masalah jenayah rentas sempadan dan kesannya ke atas keselamatan negara: sekuritisasi ancaman...

38
Masalah Jenayah Rentas Sempadan Dan Kesannya Ke Atas Keselamatan Negara: Sekuritisasi Ancaman Pendatang Asing Tanpa Izin, Penyalahgunaan Dadah, Dan Penyeludupan Senjata Api PENGENALAN Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, kaya, dan makmur serta kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara bersempadan dengan lima negara serantau iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura, dan Thailand telah mendedahkannya kepada anasir-anasir jenayah rentas sempadan. Sempadan Malaysia yang luas dan terbuka merupakan cabaran utama mengurus keselamatan negara daripada ancaman jenayah rentas sempadan. Jenayah rentas sempadan adalah isu keselamatan bukan tradisional dan merupakan senario serius yang melanda dunia secara global. Sifat dan aktiviti jenayah rentas sempadan telah mengalami perubahan ketara, sebahagian besarnya disebabkan globalisasi dan kemajuan teknologi. Bukan sahaja objek material, malah manusia dan matawang juga dapat bergerak dengan mudah merentasi sempadan. Keadaan ini menjadi sangat dinamik dan terus berkembang serta bakal memberi ancaman besar kepada kestabilan politik dan integriti sesebuah negara jika tidak diatasi. Jenayah rentas sempadan turut memberi impak jangka panjang di mana dunia akan berhadapan organisasi jenayah

Upload: hanif-yusuf

Post on 10-Nov-2015

1.501 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Masalah Jenayah Rentas Sempadan DanKesannya Ke Atas Keselamatan Negara:Sekuritisasi Ancaman Pendatang AsingTanpa Izin, Penyalahgunaan Dadah, DanPenyeludupan Senjata Api

TRANSCRIPT

  • Masalah Jenayah Rentas Sempadan Dan Kesannya Ke Atas Keselamatan Negara: Sekuritisasi Ancaman Pendatang Asing Tanpa Izin, Penyalahgunaan Dadah, Dan Penyeludupan Senjata Api

    PENGENALAN

    Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, kaya, dan makmur serta

    kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara bersempadan dengan lima

    negara serantau iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura, dan Thailand

    telah mendedahkannya kepada anasir-anasir jenayah rentas sempadan.

    Sempadan Malaysia yang luas dan terbuka merupakan cabaran utama

    mengurus keselamatan negara daripada ancaman jenayah rentas

    sempadan. Jenayah rentas sempadan adalah isu keselamatan bukan

    tradisional dan merupakan senario serius yang melanda dunia secara

    global. Sifat dan aktiviti jenayah rentas sempadan telah mengalami

    perubahan ketara, sebahagian besarnya disebabkan globalisasi dan

    kemajuan teknologi. Bukan sahaja objek material, malah manusia dan

    matawang juga dapat bergerak dengan mudah merentasi sempadan.

    Keadaan ini menjadi sangat dinamik dan terus berkembang serta bakal

    memberi ancaman besar kepada kestabilan politik dan integriti sesebuah

    negara jika tidak diatasi. Jenayah rentas sempadan turut memberi impak

    jangka panjang di mana dunia akan berhadapan organisasi jenayah

  • 2

    berprofil tinggi yang boleh menggugat undang-undang, keselamatan

    sesebuah negara, termasuk ekonomi dunia.1

    JENAYAH RENTAS SEMPADAN

    Secara amnya jenayah rentas sempadan boleh dihuraikan sebagai

    kesalahan-kesalahan jenayah atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan

    melampaui sempadan sesebuah negara. Mueller telah memberi

    pentakrifan jenayah rentas sempadan as offences whose inception, prevention and/or direct or indirect effects involved more than one

    country.2 Huraian ini juga diguna pakai untuk kegiatan yang berlaku di dalam sesebuah negara, namun turut memberi kesan pada negara lain

    sebagaimana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui

    Konvensyen PBB Terhadap Jenayah Terancang Rentas Sempadan3

    menyatakan bahawa jenayah rentas sempadan adalah kesalahan yang; (a)

    dilakukan di dalam lebih dari satu negara; (b) dilakukan di dalam lebih

    dari satu negara tetapi sebahagian besar persiapan, perancangan, arahan

    atau kawalan berlaku di negara lain; (c) dilakukan di dalam lebih dari satu

    negara tetapi melibatkan kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam

    aktiviti jenayah di lebih daripada satu negara; dan (d) dilakukan di dalam

    lebih dari satu negara tetapi mempunyai kesan yang besar di dalam negara

    lain. Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah menyenaraikan beberapa

    jenis jenayah yang diklasifikasikan sebagai jenayah rentas sempadan iaitu,

    keganasan terorisme; penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang;

    pemerdagangan dadah; penggubahan wang haram dan pembiayaan

    keganasan; pelanunan di laut; jenayah siber; jenayah ekonomi; dan

    penyeludupan senjata api.4 Jenayah-jenayah tersebut turut dikenal pasti

    oleh ASEAN sebagai jenayah rentas sempadan dan merupakan agenda

    1 Castle, Allan. 1997. Transnational Organized Crime and International Security. Vancouver. Institute

    of International Relations. The University of British Columbia. 12-14. 2 Mueller, Gerhard O. W. 1998. Transnational Crime: Definitions and Concepts. Transnational Organized Crime 4(3&4): Hlm.14. 3 United Nations Office On Drugs And Crime. 2004. United Nations Convention Against

    Transnational Organized Crime And The Protocols Thereto. http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/TOC%20Convention/TOCebook-

    e.pdf [1 April 2014]. 4 Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 16 Februari 2014. Bahagian Antarabangsa

    http://www.moha.gov.my/index.php/ms/ab-pengenalan. [1 April 2014].

  • 3

    utama yang dibincangkan pada Mesyuarat Tahunan Pegawai-Pegawai

    Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOM-TC).

    Esei ini akan membincangkan isu-isu jenayah rentas sempadan

    yang berkaitan dengan penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang;

    pemerdagangan dadah; dan penyeludupan senjata api menggunakan

    konsep sekuritisasi yang dipelopori oleh Pemikiran Copenhagen

    berkenaan kajian keselamatan bukan tradisional. Petunjuk sekuritisasi

    jenayah rentas sempadan tersebut akan dianalisis menggunakan isu-isu

    yang signifikan dan seterusnya mengenal pasti tindakan sekuritisasi yang

    telah dilaksanakan. Esei ini turut memaparkan apakah penyampaian

    speech act yang telah dinyatakan oleh aktor sekuriti di Malaysia bagi meyakini khalayak untuk menerima tindakan sekuritisasi yang diambil

    terhadap isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang;

    pemerdagangan dadah; dan penyeludupan senjata api.

    KONSEP SEKURITISASI

    Pasca Perang Dingin telah menyaksikan isu keselamatan tidak lagi hanya

    tertumpu kepada konsep keselamatan tradisional sahaja, sebaliknya skop

    keselamatannya semakin meluas sehingga meliputi kuasa ketenteraan,

    politik, ekonomi, masyarakat, dan persekitaran. Menurut Buzan,In the case of security, the discussion is about the pursuit of freedom from threat.

    When this discussion is in the context of the international system, security

    is about the ability of states and societies to maintain their independent

    identity and their functional integrity5. Aktor-aktornya juga telah bertambah dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada aktor negara

    tetapi juga tumpuan lebih kepada aktor-aktor bukan negara seperti

    kumpulan jenayah terancang, kumpulan pengganas, dan organisasi-

    organisasi bukan kerajaan.

    Banyak isu yang sebelum ini merupakan isu bukan keselamatan

    telah diangkat sebagai satu isu keselamatan dan dilihat sebagai ancaman

    5 Baylis, J. & Smith, S. 2005. The Globalization of World Politics: An introduction to international

    relations. 3rd edition. New York: Oxford University Press. Hlm.300.

  • 4

    nyata kepada sesuatu objek rujukan. Proses yang bertepatan dalam

    menjelaskan perubahan daripada isu bukan keselamatan kepada isu

    keselamatan adalah sekuritisasi. Sekuritisasi mampu menjelaskan secara

    keseluruhan bagaimana sesuatu isu diangkat sebagai satu ancaman kerana

    ianya adalah socially constructed. Sekuritisasi menegaskan bahawa proses

    sekuritisasi bukan bermula daripada persepsi negara semata-mata tetapi

    melibatkan proses dua hala yang turut melibatkan aktor-aktor bukan

    negara seperti NGO dan masyarakat umum. Sesuatu isu itu dianggap

    sebagai ancaman keselamatan bila ianya telah disekuritasikan oleh

    kerajaan dan diterima oleh masyarakat sebagai suatu ancaman kepada

    keselamatan negara dan masyarakat dengan menggugat nilai-nilai teras

    sesebuah negara. the focus on securitization studies aim on precisely understanding of who securities on what issues (threat) for whom (referent

    object), why, with what result and not least under what condition.6. Sehubungan dengan itu, ianya tidak semestinya bersifat politik sahaja.

    Situasi ini telah menyaksikan isu-isu seperti keselamatan alam sekitar dan

    keselamatan insan di angkat sebagai isu yang boleh mengancam

    keselamatan negara dan telah disekuritasikan.

    Proses sekuritisasi bukan bermula daripada persepsi negara

    semata-mata tetapi ianya melibatkan proses dua hala iaitu turut melibatkan

    aktor-aktor bukan negara seperti badan-badan bukan kerajaan dan

    masyarakat umum. Dalam menjelaskan bagaimana sesuatu isu

    disekuritisasikan, sekuritisasi memberi penjelasan yang menyeluruh

    mengenai bagaimana kewujudan komponen asas dalam sekuritisasi

    seperti securitizing actors, referent object, extraordinary measures,

    audience, existential threats dan speech act membolehkan sesuatu isu

    dianggap sebagai satu ancaman7.Securitizing actor seperti kerajaan, elit politik, tentera mahupun masyarakat umum menyatakan dengan jelas

    bahawa sesuatu isu kini merupakan ancaman nyata terhadap referent object seperti kedaulatan negara, ekonomi, integriti wilayah, sistem masyarakat serta ideologi8. Sesuatu isu tersebut akan menjadi isu

    keselamatan tidak semestinya disebabkan ia wujud sebagai satu ancaman

    tetapi disebabkan isu itu diketengahkan oleh pihak berkuasa yang

    6 Smith, S. 2005. The Contested Concept of Security.Dlm. Ken Booth ed. Critical Security Studies and World Politics. Boulder: Lynne Rienner. Hlm. 34. 7 Emmers, Ralf. 2010. Securitization. Contemporary Security Studies. New York: Oxford University Press. Hlm.139. 8 Ibid.

  • 5

    menganggapnya sebagai satu ancaman dan dipersetujui oleh khalayak

    ramai (audience) 9. Dalam hal ini, speech act memainkan peranan penting kerana ianya akan menentukan sama ada masyarakat menerima

    atau tidak sesuatu isu itu sebagai ancaman nyata (existential threat). Bagi

    menangani masalah ancaman tersebut, pihak berkuasa akan mengambil

    extraordinary measures dengan meluluskan undang-undang berkaitan dan

    menjadikan isu ancaman tersebut sebahagian daripada dasar awam.

