- blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat...

22
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim Edisi (Edition) no. 13 / February 2017 Kandungan Dari meja penyunting… (mukasurat 2) Wasatiyah Dalam Pemahaman dan Penggunaan Ijmak, oleh Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman (mukasurat 3) Wasatiyah Dalam Berbincang dan Berdebat, oleh Ustaz Izal Mustafa Kamar (mukasurat 9) Wasatiyah Dalam Iman Pada Akhirat dan Persiapan Menghadapinya, oleh Ustaz Mustazah Bahari dan Ustaz Muhammad Haniff Hassan (mukasurat 13) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas. www.wasatonline.wordpress.com

Upload: vokiet

Post on 31-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan

bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: • Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

• Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim

Edisi (Edition) no. 13 / February 2017 Kandungan • Dari meja penyunting… (mukasurat 2)

• Wasatiyah Dalam Pemahaman dan Penggunaan Ijmak, oleh

Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman (mukasurat 3)

• Wasatiyah Dalam Berbincang dan Berdebat, oleh Ustaz Izal Mustafa Kamar (mukasurat 9)

• Wasatiyah Dalam Iman Pada Akhirat dan Persiapan Menghadapinya, oleh Ustaz Mustazah Bahari dan Ustaz Muhammad Haniff Hassan (mukasurat 13)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

www.wasatonline.wordpress.com

Page 2: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

2

Dari meja penyunting….

Selamat bertemu kembali kepada sekalian para pembaca dalam Wasat, no. 13/Februari 2017. Seperti biasa, Wasat menyajikan beberapa artikel menarik untuk edisi ini. Tiga artikel dipilih dengan bertemakan wasatiyah dalam pelbagai bidang. Artikel pertama bertajuk Wasatiyah Dalam Pemahaman dan Penggunaan Ijmak, sumbangan Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman, calon doktor falsafah dalam Usul Al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau membahaskan sikap saksama dalam mendakwa sesuatu hukum itu tidak boleh diperselisihkan atau disanggahi kerana telah berlaku ijmak (kesepakatan ulama) terhadapnya. Bagi mencapai sikap saksama, beliau mencadangkan tiga perkara kepada sesiapa sahaja yang berhadapan dengan sesuatu hukum yang dikatakan sebagai ijmak ulama, iaitu: • Membezakan antara kesepakatan empat mazhab dan ijmak • Tidak tergesa-gesa untuk melontar tuduhan kafir atau fasik kepada

sesama Muslim • Berusaha untuk mengetahui pandangan para ulama sebelum

memutuskan sesuatu hukum sebagai ijmak. Sekaligus artikel ini juga menganjur pembaca di kalangan awam kefahaman asas tentang ijmak sebagai yang dianggap sebagai sumber hukum penting dalam Islam. Aritkel kedua bertajuk Wasatiyah Dalam Berbincang dan Berdebat, oleh Ustaz Izal Mustafa Kamar yang bertugas sebagai pegawai kanan di Pejabat Mufti Singapura. Beliau membincangkan soal perdebatan yang berulang-ulang mengenai isu-isu khilafiyah sehingga kadangkala menatijahkah mudarat, seperti perpecahan dan sikap berpuak-puak di kalangan masyarakat Muslim. Dalam artikel ini, beliau tidak menolak manfaat yang boleh diraih dari perdebatan. Namun, beliau juga mengingatkan bagaimana perdebatan itu boleh bertukar menjadi sesuatu yang negatif hingga dicela oleh agama. Untuk menjauhi perdebatan yang tercela, beliau mencadangkan pihak yang terbabit memeriksa sepuluh sifat-sifat keji pada diri sebagaimana yang dicadangkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Ihya’. Jika ada salah satu dari sifat-sifat ini, beliau mengingatkan mereka yang terbabit dalam apa jua perdebatan agar mengubah sifat itu dalam diri atau meninggalkan perdebatan berkenaan. Bacalah artikel ini, untuk mengetahui apakah sepuluh sifat itu. Akhir sekali ialah artikel yang bertajuk Wasatiyah Dalam Iman Pada Akhirat dan Persiapan Menghadapinya, oleh Ustaz Mustazah Bahari dan Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Kededua penulis ini membicarakan kepentingan iman pada Akhirat dan pengaruhnya dalam diri manusia. Namun mereka juga membangkitkan pengaruh iman ini bukan sahaja wujud dalam bentuk yang positif pada Muslim, tapi realiti juga menunjukkan kewujudannya dalam bentuk negatif, hingga menjejaskan cara hidup seorang Muslim, pencapaian masyarakat Muslim dan imej Islam itu sendiri. Kededua penulis menyatakan salah satu sebab dari kesan negatif dari iman ini ialah kefahaman yang tidak wasatiy dan menyeluruh tentang iman pada Akhirat. Kededua penulis kemudiannya memberi tips bagaimana mencapai wasatiyah dalam isu ini. Artikel ini bukan hanya ditujukan pada pembaca untuk memahami konsep iman pada Akhirat secara wasatiy tapi juga berguna pada asatizah apabila membicarakan isu ini di kalangan awam. Sekian, selamat membaca. Wassalam

Page 3: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

3

Wasatiyah Dalam Pemahaman dan Penggunaan Ijmak oleh Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman Pendahuluan Ijmak memiliki kedudukan yang istimewa di sisi ramai ulama silam dan kontemporari. Kedudukan yang istimewa ini dapat dilihat menerusi perbincangan para ulama mengenai syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang sebelum dibenarkan baginya untuk berijtihad.1 Salah satu syaratnya adalah mengetahui mawadhi` ijma` iaitu mengetahui perkara-perkara yang telah disepakati oleh para ulama mujtahid.2

Pengertian ijmak Dari sudut bahasa, ijmak membawa dua pengertian. Yang pertama adalah keazaman dan niat untuk melakukan sesuatu. Manakala yang kedua adalah kesepakatan.3 Adapun dari sudut istilah, takrif yang dipilih di dalam artikel ini adalah, “kesepakatan dalam hukum syarak oleh para mujtahid dari umat Nabi Muhammad s.a.w pada satu zaman selepas kewafatan beliau s.a.w.”4 Kedudukan Ijmak & pendekatan dalam penggunaan ijmak Kedudukan ijmak yang istimewa jelas kelihatan apabila kita menelaah kitab-kitab Usul Al-Fiqh, yang mana ianya disenaraikan di bawah kategori dalil-dalil yang disepakati ke atasnya. Kedudukannya yang istimewa juga jelas terzahir apabila kita membaca kitab-kitab fiqh, yang mana para ulama sering menyebutkan, “Dalil pensyariatan hukum ini adalah Al-Quran, Al-Sunnah dan ijmak.” Menurut Prof. Yusuf Al-Qaradhawi, ijmak membawa faedah yang besar. Antara faedahnya ialah:5 • Ijmak menyatukan pemahaman terhadap nas-nas syarak. • Ijmak memelihara nas-nas syarak daripada dipermain-mainkan. Secara umumnya, di sana terdapat tiga pendekatan utama dalam pemahaman dan penggunaan ijmak di kalangan ulama: 1. Pendekatan yang menolak ijmak. 2. Pendekatan yang terlalu mudah menghukum sesuatu perkara sebagai ijmak. 3. Pendekatan wasatiy dalam pemahaman dan penggunaan ijmak. 1Ijtihad adalah perbuatan mengeluarkan hukum-hakam syarak dari dalil-dalilnya yang terperinci. 2Mujtahid adalah orang yang melakukan ijtihad. 3Wahbah Al-Zuhayli (2005), Usul Al-Fiqh Al-Islami, Dimashq: Dar Al-Fikr, jld. 1, ms. 468. 4Ibid., jld. 1, ms. 469. 5Yusuf Al-Qaradhawi (2000), Taysir Al-Fiqh Li Al-Muslim Al-Mu`asir Fi Dhaw’ Al-Quran Wa Al-Sunnah, Bayrut: Muassasat Al-Risalah, ms. 83.

Page 4: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

4

Pertama: Pendekatan yang menolak ijmak Terdapat segolongan ulama yang meragui serta merendahkan kedudukan ijmak. Pandangan yang mereka utarakan jelas bercanggah dengan ijmak. Sebahagian mereka pula menyeru agar dikeluarkan topik ijmak dari ilmu Usul Al-Fiqh. Salah satu contoh pendekatan ini adalah pandangan yang membenarkan bagi seorang wanita Muslimah untuk bernikah dengan lelaki ahli kitab iaitu yang beragama Yahudi atau Nasrani.6 Ini merupakan satu pandangan yang bercanggah dengan ijmak para ulama. Dalil pengharaman ini adalah firman Allah taala: “Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (Al-Baqarah, 221) Berkaitan dengan ayat ini, Prof. `Abd Al-Karim Zaydan berkata: “Tiada perselisihan di kalangan para mufassir bahawa ayat yang mulia ini menunjukkan pada pengharaman pernikahan antara seorang wanita Muslimah dan seorang bukan Muslim, dan para fuqaha’ juga ijmak ke atasnya. Tiada perbezaan pendapat di antara mereka mengenai pengharaman pernikahan antara seorang Muslimah dan seorang bukan Muslim.”7 Beliau kemudian menambah, “Pengharaman pernikahan antara seorang wanita Muslimah dan seorang bukan Muslim adalah pengharaman yang bersifat thabit dan qat’iy, tidak kira agama bukan Muslim tersebut, sama ada terdiri dari kalangan ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani, penyembah berhala, Majusi atau yang tidak mempunyai agama tertentu.”8 Kedua: Pendekatan yang terlalu mudah menghukum sesuatu perkara sebagai ijmak Berbeza dengan pendekatan yang pertama, pendekatan kedua ini pula terlalu mudah menghukum sesuatu perkara sebagai ijmak. Dalam hal ini, ulama Syria yang terkenal, Prof. Wahbah Al-Zuhayli berkata: “Kerapkali kita terjumpa dalam buku-buku mazhab fiqh, seorang ahli fiqh berdalil dengan ijmak. Kadangkala kita dapati dalam perkara yang mazhab-mazhab berbeza pendapat, tetapi setiap mazhab mendakwa ijmak untuk menyokong pendapat imam mereka. Ini menjadikan ijmak berlaku dengan banyak. Sheikh Abu Ishaq Al-Isfaraini berkata, “Kita mengetahui bahawa isu-isu ijmak melebihi dua puluh ribu. Adakah dakwaan ini benar? Adakah ini ijmak yang diiktiraf sebagai sumber ketiga syariat islam? Inikah ijmak yang istimewa yang terpelihara dari kesalahan berbanding dengan ijmak dalam ilmu lain? Bagaimanakah mungkin untuk diserasikan perkataan para ahli fiqh ini dengan apa yang disebutkan oleh majoriti ulama Usul Al-Fiqh bahawa ijmak adalah hujah yang qat`iy, menjadi kafir sesiapa yang membantahnya? 6Para ulama berbeza pandangan mengenai istilah ahli kitab. Penulis lebih cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa ahli kitab terdiri dari kalangan mereka yang beragama Yahudi atau Nasrani. 7`Abd Al-Karim Zaydan (2000), Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wa Bayt Al-Muslim Fi Al-Shari`ah Al-Islamiyyah, Bayrut: Muassasat Al-Risalah, jld. 7, ms. 7. 8Ibid.

