hak bersuara disekat, cetus kebangkitan … rocket b… · “apakah ini sesuai dengan ikrar...

16
NOVEMBER 2014 PERCUMA KDN PP11723/12/2012 (032229) EDISI BM DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org www.roketkini.com > 12 PADA 27 Oktober lalu, mahasiswa berjaya memasuki Universiti Malaya untuk menyertai program pidato oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, “40 tahun, dari UM ke penjara”, walaupun laluan masuk ke universiti itu ditutup dan dikawal ketat. Program itu adalah yang kedua berjaya dianjurkan oleh mahasiswa dalam kawasan UM dalam tempoh kurang dari dua bulan. Lebih mengujakan, kedua-duanya mendapat sambutan hangat. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap keberanian generasi muda dan mahasiswa mempertahankan kebebasan bersuara telah mencetuskan gelombang kebangkitan baru di kalangan rakyat Malaysia. Gelombang kali ini mungkin tidak akan mengambil bentuk yang sama seperti di tahun 1998. Kita boleh menjangkakan tiada tunjuk perasaan besar-besaran akan berlaku di Dataran Merdeka, misalnya. Namun, gelombang kali ini akan lebih sukar ditahan oleh rejim pemerintah kerana ia telah bermula dalam banyak bentuk penentangan terhadap penindasan hak serta penyelewengan, selain kerana ia melanda banyak ruang di kedua-dua alam nyata dan maya. Dalam ungkapan lain, gelombang kali ini tidak melanda sekaligus, sebaliknya terus-menerus dan takkan surut sehinggalah berlaku perubahan yang menguntungkan rakyat Malaysia. SEPUPU NAJIB TERIMA KONTRAK RM77 JUTA BEKAL LABEL KESELAMATAN MINUMAN KERAS BELANJAWAN 2015: MENJELANG 2020, URUS TADBIR NEGARA MASIH DI TAKUK LAMA > 6 BANGKIT! HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN ANAK MUDA UNTUK AHLI SAHAJA

Upload: lytuyen

Post on 06-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

> 8,9

NOVEMBER 2014

PERCUMAKDN PP11723/12/2012 (032229)

EDISIBM

DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org

www.roketkini.com

> 8,9> 12

PADA 27 Oktober lalu, mahasiswa berjaya memasuki Universiti Malaya untuk menyertai program pidato oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, “40 tahun, dari UM ke penjara”, walaupun laluan masuk ke universiti itu ditutup dan dikawal ketat.

Program itu adalah yang kedua berjaya dianjurkan oleh mahasiswa dalam kawasan UM dalam tempoh kurang dari dua bulan. Lebih mengujakan, kedua-duanya mendapat sambutan hangat.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap keberanian generasi muda dan mahasiswa mempertahankan kebebasan bersuara telah mencetuskan gelombang kebangkitan baru di kalangan rakyat Malaysia.

Gelombang kali ini mungkin tidak akan mengambil bentuk yang sama seperti di tahun 1998. Kita boleh menjangkakan tiada tunjuk perasaan besar-besaran akan berlaku di Dataran Merdeka, misalnya.

Namun, gelombang kali ini akan lebih sukar ditahan oleh rejim pemerintah kerana ia telah bermula dalam banyak bentuk penentangan terhadap penindasan hak serta penyelewengan, selain kerana ia melanda banyak ruang di kedua-dua alam nyata dan maya. Dalam ungkapan lain, gelombang kali ini tidak melanda sekaligus, sebaliknya terus-menerus dan takkan surut sehinggalah berlaku perubahan yang menguntungkan rakyat Malaysia.

SEPUPU NAJIB TERIMA KONTRAK RM77 JUTA BEKAL LABEL KESELAMATAN MINUMAN KERASBELANJAWAN 2015: MENJELANG 2020, URUS

TADBIR NEGARA MASIH DI TAKUK LAMA > 6

BANGKIT!HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN ANAK MUDA

UNTUK AHLI SAHAJA

Page 2: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

2NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

KEBERANIAN generasi muda dan mahasiswa mempertahan-kan hak kebebasan bersuara mencetus gelombang kebang-kitan baru di kalangan rakyat Malaysia, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Kejayaan mahasiswa memasuki Universiti Malaya untuk mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibra-him membuktikan negara ini masih punya harapan untuk pe-rubahan dan keadilan.

“Kita memerlukan gelombang ketiga, dan rakyat akan kem-bali bangkit berjuang,” kata Kit Siang di hadapan kira-kira 1,000 hadirin majlis kutipan dana Gerakan Hapus Akta Hasu-tan (GHAH) di Dewan Sivik Petaling Jaya, 27 Oktober lalu.

Menurutnya, ‘gelombang pertama kebangkitan’ berlaku pada 1998 selepas pemecatan Anwar daripada jawatan Tim-balan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diikuti tudu-han liwat pertama yang kemudiannya membentuk gerakan Reformasi.

Manakala ‘gelombang kedua’ berlaku pada 2008 ketika Pa-katan Rakyat dibentuk, yang didahului kejayaan parti-parti pembangkang menafikan tradisi kemenangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

“Gelombang kebangkitan ketiga berlaku pada 2013 (PRU-13) dan kita mendapat sokongan 52 peratus rakyat Malaysia,” kata Kit Siang, disambut tepukan gemuruh hadirin.

Tambah hukuman ke atas Anwar tindakan zalim

Kit Siang turut menyatakan setiakawan kepada Anwar yang sanggup pulang ke Malaysia dari luar negara bagi menghada-pi perbicaraan di bawah sistem kehakiman yang pincang, meskipun berdepan hukuman penjara dalam kes liwat kedua.

“Mengapa Anwar kembali ke Malaysia, (walaupun) dia ada diminta untuk tinggal di Turki dan London? Kerana dia mem-punyai pendirian dan mahu menunjukkan tauladan.

“Ini sikap seorang patriot yang cintakan negaranya. Be-liau bukan pengkhianat atau pengacau dan layak mendapat sokongan rakyat Malaysia,” katanya

Tambahnya, tindakan Putrajaya memfail rayuan balas un-tuk meningkatkan hukuman penjara lima tahun ke atas An-war adalah luar biasa dan keterlaluan.

Hujah pendakwaraya bahawa hukuman lima tahun penja-ra itu ‘jelas tidak memadai’, ‘tidak mencerminkan keseriusan kesalahan itu’ dan ‘tidak menyampaikan matlamat keadilan dari perspektif kepentingan awam’ mencerminkan hasrat pe-merintah untuk memenjarakan Anwar dengan apa jua cara.

“Seolah-olah ada dorongan kuat di kalangan pihak berkua-sa yang ingin menyingkirkan pembangkang dengan ‘apa jua cara’.

“Jadi saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Apakah dia begitu kejam, tiada perasaan dan tidak berhati perut apabila mahu memenjarakan Anwar selama 20 tahun?

“Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai kesederhanaan yang menekankan pada prinsip-prinsip kead-ilan, keseimbangan dan kecemerlangan?” soal Kit Siang.

Generasi muda cetus gelombang ketiga kebangkitan

24 Jun 2008 : Mohd Saiful Bukhari Azlan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

25 Jun 2008 : Selepas bertemu Najib, anggota polis ACP Mohd Rodwan Yusof menemui Saiful di Hotel Melia, Jalan Imbi pada jam 8 malam.

26 Jun 2008 : Tarikh kejadian liwat berlaku.

28 Jun, 2008 : Saiful membuat pemer-iksaan kesihatan di Hospital Pusrawi. Dr Mohamed Osman Abdul Hamid tidak menemui sebarang bukti ber-laku liwat. Saiful kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

29 Jun 2008 : Saiful membuat lapo-ran polis awal pagi di HKL. Anwar mendapatkan perlindungan sementa-ra di Kedutaan Turki.

30 Jun, 2008 : Sampel pada tubuh Sai-ful dihantar ke Jabatan Kimia selepas disimpan semalaman oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira.

16 Julai 2008 : Anwar ditahan sepasu-kan polis bertopeng, kira-kira 1 km dari rumahnya di Bukit Segambut. Beliau dilokap semalaman dan polis mengambil sampel DNA dan rambut dari botol dan tuala yang digunakan Anwar.

7 Ogos 2008 : Perbicaraan kes Liwat ii bermula di Mahkamah Tinggi Kua-la Lumpur. Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Saiful mem-beri keterangan sebagai saksi perta-ma. Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

9 Januari 2012 : Selepas 87 perbic-araan, Hakim Mohamad Zabidin, memutuskan Anwar tidak bersalah. Dalam kesimpulannya Zabidin berkata kedua-dua bukti DNA dan bukti lisan tidak boleh menyabitkan kesalahan.

20 Januari 2012 : Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar. Kes dibawa ke Mahkamah Rayuan.

7 Mac 2014 : Mahkamah Rayuan men-jatuhkan hukuman lima tahun pen-jara terhadap Anwar, mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.

28-29 Oktober 2014 : Rayuan akhir Anwar di Mahkamah Rayuan

KRONOLOGI

l Penggunaan pelincir KY tidak dinyatakan dalam lapo-ran polis Saiful ke atas Anwar.

l Saiful mengirim email meletak jawatan sebaik saja se-lepas kejadian dikatakan berlaku, tetapi ada gambar menunjukkan beliau bertugas melayan tetamu di ru-mah Anwar pada hari berikutnya. Dalam gambar itu Saiful tidak kelihatan murung.

l Kelakuan Saiful tidak seperti orang yang baru diliwat sehari sebelumnya. Dia telah bertemu pegawai polis Mohd Rodwan sebelum kejadian, maka tiada alasan untuk dia menunggu selama dua hari sebelum mem-buat laporan polis.

l Dua seluar dalam Saiful dikemukakan. Salah satu dar-ipadanya telah dibasuh dan basah manakala satu lagi seluar mempunyai kesan air mani, tetapi ia bukan sel-uar yang dipakai pada hari kejadian dikatakan berla-ku.

l Mahkamah tidak mempertimbangkan kenyataan Dr Mohd Osman, pemeriksa kesihatan pertama Saiful dalam kes ini, dan beliau tidak dipanggil sebagai saksi.

l Sampel daripada Saiful diambil pada 28 Jun dan diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 Jun. Sampel sepatutnya disimpan dalam peti sejuk, sebaliknya disimpan da-

lam kabinet Supt Jude Pereira.l Tiga barang bukti mengandungi sampel DNA Anwar

pada ‘tuala Good Morning’, berus gigi dan botol air mineral diperolehi secara tidak sah melalui muslihat dan penipuan.

lGopal berkata kondominium tersebut mempunyai dua unit, di mana salah satu daripadanya digunakan untuk mesyuarat Anwar. Tiada bukti Saiful berada di lokasi liwat dikatakan berlaku.

l Alibi Anwar bahawa beliau dalam unit lain di kon-dominium itu diabaikan. Pemilik kondo Hasanuddin disoal siasat polis selama 30 jam tetapi tidak pernah dipanggil memberi keterangan di mahkamah.

l Saiful mengaku bertemu Perdana Menteri (PM) Najib Razak di kediamannya sebelum kejadian, iaitu pada 24 Jun 2008. Saiful terlebih dahulu menemui penasi-hat PM Khairil Annas dan SAC Mohd Rodwan di bilik Hotel Melia, Jalan Imbi, KL, pada hari yang sama.

l Saiful turut bertemu senator BN Ezam Mohd Nor dan bekas atlet negara Mumtaz Jaafar pada 27 Jun 2008.

l Anwar membangkitkan tentang konspirasi politik dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi tidak diberi pertimbangan.

