week 6

44
WEEK 6 TAMADUN ISLAM

Upload: jason-ko

Post on 10-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

haha

TRANSCRIPT

Page 1: WEEK 6

WEEK 6

TAMADUN ISLAM

Page 2: WEEK 6

SIFAT-SIFAT / KEISTIMEWAAN

TAMADUN ISLAM

Page 3: WEEK 6

3

Rabbaniyyah (Ketuhanan)Lengkap dan Menyeluruh

(Holistik)Alamiyyah (Universal)Tabi’iyyah (Natural)

Waqi’iyyah (Realistik)Tetap dan Anjal

Toleransi dan Terbuka

Page 4: WEEK 6

[email protected] 4

◦ Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan peraturan yang terdapat dalam Tamadun Islam adalah secara mutlak daripada Allah swt.

◦ Justeru, setiap pembangunan dan ketamadunan yang dibina dalam Tamadun Islam mesti menepati nilai dan prinsip yang ditetapkan oleh Allah swt.

◦ CTH: Manusia perlu mencari ilmu dan tidak harus berhenti mencari ilmu dan mengharapkan keredhaan Allah

◦ CTH: memastikan segala yang dilakukan untuk melakukan sesuatu yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang

◦ Cth : Sahaja aku menuntut ilmu ini kerana Allah taala

Bersifat Rabbaniyyah

Page 5: WEEK 6

5

◦ Tamadun Islam merangkumi hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam yang terdiri daripada alam cakrawala, alam sekeliling, binatang, tumbuh-tumbuhan, alam ghaib (alam jin dan malaikat) yang saling kait mengait antara satu sama lain.

◦ Tamadun Islam meletakkan peraturan yang menjaga individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa – cth : zakat, sedekah, hubungan sesama jiran, ahli keluarga, pemimpin, alam sekitar

◦ Konsep ibadah khusus dan ibadah umum yang dianjurkan oleh Islam memperluaskan dan memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ketaatan dan ibadah dalam konteks yang berbagai – cth – ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah

◦ Cth : Sembahyang mayat (fardhu kifayah) & sembahyang Lima waktu sehari (farhdu ain)

Bersifat Lengkap dan Menyeluruh

Page 6: WEEK 6

6

◦ Konsep yang ditampilkan dalam sifat ini ialah persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat. Tamadun Islam amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi

◦ Apabila Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, pembinaan tamadun Islam mengambilkira perbezaan budaya setempat dan menerima unsur tamadun yang sedia ada. Tamadun Islam tidak merendahkan tamadun lain, malah mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan.

◦ Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam telah berjaya membina dan mempelopori peradaban dan ketamadunan manusia sejagat.

◦ Cth : agama Islam sendiri bersifat alamiyah, konsep kewangan Islam

Bersifat Alamiyyah (Universal)

Page 7: WEEK 6

7

Tamadun yang dibina memupuk sifat-sifat positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia antaranya memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

CTH - memenuhi keperluan roh dan jasad manusia dengan peraturan yang telah ditetapkan

Cth – makan, minum, hubungan lelaki dan perempuan, kejiranan

Bersifat Tabi’iyyah(Natural)

Page 8: WEEK 6

8

◦ Islam realistik dengan mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat.

◦ Cth - Orang yang sakit dan uzur ada kaedah khusus untuk melakukan solat dan dibenarkan berbuka puasa.

◦ Cth - Orang yang cacat tidak diwajibkan berperang, malah mereka perlu diberi perlindungan.

◦ Cth - Kefardhuan haji dan zakat hanya kepada orang-orang yang mempunyai harta dan berkemampuan sahaja.

Bersifat Waqi’iyyah

Page 9: WEEK 6

9

◦Tamadun Islam tetap dan tidak berubah dari segi matlamatnya, tetapi ia anjal dan fleksibel dari segi cara dan teknik perlaksanaannya.

◦Islam memberi kebebasan dari segi cara merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan adat resam bangsa dan budaya masing-masing tetapi tidak melangkaui paradigma tauhid yang menjadi asas tamadun Islam

◦Cth – cara melaksanakan ibadah solat (sembahyang)

Bersifat Tetap dalam Keanjalan

Page 10: WEEK 6

10

Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut

Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka untuk mengekalkan kesetabilan dan keharmonian masyarakat.

Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat terutamanya dalam dialog dan interaksi antara tamadun .

Cth – Interaksi Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain di dunia

Bersifat Toleransi dan Terbuka

Page 11: WEEK 6

ASAS TAMADUN ISLAM

Page 12: WEEK 6

12

PRINSIP ASAS

a. Intipati Islam (Akidah, Syariah, Akhlak)

b. Akidah tauhid sebagai asas tamadun Islam

c. Konsep Kehidupan Manusia

Page 13: WEEK 6

13

AqidahSyariah Akhlak

A. INTIPATI ISLAM

Page 14: WEEK 6

14

AQIDAH

BAHASA

• Ikatan tersimpul rapi• Sukar untuk dibuka

• Kepercayaan, keyakinan, pegangan & idealogi seseorang dalam kehidupannya

SYARA’

Pegangan, kepercayaan, dan kenyakinan yang kuat dan mantap kepada Allah s.w.t berdasarkan rukun iman

Sehingga sebati menerusi amalan seharian =AQIDAH TAUHID

Page 15: WEEK 6

TAUHID SEBAGAI ASAS

KEYAKINAN MUSLIM

15

Page 16: WEEK 6

16

DEFINISI TAUHID

BAHASA

Asal – wahhada – mengesakan

SYARA’

Mengesakan Allah s.w.t sebagai tuhan ( Ilah ) padakenyakinan, ucapan dan pengamalan seharian dengan

penuh kesedaran, kefahaman, keyakinan yang mendalam tanpa sebarang paksaan

Page 17: WEEK 6

17

PEMBAHAGIAN TAUHID

TAUHID RUBUBIYAH

TAUHID ULUHIYAH

TAUHIDASMA WA

SIFAT

Page 18: WEEK 6

18

Tauhid Rububiyyah

◦Kepercayaan bahawa hanya Allah swt sahaja yang maha mencipta, mentadbir, menghidup dan mematikan, memberi kebaikan dan keburukan, mengkabulkan permintaan hambaNya dan maha berkuasa atas sesuatu. (al-A’raf : 54).

Page 19: WEEK 6

19

Tauhid Uluhiyyah

◦Kepercayaan bahawa hanya Allah swt sahaja yang layak disembah, dipanjatkan doa dan harapan, menjadi tumpuan ketaatan dan kecintaan, sumber rujukan dan peraturan dalam hidup, tempat bertawakkal dan beribadah. (al-Zariyat :56)

Page 20: WEEK 6

20

Tauhid Asma wa Sifat

◦ Keyakinan bahawa Allah swt bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan suci dari sebarang sifat kekurangan seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan hadith. (al-A’raf : 180)

◦ Keyakinan bahawa Allah swt memiliki nama-nama yang indah sebagai tanda kesempurnaanNya. Di dalam al Qura’an dan Hadith terdapat 99 nama –nama Allah yang Indah (al Asma al Husna)

Page 21: WEEK 6

Dalam membicarakan akidah – terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu:-

i. Aspek kepercayaan

• Beriman kepada Allah• Beriman kepada Malaikat• Beriman kepada Rasul• Beriman kepada Kitab• Beriman kepada Hari Kiamat• Beriman kepada Qadak dan Qadar

ii. Aspek kaedah

• Kesatuan

• Rasional

- Menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realiti- Menolak pertentangan antara akal dan wahyu- Bersifat terbuka kepada penemuan baru

• Toleransi

Page 22: WEEK 6

22

Ikatan yang menghubungkan dengan ajaran para nabi dan rasul terdahulu.

Prinsip yang membezakan Islam dengan ajaran agama yang lain

Menentukan setiap amal perbuatan diterima Allah SWT.

Kedudukan Tauhid dalam Islam

Page 23: WEEK 6

KONSEP KEHIDUPAN MANUSIA MUSLIM

23

Page 24: WEEK 6

24

PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA

ALAMRUH

ALAMJANIN

ALAMDUNIA

ALAMBARZAKH

ALAMAKHIRAT

Page 25: WEEK 6

25

Alam Roh

◦Alam roh adalah merupakan alam yang tidak dapat dikaji dengan akal tetapi boleh diketahui menerusi wahyu.

◦Hakikat alam roh: Menurut Islam, manusia telah mengakui keesaan Allah di alam roh.

Page 26: WEEK 6

26

Alam Janin

◦Alam janin adalah merupakan proses pertemuan roh dan jasad selama empat bulan, dari setitis mani, segumpal darah, seketul daging, terbentuk tulang temulang, dibaluti daging dan ditiupkan roh.

◦Hakikat alam janin: Apabila roh ditiupkan ke dalam diri janin, ditentukan empat perkara apabila di dunia iaitu ajal, rezeki, jodoh, kesudahan hidupnya. Pembentukan dan pertumbuhan yang berlaku dalam alam ini akan mempengaruhi kehidupan di dunia.

Page 27: WEEK 6

27

Kehidupan Dunia

Ujian sama ada kembali kepada fitrahnya sebagaimana di alam roh atau menolak fitrah asalnya.

Berusaha mencapai ketetapan yang terbaik dalam hidup atau berserah kepada taqdir dan menurut runtunan nafsu semata-mata.

Fasa kehidupan manusia diberi pilihan untuk melakukan kebaikan atau sebaliknya dan alam ini akan menjadi penentu kehidupan di alam Barzakh dan alam Akhirat.

Menjelaskan kedudukan Manusia sebagai hamba Allah swt. di samping peranan manusia sebagai Khalifah.

Page 28: WEEK 6

28

Alam Barzakh

◦Peringkat terpisahnya roh dari jasad manusia.

◦Menjelaskan hakikat sebuah kematian seseorang manusia dimana Kebahagiaan atau kesengsaraan bergantung kepada amalan yang ditinggalkan semasa di dunia.

◦ ◦Alam roh tidak akan mempengaruhi alam

dunia seperti penjelmaan semula, berinteraksi dengan alam dunia, berkuasa terhadap kehidupan manusia yang masih hidup di dunia.

Page 29: WEEK 6

29

Alam Akhirat

◦Kehidupan setelah kehancuran dunia. Manusia dihidupkan semula apabila bertemu roh dan jasad untuk diberikan ganjaran atau balasan terhadap amalan di dunia.

◦Kehidupan alam akhirat adalah merupakan penghujung kehidupan manusia yang kekal abadi.

◦Seluruh manusia dihimpunkan di padang mahsyar, dihisab, diberi syafa’at, melalui titian, dan akhirnya ditempatkan sama ada di syurga yang penuh kenikmatan atau di neraka yang penuh kesengsaraan.

Page 30: WEEK 6

30

SYARIAH

BAHASA

Syara’ – jalan, cara atau peraturan

SYARIAH

* Merujuk kepada cara-cara beribadah, beramal, danmelaksanakan perintah Allah s.w.t dalam rangka menghayati

akidah tauhid.

* Juga merupakan himpunan panduan dalam kehidupan :-- individu dengan tuhannya ( ibadah )

- berkeluarga ( munakahat ) - bermasyarakat ( muamalah )

- bernegara ( siasah )

Page 31: WEEK 6

31

Berkuatkuasa setelah penghijrahan RasululLah ke Madinah

Berbentuk fleksible berdasarkan kesesuaian dan keperluan masa, tempat, budaya dan bangsa sesebuah masyarakat Islam

Perkembangan sistem-sistem Islam seperti sistem politik, ekonomi, sosial Islam

Kedudukan Syariah dalam Tamadun Islam

Page 32: WEEK 6

32

MANIFESTASI / MATLAMAT SYARIAH TAMADUN ISLAM

Memelihara Nyawa(hak hidup)

Memelihara hak &kebebasan

MemeliharaKehormatan &

keturunan

MemeliharaHarta benda

Memelihara Akal fikiran

• Melakukan makruf – segala nilai luhur dan sifat baik yang selalunya diterima oleh naluri manusia sebagai baik

• Meninggalkan mungkar – segala dosa dan kejahatan yang selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat

Page 33: WEEK 6

33

Memelihara Nyawa (hak hidup)

Allah s.w.t. mengurniakan manusia kehidupan (al-Hijr :23)

Seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain telah melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah dan kekuasaan-Nya (an-Nisa’: 30)

Seseorang itu adalah diwajibkan memelihara kesihatan dan diharamkan melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan. Hakikat ini menjelaskan bahawa syariat - mewujudkan peraturan untuk memelihara nyawa setiap manusia.

Page 34: WEEK 6

34

Memelihara akal fikiran

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu tanpa dibatasi had masa, tempat dan bangsa.

Umat Islam dilarang mengambil sesuatu yang boleh merosakkan akal fikiran sebagai lambang manusia yang bertaqwa kepada Allah(s.w.t.).

Islam menggalakkan pemikiran yang berteraskan tauhid kepada Allah (s.w.t.) dan melarang pemikiran yang mempunyai unsur negatif. (al-Ankabut: 43)

Page 35: WEEK 6

35

Memelihara kehormatan & keturunan

◦Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik kejadian telah tetap kehormatannya sebagai bani Adam tanpa mengira agama, keturunan, bahasa dan keadaannya.

◦Setiap manusia menerima balasan mengikut apa yang telah dilakukannya (an-Najm : 39).

◦Islam juga menyediakan peraturan perkahwinan untuk menjamin kehormatan dan kemuliaan keturunan.

Page 36: WEEK 6

36

Memelihara harta benda

◦Islam menyediakan garis panduan mengenai hak memiliki harta benda dan sejajar dengan fitrah manusia.

◦Mempertahankan harta benda yang diperolehi dengan cara yang halal adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam

Page 37: WEEK 6

37

Memelihara hak & kebebasan

◦Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan.

◦Setiap muslim hendaklah membebaskan dirinya dari kongkongan nafsu yang jahat (al-Furqaan : 43).

◦Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya adalah kebebasan beragama ( al-Baqarah : 256)

Page 38: WEEK 6

38

AKHLAK

BAHASA

Budi pekerti , tingkah laku, tabiat – jamak dari perkataan khuluq

SYARA’

Sifat-Sifat yang terkumpul dalam hati yang akan memberi kesan baik atau sebaliknya kepada

tingkahlaku berdasarkan keyakinan kepada Allah s.w.t

Page 39: WEEK 6

39

Kedudukan Akhlak dalam Tamadun Islam

Sangat penting – Tidak boleh berpisah dengan keimanan, tanda keimanan seseorang, Berbeza dengan moral

Kemuliaan akhlak – matlamat utama ajaran Islam dan misi diutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul.

Membezakan kemuncak perkembangan tamadun Islam dengan tamadun lain

Melahirkan sifat-sifat yang terpuji dan mengikis sifat-sifat keji dalam kehidupan yang bertamadun

Page 40: WEEK 6

Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sbg sifat yg tertanam di dlm jiwa seseorang & drpdnya terbentuk perbuatan dgn mudah

Akhlak dari sudut perspektif Islam berbeza dgn konsep etika yg dibawa oleh Barat

Akhlak dlm islam ialah sikap rohaniah yg memuliakan tingkah lakumanusia terhadap Allah S.W.T., terhadap diri sendiri &makhluk lain

Page 41: WEEK 6

Prinsip2 akhlak Islam adalah bersifat universal, terperinci & tidak boleh diubahsuai lagi bagi memenuhi kehendak manusia yg sentiasa berubah & tidak sempurna

Akhlak terbahagi kpd 2;

1) Mahmudah-perbuatan yg baik & terpuji menurut akal & syariah terbit drpd jiwa

2) Mazmumah-perbuatan yg buruk yg

bercanggah dgn ajaran Islam

Page 42: WEEK 6

Islam amat menekankan persoalan akhlak, kerana;

i) akhlak merupakan ciri yg membezakan manusia dgn haiwan

ii) seseorng yg mempunyai ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman & keimanan yg tinggi

iii)banyak tamadun yg telah runtuh & menjadi sejarah disebabkan oleh kepincangan & kerosakan akhlak manusia

iv) tujuan nabi Muhammad S.A.W. diutuskan adalah utk menyempurankan akhlak yg mulia

Page 43: WEEK 6

43

Ajaran Islam yang menyeluruh memberikan satu dimensi baru dalam sistem beragama manusia.

Manifestasi keyakinan terhadap tuhan tidak sahaja dilihat menerusi upacara pengibadatan ritual semata-mata tetapi memandu seluruh kehidupan manusia ke jalan kebenaran.

Islam sebagai manhaj al hayah

KESIMPULAN

Page 44: WEEK 6

TAMAT SUDAH…