lukas - ebible.org · lukas1:1 1 lukas1:10 lukas pendahuluan 1kepadayangdihormatiteofilus, ramai...

109
Lukas 1:1 1 Lukas 1:10 Lukas Pendahuluan 1 Kepada yang dihormati Teofilus, Ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh un- tuk mencatat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di kalangan kita 2 sebagaimana yang diberitahu kepada kita oleh saksi-saksi pertama peristiwa ini yang juga merupakan pemberita Firman. 3 Oleh sebab aku telah mengkaji perkara-perkara ini dari mulanya, aku berfikir eloklah aku mengarang cerita-Nya dengan teratur untuk tuan Teofilus. 4 Aku berbuat demikian supaya tuan akan mengetahui kebenaran yang sepenuhnya tentang perkara-perkara yang telah diajarkan kepada tuan. Pemberitahuan tentang kelahiran Yahya Pengimad 5 Pada zaman Herodes, raja negeri Yudea, ada seorang imam yang bernama Zakaria. Dia terdiri daripada go- longan Abia. Isterinya, Ashba, juga daripada keturunan Harun. 6 Kedua-duanya orang yang lurus di hadapan Allah, dan mengikut segala perintah serta hukum Tuhan dengan sepenuhnya. 7 Tetapi mereka tidak mempunyai anak kerana Ashba mandul, dan kedua-duanya pun telah lanjut usia. 8 Pada suatu hari Zakaria melaksanakan tugasnya seba- gai imam di hadapan Allah menurut gilirannya bertugas. 9 Mengikut peraturan keimaman, dia diundi masuk ke dalam rumah ibadat Tuhan untuk membakar kemenyan. 10 Orang ramai berhimpun di luar untuk beribadat se- waktu kemenyan dibakar.

Upload: vunhan

Post on 30-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Lukas 1:1 1 Lukas 1:10

LukasPendahuluan

1Kepada yang dihormati Teofilus,Ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh un-tuk mencatat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dikalangan kita 2 sebagaimana yang diberitahu kepadakita oleh saksi-saksi pertama peristiwa ini yang jugamerupakan pemberita Firman. 3 Oleh sebab aku telahmengkaji perkara-perkara ini dari mulanya, aku berfikireloklah aku mengarang cerita-Nya dengan teratur untuktuan Teofilus. 4 Aku berbuat demikian supaya tuanakan mengetahui kebenaran yang sepenuhnya tentangperkara-perkara yang telah diajarkan kepada tuan.

Pemberitahuan tentang kelahiran Yahya Pengimad5 Pada zaman Herodes, raja negeri Yudea, ada seorang

imam yang bernama Zakaria. Dia terdiri daripada go-longan Abia. Isterinya, Ashba, juga daripada keturunanHarun. 6 Kedua-duanya orang yang lurus di hadapanAllah, dan mengikut segala perintah serta hukum Tuhandengan sepenuhnya. 7 Tetapi mereka tidak mempunyaianak kerana Ashba mandul, dan kedua-duanya pun telahlanjut usia.

8Pada suatu hari Zakaria melaksanakan tugasnya seba-gai imam di hadapan Allah menurut gilirannya bertugas.9 Mengikut peraturan keimaman, dia diundi masuk kedalam rumah ibadat Tuhan untuk membakar kemenyan.10 Orang ramai berhimpun di luar untuk beribadat se-waktu kemenyan dibakar.

Lukas 1:11 2 Lukas 1:2211Kelihatanlah kepada Zakaria, malaikat Tuhan berdiri

di sebelah kanan tempat pembakar kemenyan itu. 12HatiZakaria berdebar apabila melihatnya dan dia berasa amattakut. 13 Tetapi malaikat itu berkata kepadanya, ‘Jan-ganlah takut, hai Zakaria, kerana permohonanmu telahdikabulkan. Isterimu Ashba akan melahirkan seoranganak lelaki bagimu. Kamuhendaklahmenamainya Yahya.14 Kamu akan bergembira dan bersukacita apabila diadilahirkan. Begitu juga ramai orang lain 15 kerana diaakan menjadi mulia di sisi Tuhan. Dia tidak akan minumair anggur atau minuman keras kerana dia akan dipenuhidengan Roh Suci sejak dari rahim ibunya. 16 Dia akanmengembalikan ramai orang Israel kepada Allah, Tuhanmereka, 17 dan dia akan melangkah di hadapan Tuhandengan roh dan kuasa Ilyas untuk mendamaikan bapadengan anak dan mengembalikan orang ingkar ke jalanorang benar, supaya menyediakan suatu kaum yangbersiap sedia bagi Tuhan.’

18 Zakaria berkata kepada malaikat itu, ‘Bagaimanakahaku dapat mengetahui perkara ini akan berlaku? Akutelah tua dan isteriku pun telah lanjut usianya.’

19 Malaikat itu menjawab lagi, ‘Akulah Jibrail yangberdiri di hadirat Allah. Aku telah diutuskan untukmenyampaikan perkhabaran yang baik ini kepadamu.20 Ingatlah: oleh sebab engkau tidak mempercayai kata-kataku ini yang akan berlaku pada masanya, engkau akanmenjadi bisu dan tidak dapat bertutur hingga pada harisemua perkara ini berlaku.’

21 Sementara itu, orang yang berhimpun itu ternanti-nanti akan Zakaria; mereka sangat hairan kerana diabegitu lama di dalam rumah ibadat. 22Apabila dia keluar,dia tidak dapat bertutur kepada mereka. Lalu merekamenyedari Zakaria telah nampak sesuatu di dalam rumah

Lukas 1:23 3 Lukas 1:35ibadat. Oleh sebab dia tidak dapat bertutur, dia menggu-nakan isyarat dengan tangannya.

23 Setelah tamat masa perkhidmatannya, Zakaria kem-bali ke rumahnya. 24 Kemudian, Ashba, isterinya punhamil lalu dia tidak meninggalkan rumahnya selamalima bulan. Dia berkata, 25 ‘Akhirnya, Tuhan telahmenolongku. Dia menghapuskan aibku di kalanganmasyarakat.’

Pemberitahuan tentang kelahiran Isa26 Dalam bulan yang keenam, malaikat Jibrail diutus

Allah ke Nasaret, sebuah kota di jajahan Galilea, 27 kepadaseorang anak dara yang telah bertunang dengan seoranglelaki yang bernamaYusuf daripada keturunanRaja Daud.Nama anak dara itu ialah Maryam. 28Malaikat itu datangkepadanya lalu berkata, ‘Salam kepadamu yang amatdiredai Allah! Tuhan bersamamu!’

29 Hati Maryam runsing mendengar kata-kata itudan dia tertanya-tanya akan maksud salam tersebut.30Seterusnya, malaikat itu berkata kepadanya, ‘Janganlahtakut, hai Maryam, kerana engkau telah diredai Allah.31Engkau akan hamil danmelahirkan seorang anak lelaki.Engkau hendaklah menamai-Nya Isa. 32Dia akan menjadimulia dan Dia akan digelar Putera Allah Yang MahaTinggi. Allah, Tuhan kita akan mengurniakan takhtaDaud, nenek moyang-Nya itu kepada-Nya. 33 Dia akanmerajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaan-nya berkekalan.’

34 Lalu Maryam berkata kepada malaikat itu,‘Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkanaku masih dara?’

35 Malaikat itu menjawab, “Roh Suci akan turunke atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akanmenaungimu. Oleh itu, anak suci yang akan dilahirkan

Lukas 1:36 4 Lukas 1:49akan digelar Putera Allah. 36 Tambahan pula, saudaramuAshba yang dahulu dikatakan mandul pun telah hamilenam bulan walaupun dia sudah tua. 37 Sebab bagi Allahtidak ada yang mustahil.