Ringkasan sebahagian hujah pembelaan oleh pasukan peguambela yang diketuai Peguam kanan dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram:

Page 3: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

3NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mempersoalkan pemberian kontrak membekal la-bel keselamatan bagi minuman keras bernilai RM77 juta kepada syarikat milik sepupu Datuk Seri Najib Razak secara rundingan ter-us.

Beliau merujuk laporan The Edge 12 September lalu, berhubu-ng penganugerahan kontrak dari-pada Kastam Diraja Malaysia ke-pada Lembah Sari Sdn Bhd yang dimiliki Datuk Haris Onn Hus-sein (sepupu Najib) untuk mere-ka, mencetak, membekal dan mengedarkan label keselamatan bagi minuman keras, bermula ta-hun ini sehingga 2019.

Menurut laporan itu lagi, kon-trak itu menjadikan Lembah Sari memonopoli kontrak label kese-lamatan, kerana telah mendapat

kontrak yang sama bagi rokok tempatan dan import sebelum ini.

“Kerajaan perlu jawab men-gapa syarikat milik saudara men-teri mendapat kontrak secara

rundingan terus?“Adakah hanya mereka yang

mampu cetak label keselamatan dalam negara? Atau mereka menawarkan harga kos paling rendah?” soalnya dalam sidang media di Parlimen.

Katanya, ketika Lembah Sari mendapat kontrak yang sama bagi rokok pada tahun 2006, pel-bagai pihak yang terlibat tidak berpuas hati ekoran kosnya yang mahal, iaitu 11 sen bagi setiap la-bel.

Haris memegang 68 peratus sa-ham syarikat itu.

Pada tahun yang sama, isu juga timbul berhubung Lembah Sari yang ‘merampas’ konsesi perce-takan label keselamatan daripada syarikat Kod Efisien Sdn Bhd, yang baru sahaja mendapat konsesi itu tiga tahun sebelumnya.

UTAMA

DAP mengutuk keengganan ker-ajaan mendedahkan kos pener-bangan khusus yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur ke Padang, In-donesia, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Seremban An-thony Loke Siew Fook berkata, identiti penumpang dan kos per-lu didedahkan kerana ia melibat-kan urusan rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan Perdana Menteri.

“Apakah kelayakan isteri Per-dana Menteri menggunakan pe-sawat khas kerajaan? Perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan

namun ia tetap berterusan.“Saya amat terkilan dengan

keengganan Shahidan untuk memberikan jawapan kos secara terperinci. Sama ada dia tidak faham soalan atau sengaja mer-ahsiakan butiran tersebut untuk mengelak persepsi negatif terh-adap kerajaan?

“Apakah kerajaan telah mem-ulakan langkah ke belakang den-gan merahsiakan segala mak-lumat yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap BN?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Pada Mac lalu, Loke yang juga

Setiausaha Organisasi DAP telah mengajukan soalan di Dewan Rakyat berkenaan kos penerban-gan Rosmah ke Qatar mengguna-kan pesawat kerajaan yang meli-batkan kos RM426,489.46

Beliau juga telah menggesa kerajaan agar mendedahkan tu-juan pesawat NR1 dengan nom-bor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu yang membawa Ros-mah ke Padang, Indonesia, untuk menerima satu anugerah daripa-da komuniti Minangkabau.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Sha-hidan Kassim sekadar menjawab

ia adalah urusan rasmi tanpa menyatakan jumlah keseluruhan kos.

Menurut Anthony, pesawat yang membawa Rosmah itu telah dikesan melalui laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Sin-gapura sebelum kembali ke KLIA pada 28 Ogos.

Tegasnya, tidak ada alasan un-tuk mana-mana tidak menjawab sebarang soalan daripada Ahli Parlimen, terutama jika ia meli-batkan dana awam.

Rosmah salah guna dana awam?

DAP mengecam tindakan kerajaan yang membisu dan ingin mend-edahkan kos terperinci percutian misteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Be-landa pada 1 hingga 15 Ogos lalu selepas sidang media MH17.

Ahli Parlimen Seremban An-thony Loke Siew Fook berkata, biarpun Menteri di Jabatan Perda-na Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab soalan terse-but tapi jawapan yang diberikan jelas menunjukkan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.

Shahidan dalam jawapannya kepada Anthony semalam men-yatakan, pesawat VIP Airbus A319 CJ dengan pendaftaran 9M-NAA tersebut membawa Najib, isteri, serta delegasi atas lawatan ras-mi dan kosnya dalam anggaran bersesuaian.

“Nampaknya, Shahidan sekali lagi meneruskan taktik merahsi-

akan maklumat butiran kos terh-adap perbelanjaan awam melibat-kan Najib daripada pengetahuan umum.

“Sejak bilakah kerajaan menga-malkan dasar ‘rahsia’ dalam semua isu?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP itu, berdasarkan rekod, la-watan rasmi Najib ke Belanda ha-nya berlangsung sehari, iaitu pada 1 Ogos 2014 dan bukannya dua minggu.

“Tidak ada sebarang rekod berk-enaan jadual lawatan beliau secara rasmi dalam tempoh 2 minggu.

"Apakah percutian Najib diang-gap sebagai urusan rasmi dan pe-sawat rasmi boleh digunakan un-tuk tujuan bercuti?

“Berapa banyak lagikah wang terpaksa dibiayai pembayar cukai untuk percutian peribadi Najib, isteri dan rombongannya?” tegas- nya.

Kerajaan digesa dedah kos percutian misteri

DATUK Seri Najib Razak ‘ber-isiko’ menjadi bahan jenaka an-tarabangsa sebagai sebagai Per-dana Menteri ‘talam dua muka’ apabila sibuk melaungkan seru-an kesederhanaan di peringkat antarabangsa, namun tunduk kepada golongan ekstremis keti-ka di dalam negara.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib sekali lagi menunjukkan sifat ‘skizofrenia’ dengan pemahaman tentang prinsip kesederhanaan yang cukup berbeza di peringkat an-

tarabangsa dan kebangsaan.“Pada 27 September lalu, Najib

memberikan ucapan yang amat baik dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, apabila menyeru golongan sederhana untuk mengambil kembali aga-ma mereka (daripada puak ek-stremis) dan mengambil jalan keamanan.

“Namun di ‘rumah’nya sendi-ri, Najib mengelak daripada membendung sikap ekstrim dan tidak bertolak-ansur, sehingga berlaku provokasi antara kaum

dan agama pada tahap terburuk sepanjang lima tahun pentad-birannya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Jelas, Najib mengalami ‘skizofrenia’ (fikiran celaru, berubah-ubah dan tidak stabil) dalam memahami konsep kes-ederhanaan, apabila pemaha-mannya di luar negara begitu berbeza dengan di sini,” katan-ya, secara sinis merujuk lapo-ran Bernama, bahawa seorang daripada 100 warga Malaysia mengidap penyakit itu.

Najib ‘moderat’ celaru, bakal jadi bahan jenaka antarabangsa

Sepupu Najib terima kontrak RM77 juta bekal label keselamatan minuman keras

Page 4: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

4NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

EDITORIALEDITOR AL MUSTAQEEM MAHMOD RADHI SUB-EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • AEDI ASRI • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFIPENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOFGRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS

facebook/roketkini twitter@[email protected]

Perbicaraan kes Liwat II di peringkat Mah-kamah Persekutuan, mahkamah tertinggi

dalam negara, seharusnya mengingatkan kita ba-hawa masa telah lama tiba, sekurang-kurangnya sejak selepas PRU13, untuk memikir dan meng-gerakkan politik pembangkang dengan atau tan-pa Anwar Ibrahim.

Politik sememangnya jarang terlepas daripada tokoh. Namun, itu tidak pula bererti wajar un-tuk kita terlalu bergantung pada tokoh. Bererti, meski pun dengan kehadiran Anwar, kita tetap saja wajib untuk bersikap dan bertindak secara yang bukan saja benar, tetapi juga imaginatif. Ap-atah lagi pada saat jika Anwar tidak lagi hadir di tengah kerja buat politik harian.

Politik pembangkang tidak bermula dengan Reformasi 98, namun peristiwa itu serta Anwar telah memungkinkan bermacam isu urus tadbir negara muncul secara lebih ketara. Detik pe-mecatan Anwar dan permulaan Reformasi juga menghantar pembangkang ke satu era baru dan memaksa parti-parti politik pembangkang me-mikirkan secara serius hubungan antara mereka.

Natijahnya, sebuah pakatan pembangkang paling ampuh dan paling menggugat kerajaan BN sepanjang sejarah kewujudannya.

Selain itu, tempoh 16 tahun sejak Reforma-si bermula juga adalah proses penyertaan dan pematangan politik. Menariknya proses ini tidak terbatas pada lingkungan Anwar dan Pakatan Rakyat. Hakikat ini sebenarnya paling perlu dise-dari dan ditanggapi selayaknya.

Kita melihat gejala proses ini pada sekian ban-yak kegiatan masyarakat sivil yang dicetuskan oleh generasi muda, daripada kegiatan wacana ilmiah sampai kepada program ‘sentuh anjing’; pada usaha ‘meremajakan’ bukan saja wajah tetapi juga pemikiran parti-parti politik, misalnya apabila DAP Johor menggunakan tema “Politik Baru, Wilayah Baru” untuk konvensyen DAP neg-eri itu bulan lalu; pada usaha menolak paradig-ma perkauman dalam menentukan dasar-dasar negara; pada usaha menyatukan kembali mas-yarakat pelbagai kaum dan agama dengan pen-dekatan ‘bawah ke atas’ dan bukan sebaliknya; serta banyak lagi.

Anwar ditindas untuk memudahkan pula pen-indasan terhadap rakyat terbanyak yang sudah pun mula dijalankan menerusi pengurangan sub-sidi minyak dan pengenalan GST yang kedua-du-anya pasti akan meningkatkan kos sara hidup.

Dua langkah menindas itu dibuat dengan alasan untuk meningkatkan dana kerajaan, se-dangkan usaha mengekang pembaziran dan kebocoran tidak bersungguh dibuat. Dalam sesi parlimen terbaru ini saja bermacam perkara melibatkan pengurusan kewangan dibangkitkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat, antaranya isu syarikat kroni yang gagal membayar hutang ke-pada kerajaan dan isu komisyen sekitar sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada kadar pasaran yang dibayar 1MDB untuk kegiatan mengumpul dana.

Maka itulah disebutkan bahawa politik pem-bangkang harus segera melampaui tokoh, kera-na keadaan semakin getir dan generasi baru pula telah bersedia untuk melakukan perubahan.

Pembangkang dengan atau tanpa Anwar

NOTA EDITOR

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

Oleh TARMIZI ANUWAR

Apabila wahyu pertama diturunkan, Iqra’ (bacalah), ia menjadi satu falsafah per-

juangan yang relevan selagi mana wujudnya penindasan, penipuan dan segala kebobro-kan di muka bumi ini. Daripada kegelapan kepada pencerahan. Itulah reformasi yang perlu dilakukan dan akan terus dilakukan oleh para pecinta yang asyik dengan kebe-naran.

Dua peristiwa yang berlaku baru-baru ini, iaitu demonstrasi untuk mempertahankan kebebasan akademik setelah Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa di bawah Akta Hasu-tan dan acara pidato umum “Anwar Ibra-him: 40 Tahun, Dari UM ke Penjara” mengin-gatkan saya kepada pengalaman beberapa tahun yang lepas – perjuangan menegakkan nilai yang sama tetapi peristiwanya berbeza.

Kebebasan akademik adalah perjuangan yang sekiranya tidak diperjuangkan maka tidak akan relevanlah mana-mana gerakan atau kumpulan mahasiswa itu.