    ISU PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

    Jenayah rentas sempadan tidak dapat lari dari membicarakan berkenaan

    isu penyeludupan manusia dan pendatang tanpa izin (PATI). PATI

    merupakan sebahagian dari jenayah rentas sempadan yang berlaku secara

    meluas bukan sahaja di Malaysia, malah negara seperti Amerika Syarikat

    (AS) dan Australia. Sempadan AS dan Mexico dikatakan mempunyai

    jumlah kedatangan PATI yang tertinggi, pada tahun 2011 sahaja seramai

    11.5 juta orang PATI menduduki AS secara haram. Malaysia pula

    menghadapi fenomena yang sama bermula awal 1990-an apabila

    dianggarkan seramai lebih satu juta pekerja Indonesia diambil bekerja

    secara haram dan masalah ini merupakan aliran pekerja haram yang

    terbesar di Asia tengara selepas kes terbesar penghijrahan haram di

    sempadan AS-Mexico.10 Masalah kedatangan PATI di Malaysia pula

    bukanlah perkara baru, malah telah berlaku sejak zaman kolonial British

    lagi.Sejak tahun 1980-an, kekurangan pekerja dalam sektor perladangan

    telah menarik perhatian pekerja asing dari Indonesia, Filipina, dan Selatan

    Thailand. Kehadiran ini kemudian telah didorong oleh keperluan dan

    permintaan pekerja oleh sektor pembinaan dan perkhidmatan di negara ini.

    Isu kedatangan PATI tidak harus dibiar berleluasa dan harus

    ditangani segera bagi mengelak pelbagai ancaman akibat jumlah PATI

    yang kian bertambah. Pada tahun 2006, Tan Sri Musa Hassan selaku

    Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, menuntut agar semua pihak

    bergabung tenaga untuk membanteras isu pendatang asing dan beliau

    9 Bigo, Didier. 2009. International Political Sociology. Security Studies: An Introduction. New York: Routledge, Hlm.125. 10 Anon. March 2002. Southeast Asia. Migration News. Vol.9, No.3.

  • 6

    mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di Malaysia

    ketika itu telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Masalah

    ini perlu ditangani bersungguh-sungguh kerana kajian pakar telah

    memberi amaran kemungkinan kebanjiran pendatang asing akan

    mengundang ancaman keselamatan kepada negara.11 Masalah kebanjiran

    PATI di perairan pantai timur Sabah juga turut memberi kesan terhadap

    keselamatan dan kedaulatan negara, ditambah lagi dengan insiden

    pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu pada awal tahun 2013. Datuk

    Lajim Ukin, selaku Ahli Parlimen Beaufort, Sabah menegaskan perlunya

    ada langkah yang drastik oleh pihak kerajaan untuk membanteras PATI

    agar insiden yang berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara tidak

    tergugat.12

    FAKTOR KEBANJIRAN PATI

    Faktor utama yang membawa kepada kebanjiran PATI antaranya ialah

    kemakmuran ekonomi sesebuah negara sehingga menyebabkan

    penghijrahan PATI secara berkumpulan. Perkembangan ekonomi

    Malaysia yang pesat hasil program perindustrian dibawah Dasar Ekonomi

    Baru telah membuka peluang pekerjaan di dalam pelbagai bidang di

    negara ini.13 Bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka, kesempatan

    ini diambil untuk membaiki ekonomi mereka sendiri. Daripada jumlah

    penghijrahan kecil pendatang asing yang bermula pada akhir tahun 1970-

    an bertukar menjadi pernghijrahan yang besar, bukan sahaja warga

    Indonesia malahan juga dari warga lain sekitar Asia, Afrika, dan juga

    Eropah. Kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 1980-an juga tidak

    menghalang kedatangan mereka ke Malaysia malah ekonomi teruk di

    negara mereka telah mendorong mereka berhijrah ke Malaysia.14

    11 Abdul Rahman.E. 2006. Pendatang tanpa kawalan cabar keselamatan negara. Utusan Melayu. 25 Ogos

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0825&sec=forum&pg=fo_01.htm#ixzz2zIz

    7sIs3 [14 April 2014]. 12 Nasir L. 2014. Perlu langkah drastic tangani PATI di Sabah, The Borneo Post. 12 April.

    http://www.theborneopost.com/2014/03/25/ [14 April 2014]. 13 Joseph C.L. Malaysian Approach To Its Illegal Indonesian Migrant Labour Problem: Securitization, Politics or Chatarsis? 14 Nor AzizanIdris.2005. Hubungan Malaysia-Indonesia Dan IsuPendatangAsingTanpaIzin.

    Dlm. SityDaud&Zarina Othman (pynt). Politik Dan Keselamatan, hlm. 146-168. UKM :Bangi, Selangor.

  • 7

    Kestabilan politik juga menjadi faktor tarikan dan tolakan untuk

    PATI berhijrah ke Malaysia. Ketidakstabilan politik yang berpanjangan di

    negara jiran menyebabkan keadaan hidup di negara sendiri sempit serta

    tidak dapat lari dari belenggu kemiskinan. Tawaran kerja terhad dan gaji

    kecil tidak menjamin ekonomi keluarga. Oleh itu kestabilan politik negara

    Malaysia dilihat pemangkin untuk mereka datang serta berkongsi

    kemakmuran yang sedia ada. PATI yang telah kembali ke negara asal

    semasa proses pengampunan juga membawa cerita kemewahan dan

    kemudahan yang mereka peroleh ketika di Malaysia. Perkara ini telah

    mendorong rakan dan ahli keluarga yang lain untuk datang bekerja di

    Malaysia. Akibatnya, berlakulah kemasukan dan penyeludupan PATI

    secara berleluasa melalui sempadan negara yang mudah ditembusi,

    seterusnya aktiviti pemerdagangan manusia serta pelbagai lagi aktiviti

    yang memberi ancaman kepada keselamatan negara.

    IMPAK PATI TERHADAP KESELAMATAN NEGARA

    Kebanjiran PATI sejak berdekad lalu mengundang ancaman kepada

    keselamatan nasional mahupun insan di Malaysia. Keselamatan negara

    atau nasional boleh didefinasikan sebagai usaha untuk mencapai nilai-nilai

    nasional (national values) yang mencakupi sistem politik, sosial, dan asas

    fizikal tertubuhnya sebuah negara.15 Nilai-nilai nasional ini juga merujuk

    kepada kelangsungan hidup bagi memastikan kewujudan berterusan entiti

    masyarakat dan negara, bahasa, perlindungan pembangunan sosial dan

    ekonomi, serta kemerdekaan politik dan integriti sempadan.

    Kemasukan PATI yang sukar dikawal memberi ancaman terhadap

    kestabilan politik dan maruah negara yang berdaulat. Salah satu elemen

    penting dalam keselamatan negara (national security) ialah nilai-nilai

    teras (core values) yang berbentuk fizikal, dan adalah penting untuk

    negara tersebut melindungi dan mempertahankan nilai-nilai tersebut.

    Arnold Wolfers mengenalpasti keselamatan dan kedaulatan wilayah

    adalah core values bagi sesebuah negara. Sesebuah negara perlu

    mempertahankan core values tersebut melalui kuasa ataupun pengaruh

    15 Trager, F & Simone. 1973. An Introduction To The Study Of National Security. Dlm. Trager, F

    &Kronenberg, P.S (pnyt). National Security and American Society : Theory, Process and Policy.

  • 8

    politik yang ada.16 Mempertahankan core values ini penting bagi

    mengurangkan ketakutan yang diterima akibat ancaman kepada national

    security tersebut. Insiden pencerobohan Lahad Datu merupakan satu

    contoh ancaman dari segi kedaulatan negara yang terhasil dari kebanjiran

    PATI di Malaysia. Mengikut statistik kajian oleh United Nations High

    Commissions for Refugees (UNHCR), sehingga Disember 2008 terdapat

    70,500 orang warga Filipina bergerak bebas di Malaysia.17 Ini

    menunjukkan sempadan negara mudah dibolosi. Pembolosan sempadan

    ini jelas melibatkan integriti sempadan dalam konsep keselamatan negara

    seperti yang digariskan oleh Traeger dan Simone. Bermula dari

    membolosi sempadan negara, kebanjiran PATI ini juga terbukti mampu

    memberikan ancaman yang lebih serius seperti jenayah terrorisme.

    Kedatangan PATI juga boleh mengakibatkan jenayah lain. Salah satu

    contoh jenayah ialah penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara

    haram. Pengaliran jumlah PATI yang keluar masuk secara bebas ke negara

    ini memudahkan sindiket pemerdagangan manusia untuk bertapak.

    Jenayah pemerdagangan manusia jelas melanggar undang-undang

    kemanusiaan seperti digariskan dalam Trafficking Protocol, di bawah

    United Nations Conventions Against Transnational Organized Crime and

    Protocol Thereto.18 Konvensyen tersebut dilengkapi tiga protokol

    bertujuan mengekang jenayah rentas sempadan dengan lebih spesifik.

    Salah satu protokol menyentuh pemerdagangan manusia yang bertujuan

    mencegah, menyekat, dan menghukum pemerdagangan manusia,

    terutama golongan wanita dan kanak-kanak. Selain itu, protokol ini juga

    menyentuh berkenaan penyeludupan migran melalui tanah, laut, dan udara

    yang merupakan jenayah rentas sempadan yang berat.

    Kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia sejak

    kebelakangan ini semakin ketara khususnya di Malaysia apabila negara ini

    dijadikan transit bagi penghantaran warga asing ke negara-negara lain.

    Maklumat yang diperoleh dari Kastam dan Pelindungan Sempadan

    Australia mendapati 60% warga asing yang terlibat dalam penyeludupan

    manusia menggunakan persisiran pantai Malaysia secara haram untuk

    16 Arnold Wolfer, National Security as ambiguous symbol, Political Science Quarterly, Vol. 67, No.

    4. 17 Kassim. A. Filipino Refugees in Sabah: State Responses, Public Stereotype and Dilemma over their Future, Southeast Asian Studies, Vol. 47, No. 1, June 2009. 18 United Nation Convention Against Transnational Organized Crime and The Protocols Thereto.

    http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/TOC%20Convention/TOCebook-

    e.pdf. [14 April 2014].

  • 9

    menyeludup manusia ke Australia.19 Pemerdaganan manusia jelas

    memberi kesan negatif terhadap keselamatan insan kerana hak-hak orang

    yang diperdagangkan telah dieksploitasi. Pemerdagangan manusia

    memberi kuasa kepada sindiket untuk memanipulasi hak individu yang

    sepatutnya dilindungi atas nilai kemanusiaan dan keselamatan insan.

    Manusia yang diperdagangkan akan sentiasa menjadi mangsa. Faktor

    tarikan yang dijanjikan oleh sindiket seperti gaji lumayan dan kehidupan

    yang lebih baik hanyalah untuk mengaburi mata mangsa namun

    sebaliknya mereka dijadikan hamba seks, buruh paksa dan aktiviti

    pekerjaan berbentuk perhambaan. Sindiket pula dengan mudah mendapat

    keuntungan lumayan dari aktiviti pemerdagangan manusia. Zarina

    Othman menekankan aktiviti pemerdagangan manusia perlu dikekang

    kerana ia memberi kesan negatif kepada keselamatan negara. Melalui

    pemerdaganan manusia, jenayah rentas sempadan semakin berleluasa dan

    seolah-olah diberi kuasa sewenangnya untuk melakukan jenayah.

