0000contoh peryataan masalah tanpa nama

6
Contoh 1 PERNYATAAN MASALAH ICT di lihat sebagai pemangkin kepada dunia hari ini terutamanya dalam bidang komunikasi. Selain itu kepentingan ICT dalam pendidikan juga tidak harus dipandang ringan. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) dapat peningkatan prestasi pelajar. Dapatan kajian lepas Azidah Abu Ziden, Issham Ismail, Robitah Spian, K.Kumutha (2011) melaporkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Sains di sekolah rendah.Ini menunjukkan penggunaan ICT di dalam kelas dapat memperbaiki hasil pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar berbanding tidak menggunakan ICT. Namun hasil kajian lepas Melor Md Yunus (2007) melaporkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Inggeris adalah sangat tidak memberansangkan. Ini adalah kerana kelemahan pengawalan kelas oleh guru di samping penggunaan perkataan singkatan yang tidak formal dalam penulisan oleh para pelajar. Dapatan kajian ini disokong [lebih diganti dgn selari dgn] oleh hasil kajian Ishak, Zakaria Kasa, Mohamad Hassan Selamat, Bahaman Abu Samah (2009) yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematik berasaskan Multimedia dan tradisional. Namun pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas tradisional.

Upload: stanrenu

Post on 29-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pernyataan

TRANSCRIPT

Page 1: 0000contoh Peryataan Masalah TANPA NAMA

Contoh 1

PERNYATAAN MASALAHICT di lihat sebagai pemangkin kepada dunia hari ini terutamanya dalam bidang komunikasi. Selain itu kepentingan ICT dalam pendidikan juga tidak harus dipandang ringan. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) dapat peningkatan prestasi pelajar. Dapatan kajian lepas Azidah Abu Ziden, Issham Ismail, Robitah Spian, K.Kumutha (2011) melaporkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Sains di sekolah rendah.Ini menunjukkan penggunaan ICT di dalam kelas dapat memperbaiki hasil pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar berbanding tidak menggunakan ICT. Namun hasil kajian lepas Melor Md Yunus (2007) melaporkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Inggeris adalah sangat tidak memberansangkan. Ini adalah kerana kelemahan pengawalan kelas oleh guru di samping penggunaan perkataan singkatan yang tidak formal dalam penulisan oleh para pelajar. Dapatan kajian ini disokong [lebih diganti dgn selari dgn] oleh hasil kajian Ishak, Zakaria Kasa, Mohamad Hassan Selamat, Bahaman Abu Samah (2009) yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematik berasaskan Multimedia dan tradisional. Namun pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas tradisional. Ketidakselarasan antara hasil kajian di atas adalah masalah kajian yang menyebabkan pengkaji kurang pasti mengenai sama ada terhadap perhubungan penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) dengan peningkatan prestasi pelajar. Oleh yang demikian, pengkaji mengemukakan spekulasinya berdasarkan masalah kajian iaitu, adakah terdapat perhubungan penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) dengan peningkatan prestasi pelajar. Berdasarkan spekulasi ini pengkaji mengemukakan objektif kajiannya iaitu “untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam meningkatkan prestasi pelajar.

Page 2: 0000contoh Peryataan Masalah TANPA NAMA

Contoh 2

PERNYTAAN MASALAHKajian lepas mendapati Mak Nyah atau lelaki transeksual mempunyai ciri-ciri personaliti dan watak yang hamper sama dikebanyakan transeksual lelaki di Negara-negara lain kecuali pengaruh budaya dan agama dilihat banyak memberi kesan kepada Mak nyah di Malaysia untuk membuat pembedahan membuang zakar (Yik Koon Teh, 2001). Ini kerana kebanyakkan Mak Nyah di Malaysia adalah di kalangan lelaki Melayu dan Beragama Islam. Agama Islam juga melarang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Oleh itu Islam juga menolak golongan LGBT yang telah menolok fitrah kejadian manusia Farahwahida Mohd Yusof Sharifah Munirah Timmiati, 2011). Kebanyakkan golongan LGBT ini hidup dalam tekanan dan mengalami gangguan emosi akibat diskriminasi masyarakat setempat yang memandang serong pada golongan ini yang dikatakan mengalami kecelaruan identity jantina dan orientasi seksual songsang (Paula Mayock, Audrey Bryan, 2010; Dr. Lai Mee Huong, 2012; Joanna Almeida. Renee M. Johnson Heather L. Corliss. Beth E. Molnar.Deborah Azrael, 2009). Golongan LGBT ini juga ada yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan dan tingkah laku berisiko seperti cubaan membunuh diri dan membahayakan diri akibat tekanan luaran seperti homophobia dan konflik dalaman seperti kebimbangan terhadap masa depan diri Dr. Lai Mee Huong, 2012. Kajian lepas juga mendapati kebanyakan gejala LGBT seperti seks songsang ini bermula dari kalangan individu yang berasrama penuh dan IPT Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi (2005). Maka tujuan kajian ini adalah melihat gejala LGBT di kalangan pelajar sekolah di Malaysia: Membentuk insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

1. Adakah terdapat perbezaan gejala LGBT di kalangan pelajar sekolah menegah harian dengan pelajar sekolah berasrama penuh?

