roh meminta melihat jasad.docx

22
"Roh Meminta Melihat Jasad" - Md. Faizal "Roh Meminta Melihat Jasad" Ada satu riwayat menceritakan bahawa apabila roh itu keluar dari tubuh, selepas berlalu tiga hari ia memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku yang dahulu sewaktu aku berada di dalamnya." Selepas Allah perkenankan, roh itu pun segera ke kubur dan dapat melihat kedua lubang hidung dan mulut mengalir darah. Melihat keadaan yang menimpa tubuhnya, roh itu pun terus menangis dan merintih sepuas-puasnya: "Aduhai tubuhku yang miskin lagi lemah, wahai kekasihku. Ingatkah akan hari kehidupanmu? Rumah ini adalah rumah serigala, rumah bencana, rumah yang sempit dan gelap-gelita serta rumah kesusahan dan kepayahan". Selepas berlalu lima hari, sekali lagi roh itu perkenan daripada Allah untuk melihat tubuhnya. Kali ini dilihat tubuh itu mengalir darah dari hidung dan mulut pula mengalir nanah dan najis. Keadaan yang sama keluar juga dari kedua lubang telingannya. Melihat keadaan yang ngeri itu sekali lagi roh menangis dan meratap dengan bersungguh-sungguh serta berkata: "Wahai tubuhku yang miskin, ingatkah hari kehidupanmu? Inilah rumah kegelisahan, rumah bencana, rumah kala dan ular yang akan memamah dagingmu, akan mengoyak kulit dan seluruh anggotamu". Kemudian roh pergi lagi menemui Tuhan selepas tujuh hari berlalu. Seperti biasa Allah perkenankan dia ke kubur dan melihat tubuhnya, roh mendapati tubuhnya dipenuhi cacing. Sambil memekik dan menangis sekuat-kuatnya roh itu bersuara "Wahai

Upload: noorasmad-mat-ripin

Post on 28-Sep-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AG

TRANSCRIPT

"Roh Meminta Melihat Jasad"- Md. Faizal"Roh Meminta Melihat Jasad"

Ada satu riwayat menceritakan bahawa apabila roh itu keluar dari tubuh, selepas berlalu tiga hari ia memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku yang dahulu sewaktu aku berada di dalamnya."Selepas Allah perkenankan, roh itu pun segera ke kubur dan dapat melihat kedua lubang hidung dan mulut mengalir darah. Melihat keadaan yang menimpa tubuhnya, roh itu pun terus menangis dan merintih sepuas-puasnya: "Aduhai tubuhku yang miskin lagi lemah, wahai kekasihku. Ingatkah akan hari kehidupanmu? Rumah ini adalah rumah serigala, rumah bencana, rumah yang sempit dan gelap-gelita serta rumah kesusahan dan kepayahan".

Selepas berlalu lima hari, sekali lagi roh itu perkenan daripada Allah untuk melihat tubuhnya. Kali ini dilihat tubuh itu mengalir darah dari hidung dan mulut pula mengalir nanah dan najis. Keadaan yang sama keluar juga dari kedua lubang telingannya. Melihat keadaan yang ngeri itu sekali lagi roh menangis dan meratap dengan bersungguh-sungguh serta berkata: "Wahai tubuhku yang miskin, ingatkah hari kehidupanmu? Inilah rumah kegelisahan, rumah bencana, rumah kala dan ular yang akan memamah dagingmu, akan mengoyak kulit dan seluruh anggotamu".

Kemudian roh pergi lagi menemui Tuhan selepas tujuh hari berlalu. Seperti biasa Allah perkenankan dia ke kubur dan melihat tubuhnya, roh mendapati tubuhnya dipenuhi cacing. Sambil memekik dan menangis sekuat-kuatnya roh itu bersuara "Wahai tubuhku adakah anda ingat hari kehidupanmu? Di mana harta kekayaanmu, di mana isterimu, kekasihmu dan anak-anakmu? Di mana keluarga dan kaum kerabatmu sekarang? Dimana sahabatmu sekarang? Di mana jiran-jiran mu sewaktu hidupmu dulu? Mereka semuanya ikut menangis dan mencucurkan air mata ketika aku berpisah dengan engkau?