Tanggal 23 Februari 2011 adalah antara hari bersejarah buat saya yang tidak mung-kin dilupakan. Ketika itu saya memegang jawatan Timbalan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia (KTDI, UPM). Kejadian pecah pintu di Universiti Putra Malaysia telah men-jadi satu berita hangat selama seminggu di dada-dada akhbar dan berita perdana da-lam negara.

Kejadian tersebut adalah reaksi maha-siswa kerana 11 calon Pro-Mahasiswa yang menang pilihanraya kampus dibatalkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pe-lajar (ketika itu Prof. Dr. Fauzi Ramlan) atas alasan yang tidak munasabah, iaitu berkem-pen di media sosial. Saya yang ketika itu baru sahaja berjinak-jinak dengan gerakan mahasiswa mula menyedari bagaimana mereka yang berpendidikan tinggi diguna-kan dan menggunakan autoriti di kampus untuk menyekat kebebasan mahasiswa.

Tahun yang sama pada 21 Oktober 2011, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah diadakan satu demonstrasi membe-la Dr. Aziz Bari yang digantung daripada perkhidmatan oleh pentadbiran universiti atas alasan memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universi-ti. Kenyataan berlandaskan akademik yang dikeluarkan oleh Dr. Aziz Bari mengkritik titah Sultan Selangor berhubung pemer-iksaan sebuah gereja di Petaling Jaya telah dianggap sebagai bertentangan dengan kepentingan universiti.

Sekali lagi kebebasan akademik dirampas oleh golongan yang sewajarnya memper-juangkan dan berpegang dengan prinsip kebebasan akademik. Ternyata pendidikan bertahap doktor falsafah atau memegang gelaran profesor bukanlah satu kepastian bahawa seseorang itu tidak akan dipen-garuhi oleh kepentingan kuasa dan politik peribadi.

Saya telah menulis satu artikel bertajuk; “Kelesuan para akademia Malaysia” pada Januari 2013 yang disiarkan di beberapa portal internet berkaitan betapa lesunya

golongan akademia daripada bersetiaka-wan bersama-sama mahasiswa dalam isu kebebasan akademik. Namun, demonstari membela kebebasan akademik untuk Azmi Sharom yang diadakan di Universiti Malaya tempoh hari telah menunjukkan bahawa sebenarnya golongan akademia juga mam-pu dan telah mula untuk berdiri sebaris ber-sama mahasiswa dalam isu ini.

Risiko yang diambil oleh Pro-Mahasiswa UPM pada tahun 2011 dengan merempuh pintu Bahagian Hal Ehwal Pelajar sehing-ga pecah memberikan kesan apabila pada tahun-tahun selepasnya tidak lagi timbul masalah berhubung pilihanraya kampus seperti sebelumnya, iaitu ketika dua tahun berturut-turut calon Pro-Mahasiswa dibatal-kan dengan alasan yang tidak munasabah. Mungkin kesan seakannya juga yang akan berlaku kepada Universiti Malaya selepas rempuhan pagar oleh mahasiswa. Maha-siswa selepas ini akan terus memberikan tekanan dan mengasak pihak pentadbiran universiti supaya akur pada tuntutan maha-siswa, khususnya kebebasan akademik.

Saya percaya gerakan mahasiswa bukan-lah hanya pandai berdemonstrasi sema-ta-mata tetapi gerakan mahasiswa juga telah banyak melahirkan individu yang cak-na dengan isu sosial dalam negara. Rempu-han yang berlaku di Universiti Putra Malay-sia pada tahun 2011 dan Universiti Malaya baru-baru ini adalah disebabkan pintu rundingan bersama pihak pentadbiran telah menjumpai jalan buntu dan keintelektualan disekat tanpa sebab ysang munasabah.

Rempuhan di Universiti Putra Malaysia tidak akan berlaku sekiranya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar turun bertemu dengan mahasiswa bagi menjelaskan dan

memohon maaf atas kesilapan yang dilaku-kan. Rempuhan di Universiti Malaya tidak akan berlaku sekiranya pihak universiti bersikap seimbang dan adil kepada pihak kerajaan mahupun pembangkang, selari dengan prinsip kebebasan akademik.

Mahasiswa perlu sedar bahawa perjuan-gan ini penuh cabaran. Tetapi ingatlah, Giordano Bruno dibakar hidup-hidup oleh gereja kerana berpendirian bahawa bumi yang mengelilingi matahari dan bukan matahari yang mengelilingi bumi; Galileo Galilei pula dihukum penjara seumur hidup di rumahnya kerana berpendirian sama seperti mana Bruno. Kedua-dua sosok ini memperjuangkan kebebasan akademik da-lam kerangka zaman dan cara mereka yang tersendiri.

Mahasiswa pada hari ini bertanggung-jawab mengambil peranan yang sama un-tuk merealisasikan kebebasan akademik dalam mengikut acuan yang sesuai dengan zaman kontemporari.

Kita melihat kini mahasiswa sedang menghampiri ambang perubahan. Seperti disebut tadi, mereka bukan hanya tahu ber-demonstrasi.

Buktinya, di merata-rata kampus, hampir di seluruh negara, kini telah muncul pel-bagai ‘grup diskusi’ yang bergerak di luar kampus. Lalu kita mendengar nama seperti “Buku Jalanan” dan “Universiti Terbuka Anak Muda”.

Sambil menuntut kebebasan daripada universiti dan membela kebebasan akade-mik, mahasiswa mula sedar bahawa ada ruang untuk mereka bergiat, menimba ilmu, dan mengasah kemahiran di luar kampus. Dengan kesedaran ini, kita seharusnya yakin bahawa perubahan telah semakin hampir.

UTAMA

Mahasiswa hampiri ambang perubahan

Page 5: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

5NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

Oleh ISKANDAR FAREEZ

Konsep perkauman, sama ada secara terang ataupun halus telah lama menyelinap masuk ke dalam kese-

daran kita. Sejak kecil sehinggalah dewasa, kita diajar untuk mengenali apa itu Melayu, India atau Cina. Jika tidak tergolong dalam salah satu kategori ini, “lain-lain” lah pang-gilannya.

Kemungkinan, sudah semulajadi untuk kita berfikir menerusi kanta perkauman, ke-mungkinan juga tidak. Pada dasarnya, ada banyak faktor-faktor lain seperti demografi, jantina, pekerjaan, taraf ekonomi dan latar belakang pendidikan yang menentukan ke-jayaan seseorang manusia. Namun, faktor kaum juga yang menjadi keghairahan kita sehinggakan semua masalah dan penyel-esaiannya kita sandarkan atas dasar kaum seseorang atau sekumpulan itu.

Mungkin kerana pemikiran sebegini yang menjadikan politik perkauman sebati den-gan rakyat Malaysia. Bahkan kemerdekaan negara ini juga dirunding menerusi formula yang sama – setiap kaum menjaga kepentin-gan kaum masing-masing, dengan Unit-ed Malays National Organisation (UMNO) mewakil kaum Melayu, Malaysian Chinese Association (MCA) mewakil kaum Cina dan Malaysian Indian Congress (MIC) mewakili kaum India. Parti-parti politik ini kemudian-nya bergabung dengan parti politik lain yang juga berasaskan kaum untuk membentuk satu campuran parti-parti berbilang kaum iaitu Barisan Nasional (BN).

Menerusi perlaksanaan ini, BN menja-di mekanisme di mana setiap kaum akan memperjuangkan isu dan kepentingan masing-masing. Melayu mengetengahkan isu Melayu, Cina mengetengahkan isu Cina dan India mengetengahkan isu kaum In-dia. Hubungan seperti ini melahirkan satu situasi kalah-menang apabila suatu kaum mendapat permintaan mereka sudah tentu pihak yang lain akan kehilangan sesuatu. Kesannya, timbullah rasa syak dan sangsi antara kaum.

Memang pun semasa awal kemerdekaan dahulu, ketika realiti ekonomi berkait rapat dengn kaum, ada keperluan untuk memper-juangkan kepentingan kaum masing-mas-ing.

Lebih daripada itu, BN mendakwa baha-wa formula perwakilan kaum seperti inilah yang merupakan tunjang kepada keharmo-nian Malaysia selama ini.

Persoalannya, adakah formula tersebut masih relevan pada hari ini? Anak-anak muda yang lahir pasca merdeka, tidak kira kaum, sudah mula melihat kepentingan mereka bertindih dalam banyak aspek dan ia melangkau faktor perkauman.

Bibit-bibit awal perubahan ini dapat kita lihat daripada pilihanraya umum 2008 di mana umum dapat menyaksikan tsunami politik yang dikaitkan dengan pencerahan anak-anak muda akan ketidakberkesanan politik perkauman. Anak-anak muda mula melihat bahawa masalah seharian dan ke-inginan kita seperti kos sara hidup yang tinggi, pendidikan bermutu, jenayah yang berleluasa, dan tadbir urus kerajaan yang bersih dan telus melangkaui aspek perkau-man. Baik Melayu, Cina atau India, semua warga Malaysia mempunyai keinginan dan

aspirasi yang sama. Malah anak muda juga sedar bahawa sentimen perkauman meru-pakan mainan yang mudah untuk mengalih-kan perhatian umum daripada isu-isu pokok seperti yang telah dinyatakan tadi.

Menerusi dasar pecah dan perintah, BN menggunakan politik perkauman sebagai alat untuk terus berkuasa dengan menyemai prejudis antara kaum supaya rakyat akan terus melihat BN sebagai pertahanan tera-khir mereka daripada ancaman kaum lain. Menerusi formula ini, BN menggambarkan diri mereka sebagai satu-satunya penyela-mat yang dapat mengimbangi kepentingan setiap kaum di Malaysia.

Walaupun kesedaran anak-anak muda sudah mula terbit, ia masih lagi di pering-kat awal. Perjalanan Malaysia untuk beralih daripada politik perkauman kepada politik dasar masih lagi jauh. Lima puluh satu ta-hun adalah satu jangka masa yang pendek bagi satu negara bangsa. Politik perkauman masih lagi dilihat sebagai alat yang berkesan untuk mengawal tindakan dan pemikiran rakyat.

Ternyata ia adalah suatu senjata yang am-puh lagi berkesan apabila kerajaan berulang kali mengungkit peristiwa gelap 13 Mei se-bagai momokan kepada rakyat supaya terus berasa takut dan terus bergantung kepada BN.

Proses pematangan politik menerusi ilmu

adalah perlu bagi anak-anak muda untuk menghakis rasa takut akan ancaman-anca-man yang tidak munasabah ini. Ketakutan akan terus merantai masyarakat kita teru-tamanya anak muda dan menyekat kita dar-ipada terus maju.

Masyarakat itu maju kerana mereka menghargai ilmu. Ilmu itu seumpama peli-ta yang membawa sesuatu tamadun keluar daripada kancah zaman kegelapan. Ilmu itu juga yang akan menyuluh jalan ke hadapan dan menghilangkan bayang-bayang ketaku-tan dan sangsi.

Untuk maju ke hadapan, sebagai anak muda, kita perlu mula bersuara secara kole-ktif dan meluahkan pendapat supaya dapat menentukan halatuju Malaysia pada masa hadapan. Jangan biarkan apa-apa momokan digunakan untuk menghindarkan kita dari-pada memperjuangkan kebenaran.

Masalah-masalah yang Malaysia hadapi hari ini adalah disebabkan oleh kelemahan dari segi penggubalan dan perlaksanaan dasar. Ia tiada kaitan dengan agenda suatu kaum untuk menjatuhkan yang lain. Anak-anak muda Malaysia harus ingat dan terus mengingatkan antara satu sama lain baha-wa kita lebih kuat apabila kita berdiri ber-sama-sama.

