seminar penglibatan ibubapa

26
PENSYARAH: DR. YAHYA OTHMAN GGGE6012 - PENULISAN AKADEMIK 1 SEMINAR 2 (PEMBENTANGAN KERTAS KONSEP) SEM 1 2014/2015 Faktor-Faktor Faktor-Faktor Penglibatan Ibu Bapa Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Dalam Pendidikan Kanak-kanak Kanak-kanak Berkeperluan Khas Berkeperluan Khas

Upload: umithayyibah-ramly

Post on 29-Jul-2015

334 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seminar penglibatan ibubapa

PENSYARAH: DR. YAHYA OTHMAN

GGGE6012 - PENULISAN AKADEMIK 1

SEMINAR 2

(PEMBENTANGAN KERTAS KONSEP)

SEM 1 2014/2015

Faktor-Faktor Penglibatan Faktor-Faktor Penglibatan Ibu Bapa Dalam Ibu Bapa Dalam

Pendidikan Kanak-kanak Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan KhasBerkeperluan Khas

Page 2: Seminar penglibatan ibubapa

Penglibatan ibu bapa merupakan satu elemen penentu terhadap terhadap kejayaan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Namun kini, penglibatan ibu bapa hanya tertumpu kepada pencapaian akademik murid di sekolah dan bukannya secara menyeluruh mengikut keperluan kanak-kanak itu sendiri. Kertas konsep ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Perbincangan ini meliputi tiga bahagian penting iaitu tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas, masalah yang menjadi penghalang dalam penglibatan ibu bapa dan faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, beberapa cadangan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas turut dibincangkan.

Kata kunci: Faktor-faktor penglibatan ibu bapa, kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran, kajian kes.

ABSTRAK

Page 3: Seminar penglibatan ibubapa

 Penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah mempunyai impak yang besar terhadap pembelajaran anak-anak. Kajian peringkat antarabangsa Program Pentaksiran Murid Antarabangsa 2009 yang dilakukan oleh Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menunjukkan bahawa cara bagaimana penglibatan ibu bapa menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya. Hal ini disokong oleh statistik bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti berbanding hanya 14 peratus masanya berada di sekolah.

Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, anjakan ke-sembilan menekankan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Bagi menghasilkan individu yang holistik pada masa hadapan, satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 melalui Program Pemantapan Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah telah dilancarkan. Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen penting iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Inisiatif ini melibatkan kepentingan dan masa depan lebih 5.4 juta murid seluruh negara dan anggaran murid yang terlibat bagi tempoh 12 tahun mulai 2013 hingga 2025 ialah 11 juta orang.Semua ibu bapa boleh membantu anak mereka mencapai potensi sepenuhnya dengan melibatkan diri dengan pembelajaran anak khususnya terhadap anak-anak berkeperluan khas yang sememangnya memerlukan perhatian tambahan daripada ibu bapa. Ada di antara anak-anak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, dan pintar cerdas. Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan hanya di sekolah melalui aktiviti yang lazim, seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls, 1998; Epstein, Sanders, Simon, Salinas, Janson, & Van Voorhis, 2002; Jordan, Snow & Porche, 2000). Tanpa penglibatan ibu bapa di sekolah mahupun di rumah, menyukarkan lagi anak-anak bekeperluan khas dalam meningkatkan potensi diri mereka

PENGENALAN

Page 4: Seminar penglibatan ibubapa

DASAR KEMENTERIANPENDIDIKAN MALAYSIA

Page 5: Seminar penglibatan ibubapa

SARANA IBU BAPA

Page 6: Seminar penglibatan ibubapa

KONTEKS ISU UTAMA

PENGLIBATAN IBU BAPA DI DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH

KPM (2011)

Azmi Shaari. et al (2002)

