imam abu daud

46
2 1.0.PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberikati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T. Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat menyiapkan kerja kursus, Dirasat Fi Hadis al-Ahkam dalam tajuk Imam Abu Daud tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi iaitu Ustaz Ahmad Mujahid bin Abdullah. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.

Upload: azlan-yusof-punding

Post on 05-Jul-2015

406 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Imam Abu Daud

2

1.0.PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari

pembalasan, selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W

hamba Allah dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya.

Juga orang-orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga

pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh

terhadap islam dan memberikati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.

Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat

menyiapkan kerja kursus, Dirasat Fi Hadis al-Ahkam dalam tajuk Imam Abu Daud

tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan

kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi

menjayakan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis

sanjungi iaitu Ustaz Ahmad Mujahid bin Abdullah. Penulis amat menghargai bantuan

beliau yang memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih

setahun jagung dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau

penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.

Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi

yang sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai

kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik

semangat penulis dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun

pembelajaran penulis untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari

kebenaran ilmu Allah S.W.T.

Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja

kursus ini dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-

Nya dan menjadi insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian

mereka selagi penulis termampu.

Page 2: Imam Abu Daud

2

2.0.PENGENALAN

Mengenal para Imam Ahlussunnah, atau dengan lebih dekat mereka yang

digelar Ahli Hadis merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang yang

bergelar Muslim, hal ini adalah kerana kita digesa oleh agama untuk berhati-hati

dengan siapa kita mengambil “deen” ini. Kemudian “deen” ini dijaga rapi dengan

usaha yang tidak berbelah bahagi oleh para imam hadis. Mereka berkorban apa sahaja

demi menjaga sanad (rantaian perawi) dan matan (kandungan hadis) yang

sesungguhnya sanad dan matan itu termasuk dalam “deen”. Sungguh tinggi

kedudukan para imam ahli hadis ini melalui usaha dan pengorbanan yang tidak dapat

dibandingkan dengan pengorbanan kita pada zaman ini. Para imam hadis

mengumpulkan hadis dengan niat untuk menyampaikan sunnah melalui catatan dan

hafalan mereka. Semoga Allah meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi.

Rasulullah SAW bersabda :

“Allah membuat cerah (muka) seorang yang mendengarkan (hadis) dari kami,

kemudian menyampaikannya.” [H.R. Ahmad, Abu Daud]

Kata-kata Syaikh Rabi’ dalam kitab kecil yang berjudul Makanatu Ahlil Hadis

(Kedudukan Ahli Hadis), beliau berkata: “Sungguh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah

menjadikan golongannya (Ahlul Hadis) sebagai tonggak syariat. Melalui usaha

mereka, Dia (Allah) menghancurkan setiap keburukan bid’ah. Merekalah

kepercayaan Allah Subhanahu wa Ta'ala diantara makhluk-makhluk-Nya, sebagai

perantara antara Nabi Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dan umatnya. Dan merekalah

yang bersungguh-sungguh dalam menjaga millah (Dien)-Nya. Cahaya mereka terang,

keutamaan mereka merata, tanda-tanda mereka jelas, mazhab mereka unggul, hujjah

mereka tegas”

Terdapat beberapa kitab yang menyatakan berkaitan dengan ilmu hadis. Sama

ada kedudukan hadis, rangkaian sanad dan matan dan banyak lagi. Diantara kitab

yang berkait rapat dengan pengumpulan ilmu hadis ialah Sunan Abu Daud yang

dikarang oleh Imam Abu Daud. Di dalam penulisan ini, penulis menjelaskan dengan

lebih lanjut berkaitan dengan Imam Abu Daud secara terperinci. Dijelaskan berkaitan

dengan biografi Imam Abu Daud, rihlah perjalanan beliau dan sebagainya.

Page 3: Imam Abu Daud

2

3.0.BIODATA IMAM ABU DAUD

3.1.NAMA SEBENAR BELIAU :

Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir (Menurut

Abdurrahman bin Abi Hatim).

Sulaiman bin al Asy'ats bin Basyar bin Syadad (Menurut Muhammad bin

Abdul 'Aziz Al Hasyimi).1

Imam Al Hafidz Al Faqih Sulaiman bin ‘Imran bin Al Asy’ats bin Ishaq bin

Basyir bin Syidad bin ‘Amr bin ‘Imran atau disebut dengan Amir Al Azdy As

Sajistaany.2

Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim, bahawa nama Abu Daud adalah

Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir.

Menurut Muhammad bin Abdul ‘Aziz Al Hasyimi nama Imam Abu Daud

ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Basyar bin Syadad.

Ibnu Dasah dan Abu ‘Ubaid Al Ajuri berkata bahawa nama Imam Abu Daud

ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Ishaq bin Basyir bin Syadad. Pendapat ini di

perkuat oleh Abu Bakr Al Khathib di dalam Tarikhnya dan di dalam bukunya

beliau menambahi dengan Ibnu ‘Amru bin ‘Imran al Imam, Syaikh as Sunnah,

Muqaddimu al huffazh, Abu Daud al-azadi as-Sajastani, muhaddits Bashrah.3

3.2.TARIKH LAHIR DAN TEMPAT LAHIR BELIAU:

Dilahirkan pada tahun 202 H di kota Sajistaan. Ianya

menurut kesepakatan referensi yang memuatkan biografi beliau. Demikian

juga didasarkan keterangan murid beliau yang bernama Abu Ubaid Al-Ajury

ketika beliau hendak wafat, beliau berkata:  aku telah mendengar dari Abi

1http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html 2http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html 3http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/

Page 4: Imam Abu Daud

2

Daud, beliau berkata : “Aku dilahirkan  pada tahun  202 H (Siyar A`lam An

Nubala` 13/204).”4

3.3.UMUR BELIAU :

Pada tarikh kewafatan beliau iaitu 16 Syawal tahun 275 H beliau telah berusia

73 tahun.5

3.4.PENERANGAN RINGKAS BERKAITAN BELIAU :

Imam Abu Daud belajar bertalaqqi, dan merantau mencari hadis.

Beliau antara imam yang paling banyak mengembara bagi mencari sepotong

hadis.6

Beliau adalah Imam dan tokoh ahli hadis serta pengarang kitab sunan.7

3.5.TARIKH WAFAT DAN TEMPAT WAFAT BELIAU :

Beliau wafat di kota Bashrah pada 16 Syawal 275 H bersamaan hari Jumaat

dan disolatkan jenazahnya oleh Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimy.8

Abu ‘Ubaid al Ajuri mengatakan bahawa : “Imam Abu Daud meninggal pada

hari Jumaat tanggal 16 bulan Syawal tahun 275 H. Beliau meninggal di

Basrah”.9

3.6.MAZHAB PEGANGAN BELIAU :

Imam Abu Daud merupakan individu yang berpegang kepada mazhab Ahli

Sunnah Wal Jama’ah.10

3.7.ETNIK ATAU BANGSA BELIAU:

4http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html 5http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html 6http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html 7http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud 8http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html 9http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/ 10http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Dawood

Page 5: Imam Abu Daud

2

Etnik Imam Abu Daud ialah orang Arab dari suku kaum Adz.11

4.0.LATAR BELAKANG BELIAU

Sejak kecil, Imam Abu Daud sangat mencintai ilmu pengetahuan dan sudah

bergaul dengan para ulama untuk menimba ilmu pengetahuan. Sebelum dewasa, dia

sudah mempersiapkan dirinya untuk melangkah ke pelbagai negara. Dia belajar hadis

dari para ulama yang ditemuinya di Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Sagar,

Khurasan dan negara lainnya. Pengembaraannya ke beberapa negara itu membawa dia

untuk mendapatkan hadis sebanyak yang mungkin. Kemudian hadis itu disaring, lalu

ditulis pada kitab Sunan Abu Daud. Imam Abu Daud seringkali berulang alik

mengunjungi Baghdad. Di kota itu, dia mengajar hadis dan fiqih dengan

menggunakan kitab sunan sebagai buku pegangan. Kitab sunan itu ditunjukkan

kepada ulama hadis terkemuka seperti, Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad bin

Hanbal mengatakan bahawa kitab itu sangat bagus.12

Ketika meneliti biografi imam Abu Daud, akan muncul paradigma

bahawasanya beliau semenjak kecil memiliki keahlian untuk menimba ilmu yang

bermanfaat. Semua itu dikukuhkan lagi dengan adanya keutamaan yang telah di

anugerahkan Allah kepadanya berupa kecerdasan, kepandaian dan kegeniusan.

Imam Abu Daud semenjak kecil memfokuskan diri untuk belajar ilmu hadis.

Maka kesempatan itu digunakan untuk mendengarkan hadis di negerinya iaitu

Sajistan dan sekitarnya. Kemudian dia memulakan rihlah ilmiahnya ketika menginjak

umur belasan tahun.

Dia merupakan antara ulama yang sering mengembara untuk mencari hadis ke

pelbagai negara Islam. Beliau banyak mendengar hadis dari berbagai ulama. Maka

tidak hairanlah jika dia dapat menulis dan menghafal hadis dengan jumlah yang besar

iaitu sehingga setengah juta atau mungkin lebih daripada itu. Hal ini merupakan

11http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Dawood 12http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

Page 6: Imam Abu Daud

2

modal yang besar baginya untuk menghasilkan berbagai karya tulisan beliau sendiri

yang tersebar sehingga kepelbagai pelosok negara Islam dan menjadi sandaran dalam

perkembangan keilmuan baik hadis mahupun disiplin ilmu yang lain.13

4.1.SIFAT DAN KEPERIBADIAN BELIAU

Imam Abu Daud termasuk ulama yang mencapai darjat tinggi dalam ibadah,

kesucian diri (tasawuf), kesolehan dan wara’ yang patut diteladani. Sebahagian ulama

berkata : "Perilaku Abu Daud, sifat dan keperibadiannya menyerupai Imam Ahmad

bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal menyerupai Waki’. Waki’ pula seperti Sufyan

as-Sauri, Sufyan pula seperti Mansur, Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha’i,

Ibrahim menyerupai Alqamah. Alqamah seperti Ibnu Mas’ud, dan Ibnu Mas’ud

seperti Nabi Muhammad SAW”. Sifat dan keperibadian seperti ini menunjukkan

kesempurnaan dalam beragama, perilaku dan akhlak Imam Abu Daud. Imam Abu

Daud mempunyai falsafah tersendiri dalam berpakaian. Salah satu lengan bajunya

lebar dan satunya lagi sempit. Bila ada yang bertanya, dia menjawab : "Lengan yang

lebar ini untuk membawa kitab, sedang yang satunya tidak diperlukan. Kalau dia

lebar, bererti pembaziran." 14

4.2.AQIDAH BELIAU

Beliau  adalah imam dari kalangan imam-imam Ahli Sunnah Wal Jamaah

yang hidup di Basrah kota  berkembangnya kelompok Qadariyah. Demikian juga

berkembangnya disana pemikiran Khawarij, Mu’tazilah, Murji’ah dan Syi’ah

Rafidhoh serta Jahmiyah dan lain-lainnya. Tetapi  walaupun demikian, beliau tetap

istiqomah diatas Sunnah dan beliau membantah Qadariyah didalam kitabnya Al-

Qadar. Demikian pula bantahan beliau atas golongan Khawarij dalam kitabnya

Akhbar Al-Khawarij. Beliau juga membantah terhadap fahaman yang menyimpang

dari kemurnian ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Maka berkaitan

hal tersebut dapat dilihat didalam kitabnya As-Sunan (Sunan Abu Daud) yang

13http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/ 14http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

Page 7: Imam Abu Daud

2

terdapat padanya bantahan-bantahan beliau terhadap golongan Jahmiyah, Murji’ah

dan Mu’tazilah.15

4.3.MEMULIAKAN ILMU DAN ULAMA

Sikap Imam Abu Daud ialah memuliakan ilmu dan ulama dapat dilihat melalui

kisah yang diceritakan oleh Imam al-Khattabi dari Abu Bakar bin Jabir, pembantu

Abu Daud. Dia berkata :

"Aku bersama Abu Daud tinggal di Baghdad. Pada suatu hari, ketika kami

telah selesai melakukan solat maghrib, tiba-tiba terdapat orang yang mengetuk pintu

rumah. Lalu aku membuka pintu tersebut dan seorang pelayan melaporkan kepadaku

bahawa Amir Abu Ahmad al-Muwaffaq meminta izin untuk masuk kedalam rumah.

Kemudian aku memberitahu Abu Daud dan beliau pun mengizinkannya. Lalu Amir

duduk. Kemudian Abu Daud bertanya: "Apakah yang mendorongmu Amir ke sini?"

Amir pun menjawab "Ada tiga kepentingan". "Kepentingan apa?" Tanya Abu Daud.

Amir mengatakan: "Sebaiknya anda tinggal di Basrah, supaya para pelajar dari

seluruh dunia belajar kepadamu. Dengan demikian kota Basrah akan makmur lagi

kerana Basrah telah hancur dan ditinggalkan orang ramai akibat tragedi Zenji."

 

Imam Abu Daud berkata: "Itu yang pertama, lalu apa yang kedua?". Amir

berkata : "Hendaknya anda mahu mengajarkan sunan kepada anak-anakku". Lalu

Abu Daud bertanya lagi "yang ketiga?". "Hendaklah anda membuat majlis sendiri

untuk mengajarkan hadis kepada keluarga khalifah, sebab mereka enggan duduk

bersama orang umum."

