suara pusat islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul...

16
SIDANG PENGARANG PENAUNG Dr. Razali bin Othman Pengarah Pusat Islam UPM EDITOR Mohd Hafiz bin Ghazali SIDANG PENGARANG Muhammad Syahmi bin Rusli Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid Mohd Hafiz bin Ghazali Khairul Fahmi bin Mukhid Mohd Firdaus bin Abdul Rashid Siti Rohani binti Muhamad Dr. Amini Amir bin Abdullah Muhammad Norhisyam bin Nordin Zuhaimi Abdul Rahim Dr. Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh 06 SUARA PIU 2015 Suara Pusat Islam UPM Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat MAC-JUN 2015 http://www.pic.upm.edu.my ANAK SOLEH ASET PENTING IBUBAPA (Petikan Khutbah JAIS) Sebagaimana yang kita maklum, bahawa anak merupakan anugerah yang amat bernilai dan amanah daripada Allah SWT. Amanah ini merupakan suatu kewajipan dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Anak semesnya dijaga, dipelihara, dididik dan diberi segala haknya, agar ia menjadi anak yang soleh yang bermanfaat di dunia dan di akhirat. Dari itu kita harus sedar, bahawa anak yang soleh sahaja yang akan dapat memberi manfaat kepada kedua ibubapanya samada di dunia mahu pun di akhirat. Darjat kedudukan ibubapa yang berjaya mendidik anak-anaknya sehingga menjadi anak yang soleh akan senasa diangkat darjatnya dari masa kesemasa di akhirat kelak. Ianya akan diberitahu oleh Allah SWT bahawa darjat kenggian yang diperolehi ini adalah hasil dari doa anak yang soleh. Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila ma seorang insan terputuslah amalannya melainkan ga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang senasa mendoakannya”. Dari sini jelaslah bahawa anak yang soleh merupakan aset penng bagi kedua ibubapa bagi menentukan kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Anak yang soleh atau anak yang baik ialah anak yang mempunyai keimanan dan akidah yang kuat, anak yang senasa bertaqwa kepada Allah SWT, anak yang rajin ber- ibadah, anak yang senasa menghorma ibubapa dan orang lain, anak yang berakhlak mulia, anak yang mempunyai kesedaran beragama, anak yang rajin berusaha dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. dan anak yang senasa berdoa dan berbak kepada kedua ibubapanya sama ada masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Bersambung di Halaman 02 1 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468581 FAKS: 03-89483742 SEDUTAN KHUTBAH PILIHAN

Upload: others

Post on 02-Feb-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

SIDANG PENGARANG

PENAUNG

Dr. Razali bin Othman Pengarah Pusat Islam UPM

EDITOR

Mohd Hafiz bin Ghazali

SIDANG PENGARANG

Muhammad Syahmi bin Rusli

Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid

Mohd Hafiz bin Ghazali

Khairul Fahmi bin Mukhid

Mohd Firdaus bin Abdul Rashid

Siti Rohani binti Muhamad

Dr. Amini Amir bin Abdullah

Muhammad Norhisyam bin Nordin

Zuhaimi Abdul Rahim

Dr. Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok

Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh

06 SUARA PIU 2015

Suara Pusat Islam UPM Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat

MAC-JUN 2015 http://www.pic.upm.edu.my

ANAK SOLEH ASET PENTING IBUBAPA

(Petikan Khutbah JAIS)

Sebagaimana yang kita maklum, bahawa anak merupakan anugerah yang amat bernilai dan amanah daripada Allah SWT. Amanah ini merupakan suatu kewajipan dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Anak semestinya dijaga, dipelihara, dididik dan diberi segala haknya, agar ia menjadi anak yang soleh yang bermanfaat di dunia dan di akhirat. Dari itu kita harus sedar, bahawa anak yang soleh sahaja yang akan dapat memberi manfaat kepada kedua ibubapanya samada di dunia mahu pun di akhirat.

Darjat kedudukan ibubapa yang berjaya mendidik anak-anaknya sehingga menjadi anak yang soleh akan sentiasa diangkat darjatnya dari masa kesemasa di akhirat kelak. Ianya akan diberitahu oleh Allah SWT bahawa darjat ketinggian yang diperolehi ini adalah hasil dari doa anak yang soleh.

Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila mati seorang insan terputuslah amalannya melainkan tiga

perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya”.

Dari sini jelaslah bahawa anak yang soleh merupakan aset

penting bagi kedua ibubapa bagi menentukan kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Anak yang soleh atau anak yang baik ialah anak yang mempunyai keimanan dan akidah yang kuat, anak yang sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT, anak yang rajin ber-ibadah, anak yang sentiasa menghormati ibubapa dan orang lain, anak yang berakhlak mulia, anak yang mempunyai kesedaran beragama, anak yang rajin berusaha dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. dan anak yang sentiasa berdoa dan berbakti kepada kedua ibubapanya sama ada masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Bersambung di Halaman 02

1

Sebarang cadangan & komentar

sila e mailkan kepada kami di: [email protected]

atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468581

FAKS: 03-89483742

SEDUTAN KHUTBAH PILIHAN

Page 2: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Sambungan daripada Halaman 01 Apabila kita melihat situasi masyarakat islam masa kini, kita dapati perhubungan antara ibubapa dengan anak semakin renggang. Terdapat anak yang tidak lagi menghormati ibubapanya. Tidak mahu lagi mendengar nasihat orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan dan lebih malang lagi apabila ada yang sanggup membunuh ibubapanya. Ini merupakan gejala keruntuhan akhlak yang serius dikalangan anak- anak, dan jika dibiarkan ia akan membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, masyarakt dan Negara. Persoalannya sekarang, apakah punca berlakunya demikian?. Kepada siapa hendak dipersalahkan?. Ada yang meletakkan kesalahan keatas anak dan terus menghukum anak berbagai-bagai gelaran, seperti anak derhaka, anak tidak mengenang budi dan sebagainya. Dan ada pula yang meletakkan kesalahan keatas ibubapa kerana tidak melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya terhadap anak. Kewajipan utama bagi ibubapa dalam usaha melahirkan anak yang soleh ialah memberikan didikan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama dengan secukupnya. Oleh itu setiap ibubapa berkewajipan dan bertanggungjawab melaksanakan tugas ini, kerana hanya dengan didikan agama yang cukup dan sempurna anak-anak akan dapat menghadapi cabaran hidup dan menyelamatkan dirinya dari terjerumus dalam berbagai gejala sosial, seperti mencuri, menghisap dadah, minum arak, berjudi dan bermacam- macam lagi kegiatan yang bercanggah dengan syariat islam. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah At- Tahrim ayat 6 : “ Wahai orang-orang yang beriman . Peliharalah diri kamu dan

keluarga kamu dari neraka yang bahan -bahan bakarnya manusia dan batu (berhala) ; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat- malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.

