04. isi - kompilasi sajak cikgu iswan (1999 - 2014)

48
Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 2014 1 1. AKU DI SINI Aku di sini, Resah asing pertemuan awal, Perpisahan perit sangkaan kesal, Bicara ringkas penyulam bual, Iman Islam peneguh kawal, Aku di sini, Jangkaan kenyataan pangkah bersilang, Ketakutan keberanian padu menyongsang, Perit sakit menerjah menyerang, Pautan tekad cengkam dipegang, Aku di sini, Ingatan ibu bapa keluarga, Kasih rindu tidak terduga, Sebak pedih tanpa semua, Insafi tinggi nilai bersama, Aku di sini, Menguak ketenangan di pintu resah, Mencarik kedamaian di pintu gelisah, Onak duri dirempuh diredah, Lautan berbisa ditunduk dikalah, Aku di sini, Merempuh samudera luas gelombang, Menerjah angin gagah mencanang, Andai beribu panah mencancang, Genggaman ini tak mungkin hilang... 2. HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN Suara tangis bayi kecil, Lemah kuasa insan kerdil, Kasih ibu mula tercungkil, Kebesaran Yang Esa kian terpanggil, Kanak-kanak dirimu gembira, Terdidik dari pelbagai cara, Terbuang rasa duka dan lara, Terhibur dirimu bersama suara, Dirimu kini meningkat remaja, Benih kehidupan bersiram berbaja, Ayu puteri bak indah seroja, Senyum terukir beralun manja, Masa mencabar dirimu dewasa, Hakikat kehidupan semakin kau rasa, Melamar dirimu supaya berjasa, Pada negara dan juga bangsa, Warga tua pasti kau rasa, Masa kau rasa sedetik cuma, Sayu dan sepi kau rasa lama, Mula kau hitung pahala dan dosa, Jasadmu kini kembali lemah, Masa kau kesal tak mungkin berubah, Yang kau damba setitis hikmah, Mengucap sayu dua kalimah, Kehidupan indah sudah bernokhtah...

Upload: gayong1

Post on 29-Nov-2014

297 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

http://www.karyacikguiswan.blogspot.com Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

TRANSCRIPT

Page 1: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

1

1. AKU DI SINI

Aku di sini,

Resah asing pertemuan awal,

Perpisahan perit sangkaan kesal,

Bicara ringkas penyulam bual,

Iman Islam peneguh kawal,

Aku di sini,

Jangkaan kenyataan pangkah bersilang,

Ketakutan keberanian padu menyongsang,

Perit sakit menerjah menyerang,

Pautan tekad cengkam dipegang,

Aku di sini,

Ingatan ibu bapa keluarga,

Kasih rindu tidak terduga,

Sebak pedih tanpa semua,

Insafi tinggi nilai bersama,

Aku di sini,

Menguak ketenangan di pintu resah,

Mencarik kedamaian di pintu gelisah,

Onak duri dirempuh diredah,

Lautan berbisa ditunduk dikalah,

Aku di sini,

Merempuh samudera luas gelombang,

Menerjah angin gagah mencanang,

Andai beribu panah mencancang,

Genggaman ini tak mungkin hilang...

2. HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN

Suara tangis bayi kecil,

Lemah kuasa insan kerdil,

Kasih ibu mula tercungkil,

Kebesaran Yang Esa kian terpanggil,

Kanak-kanak dirimu gembira,

Terdidik dari pelbagai cara,

Terbuang rasa duka dan lara,

Terhibur dirimu bersama suara,

Dirimu kini meningkat remaja,

Benih kehidupan bersiram berbaja,

Ayu puteri bak indah seroja,

Senyum terukir beralun manja,

Masa mencabar dirimu dewasa,

Hakikat kehidupan semakin kau rasa,

Melamar dirimu supaya berjasa,

Pada negara dan juga bangsa,

Warga tua pasti kau rasa,

Masa kau rasa sedetik cuma,

Sayu dan sepi kau rasa lama,

Mula kau hitung pahala dan dosa,

Jasadmu kini kembali lemah,

Masa kau kesal tak mungkin berubah,

Yang kau damba setitis hikmah,

Mengucap sayu dua kalimah,

Kehidupan indah sudah bernokhtah...

Page 2: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

2

3. AYAH DAN IBU

Ayah,

Terima kasih kami ucapkan,

Di atas segala kasih didikan,

Hanya itu yang mampu dilafazkan,

Diharap ayah dalam kedamaian,

Ayah,

Betapa dirimu begitu tabah,

Melayan kami yang banyak karenah,

Walau zahirnya semangatmu gagah,

Namun tangisanmu sembunyi mencurah,

Ibu,

Maafkan segala kesalahan kami,

Dunia yang kejam kita diami,

Ketaatan padamu kami zalimi,

Sebaknya kami hanya Tuhan yang

mengetahui,

Ibu,

Syurga kami ditapak kakimu,

Tiada yang pedih dan juga sayu,

Selain dibakar api itu,

Di dunia akhirat berteman pilu,

Duhai ayah dan juga ibu,

Doa dari kami semua,

Moga kedamaian yang kita rasa,

Hanya keampunan yang kami pinta,

Moga api itu kan padam akhirnya,

Dengan keimanan dan air mata...

4. WANITA

Rusuk kiri asal kejadian,

Walau tinggi dirimu diagungkan,

Walau kau mampu mencapai bulan,

Dirimu tetap perlukan pimpinan,

Kau berhadapan hina mulia,

Kerana disangka tidak berdaya,

Kerana disangka tak mampu berjaya,

Namun kau sendiri yang menentukannya,

Usia mencabar kau jadi isteri,

Sikap penyayang menjadi penyeri,

Dambakan kasih setiap hari,

Dari seorang suami sejati,

Usia mencabar kau jadi ibu,

Jasamu tinggi nilai beribu,

Mendidik anak erti keliru,

Mengasuh umpama seorang guru,

Wahai wanita kau sangat berharga,

Lorong yang gersang jangan kau duga,

Kelak dirimu akan binasa,

Mengira sayu butiran dosa,

Ingatlah kamu duhai wanita,

Pesanan dari seorang pecinta,

Dari apakah engkau dicipta,

Dan jika berdepan seribu derita,

Cahaya Yang Esa jadikan pelita...

Page 3: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

3

5. MEMBURU ILMU

Pencarian getir tak pernah padam,

Harga bernilai sedari silam,

Diburu siang mahupun malam,

Biar usia semakin suram,

Apakah nilai setitis ilmu,

Yang dikejar tanpa jemu,

Mampukah dicari dengan melulu,

Adakah hilang bak angin lalu,

Senjata ilmu adalah guru,

Gagah menepis erti keliru,

Sikap dan akhlak sering ditiru,

Jasanya tinggi selaut berderu,

Ilmu bertahta walau di mana,

Biar terang mahupun gerhana,

Jumlah dan nilai tidak terkira,

Datang dan pergi berbagai cara,

Tapi di mana asalnya ia,

Adalah di bawah kuasa indera,

Adakah dibawah akal manusia,

Mungkinkah hanya pencetus rasa,

Sedarlah kamu wahai pemburu,

Yang kamu buru milik Yang Satu,

Jangan sampai dirimu tertipu,

Sebelum kamu pula diburu,

Dihitung hisab amalan dirimu...

6. MEMBURU DAMAI

Ku temui sebuah kunci,

Temui pancing kailnya sekali,

Sebagai senjata buatku tempuhi,

Jalan menuju damai abadi,

Kini diriku memburu damai,

Benih sucinya kini ku semai,

Simpul talinya takkan terlerai,

Segala kusutan akan ku hurai,

Selamat tinggal ribuan derita,

Yang dulu ku tanggung penuh siksa,

Jangan sekali kau datang menjelma,

Menyiksa diri batinku semula,

Cahaya bahagia bagai bersinar,

Melambai-lambai menghilang gentar,

Sebuah harapan akan ku gegar,

Bagai Sang Putera datang melamar,

Selamat datang sinar bahagia,

Moga kita terus bersama,

Menyulam kasih cinta berdua,

Kekal abadi hingga akhirnya,

Pastinya bersama restu Yang Esa...

Page 4: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

4

7. MAHASISWA

Kanan kirimu duri cabaran,

Racun ganas ada bertaburan,

Bisa durjana berputar bertebaran,

Dan engkaulah sebagai sasaran,

Kau berhadapan seribu beban,

Melontar dirimu supaya berkorban,

Biarpun keinginan terpaksa kau simpan,

Namun tugas tak mungkin dilupakan,

Gelaranmu tinggi dijulang,

Kau harapan bagi pejuang,

Kejayaanmu diharap kan pulang,

Menebar jasa di kampung halaman,

Mahasiswa harapan bangsa,

Kau diharap agar berjasa,

Pemimipin negara esok dan lusa,

Dan ilmumu itu sebagai kuasa,

Terusungkah semua cabaran itu,

Sekiranya engkau tidak bersatu,

Hanya bercakar di tengah pintu,

Akalmu pula dibiar buntu,

Dan lupa pula janji Yang Satu...

8. PERJALANAN MAHASISWA

Langkah mulanya ragu tak pasti,

Apakah yang akan berakhir nanti,

Tewaskah diri ditengah titi,

Bekal dibawa hanya seinci,

Perkenalan ini satu keperitan,

Bagai lemas ditengah lautan,

Dahulu pondokku usang dihutan,

Sedang engkaulah menara di atas awan,

Isimu ada pelbagai ragam,

Mata dan hati sentak tergamam,

Kejutan hampir membawa ke curam,

Hampir mengalah terjum ke jeram,

Persahabatan di sini bukan mainan,

Tersimpul mati sebuah ikatan,

Kerana tawa adik tak lagi kedengaran,

Ibu bapa tersayang pula kini berjauhan,

Selaut ilmu tekun ditimba,

Menilai setiap peluang yang ada,

Inilah bekal yang akan dibawa,

Menjulang diri tinggi berharga,

Usia pula pencabar rasa,

Fitrah kasih datang menerpa,

Disini juga rindunya bermula,

Disini juga sayangnya berbunga,

Perjalanan di sini belum bernokhtah,

Masih ada yang perlu diredah,

Tak kan diri tertunduk kalah,

Selagi tangan tak menggenggam gagah,

Segulung ‘maruah’ bernama Ijazah...

Page 5: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

5

9. BERAKHIRNYA SECEBIS

PERJUANGAN

Perjuangan itu sudah selesai,

Segala cabaran sudah terlerai,

Kesucian pejuang sudah terhurai,

Masa digapai sudah tercapai,

Segala telah menjadi saksi,

Nilai berharga keluarga disisi,

Ibu dan bapa hanya dihati,

Damba titisan kasih bererti,

Berjuang bersama teman dan rakan,

Bersama susah walau tertekan,

Terkadang gembira terbuang tangisan,

Terkadang duka pesan berpesan,

Gunung ilmuan sama didaki,

Menagih kuderat kekuatan hakiki,

Hakikat segala tidak bertepi,

Bagai merentas lautan berapi,

Secebis perjuangan sudah berakhir,

Teruji sudah batin dan zahir,

Namun perjuangan belum ke hilir,

Duri tajam masih mengalir,

Hujan beracun tetap akan hadir...

10. GURU SEJATI

Ketika usia masih mentah,

Takut risau bersilang gelisah,

Dirimu mendidik supaya tabah,

Dan bangkit bangun walaupun rebah,

Sekali lagi kita bersua,

Senyum ikhlas bersama tawa,

Terasa hidup penuh bahagia,

Berjumpa guru yang telah berjasa,

Aku kini sudah dewasa,

Terasa masa sedetik cuma,

Dan kau pula tetap sama,

Bergelar Cikgu setiap masa,

Pertemuan itu sungguh berharga,

Membuat aku kembali dahaga,

Mengemis ilmu penepis curiga,

Kau pula mencurah tanpa bangga,

Terima kasih guru sejati,

Kau akan ku kenang sampai ke mati,

Kerana ilmumu sungguh bererti,

Mengingat aku supaya berbakti,

Dan berjuang gagah sekuat hati...

Page 6: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

6

11. PERSAHABATAN

Persahabatan itu sukar dilupa,

Aku sering bertanya kenapa,

Kerana kau tiada sama,

Walau seiras tetap berbeza,

Waktu sunyi datang menyapa,

Wajahmu datang bersama rupa,

Tetapi aku tidak berdaya,

Masa berlalu sedetik cuma,

Kau menasihatiku erti kehidupan,

Aku mengingatkanmu erti perjuangan,

Semua bagai satu rancangan,

Tersulam seni bersama kenangan,

Kita sering juga bercanggah,

Cuba bertahan tak mahu disanggah,

Kau tetap begitu walau ditegah,

Dan kita bersama senang dan susah,

Kini kau tiada lagi,

Menyambut seru panggilan Ilahi,

Doa persahabatan sering ku iringi,

Terkadang malam terkadang pagi,

Sesingkat itu persahabatan kita,

Sayu pilu tidak terkata,

Kau tak mungkin ku temu di alam nyata,

Namun ku harap kita kan bersua,

Di alam yang indah bersama tawa...

