wahyu - ebible.org · suatu kerajaan, dan imam-imam bagi allah tuhan-nya dan bapa-nya. bagi-nyalah...

49
Wahyu 1:1 1 Wahyu 1:7 Wahyu Pendahuluan 1 Inilah wahyu Isa al-Masih yang dinyatakan Allah kepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba- hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Al-Masih menghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahu perkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yahya. 2 Maka Yahya pun bersaksi tentang semua yang telah dilihatnya iaitu Firman Allah dan kesaksian Isa al-Masih. 3 Diberkatilah orang yang membaca kata-kata nubuat ini dan mendengarnya serta mematuhi apa yang tersurat di dalamnya, kerana masanya sudah dekat. Salam kepada tujuh jemaah 4 Daripada Yahya kepada tujuh jemaah di Asia Kecil: Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Al- lah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hada- pan takhta-Nya, 5 dan daripada Isa al-Masih, Saksi Setia. Dialah yang pertama dibangkitkan dari kalangan orang mati dan Dialah Raja kepada sekalian raja dunia. Isa mengasihi kita, maka Dia membebaskan kita daripada segala dosa kita dengan darah-Nya 6 serta menjadikan kita suatu kerajaan, dan imam-imam bagi Allah Tuhan-Nya dan Bapa-Nya. Bagi-Nyalah kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin. 7 Lihatlah, Dia datang dalam awan! Seluruh umat manusia akan melihat-Nya, termasuk mereka yang telah menikam

Upload: lamque

Post on 10-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Wahyu 1:1 1 Wahyu 1:7

WahyuPendahuluan

1 Inilah wahyu Isa al-Masih yang dinyatakan Allahkepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Al-Masihmenghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahuperkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yahya.2 Maka Yahya pun bersaksi tentang semua yang telahdilihatnya iaitu Firman Allah dan kesaksian Isa al-Masih.3 Diberkatilah orang yang membaca kata-kata nubuat inidan mendengarnya serta mematuhi apa yang tersurat didalamnya, kerana masanya sudah dekat.

Salam kepada tujuh jemaah4Daripada Yahya kepada tujuh jemaah di Asia Kecil:

Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Al-lah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu danyang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hada-pan takhta-Nya, 5 dan daripada Isa al-Masih, Saksi Setia.Dialah yang pertama dibangkitkan dari kalangan orangmati dan Dialah Raja kepada sekalian raja dunia.Isa mengasihi kita, maka Dia membebaskan kita daripadasegala dosa kita dengandarah-Nya 6sertamenjadikan kitasuatu kerajaan, dan imam-imam bagi Allah Tuhan-Nyadan Bapa-Nya. Bagi-Nyalah kemuliaan dan kekuasaanselama-lamanya. Amin.7Lihatlah, Dia datang dalam awan! Seluruh umatmanusiaakanmelihat-Nya, termasukmereka yang telahmenikam

Wahyu 1:8 2 Wahyu 1:18Dia. Semua bangsa di bumi akan berkabung kerana Dia.Ya, tentu sekali. Amin.

8 ‘Akulah Alif dan Ya, yang pertama dan yang terakhir,’demikianfirmanAllah, TuhanYangMahaKuasa, yang adasekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang.

Penglihatan di Patmos9 Aku, Yahya, saudara dan teman senasibmu dalam

kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Isa, be-rada di pulau Patmos kerana firman Allah dan ke-saksian Isa. 10 Pada hari Tuhan, Roh menguasaiku,lalu aku mendengar suara yang lantang, seperti bunyisangkakala, berkata-kata di belakangku. 11 Suara ituberkata, ‘Tuliskanlah apa yang kaulihat dan hantarkankitab itu kepada tujuh jemaah: Efesus, Smirna, Pergamus,Tiatira, Sardis, Filadelfia dan Laodikia.

12 Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapa yangberkata-kata itu. Kulihat tujuh kaki pelita daripada emas.13 Di tengah-tengah kaki pelita itu kelihatan suatu lem-baga seakan-akan putera insan, berjubah labuh sampaike kaki dan memakai seutas pending emas yang melilitidada-Nya. 14 Rambut-Nya putih seperti kapas dan mata-Nya menyala-nyala laksana api. 15 Kaki-Nya bersinarumpama gangsa digilap dan suara-Nya ibarat deru airterjun yang hebat. 16 Tangan kanan-Nya memegangtujuh bintang dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedangmata dua yang tajam. Wajah-Nya bersinar-sinar laksanamatahari pada waktu tengah hari.

17 Apabila aku melihat-Nya, rebahlah aku di kaki-Nyaseolah-olah tidak bernyawa lagi. Dia meletakkan tangankanan-Nya ke atasku lalu berfirman, ‘Janganlah takut!Akulah yang pertama dan yang terakhir. 18 Akulah Diayang hidup. Aku pernah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup

Wahyu 1:19 3 Wahyu 2:7selama-lamanya. Aku memegang anak kunci kematiandan alam maut.

19 ‘Oleh itu, tuliskanlah segala yang kaulihat, baik yangada sekarang mahupun yang akan terjadi. 20 Inilah mak-sud perlambangan tujuh bintang yang kaulihat di tangankanan-Ku dan tujuh kaki pelita daripada emas itu. Tujuhbintang itumelambangkan paramalaikat jemaah di tujuhtempat itu manakala tujuh kaki pelita itu melambangkanjemaah di situ.’

2Surat kepada jemaah di Efesus

1 ‘Kepada malaikat jemaah di Efesus, tulislah:Inilah firman daripada Dia yangmemegang tujuh bintangdi tangan kanan-Nya dan yangmelangkah di antara tujuhkaki pelita daripada emas: 2Aku tahu perbuatanmu, jerihpayahmu dan ketabahanmu. Aku tahu bahawa kamutidak tahan lagi dengan kejahatan orang durjana. Kamutelah menguji orang yang membuat pengakuan palsubahawa mereka rasul padahal mereka bukan, dan kamutelahmendapatimereka itu pendusta. 3Kamu tetap tabahdan tetapmenderita kerana nama-Ku tanpa berputus asa.

4 Namun demikian, Aku mencelamu kerana satuperkara: Kamu telah meninggalkan kasihmu yang per-tama. 5 Sedarilah betapa dalamnya kamu telah ter-jerumus. Bertaubatlah dan lakukanlah apa yang kamulakukan mula-mula lagi. Jika tidak, Aku akan datang danmengalihkan kaki pelitamudari tempatnya. 6Namun, adasesuatu yang baik padamu: Kamu benci akan perbuatanpengikut Nikolaus yang juga Kubenci.

7 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yangdikatakan oleh Roh kepada jemaah. Kepada yangmenang

Wahyu 2:8 4 Wahyu 2:14akan Kuizinkan makan buah dari pohon hidup di tamanFirdaus Allah.

Surat kepada jemaah di Smirna8 ‘Kepada malaikat jemaah di Smirna, tulislah:

Inilah firman daripada Dia yang pertama dan yang ter-akhir, yang telah mati dan hidup semula. 9 Aku tahuakan kesengsaraanmu. Aku tahu kamu miskin, tetapisebenarnya kamu kaya. Aku tahu akan fitnah yangdilemparkan kepadamuoleh orang yangmengakudirinyaorang Yahudi tetapi sebenarnya mereka bukan. Merekajemaah Iblis. 10 Janganlah takut terhadap apa yang akankamu deritai kelak. Ketahuilah, Iblis akan menghum-bankan sebilangan daripadamu ke dalam penjara untukmengujimu. Kamu akan menanggung kesengsaraan se-lama sepuluh hari. Setialah sampai mati, maka akuakanmenganugerahimumahkota hidup sebagai ganjaranuntuk kemenangan.

11 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yangdikatakan oleh Roh kepada jemaah. Mereka yangmenangtidak akan mengalami sengsara kematian yang kedua.

Surat kepada jemaah di Pergamus12 ‘Kepada malaikat jemaah di Pergamus, tulislah:

Inilah firman daripada Dia yang memiliki sebilah pedangmata dua yang tajam. 13 Aku tahu akan tempat ke-diamanmu. Di situlah Iblis bertakhta. Namun, kamusetia berpegang kepada nama-Ku. Malah kamu tidakmenyangkal imanmu kepada-Ku ketika Antipas, saksi-Kuyang setia, dibunuh di tempat kediaman Iblis.

14 Tetapi aku mencelamu kerana beberapa perkara:Ada di antaramu yang menganut ajaran Bileam. Bileamtelah mengajak Balak untuk memujuk umat Israel supaya

Wahyu 2:15 5 Wahyu 2:23berdosa dengan makan makanan yang telah dipersem-bahkan kepada berhala serta melakukan pencabulan.15 Secara itu juga ada sebilangan daripadamu yangmengikut ajaran Nikolaus. 16 Bertaubatlah. Jika tidak,Aku akan datang segera kepadamu dan menyerangmereka dengan pedang yang keluar dari mulut-Ku.

17 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yangdikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akanmemberikan sebahagian manna yang tersembunyikepadamereka yangmenang. Juga aku akanmemberinyabatu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahuioleh sesiapa selain penerimanya.

Kepada jemaah di Tiatira18 ‘Kepada malaikat jemaah di Tiatira, tulislah:Inilah kata-kata daripada Putera Allah, yang mata-Nyamenyala-nyala seperti api, dan kaki-Nya laksana gangsadigilap. 19 Aku tahu perbuatanmu, kasihmu, imanmu,pelayananmu dan ketabahanmu. Aku juga tahu bahawakamu sekarang lebih banyak berusaha daripada dahulu.