Ibubapa berkewajipan mengawasi anak- anak, terutamanya pergaulan rakan sebaya , kerana rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi jiwa dan tingkahlaku kanak- kanak. Rakan yang baik akan meninggalkan kesan dan membentuk anak menjadi baik dan sebaliknya rakan yang tidak baik akan meninggalkan kesan yang tidak baik dan merosakkan keperibadian anak- anak. Selain itu ibubapa hendaklah sentiasa mengambil berat dan mengawasi serta menegur anak-anak sekiranya terdapat tingkahlaku dan kelakuan yang tidak wajar, apatah lagi yang bertentangan dengan syariat islam. Selain itu, anak-anak juga mempunyai kewajipan dan tanggungjawab terhadap ibubapanya. Anak- anak mestilah sentiasa taat kepada kedua ibubapa dan menghormatinya sepanjang masa. Anak-anak dilarang mengeluarkan kata kata yang kasar dan kesat yang boleh menyinggung perasaan kedua ibubapa. Anak-anak wajib menjaga dan memberi nafkah kepada ibubapanya lebih-lebih lagi ketika ibubapa sudah lanjut usianya. Tanggungjawab anak terhadap ibubapa merupakan perintah untuk berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibubapa bergandingan dengan perintah menyembah dan beribadat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa’ ayat 36: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa”.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)perlahan-lahan.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas .”

(Al-A'raaf : 7:55)

MUTIARA AL-QURAN

MUTIARA AL-SUNNAH

“ Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hamba sela-ma ruhnya belum sampai di kerongkongannya - yakni ketika akan meninggal dunia." (Riwayat Imam Tirmidzi)

2

Page 3: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Biodata Para Imam al-Qiraat (as-Syatibiyyah)

Imam Ibnu ‘Amir

Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamin bin Rubai’ah bin ‘Amir al-Yahshabi. Beliau dilahirkan pada tahun 21 Hijrah (sesetengah pendapat lain mengatakan pada tahun 8 Hijrah), serta diberi gelaran sebagai Abu ‘Imran. Beliau merupakan seorang gabenor, qadi dan imam di Damsyik, Syria serta merupakan Imam Qiraat di Syam. Imam Ibnu ‘Amir merupakan seorang imam yang terbaik dikalangan muslimin tabi’in. Beliau telah mempelajari ilmu al-Quran (talaqqi) daripada al-Mughirah bin Abi Syihab, ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-Mughirah, Abi Darda’, Saidina Uthman bin ‘Affan sehingga Rasulullah s.a.w. Anak murid yang telah mengambil bacaan daripada beliau dan yang termasyhur adalah Imam Hisyam dan Imam Ibnu Zakwan. Beliau meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah. - Imam Hisyam (Perawi/ Anak Murid)

Nama sebenar beliau adalah Hisyam bin ‘Umar bin Nasir bin Maisarah Abu al-Walid al-Silmi al-Dimasyqi (digelar dengan nama “Abu al-Walid”. Beliau dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan merupakan seorang imam bagi penduduk Damsyiq, Syria. Selain itu, beliau juga merupakan seorang khatib, guru Qiraat dan pemidato di Damsyiq. Sifat keperibadian Imam Hisyam adalah beliau merupakan seorang Qurra’ yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil. Beliau telah mengambil bacaan (talaqqi) bersama beberapa orang guru, di antaranya ialah ‘Iraq bin Khalid dan Ayub bin tamim (selain daripada mereka berdua, terdapat seorang sahabat berna-ma Yahya al-Zumari yang juga merupakan anak murid kepada Imam Ibnu ‘Amir). Imam Hisyam meninggal dunia pada tahun 245 Hi-jrah.

- Imam Ibnu Zakwan (Perawi/Anak Murid)

Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Ahmad bin Basyar (setengah pendapat mengatakan “Basyir”) bin Zakwan al-Dimasyqi dan digelar sebagai “al-Dimasyqi”. Beliau dilahirkan pada tahun 173 Hijrah serta merupakan seorang imam yang masyhur dan dipercayai di Syam (juga merupakan seorang Imam Masjid Dimasyq, Syria). Di antara Kitab karangan Imam Ibnu Zakwan adalah “AQSAM AL-QURAN WA JAWABUHA” dan “MA YAJIBU ‘ALA QARI AL-QURAN ‘EINDA HARAKAH LISANAHU”. Imam Ibnu Zakwan meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah.

Bersambung di Halaman 04

KALAM SUCI

Oleh: Muhammad Syahmi bin Rusli [email protected]

Penulis merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

3

PENGENALAN ILMU AL-QURAN DAN QIRAAT

هشام

)Hisham)

ابن ذكوان

) Ibnu Zakwan )

ابن عامر

)Ibnu ‘Amir)

Page 4: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Sambungan daripada Halaman 03 Di antara Cara Bacaan (Manhaj) Imam Ibnu Amir 1) Membaca ‘basmalah’ (bismillahirrahmanirrahim) dan tanpa ‘basmalah’ (saktah dan wasol) antara dua (2) surah kecuali pada

Surah al-Anfal dan at-Taubah. 2) Menghilangkan ‘alif’(hazaf) pada perkataan ”مالك“ menjadi ”ملك“ dengan bacaan biasa (tiada mad/tidak panjang) di dalam

surah al-Fatihah sahaja. 3) Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan kadar 4 harkat (توسط) , manakala Mad Wajib Muttasil juga dibaca dengan kadar 4 harkat (توسط)

4) Dalam bab idgham soghir, apabila huruf Dzal )ذ) yang berbaris sukun )ذ) bertemu dengan enam huruf iaitu huruf ص,ت,س,ز,د dan ح yang berbaris atas maka Imam Hisyam akan mengidghamkan huruf Dzal )ذ) ke dalam huruf tersebut . Contohnya perkataan وإذ زين menjadi وإذ زين

5) Pada kalimah at-Taurah التورىة Imam Ibnu Zakwan membaca dengan Imalah.

6) Apabila huruf Ta ta’nis yang berbaris sukun )ت) bertemu dengan tiga huruf iaitu ص,ظ dan ث , maka Imam Ibnu ‘Amir akan mengidghamkannya. Contohnya perkataan كذبت ث مود menjadi . كذبت ثمود

4

SUDUT JAWI

Oleh : Mohd Firdaus Abd Rashid [email protected]

دري ابو هريرة رضي هللا عنه كاتڽ، برسبدا رسول هللا صلى هللا عليهيه وسيلييڬ تيهي

ماچي (جنهس( اورڠ بوكن ساج تهدق اكن منيداتيت نيينين داڤ اميديو ين دري هللا تيد

هاري قهامة، بهكن اكن منداتت سهكسا يڠ تديه; ايايت سي توا بڠيك ييڠ بيرز يا، راج

﴾حديث رواية مسلم﴿ اتاو تمهمدهن ڬارا اتاو تڠواسا يڠ تندوستا داڤ فاكهر يڠ سومبوڠ.