Page 7: Seminar penglibatan ibubapa

Anak kurang upaya memerlukan penjagaan yang istimewa daripada keluarga memandangkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif mereka yang lambat berbanding anak yang normal (Sonja & Andrew, 1999). Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan pengaruh ibu bapa sangat kuat terhadap perkembangan anak dalam membina keyakinan diri, meningkatkan harga diri dan potensi anak (Belsky, 1990; Fiene & taylor, 1991; Platt & Olson, 1997)Brandon (2007) mengenal pasti sembilan faktor yang menjadi halangan kepada penglibatan ibu bapa; kepelbagaian bahasa, ekonomi, komposisi keluarga, tahap pendidikan ibu atau bapa, komunikasi sekolah-rumah, interaksi ibu bapa dan guru, interaksi sekolah – ibu bapa, kejayaan kanak-kanak itu di sekolah dan kekangan peribadi (contohnya kekurangan masa, masalah pengangkutan, masalah penjagaan kanak-kanak). Interaksi halangan ini menjadi kompleks dan mewujudkan ketidakterlibatan ibu bapa di dalam pendidikan anak-anak. Justeru itu, kajian ini akan meneliti faktor penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas, mengapa dan bagaimana penglibatan yang telah dilakukan oleh golongan ibu bapa di dalam meningkatkan perkembangan pendidikan anak mereka serta kemajuan akademik kanak-kanak berkeperluan khas.

PERNYATAAN MASALAH

Page 8: Seminar penglibatan ibubapa

OBJEKTIFKAJIAN

Page 9: Seminar penglibatan ibubapa

Kajian kes memerlukan data dan maklumat melalui temubual. Kekangan masa responden merupakan cabaran yang harus dilalui dan

faktor pengurusan masa yang baik dan efisyen merupakan tindakan yang akan diambil oleh pengkaji.

Dalam kajian ini juga beberapa dokumen berkaitan seperti rekod temujanji bersama guru selama lapan tahun akan diteliti. Ada kebarangkalian rekod yang diperlukan telah hilang mahupun tidak dapat dibaca.

Kajian ini juga tidak akan menyentuh faktor-faktor lain secara khusus seperti status sosio ekonomi dan kekeluargaan responden.

Bagi menangani faktor birokrasi yang mungkin dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini, ia akan dimulakan dengan mendapatkan kebenaran serta persetujuan bertulis dari responden . Kebenaran menjalankan kajian juga akan dipohon dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Begitu juga dari pihak pentadbiran sekolah seperti guru mahupun guru besar.

BATASAN KAJIAN

Page 10: Seminar penglibatan ibubapa

Kajian menunjukkan bahawa hampir semua ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka, mahu mereka untuk mencapai, dan percaya bahawapenglibatan ibu bapa adalah penting untuk berjaya dalam pendidikan (Epstein, 2009).

Ibu bapa hendaklah menunjukkan minat bukan sahaja di rumah malah di sekolah juga. Dengan ini ibu bapa dapat mengetahui masalah dan perkembangan anak-anak di sekolah sama ada perkembangan pelajaran atau ko-kurikulum (Hasan, 1996).

Banyak kajian lepas yang dijalankan telah menunjukkan hubungan yang konsisten antara penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan pelajaran anak-anak mereka. Satu kajian menunjukkan anak-anak tidak memberikan tumpuan terhadap apa yang dipelajari jika ibu bapa kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls, 1998) dan ini menyebabkan pencapaian akademik murid kurang cemerlang (Lawson, 2003; Hoover-Dempsey & Sandler, 1995).

Dapatan lalu menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa sememangnya berhubung kait dengan pencapaian akademik anak-anak. Kecemerlangan akademik murid berhubung secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa yang berterusan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah didapati menunjukkan keputusan yang positif terhadap kecemerlangan akademik murid (Bogenschneider, 1997; Fehrmann et al.,1987; Hill & Taylor, 2004).

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas adalah satu proses yang harus disuburkan oleh guru-guru dan ibu bapa. Hubungan kepercayaan dan komunikasi positif antara keluarga dan sekolah menyokong penglibatan dan pembangunan program berpusatkan ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas. Guru perlu sedar perspektif keluarga dan kefahaman yang dikongsi dengan ibu bapa mengenai keperluan dan kekuatan pelajar. Memahami kebolehan kanak-kanak khas merujuk kepada kepercayaan ibu bapa bahawa guru-guru dan ibu bapa perlu mempunyai kefahaman yang dikongsi, iaitu memahami kekuatan murid dan sifat-sifat positif yang terdapat di dalam diri murid pendidikan khas (Hebel & Persitz, 2014).

Kerjasama yang positif ibu bapa dan guru dapat meningkatkan keberkesanan proses pendidikan mengenai keputusan yang di buat di dalam pelan yang dirancang terhadap individu dengan keperluan pelajar. Dapatan ini dapat menyokong guru untuk membangunkan program responsif yang memerlukan ibu bapa untuk menyediakan maklumat yang berkaitan tentang anak-anak mereka. Di samping itu, pemimpin sekolah juga perlu menggalakkan lebih banyak peluang kepada guru untuk membincangkan keperluan kanak-kanak dengan ibu bapa (Hebel & Persitz, 2014).