20Namun, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamumembenarkan perempuan bernama Izebel yang men-gaku dirinya nabiah Allah itu mengajar umat-Ku. Diamengajar dan menyesatkan hamba-hamba-Ku sehinggamereka melakukan pencabulan dan makan makananyang telah dipersembahkan kepada berhala. 21Aku telahmemberinya peluang untuk bertaubat tetapi dia engganmenghentikan perbuatannya yang cabul. 22 Ketahuilah,Aku akan menghukumnya dengan sakit terlantar danmereka yang berzina dengannya akan menanggung ke-sengsaraan yang dahsyat melainkan mereka bertaubatdaripada perbuatan mereka dengannya. 23Aku juga akanmeragut nyawa anak-anaknya, supaya seluruh jemaah

Wahyu 2:24 6 Wahyu 3:3tahu bahawa Akulah yang menyelami hati dan fikiranmanusia. Aku akan memberikan balasan yang setimpaldengan perbuatan setiap orang. 24 Tetapi sesetengahdaripada kamu di Tiatira tidak mengikut ajaran durjanaitu. Kamu tidak menuntut ilmu daripada Iblis. Akuberkata kepadamu bahawa aku tidak akanmenambahkanbebanmudengan kewajipan baru. 25Namun, kamuharus-lah memelihara apa yang sudah ada padamu, hingga saatAku datang nanti.

26 Kepada yang menang dan melakukan kehendak-Ku sampai akhir akan Kuanugerahi kekuasaan ke atasbangsa-bangsa.27 “Dia akan memerintah mereka dengan

tongkat besi kerajaandan meremukkan mereka sepertitembikar” –

seiring dengan kekuasaan yang telah Kuterima daripadaBapa-Ku. 28 Aku akan menganugerahi mereka bintangfajar. 29 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yangdikatakan oleh Roh kepada jemaah.

3Surat kepada jemaah di Sardis

1 ‘Kepada malaikat jemaah di Sardis, tulislah:Inilah kata-kata daripada Dia yang memiliki tujuh RohAllah dan tujuh bintang. Aku tahu perbuatanmu. Namasahaja kamu hidup tetapi sebenarnya mati. 2 Bangunlahdan teguhkanlah apa yang masih ada padamu dan yanghampir mati kerana Kudapati apa yang kamu lakukanbelum lagi sempurna di sisi Allah Tuhanku. 3 Ingatlah

Wahyu 3:4 7 Wahyu 3:10semula segala yang telah diajarkan kepadamu dan segalayang telah kamu dengar. Patuhilah segalanya danbertaubatlah. Jika tidak, Aku akan datang kepadamulaksana pencuri. Kamu tidak mungkin tahu saatnya Akudatang.

4 Namun, ada sebilangan daripadamu di Sardis yangtidak mencemarkan pakaian mereka. Mereka akanberjalan bersama-Ku dengan berpakaian putih keranamereka layak mendapat kemuliaan sedemikian. 5Kepadayangmenang akan dapat berpakaian putih seperti itu danAku tidak akan memadamkan nama mereka dari KitabHidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Kudi hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.6 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakanoleh Roh kepada jemaah.

Surat kepada jemaah di Filadelfia7 ‘Kepada malaikat jemaah di Filadelfia, tulislah:

Inilah kata-kata daripada Dia yang suci dan setia danyang memegang kunci milik Daud. Apabila Dia membukapintu, tiada siapa yang dapat menutupnya, dan apabilaDia menutupnya, tiada siapa yang dapat membukanya.8 Aku tahu perbuatanmu. Lihatlah Aku telah mem-bukakan sebuah pintu untukmu, dan tiada siapa yang da-pat menutupnya. Aku tahu bahawa kamu tidaklah begitukuat, tetapi kamu taat kepada firman-Ku dan tidak sekali-kali menyangkal nama-Ku. 9 Orang yang menyokongIblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengakudirinya Yahudi, akan Kubawa kepadamu. Mereka akanKupaksa datang dan sujud kepadamu dan mereka akantahu bahawa Aku mengasihimu. 10 Oleh sebab kamutaat akan perintah-Ku supaya tabah menanggung ke-sengsaraan, Aku akan menyelamatkanmu daripada masa

Wahyu 3:11 8 Wahyu 3:20pancaroba yang akan menimpa seluruh dunia sebagaidugaan kepada umat manusia.

11 Aku akan datang segera. Peliharalah apa yangada padamu dengan sempurna, supaya ganjaran ke-menanganmu tidak diragut orang. 12 Aku akan men-jadikan mereka yang menang seperti tiang di rumahAllah Tuhanku dan dia akan tetap tinggal di situ. Akuakan menulis pada dirinya nama Allah dan Kota Allah,iaitu Baitulmaqdis baru yang akan diturunkan Allah darisyurga, juga nama-Ku yang baru. 13 Jika kamu bertelinga,dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.

Surat kepada jemaah di Laodikia14 ‘Kepada malaikat jemaah di Laodikia, tulislah:

Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin,Saksi yang setia dan benar, Permulaan segala ciptaanAllah. 15 Aku tahu apa yang kamu lakukan. Aku tahubahawa kamu ini sejuk tidak, panas pun tidak. Betapabaiknya jika kamu mengambil salah satu daripada duasikap itu. 16 Tetapi oleh sebab kamu suam-suam sahaja,Aku akan meludahkan kamu. 17Kamu berkata, “Aku kayadan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.”Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalamkeadaan yang serba kekurangan dan amat menyedihkan.Kamu miskin, telanjang dan buta. 18 Dengan demikianKunasihati kamu: Belilah emas daripada-Ku, emas tulen,supaya kamu kaya. Belilah pakaian putih untuk menutuptubuhmu yang telanjang lagi mengaibkan. Belilah ubatuntuk matamu supaya dapat melihat.

19Aku menegur dan menghukum orang yang Kukasihi.Oleh itu, amalkanlah sikap bersungguh-sungguh danbertaubatlah. 20Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu

Wahyu 3:21 9 Wahyu 4:8sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Kudan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Akuakan makan bersamanya dan dia bersama-Ku.

21Aku akanmembenarkanmereka yangmenang dudukdi atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kiniduduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22 Jika kamubertelinga; dengarlah apa yang dikatakan oleh Rohkepada jemaah.’

4Takhta di syurga

1 Selepas itu, aku melihat sebuah pintu terbuka di syurga.Suara seperti bunyi sangkakala yang pernah kudengardahulu berkata kepadaku, ‘Marilah naik ke sini. Aku akanmemperlihatkan apa yang pasti terjadi kemudian kelak.’2Serta-merta Rohmenguasaiku. Kulihat sebuah takhta disyurga dan seorang bersemayam di atasnya.

3 Dia yang bersemayam itu berwajah gilang-gemilangseperti batu yaspis dan akik. Takhta itu dikelilingi pelangiyang bersinar laksana zamrud. 4 Di sekeliling takhta itukelihatan dua puluh empat buah takhta lain. Di atasnyaduduk dua puluh empat tua-tua yang berpakaian putihdan bermahkota emas. 5 Dari takhta itu kulihat kilatmemancar dan kudengar guruh berbunyi. Di hadapantakhta itu terdapat tujuh pelita yang menyala, iaitu tujuhRoh Allah. 6Di hadapan takhta itu juga kelihatan sesuatuyang seperti lautan kaca, jernih seperti hablur.

Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satudi setiap sisi. Bahagian depan dan belakang makhluk itupenuh dengan mata. 7 Makhluk yang pertama rupanyaseperti singa; yang kedua seperti anak lembu; yang ketigamukanya seperti muka manusia; dan yang keempat ru-panya seperti burung helang sedang terbang. 8 Setiap

Wahyu 4:9 10 Wahyu 5:2makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya punpenuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi:‘Suci, suci, sucilah Allah,

Tuhan Yang Maha Kuasa,yang ada dahulu, yang ada sekarang danyang akan datang.’

9 Keempat-empat makhluk itu menyanyikan pelbagainyanyian yang memuliakan, menyanjung danmenyatakan syukur kepada Dia yang sedang bersemayamdi atas takhta, Dia yang hidup selama-lamanya. 10 Sambilitu, dua puluh empat tua-tua sujud kepada Dia yangbersemayam di atas takhta, menyembah Dia yang hidupselama-lamanya. Mereka mencampakkan mahkotamereka di hadapan takhta itu lalu berkata,11 ‘Ya Allah, Ya Tuhan kami! Hanya Engkau

yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dankuasa,

kerana Engkaulah yang menciptasegala-galanya,dan dengan kehendak-Musegala-galanya wujud dan dicipta.’

5Gulungan naskhah dan Anak Domba

1 Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangankanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulunganitu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuhmaterai. 2Setelah itu kulihat dan kudengarmalaikat yanggagah perkasa bertanya dengan suara lantang, ‘Siapakahyang layakmemecahkanmaterai danmembuka gulungan

Wahyu 5:3 11 Wahyu 5:9naskhah ini?’ 3Namun, tiada seorang pun, baik di syurga,di bumi,mahupundi bawahbumi, yang terdayamembukagulungan naskhah itu dan melihat kandungannya.

4Oleh itu aku pun menangis teresak-esak kerana tiadaseorang pun yang layakmembuka danmembaca naskhahatau melihat kandungannya. 5 Kemudian salah seorangtua-tua itu berkata kepadaku, ‘Jangan menangis. Lihat-lah! Singa daripada suku Yahuda, zuriat keturunan yangmulia daripada Daud, telah menang. Dia dapat membukagulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materaidan membuka gulungan naskhah itu.’

6 Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empatmakhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yangkelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tandukdan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telahdihantar ke seluruh dunia. 7 Anak Domba itu pergimengambil gulungan naskhah dari tangan kanan Diayang bersemayam di atas takhta. 8 Empat makhlukdan dua puluh empat orang tua-tua sujud kepada AnakDomba itu. Masing-masingmemegang sebuah kecapi dansebuah batil emas berisi setanggi, iaitu segala doa orangsalih. 9Mereka menyanyikan lagu baru:

‘Engkau layak mengambil gulungannaskhah itudan membuka materainya

kerana Engkau telah dibunuh,dan dengan darah kematian-MuEngkau telah menebus untuk Allah

manusia daripada segala suku,bahasa, kaum, negara dan bangsa.

Wahyu 5:10 12 Wahyu 6:110 Engkau telah menjadikan mereka

suatu kerajaan dan imam-imam Allahuntuk menyembah Allah Tuhan kitadan memerintah di bumi.’

11 Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan danjutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta,empat makhluk dan para tua-tua. 12 Mereka menyanyidengan suara yang lantang:‘Anak Domba yang telah disembelih

layak menerima kekuasaan,kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan,kehormatan, kemuliaandan puji-pujian.’