تيڬ ڬولوڠن يڠ دلعنة

Dari دري

Abu ابو

Hurairah هريرة

Katanya كاتڽ

Bersabda برسبدا

Tiga تيڬ

Macam (jenis) )ماچم )جنيس

Orang اورڠ

Sahaja ساج

tidak تيدق

Akan اكن

Mendapat منداڤت

Layanan الينن

Dan دان

Ampunan امڤونن

Dari دري

Allah هللا

Pada ڤد

Hari هاري

Kiamat قيامة

Bahkan بهكن

Seksa سيكسا

Yang يڠ

Pedih ڤديه

Iaitu ايايت

Si سي

Tua توا

Bangka بڠك

Berzina برزنا

Raja راج

Atau اتاو

Pemimpin ڤميمڤين

Negara نڬارا

Penguasa ڤڠواسا

Pendusta ڤندوستا

Fakir

(miskin) فاكير

Sombong سومبوڠ

Hadis حديث

Riwayat رواية

Muslim مسلم

Page 5: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

Kebahagiaan yang abadi dan sempurna adalah kebahagiaan yang hakiki. Apa yang dimaksudkan

dengan abadi adalah kebahagiaan itu tetap bertahan mulai dari dunia hingga di akhirat kelak, mulai dari alam ghaib hingga di alam kenyataan, mulai hari ini dan esok. Sedangkan yang dimaksudkan dengan sempurna adalah ketika kebahagiaan itu tidak dirosak oleh kesengsaraan dan tidak dicemari oleh amanah.

Diceritakan An-Nu’man bin Al-Mundzir, raja negeri Iraq, sedang duduk di bawah sebatang pohon sambil melihat-lihat pemandangan dan menikmati minuman keras. Adi bin Zaid seorang yang sangat bijak mempunyai keinginan menasihatinya. Katanya: “Paduka Raja, tahukah anda apa yang dikatakan pohon ini?” Sabf Raja bertanya: “Apa yang dia katakan?” Jawab Adi: “Dia berkata; Banyak kafilah yang mengistirehatkan kenderaannya di sekitar kami sedang mereka meneguk khamar (arak) yang mereka campur dengan air segar, kemudian masa berbalik mempermainkan mereka. Memang demikianlah karakter masa mengubah suatu keadaan menjadi keadaan yang lain.” Mendengar untaian syair itu, An-Nu’man tersedar, lalu dia meninggalkan minuman keras dan ia hidup terkapai-kapai hingga ia meninggal dunia.

Berlainan pula dengan Syah Iran yang sedang merayakan 2500 tahun berdirinya kerajaan Parsi. Dia merencanakan dengan meluaskan kekuasaan dan wilayahnya. Namun secara tiba-tiba kekuasaannya justeru “dicabut” hanya dalam hitungan malam. “...Engkau memberikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki... (surah Ali-Imran ayat 26). Nasibnya kemudian sangat menyedihkan; diusir dari istananya, rumah-rumah mewahnya dan kenikmatan dunia miliknya; dia mati merana jauh dari negerinya, dalam keadaan bankrap dan tidak ada seorang pun menangisi kematiannya.

Meriah Keutamaan Adalah Mahkota Kehidupan Bahagia Untuk mendapatkan kebahagiaan, rasa aman dan ketenangan, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan nilai-nilai keutamaan, sifat-sifat mulia dan tindakan-tindakan yang baik. “Kerjakanlah selalu apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah.” Al-Hadis

Pernah seorang sahabat meminta Rasulullah s.a.w agar kelak di syurga ia menjadi temannya. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah sujud, sebab setiap kali engkau sujud kepada Allah, maka Allah akan mengangkat darjatmu satu tingkat.” Sahabat yang lain meminta satu kebaikan yang sudah mencakupi seluruhnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Selalulah lidahmu basah dengan berzikir kepada Allah.”

Sedangkan sahabat yang ketiga meminta kebaikan yang serupa, Rasulullah s.a.w mengatakan: “Janganlah sekali-kali engkau mencaci seseorang dan jangan pula kau gunakan tanganmu untuk memukul orang. Jika seseorang mencacimu dengan apa yang diketahuinya tentang dirimu, janganlah engkau balik mencacinya dengan apa yang engkau ketahui tentang dirinya. Jangan pula sekali-kali engkau meremehkan satu kebaikan pun meski sekadar menuangkan (air) dari timbamu ke timba seseorang yang memerlukan air.”

Bersambung di Halaman 06

RAIHLAH KEBAHAGIAAN SEJATI ( Dipetik dari Kitab La Tahzan oleh: Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni)

RENUNGAN / TAZKIRAH

Oleh : Siti Rohani binti Muhamad [email protected]

5

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Page 6: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

Sambungan daripada Halaman 05 Dalam konteks berburu, keutamaan yang diperlukan adalah kecepatan dan tindakan yang segera. Sabda Rasulullah s.a.w: “Segeralah melakukan amal soleh (sebelum kalian disibukkan dengan) berbagai fitnah.” (al-Hadith) “Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain.” (al-Hadis)

Firman Allah s.w.t: “Bersegeralah kalian kepada ampunan Tuhan kalian dan kepada syurga...” (surah ali-Imran ayat 133). “...sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam melakukan kebaikan... (surah al-Anbiya’ ayat 90).

Justeru, janganlah kita membuang waktu untuk melakukan kebaikan. Jangan kita menunda-nunda waktu untuk melakukan perbuatan yang baik dan jangan selalu menghulurkan waktu untuk meraih keutamaan.

“Degup jantung seseorang Seakan-akan berbicara kepadanya Bahawa sesungguhnya hidup ini Terdiri dari minit-minit dan detik-detik.”

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Allah s.w.t berfirman: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingin nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang ber-tanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (A-li ‘Imran: 3:14 ) Islam telah memperingatkan supaya manusia menyedari bahawa mengikut hawa nafsu tidak akan memuaskan jiwa serta tidak akan mendapat ketenangan dan ia tidak akan membawa kepada kebenaran sebagaimana Allah s.w.t telah berfirman: “Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” (Saad: 38: 26 ) Mengenai kehidupan orang-orang kafir, Allah s.w.t telah berfirman: “ Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka, maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya”. (Al-Mu’minuun: 23:71) Ada orang yang memandang kesenangan hidup yang dibenarkan oleh agama sebagai sesuatu yang perlu dijauhi, mereka menganggap bahawa perbuatan itu dilarang oleh agama. Akibatnya ialah dalam memenuhi tuntutan itu seolah-olah orang yang menghalalkan perbuatan dosa, padahal perasaannya itu merupakan kekeliruan. Akan tetapi ia merasa dirinya telah membuat perkara yang buruk dan menganggap perbuatan itu sudah menjadi sebahagian dari kehidupannya.

