edisi no. 1 / februari 2015 kandungan - blog.pergas.org.sg file1 wasat adalah warkah dalam talian...

14
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusuff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim Edisi no. 1 / Februari 2015 Kandungan Dari meja penyunting – Memperkenalkan Wasat (mukasurat 2- 3) Konsep Wasatiyah Dari Sudut Pandangan Prof. Kamal Hassan, Ustaz Muhammad Haniff Hassan (mukasurat 3 – 7) Wasatiyah Dalam Menanggapi Persoalan Bid`ah Petikan dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, (mukasurat 7 – 8) Kitab Talbis Iblis Ibn Al-Jauzi: Panduan Hidup Bersederhana, Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 8 – 14) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal.

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: • Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

• Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusuff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim

Edisi no. 1 / Februari 2015 Kandungan • Dari meja penyunting – Memperkenalkan Wasat (mukasurat 2- 3)

• Konsep Wasatiyah Dari Sudut Pandangan Prof. Kamal Hassan,

Ustaz Muhammad Haniff Hassan (mukasurat 3 – 7)

• Wasatiyah Dalam Menanggapi Persoalan Bid`ah Petikan dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, (mukasurat 7 – 8)

• Kitab Talbis Iblis Ibn Al-Jauzi: Panduan Hidup Bersederhana, Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 8 – 14)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal.

2

Dari meja penyunting…. Memperkenalkan Wasat

Wasat adalah satu siaran dalam talian oleh Pergas yang mengandungi beberapa artikel yang bertemakan kesederhanaan sesuai dengan erti dari perkataan wasat yang diambil dari Al-Quran, 2:143. Tujuan Pergas menerbitkan siaran dengan bertemakan sedemikian ialah kerana isu kesederhanaan, bukan hanya satu inti pati bagi ajaran Islam, tapi terdapat keperluan semasa untuk mengetengahkannya pada hari ini. Kini masyarakat rata-rata telah memahami kepentingan melawan ideologi pelampauan yang menyulut pengganasan.

Namun, ramai yang masih kurang sedar bahawa menangani masalah ini bukan hanya dengan membanteras atau menyanggah ideologi pelampauan tapi juga dengan membina erti kesederhanaan dalam beragama dalam konteks tertentu. Usaha-usaha pula banyak tertumpu pada pelampauan yang bersifat pengganasan. Sedangkan masalah pelampauan adalah lebih luas. Walau pun pelampauan bersifat pengganasan amat bahaya, tapi pelampauan yang bukan ganas sebenarnya lebih banyak seperti pelampauan dalam beribadah, menjalani kehidupan keduniaan, bermazhab dan lain-lain. Kesemua ini juga adalah masalah yang perlu ditangani. Tidak memadai juga untuk masyarakat diajar tentang apa itu fahaman melampau yang patut dijauhi. Mereka juga perlu dididik bagaimana menjadi Muslim sederhana atau apa dia huraian dan jawapan yang bersifat wasati bagi sesuatu masalah atau isu dalam, khususnya dalam konteks Singapura. Hal ini memerlukan irsyad (bimbingan) berterusan. Untuk ini pula, satu wadah atau siaran berkala diperlukan. Sebagai badan ulama, Pergas wajar memikul tugas ini. Bahkan Pergas pernah mengorak langkah 10 tahun yang dulu melalui Konvensyan Ulama pada tahun 2003 dan kemudiannya penerbitan buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura pada tahun 2004. Siaran ini hanya menghidupkan kembali inisiatif dahulu dengan sedikit nafas baharu, iaitu ia akan mewar-warkan kembali apa yang telah dihasilkan dahulu dengan persembahan yang lebih mudah dan ringkas serta berkala. Selain itu ia juga akan membicarakan isu-isu baru. Kesemuanya adalah untuk berkhidmat pada satu objektif – memberi irsyad pada ahli-ahli Pergas dan masyarakat tentang pemikiran dan fahaman wasatiyah dalam pelbagai bidang. Penerbitan ini juga berpontensi memberi manfaat kepada Pergas dalam bentuk mendekatkan lagi Pergas kepada masyarakat melalui irsyad berterusan yang relevan. Selain itu, artikel-artikel yang bermutu akan dikutip oleh media-media lain dan ini meningkatkan imej Pergas. Asatizah yang berbakat menulis pula tidak lagi bergantung pada media utama untuk menerbitkan bahan-bahan penulisannya.

3

Penting juga dijelaskan di sini perbezaan Wasat dengan penerbitan Pergas yang Lain. Wasat bertema isu-isu sederhana sahaja. Manakala Commentary Pergas bersifat komentar sosial dan politik yang lebih luas. Al-Risalah pula menampung artikel-artikel keagamaan yang beraneka corak dan Jurnal Dakwah pula ialah untuk bahan-bahan kajian yang lebih bersifat akademik. Buat masa ini, pihak penyuntung akan cuba menerbitkan Wasat dua bulan sekali. Agar tidak memberatkan pembaca, Wasat hanya akan menerbitkan dua atau tiga artikel sahaja pada setiap edisi. Pihak penyunting amat mengalu-alukan sumbangan artikel dari ahli-ahli Pergas. Untuk menyumbang, sila lihat pada nota di halaman satu Wasat. Wassalam

Konsep Wasatiyah Dari Sudut Pandangan Prof. Kamal Hassan oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan

Era pasca Serangan 9/11 telah menyaksikan isu kesederhanaan dalam Islam menjadi salah satu topik kajian yang penting. Dua objketif utama yang mendorong minat pada isu ini, 1) untuk membaiki imej Islam yang telah tercemar disebabkan fenomena pelampauan yang muncul setelah serangan itu, dan 2) untuk mengatasi masalah pelampauan di kalangan Muslim di serata dunia yang menyebabkan serangan sedemikian dan juga pelbagai perkembangan setelah serangan itu. Terdapat banyak inisiatif di pelbagai negara untuk mengkaji dan menyebarkan

konsep wasatiyah Islam. Di antara inisiatif-inisiatif ini ialah: • penerbitan buku bertajuk Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura (2004) oleh

Pergas bagi menjelaskan makna kesederhanaan dalam Islam dan membimbing masyarakat Muslim ke arahnya sebagai respon kepada Serangan 9/11, penangkapan beramai-ramai anasir-anasir JI di Singapura dan reaksi golongan bukan Muslim terhadap kededua insiden berkenaan;

• penubuhan Pusat Islam Al-Qaradhawi Bagi Wasatiyah dan Pembaharuan (2008) di bawah Fakulti Pengajian Islam Qatar dengan tujuan membuat kajian dan menyebarkan kesederhanaan dan pembaharuan Islam bagi mengatasi masalah pelampauan dan menggalakkan dialog antara agama/budaya;

• penubuhan Pusat Wasatiyah Antarabangsa Kuwait, sebuah institusi pemerintah di bawah Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam bagi tujuan kajian dan latihan untuk menyebarkan kesederhanaan dan melawan pelampauan;

• penubuhan Perhimpunan Wasatiyah Bagi Pemikiran dan Budaya di bawah naungan Raja Jordan dan Akademi Diraja Jordan hasil dari persidangan yang dianjurkan pada tahun 2004 dan 2006;

• penubuhan Institut Wasatiyah di Malaysia (2005) dan Global Movement of Moderates (2010) oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohamad Najib Abdul Razak bagi menggalakkan kesederhanaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain konsep dan idea tentang kesederhanaan, segala inisiatif yang dinyatakan turut menjadi perhatian dan tarikan pihak-pihak yang berminat mengkaji isu ini.

4

Salah satu soalan penting yang sering ditanya dalam kajian tentang kesederhanaan ialah; Apakah makna kesederhanaan / wasatiyah dalam Islam? Sebagaimana idea dan konsep yang lain, para ulama dan sarjana Muslim memberi jawapan yang pelbagai bagi soalan yang dinyatakan. Namun, ia tidak seharusnya menjadi sebab untuk tidak terus berusaha untuk mewujudkan satu konsep yang kukuh yang akan berguna sekali bagi membimbing penghayatan dan amalan masyarakat umum. Kajian Prof. Kamal Hassan Tentang Wasatiyah Prof. Kamal Hassan, seorang sarjana Muslim yang mapan. Beliau juga mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah dalam bidang pemikiran Islam kontemporari terutama yang berkaitan dengan rantau Asia Tenggara. Kajian beliau dalam isu wasatiyah amat berguna kerana ia membentangkan konsep yang sempurna bagi pengertiannya. Pada tahun 2013, beliau membentangkan konsep ini dalam Persidangan Antarabangsa Kedua Bagi Pemulihan Pengganas dan Daya Tahan Masyarakat di Singapura (26-27 Mac 2013). Dengan menggunakan grafik (lihat grafik 1), dia membentangkan satu konsep yang mempunyai erti yang mendalam tapi mudah untuk difahami, berbeza dengan karya-karya akademik lain yang rumit dan panjang lebar. Perkara yang paling penting dan utama sekali, menurut Prof. Kamal, ialah mengasaskan konsep wasatiyah di atas dua sumber utama Islam; Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Berdasarkan kededua sumber ini, Prof. Kamal kemudiannya membina konsep wasatiyah di atas tiga nilai utama Islam; 1) iman, 2) ilmu, dan 3) takwa (tunduk dan patuh pada shariah Tuhan). Walaupun Prof. Kamal tidak menjelaskan secara terperinci tentang ketiga-tiga nilai ini, namun tidak sukar untuk menyimpulkan bahawa yang dimaksudkan oleh beliau dengan iman ialah percara bahawa Allah taala sebagai satu-

Grafik 1 – Lakaran konsep wasatiyah oleh Pro. Kamal Hassan. Sumber grafik ialah slaid pembentangan semasa persidangan.

5

satunya Tuhan (tauhid) dan nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNya. Inilah erti iman yang baku di sisi semua Muslim. Tiada alasan untuk diandaikan bahawa beliau mempunyai fahaman yang berbeza dalam hal ini. Tidak begitu sukar juga untuk memahami mengapa beliau meletakkan “ilmu” sebagai asas bagi wasatiyah. Kepentingan ilmu dalam Islam dan, oleh itu juga, kedudukannya sebagai tunggak bagi konsep yang penting dalam Islam – wasatiyah – boleh disimpulkan dengan mudah dari hakikat bahawa wahyu pertama diturunkan menggandingkan ilmu dan iman (lihat Al-Quran, 96:1-5). Tambahan pula, ilmu mendahului segala perkara dalam Islam. Tiada seorang Muslim dapat beriman kepada Tuhan yang sebenar tanpa ilmu, apatah lagi menghayati wasatiyah. Berkaitan dengan takwa pula, kepentingannya dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dipertikaikan oleh sesiapa pun di kalangan para ulama dan sarjana Islam. Maka ketiadaan penjelasan mengenainya dapat difahami juga. Apa yang lebih penting dari grafik 1 yang dikemukakan oleh Prof. Kamal ialah konsep bahawa wasatiyah bukannya satu-satu konsep yang dibina di atasnya segala ajaran Islam, walaupun tidak dinafikan kepentingan, dan ini mempunyai implikasi berikut: • menjadi sederhana atau mengamalkan wasatiyah itu penting tapi ia tidak boleh sampai menjejas asas-asas Islam

yang lain yang lebih atau sama penting; • kefahaman dan amalan agama seorang Muslim hendaklah dicorakkan oleh kefahaman yang betul akan wasatiyah.