Page 5: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

5

Sebenarnya, tidak boleh dipegang ijmak-ijmak fiqh ini melainkan setelah dipastikan dan diselidiki. Barangkali yang dikatakan ijmak itu hanya sekadar pendapat kebanyakan, bukan semua mujtahid. Boleh jadi yang dimaksudkan hanya pendapat imam-imam yang empat sahaja, bukan selain mereka. Boleh jadi pendapat ulama mazhab tertentu, bukan selain mereka. Mungkin mereka tidak tahu ada yang berbeza pendapat dengan mereka. Kebiasaannya apa yang mereka maksudkan dengan ijmak adalah kesepakatan mazhab tertentu.”9

Di sana terdapat banyak isu-isu yang dihukumkan sebagai ijmak tetapi setelah diselidiki isu tersebut dengan lebih mendalam, ternyata dakwaan ijmak tersebut adalah kurang tepat. Sebagai contoh ialah isu-isu berikut: • talak tiga jatuh apabila melafazkan talak tiga sekaligus • pengharaman penggunaan alat muzik. Isu menjatuhkan talak tiga sekaligus Terdapat satu pandangan yang tersebar luas yang mengatakan bahawa para ulama telah sepakat bahawa menjatuhkan talak tiga sekaligus dianggap sebagai talak tiga dan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu ini dianggap telah menyalahi ijmak. Salah seorang ulamak yang berbeza pandangan dalam isu ini adalah Ibn Taimiyah. Menurut beliau, menjatuhkan talak tiga sekaligus dianggap sebagai satu. Pendiriannya ini ditentang oleh para ulama pada zamannya. Beliau dituduh telah menyalahi ijmak. Pendiriannya itu telah menyebabkannya dimasukkan ke dalam penjara beberapa kali sehingga beliau meninggal dunia di dalam penjara.10 Persoalannya, adakah benar dakwaan ijmak ini?

Apabila diselidiki isu ini dengan lebih mendalam, para ulamak kita mendapati bahawa dakwaan ijmak dalam isu ini adalah satu dakwaan yang kurang tepat. Dalam isu ini, para ulamak terbagi kepada dua pandangan. Kumpulan yang pertama berpendapat bahawa talak tiga yang dijatuhkan sekaligus dianggap sebagai tiga. Ini merupakan pandangan majoriti para sahabat dan juga imam empat mazhab.11 Golongan yang kedua berpendapat bahawa talak tiga yang dijatuhkan sekaligus dianggap sebagai satu. Ini merupakan pandangan sebahagian para sahabat dan para tabi`in. Di kalangan para sahabat yang berpegang dengan pandangan ini adalah Abu Musa Al-Ash`ari, Ibn `Abbas, Ibn Mas`ud, `Abd Al-Rahman bin `Awf dan Al-Zubayr bin Al-`Awwam. Antara para tabi`in pula adalah Tawus dan `Atha’. Ini juga merupakan pandangan sebahagian dari kalangan ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.12 Isu penggunaan alat muzik Telah tersebar luas pandangan yang mengatakan bahawa terdapat ijmak dalam pengharaman alat muzik selain duff (alat perkusi berbentuk seperti kompang dan rebana). Justeru pandangan sesiapa sahaja di kalangan ulama silam dan kontemporari yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu ini dianggap bercanggah dengan ijmak dan tertolak. Persoalannya, adakah benar dakwaan bahawa para ulama telah ijmak dalam isu ini? 9Al-Zuhayli (2005), jld. 1, ms. 467-8. 10Yusuf Al-Qaradhawi (2010), Al-Fatawa Al-Shazzah, Al-Qahirah: Dar Al-Shuruq, ms. 99. 11`Abd Allah ibn `Abd Al-Rahman Al-Bassam (2003), Tawdhih Al-Ahkam Min Bulugh Al-Maram, Makkah: Maktabat Al-Asadi, jld. 5, ms. 494. 12Ibid.

Page 6: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

6

Sebelum membincangkan isu ini dengan lebih lanjut, adalah penting untuk menjelaskan titik kesepakatan dan titik perbezaan di dalam isu ini. Pertama, mana-mana muzik yang mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah terlarang. Contoh-contoh yang termasuk dalam kategori pertama ini adalah lirik-lirik yang mengajak kepada kemaksiatan dan gaya persembahan yang membangkitkan syahwat. Justeru, tidak sepatutnya bagi seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul memutarkan muzik-muzik jenis sedemikian pada majlis walimah atau menghadirkan diri ke konsert-konsert yang terdapat di dalamnya persembahan-persembahan yang membangkitkan syahwat. Yang lebih membimbangkan lagi adalah apabila seseorang melakukan perkara di atas lalu mengatakan bahawa ini adalah isu yang diperselisihkan para ulama. Perlu ditegaskan di sini bahawa para ulama tidak berbeza pandangan mengenai pengharaman mana-mana muzik yang termasuk dalam kategori yang pertama ini. Kedua, yang diperselisihkan para ulama silam dan kontemporari adalah mengenai muzik-muzik yang tidak mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Mengenai kategori muzik jenis kedua ini, para ulama mempunyai pendirian yang berbeza. Segolongan ulama tidak membenarkan penggunaan mana-mana alat muzik kecuali duff. Ini merupakan pandangan para ulama yang terkenal seperti Imam Ibn Hajar Al-Haitami, Sheikh Abu Bakr Al-Jaza’iri, Sheikh `A’idh Al-Qarni, Sheikh Muhammad Al-Zuhayli, Sheikh Muhammad Salih bin Al-Uthaimin dan lain-lain.13 Sekumpulan ulama lain membenarkan penggunaan apa jua alat muzik selagi mana ia tidak diiringi dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Ini juga merupakan pandangan para ulama yang tersohor seperti Imam Abu Hamid Al-Ghazali, Sheikh Sayyid Sabiq, Sheikh Muhammad Shaltut, Sheikh Ramadan Al-Buti, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan lain-lain.14 Bukan tujuan artikel ini membentangkan dalil-dalil dan hujah-hujah kedua-kedua belah pihak kerana ia memerlukan satu perbincangan yang amat panjang. Yang ingin ditekankan di sini adalah kaitan isu muzik ini dengan ijmak, iaitu adakah benar dakwaan bahawa pengharaman hukum muzik yang tidak diiringi dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam termasuk dalam ijmak juga, yang mana tidak dibenarkan bagi sesiapa sahaja di kalangan ulama untuk berbeza pandangan dalam isu ini? Di antara para ulama yang membuat kajian mengenai isu ini adalah Imam Al-Shawkani, pengarang kitab Nayl Al-Awtar. Salah satu karya ilmiah Imam Al-Shawkani adalah sebuah risalah yang berjudul Ibtal Da`wa Al-Ijma` `Ala Tahrim Mutlaq Al-Sama`. Sungguhpun Imam Al-Shawkani lebih cenderung kepada pengharaman muzik, pendekatan yang diambil beliau adalah sedikit berbeza dengan golongan para ulama yang mengharamkannya. Beliau tidak mengharamkannya kerana wujudnya dalil yang jelas yang mengharamkannya tetapi beliau berpendapat bahawa isu muzik ini termasuk dalam perkara mushtabihat iaitu perkara yang tidak jelas halal atau haramnya. Pada pandangan beliau, seorang Muslim sewajarnya meninggalkan perkara-perkara mushtabihat berdasarkan sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang meninggalkan perkara-perkara mushtabihat, maka dia telah menyelamatkan maruah dan agamanya.”15 Di dalam risalahnya itu, Imam Al-Shawkani turut menyanggah dakwaan ijmak dalam isu ini dan menyenaraikan nama-nama para ulama dari kalangan salaf dan khalaf yang membenarkan mendengar kepada nyanyian sama ada diiringi dengan alat muzik mahupun tidak. 13Muhammad `Abd Al-Rahman (2006), Al-Ghina’ Wa Al-Ma`azif fi Al-I`lam Al-Mu`asir Wa Hukmuhuma Fi Al-Islam, Bayrut: Dar Al-Ma`rifah, ms. 81. 14Ibid. 15Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Fadl Man Istabra’a Li Dinih, hadith no. 52.