6

AKHLAK SEORANG MUSLIM

( Dipetik dari Kitab Khuluq al-Muslim oleh: Sheikh Muhammad al-Ghazali)

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

ADAB/AKHLAK

Oleh : Mohd Hafiz bin Ghazali [email protected]

Page 7: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan dalam masa kurang daripada sebulan bermula dari sekarang. Ramadhan begitu sinonim dengan membaca dan bertadarus al-Quran. Amalan ini dilakukan sebagai beriqtidaa’ dengan amalan Rasulullah SAW yang sering bertadarus dengan Jibril dalam bulan Ramadhan.Namun adakah kita benar-benar mengetahui hakikat al-Quran? Apakah kelebihan membacanya? Bagaimana seharusnya kita beradab dengan al-Quran ketika membacanya? Sebelum kita mengetahui apakah kelebihan membaca al-Quran dan bagai mana kita beradab dengan al-Quran, marilah terlebih dahulu kita sama-sama meneliti sepintas lalu hakikat al-Quran itu sendiri. Al-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui Jibril A.S Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya iman. Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim, ayat 1:

” كتاب أنزلناه إليك لتخرج الناس من الظلمات إلى النور“

Maksudnya: Al-Quran, kami turunkannya untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya iman. Al-Quran juga merupakan mukjizat Allah yang besar ke atas nabi Muhammad SAW seperti yang dijelaskan oleh al-Quran melalui firmanNya dalam surah al-Israa’, ayat 88:

يرا ب قل لئن اجتمعت اإلنس والجن على أن يأتوا بمثل هـذا القرآن ال يأتون بمثله ولو كان ” لع “. ع Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan yang sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu. Al-Quran merupakan sumber asas bagi menentukan hukum-hukum fiqah dalam syariat Islam. Ia juga menerangkan secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan secara ijmali (umum) berkenaan ibadat dan muamalat. Selain itu, al-Quran juga menggariskan panduan umum bagi kehidupan orang Islam dan sunnah menghuraikannya secara terperinci.(contoh: solat) Justeru al-Quran mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Sunnah yang menjelaskan garis panduan dan masalah yang umum secara jelas dan terperinci. Al-Quran sebagai panduan hidup umat Islam menjelaskan segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia dan akhirat dalam semua aspek kehidupan; ketuhanan (tauhid), ibadat, kekeluargaan, mua-malat, ekonomi, sosial, politik, dll. Islam merupakan agama yang sangat mementing adab. Justeru segala amaIan dan ibadat harus diiringi dengan adab seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Semasa membaca al-Quran, pembaca perlu menghadirkan diri bahawa dia sedang bermunajat dengan Allah SWT dan membacanya dalam keadaan menyedari bahawa Allah SWT sedang melihat dan mendengar apa yang dibaca. Antara adab semasa membaca al-Quran ialah: 1. Membersihkan mulutnya dengan bersiwak atau menggosok gigi sebelum membaca al-Quran. 2. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk. Walau bagaimanapun harus membacanya dalam keadaan tidak

berwuduk. Namun membaca al-Quran dalam keadaan bersih dan berwuduk adalah lebih afdhal. 3. Menghadap qiblat. Disunatkan membaca al-Quran dengan menghadapkan diri ke arah qiblat serta membacanya dalam

keadaan duduk dan tenang serta khusyuk.

4. Beristiazah iaitu membaca “أعوذ باهلل من الشيطان الرجي”

5. Membaca basmalah iaitu ”بس هللا الرحمن الرحي“ pada setiap permulaan surah, kecuali pada permulaan sarah al-Baraah atau surah al-Taubah.

6. Khusyuk dan bertadabbur semasa membacanya seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT melalui firmanNya : افال يتدبرون ”

“القرآن 7. Menangis ketika membacanya. Keadaan ini merupakan sifat orang yang ‘Arif dan syiar bagi hambaNya yang soleh. 8. Membaca dengan tartil. Para Ulama bersepakat bahawa membaca al-Quran dengan tartil adalah sunat. 9. Apabila membaca ayat mengenai azab Allah SWT, maka dia disunatkan memohon perlindungan daripada azab tersebut

dengan berkata: “ الل إني اسالك العافية“ atau الل اني أسالك المعافاة من كل مكروه “ “ 10. Menghormati al-Quran dengan tidak bercakap-cakap ketika membacanya kecuali perkara yang penting. 11. Membacanya mengikut susunan surah dalam al-Quran. 12. Mengamal dengan apa yang dibaca. Hal ini merupakan kemuncak kepada segala adab yang telah disebutkan sebelum ini.

7

Adab Membaca Al-Quran Oleh: Dr Pabiyah binti Hj Maming

[email protected] Penulis merupakan Pensyarah Fakulti

Bahasa Moden & Komunikasi UPM

INDAHNYA ISLAM

Page 8: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa:

i. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhi-jrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September.

ii. Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.

2. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah ber-

pandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.

3 Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong se-bagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak. 4. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau ter-jebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-umat-islam-malaysia-yang-berjuang-atas-nama-isis-0

Koleksi Himpunan Fatwa di Malaysia ( Dipetik dari laman e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ )

8

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Page 9: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

بر بريبل ب ه رب ار رحلا ني Mafhumnya: “Tuhanku,

anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk

orang-orang yang saleh. .”

( Surah Al-Saffat : 100)

DOA DARIPADA AL-QURAN

DOA DARIPADA AL-SUNNAH

DOA UNTUK MENGELAKKAN RACUN, SANTAU DAN PENYAKIT .

ر ر با ت ريهلل ريبت أعوذرب كل مت خلقر ر شري

“Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna

dari kejahatan apa yang diciptakannya.”