Abu Daud menjawab: "Permintaan ketiga tidak dapat aku kabulkan sebab darjat

manusia itu, baik yang terhormat mahupun rakyat jelata dalam menuntut ilmu

dipandang sama." Ibnu Jabir menjelaskan: "Sejak itu putra-putra khalifah

15http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

Page 8: Imam Abu Daud

2

menghadiri majlis taklim, duduk bersama orang umum, dengan diberi tirai

pemisah".16

4.4.PERKEMBANGAN KEILMUANNYA

Tidak terdapat berita atau keterangan yang jelas mengenai masa kecil beliau

kecuali keterangan bahawa keluarganya memiliki perhatian yang sangat besar dalam

hadis-hadis Rasulullah SAW dan hal ini sangat mempengaruhi perkembangan

keilmuan beliau di masa depannya.17

5.0.LATAR BELAKANG KELUARGA BELIAU

Keluarga beliau adalah keluarga yang terdidik dalam kecintaan terhadap

hadis-hadis Rasulullah SAW dan ilmu-ilmunya yang lain. Bapa beliau iaitu Al

Asy’ats bin Ishaq adalah seorang perawi hadis yang meriwayatkan hadis dari Hamad

bin Zaid dan demikian juga saudara lelakinya Muhammad bin Al Asy’ats termasuk

seorang yang mendalami dan menuntut ilmu hadis serta ilmu-ilmu yang terkandung

didalam ilmu hadis yang merupakan  teman perjalanan beliau dalam menuntut hadis

dari para ulama ahli hadis. Ini merupakan satu modal yang sangat yang berperanan

dalam perkembangan beliau di masa-masa perkembangan keilmuan dan keahliannya

dalam bidang hadis dan ilmu-ilmu yang terkandung di dalam hadis yang lain yang

merupakan sebahagian daripada ilmu-ilmu agama. Maka berkembanglah Abu

Daud dengan motivasi dan semangat yang tinggi serta kecintaan beliau sejak

kecil terhadap ilmu-ilmu hadis, sehingga beliau mengadakan perjalanan (Rihlah)

dalam mencari ilmu sebelum genap berusia 18 tahun.

Beliau memulakan perjalanannya ke Baghdad (Iraq) pada tahun 220 H dan

bertemu dengan kematian Imam Affan bin Muslim, sebagaimana yang beliau

katakana bahawa : “Aku menyaksikan jenazahnya  dan mensolatkannya (Tarikh Al

16http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud 17http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.htm

Page 9: Imam Abu Daud

2

Baghdady 9/56)”. Walaupun sebelumnya beliau telah pergi ke negeri-negeri tetangga

Sajistaan, seperti Khurasan, Baghlan, Harron, Roi dan Naisabur.18

Setelah beliau memasuki kota Baghdad, beliau diminta oleh Amir Abu Ahmad

Al-Muwaffaq  untuk tinggal dan menetap di Basrah, dan beliau menerimanya. Akan

tetapi hal  itu tidak membuat beliau berhenti dalam mencari hadis, bahkan pada tahun

221 H  beliau datang ke Kufah dan mengambil hadis dari Al-Hafiz Al Hasan bin

Robi’ Al-Bajaly dan Al Hafiz Ahmad bin Abdillah bin Yunus Al-Yarbu’iy (mereka

berdua  termasuk dalam guru-gurunya Imam Muslim). Sebelumnya beliau berihlah di

Makkah dan meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Maslamah Al-Qa’naby

(wafat tahun 221 H). Demikian juga beliau ke Damaskus ibu kota Syria sekarang dan

mengambil hadis dari Ishaq bin Ibrahim Al Faradisy dan Hisyam bin Ammaar.

Pada  tahun 224 H beliau pergi ke Himshi dan mengambil hadis dari Imam

Hayawah bin Syuraih  Al-Himshy, dan mengambil hadis dari Ibu Ja’far An Nafiry di

Harron. Beliau juga pergi  ke Halab dan mengambil hadis dari Abu Taubah Robi’ bin

Nafi’ Al-Halab, lalu  berihlah ke Mesir dan mengambil hadis daripada Ahmad bin

Soleh Ath-Thobary. Kemudian beliau tidak berhenti mencari ilmu di negeri-negeri

tersebut bahkan sering sekali berulang alik ke Baghdad untuk menemui Imam Ahmad

bin Hambal disana dan menerima serta menimba ilmu daripadanya. Walaupun

demikian beliaupun mendengar dan menerima ilmu dari ulama-ulama Basrah seperti :

Imam Abu Salamah At-Tabudzaky, Imam Abdul Walid Ath-Thoyalisy dan yang lain-

lainnya. Kerana itulah beliau menjadi seorang imam ahlil hadis yang terkenal kerana

banyak berihlah dalam mencari ilmu pengetahuan.19

5.1.PUTRA IMAM ABU DAUD

18Ibid19http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

Page 10: Imam Abu Daud

2

Imam Abu Daud meninggalkan seorang putra bernama Abu Bakar Abdullah

bin Abu Daud. Dia adalah seorang Imam hadis iaitu putra kepada seorang imam hadis

pula. Dilahirkan tahun 230 H dan wafat pada tahun 316 H.20

6.0.ILMU PENGETAHUAN IMAM ABU DAUD

6.1.KRONOLOGI RIHLAH IMAM ABU DAUD

Pada usia 18 tahun beliau memulakan rihlah ke Iraq, Baghdad yang

merupakan daerah Islam yang pertama beliau kunjungi, iaitu pada tahun 220 H

Kufah pula beliau kunjungi pada tahun 221 H.

Basrah merupakan tempat beliau tinggal dan disana beliau banyak mendengar

hadis. Kemudian beliau keluar dari sana dan kembali lagi setelah itu. Tempat

kewafatan beliau juga adalah di Basrah.

Syam, Damsyiq, Himsh dan Halb, Syria.

Al-Jazirah iaitu beliau masuk ke daerah Haran dan mendengar hadis dari

penduduknya.

Hijaz pula beliau mendengar hadis dari penduduk Makkah. Kemungkinan

besar saat itu perjalanan beliau adalah bertujuan hendak menunaikan ibadah

haji.

Mesir.

Khurasan iaitu di Naisabur dan Harrah. Tujuan beliau ke sana adalah untuk

mendengar hadis dari penduduk Baghlan.

20http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

Page 11: Imam Abu Daud

2

Ar-Ray.