Page 7: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

7

Imam Al-Shawkani berkata, “Jelas bagi golongan yang adil, yang mengetahui cara istidlal, yang mengetahui sifat perdebatan bahawa mendengar kepada nyanyian sama ada dengan diiringi alat muzik ataupun tanpanya, termasuk dalam perkara yang diperselisihkan antara para ahli ilmu.”16

Di dalam risalahnya itu, Imam Al-Shawkani menegaskan dua perkara yang penting berkaitan hukum mendengar kepada nyanyian sama ada diiringi dengan alat muzik ataupun tidak:

1. Hukum ini bukanlah sesuatu yang termasuk dalam kategori ijmak. 2. Tidak sepatutnya bersikap keras dalam mengingkari orang yang

melakukannya.17 Ketiga: Pendekatan wasatiy dalam pemahaman dan penggunaan ijmak Wasatiyah berasal dari perkataan wasat. Di antara pengertian wasat adalah yang terbaik dan yang paling adil. Pada pandangan penulis, di sana ada beberapa cara untuk menegakkan pendekatan yang terbaik dan yang paling adil dalam pemahaman dan penggunaan ijmak. 1. Membezakan antara kesepakatan empat mazhab dan ijmak Langkah yang pertama dalam menegakkan pendekatan wasatiy dalam isu ijmak adalah dengan mengetahui bahawa kesepakatan imam empat mazhab atau majoriti mujtahid tidak sama kedudukannya dengan ijmak menurut ramai di kalangan ulama. Justeru, melontarkan tuduhan sesat kepada mana-mana ulama yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan imam empat mazhab atau majoriti mujtahid adalah satu tindakan yang harus dielakkan. Imam Al-Ghazali adalah di kalangan para ulama yang berpendapat bahawa kesepakatan majoriti tidak dianggap sebagai hujah. Beliau berkata, “Yang

muktamad di sisi kami adalah kemaksuman (terpelihara dari kesalahan) ditetapkan bagi umat secara keseluruhannya. Ini (iaitu kesepakatan majoriti) bukan kesepakatan semua…”18 2. Tidak tergesa-gesa untuk melontar tuduhan kafir atau fasik kepada sesama Muslim Langkah yang kedua dalam menegakkan pendekatan wasatiy dalam isu ijmak adalah tidak tergesa-gesa melontarkan tuduhan kafir atau fasik kepada sesama Muslim. Berkaitan dengan hal ini, Prof. `Umar Sulayman Al-Ashqar berkata: “Sebahagian penuntut ilmu mendakwa bahawa seseorang itu telah kufur kerana dia menyalahi hukum sesuatu isu yang termasuk dalam kategori al-ma`lum min al-din bi al-darurah (perkara-perkara berkaitan agama yang diketahui oleh golongan awam dari kalangan Muslim tanpa memerlukan kepada analisa) sedangkan realitinya isu ini tidak disepakati ke atasnya dan perbezaan pandangan dalam isu tersebut diketahui.”19 Prof. `Iyad bin Nami, seorang profesor Usul Al-Fiqh dari Riyadh pula berkata:

16Muhammad bin `Ali Al-Shawkani (t. t.), Al-Fath Al-Rabbani Min Fatawa Al-Imam Al-Shawkani, San`a’: Maktabat Al-Jil Al-Jadid, jld. 10, ms. 5249. 17Ibid. 18Abu Hamid Al-Ghazali (2009), Al-Mustasfa Min `Ilm Al-Usul, Bayrut: Al-Maktabah Al-`Asriyah, jld. 1, ms. 261. 19`Umar Sulayman Al-Ashqar (2015), Nazarat Fi Usul Al-Fiqh, Urdun: Dar Al-Nafa’is, ms. 51. 

Page 8: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

8

“Terdapat banyak perkataan para ulama yang melontarkan tuduhan kafir dan fasik terhadap golongan yang menyalahi ijmak tetapi itu adalah bagi ijmak yang jelas yang dinukil melalui jalan yang banyak dan pasti. Kami telah katakan sebelum ini bahawa jenis ijmak yang sedemikian tidak wujud melainkan dalam isu-isu yang terdapat dalam nas-nas yang qat`iy, dan pada saat itu, berlakunya tuduhan kafir atau fasik terhadap golongan yang menyalahi adalah disebabkan menyalahi nas-nas dan bukan sekadar menyalahi ijmak sahaja. Adapun selain dari ijmak tersebut, ia tidak melebihi dalil yang bersifat zhanniy, yang mana tidak boleh menuduh golongan yang menyalahinya sebagai kafir atau fasik, khususnya sekiranya dia memiliki dalil umum dari Al-Quran dan Al-Sunnah.”20 3. Perlu ada usaha untuk mengetahui pandangan para ulama sebelum memutuskan sesuatu hukum sebagai ijmak Langkah yang terakhir dalam menegakkan pendekatan wasatiy dalam isu ijmak adalah tidak tergesa-gesa memutuskan sesuatu hukum sebagai ijmak sebelum berusaha untuk mengetahui pandangan para ulama mengenai perkara tersebut. Dalam hal ini, salah seorang ulama syariah yang terkenal, Prof. `Abd Al-Karim Zaydan berkata, “…upaya memanfaatkan ijmak tidak mungkin boleh terwujud begitu sahaja kecuali jika dikumpulkan para fuqaha’, lalu dibentangkan beragam permasalahan kepada mereka hingga boleh mengenali pendapat-pendapat mereka. Dan menurut kami, semua itu tidak mungkin boleh terlaksana dengan baik di masa sekarang kecuali dengan dibentuknya lembaga fiqh yang menyatukan seluruh ulama fiqh di dunia Islam. Dan lembaga tersebut, tentunya memiliki tempat tertentu sebagai pusatnya, serta disediakan dengan apa yang diperlukannya seperti kewangan, buku-buku dan yang lainnya. Lalu para ulama berkumpul pada waktu-waktu tertentu, mengikut peraturan tertentu, dan dibentangkan isu-isu dan peristiwa yang baru untuk dikaji dan dianalisa bagi mengeluarkan hukum sesuai dengan nas-nas syariah, kaedah-kaedah, serta prinsip-prinsipnya. Kemudian hukum-hukum ini disebarkan melalui jurnal-jurnal atau kitab-kitab khusus agar dapat ditelaah oleh manusia. Dan hendaklah para pemikir dan ahli ilmu memberikan pandangan mereka mengenai hukum-hukum tersebut kerana ada kemungkinan sebahagian ahli fiqh tidak dapat dimasukkan ke kesatuan fiqh itu kerana sebab tertentu. Diminta dari para pemikir dan ahli ilmu ini untuk memberikan pandangan mereka kepada kesatuan fiqh secara langsung atau kepada badan yang diiktiraf di setiap negara. Boleh juga memanfaatkan peranan radio untuk meuar-uarkan pandangan-pandangan kesatuan fiqh kemudian perlu diperhatikan maklum balas yang diterima berkaitan pandangan-pandangan tersebut Jika seluruh pandangan ulama telah sepakat terhadap satu hukum, barulah ia menjadi hukum yang disepakati. Inilah bentuk ijmak yang lebih dekat dengan ijmak yang ditetapkan oleh para ulama Usul Al-Fiqh, di mana wajib untuk mengamalkan hukumnya.”21 Kesimpulan 20`Iyad bin Nami (2008), Usul Al-Fiqh Allazi La Yasa` Al-Faqih Jahluh, Al-Riyadh: Dar Al-Tadmuriyah, ms. 140-1. 21`Abd Al-Karim Zaydan (2011), Nazarat Fi Al-Shari`ah Al-Islamiyah Wa Al-Qawanin Al-Wadh`iyah, Bayrut: Muassasat Al-Risalah, ms. 254.

Page 9: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

9

Ijmak memainkan peranan yang penting dalam memelihara nas-nas syarak daripada dipermain-mainkan. Umat Islam pada hari ini memerlukan kepada pendekatan wasatiy dalam pemahaman dan penggunaan ijmak, bukan pendekatan yang menolak ijmak secara total dan bukan juga pendekatan yang terlalu mudah menghukumkan sesuatu perkara sebagai ijmak.

Wasatiyah Dalam Berbincang dan Berdebat

oleh Ustaz Izal Mustafa Kamar

Pendahuluan

Seringkali kita menyaksikan isu-isu hangat diketengahkan sebahagian individu serta diperdebatkan melalui pelbagai wadah antaranya melalui media sosial.

Ada yang memiliki niat yang ikhlas ingin mencari huraian bagi sesuatu isu agama yang dianggapnya penting. Namun, terdapat juga sebahagian individu yang hanya berminat untuk mengapi-api sentimen masyarakat dengan menggembar–gembur isu-isu agama yang diperselisihkan para ulama.

Sesuatu isu “dikitar semula” saban tahun mengikuti musimnya. Sebagai contoh, isu-isu berkaitan menyambut maulid Nabi s.a.w. apabila tiba musimnya dan menyedekahkan al-fatihah kepada Nabi s.a.w, mula diungkit-ungkit kembali. Isu-isu berkaitan menyambut malam Nisfu Shaaban, perbezaan pendapat ulama berkaitan solat terawih, samada 8 atau 20 rakaat hangat diperkatakan dan dibahaskan di media sosial pada Ramadan yang lalu dan sebagainya.

Persoalannya adalah, apakah respon yang terbaik bagi seorang Muslim ketika berhadapan dengan persoalan-persoalan tersebut? Adakah yang terbaik bagi dirinya untuk menjawab dan memberi pendapatnya? Sehingga kadangkala boleh menyumbang, secara sedar atau pun tidak, kepada kecelaruan dan perbalahan yang berpanjangan, atau seharusnya beliau mendiamkan diri?

