week 14 study 1

Upload: najz

Post on 08-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    1/14

    SASTERA TAHUN 10NBHari Isnin, 4 April 2011.

    Novel Pengabdian bab 1.12.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    2/14

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    3/14

    Bab ini bermula dengan perjalanan Siti Nur untukmenjemput Zul di Lapangan Terbang AntarabangsaBrunei. Siti Nur teringatkan Samuel yangmenghubunginya dengan berita yang memeranjatkan danmenggembirakan iaitu apabila Sam menyatakanhasratnya untuk memeluk agama Islam dan meminta

    pertolongan Siti Nur dan keluarga Siti Nur untukmenguruskannya. Ini membuatkan Siti Nur lebih gembiradan menurut saja permintaan tersebut. Ketibaan Zulmengejutkan Siti Nur dengan penampilannya yangdipengaruhi oleh budaya barat. Di sepanjang perjalananpulang ke Seria, Siti Nur memarahi Zul keranapenampilannya yang terikut-ikut dengan budaya barat.Siti Nur juga teringatkan surat dari Hadi yangmenyatakan Zul tidak lagi menghadiri kuliah dan gagalmemasuki tahun kedua di kolej politekniknya di Englandkerana terpengaruh dengan kawan-kawannya. Siti Nurberdiam diri dan enggan menegur Zul kerana dIa tahubahawa Zul tidak suka mendengar nasihat orang lain.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    4/14

    Setibanya di rumah, ibunya Fatimah pula memarahiZul kerana cara pemakaiannya. Keluarga Marof terus

    sibuk menguruskan persandingan Zul dan Marinakerana pihak perempuan inginkan majlis yangsempurna mengikut adat resam orang Melayu. Dalamkesibukan itu, Siti Nur masih meluangkan masa untukmenjahit baju teluk belanga untuk majlispengislaman Sam yang turut diselarikan dengan majlis

    berbedak Zul. Malam majlis berbedak tersebutberjalan dengan lancar. Peter tidak hadir ke majlispengislaman Sam tetapi ibunya, Nyonya Peter hadirwalaupun dalam keadaan sedih dan muram keranapilihan Sam untuk memeluk agama Islam. Setelahmenghadiri majlis berbedak di rumah Marina, Sampulang ke rumahnya dan mahu dirinya dikenalisebagai Doktor Muhammad Faisal bin Abdullah ditempat kerja esoknya. Siti Nur yang berada di rumahSeria pula termenung memikirkan kesudahankemesraan yang dirasakannya bersama DoktorMuhammad Faisal bin Abdullah yang beliau sendiripun masih tidak tahu jawapannya.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    5/14

    ANALISIS/KAJIAN ASPEK SASTERA

    W ATAK

    PERW ATAKAN

    PERANAN W ATAK

    Pelaku atau tokoh dalam sesuatu karyayang menggerakkan cerita.Pelakon dalam sesebuah cerita.

    Pelukisan tentang watak dari aspekluaran dan dalaman.

    Penghuraian tentang ciri-ciri seseorangwatak.

    Sesuatu perkara (role) yang dimainkanoleh sesuatu watak dalam sesebuahcerita.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    6/14

    Peranan Siti Nur sebagai seorang doktor:

    Siti Nur berperanan sebagai seorang doktor

    yang berwibawa dan baik hati serta komitedterhadap kerjayanya. Ini jelas terbuktiapabila beliau pernah mempertahankanseorang pesakitnya yang ingin diberhentikanperkhidmatannya oleh pihak hospital. SitiNur juga disukai oleh pesakit-pesakitnyaterutama di kalangan anak kecil yanginginkan beliau yang menjalankan rawatanterhadap mereka.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    7/14

    SITI NUR

    ZUL

    SAMUEL

    MAROF

    FATIMAH

    HANNAH

    NYONYA PETER

    PETER

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    8/14

    AKTIVITI BERKUMPULAN

    Bentukkan EMPAT kumpulan di antara kamu.

    Kaji novel Pengabdian bab 1.12 dari aspek watak danperwatakannya BERDASARKAN PERANAN W ATAKTERSEBUT.