    Keselamatan negara juga terjejas kerana gangguan sosial terhadap negara

    penerima dan Malaysia merupakan salah satu negara penerima tersebut.20

    Keselamatan insan menurut United Nation Development

    Programme (UNDP) merangkumi tujuh aspek keselamatan di mana salah

    satu aspek tersebut ialah keselamatan ekonomi.21 Kedatangan PATI ke

    negara ini turut memberi ancaman kepada keselamatan ekonomi

    penduduk di negara ini. Kecenderungan majikan mengambil PATI kerana

    kos murah dan mudah diurus boleh menjurus kepada masalah ekonomi

    jika tidak dipantau dengan baik. Perkara ini juga mencerminkan

    penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Dengan adanya lambakan

    PATI, majikan lebih terdorong mengambil mereka bekerja kerana terlepas

    dari membayar caruman KWSP dan SOCSO serta boleh menerima

    perkhidmatan dengan gaji yang rendah.Keselamatan ekonomi juga boleh

    dikaitkan dengan penjaja kecil tempatan yang terpaksa bersaing dengan

    PATI yang berniaga di pasar malam. Keupayaan PATI memonopoli

    perniagaan gerai-gerai kecil kian berkembang sehingga mereka boleh

    menjalankan perniagaan di tempat-tempat strategik seperti kawasan Chow

    19 Anon. 2011. Malaysia an illegal transit point for foreigners. TheStar. 11 Disember.

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/11/Msia-an-illegal-transit-point-for-foreigners-

    Trafficking-victims-arrive-in-KLIA-before-going-to-Aust.aspx/ [14 April 2014]. 20 Othman, Z. 2004. Human trafficking and security in Malaysia, 4th International Malaysian Studies

    Conference; 3-5 August, UniversitiKebangsaanMalaysia, Bangi. 21 S. Tadjabkhsh. 2007. Human Security in International Organizations: Blessing or Scourge? The Human Security Journal, Volume 4.

  • 10

    Kit di Kuala Lumpur yang rata-rata dimonopoli oleh pendatang asing

    warga Indonesia.22 Kemakmuran ekonomi negara yang sepatutnya boleh

    membantu ekonomi penjaja kecil tempatan terpaksa dikongsi bersama

    PATI. Warga tempatan yang dilihat kurang berdaya saing akan tertindas

    dalam kemelut ekonomi ini.

    PATI yang diambil bekerja juga selalunya tidak menjalani

    pemeriksaan kesihatan dengan teliti. Ini memberi ancaman dari sudut

    sosial dan keselamatan kesihatan penduduk di negara ini. Kajian

    Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa penyakit

    berjangkit yang berjaya dibendung selama lebih 20 tahun muncul kembali

    dengan kehadiran PATI yang masuk tanpa pemeriksaan kesihatan.

    Menurut Sen, keselamatan manusia merujuk kepada perkara yang

    dihadapi manusia yang memberi kesan sehingga menyebabkan rasa

    kurang keyakinan kepada perkara tersebut, dan sebolehnya perkara yang

    kurang diyakini (ancaman) itu perlu dihapuskan. Takrif ini diperluaskan

    lagi oleh Commission of Human Right dengan lebih terperinci yang

    berpendapat keselamatan manusia merangkumi aspek ketiadaan konflik

    yang ganas, tadbir urus yang baik, akses kepada pendidikan dan kesihatan

    yang baik. Setiap insan berhak dan mempunyai peluang untuk memenuhi

    potensi mereka sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup.23

    Ancaman terhadap kesihatan ini memberi impak yang jelas terhadap

    keselamatan manusia khususnya penduduk Malaysia yang pastinya

    terancam dengan kewujudan penyakit-penyakit yang di bawa oleh PATI.

    Sekiranya tidak dibanteras, dikhuatiri keselamatan kesihatan ini

    menjejaskan kualiti hidup dan keselamatan masyarakat.

    Jumlah PATI yang ramai juga telah meningkatkan kadar jenayah

    dan menjadi ancaman terhadap society threat. Ramai dikalangan PATI

    dimasukkan ke dalam penjara dan menjadi banduan, perkara ini

    merugikan kerana harta kerajaan sepatutnya disalur kepada perkara yang

    lebih bermanfaat untuk kepentingan rakyat. Sebaliknya, terpaksa diguna

    untuk mengurus banduan asing. Datuk Hishamuddin Tun Hussein pernah

    menyatakan bahawa kerajaan terpaksa menanggung kos RM171 juta bagi

    banduan asing sepanjang tahun 2009.24 Kos perbelanjaan ini tidak

    22 Anon. 2003. Ancaman PATI kepada keselamatan negara.Utusan Malaysia. 7 Jun. 23 Sen, Amartya K.1999. Development As Freedom. Oxford: Oxford University Press. 24 Anon. 2010. RM171 Juta tanggung perbelanjaan tahanan warga asing tahun lepas.Bernama. 23 Mac.

  • 11

    termasuk kos urus tadbir tahanan warga asing di 13 depot imigresen

    seluruh negara sepanjang tempoh 2006-2009 yang menelan belanja

    sebanyak RM341,881 bagi kos makanan sahaja.

    LANGKAH MENANGANI ISU PATI

    Kerajaan serius membanteras isu PATI ini dari terus berleluasa. Mantan

    Timbalan Menteri Dalam Negeri kedua, YB Dato Lee Chee Leong menjelaskan Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Program

    Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing Tanpa Izin, yang dikenali

    sebagai 6P, yang terdiri daripada pendaftaran, pemutihan, pengampunan,

    pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.25 Melalui program ini,

    kerajaan berjaya mengumpul data dan jumlah PATI yang berada di dalam

    negara. Pengambilan data biometrik dalam proses pendaftaran dapat

    membantu memantapkan lagi penguatkuasaan terhadap warga asing

    sekaligus meningkatkan keselamatan negara. Program ini juga dapat

    menangani isu pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan. Kerajaan juga

    memperolehi maklumat dan butiran tentang status PATI mengikut aktiviti

    ekonomi mereka. Perkara ini membantu kerajaan meneliti semula

    keperluan pekerja asing dalam sektor ekonomi negara bagi mengekang

    pengambilan dan kemasukan pekerja asing yang baru. Seramai 1,303,126

    orang PATI telah berdaftar melalui sistem biometrik dan daripada jumah

    ini seramai 230,686 orang PATI telah pulang secara sukarela.

    Pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara juga

    dipertingkatkan, iaitu kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai

    tempat pendaratan dan kemasukan PATI. Ini dijalankan dengan kerjasama

    Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi

    Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Kerajaan juga sentiasa

    memantapkan usaha-usaha risikan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi

    menyekat penyeludupan di sempadan darat negara. Ia dijalankan dengan

    kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pencegah Penyeludupan

    (UPP) dan Pasukan Gerak Am (PGA).

    http://www.bernama.com/bernama/v7/searchindex.php?terms=rm171%20juta%20tanggung%20perb

    elanjaan%20tahanan [14 April 2014]. 25 Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara, Parlimen Ke-12, Penggal Kelima, Mesyuarat Ketiga,

    Bertarikh 3 Disember 2012. http://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-negara [14April 2014].

  • 12

    Kesimpulan Berdasarkan impak-impak negatif yang dibincangkan di atas, jelas menunjukkan kebanjiran PATI memberi kesan terhadap

    keselamatan nasional serta keselamatan insan di Malaysia. Kebanjiran

    PATI menyumbang kepada ancaman keselamatan kerana ia dilihat

    mampu menggugat kestabilan politik, kedaulatan negara, sistem ekonomi

    dan sosial negara. Justeru itu, semua pihak dituntut untuk menggandakan

    usaha membanteras PATI sekaligus mencegah dan menghalang jenayah

    rentas sempadan ini dari terus berleluasa di Malaysia.

    ANCAMAN PENYALAHGUNAAN DADAH

    Isu penyalahgunaan dadah bukanlah satu fenomena baru di Malaysia.

    Ianya telah disekuritasikan dan diklasifikasikan sebagai musuh nombor

    satu negara oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

    Mohamed pada tahun 1983 melalui penggubalan Dasar Dadah Negara.

    Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan

    tulang belakang negara di masa hadapan. Pengedaran dan penagihan

    dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi,

    rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan

    nasional dan mengancam keselamatan negara. Falsafah utama dasar ini

    ialah untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada gejala

    dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup

    masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional26. Dato Wira Mohd. Johari bin Baharum, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri

    juga menyatakan bahawa masalah penyalahgunaan dadah ini dipandang

    serius oleh kerajaan Malaysia kerana pada tahun 2004, Jentera

    Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah ditubuhkan

    di kesemua peringkat pentadbiran negara (Kebangsaan, Negeri dan

    Daerah) bagi membanteras gejala dadah selaras dengan merealisasikan

    matlamat Malaysia Bebas Dadah menjelang tahun 2015 yang terkandung

    di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004.27

    26 Dasar Dadah Negara. http:// www.adk.gov.my [18 April 2014]. 27 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama

    bertarikh 4 Julai 2013. http://www/parlimen.gov.my [18 April 2014].

  • 13

    The ASEAN Special Ministerial Meeting on Drug Matters pada 30

    Ogos 2013 yang telah dihadiri oleh Menteri/ Ketua Pengarah daripada

    ASEAN yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dadah sebulat suara

    menyatakan bahawa semua negara ahli perlu meneruskan usaha

    membanteras penghasilan, penyeludupan dan penyalahgunaan dadah

    selaras dengan matlamat ASEAN Bebas Dadah menjelang 2015.28 Giorgio

    Giacomelli, Pengarah Eksekutif United Nations International Drug

    Control Program menyatakan bahawa komuniti antarabangsa

    memandang serius isu penyalahgunaan dadah di mana kini semakin

    banyak negara yang terdedah kepada ancaman rasuah serta menggugat

    kestabilan politik yang didalangi oleh organisasi penyeludupan dadah

    antarabangsa.29 Pada tahun 2013, kes penagihan dadah di Malaysia

    menunjukkan penurunan 12.77% berbanding tahun 2012 (9,015 orang).

    Daripada jumlah itu 4,768 orang adalah penagih baru dan 3,096 orang

    penagih berulang. Secara puratanya, 655 penagih dikesan setiap bulan

    dengan 397 orang daripadanya adalah penagih baru dan 258 orang penagih

    berulang30 (sila rujuk Jadual 1).