KAJIAN PERPUSTAKAAN

Page 11: Seminar penglibatan ibubapa

TEORI EKOLOGI SOSIAL BRONFENBRENNER

Urie Bronfenbrenner  (29 April 1917 – 25 September 2005)

Faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak.

Menjelaskan interaksi individu-persekitaran, untuk memperbaiki hubungan manusia-persekitaran, untuk membantu membentuk perkembangan individu dalam sesuatu persekitaran dan untuk membina persekitaran bagi menyokong perkembangan individu. 

Membantu guru memahami bagaimana persekitaran mempengaruhi murid dalam kelas.

Page 12: Seminar penglibatan ibubapa
Page 13: Seminar penglibatan ibubapa

Epstein’s ModelJoyce L. Epstein,

Ph.D. In Sociology From Johns Hopkins University

TYPE 1-PARENTING Help all families establish home environments to support children as students.

TYPE 2-COMMUNICATING Design effective forms of school-to-home and home-to-school communications about school programs and children's progress.

TYPE 3-VOLUNTEERINGRecruit and organize parent help and support.

TYPE 4-LEARNING AT HOME Provide information and ideas to families about how to help students at home with homework and other curriculum-related activities, decisions, and planning.

TYPE 5-DECISION MAKING Include parents in school decisions, developing parent leaders and representatives.

TYPE 6-COLLABORATING WITH COMMUNTY Identify and integrate resources and services from the community to strengthen school programs, family practices, and student learning and development

-Membantu guru membangunkan program melibatkan sekolah-keluarga-komuniti-Melibatkan 6 jenis penglibatan

Page 14: Seminar penglibatan ibubapa

Kajian ini adalah kajian kes yang akan dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Temubual akan dijalankan ke atas seorang ibu yang telah menemani anaknya selama 8 tahun di program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran.

ibu

METODOLOGI KAJIAN

Page 15: Seminar penglibatan ibubapa

JANGKAAN KEPUTUSAN

1.  Tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

• Pengkaji menjangkakan tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas adalah aktif.

Dalam kajian Azmi Shaari et. Al (2002), menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa kanak-kanak keperluan di sekolah adalah aktif, iaitu 90.6 peratus. Hal ini berlaku kerana polisi pentadbiran sekolah mengamalkan sikap terbuka dengan penjaga dalam proses mendidik anak-anak. Ibu bapa digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah melalui program-program yang diatur khas oleh phak sekolah. Fenomena ini menunjukkan bahawa polisi yang dijalankan oleh pihak sekolah merangsang penglibatan ibu bapa di sekolah.

Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian oleh pengkaji-pengkaji yang lepas (Donahue, 1990; Demoulin, 1991 ; Hilliard, 1992; Salma, 1988) yang menyatakan bahawa peluang dan galakkan pihak sekolah akan menarik minat ibu bapa untuk melibatkan diri secara aktif di sekolah.

Page 16: Seminar penglibatan ibubapa

JANGKAAN KEPUTUSAN

2. Kekangan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas.

Pengkaji mengenalpasti kekangan yang wujud dalam penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas.

a) Demografi- terlalu sibuk mencari duit, tiada peruntukan masa kerana kebanyakan masa adalah di

pejabat.- Antara faktor yang menghalang kepada penglibatan ibu bapa termasukla batasan

pekerjaan, mengatur konflik, dan masalah kewangan (Yap dan Enoki, 1995).

b) Suasana sekolah-ibu bapa rasa seperti tidak diundang-persepsi guru bahawa penglibatan ibu bapa tidak pentingGuru mungkin merasa bahawa keluarga tidak berhargasumber yang tidak penting dalam mendidik pelajar; atau yangmencari masa dalam hari persekolahan mereka yang "sibuk" sekolah mereka adalahtidak

mungkin (Grant & Ray, 2010).