38 Maryam berkata, ‘Aku ini hamba Tuhan. Jadilahkepada akumengikut kata-katamu itu.’ Lalumalaikat punmeninggalkannya.

Maryam melawat Ashba39 Setelah itu, Maryam bersiap-siap dan bergegas pergi

ke sebuahkota di kawasanpergununganYudea. 40Diama-suk ke dalam rumah Zakaria dan memberi salam kepadaAshba. 41 Apabila Ashba mendengar salam Maryam,anak dalam kandungannya bergerak-gerak dan Ashbadipenuhi Roh Suci. 42 Dia berseru, ‘Diberkati engkauantara kaum perempuan, dan diberkatilah juga kandun-ganmu itu. 43 Siapakah aku ini sehingga ibu Junjun-ganku datang kepadaku? 44 Apabila kudengar salammu,anak dalam kandunganku bergerak-gerak dengan ke-sukaan. 45 Diberkatilah kamu kerana mempercayai apayang dikatakan kepadamu daripada Tuhan akan berlaku!’

Nyanyian pujian Maryam46Maryam berkata,

‘Jiwaku meninggikan Tuhan;47 rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku,

48 kerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina ini.Dari sekarang hingga selama-lamanya,

orang akan berkata aku diberkati,49kerana YangMaha Kuasa telahmelakukan perkara

yang besaruntuk aku.Sucilah Nama-Nya.

Lukas 1:50 5 Lukas 1:6150Dia memberkati mereka yang

takut akan Dia,daripada satu keturunan kepada satu keturunan

yang lain.51Dia telah menunjukkan kekuatan

tangan-Nya;Dia telah mencerai-beraikan mereka yang berhati

bongkak.52Dia telahmenurunkan raja-raja daripada takhtamereka

dan mengangkat tinggi orang yang hina;53 Dia telah memuaskan orang yang lapar dengan segala

yang baik,tetapi orang kaya dihalau pergi dengan tangan

kosong.54Dia menolong bangsa Israel, hamba-Nya

kerana Dia ingat akan belas kasihan-Nya55 yang dijanjikan kepada nenek moyang kita Ibrahim

dan semua keturunannya untuk selama-lamanya.’56 Maryam tinggal bersama Ashba selama tiga bulan.Selepas itu, dia pulang ke rumahnya.

Yahya Pengimad57 Tibalah masanya untuk Ashba bersalin dan dia

melahirkan seorang anak lelaki. 58Apabila jiran tetanggadan saudara-maranya mendengar bahawa Tuhan telahmelimpahkan berkat kepadanya, mereka turut bergem-bira bersamanya.

59 Pada hari yang kelapan, mereka datang untukmenyunatkan bayi itu. Mereka mahu menamainya Za-karia seperti nama bapanya. 60 Tetapi ibunya berkata,‘Tidak! Namanya ialah Yahya.’

61 Mereka berkata kepada Ashba, ‘Tiada seorang pundaripada kaum keluargamu yang bernama sedemikian.’

Lukas 1:62 6 Lukas 1:7462Lalumereka bertanya kepada bapanya denganmeng-

gunakan isyarat nama yang hendak diberikan kepadaanaknya itu. 63 Dia meminta papan tulis lalu menulisdemikian, ‘Namanya Yahya.’ Semuanya kehairanan.64 Pada seketika itu, mulut Zakaria terbuka dan lidahnyatidak terikat lalu dia bercakapdanmemuji Allah. 65Semuajirannya sangat takut dan segala perkara ini tersebar keseluruh jajahan Yudea. 66 Semua orang yang mendengar-nya berkata dalam hati masing-masing, ‘Bagaimanakahgerangan halnya anak ini kelak?’ Jelaslah bahawa tanganTuhan memimpinnya.

Nubuat Zakaria67 Bapanya, Zakaria, dipenuhi dengan Roh Suci lalu

berkata,68 ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan bangsa Israel!

Kerana Dia telah datang dan menebus umat-Nya;69 Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang

berkuasa,seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud.

70 Demikianlah firman-Nya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang

sucidari zaman dahulu kala,

71 Dia berjanji menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita,

dan daripada tangan semua orang yang membencikita;

72Dia mengasihani nenek moyang kita,dan mengingati perjanjian-Nya yang suci,

73Dia berjanji kepada nenek moyang kita,Ibrahim,

74 untuk menyelamatkan kita daripada musuh-musuhkita

Lukas 1:75 7 Lukas 2:7supaya tanpa rasa takut kita beribadat kepada-Nya

75 dalam kesucian dan kebenaransepanjang hidup kita.

76 Engkau, anakku, akan digelar nabi Allah Yang MahaTinggi

kerana engkau mendahului Tuhan demi menyedi-akan jalan-Nya,

77 dan memberitahu umat-Nya bahawa mereka disela-matkan

apabila dosa mereka diampunkan.78Oleh sebab Allah, Tuhan kita

mengasihani kita,cahaya matahari akan terbit

79 untuk menerangi orang yang tinggaldalam kegelapan dan bayang maut,serta memimpin kita ke jalan damai.’

80 Anak itu membesar dan bertambah kuat dari segikerohaniannya. Dia tinggal di gurun sehinggalah diamuncul di khalayak bangsa Israel.

2Kelahiran Isa

1 Pada masa itu Kaisar Augustus menitahkan pendudukdi seluruh kerajaan Rom dibanci. 2 Ketika pembancianpertamadilaksanakan, Kureniusmenjadi gabenor di Siria.3Dalam pembancian tersebut, setiap orang perlu kembalike tempat lahir masing-masing untuk mendaftarkan diri.

4 Oleh itu, Yusuf terpaksa berangkat dari bandarNasaret di Galilea ke kota Daud yang bernama Baitlahimdi Yudea kerana dia daripada keturunan Daud. 5Dia pergiuntuk mendaftarkan diri bersama Maryam, tunangnyayang sedang hamil. 6 Sewaktu mereka di sana, tibalahmasanya untuk dia bersalin. 7 Dia melahirkan seorang

Lukas 2:8 8 Lukas 2:18anak lelaki, iaitu anak sulungnya. Dia membedung anakitu lalu membaringkan-Nya di dalam sebuah palung ker-ana tidak ada tempat bagi mereka di rumah tumpangan.

Gembala dan malaikat8 Di daerah itu ada beberapa orang gembala yang

bermalam di padang kerana menjaga domba mereka.9 Tiba-tiba malaikat Tuhan muncul di hadapan merekadan kemuliaan Tuhan menerangi mereka, lalu merekaketakutan. 10 Tetapi malaikat itu berkata kepada mereka,‘Jangan takut! Aku membawa kepadamu berita baik yangakan memberikan sukacita besar kepada seluruh umat.11Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penye-lamat bagimu, iaitu al-Masih, Junjungan itu. 12 Inilahtandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang anakyang dibedung dan dibaringkan di dalam sebuah palung.’

13 Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh satu angkatanbesar dari syurga yang memuji-muji Allah:14 ‘Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi dan

damaisejahtera di bumi bagi orang yang berkenanpada hati-Nya.’

15 Setelah malaikat-malaikat itu meninggalkan merekauntuk kembali ke syurga, gembala-gembala itu berkatasesama sendiri, ‘Marilah kita pergi ke Baitlahim untukmelihat kejadian yang telah berlaku itu seperti yangdiberitahu Tuhan kepada kita.’

16Mereka pergi dengan segera lalumenjumpaiMaryamdan Yusuf serta bayi itu yang sedang terbaring di dalampalung. 17 Setelah melihat bayi itu, mereka pun mem-beritahu segala yang telah dikatakan kepada mereka ten-tang anak itu. 18 Semua yang mendengar berasa kagum

Lukas 2:19 9 Lukas 2:29

tentang apa yang dikatakan oleh gembala-gembala itukepada mereka; 19 tetapi Maryam mengingati segalaperkara ini dan merenunginya. 20 Kemudian gembala-gembala itu pulang sambil memuji-muji Allah atas segalayangdidengar dandilihatmereka. Segalanya seperti yangdikatakan kepada mereka.