    FAKTOR-FAKTOR ANCAMAN PENYALAHGUNAAN DADAH

    Malaysia turut dijadikan destinasi perantara atau persinggahan bagi

    kegiatan penyeludupan dan pengedaran dari negara pegeluar ke negara

    ketiga. Ini adalah kerana kedudukan geografi Malaysia yang berhampiran

    dengan pusat pegeluaran dadah utama iaitu segitiga emas31 memudahkan

    bekalan dadah ke negara ini diseludup masuk dari China, Jepun, Amerika

    Syarikat dan Eropah melalui Hong Kong dan Thailand32 melalui jalan

    udara, darat dan laut samada untuk pasaran tempatan atau sebagai transit

    untuk diseludup ke negara ketiga.33 Selain itu, sempadan perairan yang

    panjang di rantau Asia Tenggara ini juga menyukarkan pembanterasan

    aktiviti penyeludupan dadah, manusia serta senjata api.34

    28 Laman web ASEAN. http://www.asean.org.my [19 April 2014]. 29 Dupont, A.1999.Transnational Crime, Drugs & Security in East Asia.Asian Survey. 39:3. Hlm. 434. 30 Statistik berdasarkan Laporan Dadah, Disember 2013 yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah

    Kebangsaan. 31 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas, Penggal Ketiga, Mesyuarat

    Pertama bertarikh 14 April 2010. http://www.parlimen.gov.my [18 April 2014]. 32 Mohd Yusoff, M.S. et. al.2006.Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia.Edisi Ke-1. Malaysia: Institut Tadbiran Awam Malaysia. hlm. 381. 33 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas, Penggal Ketiga, Mesyuarat

    Pertama bertarikh 14 April 2010. http://www.parlimen.gov.my [18 April 2014]. 34 Ibid.

  • 14

    KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

    Keselamatan insan merujuk kepada kepentingan memelihara keselamatan,

    kesihatan serta segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, agama

    dan bangsa. The United Nations Development Program (UNDP)

    menggariskan 7 kategori keselamatan insan iaitu food security, health

    security, economic security, environmental security, personal &

    community security dan political security.35 Sarjana Barat pula

    berpendapat keselamatan insan yang dahulunya lebih tertumpu kepada

    mempertahankan kedaulatan negara serta keutuhan wilayah daripada

    ancaman ketenteraan kini lebih memfokuskan kepada hak asasi manusia

    dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Konvensyen Geneva

    merupakan unsur-unsur terasnya. Walau bagaimanapun, kebanyakkan

    negara di Asia menerima model keselamatan insan UNDP kerana ia mirip

    Asian Values. 36

    Penyalahgunaan dadah menyebabkan wujudnya gejala negatif

    seperti penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, keganasan dan jenayah37.

    Dari aspek kesihatan, penularan penyakit berjangkit HIV/AIDS ini

    mengancam health security masyarakat Malaysia. Health security

    memastikan komuniti dipelihara daripada perkara-perkara yang boleh

    mengamcam kesihatan, keselamatan serta kesejahteraannya. Sebagai

    contoh, sekiranya masyarakat tidak sihat maka mereka tidak berupaya

    untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Pada

    tahun 2009, sebanyak 5,795 kes jenayah curi atau ragut telah dilakukan

    oleh penagih dadah.38 Selain daripada itu, pada 29 November 2013

    seorang budak perempuan dirogol dan diliwat manakala pada 21 Januari

    2014 seorang budak perempuan telah dibunuh oleh penagih dadah39. Dari

    aspek keselamatan, masalah ini mengancam personal and community

    security masyarakat Malaysia. Ini kerana masyarakat merasakan

    keselamatan mereka terancam oleh penagih dadah yang mencederakan

    35 Othman, Z. Rethinking Human Security in Southeast (SE) Asia. 36 Acharya, A. 2001.Human Security: East versus West. Institute of Defence and Strategic Studies.

    http://hdl.handle.net/10220/4416 [19 April 2014]. 37 Mohd Yusoff, M.S. et. al.2006.Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia.Edisi Ke-1. Malaysia: Institut Tadbiran Awam Malaysia. hlm. 381. 38 Perutusan Ketua Polis Negara Kepada Warga PDRM Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis

    Ke 203 Pada 25 Mac 2010, www.rmp.gpv.my [18 April 2014]. 39 Mohd, H. 2 Februari 2014. Designer Drugs Vicious Crime Toll. The News Strait Times. http://www.nib.com.my [19 April 2014].

  • 15

    atau membunuh mangsa semasa jenayah dilakukan. Dadah yang diambil

    oleh mereka seperti methamphetamine, ketamin serta kokain telah

    menyebabkan mereka berkhayal serta tidak sedar akan jenayah yang

    dilakukan.

    Pada tahun 2013 pula, lebih daripada 46% banduan yang ditahan

    di penjara adalah penagih dadah40 iaitu peningkatan daripada jumlah

    banduan pada tahun 2012 iaitu 37.40%41 (sila rujuk Jadual 2). Selain

    daripada itu, aktiviti penyeludupan dadah oleh sindiket pengedaran dadah

    didalangi warganegara Iran terus meningkat pada tahun 2010.

    Berdasarkan statistik Polis Bukit Aman, sehingga Mac 2010, seramai 52

    orang warganegara Iran dengan rampasan 61 kg syabu telah ditahan

    kerana kesalahan dadah, dengan majoritinya merupakan keldai dadah.

    Bagi memastikan pengawasan lebih rapi, PDRM telah

    mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan

    jawatan Pegawai Perhubungan Narkotik (PPN) Polis Diraja Malaysia di

    negara-negara strategik seperti di Hanoi (Vietnam), Phnom Penh

    (Cambodia), The Hague (Amsterdam), Lima (Peru), Kowloon (Hong

    Kong SAR), Tehran (Iran) dan Vientiane (Laos) sebagai usaha menentang

    pengedaran dadah bagi mengurangkan bekalan dadah yang dibawa masuk

    ke negara ini. Dengan menempatkan PPN di negara-negara tersebut,

    diyakini konsainmen dadah yang bakal sampai ke Malaysia dapat dikesan

    lebih awal dan disekat daripada tiba ke negara ini.42 Kegiatan pengedaran

    dadah adalah aktiviti haram yang sangat menguntungkan. Berdasarkan

    kajian oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), Perdana Menteri Malaysia,

    YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyatakan bahawa pada tahun 2009, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan

    RM8.65 billion untuk menampung kos penguatkuasaan, pemulihan serta

    pembiayaan kesihatan untuk 63,884 orang penagih dadah.43 Dari aspek

    keselamatan, masalah ini mengancam economic security negara kerana

    sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia akan menyebabkan peluang

    40 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama

    bertarikh 4 Julai 2013. http://www/parlimen.gov.my [18 April 2014]. 41 Buku Maklumat Dadah. http://www.adk.gov.my [18 April 2014]. 42 Perutusan Ketua Polis Negara Kepada Warga PDRM Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis

    Ke 203 Pada 25 Mac 2010, www.rmp.gpv.my [18 April 2014]. 43 Abas, A.19 Februari 2014. Drug Abuses RM8 Billion Toll on Government. The News Straits Times. http://www.nib.com.my [19 April 2014].

  • 16

    negara untuk menjana ekonomi yang mencukupi bagi mengekalkan

    keutuhan negara terganggu.44

    Walaupun pengedaran serta penyalahgunaan dadah ini tidak

    mengancam kestabilan politik di Malaysia, namun pengedaran serta

    penyalahgunaan dadah ini telah menyumbang secara tidak langsung

    kepada penyeludupan senjata, keganasan, rasuah yang sedikit sebanyak

    menganggu gugat keselamatan insan serta keselamatan negara yang saling

    berkait rapat. Ini adalah kerana, sekiranya masyarakat merasai

    keselamatan mereka terancam ekoran dari segi kesihatan dan ekonomi,

    maka keselamatan seluruh negara juga terancam. Situasi ini jelas

    menggambarkan mengapa masalah dadah disekuritasikan oleh kerajaan

    sehingga ianya di anggap sebagai musuh nombor satu negara. Impak

    dadah sungguh luas sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

    Ianya dianggap ancaman bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga seluruh

    masyarakat Malaysia dan juga masyarakat dunia.

    ISU PENYELUDUPAN SENJATA API

    Kerajaan Malaysia komited menghapuskan perdagangan haram senjata

    api di peringkat antarabangsa melalui keahlian di dalam Convention

    Against Transnational Organised Crime on the Illicit Manufacturing of

    and Trafficking in Firearms, their Part, Components and Ammunition.

    Malaysia turut aktif di dalam Persidangan Menilai (Review Conference)

    Pelan Tindakan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    Mengenai Perdagangan Haram Senjata Api tahun 2001. Malaysia

    berpendirian bahawa situasi perdagangan haram senjata api masih

    mengejutkan (alarming) dan Malaysia menyokong perlucutan senjata am

    dan menyeluruh serta melahirkan keresahan mendalam mengenai

    kewujudan perdagangan haram senjata api di peringkat global. Di

    peringkat serantau pula, Malaysia terus menyumbang kepada usaha

    menangani perdagangan haram senjata api melalui Mesyuarat Menteri-

    Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMM-TC).45

    44 Othman, Z. Rethinking Human Security in Southeast (SE) Asia. 45 Kenyataan oleh T.Y.T Hamidon Ali, Wakil Tetap Malaysia bagi pihak ASEAN mengenai agenda

    no. 106: pencegahan jenayah dan keadilan; agenda no. 107: pengawalan dadah antarabangsa di Komiti

  • 17

    Malaysia juga aktif di dalam Persidangan Ketua-Ketua Polis ASEAN

    (ASEANAPOL). Malah terdapat kejayaan apabila pengkalan data

    ASEANAPOL, iaitu pengkalan data internet yang mengandungi

    maklumat penjenayah yang menghubungkan negara anggota ASEAN dan

    pengkalan data INTERPOL di Lyon, Perancis telah dilancarkan. Sistem

    pengkalan data tersebut memberi akses lebih luas kepada maklumat

    penjenayah antarabangsa dan sindiket termasuk yang menjalankan

    perdagangan haram senjata api.46

    Di Malaysia pula, aktor-aktor sekuriti yang berkaitan giat

    menangani isu penyeludupan senjata api. Namun atas beberapa faktor,

    kegiatan penyeludupan senjata api dikesan kembali berleluasa di kawasan

    sempadan dan menjadi perbualan masyarakat apabila kes bunuh

    menggunakan senjata api mencatat peningkatan mulai tahun 2013. Insiden

    menembak mati individu termasuk mereka yang berprofil tinggi

    menimbulkan kegusaran umum, seperti kes pembunuhan Timbalan Ketua

    Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58 tahun yang mati

    ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26

    April 2013; pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi, 75 tahun

    yang ditembak mati selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin

    Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013; dan Ketua

    Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad

    Raffli Abdul Malik, 49 tahun yang maut ditembak di hadapan rumahnya

    di Indera Mahkota 2, Kuantan pada 10 November 2013. Kesemua insiden

    tersebut berlaku di siang hari. Antara kes tembak berprofil tinggi sebelum

    ini pula ialah seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenggaroh,

    Dato S. Krishnasamy yang ditembak mati di bangunan MIC Johor di Johor Baharu pada 12 Januari 2008 dan pada 4 November 2000 pula, Ahli

    Dewan Undangan Negeri Lunas, Kedah, Dr Joe Fernandez ditembak mati

    oleh dua lelaki dipercayai pembunuh upahan ketika terperangkap dalam

    kesesakan lalu lintas di Bukit Mertajam.

    ke-3 sesi ke-60 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Jumaat, 7 Oktober 2005.

    http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6020.PDF [4 April 2014]. 46 Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai

    Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York,

    pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014].

