· pdf file• wasatiyah dalam pengajian islam ... doktor falsafah dengan pangkat cemerlang...

Download · PDF file• Wasatiyah Dalam Pengajian Islam ... doktor falsafah dengan pangkat cemerlang dalam bidang hadis dari Fakulti Pengajian ... kontemporari bagi menyokong

If you can't read please download the document

Upload: nguyenhanh

Post on 10-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan

    bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

    Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

    Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

    Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

    Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

    Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

    Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim

    Edisi (Edition) no. 10 / August 2016 Kandungan Dari meja penyunting (mukasurat 2)

    Wasatiyah With Regards to the Practice of Bai`ah in Islamic

    Groups, extracted, with some editing, from Moderation in Islam in the Context of Malay Muslim Community in Singapore, by Pergas, 2004 (page 3)

    Wasatiyah Dalam Pengajian Islam Bersanad, oleh Ustazah Dr. Sakinah Saptu (mukasurat 7)

    Wasatiyah Dalam Masalah Pembahagian Ilmu Tauhid, oleh Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 14)

    Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

    www.wasatonline.wordpress.com

  • 2

    Dari meja penyunting.

    Alhamudlillah, Wasat edisi 10/Ogos 2016 kini di mata para pembaca, walau pun kami harus melalui kesibukan menunaikan ibadah dan pelbagai komitmen yang lain sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu. Walau pun Syawal sudah hampir berakhir, pihak penerbitan Wasat tetap berhajat mengucapkan `Eid Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar Allah taala menerima segala ibadah dan doa serta digolongkan di kalangan mereka yang akan bertemu semual dengan Ramadan dan `Eid di tahun akan datang. Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat kebaikannya hingga menjelang Ramadan yang baru pula. Kali ini, Wasat menampilkan tiga artikel yang pasti menarik dan relevan buat para pembaca. Artikel pertama dipetik dari buku Moderation in Islam in the Context of Malay Muslim Community in Singapore (Pergas, 2004) bertajuk Wasatiyah With Regards to the Practice of Bai`ah in Islamic Groups. Artikel ini membincangkan konsep bai`ah dalam Islam dan hukum mengamalkannya dalam konteks kumpulan-kumpulan Islam, samada dalam bentuk gerakan dakwah, parti politik atau tariqat sufi. Soal bai`ah ini menjadi relevan hari ini kerana wujud penyalahgunaannya oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang bertopengkan Islam sebagai satu mekanisme untuk menarik keahlian dan mengawal mereka. Kumpulan-kumpulan telah menggunakan bai`ah untuk menunjukkan sifat keIslamannya di kalangan mereka yang mula tertarik dengannya. Setelah itu, bai`ah ini pula dijadikan alasan untuk menghalang ahli dari meninggalkan kumpulan atas alasan melanggar sumpah atas nama Tuhan, melanggar janji pada Tuhan dan mengkhianat sumpah yang telah diberi. Disebabkan manipulasi ini, ramai yang merasa takut untuk meninggalkan kumpulan-kumpulan ini, walau pun menyedari akan penyelewengannya. Artikel ini akan mampu menjelaskan fahaman yang saksama tentang bai`ah hingga tidak mudah tertipu dengan tipu helah manusia-manusia jahat dan melenyapkan keraguan dalam diri sesiapa pun yang takut meninggalkan ajaran sesat kerana telah terlanjur memberi bai`ah kepada ketuanya. Artikel kedua adalah sumbangan Ustazah Dr. Sakinah Saptu yang bertajuk Wasatiyah Dalam Pengajian Islam Bersanad. Ustazah Sakinah baru sahaja memperolehi ijazah doktor falsafah dengan pangkat cemerlang dalam bidang hadis dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Mei tahun ini. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai guru tahfiz di Darul Quran Singapura, pegawai dakwah di Masjid Darul Ghufran, pensyarah bagi program diploma di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri dan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan tutor serta pembantu penyelidik di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Artikel ini membicarakan satu tren terkini dalam pembelajaran ilmu-ilmu Islam, iaitu peningkatan minat terhadap pembelajaran ilmu-ilmu Islam bukan hanya kerana isi kandungannya, tapi juga kerana sifatnya yang bersanad. Minat ini didapati berkembang bukan hanya di kalangan asatizah tapi juga orang awam.Artikel ini memberi gambaran umum akan asal usul dan kegunaan sanad di zaman awal Islam. Berdasarkan sejarah perkembangan sanad dalam ilmu Islam, artikel ini membuat kesimpulan akan sikap yang wasatiy dalam soal pembelajaran ilmu-ilmu Islam yang bersanad, iaitu menyokong pengajian bersanad dan dalam masa yang sama tidak mempertikaikan kredibiliti graduan dan ilmuwan Islam yang tidak melalui pendidikan secara bersanad. Artikel ini menolak sikap sesetengah pihak yang mensyaratkan keabsahan semua ilmu Islam hanya jika diperolehi secara bersanad dan sekali gus mempertikaikan kewibawaan ratusan graduan dari universiti-universiti Islam moden hari ini.

    Artikel ketiga bertajuk Wasatiyah Dalam Masalah Pembahagian Ilmu Tauhid oleh Ustaz Mustazah Bahari. Artikel ini menyentuh polemik yang wujud hari ini berkaitan pembahagian ilmu Tauhid, samada dalam bentuk yang popular yang dikenali sebagai Tauhid Sifat Dua Puluh atau dalam bentuk Tauhid Tiga Serangkai, iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Al-Asma` Wa Al-Sifat. Dewasa ini, muncul kecenderungan menghukum pihak lawan dengan kesesatan dari kalangan kededua pembela aliran hasil dari perbezaan pandangan dalam soal pembahagian ini. Artikel ini menjelaskan bahawa hakikatnya pembahagian ini hanyalah ijtihad para ulama dengan tujuan memudahkan pembelajaran tauhid sesuai dengan cabaran semasa yang dihadapi mereka dan perkembangan zaman. Sikap menyesat dan membid`ahkan masing-masing pihak dalam isu ini bukan sesuatu yang wajar dan tidak dicontohi oleh

  • 3

    ulama-ulama muktabar, baik di zaman awal atau kemudian. Artikel ini membawa beberapa pendapat ulama kontemporari bagi menyokong rumusan ini. Akhir sekali, moga Wasat terus memberi manfaat kepada para pembaca. Sekian, selamat membaca. Wassalam

    Wasatiyah With Regards to the Practice of Bai`ah in Islamic Groups (This article is extracted, with some editing, from Moderation in Islam in the Context of Malay Muslim Community in Singapore, by Pergas, 2004.) Introduction Bai`ah means a pledge of obedience. Bai`ah is an established practice in Islam. Allah Almighty says: Behold, all who pledge their allegiance to thee pledge their allegiance to God: the hand of God is over their hands. Hence, he who breaks his oath, breaks it only to his own hurt; whereas he who remains true to what he has pledged unto God, on him will He bestow a reward supreme. (The Holy Quran, 48:10) It was reported in a hadith that Ibn Umar said; When we gave our bai`ah to Prophet Muhammad on the basis of to listen and obey, he said to us on what you are capable of. (Narrated by Al-Bukhari & Muslim) Bai`ah is a common practice in various Islamic groups. It is not limited to politically oriented groups but also in Sufi groups, which are known as tariqat.

    This issue is relevant to the concept of wasatiyah because it is also practiced by many extremist groups. While, originally, there is no extremism at all in practicing bai`ah but it is used as psychological tool to maintain loyalty from members of extremist groups. Many of the members also felt psychologically trapped by the bai`ah that they have given to the leaders. They fear that by leaving the group or disobeying the orders, they have committed grave sin and it will incur them the wrath of Allah because the pledge that they have made in His name. They also fear of being labeled as traitor or betrayer. In was reported in the White Paper released by Ministry of Home Affairs on the arrest on JI operatives in Singapore Mystical manipulation was used to commits its members by having them take the bai`ah and pledging their allegiance to the JI leader and Amir [leader]. The pledge was a powerful compliance generating mechanism.. To ensure that members remained committed and did not blow the whistle on JI, the leaders employed social psychological concept of

  • 4

    escalation of commitment. Hence, although a few members had misgivings about their reconnaissance missions, they felt they could not withdraw as they were already in too deep.1 It is well known that ISIS also practices bai`ah. No groups or individuals will be accepted as full member of ISIS except after giving bai`ah to its self-proclaimed caliph, Abu Bakr Al-Baghdadi. It is, on this context, providing proper explanation on bai`ah with the objective of putting it in a correct perspective so as to expose the abuse and to assist ordinary Muslims to fall into the trap or any members of extremist group escape from the trap becomes important. The concept Bai`ah in Islam may be classified