wajib meminta izin ibubapa sekalipun dalam urusan agama

Upload: yong-dory

Post on 08-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama

    1/2

    Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama.  Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh berkata: 

    Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihiwasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: Adakah kamu mempunyai seseorang diYaman!"#ia menjawab: $bubapa aku%" Rasulullah bertanya: Adakah mereka memberi i&in kepadaengkau!"#ia menjawab: 'idak%" Rasulullah bersabda: Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah i&in dari mereka berdua%ika mereka mengi&inkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak)maka berbuat baiklah kepada mereka berdua%"*+

     

    ,erkata al-Syaukani rahimahullah berkenaan hadis di atas: 

    #alam hadis (di atas) terdapat petunjuk bahwa berbuat baik kepada ibubapa adalah lebih utamadaripada berjihad% anakala sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Jika merekamengizinkan engkau maka berjihadlah di dalamnya terkandung dalil bahawa wajib (hukumnya)

    meminta i&in ibubapa di dalam urusan berjihad dan yang sedemikian adalah pendapat jumhur ulama.% #an mereka memutuskan dengan keharaman berjihad jika kedua-duanya atau salahseorang daripada mereka menegah (anak mereka) daripada berjihad kerana sesungguhnyaberbuat baik kepada ibubapa adalah /ardhu ‘ain manakala jihad adalah /ardhu ki/ayah% Akantetapi apabila hukum jihad jatuh /ardhu ‘ain maka tidak perlu meminta i&in (daripada merekaberdua)%0+

     1erhatikan hadis di atas% Sekalipun keluar berjihad di jalan Allah adalah satu amalan yang amat pentingkepada agama dan umat2 lagi besar ganjaran kepada yang melakukannya2 ia tetap tidak mengungguliamalan berbuat baik kepada ibubapa% $ni menunjukkan bahawa kita tetap perlu mendapatkan kei&inanibubapa sekalipun terhadap sesuatu akti3iti yang memiliki tujuan keagamaan% Se4ara lebih terperin4i2hadis di atas memiliki beberapa petunjuk hukum2 iaitu: 

    1etunjuk 1ertama:Kita tidak memiliki pilihan sewenang-wenangnya untuk keluar rumah melainkan perlu terlebih dahulumendapat i&in dan redha ibubapa% Keluar daripada rumah boleh dibahagikan kepada beberapasuasana: Suasana 1ertama:Kita keluar untuk tujuan yang menyelisihi syari‘at2 seperti pergi ke kelab hiburan malam% 'idak perlumeminta i&in ibubapa dalam perkara yang sememangnya tidak dii&inkan oleh syari‘at% alahseandainya ibubapa menggalakkannya2 kita tidak perlu menuruti galakan tersebut tetapi justerumenasihati dan membetulkan mereka% Suasana Kedua:Kita keluar untuk tujuan yang harus2 seperti berjalan-jalan di taman atau ke pusat membeli belah% 1erlumeminta i&in ibubapa dan men4ari keredhaan mereka% Seandainya mereka tidak mengi&inkan2 makakita tidak boleh keluar dari rumah% Suasana Ketiga:Kita keluar untuk tujuan yang selari dan dituntut oleh syari‘at2 seperti pergi solat berjamaah2 berdakwahdan menuntut ilmu% Kita tetap perlu meminta i&in ibubapa dan men4ari keredhaan mereka% Seandainyamereka tidak mengi&inkan2 duduklah berbin4ang dengan se4ara lemah lembut dan hikmah untukmen4ari jalan penyelesaian yang dipertengahan% ungkin mereka melarang kerana berlaku salah/aham atau mereka sendiri menghajatkan sesuatu daripada kita pada saat itu% Suasana Keempat:Kita terpaksa keluar disebabkan berlakunya sesuatu yang genting2 seperti keluar berjihad apabilamusuh tiba-tiba menyerang atau keluar membantu mangsa apabila berlaku kemalangan jalan raya dihadapan rumah% #alam suasana genting seperti ini2 kita hendaklah bersikap bijak dalam menimbangantara dua tuntutan agama2 manakah lebih yang lebih patut diberi keutamaan (Fiqh al-Awlawiyat:

    !"#$%)% aka dibolehkan keluar tanpa i&in dan redha ibubapa dalam suasana yang genting lagi

    terpen4il ini% 1erkara lain yang perlu diperhatikan adalah2 sekalipun dii&inkan untuk keluar rumah2 kita hendaklahmemerhatikan sama ada ibubapa memiliki hajat tertentu dalam tempoh pemergian itu% $ni kerana ibubapa2disebabkan oleh si/at kasih sayang yang amat mendalam2 la&imnya akan mengi&inkan kita sekalipunmereka pada tempoh tersebut menghajatkan sesuatu daripada kita% usteru jika jelas kelihatan bahawaibubapa memiliki hajat tertentu2 janganlah keluar melainkan dilaksanakan terlebih dahulu apa yang dihajatioleh mereka

    https://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%205.htm#_ftn1https://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%205.htm#_ftn2https://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%205.htm#_ftn2https://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%205.htm#_ftn2https://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%205.htm#_ftn1

  • 8/19/2019 Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama

    2/2