikulum, IPG kampus Darulaman)

SETIAUSAHAEn. Mohd. Nashri Bin Yaakub(Ketua penyelaras BIG, IPG Kampus Darulaman )

PEMANTAUEn. Mohd. Nashri Bin Yaakub

AHLI JAWATANKUASATuan Haji Md Zubir Bin Haji ZakariaHjh Shahida Binti Ibrahim

8.0 : JAWATAKUASA PELAKSANA BIG FASA 3 2015Senarai Ahli Jawatankuasa Pengelola Program Bina Insan Guru PISMP Semester 3 2015 yang telah dipilih seperti berikut :

Pengarah Projek : Loh Joe YingTim.Pengarah Projek: Ong Sheue JingSetiausaha: Chai YizhenPenolong Setiausaha: Sia Yu LinBendahari: Chea Ru YenPenolong Bendahari : Loh Chia Pei

8.1 : JAWATANKUASA KECIL BIG FASA 3 2015AJK Persiapan Tempat: Ng Chia Yin AJK Protokol dan Sambutan: Yeoh Lim FangAJK Dokumentasi & Broshur: Tan Ke Sin Khoo Jing Bei Ng Xin DiAJK Makanan : Alice Ngu Ong Sze Angela Lim Huan MeeAJK Pendaftaran: Chua Zi ChanAJK Pengacaraan dan Doa: Seow Kee Foo Ong Ying Hong9.0 : MAKLUMAT PENCERAMAHMaklumat penceramah adalah seperti yang berikut : Nama Penceramah: Puan Hjh Shariffah Izhar binti Syed AhmadNo Kad Pengenalan : 540304-02-5774No. Telefon : 011-14414432Kepakaran : Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Psikologi, Ekonomi Rumah tangga dan Protokol

10.0 : ANGGARAN PEBELANJAAN

BIL.

PERKARAJUMLAH (RM )CATATAN

1.Elaun makan pelajarRM 3 x 55 orangRM 165

2.Maker pen dan kertas mahjong_Akan diperolehi daripada stor unit.

JUMLAH BESARRM 165.00

*Senarai butiran diri peserta boleh dirujuk di halaman lampiran.

11.0 : TENTATIF PROGRAM

7.45 pagi: Pelajar mengambil tempat di dalam dewan.8.00 pagi : Ketibaan penceramah8.15 pagi : Nyanyian lagu NegarakuNyanyian lagu Negeri KedahNyanyian lagu IPDA8.30 pagi: Ucapan aluan pengerusi8.45 pagi: Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol11.15 pagi:Rehat 11.45 pagi:Sambungan bengkel 12.30 t/hari :Penutup:Refleksi Kendiri:Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia1.00 t/hari : Bersurai

12.0 PENUTUPDiharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.Justeru, hasil daripada program ini diharapkan dapat melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua sudut fizikal, emosi, rohani dan intelek. Seterusnya mampu mendidik anak bangsa dalam mengharungi cabaran era globalisasi masa kini dengan kekuatan iman yang teguh.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ ______________________(CHAI YIZHEN) (LOH JOE YING)Setiausaha, Pengerusi,Program Bina Insan Guru Program Bina Insan Guru PISMP Januari 2014 PISMP Januari 2014

BAHAGIAN A : PENSYARAH PENASIHAT / MENTOR

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti

Disokong / Tidak Disokong

ULASAN:.........

........................................... .............................................................(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

BAHAGIAN B :PENOLONG AKAUNTAN / PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PEMBANTU TADBIR /

Disahkan betul

Disokong / Tidak Sokong

ULASAN:.........

................................................. .............................................................(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

BAHAGIAN C: KETUA UNIT KOKURIKULUM

Tarikh sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Tempat sesuai / tidak sesuai

Pensyarah Pengiring diluluskan untuk orang sahaja.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

ULASAN:..................

.......................................... ..................................................(Tarikh) (Tandatangan &Cop)

BAHAGIAN D : PENGARAH

ULASAN: .

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

............................................. ...................................................... (Tarikh) (Tandatangan & Cop)

2