12. DUHAI TEMAN

Aduhai teman seperjuangan,

Dahulu kita satu aliran,

Menagih ilmu kabur tujuan,

Demi sebuah masa hadpan,

Dahulu kita pernah berikrar,

Kesetiaan sejati takkan diingkar,

Tak mahu diri tersilap sasar,

Namun kini semua terbongkar,

Kini kita sudah dewasa,

Detik remaja sudah dirasa,

Walau perit dan penuh bisa,

Semua berlalu mengiring usia,

Ku lihat kau kini tertewas,

Hujah durjana tak mampu kau bidas,

Ombak itu membuat kau lemas,

Mahkota berhargamu pula dirampas,

Aduhai teman mengapa begini,

Mana hilangnya harimau berani,

Yang dulu beraja didalam hati,

Yang mampu menghenyak racun belati,

Aduhai teman mangapa begitu,

Bukankah kau umpama ratu,

Ayu dirimu umpama salju,

Tapi kau silap menghala tuju,

Wahai teman yang aku sayang,

Usah dilalu lorong yang gersang,

Usah biarkan dirimu melayang,

Marilah maruah kita julang,

Sebelum jasad kembali pulang...

Page 7: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

7

13. TEMAN

Teman,

Gelanggang ini menjadi bukti,

Pertemuan indah persahabatan sejati,

Bersulam sayang roh dan hati,

Moga kan kekal sehingga mati,

Teman,

Jangan diduga lautan yang dalam,

Kelak siangmu menjadi malam,

Kelak wajahmu kabur dan suram,

Kelak mahkotamu lemas dan karam,

Teman,

Sedang dirimu membongkar kekuatan,

Mencari kuderat sebagai rebutan,

Jangan dilupa janji Tuhan,

Jangan dipaling setiap suruhan,

Teman,

Sedang dirimu mencari ilmu,

Tuntutlah ia jangan kau jemu,

Titik kebenaran pasti kau temu,

Menjadi pedoman sepanjang hidupmu,

Teman,

Sedang dirimu mencari teman,

Agar bahagia sepanjang zaman,

Ingatlah batas setiap tindakan,

Agar tak kandas di persimpangan,

Teman,

Sedang dirimu ramah berbicara,

Awasi diri meninggi suara,

Kelak nanti ada yang lara,

Menahan marah yang bakar membara,

Teman,

Sedang dirimu sepi sendiri,

Renunglah kembali hakikat diri,

Apa sebenar yang engkau cari,

Dan engkau buru setiap hari,

Teman,

Sedang dirimu dalam sengketa,

Berdepan dengan seribu derita,

Jangan kau buang semangat berbisa,

Jangan kau tewas melawan rasa,

Kerana perjuangan menagih kuasa,

Kuasa yang mampu melebur dosa,

Kuasa keramat anugerah Yang Esa...

14. MEREKA DIJULANG BUKAN

TEMPATNYA

Mereka bawa tawa,

Mereka iringi penawar duka,

Rasa gundah cuba dibuka,

Mungkinkah mampu menyembuh luka,

Kita merentas sebuah kekalutan,

Atas nama sebuah kemajuan,

Atas dasar secebis kemodenan,

Kerana tak mahu diri ketinggalan,

Mereka dijulang bukan tempatnya,

Pernahkah diri cuba bertanya,

Adakah ia benar miliknya,

Atau tersilap meletakkannya...

Page 8: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

8

15. KEGELISAHAN

Malam indah muncul tersenyum,

Membawa riang berbaur harum,

Bersama damai yang makin ranum,

Disulam tawa padu terangkum,

Sedang indah melamar diri,

Gelisah menerpa di hujung sepi,

Meragut kejam sang indah berseri,

Kini bertahta kocakkan berduri,

Indah lari mencari haluan,

Gelisah merobek hati tertawan,

Segalanya kabur tanpa tujuan,

Meniti hari tak kesudahan,

Indah bahagia cuba beraja,

Merampas kembali si hati waja,

Namun gelisah menawan semula,

Hati yang parah berdarah terluka,

Di mana kekuatan kuasa sang indah,

Hingga tak mampu untuk singgah,

Di hati ini yang kian gundah,

Dan makin perit menahan resah,

Kuasa keramat menyeru sedaya,

Kuasa yang agung dari Yang Esa,

Sepi sang indah kembali menyapa,

Melamar kasih hati serupa,

Kini sang indah kembali bertahta...

16. KETENTUAN

Sunyi damai melamar sayu,

Dalam deruan secebis kayu,

Kebahagiaan damai diseru rayu,

Sering muncul harapan layu,

Harapan kekecewaan satu sulaman,

Bagai kasih seorang teman,

Bertaut padu di anjung laman,

Walau ianya bukan idaman,

Harapan indah satu caturan,

Berpaut tenang bersama kedamaian,

Bergabung satu bersama kebahagiaan,

Mungkinkah semua kan kesampaian,

Kecewa pedih muncul menerpa,

Di hati usang tanpa diduga,

Parut luka kembali berbisa,

Hingga terasing mencari hala,

Harapan kekecewaan bukanlah lawan,

Semua tercatat dalam ketentuan,

Di bawah kuderat kuasa Tuhan,

Yang ada hanya secebis permintaan,

Moga harapan kan kesampaian...

Page 9: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

9

17. TENANG DI HATI

Tenang di hati,

Ini yang ku rasa,

Duka dan lara entah di mana,

Tiada teman bicara,

Aku sendirian cuma,

Kenangan lalu mengusik jiwa,

Kadang tangis kadang tawa,

Melayar hidup yang entah apa,

Kadang perit kadang bahagia,

Tenang di hati,

Itu yang ku cari,

Itu yang ku impi,

Kadang menjadi nyata,

Gembira di depan mata,

Tenang dihati…

18. IA DATANG LAGI

Ia datang lagi,

Telah puas ku pohon pimpinan,

Telah puas ku pohon ketenangan,

Sudah puas ku lempar keinginan,

Sudah puas ku lempar kenangan,

Namun ini yang jadi ulangan,

Ia datang lagi,

Sekali lagi aku tertewas,

Sekali lagi aku terlemas,

Diriku kini kembali terhempas,

Diriku teruji di lautan luas,

Ia datang lagi,

Ku rasa diri belum matang,

Memikul beban pagi dan petang,

Berkokok gagah dengan lantang,

Semua bagai tak mampu tertantang,

Ia datang lagi,

Pimpinan Yang Esa ku puhon jua,

Redha dari-Nya yang akan ku bawa,

Bukan gelak dan juga tawa,

Kerana ujian itu mencabar wibawa,

Untuk memimpin si kaum hawa...

Page 10: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

10

19. PERTAMA INI

Degupan kencang,

Fikiran bergelombang,

Kekuatan hilang,

Ketabahan pulang,

Pertama ini,

Berilah kekuatan,

Berilah ketabahan,

Minta pada siapa?

Pada pengalaman,

Peda kekuatan,

Pada keberanian,

Siapa empunya,

Yang Maha Kuat,

Yang Maha Berani,

Allahurobbi,

Allah Tuhanku,

Sesungguhnya selepas kesukaran,

Akan ada kesenangan...

20. MALAM

Berlabuh malam membuang siang,

Tanpa cengkam sebuah bayang,

Tanpa mentari menyinar terang,

Bersama hari yang makin usang,

Kehadiran malam kalanya ditunggu,

Perginya malam sering diragu,

Kerana malam sebuah tugu,

Mengalun irama sebuah lagu,

Muncul malam adalah sahabat,

Bagi insan mengharap taubat,

Di situlah penawar segala ubat,

Mencari restu bersulam berkat,

Datang malam juga diharap,

Bagi manusia lalai diserap,

Menyusur laluan beracun berasap,

Panggilan durjana ditiru digarap,

Malam setia muncul tanpa rehat,

Menjadi bukti saksi pencatat,

Insan taat beroleh rahmat,

Manusia durjana menunggu alamat,

Janji Yang Esa pasti tersemat...

Page 11: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

11

21. KISAH SEMALAM

Semalam itu berlalu pergi,

Yang tinggal hanya ingatan di hati,

Indah nan damai sebuah keperitan,

Panduan bererti pejuang kesepian,

Semalam itu mungkinkah berulang,

Di satu daerah sepi dan gersang,

Tiada teman melepas derita,

Tanpa kekasih mencurah cinta,

Semalam itu,

Menyimpan sebuah kemenangan,

Semalam itu,

Menyimpan seribu kenangan,

Semalam itu,

Tak mungkin hilang dari ingatan,

Semalam itu berkata-kata,

Menyedarkan diri yang leka,

Hari ini yang sepi jangan dibiar suram,

Kerana hari ini adalah semalam,

Apabila mentari esok menyinar terang,

Kenangan hari ini pula tak kan berulang,

Dan kesepian hari ini kan jadi kenangan...

22. KEMBARA PUTERI RESORT

Berterusan lagi,

Kembara ini,

Bagi mencari,

Kebahagiaan abadi,

Indahnya sebuah kembara,

Di sebuah alam bernama dunia,

Mencari bekal hidup di sana,

Mengisi masa ruang cerita,

Terlena seketika dimalam hari,

Dibuai indah sebuah mimpi,

Bagai tercapai hasrat di hati,

Bagai tercapai segala dinanti,

Teman sahabat jadi taruhan,

Berkongsi sebuah cinta idaman,

Yang selama ini beri gegaran,

Ia kan kekal sepanjang zaman,

Puteri Resort dalam kenangan,

Terus tersemat dalam ingatan,

Bukti kembara dalam kehidupan,

Sebelum sampai ke sebuah taman,

Itulah ia syurga idaman...

Page 12: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

12

23. KENANGAN SUNGAI CONGKAK

Rasa gusar menerjah diri,

Namun langkah terus ku pergi,

Kerana diri kian teruji,

Buat menunai wasiat sejati,

Damai angin sayup beralun,

Deruan air turun mencerun,

Semua berseni indah tersusun,

Anugerah Ilahi yang paling agung,

Perit tidaklah segetir dulu,

Dan tak mudah bak angin lalu,

Namun ujian tetap meluru,

Getaran batin getar berderu,

Terkadang diri ini bertanya,

Dimana letaknya nokhtah derita,

Pahit sakitnya tidak terkata,

Terkunci mati disulam cerita,

Tuhan Yang Esa hamba-Mu terseksa,

Berilah kembali genggaman berbisa...

24. NUANG 2000

Wajah ceria mengalun rasa,

Alam anugerah seribu jasa,

Pemberian bernilai dari Yang Esa,

Gunung nuang mencabar kuasa,

Perit dan sakit tidak diduga,

Memeras keringat jiwa dan raga,

Sahabat dinilai mengiring harga,

Sulam simpati bergelut tega,

Pagi hening langkah bermula,

Dihayun tekad mencari hala,

Restu Yang Esa tidak dilupa,

Moga cita kan jadi nyata,

Perit sakit digagahi juga,

Gunung Nuang kini milik kita...

Page 13: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

13

25. ALAM BARU

Segala kenangan akan abadi,

Kekal di dalam hati ini,

Amalan baik bekalan diri,

Buat teman temui Ilahi,

Ucapan keramat selamat tinggal,

Moga hati ini kan cekal,

Jangan bersulam hati yang sesal,

Jangan bersulam segala kesal,

Alam baru pasti kan tiba,

Membuat hatiku jadi gembira,

Janji Yang Esa pasti menjelma,

Buat insan yang taat setia,

Bahagia terasa hingga akhirnya...

26. TAK SEIKHLAS DULU

Langkah tak seikhlas dulu,

Pencak lebih melulu,

Hilang pula tabir malu,

Ketawa riang palsu terpalu,

Medan tak lagi meriah,

Hanya hening bersulam gundah,

Semuanya hanyut sudah,

Sepi sayu tanpa penyudah,

Mereka lalai untuk berbakti,

Demi bangsa yang mungkin mati,

Kerana mencari mahligai bererti,

Tapi tak bernilai melembut hati,

Aku memerhati lakuan semua,

Mengapa ini terjadi jua,

Namun guru pernah berkata,

Semua ini kan pasti nyata,

Senyummu tak seikhlas dulu,

Tuturmu tak seindah dulu,

Keikhlasanmu tak sebening dulu,

Perjuanganmu tak segagah dulu,

Apa sebenar yang kau buru?