(HR Muslim no 2709)

Nabi Hud merupakan keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh ) dari suku 'Aad), suku yang hidup di jazirah Arab, di suatu tempat bernama Al-Ahqaf yang ter-letak di utara Hadramaut antara Yaman dan Oman. Mereka adalah kaum penyem-bah berhala bernama Shamud, Shada, dan al-Haba. Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh , kaum Hud, yaitu suku 'Aad tidak mengenal Allah sebagai Tuhannya. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan itu yang disem-bah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaannya dapat memberi kebahagi-aan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya suku 'Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah yang berupa alam sekitar mereka dan bahawa Allah-lah yang menciptakan mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup. Dia-lah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka buat sendiri. Diterangkan oleh Nabi Hud baha-wa dia adalah pesuruh Allah yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar, beriman kepada Allah yang menciptakan mereka serta menghidupkan dan mematikan mereka, memberi rezeki atau mencabutnya dari mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah dan memperingatkan mereka bahwa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mereka, meng-ingatkan perihal kaum Nabi Nuh yang ditimpa azab Allah serta meminta mereka untuk berhenti dari menyembah berhala. Bagi kaum 'Aad, seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan sesuatu yang tidak pernah mereka dengar ataupun duga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahwa seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan mengganti-kan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak dapat mengerti dan diterima oleh akal fikiran mereka. Pembalasan Tuhan terhadap kaum 'Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua tahap. Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang dan kebun mereka. Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan siksaan dari Allah yang dijanjikan dan bahwa Allah masih memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada Allah dengan meninggalkan persembahan mereka yang batil untuk kemudian bertaubat dan memohon ampun kepada Allah agar segera hujan turun kembali dan menghindari mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap tidak mudah percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan dari musibah yang mereka hadapi. Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yang menimpa kaumnya. Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah Al-Ahqaf sudah menjadi sunyi senyap dari kaum 'Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, dimana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana.

QASAS AL-ANBIYA’

Oleh : Muhammad Norhisyam bin Nordin [email protected]

KISAH NABI HUD DAN KAUM ‘AD

( Dipetik dari Kitab Qasas al-Anbiya’ ‘Ibaratun li-Ulil Albab,

Abul Fidaa’ Ismail Bin Kathir al-Qurais)

9

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Page 10: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada manusia melalui perantaraan Jibril, tertulis dalam mashaf, membaca dan mendengar bacaannya menjadi ibadah dan ia merupakan mukjizat terbesar bagi Nabi Muhammad s.a.w.. Ia mempunyai 6,666 ayat, 114 surah dan 30 juzuk. Al-Quran merupakan kitab suci yang paling kerap dibaca, paling banyak dihafaz dan paling berpengaruh dalam kalangan manusia (Muslim). Al-Quran sentiasa terpelihara dan Allahlah yang memeliharanya. Firman Allah s.w.t.:

كر وإنا له لحافظون لنا الذ إنا نحن نز

Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah Al-Hijr: 9) Al-Quran membawa obor keimanan, pendorong kemajuan dan sifat bertawakal bagi mereka yang benar-benar meyakini dan memahaminya. Firman Allah s.w.t.:

إ آياته زادت وإذا تليت علي يتوكلون يم إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الل ه وجلت قلوب اناا وعلى رب

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Al-Quran adalah wahyu Allah dan menjadi kitab suci orang Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah kitab hidayah dan rujukan sepanjang zaman. Umat Islam perlulah sentiasa mempraktikkan suruhan-suruhan Allah di dalamnya dan menjauhi larangan-larangan Allah. Al-Quran membimbing manusia untuk hidup bahagia di dunia ini dan juga di akhirat. Umat Islam disuruh membaca, mendengar, memahami dan mengamalkan segala ajaran dalam Al-Quran. Cara memahami al-Quran pada asalnya hanyalah dengan kaedah menguasai bahasa Arab. Namun demikian, dengan peredaran zaman, Al-Quran boleh difahami melalui bahasa ibunda rakyat negara masing-masing kerana adanya usaha penterjemahan dan pentafsiran al-Quran dalam hampir semua bahasa utama di dunia sejak kurun ke 12 lagi. Ayat dan hukum-hakam al-Quran tidak boleh dipinda dan dipertikaikan dari segi prinsipnya.

Kita memahami al-Quran daripada pembelajaran. Kita juga memahami al-Quran daripada tafsir-tafsir al-Quran. Cara pemahaman kita terhadap al-Quran daripada berbagai tafsir sepatutnya tidak mengelirukan kita dan membawa pertelingkahan sesama kita. Kita sepatutnya lebih memahami dan menghayati al-Quran dengan adanya kepelbagaian tafsir. Walaupun ada tafsir yang bertentangan antara satu sama lain tentang sesuatu ayat, kita sepatutnya mengambil pendapat yang paling muktabar dan yang menjadi ijma’ ulama. Bukan bertegang urat kerana fanatik dengan pendapat pentafsir masing-masing. Perbezaan tafsiran janganlah dijadikan sebagai punca perbalahan dan pertelingkahan apatah lagi hingga membawa kepada pergaduhan besar. Islam adalah cara hidup yang sempurna dengan al-Quran sebagai kitab rujukan utama yang membudayakan cara hidup Islam yang syumul, kamil dan sesuai pada sebarang tempat dan zaman. Masih banyak ayat al-Quran yang tidak diterokai dalam konteks pembinaan peradaban dan kemajuan hidup manusia, walaupun dalam konteks akidah dan hukum-hakam tiada sebarang masalah daripada penggalian al-Quran. Kita masih belum memanfaatkan al-Quran sepenuhnya sebagai petunjuk kepada umat manusia sedangkan ia adalah kitab hidayah yang tiada sebarang keraguan padanya.

Prinsip utama para orientalis apabila memperkatakan mengenai al-Quran ialah bahawa al-Quran itu merupakan percampuran unsur-unsur Perjanjian Lama, Perjanjian Baru dan berbagai sumber-sumber lain termasuklah pengaruh agama Yahudi. Al-Quran juga biasanya didakwa sebagai bukan wahyu Allah bahkan ia hanyalah semata-mata karangan Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah dakwaan klasik yang telah terdengar sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Dengan memberikan andaian yang mengubah keaslian al-Quran sebagai Kalamullah, para orientalis bukan sahaja telah cuba merobohkan tunjang sumber peradaban Islam bahkan boleh menggugat keaslian ke semua ajaran Islam itu sendiri. Wujud juga di kalangan orientalis-orientalis yang berketurunan Yahudi yang membuat kajian kerana faktor keagamaan di mana mereka cu-ba untuk melemahkan agama Islam dan menimbulkan keraguan di kalangan pengikutnya terutamanya dari segi nilai yang ter-dapat di dalam agama Islam. Sebab itu barangkali wujudnya gejala Israiliyyat dalam tafsir-tafsir al-Quran yang merupakan seba-hagian daripada perancangan Yahudi. Ditonjolkan kelebihan-kelebihan agama Yahudi berbanding dengan agama Islam dan dikatakan agama Islam asalnya adalah agama Yahudi. Di samping itu, orientalis-orientalis Yahudi juga mempunyai motif politik yang mempunyai hubungan dengan pihak Zionis. Apabila seseorang orientalis telah mula mempelajari Islam dan masyarakatnya, keempat-empat prinsip di atas perlu disatukan dengan dua prinsip yang lain iaitu; al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. dan bukannya wahyu Allah. Al-Quran merupakan nilai-nilai agama Yahudi, Kristian dan tradisi Arab pra-Islam. Hadis pula dianggap sebagai tidak asli dan kesahihan serta autoritinya sebagai sumber kedua perundangan Islam dipertikaikan.