13 Aku mendengar semua makhluk – di syurga, di bumi,di bawah bumi, di dalam laut, dan semua yang ada didalamnya, menyanyi:‘Segala puji, kemuliaan dan kuasa kepada

Dia yang duduk di atas takhtadan kepada Anak Domba untukselama-lamanya.’

14Keempat-empatmakhluk itumenyahut, ‘Amin!’ Paratua-tua itu pun sujudmenyembah Allah dan Anak Dombaitu.

6Materai dibuka

1 Seterusnya aku melihat Anak Domba itu memecahkanmaterai pertama daripada ketujuh-tujuh materai itu.Lantas kudengar salah satu daripada empat makhluk

Wahyu 6:2 13 Wahyu 6:10itu berkata dengan suara seperti guruh, ‘Marilah, lihat!’2Akumelihat seekor kuda putih ditunggang oleh seorangyangmemegang busur panah. Dia diberi sebuahmahkotadan tampil sebagai seorang penakluk yang sedia untukmenakluk.

3 Kemudian Anak Domba itu memecahkan materaikedua dan kudengar makhluk kedua berkata, ‘Marilah,lihat!’ 4Seekor kudamerah pulamuncul. Penunggangnyadiberi kuasa untukmencetuskan peperangan di bumi danmenyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Dia diberisebilah pedang yang besar.

5 Kemudian Anak Domba itu memecahkan materaiketiga lalu kudengar makhluk ketiga berkata, ‘Marilah,lihat!’ Aku melihat seekor kuda hitam. Penunggangnyamemegang dacing. 6 Aku mendengar sesuatu sepertisuara dari tengah-tengahmakhluk berempat itu, berkata,‘Secupak gandum sedinar harganya, dan tiga cupak barlijuga sedinar harganya, tetapi minyak dan air anggur itujangan kaurosakkan.’

7 Kemudian Anak Domba itu memecahkan materaikeempat. Kudengar makhluk keempat berkata, ‘Mari!’8 Aku melihat seekor kuda berwarna pucat. Penung-gangnya bernama Maut, dan Alam Maut mengekorinya.Mereka diberi kuasa membunuh seperempat penghunibumi melalui peperangan, kebuluran, wabak penyakitdan serangan binatang buas.

9 Kemudian Anak Domba itu memecahkan materaikelima. Di bawah mazbah aku melihat roh-roh orangyang telah dibunuh kerana firman Allah dan keranakesaksian yang mereka pegang dengan setia. 10 Merekaberseru dengan suara lantang, ‘Ya Tuhan yang suci danbenar! Berapa lama lagi sebelum Engkau menghakimipenghuni bumi dan membalas perbuatan mereka yangtelah menumpahkan darah dan meragut nyawa kami?’

Wahyu 6:11 14 Wahyu 7:311 Setiap roh itu diberi sehelai jubah putih dan disuruhberehat sebentar lagi hingga cukup bilangan hamba-hamba sepengabdian dan orang yang menjadi saudaraseiman, yang akan dibunuh seperti mereka.

12Kemudian akumelihat Anak Domba itumemecahkanmaterai keenam. Seketika itu terjadilah gempa bunyiyang dahsyat. Matahari menjadi seperti kain hitam danbulan merah seperti darah. 13 Bintang-bintang gugurke bumi seperti buah ara luruh ditiup angin kencang.14 Langit lenyap tergulung seperti gulungan naskhahmanakala gunung dan pulau teralih dari tempatnya.

15 Seluruh umat manusia, baik raja, pegawai, panglima,orang berharta dan berkuasa, orang bebas mahupunhamba abdi, lari bersembunyi di dalam gua dan di celah-celah batu di gunung. 16Mereka berseru kepada gunungdan batu itu, ‘Hempaplah kami! Sembunyikan kamidaripada pandangan Dia yang bersemayam di atas takhtadan daripada kemurkaan Anak Domba! 17Hari besar yangdahsyat, hari kemurkaan mereka telah tiba. Allah danAnak Domba akan menghukum kami. Siapa yang dapatbertahan?’

7144,000 dimateraikan

1 Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empatpenjuru bumi dan menahan keempat-empat angin dibumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, dilaut, atau di pohon-pohon. 2 Kemudian kulihat malaikatlain datang dari timurmembawamaterai yang digunakanoleh Allah yang hidup. Dengan suara lantangmalaikat ituberseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasauntuk merosakkan darat dan laut. 3Malaikat itu berkata,‘Janganlah rosakkan darat, laut atau pohon-pohonhinggakami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah Tuhan

Wahyu 7:4 15 Wahyu 7:12kita.’ 4 Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluhempat ribu dari semua suku Israel dimateraikan.5Dari suku Yahuda dua belas ribu,

dari suku Ruben dua belas ribu,dari suku Gad dua belas ribu,

6 dari suku Asyer dua belas ribudari suku Naftali dua belas ribu,dari suku Manasye dua belas ribu,

7 dari suku Simeon dua belas ribu,dari suku Lewi dua belas ribu,dari suku Isakhar dua belas ribu,

8 dari suku Zabulon dua belas ribu,dari suku Yusuf dua belas ribu,dari suku Benyamin dua belas ribu.

Orang ramai berjubah putih9 Selepas itu aku melihat lagi. Kulihat lautan manu-

sia, tidak terkira banyaknya, dari segala bangsa, suku,kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daunpalma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta danAnakDomba. 10Mereka berseru dengan lantang,‘Penyelamatan ada pada Allah Tuhan kamiyang bersemayam di atas takhta dan padaAnak Domba!’

11 Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empatmakhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hada-pan takhta menyembah Allah. 12Mereka berkata,‘Amin!Segala pujian, kemuliaan,kebijaksanaan, kesyukuran, kehormatan,kuasa dan kebesaranbagi Allah Tuhan kami selama-lamanya!

Wahyu 7:13 16 Wahyu 8:2Amin.’13Salah seorang tua-tua itu bertanya kepadaku, ‘Siapakahyang berjubah putih itu dan dari manakah mereka itu?’

14 ‘Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,’ sahutku. Diaberkata, ‘Merekalah orang yang berjaya menempuh ke-sengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubahmereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.15Maka sekarang,‘mereka berdiri di hadapan takhta Allah

dan menyembah-Nya siang malamdi dalam rumah ibadat-Nya.

Dia yang bersemayam di atas takhtaakan membentangkan khemah-Nya di atas mereka.

16Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi.Terik matahari atau sesuatu yang amat

panas pun tidak akan dapatmembakar mereka lagi

17 kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akanmenjadi

gembala mereka.Dia akan membimbing mereka ke mata air

yang membawa hidup,dan Allah akan menghapuskan setiaptitik air mata mereka.’

8Materai ketujuh

1 Apabila Anak Domba memecahkan materai ketujuh,syurga menjadi senyap sunyi kira-kira setengah jam.

2 Kemudian aku melihat tujuh malaikat menghadapAllah. Mereka diberi tujuh sangkakala.

Wahyu 8:3 17 Wahyu 8:123 Satu lagi malaikat datang berdiri di hadapan mazbah

sambil membawa tempat bara diperbuat daripada emas.Dia diberi banyak setanggi untuk ditambahkan kepadadoa semua orang salih dan untuk dipersembahkan diatas mazbah emas di hadapan takhta. 4 Doa orang salihbersama asap setanggi yang dibakar itu naik berkepul-kepul dari tangan malaikat yang menghadap Allah.5Kemudianmalaikat itumengisi tempat bara denganbaraapi dari mazbah lalu melontarkannya ke bumi. Dalamsekelip mata kedengaran guruh petir dan kelihatan kilatsabung-menyabung lalu seluruh bumi gempa.

Empat sangkakala yang pertama6 Kemudian tujuh malaikat yang memegang tujuh

sangkakala itu bersedia untuk meniupnya.7Malaikat pertamameniup sangkakalanya. Hujan batu

dan api bercampur darah terus dilemparkan ke bumi.Lalu sepertiga bumi, dan sepertiga pohon-pohon sertasegala tumbuh-tumbuhan yang hijau hangus dibakar.

8 Kemudian malaikat kedua meniup sangkakalanya.Sesuatu yang kelihatan seperti gunung besar yangmenyala dicampakkan ke dalam laut. Sepertiga air lautmenjadi darah. 9 Sepertiga makhluk di laut mati dansepertiga kapal musnah.

10 Kemudian malaikat ketiga meniup sangkakalanya.Sebuah bintang besar yang menyala-nyala seperti su-luh gugur menimpa sepertiga sungai dan mata air dibumi. 11 (Bintang itu bernama ‘Apsintus’ iaitu ‘Pahit’.)Sepertiga air menjadi pahit dan ramai orang mati keranameminumnya.

12Kemudianmalaikat keempat meniup sangkakalanya.Sepertigamatahari, bulandanbintang terpukul, sehinggatidak dapat bersinar sepertiga waktu. Matahari tidak

Wahyu 8:13 18 Wahyu 9:9memancar sepertiga siang, manakala bulan dan bintangtidak bercahaya sepertiga malam.

13 Kemudian aku melihat dan mendengar seekorburung helang yang terbang tinggi berseru nyaring,‘Sengsara! Sengsara! Sengsaralah sekalian penghunibumi kerana tiga malaikat lagi yang akan meniupsangkakalanya.’

9Sangkakala yang kelima

1Kemudianmalaikat kelimameniup sangkakalanya. Kuli-hat sebuah bintang gugur ke bumi. Bintang itu diberikunci jurang yang tidak terduga dalamnya. 2 Bintang itumembuka jurang itu lalu asap keluar seperti dari relauyang amat besar. Matahari dan seluruh angkasa gelap dis-elubungi asap itu. 3Dari dalamasap itu keluarlah sekawanbelalang lantas turun ke bumi. Belalang itu diberi kuasaseperti kala jengking di bumi. 4 Belalang itu ditegahmerosakkan rumput, pokok atau tumbuh-tumbuhan lain;tugasnya menyerang manusia yang tidak mempunyaitanda materai Allah di dahinya. 5 Belalang itu tidakdibenarkan membunuh mereka tetapi hanya menyeksamereka selama lima bulan. Sakitnya diseksa belalangitu samalah seperti disengat kala jengking. 6 Pada masaitu manusia yang diseksa itu mencari maut tetapi tidakmenemukannya. Mereka ingin mati, namun kematianterlepas daripada mereka.