2. Sejauh manakah keberkesanan program rawatan dan pemulihan golongan LGBT di Malaysia kepada pembentukan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual ?

Page 3: 0000contoh Peryataan Masalah TANPA NAMA

Contoh 3

PERNYATAAN MASALAHKajian lepas mendapati gaya pembelajaran berkait rapat dengan jantina (antaranya Muhammad Shahid Farooq & Regnier 2011: Koçakoğlu, 2010: Mulalic, Parilah Mohd Shah & Fauziah Ahmad 2009) dan juga pencapaian akademik (antaranya Terregrossa, Englander, Wang & Wielkopolski 2012). Selain itu, setiap individu atau pelajar juga mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza (antaranya D’cruz, Rajaratnam & Chandrasekhar 2013: Jawahitha 2013: Abbas 2012: Li 2012: Boström 2011: Wishart 2005). Bukti yang ada pada masa kini kebanyakkannya berdasarkan kajiankajian yang berekabentuk tinjauan secara kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Maka dengan menggunakan rekebentuk dan instrumen yang sama, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran di kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang mengambil jurusan sains dan sastera di beberapa institusi di Malaysia dan juga kesannya ke atas pencapaian akademik.

SOALAN KAJIANAdakah gaya pembelajaran di kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang mengambil jurusan sains dan sastera di beberapa institusi di Malaysia dan juga kesannya ke atas pencapaian akademik dapat dikenal pasti?

Contoh 4

PERNYATAAN MASALAH

Kajian lepas menunjukkan bahawa kanak-kanak autistik mempunyai masalah motor yang ketara. Menurut B.Provost, B. R. Lopez & S.Heimer (2006), kanak-kanak dengan Autistic Spectrum Disorder mengalami masalah perkembangan yang lambat untuk motor kasar, motor halus atau kedua-duanya sekali. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh E.J Jasmin M.Coutur, P. McKinley, G.Reid, E. Fombonne & E. Gisel (2009) terdapat penolakan terhadap sensori, tindakbalas melampau terhadap ransangan sensori dan ada perkaitan yang tinggi ( highly correlated) dengan Daily Living Skill. Oleh itu, kekurangan kemahiran sensori motor bagi kanak-kanak autistik memberi impak yang negetif untuk mereka meneruskan kehidupan seharian.

Page 4: 0000contoh Peryataan Masalah TANPA NAMA

Selain dari itu kajian yang dijalankan oleh R. Markoulakis , S. M. Scharoun, P. J. Bryden & P. C. Fletcher (2012), menunjukkan terdapat banyak pergerakan yang tidak konsisten bagi kanak-kanak autistik berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai perkembangan yang normal, terutamanya bagi pergerakan kaki. Andrea McDuffie , Lauren Turner , Wendy Stone Paul Yoder ,Mark Wolery , Teresa Ulma (2006), Motor imitation tidak memberi tindakbalas terhadap perkembangan pembangunan kanak-kanak Autistic Spectrum Disorder. Menurut C. P. Whyatt • C.M. Craig (2011), menunjukkan terdapat signifikan kelemahan motor bagi kanak-kanak daripada kumpulan autistik terutamanya bagi aktiviti menyambut bola dan imbangan badan.

Pengkaji berminat untuk mengambil sampel yang terdiri dari kanak-kanak autistik yang berumur 7-10 tahun. Kebanyakan kajianlepas menjurus kepada prasekolah dan jumlah sampel yang sedikit.. Ini akan menyebabkan dapatan statistik tidak tepat. Bukti yang ada masa ini berdasarkan kepada kajian yang berbentuk eksperimen dan korelasi dengan menggunakan instrumen kajian yang dibina secara oleh pihak professional. Maka tujuan kajian ini adalah untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik kemahiran motor halus antara murid autistik yang mendapat intervensi awal dengan murid autistik yang tidak mendapat intervensi awal.

SOALAN KAJIAN

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi statistik kemahiran motor halus antara murid autistik yang mendapat intervensi awal dengan murid autistik yang tidak mendapat intervensi awal?