  • 18

    Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

    Hamidi, sebanyak 68 kes pembunuhan menggunakan senjata api direkod

    pada tahun 201247 yang kemudiannya meningkat kepada 74 kes bagi

    tempoh Januari hingga September 2013.48 Peningkatan kes bunuh

    menggunakan senjata api tersebut juga selari dengan statistik rampasan

    senjata api oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimana terdapat

    peningkatan dari segi rampasan senjata api dan tangkapan yang dilakukan

    PDRM sejak tahun 2011 hingga bulan September 2013 iaitu merampas

    160 senjata api pelbagai jenis dan menahan 121 orang pada tahun 2011;

    merampas 199 senjata api dan menahan 163 orang pada tahun 2012; dan

    merampas 214 senjata api dan menahan 216 orang dari bulan Januari

    hingga September 2013. Berdasarkan statistik tersebut juga, dari tahun

    2011 hingga September 2013 terdapat peningkatan penyeludupan senjata

    api terutamanya pistol jenis semi-automatik iaitu sebanyak 62 pucuk

    (2011); 72 pucuk (2012); dan sebanyak 78 pucuk (Jan-Sept 2013).49 Selain

    peningkatan berdasar statistik, terdapat juga laporan bahawa agen di

    Thailand hanya mengenakan bayaran serendah RM10 untuk menyeludup

    sepucuk pistol buatan China masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok50

    yang menunjukkan betapa mudahnya membawa masuk senjata api secara

    haram ke Malaysia walaupun Akta Senjata Api Malaysia

    memperuntukkan hukuman yang keras, iaitu mereka yang disyaki

    menyeludup senjata api boleh didakwa di bawah Seksyen 7(1) Akta

    Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, dan jika didapati bersalah di bawah

    Seksyen berkenaan pesalah boleh dihukum mati atau penjara seumur

    hidup.51

    47 Yahoo! News Malaysia. 2013. 'Ops laras' dan 'ops api' antara usaha tangani kes seludup senjata api.

    8 Julai. https://my.news.yahoo.com/ops-laras-dan-ops-api-antara-usaha-tangani-112358366.html [6 April 2014]. 48 Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23

    Oktober.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22936-jenayah-tembak-guna-senjata-api-seludup-kdn [6 April 2014]. 49 The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto seludup ke Malaysia. 6

    November. http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilih-revolver-semi-auto-seludup-ke-malaysia/ [6 April 2014]. 50 Asia One News. 2013. Only $4 to buy a gun in Malaysia. 7 Julai.

    http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20130705-435052.html [18 April 2014]. 51 The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto seludup ke Malaysia. 6

    November. http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilih-revolver-semi-auto-seludup-

    ke-malaysia/ [6 April 2014].

  • 19

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kebanyakan senjata

    api yang diguna untuk jenayah dipercayai diseludup ke Malaysia melalui

    negara jiran. Sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 640 kilometer

    terdiri daripada 551 kilometer sempadan darat dan selebihnya adalah

    sempadan perairan yang menjadi sarang beberapa aktiviti penyeludupan

    didalangi kongsi gelap kedua-dua buah negara.52 Pergerakan keluar masuk

    pada kadar yang kerap, kesibukan lalu lintas di pintu masuk sempadan dan

    kewujudan lorong tikus serta interaksi ekonomi antara penduduk di

    kawasan sempadan membuka peluang kepada aktiviti penyeludupan53

    selain hubungan kekeluargaan dan faktor geografi sempadan Malaysia-

    Thailand iaitu kedudukan Sungai Golok antara Thailand dan Rantau

    Panjang yang begitu hampir turut mewujudkan rangkaian mendorong

    kepada aktiviti penyeludupan.54 55 Kewujudan kira-kira 100 jeti haram di

    sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia dan Thailand turut

    memudahkan aktiviti penyeludupan senjata api.56

    Bagi negeri Sarawak, (bekas) Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

    Syed Abdul Rahman Syed Kadir berkata fokus utama pencegahan jenayah

    di kawasan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat adalah terhadap

    kegiatan penyeludupan dadah,senjata api, dan kegiatan mencuri balak di

    mana isu berkenaan dibincangkan bersama rakan sejawatannya semasa

    Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Polis Sarawak dan Polis

    Kalimantan Barat.57 Di negeri Sabah pula, bekas ketua menterinya, Tan

    Sri Chong Kah Kiat yang mentadbir antara tahun 2001 hingga 2003

    menyatakan bahawa pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah menemui

    banyak senjata api seludup dari Filipina semasa pemeriksaan dibuat ke

    atas kawasan petempatan setinggan haram di Tawau, Sandakan, Kota

    52 Malaysiakini. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November.

    Http://Www.Malaysiakini.Com/News/245804 [6 April 2014]. 53 Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23

    Oktober.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22936-jenayah-tembak-guna-senjata-

    api-seludup-kdn [6 April 2014]. 54 Yahoo! News Malaysia. 2013. 'Ops laras' dan 'ops api' antara usaha tangani kes seludup senjata

    api. 8 Julai. https://my.news.yahoo.com/ops-laras-dan-ops-api-antara-usaha-tangani-

    112358366.html [6 April 2014]. 55 Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23 Oktober.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22936-jenayah-tembak-guna-senjata-api-seludup-

    kdn [6 April 2014]. 56 Bakri Darus. 2003. Pemeriksaan ketat, penyeludup semakin ganas. 17 Mac. Bernama Library &

    Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014]. 57 BERNAMA. 1999. Polis Sarawak/Kalimantan perhebat banteras jenayah. 19 Ogos. Bernama

    Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].

  • 20

    Kinabalu dan Pulau Gaya.58 Semasa insiden pencerobohan pengganas

    Kiram di Sabah pada bulan Februari hingga Mac 2013 yang

    mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia, pihak polis turut

    mengenal pasti kira-kira 15 kumpulan penyeludup di Semporna, Sabah

    yang dipercayai terlibat membiayai pengganas Kiram tersebut.

    Kumpulan-kumpulan penyeludup yang terdiri daripada pendatang asing

    tanpa izin (PATI) berbangsa Sulu dari Filipina membawa masuk rokok,

    syabu dan senjata api ke Malaysia.59 Akibat senjata api yang berleluasa

    juga, bandaraya Kota Kinabalu digemparkan dengan kes tembak rambang

    oleh sekumpulan remaja tempatan mengguna senapang angin

    menyasarkan 46 premis perniagaan sekitar bandaraya tersebut pada

    malam 10 Januari 2014 sehingga memaksa polis menubuhkan pasukan

    khas menyiasat kejadian berkenaan60 di bawah Seksyen 32 Akta Senjata

    Api 1960.61

    Faktor-faktor geografi, manusia, ekonomi, dan terdapatnya faktor

    penarik, dikenalpasti menyumbang kepada peningkatan aktiviti

    penyeludupan senjata api ke Malaysia. Faktor geografi ialah sempadan

    negara mudah dibolosi (porous) penyeludup senjata api. Bagi Malaysia,

    kawasan pantai yang panjang dan ketiadaan pagar sempadan darat yang

    menyeluruh memudahkan kewujudan pintu masuk haram.62 Terdapat juga

    faktor manusia iaitu kelemahan pemeriksaan secara rawak membolehkan

    penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah. PDRM dan Kastam

    pernah mengenakan pemeriksaan ketat terhadap bas-bas ekspres dan lori-

    lori ikan yang memasuki Malaysia, namun berlaku kesesakan teruk di

    pintu masuk menyebabkan masyarakat serta peniaga merungut dan

    membuat aduan. Adalah juga satu pemandangan biasa apabila beberapa

    kumpulan penyeludup yang berada di tebing Sungai Golok beredar

    58 Yahoo! News Malaysia. 2013. RCI: Pendatang asing miliki senjata api, kata bekas ketua menteri Sabah. 15 Julai. https://my.news.yahoo.com/rci-pendatang-asing-miliki-senjata-api-kata-bekas-

    054725645.html [6 April 2014]. 59 Utusan Malaysia Online. 2013. 15 kumpulan penyeludup dipercayai biayai pencerobohan. 17 April. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130417/dn_04/15-kumpulan-

    penyeludup-dipercayai-biayai-pencerobohan [19 April 2014]. 60 Kosmo! Online. 2014. Polis tubuh khas siasat kes tembak premis di Kota Kinabalu. 12 Januari. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=

    bt_11.htm [19 April 2014]. 61 BERNAMA 2014. 17 ditahan berhubung kes tembak premis di Sabah. . 25 Februari. Bernama Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014]. 62 Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai

    Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York,

    pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014].

  • 21

    dengan kenderaan mereka sebaik melihat bot Unit Pencegah

    Penyeludupan (UPP) yang meronda di beberapa kawasan di sungai

    berkenaan namun kembali berada di lokasi berkenaan sebaik rondaan itu

    beralih arah.63 Faktor penarik pula ialah permintaan tinggi di pasaran gelap

    bagi dua pistol jenisRevolver dan Semi Auto kerana harganya murah dan sukar dikesan apabila senjata itu dilerai dan disembunyi dalam

    kenderaan yang telah diubah suai dengan menyediakan tempat simpanan

    rahsia. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku

    Jaafar mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai mesin yang canggih

    untuk mengesan bahagian kecil senjata api, sebaliknya hanya sebuah

    mesin yang akan mengambil dua jam bagi mengesan barangan larangan

    di dalam sebuah lori.64 Selain itu, antara faktor penyumbang kepada

    peningkatan penyeludupan senjata api ke dalam negara ialah aktiviti

    penyeludupan dadah, pertumbuhan kumpulan kongsi gelap, dan

    peningkatan kegiatan maksiat dan perjudian.65

    ANCAMAN NYATA (EXISTENTIAL THREAT)

    Isu penyeludupan senjata api telah menjadi keutamaan kerajaan sejak

    sekian lama melalui kenyataan-kenyataan oleh aktor-aktor sekuriti di

    Malaysia namun tiada tindakan bersepadu meliputi perundangan dan

    tindakan luar biasa yang dibuat bagi membanteras kegiatan tersebut secara

    menyeluruh sebelum ini. Antaranya, pada 4 Ogos 2008, Timbalan Menteri

    di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata kawalan

    sempadan wajar diperketat memandangkan penyeludupan bahan-bahan

    larangan termasuk senjata api merupakan perkara serius dan boleh

    mengancam keselamatan negara jika tidak ditangani. Ini berikutan

    beberapa kes pembunuhan dan samun yang berlaku pada ketika itu

    melibatkan penggunaan senjata canggih berbanding senjata yang diguna

    polis dan tentera. Murugiah juga turut meminta Persidangan Menteri-

    menteri ASEAN membincang penyelarasan akta berkaitan senjata api bagi

    63 Malaysiakini. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November. http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April 2014]. 64 Free Malaysia Today. 2013. Senjata api: KDN wujudkan SOP baharu. 23 Oktober.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/23/senjata-api-kdn-wujudkan-sop-baharu/ [6 April 2014]. 65 The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto seludup ke Malaysia. 6

    November. http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilih-revolver-semi-auto-seludup-ke-

    malaysia/ [6 April 2014].

  • 22

    mengelak penggunaan tanpa kawalan yang boleh membahayakan

    keselamatan umum.66

    Lebih membimbangkan apabila aktiviti penyeludupan yang tidak

    dibendung boleh mengakibatkan lambakan senjata api di dalam negara

    sehingga memudahkan berlakunya aktiviti jenayah. Kes kejadian tembak

    yang meningkat turut menarik perhatian media negara jiran untuk

    melaporkan fenomena tersebut yang sedikit sebanyak turut menjejaskan

    imej negara dimata pelancong asing dan para pelabur antarabangsa.