7Belalang itu kelihatan seperti kuda yang siap sedia un-tuk berperang. Di kepalanya ada sesuatu seperti mahkotaemas dan mukanya mirip muka manusia. 8 Rambutnyaseperti rambut wanita dan giginya serupa gigi singa.9 Dadanya kelihatan seperti berperisai. Bunyi sayapnyaseperti bunyi kereta-kereta kuda mara ke medan perang.

Wahyu 9:10 19 Wahyu 9:2010 Ekor dan sengatnya seperti kala jengking. Denganekornya yang bersengat, belalang itu mempunyai kuasauntuk menyeksa manusia selama lima bulan. 11 Rajakepada belalang itu ialah malaikat yang menjaga jurangyang tidak terduga dalamnya. Namanya Abadon dalambahasa Ibrani dan Apolion (bermakna ‘Pemusnah’) dalambahasa Yunani.

12 Bencana pertama telah berlalu. Dua bencana lagiakan menyusul.

13 Kemudian malaikat keenam meniup sangkakalanya.Aku mendengar suara dari keempat-empat tandukmazbah emas di hadapan Allah. 14 Suara itu berkatakepada malaikat keenam yang memegang sangkakalaitu, ‘Lepaskanlah empat malaikat yang terikat di sungaiyang besar, iaitu Sungai Efrat itu!’ 15 Keempat-empatmalaikat itu pun dilepaskan. Mereka telah disediakankhas untuk membunuh sepertiga umat manusia padajam, hari, bulan dan tahun itu. 16Aku diberitahu bahawapasukan berkuda itu terdiri daripada dua ratus juta askar.

17 Dalam penglihatan aku nampak banyak kuda danpenunggangnya. Perisai dada penunggang-penunggangitu merah seperti api, biru seperti nilam dan kuningseperti belerang. Kepala kuda itu seperti kepala singa dandari mulutnya keluar api, asap dan belerang. 18 Api, asapdanbelerangdarimulut kuda itumerupakan tiga bencanayang membunuh sepertiga umat manusia. 19 Kuasa kudaitu pada mulut dan ekornya. Kuda itu menyeksa manusiadengan ekornya yang seperti ular berkepala.

20 Manusia yang tidak terbunuh oleh bencana itutidak berpaling daripada berhala buatan tangan mereka.Mereka meneruskan amalan menyembah roh-roh iblisdan berhala yang dibuat daripada emas, perak, gangsa,batu dan kayu yang tidak dapat melihat, mendengar

Wahyu 9:21 20 Wahyu 10:9atau berjalan. 21 Mereka juga tidak berhenti daripadamembunuh, menggunakan sihir, melakukan pencabulandan mencuri.

10Malaikat dan gulungan naskhah

1 Setelah itu aku melihat satu lagi malaikat yang gagahperkasa turun dari syurga, tubuhnya diliputi awan dankepalanya dilingkari pelangi. Wajahnya bersinar sepertimatahari, dan kakinya seperti tiang api. 2 Tangannyamemegang segulungan naskhah kecil yang terbuka. Kakikanannya di laut, kaki kirinya di darat. 3 Dia berserudengan suara seperti bunyi sekawan singa mengaum,disahut oleh tujuh guruh dengan gemuruh. 4 Sebaik-baik tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak mencatatkata-katanya. Tetapi kudengar suara dari syurga berkatakepadaku, ‘Materaikan segala yang dikatakan oleh tujuhguruh itu, jangan dituliskan.’

5Malaikat yang kulihat berdiri antara laut dengandaratitu mengangkat tangannya ke langit. 6 Dia bersumpahdemi Dia yang hidup selama-lamanya, yang telah men-cipta syurga dan segala isinya, bumi dan segala isinyaserta laut dan segala isinya, bahawa segalanya tidak harusdilengah-lengahkan lagi. 7 Tetapi pada masa malaikatketujuh hendak meniup sangkakalanya, rahsia Allahakan selesai, sebagaimana firman-Nya kepada hamba-Nya, para nabi.

8 Kemudian suara yang kudengar dari syurga ituberkata lagi kepadaku, ‘Pergilah ambil naskhah kecil yangterbuka dari tangan malaikat yang berdiri di antara lautdengan darat itu.’

9 Aku pun mendapatkan malaikat itu dan berkata,‘Berilah aku naskhah kecil itu.’ Katanya kepadaku, ‘Ambil

Wahyu 10:10 21 Wahyu 11:7dan makanlah naskhah ini. Perutmu akan terasa pahittetapi di mulutmu akan terasa semanis madu.’ 10 Lantaskuambil naskhah kecil itu dari tangannya lalu kumakan,maka di mulutku terasa semanis madu.

Tetapi setelah habis kumakan, perutku terasa pahit.11 Dia berkata kepadaku, ‘Kamu harus bernubuat lagitentang pelbagai kaum, bangsa, bahasa dan raja.’

11Dua saksi Allah

1 Kemudian aku diberi sebatang tongkat yang kelihatanseperti kayu pengukur. Lalu, seorang berkata, ‘Bangk-itlah, ukur rumah ibadat Allah dan mazbah, serta hi-tunglah orang yang beribadat di situ. 2 Tetapi janganukur halaman di luar, kerana bahagian itu telah diberikankepada orang bangsa asing. Mereka akan melanyak kotasuci selama empat puluh dua bulan. 3 Aku akan mem-berikan kuasa kepada dua orang saksi-Ku dan merekaakan bernubuat selama seribu dua ratus enam puluh haridengan memakai kain kabung.’ 4 Inilah dua pokok zaitundan dua kaki pelita yang berdiri di hadapan Tuhan bumiini. 5 Jika sesiapa hendakmencederakanmereka, api akankeluar dari mulut mereka dan menghanguskan musuhmereka itu. Orang yang hendak mencederakan merekaitu mesti dibunuh sedemikian. 6 Mereka mempunyaikuasa menutup langit, supaya hujan tidak turun sepan-jangmasamereka bernubuat. Mereka berkuasa ke atas airdan dapat menukarkannya menjadi darah. Mereka jugaberupaya menimpakan pelbagai wabak penyakit ke atasbumi sekerap yang mereka kehendaki.

7 Setelah mereka selesai membuat kesaksian, binatangbuas dari dalam jurang itu akanmemerangi, menewaskan

Wahyu 11:8 22 Wahyu 11:17dan membunuh mereka. 8 Mayat mereka akan berge-limpangan di jalan raya kota agung yang dari segi rohanidisebut Sodom dan Mesir, iaitu kota tempat Junjunganmereka disalib. 9Orang dari pelbagai kaum, suku, bahasadan bangsa akan melihat mayat mereka selama tiga harisetengah dan tidak membenarkan mereka dikuburkan.10 Penghuni bumi ini akan bergembira, berpesta danberkirim-kirimanhadiah, kerana kedua-duanabi itu telahmenyeksa mereka yang tinggal di bumi.

11 Selepas tiga hari setengah, roh hayat daripada Allahmemasuki mereka lalu mereka bangkit berdiri. Sekalianyang melihatnya amat ketakutan. 12 Kedua-dua nabi itumendengar suara lantang dari langit berkata, ‘Naiklahke sini.’ Lalu mereka naik ke langit di dalam awan, dihadapan mata musuh mereka.

13Pada ketika itu berlakulah gempa bumi yang dahsyat,memusnahkan sepersepuluh kota itu. Tujuh ribu orangterbunuh dalam gempa itu. Mereka yang masih hidupsungguh takut lalu memuliakan Allah yang berada disyurga.

14 Bencana kedua telah berlalu. Ketahuilah, bencanaketiga akan segera menyusul.

15 Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya.Suara-suara lantang di syurga berkata,

‘Segala kerajaan di dunia ini telahmenjadi kerajaan Tuhan kita dan

kerajaan al-Masih-Nya,dan Dia akan memerintah selama-lamanya!’16 Dua puluh empat tua-tua yang mengadap Allah yangbersemayam di atas takhta itu sujud menyembah Allah17 sambil berkata:

Wahyu 11:18 23 Wahyu 12:4‘Kami bersyukur kepada-Mu,

Ya Allah Tuhan Maha Kuasa;yang ada sekarang, yang ada dahulu danyang akan datang.

Kerana Engkau telah melaksanakankuasa-Mu yang besar lalu memerintah.

18 Bangsa-bangsa asing marah,maka datanglah kemurkaan-Mu,

dan masanya untuk orang mati dihakimi,dan Engkau memberi ganjarankepada hamba-hamba-Mu,para nabi dan orang salih,serta manusia kecil dan besaryang takut akan Nama-Mu.

Dan Engkau membinasakan merekayang membinasakan bumi.’

19 Kemudian rumah ibadat Allah dibuka di syurga, dankelihatanlah tabut perjanjian-Nya, diiringi kilat, pelbagaisuara, guruh, gempa dan hujan batu yang dahsyat.

12Perempuan dan naga

1 Suatu alamat besar kelihatan di langit: Seorang perem-puan yang berpakaian matahari, bulan di bawah kakinyadan dua belas bintang terkalung menghiasi kepalanya.2 Dia sedang hamil dan sudah sampai waktunya untukmelahirkan anak, maka dia berteriak kesakitan. 3 Lantassuatu alamat muncul di langit: seekor naga merah yangamat besar, berkepala tujuh bertanduk sepuluh, setiapkepalanya bermahkota. 4 Naga itu mengheret sepertigabintang di langit dengan ekornya dan menghumbankan-nya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang

Wahyu 12:5 24 Wahyu 12:12hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dialahir. 5 Kemudian perempuan itu melahirkan seoranganak lelaki yang akan memerintah segala bangsa denganperkasa. Dan anak itu dibawa ke hadirat Allah dan takhta-Nya. 6 Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yangmemang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situselama seribu dua ratus enam puluh hari.

Naga dikalahkan7 Kemudian perang tercetus di syurga. Mikail den-

gan malaikat-malaikatnya berperang dengan naga danmalaikat-malaikatnya. 8 Naga itu tewas dalam peperan-gan. Ia dan malaikat-malaikatnya tidak dibenarkan ting-gal di syurga lagi. 9 Dengan demikian tersingkirlah nagabesar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan,yangmemperdaya umatmanusia. Ia dan semuamalaikat-nya dibuang ke bumi.