Isa dipersembahkan di rumah ibadat21Lapanhari kemudian, tibalahmasanyauntukmenyu-

natkan bayi itu, lalu Dia diberikan nama Isa, seperti yangdikatakan oleh malaikat sebelum Dia dikandung olehMaryam.

22Setelah tamatmasa penyucianmengikut hukumTau-rat Musa, mereka pun membawa Isa ke Baitulmaqdis un-tuk mempersembahkan-Nya kepada Tuhan. 23 Tersuratdalam Hukum Tuhan bahawa setiap anak lelaki sulungakan diserahkan kepada Tuhan. 24 Mereka juga mem-persembahkan korban mengikut apa yang ditetapkandalamHukumTuhan, iaitu sepasang burung tekukur ataudua ekor anak merpati.

25 Pada masa itu ada seorang di Baitulmaqdis yangbernama Simeon. Seorang yang salih dan bertakwakepada Allah, Simeon menantikan masa terhiburnya Is-rael. Dan dia diasertai Roh Suci. 26 Roh Suci telahmemberitahunya bahawa dia tidak akanmeninggal duniasebelumdiamelihat al-Masih yang dijanjikan oleh Tuhan.27 Atas pimpinan Roh dia masuk ke dalam rumah ibadat.Ketika Isa, anak itu, dibawa masuk oleh ibu bapa-Nya un-tukmenunaikan hukumTaurat itu, 28SimeonmendukungDia dan bersyukur kepada Allah lalu berkata:29 ‘Ya Tuhan, sekarang biarlah hamba-Mu pergi dengan

sejahtera,menurut firman-Mu:

Lukas 2:30 10 Lukas 2:4330 kerana mataku telah melihat penyelamatan-Mu

31 yang telah Kausediakan di hadapan segala bangsa,32 satu cahaya yang akan menunjukkan jalan

kepada bangsa-bangsa asingdan menjadi kemuliaan bagi umat-Mu Israel.’

33 Ibu bapa-Nya kagum mendengar apa yang dikatakantentang anak itu. 34 Simeon memberkati mereka danberkata kepada Maryam, ibu anak itu, ‘Anak ini telah dip-ilih oleh Tuhan untuk menjatuhkan dan membangunkanramai orang Israel kelak; Dia menjadi tanda daripadaAllah yang akan dibantahi orang 35 supaya fikiran dalamhati mereka didedahkan. Dan jiwamu sendiri akan di-tusuk oleh pedang.’

36 Ada pula seorang nabiah yang bernama Hana bintiFanuel, daripada suku Asyer. Dia telah lanjut usianya. Diaberkahwin selama tujuh tahun 37danmenjadi balu selamalapan puluh empat tahun. Dia tidak pernah mening-galkan rumah ibadat, malahan dia beribadat kepada Allahdengan berpuasa dan berdoa siang malam. 38 Pada ketikaitu juga, dia datang dan mengucapkan syukur kepadaAllah lalu berkata tentang anak itu kepada semua orangyang menantikan pembebasan bagi Baitulmaqdis.

39 Setelah ibu bapa-Nya menunaikan segala yang wajibmenurut Hukum Tuhan, mereka pulang ke kota Nasaret,kota tempat tinggalmereka di Galilea. 40Anak itu semakinmembesar dan bertambah kuat serta penuh dengan kebi-jaksanaan. Kasih kurnia Tuhan ada pada-Nya.

Isa di rumah ibadat41 Tiap-tiap tahun ibu bapa-Nya pergi ke Baitulmaqdis

untuk menyambut perayaan Paska. 42 Ketika Isa berusiadua belas tahun, mereka pergi menghadiri perayaan ituseperti biasa. 43 Setelah tamat perayaan itu, mereka pun

Lukas 2:44 11 Lukas 3:2berangkat pulang; tetapi Isa, anak mereka itu tertinggaldi Baitulmaqdis dan ibu bapa-Nya tidak menyedari halitu. 44 Mereka menyangka Dia ada bersama teman-teman seperjalanan. Oleh itu mereka berjalan sepanjanghari sebelum mereka mencari-cari Isa di kalangan kaumkeluarga dan kenalan mereka. 45 Apabila mereka tidakmenjumpai-Nya, mereka kembali ke Baitulmaqdis untukmencari-Nya. 46Selepas tiga hari, mereka akhirnyamene-mui Isa di dalam rumah ibadat. Dia duduk dikelilingi olehguru-guru Taurat sambil mendengar pengajaran merekadanmenanya soalan. 47Semua orang yangmendengar Isakagum akan pengertian dan jawapan-Nya. 48 Ketika ibubapa-Nya melihat-Nya, mereka juga kagum lalu ibu-Nyaberkata, ‘Anakku, mengapakah Engkau berbuat demikianterhadap kami? Ibu dan ayah begitu bimbang mencari-Mu.’

49 Lalu Isa menjawab, ‘Mengapakah ibu dan ayah men-cari Aku? Tidakkah ibu dan ayah mengetahui Aku harusmelakukan kerja Bapa-Ku?’ 50Tetapimereka tidakmema-hami apa yang dikatakan-Nya kepada mereka.

51 Kemudian Dia pulang bersama mereka ke Nasaret.Dia taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan segalaperkara ini dalam hatinya. 52 Isa semakin membesar danbijaksana. Dia diredai oleh Allah dan manusia.

3Khutbah Yahya Pengimad

1 Pada tahun yang kelima belas pemerintahan KaisarTiberius, Pontius Pilatus menjadi gabenor negeri Yudea,Herodes menjadi raja negeri Galilea dan saudaranya Fil-ipus menjadi raja di wilayah Iturea dan Trakhonitis,Lisanias menjadi raja Abilene 2 dan Hanas serta Kayafas

Lukas 3:3 12 Lukas 3:10menjadi imam agung. Pada masa ini, firman Allah disam-paikan kepada Yahya anak Zakaria di gurun. 3 Lalu Yahyapergi ke seluruh daerah Sungai Yordan mengkhabarkansuatu pengimadan sebagai tanda pertaubatan yangmem-bawa pengampunan dosa, 4 seperti yang tersurat dalamkitab Nabi Yasyaya:

‘Suara seorang yang berseru di gurun,“Sediakanlah jalan untuk Tuhan,

luruskanlah jalan untuk-Nya.5 Setiap lembah akan ditambak

dan setiap gunung serta bukit akan diratakan.Tempat bengkang-bengkok akan diluruskan

dan jalan lekak-lekuk akan dilicinkan.6 Semua manusia akan melihat penyelamatan

yang dikurniakan oleh Allah.” ’7 Yahya berkata kepada orang ramai yang berkerumununtuk diimadkannya, ‘Hai, kamu seperti ular berbisa, sia-pakah yang telah memberimu amaran supaya melarikandiri daripada kemurkaan Allah yang akan datang? 8Kamuhendaklah membuktikan pertaubatanmu dengan perbu-atan yang baik, dan jangan mula berkata sesama sendiri,‘Ibrahim bapa kita’, kerana aku berkata kepadamu ba-hawa Allah berkuasa menjadikan anak-anak bagi Ibrahimdaripada batu-batu ini. 9 Kapak telah sedia terletakpada akar pokok kayu. Jadi, setiap pokok kayu yangtidak mengeluarkan buah yang baik akan ditebang dandibuangkan ke dalam api.’

10 Orang ramai itu bertanya kepada Yahya, ‘Jadi, apayang harus kami buat?’

Lukas 3:11 13 Lukas 3:2011 Dia menjawab, ‘Sesiapa yang mempunyai dua helai

baju hendaklah memberi kepada orang yang tidak mem-punyai baju, dan sesiapa yang mempunyai makanan hen-daklah berkongsi dengan orang yang memerlukannya.’