Namun, fahaman wasatiyah itu sendiri tidak boleh terpisah dari asas-asas Islam yang lain; • usaha mencapai wasatiyah/kesederhanaan tidak boleh dicapai “at all cost” atau ditafsirkan tanpa melihat kaitannya

dengan asas-asas Islam yang lain. Oleh kerana wasatiyah disebut hendaklah didasarkan pada apa yang terkandung dalam kededua sumber utama Islam dan bukan hanya berdasarkan rasional/falsafah atau apa yang difahami oleh Muslim dalam masyarakat, ayat Al-Quran, “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), ummatan wasatan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. …” (Al-Baqarah, 2:143) menjadi rujukan utama. Hal ini kerana di dalamnya terdapat kata kunci ummatan wasatan yang darinya timbul konsep wasatiyah yang menjadi rujukan semua para ulama dan sarjana Muslim. Kata kunci ini dan istilah wasatiyah yang muncul darinya pula, pada kebiasaannya, diterjemahkan sebagai umat yang sederhana atau kesederhanaan. Namun, Prof. Kamal tidak condong untuk mengguna perkataan sederhana atau moderation bagi wasatiyah. Beliau juga tidak cenderung untuk memaknakan wasatiyah dengan erti tidak ganas (non-violent) atau tidak radikal atau tidak militan, yang banyak digunapakai oleh para pemimpin Barat dan di sesetengah negara Muslim. Bagi beliau, erti wasatiyah lebih dari hanya sederhana, tidak ganas, tidak radikal dan tidak militan. Berdasarkan kajiannya terhadap Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w dan karya para ulama silam dan masa kini, Prof. Kamal berpendapat konsep wasatiyah mestilah merangkumi tiga sifat utama sebagai inti baginya. Ketiga-tiga sifat utama ini ialah, 1) adil, 2) cemerlang, dan 3) seimbang/saksama. Dalil yang dikemukakan oleh Prof. Kamal bahawa adil adalah sifat utama wasatiyah ialah hadis dari Abu Sa`id Al-Khudari yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi s.a.w telah menafsirkan perkataan wasat dalam ayat 2:143 dengan erti “adil”. Walau pun “adil” juga memberi makna “seimbang”, “saksama” atau “sederhana” yang sama dengan sifat ketiga di atas, namun dapat dirumuskan bahawa kededua sifat “adil” dan “seimbang” mempunyai pengertian yang membezakan yang satu dari yang lain. Oleh itu, kededuanya diwujudkan dalam dua sifat yang terpisah. Adil memerlukan minda yang objektif yang tidak boleh dipengaruhi oleh emosi atau prejudis hingga menjadi berat sebelah kepada mana-mana pihak apabila membuat hukum, keputusan atau menghuraikan pertikaian. Hakikat ini disokong

