edisi no. 5 / oktober 2015 kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani...

24
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan Dari meja penyunting (mukasurat 2) Keseimbangan Dalam Berhadapan Dengan Ikhtilaf, oleh ustaz Izal Mustafa bin Kamar (mukasurat 3) Wasatiyah Dalam Memartabatkan Akal Dalam Kehidupan Muslim, oleh ustaz Dr. Firdaus Yahya Al-Hafiz (mukasurat 10) Wasatiyah dan Jihad Menerusi Bakti Pada Alam, oleh ustaz Mustazah Bahari dan ustaz Muhammad Haniff Hassan (mukasurat 16) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: • Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

• Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim

Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2)

• Keseimbangan Dalam Berhadapan Dengan Ikhtilaf, oleh ustaz

Izal Mustafa bin Kamar (mukasurat 3)

• Wasatiyah Dalam Memartabatkan Akal Dalam Kehidupan Muslim, oleh ustaz Dr. Firdaus Yahya Al-Hafiz (mukasurat 10)

• Wasatiyah dan Jihad Menerusi Bakti Pada Alam, oleh ustaz Mustazah Bahari dan ustaz Muhammad Haniff Hassan (mukasurat 16)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

Page 2: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

2

Dari meja penyunting….

Alhamdulillah, Wasat bertemu sekali lagi dengan pembaca di edisi ke 5. Pada kesempatan ini, Wasat mengucapkan kepada semua pembaca yang menunaikan ibadah haji, “Hajjan mabruran wasa`yan mashkuran wa zanban maghfuran (semoga mendapat haji yang mabrur, sai`i yang disyukuri dan dosa yang yang diampunkan oleh Tuhan).” Wasat juga ingin mengucapkan kepada semua pembaca Kullu `Am Wa Antum Bi Khayr sempena tahun baru hijrah 1437 yang akan menjelang tidak lama lagi. Dalam edisi ini, Wasat mengemukakan tiga artikel. Artikel pertama bertajuk Keseimbangan Dalam Berhadapan Dengan Khilaf oleh ustaz Izal Mustafa bin Kamar. Artikel ini menyentuh soal sikap yang seimbang dalam berhadapan dengan isu-isu khilafiyah. Ia menghuraikan apakah perkara-perkara yang jatuh dalam isu khilafiyah dan bagaimana sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini mengingatkan asatizah bahawa ada isu-isu khilafiyah yang tidak seharusnya disampaikan kepada orang awam kerana tahap keilmuwan mereka yang terbatas. Selain itu, ia mengingatkan tentang hadis yang menganjurkan Muslim berhenti dari berdiskusi jika ia menjurus kepada perbalahan, walau pun jika berkaitan dengan Al-Quran itu sendiri. Artikel kedua pula bertajuk Wasatiyah Dalam Memartabatkan Akal Dalam Kehidupan Muslim adalah sumbangan ustaz Dr. Firdaus Yahya Al-Hafiz. Artikel ini mengajak umat Islam agar tidak membuang akal dalam mengamalkan agama ini atas dasar beriman semata-mata. Ia memberitahu bahawa Islam memuliakan akal dan berfikir secara rasional dan kritikal bukanlah sesuatu yang ditolak oleh agama. Namun, ia juga menjelaskan keadaan di mana akal tidak boleh mengatasi hukum agama. Pada dasarnya artikel ini mengajak pada keseimbangan agar umat Islam tidak emosi dan tidak pula mendewakan akal seolah-olah ia dapat memahami segala rahsia dan hikmah sesuatu perkara di alam ini dan hukum-hukum Tuhan. Artikel ketiga bertajuk Wasatiyah dan Jihad Menerusi Bakti Pada Alam oleh ustaz Mustazah Bahari dan ustaz Muhammad Haniff Hassan. Artikel ini mengajak pembaca berfikir mengenai satu masalah besar dunia hari ini, iaitu masalah alam sekitar. Berpremis pada keyakinan bahawa Islam amat mengambil berat akan pemeliharaan alam sekitar dari segala bentuk kerosakan, ia berhujah bahawa skala masalah alam sekitar hari ini melayakkan usaha menanganinya dinamakan jihad, sesuai dengan maksud jihad yang luas.

Page 3: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

3

Sebagai satu jihad, penglibatan Muslim dalam isu alam sekitar juga berperanan untuk menarik aktivisme anak-anak muda Muslim ke sumbangan yang positif dan mengelakkan mereka dari terjatuh dalam pengaruh anasir-anasir jihad yang ekstrem. Dengan mengakui pemeliharaan alam sekitar sebagai jihad, anak-anak muda Muslim yang cenderung pada bidang ini akan merasa penglibatan mereka dalam bidang ini lebih bermakna dan yang belum menceburkan diri dapat ditarik ke arah ini. Dalam hal ini, artikel ini berpendapat satu deklarasi oleh para pemikir Muslim dan ulama mengenai pemeliharaan alam sekitar pada bulan Ogos yang lalu perlu ditonjolkan bagi tujuan yang dinyatakan di atas. Usaha seperti ini perlu ditonjolkan untuk mengimbangi berita-berita media arus utama hari ini yang condong untuk melaporkan isu-isu pengganasan dan perang sahaja berkaitan umat Islam dan golongan mudanya, seolah-olah umat Islam tiada melakukan inisiati yang positif untuk semua pihak dan anak-anak muda Muslim adalah golongan yang sentiasa bermasalah dengan pelampauan sahaja. Akhir kata, Wasat berharap agar ia sekali lagi akan menyumbang pada penambahan ilmu dan komitmen pada wasatiyah di kalangan para pembaca melalui edisi ini. Selamat membaca. Wassalam

Keseimbangan Dalam Berhadapan Dengan Ikhtilaf Ustaz Izal Mustafa bin Kamar Pendahuluan Isu berkaitan penyatuan dan kesatuan umat sering dibincangkan para ulama dalam pelbagai penulisan mereka. Sama ada ketika membahaskan ayat-ayat yang menyentuh tentang kepentingan kesatuan dan kepelbagaian di dalam umat, ataupun ketika penjelasan tentang kepentingan berjemaah dan sebagainya. Kita akur akan kepentingan kesatuan di dalam Islam. Di waktu yang sama kita juga akur bahawa perbezaan pendapat itu merupakan satu lumrah kehidupan.

Lihat sahaja perbezaan pendapat antara ulama pada kebanyakan pembahasan fiqh. Maka bagi mengenalpasti cara-cara penyatuan umat, beberapa persoalan pokok berkaitan ikhtilaf perlu dihuraikan. Kertas ini bertujuan untuk mengenalpasti terlebih dahulu, apakah ikhtilaf/perbezaan yang dibenarkan dalam agama dan apa pula ikhtilaf yang tercela serta dilarang agama?

Page 4: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

4

Penulis juga menyarankan agar dikembangkan pembahasan dan kajian berkaitan dengan ilmu Maqasid dan peranannya dalam mewujudkan kesatuan yang diharapkan. Khilaf yang berlaku Isu-isu yang sering berlaku khilaf padanya kebanyakannya masih lagi sekitar isu-isu yang sama. Punca perselisihan antara dua aliran yang bertembung berkaitan perbezaan pandangan terhadap beberapa isu seperti persoalan sunnah, bid`ah, ijtihad, taqlid dan mazhab. Daripada isu-isu tersebut, perbezaan pendapat yang mencakupi persoalan-persoalan cabang fiqh (furu’iyah fiqhiyah) berkembang. Biasanya bermula daripada isu-isu yang tidak menyentuh persoalan dasar dan usul, seperti hukum membaca qunut di waktu subuh. Ia kemudian berkembang merangkumi persoalan-persoalan lain seperti yang bersangkutan dengan tauhid dan cara menjelaskannya. Ikhtilaf antara kedua-dua aliran ini menjadi semakin hangat apabila kedua-dua pihak mula melontarkan kata-kata tuduhan terhadap aliran yang berlawanan. Khilaf yang berlaku juga boleh meninggalkan kesan yang negatif sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Khilaf adalah lumrah Khilaf/ikhtilaf atau perbezaan pendapat merupakan satu lumrah kehidupan yang tidak dapat dielak. Allah s.w.t. berfirman: “Sekiranya Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, akan tetapi mereka akan sentiasa berselisih pendapat. Melainkan orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: Sesungguhnya aku akan memenuhi neraka Jahannam keseluruhannya dengan jin dan manusia.” (Hud: 118-9) Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas menyatakan, “perbezaan pendapat di kalangan manusia dalam perkara agama, iktikad, cara hidup, mazhab dan pandangan akan berterusan berlaku.” Ikrimah berpendapat bahawa ayat tersebut memberi makna manusia berbeza dalam menerima petunjuk Allah. Al-Hassan Al-Basri pula berpendapat bahawa maksud ayat, “perbezaan yang berlaku dalam menerima rezeki, ada yang kaya serta memperolehi banyak rezeki, ada yang miskin serta sedikit rezekinya.”1 Oleh itu, sekiranya kita mengenalpasti bahawa khilaf itu tidak dapat dielak, persoalan yang seterusnya ialah apakah jenis-jenis khilaf yang dibenarkan syara` dan apa pula khilaf yang sepatutnya dielak dan dicegah? Khilaf yang dibenarkan syara` 1. Khilaf berdasarkan ilmu, adab dan keinginan untuk mencari kebenaran. Ilmu di sisi Islam merupakan antara perkara yang terpenting bagi kelancaran kehidupan setiap individu.

1Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, juz 4, ms. 362.

Page 5: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

5

Apabila terdapat dua pihak yang bertelagah serta berselisih pendapat, seharusnya setiap individu itu berniat untuk mencari kebenaran dengan berdasarkan ilmu pengetahuan yang muktabar yang berpandukan dalil-dalil yang sahih serta mengikut manhaj keilmuan Islam yang benar. Setelah itu, hendaklah menghayati adab dan etika seorang Muslim dalam menangani khilaf. Imam Al-Syafi`i berkata, “Tatkala aku berbahas dengan seseorang, aku tidak menghiraukan samada melalui lisanku Allah s.w.t. menjelaskan kebenaran ataupun melalui lisannya.” Ibn Qayyim Al-Jauzi menjelaskan sekiranya kedua-dua pihak yang berselisih itu menginginkan ketaatan kepada Allah dan RasulNya, sepatutnya perselisihan yang berlaku tidak meninggalkan apa-apa kesan yang negatif.2

2. Mengiktiraf bahawa khilaf membawa kepada kepelbagaian. Telah dijelaskan bahawa khilaf dan perbezaan pendapat itu merupakan satu lumrah kehidupan. Kita lihat sahaja perbezaan pendapat yang berlaku pada pembahasan fiqh yang terdapat pelbagai penafsiran dan pemahaman ulama mengenai satu teks agama. Perbezaan pendapat yang terhasil di dalam ilmu fiqh, sebenarnya merupakan satu kepelbagaian yang menyuburkan dan menyemarakkan lagi rujukan fiqh serta agama buat umat. Kita menyaksikan sebagai contoh, khilaf yang berlaku antara imam Abu Hanifah dengan ketiga-tiga anak muridnya (Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar) pada lebih dari sepertiga permasaalahan agama dalam mazhab Hanafi. Begitu juga khilaf yang berlaku dalam mazhab Maliki antara Ibn Al-Qasim, Al-Ashab, Ibn Wahab, Ibn Al-Majishun dan sebagainya dengan Imam mazhab mereka,

imam Malik. Keadaan yang sama juga diperhatikan dalam mazhab Al-Syafi`i melalui pendapat lama (al-qaul al-qadim) dan pendapat baru (al-qaul al-jadid) oleh imam Al-Syafi`i sendiri. Ditambah pula dengan perbezaan sebahagian pengikut imam Al-Syafi`i seperti Al-Buwaithi, Al-Muzani dengan imam mazhab mereka. Bahkan mazhab Hanbali terkenal dengan perbezaan pendapat-pendapat yang diriwayatkan dari imam Ahmad serta khilaf yang berlaku antaranya dengan anak-anak muridnya. Perbezaan pendapat tersebut telah menyumbang kepada khazanah fiqh Islam serta menjadi sebab utama suburnya pemikiran fiqh antara ulama. Ia juga telah memupuk sikap keterbukaan antara ulama serta masyarakat untuk mendengar dan menerima pandangan pihak lain dalam usaha melakukan perubahan. Tambahan dari ini, kepelbagaian tersebut telah mendorong pembaharuan pemikiran untuk menjadi sebuah masyarakat yang berdayasaing dan berdayatahan menghadapi cabaran pihak luar yang lebih besar. Kesan positif sedemikian terhasil apabila kita melihat perbezaan pendapat yang berlaku sebagai satu kepelbagaian dan bukan khilaf yang membawa kepada perpecahan. 2Ibn Qayyim, Al-Sawa’iq Al-Mursalah, juz 2, ms. 519.

Page 6: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

6

Khilaf yang tercela Perbezaan pendapat yang dicela syara` adalah segala perbezaan pendapat yang membawa kepada perpecahan umat dan ini amat dilarang agama. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan sesuatu perbezaan menjadi sebab perpecahan dalam masyarakat dan umat. Antara faktor yang paling utama adalah apabila perselisihan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan. Apabila salah satu antara pihak yang bertelagah, atau kedua-duanya sekali, tidak memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi, khilaf yang berlaku boleh bertukar menjadi pergaduhan dan perbalahan yang berpanjangan. Sifat-sifat keji seperti menuruti kehendak hawa nafsu, tuduh menuduh, penyebaran fitnah dan sebagainya, terhasil akibat tidak berdasarkan ilmu. Hal ini juga perlu kepada kepada sikap yang betul dari pemimpin agama dan para ulama iaitu menjauhi pembentangan isu-isu khilafiyah. Bahkan sekiranya isu tersebut merupakan isu yang berpotensi untuk menjadi punca dan sebab perpecahan, sebaik-baiknya kita tidak menyibukkan masyarakat awam dengannya. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Iqtisad Fi Al-I`tiqad menyarankan para ulama untuk tidak menyibukkan orang awam dengan permasalahan akidah yang membabitkan perbahasan ilmu kalam. Bahkan imam Al-Ghazali menegaskan bahawa yang diwajibkan syara` ialah keimanan seseorang dan bukannya menyibukkan mereka dengan perincian pembahasan ilmu kalam.3 Sekiranya dirasakan perlu untuk menjelaskan dalil-dalil serta hujah bagi sesuatu permasalahan, kita seharusnya menjelaskan kedua-dua perspektif bagi sesuatu masalah khilafiyah.

Cara begini bukan sahaja memberi kemanfataan ilmiyah, bahkan ia mampu menjadi sebab untuk yang mendengar semakin menghargai pendapat yang berbeza dengannya. Menilai khilaf menerusi kemaslahatan umum (maslahah kulliyah) Apabila kita membahaskan tentang Maqasid Al-Shari`ah (objektif syariah) ataupun kemaslahatan dan kemudaratan, yang biasanya terlintas di minda seseorang adalah kemaslahatan individu dan apakah objektif syariah berkaitan dirinya. Sheikh Muhammad bin Tahir bin `Ashur merupakan antara mereka yang terawal yang membahaskan tentang ilmu Maqasid Al-Syari`ah (tujuan-tujuan stariah) dari perspektif umat. Oleh itu, menurut Sheikh Bin ‘Ashur perspektif kemaslahatan bagi umat wujud pada setiap peringkat kemaslahatan/maqasid yang tiga: daruriyat (darurat), hajiyat (keperluan) dan tahsiniyat (penyempurnaan).

Sebagai contoh, sekiranya terdapat daruriyat al-fard (perkara darurat bagi individu), maka di waktu yang sama juga terdapat darurat al-ummah (perkara yang darurat bagi umat), Sheikh Bin `Ashur berpendapat perkara darurat bagi umat seharusnya mendahului keperluan darurat bagi individu.4 3Al-Ghazali, Al-Iqtisad Fi Al-I`tiqad, ms. 5. 4Muhammad Al-Tahir bin `Ashur, Maqasid Al-Shar`iah, ms. 300.