Bersambung pada edisi akan datang...

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

10

KEPENTINGAN AL-QURAN Oleh: Dr. Amini Amir bin Abdullah

[email protected]

Penulis merupakan Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM

SEMASA

Page 11: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

Hadith :

ه وحاجته فقال لى فأتيـته بوضوئ -عن ربيعة بن كعب األسلمي رضي هللا عنه قال : كنت أبيت مع رسول هللا صلى هللا عليه وسل

) فأعـن ى على نفسك بكـثرة ))) سـل ((. فقـلت أسـألـك مرافقـتك فى الجـنة. قال )) أوغير ذلك ((. قلت ))هو ذاك ((. قال

ـجود . الس

Ertinya : Dari Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami radiyalLahu 'anhu, ia berkata : "Aku pernah bermalam bersama Rasulullah SAW. Aku

mendatangi baginda dengan membawa air wudhu' dan memenuhi hajat baginda. Lantas baginda bersabda, "Mintalah." Aku

berkata, "Aku meminta padamu supaya dapat menemanimu di syurga (kelak)." Baginda berkata, "Atau ada (permintaan) selain

itu?" Aku menjawab, "Itu saja yang aku minta." Baginda bersabda, "(Kalau begitu), tolonglah aku dengan engkau memperbanyak

sujud (maksudnya memperbanyak solat sunat)."

Takhrij Hadith : Hadith ini direkod oleh Imam Muslim no. 489. Hadith ini Sahih (صحيح).

Penjelasan :

Solat sunat adalah solat yang dikerjakan mukmin selain solat lima waktu yang diwajibkan Allah SWT. Walaupun berstatus

sunat tetapi ianya merupakan sunnah Nabi SAW kerana baginda mengamalkannya sepanjang kehidupan baginda.

Dalam sehari semalam, banyak jenis solat sunat yang boleh dilakukan mukmin untuk merebut ganjaran pahala yang disediakan

Allah, baik solat sunat rawatib (solat sunat mengiringi waktu) mahupun solat sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah

dan meraih cinta-Nya. Amalan solat sunat yang menjadi amalan Rasulullah, para sahabat dan para solihin adalah untuk dapat

memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT, bukan sekadar untuk mengharapkan ganjaran dari pelaksanaannya itu.

Rahsia solat sunat ini ialah Allah ingin memberi peluang kepada hambanya untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya dan

memperbanyakkan sujud. Bermakna semakin banyak melakukan solat sunat maka mukmin dapat membanyakkan sujudnya

kepada Allah SWT. Dengan banyak bersujud seorang mukmin makin terasa kerendahan diri di hadapan Allah SWT dan semakin

dekat hubungannya dengan Allah.

Seorang mukmin yang banyak solat sunat tentunya dia telah dapat menjaga pelaksanaan solat fardunya dengan baik, sebab ma-

na mungkin seseorang yang tidak menjaga atau mengabaikan solat fardu lima waktu, dia boleh melakukan banyak solat sunat.

Rasulullah SAW menyatakan kelebihan-kelebihan solat sunat dalam banyak hadith baginda adalah bertujuan menggemarkan

umatnya melaksanakan solat sunat tersebut selepas memelihara dan melaksanakan solat fardu dengan baik.

Rasulullah SAW juga menyatakan dalam hadith baginda bahawa solat sunat yang dikerjakan akan menjadi penolong kepada

mukmin yang ada kekurangan dalam solat fardunya. Ini kerana solat adalah ibadah yang paling dahulu dihisab/diperiksa oleh

Allah SWT. Rasulullah bersabda : "Amalan yang paling awal dihisab (di akhirat) ialah solat (solat fardu), jika solatnya baik dan

diterima maka beruntung dan berjayalah ia. Tetapi jika solatnya rosak dan tidak diterima, maka rugi dan kecewalah ia, Jika ada

yang kurang dari solat fardunya, Allah perintahkan malaikat supaya melihat adakah hamba-Nya melakukan solat sunat? (Jika

ada) maka solat sunat tersebut akan menyempurnakan solat wajibnya." (Hadith sahih riwayat Abu Daud, al-Tirmidhi dan Ibnu

Majah)

Selain solat sunat mengiringi waktu yang dikenali sebagai sunat rawatib, banyak lagi jenis solat sunat yang disediakan Allah

ganjaran yang besar terutama seperti solat sunat tahajjud, wudhu', dhuha, witir dan lain-lain.

Ganjaran pahala yang besar yang disediakan Allah menerusi solat sunat kebanyakannya tidak dimanfaatkan oleh kebanyakan

mukmin kerana peluang ini disediakan Allah sebagai tambahan dan penolong kepada solat fardu.

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

11

SOLAT SUNAT PELUANG HAMBA PERBANYAK SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T.

Oleh: Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid [email protected]

Penulis merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

BICARA HADITH

Page 12: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

Rezeki zahiriyah adalah segala perkara yang diberikan Tuhan kepada hambaNya berupa harta kekayaan, makanan, hasil pertanian, keuntungan perniagaan dan juga gaji hasil bekerja. Rezeki zahiriyah adalah sesuatu yang dinyatakan dan ianya dapat memenuhi keperluan manusia yang bersifat zahiriyah. Sekiranya manusia tidak dapat memenuhi keperluan zahirnya, maka manusia akan menderita. Seperti manusia tidak dapat memenuhi keperluan makanan, maka mereka akan sakit dan bahkan akan mati kebu-luran. Manusia juga memerlukan tempat perlindungan yang selesa, maka manusia memerlukan tempat tinggal dan sekiranya manusia tidak dapat memenuhi keperluannya ini, maka mereka akan menderita hidupnya. Dengan demikian nampak jelas sekali manusia sangat memerlukan terhadap rezeki zahiriyah, maka tidak hairan kemudian manusia bersungguh-sungguh mencari rezeki zahiriyah dan bahkan ramai yang menempuh cara-cara yang berbahaya. Dengan adanya fenomena tersebut di atas, Islam telah memberi peraturan-peraturan yang jelas kepada manusia dalam mencari rezeki zahiriyah.