    Akhbar Singapura, The New Paper pada 31 Julai 2013 meletakkan tajuk

    utama akbar berkenaan sebagai Selamat datang ke Malaysia di mana.kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal (Welcome to Malaysia where Death is Cheap and Staying Alive Costly) yang turut melaporkan bahawa khidmat seorang pembunuh upahan hanya

    $2,000 (RM5,000).67 Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri

    Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 3 Ogos 2013 turut meluahkan

    kebimbangan bahawa kejadian jenayah tembak yang berleluasa pada

    ketika itu akan menjejaskan kehadiran pelancong dimana penyebaran

    berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung

    kepada ketibaan pelawat ke Malaysia.68 Selain sektor pelancongan, kes-

    kes tembak turut menjejas keyakinan para pelabur dalam dan luar negara

    untuk menanam modal di Malaysia. Laporan media tempatan

    mendedahkan bahawa dalam dua tahun kebelakangan (tahun 2012 hingga

    2013), pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Malaysia terjejas

    dan merosot disebabkan pelabur takut dengan kes-kes tembakan yang

    berleluasa. Hampir setiap hari ada sahaja laporan suratkhabar termasuk

    insiden pengasas Ambank yang ditembak mati telah memberi kesan

    kepada komuniti pelabur. Akibatnya, para pelabur yang telah

    menunjukkan minat kukuh untuk membuat pelaburan menjadi takut,

    66 BERNAMA. 2008. Kertas cadangan perketat kawalan sempadan akan dikemukakan ke kabinet. 4 Ogos. Bernama Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014]. 67 FMT News. 2013. Khalid: Akhbar The New Paper berniat jahat. 3 Ogos. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/08/03/khalid-akhbar-the-new-paper-berniat-jahat/ [18 April 2014]. 68 M Star Online. 2013. Nazri Aziz Bimbang Jenayah Tembak Jejas Sektor Pelancongan. 3 Ogos.

    http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/08/03/nazri-aziz-bimbang-jenayah-tembak-

    jejas-sektor-pelancongan/ [18 April 2014].

  • 23

    sehingga terdapat juga pelabur domestik yang panik dan beralih arah lalu

    membawa pelaburan mereka ke luar negara.69

    Ekoran jenayah bunuh yang semakin berleluasa, parti

    pembangkang serta badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang turut

    mengambil kesempatan mempolitikkan isu berkenaan dan menyerang

    kerajaan sehingga ke tahap memburukkan imej kerajaan dan Menteri

    Kabinet. Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung

    Democratic Action Party (DAP), Lim Guan Eng berkata kes pembunuhan

    yang berlaku menunjukkan betapa serius kegagalan Kerajaan Persekutuan

    memastikan ketenteraman dan keselamatan awam.70 Malahan di

    mukasurat depan akhbar Borneo Post bertarikh 14 Ogos 2013, Pengerusi

    DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menuduh bahawa insiden kes tembak-

    menembak serta jenayah yang berleluasa di Malaysia pada ketika itu

    adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan

    beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.71 Tuduhan tersebut

    dibuat berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad

    Zahid Hamidi pada 17 Julai 2013 yang menyatakan bahawa sebanyak 90

    peratus kejadian jenayah berat terutama kes bunuh dilakukan bekas

    tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan

    Ordinan Darurat.72 Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.

    Surendran menyifatkan bahawa kerajaan BN mempunyai kepentingan

    politik dan bermuslihat dalam menggambarkan peningkatan kes bunuh

    mengguna senjata api di lokasi awam kerana terdesak untuk

    mengembalikan Ordinan Darurat supaya dapat digunakan terhadap

    pembangkang.73 Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin

    Hassan turut mendesak Menteri meletakkan jawatan sekiranya tidak

    69 Utusan Malaysia Online. 2013. Op Cantas Khas 'buka mata' pelabur. 11 Oktober.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131011/re_02/Op-Cantas-Khas-'buka-mata'-pelabur [19 April 2014]. 70 Roketkini.com. 2013. Tiga kes tembakan semalam bukti jenayah makin meningkat. 30 Julai.

    http://www.roketkini.com/2013/07/30/tiga-kes-tembakan-semalam-bukti-jenayah-makin-meningkat/ [19 April 2014]. 71 Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz. 2013. Jenayah meningkat: Khairy selar Pengerusi DAP

    Sarawak. 14 Ogos. Antara Pos. http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkb5dgbQ==[19 April

    2014]. 72 Utusan Malaysia Online. 2013.90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan. Darurat. 18 Julai. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130718/je_01/90-jenayah-berat-dilakukan-

    bekas-tahanan-Ordinan-Darurat [19 April 2013]. 73 Lizawati Madfa. 2013. UMNO guna kes bunuh tembak untuk kembalikan Ordinan Darurat. 6

    Ogos. Media Selangorku. http://www.selangorku.com/?p=32429 [19 April 2014].

  • 24

    mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.74 Selain itu, terdapat juga

    NGO pro-pembangkang yang turut sama mendesak kerajaan menangani

    isu tersebut segera seperti NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras) yang

    menggesa kerajaan tidak membiarkan Malaysia menjadi sarang sindiket

    mafia melakukan jenayah upah bunuh.75

    Setelah isu kejadian tembak semakin menimbulkan kegusaran di

    kalangan masyarakat dan parti pembangkang dilihat cuba menangguk di

    air keruh memburukkan imej kerajaan, maka Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengambil pendekatan yang diluar norma

    politik biasa dengan menyerahkan kepada polis untuk meminta kerajaan

    apa yang mereka perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa

    yang dikehendaki untuk meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam

    memerangi jenayah serius. Perdana Menteri menyatakan bahawa kita tidak boleh biarkan keadaan dengan jenayah serius ini berterusan.

    Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan

    ketenteraman dan keyakinan orang awam, termasuk kuasa khas dibawah

    undang-undang baru yang dijangka dibentang di Parliamen pada bulan

    September 2013 katanya dalam status Facebooknya pada 31 Julai 2013.76 77

    TINDAKAN LUAR BIASA (EXTRAORDINARY MEASURES)

    Memperketat perundangan domestik Akta Senjata Api tahun 1960 (Pindaan 1989) diakui terbukti berkesan dalam mengawal dan menangani

    isu perdagangan haram senjata api dalam segenap aspek di Malaysia.78

    74 Harakahdaily. 2013. Jenayah: jangan tunggu Malaysia jadi bandar koboi. 14 Ogos.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21356-jenayah-jangan-tunggu-malaysia-jadi-bandar-koboi [19 April 2014]. 75 Harakahdaily. 2013. Jangan bagi negara jadi sarang mafia. 2 Ogos.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21187-jangan-biar-negara-jadi-sarang-mafia [19 April 2014]. 76 Harian Metro Ahad . 2013. Perangi Jenayah Serius. 1 Ogos.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perangijenayahserius/MA/Article/index_html [6 April 2014]. 77 Ida Lim. 2013. PAS: Tackle gun smuggling to stop shootings, instead of reviving ISA, EO. 1

    Ogos. The Malay Mail Online. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pas-tackle-gun-smuggling-to-stop-shootings-instead-of-reviving-isa-eo [18 April 2014]. 78 Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai

    Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York, pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014].

  • 25

    Walau bagaimanapun, satu langkah yang konkrit perlu dilaksanakan kerajaan selain memperketat beberapa akta sedia kerana pihak polis

    memerlukannya bagi menangani kumpulan penyeludup ini yang rata-

    ratanya didalangi kumpulan kongsi gelap. Pada 9 April 2014, Timbalan

    Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentang

    Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata

    Berbahaya (Pindaan) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat bagi

    meminda Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya

    1958 (Akta 357) yang bertujuan memastikan hukuman yang dikenakan

    setimpal dengan kesalahan dilakukan oleh pesalah jenayah terancang dan

    berat. Ini memandangkan jenayah-jenayah tersebut yang dilakukan oleh

    kumpulan-kumpulan kongsi gelap sering melibatkan penggunaan senjata

    berbahaya termasuk senjata api yang semakin berleluasa. Pindaan tersebut

    juga merupakan usaha kerajaan memastikan keselamatan rakyat Malaysia

    terus terlindung dan juga akan menjamin masyarakat hidup dalam keadaan

    yang aman dan sejahtera. Oleh itu, pindaan hukuman dicadangkan

    termasuk memanjangkan tempoh pemenjaraan daripada dua tahun kepada

    tempoh pemenjaraan yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak

    melebihi sepuluh tahun.79

    Dalam satu tindakan luar biasa, Dewan Rakyat pada 4 Oktober

    2013 telah bersidang sehingga lewat malam bagi membolehkan Rang

    Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013

    diluluskan. Perbahasan yang menyaksikan waktu sidang melepasi

    kebiasaan itu mencerminkan betapa rang undang-undang tersebut amat

    diperlukan. Malah, sebelum melepasi jam 12 tengah malam, Menteri di

    Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim terpaksa

    membentangkan usul bagi menghentikan detik jam di Dewan Rakyat tepat

    12 tengah malam untuk membolehkan secara teknikal perbahasan

    diteruskan pada hari yang sama, seperti yang dituntut oleh peraturan

    mesyuarat.80 Pewartaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan

    Pemerluasan) 2013 pada 1 April 2014 membenarkan penahanan tanpa

    bicara bagi tujuan pencegahan jenayah, namun Menteri tidak lagi

    mempunyai kuasa eksekutif untuk mengeluarkan perintah pengawasan

    79 BERNAMA. 2014. Akta 357 perlu dipinda banteras jenayah berat Dr Wan Junaidi. 9 April. http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1029328 [10 April 2014]. 80 Utusan Malaysia Online. 2013. Bisik-bisik Awang Selamat. 4 Oktober.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131004/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-

    SELAMAT#ixzz2y66LfNPs [19 April 2014].

  • 26

    atau perintah tahanan. Tanggungjawab atau kuasa itu telah dipindahkan

    kepada sebuah badan bebas iaitu Lembaga Pencegahan Jenayah yang ahli-

    ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.81 Timbalan Menteri Dalam

    Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung

    perbahasan rang undang-undang berkenaan menyatakan bahawa

    penggubalan pindaan tersebut jauh lebih baik dan berperikemanusiaan

    berbanding akta asal (PCA), maka tidak perlu dibandingkan dengan Akta

    Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Ordinan Darurat (EO) yang telah

    dimansuhkan selain undang-undang pindaan PCA itu juga adalah selaras

    dengan hak asasi dan Islam.82

    Penguatkuasaan preventif dan pemantapan risikan serta perang

    saraf Malaysia mengakui wujudnya kekangan untuk mengawal sempadan negara secara berkesan dan adalah hampir mustahil untuk

    mempastikan bahawa barangan yang masuk melalui pintu masuk yang sah

    adalah bebas daripada senjata api terlarang. Bagaimanapun, PDRM, Unit

    Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Kastan Diraja Malaysia mengambil

    langkah-langkah pencegahan (preventive) untuk meminimakan masalah

    penyeludupan senjata api.83 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad

    Zahid Hamidi semasa bercakap kepada media di Bagan Datoh, Perak pada

    12 Oktober 2013 berkata kerajaan melaksanakan tiga langkah pencegahan

    bagi mencegah penyeludupan senjata api secara haram di negara ini secara

    berterusan, iaitu (i) pemeriksaan menyeluruh 100 peratus di semua pintu

    masuk ke negara ini merangkumi laluan darat, laut dan udara; (ii) pihak

    keselamatan akan bertindak berdasarkan laporan perisikan yang

    mendapati terdapat pemilikan, simpanan, serta penyeludupan senjata api

    secara haram ke negara ini; dan (iii) pemasangan signal untuk memantau

    kemasukan barangan dari luar negara.84 PDRM dalam hal ini turut

    merangka beberapa langkah baharu termasuk memantapkan maklumat

    81 Utusan Online. 2014. Pewartaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. 1

    April. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140401/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2y5x4LhKj [19 April 2014]. 82 Utusan Online. 2013. Dewan Negara lulus rang undang-undang pencegahan jenayah.11

    Oktober. http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131011/pa_02/Dewan-Negara-lulus-Rang-Undang-Undang-Pencegahan-Jenayah-2013#ixzz2y64GQ3nM [19 April 2014]. 83 Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke Persidangan Menilai

    Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York, pada Rabu, 28 Jun 2006. http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April 2014]. 84 Anon. 2013. Tiga langkah cegah seludup senjata api diperkenal. 12 Oktober. Sinar Harian.

    http://www.sinarharian.com.my/tiga-langkah-cegah-seludup-senjata-api-diperkenal-1.211241 [6

    April 2014].

