report project ethics

58
1.0 Pengenalan Program khidmat masyarakat ke Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang adalah untuk melengkapkan satu tugasan komuniti yang telah diberikan oleh pensyarah. Tugasan yang diberikan ini adalah dibawah subjek “Leadership and Professional Ethics for Engineer (CHE680)”. Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping telah menjadi tempat pilihan dalam menjalankan program khidmat masyarakat. Hal ini demikian kerana Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dimana ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Selain itu, kami juga telah memilih Hutan Daerah Laut Matang sebagai tempat kedua bagi menjalankan program khidmat masyarakat kerana keunikannya yang tersendiri di mana ia mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panaroma dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tak dapat dilupakan. Hutan ini juga mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan

Upload: siti-nurshahira

Post on 16-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ethics project

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Program khidmat masyarakat ke Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang adalah untuk melengkapkan satu tugasan komuniti yang telah diberikan oleh pensyarah. Tugasan yang diberikan ini adalah dibawah subjek Leadership and Professional Ethics for Engineer (CHE680).

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping telah menjadi tempat pilihan dalam menjalankan program khidmat masyarakat. Hal ini demikian kerana Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dimana ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Selain itu, kami juga telah memilih Hutan Daerah Laut Matang sebagai tempat kedua bagi menjalankan program khidmat masyarakat kerana keunikannya yang tersendiri di mana ia mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panaroma dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tak dapat dilupakan. Hutan ini juga mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Seterusnya, dengan menjalankan program khidmat masyarakat di Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang juga membolehkan mahasiswa dan mahasiswi melakukan aktiviti pendidikan di luar bidang kejuruteraan disamping mendidik mahasiswa dan mahasiswi mendekatkan diri kepada alam semulajadi.

Tambahan pula, program khidmat masyarakat ini dapat memberi impak yang positif kepada mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini dapat dibuktikan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang, sikap bertanggungjawab kepada haiwan, alam sekitar dan alam semulajadi dapat dilahirkan disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah serta pekeja-pekerja Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang.

2.0 Objektif Program

Memberi ruang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai penanaman pokok bakau dan ekosistem hutan bakau.

Membuka ruang pembelajaran sepanjang hayat terutamanya mengenai haiwan dan pengurusannya.

Memupuk budaya bekerjasama dan kerja berpasukan dalam melaksanakan taggungjawab yang telah diberikan.

Menjalinkan hubungan integrasi muhibah dan silaturrahim diantara mahasiswa dan masyarakat.

3.0 Ringkasan Program

NAMA PROGRAM:Program Khidmat Masyarakat ke Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang TARIKH:1 Mei 2015 sehingga 3 Mei 2015TEMPAT:Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang, PerakJUMLAH PELAJAR:20 orang

PENSYARAH PENGIRING: Encik Mohd Faeez Bin Sarulan

4.0Butir-Butir Program

TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran 1

CARTA ORGANISASI Sila rujuk Lampiran 2

SENARAI NAMA PESERTASila rujuk Lampiran 3

LAPORAN BIROSila rujuk Lampiran 4

RESIT PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran 5

LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAMJumaat, 1 Mei 20155.00 petang: Bertolak ke Perak10.00malam: Sampai di tempatpenginapan

Sabtu, 2 Mei 20157.00 pagi:Bertolak ke Zoo Taiping8.00 pagi:Tiba di Zoo Taiping8.15 pagi:Taklimat8.30 pagi:Aktiviti pembersihan bermula Membersihkan kawasan persekitaran zoo Membersihkan kawasan habitat haiwan Memberi makan kepada haiwan1.00 petang: Makan tengah hari dan solat zohor2.00 petang: Menaiki safari3.00 petang:MajlisPenutupan4.00 petang:Pulang ke tempat penginapan5.00 petang: Minum petang7.00 malam:Solat Maghrib danIsyak8.00malam:Makan Malam9.00 malam:Persiapan untuk program keesokan hari11.00malam:Rehat dan tidurAhad, 3 Mei 2015

6.00 pagi:Solat Subuh7.00 pagi:Sarapan8.00 pagi:Bertolak ke Hutan Daerah Larut Dan Matang8.45 pagi:Tiba di Hutan Daerah Larut Dan Matang9.00 pagi:Taklimat9.15 pagi:Aktiviti bermula Menanam pokok bakau Menabung pokok bakau Melawat kilang arang