6

oleh makna dari satu perkataan yang terdapat dalam Al-Quran yang datang dari kata dasar yang sama dengan wasat, “Berkatalah seorang yang paling awsat pikirannya di antara mereka…”. Perkataan awsat dalam ayat ini, mengikut Prof. Kamal, telah ditafsirkan oleh ulama tafsir dengan makna, “yang paling adil [a`adal] di antara mereka”. Dalil bagi sifat cemerlang bagi makna wasatiyah pula ialah penggunaannya dalam Bahasa Arab dan sunnah Nabi s.a.w. Prof. Kamal menyebut hakikat bahawa orang-orang Arab memahami perkataan wasat, yang darinya muncul istilah wasatiyah, dengan erti “yang terbaik” atau “cemerlang” juga. Hal ini boleh disokong dari istilah Awsat Al-`Arab sebagai gelaran bagi kabilah Quraisy yang darinya lahir Nabi s.a.w. Gelaran ini, di sisi kaum Arab di masa itu, memberi makna kabilah Arab yang terhormat. Makna yang sama juga boleh ditemukan dalam hadis Nabi s.a.w yang menceritakan bahawa beliau s.a.w adalah yang paling wasat dari kalangan kaumnya yang mana para ulama mentafsirkannya dengan erti seorang yang mempunyai salasilah keluarga yang paling terhormat di kalangan kaumnya. Adapun kaitan sifat ketiga (seimbang/ sederhana) dengan konsep wasatiyah pula bukanlah satu isu yang dipertikaikan kerana, umumnya, ia memang sifat yang sering dikaitkan dengannya dan memang diguna oleh orang-orang Arab dari dahulu hingga sekarang. Apa yang menjadi isu ialah meluasnya penggunaan perkataan seimbang/sederhana bagi konsep wasatiyah telah mengelabui dua sifat penting yang lain hingga berpotensi pula untuk mengelabui kefahaman sebenar terhadap konsep wasatiyah. Bahkan, Prof. Kamal berpendapat, rata-rata, sifat adil dan dan cemerlang telah diabaikan, dipinggirkan atau dilupakan kerana fokus yang melampau kepada sifat seimbang / sederhana sahaja. Beliau juga mendapati terdapat fahaman yang silap mengenai kesederhanaan yang tidak sesuai dengan erti sebenar wasatiyah yang merangkumi ketiga-tiga sifat di atas yang memerlukan pembetulan pula. Satu kesilapan yang beliau bangkitkan dan masyhur dalam fahaman golongan elita politik ialah wasatiyah sebagai justifikasi untuk bersikap bermudah-mudah terhadap atau melakukan pengabaian pada tuntutan agama. Dengan erti lain, fahaman ini tidak mewajibkan Muslim menunaikan kewajiban agama semata-mata untuk menjadi seorang yang dianggap sederhana. Bagi Prof. Kamal, kesederhanaan bukan satu tunggak Islam yang berdiri sendiri. Tiada kesederhanaan jika tiada keadilan and tidak akan ada keadilan yang sebenar jika ada padanya pelanggaran kewajiban yang jelas dari Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Jika tidak, “kesederhanaan” boleh difahami sebagai lessen atau izin untuk mengamalkan agama secara longgar, sebagaimana yang dimahukan oleh sesetengah pihak. Wasatiyah juga bukan mesti bermakna berada di tengah-tengah semua perkara hingga membenarkan sikap “ala kadar” (mediocrity) sebagaimana yang difahami oleh ramai kalangan awam Muslim. Prof. Kamal menegaskan Islam amat menganjurkan nilai kecemerlangan dan kerja keras dan menjadikannya inti ajarannya. Oleh itu, sikap “ala kadar” dan berpuas hati dengan pencapaian “biasa-biasa sahaja” adalah bertentangan dengan Islam. Oleh itu juga, ia bukan wasatiyah yang sebenar. Yang dimaksudkan wasatiyah dalam erti kata pertengahan antara dua perkara ialah pertengahan di antara sikap pelampauan, iaitu ifrat (berlebih-lebihan / excessiveness) dan tafrit (longgar / laxity). Pertengahan dalam bentuk ini yang dikatakan sebagai sesuatu yang adil, cemerlang dan seimbang, bukan pertengahan antara dua perkara yang baik atau pertengahan antara dua perkara yang buruk. Dalam konteks sini, wasatiyah memberi makna berusaha untuk melakukan segala yang diperintahkan oleh Islam dalam bentuk yang paling cemerlang (ihsan). Prof. Kamal menegaskan bahawa Al-Quran, 2:143 mengaitkan wasatiyah dengan konsep “menjadi saksi atas (perbuatan) manusia”. Pernyataan ini merupakan perintah Tuhan ke atas semua Muslim agar menjadi contoh terbaik dan penanda aras (benchmark) bagi tamadun manusia sebagai manifestasi bagi konsep rahmatan lil `alamin (rahmat untuk sekalian alam) yang disebutkan dalam Al-Quran, 21:107 dan konsep khair ummah (umat terbaik) dalam ayat yang akan disebutkan dalam para di bawah nanti. Ertinya, Muslim hendaklah berusaha mencapai tahap kecemerlangan yang komprehensif dalam perkara agama dan sains keduniaan sesuai dengan semangat tauhid, amanah dan ubudiyah, bagi memenuhi peranan “saksi bagi semua manusia” dan misi memimpin mereka. Satu aspek penting dalam konsep wasatiyah Prof. Kamal ialah kaitannya dengan konsep khair ummah (umat yang terbaik) dalam ayat, “Kamu adalah khair ummah (umat yang terbaik) yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Quran, 3:110)

7

Kededuanya adalah dua perkara yang tidak boleh terpisah (lihat grafik 2). Konsep khair ummah menegaskan sifat cemerlang wasatiyah dan, sebagai tambahan, juga menetapkan satu peranan penting bagi Muslim – menganjurkan kebaikan dan mencegah kemunkaran. Di sisi Prof. Kamal, tiada wasatiyah atau “saksi bagi semua manusia” jika Muslim tidak memainkan peranan ini. Bahkan beliau mengingatkan amaran Nabi s.a.w akan kesan buruk jika Muslim mengabaikan kewajiban ini. Akhir sekali, wasatiyah di sisi Prof Kamal hendaklah dimanifestasikan dalam bentuk; • mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran • memiliki kuasa dan kekuatan kerana keadilan tidak mungkin tercapai tanpa kededuanya • toleransi dan kewujudan bersama secara aman dengan agama dan budaya lain • bermaruah sebagai hasil dari ketiga-tiga sifat wasatiyah yang telah dijelaskan di atas. Dengan memenuhi segala yang di atas, Muslim boleh mencapai al-falah (kejayaan sempurna) yang membolehkan mereka mendapat barakah (keberkatan), ridha (keredaan) dan taufiq (pencapaian yang dikehendaki).

Wasatiyah Dalam Menanggapi Persoalan Bid`ah Artikel ini dipetik dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004.

Grafik 2 – Erti dan konotasi wasatiyah menurut Al-Quran. Sumber grafik ialah slaid pembentangan semasa persidangan.

8

Persoalan ini menjadi relevan kerana persoalan mengenai bid`ah seringkali timbul di tengah masyarakat dan kadang kala menjadi bahan pertelingkahan dan medan pertuduhan sesama umat Islam. Lebih buruk lagi penuduhan itu sampai ke peringkat menyesatkan orang lain. Apa yang akan dibincangkan di sini ialah persoalan-persoalan berikut; a. Kedudukan bid`ah dalam persoalan dakwah yang

menyeluruh. b. Adakah semua perkara yang dinamakan bid`ah disepakati oleh para ulama? Dalil yang mencela bid`ah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,“Barangsiapa melakukan pembaharuan dalam urusan kami ini apa yang bukan darinya, maka ia tertolak.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) “Barangsiapa melakukan satu amalan yang bukan dari kami, maka ia tertolak.” (Riwayat Muslim) “Hendaklah kamu semua berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa’ rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham kamu. Hendaklah kamu jauhi perkara-perkara baru (dalam agama). Sesungguhnya setiap yang baru itu bid`ah dan setiap bid`ah itu adalah kesesatan.” (Riwayat Abu Daud) Beberapa noktah bagi memelihara kesederhanaan 1. Telah disepakati oleh para ulama bahawa bid`ah itu dicela dalam urusan ibadah atau sesuatu yang telah ada

ketentuan dalam agama dan ia menyalahi ketentuan itu.