    Setiap kumpulan akan menganalisiskan dan membincangkan

    watak, perwatakan serta peranannya.

    Guru akan turut berbincang bersama kumpulan kamu secarabergilir-gilir.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    9/14

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    10/14

    SITI NUR

    Peranan sebagai kakak:

    Siti Nur seorang kakak yang mengambil berat akan perihal adikberadiknya. Dalam bab 1.12, Siti Nur mengambil berat tentang perihalZul yang berpakaian mengikuti budaya barat. Walaupun mengetahui Zultidak suka menerima nasihat, Siti Nur cuba menasihatinya dengan carayang baik. Siti Nur juga kakak yang pemurah bila beliau telah

    membelanjakan wangnya untuk kegunaan majlis persandingan Zul.

    Peranan sebagai anak:

    Siti Nur merupakan anak yang solehah dan bertimbang rasa. Ini dapatdilihat apabila beliau sedia membelanjakan wangnya bagi perkahwinanZul untuk mengurangkan beban dan kerisauan ibu dan ayahnya. Siti Nurjuga dianggap anak yang baik kerana beliau cuba menjalankan peranansebagai kakak yang bertanggungjawab kepada Zul dan cubamenasihatinya bila Zul membuat kesalahan.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    11/14

    SITI NUR

    Peranan sebagai kawan:

    Siti Nur juga merupakan seorang kawan yang baik hati dan sanggupberkorban demi kawannya. Dalam novel ini, Siti Nur berperanan sebagai

    kawan kepada Samuel. Dalam bab 1.12, sebagai kawan yang baik hati,Siti Nur juga turut gembira dengan keputusan Samuel untuk memelukugama Islam dan bersedia untuk menguruskan perihal majlis pengislamanSamuel yang turut diselarikan waktunya dengan majlis berbedak adiknya,Zul. Siti Nur juga berkorban masa walaupun dalam kesibukan untukmenjahit baju Melayu teluk belanga khas untuk Samuel bagi majlispegislaman.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    12/14

    ZUL

    Peranan sebagai anak:

    Seorang anak yang berperwatakan degil dan tidak suka mendengar nasihat dari

    sesiapa.Zul boleh dianggap membebankan ahli keluarganya apabila beliau melakukan

    perkara yang tidak bertanggungjawab dan enggan membelanjakan wangnya untukperkahwinannya dengan Marina.

    Peranan sebagai adik:Zul boleh dianggap adik yang telah membebankan Siti Nur kerana telah

    menyebabkan kakaknya, Siti Nur membelanjakan wang Siti Nur untukperkahwinannya.

    Zul tidak suka mendengar nasihat daripada Siti Nur.

    Peranan sebagai seorang yang beragama Islam:

    Seorang yang cetek pengetahuannya tentang Islam kerana beliau sendirimenyatakan bersembahyang secara makmum pun beliau kurang tahiu.

    Seorang yang telah melakukan perkara sumbang dengan Marina, temanwanitanya,

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    13/14

    SAMUEL

    Peranan sebagai anak:

    Samuel merupakan seorang anak yang mempunyai pendirian tegas. Terbuktiapabila beliau tetap memeluk agama Islam walaupun kedua o rang tuanya tidakmerestui tetapi beliau menganggap Islam merupakan agama yang terbaik.

    Peranan sebagai kawan:

    Samuel merupakan kawan kepada Siti Nur sejak kecil sehinggalah dewasa.

    Sebagai kawan, Samuel juga telah jatuh cinta kepada Siti Nur dan beliau jugamenghormati pendirian Siti Nur. Contohnya, Samuel tidak terus menyatakanhasrat untuk memiliki Siti Nur ketika dia baru saja masuk Islam kerana bimbangdisalah tafsir oleh Siti Nur.

    Peranan sebagai seorang yang beragama Islam:

    Sebagai seorang Islam, beliau bernama Muhammad Faisal bin Abdullah setelahmenjalani majlis pengislaman di rumah keluarga Siti Nur.

    Samuel ingin membuktikan kepada Siti Nur, dia boleh menjadi seorang Islamyang baik dan tulen.

  • 8/7/2019 Week 14 Study 1

    14/14

    SOALAN???