27. DUGAAN BERSULAM UJIAN

Ujian itu datang menerpa,

Sedang aku hampir terlupa,

Ujian itu datang serupa,

Kini aku kembali hampa,

Menyanjung guru satu ikrar,

Pegangan kuat seorang pendekar,

Walau diri hangus terbakar,

Di situlah punca kekuatan mekar,

Tetapi ujian muncul pula,

Entah dimana ia bermula,

Membuat diri tersasar hala,

Tersesat hingga menuju kuala,

Dengki dan benci tapak bertandang,

Membuat diri hampir terbuang,

Namun aku tak kan hanya memandang,

Akan ku hunus kesaktian sundang,

Hingga ujian gugur kecundang...

Page 14: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

14

28. AKU INGIN PERGI

Teman,

Kita bagai tak sehaluan,

Walau dalam satu tujuan,

Teman ,

Terkilan sungguh aku rasakan,

Bila usaha tak dihiraukan,

Hanya angkuh dengan kedudukan,

Emas permata bak barang murahan,

Teman,

Aku ingin pergi,

Biarpun jauh dihujung bumi,

Mencari insan yang lebih mengerti,

Agar permata sanjung dihargai,

Teman,

Aku pastikan pergi,

Moga engkau kan bahagia di sini,

Teman,

Pergilah buka pintu dunia,

Pergi mendengar pelbagai cerita,

Engkau pasti akan merasa,

Betapa tingginya nilai permata,

Teman sampai di sini sahaja,

Untuk kita bersama,

Kerana esok aku pergi jua,

Kerana aku di sini bagai tak punya,

Moga di sana aku kan bersua,

Ketenangan, kedamaian dan bahagia,

Lena bersama tabuhan permata...

29. SEPI SENDIRI

Kini sepi muncul lagi,

Hiruk keliru sudah pergi,

Yang ada kini sunyi sendiri,

Menghitung bahagia yang sering lari,

Hening damai gelap gelita,

Berteman setia lilin derita,

Menyimpan berjuta rahsia cerita,

Menjadi kiasan Puteri Jelita,

Masa disusur terkadang kabur,

Tercari hala berteman obor,

Terkadang jatuh sungkur terhambur,

Terkadang bangkit gagah nan subur,

Sepi mengetuk lembaran yang lepas,

Kenangan sederu tebal terimbas,

Detik perit diri tertewas,

Detik pahit diri tertumpas,

Sepi membuka helaian kini,

Diri gagah bangkit berani,

Menjulang tinggi perjuangan murni,

Hingga ketika hormat disegani,

Sepi menguak masa hadapan,

Segunung suci lautan harapan,

Moga maruah lebih disopan,

Moga perjuangan genggam bertahan,

Bersama redha dariMu Tuhan...

30. PERTEMUAN INI HARAPAN ITU

Pertemuan ini harapan itu,

Ragu pasti yakin semadi,

Berpadu kisar tanpa sudi,

Semua berkata mesti terjadi,

Moga indera mampu berbakti,

Page 15: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

15

Pertemuan ini harapan itu,

Ukhwah bersulam pertemuan dulu,

Ikhsan ikhlas bertandang berlalu,

Detik menghilang bak angin lalu,

Mampukah ia kembali bertalu,

Pertemuan ini harapan itu,

Masa penentu muncul kembali,

Harapan sempuna bertali-temali,

Genggaman erat digenggam berani,

Minta yang dulu sehebat ini...

31. USIA

Sungai itu setia mengalir,

Biar senja semakin hampir,

Biar margas henti bersyair,

Namun tugas tak pernah dimungkir,

Sungai itu terus mengalir,

Tidak menghirau siapa yang hadir,

Tidak menyapa siapa yang hampir,

Taat mengira butiran sifir,

Menunggu masa seruan takdir,

Mengalir terus sungai setia,

Arus lembut disentuh dirasa,

Deruan ganas dilalu ditimba,

Semua disangka alur biasa,

Sungai bernilai pasti ke hujung,

Tempat sunyi tanpa penaung,

Suara sayu silih melaung,

Menahan bisa azab tertanggung...

32. AIMAN DAN ALEYA

Terkenang saat kau dilahirkan,

Memberi seribu satu sinaran,

Cahaya seri kegembiraan,

Menjadi impian setiap pasangan,

Aiman dan Aleya diberi nama,

Nama ringkas yang penuh makna,

Putera Puteri pasangan bahagia,

Menjadi penyeri dikala duka,

Aleya kini telah pergi,

Tinggalah Aiman kini sendiri,

Buat penyeri hari yang sepi,

Berteman duka yang tiada henti,

Selamat malam anakku sayang,

Kehadiranmu kan terus dikenang,

Kala terpisah terbayang-bayang,

Rindu bertemu kembali pulang,

Duhai Aleya yang pergi dulu,

Moga tabah kami menunggu,

Menunggu semua untuk bertemu,

Bersama Aiman, ayah dan ibu,

Oh Tuhan tabahkan hati kami,

Hanya kau yang tahu pedihnya hati,

Betapa sebak menghitung hari,

Hanya derita teman kami,

Hidup yang indah bagai tak bererti,

Ditambah perginya anak sendiri,

Apalah malang nasib ini,

Air mata mengalir tak henti-henti,

Bila waktu kian menyepi...

Page 16: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

16

33. BUAT SEMUA MURID

TERCINTA

Dahulu kita ketawa bersama,

Riang ceria tanpa derita,

Kalian bagai sebuah keluarga,

Damai tenang penuh bahagia,

Kini ujian sedang menimpa,

Silaturrahim kita diduga,

Semua bukan kehendak sesiapa,

Kita semua diuji Yang Esa,

Ujian tanda kasihnya Pencipta,

Agar tertebus segala dosa,

Letakkan diri di tempat yang hina,

Pasti kasih yang akan kau rasa.

Duhai semua murid tercinta,

Hargailah semua yang kita ada,

Ingatlah hidup tak selamanya,

Suatu hari kita kan kesana,

Al-Fatihah sahabat mengiring akhirnya...

34. DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku,

Inilah sembah taat setia,

Dari hamba pacal yang hina,

Kebawah Duli ku serah segala,

Harta benda bahkan nyawa,

Daulat Tuanku,

Ku hanya ingin berbuat jasa,

Pada nusa dan juga bangsa,

Harap Tuanku tidak murka,

Ampunkan segala kesalahan hamba,

Daulat Tuanku,

Kedatangan Tun Perak merubah segala,

Dari Klang dia berkelana,

Menabur bakti kepada Raja,

Menyatu semua yang dalam sengketa,

Daulat Tuanku,

Sejarah ini berulang kembali,

Nama Klang subur kembali,

Hamba Klang menabur bakti,

Kepadamu wahai ibu pertiwi...

35. BUAT PEMIMPIN KAMI

Buat pemimpin yang kami sanjungi,

Moga mendapat pimpinan Ilahi,

Memerintah negara ini,

Bagi menegakkan kalimah yang suci,

Terima kasih kami ucapkan,

Diatas segala pengorbanan,

Negara tercinta kan kami pertahankan,

Dari ancaman segala dugaan,

Negara merdeka penuh bererti,

Semua dari usahamu yang murni,

Tak pernah jemu menabur bakti,

Kepada bangsa dan juga pertiwi,

Doa kami buat dirimu,

Berbuat mulia janganlah jemu,

Dan akhlak terbaik yang engkau laku,

Moga terhindar dari seteru,

Moga kedamaian hakiki yang engkau

temu..

Page 17: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

17

36. MARUAH MERDEKA

Pejuang tabah di tengah kesukaran,

Bergelut bersama seribu cabaran,

Bukan berebut mahkota gelaran,

Mahupun mahligai sebagai ganjaran,

Pejuang berjuang untuk sesuatu,

Biar berbeza namun bersatu,

Bersama yakin dan juga restu,

Harapan tercapai di ambang pintu,

Penentian pejuang sudah selesai,

Selamat maruah dari tergadai,

Ikatan pencengkam sudah terlerai,

Moga bangsa mampu menghurai,

Anak cucu bangsa harapan,

Maruah merdeka pandailah simpan,

Jangan sampai semua terkapan,

Dipijak dihina tanpa sopan,

Pencengkam durjana terus menyerang,

Walau zahirnya sudah hilang,

Namun ada senjata petualang,

Hingga pencengkam kembali bersarang,

Pejuang sebak menahan hiba,

Cucu harapan lalai terlupa,

Bangkitlah berjuang sekuat daya,

Sebelum diri hilang upaya…

37. GAGASAN TANAH MELAYU

DAN TANAH JAWA

Hanya sebuah coretan impian,

Dari seorang pejuang kebenaran,

Adakah akan menjadi kenyataan,

Hanya Allah yang menentukan,

Piagam Tanah Melayu diperjuangkan,

Piagam Tanah Jawa dicita-citakan,

Piagam Madinah contoh teladan,

Sekuat daya diperjuangkan,

Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua,

Dikalangan Sultan dan Raja-raja,

Juga dikalangan Raden Agong tercinta,

Bukti daulatnya sebuah Negara,

Matawang Gagasan akan tercipta,

Ringgit Gagasan diberi nama,

Mengejutkan semua matawang dunia,

Ekonomi dunia lumpuh seketika,

Sebuah negara baru terbina,

Hasil gabungan dua negara,

Sempadan negara terhapus semua,

Bebas kita semua berkelana,

Sebuah negara ilham Yang Esa,

Perundangan agama diperjuangkannya,

Kalimah Allah ditegakkannya,

Menjadi impian sebuah cita,

Oleh segenap umat manusia...

Page 18: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

18

38. RAHMAN DAN NOTONOGORO

RAHMAN,

Enam pemimpin besar Malaysia,

Sebuah ramalan,

Atau suratan,

Atau kebetulan,

Kini kenyataan,

RAHMAN,

Bermula dengan Tunku Abdul Rahman,

Menyusul pula Tun Abdul Razak,

Diganti dengan Tun Hussein Onn,

Telah berjasa Dr. Mahathir,

Berbakti kemudiannya Abdullah Ahmad

Badawi,

Kini Dato’ Seri Najib Tun Razak

mentadbir Negara,

NOTONOGORO,

Lima pemimpin besar Indonesia,

Akhiran hujung nama mereka,

Mentadbir bukan sepenggal cuma,

Masih sebuah misteri disana,

NOTONOGORO,

Bermula dengan pimpinan SukarNO,

Menyusul pula pimpinan SuharTO,

Kini diganti dengan YudhoyoNO,

GO dan RO masih tanda tanya,

GO dan RO masih tanda tanya,

GO dan RO masih tandatanya…

39. PANJI HITAM VS. FREEMASON

Adakah kalian masih sembunyi,

Dengan semangat bakar berapi,

Menanti saat muncul berbakti,

Mengibar panji yang penuh sakti,

Perlukah kami terus menanti,

Adakah hanya sebuah mimpi,

Khabar dibawa hanya ilusi,

Namun kami terus yakini,

Kerana ianya hadis Nabi,

Panji Dari Timur,

Siapa yang akan menjadi pencetus,

Adakah dikalangan musuh yang rakus,

Adakah yang bergerak di dalam halus,

Gerakan Iluminati yang tekad menghapus,

Panji Hitam Dari Timur,

Siapakah yang akan mengetuk pintunya,

Hingga membakar musuh durjana,

Adakah dari kalangan tentera,

Atau jemaah yang cinta agama,

Atau pesilat pembela negara,

Atau bergabung kami semua,

Yang bergerak didalam rahsia,

Agar tersungkur Freemason akhirnya...

Page 19: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

19

40. PANJI HITAM DARI TIMUR

Semua sudah ketentuan Ilahi,

Sebuah tamadun bangkit kembali,

Mengibar gagah sebuah panji,

Berjuang tekad menagih janji,

Telah dilafaz oleh Baginda,

Dalam hadis berabad lamanya,

Bagai kepingan besi waja,

Datangnya langsung tidak diduga,

Setiap detik seratus tahun,

Pasti datang seorang pembangun,

Meletak Islam di tempat teragung,

Silaturrahim hati terdorong,

Panji Hitam Dari Timur,

Berkibar setelah Islam hancur,

Setelah iman mula gugur,

Taqwa tersemai hancur lebur,

Panji Hitam Dari Timur,

Dirintis oleh seorang pemuda,

Yang tetap sedia dan taat setia,

Pada Raden, Sultan dan bangsa,

Pada tanah air tercinta,

Panji Hitam Dari Timur,

Akan berkibar ke serata dunia,

Menghapus sistem ciptaan manusia,

Diganti dengan sistem Yang Esa,

Rahmat melimpah tidak terduga,

Panji Hitam Dari Timur,

Akan diserah kepada Al-Mahdi,

Penguasa timur dan barat sejati,

Pemimpin yang telah lama dinanti,

Nabi Isa kan muncul kembali,

Janji Tuhan pasti terjadi...