  • 27

    risikannya di kawasan sempadan, melipatgandakan kerjasama dengan

    Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga

    Unit Pencegahan Penyeludupan, bertukar-tukar maklumat risikan selain

    menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand, dan mengguna

    kaedah perang saraf untuk mendidik masyarakat di kawasan sempadan

    agar tidak berurusan dengan para penyeludup.85

    Operasi-Operasi khas PDRM ''Ops Laras'' dan ''Ops Api'' merupakan antara langkah dari masa ke semasa yang diambil kerajaan

    bagi menangani kes penyeludupan serta penggunaan senjata api secara

    haram di Malaysia. Kedua-dua operasi tersebut dilaksana oleh PDRM

    dimana ''Ops Laras'' merupakan operasi khas membanteras penyeludupan

    senjata api di kawasan sempadan manakala "Ops Api pula ialah operasi khas bagi tindakan terhadap kes jenayah melibatkan senjata api.86 PDRM

    turut melancarkan Ops Cantas Khas pada 17 Ogos 2013 bagi membendung kegiatan kongsi gelap terutama membabitkan gangsterisme,

    senjata api, peras ugut, dan bunuh seterusnya membantutkan kegiatan

    penyeludupan dan jenayah yang mengancam keselamatan negara.87

    Sehingga 9 Disember 2013, PDRM telah memeriksa sebanyak 1.18 juta

    individu dan 39,097 daripada individu tersebut telah ditahan atas pelbagai

    kesalahan dan sebanyak 1,160 senjata api dan senjata berbahaya turut

    dirampas sepanjang tempoh tersebut. Kejayaan paling ketara sepanjang

    Op Cantas Khas dilancarkan adalah penurunan kadar jenayah sebanyak tujuh peratus terutama kes jenayah kekerasan.88 Pasukan Gerakan Am

    (PGA) yang ditempatkan di sepanjang pagar sempadan Perlis-Thailand

    juga melaksanakan Ops Wawasan Kedah/Perlis untuk mengesan dan membanteras penyeludupan senjata api, dadah, dan aktiviti

    pemerdagangan manusia. Usaha lain yang dilakukan ialah dengan

    memasang sebanyak 27 kamera litar tertutup CCTV di kawasan pagar

    85 Anon. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November.

    http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 april 2014]. 86 Yahoo! News Malaysia. 2013. 'Ops laras' dan 'ops api' antara usaha tangani kes seludup senjata api. 8 Julai. https://my.news.yahoo.com/ops-laras-dan-ops-api-antara-usaha-tangani-

    112358366.html [6 April 2014]. 87 Anon. 2013. Penyeludupan Senjata Api Bermaharajalela Di Sempadan. 5 November. http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April 2014]. 88 Utusan Malaysia Online. 2013. Ops Cantas Khas. 10 Disember.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131211/dn_12/1.18-juta--diperiksa-Op-Cantas-

    Khas#ixzz2y5zcvHzK [6 April 2014].

  • 28

    keselamatan sejauh 5.3 kilometer sementara cadangan bagi memasang

    lampu turut dipertimbangkan.89

    Pasukan Khas Mengambil kira peningkatan penyeludupan senjata api pada ketika itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit

    Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin pada 14 Mei 2013

    memaklumkan bahawa PDRM melancarkan gerakan besar-besaran

    memburu kumpulan penjenayah yang membunuh sasaran dengan senjata

    api menerusi langkah segera menubuhan pasukan khas di setiap kontinjen

    negeri. Menurutnya, pasukan khas itu akan memantau pergerakan serta

    menumpu kepada siasatan dalam kes tembak yang telah berlaku bagi

    tujuan menyelesaikan kes-kes tersebut dalam kadar segera.90 Agensi

    Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur

    meningkatkan pemeriksaan ke atas bot- bot nelayan asing yang ditahan

    kerana menceroboh perairan negara bagi mencegah penyeludupan senjata

    api.91 UPP Kelantan pula menubuhkan unit risik khusus membanteras

    penyeludupan dadah dan senjata api di kawasan sempadan Kelantan-

    Thailand.92

    Kesimpulan Dalam bahagian ini, isu penyeludupan senjata api telah dibincang menerusi kerangka sekuritisasi yang dipelopori

    Copenhagen School of Security Studies. Aktor-aktor sekuriti melalui

    speech act telah berjaya menggambarkan betapa suatu ancaman nyata

    yang mengancam objek rujukan perlu ditangani melalui tindakan luar

    biasa yang melangkaui norma-norma politik biasa. Proses sekuritisasi bagi

    isu penyeludupan senjata api juga didapati telah dilaksanakan kerana

    kepentingan isu tersebut kepada kelangsungan kerajaan pemerintah yang

    kemudiannya telah mengambil beberapa tindakan luar biasa seperti

    operasi khas polis yang memerlukan belanjawan besar. Proses sekuritisasi

    juga lengkap apabila tindakan kerajaan itu dilihat tidak mendapat

    89 BERNAMA. 2013. Perlis kawal ketat kawasan sempadan-MB. 16 Disember. Bernama Library &

    Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014]. 90 Utusan Malaysia Online. 2013. Polis Tubuh Pasukan Khas. 15 Mei. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130515/je_01/Polis-tubuh-pasukan-khas [6 April

    2014]. 91 Utusan Malaysia Online. 2013. Maritim Malaysia tingkat cegah seludup senjata api. 1 Ogos. http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130801/wt_04/Maritim-Malaysia-tingkat-cegah-

    seludup-senjata-api [6 April 2014]. 92 Utusan Harian. 2013. UPP Kelantan tubuh unit banteras senjata api. 14 Julai.

    http://utusanharian.org/upp-kelantan-tubuh-unit-banteras-senjata-api/[6 April 2014].

  • 29

    bantahan masyarakat walaupun terdapat pandangan berbeza oleh parti

    politik pembangkang. Komuniti perniagaan juga berjaya diyakinkan

    antaranya Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

    Kuala Lumpur (DPMM KL), Datuk Daud Daros yang mengucapkan

    tahniah kepada PDRM kerana berjaya dalam usaha membanteras

    penjenayah tegar sejak pelancaran Ops Cantas Khas. Menurut beliau,

    tindakan itu berkesan meningkatkan kepercayaan masyarakat

    perdagangan dan industri Malaysia dan telah mengembalikan keyakinan

    rakyat terhadap pasukan polis. DPMM KL harap pasukan polis

    meneruskan tindakan itu sehingga ke akar umbi.93 Pindaan kepada Akta

    Pencegahan Jenayah 2013 dilihat telah dapat mengembalikan semula

    keyakinan orang ramai terhadap keselamatan mereka, setelah pihak

    penguatkuasa diberikan semula kuasa penahanan tanpa perbicaraan bagi

    kes-kes perlu secara terkawal. Kurangnya bantahan orang ramai terhadap

    Akta tersebut menunjukkan bahawa masyarakat percaya dan yakin dengan

    tindakan luar biasa yang diambil kerajaan untuk menangani ancaman

    nyata penyeludupan senjata api terhadap kelangsungan masyarakat dan

    negara.

    93 BERNAMA. 2013. 304 anggota kongsi gelap diberkas sepanjang ops cantas khas-Khalid Abu

    Bakar. 23 September. Bernama Library & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do

    [17 April 2014].

  • 30

    SENARAI RUJUKAN

    Abas, A.19 Februari 2014. Drug Abuses RM8 Billion Toll on Government. The News Straits Times. http://www.nib.com.my

    [19 April 2014].

    Abdul Rahman.E. 2006. Pendatang tanpa kawalan cabar keselamatan

    negara. Utusan Melayu. 25

    Ogos. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=

    0825&sec=forum&pg=fo_01.htm#ixzz2zIz7sIs3 [14 April

    2014].

    Acharya, A. 2001.Human Security: East versus West. Institute of

    Defence and Strategic Studies. http://hdl.handle.net/10220/4416

    [19 April 2014].

    Anon. 2002. Southeast Asia. Migration News. March. Vol.9, No.3.

    Anon. 2003, Ancaman PATI kepada keselamatan negara.Utusan

    Malaysia. 7 Jun.

    Anon. 2010. RM171 Juta tanggung perbelanjaan tahanan warga asing

    tahun lepas.Bernama. 23 Mac.

    http://www.bernama.com/bernama/v7/searchindex.php?terms=r

    m171%20juta%20tanggung%20perbelanjaan%20tahanan [14

    April 2014].

    Anon. 2011. Malaysia an illegal transit point for foreigners. TheStar. 11

    Disember.

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/11/Msia-an-

    illegal-transit-point-for-foreigners-Trafficking-victims-arrive-in-

    KLIA-before-going-to-Aust.aspx/ [14 April 2014].

    Anon. 2013. Tiga langkah cegah seludup senjata api diperkenal. 12

    Oktober. Sinar Harian. http://www.sinarharian.com.my/tiga-

    langkah-cegah-seludup-senjata-api-diperkenal-1.211241 [6 April

    2014].

  • 31

    Anon. 2013. Penyeludupan senjata api bermaharajalela di sempadan. 5

    November. http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April

    2014].

    Arnold Wolfer, National Security as ambiguous symbol, Political

    Science Quarterly, Vol. 67, No. 4.

    Asia One News. 2013. Only $4 to buy a gun in Malaysia. 7 Julai.

    http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Sto

    ry/A1Story20130705-435052.html [18 April 2014].

    Bakri Darus. 2003. Pemeriksaan ketat, penyeludup semakin ganas. 17

    Mac. Bernama Library & Infolink Service.

    http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].

    Baylis, J. & Smith, S. 2005. The Globalization of World Politics: An

    introduction to international relations. 3rd edition. New York:

    Oxford University Press. Hlm.300.

    BERNAMA. 1999. Polis Sarawak/Kalimantan perhebat banteras

    jenayah. 19 Ogos. Bernama Library & Infolink Service.

    http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].