1.00 petang:Makan Tengah hari dan solat zohor2.00 petang:Majlis penutupan3.00 petang:Bertolak pulang ke Uitm8.00 malam:Sampai di Shah Alam

LAMPIRAN 2CARTA ORGANISASI

PENAUNGPROF MADYA DR NORAZAH BINTI ABD RAHMANDekan Fakulti Kejuruteraan Kimia

PENASIHAT PROGRAMDR SYED SHATIR A.SYED HASSANPensyarah Leadership and Professional Ethics for Engineers EH221 6BFakulti Kejuruteraan Kimia

KETUA PROGRAMMUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD ZABARUDDIN

TIMB KETUA PROGRAMMUHAMMAD ZAKWAN BIN ZAKARIA

SETIAUSAHAFARHAH BINTI ZULKEFLENURFARAHIN FATIHA BINTI SUHAIMI

BENDAHARINURUL SYUHADA BINTI MOHD KAMIL

SUDINI BINTI ABDUL KAHAR

EXCO:PENGURUSAN LOGISTIKMUHAMMAD KHIR ZAHARI BIN HARIPSHEIKH MUHAMMAD FAIZ BIN ABD RAHIM

PERHUBUNGAN LUAR MUHAMMAD ATHIR THAQIF BIN KHAIRINOORHAFIZUDDIN BIN ALI

PROGRAMNUR SHAFIQAH BINTI KHAIRUDDINNUR AMALINA BINTI AHMAD TAIFUDDIN

TAJAAN NUR ATIKAH BINTI MOHD NAIZAMNOOR FARAHANIS BINTI ILIAS

MULTIMEDIA DAN PUBLISITIMUHAMMAD ZAABA BIN MUSA@MUSLEEFAIZ SHAFIQ BIN ZAILI

PENGANGKUTANAZIMAH BINTI ISMAILMOHAMMAD SOFIE BIN OSMAN

LAMPIRAN 3SENARAI NAMA PESERTABILNAMAID PELAJARNO. TELEFONKODKURSUS

1.Muhammad Aiman Bin Ahmad Zabarudin2012874754017-292 4208EH 221

2.Mohamad Khir Zahari Bin Harip2012615808017-224 1068EH 221

3.Muhammad Athir Thaqif Bin Khairi2012843306012-350 4175EH 221

4.Mohammad Zaaba Bin Musa @ Muslee2012277348012-267 1439EH 221

5.Azimah Binti Ismail2012223904019-978 2394EH 221

6.Farhah Binti Zulkefle2012660114013-508 2642EH 221

7.Nur Hidayah Binti Mohd Sanip2012814992012-745 3226EH 221

8.Nur Atikah Binti Mohamad Naizam2012295924019-473 5283EH 221

9.Nurul Syuhada Binti Mohd Kamil2012253798011-1942 0747EH 221

10.Nur Shafiqah Binti Khairuddin2012226952017-591 3239EH 221

11.Sheikh Muhammad Faiz Binti Abd Rahim2012830488017-327 5927EH 221

12.Noor Farahanis Binti Ilias2012824768014-826 2143EH 221

13.Sudini Binti Abdul Kahar2012484556018-904 4550EH 221

14.Siti Nurshahira Binti Aziman2012413582012-764 5108EH 221

15.Nur Amalina Binti Ahmad Taifuddin2012895342013-579 0653EH 221

16.Nurfarahin Fatiha Binti Suhaimi2012423598016-442 2757EH 221

17.Muhammad Sofie Bin Osman2012617796013-915 6388EH 221

18.Muhammad Zakwan BinZakaria2012486768013-230 4026EH 221

19.Noorhafizuddin Bin Ali2012459702013-499 8995EH 221

20.Faiz Shafiq Bin Zaili2012458578013-438 1537EH 221

LAMPIRAN 4LAPORAN

Program khidmat masyarakat telah dijalankan di Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang, Perak pada 1 Mei 2015 sehingga 3 Mei 2015 dengan melibatkan 20 orang pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia, EH 221 6B . Program khidmat masyarakat ini juga telah disertai oleh seorang pensyarah pengiring iaitu Encik Mohd Faeez bin Sarulan. Program khidmat masyrakat di Zoo Taiping dijalankan pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 malam pada 2 Mei 2015 bersamaan hari Sabtu manakala Program khidmat masyarakat di Hutan Daerah Laut Matang pula dijalankan pada pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam pada 3 Mei 2015 bersamaan dengan hari Ahad.Objektif Program masyarakat ini dijalankan adalah untuk memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pengalaman dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai penanaman pokok bakau dan ekosistem hutan bakau. Selain itu, dapat membuka ruang pembelajaran sepanjang hayat terutamanya mengenai haiwan dan pengurusannya di samping dapat memupuk budaya bekerjasama dan kerja berpasukan dalam melaksanakan taggungjawab yang diberikan.Seterusnya, hubungan integrasi muhibah dan silaturrahim dapat dijalinkan diantara mahasiswa dan masyarakat.Pada 1 Mei 2015 bersamaan hari Jumaat, 20 orang pelajar yang terlibat telah berkumpul di hadapan Fakulti Kejuruteraan Kimia tepat jam 5.00 petang dan bertolak ke destinasi dengan menaiki bas. Kira-kira jam 10.00 malam, kami telah pun tiba di tempat penginapan kami. Program kami mula dijalankan pada keesokan hari dan hari seterusnya iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

SETIAUSAHAFARHAH BINTI ZULKEFLENURFARAHIN FATIHA BINTI SUHAIMISEBELUMSebagai setiausaha program, kami telah membuat perbincangan bersama-sama ketua program dan para pelajar yang terlibat mengenai program khidmat masyarakat yang bakal dijalankan di Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang, Perak. Setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak, kami mula membuat kertas kerja untuk program ini bagi mendapatkan kelulusan program daripada pihak Fakulti Kejuruteraan Kimia. Pada setiap minggu hari Khamis, ketua program akan mengadakan mesyuarat bagi mengetahui perkembangan tugasan yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Kami selaku setiausaha juga telah diberi tanggungjawab dalam mencatat laporan yang telah diberikan oleh setiap ahli jawatankuasa lain disamping membuat surat rasmi yang dikehendaki oleh setiap biro.SEMASASemasa program dijalankan, kami sentiasa memastikan program berjalan dengan lancar disamping melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kami juga membantu ahli jawatankuasa lain dalam melakukan tugasan mereka bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan baik tanpa mengalami sebarang masalah.SELEPASSelepas selesainya program khidmat masyarakat, kami akan memastikan bahawa setiap ahli jawatankuasa dikehendaki membuat laporan mengenai tugasan masing-masing. Justeru itu, kami mula mengemaskini setiap laporan yang diberikan oleh setiap ahli jawatankuasa untuk dijadikan satu laporan program yang lengkap. Tambahan pula, kami turut sertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan di dalam laporan program ini.

BENDAHARINURUL SYUHADA BINTI MOHD KAMILSUDINI BINTI ABDUL KAHAR

SEBELUM

Sebelum program khidmat masyarakat dijalankan, kami terlebih dahulu mengadakan perbincangan bersama-sama dengan ketua program mengenai pengurusan kewangan bagi membuat bajet perbelanjaan projek yang bakal dijalankan. Selain itu, kami juga telah menyenaraikan perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap ahli jawatankuasa untuk program ini. Dengan ini, kami dapat memulakan tugasan kami dalam membuat pengiraan perbelanjaan yang diperlukan supaya tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan. Segala resit-resit pembelian telah kami sertakan bersama-sama dengan laporan ini.

SemasaSepanjang program dijalankan, kami akan memastikan segala keperluan yang telah dibeli dengan menggunakan duit bajet digunakan dengan sebaiknya. Selain itu, kami juga membantu ahli jawatankuasa lain dalam melaksanakan tugas yang dijalankan bagi memastikan setiap aktiviti berjalan dengan sempurna.

SelepasSelepas program khidmat masyarakat di Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang dijalankan dengan jayanya, kami memulakan tugasan kami yang seterusnya iaitu membuat pengiraan setiap perbelanjaan yang telah digunakan bagi membuat penutupan akaun untuk program ini. Setiap resit-resit perbelanjaan telah kami kumpulkan dan sertakan bersama-sama dengan laporan program ini di bahagian lampiran.

LAPORAN PERBELANJAAN KEWANGANMerujuk kepada perkara diatas, laporan kewangan perbelanjaan sepanjang program khidmat masyarakat di Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang telah disenaraikan seperti yang dinyatakan di jadual di bawah.No.PerbelanjaanJumlah(RM)

1Makanan:Makan Pagi RM 4.00 x 20 bil peserta x 2 hariMakanTengahari RM 6.00 x 20 bil peserta x 2 hariMakan Malam RM 6.00 x 20 bil peserta x 3 hari160.00240.00360.00

2Publisiti:Gambar dan laporanKain Rentang x 2 unit50.00200.00

3Pengangkutan BasUnit Kenderaan

4Keperluan Program RM4.00 x 20 orang peserta

80.00

5PenginapanHomestay (RM 15.00 x 2 malam x 20 orang peserta) 600.00

6. CenderamataRM50.00 x 3 orang

150.00

Jumlah(RM)RM 1840.00

PENGURUSAN LOGISTIKMUHAMMAD KHIR ZAHARI BIN HARIPSHEIKH MUHAMMAD FAIZ BIN ABD RAHIM

SEBELUMSebelum program dijalankan, kami biro pengurusan logistik bertanggungjawab memastikan semua peralatan yang akan digunakan sepanjang program dijalankan mencukupi. Antaranya peti kecemasan sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang kecederaan yang tidak diingini. Selain itu, kami juga memainkan peranan menyediakan makanan dan minuman dalam perjalanan ke tempat program dijalankan. Ini bagi memastikan semua peserta berada dalam keadaan cergas dan bertenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat.

SEMASA Semasa program berlangsung, kami memastikan peralatan berada dalam keadaan yang baik supaya keselamatan peserta-peserta terjamin. Kami juga membantu ahli jawatankuasa lain dalam memastikan program berjalan dengan lancar dan sempurna.

SELEPASSetelah program khidmat masyarakat selesai, kami membantu ahli jawatankuasa lain menyiapkan laporan program.

PERHUBUNGAN LUARMUHAMMAD ATHIR THAQIF BIN KHAIRINOORHAFIZUDDIN BIN ALI

SEBELUMSebelum program khidmat masyarakat ini dijalankan, kami selaku exco perhubungan luar telah melakukan perbincangan bersama-sama ketua program dan ahli jawatankuasa lain tentang tempat program khidmat masyarakat yang bakal kami pilih. Setelah perbincangan dilakukan, kami telah memutuskan untuk menjalankan program khidmat masyarakat di Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang. Dengan ini, kami pun mula mencari maklumat tentang bagaimanakah cara untuk kami menjalankan program khidmat masyarakat di tempat tersebut. Setelah kami mendapat maklumat yang dicari, kami pun menghubungi pihak Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang bagi memastikan bahawa kami dapat menjalankan program di tempat tersebut. Apabila kami mendapat kebenaran untuk melakukan program di tempat tersebut, kami pun meminta setiausaha program kami untuk membuat surat makluman program berserta tentatif program untuk diberikan kepada pihak Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang. Setelah mendapat respon daripada pihak Zoo Taiping dan Hutan Daerah Laut Matang, kami pun menyediakan surat-surat yang diperlukan sebelum tiba di tempat program yang bakal kami jalankan.

SEMASAApabila tiba di tempat program khidmat masyarakat yang akan kami jalankan, kami selaku exco perhubungan luar berjumpa dengan pihak pegawai yang akan bersama-sama dengan kami dalam menjalankan program khidmat masyarakat ini untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang tentatif program kami.

SELEPASSetelah program berjalan dengan jayanya, kami membantu ahli jawatankuasa lain dalam menyediakan laporan program khidmat masyarakat ini.

PROGRAMNUR SHAFIQAH BINTI KHAIRUDDINNUR AMALINA BINTI AHMAD TAIFUDDIN

SEBELUMSetelah berbincang dengan ahli jawatankuasa program khidmat masyarakat ini, kami selaku biro program mengatur tarikh dan masa yang dipersetujui bagi menjalankan program khidmat masyarakat ini. Kami juga bertanggungjawab menyediakan tentatif penuh program bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan semasa program berlangsung. Selain itu, kami memastikan setiap aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat dan mempunyai waktu yang mencukupi untuk dilaksanakan.

SEMASASemasa program berlangsung, kami selaku exco program bertanggungjawab memastikan program khidmat masyarakat ini berjalan lancar dan menepati masa yang ditetapkan dalam tentatif program. Di samping itu, kami juga memainkan peranan dalam memastikan semua aktiviti dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

SELEPASSetelah program berlangsung dengan jayanya, kami membantu ahli jawatankuasa lain dalam menyiapkan laporan program.

TAJAAN NUR ATIKAH BINTI MOHD NAIZAMNOOR FARAHANIS BINTI ILIAS

SEBELUMSebelum program khidmat masyarakat berlangsung, kami selaku biro tajaan berperanan menyelidik dan mencari tajaan dari mana-mana agensi untuk membantu mengukuhkan kewangan bagi melaksanakan program khidmat masyarakat ini. Setelah mencari dan menyelidik, kami juga memohon bagi mendapatkan tajaan dari agensi tersebut. Namun begitu, permohonan tersebut tidak diluluskan atas sebab yang tertentu.

SEMASASemasa program dijalankan, kami selaku biro tajaan membantu ahli jawatankuasa lain dalam memastikan program khidmat masyarakat ini berjalan lancar.

SELEPASSelepas program selesai, kami biro tajaan bertanggungjawab membantu ahli jawatankuasa menyiapkan laporan program.

MULTIMEDIA DAN PUBLISITIMUHAMMAD ZAABA BIN MUSA@MUSLEEFAIZ SHAFIQ BIN ZAILI

SEBELUMSebelum program khidmat masyarakat berlangsung, kami selaku biro multimedia dan publisiti telah menyediakan peralatan yang diperlukan sepanjang program. Antara peralatan tersebut ialah 2 buah kamera digital untuk digunakan semasa program. Kami juga memastikan kamera itu berada dalam kondusi yang baik bagi mengelakkan kesulitan semasa program dijalankan,

SEMASASepanjang program dijalankan, kami selaku biro multimedia dan publisiti telah memainkan peranan menangkap gambar setiap aktiviti yang dijalankan oleh peserta pada hari tersebut untuk disertakan di bahagian lampiran laporan program ini.

SELEPAS Setelah program selesai, kami selaku biro multimedia dan publisiti telah mengenalpasti gambar yang bersesuaian untuk diletakkan di bahagian lampiran laporan. Selain itu, kami berperanan membantu ahli jawatankuasa lain untuk menyiapkan laporan program.

PENGANGKUTANAZIMAH BINTI ISMAILMOHAMMAD SOFIE BIN OSMAN

SEBELUMKami selaku exco pengurusan logistik telah berbincang dengan ketua program kami tentang pengangkutan yang bakal kami naiki untuk menjalankan program. Setelah perbincangan dilakukan, kami telah bersetuju untuk mendapatkan bas UiTM sebagai pengangkutan kami dalam menjalankan program ini. Kami juga telah meminta setiausaha program kami untuk menyediakan beberapa surat untuk kami serahkan kepada pihak pengangkutan UiTM bagi mendapatkan kelulusan menggunakan bas UiTM sebagai pengangkutan kami sepanjang program khidmat masyarakat ini dijalankan. Setelah mendapat kelulusan pengangkutan, kami mula berurusan dengan pemandu bas bagi menjelaskan tentatif program kami dengan lebih lanjut bagi memudahkan pemandu bas melaksanakan tugasnya dengan sempurna disamping program yang bakal kami jalankan berjalan dengan lancar.

SEMASASepanjang program dijalankan, kami akan memastikan bahawa perjalanan kami ke destinasi berjalan dengan lancar. Selain itu, kami juga membantu ahli jawatankuasa lain menyelesaikan tugasan mereka bagi memastikan program khidmat masyarakat yang kami lakukan berjalan dengan baik.

SELEPASSetelah program berjalan dengan lancar dan jayanya, kami membantu setiausaha dan bendahari dalam menyelesaikan laporan.

LAMPIRAN 5RESIT PERBELANJAAN

4.0 LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI