report agama

21
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AA 201 PENDIDIKAN ISLAM II TAJUK: REPORT TALAK & NUSYUZ NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN NORSYADIQAH BT SUHAIMI 08DKA10F1091 ASIAH BT ISMAIL 08DKA10F1089 NUR AQILAH BT ABD JALIL 08DKA10F1095 NOOR FAIZAH BT RAZALI 08DKA10F1079 NUR AINATUL MARDIAH 08DKA10F1087 NURUL ATHIRA BT RUSLAN 08DKA10F1100 1

Upload: dqah-suhaimi

Post on 30-Jun-2015

1.432 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REPORT AGAMA

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

AA 201 PENDIDIKAN ISLAM II

TAJUK:REPORT TALAK & NUSYUZ

NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN

NORSYADIQAH BT SUHAIMI

08DKA10F1091

ASIAH BT ISMAIL 08DKA10F1089NUR AQILAH BT ABD JALIL

08DKA10F1095

NOOR FAIZAH BT RAZALI 08DKA10F1079NUR AINATUL MARDIAH 08DKA10F1087NURUL ATHIRA BT RUSLAN

08DKA10F1100

ISI KANDUNGAN

1

Page 2: REPORT AGAMA

2

No Tajuk Muka surat

1 Talaki)pengenalanii)hukumiii)jenis lafaz talakiv)jenis talakv)kesan talakvi)hikmah talak

3-10

2 Nusyuzi)pengenalanii)perbuatan akibat nusyuziii)akibat nusyuziv)cara mengatasiv)cara memukul yang diharuskan

11-12

3 Kesimpulan 134 Lampiran 145 Rujukan 15

Page 3: REPORT AGAMA

PENGENALAN TALAK

>Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau

"melepaskan".

>Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau

perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau

perceraian".

Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya

mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika

3

Page 4: REPORT AGAMA

semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk

semula tanpa melalui proses pernikahan.

Hukum talak

Hukum Penyelesaian

WajibJika perselisihan antara suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju, mereka perlu bercerai.

SunatApabila seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.

MakruhJika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang baik tanpa terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu.

HaramSeorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau nifas.

HarusApabila tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri.

Jenis-jenis Lafaz Talak

Lafaz talak terbahagi kepada dua:

>Talak Sharih

>Talak Kinayah.

Talak Sharih

> membawa maksud "nyata" atau "jelas" iaitu talak yang diucapkan oleh suami

kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini

hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya,

seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

4

Page 5: REPORT AGAMA

Contoh lafaz yang Sharih:

>Aku ceraikan kau dengan talak satu

>Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau

>Hari ini aku ceraikan kau

Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih"

seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

Talak Kinayah

>kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih

pengertiannya.

>Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

*Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau

*Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka

*Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Jenis-jenis Talak

Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh

dikategorikan seperti berikut:

>Talak Raj'ie

>Talak Battah

>Talak Bain

>Menjatuhkan talak tiga sekaligus

>Talak Sunni

>Talak Bid'i

1. Talak Raj'ie

5

Page 6: REPORT AGAMA

>Talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz

tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan

kabul. >Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan

talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak Battah

> talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya,

umpamanya perkataan suami kepada isterinya,

"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"

Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut

niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia

berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.

3. Talak Bain

Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:

>Talak Bain Kubra

>Talak Bain Sughra.

1.Talak Bain Kubra

>talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu

suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.

>Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya,

melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami

isteri yang sah.

6

Page 7: REPORT AGAMA

>Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal

dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

2.Talak Bain Sughra

>talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi

pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru,

walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:

>Talak yang diputuskan oleh Hakam

>Talak melalui Khulu'

>Talak yang difasakhkan oleh Hakim

4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus

Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu

dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab

ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus.

Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu

masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.

Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes

pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.

5. Talak Sunni

7

Page 8: REPORT AGAMA

> talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan

isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami

melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.

6. Talak Bid'i

> talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:

>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).

>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.

>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami

telah bersatu dengannya.

Kesan talak

Kesan Emosi

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan

merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :

• Jiwa terganggu

• Marah

• Sedih

• Tidak bermaya

• Rasa bersalah

• Terpencil

• Rendah diri

8

Page 9: REPORT AGAMA

• Runsing

• Putus asa/kecewa

• Kesunyian

Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan

mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari

ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah:-

Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini

adalah:

• Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa

• Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya

• Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri

• Mengalami tekanan jiwa dan perasaan

• Perasaan terganggu dan bingung

• Hilang tumpuan pada pelajaran

• Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Emosi

>Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka

miliki (janda/duda).

>Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya.

>Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari

pasangan masing-masing.

>Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan

saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak.

9

Page 10: REPORT AGAMA

>Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara

satu sama lain dalam hal-hal seharian.

Hikmah talak

>Memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk berpisah

bagi memulakan kehidupan baru.

>Dapat menyedarkan suami dan isteri tentang kepentingan menghayati ajaran

Islam.

>Memberi pengalaman dan pengajaran pahit kepada suami dan isteri serta insaf

dan sedar akan kelemahan masing-masing

10

Page 11: REPORT AGAMA

Pengenalan nusyuz

Bahas

a

: Derhaka atau ingkar

Istilah : Isteri yang menderhaka atau ingkar dari menunaikan

hak dan tanggungjawab kepada suaminya sebagaimana

yang telah ditetapkan oleh syarak.

  Perbuatan - Perbuatan Yang Dikira Nusyuz

11

Page 12: REPORT AGAMA

1) Keluar rumah dengan tiada tujuan yang mustahak tanpa izin suami atau ke

tempat yang tidak dibenarkan oleh suami.

2) Tidak melayan kehendak suaminya tanpa alasan yang munasabah seperti

uzur.

3) Pergi ke suatu tempat yang jauh sehingga terpaksa meninggalkan rumah

beberapa hari tanpa izin suaminya

4) Tidak mengikut perintah suaminya yang munasabah seperti menyuruh

isterinya membuat sesuatu kerja yang munasabah tetapi tidak dilakukannya.

5) Tidak mengikut larangan suaminya yang munasabah seperti melarang

sesorang yang tidak disukai memasuki rumahnya.

  Akibat Daripada Perbuatan Nusyuz

1) Isteri hilang haknya sebagai isteri.

2) Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah

kepadanya

3) Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada

suaminya.

4) Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.

Cara-Cara Mengatasi Perbuatan Nusyuz

1) Suami hendaklah menasihati isterinya dengan cara yang

bijaksana dan menerangkan kepada isterinya mengenai

kesalahan yang telah dilakukan oleh si isteri dengan baik.

2) Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah

mengasingkan diri daripada isterinya tidak lebih daripada

tiga hari.

12

Page 13: REPORT AGAMA

3) Jika cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa

kesan yang positif kepada isteri, suami boleh memukulnya

dengan tujuan untuk mengajar tetapi bukan untuk

mencederakannya.

Cara Memukul Yang Diharuskan

1) Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.

2) Tidak memukul di bahagian-bahagian yang sensitif.

3)Memukul dengan tujuan untuk mengajar dan

menginsafkannya.

4) Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.

Perbuatan Nusyuz Dapat Dihindarkan Sekiranya

1) Suami dan isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing

dengan baik.

2) Suami memberi didikan agama kepada isteri.

3) Suami dan isteri hendaklah saling memahami dan

bekerjasama bagi mengatasi sebarang masalah yang

berlaku.