Nyanyian kemenangan10 Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di

syurga,‘Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan

Allah Tuhan kita,dan kuasa al-Masih-Nya telah tiba;

kerana penuduh saudara-saudara kita,yang telah menuduh mereka siangmalam di hadapan Allah Tuhan kitatelah disingkirkan.

11Mereka telah menumpaskannya dengandarah Anak Dombadan dengan kata-kata kesaksian mereka,dan mereka tidak menyayangi nyawasendiri hingga mati.

12Oleh itu bergembiralah wahai syurga

Wahyu 12:13 25 Wahyu 13:3dan kamu semua yang tinggaldi dalamnya!

Tetapi malanglah penduduk bumi dan laut!Iblis telah turun kepadamu,

dalam keadaan sangat berang,kerana ia tahu masanya sudah singkat.’

Naga memburu perempuan13 Apabila naga itu sedar ia telah dibuang ke bumi,

ia pun menganiayai perempuan yang melahirkan anaklelaki itu. 14 Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayaphelang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Disitu dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari matanaga itu. 15 Naga itu menyemburkan air dari mulut-nya seperti air bah untuk menghanyutkan perempuanitu. 16 Tetapi bumi membantu perempuan itu denganmembuka mulutnya dan menelan air bah yang disem-burkan oleh naga itu. 17 Naga itu amat marah terhadapperempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yanglain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyaikesaksian Isa al-Masih.

131 Kemudian aku berdiri di atas pasir di tepi laut. Akumelihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertan-duk sepuluh berkepala tujuh. Di setiap tanduk ter-letak mahkota dan di setiap kepala tertulis nama ku-fur. 2 Binatang itu kelihatan seperti harimau bintangtetapi kakinya seperti kaki beruang danmulutnya sepertimulut singa. Naga itu memberi binatang itu kuasadan takhtanya serta kekuasaan yang besar. 3 Di salahsatu kepala binatang itu terdapat seolah-olah pernahluka parah yang membawa maut tetapi telah sembuh.

Wahyu 13:4 26 Wahyu 13:13Seluruh penghuni dunia mengagumi dan mengikut bi-natang itu. 4Mereka menyembah naga yang telah mem-berikan kekuasaannya kepada binatang itu, dan merekamenyembah binatang itu sambil berkata, ‘Siapakah yangsetanding dengan binatang ini? Siapakah yang dapatmemeranginya?’

5 Binatang itu diberi mulut untuk melafazkan hal-halbesar dan kufur, serta diberi kekuasaan melakukannyaselama empat puluh dua bulan. 6 Ia pun membuka mu-lutnya lalu mengkufuri Allah, nama Allah, tempat Allahbersemayam dan semua penghuni syurga.

7Binatang itu dibenarkanmemerangi danmenewaskanorang salih, serta diberi kekuasaan ke atas semua suku,kaum, bahasa dan bangsa. 8 Binatang itu akan disembaholeh semua di bumi yang sejak dunia dicipta namanyatidak tersenarai di dalam Kitab Hidup milik Anak Dombayang telah disembelih.

9 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah.10Orang yang harus ditawan

pasti akan ditawan kelak.Orang yang harus dibunuh dengan

pedang pasti akan dibunuhdengan pedang juga.

Oleh itu orang salih harus tabah dan beriman.Binatang yang keluar dari dalam bumi

11 Kemudian aku melihat seekor lagi binatang buasmuncul dari bumi, bertanduk dua seperti anak dombadan bertutur seperti naga. 12 Binatang kedua itu men-jalankan segala kekuasaan binatang pertama di hada-pannya, dan menyuruh bumi serta semua penghuninyamenyembah binatang yang telah sembuh daripada lukaparah yang membawa maut itu. 13 Binatang kedua

Wahyu 13:14 27 Wahyu 14:4itu mengadakan beberapa alamat yang hebat, termasukmenurunkan api dari langit ke atas bumi di hadapan umatmanusia. 14Dengan alamat-alamat yang dapat diadakan-nya di hadapan binatang pertama itu, binatang keduamemperdaya sekalian penghuni bumi, dan menyuruhmereka membuat patung binatang yang dilukai pedangtetapi lukanya itu pulih. 15 Binatang kedua itu diberikuasa untukmeniupkan nyawa ke dalam patung binatangpertama itu, supaya patung itu dapat berkata-kata danmenyebabkan semua yang enggan menyembahnya di-bunuh. 16 Ia memaksa semua manusia, kecil besar, kayamiskin, orang merdeka dan hamba abdi, menerima suatutanda pada tangan kanannya atau dahinya, 17dan seorangpun tidak dibenarkan berjual beli kecuali ada padanyatanda atau nama binatang buas itu, atau angka namanya.

18 Di sini terletak kebijaksanaan. Sesiapa yangmengerti, kirakanlah angka binatang itu, kerana angkaitu angka seorang manusia, dan angka itu 666.

14Anak Domba dan pengikut-Nya

1 Kemudian tiba-tiba aku melihat Anak Domba berdiridi puncak Gunung Sion, dan bersamanya seratus empatpuluh empat ribu orang dengan nama-Nya dan namaBapa-Nya tertulis di atas dahi mereka. 2 Aku mendengarsuara dari syurga, seperti bunyi air menderu, dan sepertibunyi guruh yang kuat, dan suara yang kudengar ituseperti bunyi daripada pemain-pemain memetik kecapi.3Mereka menyanyikan suatu nyanyian yang terasa barudi hadapan takhta, empat makhluk dan para tua-tua.Tiada siapapun dapat mempelajari nyanyian itu kecualiseratus empat puluh empat ribu orang yang ditebus daribumi. 4Mereka ini tidak pernah menajiskan diri dengan

Wahyu 14:5 28 Wahyu 14:12perempuan kerana mereka menjaga kesucian mereka.Mereka mengikut Anak Domba ke mana-mana Dia pergi.Mereka telah ditebus dari kalangan manusia, sebagaipersembahan hasil pertama bagi Allah dan Anak Domba.5Mulut mereka tiada kata-kata bohong, danmereka tiadacacat cela.

Tiga malaikat6 Kemudian aku melihat satu lagi malaikat terbang di

tengah langit, membawa Injil yang kekal untuk diajarkankepada penghuni bumi dan kepada setiap bangsa, suku,bahasa dan kaum. 7Katanya dengan suara lantang, ‘Taku-tilahAllahdanmuliakanDia, kerana sudahlah sampai saatpenghakiman-Nya; dan sembahlah Dia yang menjadikanlangit dan bumi, laut dan mata air.’

8 Satu lagi malaikat mengikutnya, sambil berkata, ‘Ba-bel telah runtuh, telah runtuh, kota yang besar itu telahmemberi semua bangsa minum air anggur kemurkaanAllah terhadap pencabulan mereka.’

9 Mereka diikut oleh satu lagi malaikat yang berkatadengan suara lantang, ‘Jika sesiapa menyembah binatangitu dan patungnya, dan menerima tandanya di atas dahiatau tangan, 10 dia juga akan minum air anggur ke-murkaan Allah, yang dituangkan tanpa ditambah air kedalam cawanmurka-Nya itu. Dia akan dikenakan azab apidan belerang di hadapan para malaikat yang suci dan dihadapan Anak Domba. 11Asap api yang menyeksanya ituakan naik berkepul-kepul selama-lamanya. Mereka tidakakan berehat siang malam, kerana mereka menyembahbinatang itu dan patungnya serta menerima tanda na-manya.’ 12 Di sinilah terletak kesabaran dan keyakinanorang salih yang mengikut perintah Allah serta berimankepada Isa.

Wahyu 14:13 29 Wahyu 15:113Akumendengar suara dari syurga berkata, ‘Tuliskan-

lah: Dari saat ini diberkatilah semua orang yang matidalam Tuhan.’

‘Ya,’ kata Roh, ‘supaya mereka dapat berehat daripadapenat lelah, dan hasil usaha mereka menyertai mereka.’

Tuaian di bumi14 Tiba-tiba aku melihat awan putih dan di atas-

nya duduk seorang yang rupanya seperti putera in-san, bermahkota emas dan memegang sabit yang tajam.15 Muncul satu lagi malaikat dari rumah ibadat sambilberseru lantang kepada Dia yang duduk di atas awan,‘Gunakanlah sabitmu, tuailah, kerana sudah sampai wak-tunya Engkau menuai; tuaian dunia sudah masak.’ 16 LaluDia yang duduk di atas awan itu mengayunkan sabit-Nyake atas bumi, dan bumi pun dituai.

17 Kemudian satu lagi malaikat keluar dari rumahibadat yang di syurga, juga membawa sabit tajam.18 Menyusul pula malaikat lain yang keluar dari mazbahdan menguasai api, sambil berseru nyaring kepada yangmemegang sabit tajam, ‘Gunakanlah sabit-Mu yang tajamitu, kumpulkan segala gugusan anggur di bumi, keranaanggurnya sudah cukup masak.’ 19 Maka malaikat itumenggunakan sabitnya untuk mengumpulkan gugusananggur di bumi, dimasukkannya ke dalam irikan besarkemurkaan Allah. 20 Irikan itu diinjak di luar kota, laludarah mengalir keluar, setinggi kekang kuda dan sejauhdua ratus batu.

15Nyanyian mereka yang menang

1 Aku melihat pula di langit suatu alamat lagi, yangbesar dan ajaib, iaitu tujuh malaikat membawa tujuhwabak terakhir, maka dengannya selesailah kemurkaan

Wahyu 15:2 30 Wahyu 15:8Allah. 2 Kulihat seakan-akan laut kaca bercampur api.Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu,patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri diatas laut kaca itu memegang kecapi Allah. 3 MerekamenyanyikannyanyianMusa, hambaAllah, dannyanyianAnak Domba:‘Agung dan ajaib pekerjaan-Mu,

Allah Tuhan Maha Kuasa!Benar dan adil setiap jalan-Mu,

Ya Raja segala bangsa!4 Siapakah yang tidak takut kepada-Mu,

Ya Tuhan,dan memuliakan nama-Mu?

Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci.Semua bangsa akan datang

dan sujud menyembah-Mu,kerana penghakiman-Mu telah ternyata.’5 Setelah itu aku melihat pula dan ternampak tempatsuci dalam khemah kesaksian di syurga terbuka. 6 Daritempat suci itu keluarlah tujuh malaikat yang membawatujuh wabak itu, berpakaian suci murni berseri-seri, dadamereka dililiti pending emas. 7 Kemudian salah satudaripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itutujuh mangkuk emas dipenuhi kemurkaan Allah yanghidup selama-lamanya. 8 Rumah ibadat Allah dipenuhiasap daripada kemuliaan dan kuasa-Nya dan tiada siapadapat memasukinya hingga tujuh wabak yang dibawaoleh tujuh malaikat itu selesai.

16Tujuh mangkuk kemurkaan Allah

Wahyu 16:1 31 Wahyu 16:71 Kemudian aku mendengar suara lantang dari dalamrumah ibadat Allah, berkata kepada tujuh malaikat itu,‘Pergi tuangkan kemurkaan Allah di dalam mangkuk ituke bumi.’

2 Oleh itu malaikat pertama pergi, mencurahkan isimangkuknya ke tanah, lalu tumbuh pekung yang busukdan menjijikkan pada orang yang mempunyai tanda bi-natang itu dan orang yang menyembah patungnya.

3 Kemudian malaikat kedua mencurahkan isimangkuknya ke laut lalu menjadi darah seperti darahorang mati, maka setiap makhluk di laut itu mati.

4 Kemudian malaikat ketiga mencurahkan isimangkuknya ke sungai dan mata air, lalu bertukar airnyamenjadi darah. 5 Aku mendengar malaikat perairan ituberkata:

‘Engkau adil, Ya Tuhan,kerana Engkau telah menghakimihal-hal ini,Engkau yang suci,yang ada sekarang, dan ada dahulu,dan yang akan datang,

6Mereka telah menumpahkan darahorang salih dan nabi-nabi,maka Engkau memberi merekaminum darah,suatu hukuman yang setimpal.’

7Aku mendengar suatu suara lagi dari mazbah berkata,

‘Sememangnya, Allah Tuhan Maha Kuasa,penghakiman-Mu benar dan adil.’

Wahyu 16:8 32 Wahyu 16:188 Kemudian malaikat keempat mencurahkan isimangkuknya ke atas matahari, dan dia diberi kuasamenghanguskan manusia dengan api. 9 Manusiadihanguskan dengan darjah kepanasan yang amat tinggi,lalu mereka mengkufuri nama Allah yang menguasaiwabak-wabak itu. Mereka tidak bertaubat dan tidakmemuliakan-Nya.

10 Kemudian malaikat kelima mencurahkan isimangkuknya ke atas takhta binatang itu, lalu kerajaannyadiselaputi kegelapan, dan mereka menggigit lidah keranakesakitan. 11Mereka mengkufuri Allah yang memerintahsyurga kerana kesakitan dan pekung di tubuh mereka.Mereka tidak bertaubat daripada perbuatan mereka.

12 Kemudian malaikat keenam mencurahkan isimangkuknya ke dalam sebatang sungai besar, iaitu Efrat,lantas airnya kering kontang, untuk menyediakan jalanbagi raja-raja dari Timur. 13Aku melihat tiga roh durjanaseperti rupa katak keluar dari mulut naga itu, dari mulutbinatang itu, dan dari mulut nabi palsu. 14 Mereka ituroh-roh iblis, dan mereka melakukan pelbagai alamat,yang sampai kepada raja-raja di seluruh dunia untukmenghimpunkan mereka bagi peperangan pada hariAllah Yang Maha Kuasa.

15 Lihatlah, aku datang seperti pencuri tidak disedari.Diberkatilah orang yang berwaspada, dan menjaga paka-iannya, supaya dia tidak berjalan dan dilihat orang dalamkeadaan telanjang lalu mendapat malu.

16 Dia menghimpunkan raja-raja itu ke tempat yangdisebut Harmagedon dalam bahasa Ibrani.

17 Kemudian malaikat yang ketujuh mencurahkan isimangkuknya ke udara, lalu kedengaran suara lantang darirumah ibadat Allah di syurga, dari takhta, berkata, ‘Telahselesai!’ 18 Kedengaran pelbagai bunyi serta guruh dan

Wahyu 16:19 33 Wahyu 17:6kilat sabung-menyabung. Juga berlaku gempa bumi yangpaling dahsyat dalam sejarah manusia zaman-berzaman.19 Ketika itu kota besar itu terbelah tiga, dan kota bangsaasing habis runtuh. Babel yang agung juga tidak keting-galan menerima mangkuk air anggur kemurkaan Allah.20 Kemudian setiap pulau lenyap dan gunung tidak dite-mui lagi. 21Hujan batu besar yang seratus paun beratnyaturun dari langit menimpa manusia. Mereka mengkufuriAllah kerana bencana hujan batu yang dahsyat itu.

17Penghakiman atas Babel

1 Kemudian salah satu daripada tujuh malaikat yangmembawa tujuh mangkuk emas itu datang kepadaku danberkata, ‘Mari, kutunjukkan hukuman ke atas pelacurbesar yang duduk di atas air yang banyak, 2 dan yangberzina dengan raja-raja dunia; penghuni bumi mabukdengan air anggur pencabulannya.’

3 Malaikat itu membawaku dalam Roh ke gurun. Akumelihat seorang wanita duduk di atas seekor binatangbuas yang berwarna merah dan penuh dengan nama-nama kufur. Binatang itu berkepala tujuh dan bertan-duk sepuluh. 4 Perempuan itu berpakaian ungu danmerah, dihiasi emas permata serta mutiara, tangannyamemegang cawan emas yang penuh dengan kelucahandan kecemaran perzinaannya. 5Di atas dahinya tertulis:‘RAHSIA, BABEL YANG AGUNG, IBU SEGALA PELACUR

DAN KELUCAHAN DI BUMI.’6Akumelihat perempuan itu, mabuk dengan darah orangsalih dan darah saksi Isa.

Wahyu 17:7 34 Wahyu 17:16Apabila aku melihat perempuan itu, aku hairan ter-

cengang. 7 Tetapi malaikat itu berkata kepadaku, ‘Men-gapa kamu hairan tercengang? Aku akan menceritakanrahsia di sebalik perempuan itu dan binatang yang di-tunggangnya, yang berkepala tujuh dan bertanduk lapan.8 Binatang yang kamu lihat itu pernah wujud tetapi tidakwujud lagi dan akan keluar dari jurang yang tidak terdugadalamnya lalu menuju kebinasaan. Penghuni bumi yangtidak tersenarai namanya di Kitab Hidup dari permulaandunia akan tercengang melihat binatang yang pernahwujud dan sekarang tidak wujud lagi tetapi kemudianakan muncul lagi.

9 ‘Inilah fikiran yang mempunyai kebijaksanaan. Tu-juh kepala itu adalah tujuh gunung tempat perempuanitu tinggal. 10 Juga ada tujuh orang raja. Lima orangtelah runtuh kerajaannya, satu masih bertakhta dan se-orang lagi belum muncul. Datangnya nanti hanya untukseketika. 11 Binatang yang pernah wujud dan yang tidakwujud lagi itu adalah raja yang kelapan, dan asalnyadaripada yang ketujuh. Ia juga akan menuju kebinasaan.

12 ‘Sepuluh tanduk yang kamu lihat itu bererti sepuluhorang raja yang belum mendapat kerajaan lagi, tetapimereka menerima kekuasaan sebagai raja bersama den-gan binatang itu selama sejam. 13 Mereka sepakat danakan menyerahkan kuasa dan kekuasaan mereka kepadabinatang itu. 14 Mereka akan memerangi Anak Domba,dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, keranaDialah Junjungan segala junjungan dan Raja segala raja.Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersamaDia.’

15Malaikat itu berkata kepadaku, ‘Air yang kamu lihatdi tempat pelacur itu duduk adalah kaum, orang ramai,bangsa dan bahasa. 16 Binatang dan sepuluh tanduknyayang kamu lihat itu akan membenci pelacur itu, dan

Wahyu 17:17 35 Wahyu 18:4membuatnya terlantar serta telanjang, lalu memakandagingnya dan membakarnya dengan api. 17 Allahtelah menggerakkan hati mereka, untuk menunaikankehendak-Nya, supaya sepakat dan menyerahkan kera-jaan mereka kepada binatang itu hingga berlaku segalafirman Allah. 18 Perempuan yang kamu lihat itu adalahkota agung yang menguasai semua raja di bumi ini.’

18Kejatuhan Babel

1 Selepas segala ini, aku melihat satu lagi malaikat turundari syurga, dengan kekuasaan besar, dan bumi diterangioleh kemuliaannya. 2 Dia berseru dengan suara yanglantang dan hebat,‘Babel yang agung telah runtuh, telah runtuh,

dan telah menjadi tempat kediamanroh-roh durjana,

penjara bagi setiap roh durjana,sangkar bagi setiap burung yang jijikdan dibenci!

3 Semua bangsa telah minum air anggurhawa nafsunya yang cabul.

Raja-raja dunia telah berzina dengannya,dan saudagar-saudagar dunia telahmenjadi kaya-rayadari kemewahannya yangmelimpah-limpah.’

4Aku mendengar satu suara lagi dari syurga berkata,‘Keluarlah daripadanya, hai kaumku,

supaya kamu tidak bersubahat

Wahyu 18:5 36 Wahyu 18:10dengan dosanyadan tidak ditimpa wabaknya.

5 Segala dosanya telah sampai ke syurgadan Allah ingat akan kejahatannya.

6 Perlakukan dia sebagaimana dia telah memper-lakukanmu,

dan balas perbuatannya dua kali ganda.Dalam cawan yang telah dibancuhnya,bancuh dua kali ganda.

7 Sebagaimana dia telah memuliakan dirinya dan hidupmewah,

sebanyak itulah diberikan dia kesengsaraan dankesedihan;

kerana dalam hatinya dia berkata,“Aku bersemayam sebagai ratu,aku bukan balu,dan tidak akan mengalami kesedihan.”