2. Adapun persoalan yang bukan jatuh dalam ruang lingkup ibadah atau yang pada dasarnya tiada ketentuan dalam agama, maka ia melakukan perkara yang baru tidak dikatakan bid`ah.

Kalau pun perkara berkenaan dikatakan bid`ah, ia tidak disifatkan sebagai bid`ah yang sesat. Sebaliknya dikatakan, bid`ah hasanah atau mubahah. Ini adalah kerana kaedah yang berbunyi, “Asal sesuatu dalam perkara yang bukan ibadat adalah halal kecuali ada dalil yang mengharamkannya.”1 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Kamu lebih tahu akan urusan dunia kamu.”(Riwayat Muslim) 3. Terdapat perbezaan di sisi ulama mengenai erti bid`ah, jenis-jenis bid`ah, konsep bid`ah dan lain-lain. Walaupun pada prinsipnya mereka bersetuju mengenai hukum bid`ah, kecelaannya dan bahaya bid`ah dalam agama tetapi mereka juga berbeza dalam perkara-perkara furu’; adakah sesuatu amalan tertentu itu dikategorikan sebagai bid`ah? Sebagai contoh ialah apa ayang dinamakan sebagai bid`ah idhafiyah (tambahan) menyedekahkan pahala amalan kepada orang yang telah meninggal dunia, berdoa berama-ramai dengan kuat selepas solat, atau apa yang dinamakan sebagai iltizam (melazimi) terhadap ibadah yang mutlak (tiada ketentuan bagaimana, masa dan sebagainya) seperti membaca zikir-zikir tertentu dalam susunan tertentu atau melaziminya pada waktu tertentu, atau apa yang dinamakan sebagai bid`ah tarkiyah (meninggalkan sesuatu) tindakan seseorang menahan diri dari memakan sesuatu jenis makanan atau memakai sesuatu jenis pakaian yang banyak dilakukan oleh kaum sufi.2

1Al-Suyuti, Al-Asybah Wa Al-Nazair, Dar Al-Kutub Al-`Ilmiah, Beirut, 1979, ms 60. 2Hasan Al-Banna, Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin (terj. Majmu`ah Rasail Al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna), jld 2, Era Intermedia, Jakarta, 2001, ms 165, disebut,

9

4. Berdasarkan hakikat di atas adalah penting bagi seseorang itu sebelum membangkitkan persoalan bid`ah dalam

masyarakat hendaklah memastikan samada perkara itu adalah perkara yang telah disepakati atau ia adalah perkara yang masih dikhilafkan oleh para ulama.

Apabila bid`ah itu melibatkan perkara yang dikhilafkan oleh para ulama, maka wajarlah untuk dimaklumkan kepada masyarakat sekurang-kurangnya bahawa dalam persoalan ini ada pandangan yang berlainan agar mereka tidak berburuk sangka kepada sesiapa yang mengamalkan pandangan yang berlainan dan agar tidak berkeras dalam membantahinya kerana ia adalah perkara yang dikhilafkan dan bersedia untuk menghormati orang lain. 5. Bid`ah yang diperselisihkan oleh para ulama hendaklah ditangani sama seperti

masalah khilafiyah yang lain. Ini dilakukan dengan melazimi adab-adab ikhtilaf, menjauhi dari melemparkan tuduhan sesat yang menyakitkan perasaan dan mengutamakan kesatuan hati dan masyarakat. 6. Hakikatnya umat Islam dianjurkan untuk menyeru manusia kepada Islam yang

syumul. Islam itu adalah luas. Ia meliputi aspek mengajak manusia untuk mengamalkan perkara yang disepakati oleh semua, melarang kemungkaran yang pasti dan lain-lain. Islam lebih luas dari isu bid`ah. Menjauhi bid`ah hanyalah sebahagian dari pesanan dakwah. Atas dasar itu, masyarakat Islam sebenarnya mempunyai lebih banyak perkara yang disepakati untuk mereka bekerjasama, menjalin ukhuwwah dan menjauhi perbalahan. 7. Disebabkan keluasan Islam dan banyaknya perkara yang hendak disampaikan kepada masyarakat serta masalah