Sementara itu diceritakan daripada Abu Hurairah: "Apabila seseorang mukmin itu mati, rohnya akan berkeliling di sekitar rumahnya selama satu bulan. Roh itu dapat menyaksi serta melihat apa yang ditinggalkan terutama mengenai harta-benda dan kekayaanya. Ia juga akan mengetahui bagaimana cara membahagi harta dan membayar segala hutangnya. Selepas genap sebulan roh itu kembali ke liang kuburnya. Selepas itu selama setahun pula mengelilingi dan dapat mengetahui siapa yang mendoakannya dan orang yang berasa sedih dan duka akan peninggalannya."

Apabila genap setahun barulah roh itu dibawa naik untuk dikumpulkan dengan seluruh roh yang lain sehingga tibanya Hari Kiamat, sehingga ditiup sangkakala Israfil. Dalam satu riwayat menyebut bahawa yang dimaksudkan roh itu adalah roh anak Adam(manusia). Sementara daripada keterangan yang lain pula berpendapat bahawa roh itu adalah roh malaikat Jibril. Juga ada keterangan menyebut bahawa roh itu adalah roh Nabi Muhammad s.a.w yang bersemayam di bawah Arasy, meminta izin dari Allah pada malam al-Qadar untuk turun memberikan salam dan penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat. Ada juga menyebut bahawa roh itu adalah roh kerabat yang sudah meninggal dunia. Mereka sama-sama memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhan kami, semoga Engkau perkenankan kami untuk turun ke rumah kami di mana kami akan melihat anak-anak dan keluarga kami yang ditinggalkan" maka roh pun turun pada malam al-Qadar.

Allah berfirman dalam surah al-Qadar ayat 4 bermaksud: "Malaikat sama turun dengan roh", Sementara dalam surah an-Naba ayat 38 bermaksud: "Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul kudus) malaikat berdiri dengan berbaris." Menurut riwayat Ibnu Abbas; "Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama dalam Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam Jumaat, roh mayat itu sama keluar dan datang berdiri di muka pintu serta berkata: "Kasih sayanglah kamu sekalian terhadap kamu di alam yang penuh berkat ini dengan melakukan sedekah, sebab kami mengharapkan (pahala) sedekah jika sekalian bakhil dan kedekut serta tidak sudi bersedekah maka hendaklah anda ingat kepada kami dengan bacaan surah al-Fatihah pada malam yang penuh keberkatan ini."

Wallahu'alam

ISU:

Adakah roh orang yang mati boleh kembali ke dunia?PENJELASAN:

Persoalan roh merupakan persoalan yang rumit kerana ia adalah dimensi yang berada di luar tanggapan pancaindera manusia. Fitrah kejadian ruh bukanlah dari alam nyata (syahadah) akan tetapi dari alam ruhaniah yang ghaib.Rasulullah s.a.w. sendiri apabila ditanya oleh orang Yahudi tentang hakikat ruh menghadapi kesukaran untuk menjawabnya sehingga turun ayat al-Quran dalam Surah Isra, ayat 85, yang mengatakan: dan mereka bertanyakan tentang roh. Katakan, roh itu dari urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.Oleh yang demikian, segala hal berkaitan dengan ruh mesti merujuk kepada sumber samiyyat sama ada dari al-Quran atau hadis-hadis Nabi. Menurut al-Quran, Allah swt menjadikan manusia dengan mempunyai dua unsur utama, jasad dan ruh. Jasad dicipta dari unsur tanah sementara ruh merupakan sesuatu yang dtiupkan dari Allah ke dalam jasad seperti yang disebut dalam al-Quran, Surah al-al-Hijr, ayat 28-29: dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku menyempurnakan kejadiannya Aku meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud".Ruh dan jasad berhubung antara satu dengan yang lain. Menurut Imam al-Ghazali, hubungan antara keduanya adalah dalam ertikata ruh merupakan raja kepada jasad. (al-Ghazali Kitab Ajaib al-Qalb dalam Ihya Ulum al-Din). Kesatuan antara ruh dan jasad adalah satu hubungan yang ajaib kerana kedua-duanya mempunyai fitrah yang berbeza, ruhani dan jasmani. Ini adalah antara bukti kekuasaan Allah. Ketika kematian, ruh akan meninggalkan jasad dan berpindah ke alam barzakh yang bermaksud benteng pemisah, kediaman perantaraan antara dunia dan akhirat.Al-Quran menyebut tentang alam barzakh: Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat) (Surah al-Mukminun: 100) Ruh ditempatkan di sini sebelum dibangkitkan di hari kiamat untuk dicantumkan semula dengan jasad dan akan dihisab dan diberi pembalasan sama ada di syurga atau neraka.Persoalannya adakah ruh yang telah meninggal dunia mampu balik ke alam dunia? Ruh yang telah meninggal dunia tidak boleh kembali ke dunia. Ini kerana urusan seseorang manusia ketika ia telah meninggal dunia telah selesai dan peringkat yang seterusnya ialah peringkat kehidupan dikubur dan penantian hari kiamat untuk dihisab oleh Allah swt. Al-Quran juga menggambarkan bahawa ruh tidak boleh kembali ke dunia seperti yang digambarkan dalam Surah al-Mukminun, ayat 99 dan 100 yang bermaksud: Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkanIbn al-Qayyim dalam Kitab al-Ruh, mengatakan pandangan Abu Umar bin Abd Barr yang mengatakan bahawa sebelum Hari Kiamat sebahagian ruh seperti para syuhada berada dalam syurga sementara ruh orang mukmin umumnya berada di dalam kubur mereka. Ini antara lain berdasarkan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa orang-orang yang syahid itu tidak mati akan tetapi hidup di sisi Allah. (Ali Imran :169)Namun ada ulama berpandangan bahawa ruh yang telah meninggal dunia dapat bertemu dengan ruh orang yang masih hidup iaitu di dalam mimpi. Ini berdasarkan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa: Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati diwaktu tidurnya. Maka Dia tahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan (al-Zumar:ayat 42) Ayat ini menunjukkan bahawa ruh orang yang mati dan yang tidur kedua-duanya dipegang oleh Allah. Cuma ruh orang yang tidur dikembalikan sementara orang yang meninggal dunia ditahan terus. Atas dasar ini kedua-dua ruh ini boleh bertemu. Ibn al-Qayyim menukilkan banyak kisah-kisah di kalangan orang yang baik yang bermimpi bertemu dengan orang-orang yang telah meninggal dunia. Menurut beliau walaupun ada sebahagian mimpi yang tidak benar yang datang dari gangguan syaitan, namun sebahagian mimpi adalah merupakan ilham dari Allah terutama yang berlaku kepada mereka yang baik. (Ibn al-Qayyim, Kitab al-Ruh)Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa pada asasnya ruh orang yang meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Maka pandangan yang mengatakan misalnya roh orang yang mati masih berada atau melihat ahli keluarga selama tiga hari tiada asasnya. Pengecualian yang diberikan oleh sebahagian ulama ialah kemungkinan untuk mereka yang masih hidup bertemu dengan ruh yang telah mati dalam mimpi dengan izin Allah.Wallahu alam.

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASADUndurDepan

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata,"Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya."Maka aku menangis sehingga mengalirairmataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya,"Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?"Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?"Kataku,"Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata,"Engkaulah katakan!,"Jawab Aisyah r.a :"Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya.Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi:"Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."Rasulullah S.A.W bertanya lagi,"Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"Jawab Aisyah,"Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W :"Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,"Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama- lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat,"Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

DESTINASI ROH MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh.Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku.Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku.Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.Baginda Rasullullah saw bersabda:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.Sambung Rasullullah saw lagi:Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain. Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu. Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir. Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : Ruh itu menuju ke tujuh tempat :- Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus. Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina. Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah :- Orang-orang yang mati syahid. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. Orang yang puasa hari Arafah.