Rezeki batiniyah pula adalah rezeki yang dapat memenuhi kepuasan batin seseorang. Rezeki batiniyah ini tidak mudah dikesan sebagaimana rezeki zahir, sebab ia adalah perkara yang tidak nampak sebagaimana rezeki zahir. Rezeki batiniyah ini hanya dapat dirasakan oleh mereka yang merasakannya atau yang mendapatkannya. Walaupun demikian ada beberapa tanda yang boleh dijadikan tanda bahawa mereka mendapatkan rezeki batiniyah, seperti perasaan puas hati, riang, gembira, selalu tersenyum. Itu semua adalah merupakan petanda bahawa ia mendapat rezeki batiniyah. Contohnya di saat kita menerima sijil, Kalau dinilai dari segi zahir sijil adalah sebuah kertas sahaja yang harganya tidak bernilai, tetapi bagi kita yang mendapat sijil tersebut ia harta yang amat berharga, ia adalah penghargaan, sijil baginya adalah segala-galanya. Mereka gembira bukan kerana kertasnya, tetapi sijil tersebut mengandungi nilai penghargaan bahawa dia adalah seorang pelajar yang berjaya. Ada hubungan yang sangat erat antara rezeki zahiriyah dan rezeki batiniyah. Ini kerana kedua-dua jenis rezeki tersebut dapat memberi pengaruh kepada tingkah-laku manusia, kedua-dua rezeki tersebut juga dapat mempengaruhi kondisi fizikal dan mental.

.

MUHASABAH & MOTIVASI

Oleh : Zuhaimi Abdul Rahim [email protected]

Penulis merupakan Ketua Seksyen Promosi dan Pemasaran Wakaf Ilmu

Pejabat Bursar UPM,

اللغة العربية

Celik Arab

الفواكه

12

Buah-buahan

Pisangزر وا

Oren ب رات قلر

Epal ت ف حررررر

Tembikai ر ب طياخر

Nanas أننسر Strawberi ف ريوبةر

HAKIKAT REZEKI

Page 13: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

When he married her, he felt that since she was now his wife, there was nothing wrong with him indulging his curiosity about her past. He knew that everyone has secrets and his imagination was running riot. This is a bad path for newlyweds to tread. Your spouse is right there in front of you. You can see how that person behave and you can tell your life partner’s sincerity and devotion. Do not dwell in the corridors and obscure traces of the past. Do not turn the loving relationship you have into one of suspicion and doubt. Be optimistic and take the time to breathe in the fresh air. Enjoy the present moment and the beauty that it holds. Dispel the sorrow from your eyes with a positive outlook. Be hopeful and content. Is it possible to forget the past? It seems like a difficult thing to do, but we must not dwell on the past, and we must never re-sign ourselves to the apparently inexorable march of history which can cloud our view of the present. We speak about the great people of the past. Arab poets like to mourn their passing and lament over the ruin cities of old. However, those great people were great precisely because they lived fully in the present and forged a future for themselves. They were not preoccupied with the past. The past never dies. How can it, when we lived through it and experienced it first-hand. It remains in our conscious thoughts and our subconscious memory. It is important, therefore, that we learn how to deal with it. “No misfortune comes about except by Allah’s permission; and whoever believes in Allah, He guides his heart aright; and Allah is cognizant of all things.” [Sūrah al-Taghābun: 11]

HOW CAN I FORGET THE PAST

Sheikh Salman al-Oadah

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

ENGLISH SECTION

13

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

Oleh : Khairul Fahmi bin Mukhid [email protected]

Penulis merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

IKHLASKAN NIATMU ( Dipetik dari Kitab ايها الولد: karangan Imam Al Ghazali Terjemahan oleh : Abu Ali Al

Banjari An-nadwi Al Makki (Al fadhil Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam)

Nasihat kelima

Wahai anakku yang tercinta Berapa banyakkah daripada malam yang engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan mentalaah kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur atas dirimu?saya tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau membuat demikian, apakah hanya semata mata mencari keuntungan duniawi dan menghimpunkan segala mata benda serta mencapai kedudukan yang tinggi dan berbangga dengan kebolehanmu dihadapan kawan kawan mu?jikalau itu niatmu maka engkau akan rugi serugi ruginya. Akan tetapi jika niatmu dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi S.A.W dan memperbaiki akhlakmu serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah engkau seribu keuntungan. Seperti mana syair arab menyebut maksudnya: “Berjaga malam kalau bukan kerana zatmu (Keredhaan Allah) adalah sia-sia Dan menangis kalau bukan kerana kehilangan Mu(redha Allah) tidak berguna”

Page 14: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

We have made mistakes and committed sins in the past, things that we regret deeply. We should know that even our sins are part of Allah’s decree, and what we need to do is seek Allah’s forgiveness and repent sincerely. We have to regret our sins, but not let that regret consume us. Allah’s mercy is there for us, and his promise of forgiveness should calm our hearts.

Learn to give yourself some leeway, as long as no sin is involved. When you do fall into sin, be hard on yourself to the extent that it brings you to repent, seek Allah’s forgiveness and refrain from committing the sin again. Do not forget that Allah is forgiving, merciful, and generous.

Alfred Nobel invented dynamite and saw himself as the creator of death. His invention made him very rich. He decided to take part of that fortune and establish the Nobel Peace Prize and a number of scientific and cultural prizes to redress some of the harm that his invention had brought to the world. Nevertheless, dynamite is used for a wide range of peaceful purposes.

The past is full of conflicts, abuse, humiliations, and secrets. There are things that happen and then pass that are best forgotten. Sometimes things really did not happen the way we perceived them. Our perspective on the matter or our suspicions made them out to be something other than what they really were.

What matters is not what happened, but how we react to it and let it affect us. Consider that it did not happen or that it was inconsequential and people are not concerned about it and have other things on their mind. This is crucial when it comes to our children. Their families must protect them should from feeling guilt-ridden and uncertain about themselves or having their self-esteem eroded.

It is accurate to say that water, like Shari‘ah (Quranic law), is a gift from God to mankind. Interestingly, the word Shari‘ah which is derived from Arabic word shara‘a means both highway and the bank of a river. The connection

between the Shari‘ah (Islamic law) and water became clear when Ibn Manzur (d. 711/ 1311) mentioned in his Lisan al-‘Arab under the root “sh-ra-‘a” that before the Shari‘ah simply meant the Islamic law, the Arabic word for Islamic law,

Shari‘ah denoted the law of water (shur‘at al-ma’). Following Ibn Manzur, al-Zabidi writes that the term Shari‘ah is the

descent (munhadar) of water. The same word is also used for what Allah (s.w.t) has decreed (sharra‘a: legislate, de-cree) for the people in terms of fasting, prayer, pilgrimage, marriage, etc. From here, it leads us to a conclusion that if

we look at Shari‘ah in the sense that it is the bank of a river, then, the Shari‘ah is like water, a source of life and re-freshment to which men and women must resort for their moral and spiritual strength. In this regard, al-Zabidi in his

Taj al-‘Arus commented:

Some say it has been called Shari‘ah by comparison with the Shari‘ah of water in that the one who legislates, in truth

and in all probability, quenches (his thirst) and purifies himself, and I mean by quenching what some wise men have said: I used to drink and remained thirsty, but when I knew God I quenched my thirst without drinking.