Sijistan iaitu tempat tinggal asal beliau. Beliau keluar dari Sijistan dan

kemudian kembali semula. Setelah itu beliau keluar lagi menuju ke Basrah.21

6.2.GURU-GURU IMAM ABI DAUD

Guru-guru  beliau sangat banyak, kerana beliau menuntut ilmu sejak kecil dan

sering merantau  kepelosok negeri-negeri untuk menuntut ilmu pengetahuan. Abu Ali

Al-Ghassany telah mengarang sebuah buku yang menyebut nama-nama guru beliau.

Didalam kitab tersebut menyatakan bahawa guru-guru beliau mencapai tahap

sehingga 300 orang. Demikian juga Imam Al-Mizy menyebut dalam kitabnya

Tadzibul Kamal bahawa Imam Abu Daud mempunyai seramai 177 orang guru. Di

antara guru-guru beliau ialah :

Ahmad bin Muhammmad bin Hanbal as Syaibani al Bagdadi.

Ishaq bin Ibrahin bin Rahuyah Abu Ya’qub al-Hanzhali.

Ali bin Al Madiny.

Yahya bin Ma’in Abu Zakariya.

Abu Bakr ibnu Abi Syaibah.

Muhammad bin Yahya Adz Dzuhly.

Abu Taubah Robi’ bin Nafi’ Al Halaby.

21http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

Page 12: Imam Abu Daud

2

Abdullah bin Maslamah Al Qa’naby.

Abu Khaisamah Zuhair bin Harb.

Ahmad bin Soleh Al Mishry.

Hayuwah bn Syuraih.

Abu Mu’awiyah Muhammad bin Hazim Adh Dhorir.

Abu Robi’ Sulaiman bin Daud Az Zahrony.

Qutaibah bin Sa’di bin Jamil Al Baghlany.22

6.3.MURID-MURID IMAM ABI DAUD

Imam Abu ‘Isa at Tirmidzi

Imam Nasa’i

Ali bin Hasan bin Al ‘Abd Al Anshari (perawi sunan dari beliau).

Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).

Abu ‘Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu’lu’i (perawi sunan dari beliau).23

Abu Ubaid Al Ajury

Abu Thoyib Ahmad bin Ibrahim Al Baghdady (Perawi sunan Abi Daud dari

beliau).

Abu ‘Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab sunan dari beliau).

Abu Bakr Ahmad bin Mauhammad Al Khollal Al Faqih.

Isma’il bin Muhammad Ash Shofar.

22Ibid 23http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html

Page 13: Imam Abu Daud

2

Abu Bakar bin Abi  Daud (anak beliau).

Zakariya bin Yahya As Saajy.

Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.

Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari

beliau).

Muhammad bin Ahmad bin Ya‘qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al

Qadar  dari beliau).24

6.4.HASIL KARYA BELIAU

Adapun hasil karya beliau yang sampai kepada kita hari ini adalah ;

As-Sunan.

Al-Marasil.

Al-Masa’il.

Ijabaatuhu ‘An Su’alaati Abi ‘Ubaid al-Ajuri.

Risalatuhu Ila Ahlul Makkah.

Tasmiyyatu al-Ikhwah al-Ladziina Rowaa ‘Anhum al-Hadis.

Kitab az-Zuhd.

Adapun kitab beliau yang hilang dari peredaran masa adalah;

Ar-Radd ‘Ala Ahlul al-Qadar.

An-Nasikh wal Mansukh.

At-Tafarrud.

Fadla’ilu al-Anshar.

24http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

Page 14: Imam Abu Daud

2

Musnad Hadis Malik.

Dala’ilu an-Nubuwwah.

Ad Du’aa’.

Ibtidaa’u al-Wahyi.

Akhbaru al-Khawarij.

Ma’rifatu al-Awqaat.

Kitab al-Qadar .

Di antara kitab karangan Imam Abu Daud tersebut, yang paling popular adalah kitab

as-Sunan, yang lebih dikenali dengan nama Sunan Imam Abu Daud.25

6.5.PUJIAN DAN SANJUNGAN PARA ULAMA TERHADAP IMAM ABU

DAUD

Banyak para imam dan ulama yang memuji dan menyanjungi Imam Abu Daud.

Diantara mereka ialah :

Imam Ahmad bin Hanbal pernah dan sempat memberi komentar terhadap

sunan Abu Daud iaitu, beliau memuji bahawa ia satu kitab yang sangat baik.26

Berkata Imam Al Khollal bahawa Imam Abu Daud adalah imam yang paling

didepan pada  zamannya.

Berkata Ibnu Hibban bahawa Abu Daud termasuk salah satu imam dunia

dalam ilmu dan fiqih (Thobaqat As-Syafi’iyah 2/293).

Berkata Musa bin Harun bahawa Abu Daud diciptakan di dunia untuk hadis

dan di akhirat untuk Syurga dan tidak aku melihat seorang pun lebih utama

darinya (Thobaqatus Syafi`iyah 2/295).

Berkata Al-Hakim bahawa Imam Abu Daud adalah imam ahli hadis di

zamannya tanpa sebarang keraguan.

Berkata Imam Nawawi bahawa para ulama telah sepakat memuji Abu Daud

dan mensifatinya dengan orang yang banyak ilmu, kuat hafalan, wara’ dalam

25http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud 26http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html

Page 15: Imam Abu Daud

2

agama yakni soleh dan kuat pemahamannya dalam ilmu hadis dan yang

lainnya (Tahdzib Al Asma` Wal Lughat 2/225).

Ditanya Syeikh Islam Ibnu Taimiyah tentang buku-buku hadis dan sebahagian

pengarangnya seperti Ath-Thoyalisy dan Abu Daud dan yang lainnya. Maka

beliau menjawab bahawa adapun Bukhari dan Abu Daud, maka mereka

berdua adalah dua orang imam dalam fiqih dari ahli ijtihad.

Adapun Adz Dzahaby banyak memuji beliau dan diantara pujian beliau adalah

ucapannya bahawa Abu Daud dengan keimamannya dalam hadis dan ilmu-

ilmu yang lainnya. Beliau termasuk dalam ahli fiqih yang besar. Maka

kitabnya As-Sunan telah jelas menunjukkan hal tersebut.27

Abdurrahman bin Abi Hatim berkata bahawa Abu Daud adalah seorang yang

thiqah.

Abu Bakr Ash Shaghani berkata bahawa hadis dilunakkan bagi Abi Daud

sebagaimana besi dilunakkan bagi Nabi Daud.28

7.0.KITAB SUNAN ABU DAUD

7.1.PENGERTIAN KITAB SUNAN ABU DAUD

Kitab Sunan Imam Abu Daud menurut ahli hadis adalah kitab hadis yang

disusun berdasarkan bab-bab fiqih. Kitab sunan ini hanya memuat hadis marfu’ dan

tidak memuat hadis mauquf atau hadis maqtu’. Ianya sebab yang kedua-duanya ini

27http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html 28http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/

Page 16: Imam Abu Daud

2

tidak termasuk sunnah ianya termasuk didalam hal-hal yang berkaitan dengan moral,

sejarah dan zuhud.