12 Ada pemungut cukai datang untuk diimadkan lalubertanya kepada Yahya, ‘Tuan Guru, apa yang harus kamibuat?’

13 Yahya berkata kepada mereka, ‘Jangan suruh orangmembayar lebih daripada apa yang ditetapkan.’

14 Ada askar bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah den-gan kami? Apa yang harus kami buat?’

Yahya berkata kepada mereka, ‘Jangan aniayai orangdan jangan rampas harta benda atau ajukan tuduhanpalsu. Berpuas hatilah dengan gajimu.’

15 Orang ramai menanti-nanti dengan penuh harapandan mereka tertanya-tanya dalam hati tentang Yahyakalau-kalau dialah al-Masih itu. 16 Yahya berkata kepadamereka, ‘Aku ini mengimadkan kamu dengan air tetapiseorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang.Aku ini tidak layak walaupun untuk mengurai tali kasut-Nya. Dialah yang akan mengimadkan kamu denganRoh Suci dan api. 17 Nyiru ada di dalam tangan-Nyauntuk menampi bijirin dan mengumpulkannya di dalamrengkiang tetapi sekam akan dibakar-Nya dalam api yangtidak dapat dipadamkan.’ 18 Yahya menasihati orangdengan pelbagai cara serta memberitakan Injil kepadamereka.

19 Dia telah menegur Raja Herodes tentang perkah-winannya dengan Herodias, isteri saudaranya, dan ten-tang segala kejahatan yang dilakukannya. 20 Kemudian,Raja Herodes melakukan dosa yang lebih dahsyat denganmemenjarakan Yahya.

Pengimadan Isa

Lukas 3:21 14 Lukas 3:3421 Ketika semua orang diimadkan, Isa pula diimadkan.

Ketika Dia berdoa, langit terbuka, 22 Roh Suci bagaiburung merpati turun ke atas-Nya. Kedengaran satusuara dari langit yang berkata, ‘Engkaulah Putera-Kuyang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.’

Nenek moyang Isa23 Isa berusia lebih kurang tiga puluh tahun pada masa

Dia memulakan pelayanan-Nya. Pada sangkaan orang,Dia anak kepada Yusuf, anak Eli,24 anak Matat,anak Lewi, anak Malkhi,anak Yanai, anak Yusuf,25 anak Matica, anak Amush,anak Nahum, anak Hesli,anak Nagai, 26 anak Maat,anak Matica, anak Simei,anak Yosekh, anak Yoda,27 anak Yohanan, anak Resa,anak Zerubabel, anak Sealtiel,anak Neri, 28 anak Malkhi,anak Adi, anak Kosam,anak Elmadam, anak Er,29 anak Yesua, anak Eliezer,anak Yorim, anak Matat,anak Lewi, 30 anak Simeon,anak Yuda, anak Yusuf,anak Yonam, anak Elyakim,31 anak Melea, anak Mina,anak Matata, anak Natan,anak Daud, 32 anak Isai,anak Obed, anak Boas,anak Salmon, anak Nahason,33 anak Aminadab, anak Admin, anak Arni,anak Hezron, anak Peres,anak Yuda, 34 anak Yakub,

Lukas 3:35 15 Lukas 4:7

anak Ishak, anak Ibrahim,anak Terah, anak Nahor,35 anak Serug, anak Rehu,anak Peleg, anak Eber,anak Selah, 36 anak Kenan,anak Arpakhsad, anak Sem,anak Nuh, anak Lemekh,37 anak Metuselah, anak Henokh(juga disebut Idris),anak Yared, anak Mahalaleel,anak Kenan, 38 anak Enos,anak Set, anak Adam,anak Allah.

4Isa digoda

1 Isa penuh dengan Roh Suci, kembali dari daerah Yordandan dipimpin oleh Roh ke padang gurun. 2 Selama empatpuluh hari, Dia digoda oleh Iblis. Sepanjang masa itu, Diatidak makan apa-apa. Akhirnya, Dia berasa lapar.

3 Lalu Iblis berkata kepada-Nya, ‘Jikalau Engkau PuteraAllah, perintahkan batu ini supaya menjadi roti.’

4 Isa menjawab, ‘Dalam Kitab Suci tersurat, “Manusiahidup bukan hanya dengan roti sahaja.” ’

5 Iblis membawa Isa ke satu tempat yang tinggi laludalam sekelip mata, Iblis memperlihatkan kepada Isasegala kerajaan di dunia. 6 Iblis berkata, ‘Aku akanmemberikan segala kekuasaan ini dengan kemuliaan-nya kepada-Mu kerana semuanya itu telah diserahkankepadaku dan aku boleh memberikannya kepada sesiapajua yang aku suka. 7 Jadi, jikalau Engkaumenyembah aku,keseluruhannya akan menjadi kepunyaan-Mu.’

Lukas 4:8 16 Lukas 4:188 Tetapi Isa menjawab, ‘Dalam Kitab Suci tersurat,

“Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dankepada-Nya sahaja engkau beribadat.” ’

9 Kemudian, Iblis membawa Isa ke Baitulmaqdis lalumenempatkan-Nya di atas mercu rumah ibadat danberkata kepada-Nya, ‘Jikalau Engkau Putera Allah, terjun-lah ke bawah, 10 kerana dalam Kitab Suci ada tersurat,‘ “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya

untuk melindungi-Mu11danmereka akanmenatang-Mu dengan tanganmereka

supaya kaki-Mu tidak terantuk pada batu.” ’12 Tetapi Isa menjawab, ‘Kitab Suci juga mengatakan,

“Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’13 Setelah Iblis selesai menggoda Isa, dia

meninggalkan-Nya untuk sementara waktu.Isa memulakan kerja-Nya di Galilea

14 Isa kembali ke Galilea dan kuasa Roh menyertai-Nya.Perkhabaran tentang-Nya tersebar ke seluruh daerah itu.15 Dia mengajar di saumaah-saumaah mereka dan semuaorang memuji-muji-Nya.

Isa tidak diterima di Nasaret16 Kemudian, Isa kembali ke Nasaret, tempat Dia

dibesarkan. Pada hari Sabat Dia pergi ke saumaah sepertikebiasaan-Nya. Lalu Dia berdiri untuk membaca KitabSuci. 17 Kitab Nabi Yasyaya diberikan kepada Isa dan Diamembuka kitab itu untuk membaca ayat yang tersurat:18 ‘Roh Tuhan ada pada-Ku

kerana Dia telah memilih Akuuntukmemberitakan perkhabaran yang baik kepada

orang miskin;

Lukas 4:19 17 Lukas 4:27Dia telahmengutus Aku untukmengumumkan pelepasan

kepadaorang tawanan,penyembuhan kepada orang buta,

pembebasan orang yang tertindas,19 dan mengisytiharkan tibanya masa yang Tuhan

berkenan!’20 Isa menutup kitab itu dan memulangkannya kepada

petugas lalu duduk. Mata semua orang di dalam saumaahitu tertumpu kepada-Nya. 21 Isa mula berucap kepadamereka, ‘Pada hari ini ayat Kitab Suci ini telah ditepatiketika kamu mendengarnya.’

22 Semua orang memperkatakan-Nya dan kagum akankata-kata indah yang diucapkan-Nya. Mereka berkata,‘Bukankah Dia anak Yusuf?’