APAKAH YANG DIKATAKAN ROH?Di dalam kitab-kitab Islam, didapati ada bermacam-macam nama atau istilah roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al Quran kalau kita lihat ada bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia dipanggil dengan qalbun (hati), fuaadun(hati sanubari), latifatur-rabbaniah atau ruhul amri. Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, hati nurani atau hati sanubari. Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja.Roh yang sedang kita perkatakan ini, kalau dia berperasaan seperti sedih, gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil dengan roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu. Kalau di waktu ia berkir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.Kalau begitu huraiannya, maka nafsu, roh atau akal ini hakikatnya adalah satu. Ia dipanggil akal di waktu ia berkir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik. Walhal bila berperasaan, ia tidak dipanggil akal lagi, sebaliknya ia dipanggil roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia dipanggil nafsu. Kalau begitu walaupun ia mempunyai tiga nama atau tiga istilah tetapi hakikatnya adalah satu. Benda yang sama juga. Cuma peranannya saja yang tidak sama. Peranan yang tidak sama itulah yang menjadikan namanya tidak sama atau namanya berlainan.Untuk mudah difahami begini kiasannya: manusia bila dia berbohong dinamakan pembohong. Bila dia menipu dinamakan penipu. Tetapi bila dia mencuri dinamakan pencuri. Bila dia memimpin dipanggil pemimpin. Dinamakan pembohong, penipu, pencuri dan pemimpin, hakikatnya adalah orang yang sama. Cuma namanya berbeza bila peranannya bertukar. Kenapa zikal yang sama boleh timbul istilah yang berlainan? Ini kerana peranannya tidak sama. Apakah bila namanya berlainan, orangnya berlainan? Tidak! Orang yang sama juga. Perlu diingat, bila kita membicarakan tentang roh ini, bukannya pula kita hendak mengkaji hakikat roh atau mengkaji ain ataupun mengkaji hakikat zat roh itu. Kerana zat atau hakikat roh itu tidak akan dapat dilihat oleh mata kepala. Kerana ia adalah jismullatif , yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya.Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam rman-Nya: Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku (Al Israk: 85)Daripada ayat ini dapatlah kita faham bahawa hakikat roh itu tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala. Zat roh itu tidak akan dapat dikirkan oleh akal. Kita tidak tahu bagaimana rupanya. Sebab tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Tetapi terasa oleh hati akan adanya. Maka oleh yang demikian, hakikat roh itu tidak dapat dikirkan oleh akal bagaimana rupanya, bagaimana bentuknya, berapa tebal atau panjangnya. Ia tidak dapat dibayangkan. Hanya Allah yang tahu dan tidak ada makhluk yang tahu.Walaupun Allah berkata hakikat roh atau zat roh tidak dapat diketahui dan tidak dapat dijangkau oleh akal dan mata kepala, namun ada juga ulama-ulama yang berijtihad tentangnya. Antaranya ialah Imam Malik. Beliau pernah berkata: Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad lahirnya. Kalau diambil ijtihad Imam Malik itu, ertinya rupa roh kita ialah macam rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi erti bahawa walaupun Allah berkata roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat roh itu Allah saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada larangan dari Allah kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk mengkajinya.Bagi sesetengah orang, mungkin Allah beri ilmu yang mendalam tentang hal ini sehingga dia dapat menjangkaunya. Oleh itu maksud ayat Al Quran yang menyatakan roh itu adalah urusan Tuhanku, Allah bermaksud kebanyakan manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya.Imam Malik memperkatakan hakikat roh ini bukan berdasarkan ijtihadnya saja tetapi juga berdasarkan kasyaf. Kalau berdasarkan ijtihad tidak mungkin akal beliau dapat