Sebagaimana pernyataan Al-Khattani dalam kitab al-Risalah al-Mustatrafah :

“Diantara kitab-kitab hadis adalah kitab-kitab sunan iaitu kitab hadis yang disusun

menurut bab-bab fiqih yang bermula dari bab taharah, solat, zakat, dan sebagainya

dan di dalamnya tidak tedapat hadis mauquf, kerana hadis tersebut tidak disebut

sebagai sunnah, namun hanya disebut sebagai hadis.29

7.2.METODE PENULISAN SUNAN IMAM ABU DAUD

Imam Abu Daud menyempurnakan dan menyiapkan kitab sunannya ketika

beliau berada di Baghdad. Kemudian beliau mengemukakan kitab tulisannya itu

kepada guru beliau iaitu Imam Ahmad bin Hanbal serta Imam al-Bukhari dan Imam

Muslim. Imam Abu Daud menyusun kitabnya mengikut susunan fiqh. Dimana beliau

menyusun bermula dengan topik-topik yang terpenting bagi seorang mukallaf

antaranya adalah berkaitan dengan bab kecil yang merangkumi penjelasan kitab

berkaitan. Imam Abu Daud memberitahu bahawa beliau mengambil masa selama 20

tahun untuk menyiapkan susunan kitab sunannya. Ia adalah hasil tapisan daripada

500,000 buah hadis.

Hasilnya beliau telah memasukkan sebanyak 4800 buah hadis didalam kitab

sunannya iaitu Kitab Sunan Imam Abu Daud. Dimana 600 buah hadis adalah bertaraf

sahih dan selebihnya adalah menyamai sahih dan menghampiri sahih. Imam Abu

Daud ada menyebut bahawa beliau juga meninggalkan hadis yang mana jumhur

29http://d-scene.blogspot.com/2011/04/kitab-sunan-abu-daud.html

Page 17: Imam Abu Daud

2

ulama sepakat tidak menerima hadis tersebut. Beliau telah menyusun kitab sunannya

itu kepada 40 kitab. Setiap tajuk kitab telah dibahagi kepada bab kecil sebanyak 1871

bab. Imam Abu Daud menjelaskan kedudukan sesebuah hadis yang terdapat didalam

sunannya itu seperti hadis dha’if, munkar serta mu’dal. Antara lainnya, beliau juga

menerangkan tentang kedudukan perawi seperti sama ada thiqah, waham atau majhul

dan lainnya. Imam Abu Daud telah menetapkan ciri dan syarat tertentu dalam

menyusun kitab sunannya iaitu :

Didalam kitab sunan tersebut Imam Abu Daud menerangkan hadis dha’if atau

terlalu dha’if. Beliau menerangkan kedudukan sesebuah hadis.

Manakala hadis yang tidak diterangkan adalah hadis maqbul.

Justeru didalam Sunan Imam Abu Daud dikumpulkan pelbagai hadis yang terdiri

daripada hadis sahih, hasan dan juga dha’if.30

7.3.TINGKATAN HADIS DALAM SUNAN IMAM ABU DAUD

Imam Abu Daud dalam menyusun kitab sunannya tidak hanya memfokuskan

hadis-hadis sahih, tetapi juga memasukkan hadis dha’if. Tingkatan hadis dalam kitab

Sunan Imam Abu Daud tersebut dapat diketahui melalui surat beliau kepada

penduduk Mekah ketika menjelaskan isi kitab sunannya. Penjelasan Imam Abu Daud

di dalam kitab sunannya secara garis besar membahagikan hadis kedalam lima

tingkatan, iaitu :

Hadis Sahih, adalah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang adil, sempurna

ingatannya, sanadnya bersambung, tidak berillat dan tidak pula janggal. Hadis

ini disebut hadis sahih lizatihi, kerana tingkat kesahihannya tidak memerlukan

hadis lain untuk mengukuhkannya.

Ma Yusyabbihahu (yang menyerupai sahih). Para ulama muhadditsin

mengutarakan perbandingan istilah yang digunakan oleh Imam Abu Daud

tersebut dengan istilah yang berlaku bagi para ulama muhadditsin. Maksud

Imam Abu Daud dengan istilah “ma yusyabbahahu” adalah hadis sahih

lighairihi, kerana hadis tersebut menyerupai hadis sahih lizatihi, tetapi

martabatnya di bawah sahih lizatihi.

30Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

Page 18: Imam Abu Daud

2

Ma Yuqoribuhu (yang mendekati sahih). Istilah yang digunakan oleh Imam

Abu Daud tersebut menurut sebahagian ulama muhadditsin adalah hadis hasan

lizatihi, kerana hadis hasan lizatihi boleh dinaik taraf menjadi hadis sahih li

ghairihi apabila disokong oleh hadis yang lain. Ibnu Sollah dan Imam al-

Nawawi memberikan definisi hadis hasan menurut istilah Imam Abu Daud

iaitu sebagai : “ Hadis yang disebutkan secara mutlak dan tidak ada dalam

salah satu kitab sahih (Bukhari dan Muslim) dan tidak ada di antara ulama

yang menetapkan kesahihannya. Bagi menentukan hadis tersebut sama ada

antara hadis sahih dan hasan, maka hadis tersebut adalah hadis hasan

menurut Imam Abu Daud”. Ibnu Sollah menyatakan di dalam kitab Sunan

Imam Abu Daud bahawa banyak mengandungi hadis hasan. Sebagaimana

penjelasan yang diberikan oleh Imam Abu Daud sendiri ketika menjelaskan isi

kitabnya tersebut.31

Wahnun Syadidun (sangat lemah). Istilah hadis tersebut menurut istilah yang

berlaku bagi para ulama muhadditsin bererti hadis yang sangat dha’if. Namun

pada tahap hadis dha’if ini, Imam Abu Daud memberikan sejumlah penjelasan

mengenai taraf kedha’ifannya dan menurut beliau hadis dha’if tersebut lebih

kuat bila dibandingkan dengan pendapat ulama. Percantuman hadis dha’if

yang disertai keterangan tahap kedha’ifannya dibolehkan menurut Imam Abu

Daud.

Shalih (yang tidak dijelaskan). Para ulama berbeza pendapat dalam

mengkategorikan istilah yang dipakai oleh Imam Abu Daud. Imam al-Nawawi

dan Ibnu Sollah menjelaskan bahawa jika hadis tersebut diriwayatkan dalam

salah satu kitab sahih (Bukhari dan Muslim) maka hadis tersebut adalah sahih.