41. MEDAN ITU

Medan itu tetap setia,

Walau lembah tak lagi ceria,

Genggaman umpama tiada daya,

Penghuni setia sudah tiada,

Medan itu pernah berjasa,

Mendidik pencak penuh berbisa,

Memimpin roh erti kuasa,

Semua misteri didalam rasa,

Medan itu sebuah saksi,

Perit indah perjuangan penghuni,

Semua tersulam mula di sini,

Membilang detik di laman hari,

Medan itu…

Medan itu…

Medan itu...

Page 20: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

20

42. MISTERI PASUKAN PANJI

HITAM

Kemunculan yang dinanti,

Kemunculan yang digeruni,

Kemunculan yang pasti,

Kemunculan yang masih misteri,

Pasukan misteri yang siap siaga,

Siang bagai kumpulan sang singa,

Sedang malam merintih sengsara,

Insafi akan kerdilnya jiwa,

Misteri Pasukan Panji Hitam,

Diburu dan juga terus memburu,

Membakar jiwa setiap seteru,

Berbekal iman, amal dan ilmu,

Agar mereka menjadi debu,

Misteri Pasukan Panji Hitam,

Ramai yang cuba mencorakkannya,

Dengan ribuan pelbagai cara,

Bersih dan kotor tak hiraukannya,

Penyucian jiwa bagai tiada,

Misteri Pasukan Panji Hitam,

Siapakah sebenar yang akan mengibar,

Pastinya dari yang berjiwa besar,

Dengan semangat nyalaan berkobar,

Musuh yang angkuh tersungkur ke dasar,

Misteri Pasukan Panji Hitam,

Adakah kita hanya menanti,

Apakah pula hanya memerhati,

Sedang musuh terus menyakiti,

Mana hilangnya peri simpati,

Duhai pemuda pemudi bangsa,

Marilah julang kembali agama,

Kembali sujud pada Yang Esa,

Bersatu hati membuang sengketa…

43. LANGKAH KERAMAT

Tika zaman masih muda,

Ku lihat kau beradu tenaga,

Yang satu taat pada baginda,

Yang satu panas darah pemuda,

Dia mahukan secebis keadilan,

Menghancur punah erti kezaliman,

Tak kira sahabat mahupun teman,

Dirimu pesalah pencatat zaman,

Engkau mahukan selaut kedamaian,

Sanggup dianggap bahan mainan,

Sanggup nyawamu jadi sasaran,

Peganganmu hanya sebuah kesetiaan,

Masa beredar berputar berulang,

Cucumu kini bersemangat juang,

Segala keadilan ingin dijulang,

Namun tertewas dihujung jurang,

Cucumu yang lain hanya melihat,

Ingin diri untuk berbuat,

Kembali menjurus langkah keramat,

Namun kau mengingat sebelum terlambat,

Page 21: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

21

Jika kebenaran milik yang benar,

Cucumu ini sanggup bersabar,

Ketaatan ini kan jadi dasar,

Moga diri tak tersasar,

Di dunia kejam yang penuh mencabar…

44. PUSAKA BERHARGA

Seorang pengembara kesepian,

Kehilangan harta peninggalan,

Pusaka berharga nenek moyang,

Pengembara sepi di titian jurang,

Pengembara sepi terpinga tak tahu,

Apakah ia yang pelik itu,

Diambil direnung setiap bucu,

Inikah ia peninggalan itu,

Apa kuasa yang ada padanya,

Hanya lengkokkan besi tua,

Mampukah mencorak sebuah bangsa,

Membina tamadun agung di dunia,

Pengembara sepi mencari,

Siapa sahaja yang lebih mengerti,

Menghurai segala kekusutan hati,

Namun semua bagai tak pasti,

Harimau uzur lalu bersahaja,

Lalu terhenti seketika,

Sang Harimau berkata-kata,

Itulah keris wahai pengembara,

Tahukah ia milik siapa,

Keris ini milikmu jua,

Harimau tua dekat menghampiri,

Kembara sepi tidak mengerti,

Carilah cucuku yang masih gagah,

Hidup sendiri berteman resah,

Harimau tua menutup mata,

Meninggal seribu tanda Tanya,

Ia tidur setelah berkata,

Tidur buat selama-lamanya,

Pengembara sepi meratap tangis,

Kesal sendiri menggenggam keris,

Siapakah cucu Sang Rimau tua,

Akan dicari walau di mana,

Pusaka berharga di tangan kembara,

Namun tak tahu menghunuskannya,

Cucu Sang Rimau tersenyum di sana,

Moga kembara kan menemui dirinya,

Pasti terbongkar segala rahsia…

Page 22: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

22

45. PENCAKARAN ITU

Pencetus kesombongan,

Pengorak keangkuhan,

Disangka sebuah kejayaan,

Hanya terkandas di jurang kehancuran,

Teman menjadi lawan,

Sahabat jadi taruhan,

Tawa terkubur dilaman,

Riang jadi tak karuan,

Guru biabai dipaling,

Keikhlasan tak lagi hening,

Ingatan tandus kering,

Bagai tertebar selaut jaring,

Lupa sebuah kebahagiaan,

Lalai sebuah ketenangan,

Yang digapai sebuah keriangan,

Namun semua tak kesampaian,

Ilmu tak lagi diburu,

Hanya mencari cakaran seteru,

Saban waktu ditawan keliru,

Saban detik dihenyak keliru,

Bukan disitu satu keikhlasan,

Kembalilah kepada satu zaman,

Zaman indah menewas dugaan,

Zaman damai ukhwah dijalinkan,

Mampukah ia jadi kenyataan,

Hanya mereka yang akan menentukan…

46. ANAK-ANAK GAYONG

Kekuatan kami ribuan cakar,

Tangkas kami berbunga mekar,

Darah kami darah pendekar,

Warisan misteri kan kami bongkar,

Langkah kami langkah keramat,

Diam kami dengan matlamat,

Semangat lawan sudah tersemat,

Firasat panglima sebagai alamat,

Tenang kami mencari hikmah,

Sabar kami bukannya lemah,

Bangkit kami bukan memusnah,

Serangan bukan sumpah seranah,

Kami pewaris ilmu pusaka,

Kami terdidik agar tak leka,

Kami terasuh agar tak derhaka,

Agar tak lupa hari berduka,

Hari hitungan syurga neraka…

Page 23: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

23

47. NAGA SAKTI

Bermula sebuah misteri langkah,

Langkah berbisa sukar disanggah,

Menjadi tautan pemuda gagah,

Menjadi kekuatan pemudi resah,

Detik rahsia lahir kuasa,

Satu keramat anugerah Yang Esa,

Menjurus tenang di dalam rasa,

Takkan dilupa sebagai jasa,

Si Naga Sakti nama terukir,

Menjadi rahsia sedari lahir,

Pahlawan sejati selaut mahir,

Jasa dikenang hingga ke akhir,

‘Gayong’ berupa seruan pusaka,

Si Naga Sakti menghentam leka,

Agar bangsa bangun terjaga,

Membela maruah yang tinggi berharga,

Anak cucu Si Naga sakti,

Janji dan ikrar jangan mungkiri,

Moga diri mampu berbakti,

Dan mampu menunai wasiat sejati,

Bersama restu dan redha Ilahi…

48. PENCAK SILAT 2000

Tari disusun bukan baru,

Seni diungkap sama ditiru,

Langkah diatur ajaran guru,

Bukan menjurus mencari seteru,

Gelanggang lama berubah rupa,

Pemuda pemudi tetap serupa,

Jasa Pak Guru tidak dilupa,

Gagai kasih seorang bapa,

Denyutan misteri sebuah pencak,

Sembunyi tenang di dalam gerak,

Di tengah rahsia ribuan jarak,

Walaupun zaman angkuh berkocak,

Ledakkan kemodenan satu cabaran,

Mungkin juga sebuah caturan,

Bagi pencak mencari haluan,

Mengikut detik setiap zaman,

Anak moden itu hanya tergelak,

Menyaksi pewaris menjurus pencak,

Kerana pemikiran jatuh terjebak,

Pak Guru tunduk menahan sebak,

Bukan salah guru mendidik,

Bukan salah pewaris mengherdik,

Tapi diri yang takut dan lembik,

Namun sering angkuh mendabik,

Kejarlah ia buanglah leka,

Kerana ia lautan pusaka,

Menjadi saksi setia derhaka,

Menjadi alat penyebuh luka,

Walau zaman seusia dua ribu,

Tuntutlah pencak sebagai kubu,

Menjadi benteng musuh yang beribu,

Agar maruah tidak diserbu,

Dan harga diri menjadi abu…

Page 24: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

24

49. CITA GAYONG UKM 2000

Bisamu tak perlu dicabar,

Rahsiamu gagah terbongkar,

Kekuatan asli ribuan cakar,

Benih semangatmu kian mekar,

Anak Gayongmu masih dahaga,

Setitis ilmu untuk ditimba,

Bagi menepis erti curiga,

Sebagai pelindung jiwa dan raga,

Gayong UKM mencabar kalian,

Agar keringat engkau tumpahkan,

Agar perjuangan engkau zahirkan,

Agar gelanggang engkau gegarkan,

Cita Gayong UKM dua ribu,

Menyeru Mahasiswa agar menyerbu,

Menggamit Mahasiswi agar memburu,

Lautan Gayong sebagai kubu,

Ilmu Gayong adalah pusaka,

Menghentam punah erti leka,

Menjadi alat penyembuh luka,

Menjadi sahabat ketika duka,

Ledakan kemodenan satu cabaran,

Mungkin juga sebuah caturan,

Bagi Gayong mencari haluan,

Mengikut detik setiap zaman,

Namun siapakah yang akan berperanan?