Jalan ke depan tidak akan mudah bagi anak-anak muda Malaysia.

Prinsip peluang saksama, kebebasan,

keadilan sosial dan perpaduan harus men-jadi panduan bagi anak-anak muda sebagai batu asas untuk membina negara Malaysia yang bersatu.

Hanya dengan meruntuhkan tembok per-kauman yang kita bina selama ini barulah kita dapat membina jambatan menuju per-paduan.

RENCANA

BERAKHIRNYA POLITIK PERKAUMAN DI TANGAN ANAK MUDA

Menerusi dasar pecah dan perintah, BN menggunakan politik perkauman sebagai alat untuk terus berkuasa dengan menyemai prejudis antara kaum supaya rakyat akan terus melihat BN sebagai pertahanan terakhir mereka daripada ancaman kaum lain.

Page 6: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

6NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIABELANJAWAN 2015

Oleh SIDIQIN OMAR

BELANJAWAN 2015 adalah yang terakhir dalam pelan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Dari segi Pendapatan Kasar Negara (GNI) per-kapita, negara dika-takan mencecah USD10,060 (RM32,134) pada 2013, melepasi USD10,000 buat julung kalinya.

Atas unjuran itu, Malaysia dikatakan mampu mencapai ne-gara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Namun, untuk mencapai sta-

tus ‘negara maju’, masih banyak aspek yang perlu dipenuhi, an-taranya pengukuhan institusi ekonomi dan sosial yang mantap serta amalan kebertanggung-jawaban.

Justeru, pengisytiharan pen-dapatan purata rakyat pada ka-dar RM5,900 menjadi hambar dan lompang.

Statistik kerajaan menunjuk-kan 7.9 juta rakyat layak men-erima BR1M3.0. Ini bermakna masih banyak isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ke

bawah.Statistik juga menunjukkan

78.6% pencarum KWSP ber-pendapatan kurang RM3,000 dan 40% berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Kenyataan pahit ini terpaksa diterima - di saat kos sara hidup semakin meninggi, pendapatan rakyat masih di tahap sama.

Lebih pahit, pembentangan Belanjawan 2015 10 Oktober lalu tidak menampakkan usaha kera-jaan untuk menangani masalah ini.

Menjelang 2020, minda dan dasar pemimpin BN masih di takuk lama

BELANJAWAN 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Na-jib Razak yang kononnya berjiwa rakyat tidak mem-beri sebarang makna tanpa usaha membasmi rasuah dan kronisme.

“Belanjawan yang disebut sebagai pro rakyat ini sungguhpun ada beberapa langkah untuk men-gurangkan beban, tapi dari segi perkara pokoknya masih tiada sebarang usaha yang benar-benar ber-jiwa rakyat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau membangkitkan isu penjana tenaga bebas yang terus menjadi beban kepada kewangan negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini menanggung hutang besar, namun langsung tidak diulas dalam pembentangan belanjawan.

“Apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah kronisme yang melibatkan IPP, 1MDB (1Ma-laysia Development Berhad) dan perkara lain yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Semua isu ini masih belum dijawab dan ditangani. Jika Najib mahu belanjawannya benar-benar berjiwa rakyat, maka pertalian antara kroni harus diputuskan sama sekali,” katanya ketika ditemui di luar Dewan Rakyat selepas pembentangan 10 Oktober lalu.

Menjelang pembentangan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berulang kali mendesak Najib agar membangkitkan isu itu, terutama 1MDB yang menanggung hutang RM36 bilion, serta kegagalan beberapa anak syarikatnya untuk menghantar pen-yata kewangan tahunan.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga kecewa apa-bila tiada langkah drastik yang diumumkan kerajaan untuk membanteras rasuah, walaupun Malaysia di-laporkan antara negara yang terburuk dilanda gejala itu.

Belanjawan kali ini memperuntukkan sebanyak RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding tahun 2014.

Perbelanjaan mengurus yang dibentangkan hari ini berjumlah RM223.4 bilion, iaitu 81.6% dari kes-eluruhan peruntukan, manakala perbelanjaan pem-bangunan hanya 18%, bersamaan RM50.5 bilion.

Ia juga merupakan antara belanjawan tahunan ter-besar yang pernah dibentangkan oleh kerajaan da-lam sejarah.

Tiada usaha banteras kronisme

DAP tidak pernah menentang dasar kera-jaan untuk membantu Melayu dan Bumi-putera yang benar-benar berhak.

Namun, ia mestilah dengan syarat ba-hawa bantuan tersebut mestilah disasar-kan kepada mereka yang memerlukan dan tidak dijadikan alasan untuk meng-kayakan golongan tertentu.

“Masalah dengan dasar-dasar BN ialah mereka menggunakan alasan ‘memban-tu Melayu’ untuk memberikan kontrak dan lesen kepada kroni yang sudah sedia kaya,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

“Pada masa yang sama, dasar yang berasaskan kaum akan mendiskriminasi dan mengenepikan golongan bukan-Me-layu yang miskin dan turut memerlukan bantuan kerajaan,” tambahnya ketika di-hubungi Roketkini.

Belanjawan 2015 meletakkan agenda bumiputera sebagai salah satu teras den-gan alasan kononnya demi menangani peningkatan populasi Bumiputera seh-ingga 70 peratus pada 2020.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata de-mikian sambil menambah bahawa ker-ajaan merasakan apabila Bumiputera maju barulah negara akan membangun.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti Ke-

bangsaan DAP menyeru supaya kerajaan melaksanakan dasar yang berasaskan keperluan dan bukannya perkauman.

Katanya, ia demi menjamin bahawa

tiada segmen masyarakat yang keting-galan, serta memastikan golongan yang sedia kaya tidak meraih keuntungan dar-ipada nasib golongan miskin.

Bumiputera sekadar alasan kayakan kroni?

l Masih ingat kata-kata Najib ketika pembentangan, menempelak peminjam yang masih belum membayar hutang belajar mereka?

l Pada masa sama, syarikat swasta dan berkaitan kerajaan yang berhutang ratusan juta ringgit dengan kerajaan tidak pula diambil tindakan, antaranya;

l Perwaja Steel - jumlah hutang: RM117.1 juta, bayar: RM30.42 juta

lNational Feedlot Corporation - jumlah hutang: RM250 juta, bayar: RM17.49 juta

l Lebuhraya Shapadu - jumlah hutang: RM83.9 juta, bayar: 23.92 juta

l Equal Concept - jumlah hutang: 83 juta, bayar: RM21.57 juta

PEMINJAM PTPTN DIBURU, GLC DAPAT ‘SIMPATI’

Page 7: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

7NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIABELANJAWAN 2015

SEHARI selepas pembentangan Belanjawan 2015 10 Oktober lalu, akhbar-akhbar arus perdana tan-pa segan silu mencanangkannya sebagai ‘bajet untuk rakyat’.

Namun, tanpa mengambil masa lama, ramai pasti akan dap-at melihat belanjawan kali ini meminggirkan beberapa golon-gan sasaran dan isu-isu penting rakyat.

Antaranya bantuan kebajikan bagi golongan OKU hanya dinai-kkan sebanyak RM50.

Mengulas isu itu, Ahli Parli-men Seputeh Teresa Kok Suh Sim menyifatkan kenaikan kecil terse-

but ternyata gagal meringankan beban golongan tersebut, apatah lagi di saat kos sara hidup semak-in meningkat.

“Kenaikan sebanyak RM50 - daripada RM300 kepada RM350 kepada OKU bekerja dan daripa-da RM150 kepada RM200 kepada yang tidak bekerja sangat sedikit.

“Kerajaan sepatutnya tahu masih ramai yang bergantung sepenuhnya kepada elaun dan memperakui kadar kemiskinan di negara ini meningkat setiap tahun,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas pemben-tangan belanjawan.

Sentimen sama turut disuara-kan Senator K Bathmavathi yang menyifatkan ia tidak berpadanan dengan keperluan sebenar golon-gan OKU.

Katanya, sepanjang tiga sesi parlimen yang lalu, beliau beru-langkali menggesa agar jumlah bantuan RM300 kepada OKU bek-erja ditingkatkan kepada RM500, dan RM150 bagi OKU tidak beker-ja kepada RM300.

“Namun, apa yang diben-tangkan hari ini amat mengece-wakan. Ia langsung tidak bermak-na,” kata Senator OKU itu lagi, seperti dipetik Malaysiakini.

‘Belanjawan untuk rakyat’ hanya omong kosong, golongan terpinggir terus dipinggirkan

Cukupkah naik elaun RM50 untuk bantu OKU?

SELAIN OKU, golongan wanita turut dilu-pakan dalam belanjawan kali ini, di sebalik kata-kata muluk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang wanita ketika pem-bentangan belanjawan.

Dalam pembentangannya, Najib berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan wan-ita dalam pembangunan nasional dan men-didik generasi akan datang.

“Meskipun dengan pengiktirafan itu, jumlah yang diperuntukkan kepada wanita sedikit sahaja,” kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Beliau berkata, peruntukan kepada Ke-menterian Wanita, Keluarga dan Pemban-gunan Masyarakat (KWKPM) meningkat ha-nya sebanyak 3.7 peratus, iaitu dari RM 2.2 bilion kepada RM2.26 bilion.

“Kenaikan peruntukan di bawah purata (lebih rendah daripada kenaikan keseluru-han) dengan sendirinya membuktikan wan-ita dipinggirkan,” katanya dalam sidang me-dia di Dewan Rakyat 14 Oktober lalu.

Lebih menyedihkan, katanya lagi, jumlah tersebut lebih rendah berbanding peruntu-kan kepada Jabatan Perdana Menteri yang

menerima RM19.06 bilion, iaitu peningka-tan setinggi 15.9 peratus berbanding tahun sebelumnya (RM16.45 bilion).

“Kita juga jangan lupa bahawa sebahagi-an besar peruntukan kepada KWKPM ada-lah untuk kebajikan sosial, dan bukannya khusus untuk wanita,” katanya lagi.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Ke-bangsaan itu turut membidas pemotongan peruntukan sebanyak 60 peratus kepada Institut Pemberdayaan Wanita NAM (NAM Institute for The Empowerment of Women, NIEW) daripada RM.4 juta kepada 3.2 juta.

Golongan wanita diabaikan

DI SAAT kadar jenayah semakin tidak ter-kawal, kerajaan nampaknya lebih bermi-nat untuk merisik dan mengawal pihak pembangkang.

Ia dibuktikan dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, Cawan-gan Khas (SB) menerima peruntukan lebih tinggi berbanding Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata, berbanding tahun sebelum-nya, peruntukan kepada SB meningkat 12 peratus iaitu kepada RM47 juta, berband-ing JSJ yang hanya meningkat 2.5 peratus, bersamaan RM13.1 juta.

“SB mendapat kenaikan peruntukan lebih tiga kali ganda berbanding JSJ.

“Ini jelas menunjukkan SB yang sering-kali dikritik kerana membuat intipan ter-hadap ahli dan penyokong pembangkang diberi lebih tumpuan, berbanding JSJ

yang berperanan membanteras jenayah,” katanya dalam satu kenyataan 12 Oktober lalu.

Beliau mendedahkan, statistik tahun 2013 menunjukkan SB mengeluarkan 368,999 laporan risikan termasuk risikan politik, manakala JSJ hanya menyelesai-kan 28,162 daripada 147,062 kes jenayah.