yang perlu ditangani, maka isu bid`ah mestilah diletakkan dalam konteks yang luas. Ia mesti mengambil kira pertimbangan di manakah kedudukan sesuatu isu yang berkaitan dengan bid`ah seperti isu berzikir beramai-ramai dalam urutan awlawiyat atau keutamaan dakwah. Yang utama ialah untuk kita bersama menangani masalah meninggalkan kewajiban yang telah disepakati oleh semua seperti meninggalkan solat, berzakat dan memakai tudung dan melakukan kemungkaran seperti berzina, menggugurkan anak dan pergaulan bebas. Kemudian diikuti dengan perkara lain dan seterusnya. Perkara-perkara yang dikhilafkan yang dikaitkan dengan bid`ah janganlah ditangani sehingga menimbulkan hijab untuk bekerjasama dalam perkara yang utama. Oleh kerana menangani isu bid`ah adalah sebahagian dari dakwah, maka perlulah memelihara kaedah dakwah3 dalam membanterasnya yang antara lain:4 Perbedaan pendapat dalam masalah bid`ah idhafiyah, bid`ah tarkiyah dan iltizam terhadap ibadah mutlaqah adalah perbedaan dalam masalah fiqh. Setiap orang mempunyai pendapat sendiri. Namun tidaklah mengapa jika dilakukan penelitian untuk mendapatkan hakikatnya dengan dalil dan bukti.” 3 Rujuk perbincangan mengenai kaedah-kaedah ini dalam, Jum`ah Amin Abdul Aziz, Fiqh Dakwah; Prinsip Dan Kaidah Asasi Dakwah Islam (terj. Ad-Da’wah : Qawa`id Wa Usul), Citra Islami Press, Solo, 1997, Pasal 4. 4 Hasan Al-Banna, Risalah Ikhwanul Muslimin (terj. Majmu`ah Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna), jld 2, ms 165, disebut, “Setiap bid`ah dalam agama Allah yang tidak ada pijakannya tetapi dianggap baik oleh hawa nafsu manusia, baik berupa penambahan mau pun pengurangan adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihancurkan dengan menggunakan cara yang terbaik, yang tidak menimbulkan bid`ah lain yang lebih buruk.”

10

a. Bertahap-tahap dalam perubahan. b. Dengan hikmah. c. Berlembut-lembut dan jauh dari sikap keras dan kasar. d. Mendidik dan memberi ilmu, bukan menghukum. e. Tidak boleh mengakibatkan kemudharatan yang lebih besar atau hilangnya maslahat yang lebih besar. f. Mengutamakan usul [prinsip] bukan furu` [ranting]. g. Tidak melakukan ta’yin [pengkhususan] hukum kufur, fasiq dan sesat ke atas individu atau kumpulan dalam isu ini. Atas apa yang telah kita nyatakan di atas, kita bina prinsip kesederhanaan dalam menangani isu bid`ah.

Kitab Talbis Iblis Ibn Al-Jauzi: Panduan Hidup Bersederhana oleh Ustaz Mustazah Bahari Ibn Al-Jauzi

�eliau adalah Abu Al-Faraj Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Qurashi Al-Jauzi. Beliau bukanlah Ibn Al-Qayyim Al-Jauziah sepertimana yang difahami oleh segelintir masyarakat Islam yang terkeliru mengenainya. Kededua mereka hidup dalam zaman yang berbeza, di mana imam Ibn Al-Jauzi lahir pada tahun 510H manakala Ibn Al-Qayyim pula dilahirkan pada tahun 691H. Ibn Al-Jauzi merupakan seorang tokoh ulama yang bermazhab Hanbali dalam perundangan Islam dan seorang yang mempunyai aliran pemikiran Asy’ari di dalam masalah akidah. Kitab Talbis Iblis

Kitab Talbis Iblis yang ditulis oleh Ibn Al-Jauzi, merupakan sebuah kitab yang membahaskan isu-isu yang membabitkan gangguan iblis terhadap manusia atau belitan iblis ke atas manusia. Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa melayu dan telah diterbitkan oleh beberapa pustaka, antaranya ialah terbitan Pustaka Nasional yang diterjemah oleh Almarhum Syed Ahmad Semait. Kitab ini juga telah digunakan sebagai bahan bacaan dan topik kuliah harian untuk golongan awam. Skop Ibn Al-Jauzi di dalam kitab tersebut ialah untuk mencegah manusia dari jatuh ke perangkap iblis.

11

Sejak dari mula kehidupan Nabi Adam, iblis berusaha untuk menyesatkannya sehingga melanggar perintah Allah yang menyebabkannya dikeluarkan dari syurga. Seterusnya kisah pembunuhan Habil oleh saudara kandungnya sendiri, Qabil, yang merupakan jenayah pertama yang dilakukan terhadap sesama manusia. Ia tidak berhenti di situ, malah iblis terus berusaha untuk membawa manusia kepada kebinasaan dengan pelbagai cara. Adakalanya jelas nampak kemungkarannya dan ada pula yang terselindung seperti amalan mungkar yang disangka baik seperti golongan pengamal bid’ah. Disebabkan banyak tipu daya iblis terhadap manusia yang telah berlaku dalam sejarah, Ibn Al-Jauzi merasa perlu untuk mengingatkan manusia akan tipu daya iblis dengan memperkenalkan beberapa taktik iblis dalam memerangkap manusia. Usaha beliau ini dilandasi oleh semangat Huzaifah bin al-Yaman yang sering bertanya Rasulullah s.a.w mengenai perkara-perkara yang buruk agar beliau dapat menghindarinya. Justeru, dengan memperkenalkan kelicikan iblis, ia dapat memberi peringatan kepada manusia agar tidak mengikutinya. Di dalam kitab tersebut dimuatkan sebanyak tiga belas bab. Ia dimulakan dengan bab kepentingan menetapkan diri pada sunnah dan jamaah. Seterusnya menghuraikan isu kecelaan bid’ah, belitan iblis dalam isu akidah dan agama, belitan iblis terhadap orang awam hingga kepada golongan ulama, golongan yang kuat beribadah, ahli zuhud, para sufi dan hal-hal lain yang berkenaan dengan urusan agama. Ringkasnya, Ibn Al-Jauzi menyentuh sudut-sudut yang dilihat berlakunya belenggu atau belitan iblis ke atas manusia di setiap peringkat, daripada manusia biasa hinggalah yang berpangkat. Prinsip wasatiyah Ibn Al-Jauzi Walaupun secara zahirnya kitab ini membicarakan tentang peringatan untuk memelihara diri dari belitan iblis, ia sebenarnya mengandungi prinsip wasatiyyah yang boleh diterapkan dalam kehidupan dan amalan seorang muslim. Secara ringkasnya wasatiyah adalah satu pendekatan yang ditekankan Islam bagi mencapai keputusan dan hasil yang terbaik dalam urusan kehidupan. Semangat wasatiyah dalam melakukan sesuatu amalan atau perbuatan ialah dengan bersungguh-sungguh dan berlaku adil dalam melaksanannya. Dengan prinsip wasatiyah yang berteraskan keadilan dan melakukan sesuatu dengan memberikan usaha yang terbaik, pasti akan menimbulkan natijah dan kesan yang baik. Setiap perkara yang baik tidak disukai iblis, maka manusia perlu berusaha untuk mengukuhkan prinsip wasatiyyah di dalam diri masing-masing agar ia dapat