Rain is the source of water on the earth. It is the purest form of water found in nature by which human needs can be

fulfilled. In other words, the falling rain is free from diseases and germs. It becomes impure after falling. These facts

are declared in the Qur’an: “And He it is Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before his mercy, and We send down pure water from the sky.”

Rain, which is the direct and indirect source of earth’s fresh water, falls to earth as a result of a cycle between the

earth’s water surfaces such as the ocean, sea, river and the atmosphere. Water on earth is carried upwards by virtue

of solar radiation and air currents to form clouds and nimbus clouds. Then, water in the form of clouds returns as rain, pure and purifying and then establishes itself on earth in the form of rivers, sea, oceans, lakes, etc. Some of the rain is

absorbed into the earth, which consequently, gives birth to green botanical offspring. These have been stated in the Qur’an:

We sent down from the filtered clouds water in torrents to produce thereby grain and plant, and gardens of thick foli-age.

14

Oleh : Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh [email protected]

Penulis merupakan Ketua Laboratori Institut Penyelidikan Produk Halal & Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegraan

dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, UPM

WATER IN QURAN ISLAM & PERUBATAN

Page 15: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 450 Hijrah(1058M). Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya seorang yang tidak berpelajaran dan bekerja sebagai penenun wool dan dijual dikedainya di Thus. Sebagai bapa beliau mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya. Menjelang saat kematian, bapanya telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang saudaranya iaitu ahmad kepada seorang ahli sufi yang merupakan sahabat beliau. Bapanya juga berpesan kepada ahli sufi supaya menjaga dan memberi pendidikan sehingga habis harta peninggalannya nanti. ( Ibrahim, 1985:1)

Setelah bapanya meninggal dunia Al-Ghazali dan Ahmad pun tinggallah bersama ahli sufi. Ketika bapanya meninggal dunia Al-Ghazali masih kecil lagi. Ahli sufi tersebut telah menjaga dan mengajar kedua-duanya sehingga habis harta peninggalan bapa Al-Ghazali. Setelah habis harta peninggalan ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk membiayai mereka berdua, lalu beliau meminta mereka untuk menuntut di sekolah supaya keperluan peribadi mereka terjaga. Al-Ghazali akur dengan permintaan ahli sufi dan dengan sebab itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketinggian darjat mereka berdua. (Ibrahim, 1985:1)kembali ke rumahnya di Thus dan meninggal dunia di Thus pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah (18 Disember 1111M). (Ibrahim, 1985:6)

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI

AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM

Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam. Beliau megatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah. Keduanya, perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf. Di antara kitab-kitab yang dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini, malah dalam al-Munqidh beliau ada mengatakan”aku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku. Aku dapati ilmu Kalam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku”. (Ghazali, 2002:10)

AL-GHAZALI DAN ILMU FALSAFAH

Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Al-Ghazali telah membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan. Pertama, golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat. Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan sepeerti Plato, Aristotle dan Socrates. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik, Logik, Fizik, Metafizik, Politik dan etika. Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-Falasifah, Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim, 1985:26)

AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF

Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Baha-sa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewengan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer dan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim, 1985:55)

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

15

TOKOH ILMUAN ISLAM

IMAM AL-GHAZALI

Page 16: Suara Pusat Islam · orang tua, dan apa yang mendukacitakan kita terdapat anak yang sanggup memukul ibubapa, saman ibubapa di mahkamah, menghantar ibubapa ke rumah-rumah kebajikan

MAC-JUN 2015 SUARA PIU 06/15

16

AKTIVITI PUSAT ISLAM & MASJID UPM

RAKAMAN AL-KULIYYAH TV3 Pada 12 Mac 2015 (Khamis), Pusat Islam UPM dengan kerjasama TV3 telah mengadakan program rakaman Al-Kuliyyah bertempat di Masjid UPM bermula pada pukul 7.30 malam hingga 10.00 malam dengan menampilkan penceramah jemputan Ustaz Mohd Elyas bin Ismail yang merupakan pendakwah bebas dengan tajuk “Al-Quran kitab Halau Hantu”. Program ini telah dihadiri oleh staf, mahasiswa UPM serta masyarakat daripada Kariah Serdang. Rakaman ini telah disiarkan di kaca televisyen pada bulan April yang lalu. Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah membaca Al-quran bukan pada waktu yang tertentu sahaja.

PIC

BENGKEL HAFAZAN AL-BAGHDADI Pada 16-20 Mac yang lalu Pusat Islam UPM dengan kerjasama Nadi Al-Baghdadi dan Pusat Zakat UPM telah menganjurkan Bengkel Hafazan Al-Baghdadi yang telah diadakan di Masjid UPM. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Nadi Al-Baghdadi dengan penyertaan daripada kanak-kanak berusia 8-12 tahun. Program ini memberi pendedahan tentang teknik hafazan yang cepat dan berkualiti. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Sambutan yang diterima berkaitan program ini amat menggalakkan dan dapat diteruskan pada masa akan datang.

CERAMAH PERDANA USTAZ DON

Pada 20 April 2015 Pusat Islam UPM dengan kerjasama Kepertama dan Fakulti Sains telah mengadakan ceramah perdana bertempat di Masjid UPM. Program bermula selepas solat Maghrib dan dimulakan dengan persembahan Qasidah dan Al-Quran yang disampaikan oleh saudara Bilal Adil Mohamed. Program ini menampilkan Ustaz Don Danial dengan ceramah yang bertajuk “Taqwa Inti Integriti”. Program ini telah dihadiri oleh staf, Mahasiswa serta masyarakat setempat.

AKTIVITI MEMASAK BUBUR LAMBUK

Pada 17 Jun yang lalu sempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba, telah diadakan gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada peserta program Di Ambang Ramadhan yang menghadiri ceramah sempena program Ambang Ramadhan yang diadakan di Fakulti Perubatan Vetrinar. Aktiviti ini telah diadakan di tempat letak kereta Pusat Islam UPM. Aktivi-ti ini telah mendapat penglibatan yang baik daripada staf Pusat Islam, mahasiswa serta masyarakat setempat. Bubur Lampuk adalah antara menu tahunan yang disediakan untuk orang ramai.

PIC

PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN

Pada 15 Jun 2015 Pusat Islam UPM dengan kerjasama Bank Islam dan Kepertama telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Perdana sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang telah diadakan di Masjid UPM . Program ini adalah merupakan salah satu pengisian yang terdapat dalam perancangan program Ambang Ramadhan. Program ini menampilkan Imam Muda Hassan sebagai penceramah jemputan dengan tajuk “Tradisi Ramadhan Sanggupkah Kita Berubah” bermula selepas solat Isyak hingga 10.00 malam.