menjangkaunya kerana roh itu jismullatif (tubuh halus). Ia adalah hati nurani yang bersifat maknawiah. Diibaratkan seperti cahaya. Bahkan cahaya, dapat juga dilihat tetapi cahaya yang ini tidak dapat dilihat atau ia jenis cahaya yang tersembunyi.Bagaimana pula hendak diijtihadkan? Ijtihad itu dibuat pada benda-benda yang berketul atau benda yang dapat dilihat. Benda-benda yang boleh diraba dan dirasa. Tetapi roh, benda yang tidak boleh diraba, tidak boleh dirasa dan tidak boleh dilihat oleh mata kepala. Jadi bagaimana hendak diijtihadkan. Oleh itu atas dasar apakah roh seseorang itu seperti rupa bentuk lahirnya sebagaimana pendapat Imam Malik itu? Allah beri dia (Imam Malik) kasyaf. Allah perlihatkan roh itu. Roh yang jismullatif itu dibentukkan, dilihatkan macam rupa diri seseorang itu. Kalau begitu apa yang dimaksudkan oleh Al Quran bahawa tidak ada orang yang mengetahui hakikat roh itu melainkan Allah saja, itu adalah untuk orang awam. Manakala bagi orang yang khusus macam Imam Malik mungkin Allah beritahu padanya sebagai karamahnya.Pendapat Imam Malik ini agak munasabah, boleh diterima dan agak rasional. Contohnya kita bermimpi melihat seseorang yang kita tidak pernah jumpa atau dengan orang yang pernah kita jumpa sama ada yang masih hidup mahupun sudah mati. Apa yang kita lihat dalam mimpi itu serupa dengan bentuk lahir orang itu. Sedangkan orang yang kita lihat dalam mimpi itu rohnya bukan orangnya. Mungkin waktu itu orang tersebut berada di rumah atau telah berada di alam Barzakh.Jadi di waktu itu dia adalah roh. Roh bertemu dengan roh. Tetapi mengapa dalam mimpi kita roh orang itu serupa dengan dirinya? Sedangkan bukan berjumpa jasadnya tetapi rohnya. Ini membuktikan roh orang itu macam jasadnya juga. Jadi benarlah apa yang diijtihadkan oleh Imam Malik itu. Begitu juga orang yang diyakazahkan melihat secara jaga orang yang sudah meninggal dunia. Contohnya melihat Rasulullah, melihat para ulama zaman dahulu atau sesiapa sahaja yang dia kenal. Dia melihat Rasulullah betul-betul macam Rasulullah. Atau dia melihat gurunya benar-benar macam gurunya, melihat ibu dan ayahnya serupa macam ibu dan ayahnya, tidak ada cacatnya. Sedangkan mereka sudah mati. Waktu itu yang dilihat adalah rohnya. Ini juga membuktikan benarnya pendapat Imam Malik yang mana roh seseorang itu serupa dengan diri lahirnya.Contoh lain, Rasulullah SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan telah ditemukan dengan roh para rasul dan para nabi. Rasulullah SAW lihat mereka sepertimana melihat jasad-jasad mereka. Ini juga merupakan bukti yang rasional bahawa roh seseorang itu sama rupanya dengan bentuk jasadnya. Boleh jadi juga ayat Al Quran di atas itu bermaksud bahawa ayat itu khusus ditujukan kepada orang-orang kar. Yakni mereka ini memang tidak memahami tentang perjalanan roh dan fungsinya. Allah SWT memberitahu kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW bahawa mereka tidak akan faham tentang hal ini. Kekufuran mereka itulah yang menghijabnya sepertimana huraian saya yang panjang lebar tentang hal ini di dalam Bab Mata Hati. Dikeranakan itulah menjadi penyebab mereka langsung tidak memahaminya.Allah SWT tidak meminta Rasulullah SAW bersusah payah untuk pergi memahamkan orang-orang kar itu tentang hal roh ini. Lantaran itulah dikatakan roh itu urusan Allah. Ini bukan pula bermaksud umat Islam pun turut sama dilarang mengkaji tentang roh. Bahkan umat Islam mesti memahaminya sungguhsungguh tentang perjalanan roh ini. Kalau tidak bagaimana pula hendak membaiki diri? Atau bagaimana hendak mengekalkan watak-watak kemanusiaannya dan bukan watak kebinatangannya.Untuk ini kita wajib memahaminya serta menghayati watak-watak kemanusiaan itu. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Kerana hati manusia boleh menerima perintah suruh dan perintah larangan. Kerana itulah ia disebut ruhul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, maka ia disebut ruhul hayah.