Apabila tidak diriwayatkan dalam salah satu kitab sahih dan tidak ada ulama

yang menerangkan tentang darjat hadis tersebut, maka hadis tersebut adalah

hadis hasan menurut Imam Abu Daud. Pendapat tersebut menunjukkan sikap

berhati-hati agar tidak menetapkan kesahihan sesuatu hadis tersebut kerana

31http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

Page 19: Imam Abu Daud

2

tidak terdapat di dalam salah satu kitab sahih dan tidak ada seorang pun di

antara para imam hadis yang menetapkan kesahihannya.32

7.4.KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SUNAN IMAM ABU DAUD

Di antara pandangan positif para ulama terhadap Sunan Abu Daud tersebut adalah

seperti berikut :

Al-Khattabi berkata : “Ketahuilah, kitab Sunan Abu Daud adalah sebuah

kitab yang mulia yang belum pernah disusun oleh sesuatu kitab yang lain

yang menerangkan hadis-hadis hukum sepertinya”. Para ulama menerima

baik kitab sunan tersebut, kerana ianya menjadi hakim antara ulama dan para

fuqaha’ yang berlainan mazhab. Kitab itu menjadi pegangan ulama Irak,

Mesir, Moroko, dan negeri lain”.33

Ibnu Qayyim al-Jauziyah, menyatakan bahawa : “Kitab Sunan Abu Daud

memiliki kedudukan yang tinggi dalam dunia Islam dan pemberi keputusan

bagi perselisihan pendapat. Kepada kitab itulah orang-orang jujur

mengharapkan keputusan. Mereka merasa puas atas keputusan dari kitab itu.

Imam Abu Daud telah menghimpun segala macam hadis hukum dan

menyusunnya dengan sistematik yang baik dan indah, serta membuang hadis

yang lemah”.

Ibnu al-‘Arabi, mengatakan bahawa : “Apabila seseorang sudah memiliki

kitabullah dan kitab Imam Sunan Abu Daud, maka tidak lagi memerlukan

kitab yang lain”.

Imam al-Ghazali berkata bahawa : “Kitab Sunan Imam Abu Daud sudah

cukup bagi para mujtahid untuk mengetahui hadis-hadis hukum”.

Di samping ulama-ulama tersebut yang memberikan penilaian baik atas kelebihan

kitab Sunan Imam Abu Daud, ada juga ulama hadis yang mengkritik kelemahan yang

32http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html 33Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

Page 20: Imam Abu Daud

2

terdapat di dalam kitab Sunan Imam Abu Daud tesebut. Di antara para ulama yang

mengkritik itu adalah seperti Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam al-Nawawi dan Ibnu

Taimiyah. Kritikan tersebut meliputi:

Tidak adanya penjelasan tentang kualiti sesuatu hadis dan kualiti sanad

(sumber, silsilah dalam hadisnya). Sementara yang lainnya disertai dengan

penjelasan.

Adanya kemiripan Abu Daud dengan Imam Hambali dalam hal bertoleransi

terhadap hadis yang dha’if yang mana sebilangan daripada kalangan ulama

yang lain menilai hadis tersebut sebagai dha’if.

Kritik juga dilakukan oleh Ibnu al-Jauzi, seorang tokoh ahli hadis bermazhab

Hambali yang telah melakukan penelitian terhadap kitab Sunan Imam Abu

Daud.34

Beliau menemukan hadis yang maudhu’ (palsu) sebanyak sembilan hadis.

Namun kritikan tesebut telah dibahas kembali oleh Jalaluddin al-Suyuti dalam

kitabnya al-la’ali al-Masnu’ah fi Ahadis al-Maudhu’ah dan Ali bin

Muhammad bin Iraq al-Kunani di dalam kitabnya Tanjih al-Syari’ah al-

Maudhu’ah. Dalam kitab tersebut dijelaskan kembali hadis-hadis yang dikritik

oleh Ibnu al-Jauzi.35

7.5.SYARAH-SYARAH KITAB SUNAN ABU DAUD

Beberapa kitab syarah telah ditulis untuk menerangkan dan menafsirkan atau

menjelaskan kitab Sunan Imam Abu Daud. Kitab-kitab tersebut adalah sebagaimana

berikut :

Ma’alim al-Sunan - Kitab ini ditulis oleh Imam Abu Sulaiman Ahmad bin

Ibrahim bin Khattab al-Bisri al-Khattabi yang wafat pada 388 H. Kitab ini

merupakan kitab syarah yang sederhana, yang hanya mengupas masalah

bahasa, meneliti riwayah, mencari hukum dan membahas adab.

34Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.35http://d-scene.blogspot.com/2011/04/kitab-sunan-abu-daud.html

Page 21: Imam Abu Daud

2

‘Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud - Kitab ini ditulis oleh Syaikh

Syafaratul Haq Muhammad Asyraf bin Haidar al-Shiddiqi al-Azim Abadi

yang wafat pada abad 14 H. Kitab ini menjelaskan kata-kata sulit (ayat

sastera). Ia menguatkan satu hadis atas hadis yang lainnya secara ringkas, dan

menjelaskan dalil yang terdapat pada setiap mazhab-mazhab secara

menyeluruh.

Mukhtasar Sunan Abu Daud - Kitab ini ditulis oleh al-Hafid Abdul Azhim bin

Abdul Qawi al-Munziri yang wafat pada 656 H. Dalam kitab ini al-Munziri

menyebutkan ulama lain dari lima hadis yang juga meriwayatkan hadis

tersebut dan menunjukkan kelemahan sebagian hadis.36

Syarah Ibnu Qayyim al-Jauziyah - Kitab ini ditulis oleh Ibnu Qayyim al-

Jauziyah yang wafat pada 751 H. Ibnu Qayyim memberikan tambahan

penjelasan mengenai kelemahan hadis yang dijelaskan oleh al-Munziri,

menegaskan kesahihan hadis yang belum di sahihkan, serta membahas matan

hadis yang musykil. Kitab ini diterbitkan dalam kitab ‘Aunul Ma’bud karya

Syamsul Haq Azin Abadi.

Sunan Imam Abu Daud yang di tahqiq oleh Syaikh Muhammad Muhyidin

Abdul Hamid. Dia telah menghitung hadis yang terdapat dalam kitab Sunan

Imam Abu Daud.

Sunan Imam Abu Daud yang di tahqiq oleh Sidqi Muhammad Jamil. Kitab ini

mencantumakan surat Imam Abu Daud kepada penduduk Mekah dalam

muqaddimah-nya. Dan juga mencantumkan takhrij atas hadis-hadis Imam Abu

Daud yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi, al-Nasa’i, Ibnu

Majah, Malik, Ahmad bin Hambal dan al-Baihaqi. Kitab ini juga

mencantumkan penjelasan yang diberikan oleh al-Khattabi.