23 Isa berkata kepada mereka, ‘Sudah tentunya kamuakan menyebut bidalan ini kepada-Ku, “Tuan tabib, ubatidirimu! Buatlah di kota-Mu sendiri apa yang kami dengarKaubuat di Kapernaum.” ’

24 Isa menambah, ‘Sesungguhnya Aku berkatakepadamu, tiada seorang nabi pun yang diterima dikotanya sendiri. 25 Dengarlah, sesungguhnya terdapatramai balu di negeri Israel pada zaman Nabi Ilyas tatkalalangit tertutup tidak menurunkan hujan selama tigatahun enam bulan, menyebabkan bencana kebulurandi seluruh negeri itu. 26 Tetapi Nabi Ilyas tidak diutuskepada seorang jua pun kecuali seorang balu di bandarSarafat di Sidon. 27 Demikian juga, ada ramai orang yangberpenyakit kusta di Israel pada zaman Nabi Ilyasa tetapitiada seorang pun antara mereka yang disembuhkanmelainkan Naaman, orang Siria.’

Lukas 4:28 18 Lukas 4:3928 Semua orang di dalam saumaah yang menden-

gar kata-kata ini naik berang. 29 Mereka bangun lalumengusir Isa dari kota itu. Dia dibawa ke puncakgunung tempat kota itu dibina kerana mereka mahumenghumbankan-Nya ke bawah. 30 Tetapi Isa berjalan ditengah-tengah mereka dan beredar dari situ.

Orang yang dirasuk oleh roh iblis31 Kemudian Isa pergi ke kota Kapernaum di jajahan

Galilea dan di situlah Diamengajar orang pada hari Sabat.32 Mereka kagum mendengar ajaran-Nya kerana kata-kata-Nya berwibawa.

33Di dalam saumaah itu ada seorang yang dirasuk olehroh iblis yang durjana. Dia menjerit dengan nyaring,34 ‘Ah, mengapakah Engkau mengganggu kami, Isa, orangNasaret? Engkau datang untuk membinasakan kamikah?Aku mengetahui siapa Engkau ini – Engkaulah Yang Sucidaripada Allah.’

35 Isa memarahi roh iblis itu, ‘Diam! Keluar daripadadia!’ Roh iblis itu menghempaskan orang itu di hadapanmereka lalu keluar daripadanya tanpamencederakannya.

36 Mereka semua kehairanan dan berkata sesamasendiri, ‘Betapa hebat kata-kata-Nya! Dengan penuhkewibawaan dan kuasa Dia memerintah roh-roh durjanaitu, mereka terus keluar.’ 37 Maka perkhabaran tentangIsa tersebar ke seluruh daerah itu.

Isa menyembuhkan beberapa orang38 Isa keluar dari saumaah itu lalu pergi ke rumah

Simon. Ibu mertua Simon sedang demam panas danmereka memberitahu Isa tentangnya. 39 Isa pergi berdiridi tepi katilnya dan mengusir demam itu. Ibu mertua Si-mon pulih dengan serta-merta lalu bangun dan melayanimereka.

Lukas 4:40 19 Lukas 5:440 Pada waktu senja semua orang yang mengidap

berbagai-bagai penyakit dibawa kepada Isa. Dia mele-takkan tangan-Nya pada setiap orang dan menyem-buhkan mereka. 41 Roh-roh iblis juga keluar daripadaramai orang dan berteriak, ‘Engkaulah Putera Allah.’Isa memarahi roh-roh iblis itu dan tidak mengizinkanmereka bercakap kerana mereka mengetahui Dialah al-Masih.

Isa mengkhabar Injil di Yudea42 Ketika fajar menyingsing, Isa meninggalkan kota itu

dan pergi ke tempat yang sunyi. Orang ramai mula men-cari Dia, dan apabila mereka menemui-Nya, mereka cubamenahan-Nya daripada meninggalkan mereka. 43 TetapiIsa berkata kepada mereka, ‘Aku harus memberitakanperkhabaran yang baik tentang kerajaan Allah di kota-kota lain juga. Itulah sebabnya Aku diutuskan.’ 44 Jadi,Dia mengkhabarkan Injil di saumaah-saumaah di Yudea.

5Isa memanggil pengikut-pengikut-Nya yang pertama

1 Pada suatu hari semasa Isa berdiri di tepi pantai tasikGenesaret, ramai orang berasak-asak mengerumuni-Nyauntuk mendengar firman Allah. 2 Dia melihat dua buahperahu di situ. Para nelayan yang menangkap ikan telahturun dari perahu itu untuk membasuh jala mereka. 3 Isanaik ke dalam salah sebuah perahu, iaitu perahu Simondan memintanya menolak perahu itu jauh sedikit daripantai. Isa duduk dan mengajar orang ramai dari perahuitu.

4SetelahDiahabismengajar, Dia berkata kepada Simon,‘Tolaklah perahu ke air yang dalam dan tebarkan jalamuuntuk menangkap ikan.’

Lukas 5:5 20 Lukas 5:145 Simon menjawab, ‘Tuan, semalaman kami cuba se-

daya upaya tetapi tidak dapat menangkap apa-apapun.Tetapi, kerana Engkau menyuruh, aku akan menebarkanjala.’

6 Setelah menebarkan jala, mereka menangkap begitubanyak ikan sehingga jala hampir terkoyak. 7 Merekamemanggil rakan-rakan dari perahu lain supaya datangmenolong. Mereka datang lalu memenuhi kedua-duabuah perahu itu dengan ikan sehingga perahu-perahu ituhampir tenggelam.

8Apabila Simon Petrus melihat apa yang telah berlaku,dia berlutut di hadapan Isa dan berkata, ‘Tinggalkanhamba, Ya Junjungan kerana hamba seorang yangberdosa!’ 9 Simon dan semua orang yang bersamanyatakjub melihat begitu banyak ikan yang dapat ditangkapmereka. 10 Begitu juga Yakobus dan Yahya, anak-anakZebedeus, rakan-rakan Simon.

Isa berkata kepada Simon, ‘Jangan takut! Mulaisekarang, engkau akan menjala manusia!’ 11 Setelahmereka menyadaikan perahu-perahu itu, merekameninggalkan semuanya lalu mengikut Isa.

Isa menyembuhkan seorang yang berpenyakit kusta12 Pada suatu hari Isa berada di sebuah bandar. Ter-

dapat seorang yang berpenyakit kusta. Apabila dia meli-hat Isa, dia meniarap lalu memohon kepada-Nya, ‘Tuan,jikalau Tuan mahu, Tuan berkuasa untuk mentahirkanaku.’

13 Lalu Isa pun menghulurkan tangan dan menyen-tuhnya sambil berkata, ‘Aku mahu. Tahirlah engkau!’Seketika itu juga, penyakit kustanya hilang.

14 Isa berpesan kepadanya, ‘Jangan beritahu hal inikepada sesiapapun tetapi pergi tunjukkan dirimu kepada

Lukas 5:15 21 Lukas 5:24imam dan persembahkan suatu korban kerana pentahi-ranmu, seperti yang ditetapkan oleh Musa untuk mem-buktikan kepada semua orang bahawa engkau kini sudahtahir.’

15Akan tetapi, berita tentang Isa tersebar lebih meluasdan ramai orang datang untuk mendengar ajaran-Nyaserta memohon-Nya menyembuhkan penyakit mereka.16 Tetapi Isa kerapkali mengasingkan diri ke tempat yangsunyi untuk berdoa.

Isa menyembuhkan seorang yang lumpuh17 Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang, ada be-

berapa orang Farisi dan ahli Taurat duduk di situ. Merekatelah datang dari setiap bandar di Galilea dan Yudea danjuga dari Baitulmaqdis. Kuasa Allah ada pada Isa untukmenyembuhkan orang. 18 Beberapa orang mengusungseorang yang lumpuh dan mereka mencari jalan untukmembawanya ke dalam rumah untuk meletakkannya dihadapan Isa. 19 Oleh sebab mereka tidak dapat mem-bawanya masuk kerana orang bersesak-sesak, merekanaik ke atas bumbung rumah lalu membuka gentingsupaya dapat menurunkan orang itu dengan tikarnya ditengah-tengah orang ramai di hadapan Isa.

