1. definisi kesejahteraan umat - majlisilmu.gov.bn turun1/forum perdana/forum perdana 20… ·...

8
1 ه أجمعين، وبعدى آله وصحبحمد وعل سيدنا ممرسلينء والنبيام على أشرف اة والسلمين، والصلعا رب ا الحمد1. Definisi Kesejahteraan Umat Menurut Kamus Dewan, perkataan sejahtera ialah aman dan makmur, senang dan tenteram, selamat dan terpelihara daripada bencana (kesusahan, gangguan dan lain-lain). Manakala kesejahteraan pula bererti keamanan, kesenangan, ketenteraman dan keselamatan. Maka kesejahteraan dalam konteks umat itu ialah umat yang aman makmur, umat yang senang, umat yang tenteraman dan umat yang selamat dalam semua aspek kehidupannya. Dapat difahami daripada pengertian tersebut bahawa perkara kesejahteraan umat itu bertepatan dengan pengertian Islam itu sendiri. Kerana lslam bermaksud selamat dan penyelamat. Inilah Misi yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan kerasulan baginda. Dalam al-Quran menyebut Allah berfirman; Tafsirnya: Dan Kami tidak mengutus engkau (wahai Mhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah al-Anbiya’: 107) Menurut ulama Tafsir, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah pembawa rahmat untuk semesta alam, bahkan untuk semua makhluk di muka bumi ini. Dan Baginda diutuskan di muka bumi ini untuk menyampai dan membawa agama lslam, kerana lslam itu adalah selamat dan penyelamat. Imam Al-Ghazali ada menyebut, bahawa manusia yang dikatakan sejahtera itu apabila ia telah memenuhi keperluan maqasid as-Syariyah iaitu agamanya (ad-dien), jiwanya (an- nafs), akal (al-aql), keturunan (an-nasl) dan harta (al-maal). Yang paling penting ialah dalam mewujudkan kesejahteraan umat hendaklah berpandukan dan berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. -----------------------------------------------------------------------------

Upload: dobao

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

الحمد هلل رب العالمين، والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد

1. Definisi Kesejahteraan Umat

Menurut Kamus Dewan, perkataan sejahtera ialah aman dan makmur, senang dan

tenteram, selamat dan terpelihara daripada bencana (kesusahan, gangguan dan lain-lain).

Manakala kesejahteraan pula bererti keamanan, kesenangan, ketenteraman dan

keselamatan.

Maka kesejahteraan dalam konteks umat itu ialah umat yang aman makmur, umat yang

senang, umat yang tenteraman dan umat yang selamat dalam semua aspek kehidupannya.

Dapat difahami daripada pengertian tersebut bahawa perkara kesejahteraan umat itu

bertepatan dengan pengertian Islam itu sendiri. Kerana lslam bermaksud selamat dan

penyelamat. Inilah Misi yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan

kerasulan baginda.

Dalam al-Quran menyebut Allah berfirman;

Tafsirnya: Dan Kami tidak mengutus engkau (wahai Mhammad) melainkan untuk menjadi

rahmat bagi sekalian alam. (Surah al-Anbiya’: 107)

Menurut ulama Tafsir, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah pembawa

rahmat untuk semesta alam, bahkan untuk semua makhluk di muka bumi ini. Dan Baginda

diutuskan di muka bumi ini untuk menyampai dan membawa agama lslam, kerana lslam

itu adalah selamat dan penyelamat.

Imam Al-Ghazali ada menyebut, bahawa manusia yang dikatakan sejahtera itu apabila ia

telah memenuhi keperluan maqasid as-Syariyah iaitu agamanya (ad-dien), jiwanya (an-

nafs), akal (al-aql), keturunan (an-nasl) dan harta (al-maal).

Yang paling penting ialah dalam mewujudkan kesejahteraan umat hendaklah berpandukan

dan berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah.

-----------------------------------------------------------------------------

2

2. Perkembangan ICT dan penganggkutan

Soalan: Aspek sejarah dan Tamaddun Islam – Dulu tidak ada computer & ICT. Hanya

penganggkutan binatang dan laut untuk berhubung. Walaupun memakan masa tetapi

impaknya? Dakwah tersebar, lslam berkembang seluruh dunia …. Macamana ini boeh

berjaya? Apa cabaran-cabarannya?

Jawapan:

Al-Quran sememangnya sarat dengan maklumat-maklumat saintifik dan teknologi yang

telah diterokai oleh manusia pada zaman itu, hanya saja bidang ilmu dan teknologi itu

disebut secara jelas atau langsung, mahupun secara tidak langsung (tidak dijelaskan

bentuk dan caranya).

Sebagai contoh ayat-ayat al-Quran dalam bidang kejuruteraan (al-Kahf: 96-97 & surah al-

Fajr: 10), biologi (surah al-Mukminun: 12-14) dan perubatan (surah Yusuf: 93-96 & surah

al-Nahl: 49). Begitu juga dalam bidang pengangkutan di darat dan di laut, Allah berfirman:

Tafsirnya: Dialah (Allah) yang menjadikan kamu dapat berjalan di darat dan (belayar) di laut …

(Surah Yunus: 22)

Ayat ini menyebutkan tentang teknologi penggangkutan (di darat dan laut) sudah wujud

pada zaman itu.

Sebagai contoh lagi, al-Qur’an menceritakan Nabi Sulaiman alaihisalam diberikan

keistimewaan mukjizat dengan angin. Mari kita lihat Firman Allah ini:

Tafsirnya: Dan (kami tundukkan) angin bagi Nabi Sulaiman (untuk memudahkan) perjalanannya. Perjalanannya dari pagi hingga ke tengah hari menyamai perjalanan biasa (yang mengambil masa) sebulan. Dan perjalanannya dari tengah hari ke petang menyamai perjalanan biasa (yang mengambil masa sebulan)…

(Surah Saba’: 12)

Menurut al-Hassan al-Basri dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir, Nabi Sulaiman pernah

berangkat dari Damsyik ke Istikhar dalam tempoh perjalanan setengah hari. Sedangkan

jarak antara Damsyik dan lstakhar sejauh perjalaan sebulan. Kemudian baginda

3

melanjutkan perjalanan dari lstakhar ke Kabul dan bermalam di sana. Begitu juga jarak dari

lstakhar ke Kabul perjalanannya yang memakan masa sebulan.

Pada saya, ayat ini juga menggambarkan wujudnya pengangkutan udara (yang dibawa oleh

angin) pada zaman Nabi Sulaiman alahissalam itu. Cuma tidak dinyatakan bentuk dan

caranya.

Begitulah, semakin canggih teknologi di zaman modern ini, maka akan semakin mudah

kebenaran Al-Qur’an dibuktikan. Perkara-perkara yang tidak masuk akal dan menjadi

bahan tertawaan kaum kafir di masa lalu, sekarang menjadi sesuatu yang nyata (logik) dan

dapat dijelaskan melalui fakta ilmiah.

Bagaimana dakwah para Nabi dan Rasul?

Para Nabi dan Rasul-Rasul tetap menghadapi cabaran dan mendapat tentangan daripada

kaum masing-masing. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam di baling batu, dimaki

hamun, malah pernah diracun, Nabi Ibrahim dicampak dalam api, Nabi Ayub ditimpa

penyakit, Nabi Yunus di telan ikan, Nabi Yusof dipenjara …

Kerana itu, hasil dakwah dan pengikut-pengikutnya pun tidak seberapa. Sebagai contoh,

pada zaman Nabi Nuh, hanya dengan pengikut baginda kurang lebih 80 orang setelah lebih

900 Tahun beliau berdakwah. Sedangkan teknologi kapal/bahtera sudah wujud ketika itu.

Nabi Nuh diperintahkan oleh Allah membuat kapal/bahtera yang teramat besar.

Bayangkan, 80 orang pengikut baginda (termasuk wanita dan anak-anak) dijadikan

pekerja dan siapnya juga dalam jangka waktu yang pendek (beberapa pendapat

mengatakan dalam beberapa minggu saja).

Alhadulillah, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam adalah sebaik-baik teladan bagi

umat manusia dalam berdakwah. Baginda sentiasa mengajak umatnya dengan cara yang

lembut, sopan, bijaksana, kasih sayang, dan penuh keteladan. Walhal, dengan Yahudi

sekalipun Baginda tidak pernah berkasar. Kerana itu, perkembangan agama lslam dapat

dibuktikan dengan tertubuhnya kerajaan lslam Madinah ketika itu, sekalipun teknologi

yang ada ketika itu tidak sehebat dan secanggih teknologi sekarang. Tetapi dakwah dan

syiar lslam tetap tersebar dan berkembang ke seluruh dunia.