“Ini bermakna setiap hari SB hantar leb-ih 1,000 laporan kerajaan, manakala JSJ hanya berjaya menyelesaikan 19 peratus kes jenayah dari fail siasatan yang dibuka,” katanya.

Justeru, beliau mengkritik kerajaan yang menetapkan keutamaan yang salah ket-ika membahagikan peruntukan kepada PDRM.

“Anggota JSJ berdepan dengan pen-jenayah yang kian ganas, tentunya mere-ka memerlukan sumber lebih besar bagi menjamin keberkesanan operasi serta ke-

Peruntukan ‘SB’ lebih besar berbanding banteras jenayah

RAKYAT IKAT PERUT, TAPI MENTERI...

l Di saat rakyat terus terbeban menghadapi pelbagai kenaikan harga, menteri masih berlagak ‘bodoh’ dengan kenyataan mereka yang hanya menaikkan darah rakyat.

lKerajaan seolah-olah menganggap rakyat bahlul, apabila mencadangkan BR1M diagihkan menerusi kupon, kononnya takut rakyat ‘bermewah-mewah’ dengan jumlah tidak seberapa itu.

lSambil menayang ‘iPhone 6’ barunya, Menteri Ahmad Maslan turut menggunakan alasan yang sama ketika menjustifikasikan keputusan kerajaan mengagihkan BR1M secara ansuran.

l“Bersyukurlah, bukan protes,” kata Menteri Datuk Hasan Malek terhadap rakyat yang marah dengan kenaikan harga minyak 20 sen seliter

Page 8: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

8NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

SAMBUTAN DEEPAVALI

Sempena Perayaan Deepavali 2014 ini, marilah kita menolak sebarang usaha untuk mengubah sikap yang bertolak ansur dan sederhana dengan eksterisme agama dan perkauman.

Hak-hak istimewa bukannya ‘lesen’ un-tuk melakukan korupsi atau melanggar hak asasi manusia.

Pihak yang cuba mengubah sifat mas-yarakat ini juga adalah penyokong pe-merintah status-quo yang berkuasa sekarang dan mereka menyebarkan ide-ologi berbahaya, iaitu ideologi memusu-hi kemajmukan.

Ideologi itu secara langsung mengan-cam kedamaian dan keharmonian ne-gara kita yang berbilang bangsa, budaya dan agama.

LIM GUAN ENGSETIAUSAHA AGUNG DAP

LIM KIT SIANGKETUA PARLIMEN DAP

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu khusus-nya, dan semua warga Malaysia amnya.

Pesta Cahaya ini meraikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan ke atas kejahatan, ilmu melawan kejahilan dan harapan melawan rasa putus asa.

Semoga kita semua mendapat inspira-si daripada makna Deepavali ini, demi sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya yang bebas, adil, demokra-tik, makmur dan berdaya saing – den-gan harapan agar Malaysia menjadi negara yang bersatu-padu, sederhana, dan bertoleransi yang menjadi contoh di seluruh dunia, bukannya negara ber-pecah-belah dan bermasalah.

1

2

3

4

6

Page 9: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

9NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

1. Adun Pulau Tikus Yap Soo Huey menyalakan Ronggoli Kolam buatan pelajar ATEC Academy di Gurney Paragon Mall.

2. Kehadiran Menteri Besar Se-langor Azmin Ali bersama pem-impin Pakatan Rakyat dan DAP menambahkan lagi kemeriahan Rumah Terbuka Exco Kerajaan Negeri V Ganabatirau di Seksyen 7, Shah Alam.

3. Kegembiraan terpancar di wa-jah anak-anak kecil.

4. Pimpinan DAP dan PKR had-ir di Rumah Terbuka Deepavali di Shah Alam dengan semangat meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan.

5. Setiausaha Agung Lim Guan Eng bersama pimpinan DAP Johor mengunjungi Kuil Raja Mariamman berhampiran nadi perniagaan masyarakat India di Jalan Trus, Johor Bahru.

6. Dalam kemeriahan sambutan Deepavali, DAP turut tidak melu-pakan sumbangan petugas me-dia di Perak dengan memberi-kan sumbangan biskut kepada China Press, Nanyang Siang Pau dan lainnya.

7. Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Adun Senai Wong Shu Qi menziarahi rumah Encik Bala untuk menyalurkan sumbangan kepada beberapa buah keluarga di Taman Senai Utama sempena sambutan Perayaan Deepavali.

8. Adun Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong menyertai perara-kan dalam acara Persembahan Silambam 2014 anjuran Pusat Khidmat KKB bersama Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Hulu Selan-gor di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, 19 Oktober lalu.

9. Adun Kinrara Ng Sze Han tidak melepaskan peluang untuk be-ramah mesra dan menghulur-kan sedikit cenderamata kepada

5

7

8

9

Page 10: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

10NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

7 FAKTA GST

1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan. GST dikutip dan dibayar kepada kerajaan

2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai, iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan

3. Peniaga membayar GST apabila membeli barangan dan perkhidmatan. Mereka boleh menuntut kembali kredit 'cukai input' bagi GST yang dibayar

4. Kredit 'cukai input' ditampung semula dari GST yang dikutip

5. Jika caj GST melebihi kredit 'cukai input' bagi satu tempoh, peniaga perlu serah GST kepada kerajaan. Jika kredit 'cukai Input' melebihi GST yang dicaj, peniaga boleh mendapat semula wangnya (refund).

6. Peniaga mengenakan caj GST, tetapi mendapatkan kredit 'cukai input'

7. Beban akhirnya ditanggung pengguna

l Apakah memperkenalkan GST menambah pendapatan perbendaharaan, dalam masa sama tidak akan menambahkan beban ke atas rakyat? Hakikatnya, tiada cukai yang tidak membebankan.

l Pelaksanaan GST jika tidak diawasi akan diperalat dan dimanipulasi oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

l Tambahan hasil cukai daripada GST hanya memanfaatkan pembayar cukai jika dibelanja dengan berhemah. Rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan hasil kerajaan BN tidak meyakinkan.

l Sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST?

l Bagaimana mekanisme lebih mudah bila GST dilaksanakan? Sistem GST ini mempunyai pengiraan yang rumit.

l GST adalah sistem yang rencam. Sehingga ini tidak ada

roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas dibentang kerajaan untuk mencapai belanjawan seimbang.

l Sejauh mana GST menyumbang kepada pengurangan belanjawan defisit negara? Parlimen harus mewujudkan Panel Penyemakan Sistem Percukaian dan Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian.

l GST tidak baik untuk IKS. IKS terpaksa mengenakan caj lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya. Akibatnya permintaan akan berkurangan.

l GST mengakibatkan kenaikan inflasi mendadak bila harga barangan dan perkhidmatan naik akibat peningkatan kos.

l Walaupun GST menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eksport dikurang kepada 4% dari 10%, pengeksport dan perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna.

l GST bakal mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ‘ekonomi bawah tanah’. GST mewujudkan beban pentadbiran ke atas kerajaan dan pengusaha.

KEJATUHAN harga minyak dunia pada kadar 11.71 peratus jelas lebih tinggi berbanding 28 sen subsidi ker-ajaan (10.85 peratus daripada harga pasaran)

Harga pasaran sebenar RON95 lebih rendah berbanding yang diba-yar rakyat Malaysia sekarang ini, iai-tu RM2.30 seliter.

Firma kajian pelaburan, AmRe-search dalam satu laporannya ber-hubung subsidi minyak mengang-garkan purata ‘harga modal’ minyak mentah antarabangsa adalah pada USD84.80 segelen.

'Jika tanpa subsidi, harga RON95 adalah pada RM2.30 seliter, ‘harga modal’ bagi minyak mentah dun-

ia adalah pada purata USD84.80,” laporan tersebut dipetik.

Dengan harga Brent (nilai piawa-ian minyak yang bersumber dari Er-opah) ditutup sehingga 16 Oktober pada USD84.47, rakyat Malaysia kini hakikatnya membayar cukai minyak untuk RON95.

AmResearch menganggarkan pengurangan 10 peratus harga minyak mentah dunia, berpotensi mengurangkan jumlah subsidi yang diberikan kerajaan kepada RM35.6

juta.Justeru itu, dengan harga minyak

dunia menurun melebihi 11 peratus, kerajaan perlu telus dalam bagaima-na baki wang yang dijimatkan itu di-belanjakan.

Dalam Belanjawan 2015, kerajaan menganggarkan akan mengutip cukai berkaitan berjumlah RM17.3 bilion, iaitu dalam bentuk duti eksais (RM8 bilion), cukai jualan (RM4.5 bilion), duti import (RM1.1 bilion) dan lesen kenderaan (2.4 bilion).

KERAJAAN digesa menangguhkan pelak-sanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana bukan sahaja rakyat Malay-sia tidak faham dengan sistem percukaian baru tersebut, malah agensi kerajaan ber-kaitan sendiri masih belum bersedia.

Menurut Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, Jabat-an Kastam Diraja Malaysia melaporkan ba-hawa hanya 94,943 syarikat telah berdaftar bagi GST sehingga 17 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong dalam satu kenyataan berkata, sasa-ran kerajaan untuk mendaftarkan 140,000 syarikat masih terlalu jauh.

Dianggarkan kira-kira 300,000 per-niagaan di Malaysia dengan perolehan me-lebihi setengah juta ringgit setahun yang mesti mendaftar untuk GST.

Kastam memaklumkan, perniagaan dengan nilai perolehan bercukai (tidak ter-masuk GST) bagi pembekalan untuk suatu

tempoh 12 bulan atau kurang yang melebi-hi nilai ambang RM500,000, dikehendaki berdaftar di bawah GST.

"Kerajaan menetapkan sasaran 140,000 syarikat berdaftar menjelang akhir tahun, namun tidak sampai separuh daripada jumlah syarikat bendaftar untuk GST,” kata Chong.

Katanya, kerajaan gagal memberi mak-lumat dan penerangan selain bantuan ke-

pada syarikat di Malaysia yang kini dalam fasa peralihan dari cukai jualan dan perkh-dimatan (SST) kepada GST.

Manakala masyarakat peniaga terpaksa memisahkan beberapa akaun berikutan perniagaannya melibatkan jenis barangan yang disenarai sebagai cukai GST berka-dar sifar, yang membebankan pentadbiran perniagaan.

Sesetengah perniagaan terdorong mengelak cukai ke atas bekalan yang dikenakan GST walaupun tidak berhasrat mengelak, namun secara tidak sengaja boleh melakukan kesilapan akibat kerumi-tan tersebut.

GST turut meletakkan 80 peratus pek-erja Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak layak membayar cukai pendapatan dalam kedudukan tidak seimbang, dalam masa sama melepaskan baki 20 peratus pekerja Malaysia melalui pemotongan faedah cukai pendapatan.

Tangguh GST sekarang, agensi kerajaan sendiri tak bersedia

Rakyat Malaysia bayar minyak RON95 lebih mahal daripada harga pasaran?

ISU DAN IMPLIKASI GST

“Jika tanpa subsidi, harga RON95 adalah pada RM2.30 seliter, ‘harga modal’ bagi minyak mentah dunia adalah pada purata USD84.80”

- Firma kajian pelaburan, AmResearch

Page 11: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

11NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

PADA awal 1980-an, kira-kira 70% keluasan Malaysia dikategorikan sebagai desa dan keadaan kini berubah apabila 72% keluasan negara kini dikategorikan se-bagai kawasan bandar berdasarkan pertumbuhan 2.4% setahun.

Kajiselidik pendapatan isi rumah 2012 menyatakan, purata pendapatan penduduk desa adalah RM3,080 sebulan, jauh lebih rendah berbanding RM5,742 di ka-wasan bandar.