Dha’if Sunan Imam Abu Daud yang ditulis oleh Nashiruddin al-Albani.

Dalam kitab tersebut berisi hadis-hadis yang diriwaytkan oleh Abu Dawud

yang dianggap sebagai hadis dha’if oleh Nashiruddin al-Albani.37

36Ibid37Ibid

Page 22: Imam Abu Daud

2

7.6.CARA PENYUSUNAN KITAB SUNAN ABU DAUD

Sebagaimana telah dijelaskan diatas, bahawa Kitab Sunan Imam Abu Daud disusun

mengikut cara atau urutan bab-bab fikih yang dapat memudahkan pembaca ketika

mencari hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah tertentu.38

NO NAMA KITAB JUMLAH BAB JUMLAH HADIS

1. Kitab al-Taharah 143 390

2. Kitab al-Shalat 367 1165

3. Kitab al-Zakat 47 145

4. Kitab al-Luqatah _ 20

5. Kitab al-Manasik 98 325

6. Kitab al-Nikah 50 129

7 Kitab al-Talaq 50 138

8. Kitab al-Shaum 81 164

9. Kitab al-Jihad 182 311

10. Kitab al-Dahaya 20 56

11. Kitab al-Said 4 18

12. Kitab al-Wasaya 17 23

13. Kitab al-Fara’id 17 43

14. Kitab al-Kharaj al-Imarah 40 161

15. Kitab al-Janaiz 84 153

16. Kitab al-Aiman wa al-Nuzur 32 84

17. Kitab al-Buyu’ wa al-Ijarah 92 245

18. Kitab al-Aqdiyah 30 70

19. Kitab al-‘Ilm 13 28

20. Kitab al-Asyribah 22 67

21. Kitab al-At’imah 55 119

22. Kitab al-Tib 24 71

23. Kitab al-‘Atqu 15 43

24. Kitab al-Huruf wa al-Qira’ _ 40

25. Kitab al-Hammam 3 11

26. Kitab al-Libas 47 139

38Ibid

Page 23: Imam Abu Daud

2

27. Kitab al-Tarajjul 21 55

28. Kitab al-Khatam 8 26

29. Kitab al-Fitan 7 39

30. Kitab al-Mahdi _ 12

31. Kitab al-Malahim 18 60

32. Kitab al-Hudud 40 143

33. Kitab al-Diyat 32 102

34. Kitab al-Sunnah 32 177

35. Kitab al-Adab 108 50239

Dari pembahagian-pembahagian kitab tersebut jelas bahawa sunan Imam Abu

Daud hanya mengumpul hadis-hadis hukum kecuali pada beberapa hadis seperti yang

terdapat pada kitab ilmu dan adab. Beliau juga menghindari khabar-khabar, kisah-

kisah, dan mau’idah.40

7.7.SIFAT KITAB SUNAN IMAM ABU DAUD

Imam Abu Daud menyusun kitabnya di Baghdad. Keutamaan penyusunan

kitabnya adalah berkaitan dengan masalah hukum, jadi kumpulan hadisnya lebih

berfokuskan kepada hadis yang berkaitan hukum. Sebagaimana yang di ungkapkan

oleh as Suyuthi bahawasannya Imam Abu Daud hanya menghadkan di dalam

bukunya pada hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum sahaja. Abu Bakar bin Dasah

mengatakan bahawa : Aku mendengar Abu Daud berkata “Aku menulis dari

Rasulullah SAW sebanyak lima ratus ribu hadis, kemudian aku pilih daripada hadis-

hadis tersebut dan aku kumpulkan serta aku letakkan dalam kitabku ini sebanyak

empat ribu dan beberapa ratus hadis. Aku sebutkan yang sahih, yang serupa

dengannya dan yang mendekati sahih”.41

39Ibid40Ibid41Ibid

Page 24: Imam Abu Daud

2

7.8.JUMLAH HADIS DI DALAM KITAB SUNAN IMAM ABU DAUD

Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Imam Abu Daud itu memuat hadis

sebanyak 4,800 buah hadis. Namun sebahagian ulama ada yang menghitungnya

sebanyak 5,274 buah hadis. Perbezaan jumlah ini disebabkan oleh sebahagian ulama

menghitung dan memandang sebuah hadis yang diulang-ulang sebagai satu hadis,

namun sebahagian yang lain pula menganggap dan menghitungnya sebagai dua hadis

atau lebih. Dua jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah dikenali di kalangan ahli

hadis secara umum.42

Imam Abu Daud membahagi kitab sunannya kepada beberapa kitab, dan tiap-

tiap kitab dibahagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 40 buah. Di

antaranya ada 3 kitab yang tidak dibahagi ke dalam bab-bab. Sedangkan jumlah bab

sebanyak 1,871 buah bab. 43

Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr hafizahullahu dalam kitab karagannya

Kaifa Nastafiidu minal Kutubil Hadisiyah (hal. 18) berkata : “Kitab sunan karya

Imam Abu Daud ini adalah kitab yang sangat agung, yang diperkaya oleh penulisnya

di dalamnya hadis-hadis ahkam dan menyusun serta memaparkannya berdasarkan

urutan bab-bab yang menunjukkan atas kefakihan dan kedalamannya terhadap ilmu

riwayah dan dirayah”.44

7.9.SIFAT SUNAN IMAM ABU DAUD

Naskah Imam Abu Daud berbeza mengikut anak murid kerana ianya melalui

proses imla’ yang mana guru baca dan anak murid mencatat. Jika terdapat kesalahan

pada catatan dan hafalan mereka akan memperbetulkannya melalui pelajar yang

berkesempatan hadir semua proses ada. Ianya menyebabkan tulisan (manuskrip)

sedikit berbeza seperti nombor hadis, terjemahan dan lain-lain. Imam Abu Daud

42Ibid43http://mujahidincyber.blogspot.com/2009/04/sejarah-hidup-imam-abu-dawud.html 44Ibid

Page 25: Imam Abu Daud

2

memfokuskan kepada hadis-hadis hukum dan hadis yang marfu (datang terus daripada

Nabi) sahaja.45

7.10.METODE MENUKILKAN HADIS

Sama dengan Imam Bukhari dalam memberikan maksud perkataan-perkataan

yang digunakan, dan sama dengan ketelitian Imam Muslim dalam membezakan

percakapan guru-guru seperti contoh, akhbarana atau ahdasana bagi membezakan

sanad dan periwayat (dengan membezakan bukan sekerat-sekerat).46

Wujud juga hadis yang disalin hanya apa yang pasti dan diakhiri dengan

“kemudian tidak aku dengar”, “diambil daripada..” menunjukkan betapa jujurnya

beliau dalam menukilkan hadis. Wujud perawi yang terlalu ketat dan beliau tidak

berjaya masuk dan mendengar, beliau mencatat “dibaca hadis itu di hadapan dan aku

menjadi saksi” kerana beliau hanya mendengar di sebalik dinding sahaja.”47

7.12.KEDUDUKAN SUNAN IMAM ABU DAUD

Kitab Sunan Imam Abu Daud asalnya daripada kumpulan 500,000 hadis daripada

Rasulullah SAW yang kemudiannya ditapis satu-persatu untuk menjadi sebuah kitab

sunan. Sunan Imam Abu Daud ialah sebuah kitab hadis yang sangat penting kepada

umat Islam khususnya para mujtahidin. Imam Abu Daud hanya menumpukan kepada

persoalan-persoalan fiqh sahaja. Oleh itu sunan Imam Abu Daud merupakan kitab

sunan yang banyak meriwayatkan berkaitan dengan hukum hakam. Bagi menentukan

kesahihan hadis didalam sunan Imam Abu Daud, para ulama berpendapat

sebagaimana berikut :

45http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html 46Ibid47Ibid

Page 26: Imam Abu Daud

2

Jika hadis tersebut terdapat didalam riwayat Bukhari atau Muslim maka hadis

tersebut adalah dianggap sahih.

Jika tidak terdapat didalam kedua-dua atau salah satu daripada kedua syeikh

itu tetapi ada ulama yang mengatakan darjat hadis yang diriwayatkan oleh

Imam Abu Daud adalah sahih beserta dengan syarat-syarat yang boleh

diterima, ia juga dikatakan hadis sahih. Manakala menurut Ibnu Sollah dan

Imam Nawawi jika hadis tidak terdapat didalam mana-mana kitab sahih maka

ia dianggap hadis hasan.48

7.13.RAHSIA PENGAJIAN KITAB SUNAN SITTAH

Sunan Sittah masyhurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih

Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasa’i, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan

Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih

sesuai dengan al-Muwatta’ atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi

berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah

hadis maudu’.

Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih

sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan

kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah

seperti berikut ;

Sunan Tirmizi : (Menyebut ikhtilaf ulamak). Kitab hadis yang pertama yang perlu

dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah

ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.

48Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Page 27: Imam Abu Daud

2

Sunan Abu Daud : (Menyebut dalil masing-masing ulamak). Setelah melihat

ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh

mereka.

Sahih Bukhari : (Mengajar cara istinbat hukum dan menyatakan hadis paling

sahih). Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula

dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih

Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbat hukum daripada hadis Ini

dapat kita lihat pada setiap “tarjamatul bab” (tajuk bab) yang telah diistinbatkan

hokum oleh beliau daripada ayat al-Quran atau al-Hadis yang diletakkan di bawah

bab berkenaan.

Sahih Muslim : (Memperbanyakkan hadis sahih). Imam Muslim

memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya

sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza.49

Seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak

diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam

Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari

di bawah “tarjamatul bab” nya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu

tinggi.

Sunan Nasa’i : (Mengajar supaya meneliti perawi hadis). Imam Nasa’i

menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan cacat (‘illah) pada matan

sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz

sesebuah hadis itu.

Sunan Ibnu Majah : (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis). Ini

merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana

padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu’, maka para pelajar

dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini.

Sekiranya maudu’, maka apakah sebabnya?. Begitulah seterusnya, semuanya

untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis.50

49http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6544.0 50Ibid

Page 28: Imam Abu Daud

2

8.0.KESIMPULAN

Kesimpulannya di sini, Imam Abu Daud banyak memberikan sumbangan yang

tidak ternilai dengan wang ringgit. Beliau menghasilkan karya-karya yang menjadi

rujukan pada masa kini. Kecintaan beliau terhadap ilmu pengetahuan dapat dilihat

semenjak berusia masih kecil lagi. Kehebatan dan kebolehan beliau dalam ilmu

pengetahuan terselah ketika beliau menjejak usia dewasa.

Beliau memulakan perjalanan untuk mencari ilmu pengetahuan ketika beliau

berusia 18 tahun. Kegigihan dan kesungguhan beliau dalam mendapatkan ilmu

pengetahuan menjadikan beliau salah seorang yang yang mahir dalam ilmu

pengetahuan.

Imam Abu Daud banyak menguasai ilmu pengetahuan terutamanya dalam

bidang hadis, ilmu-ilmu berkaitan hadis dan ilmu fiqih. Beliau di didik dalam

kalangan keluarga yang amat mencintai ilmu pengetahuan terutamanya ilmu hadis.

Page 29: Imam Abu Daud

2

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang memberi perhatian yang tinggi

terhadap ilmu-ilmu hadis. Ini menunjukkan bahawa ahli keluarga beliau amat

memetingkan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, perhatian yang tinggi

terhadap ilmu hadis dapat meresap ke dalam diri Imam Abu Daud sehingga beliau

bergelar salah seorang daripada alim hadis dan mahir dalam bidang hadis.

Beliau banyak mengembara semata-mata untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan. Keinginan yang tinggi mendorong beliau untuk mendapatkan hadis

dalam jumlah yang agak banyak.

Beliau banyak menghasilkan kitab yang menjadi rujukan bagi umat Islam

sebagai panduan dalam kehidupan. Diantara kitab beliau yang masih kekal sehingga

ke hari ini dan yang sangat masyhur iaitu Sunan Imam Abu Daud. Susunan sunan

yang dilakukan olehnya agak berbeza daripada sunan-sunan yang lain.

9.0.BIBLIOGRAFI

Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka

Salam SDN. BHD.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur :

Dawama SDN. BHD.

Bey Arifin. (1993). Sunan Abi Daud. Kuala Lumpur : Victoy Agencie.

http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html

diambil pada 9 Mei 2011

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html diambil pada 9 Mei 2011

http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud diambil pada

Page 30: Imam Abu Daud

2

9 Mei 2011

http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/ diambil pada 9 Mei 2011

http://kitabhadith.wordpress.com/2011/01/01/imam-abu-dawud/ diambil pada 9 Mei

2011

http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/16/jumlah-hadist-4-sunan-abu-dawud-nasa

%E2%80%99i-timidzi-ibnu-majah/ diambil pada 9 Mei 2011

http://d-scene.blogspot.com/2011/04/kitab-sunan-abu-daud.html diambil pada 9 Mei

2011

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6544.0 diambil pada 9 Mei 2011

http://nurzaman3006.blogspot.com/2008/09/periwayat-hadith-imam-abu-daud-part-

3.html diambil pada 9 Mei 2011

http://mujahidincyber.blogspot.com/2009/04/sejarah-hidup-imam-abu-dawud.html

diambil pada 9 Mei 2011