    BERNAMA. 2008. Kertas cadangan perketat kawalan sempadan akan

    dikemukakan ke kabinet. 4 Ogos. Bernama Library & Infolink

    Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].

    BERNAMA. 2013. Perlis kawal ketat kawasan sempadan-MB. 16

    Disember. Bernama Library & Infolink Service.

    http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].

    BERNAMA. 2013. 304 anggota kongsi gelap diberkas sepanjang ops

    cantas khas-Khalid Abu Bakar. 23 September. Bernama Library

    & Infolink Service. http://blis.bernama.com/mainHome.do [17

    April 2014].

    BERNAMA. 2014. Akta 357 perlu dipinda banteras jenayah berat Dr Wan Junaidi. 9 April.

    http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?i

    d=1029328 [10 April 2014].

  • 32

    BERNAMA 2014. 17 ditahan berhubung kes tembak premis di Sabah. .

    25 Februari. Bernama Library & Infolink Service.

    http://blis.bernama.com/mainHome.do [17 April 2014].

    Bigo, Didier. 2009. International Political Sociology. Security Studies:

    An Introduction. New York: Routledge, Hlm.125.

    Buku Maklumat Dadah. http://www.adk.gov.my [18 April 2014].

    Castle, Allan. 1997. Transnational Organized Crime and International

    Security. Vancouver. Institute of International Relations. The

    University of British Columbia. 12-14.

    Dasar Dadah Negara. http:// www.adk.gov.my [18 April 2014].

    Dupont, A.1999.Transnational Crime, Drugs & Security in East

    Asia.Asian Survey. 39:3. Hlm. 434.

    Emmers, Ralf. 2010. Securitization. Contemporary Security Studies. New York: Oxford University Press. Hlm.139.

    FMT News. 2013. Khalid: Akhbar The New Paper berniat jahat. 3 Ogos.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/08/03/

    khalid-akhbar-the-new-paper-berniat-jahat/ [18 April 2014].

    Free Malaysia Today. 2013. Senjata api: KDN wujudkan SOP baharu. 23

    Oktober.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/23/s

    enjata-api-kdn-wujudkan-sop-baharu/ [6 April 2014].

    Harakahdaily. 2013. Jangan bagi negara jadi sarang mafia. 2 Ogos.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21187-

    jangan-biar-negara-jadi-sarang-mafia [19 April 2014].

    Harakahdaily. 2013. Jenayah: jangan tunggu Malaysia jadi bandar koboi.

    14 Ogos. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-

  • 33

    utama/21356-jenayah-jangan-tunggu-malaysia-jadi-bandar-

    koboi [19 April 2014].

    Harian Metro Ahad . 2013. Perangi Jenayah Serius. 1 Ogos.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perangijenayahser

    ius/MA/Article/index_html [6 April 2014].

    Hazayani Zakaria. 2013. Jenayah tembak guna senjata api seludup. 23

    Oktober. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-

    utama/22936-jenayah-tembak-guna-senjata-api-seludup-kdn [6

    April 2014].

    Ida Lim. 2013. PAS: Tackle gun smuggling to stop shootings, instead of

    reviving ISA, EO. 1 Ogos. The Malay Mail Online.

    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pas-tackle-

    gun-smuggling-to-stop-shootings-instead-of-reviving-isa-eo [18

    April 2014].

    Joseph C.L. Malaysian Approach To Its Illegal Indonesian Migrant

    Labour Problem: Securitization, Politics or Chatarsis?

    Kassim. A. Filipino Refugees in Sabah: State Responses, Public

    Stereotype and Dilemma over their Future, Southeast Asian

    Studies, Vol. 47, No. 1, June 2009.

    Kenyataan oleh Dato' Muhammad Hatta Abdul Aziz, Wakil Malaysia ke

    Persidangan Menilai Kemajuan Pelaksanaan Pelan Tindakan

    Menentang Perdagangan Haram Senjata Api di New York, pada

    Rabu, 28 Jun 2006.

    http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6086.pdf [4 April

    2014].

    Kenyataan oleh T.Y.T Hamidon Ali, Wakil Tetap Malaysia bagi pihak

    ASEAN mengenai agenda no. 106: pencegahan jenayah dan

    keadilan; agenda no. 107: pengawalan dadah antarabangsa di

    Komiti ke-3 sesi ke-60 Perhimpunan Agung PBB di New York

    pada Jumaat, 7 Oktober 2005.

    http://www.un.int/malaysia/GA/60thGA/6020.PDF [4 April

    2014].

  • 34

    Kosmo! Online. 2014. Polis tubuh khas siasat kes tembak premis di Kota

    Kinabalu. 12 Januari.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=011

    2&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm [19 April 2014].

    Laman web ASEAN. http://www.asean.org.my [19 April 2014].

    Lizawati Madfa. 2013. UMNO guna kes bunuh tembak untuk

    kembalikan Ordinan Darurat. 6 Ogos. Media Selangorku.

    http://www.selangorku.com/?p=32429 [19 April 2014].

    Malaysiakini. 2013. Penyeludupan senjata api bermaharajalela di

    sempadan. 5 November.

    http://www.malaysiakini.com/news/245804 [6 April 2014].

    Mohd, H. 2014. Designer Drugs Vicious Crime Toll. The News Strait Times. 2 Februari. http://www.nib.com.my [19 April 2014].

    Mohd Yusoff, M.S. et. al. 2006. Pentadbiran dan Pengurusan Awam

    Malaysia.Edisi Ke-1. Malaysia: Institut Tadbiran Awam

    Malaysia. hlm. 381.

    Mohd Yusoff, M.S. et. al.2006.Pentadbiran dan Pengurusan Awam

    Malaysia.Edisi Ke-1. Malaysia: Institut Tadbiran Awam

    Malaysia. hlm. 381.

    M Star Online. 2013. Nazri Aziz Bimbang Jenayah Tembak Jejas Sektor

    Pelancongan. 3 Ogos. http://www.mstar.com.my/berita/berita-

    semasa/2013/08/03/nazri-aziz-bimbang-jenayah-tembak-jejas-

    sektor-pelancongan/ [18 April 2014].

    Mueller, Gerhard O. W. 1998. Transnational Crime: Definitions and

    Concepts. Transnational Organized Crime 4(3&4): Hlm.14.

    Nasir L. 2014. Perlu langkah drastik tangani PATI di Sabah, The Borneo

    Post. 12 April. http://www.theborneopost.com/2014/03/25/ [14

    April 2014].

  • 35

    Nor Azizan Idris. 2005. Hubungan Malaysia-Indonesia Dan Isu

    Pendatang Asing Tanpa Izin. Dlm. Sity Daud & Zarina Othman

    (pynt). Politik Dan Keselamatan, hlm. 146-168. UKM: Bangi,

    Selangor.

    Othman, Z. Rethinking Human Security in Southeast (SE) Asia.

    Othman, Z. 2004. Human trafficking and security in Malaysia, 4th

    International Malaysian Studies Conference; 3-5 August,

    Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas,

    Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama bertarikh 14 April 2010.

    http://www.parlimen.gov.my [18 April 2014].

    Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, Penggal Pertama,

    Mesyuarat Pertama bertarikh 4 Julai 2013.

    http://www/parlimen.gov.my [18 April 2014].

    Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara, Parlimen Ke-12, Penggal

    Kelima, Mesyuarat Ketiga, Bertarikh 3 Disember 2012.

    http://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-negara [14April

    2014].

    Perutusan Ketua Polis Negara Kepada Warga PDRM Sempena

    Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 203 Pada 25 Mac 2010,

    www.rmp.gpv.my [18 April 2014].

    Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 16 Februari 2014. Bahagian

    Antarabangsa http://www.moha.gov.my/index.php/ms/ab-

    pengenalan. [1 April 2014].

    Roketkini.com. 2013. Tiga kes tembakan semalam bukti jenayah makin

    meningkat. 30 Julai. http://www.roketkini.com/2013/07/30/tiga-

    kes-tembakan-semalam-bukti-jenayah-makin-meningkat/ [19

    April 2014].

    Sen, Amartya K.1999. Development As Freedom. Oxford: Oxford

    University Press.

  • 36

    Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz. 2013. Jenayah meningkat: Khairy

    selar Pengerusi DAP Sarawak. 14 Ogos. Antara Pos.

    http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXp

    VvZn7Wkb5dgbQ==[19 April 2014].

    Smith, S. 2005. The Contested Concept of Security.Dlm. Ken Booth ed.

    Critical Security Studies and World Politics. Boulder: Lynne

    Rienner. Hlm. 34.

    S. Tadjabkhsh. 2007. Human Security in International Organizations:

    Blessing or Scourge? The Human Security Journal, Volume 4.

    Statistik berdasarkan Laporan Dadah, Disember 2013 yang dikeluarkan

    oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

    The Malaysian Times. 2013. Penjenayah pilih revolver- semi auto

    seludup ke Malaysia. 6 November.

    http://www.themalaysiantimes.com.my/penjenayah-pilih-

    revolver-semi-auto-seludup-ke-malaysia/ [6 April 2014].

    Trager, F & Simone. 1973. An Introduction To The Study Of National

    Security. Dlm. Trager, F &Kronenberg, P.S (pnyt). National

    Security and American Society: Theory, Process and Policy.

    United Nation Convention Against Transnational Organized Crime and

    The Protocols Thereto.

    http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/

    TOC%20Convention/TOCebook-e.pdf. [14 April 2014].

    United Nations Office On Drugs And Crime. 2004. United Nations

    Convention Against Transnational Organized Crime And The

    Protocols Thereto.

    http://www.unodc.org/documents/treaties/UNTOC/Publications/

    TOC%20Convention/TOCebook-e.pdf [1 April 2014].

    Utusan Harian. 2013. UPP Kelantan tubuh unit banteras senjata api. 14

    Julai. http://utusanharian.org/upp-kelantan-tubuh-unit-banteras-

    senjata-api/[6 April 2014].

  • 37

    Utusan Online. 2013. Bisik-bisik Awang Selamat. 4 Oktober.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131004/re_04/BI

    SIK-BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2y66LfNPs [19 April

    2014].

    Utusan Online. 2013. Dewan Negara lulus rang undang-undang

    pencegahan jenayah.11

    Oktober. http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/2013101

    1/pa_02/Dewan-Negara-lulus-Rang-Undang-Undang-

    Pencegahan-Jenayah-2013#ixzz2y64GQ3nM [19 April 2014].

    Utusan Online. 2013. Maritim Malaysia tingkat cegah seludup senjata

    api. 1 Ogos.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130801/wt_04/Mari

    tim-Malaysia-tingkat-cegah-seludup-senjata-api [6 April 2014].

    Utusan Online. 2013. Ops Cantas Khas. 10 Disember.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131211/dn_

    12/1.18-juta--diperiksa-Op-Cantas-Khas#ixzz2y5zcvHzK [6

    April 2014].

    Utusan Online. 2013. Op Cantas Khas 'buka mata' pelabur. 11 Oktober.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131011/re_02/Op

    -Cantas-Khas-'buka-mata'-pelabur [19 April 2014].

    Utusan Online. 2013. Polis Tubuh Pasukan Khas. 15 Mei.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130515/je_01/Poli

    s-tubuh-pasukan-khas [6 April 2014].

    Utusan Online. 2013. 15 kumpulan penyeludup dipercayai biayai

    pencerobohan. 17 April.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/