50. KEJOHANAN SILAT SEKOLAH

2007

Hari pertama melangkah di sini,

Sebuah dewan indah berseri.,

Berjuta wajah pendekar sejati,

Ingin berjuang sekuat hati,

Pesilat dari TTDI Jaya,

Doa diiring moga berjaya,

Taat menuntut ilmu ditimba,

Dan ku tak jemu mencurahkannya,

Semua kini sudah sedia,

Mengatur langkah bagai panglima,

Setiap detik penuh rasa,

Setiap langkah penuh berbisa,

Sorak dan sorai dari penyokong,

Bukti setia dari pendokong,

Bukan hanya omong kosong,

Gegak gempita suara meraung,

Rehat sebentar menjamu selera,

Mengalas perut bagai adanya,

Kantin disinggah sedetik cuma,

Melepas lelah penat segala,

Esok dan lusa bersua lagi,

Pastinya lebih lagi bererti,

Kenangan abadi tersemat dihati,

Buat pedoman sehari-hari,

Pastinya kekal ke akhir nanti…

Page 25: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

25

51. MEDAN ITU II

Aku kembali,

Dengan segunung harapan,

Kemenangan hakiki yang ku harapkan,

Agar medan itu aku gegarkan,

Langkah gagah,

Anak murid menagih ilmu,

Ratusan dahaga ilmu gayongmu,

Tekad teguh petir terpalu,

Medan itu,

Kau belum mampu beraksi,

Kerana ada yang masih benci,

Menentang keras kebangkitan misteri,

Medan itu,

Inilah janji keramatku,

Lidah jahilnya akan terpaku,

Keangkuhan dirinya akan terkaku,

Medan itu,

Niat ini moga kan nyata,

Pedih melihat gelanggang derita,

Medan itu,

Jika mereka ingin mencabar,

Kekuatan sakti seorang pendekar,

Akan ku pastikan roh Gayong kan mekar,

Medan itu kan kembali bergegar…

52. WARNA

Asas,

Mulanya disini,

Tak mengerti,

Tercari-cari,

Kekuatan hakiki,

Putih,

Lambang hati yang bersih,

Semangat yang hilang kembali pulih,

Pencetus jalan dalam perjuangan,

Masih mentah menentu kehidupan,

Hijau,

Menggenggam tekad untuk mara,

Gerbang kehidupan kuak dibuka,

Mengenal erti kekuatannya,

Merah,

Panas membara,

Tak ku hirau siapa sahaja,

Isi dunia bak mampu diduga,

Ngauman berapi dari Sang Naga,

Bagai tercapai segala cita,

Kuning,

Tunduk membisu seribu cerita,

Pengalaman luas menjadi pelita,

Tutur bicara tersirat rahsia,

Gerak langkah pukulan rasa,

Dalam misteri sebuah derita,

Page 26: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

26

Hitam,

Di sinilah nokhtahnya,

Segalanya bukan lagi rahsia,

Tersenyum puas seorang pewira,

Bagi yang jujur dan taat setia,

Karam dalam perjuangan berbisa,

Terus hanyut lemas tak punya apa-apa,

Bagi yang tewas mencari kebenarannya…

53. PANGLIMA DERITA

Pernah diluka suatu ketika,

Kerana dengki khianat semata,

Tuduhan tanpa usul periksa,

Akhirnya kau pergi membawa sengsara,

Panglima Melayu yang taat setia,

Kehandalannya bukan lagi rahsia,

Pernah menentang musuh di sana,

Dengan bekalan ilmu Panglima,

Semasa Mahaguru masih bernyawa,

Engkau sebagai Gurulatih Utama,

Kiranya engkau panglima biasa,

Tak mungkin disitu kau diletakkannya,

Kini usia mencabar diri,

Derita belum juga diubati,

Penyatuan Gayong belum realiti,

Moga cita kan jaya nanti,

Panglima Derita yang gagah perkasa,

Jangan menyepi dihujung dunia,

Curahlah ilmu yang ada didada,

Cucumu ini masih dahaga,

Memburu lautan ilmu rahsia…

54. AMANAH

Dari Negeri bernama Terengganu,

Aku melangkah mencari ilmu,

Tekun menuntut tanpa jemu,

Onak dan duri ku redah dan lalu,

Walau besar dugaan mendatang,

Aku merantau pagi dan petang,

Negeri ke Negeri akhirnya ku pulang,

Aku dibeban satu amanah,

Harapan agar bakti ku curah,

Moga semua kembali gagah,

Agar bangkit setelah rebah,

Dan menjunjung Islam, mendaulatkan

Raja dan juga maruah,

Fahaman kita mungkin berbeza,

Aku hanya mampu berusaha,

Untuk menyatu yang dalam sengketa,

Zaman gemilang agar dirasa,

Itulah amanah yang akanku laksana…

55. PENTADBIR NAN GAGAH

Dari Negeri bernama Kedah,

Seorang Panglima lahir nan gagah,

Menyahut seruan bakti dicurah,

Agar mentadbir pertubuhan yang gah,

Terima didikan dari Mahaguru,

Beliau pernah berpesan dahulu,

Mentadbir pertubuhan janganlah jemu,

Biar beribu ujian menderu,

Page 27: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

27

Ambillah tanggungjawab dan tugas ini,

Dengan jiwa yang suci murni,

Ingatlah janji jangan dimungkiri,

Warisan berharga jangan dicemari,

Jawatan dan amanah telah diberi,

Ambillah dengan sepenuh hati,

Yakinlah pada diri sendiri,

Akhirnya dirimu kan berjaya nanti…

56. TENTERA PANGLIMA GAYONG

SIBER

Inginkan penyatuan sebuah perpecahan,

Dengan tekad dalam genggaman,

Berbekal ilmu rahsia ketenteraan,

Berpangkat Mejar dalam ketumbukan,

Di alam siber terus berjuang,

Mendaulat Gayong agama dijulang,

Menghancur khianat setiap petualang,

Agar kesatuan kembali pulang,

Curahan idea dikongsi bersama,

Guru Gayong Bersatu pasukan dibina,

Semua Guru bersatu kita,

Di alam maya dan juga nyata,

Tentera Siber yang tenang dan sabar,

Kehalusan bicara menjadi dasar,

Agar menang yang hak dan benar,

Teruskan langkahmu pejuang yang pakar,

Moga perjuangan kita tidak tersasar…

57. KUMBANG HITAM

Sebuah gelaran,

Yang menggerunkan,

Ada pencemuh membencikan,

Ada yang tabik beri penghormatan,

Ngauman bak halilintar,

Jika dicuba pasti dilempar,

Atau tersungkur jatuh terdampar,

Sebagai didikan bagi pencabar,

Rentak membuat semua tersentak,

Bukan omong kosong tin retak,

Berdesing bunyi membuak-buak,

Namun tak beri secebis impak,

Siapa kan mengerti,

Hari-hari derita yang dilalui,

Cemuhan menguatkan hati,

Moga tabah Panglima sejati,

Perjuanganmu kan kekal diingati...

58. GURUKU YANG TABAH

Cikgu Mohd Yusni,

Di Meru Klang kita berjumpa,

Guru pertama yang aku jumpa,

Mengajar agar aku waspada,

Dalam setiap laku dan cara,

Page 28: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

28

Cikgu Mohd Yusni,

Jasamu tinggi tidak terbalas,

Memberi ilmu tanpa batas,

Menyeru melihat dunia yang luas,

Agar tak karam dek arus yang deras,

Cikgu Idris Shafiee,

Guru kedua yang aku temu,

Di UKM Bangi ku tuntut ilmu,

Kau mengajar agar tak keliru,

Agar tidak ditipu seteru,

Cikgu Idris Shafiee,

Jasamu sangat menggunung tinggi,

Biar terkadang usahamu dibenci,

Namun yang mengerti kan tetap mengerti,

Teruskan usahamu guru sejati,

Cikgu Yusni dan Cikgu Idris,

Maafkan kesilapan yang ku lakukan,

Terima kasih diatas segala didikan,

Juga diatas rahsia bekalan,

Moga ilmu dalam keberkatan,

Bahagia hendaknya keakhir zaman...

59. KEMBALI BERTEGUH

Gayong Malaysia,

Asalnya kita bertapak disini,

Disini persaudaraan mula bersemi,

Betapa gagahnya pemuda berbakti,

Juga beraksi pejuang srikandi,

Gayong Pusaka,

Tercetus dari fitnah semata,

Betapa pedih menahan siksa,

Hingga kini masih dirasa,

Guru tua menahan hiba,

Gayong Warisan,

Wasiat Dato’ perlu dilaksana,

Waris perlu laksana tugasnya,

Bukan kerana tamakkan kuasa,

Namun mencari sebuah bahagia,

Gayong Serantau,

Waris Mutlak menjadi taruhan,

Membawa arus mendahului zaman,

Niat menyatu sebuah perpecahan,

Moga cita menjadi kenyataan,

Gayong Pasak,

Mengasing bukan kerana terluka,

Bukan kerana asingan kuasa,

Tapi berpisah kita akhirnya,

Bila terpisahnya Singapura,

Angkatan Gayong Malaysia,

Mungkinkah ini yang dijanjikan,

Unit Khas Kementerian Pertahanan,

Yang Dipertuan Agong paksi ketuanan,

Kerana Gayong bukan mainan,

Atau sebuah barang murahan,

Berteguh kita didalam ketaqwaan…

Page 29: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

29

60. THE NEW MUJADDID

Seratus tahun,

Kini tiba,

Seperti yang dijanjikan,

Bukan satu pembohongan,

Ketibaan seorang Mujaddid,

Pembaharu agama,

Mengikut zaman dan masa,

Digeruni musuh di sana,

Dimana dikau sembunyi,

Mungkinkah di sudut hujung dunia,

Atau di hadapan mata,

Walau di mana kami kan sedia,

Bilakah dikau akan muncul,

Adakah setelah semua hancur,

Atau setelah kami bersatu,

Dan kau memimpin agar berpadu,

Ketibaan Mujaddid baru,

Pasti berita gembira buat semua,

Setelah perit derita sengsara,

Ditindas musuh durjana,

Kami kan sambut dirimu,

Pimpinlah umat yang sedang keliru.

61. THE HIDDEN MUSLIM HAND

Tangan yang tersembunyi,

Dahulu mereka yang ciptakannya,

Namun akhirnya dunia kalut,

Tiada ketenangan dan kedamaian,

Dahulu mereka cuba membina empayar,

Mereka hampir berjaya,

Namun Tuhan kan hancurkannya,

Kerana itu janji dariNya,

Kini giliran kami,

Sebuah tangan muslim,

Yang tersembunyi tanpa diketahui,

Namun menyemarak bahangnya,

Tangan ini lebih berbisa,

Kerana di bawah pimpinan Yang Esa,

Bukan bersandar keangkuhan semata,

Atau benci dan dendam,

Tangan muslim sedang mengarah,

Agar Islam kembali gagah,

Tangan ini tak kan menyerah,

Tangan yang akan menggegar dunia,

Menggetar musuh dan musuh tewas...

Page 30: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

30

62. THE HIDDEN MUSLIM PROJECT

Dunia dalam sengketa,

Dunia memerlukan kita,

Bangun semua jangan leka,

Rancangan mereka pasti binasa,

Rancangan ini bukan mainan,

Tersembunyi di dalam terang,

Terzahir di dalam gelap,

Yang faham akan mengerti,

Serangan balas,

Serangan hendap yang mematah,

Senjata tak dapat dilihat,

Oleh mata yang jahat,

The Hidden Muslim Project,

Membina sebuah tamadun,

Menzahir kekuatan yang hilang,

Menyatu umat yang berpecah,

Projek rahsia,

Mereka merencana,

Kita merencana,

Tiada daya dan upaya,

Melainkan dengan izin Yang Esa...

63. ARMAGEDDON

Perang akhir zaman,

Melibatkan satu dunia,

Melibatkan kita semua,

Bersediakah kita,

Pertempuran yang sengit,

Tak pasti senjata yang diguna,

Mungkin moden,

Atau sebagaimana tamadun awal

manusia,

Armageddon,

Jangan kita mulakan,

Jangan limpahi dunia dengan kehancuran,

Nanti kita akan menyesal,

Armageddon,

Lupakan perang ini,

Ia takkan terjadi,

Jika dunia ingin bersatu,

Membina dunia yang sejahtera,

Tanpa batas agama mahupun bangsa,

Piece No War,

Piece No War,

Piece No War...

Page 31: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

31

64. THE MAN FROM THE EAST

Tercetus dari ramalan manusia,

Bangkitnya seorang yang akan berkuasa,

Mengegar setiap penjuru dunia,

Mengejut dunia yang sedang lena,

The Man From The East,

Munculnya dari sebelah Timur,

Pertembungan 3 lautan nan makmur,

Nama kan gah pastinya tersohor,

Mengubah dunia yang kelam dan kabur,

The Man From The East,

Serban biru imej dibawa,

Sunnah dari Nabi tercinta,

Membawa sistem ekonomi Yang Esa,

Mengubah seluruh sistem manusia,

The Man From The East,

Kemunculannya terus dinanti,

Oleh dunia sehari hari,

Bagi seorang pejuang sejati,

Inilah saat yang dinanti,

The Man From The East,

Mungkinkah beliau dari MALAYSIA,

Atau mungkinkah dari INDONESIA,

Pemimpin agung yang dinanti dunia,

Mengegar seluruh alam semesta,

Moga dari golongan agama,

The Man From The East,

Dunia menanti kemunculanmu,

Bagi merubah yang bercelaru,

Di dunia kejam yang penuh seteru,

Kahabarkanlah kemunculanmu,

Agar dapat kami berjuang bersamamu...

65. TUHANKU

Malam kembali lagi,

Siang muncul berganti,

Aku tetap di sini,

Mengharap redhaMu Ilahi,

Tanganku masih mampu menggengam,

Suaraku belum lagi tenggelam,

Pandangan mataku tiada kelam,

Namun malamku tetap malam,

Cuba ku hitung nafasku,

Cuba ku bilang nadiku,

Hingga aku sedar sesuatu,

Tiadapun hartaku adalah milikku,

Seruan dariMu meyedar leka,

Seruan berupa seruan pusaka,

Mengingat insan hari terluka,

Hari hitungan syurga neraka…

Page 32: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

32

66. UNTUKMU YA ALLAH

Syukur pada-Mu Tuhan,

Kuderat pusaka yang Engkau berikan,

Hingga jasadku diberi kekuatan,

Melaksana setiap yang Engkau wajibkan,

Allah Tuhan Yang Maha Agong,

Pedih azab-Mu tidak tertanggung,

Ampunilah kejahilan yang aku lanjurkan,

Berilah daku petunjuk pimpinan,

Tuhan,

Lisan ini telah berkata,

Mencegah kemungkaran didepan mata,

Walau berat menanggung sakitnya,

Tetap ku tuju gagahi jua,

Ya Allah,

Semua ini untukMu ya Allah,

Ya Allah,

Teruslah beri aku pimpinan,

Ku terus tagih segunung keampunan,

Demi mencari redhaMu Tuhan,

Mencium bau syurga idaman...