8Oleh itu pelbagai bencana akanmenimpanya dalam satuhari sahaja,

kematian dan ratapan serta kebuluran.Dia akan hangus dibakar dengan api,

kerana Allah Tuhan yang menghakiminya amatperkasa.

9 ‘Raja-raja dunia yang berzina dan hidup mewahdengannya akan menangis dan meratapinya apabilamereka melihat asap api yang membakarnya. 10 Sambilberdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, merekaberkata,‘ “Aduhai, sengsaranya,

kota Babel yang agung!Dalam sejam sahaja hukuman telah menimpamu.”

Wahyu 18:11 37 Wahyu 18:1911 ‘Saudagar-saudagar dunia akan menangis dan merat-apinya, kerana tiada siapa membeli dagangan merekalagi – 12 dagangan emas, perak, permata dan mutiara,kain khasah, kain ungu, kain sutera dan kain kesumba,setiap jenis kayu yang harum baunya, segala bekas dari-pada gading, kayu indah, tembaga, besi dan batu mar-mar, 13 juga kayu manis, rempah-ratus, setanggi, minyakwangi, dupa, air anggur, minyak zaitun, tepung halus,gandum, dan lembu, domba, kuda, kenderaan abdi, sertamanusia.

14 ‘Mereka akan berkata, “Buah-buahan yang di-idami oleh hati jiwamu telah lenyap dari matamu, dansegala benda yang mewah serta hebat telah terlepasdari tanganmu, dan kamu tidak akan mendapatkannyalagi.” 15 Saudagar-saudagar yang menjual segala dagan-gan itu, yang telah menjadi kaya-raya kerananya, akanberdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, sambilmenangis dan meratap. 16Mereka akan berkata,

‘ “Aduhai, sengsaranya,kota yang agung itu,yang memakai kain khasah,kain ungu dan kain kesumba,serta dihiasi emas permata dan mutiara!

17Dalam sejam sahaja segala kemewahan itu lenyap samasekali.”

‘Setiap nakhoda, pelayar, kelasi dan saudagar di laut,berdiri jauh. 18 Mereka menangis melihat asap api yangmembakarnya, sambil berkata, “Kota manakah yang se-tanding dengan kota agung ini?” 19 Mereka meletakkandebu ke atas kepala mereka sambil berseru dengan rataptangisnya,

Wahyu 18:20 38 Wahyu 18:23‘ “Aduhai, sengsaranya, kota yangagung itu,yang kekayaannya telah memperkaya setiap pen-

duduknyayang memiliki kapal di laut!

Dalam sejam sahaja ia telah kehilangansegala-galanya.

20 Bergembiralah melihat keadaannya,wahai syurga dan sekalian orang salih,para rasul serta nabi yang suci,

kerana Allah telah menghukumnyakerana perbuatannya terhadapmu!” ’

21 Kemudian malaikat yang gagah perkasa mengangkatbatu yang besarnya seperti batu kisar rupanya lalu mel-ontarkannya ke dalam laut sambil berkata,‘Demikianlah, dengan dahsyatnya,

kota Babel yang agung akan dilenyapkan,dan tidak akan ditemui lagi.

22 Bunyi orang bermain kecapi,suling, serunai dan pelbagai alat muziktidak akan kedengaran lagi di dalammu.

Ahli-ahli seni pertukangan tidak akanterdapat lagi di dalammu.

Bunyi batu kisar tidak akan didengar lagidi dalammu.

23 Cahaya lampu tidak akan bersinar lagi di dalammu.Suara pasangan pengantin tidak akan kedengaran lagi

di dalammu.Saudagar-saudagarmu dahulu orang besar-besar di

dunia,kerana dengan kuasa sihirmu semua bangsa telah

terpedaya.

Wahyu 18:24 39 Wahyu 19:524Di dalamnya telah didapati darah

para nabi dan orang salih,serta semua yang telah dibunuhdi bumi ini.’

19Nyanyian segala puji bagi Allah

1 Setelah itu aku mendengar suara orang yang amatbanyak di syurga berseru lantang,‘Segala puji bagi Allah!Penyelamatan dan kemuliaan

dan kuasa bagi Allah Tuhan kita!2Kerana segala penghakiman-Nya benar dan adil,

kerana Dia telah menghakimi pelacur besaryang telah mencemarkan duniadengan perzinaannya;

dan Dia telah menghukumnya kerana menumpahkandarah

hamba-hamba-Nya!’3Mereka berkata lagi,

‘Segala puji bagi Allah!Asap api yang membakarnya naik menjulang

selama-lamanya!’4 Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk

itu pun sujudmenyembah Allah yang bersemayam di atastakhta sambil berkata,‘Amin! Segala puji bagi Allah!’

5Kemudian kedengaran suara dari takhta berkata,‘Pujilah Allah Tuhan kita,

Wahyu 19:6 40 Wahyu 19:12hai kamu sekalian hamba-Nya

dan orang yang takut akan Dia,baik yang kecil mahupun yang besar!’

6 Kemudian aku mendengar bunyi seperti suara orangyang sangat banyaknya, seperti deru air dan bunyi guruhyang amat hebat, berkata,‘Segala puji bagi Allah!

Kerana Allah Tuhan Yang Maha Kuasa sedangbertakhta!

7 Bergembira dan bersukacitalah serta muliakan Dia,kerana saat perkahwinan Anak Domba telah tiba,

dan isteri-Nya sudah menyediakan dirinya.8 Isterinya diberi kain khasah yang halus,

suci berseri-seri untuk dipakai.’(Kain khasah yanghalusmelambangkan segala perbuatanbenar yang dilakukan oleh orang salih.)9 Kemudian dia berkata kepadaku, ‘Tulislah: Berbaha-gialah mereka yang dijemput ke jamuan kahwin AnakDomba!’ Katanya lagi kepadaku, ‘Inilah firman Allah yangbenar.’

10 Aku sujud di kakinya untuk menyembahnya, tetapidia berkata, ‘Jangan buat begitu! Aku hamba Allahsepertimu, dan seperti saudara-saudaramuyangmemilikikesaksian Isa. Sembahlah Allah! Kesaksian Isa itu rohnubuat.’

Kedatangan al-Masih11Kemudian akumelihat syurga terbuka, dan kelihatan

seekor kuda putih. Dia yang menunggangnya dipanggilSetia dan Benar, dan dengan keadilan Dia menghakimiserta memerangi. 12 Mata-Nya seperti nyala api, dan di

Wahyu 19:13 41 Wahyu 19:21

atas kepala-Nya terletak mahkota yang banyak. Ada satunama tertulis padanya, yang tidak diketahui oleh sesia-papun selainDia. 13Diamemakai jubahberpercikandarahdan nama-Nya Firman Allah. 14 Segala tentera syurga,berpakaian kain khasah halus yang putih bersih, me-nunggang kuda putih mengiringi-Nya. 15 Sekarang darimulut-Nya keluar pedang yang tajam untuk diparangkankepada segala bangsa. Dia sendiri akan memerintahmereka dengan tongkat besi. Dia sendirimenginjak irikankemurkaan Allah Maha Kuasa. 16 Pada jubah dan paha-Nya tertulis nama:

‘RAJA SEGALA RAJA, JUNJUNGAN SEGALA JUNJUNGAN’.17 Kemudian aku melihat malaikat berdiri di matahari,berseru lantang kepada burung-burung yang terbang diudara, ‘Marilah berhimpun untuk makan malam AllahYang Maha Besar! 18 Kamu akan makan daging raja,panglima, orang berkuasa, kuda dan penunggangnya, dansemua orang, baik hamba mahupun merdeka, baik kecilmahupun besar.’

19Akumelihat binatang itu, raja-raja dunia dan tenteramereka berhimpun untuk memerangi Dia yang berkudaitu serta tentera-Nya. 20 Kemudian binatang itu ditawan,dan bersamanya nabi palsu yang mengadakan pelbagaialamat di hadapannya dan dengan demikian memper-daya orang yang telah menerima tanda binatang ituserta orang yang menyembah patungnya. Kedua-duanyadihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api yangmenyala dengan belerangnya. 21 Yang lain dibunuhdengan pedang yang keluar daripada Dia yang berkuda.Burung-burung kenyang makan daging mereka.

Wahyu 20:1 42 Wahyu 20:920

Kerajaan seribu tahun1 Kemudian aku melihat malaikat turun dari syurga, tan-gannya memegang kunci jurang serta rantai yang besar.2 Dia menangkap naga, ular purba itu, iaitu Iblis atauSyaitan, lalu mengikatnya selama seribu tahun. 3 Diamenghumbankannya ke dalam jurang itu, dan menutup-nya serta memateraikannya, supaya ia tidak dapat lagimemperdaya umat manusia hingga tamat tempoh seributahun. Selepas itu ia akan dilepaskan seketika.

4 Aku melihat beberapa takhta, lantas orang duduk diatasnya dan diberi kuasa sebagai hakim. Aku melihatroh-roh orang yang telah dipancung kepala kerana mem-berikan kesaksian tentang Isa al-Masih dan firman Allah,yang tidak menyembah binatang itu atau patungnya,dan tidak menerima tandanya di dahi atau di tangan.Mereka itu hidup dan memerintah bersama al-Masihselama seribu tahun. 5 Tetapi orang mati yang lain tidakhidup semula hingga genap masa seribu tahun itu. Inilahkebangkitan yang pertama. 6 Diberkatilah dan sucilahmereka yang dapat menyertai kebangkitan pertama. Ke-matian kedua tiada kuasa atas mereka. Mereka akanmenjadi imam Allah dan al-Masih, dan akan memerintahdi sisi-Nya selama seribu tahun.

Iblis ditewaskan7 Setelah tamat tempoh seribu tahun itu, Iblis akan

dibebaskan dari kurungan. 8 Dia akan keluar untukmenipu bangsa-bangsa di empat penjuru bumi, Gog danMagog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang.Bilangan mereka seperti pasir di tepi laut. 9Mereka naikke seluruh bumi dan mengepung khemah orang salihserta kota yang dikasihi itu. Lalu Allah menurunkan

Wahyu 20:10 43 Wahyu 21:3api dari syurga serta menghanguskan mereka. 10 Iblisyang telah memperdaya mereka itu terus dihumbankanke dalam lautan api dan belerang, tempat binatang dannabi palsu telah dicampakkan. Mereka akan diseksa siangmalam selama-lamanya.