Melalui nyah-pemusatan, Pakatan Rakyat menca-dangkan program kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan dibawa ke kawasan desa.

Antaranya, memanfaatkan peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk membangunkan sektor pertanian, mencipta peluang kerja, sekaligus mengu-rangkan pergantungan kepada import makanan.

Pakatan turut mencadangkan fungsi agensi pemasa-ran seperti FAMA disemak dan dinaiktaraf agar lebih berkesan dalam memasarkan ekonomi desa selain meningkatkan kemudahan prasarana dan jaringan tel-ekomunikasi di kawasan desa.

BELANJAWAN PAKATAN FOKUS KEBAJIKANBelanjawan Pakatan 2015 ingin mengembalikan roh kebajikan dalam wacana belanjawan dan ekonomi negara.

Dalam suasana ekonomi yang semakin melebar kesenjangan antara miskin kaya, adalah menjadi tanggungjawab ker-ajaan untuk memperkukuh-kan sistem jaringan sosial dan bantuan kepada golongan ber-pendapatan rendah.

Pakatan Rakyat meletakkan empat keutamaan demi mem-pertahankan kebajikan rakyat:

1 Gaji yang adil demi memastikan pekerja mendapat perkongsian sewajarnya dalam membina hidup yang bermaruah.

2 Mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan subsidi umum bagi mengekang kenaikan harga barang.

3 Menyediakan lebih banyak skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat untuk membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah.

4 Merancakkan ekonomi desa agar penduduk luar bandar tidak terpinggir dari arus ekonomi dan tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.

INTIPATI√ Perkukuh tatakelola, menghapus ketirisan dan rasuah √ Mengurangkan defisit belajawan dengan sasaran

2.6%√ Lebih peruntukan untuk belanja pembangunan√ Menjaga khazanah minyak dan gas negara

√ Memperkenal cukai Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT yang) mencukai keuntungan modal

√ Mempertahan perdagangan bebas dan adil√ Pembangunan desa yang menyeluruh√ Hak perumahan untuk rakyat

BAGI tahun 2013, dari keseluruhan ekonomi yang dijana negara dan diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 33.6% sampai kepada rakyat dalam bentuk gaji dan upah, manakala 2.2% dalam bentuk cukai kepada kerajaan.

Baki 64.2% daripada keseluruhan saiz ekononmi negara dipegang syarikat dan pemilik perniagaan dalam bentuk lebihan keuntungan operasi.

Jika sasaran negara maju menjelang 2020 mahu dicapai, majikan di Malaysia perlu menaikkan gaji purata sekali ganda dalam tempoh enam tahun, supaya perkongsian ekonomi negara dalam bentuk gaji dan upah setara den-gan negara-negara maju, iaitu pada angka 66%.

Pakatan Rakyat meletakkan sasaran nisbah perkongsian gaji/upah pekerja dari keseluruhan ekonomi yang dijana perlu mencecah 50% menjelang 2020, berbanding 33.9% pada 2013.

Nisbah perkongsian gaji/upah mestilah mencapai kenai-kan 15.9% setiap tahun di antara 2015 hingga 2020.

Langkah drastik bagi menaikkan gaji dirangka bersama konsensus tiga institusi, iaitu majikan, pekerja dan kera-jaan.

Gaji yang lebih baik menghasilkan masyarakat yang se-jahtera, mengurangkan jurang miskin-kaya, mewujudkan kestabilan dan menghapuskan anasir-anasir perkauman.

INDEKS harga rumah hari ini melebihi 40% berbanding tahun 2010. Walaupun harga rumah mendatar kebelakan-gan ini, ia masih mencecah kadar 8%.

Dengan pengenalan GST, harga rumah dijangka men-galami kenaikan sekitar 8% hingga 10%, dan boleh mencecah 15% bagi rumah teres.

Syarat pembiayaan yang ketat termasuk tempoh pem-biayaan kepada 35 tahun dari 45 tahun sebelum ini men-ingkatkan beban ansuran bulanan, sekaligus meminggir dan menyukarkan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

Bank Negara dicadang membenarkan semula Devel-oper Interest Bearing Scheme (DIBS) ditawarkan kepada pembeli rumah kali pertama selain memansuhkan duti setem.

Kerajaan Pusat wajar mencontohi Pulau Pinang dengan memperkenalkan Skim Pemilikan Bersama bagi meluas-kan pembiayaan pemilikan rumah kepada golongan ber-pendapatan rendah.

Kerajaan juga wajar menaikkan pembiayaan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kepada RM3 bilion berbanding RM180 juta bagi membolehkan SJKP khid-mat pinjaman kerdit kepada pembeli rumah kali pertama hingga ke nilai RM400,000.

GAJI YANG ADIL UNTUK HIDUP BERMARUAH

HAK PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

UPAYAKAN EKONOMI LUAR BANDAR

Page 12: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

12NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIABUDAYA

Oleh IZMIL AMRI

Malam rantai besi yang mengunci pagar Universiti Malaya luluh dek tekanan tangan-tangan anak muda

mahasiswa, Malaysia barangkali menjadi saksi untuk ke sekian kalinya bagaimana penyertaan politik itu ternyata bukan sep-erti hak milik kelompok orang tua-tua yang merasakan ia mengurus negara. Tidak, ne-gara bukan syarikat, sebagaimana universi-ti bukan kandang ternak kerbau dan anak muda bukan haiwan ternakan.

Anak muda, tidak kira yang mahasiswa universiti, atau yang tercicir lepas peluang mengaji di institusi pengajian tinggi-ting-gi, semuanya mempunyai persamaan di zaman ramai orang terpaksa ikat perut ini. Mereka semuanya tidak puas hati dan pun-ya pendapat sendiri yang tidak tertahan-ta-han lagi. Justeru itu, akan sampai satu masa mereka pastinya akan mencari ruang untuk menyatakan rasa tidak puas hati itu.

Penglibatan anak muda ke dalam proses politik itu fitrah. Penyertaan anak muda ke dalam proses politik di rantau ini memang budaya turun-temurun, seperti saka yang menjadi sumpahan nenek moyang. Tidak akan ada yang dapat lari daripada memikul tanggungjawab menjadi jurucakap hati nu-rani rakyat apabila sampai serunya.

Angkatan Pemuda Insaf contohnya, di-gagaskan antara lain oleh Ahmad Boes-tamam pada usia baru 26. Di saat tanah air memerlukan cahaya di tengah gelap, tangan-tangan anak muda yang membawa obor pencerahan. Apabila sampai serunya, anak muda pun bingkas ke baris depan.

Penyertaan politik budaya generasi baru

Partai Tindakan Demokratik (DAP) juga sebenarnya bukan sebuah parti yang pe-nuh orang tua-tua. Ia malah menyediakan ruang lebar dan melimpah ruah untuk anak muda mengasah bakat kepimpinan dan berahi mereka untuk berkhidmat kepada bangsa. DAP sendiri malah diasaskan se- awal 1966 dengan kerja berat saudara Lim Kit Siang yang pada waktu itu baru awal 20-an.

Hampir setengah abad kewujudan DAP itu dijana dengan kudrat dan berahi anak

muda. Meski saban hari yang dicanang musuhnya itu kalimat yang sama – Cina, Cina, Cina – namun DAP tidak pun terencat kerja politiknya. Malah, setakat pilihanraya umum tahun lalu, ia berjaya menghantar sejumlah besar pimpinan mudanya ke De-wan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Budaya politik berjiwa muda ini mem-bawa watak dan sikap yang bukan setakat melawan, tetapi gigih mempersoal dan mendesak kebertanggungjawaban. Demiki-an kekuatan pakatan politik Pakatan Rakyat – menghadirkan suara pimpinan muda yang jauh lebih ramai berbanding barisan sebelah sana.

Justeru apabila si menteri progresif ko-non mesra anak muda Khairy Jamaluddin menyifatkan penyertaan wanita-wanita muda bertali arus ke dalam DAP sebagai sekadar ilusi, beliau jelas silap. Ia bukan ilusi, tapi mimpi ngeri. Dia sampai terpak-sa menjawab Sekolah Demokrasi DAP den-gan suatu benda yang dipanggil Akademi Kepimpinan Kapten Hussein. Bunyi macam Akademi Fantasia, tapi tak sama.

Sekolah Demokrasi

Pendidikan dan latihan politik punya pe-ranan maha besar dalam acara ‘kerja ber-

ganti-ganti’ di lapangan aktivisme politik Malaysia. Berhadapan sebuah rejim yang menindas, tidak boleh tidak bagi sesebuah organisasi politik pastinya akan berhada-pan kemungkinan seorang pimpinan boleh terheret ke penjara dan harus ada yang bersedia memikul tanggungjawab yang ter-tinggal.

Di sini timbul keperluan untuk menyedia-kan anjung seluas-luasnya untuk mengena-li dan memahami perjuangan parti DAP, dengan harapan kalau pun tidak sudi untuk berjuang sekali cukuplah sekadar mema-hami dan tidak salah erti.

Sekolah Demokrasi diperkenalkan den-gan modul asas untuk memahami pokok pangkal sistem mandat yang diberikan oleh warganegara kepada perwakilannya. Sistem demokrasi, meski ramai yang meng-aku tahu, ternyata bukanlah semudah yang disangka. Justeru itu demokrasi diletakkan sebagai perkara utama dalam latihan men-genali perjuangan DAP. Sementelahan na-manya pun Parti Tindakan Demokratik.

Setakat tiga tahun usia Sekolah Demokra-si, kita telah boleh melihat penglibatan anak muda yang kian berjinak-jinak den-gan DAP semakin bertambah rancak. Sega-la yang kabur mengenai DAP serta segala fitnah yang selama ini disuap melalui me-

dia kawalan pemerintah akhirnya terurai semuanya.

Tidak sedikit komen peserta yang ber-kata bahawa persepsinya terhadap DAP berubah sama sekali selepas menyertai Se-kolah Demokrasi. Malahan ramai juga yang bersemangat mahu terus menjadi ahli dan mahu berkhidmat kepada parti.

Namun, bukan itu yang disasarkan. Kal-au setakat mahu menambah bilangan ahli, boleh sahaja borang parti itu diedar mer-ata-rata, di kalangan masyarakat Melayu terutamanya.

Lebih penting bagi penganjur Sekolah Demokrasi ialah memberi pendidikan poli-tik dan pemahaman kepada orang ramai tentang kuasa yang bersumberkan pilihan mereka. Inilah dia budaya politik yang mahu disuburkan, dengan harapan supaya rakyat tidak sekadar meletak tanda pang-kah di logo pilihan hati lima tahun sekali, tetapi turut sama melibatkan diri secara langsung dalam wacana politik negara.

Maklumat lanjut mengenai Sekolah Demokrasi boleh didapati dengan mela-yari Roketkini.com/Sekdem atau laman Facebook rasmi facebook.com/Sekolah-Demokrasi

SEKDEM PUPUK BUDAYA POLITIK BARU

Page 13: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

13NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIABUDAYA

Oleh NEIL GAIMAN

THAMES adalah raksasa yang jijik: seperti ular, ia menyusur membelah London. Atau mungkin naga laut. Semua sungai mengalir menujunya - Fleet, Tyburn dan Neckinger - membawa semua kekotoran, sampah dan sisa, bangkai kucing dan anjing, serta tu-lang biri-biri dan babi kedalam kekeruhan Thames, yang akan membawanya ke arah timur, ke muara dan seterusnya ke Laut utara lalu hilang dilupakan.