67. AIR MATA KEINSAFAN

Tuhanku,

Aku datang lagi,

Dengan tangisan ini,

Ampunkanlah dosaku,

Tuhanku,

Air mata ini menitis,

Menghitung usia yang makin habis,

Mengira dosaku yang tak mampu dihakis,

Tuhanku,

Sempurnakanlah kehidupanku,

Jadikanku hamba bertaqwa,

Itulah yang aku minta,

Walau aku hamba yang hina,

Kotor dan jijik dihadapanMu Yang Esa...

68. YA ALLAH ENGKAU CINTA

AGUNGKU

Ya Allah Engkau cinta agungku,

Engkaulah pelindung diriku,

Engkaulah penyelamat diriku,

Engkau kekasih agungku,

Ya Allah Engkau adalah segalanya,

Segala milikku Engkau yang punya,

Kekuatan dariku Engkaulah puncanya,

TanpaMu hidupku terasa sunyinya,

Ya Allah hambaMu ini lemah,

Sering tertewas didalam resah,

PadaMu jua kupohon barakah,

Agar perjuanganku kembali gagah,

Ya Allah cinta agungku adalah diriMu,

Tika ku jahil Engkau berikan ilmu,

Makan minumku ihsan dariMu,

Kau mengampun dan memberi tanpa

jemu,

Terimalah cintaku Ya Allah,

Pimpinlah diriku yang sering salah,

Kasih sayangku milikMu jualah,

Didepan musuhku janganlah aku kalah,

Berjihad dijalanMu janganlah aku lelah...

Page 33: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

33

69. CAHAYA RAMADHAN

Sinaran purnama muncul lagi,

Sinaran suci anugerah Ilahi,

Anugerah berharga penuh bererti,

Menyeru insan supaya berbakti,

Cahaya ramadhan sungguh berharga,

Sumber kekuatan pejuang dahaga,

Menutup rapat pintu neraka,

Meguak luas pintu syurga,

Lambaian ketenangan satu jaminan,

Bersama munculnya kesucian ramadhan,

Muslimin pasrah memohon ampunan,

Muslimah redha mengharap keberkatan,

Isilah ramadhan dengan ibadah,

Zikir dan tasbih basahkan di lidah,

Solat dan amal bersulam indah,

Quran suci pengubat gundah,

Kawallah diri dari dosa,

Jangan memburu lautan rasa,

Yang muncul nanti hanyalah sisa,

Kembalilah pada tautan Yang Esa,

Sebelum ramadhan di hujung masa,

Sebelum diri hilang kuasa,

Sebelum tiba azab dan siksa,

Kesucian ramadhan jangan dileka,

Kerana ia penyembuh luka,

Luka sisa dari sang derhaka,

Sebelum tiba hari berduka,

Hari hitungan syurga neraka...

70. NUR TAQWA

Taqwa,

Nilai hamba disisi Tuhannya,

Nur taqwa,

Petunjuk restu redha Tuhan,

Yang Esa,

Yang Satu,

Yang Agung,

Cahaya Taqwa,

Cahaya Illahi,

Cahaya Kebenaran...

71. KENALI MALAIKAT

Tercipta daripada cahaya,

Taat dengan perintah Allah Yang Esa,

Beratus ribu banyak bilangannya,

Wajib kita beriman kepadanya,

Jibril menyampai wahyu kepada Nabi,

Mikail pula memberi rezeki,

Israfil meniup sangkakala,

Izrail pula mencabut nyawa,

Mungkar dan Nangkir bertugas bersama,

Si mati dikubur disoal ditanya,

Rokib ‘Atid mencatat amalan,

Yang kita lakukan sehari-harian,

Ridhuan penjaga pintu syurga,

Malik penjaga pintu neraka,

Itulah sepuluh malaikat yang mulia,

Mari kita kenalinya,

Agar iman kita sempurna...

Page 34: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

34

72. KAU AKU DAN DIA

Kau muncul walau ada segala,

Kau datang meragut semula,

Kau mencabar untuk merana,

Kau dicari walau dimana,

Aku usung hati mendamba,

Aku umpama tertelan tuba,

Aku terbiar terus meraba,

Aku penunggu sesuatu yang tak pasti tiba,

Kau indah tapi mengapa,

Kau buat hingga terlupa,

Kau lalaikan tentang siapa,

Kau bernilai tapi berapa,

Aku tak daya walau berkuasa,

Aku lemah walau berbisa,

Aku tertunduk walau perkasa,

Aku tewas melawan rasa,

Dia... punca segala punca,

Dia... pembaca segala pembaca,

Dia... pencipta yang Maha Kuasa,

Dia... miliki segala esok dan lusa,

Kau tak sehebat Dia,

Cuba ku yakin sekuat daya,

Namus tangkisan tak sehebat mana,

Karana fitrah ini juga milikNya...

73. KEKASIH

Kau dicari walau ada segala,

Kau mendambar erti bahagia,

Melamar indah penghapus duka,

Tenang damai bertandang semula,

Sedang sepi mengetuk hati,

Diri tak mampu terus menanti,

Melawan arus fitrah sejati,

Kerana semua ketentuan Ilahi,

Jika kesabaran jadi taruhan,

Diri ini sanggup bertahan,

Biar masa sederas zaman,

Dirimu tetap jadi idaman,

Asing sendiri menjadi ingatan,

Bahawa diri perlukan teman,

Bagi mengisi secebis kekosongan,

Semoga ia kan kesampaian,

Ketentuan Yang Esa jangan dilupa,

Moga kau kenal dirimu siapa,

Biarpun hati meronta segala,

Jangan sampai terpesong hala,

Kerana kuasaNya melebihi segala...

Page 35: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

35

74. NAMA ITU

Jalinan kasih mula tersemai,

Aku mencari sebuah damai,

Rangkulan rindu payah terlerai,

Inilah apa yang mampu ku hurai,

Agar sayangku mampu tertunai,

Hingga jemari dihias inai,

Berilah sayang aku harapan,

Terhadap dirimu sepanjang zaman,

Engkau kan tetap aku idamkan,

Aduhai sayang kekasih hatiku,

Marilah sambut salam rinduku,

Isilah ia dengan kasih sayangmu,

Rebah bersama belaian rindumu...

75. SAJAK RINDU

Pasti kau sedang tersenyum manis,

Senyum yang pernah buatku menangis,

Menahan rindu yang tak pernah terhakis,

Memendam cinta yang tak pernah habis,

Sajak rindu buatmu di sana,

Moga damai bahagia hendaknya,

Bersama teman pengubat duka,

Bersama tugas yang perlu dilaksana,

Kita telah disatukan,

Dalam sebuah ikatan risikan,

Selepas ini sebuah pertunangan,

Kemudianya sebuah pernikahan,

Aku bersyukur pada Ilahi,

Kerana pertemuan jodoh ini,

Bertemu kekasih pujaan hati,

Dalam ikatan yang bersih suci,

Doa kerinduan ku kirim bersama,

Moga tenang engkau disana,

Aku disini damai sentiasa,

Cuma rindu mengusik jiwa,

Selamat ulang tahun ke 25,

Sudah 4 tahun kita bersama,

Berkongsi segala suka duka,

Namun akhirnya bersama jua,

Sampai disini sajak rinduku,

Untuk gadisku pujaan kalbu,

Moga nanti kita bertemu,

Janganlah lupa ukirkan senyummu,

Kerana disitulah mulanya cintaku

padamu...

76. UNTUKNYA

Alangkah indahnya,

Ketika kita bersama,

Umpama hilang segala sengsara,

Malam ini sepi sekali,

Engkau tiada di sisi,

Nyanyian bayu tekun menemani,

Yang terus bertiup di malam hari,

Aku dibiar kesepian,

Yakinku pada sebuah kesetiaan,

Adakah engkau juga merasakan,

Nampak jelas sebuah keindahan,

Ghairah kasih setiap pertemuan,

Impian penyair sepanjang zaman,

Jalinan ini sudah diikat,

Aku dan engkau bagaikan dekat,

Rasa rindu terus terpalu,

Ia indah bak angin lalu,

Adakah engkau juga begitu,

Harapan agar kita direstu...

Page 36: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

36

77. SCORPION

Buatnya yang istimewa,

Dalam satu keluarga,

Sebuah warga,

Scorpio diberi nama,

14 November tarikhnya,

5 November lahirnya,

Segala bagai direncana,

Sebuah misteri kisah cerita,

Sudah berpunya,

Pastinya si dia,

Tersenyum manja,

Tawa nan ceria,

Masih menimba titisan ilmu,

Yang pasti kadang bagai jemu,

Tiada seteru,

Indah tingkah dan laku,

Hanya sebuah cerita,

Hanya singgahan sementara,

Ia pasti buat isteri tercinta,

Yang dulu selalu mengganggu lena,

Warga yang kadang ditekan,

Oleh hidup yang menekan,

Semua bagai tidak ketentuan,

Masalah tiada jalan penyelesaian,

Malam menjadi teman,

Lena menjadi kawan,

Mimpi sahabat setia seharian,

Gelap bagai terang gemerlapan,

Terkadang bagkit dari leka,

Gagah berjuang sekuat daya,

Segala bagai mampu diduga,

Ombak lautan api segala,

Kenangan lalu mengusik jiwa,

Pahit dan manis mainan rasa,

Itulah ramuan hidup biasa,

Hanya bekal dihari muka,

Hari esok tiada erti,

Bagai telah lama ditempuhi,

Kelam sayu tiada yang mengerti,

Hanya kaku sepi sendiri,

Warga yang telah ditentukan,

Pasrah dalam takdir Tuhan,

Menunggu masa sebuah seruan,

Nafas terakhir sebuah kehidupan,

Esok tugas sedia menanti,

Segala tabah terus dilalui,

Moga tertunai beban hakiki,

Selamat sejahtera hai esok hari,

Warga menyimpan rahsia dihati,

Mungkin dendam bawa ke mati,

Kalau teman sahabat sejati,

Andai musuh kukuh terpatri,

Senyum menggoda,

Jiwa nan sepi terusik rasa,

Namun semua manusia biasa,

Terdapat batasan setiap daya,

Tekanan jiwa menekan,

Tak tertanggung sebuah tanggungan,

Sering tertewas dalam cobaan,

Lemas dalam dunia kehidupan,

Bangkit dan tewas bagai rancangan,

Semua menjadi diari ingatan,

Tertulis dalam sajak coretan,

Abadi kenangan sepanjang zaman...

Page 37: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

37

78. RINDU INI KIAN MEMBARA

Gelora rasa telah ku luah,

Kasih padamu telah berbuah,

Tercampak jauh jutaan resah,

Gundah di hati terlempar musnah,

Tenang merentas lautan rasa,

Ombak menghenyak mencabar kuasa,

Namun rindu ku tetap terasa,

Hebatnya mampu menghenti masa,

Suara rindu sering berkata,

Agar bersama terus berdua,

Tidak hiraukan sapa sahaja,

Asalkan hati sama bahagia,

Rindu ini kian membara,

Entah di mana nokhtah akhirnya,

Mampukah terubat bila bersua,

Adakah terluah bersama tawa,

Dalam merentas jalinan rindu,

Hati diseru suara Yang Satu,

Agar tindakan tidak melulu,

Supaya rindu terus berpandu,

Dalam meniti rindu ini,

Hati disemat kalimah Ilahi,

Batasan tergaris jangan diingkari,

Sempadan hukum jangan dicerobohi,

Pastikan muncul ‘rindu’ sejati,

Yang akan kekal ke akhir nanti...

79. TERIMA KASIH SAYANG

Terima kasih sayang,

Duka yang lalu telah kau buang,

Yang ada kini hati yang tenang,

Terima kasih sayang,

Kerana memberi aku peluang,

Meluah rasaku yang lama terpendam,

Menzahir rinduku yang lama ku idam,

Terima kasih sayang,

Kini kasih kembali pulang,

Kerana keikhlasan yang engkau berikan,

Menghargai segala yang aku curahkan...

80. MAAFKAN DAKU SAYANG

Maafkan daku sayang,

Andai hadirku tidak kau undang,

Dan kasihku ini bagimu terlarang,

Maafkan daku sayang,

Andaiku tak mampu membuat kau girang,

Andai bicaraku buat kau terguris,

Hingga hatimu terkadang terhiris,

Maafkan daku sayang,

Atas kesilapan yang ku lakukan,

Atas caraku yang kadang menekan,

Atas sikapku yang keterlaluan...

Page 38: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

38

81. TAHUKAH ENGKAU

Tahukah engkau,

Saat ini aku merindu,

Senyuman manismu,

Umpama madu,

Tahukah engkau,

Betapa aku sayang,

Kepadamu,

Kasihku bersatu,

Bertemu,

Tahukah engkau,

Betapa aku tak mampu,

Menahan semua rasaku,

Terhadapmu,

Kekasih hatiku,

Tahukah engkau,

Betapa aku tak tahu,

Mengapa engkau terus dirindu,

Dan tahukah engkau,

Hanya engkau,

Seorang,

Sayangku...