Orang mati dihakimi11 Kemudian aku melihat sebuah takhta yang besar

berwarna putih dan Dia yang bersemayam di atasnya.Bumi dan langit lenyap menghilang dari hadirat-Nya dantiada lagi tempat bagi kedua-duanya. 12 Aku melihatorang mati, kecil dan besar, berdiri di hadapan Allah,dan kitab-kitab dibuka. Sebuah kitab lagi dibuka, iaituKitab Hidup. Orangmati itu dihakimimenurut perbuatanmereka, berdasarkan segala yang tersurat di dalam kitab-kitab itu. 13 Laut menyerahkan orang mati yang didalamnya; Maut danAlamMautmenyerahkan orangmatiyang di dalamnya. Semuanya dihakimi, menurut perbu-atan masing-masing. 14 Kemudian Maut dan Alam Mautdihumbankan ke dalam lautan api. Inilah kematian keduaiaitu kematian di lautan api. 15Semuamanusia yang tidaktertulis namanya di dalam Kitab Hidup dicampakkan kedalam lautan api.

21Langit baru dan bumi baru

1 Aku melihat langit baru dan bumi baru, kerana langitdan bumi yang lama telah lenyap, dan laut pun tiada lagi.2 Kemudian aku, Yahya, melihat kota suci, BaitulmaqdisBaru, diturunkan Allah dari syurga, seperti pengantinyang terhias untuk suaminya. 3 Aku mendengar suaralantang dari syurga berkata, ‘Lihatlah, tempat kediamanAllah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal

Wahyu 21:4 44 Wahyu 21:12bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya,dan Allah Sendiri akan bersama mereka sebagai AllahTuhan mereka. 4 Allah akan menghapuskan setiap titikair mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dantangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lamatelah lenyap.

5 Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhtaberkata, ‘Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.’Dia berfirman kepadaku, ‘Tuliskanlah, kerana kata-kataini benar dan tepat.’

6 Firman-Nya lagi, ‘Segalanya telah selesai! AkulahAlif dan Ya, Yang Pertama dan Yang Terakhir. Akuakan memberikan mata air hidup kepada sesiapa yangdahaga. 7 Sesiapa yang menang akan mewarisi segala-galanya. Aku Allah Tuhannya dan dia anak-Ku. 8 Tetapimereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pem-bunuh, melakukan pencabulan, ahli sihir, penyembahberhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalamlautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilahkematian kedua.

9 Kemudian salah satu daripada tujuh malaikat yangmembawa tujuh mangkuk berisi tujuh wabak datangkepadaku dan berkata, ‘Marilah, aku akan menunjukkankepadamu pengantin, isteri Anak Domba.’

Baitulmaqdis yang baru10 Dia membawaku dalam Roh ke sebuah gunung yang

besar dan tinggi, lalu menunjukkan kepadaku kota yangagung, Baitulmaqdis Yang Suci, diturunkan Allah darisyurga, 11 dipenuhi kemuliaan Allah. Cahayanya sepertibatu yang amat berharga, batu yaspis, jernih sepertihablur. 12 Kota itu besar dan tinggi, dan berpintu duabelas, maka pada kedua-dua belas pintu itu ada dua belasmalaikat. Di pintu itu tersurat namakedua-dua belas suku

Wahyu 21:13 45 Wahyu 21:26Israel. 13 Di timur ada tiga pintu, di utara tiga pintu, diselatan tiga pintu, dan di barat tiga pintu. 14Tembok kotaitu beralas dua belas, dan di atasnya ada dua belas nama,iaitu nama dua belas rasul Anak Domba.

15 Malaikat yang bertutur denganku itu memegangbatang pengukur emas, untuk mengukur kota itu ter-masuk pintu dan temboknya. 16 Kota itu empat persegi,panjangnya sama dengan lebarnya. Dia mengukur kotaitu dengan batang pengukur, seribu empat ratus batu;panjang, lebar dan tingginya sama. 17Temboknya seratusempat puluh empat hasta, menurut ukuranmanusia, jugaukuran malaikat. 18 Tembok itu diperbuat daripada batuyaspis. Kota itu daripada emas tulen, seperti kaca yangjernih. 19 Segala alas tembok kota itu dihiasi denganpelbagai permata. Alas yang pertama yaspis, yang keduabatu nilam, yang ketiga batu akik putih, yang keempatzamrud, 20 yang kelima batu unam, yang keenam akikmerah, yang ketujuh ratna cempaka, yang kelapan firuz,yang kesembilan yakut kuning, yang kesepuluh akik hi-jau, yang kesebelas nilam, dan yang kedua belas batukecubung. 21 Dua belas pintu itu diperbuat daripada duabelas mutiara, iaitu setiap pintu itu sebutir mutiara yangsangat besar. Jalan di kota itu diperbuat daripada emastulen, seperti kaca yang bening.

22 Aku tidak melihat rumah ibadat di dalamnya, ker-ana Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa dan Anak Dombaialah rumah ibadatnya. 23 Kota itu tidak memerlukansinaran matahari dan bulan, kerana kemuliaan Allahmeneranginya dan Anak Domba itu pelitanya. 24 Semuabangsa berjalan dalam cahayanya, dan raja-raja di bumimembawa kemuliaan mereka ke dalamnya. 25 Pintugerbangnya tidak pernah ditutup pada siang hari keranamalam tiada lagi. 26 Kemuliaan dan kehormatan segala

Wahyu 21:27 46 Wahyu 22:8bangsa akan dibawa ke dalamnya. 27 Tiada sekali-kalimasuk ke dalamnya sesuatu yang najis atau sesiapa yangmelakukan perbuatan keji atau berdusta. Manusia yangmasuk ke dalamnya hanyalah yang tersurat namanya didalam Kitab Hidup Anak Domba.

22Sungai air hidup

1 Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup,jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah danAnak Domba 2 di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanansungai itu terdapat pohon hidup, yang berbuah dua belasjenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umatmanusia. 3 Segala yang terlaknat tiada lagi. Takhta Allahdan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba-Nya berbuat ibadat kepada-Nya. 4Merekamelihatwajah-Nya, dan nama-Nya tersurat pada dahi mereka.5Malam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya mata-hari tidak diperlukan lagi. Kerana Allah Tuhan akanmenerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya.

6 Katanya kepadaku, ‘Ini kata-kata yang dapat diper-cayai dan benar. Allah, Tuhan segala roh nabi-nabi, telahmenyuruh malaikat-malaikat-Nya menunjukkan dengansegera kepada hamba-hamba-Nya apa yang akan terjadi.’7 ‘Ingatlah, Aku akan datang dengan segera. Diberkatilahorang yang memeliharakan segala nubuat di dalam kitabini.’8 Aku, Yahya, telah mendengar dan melihat segala halitu. Apabila aku mendengar dan melihatnya, aku su-jud hendak menyembah malaikat yang menunjukkannya

Wahyu 22:9 47 Wahyu 22:18kepadaku. 9 Tetapi dia berkata kepadaku, ‘Jangan buatbegitu! Aku ini sesama hamba Allah sepertimu dansaudara-saudaramu, iaitu nabi-nabi dan sekalian yangmemeliharakan kata-kata di dalam kitab ini. Hanya Allahyang harus kamu sembah.’

Berita yang terakhir10Katanya lagi kepadaku, ‘Janganlah kamu materaikan

nubuat di dalam kitab ini, kerana masanya sudah hampirtiba. 11 ‘Orang yang berbuat jahat, biarlah dia terusberbuat jahat. Orang yang cemar, biarlah dia terus cemar.Orang yang benar, biarlah dia terus benar. Orang yangsuci, biarlah dia terus suci.’

12 ‘Ingatlah, aku akan datang dengan segera, danganjaran-Ku bersama-Ku, supaya setiap orang mendapatbalasan setimpal dengan perbuatannya. 13 Akulah Alifdan Ya, Yang Pertama dan Yang Terakhir.

14 ‘Diberkatilah sekalian yang menyucikan pakaian-nya, kerana mereka akan dapat menghampiri pohonhidup dan masuk ke dalam kota itu melalui pintu ger-bangnya. 15Di luar terdapat anjing, ahli sihir, orang yangcabul, pembunuh, penyembah berhala, dan semua yangmenyukai dusta serta menuturkannya.

16 ‘Aku, Isa, telah menyuruh malaikat-Ku memperli-hatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah.Akulah zuriat danketurunanDaud, danbintang fajar yangbersinar.’

17 Roh dan pengantin perempuan itu berkata, ‘Mari-lah’. Orang yang mendengar haruslah berkata, ‘Marilah.’Orang yang dahaga haruslah datang. Sesiapa yang sukaboleh mengambil air hidup itu dengan percuma.

18 Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengarnubuat di dalam kitab ini, bahawa jika sesiapa menam-bahkan apa-apa kepadanya, Allah akan menambahkan

Wahyu 22:19 48 Wahyu 22:21baginya segala wabak yang tersurat di dalam kitab ini.19Dan jika sesiapa menggugurkan sepatah kata pun dari-pada nubuat ini, Allah akan menggugurkan bahagiannyadaripada pohon hidup dan kota suci seperti yang tersuratdi dalam kitab ini. 20Yang bersaksi atas segala perkara iniberfirman, ‘Ya, Aku akan datang segera.’ Sesungguhnya,marilah Engkau, Ya Junjungan Isa. 21Semoga kasih kurniaJunjungan Isa menyertai sekalian orang salih. Amin.

49Kitab Suci Zabur dan Injil

Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia.Copyright © 2013 Pengamat Kitab MuliaLanguage: Bahasa Malaysia (Malay)This translation is made available to you under the terms of the Creative CommonsAttribution-No Derivatives license 4.0.Youmay share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format,provided that:

You include the above copyright and source information.You do not make any derivative works that change any of the actual words or

punctuation of the Scriptures.Pictures includedwith Scriptures and other documents on this site are licensed just forusewith those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respectivecopyright owners.2014-04-01PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 4 Mar 2019 from source files dated 4 Mar2019648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827