Page 17: Seminar penglibatan ibubapa

c) Kepercayaan

guru terhadap ibu bapa-Guru tidak mempunyai kepercayaan terhadap ibu bapa-Kajian mengenai persepsi guru menunjukkan guru kurang kepercayaan terhadap niat ibu bapa (Adams et. al. 2009)Ibu bapa terhadap guru-ibu bapa tidak mempercayai kebolehan guru dalam mendidik anak berkeperluan khas mereka-Pemikiran negatif ibu bapa termasuk kurang kepercayaan terhadap sekolah, keyakinan diri yang rendah dan perasaan ibu bapa bahawa penglibatan tidak akan 'membuat perbezaan.' (Henderson dan Mapp, 2002) memberi kesan terhadap penglibatan ibu bapa.

Page 18: Seminar penglibatan ibubapa

d) Guru kurang persediaan dan pengalaman dalam kerjasama sekolah & keluarga-Guru tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi-Kebanyakan program pendidikan guru tidak menyediakan peluang-peluang kepada guru untuk berinteraksi dengan keluarga, malah calon guru mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam bekerjasama dengan ibu bapa – oleh kerana itu, guru boleh menjadi teragak-agak untuk melibatkan diri dengan keluarga (Grant & Ray, 2010).

Page 19: Seminar penglibatan ibubapa

JANGKAAN KEPUTUSAN3. Faktor-faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam

Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas.

…healthy relationship between parents and professionals,based on mutual trust,Understanding and sharing to solve their emotional problems and issues related to their children. (Kurani et al. 2009)

One major reason for limited engagement by parents is their lack of knowledge of local services and how they could help (Katz. L et al. 2007)

Involving parents as co-trainers in all early childhood education/training programmes will yield better and effective progress in the child and will develop a healthy teacher–parent relationship. (Kurani et al. 2009)

Page 20: Seminar penglibatan ibubapa

…Educators have a responsibility, both legally and ethically, to aggressively seek parental involvement. By working as partners, families and school personnel can improve the life opportunities.(Brandon, R. R & Brown. R. M 2009)

…Partnerships may lessen parents’ anxieties and bolster their confidence about working with instructors on behalf of their children (Ferrel, 2012).

…penglibatan ibu bapa iaitu penjagaan dan komunikasi mempunyai perkaitan yang positif dengan pencapaian akademik. (Zulkifli et al. 2011)

JANGKAAN KEPUTUSAN3. Faktor-faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam

Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas.

Page 21: Seminar penglibatan ibubapa

Ibu bapa perlu meningkatkan tahap penglibatan mereka secara aktif dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas. Menyedari kepentingan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan berkeperluan khas ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Sarana Ibu Bapa yang merupakan satu alat yang membolehkan ibu bapa terlibat sama dalam sistem pendidikan di sekolah. Oleh demikian, guru dan ibu bapa perlulah bersama-sama bekerjasama dalam memastikan semua pihak terutamanya ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas. Penglibatan ibu bapa yang berterusan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah didapati menunjukkan keputusan yang positif terhadap kecemerlangan akademik murid (Bogenschneider, 1997; Fehrmann et al.,1987; Hill & Taylor, 2004). Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas bagi menjamin kecemerlangan mereka di masa hadapan

Kajian ini tertumpu kepada 1 kajian kes sahaja yang melibat seorang peserta kajian iaitu ibu kepada kanak-kanak bekeperluan khas. Oleh kerana itu, hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan melainkan jika kajian akan datang mempunyai ciri-ciri dan masalah yang sama.

KESIMPULAN

Page 22: Seminar penglibatan ibubapa

CA

DA

NG

AN

Page 23: Seminar penglibatan ibubapa

Adams, CM., Forsyth, P.B. & Mitchell, R.M.(2009). The formation of parent-school trust: A multi-level analysis. Educational Administration

Quarterly, 45(\), 4-33.

Aikens, A. M. (2002). Parental involvement: The key to academic success. Ed. D., dissertation. Fielding Graduate Institute: United States.

Anderson, K. J., & Minke, K. M. (2007). Parent involvement in education: Toward an understanding of parents' decision making. The Journal of Educational Research, 100(5), 311-323.

Arnold, D. H., Zeljo, A., & Doctoroff, G. L. (2008). Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology Review, 37(1), 74-89.

Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah. (2011). Masalah salah laku agresif di kalangan pelajar sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya keibubapaan. Journal of Education Psychology & Counseling, 1, 77-93.

Assadi, S. M., Zokaei, N., Kaviani, H., Mohammadi, M. R., Ghaeli, P.(2007). Effect of sociocultural context and parenting style on scholastic achievement among Iranian adolescents. Social Development, 16(1), 169 – 179.