Jadi, kita bagaimana dengan teknologi hebat dan canggih ini?

Sekarang ini, dengan teknologi penerbangan (kapal terbang) boleh sampai ke Jeddah dalam

masa 12 ke 13 jam sahaja, berbanding beberapa minggu atau bulan dengan perjalanan

kapal laut.

4

Begitulah juga kita berkomunikasi sesama kita. Dulu dengan teknologi telefon benang yang

hanya boleh bercakap beberapa meter, kemudian telefon kawat elektrik (cabble), dan

sekarang handphone, smartphone (wirelesss) dan boleh berhubung di mana sahaja kita

berada dan pada bila-bila masa, dengan aplikasi-aplikasi sosial seperti Fb (Facebook), IG

(Instagram), Twiter, WhatsApp, WeChat dan macam-macam lagi.

Berbekalkan segala kemudahan teknologi yang ada pasti penyebaran dakwah berkembang

baik dan sempurna.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Permasalahan COPY & PASTE

Soalan: Penerangan ringkas mengenai hukum hakam fenomena ‘’copy & paste’’ di sosial

media (WhatsApp) yang mana sesetengah orang menyebarkan maklumat yang kurang

kesahihannya atau tanpa usul periksa.

Jawapan:

Mengenai keiskian budaya “copy&paste”, sebilangan orang mudah lupa akan hakikat

bahawa, tidak semua berita, maklumat ataupun ilmu yang viral atau tersebar dalam media

sosial itu sahih dan tepat. Bahkan adakalanya ia hanya khabar palsu semata-mata, atau

maklumat yang salah ataupun berita yang tidak betul.

Wajib bagi seorang muslim untuk menjauhkan diri dari menyebarkan berita-berita buruk

apa lagi berita-berita yang memberi aib kepada orang lain. Jangan jadikan teknologi

informasi semakin canggih, tapi fitnah dan aib semakin menjadi dan tersebar. Dan Haram

hukumnya berbuat demikian.

Lebih-lebih lagi umpamanya dalam perkara agama yang katani pun kurang arif

mengenainya terutama sekali hukum hakam atau hadis-hadis yang belum tentu sahih atau

tepat.

Mengenai perkara ani, al-Qur’an telah memberi panduan agar berita itu terlebih dahulu

diselidiki. Allah berfirman:

5

Tafsirnya: Wahai orang-orang Yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah kebenarannya (kerana dikhuatiri) kamu akan menimpakan kepada suatu kaum (perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu sehingga menyebabkan kamu menjadi orang yang menyesal atas apa yang kamu telah lakukan.

(Surah al-Hujurat: 6)

Kemudian, al-Qur’an memberi petunjuk agar berita-berita dan perkara-perkara yang

berkaitan dengan dasar dan pemerintahan sama ada berita yang menggembirakan atau

yang menakutkan, maka kembalikan ia kepada ulil amri untuk disahkan.

Allah berfirman lagi;

Tafsirnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita tentang keamanan atau ketakutan, mereka terus menghebah-hebahkannya; padahal kalau mereka mengembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya daripada mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, tentulah kamu menuruti syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

(Surah an-Nisaa: 83)

Sebagai contoh, ada berita diviralkan mengenai angin kencang akan berlaku pada sekian

hari dan boleh membawa banjir kilat. Maka kita kembalikan ia kepada Jabatan ……. agar

pihak berkenaan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Maka ingatlah akan firman Allah:

Tafsirnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan perbuatan keji (tuduhan palsu) di kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab yang pedih di

6

dunia (dengan pelaksanaan hukum had) dan di akhirat (dengan api neraka). Dan Allah mengetahui (perkara yang sebenar) sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

(Surah an-Nuur: 19)

Dalam hal ini, ALLAH ingin memberi pengajaran kepada orang-orang yang beriman agar

tidak mudah bersangka buruk, lebih-lebih lagi kepada orang beriman yang lain. Apatah lagi

berita tersebut disebarkan oleh orang-orang yang fasik.

Kita di Brunei pun, menyebarkan berita, gambar atau maklumat yang tidak tepat, tidak

benar dan tidak boleh dipercayai, yang boleh menggugat ketenteraman awam adalah

menjadi satu kesalahan dan boleh dihukum penjara sehingga tempoh 3 tahun dan denda

$3,000.00 mengikut seksyen 34 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Bagaimana dan apakah yang perlu kerajaan laksanakan untuk memastikan

system ICT & pengangkutan yang berkesan, boleh memberi impak yang berkesan

dan mampan demi kesejahteraan ummah di Negara Brunei Darusssalam

Soalan: Tadi Dr Ustaz telah menyentuh cabaran pada zaman dahulu. Sekarang system

perhubungan sudah canggih di negara-negara maju. Dalam lslam menuntut keperluan

mengadakan satu system perhubungan yang baik untuk mengendaalikannya dengan

berkesan adalah satu tuntutan fardu kifayah. Di mana Dr Ustaz melihat cabaran-cabaran

dari segi lslam untuk katani mencapai system yang baik di negara ini? Apakah langkah-

langkah pembaikan dan macamanakah kitani boleh memanfaatkannya untuk

mempertingkatkan syiar lslam di Negara Brunei Darussalam?

Jawapan:

Pada dasarnya, Negara Brunei Darussalam sudah mempunyai sistem perhubungan yang baik. Sistem perhubungan negara bermula dengan perkhidmatan pos sejak tahun 1895 di mana tertubuhnya The Borneo Company sebagai Post Office pertama. Pada tahun 1906, telah dibina bangunan Post Office oleh kerajaan melalui British Resident ketika itu. Perkhidmatannya hanya terhad kepada urusan surat menyurat sahaja, dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya. Perkembangan dalam sistem perhubungan mula berlaku dengan terciptanya alat-alat perhubungan yang mempunyai fungsi yang lebih moden dan efektif seperti radio (sejak tahun 1957), televisyen (bermula tahun 1975), sistem satelit (membawa kita berhubung dengan dunia luar), telefon dan sistem teknologi maklumat (ICT) dan komunikasi. Melalui

7

alat-alat perhubungan yang lebih moden dan canggih ini, penghantaran dan penerimaan maklumat berlaku dengan lebih mudah dan pantas. Sebagai contoh, Hari ini kita boleh berhubung dengan Jemaah Haji Negara dari Tanah Haram, Arab Saudi setiap pagi dan petang, malah secara langsung melalui radio dan tv. Jelaslah bahawa, kemajuan dalam teknologi, merupakan satu ciri sebuah negara maju. Teknologi ini perlu dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan malah aktiviti agama untuk menjadi penggerak kemajuan khalifah di dalam sesebuah negara. Maka, perkembangan sistem perhubungan Negara memberi banyak kebaikan yang membawa negara ke era globalisasi dan mendatangkan kebaikan dari aspek ekonomi kerana mempunyai sistem perhubungan yang baik dan teratur. Sebagai contoh, sistem perhubungan yang baik itu tidak boleh lari daripada aspek-aspek antaranya aspek perundangan, aspek keselamatan, aspek penghayatan alam sekitar, aspek effesensi, aspek infrastruktur / prasarana yang hebat dan canggih, dan yang paling penting ialah aspek memelihara lima perkara asas maqasid as-Syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Semua aspek-aspek yang dinyatakan itu tidak bercanggah dengan agama, bahkan diyakini boleh memberi kesejahteraan kepada kepentingan awam dan kemudahan kepada umat. Maka, menambahbaik sistem perhubungan yang ada itu suatu perkara yang sangat baik,

kerana lslam amat menggalakkan membuat suatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh,

titih dan lutanan sebagaimana Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ada bersabda:

"ي ت قنهه أهن عهمهالا أهحهدكم عهمله إذها يحب اهلله إن :"وسلمعليهاهللصلىاهللرسولقال:قالت -عنهااهللرضي-عائشةوعن (عائشةعناإلميانشعبىفالبيهقى)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah sangat suka apabila seseorang daripada kamu melakukan suatu kerja maka dia mengerjakanya dengan bersungguh-sungguh (tekun).”

(Riwayat Baihaqi)

Alhamdulillah, dengan adanya system perhubungan yang baik dan teratur itu, penyebaran dan perkembangan dakwah dan syiar lslam di Negara Brunei Darussalam juga berjalan dengan baik dan sempurna. Ini bererti, dakwah dan syiar lslam itu tidak tercicir sekalipun hingga ke ulu-ulu dan pendalaman negara. Sebagai contoh, berdasarkan statistic Pusat Dakwah Islamiah, sejak tahun 2013 hingga 2015, lebih 500 orang setiap tahun telah memeluk agama lslam.

8

Ini mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda agar seruan lslam itu sampai ke pelusuk negara. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------