mengalahkan iblis dan terselamat dari tipu dayanya. Bagi menjelaskan prinsip wasatiyah Ibn Al-Jauzi, ia dapat dilihat dalam huraian yang dilakukan pada beberapa bab di dalam kitab tersebut, contohnya: a. Bab perihal belitan iblis terhadap para ulama dalam hal ilmu pengetahuan. Di dalam bab ini, Ibn Al-Jauzi membawakan beberapa contoh golongan manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi tidak menggunakannya secara adil. Beliau memberi contoh seorang imam yang terlalu asyik dengan bacaan Al-Quran tetapi tidak mempedulikan hukum sah dan batal

solat. Ada dikalangan pembaca Al-Quran yang terlalu asyik dengan bacaan berlagu dan tajwid tetapi tidak pedulikan isi kandungan Al-Quran yang boleh difahami menerusi bacaan kitab tafsir. Ada di antara mereka yang asyik dengan bacaan qiraat dan memberi penekanan kepada bacaan bersanad. Pendekatan wasatiyah yang dilakukan oleh Ibn Al-Jauzi ialah nasihat beliau agar Al-Quran itu dimanfaatkan keseluruhannya dan yang paling utama adalah isi kandungan Al-Quran untuk dijadikan panduan bagi manusia.

12

Beliau mengingatkan kepentingan mengamalkan Al-Quran secara menyeluruh, dari sudut bacaan hinggalah amalan. Bukan sekadar memperbaguskan bacaan tetapi tidak memahami serta meninggalkan pedoman Al-Quran. Seterusnya golongan ahli hadis yang dibahagikan kepada dua golongan; i) mencari dan mengkaji hadis dari sudut hasan dan sahih. ii) mendengar dan memperbanyakkan periwayatan tanpa melihat darjat hadis sama ada boleh diamalkan atau tidak. Bagi golongan yang terlalu asyik dengan menghuraikan kedudukan hadis, mereka tertinggal perkara penting iaitu memahami kandungan hadis tersebut apabila dikaitkan dengan amalan. Sebagai contoh, terdapat ahli hadis yang menyalahi maksud Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang menyebut larangan ke atas orang lelaki dari menyiram ‘airnya’ pada ‘ladang’ orang lain. Mereka tersilap faham dengan mengatakan bahawa mereka dahulu selalu menyirami ladang jiran mereka apabila mendapat air yang lebih. Apabila hadis ini disampaikan kepada mereka, lantas mereka beristighfar panjang. Sedangkan hadis itu sebenarnya bermaksud larangan kepada lelaki bersatu dengan tawanan atau hamba wanita yang sedang mengandung. Golongan kedua pula terlalu banyak meriwayatkan hadis tanpa melihat kesahihannya. Apa yang mereka lakukan adalah semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka telah banyak belayar dan menerima sanad yang banyak sekali. Ada yang meriwayatkan hadis palsu tanpa sedar atau tanpa penjelasan terhadap kedudukan hadis tersebut. Ulama dan ahli fiqh pula terlalu banyak mengadakan debat tentang masalah-masalah fikih yang besar sehingga mengabaikan keperluan untuk menghuraikan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat dalam memahami dan mengamalkan hukum yang lebih dekat dengan mereka. Ada pula yang berdebat kerana ingin menang dan dilihat lebih alim dan berpengaruh daripada yang lain. Ada yang tidak pedulikan nas-nas Al-Quran atau hadis tetapi menggunakan kaedah qiyas atau logik semata-mata. Hal ini dapat dilihat di zaman ini golongan yang melampau dalam menguruskan nas-nas agama dan mengeluarkan hukum secara tidak adil. Ibn Al-Jauzi juga membawa contoh ahli fikih atau ulama yang terlalu rapat dengan pemerintah sehingga mengkaji dan mengeluarkan hukum semata-mata untuk mendapatkan habuan dari pemerintah. Ada pula yang langsung memboikot pemerintah sehingga mencetuskan fitnah dan amalan mengeji, mengumpat dan mengata yang buruk mengenai pemerintah. Dalam isu ini, apa yang wajar dilakukan adalah dengan mengambil sikap yang adil. Ulama dan umara (penguasa) perlu bekerjasama demi kepentingan agama dan masyarakat, tetapi janganlah sampai menggadai agama untuk kepentingan dunia. b. Bab belitan iblis terhadap ahli ibadat Ibn Al-Jauzi memulakan bab ini dengan membicarakan hal menjaga kesucian dari hadas, seterusnya dalam perlaksanaan wuduk, melaungkan azan, mendirikan solat, puasa dan amalan haji. Dalam membahaskan isu kebersihan dari hadas dan wuduk, beliau membidas golongan yang melampau dalam mengendalikannya. Golongan yang dihinggapi penyakit was-was menyukarkan lagi keadaan sehingga membabitkan perkara makruh, malah haram seperti membazir air, membuang masa dan melakukan perkara yang tidak disukai agama. Ini jelas bercanggah dengan prinsip wasatiyah kerana pembaziran masa dan bahan adalah haram.