Adab dalam berbahas

Imam Al-Ghazali menukil dalam kitabnya Ihya’ `Ulum Al-Din sebuah hadis Nabi s.a.w. yang seakan-akan mencela dan melarang perbahasan dan perdebatan, “Barangsiapa meninggalkan perdebatan sedangkan dia berada di pihak yang salah, maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga. Dan barangsiapa meninggalkan perdebatan sedang dia berada di pihak yang benar, maka dibangun Allah baginya sebuah rumah dalam syurga yang paling tinggi.” (Riwayat Abu Dawud dan Al-Tirmizi).

Makna zahir hadis ini seakan-akan tidak menggalakkan seseorang untuk berbahas dan berdebat. Sejajar dengan saranan Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis lain yang mana ada kalanya berdiam itu lebih baik daripada berbicara, “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, maka hendaklah dia berkata baik ataupun dia senyap.” (Riwayat Al-Bukhari).

Page 10: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

10

Pada waktu yang sama terdapat pula beberapa dalil yang lain yang mendorong Muslim untuk berbahas dan berdialog, serta tidak mendiamkan diri tatkala berhadapan dengan kebatilan, seperti firman Allah taala, “Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik.” (Al-`Ankabut, 46)

Maka apakah garis panduan yang sepatutnya bagi isu ini?

Berbahas ilmiah tidaklah dilarang agama. Namun, Islam menegaskan kepentingan untuk setiap pihak mengenal pasti tujuan utama tatkala berbahas. Tujuannya bukanlah untuk menentukan siapa yang menang ataupun kalah, tetapi tujuannya adalah mencari kebenaran, serta membimbing insan ke jalan Tuhan. Inilah kemuncak adab berbahas yang menjadi pegangan para ulama.

Imam Al-Shafi`ii diriwayatkan berkata, “Tidak pernah aku berbahas ilmu dengan seseorang, melainkan aku tidak menghiraukan, sama ada kebenaran itu timbul pada lisan aku ataupun pada lisannya.”

Apabila objektif utama ini tidak dihiraukan, perbahasan ilmiah tidak akan membawa hasil yang bermanfaat bagi mana-mana pihak.

Ia lebih berbentuk perdebatan yang mana yang dicari setiap pihak bukanlah kebenaran, tetapi kemenangan atas lawan, bermegah-megah akan kebolehannya, ujub dan takbur dan sebagainya. Ia juga boleh membawa kepada perletingkahan dan permusuhan, serta sindir-menyindir antara antara pihak-pihak yang terlibat.

Maka perbincangan yang disangkanya ilmiah pada awalnya, lebih menyerupai suatu pertandingan bola ataupun perlawanan tinju, dengan sorakan (dan kadangkala teriakan) daripada kedua-dua pihak yang menjadi penyokong.

Tatkala hilang adab dan etika dalam berbahas

Imam Al-Ghazali menegaskan di dalam kitabnya Al-Ihya’ akan bahaya perdebatan yang tidak berpaksi pada adab dan akhlak mulia, serta tidak menjadikan keredaan Allah taala dan mencari kebenaran sebagai tujuan utama ketika berbahas. Ia bukan sahaja memudaratkan ukhuwah antara sesama Muslim, bahkan menurut Imam Al-Ghazali, ia merupakan punca seseorang mendapat kemurkaan Allah taala.

Menurutnya seharusnya bagi setiap pihak yang ingin berbahas dan berdialog perlu memerhatikan sepuluh sifat yang dikeji yang kemungkinan besar akan lahir dalam diri mereka. Jadikan ciri-ciri tersebut sebagai kayu ukur buat diri kita. Sekiranya kita mendapati ianya di dalam diri tatkala sedang seronok berbahas ilmiah, ketahuilah ia merupakan satu petanda untuk seseorang menjauhi perdebatan, sehingga hati dapat diikhlaskan kepada Allah taala.

Pendekatan yang disarankan Imam Al-Ghazali serupa seperti pendekatan sahabat Nabi s.a.w., Huzaifah bin Al-Yaman r.a., yang sering bertanya kepada Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari tentang perkara-perkara yang buruk, supaya beliau dapat menjauhinya. Dengan mengenalpasti keburukan dan kerosakan yang mungkin akan timbul dalam diri seseorang, diharapkan dia mampu memelihara dirinya daripada sifat-sifat keji itu.

Sepuluh sifat mazmumah seperti yang dijelaskan Al-Ghazali seperti berikut:

1. Dengi (Hasad) 2. Takbur dan meninggi diri 3. Dendam 4. Mengumpat 5. Memandang tinggi terhadap diri sendiri 6. Mengintip keadaan orang lain 7. Gembira dengan kesusahan orang lain 8. Nifaq (berpura-pura)

Page 11: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

11

9. Menolak kebenaran 10. Riyak Menurut Imam Al-Ghazali, seseorang yang ingin berdebat dan berbahas, seharusnya memerhatikan sifat-sifat yang disebutkan, samada ia ada pada dirinya. Sekiranya beliau mendapatinya dalam diri, itu merupakan satu petanda bahawa sebaiknya beliau meninggalkan perdebatan tersebut. Perbahasan itu pula tidak akan mencapai matlamat yang diingini, iaitu mencari kebenaran.

Akhlak mulia punca kejayaan Muslim

Tidak dapat dinafikan, bahawa kesemua ciri-ciri yang dijelaskan Imam Al-Ghazali merupakan sifat-sifat keji dilarang agama.

Mungkin ada yang berpendapat, apa yang dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali merupakan perkara yang kurang kepentingannya, memandangkan ia berkaitan dengan aspek kesucian hati yang tidak terzahir kesannya secara

langsung dengan mata kasar.

Kerana menurutnya yang paling penting adalah kesan zahir dan natijah yang terhasil di sebalik suatu perbahasan ataupun perdebatan, serta berapa ramai individu yang berjaya dipengaruhinya dengan kekuatan hujah pembahas; samada ketika berbahas dalam satu majlis, ataupun tatkala saling berbalas hujah di media sosial.

Dari itu ada yang kurang memerhatikan kesan dan keburukan yang bakal timbul pada dirinya, kerana bertanggapan, asalkan niatnya baik untuk memberi kesan dan membawa perubahan kepada individu lain dengan melaksanakan ‘amr ma`ruf nahi mungkar, kesan-kesan penyakit hati tersebut tidak perlu dirisaukan.

Ia merupakan suatu pendekatan yang salah menurut Imam Al-Ghazali. Bahkan Imam Al-Ghazali, di tempat lain dari kitab Al-Ihya’, menegaskan kepentingan memerhatikan “cara” dan “aplikasi” yang betul dalam pergerakan dan muamalahnya. Sekiranya cara seseorang itu salah, walaupun beliau berjaya mencapai objektif dan natijah yang benar tanpa disengajakan, ia tetap merupakan satu kesalahan.

Dalam erti kata lain, Islam bukan sahaja memerhatikan aspek zahir sahaja, tetapi ia juga menitikberatkan aspek dalaman (maknawiyah) iaitu, kesucian hati seseorang.

Akhlak merupakan maqasid ma`nawiyah (tujuan-tujuan kerohanian)

Islam amat menitikberatkan maqasid pemeliharaan kerohanian dan kesucian hati seseorang. Ia mungkin kurang diperhatikan sebahagian individu, walaupun ia sebahagian yang penting dari agama ini.

Perhatikan sahaja soalan-soalan yang sering berlegar di minda individu yang ingin menunaikan ibadah seperti solat, sebagai contoh. Yang sering diperhatikannya adalah persoalan tentang sah ataupun tidak solatnya, tentang rukun solat, berkaitan wuduk, kesucian badan dan pakaian; dan persoalan-persoalan lain yang mencerminkan kerisauan individu untuk memastikan bahawa beliau mencapai objektif zahiriyah utama di sebalik ibadah solat yang ditunainya, iaitu kesahihan ibadah solat tersebut.

Bagaimana pula tentang kesan dalaman (ma`nawiyah) di sebalik solat? Adakah solatnya mampu meninggalkan kesan yang diinginkan syarak? Kesan terhadap dirinya, terhadap pergerakannya, akhlaknya dan sebagainya.

Pemerhatian beberapa teks-teks agama, membuktikan bahawa syarak amat mementingkan aspek kerohanian, ataupun seperti yang diistilahkan Sheikh Al-Raysuni sebagai maqasid ma`nawiyah dalam pensyariatan hukum-hakam.

Page 12: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

12

Sebagai contoh, Allah taala berfirman ketika mensyariatkan ibadah berpuasa, “…agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah, 183). Berkaitan dengan ibadah solat pula, Allah taala berfirman, “Dan dirikan solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Al-`Ankabut, 45). Bahkan amal ibadah yang mana majoriti ibadah tersebut terdiri daripada pergerakan fizikal, seperti haji dengan melaksanakan tawaf, sa’i, wuquf, Allah taala menegaskan kepentingan aspek ma`nawiyah dalam firmanNya, “…agar mereka menyaksikan kemanfataan buat diri mereka.” (Al-Haj, 28).

Menurut ulama tafsir, seperti Imam Ibn Kathir, kemanfataan yang dimaksudkan Allah taala disebalik ibadah haji itu adalah kemanfaatan Akhirat, dengan memperoleh keredaaan Allah; dan juga tidak dapat dinafikan kemanfataan duniawi yang terhasil daripada ibadah haji, melalui keuntungan perniagaan dan pengagihan daging sembelihan di musim itu.

Begitulah ketetapan syarak dalam kebanyakan amal ibadah zahiriyah. Dalamnya terdapat objektif ma`nawiyah - aspek kerohanian dan kesucian hati - yang ingin dicapai syarak. Ia perlu diberikan penumpuan yang sepatutnya kerana ia mampu memberi kesan sama ada baik ataupun buruk pada kesudahannya.