Page 7: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

7

Melalui beberapa nas dan teks agama pula, kita mengetahui bahawa antara perkara yang dinilai syara` sebagai darurat dan wajib dipelihara bagi umat adalah kesatuan umat. Atas dasar itu, syara` telah menggalakkan beberapa amalan yang tertentu untuk dijalankan secara berjemaah. Amalan-amalan ini bertujuan untuk membina semangat kesatuan dan berjemaah di kalangan umat Nabi s.a.w.. Allah taala berfirman: “Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran: 103) Abdullah bin Masud r.a. menyatakan bahawa maksud disebalik ayat tersebut adalah “Al-Jamaah”. Imam Al-Qurtubi pula menyatakan dalam tafsirnya, “Sesungguhnya Allah taala memerintahkan kesatuan dan melarang dari perpecahan kerana pada perpecahan terdapat kemusnahan dan di sebalik kesatuan terkandung keselamatan.” Nabi s.a.w. juga pernah menekankan kepentingan menjaga kesatuan di dalam hadithnya yang bermaksud: “Bacalah Al-Quran selagi mana hati-hati kamu bersatu di atasnya, akan tetapi apabila kamu mula berselisih (berkenaannya) maka bangkitlah daripadanya.” (Riwayat Al-Bukhari) Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa hadith ini mengingatkan kita tentang pentingnya untuk mencari titik persamaan dan menjauhi perbezaan yang membawa perpecahan. Walaupun sekiranya disebabkan Al-Quran sekalipun, kita dinasihati untuk meninggalkan perkara yang menimbulkan perselisihan itu dan berpindah kepada perkara yang boleh mengekalkan kesatuan. Hadith ini sekaligus mengingatkan kita bahawa jika seseorang itu menang di dalam perbincangan, tapi jika perbincangan tersebut merosakkan hubungan dengan saudara seagamanya, maka mengekalkan kesatuan dengan mengorbankan ego untuk menang dalam perdebatan lebih dituntut. Jika berkaitan Al-Quran sahaja kita diperintahkan untuk meninggalkan perbincangan tentangnya seketika, demi mengelakkan persengketaan, apatah lagi sekiranya perbincangan tersebut berkaitan dengan isu selain dari Al-Quran. Menilai keutamaan isu Antara saranan yang boleh dipertimbangkan oleh setiap individu tatkala berhadapan dengan perselisihan pendapat ialah menilai perbezaan pendapat yang berlaku seperti berikut: 1. Dari segi keutamaannya, adalah isu tersebut merupakan perkara usul (dasar) ataupun furu` (cabang)? Sekiranya isu yang diperselisihkan hanya merupakan isu cabang seperti membaca doa selepas solat dan sebagainya, setiap individu Muslim seharusnya berlapang dada berhadapan dengan perbezaan pendapat tersebut. Namun terdapat isu yang selalu dipertikaikan juga membabitkan soal akidah. Memandangkan pembahasan yang sering kedengaran ialah isu akidah adalah perkara usul (dasar) yang tidak dibolehkan kompromi padanya, timbul dari perbezaan pendapat sebegini tuduhan yang mengeluarkan satu pihak dari batasan akidah Islam - adakah akidah yang sahih itu merupakan akidah Al-Ash`ariy ataupun Al-Maturidi ataupun akidah yang sebenarnya merupakan akidah: Tauhid Uluhiyyah, Rububiyah dan Al-Asma’ Wa Al-Sifat? Oleh itu, isu mana yang dianggap sebagai isu dasar/prinsip dan isu yang mana pula merupakan isu cabang?

Page 8: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

8

Untuk berlaku adil bagi memberi huraian yang saksama kepada persoalan tersebut, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu apakah akidah Islam yang diwajibkan ke atas syara` setiap dari hamba yang beriman untuk berkeyakinan dengannya. Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya Al-Iqtisad, sebagai pendahuluan bagi pembahasannya tentang akidah, bahawa apa yang dibawanya di dalam kitab tersebut dari segi hujah-hujah dan dalil-dalil diumpamakan seperti satu ubat dan penawar bagi seorang pesakit. Selanjutnya, beliau berkata sekiranya seorang doktor tersalah memberi ubat kepada pesakitnya, ubat tersebut akan memudaratkan si pesakit. Lalu, beliau menjelaskan pula keperluan mempelajari ilmu kalam bagi masyarakat awam: “Maka golongan seperti mereka perlu dibiarkan atas akidah dan kepercayaan mereka dan jangan diganggu akidah mereka dengan memaksa mereka untuk mempelajari ilmu ini (ilmu kalam). Sesungguhnya Nabi (s.a.w.) tidak meminta kaum Arab (dalam dakwahnya) melainkan untuk mereka membenarkannya (tasdiq)…oleh itu, belum pernah diriwayatkan bahawa ada diantara sahabat yang berkecimpung dalam bidang ini atau membahaskannya. Tidak pernah pula mereka mengajarnya ataupun menyumbang penulisan berkaitannya.” 5

Dari ini, perlu jelas bagi kita bahawa isu-isu akidah itu seharusnya berdasarkan apa yang dibawa oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Kedua-dua prinsip dan usul yang dibawa Al-Quran dan Sunnah merupakan perkara usul yang tiada kompromi padanya. Adapun “cara menjelaskan akidah”, penulis berpendapat, ia merupakan usaha para ulama dan ijtihad mereka dengan tujuan untuk mempermudahkan pembentangan isu-isu akidah yang kadangkala agak kompleks kepada masyarakat awam. Ada yang lebih cenderung kepada cara Abu Al-Hassan Al-Ash`ari an ada pula yang lebih cenderung kepada cara penjelasan tauhid seperti Tauhid Uluhiyah, Rububiyah dan Al-Asma Wa Al-Sifat. Tidak dapat dinafikan sememangnya terdapat sebahagian isu-isu akidah yang mana para ulama berbeza pendapat padanya. Namun, ia merupakan satu permasalahan yang perlu diselesaikan dan dibincangkan antara para ulama dan bukan dengan membentang perinciannya kepada masyarakat awam sehingga mencetuskan perselisihan yang membawa kepada perpecahan. Bagi mengenalpasti isu-isu yang dasar dan isu-isu yang cabang, kita boleh merujuk kepada pembahasan berkaitan Maqasid Al-I`tiqad. Sheikh Ahmad Al-Raisuni merupakan antara mereka yang berusaha untuk mengenalpasti maqasid dalam persoalan akidah. Beliau menggunakan istilah Al-Kulliyat Al-`Aqdiyah6 (prinsip-prinsip akidah yang menyeluruh). Dalam pembahasan ini, beliau memperincikan isu-isu akidah yang dianggap sebagai perkara dasar dalam bab keimanan yang tidak boleh dipertikaikan dengan harapan apabila individu muslim mengenalpasti isu yang merupakan

5Al-Ghazali, Al-Iqtisad Fi Al-I`tiqad, ms. 5. 6Beliau menyatakan, “Yang dimaksudkan dengan istilah Al-Kulliyat Al-`Aqdiyah adalah perkara-perkara usul (prinsip) yang utama dalam bab keyakinan dan keimanan.” Lihat Ahmad Al-Raisuni, Al-Kulliyyat Al-Asasiyah Li Al-Shari`ah, Kaherah, Dar Al-Kalimah, cetakan pertama, 2013, ms. 65.

Page 9: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

9

prinsip dan dasar, ia dapat membantunya untuk bersikap adil serta berlapang dada sekiranya berlaku perbezaan pendapat dan khilaf bagi isu yang merupakan isu cabang. 2. Isu yang dibincangkan samada merupakan isu terkini yang masih memerlukan kepada kajian ataupun khilaf dari

zaman dahulu? Sebahagian dari isu-isu yang diperselisihkan merupakan isu-isu terdahulu yang pernah dibincangkan para ulama dari zaman dahulu lagi, sebagai contoh ialah isu berkaitan membaca qunut di waktu subuh, berdoa selepas solat, mengangkat tangan semasa berdoa, menyambut maulid, bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. dan sebagainya. Kesemuanya dan yang seumpama dengannya, merupakan isu-isu khilafiyah antara ulama semenjak berkurun lamanya. Ulama-ulama yang membahaskan isu tersebut telah membentangkan pendapat dan hujah kedua-dua pihak.

Lihat sahaja –sebagai contoh- kitab Jala’ Al-`Ainain Bi Muhakamat Al-Ahmadayn, karangan imam Al-Alusi (1317H). Kitab ini membentangkan isu-isu khilafiyah bagi dua aliran yang berbeza yang merangkumi isu akidah, fiqh dan usul fiqh yang mana Sheikh Ahmad bin Hajar Al-Haitami (909H) tidak sependapat dengan Sheikh Ahmad bin Taimiyah (728H). Ia sekaligus memberi satu gambaran umum bahawa sebahagian isu-isu khilafiyah telah wujud dan dibahaskan oleh para ulama. Kita akur bahawa setiap individu itu memiliki kecenderungan peribadinya atau pendapat yang beliau lebih selesa kepadanya. Ini tidak bererti bahawa beliau perlu meninggalkan kecenderungan atau pendapat peribadinya untuk mencapai kesatuan umat. Yang dimaksudkan ialah setiap individu perlu prihatin dan berusaha untuk memahami perspektif saudaranya yang mungkin berlawanan

dengannya demi mencapai suatu kesatuan. Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta. Kesimpulan Setiap umat Nabi s.a.w. (lebih-lebih lagi golongan ulama) perlu memberi tumpuan kepada permasalahan umat dan cabaran yang dihadapi masyarakat kita dari sibuk bertelagah tentang isu-isu khilafiyah yang memang tiada jalan penyelesaiannya. Perlu diperhatikan bahawa pada ketika kita sibuk berdebat - qunut itu wajib ataupun tidak, solat perlu menyentuh kaki dengan teman bersebelahan, membaca Yasin dan tahlil pada malam Jumaat – masih ramai dari masyarakat kita yang masih tidak pandai membaca Al-Quran, tidak melaksanakan solat dan belum lagi menunaikan kewajipan agama.

Page 10: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

10

Wasatiyah Dalam Memartabatkan Akal Dalam Kehidupan Muslim Ustaz Dr. Firdaus Yahya Al-Hafiz

Jauhi emosi Setiap kali gambar-gambar yang menunjukkan kalimah mulia Allah terukir di objek-objek seperti buah, pokok, awan dan sebagainya, tersebar luas di internet, ia diterima dan dipercayai sebagai sahih, tanpa sedikitpun keraguan bahawa gambar-gambar itu boleh jadi direka melalui sofwe-sofwe grafik. Jika gambar-gambar itu tulen sekali pun, tidak semestinya ia benar-benar menunjukkan tulisan nama Allah yang mulia kerana sesuatu boleh berubah bentuk bila dilihat dari perspektif lain. Sebagai contoh, sebuah silinder atau tabung jika dilihat dari atas sudah tentu akan menampakkan permukaan yang bulat, tapi jika dilihat daripada sisi akan kelihatan seperti kotak.

Namun, kemungkinan ini mungkin terlepas daripada benak fikiran dalam keghairahan seseorang ingin melihat tanda kebesaran Allah di alam ini melalui objek yang membentuk kalimah nama Allah. Begitu juga, kadang kala kita gagal berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan berita-berita yang menyokong Islam. Sebagai contoh, ramai yang terus percaya akan dakwaan, pada tahun-tahun 70an dan 80an, bahawa Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kakinya ke bulan, telah masuk Islam kerana mendengar azan di Bulan. Kerana terlalu ghairah, ramai yang terlupa bahawa bulan tiada atmosfera. Oleh itu, suara tidak boleh terhasil di sana kerana gelombang suara memerlukan objek untuk membawanya. Ketiadaan udara di sana menyebabkan gelombang suara tidak wujud. Demikian juga dengan penyebaran luas gambar yang menunjukkan permukaan bulan yang retak dengan dakwaan bahawa NASA menyatakan retak tersebut mengelilingi Bulan.

Ramai mula percaya ia adalah kesan terbelahnya Bulan pada zaman Rasulullah s.a.w. Tidak terlintas di hati mereka untuk mengkaji lebih mendalam apakah jenis garisan yang ada dalam gambar itu dan kemungkinan ia adalah rekaan grafik melalui komputer. Sekali lagi, pemikiran secara rasional dan logik terpinggir dalam keghairahan menyambut berita-berita sensasi yang seolah-olah menyokong Islam. Masalah ini menjadi lebih kritikal apabila seseorang sudah terlalu taksub kepada guru agamanya. Apa jua dakwaan guru tersebut, walaupun bertentangan dengan logik akal akan diterima bulat-bulat.

Akal bertempat dalam Islam Mungkin kerana ramai yang berpendapat bahawa akal tiada tempat dalam urusan agama kerana agama adalah kepercayaan dan kepercayaan tidak semestinya tunduk kepada akal fikiran. Dakwaan ini memang ada kebenarannya.

Page 11: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

11

Saiyidina Ali r.a pernah diriwayatkan berkata, “Jika ugama ini didasari dengan pemikiran semata-mata, maka sudah tentu bahagian bawah kasut khuf (kasut) lebih utama diusap daripada bahagian atasnya.” (Riwayat Abu Daud) Namun, jika kita menggantung penggunaaan rasional dalam perkara agama, ia akan melahirkan manusia yang kurang dorongan untuk berfikiran kritis dalam urusan dunia dan agama juga. Manusia yang lebih senang ikut arus yang dicorakkan oleh manusia lain. Kepercayaan memang memerlukan seseorang menggantung rasionalnya jika ia bertentangan dengan logik akal. Sebagai contoh, orang Islam percaya akan kewujudan jin dan malaikat. Sedangkan logik akal mengatakan sebaliknya kerana belum ada bukti empirikal akan kewujudan dua makhluk ini. Namun, umat Islam meletak tepi rasional dan percaya tanpa tanya lebih lanjut. Maka dalam bidang kepercayaan sesebuah agama, ada rasionalnya untuk tidak menggunakan rasional – percaya sahaja. Sama ada kepercayaan agama itu lebih banyak mengikut rasional atau sebaliknya, ia bukan faktor yang diambil kira. Namun dalam Islam, hanya hal-hal yang bersangkutan dengan alam ghaib yang wajib dipercayai sahaja. Inilah erti keimanan. Akal tiada peranan dalam urusan tersebut. Tapi setiap ugama ada komponen pengamalan dan tingkah laku. Ia mencorak penganutnya dengan cara tingkah laku dan ritual yang membezakannya dengan penganut agama lain. Dalam Islam, komponen pengamalan dinamakan Fiqh dan komponen tingkah laku dinamakan pula Akhlak. Dalam Fiqh, rasional tidak boleh ditolak tepi seratus peratus. Jika rasional diketepikan sepertimana yang berlaku dalam bidang kepercayaan (Tauhid atau Aqidah) akan hilanglah aktiviti ijtihad. Tidak akan ada kaedah-kaedah Fiqh seperti Qiyas, Masalih Mursalah, Istihsan dan sebagainya. Umat Islam akan jadi golongan literalis apabila berinteraksi teks yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w, iaitu Al-Quran dan Hadith. Mereka akan terperangkap dengan masa dan tempat Al-Quran diturunkan dan sukar untuk mengaitkan dengan konteks semasa. Maka rasional mempunyai peranan besar dalam pembentukan hukum-hukum Fiqh. Ia menjadikan ugama Islam sebuah agama yang dinamik, yang sesuai diamalkan sepanjang masa dan dalam apa jua keadaan. Ia boleh diamalkan oleh para sahabat.

Page 12: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

12

Ia juga boleh diamalkan oleh manusia yang tinggal di merata tempat di dunia ini. Malah ia juga sesuai diamalkan jika manusia nanti tinggal di planet Marikh. Namun, bagaimana pula kenyataan saiyidina Ali r.a. dalam hadis di atas? Tidakkah ia menunjukkan dengan jelas bahawa agama ini tidak berdasarkan akal? Sememangnya itulah tafsiran yang timbul jika seseorang itu tidak merenung lebih mendalam maksud kata-kata saiyidina Ali r.a.

Dalam konteks menyapu khuf, mengikut logik, menyapu bahagian bawah lebih utama daripada bahagian atas kerana sudah pasti bahagian bawah khuf lebih kotor daripada bahagian atas. Ini adalah pandangan umum manusia tapi pandangan berbeza-beza mengikut kemampuan pemikiran logik seseorang itu. Cuba kita lihat daripada sudut yang lain pula. Yang dituntut dalam hukum khuf ialah menyapunya dengan air, bukan mencuci dengan air, seperti mencuci kaki ketika wuduk. Jika seseorang menyapu bahagian bawah khuf yang sudah semestinya kotor, ia pasti akan menyebarkan kotoran tersebut.

Bahagian atas khuf pula biasanya tidak sekotor di bawah khuf. Ia mungkin hanya berabuk sahaja. Maka menyapu dengan air tidak akan menyebarkan kotoran tersebut, sebaliknya ia boleh mengurangkan kotoran itu. Maka menyapu bahagian atas khuf lebih tepat mengikut logik daripada menyapu bahagian bawah khuf. Tapi mengapa saiyidina Ali r.a tidak menyatakan demikian? Mengapa sebaliknya yang dimaksudkan? Bahawa kalau ugama ini ikut pandangan, maka menyapu bawah khuf adalah lebih utama daripada atas khuf? Jika diteliti teks perkataannya, beliau tidak menggunakan perkataan al-`aql (akal) tetapi penggunakan perkataan al-ra’yu (pandangan). Kedua-dua perkataan ini membawa makna yang berbeza. Akal bermaksud berfikiran secara rasional dan kritis. Sedangkan al-ra’yu membawa maksud pandangan semata-mata dan pandangan seseorang itu tidak semestinya bertepatan dengan pemikiran rasional. Faktor emosi perlu diambil kira. Jikapun pandangan seseorang itu mengikut rasional, manusia berbeza kemampuan dalam berfikiran secara rasional. Ada manusia yang mampu untuk berfikir lebih kritikal daripada yang lain.

Page 13: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

13

Oleh itu, saiyidina Ali r.a menganjurkan umat agar ikut apa yang terdapat dalam nas tanpa menyoal kerelevannya dan kesesuaiannya mengikut akal fikiran. Sekiranya setiap hukum dipersoalkan kerelevannya, ia akan membuka pintu fitnah yang akhirnya melarutkan syariat Islam yang berfungsi sebagai pengikat kepada semua orang Islam merentasi masa dan tempat. Akan tetapi ia tidak bermakna umat Islam tidak boleh menggunakan rasionalnya untuk membentuk hukum baru melalui ijtihad apabila berhadapan dengan situasi yang baru. Jika ini berlaku, seperti yang dinyatakan sebelum ini, Islam akan hilang kedinamikan dan keanjalannya. Begitu juga dalam melihat hikmah di sebalik sesebuah pensyariatan. Ini hanya dapat dilakukan apabila seseorang menggerakkan akalnya untuk berfikir secara logikal, kritikal dan rasional.

Batas akal Penggunaan logik untuk menghasilkan pemikiran yang rasional perlu dibataskan kepada dua perkara di atas sahaja; a) untuk mencernakan hukum yang baru melalui ijtihad, dan b) untuk cuba menyingkap hikmah disebalik pensyariatan sesebuah hukum. Penggunaan logik unuk menilai kembali hukum-hukum yang sudah diterima-pakai selama ini yang bersandarkan nas yang jelas dan tiada keraguan padanya akan melonggarkan tali yang mengikat semua orang Islam. Ia akan membuat individu pilih dan amalkan hukum yang dia rasa masih lagi relevan untuk diamalkan sahaja.

Lebih buruk lagi, ia boleh membawa kepada keadaan di mana seseorang boleh menyoalkan kebijaksanaan Allah s.w.t dalam menetapkan sesebuah hukum. Sebagai contoh, Al-Quran dengan jelas menyatakan, “Allah telah menetapkan untuk kamu (bahagian pusaka) anak-anak kamu, iaitu anak lelaki mendapat bahagian dua anak perempuan.” (Al-Niisa’, 11) Nas yang jelas ini tidak mengizinkan penggunaan logik untuk menilai kesesuaiannya sepanjang zaman. Namun, pihak yang masih berkeras untuk menggunakan rasional mereka untuk hukum yang sudah jelas seperti ini akan sampai kepada natijah bahawa pembahagian ini tidak sesuai pada zaman sekarang di mana anak perempuan juga keluar mencari nafkah untuk keluarga. Lalu dirumuskan memberi mereka separuh daripada bahagian anak lelaki merupakan satu ketidak-adilan dan ini bercanggah dengan ruh atau prinsip utama syariat Islam, iaitu keadilan. Perlu diperjelaskan bahawa ini tidak bermakna bahawa Islam sama sekali melarang anak perempuan mendapat harta warisan sama banyak atau lebih dari anak lelaki melalui instrumen-instrumen lain yang diakui syara`, selama mana ada maslahat dan menepati ruh keadilan.

Page 14: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

14

Namun pendirian sebegini berbeza dengan pendirian yang sama sekali menolak hukum dalam ayat di atas atas dasar ia telah lapuk, tidak relevan dan perlu diketepikan kerana bertentangan dengan logik masa kini. Kedua-dua pendekatan yang ekstrem ini tiada tempat dalam Islam. Yang satu seolah-olah memperkecilkan peranan logik dan rasional dalam berhadapan dengan urusan agama sehingga sanggup mempercayai apa jua yang dihidangkan kepada mereka, walau mustahil pun dari sudut akal pemikiran. Yang satu lagi seolah-olah menjulang tinggi logik akal dan pemikiran rasional sehingga semua nas, walaupun yang sudah jelas dan tiada keraguan padanya, perlu dinilai kembali kerelevannya dan kesesuainnya. Wasat dalam berakal dan beriman Islam adalah agama wasat (seimbang). Dalam setiap sudut, pendekatan wasat ini dituntut. Maka satu pendekatan wasat diperlukan sebagai jalan tengah bagi kedua-dua pola pemikiran yang ekstrem di atas. Tapi sebelum mengenal pasti apakah pendekatan tersebut, kita perlu fahami sebab kedua-dua pendekatan ekstrem itu tidak boleh diamalkan. Golongan yang dengan mudah menepikan pemikiran rasional apabila berhadapan dengan isu-isu agama atas alasan bahawa akal pemikiran tiada tempat dalam urusan agama, perlu sedar bahawa Islam tidak bergerak bebas daripada akal. Sebaliknya kita dapati Al-Quran penuh dengan anjuran dan perintah agar manusia berfikir dan menggunakan akal mereka. Kisah Nabi Ibrahim a.s yang berdakwah menggunakan pendekatan rasional dikekalkan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-An’am dan surah Al-Anbiya’ agar menjadi tauladan dan pelajaran kepada umat Islam akan peri pentingnya mengoptimakan pemikiran rasional dalam pendekatan dakwah kita. Maka Islam dan rasional berjalan seiring. Dengan rasional, Islam menghapuskan kepercayaan-kepercayaan khurafat dan tahayul. Dengan rasional juga, Islam menegakkan akhlak mulia yang bersifat universal kerana ia boleh diterima oleh semua dan dengan rasional itu juga ulama mampu mengeluarkan hukum-hukum baru dalam Fiqh yang berdasarkan nas-nas yang thabit. Golongan yang menjulang tinggi rasional sehingga menjadikannya kayu ukur untuk kebanyakan hukum yang sudah jelas dan diterima oleh umat kemungkinan besar tidak sedar bahawa pemikiran rasional terhad kepada kemampuan akal dan maklumat yang sedia ada. Manusia sudah pasti tidak mempunyai fakulti pemikiran yang hebat sehingga dapat menyingkap sebab hukum-hukum syariat ditetapkan oleh Allah s.w.t. Manusia hanya dapat melihat apa yang dia mampu melihat, terbatas dengan kemampuan akalnya dan ilmunya. Oleh itu, adalah sesuatu yang tidak logik untuk manusia menyoal kewajaran hukum yang jelas yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Page 15: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

15

Ia seolah-olah seperti seorang budak kecil yang menyoal kewajaran teori seorang ilmuwan. Ikut pandangan budak tersebut, teori ilmuwan itu tidak logik. Sedangkan yang sebenarnya, pandangan dia yang tersasar kerana ia adalah natijah dari akalnya yang masih lemah dan ilmunya yang masih sedikit. Maka persoalan seterusnya ialah: apakah pendekatan yang wasat? Pendekatan ini perlu mempunyai prinsip-prinsip berikut: 1) Mengamalkan hukum-hukum yang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t tanpa sebarang keraguan, tetapi dalam masa

yang sama cuba mengkaji apakah hikmah disebalik hukum tersebut. 2) Tidak menafikan peranan logik dan rasional dalam pembentukan hukum-hukum baru agar dapat menyesuaikan

pengamalan Islam untuk semua keadaan. 3) Tidak mudah menerima semua berita yang menggambarkan keadaan yang berbeza dengan apa yang telah

diterima-pakai oleh umat Islam sejauh ini. Sebaliknya, berita tersebut perlu diterima dengan akal yang kritikal.

Prinsip-prinsip di atas jika diaplikasi dengan baik, akan dapat membantu seseorang untuk tetap berada dalam landasan wasat dalam pola pemikirannya. Saya berikan beberapa senario sebagai contoh. Senario pertama Seorang guru mendakwa bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ‘orang dalam’ / jin / wali Allah yang ghaib yang memberitahunya bahawa sesuatu akan berlaku, atau seseorang itu jahat atau baik, atau apa jua berita sensasi yang menggemparkan muridnya. Mengaplikasikan prinsip nombor 3 di atas, murid yang mendengar dakwaan sensasi sedemikian perlu dengan cepat menaikkan antena rasionalnya. Dakwaan tersebut bukanlah nas yang jelas dan diterima pakai oleh umat. Ia adalah dakwaan yang perlu didokong oleh bukti.

Maka sewajarnya dakwaan tersebut diuji dahulu dengan pemikiran rasional. Adakah logik? Jika tidak logik, sebaiknya ditolak dakwaan tersebut dan penolakan itu tidak menjejas sedikitpun keimanan kerana ia tidak bersangkut-paut dengan aqidah Islam. Senario kedua Tersebar berita bahawa satu peristiwa yang ganjil telah berlaku dan ia adalah petanda bahawa Imam Mahdi / Dajjal / makhluk angkasa lepas (atau apa jua yang ingin manusia ketengahkan) sudah atau akan keluar tidak lama lagi. Ketika ini, orang yang mendengar berita tersebut perlu dengan cepat mengamalkan sikap skeptikal. Pendekatan pertamanya bukanlah menerima, tetapi menyoalkan kesahihan peristiwa tersebut. Jikapun sahih, dia perlu lihat apakah sebab-sebab disebalik peristiwa tersebut.

Page 16: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

16

Dia tidak akan cepat melatah mengaitkan sesuatu peristiwa dengan sesuatu perkara yang belum berlaku atau perkara yang mempunyai ikatan yang lemah dengan peristiwa tersebut. Senario ketiga Sebuah institusi mempertahankan tradisi cara ia beroperasi walaupun sudah agak ketinggalan zaman atas alasan cara tersebut yang diwarisi daripada ulama dahulu dan itu sudah pasti yang terbaik. Dalam hal ini, pemikiran rasional perlu mengambil alih sentimen kerana sentimen adalah berdasarkan emosi bukan fakta. Ini bukan urusan agama yang jelas hukumnya. Maka rasional dan logik perlu ada peranan yang besar dalam menentukan tindak tanduk dan pendekatan. Menuju wasat Apabila kita akur bahawa rasional dan ugama tidak dapat dipisahkan, persoalan akhir yang perlu diajukan ialah bagaimana membina pemikiran yang rasional? Jawapannya terkandung dalam dua pendekatan. Pertama ialah membina pola pemikiran yang skeptikal dan tidak mudah menerima apa jua berita sensasi kecuali yang bersangkutan dengan pengkhabaran ilmu ghaib melalui nas-nas yang jelas dan sahih. Dengan erti kata lain, menggantung pendapat dan keputusan sehingga jelas dan faham fakta-fakta yang dibentangkan. Kedua ialah mempelajari cara-cara pemikiran yang kritis dan cara menilai dan membina hujah yang kukuh. Bidang ilmu ini sudah wujud dari zaman ahli falsafah Yunani lagi. Plato dan Socrates merupakan tokoh utama yang membangunkan ilmu ini. Berbagai nama telah diberikan: Ilmu Logik, Ilmu Mantiq, Ilmu Kalam. Kesimpulannya, rasional dan agama perlu berjalan seiring. Ada ketikanya rasional perlu mendahului agama. Pada ketika lain pula, agama perlu mendahului rasional. Pendekatan yang wasat ialah pendekatan yang meraikan hakikat ini.

Wasatiyah dan Jihad Menerusi Bakti Kepada Alam Ustaz Mustazah Bahari dan Ustaz Muhammad Haniff Hassan

Page 17: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

17

Pengenalan

Hari ini, perhatian umat Islam di dunia banyak dipalingkan kepada ancaman pengganasan seperti yang dilakukan oleh ISIS di Syria dan Iraq.

ISIS dan para penyokongnya pula giat mempropagandakan bahawa jihad yang sebenar adalah terjun ke medan peperangan menentang golongan yang bukan Islam serta membangunkan negara Islam atau dengan kata lain ialah menyertai mereka.

Sebahagian anak-anak muda Muslim termakan propaganda ini sehingga meninggalkan segala-galanya untuk menyertai ISIS.

Hakikat yang perlu diketengahkan bagi memberi kefahaman kepada anak-anak muda agar tidak diperdaya oleh propaganda sebegini ialah ramai para ulama hari ini telah bersuara bahawa jihad bukanlah hanya perang dan mengangkat senjata melawan musuh agama.7

Jihad juga meliputi segala usaha gigih untuk aktiviti pembangunan yang memberi manfaat besar kepada alam seluruhnya dan manusia khususnya.

Inilah fahaman jihad yang bersifat wasatiyah dan di sini juga usaha mempromosi wasatiyah bertemu dengan usaha melawan radikalisasi anak-anak muda Muslim.

Dalam hal ini, satu inisiatif sekelompok Muslim dalam bidang pemeliharaan alam wajar ditonjolkan atas sebab-sebab berikut:

• ia adalah satu contoh konkrit bagi erti jihad yang lebih luas yang membawa kesejahteraan besar kepada alam dan manusia sejagat bersesuaian dengan konsep Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam,

• ia berpotensi menarik minat anak-anak muda Muslim untuk menceburi dan menyibukkan diri dalam satu bidang yang termasuk dalam jihad yang terpuji di sisi agama sehingga dengan itu mampu memalingkan mereka dari pengaruh ISIS, ia memberi gambaran yang positif dan konkrit tentang anak-anak muda Muslim yang mana imej mereka dicemari sebagai golongan yang negatif - amat mudah terpengaruh oleh ISIS – dan perlu dicurigai.

Disebabkan laporan-laporan yang condong melaporkan berita-berita radikalisasi kerana elemen sensasi yang ada padanya banyak berita-berita positif mengenai inisiatif anak-anak muda Muslim tidak mendapat liputan sewajarnya.

Hal ini menjadikan imej tidak seimbang terhadap umat Islam dan anak-anak mudanya.

Kenapa jihad persekitaran?

Islam amat mengambil berat akan soal kesejahteraan persekitaran.

Hal ini dapat dilihat dari sudut misi Nabi Muhammad s.a.w untuk membawa rahmat kepada alam seluruhnya sebagimana yang disebut dalam Al-Quran (Al-Quran, 21:107), bukan hanya kepada manusia, apatah lagi untuk Muslim sahaja.

7Lihat Open Letter to Al-Baghdadi, poin 8, di http://www.lettertobaghdadi.com/

Page 18: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

18

Misi ini juga menjelaskan konsep manusia sebagai khalifah dalam ayat Al-Quran, iaitu tujuan penciptaannya (Al-Quran, 2:30). .

Selain itu, Al-Quran juga mencela manusia yang mengakibatkan kemusnahan alam (Al-Quran, 60: 41)

Jihad dalam Islam adalah sesuatu yang dikaitkan dengan sesuatu yang besar dan penting.

Atas sebab inilah bukan semua perkara yang dianjurkan oleh Islam dikategorikan oleh para ulama sebagai jihad.

Hari ini, masalah sekitaran adalah satu masalah yang penting dan serius.

Lebih-lebih lagi di negara-negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim sebagaimana yang dapat dilihat dalam laporan oleh WHO pada tahun 2014 mengenai pencemaran udara yang berlaku di seluruh dunia - 8 dari 10 negara yang mempunyai pencemaran udara yang paling buruk adalah negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim. 8

Besarnya masalah alam sekitar hari ini dapat dilihat dari hakikat bahawa ia membabitkan nyawa jutaan manusia berakibatkan dari kekurangan makanan, air dan tenaga dan berlarutannya kemiskinan.

Pencemaran alam pula menatijahkan masalah kesihatan.

Hakikat ini dapat dilihat dalam pelbagai laporan kajian sains alam sekitar oleh pelbagai agensi.

Salah satu contoh sumber laporan ini ialah NASA yang meringkaskan kesan serius masalah alam sekitar hari ini berdasarkan Third National Climate Assesment Report yang dikeluarkan oleh United States Global Change Research Program.9

Ramai sarjana juga mengaitkan masalah alam sekitar dengan peperangan.

Perang bukan hanya telah menatijahkan kerosakan pada alam sekitar tapi juga masalah alam sekitar disimpulkan sebagai penyebab peperangan yang berlaku di Timur Tengah.

Cristian Parenti di dalam bukunya Tropic of Chaos: Climate Change and the New Geography of Violence berpendapat, dengan berdasarkan hasil dari kajian ahli sains, bahawa kesan dari operasi ketenteraan di mana-mana negara membawa natijah kepada pemanasan global.10

Malah perubahan iklim juga mencetuskan peperangan.

Menurut CNN, yang menukil dari sebahagian ilmuwan, di antara sebab berlakunya peperangan di Syria adalah kerana perubahan iklim yang membawa kesan kepada pengurangan sumber air bersih.

Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk keluar dari kawasan asal masing masing sehingga memenuhi bandar-bandar.11

8Lapan Negara Islam tersebut, menurut urutan yang terburuk adalah: Pakistan, Qatar, Afghanistan, Bangladesh, Iran, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain. Lihat Rowena Ryan, “Countries with the worst air pollution ranked by World Health Organisation”, news.com.au, 28 Ogos 2014 di http://www.news.com.au/travel/world-travel/countries-with-the-worst-air-pollution-ranked-by-world-health-organisation/story-e6frfqai-1227040198863 9NASA, The current and future consequences of global change, di http://climate.nasa.gov/effects/ 10Cristian Parenti: Tropic of Chaos: Climate Change and the New Geography of Violence. Nation books, 2012. 11Colin P. Kelley et. al., “Climate change in the Fertile Crescent and implications

Page 19: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

19

Seterusnya ia mencetuskan tekanan terhadap ekonomi kerana keperluan hidup yang bertambah mahal dan akhirnya mencetuskan konflik dalam masyarakat.12

Pada tahun 2007, Ban Ki-moon, Setiausaha Agong PBB, menjelaskan bahawa konflik di Darfur Sudan sebagai konflik perubahan iklim yang pertama di dunia.

Ia berpandukan kepada keadaan ketiadaan sumber air akibat perubahan yang berlaku pada penurunan air hujan yang mengakibatkan perubahan iklim.

Pandangan beliau ini membayangkan bahawa konflik akan terus bertambah pada tahun-tahun mendatang jika kurang air hujan.13

Di dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam majalah The Atlantic pada tahun 2013, William Polk, seorang ahli sejarah dan juga mantan penasihat kepada Presiden Kennedy, mengaitkan perang saudara di Syria dengan keadaan kemarau yang berlaku pada tahun 2006 hingga 2011.

Beliau selanjutnya berkata, “Apabila mereka (penduduk Syria) bergerak menuju ke bandar beramai-ramai untuk mencari pekerjaan, mereka dapati bahawa mereka perlu bersaing sesama mereka untuk mendapatkan makanan, minuman dan pekerjaan. Ini akhirnya menghasilkan permusuhan antara mereka kerana keperluan dan tekanan hidup yang mereka hadapi.”14

Menurut Profesor Seager, dari Colombia University di New York, perubahan iklim menambahkan lagi kadar tekanan hidup sehingga membuka ruangan konflik.

Seterusnya beliau melahirkan rasa khuatir terhadap keadaan kehidupan manusia yang menetap di Timur Tengah di k awasan yang sedang bergolak untuk meneruskan kehidupan di sana.

Beliau berpendapat negara seperti Turki, Lebanon, Israel, Jordan, Iraq dan Afghanistan merupakan negara-negara yang berisiko tinggi untuk menghadapi kemarau kerana cuaca yang kering dan sejarah konflik yang berpanjangan.15

of the recent Syrian drought”, Proceedings of the National Academy of Science of the United States of America, jld. 112, no. 11, 17 Mac 2015, ms. 3241-6, di http://www.pnas.org/content/112/11/3241.full.pdf 12Elizabeth Landau, “Climate change may increase violence, study shows”, CNN, 2 Ogos 2013, di http://edition.cnn.com/2013/08/01/us/climate-change-violence/index.html 13Mark Notaras, “Does Climate Change Cause Conflict?”, United Nations University, 27 November 2009, di http://ourworld.unu.edu/en/does-climate-change-cause-conflict 14William R. Polk, “Understanding Syria: From Pre Civil War to Post Assad”, The Atlantic, 10 Disember 2013, di http://www.theatlantic.com/international/archive/2013/12/understanding-syria-from-pre-civil-war-to-post-assad/281989/ 15Tom Bawden, “Climate change key in Syrian conflict – and it will trigger more war in future”, The Independent, 2 Mac 2015, di http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/climate-change-key-in-syrian-conflict--and-it-will-trigger-more-war-in-future-10081163.html

Page 20: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

20

Ertinya, usaha memelihara alam sekitar merupakan usaha yang berat dan besar.

Memandangkan besarnya skala masalah yang sedang dialami dan usaha yang perlu dikerahkan untuk menanganinya, tidak syak lagi ia bukan hanya satu usaha yang terpuji tetapi juga termasuk jihad yang penting sesuai dengan erti jihad yang luas.

Kandungan dan tumpuan deklarasi

Satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Islam Mengenai Perubahan Iklim telah diumumkan.

Deklarasi ini, yang telah diedarkan lebih awal bagi mendapat maklumbalas dari kalangan Muslim, dirasmikan di Simposium Islam Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim yang diadakan pada 15 – 17 Ogos 2015 di Turkey yang ditaja oleh badan bantuan kemanusiaan Islam antarabangsa yang tersohor, Islamic Relief Worldwide, yang beribupejabat di United Kingdom.16

Draf awal deklarasi ini diusahakan oleh Islamic Foundation for Ecology and Environmental Sciences (IFEES), sebuah badan amal yang beribupejabat di United Kingdom bagi memelihara alam sekitar dan pengurusan sumber asli.17

Seramai 20 lebih ahli akademik Muslim dan bukan Muslim dan ulama Islam membentangkan kertas kerja serta berucap mengenai kepentingan memelihara iklim serta cabaran-cabaran yang sedia ada dan sekali gus juga

menyokong deklarasi yang diumumkan.

Antara tokoh-tokoh besar ialah Prof. Din Syamsudin, Pengerusi Muhammadiyah Indonesia dan Pengerusi Majelis Ulama Indonesia, kededuanya adalah badan amat berpengaruh di negara itu dan Prof. Syed Hossein Nasr, ilmuwan mapan yang terkenal di dunia Islam dan antarabangsa.18

Hakikat ini memberi semacam kredibiliti bagi kepentingan usaha ini di sisi agama di mata umat Islam yang merupakan kelompok yang terjejas teruk oleh masalah alam sekitar.

Simposium ini bermatlamat untuk menyerlahkan lagi peranan dan sumbangan umat Islam kepada gerakan pemeliharaan iklim dan menggandakan aktivisme umat Islam dalam bidang ini, yang sehingga kini kurang diberi perhatian berbanding dengan anak-anak muda di negara-negara Barat yang maju.

Deklarasi dan simposium ini diadakan bagi tujuan untuk mengembalikan prinsip keadilan kepada eko-sistem dunia kerana kebanyakan kerosakan yang berlaku pada alam ini bersebabkan kerja-kerja manusia yang tidak seimbang.

Deklarasi ini menekankan lagi keperluan untuk mengamalkan apa yang telah dimeterai dalam Protokol Kyoto.19

16Lihat Islamic Declaration of Climate Change, di http://islamicclimatedeclaration.org/#home 17Kieran Cook, “Muslim scholars say climate change poses dire threat”, Climate News Network, 15 Julai 2015, di http://www.climatenewsnetwork.net/muslim-scholars-say-climate-change-poses-dire-threat/ 18Islamic Declaration of Climate Change, di http://islamicclimatedeclaration.org/#home 19Protokol Kyoto telah dirundingkan pada Disember 1997 di Kyoto, Jepun dan mula berkuatkuasa pada 16 Februari 2005. Ia adalah perjanjian yang mengikat dari segi undang-undang yang mana negara-negara perindustrian akan mengurangkan penghasilan gas rumah hijau secara bersama pada kadar 5.2% berbanding pada tahun 1990 (nota: sasaran ini merupakan potongan sebanyak 29% jika dibandingkan dengan jangkaan pengeluaran gas rumah hijau

Page 21: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

21

Deklarasi ini mengharapkan agar langkah susulan yang strategik dapat dilaksanakan untuk usaha pemeliharaan iklim.

Ia merupakan satu usaha untuk menyampaikan mesej sokongan dan dorongan kepada Conference of the Parties (COP) bagi UN Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan mesyuarat Meeting of the Parties (MOP) untuk Protokol Kyoto yang akan diadakan di Paris pada bulan Disember 2015.

Di antara suara dan harapan yang penting disebutkan di dalam deklarasi ini ialah;

• mendapatkan kata sepakat mengenai keperluan menstabilkan pengeluaran gas rumah hijau yang boleh mengancam keselamatan iklim jika tidak dibendung dengan betul dan tanpa usaha yang segera,

• berusaha mewujudkan sokongan kewangan dan teknikal yang besar bagi menghentikan pengeluaran gas rumah hijau,

• melabur dalam usaha dan promosi ekonomi hijau, • mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi yang tidak boleh diperbaharui (non-renewable natural

sources), • mengawal cuasa agar tidak meningkat lebih dari 20 atau lebih baik lagi, tidak melebih 1.50,20 • meninjau semula cara meraih keuntungan secara tidak beretika sehingga menambahkan lagi kesusahan kepada

golongan miskin dan melakukannya secara saksama.21

Walaupun tidak dinafikan, banyak pihak akan terkesan dengan usaha ini, khususnya sektor pengilangan dan perindustrian, namun ia tidak boleh diabaikan demi memastikan kesejahteraan hidup pada jangka masa panjang.

Namun yang menarik dari deklarasi ini juga ialah sifatnya yang sederhana dan saksama dalam menangani isu persekitaran, berbanding dengan sesetengah gerakan pemeliharaan alam yang condong pada pelampauan sehingga ia menjadi satu fenomena radikalisme tersendiri.

Perlu dinyatakan di sini, masalah radikalisme bukanlah khusus berlaku dikalangan Muslim yang ingin menangkat senjata bersama kumpulan-kumpulan seperti ISIS.

Sebelum muncul fenomena dan masalah jihadisme, dunia telah pun menyaksikan kewujudan kumpulan-kumpulan alam sekitar yang radikal yang sanggup melakukan pengeboman ke atas makmal-makmal sains yang menggunakan binatang-binatang untuk tujuan kajian.

Sebagai contoh kumpulan pelampau Earth Liberation Front dan Animal Liberation Front telah melakukan serangan bom ke atas makmal-makmal yang melakukan ujikaji menggunakan binatang dan projek-projek yang dianggap menjejas alam sekitar.

Menurut kajian National Consortium for the Study of Terrorism and Responses to Terrorism, sebanyak 239 serangan bom telah dilancarkan antara tahun 1995 hingga 2010 di Amerika.22

tanpa protokol ini pada tahun 2010). Sasarannya ialah untuk mengurangkan pengeluaran keseluruhan gas rumah hijau – karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksaflorida, HFCs dan PFCs – dikira sebagai jumlah purata pada tempoh 5 tahun 2008-2012. Sasaran peringkal nasional ialah pengurangan kadar 8% bagi Kesatuan Eropah, 7% bagi Amerika Syarikat dan 6% bagi Jepun. Manakala penambahan 8% bagi Autralia dan 10 % bagi Iceland dibenarkan. Lihat http://www.kyotoprotocol.com/ 20Saintis berpendapat bahawa peningkatan suhu kepada 1.5-2 darjah centigrade akan mendedahkan manusia kepada kemarau, kekurangan bahan makan dan banjir. Lihat di http://islamicclimatedeclaration.org/islamic-declaration-on-global-climate-change/ 21Islamic Declaration of Climate Change, di http://islamicclimatedeclaration.org/#home 22National Consortium for the Study of Terrorism and Responses to Terrorism, An Overview of Bombing

Page 22: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

22

Bahkan, sebelum ISIS, kumpulan radikal alam sekitar dianggap sebagai sumber ancaman keselamatan yang utama oleh banyak negara-negara Eropah.23

Antara sifat-sifat wasatiyah pula yang dapat ditonjolkan dari deklarasi ini ialah ia tidak bertujuan untuk menghalang penggunaan bahan bakar asli atau aktiviti sektor pengilangan.

Apa yang ia anjurkan ialah sikap melakukan aktiviti sedemikian secara saksama dan adil.

Mungkin ada pihak-pihak yang bersikap sinis terhadap deklarasi sebegini yang dinilai hanya bagus di atas kertas sahaja dan tidak semestinya menyumbang kepada sesuatu yang positif dalam bentuk yang konkrit.

Sememangnya deklarasi sahaja tidak memadai.

Tapi ini bukanlah sebab untuk ia terus ditolak dan dipandang sinis kerana banyak juga usaha yang baik sebelum ini bermula melalui deklarasi sebegini.

Bahkan apa jua inisiatif yang penting dan bertaraf antarabangsa seperti usaha menggembeleng tenaga untuk menangani isu alam sekitar memerlukan langkah permulaan sebegini – penggembelengan para pakar dari segi idea, pernyataan yang menyatukan semua pihak dan meletakkan arah tuju.

Dengan ini, tindakan lanjut dapat dibuat secara terarah dan tersusun.

Sering kali terdengar keluhan dari masyarakat antarabangsa akan apakah inisiatif dan suara umat Islam dalam menangani sesuatu masalah.

Sebagai contoh hingga hari ini masih lagi kedengaran suara-suara yang bertanya akan sikap umat Islam dalam mengutuk pengganasan dan ISIS.

Sedangkan telah banyak pernyataan yang telah dibuat, tetapi sering kali tidak mendapat tempat di media-media utama.

Oleh itu, inisiatif dan deklarasi ini harus diberi pengiktirafan positif dan pendedahan luas bahawa umat Islam ada melakukan sesuatu dan anak-anak muda Muslim pula tertarik untuk mencontohinya setelah mengetahui tentang inisiatif ini.

Di Singapura, deklarasi ini telah memberi perangsang kepada sekumpulan anak-anak muda Muslim untuk terus dalam aktivisme alam sekitar.

Mereka ini telah menubuhkan satu badan yang dinamakan FiTree pada tahun 2013 yang mempunyai matlamat dan tujuan yang identikal dengan deklarasi ini.24

and Arson Attacks by Environmental and Animal Rights Extremists in the United States, 1995-2010, Mei 2013, di http://www.start.umd.edu/sites/default/files/files/publications/START_BombingAndArsonAttacksByEnvironmentalAndAnimalRightsExtremists_May2013.pdf 23Tamás Berecz and Kristóf Domina, Domestic Extremism in Europe Threat Landscape: A Report, Athena Institute, November 2012, di http://athenainstitute.eu/pdf/EUR_MAP_STUDY_ENG_closed.pdf 24Lihat About FiTree, di https://greenfitree.wordpress.com/about/

Page 23: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

23

Melalu mereka ini, anak-anak muda Muslim di masjid-masjid dan madrasah-madrasah didekati untuk bersama menyumbang dalam usaha melestari alam.

Nur Khairiana binte Mohd Malek, pengasas bersama FiTree, berkata badan ini berasa amat gembira dengan deklarasi ini.

Bukan hanya banyak dari isi deklarasi ini secocok dengan misi dan pesanan utama badan ini, ia jua mengukuhkan keyakinan dan semangat mereka untuk terus beriltizam dengan kerja-kerja yang dilakukan dan mengesahkan bahawa ia berada di atas landasan yang betul.

Apabila ditanya adakah usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar ini dianggap satu jihad juga, Nur Khariana menjawab “Ya, tidak selalu berlaku dalam sejarah masalah berskala besar seperti masalah alam sekitar hari ini yang mengancam seluruh penduduk dunia, tanpa kira bangsa, agama atau status. Islam menyediakan satu rangka kerja yang praktikal sebagai huraian dan usaha untuk menjadikan huraian ini satu realiti adalah satu jihad.”25

Hal ini pastinya mempunyai signifikan dari sudut outreach dan community engagement bagi menyebarkan wasatiyah dan mencegah radikalisasi.

Memastikan deklarasi sebagai satu tindakan yang lebih konkrit memang penting, namun ia adalah isu lain dan tidak perlu menidakkan merit dari simposium dan deklarasi ini sendiri.

Kesimpulan

Ketika dunia dipaparkan dengan penyertaan para belia ke dalam kumpulan kumpulan militan, inisiatif anak-anak muda Muslim melalui deklarasi dan sumbangan positif yang konkrit dalam isu alam sekitar perlu ditonjolkan kerana ia memberi gambaran yang berbeza mengenai anak-anak muda Muslim yang seolah-olah tiada sesuatu yang positif yang dapat disumbang kecuali masalah radikalisme sahaja.

Apa yang lebih unik lagi ialah usaha-usaha ini bukan bersifat eksklusif, malah merentasi bangsa dan agama.

Ini pastinya lebih dekat pada usaha merapatkan jurang antara pelbagai bangsa, penganut agama dan tamadun.26

Melalui isu alam sekitar juga ia menunjukkan contoh konkrit dan signifikan erti jihad yang lebih luas yang tidak kurang bermakna bagi maslahat manusia umumnya.

Melaluinya juga dapat secara tidak langsung menonjolkan bahawa ISIS adalah sebahagian dari masalah bagi umat Islam, bukan huraian, kerana peperangan yang berlaku hari ini di Syria, Iraq, Somalia, Nigeria, Yaman, Libya dan banyak negara-negara lain hanya mencetuskan kesengsaraan kepada jutaan manusia.

Manifestasi terkini yang dapat dilihat ialah krisis pelarian yang melarikan diri dari negara-negara ini ke Eropah hingga menjadikan mereka mangsa kumpulan sindiket, mengorbankan nyawa dan hilangnya kehormatan diri kerana harus merempat di bumi orang dan mengemis ihsan orang lain sedangkan asalnya mereka ini hidup dalam keadaan sejahtera.

Hasil dari peperangan, banyak harta benda dan prasarana bumi musnah serta nyawa terkorban.

25Wawancara melalui emel dengan Nur Khairiana binte Mohd Malek pada 15 September 2015. 26Ibid.

Page 24: Edisi no. 5 / Oktober 2015 Kandungan - blog.pergas.org.sg · sikap yang sederhana dalam menangani isu-isu ini sebagai asatizah dan orang awam. Antara yang menarik ialah artikel ini

24

Bidang pemeliharaan alam sekitar adalah bidang yang berpotensi untuk menjadi wadah penyebaran nilai-nilai positif di kalangan belia yang bakal menjadi penampan yang baik dari elemen-elemen negatif yang ingin disebarkan oleh ISIS dan kelompok-kelompok radikal Muslim.

Oleh itu, ia adalah satu bidang yang sepatutnya dikembangkan sebagai sebahagian dari usaha menyebarkan wasatiyah dan mencegah pelampauan.

Hal ini dipersetujui oleh Nur Khairiana juga dari FiTree.27

Pernyataan ini bukan satu dakwaan bahawa memalingkan perhatian anak-anak muda Muslim ke arena aktivisme pemeliharaan alam sekitar adalah huraian unggul bagi masalah radikalisme.

Jawapan yang jujur pastinya tidak.

Tapi segala wasilah harus digunakan bagi membantu menangani masalah radikalisme dan mengetengahkan konsep wasatiyah dalam Islam.

Dalam hal ini, aktivisme dalam bidang pemeliharaan alam sekitar boleh memainkan dua peranan; a) menarik anak-anak muda Muslim yang inginkan ruang aktivisme bagi menyalurkan idealisme dan semangat mereka ke bidang yang positif dan mencabar, dan 2) memberi keyakinan kepada anak-anak muda Muslim yang telah pun terlibat, faham dan tertarik dalam aktivisme pemeliharaan alam sekitar bahawa penglibatan mereka ini amat bernilai oleh Islam kerana termasuk dalam jihad yang penting.

Oleh itu, mereka harus teruskan dalam aktivisme ini dan merasa bangga dengannya.

27Ibid.