13

Teguran bagi muazzin pula membabitkan tugasan mereka yang dicampur adukkan dengan perbuatan yang tidak ada kaitan langsung dengan azan seperti melagukan azan dengan lagu yang melampau. Beliau juga menegur tentang perbuatan sebilangan muazzin yang membaca Al-Quran dan berzikir dengan kuat sebelum masuknya waktu subuh sehingga mengganggu orang yang sedang tidur atau orang yang sedang bertahajud. Perkara ini boleh dikaitkan dengan bacaan tarhim yang masih lagi dilakukan di beberapa masjid di Malaysia. Mantan menteri besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz serta Mufti Pulau Pinang pernah membidas amalan ini dan mencadangkan agar ia dihentikan. Bagi amalan solat pula banyak sekali perbuatan yang dilihat bercanggah dengan prinsip wasatiyah misalnya, isu pakaian yang diragui kebersihannya sehingga rasa terdesak untuk menukarnya. Ada pula yang terus mencucinya tanpa pasti kebenaran wujudnya najis pada pakaiannya. Bukankah Islam telah menjelaskan cara mengenal pasti wujudnya najis pada sesuatu tempat melalui bau, warna dan rasa? Bagaimana pula ia dianggap najis jika tiada satu pun ciri-ciri itu dapat dipastikan ada pada pakaian? Beliau seterusnya menyentuh perbuatan orang yang memperbanyak solat malam sehingga membuatkan diri letih dan mengantuk di waktu siang dan mengganggu pekerjaannya. Contoh teguran beliau terhadap orang awam yang sering menghadiri majlis zikir dengan menampakkan kekhusyukan dan menangis. Apa yang diharapkan ialah dengan perbuatan itu dapat menaikkan darjat mereka sebagai ahli zikir, sedangkan apa yang seharusnya mereka lakukan adalah memahami maksud zikir-zikir tersebut yang boleh melunakkan jiwa sehingga menjadi orang yang baik akhlaknya. Tetapi apa yang kelihatan ialah mereka masih lagi berperangai buruk dan terus melakukan maksiat apabila di luar. Kepada golongan sufi pula, Ibn Al-Jauzi memberikan banyak contoh teguran serta perbandingan antara sufi yang benar di atas landasan Al-Quran dan Sunnah dengan yang didakwa oleh sebahagian guru sufi yang telah menyeleweng. Banyak lagi contoh-contoh yang dicanangkan oleh Ibn Al-Jauzi sebagai perbuatan-perbuatan yang melampau dari sudut pandangan agama.

Kesimpulan Jelasnya, perbuatan dan tindakan pelampauan dalam Islam tidak kekang dari sejarah umat Islam. Perbuatan sebegini oleh sesetengah masyarakat Islam secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap Islam sendiri, sedangkan Islam tidak pernah menganjurkannya sama sekali. Isu pelampauan tidak harus dikaitkan dengan keganasan semata-mata. Sikap melampau boleh berlaku pada setiap kelakuan manusia.

Apa sahaja yang dilakukan secara tidak adil, maka ia dianggap melampau. Dalam konteks ibadah pun terdapat anasir pelampauan sehingga Nabi s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya agama adalah mudah, dan tidaklah seseorang itu menjadi keterlaluan di dalam agamanya melainkan dia akan tewas akhirnya..” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Terdapat satu kaedah fiqh yang disebut sebagai la ifrat wa la tafrit, yang bermaksud tidak boleh melampau batas dan juga tidak boleh mengurangi batas. Kaedah ini sering dikaitkan dengan amal ibadah untuk memastikan pelakasanaannya tidak terlalu sempit dan juga tidak terlalu dipermudah. Apa yang diingatkan oleh Ibn Al-Jauzi di dalam kitab ini sebenarnya diingatkan juga oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulum Al-Din. Beliau meletakkan satu bab yang dinamakan sebagai Kitab Zamm Al-Ghurur yang bermaksud kecelaan sifat terpedaya. Di dalamnya beliau memberikan empat golongan yang sering kali diperdaya, iaitu golongan ulama, golongan yang kuat beribadah, golongan sufi dan golongan yang memiliki harta.

14

Walaupun isunya berkenaan sifat terpedaya dengan kebaikan diri sendiri tetapi maksud yang ingin disampaikan selaras dengan prinsip wasatiyah kerana golongan yang terpedaya adalah mereka yang gagal melaksakan tanggungjawab secara adil dan terbaik. Walau pun imam Al-Ghazali seorang ahli sufi, beliau tidak ketinggalan mengkritik golongan ahli sufi yang melanggar konsep wasatiyah di dalam mengamalkan Islam, satu hal yang sama yang ditekankan oleh Imam Ibn Al-Jauzi. Akhirnya, tindakan pelampauan dalam apa jua lapangan tidak akan menguntungkan manusia. Sebaliknya pendekatan wasatiyah yang berteraskan maksud melakukan yang terbaik lagi adil perlu sentiasa diamalkan. Isu akidah, ibadah, muamalah dan sebagainya perlu dikendalikan dengan prinsip wasatiyah. Jika prinsip ini diabaikan, akan bertambah perbuatan-perbuatan zalim yang merugikan Islam dan umatnya.