London hujan. Airnya membasuh koto-ran masuk ke longkang, berkumpul lalu mengalir ke sungai, dari sungai masuk ke dalam 'kuasa luarbiasa'. Bisingnya hujan, memercik dan mengetuk dan mendetar bumbung-bumbung. Jika airnya bersih ketika turun dari langit, ia hanya perlu menyentuh London untuk menjadi kotor, untuk mengocak habuk dan menjadi lum-pur.

Tiada siapa yang meminumnya; air hujan mahu pun air sungai. Mereka ber-jenaka tentang air Thames yang segera membunuh peminumnya. Salah. Ada anak jalanan yang akan menyelam jauh ke da-lamnya demi syiling yang dibuang, lalu timbul kembali, meludah airnya, menggig-il sambil menjulang syiling yang kini mili-knya. Mereka tidak mati, tentunya, atau bukan disebabkannya, walaupun tiada di kalangan mereka yang berusia lebih lima belas tahun.

Perempuan itu seperti tidak peduli den-gan hujan yang mencurah.

Dia berjalan sepanjang dok Rotherhithe, seperti yang dilakukannya bertahun, berdekad: tiada siapa tahu berapa lama, sebab tiada siapa peduli. Dia berjalan, atau merenung jauh ke laut. Dia amati kapal-kapal yang teroleng-oleng dibuai ombak. Perempuan itu perlu melakukan sesuatu, agar tubuh dan ruhnya kekal, tidak terpisah. Namun tiada siapa di sana yang dapat mengagak apakah sesuatu itu.

Kau sedang berlindung di bawah kajang kanvas yang dipasang penjaga layar. Kau yakin kau bersendiri di sana pada mulan-ya, kerana perempuan itu seperti tugu - pegun merenung laut, walau pun tiada apa untuk dilihat menembusi titis hujan yang mencurah. Seberang Thames telah lenyap.

Kemudian dia nampak kau. Dia nampak kau lalu mula berbicara, bukan kepadamu, bukan, tetapi kepada air kelabu yang jatuh daripada langit kelabu ke sungai kelabu. Dia berkata, “ Anakku ingin jadi kelasi,” dan kau tidak tahu untuk berkata apa, atau bagaimana membalasnya. Kau perlu menjerit supaya dapat didengar di sebalik raungan hujan, namun dia terus berkata, dan kau mendengar. Kau dapati yang kau berusaha untuk menangkap setiap tutur katanya.

“Anakku ingin jadi kelasi.“Aku katakan kepadanya, jangan pergi

ke laut. Aku ibumu. Laut tidak akan men-yayangimu seperti mana aku. Laut kejam. Tapi dia berkata, ibu, saya ingin melihat dunia. Saya nak lihat matahari terbit di ho-rizon, dan 'Aurora Borealis' menari di lan-git Artik, dan paling penting saya nak men-capai kekayaan. Selepas mendapatnya, saya akan kembali ke pangkuanmu, dan mendirikan rumah untukmu, ibu akan ada pembantu, dan kita akan menari dengan bahagia, ibu, kita akan hidup bahagia...

“Apa perlunya rumah yang cantik bagi-ku? Aku berkata kembali. Kau amat naïf dengan kata-kata indahmu. Aku ceritakan

kisah bapanya, yang tidak pernah kembali dari laut – ada yang mengatakan dia telah mati dan hilang dari kapal, yang lain ber-sumpah mereka melihatnya menjadi bapa ayam di Amsterdam.

“Apa bezanya. Laut telah merampasnya.“Ketika dia, anakku, berusia dua belas

tahun, dia melarikan diri, ke dok, dan pergi dengan kapal pertama yang dilihatnya, ke Flores di Azores, kata mereka kepadaku.

“Ada kapal-kapal yang bawa sial. Kapal-kapal jahanam. Mereka mengecatnya set-iap kali selepas bencana, serta berikannya nama baru, untuk memperdaya mereka yang lalai.

“Kelasi percaya hal-hal karut. Cerita tersebar. Kapal itu dibiarkan terkandas oleh kaptennya, atas arahan pemiliknya, untuk menipu insurans. Dan selepas itu, selepas semua dibaiki sehingga menjadi seperti baru, kapal itu dirampas lanun, dan ia menjadi penghantar selimut dan menjadi kapal wabak yang dikendalikan mayat-mayat, dan hanya tiga orang yang membawanya ke pelabuhan Harwich...

“Anakku berlepas dengan sebuah kapal 'Stormcrow'. Ia dalam perjalanan pulang, dan dia bawa bersama harta-hartanya -

dia terlalu muda untuk menghabiskannya untuk perempuan dan arak, seperti bapa-nya - dan taufan melanda.

“Dia yang paling muda dalam bot penyelamat.

“Menurut mereka, undi dicabut dengan seadilnya, tapi aku tak percaya. Dia lebih kecil berbanding mereka. Selepas lapan hari hanyut, mereka pasti sangat lapar. Dan jika benar mereka cabut undi, tentun-ya dengan helah.

“Mereka meratah sehingga bersih tu-langnya, satu demi satu, dan mereka cam-pakkan tulang-tulang itu kepada ibunya yang baru - laut. Dia menerimanya tanpa berkata apa-apa, tanpa air mata. Dia ke-jam.

“Ada waktunya aku berharap yang dia tidak berkata benar. Dia boleh saja berbo-hong.

“Mereka campakkan tulang-tulang anak-ku ke laut, namun seorang anak kapal - yang kenal suamiku, dan juga mengena-liku, di luar pengetahuan suamiku, sebe-narnya - menyimpan seketul tulang se-bagai tanda ingatan.

“Ketika mereka kembali ke darat, semuanya bersumpah anakku hilang ket-

ika taufan menenggelamkan kapal. Malam itu dia datang ke rumah, dan mencerita-kan perkara sebenar, dan dia berikan tu-lang itu, demi cinta yang pernah wujud antara kami.

“Aku katakan, kau telah lakukan perkara yang cela, Jack. Yang kau makan itu anak-mu.

"Pada malam itu, lautan turut mengam-bilnya. Dia berjalan ke arahnya, dengan poket yang dipenuhi batu, dan dia terus melangkah. Dia tidak pernah belajar ber-enang.

“Dan aku ikat tulang itu pada seutas ran-tai sebagai tanda ingatan mereka berdua, ketika hari sudah jauh malam, ketika angin memukul ombak dan menghempasnya ke pantai, ketika angin meraung di antara ru-mah-rumah seperti bayi menangis."

Hujan kian reda, dan kau fikir perem-puan itu sudah selesai, tetapi kini, buat pertama kali, dia memandang ke arahmu, seperti ingin mengatakan sesuatu. Dia menarik sesuatu daripada lehernya, dan menghulurkannya kepadamu.

“Ini,” dia berkata. Matanya sekeruh Thames. “Adakah kau ingin memegangn-ya?”

Kau ingin menarik rantai itu daripada lehernya, dan melemparkannya ke dalam sungai agar ditemui oleh anak jalanan, atau mungkin sahaja terus hilang. Namun sebaliknya kau keluar dari lindungan kan-vas, menuju ke arahnya, dan hujan pun menitis di wajahmu, seperti air mata seo-rang yang asing.

*Terjemahan oleh AEDI ASRI

Cerpen: Melangkah ke arah lautan tanpa cahaya“Ada kapal-kapal yang bawa sial. Kapal-kapal jahanam. Mereka mengecatnya setiap kali selepas bencana, serta berikannya nama baru, untuk memperdaya mereka yang lalai.”

Page 14: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

14NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIARENCANA

Akta Hasutan: berhimpun sudah, makan pun sudah, sekarang apa?

Oleh IZMIL AMRI

Sudah berbulan-bulan kita diasak dengan perkhabaran mengenai Akta Hasutan

1948 dari semua arah. Tidak sedikit pem-impin Pakatan Rakyat yang disiasat serta didakwa menggunakan akta ini. Ada juga yang hampir sahaja menjadi mangsa un-dang-undang jahat ini, tetapi kemudian didakwa dengan undang-undang lain yang tidak kalah mengarut.

Akta Hasutan ialah akta yang mengarut. Undang-undang ini menyekat hak dan ke-bebasan untuk bersuara dan menjenayah-kan apa sahaja hal yang boleh dikatakan menghasut. Asalkan sahaja pemerintah tidak suka dengan pendapat atau kritikan yang kita suarakan, tidak kiralah sama ada kritikan kita itu berniat menghasut atau tidak, mahupun sama ada kritikan kita itu berjaya atau gagal membawa kesan, kita boleh didakwa.

Ya, kita semua boleh didakwa. Bukan sa-haja ahli politik, rakyat biasa yang tidak ada kepentingan politik juga sudah diheret ke kandang tertuduh dikeranakan Akta Hasu-tan; cukup setakat bermodalkan kegiatan di Facebook. Malah pensyarah yang memberi-kan pendapat akademik, mahupun peguam yang memberikan pendapat undang-un-dang pun tidak terlepas.

Akta Hasutan digubal oleh pihak penja-jah British sepuluh tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan demi memastikan pihak kerajaan British sewaktu itu tidak dicabar, supaya pihak yang dijajah tidak bangkit melawan.

Ia digubal pada tahun 1948 untuk menga-wal aktiviti militan komunis. Namun, tidak ada satu pendakwaan pun di bawah Akta ini semasa pihak British menjajah. Hanya selepas kemerdekaan dicapai barulah kita melihat ia digunakan untuk membuat pen-dakwaan di mahkamah.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedua-dua hak bersuara dan juga hak daulah untuk menggubal un-dang-undang bagi mengekang hak tersebut.

Majlis Peguam dalam mesyuarat tergem-parnya telah pun menerima usul untuk menggesa supaya Akta Hasutan segera dimansuhkan, bertepatan dengan janji Per-dana Menteri Najib Razak untuk memansu-hkannya dua tahun lalu.

700 lebih peguam yang hadir ke mesyuar-at tersebut menyokong usul supaya Majlis Peguam berarak, dengan hanya 13 suara menentang.

Kali keempat Peguam berarak

Ribuan peguam, aktivis masyarakat dan anak muda tempoh hari telah berhimpun di Padang Merbok dan berarak menuju Par-limen. Cuma tiga tuntutan yang dikemuka-kan kepada badan penggubal undang-un-dang negara itu.

Pertama supaya Akta Hasutan diman-suhkan, memandangkan Perdana Menteri sudah pun mengulang janji mahu mansuh akta drakonian itu beberapa kali. Kedua, mereka meminta supaya semua pertudu-han dan siasatan di bawah Akta tersebut digugur dan dihentikan. Ini bagi membuk-tikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas mahu memansuhkan Akta itu. Jika sudah dibilang tidak sesuai, kenapa perlu terus

digunakan?Yang ketiga dan yang paling utama, ialah

supaya tiada akta gantian yang lebih kurang sama sahaja mengarutnya dengan Akta Hasutan. Ini penting kerana Akta Hasutan bukanlah undang-undang mengarut perta-ma yang dibantah hebat oleh orang ramai lalu diganti secara kosmetik sahaja kemudi-annya.

Sebelum ini juga kita telah pernah melihat bagaimana Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) turut dibantah dan dipertikai kerana ia menafikan hak-hak asasi sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. ISA menghalalkan penahanan tanpa bicara, dan secara berkesan men-jatuhkan hukuman kurungan tanpa melalui sebarang proses soal jawab di mahkamah mahupun mengemukakan keterangan un-tuk diuji.

Perdana Menteri bermulut manis Najib Razak akhirnya mengambil langkah popular memansuhkan ISA; yang disambut dengan

sorak sorai dan air mata lega dari semua la-pisan aktivis masyarakat yang sudah berta-hun-tahun berjuang mendesak ISA diman-suhkan.