82. RINDU PADAMU II

Rindu lagi,

Hidup kini kian teruji,

Rindu, kasih, sayang di hati,

Semua mengajar kehidupan hakiki,

Rindu padamu,

Hanya dirimu,

Rindu padamu,

Dambakan ucapan,

Pertemuan,

Belaian,

Kasih dan sayang,

Rindu padamu kian semarak,

Hakikat diri yang semakin sebak,

Rindu padamu,

Penawarnya jauh di sana,

Kerana ia milikmu jua,

Rindu padamu,

Berilah aku penawar itu,

Walau hanya sedetik waktu,

Penawar rindu,

Semua tersirat dibibir manismu,

Tengukir senyuman semanis madu,

Rindu padamu,

Ditengah perit derita perjuangan,

Engkau tetap aku rindukan,

Menjanji secebis sisa ketenangan,

Rindu ini,

Membuat aku sepi sendiri,

Sunyinya menanggung rindu dihati,

Terhadap kekasih yang aku ingati,

Duhai sayang yang sering ku rindu,

Sambutlah sayang salam kasihku,

Sembuhkan dengan senyum bibirmu,

Sayangku,

Aku rindu padamu,

Maafkan segala salah silapku,

Terima kasih atas kesabaranmu,

Tabah menanti detik indah itu,

Sedang rindu terus terpalu,

Untukmu gadis kekasih hatiku...

Page 39: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

39

83. HUBUNGAN INI

Hubungan ini sukar diungkap,

Tiada bicara yang mampu menangkap,

Tiada kata yang mampu menyingkap,

Bagai bahagia di dalam dakap,

Hubungan ini bagai mimpi,

Duka derita sayu sepi,

Gembira tawa senyum dihati,

Ia tentu kekal tak pasti,

Hubungan ini bagai cerita,

Susun atur cetusan pendita,

Bagai pahlawan menghunus senjata,

Rebah bangun mencurah berita,

Hubungan ini bak cindai putih,

Jua umpama air yang jernih,

Kitalah pastikan ianya bersih,

Jika kandas kitakan tersisih,

Hubungan ini bagai pemburu,

Mencari buruan yang kadang keliru,

Tusukan cabaran kan datang berderu,

Semangat sakti kan gagah menyeru,

Hubungan ini kadang bahagia,

Segala cerita kongsi bersama,

Detik dilalu sengsara lama,

Mungkin sejati ini yang pertama,

Hubungan ini kan lama begini,

Kerana masa belum ditemui,

Belum tercapai apa dihajati,

Turutkan hati pastikan mati,

Hubungan ini sama dipertahankan,

Jangan punah hancur berserakkan,

Akan musnahlah segunung harapan,

Sepilah rindu masa hadapan,

Hubungan ini terkadang sengsara,

Sakit bagai menggenggam bara,

Karana rindu kian lara,

Sedang kebenaran membataskan cara,

Hubungan ini kadang damai,

Tika bersama kasih tersemai,

Mencurah kasih agar terurai,

Menyimpul ikatan tanpa terlerai,

Hubungan ini kadang tersiksa,

Tercabar gagah genggaman kuasa,

Bila tak jumpa tanpa bersua,

Sakit merindu senyum dan tawa,

Hubungan ini berbagai tajuk,

Senyum di hati bila kau merajuk,

Bila diri terasing terpupuk,

Pandai pula senyummu memujuk,

Hubungan ini satu pengalaman,

Pasti kan kekal dalam ingatan,

Putaran beredar sederas zaman,

Pasti menyemat seribu kekuatan,

Hubungan ini sulam berkisar,

Paduan sayang lembut dan kasar,

Seni sulaman pukulan pendekar,

Lembut dan kasar kuak terbongkar,

Hubungan ini bukan mainan,

Bukan juga selingkar caturan,

Bagai sudah tertulis ditakdirkan,

Izin Ilahi yang akan menentukan,

Hubungan ini jangan cemarkan,

Oleh tindakan yang keterlaluan,

Bila cemburu memberi tusukan,

Pasti amarah menjadi taruhan,

Page 40: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

40

Hubungan ini kini diduga,

Oleh cabaran yang tidak terkata,

Terpisah jauh antara kita,

Namun rindu tetap bertahta,

Hubungan ini bukan gurauan,

Bukan pula ikutan perasaan,

Ia mencorak masa hadapan,

Baik buruknya kan kekal diingatan,

Hubungan ini telah terbina,

Walau cuaca beri bencana,

Walau malam kadang gerhana,

Namun halanya terus ke sana,

Hubungan ini jangan dicemar,

Kelak sepi sepasang camar,

Sesal sendiri di sudut kamar,

Cahaya redha bagaikan samar,

Hubungan ini ada batasan,

Membeza tingginya kedudukan insan,

Menilai makhluk di sisi Tuhan,

Segala laku disusul balasan,

Hubungan ini terlalu berharga,

Bagai musafir sedang dahaga,

Tersua air di dalam telaga,

Melempar haus bersama bangga,

Hubungan ini penuh kenangan,

Yang berlalu bagai bayangan,

Tak kan kembali bagai ulangan,

Rindu dan sayang jadi pegangan,

Hubungan ini pastikan kekal,

Andai berpaksi semangat yang cekal,

Andai kejujuran menjadi bekal,

Andai dipimpin kewarasan akal,

Hubungan ini,

Tiada lagi yang mampu ku ucapkan,

Hanya ini sebagai pegangan,

Dan sematlah ia dalam ingatan,

Jika semua merestukan,

Jika segala cita menjadi kenyataan,

Jika takdir mengizinkan,

Akan ku lamar kau menjadi teman,

Buat hidupku sepanjang zaman,

Insyaallah...

84. KECEWA

Sekali lagi aku diperdaya,

Oleh makhluk bernama hawa,

Hingga hilang keikhlasan tawa,

Yang datang hanya seribu kecewa,

Rupanya aku sebagai bahan,

Bahan percaturan sebagai teman,

Bagi menepis setiap cemuhan,

Duka laranya aku yang menahan,

Mengapa dirimu sekejam itu,

Membuat diriku hampir keliru,

Tersalah nilai tentang dirimu,

Tersusuk perit menikam kalbu,

Duka ini engkau coretkan,

Tahukah dirimu aku berperasaan,

Aku juga seorang insan,

Yang dibekal hati dan perasaan,

Inikah nilai seorang sahabat,

Sanggup membuang kekuatan kuderat,

Sanggup menelan dendam kesumat,

Demi ikatan yang kuat tererat,

Page 41: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

41

Hati kecilku terlalu pedih,

Ku bawa diri bagai tersisih,

Mengharap sayang seorang kekasih,

Yang datang pula lautan sedih,

Terima kasih duhai sahabat,

Yang mengajar erti tersurat,

Dalam rindu dan amarah,

Cuba ku buang segala resah,

Sedang aku terbiar rebah,

Menelan pahit segala gundah,

Jika ini yang engkau pinta,

Dari seorang sahabat setia,

Aku akur pada segala,

Agar dirimu berbahagia,

Telah lelah aku mencuba,

Membohongi hati yang kian hiba,

Namun aku tidak terdaya,

Walau diriku pahlawan waja,

Ketabahanku tak sampai ke mana,

Kerana aku manusia biasa,

Tak mampu lari dari derita,

Dan menagih sayu kesucian cinta,

Demi sebuah kasih sejati,

Barlah aku mengundur diri,

Mengharung derita sepi sendiri,

Moga kau bahagia aku begini,

Kini sahabat kembali asal,

Biar aku sedih dan kesal,

Sekali aku terlanjur menyayangi,

Ke akhir hayat au merindui,

Mengapa dirimu begitu kejam,

Membunuh hatiku bagai direjam,

Tidak wujudkah padamu simpati,

Sebagai sematan di dalam hati,

Kepada seorang sahabat sejati,

Yang dihormati hingga ke mati,

Pada siapa ingin ku luahkan,

Derita ini yang makin menekan,

Berilah aku secebis kekuatan,

Agarku kembali pada perjuangan,

Mengharung segala onak dugaan,

Memburu setia selaut ketenangan,

Oh Tuhan Yang Maha Esa,

Duka hatiku perit terasa,

Pedih sakitnya penuh berbisa,

Berbisa, berbisa, berbisa,

Mengapa kesedihan terus bertandang,

Pada hatiku yang makin usang,

Pergilah duka jauh terbuang,

Pergilah kesedihan jauh terusang,

Biar aku kembali tenang,

Agar hidupku embali damai,

Dan benih kekuatan terus tersemai,

Dan buah kemenangan mampu ku tuai,

Selamat malam sahabat tersayang,

Biarlah takdir yang menentukan,

Kiranya datang suatu ketika,

Seruan azimat dari Yang Esa,

Yang menyeru agar kita bersama,

Memadu kasih yang ku idam lama,

Maka tika itu aku berkata,

Suatu kata yang pasti ku kota,

Hanya dirimu yang aku cinta,

Hanya hatimu yang mampu bertahta,

Di dalam hatiku yang penuh cerita....

Page 42: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

42

85. SAYANG PADAMU

Hanya itu mampuku luah,

Moga sayangku terus berbuah,

Benihnya pula terus bercambah,

Untuk gadisku sayangku Jariah,

Diriku terlalu menyayangimu,

Diriku terlalu sayang padamu,

Sematlah sayang kalimah ini,

Genggamlah ia penuh berani,

Kerana semuanya ada di sini,

Hakikat rasaku memang begini...

86. ULANG TAHUN KE-4

4 tahun sudah berlalu,

27 September terpahat padu,

Dua jiwa meluah rindu,

Kasih dan sayang yang lama terbuku,

Kini kita makin dewasa,

Suka dan duka telah dirasa,

Mengajar hakikat sebuah cinta,

Yang penuh indah tidak terkata,

Jodoh kita tak sampai lagi,

Tahun hadapan seperti dijanji,

Siksa menunggu tidak terperi,

Moga tertunai hasrat dihati,

Ku lihat dirimu makin menawan,

Senyum manis bak pueri kayangan,

Membuat jantungku gugur bertaburan,

Menatap senyuman gadis pujaan,

Tarikh ini menjadi ingatan,

Tika pertama kali aku meluahkan,

Kita bagai tidak keruan,

Apakan daya engkau ku dambakan,

Maafkan diriku duhai sayang,

Segala derita jangan dikenang,

Segala bahagia moga kan berulang,

Moga gembira dibawa pulang,

Terima kasih gadis pujaan,

Atas segala yang kau lakukan,

Atas setiap yang engkau korbankan,

Demi mempertahan sebuah perhubungan,

Salam sayang buat dirimu,

Ulang bulan ke-5 ku tunggu-tunggu,

Tika itu kau menjadi isteriku,

Itulah hajatku sedari dahulu,

Sejak pertama kali terpandang wajahmu…

87. RINDU PADAMU

Ketenteraman entah di mana,

Terkadang ada terkadang tiada,

Sunyi ini bagaikan lama,

Menanti kasihmu secebis cuma,

Rindu padamu kini terasa,

Halus seninya penuh kuasa,

Tusukan tajamnya penuh berbisa,

Damai indahnya membunuh masa,

Rindu padamu,

Rindu padamu,

Rindu padamu,

Hanya untukmu sepanjang zaman,

Aduhai dara gadis idaman...