Memberi kesan melalui kesucian hati

Saranan Imam Al-Ghazali, pada hemat saya, menjadi lebih penting sekiranya dilihat pada perspektif mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar. Kerana sering kali, kesucian hati (atau pun boleh diistilahkan sebagai kekuatan kerohanian seseorang) mampu memberi kesan yang berkekalan kepada para pendengar.

Ibn `Ata’illah Al-Sakandari pernah berkata dalam kumpulan kata-kata hikmahnya, “sejauh mana cahaya itu sampai, [sejauh itu] perkataan akan difahami.”

Bagaimana hati yang dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah tersebut mampu memberi kesan yang positif dan yang berkekalan kepada pendengar? Bahkan ditakuti sekiranya mereka yang mendengar pembahasan tersebut ataupun membaca penulisannya, bakal mewarisi akhlak mazmumah daripada “guru”nya.

Hujah-hujah dalam perdebatan dihafalnya, bukan bertujuan untuk mencari kebenaran, tetapi bertujuan supaya dirinya dapat menjadi jaguh debat, mencontohi gaya “ustaz”nya.

Yang duduk menyorak gembira dan bertepuk tangan diakhirnya adalah syaitan tatkala menyaksikan dua Muslim saling bertikam lidah berkaitan suatu masalah khilafiyah yang berumur ratusan tahun lamanya.

Kesesuaian media sosial untuk berbahas ilmiah

Seperkara lagi yang perlu diperhatikan semula ialah samada wadah media sosial itu sesuai untuk dijadikan perantara untuk berbahas ilmu.

Tidak dapat dinafikan bahawa media sosial memainkan peranan yang penting serta kritikal bagi menyebar maklumat dan juga pandangan agama zaman ini. Ia mengandungi manfaat dan kebaikan, tapi di waktu yang sama, ia juga ada keburukan sekiranya ia disalahguna. Wadah tersebut mungkin sesuai untuk berkongsi maklumat agama yang ringkas serta mudah difahami segenap lapisan masyarakat, tapi bukan bermakna sesuai menjadi wadah bagi seseorang untuk menuntut ilmu agama, apatah lagi sebagai wadah untuk berbahas ilmu.

Seringkali perdebatan “ilmiah” oleh dua tokoh ilmu, lebih-lebih lagi sekiranya isu yang dibahaskan adalah isu yang berbentuk masalah khilafiyah dan polemik, menjadi sumbang apabila dilihat oleh masyarakat awam kerana

Page 13: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

13

menyelesaikan perbezaan pendapat bukannya dengan membawa masyarakat awam yang tiada ilmu pengetahuan dan dasar yang kukuh dalam perbincangan.

Huraian yang sepatutnya dicapai melalui dialog dan perbincangan dua pihak yang berdasarkan ilmu pengetahuan, dengan niat mencari kebenaran dan mencapai keredaan illahi semata-mata, bukan andaian dan tekaan yang sering kali berlaku disebabkan keterbatasan dalam komunikasi melalui media sosial.

Wasatiyah Dalam Iman Pada Akhirat dan Persiapan Menghadapinya oleh Ustaz Mustazah Bahari dan Ustaz Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Setiap manusia yang berakal tahu dan percaya bahawa kematian itu pasti. Yang membezakan antara mereka ialah kepercayaan tentang kehidupan setelah kematian. Berbeza dengan golongan yang beragama, golongan ateis, pada umumnya, tidak mempercayai kewujudan Akhirat. Bagi mereka, mati adalah noktah terakhir bagi setiap kehidupan di dunia.22 Akhirat, bagi mereka, hanyalah momokan ke atas manusia untuk tujuan menakut-nakutkan semata-mata kerana kewujudan dan hakikatnya adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan empirikal.

22The Atlantic (2010), What Do Atheists Think Of Death?, 16 May, di http://www.theatlantic.com/daily-dish/archive/2010/05/what-do-atheists-think-of-death/187003/ (12 Disember 2016).

Page 14: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

14

Bagi Muslim yang beriman pula, perkara Akhirat telah lama disampaikan oleh para utusan Allah sepanjang sejarah. Ia bukan perkara baru yang ditimbulkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi telah sesuatu yang disampaikan berkurun lama sebelum beliau. Di antara golongan yang beriman tersebut, terdapat pula golongan-golongan yang berbeza pandangan mengenai cara menghadapi Akhirat. Ada yang terlalu asyik dan takut dengan alam Akhirat, ada yang menghadapinya secara sambil lewa dan ada pula yang berimbang antara kedua keadaan tadi. Dalam apa jua isu, Islam menegaskan kepentingan wasatiyah (sederhana dan seimbang). Justeru penting untuk seorang Muslim tahu dan faham tentang sikap sedemikian untuk menghadapi Akhirat kerana kesilapan dalam hal ini mempunyai kesan yang besar terhadap individu Muslim yang hidup di dunia ini. Ia juga boleh menjejaskan nama baik Islam itu sendiri. Artikel ini membicarakan sikap wasatiyah yang dikontraskan dengan beberapa bentuk pelampauan dalam kehidupan Muslim berkaitan iman pada Akhirat. Kedudukan iman pada Akhirat dan pengaruhnya Iman pada Akhirat adalah tunggak ajaran Islam. Hal ini dapat difahami melalui hakikat-hakikat berikut: • Ia dijadikan salah satu dari rukun iman dalam Islam. • Ia adalah sesuatu yang sentiasa disebut dan diulang-ulang dalam Al-Quran dari mula hingga

akhir. • Ia adalah intipati ajaran semua anbiya’ yang diutus oleh Allah taala kepada manusia. • Ia adalah sesuatu yang disepakati oleh semua ulama Islam, tanpa kira aliran mazhab

mereka. • Ia adalah sesuatu yang dihukumkan sebagai sebahagian dari qat`iyyat/muhkamat

(kebenaran mutlak) dalam Islam. Bahkan, iman pada Akhirat merupakan kepercayaan majoriti manusia yang beragama sejak berkurun lamanya. Sebahagian dari dalil-dalil syarak yang secara jelas menyebut tentang Akhirat, kewajipan beriman padanya dan kecelaan serta azab bagi yang menginkarinya ialah ayat-ayat Al-Quran, 2:62, 2:177, 11:25-6, 12:37, 23:15-6, 50:1-3, 70:26, 75:3-4 dan 101:1-11. Antara hadis yang menjadi dalil tentang iman pada Akhirat ialah hadis terkenal mengenai kedatangan Jibril menemui Nabi s.a.w di hadapan para sahabatnya menanyakan tentang erti iman, Islam dan ihsan. Apabila ditanya tentang iman, Nabi s.a.w menjawab, “Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah s.a.w ada memberitahu bila Kiamat akan berlaku sebagai permulaan bagi kehidupan di Akhirat, “Hari Kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Riwayat Muslim) Rasululllah s.a.w juga ada memberitahu mengenai dekatnya masa ketibaan Kiamat dan Akhirat, “Aku diutus dan kiamat seperti dua (jari) ini. Anas berkata: Beliau melekatkan jari telunjuk dan jari tengah.” (Riwayat Muslim) Oleh itu, menafikan kebenaran wujudnya alam Akhirat bagi Muslim adalah satu salah faham yang besar kerana bukti-bukti mengenainya terlalu banyak hingga tidak terkira dan jelas. Walaupun secara empirikalnya Akhirat tidak dapat dibuktikan kerana ia termasuk dalam perkara ghaib dan pengetahuan khusus Allah taala sahaja, namun kajian empirikal dapat membuktikan bahawa Al-Quran yang banyak

Page 15: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

15

menceritakan tentang Akhirat adalah wahyu Tuhan, bukan tulisan manusia.23 Oleh itu, kebenaran Al-Quran sebagai wahyu boleh dijadikan sebagai bukti proksi akan kebenaran Akhirat. Dengan ini, iman pada Akhirat bukan hanya setakat satu keyakinan yang diimani semata-mata tetapi ia adalah satu yang keyakinan yang rasional. Kepentingan iman pada Akhirat dalam Islam bukan hanya kerana kedudukan dan nilainya yang lebih tinggi dan kekal berbanding kehidupan di dunia, tapi juga kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bagaimana seseorang

itu menjalani kehidupan dan mengamalkan agama di dunia ini. Bahkan kekuatan pengaruh Akhirat dalam mencorak dan mengawal tingkah laku manusia adalah salah satu sebab iman padanya dijadikan tunggak ajaran dan akidah Islam. Seringkali harapan dan keyakinan pada ganjaran besar di Akhirat mendorong untuk mengamalkan ajaran agama, walau pun jika amalan itu berat dan bahkan tidak wajib pula seperti melakukan solat Terawih 20 rakaat setiap malam di bulan Ramadan. Juga keyakinan dan takut pada hukuman di neraka menjadi pendinding dari melakukan maksiat, walau pun perbuatan berkenaan berpotensi memberi kenikmatan yang besar di dunia seperti menerima rasuah jutaan dolar. Selain itu, kesedaran tentang adanya perhitungan segala amal dan tingkah laku semasa di dunia di hadapan Allah taala kelak menjadi pertahanan dalaman yang ampuh dari mengikuti bisikan-bisikan syaitan, walau pun ketika bersendirian atau melibatkan sesuatu yang tidak kelihatan oleh mata manusia seperti riyak. Ramai yang sanggup bersedekah jutaan dolar, bahkan mengorbankan nyawanya di jalan Allah, kerana iman pada Akhirat. Namun tidak semua pengaruh Akhirat dalam diri manusia wujud dalam bentuk yang positif dan benar di sisi agama. Ada kalangan manusia yang mengamalkan agama secara melampau atau tidak seimbang disebabkan pemahaman yang salah mengenai. Dengan ini, Akhirat mempengaruhi kehidupannya di dunia secara negatif, bukan positif sebagaimana yang sepatutnya. Terdapat banyak elemen dalam iman pada Akhirat yang mempengaruhi manusia. Disebabkan keterbatasan ruang, artikel ini hanya akan membicara manifestasi pelampauan dari dua elemen penting sahaja, iaitu a) elemen syurga dan neraka, dan b) elemen nilai Akhirat berbanding kehidupan dunia.