KESIMPULAN

Suami dan isteri umpama pakaian yang saling berperanan antara satu sama lain

untuk tujuan kasih sayang, perlindungan dan juga kemanusiaan. Masakan

sesebuah rumah tangga mampu tenang sekiranya suami dan isteri seringkali

berbalah antara satu sama lain dan hal ini sama sekali sudah menyalahi matlamat

13

Page 14: REPORT AGAMA

asal perkahwinan yang mana perkahwinan ini adalah untuk mendatangkan

ketenangan di antara suami dan isteri.

Konklusinya, dalam sesebuah rumahtangga suami dan isteri perlu saling

memahami dan saling menghormati antara satu sama lain. Seandainya wujud

perasaan hormat nescaya suami atau isteri tidak sanggup untuk menyakiti hati

dan perasaan pasangan masing - masing. Isteri sememang wajib untuk mentaati

si suami dan tidak harus kita lupa bahawasanya si suami juga perlu menghormati

si isteri kerana isteri bukannya hamba abdi tetapi adalah teman yang dekat di hati

dan yang akan menemani sepanjang hidup melalui jalan-jalan hidup di saat susah

atau senang.

LAMPIRAN

WEDNESDAY, JUNE 16, 2010

Kes-Kes Nusyuz Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan PermasalahannyaKes-Kes Nusyuz Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Permasalahannya*

Oleh: Hamdi Bin Ishak

14

Page 15: REPORT AGAMA

*Kertas kerja asal dibentangkan di Seminar Pemahaman Enakmen Keluarga Islam Kedah di Baling, Kedah pada 22 April 2010 anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankausa Syariah Badan Peguam Kedah/Perlis.*Kertas Kerja asalnya ini ditulis dan dibentangkan dengan menggunakan format Microsoft Power Point.

PendahuluanKertas kerja ini mengandungi perbincangan yang dikhususkan kepada topik masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perbicaraan kes-kes Nusyuz di Mahkamah Syariah. Dalam membincangkan topik ini penulis memilih untuk merujuk secara khusus kepada undang-undang keluarga Islam yang terpakai di Negeri Kedah iaitu Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Penulis juga memilih untuk merujuk kepada kes-kes yang dilaporkan di dalam jurnal-jurnal sahaja walaupun kes-kes itu bukanlah kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Ini bagi memudahkan peserta Seminar membuat rujukan sendiri selepas ini.

Nusyuz Wanita Dalam al-Quran

Al-Nisa’: 34“Dan wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahlah diri di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar”

nukilan hamdi Ishak Pada 12:28:00 PMLabels: hadhanah, Mahkamah Syariah, Nusyuz

0 komen anda:Post a Comment

Newer PostOlder PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)ABOUT THIS BLOG

Blog ini memaparkan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Undang-Undang Islam, Mahkamah Syariah, Kekeluargaan, Hibah, Wasiat, Pernikahan, Perceraian, Peguam Syarie dan lain-lain. Pandangan dan komen yang membina dari pengunjung blog ini amat dialu-alukan. Penulis juga boleh dihubungi melalui email [email protected].

PENULIS

Alor Setar, Kedah, Malaysia

RUJUKAN

1.ustazroslidhoby.blogspot.com/.../soalan-berkaitan-dengan-talak-bain.html – 

2.fkunhas.com/l/pengenalan+talak+dalam+islam.html - Cached

15

Page 16: REPORT AGAMA

3.www.ebooklibs.com/pengertian_talak.html - United States - Cached

4.w helikmedia.wordpress.com/.../huraian-al-quran-tentang- nusyuz -suami-dan-

isteri-pengertian-dan-penyelesaian/   -   Cached   -   ww.pdfebooksdownloads.com/

talak -menurut-islam.htm

5.adamayu.blogspot.com/2010/12/suami-nusyuz.html – 

6.oaljawab.wordpress.com/2007/11/.../nusyuz-dan-lafaz-cerai/ - Cac

forum.cari.com.my ›   CARI Malay Forums   ›   Agama Islam & Muslim   - hed  – 

16

Page 17: REPORT AGAMA

17

Page 18: REPORT AGAMA

18