Page 43: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

43

88. BAGAIMANA IA BERMULA

Berdetik hatiku pandangan pertama,

Ingin rasanya berdua bersama,

Biarpun hanya sedetik Cuma,

Tinggi harganya bagaikan lama,

Terlihat dirimu sungguh ceria,

Tawa riangmu menggamit bahagia,

Namun wajahmu tersirat cerita,

Menyimpan lautan rahsia derita,

Ku lihat kau tak banyak bicara,

Tak pandai pula berpura-pura,

Namun tak pandai menyembunyikannya,

Bila marahmu bakar membara,

Melihat tingkahmu terkadang tegas,

Melontar sikap yang sukar di bidas,

Namun hatimu lembut dan ikhlas,

Hinggakan dirimu terkorban dan lemas,

Melihat semua lakuan itu,

Terdetik hatiku mendekatimu,

Mungkinkah aku sudah bertemu,

Dengan gadis idamanku,

Cubaku rapat dekat mengenali,

Hanya sebagai sahabat disisi,

Mungkinkah engkau wanita sejati,

Untuk menjadi kekasih hati,

Sekian lamanya aku mengkaji,

Kesabaran ku pula kian teruji,

27 september segalanya terbukti,

Sayangku padamu ku luahkan ke hati,

Tertunduk dirimu bagai merpati,

Senyum terukir penuh bererti,

Kita menyimpul sebuah bukti,

Mengikat padu sebuah janji,

Moga mendapat keredhaan Ilahi…

89. SENYUM MANISMU

Engkau sering mengukirkannya,

Aku sering mendambakannya,

Kerana ia penuh berharga,

Menjadi penawar duka dan lara,

Tiap kali kita bertemu,

Aku merindu senyum manismu,

Akan ku tatap tanpa jemu,

Akan ku semat di dalam kalbu,

Senyumlah selalu duhai sayangku,

Hanya itulah penawar rinduku…

90. LEMBARAN PUTIH

Malam itu milik kita,

Terlempar jauh segala derita,

Hujan yang turun membawa cerita,

Riwayat agung kesucian cinta,

Senyum bibirmu bagaikan penawar,

Bagai sang teruna datang melamar,

Bagai si dara tersipu di kamar,

Bahagia bagai sepasang camar,

Ku utus secebis lembaran putih,

Tanda niatku yang suci bersih,

Tanda sayangku yang kian jernih,

Hanya untukmu duhai kekasih,

Lembaran putih ku utus buatmu,

Walau tak seindah mawar di situ,

Walaupun itu bukan mahumu,

Namun niatku tetap satu,

Meluah rinduku yang kian terbuku,

Menzahir sayangku di dalam kalbu,

Page 44: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

44

Terimalah lembaran putih itu,

Hanya itu yang aku mampu,

Ia bukanlah bernilai beribu,

Kerana kasihku bukanlah di situ,

Hujan ini semakin lebat,

Bagai sayangku yang makin hebat,

Hanya satu menjadi hajat,

Senyumlah sayang walau sesaat,

Moga rinduku akan terubat...

91. LAMBAIAN SAYANG

Malam bagai tersenyum riang,

Melihat insan memadu sayang,

Duka sayu jauh terbuang,

Pedih dan pilu sembunyi hilang,

Rasa ini bukan mainan,

Bukan tercipta dalam ciptaan,

Hanya batin yang mampu menghuraikan,

Sembunyi tenang dalam kocakan,

Hasrat tertutup sekian lama,

Detik yang lalu bagaikan bisa,

Kini hampir terluah segala,

Rupanya rasa dirasa jua,

Sayang hampir ke puncak nyata,

Namun hati mula berkata,

Mengapa terkunci dalam cerita,

Walau hati sudah bertahta,

Moga bahagia duhai hati,

Malam ini bagaikan bukti,

Inilah dia kasih sejati,

Anugerah Tuhan yang penuh bererti,

Harap kan kekal hingga ke mati...

92. DIHARI LAHIRMU

Selamat hari lahir,

Ucapan ikhlas yang mampu ku ukir,

Meluah rasa agar terzahir,

Terdambar sayang hingga ke akhir,

Aliran masa sembunyi sesuatu,

Bagai tersusun menjadi satu,

Mencabar hati supaya berseru,

Melamar sayang di dalam kalbu,

Apakah Tuhan menguji lagi,

Setelah sengsara terusung pergi,

Memanah batin tersiksa sendiri,

Sakit pedihnya tak terperi,

Mungkinkah ini nokhtah derita,

Yang hebat tertanggung sekian lama,

Apa ku pinta secebis cuma,

Moga Yang Esa memimpin segala,

Bahagia tersulam hingga ke akhirnya...

93. HATI INI TAK MAMPU

DIBOHONGI

Diri mampu mendusta semua,

Sembunyi resah didalam tawa,

Sembunyi syahdu segala kecewa,

Hanya diri yang tahu segala,

Siapakah dirimu duhai wanita,

Senyum bibirmu tersirat cerita,

Sayu matamu melamar derita,

Gemersik suaramu menggugat jiwa,

Mengapa sayang muncul kembali,

Ditengah gagah perjuangan ini,

Mengapa rindu bertandang begini,

Hingga menggugat kekuatan diri,

Page 45: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

45

Berat sungguh bebanan ini,

Beban menanggung cinta sejati,

Kerana hati tak mampu dibohongi,

Yang tinggal hanya kecewa sendiri,

Oh Tuhan berilah kekuatan,

Untukku rempuh lautan dugaan,

Melawan bisikan nafsu dan syaitan,

Agarku kembali kepada perjuangan,

Perjuangan memburu redha-Mu Tuhan...

94. DIRIMU SIAPA

Laman itu menjadi saksi,

Terukir dirimu dalam puisi,

Tapi kau tiada di sisi,

Ruang ini tidak kau isi,

Mengapa kau terus dipuji,

Sedang segala tak pernah berjanji,

Gagah genggam semakin teruji,

Gugur musnah erti benci,

Kau ku damba setiap masa,

Panahan wajahmu sungguh berbisa,

Gerak senyummu sangat berkuasa,

Hingga ku tewas menepis rasa,

Mungkinkah kau bisa ku temu,

Ingin benar bersua denganmu,

Akan ku tatap tanpa jemu,

Akan ku hurai siapa dirimu,

Selamat malam gadis ayu,

Moga salamku dibawa bayu,

Dihitung hari yang makin layu,

Ditengah masa yang sering sayu,

Hanya untukmu gadis Melayu...

95. SIAPAKAH DIRIMU

Sekilas pandang sayu indah,

Hati tenang kembali gundah,

Rasa teralir menuju resah,

Aku yang damai kini gelisah,

Siapakah dirimu duhai insan,

Ayu dirimu bak permata hiasan,

Manis bibirmu umpama manisan,

Sayu matamu bak indah titisan,

Siapakah dirimu gadis remaja,

Cara gayamu begitu manja,

Mungkin ramai yang ingin memuja,

Hingga tergugur pahlawan waja,

Siapakah dirimu wahai dara,

Hingga aku sendiri lara,

Inginku dakap bicara suara,

Biarpun terpaksa ku genggam bara,

Mengapa sedetik kita bersua,

Belum pun sempat ku tanya siapa,

Belum pun puas ku tatap rupa,

Namun kau takkan ku lupa,

Dan akan ku buru walau kau siapa...

Page 46: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

46

96. MERINDU

Segalanya mungkin,

Kehidupan tidak mudah dijangka,

Perjuangan tak indah diharap,

Rindu derita sayang terusap,

Kita mampu mendusta semua,

Terlindung sayu bersuram tawa,

Apa terasing sendiri kecewa,

Gundah sangsi sama terbawa,

Terbayang indah senyuman manis,

Sayang hanya bayangan habis,

Nyata tertulis hanya tangis,

Terumbang lemah di atas garis,

Damba sua tentang bersama,

Tenang detik sedetik cuma,

Lafaz sepi sesayu nama,

Sangsi masa bertapak lama,

Ucapan asing sunyi sendiri,

Satu kata bercerai hari,

Pantas pintu di hujung tari,

Di atas tinggi asing jemari,

Rasa malang seorang merindu,

Dirindu tenang terjual sendu,

Seorang membeli melangit padu,

Di sana jauh kecil rindu terpandu...

97. HARI HANTARAN BELANJA

Pagi ini burung di laman menyanyi riang,

Cuaca damai hening dan tenang,

Merai hari ikatan cinta dan sayang,

Diri yang satu kan kembali pulang,

Dulang tembaga pelapik hantaran,

Tersusun rapi segala barangan,

Album berisi terkota perjanjian,

Kemuncak rasa alam percintaan,

Duhai sayang yang aku rindukan,

Dirimu tetap jadi pujaan,

Walau dugaan kejam menekan,

Namun tak mampu menghalang tujuan,

Senyuman darimu pengubat duka,

Mengisi ruang jiwa tersiksa,

Kerananya jua aku gembira,

Kerana segala bermula darinya,

Enam puluh lapan hari,

Hari-hari yang akan dilalui,

Sebelum sempurna ikatan janji,

Moga sabar sama menanti,

Rombongan ketiga kan pasti tiba,

Tertunai sudah segala cinta,

Moga kebahagiaan menemani semua,

Nikmat cinta dirasai selamanya,

Salam sayang buat dirimu,

Terima kasih sabar menunggu,

Melayan kerenah tanpa jemu,

Maaf segala salah silapku,

Moga kita bertemu lagi,

Belaian kasihmu ku tanam dihati,

Moga kan subur terus dibajai,

Dan indah berbunga sehari hari,

Mekar dan harum keakhir nanti…

Page 47: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

47

98. MALAM PERTUNANGAN

Ku ingin lelapkan mata,

Menamatkan hari-hari biasa,

Melupakan alam nyata,

Mengharung alam mimpi sementara,

Namun hati terdetik,

Bagai ada yang mengusik,

Suara entah dari mana berbisik,

Merenung dulang yang berlapik,

Ku renung satu persatu,

Bagai mimpi yang selalu mengganggu,

Pada malam yang telah lalu,

Bila terjaga hati kan sayu,

Ku renung lagi,

Bahan kain untuk pernikahan nanti,

Warna lembut pilihan hati,

Detik itu satu yang pasti,

Selandang lembut menghias dulang,

Tuala biru dilipat berulang,

Sejadah suci teman sembahyang,

Telekung putih ke jalan pulang,

Buah-buahan berbagai warna,

Kuih manisan pemanis rasa,

Kek pertunangan untuk semua,

Setepak sireh sempurna adatnya,

Sebentuk cincin permata berlian,

Untuk si dia gadis idaman,

Menunggu masa untuk disarungkan,

Alangkah indahnya sebuah pertunangan,

Aku masih mengelamun sendirian,

Inikah yang selama ini aku nantikan,

Mimpi yang kini jadi kenyataan,

Disatukan dengan gadis pujaan,

Esok aku akan ke sana,

Bersama kedua ibu dan bapa,

Bersama juga sanak saudara,

Membawa hantaran sebagai tanda,

Selepas ini lebih bererti,

Hubungan ini sudah direstui,

Moga bahagia kan menyelubungi,

Hingga akhir masanya nanti,

Esok dan lusa akan berlalu,

Ku nanti detik senyum manismu,

Yang jadi penawar kegelisahanku,

Penjadi azimat buat diriku,

Tidak semastinya semua indah,

Kadang sayu terkadang gundah,

Cabaran hidup bukannya mudah,

Kerana kita hambaNya yang lemah,

Terima kasih diatas kesudian,

Menerima Kanda sebagai teman,

Buat menemani secebis kesepian,

Buat mengisi ruang kekosongan,

Maafkan Kanda diatas kesilapan,

Sepanjang kita dalam perkenalan,

Moga esok kita kan lebih sefahaman,

Dalam meniti alam pertunangan,

27 September telah kita lalui,

Akan ku kenang hingga ke mati,

28 November kini dirasai,

Hari gembira penuh bererti,

29 Mei ku nanti-nanti,

Untuk ku tunai segala janji,

Moga Tuhan merestui,

Berdua kita sama melayari,

Alam indah bersamamu bidadari…

Page 48: 04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)

Kompilasi Sajak Cikgu Iswan 1999 – 2014

48

99. LEBARAN INI

Lebaran ini,

Bukan yang seperti ku lalui,

Kerana kasihku telah kau hargai,

Lebaran ini,

Diri tidak lagi sendiri,

Kerana hatiku sudah kau miliki,

Lebaran ini,

Ingin sekali bersamamu gembira,

Agar terbuang duka dan lara,

Lebaran ini,

Ku pohonkan kemaafan,

Di atas segala yang ku lakukan,

Lebaran ini,

Ku pohonkan kepada Tuhan,

Semoga dirimu diberi ketenangan,

Bahagia menyambut cahaya lebaran,

Biarpun kita terpaksa berjauhan,

Dan janganlah itu kau kesalkan,

Semoga kau dan aku akhirnya disatukan.

100. ISTERIKU

Malam ini kau sedang lena,

Mungkin letih seharian bekerja,

Namun aku masih terjaga,

Melayan hati yang entah apa,

Rindu padamu terus terasa,

Biarpun telah lama kita bersama,

Menongkah arus hidup bahagia,

Terus menebal perasaan cinta,

Ingin terasa memelukmu,

Agar hilang rasa rinduku,

Namun kau tak bisa ku ganggu,

Ku semat rinduku di dalam kalbu,

Terima kasih aku ucapkan,

Diatas segala pengorbanan,

Diatas segala yang kau curahkan,

Kasih dan sayang rindu berpanjangan,

Malam kian belabuh pergi,

Rindu padamu menebal dihati,

Moga esok kan jumpa lagi,

Menyemai benih kasih sejati,

Menjadi sebuah kenangan abadi...