20Apabila Isa melihat imanmereka, Dia berkata kepadaorang lumpuh itu, ‘Saudara, dosa-dosamu diampunkan.’

21 Guru-guru Taurat dan orang Farisi mula berkatasesama diri, ‘Siapakah orang ini yang mengkufuri Allah?Siapakah yang dapat mengampunkan dosa kecuali Allahsahaja?’

22 Tetapi Isa mengetahui fikiran mereka, lalu berkatakepada mereka, ‘Mengapakah kamu memikirkan perkarasedemikian? 23Yangmanakah lebihmudah: mengatakan,“Dosa-dosamu diampunkan,” atau “Bangunlah dan ber-jalan”? 24 Tetapi, supaya kamu ketahui bahawa Putera

Lukas 5:25 22 Lukas 5:34Insan berkuasa di bumi ini untuk mengampunkan dosa...’Lalu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Aku berkatakepadamu, bangunlah, angkat tikarmu dan berjalan pu-lang ke rumah!’ 25 Seketika itu juga, dia bangun di hada-pan mereka sekalian. Dia mengangkat tikar tempat diaberbaring tadi lalu pulang sambil memuji Allah. 26 Semuaorang tercengang-cengang dan memuji Allah. Merekadipenuhi dengan perasaan takjub sambil berkata, ‘Padahari ini kami telah menyaksikan hal yang ajaib!’

Isa memanggil Lewi27Kemudian Isa keluar dan nampak seorang pemungut

cukai yang bernama Lewi sedang duduk di tempat kuti-pan cukai. Isa berkata kepadanya, ‘Ikutlah Aku!’ 28 Lewibangun, meninggalkan semuanya dan mengikut Isa.

29 Lewi menyediakan satu jamuan besar untuk Isadi rumahnya. Ada ramai pemungut cukai dan oranglain yang turut duduk bersama mereka. 30 Orang Farisidan guru-guru Taurat yang semazhab bersungut-sungutkepada pengikut-pengikut Isa, ‘Mengapakah kamumakandan minum bersama pemungut-pemungut cukai danorang berdosa?’

31 Isa menjawab, ‘Orang sakitlah yang memerlukantabib, bukannya orang sihat. 32 Aku datang bukannyauntuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa,supaya mereka bertaubat.’

Pertanyaan tentang puasa33 Mereka berkata kepada Isa, ‘Pengikut-pengikut

Yahya kerapkali berpuasa dan berdoa. Demikian jugapengikut-pengikut orang Farisi. Tetapi pengikut-pengikut-Mu ini makan dan minum sahaja.’

34 Isa menjawab, ‘Dapatkah tetamu-tetamu pengantinlelaki diminta berpuasa selagi pengantin lelaki itu ada

Lukas 5:35 23 Lukas 6:5

bersama-sama? 35 Tetapi selepas pengantin lelaki itu di-ambil daripada mereka, barulah mereka akan berpuasa.’

36 Isa memberitahu juga suatu ibarat kepada mereka:‘Tiada sesiapapun yang mengoyak secarik kain daripadapakaian yang baru untuk menampalkannya ke atas paka-ian lama. Jika demikian, pakaian yang baru itu koyakdan secarik kain yang baru itu tidak sepadan denganyang lama. 37 Tiada sesiapa juga yang akan menuang airanggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Jikalaudemikian, air anggur yang baru itu akan mengoyakkankirbat kulit itu, lalu air anggur di dalamnya akan tumpahdan kirbat kulit itu pun rosak. 38 Tetapi air anggur yangbaru harus dituang ke dalamkirbat kulit yang baru. 39Dantiada sesiapapun gemar minum air anggur yang baruselepas dia minum air anggur yang lama kerana katanya,“Yang lama itu lebih baik.” ’

6Pertanyaan tentang hari Sabat

1 Pada hari Sabat Isa berjalan melalui ladang-ladanggandum dan pengikut-pengikut-Nya memetik bulir gan-dum, menggosoknya dengan tangan lalu memakannya.2 Beberapa orang Farisi berkata kepada mereka, ‘Menga-pakah kamu membuat sesuatu yang dilarang pada hariSabat?’

3 Isamenjawab, ‘Belumkah kamumembaca tentang apayang dilakukan oleh Daud tatkala dia dan pasukannya be-rasa lapar? 4Diamasuk ke dalam rumah ibadat Tuhan lalumengambil dan memakan Roti Persembahan lalu mem-berikannya kepada mereka yang ada bersamanya. RotiPersembahan itu dilarang dimakan kecuali oleh imam-imam sahaja.’ 5 Isa menambah, ‘Putera Insan berkuasaatas hari Sabat.’

Lukas 6:6 24 Lukas 6:17Orang yang tangannya lumpuh sebelah6 Pada suatu hari Sabat yang lain, Isa masuk ke dalam

saumaah lalu mengajar orang. Terdapat di situ seorangyang lumpuh tangan kanannya. 7 Guru-guru Taurat danorang Farisi mengawasi Isa untuk melihat sama ada Diaakan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat keranamerekahendakmencari alasanuntukmenuduh-Nya. 8 Isamengetahui fikiran mereka lalu berkata kepada orangyang lumpuh tangan kanannya, ‘Bangunlah dan berdiridi sini.’ Orang itu pun bangun dan berdiri di situ.

9 Isa berkata kepada mereka, ‘Aku bertanya kepadamuapa yang dibenarkan oleh hukum kita untuk dilakukanpada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat, menye-lamatkan nyawa orang atau membinasakannya?’

10 Isa memandang sekeliling mereka lalu berkatakepada orang itu, ‘Hulurkanlah tanganmu.’ Orang ituberbuat demikian dan tangannya pun sembuh. 11 Tetapimereka naik berang lalu berbincang sesama diri tentangapa yang harus dibuat terhadap Isa.

Isa memilih dua belas rasul12Pada masa itu Isa naik ke sebuah bukit untuk berdoa.

Semalam-malaman Dia berdoa kepada Allah. 13 Setelahhari siang, Isa memanggil pengikut-pengikut-Nya dandaripada mereka itu, Dia memilih dua belas orang yangdigelar-Nya rasul: 14 Simon yang dinamakan-Nya Petrus,dan Andreas adiknya, Yakobus dan Yahya, Filipus danBartolomeus, 15Matius dan Tomas, Yakobus anak Alfeus,Simon yang disebut orang Patriot, 16Yudas anak Yakobus,dan Yudas Iskariot yang menjadi pembelot.

Isa mengajar dan menyembuhkan penyakit17 Isa turun bersama mereka lalu berdiri di suatu

tempat yang rata dengan ramai pengikut-Nya. Ramaiorang dari seluruh jajahan Yudea, dari Baitulmaqdis dan

Lukas 6:18 25 Lukas 6:26dari wilayah-wilayah Tirus serta Sidon 18 telah datanguntuk mendengar Isa dan untuk disembuhkan daripadapenyakit mereka. Orang yang dirasuk roh-roh durjanaturut datang dan mereka juga disembuhkan. 19 Semuaorang cuba menyentuh Isa kerana kuasa sedang keluardaripada-Nya untuk menyembuhkan mereka semua.

Kebahagiaan dan penderitaan20 Isa berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya lalu

berkata:‘Diberkatilah kamu yang miskin,

kerana kamulah yang empunya kerajaan Allah.21Diberkatilah kamu yang lapar sekarang,

kerana kamu akan dikenyangkan.Diberkatilah kamu yang menangis sekarang,

kerana kamu akan bersuka ria.22 Diberkatilah kamu apabila orang membenci kamu,

menyingkiri kamu, menghina kamu danmengutuk kamu kerana Putera Insan.