Syurga dan neraka dan pengaruhnya Salah satu elemen Akhirat yang penting ialah syurga dan neraka sebagai balasan baik bagi golongan yang soleh dan hukuman ke atas golongan yang jahat. Dalil-dalil syarak mengenai kededuanya amat banyak sekali untuk dinafikan. Terkait dengan syurga dan neraka ialah perasaan gembira/optimis/harapan dan sedih/pesimis/takut. Elemen dan perasaan yang terkait yang dinyatakan di atas amat mempengaruhi manusia dalam mencorak kehidupan manusia di dunia ini sebagai persiapan menghadapi Akhirat. Manifestasi pelampauan yang boleh ditemui dalam masyarakat berkaitan elemen ini ialah sikap terlalu memberi fokus pada aspek siksaan neraka. Ia menjadikan takut pada neraka sebagai pendorong yang dominan untuk melakukan ibadah dan meninggalkan maksiat sehingga seolah-olah Islam ini adalah agama hukuman dan Allah pula adalah Tuhan penyiksa. Ada pula yang terlalu memfokuskan aspek syurga hingga tiada sensitiviti terhadap ancaman dan hukuman Tuhan kelak. Ini menatijahkan pula sikap ambil ringan perbuatan dan pelaku maksiat atas alasan Tuhan Maha Pengasih dan Pengampun. 23Lihat Muhammad Mustafa Al-A`zami (2011), The History of the Qur’anic Text: From Revelation to Compilation a Comparative Study with the Old and New Testaments, Malaysia: Islamic Book Trust.

Page 16: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

16

Nilai Akhirat berbanding dunia dan pengaruhnya Nilai Akhirat berbanding dunia merujuk pada persepsi seseorang terhadap kedudukan Akhirat berbanding dunia dan bagaimana hirarki kedudukan ini mempengaruhi gaya hidupnya di dunia ini dan persiapan untuk Akhirat. Segolongan manusia yang memberi nilai tinggi pada Akhirat berbanding dunia condong untuk mencela dan mengabaikan penglibatan dalam selain dari ibadah dan urusan kerohanian, iaitu aspek muamalah dan kebendaan dalam kehidupan dunia kerana tanggapan apa jua selain ibadah dan aktiviti kerohanian jatuh dalam urusan mencari dunia yang rendah dan hina di mata Tuhan, bakal mengotori kerohaniannya hingga merendahkan kedudukannya di sisi Tuhan dan menyibukkan diri dari apa yang lebih utama pada tempoh kehidupan yang singkat ini. Sikap ini bukan satu fenomena kontemporari. Sebaliknya ia telah wujud sejak di zaman Nabi s.a.w lagi sebagaimana yang dilaporkan oleh hadis tentang tiga orang sahabat Nabi s.a.w yang ditegur kerana ingin beribadah hingga tidak mahu tidur, hidup seperti biarawan tidak mahu kahwin dan berpuasa berterusan tanpa berbuka.24 Segolongan yang lain pula bersikap sebaliknya. Ada yang berpada-pada sahaja dalam urusan ibadah dan kerohanian atas alasan bermuamalah dan aspek-aspek kebendaan juga tuntutan agama dan adalah ladang bagi Akhirat. Ada pula yang tidak ambil peduli langsung soal Akhirat dalam tingkah laku kehidupannya kerana mengutamakan urusan muamalah dan kebendaan, walau pun mereka mengakui beriman pada Akhirat. Perkara ini juga bukan baru. Kewujudan ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan keutamaan Akhirat dan ketinggian nilainya berbanding dunia dan kemewahannya dan ancaman kepada mereka yang terlalu menyibukkan diri dengan urusan dunia hingga mengabaikan tanggungjawab agama yang lain adalah teguran kepada golongan ini yang sebahagiannya adalah Muslim.25 Di dalam tradisi ilmu Islam juga ada kisah seorang hamba Allah yang miskin di zaman Nabi s.a.w. Kerana kesulitan hidupnya, dia meminta agar Nabi s.a.w mendoakan kekayaan bagi dirinya. Nabi s.a.w lalu memberinya seekor kambing untuk dipelihara. Setelah tempoh tertentu, kambing itu membiak begitu banyak hingga menyibukkan hamba Allah ini hingga dia tidak lagi sering mendatangi masjid untuk solat berjemaah seperti sebelumnya. Keadaannya yang semakin mewah pula menyebabkan dia keberatan untuk membayar zakat apabila diminta oleh Nabi s.a.w. Akhirnya, dia dicela oleh Nabi s.a.w. dan zakatnya dilarang dari diterima. Walau pun kisah ini bukan bersandar hadis yang sahih, tapi ia wujud dalam karya para ulama silam yang memberi petunjuk bahawa fenomena yang dinyatakan di atas ada dan dibicarakan oleh para ulama sejak dahulu.26 Perspektif wasatiyah Yang diperlukan adalah keseimbangan (wasatiyah) kerana apa jua tindakan yang tidak berteraskan wasatiyah akan menimbulkan sifat pelampauan yang bukan hanya membabitkan soal muamalah keduniaan, tapi juga amalan peribadatan seperti yang dinyatakan di atas. Al-Quran sendiri mengambil pendekatan yang seimbang dalam memberi panduan mengendalikan urusan dunia dan Akhirat. Sheikh Abdul Razzak Nawfal dalam kitabnya yang berjudul Al-I`jaz Al-`Adadiy Li Al-Quran Al-Karim berkata terdapat sebanyak 115 ayat yang membicarakan tentang Akhirat dalam pelbagai bentuk dan cara, seperti memberi harapan dan ancaman, memberitahu kebaikan dan keburukan yang ada padanya, menggambar nikmat dan azab dan menceritakan kisah kegembiraan dan kesedihan dengan tujuan membina iman dan amal yang seimbang dalam diri Muslim.27

24Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim. 25Lihat Al-Quran Al-Karim 18:28, 32-46, 57:20 dan 64:14-5. 26Lihat kitab-kitab tafsir berkaitan ayat Al-Quran Al-Karim, 9:75-7. 27Lihat `Abd Al-Razzaq Nawfal (1987), Al-I`jaz Al-‘Adadiy Li Al-Quran Al-Karim, Beirut: Dar Al-Kitab Al-`Arabiy. Lihat di: http://ia601408.us.archive.org/17/items/waq56820/56820.pdf (19 Disember 2016).

Page 17: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

17

Hal ini diperkuatkan lagi oleh perintah menjauhi pelampauan dalam beribadat dan bermuamalah oleh Nabi s.a.w dalam sabdanya, “Telah binasa golongan yang melampau.” (Riwayat Muslim) Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w bersabda, “Janganlah kamu memberat-beratkan dirimu sendiri, sehingga Allah Azza wa Jalla akan memberatkan dirimu. Sesungguhnya suatu kaum telah memberatkan diri mereka, lalu Allah Azza wa Jalla memberatkan mereka. Sisa-sisa mereka masih dapat kamu saksikan dalam biara-biara dan rumah-rumah peribadatan, mereka mengada-adakan rahbaniyyah (ketuhanan/kerahiban) padahal Kami tidak mewajibkannya atas mereka.” (Riwayat Abu Daud). Maka berpandukan ini juga, para ulama meletakkan prinsip mudah bagi memahami wasatiyah dalam Islam, iaitu la ifrat wa la tafrit, yang bermaksud tidak bersifat melampau dalam bentuk berlebih-lebihan (hingga membebankan, ifrat) dan meringan-ringankan (hingga mencuaikan, tafrit), bagi memandu segala bentuk fahaman dan amalan agama.

Persoalannya ialah bagaimana ini boleh dicapai dalam konteks persiapan menghadapi Akhirat. Tiga panduan yang bukan bersifat menyeluruh (exhaustive) dicadangkan bagi orang awam membimbing diri sendiri dan asatizah membimbing masyarakat. 1. Kenal pasti dan akui kesan buruk sikap dan amalan tanpa wasatiyah Salah satu cara mudah untuk berwasatiyah dalam iman pada Akhirat dan persiapan menghadapinya ialah dengan mengetahui kesan buruk dari pelampauan, samada dalam bentuk berlebihan-lebihan atau meringan-ringankan dalam beramal. Islam adalah agama yang rasional dalam kebanyakan hal. Mengenalpasti kesan buruk sesuatu perkara, termasuk dalam perkara ibadah dan iman, adalah diakui dalam tradisi ilmu Islam. Apa yang dikenalpasti akan menatijahkan keburukan yang lebih dari kebaikan perlu dibaiki atau dijauhi. Sikap bahawa soal Akhirat adalah soal prinsip agama, tanpa mengambil kira amalannya yang menatijahkan keburukan adalah salah. Oleh itu, mengambil kira keburukan sifat keduniaan menjadi lebih utama lagi. Mendedahkan keburukan sikap yang berkaitan juga membantu meyakinkan