Namun dengan tidak semena-mena, kita melihat anasir-anasir ISA ini muncul kem-bali dalam beberapa undang-undang baru, termasuk pindaan kepada Kanun Kesek-saan serta Akta SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Para peguam dan aktivis telah pun ber-himpun di tengah terik mentari dengan ber-pakaian ‘suit’ lengkap siap dengan tali leher dan sesetengahnya dengan kasut tumit tinggi menapak jauh hingga ke muka pintu Parlimen menuntut supaya Akta Hasutan tidak dimansuhkan dengan sedemikian rupa. Kalau setakat mengenakan pindaan runcit-runcit atau dilabel semula dengan nama baru tetapi isi yang lama, tidak perlu-lah Perdana Menteri beriya-iya menjaja ide demokrasi terbaik dunia mahupun gagasan wasatiyahnya merata-rata.

DAP terus lawan Akta Hasutan

Pendirian DAP ternyata tidak pernah berubah. Sudah demikian ramai pemimpin-nya menjadi mangsa akta drakonian ini. Siri tangkapan, siasatan dan pendakwaan akh-ir-akhir ini bagi DAP adalah bukti kerajaan takut berdepan dengan rakyat yang berani bersuara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng da-lam ucapannya di majlis kutipan dana Ger-akan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengim-bau kembali peristiwa yang menimpanya sehingga dipenjarakan selepas disabit ber-salah di bawah Akta Hasutan.

“Saya didapati bersalah di bawah Akta Hasutan. Saya ingat, saya boleh (menang) kerana saya bercakap benar. Tetapi saya terus ditahan.

“Di bawah Akta Hasutan, sesiapa pun boleh didapati bersalah,” kata Guan Eng menegaskan, kezaliman akan terus berlaku sekiranya rakyat berjaya didiamkan.

Pada 28 Februari 1995, Guan Eng didak-wa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dikatakan menyebabkan “perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan keadilan di Malaysia.” Perbicaraan tersebut berkaitan pendedahannya mengenai kes rogol gadis bawah umur melibatkan bekas Ketua Ment-eri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Guan Eng ketika itu merupakan ahli parli-men Kota Melaka.

Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tamba-han di bawah Akta Percetakan dan Pener-bitan dikenakan ke atasnya kerana ‘mence-tak dengan niat jahat’ risalah mengandungi perkataan ‘mangsa terpenjara’ bagi meng-gambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Guan Eng disabit bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan kemudiannya merayu ke atas hukuman yang dianggap terlalu rin-gan dan pada perbicaraan berikutnya huku-man ditambah kepada penjara tiga tahun dan Guan Eng dilucut jawatannya sebagai ahli parlimen.

“(Jika tidak bersuara), anda akan men-eruskan ketidakfahaman itu. Apa yang kita nak lihat sekarang ini bukan sekadar pe-mansuhan Akta Hasutan, tetapi kita nak li-hat Malaysia yang baru dan bebas daripada sebarang kerakusan,” ujarnya.

Apa yang kita nak lihat sekarang ini bukan sekadar pemansuhan Akta Hasutan, tetapi kita nak lihat Malaysia yang baru dan bebas daripada sebarang kerakusan.

- LIM GUAN ENG

Page 15: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

Sila kirim tempahan anda ke:Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL.Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika

anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.

No. Telefon:

02 03 04 05 0607

08 09 10 11

1312

No. Barangan Harga(RM)

KTT Jumlah(RM)

01 Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang 15.00

02 Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD) / Genta Media

15.00

03 Kalender kreatif: komuniti Kluang impian 25.00

04 Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia / Kee Thuan Chye

39.90

05 Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang 15.00

06 Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong 10.00

07 Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi 20.00

08 Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng 20.00

09 Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid 15.00

10 Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid

20.00

11 Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng 8.00

12 Bajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita / Teh Chi Chang

20.00

13 1 Black Malaysia / DAP 15.00

14 Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com 9.90

15 Berdialog dengan gereja: sebuah travelog kedamaian / Mujahid Yusof Rawa

25.00

16 Mengatasi Korupsi Asas-asas / Bertrand De Speville 30.00

17 Keadilan untuk Beng Hock / DAP 15.00

18 Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? / Syed Husin Ali

RM18

19 Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi / Azhar Ibrahim

RM33

20 Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002) / Cheong Yuen Keong

RM38

21 Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analis / Rustam A Sani

RM18

22 Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan / Mohamed Salleh Lamry

RM25

**BAYARAN POS (RM5 / RM10)Peninsular Malaysia RM8 Sarawak & Sabah RM15

Jumlah

Kehabisan Stok?

gentamedia.com gentamedia

l Pesan kedai buku untuk mengisi stokl Hubungi kami: 03-9281 8105

Buku juga boleh didapati di:

01

14

Nama (seperti dalam IC) :Jantina : Pekerjaan :No IC :Alamat :

Tel (H/O) : (HP):Emel :

Butir Peribadi

Cek Kiriman Wang Pos No Slip Bank Masuk

Cawangan Bank:

Jumlah Bayaran: RM

Kad Kredit

Nama atas Kad Kredit:

Visa Master Bank Pengeluaran Kad :

Negara Pengeluaran Kad:

Jumlah Bayaran: RM No. Kad Kredit:

Tandatangan Pemegang Kad: _______________________

Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit)

Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.

BUTIR BAYARAN

Syarat-syarat:

* Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja

* Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.

12 isu (RM12) 24 isu (RM 24) * termasuk bayaran pos

Jenis Langganan Baru Membaharui No Ahli : ____________

Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32

BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM)

Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:Genta Media Sdn BhdBlok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

15 16 17 18 19 20 21 22

Nama:Emel:Alamat:

Perhatian:Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn BhdAnda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32

Sila fakskan bank-in-slip kepada kami.Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105

Page 16: HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN … Rocket B… · “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai ... ham syarikat itu. Pada tahun yang sama, ... faham soalan

16NOVEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

PENYATA Kewangan dan Pengu-rusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan 2012 menunjukkan banyak syari-kat memiliki tunggakan hutang dengan kerajaan mencecah jutaan ringgit.

“Peminjam PTPTN gagal mem-bayar hutang diancam senarai hitam. Pemilik syarikat hutang ju-taan ringgit kekal, malah bebas un-tuk memiliki syarikat lain,” kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming.

Beliau membangkitkan isu syari-kat dalam penyata itu memiliki tunggakan hutang besar dengan kerajaan, termasuk syarikat swas-ta dan GLC melalui Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan Diperbadankan (Ministry of Fi-nance Incorporated).

“Dinyatakan pembayaran semu-la Perwaja Steel dan Equal Concept (yang ada pegangan dalam Per-waja) pada tahun 2012 sepatutnya RM30.42 juta dan RM21.57 juta.

Kedua-duanya gagal membayar. Malah, sebahagian hutang mereka turut dihapuskan (RM58.06 juta bagi Perwaja, RM41.52 bagi Equal

Concept).“Mereka bukan sahaja tidak di-

hukum, malah mendapat ‘hadiah’ daripada kerajaan dengan meng-hapuskan sebahagian daripada hutang itu,” katanya.

Syarikat lain amtaranya Leb-uhraya Shapadu yang hanya membayar RM5.53 juta daripada tunggakan RM17.83 juta (hutang keseluruhan RM83.9 juta) dan syarikat paling terkenal – National Feedlot Corporation (NFC) milik Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang tidak memba-yar sesen pun daripada tungga-kan RM17.83 juta (jumlah hutang

RM250 juta).Senarai itu tidak termasuk

hutang dilupuskan seperti Invent QJaya (RM244 juta), serta pinjaman mudah (soft loan) mencecah RM4.6 bilion untuk ‘menyelamatkan’ Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)’.

Berdasarkan Laporan Audit Ne-gara 2012, sembilan GLC antaranya Cyberview, Indah Water Konsorti-um, UDA Holdings, Malaysia Debt Ventures dan Columbia Aircraft Manufacturing Corporation masih berhutang ratusan juta dengan ker-ajaan.

“Jumlah tertunggak RM1.3 bil-ion pada akhir tahun 2012. Mereka

sepatutnya membayar RM640.4 juta pada 2012, tetapi hanya ber-jaya membayar RM221.98 juta,” ujarnya.

Indah Water Konsortium (IWK) turut gagal membayar pinjaman RM165.58 juta dan mempunyai pinjaman terkumpul RM1.94 bilion pada akhir tahun 2012.

Syarikat yang gagal membayar pinjaman pula mencatat keun-tungan, seperti pemaju Bandar Pintar Cyberjaya iaitu Cyberview yang mencatat keuntungan selepas cukai RM4.7 juta pada 2013, Debt Ventures Malaysia (RM23.7 juta) dan Composites Technology Re-search Malaysia (CTRM) RM12 juta pada tahun 2012.

“Mengapa syarikat ini seperti mendapat ‘pas percuma’ sedang-kan berjuta-juta peminjam PTPTN dikenakan tindakan berat termasuk disenaraihitamkan?” soal Kian Ming.

Menteri Pendidikan 2 Datuk Seri Idris Jusoh berkata 170,000 pem-injam PTPTN akan disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) tahun de-pan jika gagal membayar kembali pinjaman berjumlah RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010.

Manakala pada 8 Oktober, Tim-balan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyarankan 552,000 peminjam yang tidak membayar pinjaman PTPTN su-paya bertaubat.

UTAMA

SYARIKAT KRONI HUTANG BERJUTA DIBIARKAN, PEMINJAM PTPTN DIKEJAR

1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) bukan sahaja mempu-nyai hutang terkumpul, malah membayar komisyen sepuluh kali ganda melebihi kadar pasaran kepada pihak tertentu dalam usah-anya mengumpul dana.

Pada Mei 2012 dan Mac 2013, 1MDB berjaya mendapatkan RM5.6 bilion dan RM9.6 bilion dana untuk tempoh 10 tahun se-tiap satu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mengulas pendedahan akhbar The Edge tersebut menyatakan, amalan 1MDB itu tidak pernah diketahui umum.

“Apa yang mengejutkan ialah pemotongan RM630 juta dan RM906 juta untuk ‘komisyen dan perbelanjaan’ mewakili 10 pera-tus setiap satu pendanaan,” katanya.

Justeru itu, Pua meminta penjelasan sama ada 1MDB begitu ‘bodoh’ sehingga membayar komisyen berlipat ganda melebihi kadar pasaran kepada institusi kewangan Goldman Sachs yang membantunya mengumpul dana.

“Bayaran standard kepada institusi perbankan atau entiti lain pada kadar 0.1% hingga 2%. Tenaga Nasional contohnya mengum-pul dana US$350 juta dengan membayar hanya 2% untuk perbe-lanjaan.

“Untuk pengumpulan dana lebih besar seperti Penerbangan Malaysia Bhd, USD1 bilion dikumpulkan dengan hanya 0.5% di-belanjakan. Bagaimana 1MDB membelanjakan kos begitu tinggi?” soal Pua.

Menurutnya, syarikat pengaturcara kegiatan mendapatkan dana Goldman Sachs mengenakan bayaran tidak sampai 2% ke atas syarikat Apple dan kerajaan Mexico dengan kadar bayaran 0.3% dan 0.2%.

“Adakah 1MDB begitu bodoh membayar sehingga 11.2% dan 9.4%? Siapa yang mendapat ‘komisyen tertentu’ ini?” soalnya.

“Kami mencabar Datuk Seri Najib Razak mendedahkan secara terperinci penerima jumlah terkumpul RM1.536 bilion ‘komisyen, yuran dan perbelanjaan’ tersebut,” kata Pua.

Siapa dapat komisyen RM1.536 bilion 1MDB?