03 tugasan projek ppg mte3114

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 17/01/2015 TARIKH HANTAR 28/02/2015 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden. 2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan. 3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi . 4. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi . 5. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus . Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4 dan 5 Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menyiasat peranan Matematik dalam teknologi moden. 2. Meneroka penggunaan kod klasik dan cipher, kod dan kriptografi dalam teknologi moden. 3. Menyiasat penggunaan model Matematik dalam biologi dan ekologi. 4. Meneroka aplikasi dan hubungan sebahagian idea utama Matematik berkaitan dengan kalkulus. TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : MTE3143 APLIKASI MATEMATIK SEMESTER : 1 /2015 (AMB JUN 2011) a

Upload: leeching-tan

Post on 19-Jul-2015

2.289 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03 tugasan projek ppg mte3114

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 17/01/2015 TARIKH HANTAR 28/02/2015

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.

2. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.

3. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi .

4. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi .

5. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus .

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menyiasat peranan Matematik dalam teknologi moden.

2. Meneroka penggunaan kod klasik dan cipher, kod dan kriptografi dalam teknologi moden.

3. Menyiasat penggunaan model Matematik dalam biologi dan ekologi.

4. Meneroka aplikasi dan hubungan sebahagian idea utama Matematik berkaitan dengan kalkulus.

TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

SEMESTER : 1 /2015 (AMB JUN 2011)

a

Page 2: 03 tugasan projek ppg mte3114

TUGASAN KERJA KURSUS (100%)

PRAKTIKAL 1 (30%)

Kerja kursus ini melibatkan pengumpulan dapatan daripada pelbagai sumber dan penulisan laporan dengan pemberatan markah 30% daripada markah keseluruhan kerja kursus. Anda perlu melengkapkan tugasan ini secara INDIVIDU.

Arahan:

1. Anda dikehendaki meneroka peranan kod klasik dan cipher dalam teknologi moden

2. Sediakan nota ringkas tentang maklumat / dapatan yang diperolehi daripada pelbagai sumber berkaitan peranan kod klasik dan cipher dalam teknologi moden.

3. Banding bezakan kod klasik dan cipher dalam teknologi moden yang berjenis

gantian dan transposisi. Bincangkan kekuatan dan kelemahan kedua-dua jenis ini.

4. Sediakan satu laporan bertulis bersama pengelola grafik (jadual banding beza /peta minda) yang sesuai, sertakan juga bahan rujukan / sumber maklumat yang berkaitan.

PRAKTIKAL 2 (30%)

Kerja kursus ini melibatkan penyiasatan penggunaan model matematik dalam bidang biologi dan ekologi. Anda perlu melengkapkan tugasan ini secara INDIVIDU.

Arahan:

1. Anda dikehendaki meneroka peranan model matematik dalam situasi seharian, khasnya bidang biologi dan ekologi. Seterusnya tuliskan satu rumusan penggunaan model matematik dalam situasi seharian tersebut.

2. Pilih satu model matematik (selain daripada Model Pertumbuhan Logistik dan

Model Lotka-Volterra), bincangkan ciri-ciri utama model matematik yang

terpilih dalam satu laporan yang terperinci. Lampirkan bukti-bukti bahan

rujukan/sumber maklumat.

Page 3: 03 tugasan projek ppg mte3114

PRAKTIKAL 3 (40%)

Kerja kursus ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A merupakan penerokaan

peranan Matematik dalam teknologi moden dan bahagian B adalah idea-idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus. Tugasan bahagian A adalah tugasan berpasangan

dan pemberatan markah 20% manakala tugasan bahagian B adalah tugasan individu dan pemberatan markah 20%.

Arahan:

Bahagian A – Tugasan berpasangan (20%)

1. Anda dikehendaki meneroka penggunaan kalkulus dalam kehidupan seharian. Pilih satu Paradoks Zeno dan huraikan dengan jelas bagaimana paradoks tersebut boleh diselesaikan dengan penggunaan konsep kalkulus.

2. Sediakan satu laporan bertulis tentang dapatan anda. Laporan anda mesti mengandungi penerangan terperinci Paradoks Zeno yang terpilih dan cara paradoks tersebut dapat diselesaikan dengan fahaman konsep kalkulus.

3. Bentangkan hasil dapatan anda dalam bentuk Powerpoint atau persembahan grafik yang sesuai.

Bahagian B – Tugasan individu (20%)

1. Anda dikehendaki meneroka idea utama Matematik berkaitan dengan Kalkulus yang diguna oleh Archimedes ketika mencari kaedah untuk mengganggar luas bulatan.

2. Sediakan satu laporan bertulis tentang andaian-andaian utama dan keberkesanan kaedah yang digunakan oleh Archimedes untuk menganggar luas bulatan.

3. Hantar laporan bertulis serta ‘soft copy’ yang disimpan dalam CD.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :1.1. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini 1.2. Fon Arial1.3. Saiz huruf - 121.4. Langkau 1.5 baris1.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)1.6 Lampiran adalah wajib

2. Amalan plagiat tidak dibenarkan

3. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu termasuk persembahan.

4. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%

Page 4: 03 tugasan projek ppg mte3114

+Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas ciri-ciri utama topikb. Mengolah dengan secara terperinci berdasarkan maklumat-maklumat yang

dicerap.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai,tanpa kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

Kriteria Pentaksiran

Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

---------------------------------------- -------------------------------------

( TAN KAH KHENG ) ( DR.KOAY CHEN YONG ) Penyelaras Kursus MTE3143 PAKAR BIDANG (SME) Jabatan Matematik Jabatan Matematik

Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh Ketua Jabatan

----------------------------------------

( ZOWYAH SHABDIN )Ketua Jabatan Jabatan Matematik

Page 5: 03 tugasan projek ppg mte3114

Tarikh:

Page 6: 03 tugasan projek ppg mte3114

Tarikh: