week 7- ti

29
TAMADUN ISLAM WEEK 7 1

Upload: jason-ko

Post on 11-Feb-2016

268 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

owo

TRANSCRIPT

Page 1: WEEK 7- TI

1

TAMADUN ISLAM

WEEK 7

Page 2: WEEK 7- TI

2

KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN

ISLAM

Page 3: WEEK 7- TI

3

Kelahiran Tamadun Islam

Kelahiran tamadun Islam agak berbeza dgn tamadun2 yg lain kerana tamadun Islam lahir di kwsn padang pasir yg kontang

Oleh kerana peranan manusia sgt penting di dlm proses pembinaan tamadun, maka Rasulullah S.A.W. telah diutuskan & mengambil masa selama 13 tahun tahun bagi membentuk personaliti Muslim yg unggul.

Akhirnya, Madinah muncul sebagai model negara Islam pertama di dunia

Tamadun Islam berjaya mengubah kebudayaan masyarakat bukan Arab sehingga meliputi Afrika Utara & sebahagian Eropah, China & Asia Tenggara

Tamadun Islam lahir di Makkah, berkembang di Madinah seterusnya tersebar ke Kufah, Basrah, Damsyik, Baghdad, Cordova, Granada, Pasai, Melaka, Acheh dll.

Page 4: WEEK 7- TI

4

Faktor-faktor Kelahiran Tamadun Islam

Dorongan tuntut ilmu dalam ajaran Islam

Tuntutan wahyu yang menuntut mencari

kebenaran menerusi ilmu

Kehebatan ilmu Allah yang perlu diterokai

Peranan hijrah

http://www.youtube.com/watch?v=PvSFuWhKEdw

Page 5: WEEK 7- TI

5

Dorongan tuntut ilmu dalam ajaran Islam

- Ajaran Islam tidak hanya mementingkan kemantapan akidah sebagai teras pembangunan tamadun manusia – juga menitikberatkan perlunya akidah itu dibina atas keyakinan berasaskan ilmu – pentingnya ilmu itu dipelajari

Tuntutan wahyu yang menuntut mencari kebenaran menerusi ilmu- Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w jelas

menunjukkan Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan menekankan kepentingan akal dalam mencari kebenaran

- Lima ayat dari Surah al-Alaq dengan jelas dan tegas mengesa umat Islam membaca sebagai kunci utama dan titik mula ilmu pengetahuan

- Islam menyuruh umatnya supaya berfikir dalam mencari kebenaran dan melarang mereka daripada menerima sesuatu secara jahil atau ikutan sahaja

Page 6: WEEK 7- TI

6

Kehebatan ilmu Allah yang perlu diterokai

- Al-Quran dan Al-Sunnah sentiasa mengajak umat Islam supaya mempelajari dan mendalami pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang berguna dan berdoa supaya ilmu sentiasa bertambah

- Isi kandungan al-Quran kaya dengan pelbagai rahsia alam dan khazanah ilmu pengethauan yang siap sedia untuk diterokai, direnungi, diamati, dikaji dan dimanfaatkan oleh manusia

- sepanjang sejarah umat manusia sehinggalah ke zaman moden, manusia tidak pernah dan tidak akan mampu membongkar kesemua rahsia ciptaan Allah sekalipun usaha itu berterusan sehingga ke hari akhirat – sifat ilmu Allah itu luas untuk diterokai oleh manusia

• Peranan Hijrah

- Dibuktikan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada kecemerlangan Tamadun Islam di Madinah

- Hijrah yang dimasudkan ialah yang akan membawa kepada kebaikan kepada manusa

Page 7: WEEK 7- TI

7

Perkembangan dan Kecemerlangan Tamadun Islam

Kerajaan Abbasiyah yg menguasai politik & pentadbiran negara Islam pd 750M dianggap sbg zaman kemuncak kegemilangan Islam

Banyak aktiviti penterjemahan & komentar ilmu pengetahuan asing khususnya Greek telah dilaksanakan secara berperingkat pd masa tersebut

Antara bidang keilmuan yg terdpt pd masa tersebut ialah perubatan, astronomi, matematik, kimia, falsafah dll.

Antara ilmuan Islam yg masyhur pd masa tersbt ialah; Hunayn bin Ishaq, Abu Nasr al-Farabi, Yahya bin Adi, Ibn Sina (falsafah, sains & perubatan), Ibn Haitham (fizik & matematik) & al-Ghazali (falsafah & tasawuf)

Walaupun mengalami pertembungan dgn tamadun Barat, tamadun Islam masih mampu mempertahankan keasliannya. Juga didorong oleh sumbangan ilmuan Islam yg menjadi faktor penyebaran tamadun Islam ke Eropah

Page 8: WEEK 7- TI

8

Perkembangan tamadun Islam selama hampir 8 abad di Andalusia didorong oleh pencapaian intelektual yg didokong oleh pemerintahan Islam

Antara pusat pengajian tinggi yg telah didirikan pemerintah Islam di Andalusia; di Seville, Granada, Toledo Valencia & Cordova

Kecemerlangan tamadun Islam ternyata memberi kesan kpd pemikiran masyarakat Eropah

Page 9: WEEK 7- TI

9

Faktor-Faktor Perkembangan dan Kecemerlangan Tamadun Islam

Keyakinan umat Islam terhadap

ajaran Islam

Kegiatan ilmuan yang

luas

Ketenteraan yang kuat

Pemerintah yang bertakwa dan

bijaksana

Politik yang stabil

Kedudukan yang strategik

Keterbukaan kepada tamadun lain

Prasarana yang

sempurna

Keadilan yang menyeluruh

Sumber ekonomi yang luas dan

banyak

Page 10: WEEK 7- TI

10

Keyakinan umat Islam terhadap ajaran Islam

- Ajaran al-Q telah berjaya membentuk satu iklbaharu dalam kalangan umat Islam

- Al-Q menganjurkan perkembangan akal fikiran manusia dalam mencari kebenaran – ajaran Islam supaya manusia mempelajari pelbagai ilmu yang bermanfaat iaitu ilmu yang dinilai berdasarkan sejauh manailmu itu berupaya membawa manusia mengenali Allah swt, mencari kebenaran, membongkar hakikat pearutan Illahi dan mematuhi segala suruhan-Nya

- AL-Q menganggap dan mencela mereka yang tidak mahu menggunakan akal serta pancaindera anugerah Allah swt sebagai alat untuk mencari kebenaran sebagai seburuk-buruk makhluk

- Berbekalkan keyakinan terhdapat ajaran Islam, umat Islam di merata tempat khususnnya di pusat2 tamadun Islam spt Baghdad, Andalusia dan Mesir berlumba-lumba mempelajari dan mengembangkan pelbagai ilmu semasa dan futuristik

Page 11: WEEK 7- TI

11

Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana

- Ajaran Islam telah menggariskan kualiti yang perlu ada pada setiap orang yang ingin menjadi pemerintah – perlu memiliki sifat takwa kepada Allah swt dan mesti bijaksanan dalam melihat keperluan umat dan negara Islam

- Pada zaman kegemilangan tamadun Islam – umat dan negara Islam diterajui oleh para pemimpin yang berwibawa – mereka bukan sahaja bersifat adil tetapi juga mencintai ilmu pengetahuan

- Para pemimpin dan khalifah pada kegemilangan tamadun Islam amat menghormati para ilmuan dan membantu mereka dalam kegiatan ilmuan

- Contoh : Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmum (Bani Abbasiyah di Baghdad), Abd Rahman III dan al-Hakam II (Bani Umaiyah di Andalusia) – pemerintah yang amat cintakan ilmu pengetahuan dan banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan

Page 12: WEEK 7- TI

12

Sumber ekonomi yang luas dan banyak

- salah satu sumber kewangan Islam adalah melalui zakat – umat Islam tidak melihat kewajipan zakat sebagai bebanan – menyedari zakat berfungsi sebagai pembersih dan penyubur harta yang mereka miliki

- Zakat menjadi pendorong kepada setiap umat Islam berusaha mencari harta – mereka berlumba2 mengembangkan harta yang dimiliki untuk dizakatkan

- Wilayah kekuasaan Islam juga semakin meluas sehingga ke Andalusia di sebelah barat dan India di sebelah timur – maka sumber ekonomi umat Islam juga menjadi bertambah luas dan teguh

- Membolehkan umat Islam memberikan tumpuan kepada kegiatam keilmuan seperti mendirikan sekolah, universiti, perpustakaan serta pusat kaji bintang yang merupakan prasarana terpenting dalam proses pengembangan ilmu – astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang paling diminati sarjana Islam pada ketika itu

Page 13: WEEK 7- TI

13

Politik yang stabil

- Dari abad ke-8 hingga ke 13 M- dunia pada umumnya didominasi oleh umat Islam – ketika ini dunia Islam berada dalam keadaan aman dan makmur

- Keadaan politik yang stabil dan negara yang aman membolehkan pemerintah dan umat Islam mengalihkan tumpuan kepada kegiatan keilmuan dan usaha memakmurkan negara Islam

- Umat Islam bebas mengembara ke seluruh pelosok dunia Islam samada untuk tujuan perniagaan atau ilmu pengetahuan – ketika ini juga agama Islam tersebar luas sehingga ke Alam Melayu

Page 14: WEEK 7- TI

14

Kegiatan Keilmuan Yang Meluas

- Salah satu keunikan tamaudn Islam ialah perana insitusi masjid yang menjadi nadi segala kegiatan umat Islam – berfungsi bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi juga tempat pembelajaran dan kegiatan ekonomi

- Dalam sejarah awal Islam, masjid menjadi pusat utama menyebarkan syiar dan imu Islam

- Para ilmuan terbilang semuanya dilahirkan oleh institusi masjid – universiti terawal dalam sejarah Islam juga berkembang daripada institusi masjid – cth Universiti Al-Azhar, salah satu universiti tertua dan masih wujud hingga kini

- Pada zaman keagungan tamadun Islam di Andalusia – terdapat lebih 1,000 buah masjid berfungsi sebagai universiti yang menawarkan pengajian pelbagai ilmu spt astronomi dan matematik

Page 15: WEEK 7- TI

15

Keadilan yang menyeluruh

- Islam agama yang membawa rahmat ke seluruh alam – pemerintahan Islam bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira agama or kaum dll kerana Islam melarang memaksa seseorang untuk menganut Islam

- Di sepanjang zaman pemerintahan Islam – orang bukan Islam yang terdiri daripada peganut pelbagai agama, khususnya penganut Yahudi dan Kristian diberi kebebasan sama seperti orang Islam

- Atas sebab ini, ramai kalangan mereka yang muncul sebagai para ilmuan tersohor dalah sejarah Islam samada di Andalusia dan Baghdad – cth Masyaallah Athari (ahli falsafah -Baghdad)

Page 16: WEEK 7- TI

16

Ketenteraan yang kuat

- Salah satu elemen yang mampu menjamin keamanan dan keselamatan sesebuah negara adalah mempunyai kekuatan tentera

- Fungsi utama kekuatan tentera dalam Islam adalah untuk mengerunkan musuh-musuh yang berniat jahat spt menceroboh atau mengucar-kacirkan negara dan umat Islam

- Salah satu rahsia kekuatan negara Islam pada masa terdahulu ialah semangat jihad yang tinggi dan kental dalam kalangan umat Islam – mereka berlumba2 mendermakan harta kekayaan dan menawarkan diri untuk berjihad mempertahankan maruah umat dan negara Islam

- Pada zaman keagungan tamadun Islam – umat Islam bukan sahaja menguasai sebahagian besar duni malah menguasai daratan dan lautan utama – mereka bebas berdagang di merata pelusok dunia

Page 17: WEEK 7- TI

17

Kedudukan yang strategik

- Secara geografinya, sebahagian besar dunia Islam berada di kedudukan yang amat strategik

- Umat Islam menguasai jalan2 perdagangan penting dan bumi mereka kaya dengan pelbagai sumber alam yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia

- Kejayaan umat Islam awal memanfaatkan kesemua kelebihan ini menjadikan mereka umat yang kuat dan unggul – mereka menguasai jalan perdagangan timur dan barat serta pedagang Islam bebas berdagang sampai ke negeri China

Page 18: WEEK 7- TI

18

Prasarana yang sempurna

- Sejak dari zaman awal lagi, pemerintah2 Islam amat menekankan penyediaan infrastruktur yang terbaik untuk rakyat

- Cth – saidina Umar al-khatab telah mengarahkan pembinaan terusan atau tali air di Sg Nil yang mengalirkan air untuk tujuan pertanian kepada petani2 Mesir

- Pada zaman kekuasaan bani Umaiyah di Andalusia, jalan2 menghubungkan kota2 di seluruh Andalusia bukan sahaja dituapi batu malah diterangi lampu di seluruh kotanya – dikatakan pada ketika itu, jalan-jalan di kota2 lain di Eropah yang dikuasai orang kristian seperti Paris dan London masih berdebu dan gelap gelita pada waktu malam

Page 19: WEEK 7- TI

19

Keterbukaan kepada tamadun lain

- Tamadun Islam tidak bersifat eklusif - Islam agama untuk semua manusia – Islam juga mengiktiraf sumbangan tamadun2 lain yang bermanfaat untuk kemanusiaan sejagat

- Cth : semasa zaman perkembangan tamadun Islam, khususnya pada abd ke -8M dan ke-9M banyak karya Yunani dan Latin dalam bidang falsafah dan perubatan diterjemahkan ke bahasa Arab dan dimanfaatkan para ilmuan Islam bagi mengembangkan bidang ilmu berkenaan

Page 20: WEEK 7- TI

20

Faktor-Faktor kemerosotan Tamadun Islam

Tamadun Islam juga mengalami kemerosotan dan di sepanjang sejarah tamadun, faktor yang menyebabkan kemerosotan itu hampir sama

Tamadun Islam merosot disebabkan beberapa faktor berikut:

Page 21: WEEK 7- TI

21

Pemerintah yang lemah

Kekurangan sumber ekonomi

Ancaman musuh luar

Banyak berlaku penyelewangan dan gejala keruntuahn

akhlak

Kegiatan keilmuan yang tidak bekembang

Page 22: WEEK 7- TI

22

Pemerintah yang lemah

- apabila sesebuah negara diperintah oleh seorang pemimpin yang lemah, negara akan mudah menjadi kucar kacir, politiknya tidak stabil, ekonomi menjadi lumpuh dan seterusnya negara akan berpecah

- Cth : berlaku di Andalusia selepas runtuhnya pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah

- Sesebuah tamadun juga boleh mengalami kehancuran sekiranya negara tersebut diperintah oleh seorang pemerintah yang zalim, bersifat kuku besi dan menindas rakyat kerana ia hanya akan melahirkan penentang yang akan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan dan negara

Page 23: WEEK 7- TI

23

Banyak berlaku penyelewangan dan gejala keruntuhan akhlak

- Apabila manusia tidak lagi mementingkan nilai takwa – maka apa sahaja menjadi harus kepada mereka – jawatan yang dipegang tidak lagi dilihat sebagai amanah tetapi sebagai satu peluang untk memnuhi hajat peribadi

- Segala bentuk penyelewangan dan keruntuhan akhlak dianggap perkara biasa, malah mereka yang menolak kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan pula dianggap sebagai anti sosial dan anti kerajaan

- Cth : berlaku pada zaman terakhir pemerintahan khulafah Uthmaniyah di Turki di mana para kahalifahnya asyik berfoya2 dengan arak dan wanita sehingga membuka peluang kepada musuh-musuh Islam enyerang dan merampas wilayah kekuasaan Islam satu persatu

Page 24: WEEK 7- TI

24

Kekurangan sumber ekonomi

- Kedudukan ekonomi yang kukuh amat penting kepada kegemilangan dan kekukuhan tamadun – tanpa sumber ekonomi yang secukupnya – segala perancangan pembangunan tidak dapat dilaksanakan dan juga boleh membawa kepada kecelaruan sosial spt mencuri dan kegiatan tidak bermoral kerana desakan hidup

• Kegiatan keilmuan yang tidak berkembang

- Abad ke 15 – 18M merupakan zaman kemerosotan tamadun Islam kerana pada tempoh tersebut umat Islam kurang memberi tumpuan kepada kegiatan keilmuan dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan – hanya tertumpu kepada kegiatan mempelajari kitab2 tulisan sarjana terdahulu dengan sekadar membuat syarahan dan ringkasan kepada kitab tersebut

- Umat Islam kurang menghasilkan karya2 baru terutama dalam bentuk penyelidikan spt yang dilakukan oleh sarjana Barat dalam tempoh masa tersebut

- Kesannya – sedikit demi sedikit tempat sarjana Islam sebagai pelopor dalam bidang2 ilmu tersebut diambil alih oleh sarjana Barat yang pada mulanya hanyalah murid kepada sarjana Islam

Page 25: WEEK 7- TI

25

Ancaman musuh luar

- Ancaman musuh luar juga turut menyumbang kepada kemerosoton tamadun Islam

- Cth sernagan tentera Monggol telah menghancurkan kota Bagdad (1256M) – mereka musnahkan segala khazanah ilmu pengetahuan Islam dengan cara membakar dan mencampakkannya ke Sg Furat – berjaya melenyapkan sebahagaian besar khazanah ilmu pengetahuan Islam yang dihasilkan oleh sarjana2 besar Muslim dan dikumpulkan sejak zaman Rasulullah saw lagi

- Apabila negara2 Islam dijajah oleh kuasa Barat – penjajah telah membawak saki baki khazanah ilmu pengetahuan Islam dalam bentuk buku dan manuskrip yang berharga ke negara mereka

- Sehingga kini banyal manuskrip penting peninggalan sarjana agung Islam pada zaman dahulu tersimpan di perpustakan di Barat cth : Perpustakaa Leiden (Belanda), Oxford dan Cambridge (London)

Page 26: WEEK 7- TI

Sumbangan Tamadun Islam

Spritual Ekonomi Seni Bina Intelektual

Islam tidak memaksa penduduk Andalus dan Eropah supaya memeluk Islam. Islam memberi kebebasan dalam memilih agama.

Mengasaskan bentuk ekonomi baharu yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean-sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan.

Selain monumen, pelbagai peralatan seperti pinggan mangkuk, cincin, jubah, kotak barang dihias cantik dan indah.

Penterjemahan giat dijalankan daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin. Pelbagai bidang ilmu disumbangkan termasuk falsafah, astronomi, perubatan, matematik dll.

Page 27: WEEK 7- TI

Pengaliran Ilmu ke Eropah

Peranan Andalusia Hubungan Diplomatik Kegiatan Penterjemahan

Umat Islam menguasai Andalusia (Sepanyol) selama hampir lapan abad (711–1492 M). Dalam tempoh masa tersebut, budaya dan tamadun Islam mendominasi sebahagian besar masyarakat Eropah.

Melalui hubungan diplomatik, ramai pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus. Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara tersebut.

Kegiatan penterjemahan merupakan antara penyumbang besar kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemahan dan pusat-pusat kegiatan terjemahan.

Perang Salib Pembukaan Sicily Kegiatan EkonomiPerang Salib (1097-1292M) yang memakan masa hampir 200 tahun juga secara tidak langsung menyumbang kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah.

Pulau Sicily dibuka oleh orang-orang Islam pada tahun 212 M daripada kekuasaan Rom. Pemerintahan umat Islam berkuasa selama 220 tahun di Pulau Sicily.

Hubungan dagang antara negara Islam dengan Kristian telah meluaskan pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan produk-produk Islam.

Page 28: WEEK 7- TI

28KESIMPULAN

Tamadun Islam berkembang berasaskan keilmuan.

Kemajuan yang dicapai tamadun Islam membuktikan bahawa aspek politik, ekonomi dan sosial boleh dibangunkan serentak dengan perkembangan ilmu pengetahuan.

Tamadun Islam berada di kemuncak kecemerlangan dari abad ke 8 hingga abad ke 13 M hasil penguasaan ilmu yang tinggi dan mendalam.

Kegemilangan tamadun Islam di Andalus boleh dijadikan pendorong kepada proses pembinaan tamadun umat Islam kini.

Namun, tamadun Islam juga mengalami zaman kemerosotan walaupun tidak sampai kepada kejatuhan

Seorang Muslim perlulah memainkan peranan masing2 dalam memastikan kelangsungan tamadun Islam ini

Page 29: WEEK 7- TI

29

TILL WE MEET AGAIN NEXT WEEK