proposal ppg 2014

Upload: nizam-zam

Post on 10-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

proposal matematik

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN TINDAKANMeningkatkan kemahiran membahagi dengan nombor satu digit menggunakan bahagi tulang (Smart Divide) berpandukan darab tulang.

Isi Kandungan

Muka surat

1.0PENDAHULUAN2

1.1Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu3

2.0FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN5

2.1Isu Keprihatinan / Fokus Kajian5

2.2Tinjauan dan Analisis Masalah6

3.0TINJAUAN LITERATUR10

4.0OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN12

4.1Objektif Umum12

4.2Objektif Khusus12

4.3Soalan Kajian12

5.0KUMPULAN SASARAN13

6.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN13

6.1Perancangan Langkah-langkah Tindakan13

6.2Perancangan Cara Mengumpul Data16

6.3Perancangan Cara Menganalisis Data24

7.0PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN25

7.1Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan25

7.2Kos Kajian25

8.0SENARAI RUJUKAN26

LAMPIRAN27

1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanPenyelidikan tindakan ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Yan, Kedah. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan juga merupakan sekolah Gred B. Jumlah keseluruhan pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh (bukan nama sebenar) ini hanyalah 92 orang murid dan ke semuanya tinggal di kawasan Kampung Ruat sahaja. Ini kerana tiga kilometer dari sekolah terdapat beberapa sekolah lagi seperti SK Nyak Ngam dan SK Langkasuka dan SK Kampung Pauh. Oleh yang demikian, sekolah ini dijalankan dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Oleh kerana kekurangan murid, maka setiap aliran hanya terdiri dari satu kelas sahaja. Kelas yang mempunyai bilangan murid paling sedikit ialah Tahun 5 seramai 9 orang murid dan kelas yang paling ramai murid ialah Tahun 4 seramai 20 orang murid.

Latar belakang keluarga murid di sekolah ini adalah dalam golongan berpendapatan rendah dan majoritinya ialah keluarga nelayan. Ke semua murid dari sekolah ini adalah murid Melayu dan tinggal berdekatan dengan sekolah iaitu di sekitar Kampung Ruat, Yan.

Pencapaian murid secara keseluruhan bagi sekolah ini adalah dalam lingkungan 88%. namun pencapaian UPSR bagi matapelajaran Matematik pada tahun 2014 adalah 100%. Walaupun sekolah ini mempunyai bilangan murid yang sedikit, namun peratus ketidahadiran murid lemah ke sekolah sekitar 25%. Ini menjejaskan proses pembelajaran murid tersebut. Selain dari itu, sebilangan dari murid-murid dari sekolah ini amat tidak meminati Matematik. Hasil tinjauan saya mendapati, mereka kurang membuat latihan di rumah kerana terlibat dengan aktiviti luar seperti memukat, memungut buah-buahan, menangkap ikan dan sebagainya. Selain itu, terdapat sebilangan kecil murid iaitu sebanyak 5 % yang belum menguasai kemahiran operasi asas iaitu operasi tambah, tolak manakala 20 % murid tidak dapat menguasai kemahiran operasi darab dan bahagi khususnya.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Sebagai seorang guru matematik, saya dapati lima orang murid daripada Tahun 4 tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Apabila saya bertanyakan kepada murid tentang masalah pembelajaran subjek Matematik, mereka menyatakan tentang ketidakkfahaman mereka dalam menyelesaikan masalah terutamanya melibatkan operasi bahagi. Ini memberikan saya satu tamparan hebat sebagai seorang guru matematik kerana masalah mereka mengenai operasi asas Matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kurang memberi kesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak menjawab soalan yang diberikan, secara tidak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu mereka kurang terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Saya berpendapat bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan serta penyertaan di dalam bilik darjah sudah memadai, namun masih terdapat sebilangan murid yang masih mempunyai masalah dalam kemahiran ini.Oleh yang demikian, timbul pelbagai persoalan kepada diri saya. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai kemahiran ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masih tidak berjaya. Ini membuatkan saya berminat untuk mengkaji permasalahan ini yang menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian tindakan terhadap murid kelas yang terlibat iaitu murid tahun 4 yang mempunyai masalah dalam operasi bahagi. Setelah tinjauan dilakukan, saya dapati murid-murid tersebut tidak dapat menguasai penyelesaian bentuk lazim terhadap operasi bahagi. Walaupun mereka dapat menghafal sifir tetapi mereka tidak dapat mengaplikasinya dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Oleh itu, saya akan menggunakan kaedah 'Smart Divide' iaitu bahagi tulang agar mereka dapat menyelesaikan masalah bahagi dengan mudah dan tepat sebagai penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran saya selaku seorang guru Matematik.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN2.1 Isu/masalah kajianBerdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengenal pasti tiga masalah yang telah dihadapi oleh murid-murid Tahun 4. Masalah pertama yang telah saya hadapi ialah murid cuai ketika membuat pengiraan iaitu menyalin nombor yang salah ketika membuat pengiraan. Punca kelemahan murid ni ialah mereka tidak fokus terhadap bentuk dan kehendak soalan. Selain itu, saya juga berhadapan masalah yang melibatkan murid lemah dalam melakukan operasi darab. Melalui penyemakan lembaran kerja, saya mendapati murid sering melakukan kesilapan seperti hasil darab yang salah dan meletakkan nombor yang salah apabila hasil melibatkan nombor puluh. Namun begitu, hanya tiga orang murid yang melakukan kesilapan tersebut dan ianya tidaklah begitu serius bagi saya. Masalah ketiga yang saya hadapi ialah murid lemah dalam menyelesaikan operasi bahagi. Mereka tidak faham meletakkan nombor hasil darab supaya ianya dapat ditolak dari nombor bahagi tersebut. Contohnya apabila 5898 bahagi 6. Kesukaran murid jelas terhadap mencari hasil darab yang terhampir dan dapat ditolak dari 58. Punca masalah murid lemah dalam pemahaman konsep pembahagian berkemungkinan tidak menguasai sifir dengan sepenuhnya atau hubungan antara darab dan bahagi.Oleh yang demikian, fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam menyelesaikan masalah pembahagian dengan nombor satu digit dengan menggunakan kaedah 'Smart Divide' terhadap lima orang murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh, Kampung Ruat, Yan Kedah.

Kemahiran membahagi ini adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan bahagi dan soalan-soalan yang berkaitan pada masa akan datang. Ini kerana kemahiran membahagi ini adalah kemahiran asas dalam penyelesaian masalah Matematik. Penguasaan terhadap kemahiran ini akan memberi impak yang positif terhadap pembelajaran murid dan akan menimbulkan minat mereka yang mendalam untuk menjawab soalan-soalan dan latihan yang berkaitan dalam bentuk ujian mahupun peperiksaan di peringkat sekolah.

2.2Tinjauan dan Analisis MasalahSaya telah menjalankan beberapa tindakan untuk meninjau dan menganalisis masalah supaya dapat mengenal pasti masalah dengan lebih jelas. Tindakan-tindakan yang dilaksanakan seperti di bawah :

2.2.1 Analisis Dokumen (Lembaran kerja)Setelah proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya memberi lembaran kerja kepada murid bagi mengenalpasti kefahaman murid tentang kemahiran yang diajar. Setelah penyemakan dibuat, saya mendapati beberapa orang murid gagal mengenalpasti hasil darab yang sesuai bagi menyelesaikan soalan bahagi tersebut. Hasil analisis didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul dan menguasai kemahiran membahagi dengan baik. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah murid tersebut kerana ianya akan menjejaskan proses pembelajaran pada topik yang akan datang. Analisis hasil lembaran kerja terhadap lima orang peserta kajian adalah seperti jadual 1.

Jadual 1 : Analisis Lembaran KerjaPELAJARLembaran KerjaMARKAH

123456

Pelajar AXXXXXX0/6

Pelajar B//X//X2/6

Pelajar CXX//X/3/6

Pelajar DX/XXXX1/6

Pelajar EXXX///3/6

Bilangan pelajar yang betul berdasarkan nombor soalan121322

Kesimpulannya, ia jelaslah menunjukkan bahawa kelima-lima orang murid tersebut memang menghadapi masalah yang serius dalam menguasai kemahiran membahagi dengan nombor satu digit. Analisis dari lembaran kerja tersebut menunjukkan murid-murid gagal mengenalpasti hubungkait antara darab dan bahagi. Mereka tidak dapat mengenalpasti hasil darab yang sesuai dengan nombor bahagi tersebut.

2.2.2 Analisis DiagnostikBagi menguji keupayaan murid menguasai pemahaman konsep bahagi, saya telah menjalankan satu ujian diagnostik di dalam kelas. Seramai dua puluh orang murid yang terdiri daripada dua belas orang murid lelaki dan lapan orang murid perempuan yang menyertai ujian diagnostik ini. Setelah ujian diagnostik itu, saya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid mengenai topik operasi asas bahagi. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam ujian diagnostik meliputi soalan bahagi nombor dua digit, tiga digit, empat digit dengan nombor satu satu digit serta bahagi dengan nombor 10 dan 100. Bentuk soalan dan contoh soalan adalah seperti di Lampiran B.

Daripada hasil keputusan ujian yang diperoleh, terdapat lima orang telah melakukan banyak kesilapan seperti soalan yang berkaitan dengan pembahagian. Selain itu, daripada lima orang tersebut iaitu empat orang daripadanya telah mendapat markah yang paling rendah iaitu 3 markah dan ke bawah. Mereka gagal menyelesaikan operasi pembahagian dengan betul.

Kesimpulannya, hasil keputusan ujian diagnostik telah menunjukkan prestasi keempat-empat orang murid adalah sangat lemah dalam menguasai kemahiran bahagi. Analisis markah ujian diagnostik ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2 : Analisis Ujian DiagnostikPELAJARUjian DiagnostikMARKAH

12345678910

Pelajar AXXXXXXX//X2/10

Pelajar BXXXXXX.///X3/10

Pelajar C/X/X/X/XXX4/10

Pelajar DX/XXXXXXXX1/10

Pelajar EX////XXXXX4/10

Bilangan pelajar yang betul berdasarkan nombor soalan1221202220

2.2.4 Analisis Soal-selidikSaya menggunakan soal selidik kepada kelima-lima orang peserta kajian bagi meninjau masalah yang dikenal pasti. Tujuan saya menggunakan soal selidik untuk meninjau persepsi murid terhadap pembelajaran tajuk operasi bahagi. Terdapat 10 item disediakan dalam satu set soalan. Hasil analisis soal selidik juga dirumuskan dalam bentuk peratusan (%) seperti dalam jadual 3.

Jadual 3 : Analisis soal-selidik tinjauan awalItem12345678910

Amat Setuju100%0%20%0%40%40%0%20%60%0%

Setuju0%100%20%0%40%60%0%20%40%80%

Tidak Setuju0%0%60%0%20%0%40%40%0%0%

Amat Tidak stuju0%0%0%100%0%0%60%20%0%20%

Berdasarkan ringkasan hasil dapatan analisis soal selidik, saya dapat mengenal pasti persepsi murid terhadap penguasaan kemahiran bahagi. Mereka telah memilih Amat Setuju bagi item 1 dan "Setuju" bagi item 2 untuk menyatakan pendapat mereka yang masih berminat dan ingin belajar tajuk operasi bahagi ini. Mereka juga memilih item 4 iaituAmat Tidak Setuju bagi mengaku kelemahan mereka yang tidak mahir menghubungkait antara darab dengan bahagi. Hasil dapatan analisis jelaslah menunjukkan bahawa murid memang lemah dalam penguasaan bahagi dan hubungkait antara darab dengan bahagi.

Secara keseluruhannya, keempat-empat kaedah pengumpulan data seperti catatan refleksi harian, analisis dokumen, ujian diagnostik, dan soal selidik telah membantu saya meninjau dan menganalisis setiap masalah yang dihadapi oleh murid dengan jelas dan teliti. Hasil dapatan analisis daripada setiap data telah jelas menunjukkan bahawa murid memang mengalami masalah serius dalam penguasaan konsep bahagi. Justeru itu, masalah yang dihadapi oleh murid saya telah menjadi fokus kajian saya dan mendorong saya mengaplikasikan strategi atau teknik pengajaran yang kreatif untuk membantu mereka menguasai konsep bahagi dengan baik dan berkesan.

2.4Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu KajianBeberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya.Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal operasi bahagi menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep yang betul diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat bersama murid. Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang terasing, apabila dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid mengira begini iaitu dua dua , tiga tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku membuat murid mengingat tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran yang formal tentang aspek-aspek bahagi.Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1974) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan menyelesaikan masalah bahagi.Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya.Kesimpulan yang agak sama telah dikesan dalam kajian Mazniah (1994) tentang kelemahan murid dalam penyelesaian masalah bahagi. Masalah-masalah yang dihadapi murid adalah menulis ayat matematik yang terbalik pembahagi dan yang dibahagi, tidak dapat membaca dan memahami maksud atau kehendak soalan serta ragu-ragu tentang maksud yang dikemukakan secara lisan dan tidak dapat menulisnya kepada bentuk ayat matematik.

4.0OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

4.1 Objektif UmumMeningkatkan penguasaan murid dalam operasi bahagi melibatkan sehingga nombor empat digit dengan satu digit..

4.2 Objektif Khusus4.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi bahagi dengan nombor satu digit.4.2.2Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran membahagi.4.2.4Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

4.0SOALAN KAJIAN Persoalan dalam kajian tindakan ini hanya akan saya fokuskan kepada aspek peningkatan penguasaan kemahiran membahagi dengan nombor satu digit. Maka, soalan kajian saya ialah:1) Adakah teknik Smart Divide dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran membahagi?2) Adakah teknik Smart Divide dapat membantu murid Tahun 4 menguasai kefahaman konsep pembahagian?4) Apakah persepsi murid Tahun 4 terhadap penggunaan teknik Smart Dvide?5.0KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 4 yang didapati mempunyai masalah membahagi dengan nombor satu digit. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 10 tahun. Jadual 4 di bawah adalah butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini;Jadual 4: Kumpulan sasaran penyelidikan tindakanBilangan sasaran5 daripada 20 (berdasarkan ujian diagnostik dan lembaran kerja)

Jantina3 orang lelaki2 orang perempuan

Umur10+ tahun

Prestasi akademik Pasif dalam Pembelajaran Matematik Mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan bahagi.

6.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN6.1Perancangan langkah-langkah tindakanTinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-6.1.1 PemerhatianSaya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

6.1.2 Temu BualKaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan memahami kaedah yang akan digunakan.

Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah: Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik? Bolehkah kamu berminat menyelesaikan soalan operasi bahagi? Bagaimanakah kamu membahagi dengan nombor satu digit? Adakah kamu rasa mudah atau sukar memahami kaedah yang saya ajar ini ?

6.1.3Soal SelidikBorang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan membahagi nombor dengan nombor satu digit yang melibatkan. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

6.1.4Ujian PraUjian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk Pembahagian dengan nombor satu digit. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 6 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah Kertas dan Pensel. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.

Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.

6.1.5 Ujian PosUjian pos akan dijalankan bertujuan bagi menilai penguasaan murid terhadap sesuatu pengajaran setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang akan diberikan adalah setara dengan soalan ujian pra sebelumnya. Keadaan susun atur ujian pos adalah seperti kedudukan ujian pra iaitu jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.

7.0PERANCANGAN KAEDAH PENGUMPULAN DATA7.1Perancangan kaedah mengumpul dataJadual 5 di bawah adalah jadual perancangan pengumpulan data untuk menjalankan penyelidikan ini;

Jadual 5: Perancangan cara mengumpul dataLangkah / TarikhCara Mengumpul DataKumpulan SasaranTujuan

Langkah 1 19 - 30 Oktober 2014Pemerhatian20 orang murid tahun 4Melihat cara penyelesaian murid tentang operasi bahagi

Langkah 23 November 2014Tinjauan awal5 orang subjek yang terlibatMengenal pasti kelemahan subjek

Langkah 310 November 2014Selepas intervensi5 orang subjek yang terlibatMelihat pencapaian subjek selepas penggunaan bahagi tulang (Smart Divide)

7.1.1.Kaedah PelaksanaanAktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid.7.1.1.1Aktiviti 1 : Membina Darab TulangSetiap murid akan menggunakan dua helai kertas warna yang berlainan warna. Murid perlu membuat garis tulang sebanyak 9 garis yang sama besar pada sehelai kertas warna seperti berikut :

Murid diajar untuk mengisi darab tulang tersebut menggunakan sifir yang mudah iaitu sifir 2 seperti berikut :

Kotak JawapanTangga

Murid di ajar menulis darab tulang menggunakan sifir-sifir yang lain.

7.1.1.2Aktiviti 2 : Menulis sifir dan mengisi nombor dalam bahagi tulang (Smart Divide). Langkah 1: guru memberikan soalan mudah dalam bentuk ayat matematik untuk diselesaikan oleh murid.Contoh:24 2 = ? Murid menulis sifir 2 pada darab tulang seperti dibawah :

Mengisi nombor berdasarkan soalan yang diberikan seperti berikut :

Murid diajar cara menyelesaikan operasi bahagi menggunakan teknik "Smart Divide" seperti berikut :

Langkah 2 :Seterusnya, murid meletakkan darab tulang di sebelah Smart Divide. Murid membulatkan hasil darab yang sama atau kurang dari nombor bahagi yang pertama iaitu 2. Murid melihat pada darab tulang hasil darab bagi sifir 2. Iaitu 1 x 2 = 2. Hasil darab tersebut sama dengan soalan iaitu 2. Maka hasil darab tersebut dapat ditolak dari soalan iaitu 2 - 2 = 0. Kemudian, hasil tolak tersebut akan di bawa ke barisan kedua menjadi 04.

Langkah 3 :Murid mengulangi langkah 2 dengan membulatkan hasil darab yang sama atau kurang dari nombor bahagi yang kedua iaitu 04. Iaitu 2 x 2 = 4. Maka, hasil darab tersebut bersamaan dengan nombor bahagi iaitu 4. Oleh itu, hasil darab tersebut dapat ditolak dari soalan iaitu 4 - 4 = 0.

Jawapan di baca secara ke bawah. Oleh itu, jawapannya adalah 12.

7.1.1.3Aktiviti 3 : Menulis sifir dan mengisi nombor dalam bahagi tulang (Smart Divide).

Langkah 1: Guru memberikan soalan yang lebih sukar dari aktiviti 2 dalam bentuk ayat matematik untuk diselesaikan oleh murid.Contoh:846 6 = ? Murid menulis sifir 6 pada darab tulang seperti dibawah :

Mengisi nombor berdasarkan soalan yang diberikan seperti berikut :

Langkah 2 :Seterusnya, murid meletakkan darab tulang di sebelah Smart Divide. Murid membulatkan hasil darab yang sama atau kurang dari nombor bahagi yang pertama iaitu 8. Murid melihat pada darab tulang hasil darab bagi sifir 6. Iaitu 1 x 6 = 6. Hasil darab tersebut kurang dari nombor 8. Maka hasil darab tersebut dapat ditolak dari soalan iaitu 8 - 6 = 2. Kemudian, hasil tolak tersebut akan di bawa ke barisan kedua menjadi 24 seperti di bawah :

Langkah 3 :Murid mengulangi langkah 2 dengan membulatkan hasil darab yang sama atau kurang dari nombor bahagi yang kedua iaitu 24. Iaitu 4 x 6 = 24. Hasil darab tersebut bersamaan dengan nombor bahagi iaitu 24. Maka hasil darab tersebut dapat ditolak dari soalan iaitu 24 - 24 = 0 seperti berikut :

Langkah 4 :Kemudian, hasil tolak tersebut akan di bawa ke barisan ketiga menjadi 06. Murid mengulangi langkah 3 dengan membulatkan hasil darab yang sama atau kurang dari nombor bahagi yang ketiga iaitu 6. Iaitu 1 x 6 = 6. Hasil darab tersebut bersamaan dengan nombor bahagi iaitu 6. Maka hasil darab tersebut dapat ditolak dari soalan iaitu 6 - 6 = 0.

Langkah 5 : Akhir sekali, jawapan bagi ditulis secara menurun seperti dibawah. Jawapan bagi hasil bahagi adalah 141.

Seterusnya guru akan mengulangi cara penyelesaian menggunakan soalan yang lain.

7.2Perancangan kaedah menganalisis dataJadual 6 di bawah adalah jadual perancangan cara menganalisis data dalam penyelidikan ini;

Jadual 6: Perancangan cara menganalisis dataLangkah / TarikhCara mengumpul dataCara menganalisis data

Langkah 119 - 30 Oktober 2014PemerhatianData akan dikumpulkan dengan melihat cara penyelesaian menggunakan teknik Smart Divie

Langkah 23 November 2014Tinjauan awalData akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul.

Langkah 310 November 2014Selepas intervensiData akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul.

Perbezaan data dalam bentuk peratusan sebelum dan selepas intervensi akan dibandingkan bagi menunjukkan perubahan penguasaan murid dalam menyelesaikan operasi bahagi. Data yang dikeluarkan adalah dalam bentuk kuantitatif deskriptif.

7.3Perancangan jadual pelaksanaan / Carta GanttBILAKTIVITITARIKH PELAKSANAAN

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal1 minggu

2Menulis proposal kajian2 minggu

3Merancang tindakan1 minggu

4Ujian Pra1 hari

5Melaksanakan tindakan1 hari

6Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan1 minggu

7Ujian Pos1 hari

8Refleksi kajian1 minggu

9Menulis laporan kajian2 minggu

10Pembentangan dapatan kajian1 minggu

7.4Kos KajianBILJENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A41 x RM 8.90RM 8.90

230 helai kertas A4 berwarna30 x RM 0.30RM 12.00

3Printer Cartridge1 x RM 75.00RM 75.00

4Fotokopi bahan dan laporan kajian-RM 25.00

5Buku Catatan1 x RM 3.50RM 3.50

JUMLAHRM 124.40

8.0SENARAI RUJUKAN (sistem APA)Atan Long, Pelbagai Kaedah Mengajar, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur,1991

Esther J. Swenson, Teaching Mathematics to Children, Macmillan Co.,New York, 1973

Frank J. Swetz & Liew Su Tim, Pengajaran Matematik KBSR, Fajar Bakti Sdn. Bhd..Kuala Lumpur, 1988

Howard F. Fehr & Jo McKeeby Phillips, Teaching Modern Mathematics in the Elementary School, AdmissionWesley Publishing Co., 1977

Liou Hou Sin, Teori dan Strategi Pengajaran Matematik Rendah, Jurnal: Kementerian Pendidikan Malaysia,Keluaran 69, Disember 1986

Mazniah bt. Abu Bakar, Kelemahan Murid-murid dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi, Sekolah KebangsaanBatang Kali,Hulu Selangor, Guru Pakar Matematik, 1994

Soon Sang & Siew Fook Cheong, Pengajaran & pembelajaran Matematik untuk Pengajaran SekolahRendah, Heinemann(Malaysia) Sdn. Bhd., 1986

Michael L. Mahaffey & Alex F. Perrodin, Teaching Elementary School Mathematics, F.E. Peacock Publishers, Illinois, 1973

Ramly b Hanif, Kelemahan Murid dalam Menyelesaikan Masalah Operasi Bahagi Tahun 4 Sekolah PerakKebangsaan Tuallang Sekah, Gopeng, Kursus Sijil Perguruan Khas, 1992

Ruslia bt Nordin, Kelemahan Murid Tahap II Menguasai Fakta Asas Congak Operasi Darab dan Bahagi, Sekolah Kebangsaan Tasek Ipoh, Perak, 1990

9.0LAMPIRAN (Instrumen, dokumen berkaitan)LEMBARAN KERJALAMPIRAN AB3D1E6NAMA: ______________________________________KELAS: _________a) Selesaikan operasi bahagi dalam bentuk lazim.

a) 24 2 = ________

b) 759 3 = ________

c) 5898 6 = ________

d) 800 10 = ________

e) 1700 100 = ________

f) 5000 1000 = _____

SOALAN KAJI SELIDIKJantina: L/PBulatkan jawapan mengikut skala: 1-Amat Tidak Setuju2-Tidak Setuju3-Setuju4-Amat SetujuItemSkala

1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.1234

2) Saya seronok belajar operasi bahagi dalam matematik.1234

3) Saya selalu membuat latihan pembahagian sendiri di rumah.1234

4) Saya mahir dalam konsep bahagi dan hubungan antara darab dan bahagi seperti 5 x 2 = 10 berkaitan dengan 10 2 = 5.1234

5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi bahagi dengan betul.1234

6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi bahagi yang diberikan.1234

7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12.1234

8) Saya suka latihan berbentuk pembahagian dalam matematik.1234

9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam pembahagian.1234

10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan tambahan soalan pembahagian.1234

28