Muslim akan sebab ia adalah satu kesalahan dan perlu ditolak. Dalam tradisi agama, terlalu cintakan dunia akan membawa pada kehanyutan dengan nikmatnya hingga lupa kepada tanggungjawab melaksanakan ibadah kepada Allah taala dan pada takut mati. Kededua cinta dunia dan takut mati dicela oleh agama dan nas-nas syarak yang ada bertujuan untuk memberi peringatan kepada golongan ini dan tentang sikap kejar dunia hingga menggadai Akhirat, bukan bertujuan untuk mencela dunia pada zatnya atau menolak aktiviti keduniaan dan kebendaan semata-mata.28 Hal ini dapat disokong oleh pelbagai kajian sosial sains dan realiti semasa mengenai mereka yang terlalu kemaruk (obsession) dengan urusan dunia. Salah satu hasil kajian yang menarik dalam hal ini ialah dapatan bahawa golongan yang beragama, umumnya, lebih bahagia dari yang tidak beragama dan antara salah satu sebabnya ialah kerana kepercayaan pada Akhirat memberi pelbagai mekanisme bagi manusia menghadapi cabaran hidup (coping mechanism).29 28Lihat hadis, Nabi s.a.w bersabda, “Hampir saja para umat mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring”. Kemudian seseorang bertanya,”Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada saat itu sedikit?” Rasulullah berkata,”Bahkan kalian pada saat itu banyak. Akan tetapi kalian bagai sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya,”Apa itu ’wahn’?” Rasulullah berkata,”Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Daud). Lihat Al-Quran Al-Karim, 87:17 dan 93:4 sebagai contoh. 29Lihat Peter C. Hill and Kenneth I. Pargament (2003), “Advances in the conceptualization and measurement of religion and spirituality: Implications for physical and mental health research”, American Physcologist, vol. 58 (1), pp. 64-74, January; Andrew E. Clark and Orsolya Lelkes (2009), Let us pray: religious interactions in life satisfaction, PSE Working Papers no. 2009-01. Lihat di https://halshs.archives-ouvertes.fr/halshs-00566120/document (19 Disember 2016).

Page 18: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

18

Alternatif bagi sikap melampau ini, tidak semestinya dalam bentuk tinggalkan urusan dunia kerana Akhirat, tapi carilah dunia sebanyak mana pun tanpa abaikan nasib di Akhirat kelak, iaitu dengan menjaga niat, akhlaq dan aturan hukum yang ditetapkan oleh Allah taala. Hakikat bahawa Al-Quran mengandungi kisah-kisah beberapa insan yang mulia di sisi Allah taala sedangkan mereka adalah kaya raya dan berkuasa, bukan mereka yang hidupnya kelihatan miskin atau biasa-biasa, menyokong perkara di atas. Daud dan anaknya Sulaiman adalah Nabi pilihan Allah taala dan mereka adalah raja yang kaya, kuat dan amat berkuasa.30 Kekayaan Sulaiman begitu hebat hingga menguasai jin, binatang dan angin.31 Ada juga kisah Zul Qarnain, seorang raja yang kaya dan berkuasa dari Barat hingga Timur dunia, tapi tidak lupa pada Tuhan dan berakhlak baik dengan menegakkan keadilan dan membantu golongan yang memerlukan.32 Pastinya kesemua figur-figur ini disebut bukan sebagai satu kisah sejarah, tapi juga sebagai contoh tauladan hingga akhir zaman. Yang dicontohi dari mereka pula bukan hanya sudut keimanan dan kerohanian sahaja, tapi keupayaan mereka untuk mengimbangi antara tuntutan Akhirat dan peranan keduniaan. Sememangnya kisah kezuhudan Nabi Muhammad s.a.w. dan gaya hidupnya yang amat sederhana adalah sesuatu yang dimaklumi. Namun, ia bukan hujah mutlak bagi semua Muslim hidup sedemikian kerana Nabi s.a.w sendiri dikelilingi oleh para sahabat yang gaya hidupnya berbeza dari beliau kerana kekayaan yang dimiliki seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Bahkan isteri beliau Khadijah juga terkenal dengan kekayaannya. Nabi s.a.w tidak melarang mereka meneruskan kehidupan sedemikian atau suruh mereka semua hidup seperti dirinya. Bahkan sejarah menunjukkan golongan ini memainkan peranan yang penting dalam perjuangan Nabi s.a.w melalui kekayaan mereka. Golongan yang terlalu asyik dengan ibadah pula sehingga melepaskan dirinya dari urusan dunia perlu tahu bahawa sikap mereka bukan tidak terlepas dari keburukan, baik pada dirinya atau Islam. Dengan kelakuan sebegini, imej Islam boleh tercemar kerana dianggap oleh masyarakat dunia bahawa Islam agama yang mundur dan sempit. Sedangkan Al-Quran menyeru manusia mempersiapkan bekalan untuk hari Akhirat tanpa lupa bahagian dunia yang perlu diusahakan dan dinikmati33 yang kemudiannya dicontohkan pula melalui kisah Nabi Daud, Sulaiman dan Zul Qarnain. Kisah-kisah ini memberitahu bahawa Al-Quran mahu, paling kurang, ada segolongan dari Muslim yang berusaha di dunia ini mengumpul kekayaan dan kuasa seperti mereka, asal sahaja tidak menggadai kepentingan Akhirat. Sekaligus, ia juga memberitahu bahawa kemuncak pencapaian dunia seperti Nabi Daud, Sulaiman dan Zul Qarnain boleh dicapai tanpa pengabaian pada Akhirat, asal sahaja seseorang itu tahu caranya, iaitu ikut panduan Allah taala. Dari hadis pula boleh didapati kisah Hanzalah dan Salman Al-Farisi sebagai tauladan mengenai wasatiyah antara dunia dan Akhirat. Secara ringkas mengenai kisah Hanzalah, beliau menganggap dirinya telah menjadi munafik kerana dia akan merasa gerun sehingga menangis apabila duduk bersama Nabi s.a.w sambil mendengar nasihat-nasihat dan peringatan yang diberi. Namun, perasaannya berbeza apabila pulang ke rumah bersama isteri dan anak-anak di rumah. Dia bergurau dan bergembira sambil ketawa riang bersama mereka, seolah lupa akan Akhirat yang diperingatkan. Beliau pun mengadu kepada Nabi s.a.w akan sikapnya di rumah yang dianggapnya sebagai munafik. Mendengar pengaduan itu, Nabi s.a.w pun memberi nasihat, “Wahai Hanzalah, demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kamu tetap seperti kamu di sisiku dan terus berzikir nescaya, para malaikat akan berjabat tangan kamu, sedang kamu berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, tapi, wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu).” (Riwayat Muslim). 30Lihat Al-Quran Al-Karim, 21:79, 27:15-6 dan 34:10-1. 31Lihat Al-Quran Al-Karim, 27:15-44 dan 34:12-4. 32Lihat Al-Quran Al-Karim, 18:83-98. 33Lihat Al-Quran Al-Karim, 28:77.

Page 19: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

19

Hadis mengenai Salman pula ialah kisah beliau menegur sikap sahabatnya Abu Dar’da yang terlalu asyik dengan ibadah sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan hal ehwal kepentingan dunianya. Salman menasihatkan beliau agar memberi hak yang sepatutnya bagi Tuhan, diri dan keluarganya. Apabila khabar itu sampai Nabi s.a.w, baginda bersabda, “Benar kata-kata Salman.” (Riwayat Al-Bukhari). 2. Hayati al-khawf dan al-raja’ dan berseimbang dengan kededuanya

Wasatiyah dalam iman pada Akhirat dan persoalan menghadapinya juga boleh dicapai melalui nilai al-khawf (takut) dan al-raja’ (harapan) yang diajarkan oleh para ulama sejak dahulu lagi. Nas-nas syarak menunjukkan bahawa setiap manusia perlu ada perasaan takut kepada azab dan hukuman Allah dan, pada masa yang sama juga, sentiasa mengharap rahmat dan pengampunanNya. Kededuanya perlu diamalkan secara seimbang. Jika tidak, ia akan membawa kepada pelampauan yang dicela oleh Islam. Antara nas-nas dari Al-Quran yang membicarakan kededua nilai ini ialah 5:98, 17:57, 18:110 dan 21:90 dan dari hadis pula ialah; • Dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata, “Nabi s.a.w telah menziarahi

seorang pemuda yang berada di ambang kematian. Baginda bertanya kepadanya, “Bagaimana keadaan kamu sekarang ini?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah wahai Rasullah, aku amat mengharap kepada Allah dan aku takut akan dosa-dosaku.” Nabi s.a.w bersabda, “Tidaklah bersatu dua perasaan ini dalam diri seorang hamba ketika menghadapi saat seperti ini melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya apa yang diharapkan dan mengamankannya dari apa yang ditakuti.” (Riwayat Al-Bukhari)

• Nabi s.a.w bersabda, “Allah taala telah berfirman, “Demi kemuliaan-

Ku, Aku tidak menyatukan bagi hambaKu dua ketakutan secara serentak dengan dua keamanan secara serentak juga. Jika dia berasa aman di dunia, Aku akan takutkannya pada hari Kiamat. Jika dia takut kepadaKu di dunia, Aku akan berikannya keamanan pada hari Kiamat.” (Riwayat Ibn Hibban)

Berdasarkan dalil-dalil ini, lahirlah satu ungkapan yang masyhur di kalangan para ulama yang bermaksud, “Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah dengan cinta sahaja, dia adalah seorang zindiq.34 Sesiapa yang mengabdikan diri dengan rasa takut sahaja, dia adalah seorang haruri,35 Sesiapa yang mengabdikan diri dengan harapan sahaja, dia adalah seorang murji’ah.36 Sesiapa yang mengabdikan diri kepada-Nya dengan cinta, takut dan harapan, dia adalah seorang mukmin yang muwahhid.”37 Penghayatan pada nilai al-khawf dan al-raja’ dengan seimbang mempunyai akar yang kuat dalam tradisi para ulama yang wajar diambil berat dan dihayati oleh orang ramai juga. Beberapa nukilan di bawah boleh dijadikan rujukan dan pedoman dalam hal ini: • Imam Al-Ghazali berkata, “Ketahuilah bahawa rasa takut itu adalah terpuji. [Namun] mungkin ada yang menyangka

bahawa semakin takut seseorang kepada Allah, dia menjadi semakin baik. Itu silap. Perasaan takut adalah ‘rotan’ Allah yang mengajak manusia untuk terus belajar dan beramal agar mereka mendapat darjat yang paling dekat

34Orang yang tiada pegangan agama. 35Salah satu kumpulan Khawarij. 36Golongan yang berpendapat amal kebaikan atau maksiat tidak memberi kesan kepada iman kerana segalanya telah ditetapkan/ditakdirkan oleh Allah. 37Orang yang mengesakan Allah.

Page 20: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

20

dengan Allah…. kelemahan dan pelampauan dalam mengendalikan perasaan takut ini, yang mana sebaik-baiknya adalah sikap pertengahan…..membawa kepada sifat putus asa dan kecewa..”38

• Ali bin Abi Talib berkata kepada sebahagian dari anak-anaknya, “Wahai anakku, takutlah kepada Allah dengan

ketakutan yang mana jika kamu menghadapNya dengan kebaikan seluruh ahli bumi, Dia tidak menerimanya dari kamu, dan berharaplah kepada Allah seperti keadaan kamu menghadapNya dengan dosa-dosa seluruh ahli bumi, Dia mengampunkan kamu.”39

• Fudhail bin ‘Iyadh berkata, “Jika kamu ditanya, adakah kamu takut kepada Allah, maka diamlah (jangan jawab),

kerana jika kamu kata tidak, kamu boleh menjadi kafir, jika kamu kata ya pula, nescaya kamu berdusta.”40

• Hasan Al-Basri berkata, “Sekiranya seorang mukmin itu tidak

melakukan dosa, nescaya dia mampu untuk terbang ke alam malaikat. Namun, Allah padankannya dengan kelakuan dosa.”41

3. Elakkan lensa pilih-satu-sahaja (either or) dalam melihat Akhirat

dan dunia dalam wacana dan amalan. Islam tidak anjurkan sikap buang dunia kerana Akhirat. Sikap yang betul yang dianjurkan oleh Islam ialah merangkul kededuanya sekali disamping penegasan bahawa Akhirat lebih tinggi nilai dan lebih utama dari dunia. Soal merangkul kededuanya jelas dalam doa yang danjurkan oleh Al-Quran, “Wahai Tuhan kamu, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.” (Al-Quran Al-Karim, 2:201) dan ayat lain yang berbunyi, “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.” (Al-Quran Al-Karim, 28:88). Ia juga disokong oleh figur Nabi Daud dan Sulaiman a.s serta Zul Qarnain dan para sahabat Nabi s.a.w. Soal keutamaan Akhirat dari dunia ada disebut dalam banyak ayat-ayat Al-Quran, 3:185, 6:32, 9:38, 16:30, 18:45-6, 20:131, 29:64 dan 93:4. Ayat kedua di atas juga boleh dijadikan salah satu dalilnya. Apa yang menarik ialah, walau pun Al-Quran mempunyai sikap mengutamakan Akhirat yang jelas, tetapi doa yang diajarkannya pula dimulakan dengan permohonan kebaikan di dunia dahulu. Ini pastinya bukan sesuatu yang rawak. Tidak mungkin pula ia difahami sebagai anjuran utamakan dunia dari Akhirat kerana akan menyalahi ayat-ayat yang lain. Walau pun maksud sebenarnya hanya diketahui oleh Allah taala, tapi boleh diandaikan dengan munasabah ia merupakan peringatan agar tidak abaikan dunia, walau ketika beribadah (doa). Sesekali mendahulukan dunia dari Akhirat pula boleh dimaksudkan sebagai peringatan untuk seimbang – kebaikan dunia diperlukan dahulu sebelum dan bagi mencapai kebaikan Akhirat. Sebagai contoh untuk membanyakkan zakat dan sedekah bagi meraih pahala di Akhirat, seseorang itu perlu berharta yang banyak dan ini memerlukan pula usaha keras dalam bidang muamalah dan kebendaan. Rumusan ini pula selari dengan pesan ayat kedua di atas, iaitu “janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi”. Akhir sekali, Al-Quran menjadikan manusia khalifah Allah di muka bumi ini yang peranannya ialah untuk memakmurkan bumi ini, di samping menanti waktu kembali ke Akhirat kelak. Tidak mungkin konsep memakmurkan bumi ini dimaksudkan dengan kehidupan yang miskin dan bersifat kerahiban semata-mata kerana bumi tidak dapat dimajukan dengan cara yang sedemikian. 38Al-Ghazaliy (2005), Ihya’ `Ulum Al-Din, Beirut: Dar Ibn Hazm, ms. 1505. 39Ibid. ms. 1513. 40Ibid. ms. 1505. 41Ibid. ms. 1499.

Page 21: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

21

Penutup Kesimpulan dari apa yang dinyatakan di atas ialah Islam bukan agama untuk urusan ibadah khusus semata-mata sebagai persiapan bagi Akhirat. Lebih awal dari itu ia adalah agama yang menggalakkan kepentingan melakukan muamalah di dunia dan mengakui ia juga jalan bagi persiapan untuk Akhirat. Ia bertujuan membentuk peribadi manusia yang terbaik dalam urusan hidupnya di dunia dan seterusnya peribadi yang terbaik itu akan membawanya kepada kejayaan di Akhirat nanti. Islam bukan agama yang menumpukan pada Akhirat semata-mata, bukan agama yang anjurkan mengutamakan Akhirat hingga mengabaikan dunia dan bukan juga agama yang anjurkan muamalah keduniaan hingga leka akan Akhirat yang pasti. Islam bukan agama yang menganjurkan kezuhudan dalam bentuk cara hidup golongan miskin kepada semua manusia. Zuhud sedemikian ada dalam tradisi Islam dan diamalkan oleh tokoh-tokoh dalam Islam tapi ia wujud sebagai satu pilihan dalam memanifestasikan zuhud dan kecintaan pada Akhirat. Hal ini kerana tradisi Islam juga kaya dengan tokoh-tokokh Islam yang memilih manifestasi zuhud dalam bentuk yang kontras dengan golongan miskin. Antara mereka ini ialah Nabi Daud dan Sulaiman, Zul Qarnain dan para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Awf.

Zuhud dan cinta dan utamakan Akhirat dalam Islam adalah nilai dalam diri, bukan tingkah laku dalam bentuk kemiskinan. Seorang yang kaya boleh zuhud dan cinta Akhirat, sebagaimana juga orang yang miskin boleh sombong dan tamak. Bagi mendapatkan gambaran jelas dan berimbang mengenai tanggungjawab terhadap urusan dunia dan Akhirat, masyarakat perlu membaca Al-Quran dan hadis secara menyeluruh. Seterusnya perkongsian kisah sejarah para tokoh Islam silam perlu diimbangi dengan adil agar tidak tersalah gambaran bahawa mereka semua memberatkan urusan Akhirat sehingga meninggalkan kepentingan dunia. Atas dasar ini juga, para pendakwah, khususnya para asatizah, perlu menyampaikan mesej yang berimbang kerana terlalu banyak menyampaikan bahan-bahan yang menakutkan tentang alam Akhirat, boleh menatijahkan sikap tidak produktif dalam urusan dunia. Dari sudut psikologi pula,

ia boleh mengakibatkan timbul rasa takut yang melampau sehingga putus harapan kepada rahmat Allah untuk menuju ke alam Akhirat, menjauhkan orang pada Islam dan boleh juga mengakibatkan was-was dalam diri. Perlu juga difahami kejayaan kita di Akhirat kelak bukan ditentukan oleh amalan di dunia semata-mata, tapi yang lebih penting ialah oleh rahmat Allah taala sebagaimana sabda Nabi s.a.w, “Tidak ada amalan seorangpun yang mampu memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkannya dari neraka. Begitu juga aku, kecuali dengan rahmat dari Allah.” (Riwayat Muslim) Untuk memperoleh rahmatNya, seorang hamba perlu menurut segala perintah dan menjauhi dari laranganNya. Namun, ia bukan mesti dicapai dengan berpakaian tertentu dan tidak semestinya juga orang yang zahirnya suka pada hal keduniaan jauh dari rahmatNya kerana suka pada dunia bukan sesuatu yang dilarang agama (lihat Al-Quran Al-Karim, 3:14) dan berusaha gigih dalam urusan dunia dan mengumpulkan harta juga adalah anjuran agama (Al-Quran

Page 22: - blog.pergas.org.sg fileakhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. • Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan

22

Al-Karim, 28:88). Imam Abu Hanifah dan Malik diriwayatkan suka berpakaian indah dan mewah apabila keluar dari rumah.42 Pastinya Allah s.w.t bersifat Maha Adil dan tidak memungkiri janjiNya. Bagi yang mentaati perintahNya, menuruti ketetapanNya dan berlaku baik, samada sebagai seorang yang kaya atau miskin, sudah pasti akan diberi ganjaran yang dijanjikan. Demikianlah juga sebaliknya. Allah taala merahmati semua hambaNya yang taat, bukan hanya yang miskin sahaja, jika ingkar, maka janganlah dia menyalahkan dan Allah taala mengganjari semua amalan keduniaan yang sesuai dengan kehendakNya dan dilakukan ikhlas keranaNya sebagaimana dia mengganjari solat, puasa dan zikir ahli ibadat di masjid-masjidNya.

42Hisham `Abd Al-Mun`im (2014), “Al-Imam Malik.. Imam Dar Al-Hijrah”, islamstory.com, 7 April, di http://islamstory.com/ar/%D8%A7%D9%84%D8%A7%D9%85%D8%A7%D9%85-%D9%85%D8%A7%D9%84%D9%83-%D8%A8%D9%86-%D8%A7%D9%86%D8%B3 (19 Disember 2016).