  Aziyah Abu Bakar.(2008). Hubungan pola komunikasi keluarga dengan gaya

keibubapaan dan kejelekitan dalam keluarga. Tesis Sarjana, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, & Mohd Sofie Bin Bahari.(2004). Pengaruh Affect Related Characteristic, Kesan Tanggapan Bahaya Dan Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Salah Laku Remaja Di Zon Skudai, Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Bakker, J., Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement: Some theoretical and empirical considerations. International Journal about Parents in Education, 1, 188 – 199.

RUJUKAN

Page 24: Seminar penglibatan ibubapa

Duquette, C , Fullarton, S , Shari, O, Robertson-Grewal ,K . (2011). Insider, outsider, ally, or adversary: parents of youth with learning disabilities engage in educational advocacy. International Journal Of Special Education. Vol 26, No: 3, (1-18).

Fariza Md. Sham. (1998). Corak tingkah laku keibubapaan dan perkembangan psikologi remaja muslim. Al-Maw0zah, 6, 57 – 68.

Ferrel J. 2012. Family Engagement and Children with Disabilities: A Resource Guide

for Educators and Parents. Harvard Family Research Project . Harvard Graduate School of Education http://www.hfrp.org

Fehrmann, P. G., Keith, T. Z., & Reimers, T. M. (1987). Home influence on school learning: Direct and indirect effects of parent involvement on high school grades. The Journal of Educational Research, 80, 330 – 337.

Grant, K. B. & Ray, J.A. (2010). Home, School, and Community Collaboration: Culturally Responsive Eamily Involvement. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Hebel, O & Persitz, S. (2014) Parental involvement in the individual educational program for israeli students with disabilities . International Journal Of Special Education. Vol 29, No: 3.

Henderson, A., & Mapp, K. (2002). A new wave of evidence: The impact of school, family and community connections on student achievement.

Austin, TX: National Center for Family and Community Connections with Schools,Southwest Educational Development Laboratory.

Retrieved November 13, 2014 from http://vyww.sedl.org/connections/resources/evidence.pdf

James, F. L. (2003). Interactive homework in middle school: Effects on family involvement and science achievement. The Journal of Educational Research, 96(6), 323-338.

Page 25: Seminar penglibatan ibubapa

Katz. L, Vincent La Placa & Hunter, S. 2007. Barriers To Inclusion And Successful Engagement of Parents In Mainstream Services. Joseph Rowntree Foundation

Kurani. D, Nerurka. A, Miranda .L , Jawadwala. F & Prabhulkar. D. 2009 . Impact of parents' involvement and engagement in a learning readiness programme for children with severe and profound intellectual disability and complex needs in India. Journal of Intellectual Disabilities 13: 269

Lam Paw Lin & Muhammad Yusuf. (1991). Tingkah laku keibubapaan dan penghargaan kendiri remaja. Jurnal Psikologi Malaysia, 7, 61 – 79.

Ma, Y. (2009). Family socioeconomic status, parental involvement and college major choices-gender, race/ethnic, and nativity patterns, Sociological Perspectives, 52(2), 211 – 234.

Mohd. Amin H. A. Shariff. (1998). Perkembangan remaja: Pandangan, pemahaman dan interpretasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Fami Mohd Sahid, Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahamd. (2008). Penglibatan ibu

bapa dalam membantu membuat kerja rumah (matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua: Satu tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah Muar. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, Universiti Teknologi Malaysia.

Okpala, C. O., Okpala, A. O., & Smith, F. E. (2001). Parental involvement, instructional expenditures, family socioeconomics attributes, and student achievement. Journal of Educational Research, 95, 110 – 115.

Regina R. Brandon and Monica R. Brown. 2009. African American Families in the Special Education: Process Increasing Their Level of Involvement. Intervention in School and Clinic http://isc.sagepub.com/content/45/2/85

Willms, D. J., & Somers, M. A. (2001). Family, classroom, and school effects on children’s educational outcomes in Latin America. School Effectiveness and School Improvement, 12(4), 409 – 445.

Yap, K.O. & Enoki, D.Y (1995). In search of the elusive magic bullet: Parental involvement and student outcomes. School Community Journal,

5(2), 49-58.

Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman & Aminah Ahmad. 2011. Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education 3(2) 31-40

Page 26: Seminar penglibatan ibubapa

THANK YOU