23 ‘Bersuka rialah apabila perkara itu berlaku dan mel-onjak keriangan, kerana besar ganjaranmu di syurgakelak. Demikian juga perbuatan nenek moyang merekaterhadap nabi-nabi.24 ‘Tetapi malangnya kamu yang kaya,

kerana kamu telah beroleh hidupyang senang-lenang.

25Malangnya kamu yang sekarang kenyang,kerana kamu akan lapar kelak.

Malangnya kamu yang sekarang tertawa,kerana kamu akan menangis dan meratap kelak.

26Malangnya kamu apabila kamu dipuji semua orang,

Lukas 6:27 26 Lukas 6:36

kerana demikian juga perbuatan nenek moyangmereka

kepada nabi-nabi palsu.

Kasih kepada musuh27 ‘Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata

demikian: Kasihilah seterumu, berbuat baik kepadaorang yang membenci kamu; 28 berkatilah orang yangmengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayaikamu. 29 Jika orang menampar sebelah pipimu, biarlahdia menampar sebelah lagi; jika ada orang mengambiljubah kamu, biarkan dia ambil bajumu juga. 30 Berilahsetiap orang yang meminta sesuatu daripadamu dan jikasesiapamengambil barangmu, jangan tuntut balik barangitu. 31 Berbuatlah kepada orang lain seperti yang kamuingin mereka berbuat kepadamu.

32 ‘Jikalau kamu mengasihi orang yang mengasihikamu, apakah kelebihanmu? Malah, orang berdosapun mengasihi orang yang mengasihi mereka. 33 Danjikalau kamu membalas baik kepada orang yang berbuatbaik kepadamu, apakah kelebihanmu? Orang berdosapun berbuat begitu. 34 Jikalau kamu meminjami orangyang kamu harap akan memulangkannya, apakah kelebi-hanmu? Orang berdosa pun meminjami orang berdosauntuk mendapatkan kembali sama banyaknya. 35 Tetapikamu hendaklah mengasihi seterumu; kamu hendaklahberbuat baik kepadanya dan kamu hendaklahmeminjamiorang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlahganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anakAllah Yang Maha Tinggi kerana Dia berbuat baik kepadaorang yang tidak mengenang jasa dan kepada orangyang zalim. 36 Kamu hendaklah berbelas kasihan sepertiBapamu yang berbelas kasihan.

Lukas 6:37 27 Lukas 6:45Menghakimi orang

37 ‘Janganlah kamu hakimi orang supaya kamu tidakakan dihakimi. Janganlah kamu hukum orang supayakamu tidak dihukum. Ampunilah orang dan kamuakan diampuni. 38 Berilah kepada orang dan kamuakan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dandigoncang sehinggamelimpah keluar akan dicurahkan keatas pangkuanmu. Sukatan yang kamu gunakan itu akandigunakan terhadap kamu.’

39 Kemudian Isa memberitahu suatu ibarat lagi.‘Bolehkah orang buta memimpin orang buta? Tidakkahkedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang? 40 Seorangmurid tidak melebihi gurunya; tetapi setiap murid yangterlatih dengan sempurna akan menyerupai gurunya.

41 ‘Mengapakah engkau memandang selumbar yangada di dalam mata saudaramu, tetapi engkau tidakmenyedari sebatang kayu yang ada di dalam matamusendiri? 42 Bagaimanakah engkau dapat berkata kepadasaudaramu, “Saudara, biarlah aku keluarkan selumbaritu daripada matamu” sedangkan engkau tidak nam-pak sebatang kayu yang ada di dalam matamu sendiri?Munafik! Buangkan kayu itu daripada matamu sendiridahulu, barulah engkau dapat melihat dengan teranguntuk mengeluarkan selumbar yang ada di dalam matasaudaramu.

Pokok dan buahnya43 ‘Pokok yang subur tidak menghasilkan buah yang

buruk. Demikian juga pokok yang tidak subur tidakakan menghasilkan buah yang baik. 44 Tiap-tiap pokokdikenal daripada buahnya. Orang tidakmemetik buah aradaripada pokok duri atau buah anggur daripada semakduri. 45Orang yang baik mengeluarkan perkara yang baikdaripada hati yang berlimpah-limpah dengan kebaikan;

Lukas 6:46 28 Lukas 7:6orang yang jahat mengeluarkan perkara yang jahat dari-pada hati yang penuh dengan kejahatan. Seseorang akanmeluahkan apa yang terkandung di dalam hatinya.

Dua orang pembina rumah46 ‘Mengapakah kamu memanggil Aku, “Ya Junjun-

gan, ya Junjungan,” tetapi tidak mematuhi perintah-Ku?47Aku akanmenunjukkan kepadamu keadaan orang yangdatang kepada-Ku dan mendengar serta mentaati kata-kata-Ku. 48 Dia umpama seorang yang membina rumah.Dia menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asasrumah itu di atas batu. Apabila banjir berlaku, arusdari sungai akan melanda rumah itu tetapi tidak dapatmenggoncangkannya kerana rumah itu didirikan dengankukuh. 49 Akan tetapi, orang yang mendengar kata-kata-Ku dan tidak mahu mematuhinya umpama seorang yangmembina rumah di atas tanah tanpa asas. Apabila dilandaarus sungai, rumah itu akan roboh dan kerosakannyabesar sekali.’

7Isa menyembuhkan hamba ketua tentera Rom

1 Setelah Isa habis mengatakan semua perkara ini kepadaorang ramai, Dia pergi ke Kapernaum. 2 Terdapat se-orang hamba ketua tentera yang amat disayangi olehtuannya; hamba itu sedang sakit tenat dan hampir mati.3 Apabila ketua tentera itu mendengar tentang Isa, diamenyuruh beberapa tua-tua Yahudi mendapatkan Isauntuk meminta-Nya datang menyembuhkan hambanyaitu. 4 Ketika mendapatkan Isa, mereka memohon-Nyabersungguh-sungguh, ‘Tolonglah kabulkan permintaan-nya kerana dia patut ditolong. 5Diamengasihi bangsa kitadan dia telah mendirikan sebuah saumaah untuk kita.’6 Lalu Isa pun pergi bersama mereka.

Lukas 7:7 29 Lukas 7:15Tatkala Dia tidak berapa jauh dari rumah, ketua tentera

itu menyuruh beberapa orang sahabat memberitahu Isa,‘Tuan, tak usah Tuan menyusahkan diri ke rumah akukerana aku tidak layak. 7 Aku juga tidak layak datanguntuk menemui Tuan. Memadailah Tuan memberikanperintah sahaja dan hambaku itu akan sembuh. 8 Akujuga di bawah perintah orang atasan dan aku ada askar dibawah perintahku. Aku memerintah seseorang, “Pergi-lah!” dan dia akan pergi; aku memerintah seorang lagi,“Mari!” dan dia akan datang. Aku memerintah seoranghamba, “Buat kerja ini!” dan dia akan melakukannya.’

9 Isa kagum mendengar ini lalu Dia berpaling kepadaorang ramai yang mengikut-Nya sambil berkata, ‘Akuberkata kepadamu bahawa antara bangsa Israel sekalipunbelum pernah Aku jumpa orang yang beriman seteguhini.’ 10Apabilamereka yang disuruh itu kembali ke rumahketua tentera Rom itu,merekamendapati hamba itu telahsembuh.

Isa menghidupkan anak lelaki seorang balu11 Tidak lama kemudian, Isa pergi ke sebuah bandar

yang bernama Nain; pengikut-pengikut-Nya dan orangramai pergi bersama-Nya. 12 Ketika Dia mendekati pintugerbang bandar itu, mayat anak lelaki tunggal seorangbalu sedang diusung keluar dan sekumpulan besar orangdari bandar itu bersama dengan wanita itu. 13 ApabilaIsa melihat balu itu, Dia berasa kasihan terhadapnya laluberkata kepadanya, ‘Janganlah menangis.’

14 Dia berjalan ke hadapan dan menyentuh kerandaitu. Orang yang mengusung keranda itu pun berhenti.Lalu Isa berkata, ‘Hai pemuda, Aku berkata kepadamu– bangun!’ 15 Orang yang sudah mati itu pun bangundan mula bercakap; lalu Isa mengembalikannya kepadaibunya.

Lukas 7:16 30 Lukas 7:2516 Setiap orang ketakutan lalu memuji Allah: ‘Seorang

nabi yang agung telah muncul di kalangan kita!’ dan‘Allah telah mendatangi umat-Nya.’ 17 Khabar tentangIsa ini tersebar ke seluruh jajahan Yudea dan daerah disekelilingnya.

Pengikut-pengikut Yahya Pengimad18 Pengikut-pengikut Yahya memaklumkan segala

perkara ini kepada Yahya. 19 Yahya memanggil duaorang pengikutnya lalu menyuruh mereka pergi kepadaJunjungan untuk bertanya, ‘Adakah Tuan yang dikatakanakan datang itu, atau haruskah kamimenantikan seorangyang lain?’

20 Apabila mereka datang kepada Isa, mereka berkata,‘Yahya yang mengimadkan itu menyuruh kami datangkepada Tuan untuk bertanya, “Adakah Tuan yang akandatang itu, atau haruskah kamimenantikan seorang yanglain?” ’

21 Pada masa itu, Isa sedang menyembuhkan ramaiorang yang menderitai penyakit dan kerasukan roh ib-lis serta mencelikkan mata ramai orang buta. 22 LaluIsa menjawab kepada mereka, ‘Pergilah dan maklumkankepada Yahya apa yang telah kamu lihat dan dengar:orang buta dapat melihat, orang tempang dapat berjalan,orang kusta disembuhkan, orang tuli dapat mendengar,orang mati dihidupkan kembali serta perkhabaran yangbaik diberitakan kepada orang miskin. 23 Diberkatilahorang yang tidak berpaling daripada Aku.’

24 Setelah utusan-utusan Yahya pulang, Isa mulaberkata kepada orang ramai itu tentang Yahya, ‘Semasakamu pergi berjumpa dengan Yahya di gurun, apakahyang hendak kamu lihat? Sebatang buluh yang digoyangoleh angin? 25 Kamu pergi untuk melihat apa? Seorang

Lukas 7:26 31 Lukas 7:33yang mengenakan pakaian bergaya? Sebenarnya, orangyang mengenakan pakaian bergaya dan hidup dalam ke-mewahan didapati di istana-istana raja. 26Oleh itu, kamupergi untuk melihat apa? Seorang nabi? Ya, dan Akuberkata kepadamu, kamu melihat lebih daripada seorangnabi. 27Dialah yang dikatakan dalam Kitab Suci:‘ “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-

Mu,dialah yang akan menyediakan

jalan bagi-Mu.”28 Aku berkata kepadamu bahawa Yahya itu lebih besardaripada semua orang yang pernah dilahirkan. Akantetapi, orang yang terkecil dalam kerajaan Allah lebihbesar daripadanya.’

29 Orang ramai itu, termasuk pemungut-pemungutcukai, mendengar Isa. Mereka mengakui kebenaran Al-lah kerana mereka telah menerima pengimadan Yahya.30 Tetapi orang Farisi dan guru-guru Taurat engganmenerima pengimadan Yahya, maka mereka menolakkehendak Allah untuk mereka.

31 ‘Dengan apakah dapat Aku umpamakan orang padazaman ini? Bagaimanakah keadaan mereka? 32 Merekaumpama budak-budak yang duduk di pasar dan berseru-seru sesama sendiri:‘ “Kami telah memainkan serunai untukmu,

tetapi kamu tidak mahu menari;kami telah menyanyikan lagu-lagu sedih untukmu,

tetapi kamu tidak mahu menangis.”33Kerana Yahya Pengimad telah datang dengan berpuasadan tidak minum air anggur, lalu kamu berkata, “Dia di-

Lukas 7:34 32 Lukas 7:43rasuk roh iblis” 34Putera Insan datang denganmakan danminum lalu kamu berkata, “Tengoklah, orang gelojoh danpeminum, sahabat kepada pemungut-pemungut cukaidan orang berdosa.” 35 Tetapi kebijaksanaan dibuktikanbenar oleh semua orang yang menerimanya.’

Isa di rumah Simon, seorang Farisi36Salah seorang Farisi menjemput Isamakan di rumah-

nya. Isa masuk ke rumah orang Farisi itu lalu bertelekanpada meja. 37 Di dalam kota itu ada seorang perempuanyang hidup dalam dosa. Setelah dia mendengar bahawaIsa sedangmakan di rumah orang Farisi itu, diamembawasebuah botol berisi minyak wangi. 38 Dia berdiri dibelakang Isa dekat dengan kaki-Nya dan menangis lalumembasahi kaki Isa dengan air matanya. Dia menger-ingkan kaki Isa dengan menggunakan rambutnya, men-cium kaki-Nya lalu menuangminyak wangi itu pada kaki-Nya.

39 Apabila melihat perkara ini, orang Farisi yang men-jemput Isa berkata-kata dalam hatinya, ‘Jika orang iniseorang nabi, tentulah dia mengetahui perempuan yangmenyentuh-Nya seorang yang hidup berdosa.’

40 Isa menjawabnya, ‘Simon, ada sesuatu yang hendakAku katakan kepadamu.’

Simon berkata, ‘Ya Guru, katakanlah.’41 ‘Ada dua orang berhutang kepada seorang pemiutang

wang. Seorang berhutang lima ratus dinar dan seoranglagi lima puluh dinar. 42 Oleh sebab mereka tidak dapatmembayar hutang itu, dia pun menghapuskan hutangkedua-dua penghutang wang itu. Antara mereka, yangmanakah akan lebih mengasihinya?’

43 Simon menjawab, ‘Aku rasa orang yang dihapuskanhutangnya yang lebih besar itu.’

Isa berkata kepadanya, ‘Betullah jawapanmu.’

Lukas 7:44 33 Lukas 8:344Lalu Isa berpaling kepada perempuan itu dan berkata

kepada Simon, ‘Engkau melihat perempuan ini? Aku ma-suk ke rumahmu dan engkau tidakmemberikan air mem-basuh kaki-Ku tetapi perempuan ini telah membasahikaki-Ku dengan air matanya lalu mengeringkannya den-gan rambutnya. 45 Engkau tidak menyambut Aku den-gan ciuman, tetapi semenjak Aku masuk, perempuan initidak berhenti-henti mencium kaki-Ku. 46 Engkau tidakmenuang minyak pada kepala-Ku, tetapi perempuan initelahmenuangminyak wangi pada kaki-Ku. 47Oleh sebabitu, Aku berkata kepadamu bahawa kerana kasihnya yangbesar, dosanya yang banyak itu telah diampunkan, tetapiorang yang telah diampuni sedikit sahaja, mengasihisedikit juga.’

48 Isa berkata kepada perempuan itu, ‘Dosa-dosamutelah diampunkan.’

49 Mereka yang makan bersama Isa berkata sesamasendiri, ‘Siapakah orang ini yang mengampunkan dosapula?’

50 Isa berkata kepada perempuan itu, ‘Imanmu telahmenyelamatkanmu. Pergilah dengan sejahtera.’

8Beberapa orang perempuan menyertai Isa

1 Tidak lama kemudian, Isa pergi dari bandar ke bandardan dari kampung ke kampung untuk memberitakanperkhabaran yang baik tentang kerajaan Allah. Duabelas pengikut itu pergi bersama-Nya. 2 Begitu juga be-berapa orang perempuan yang telah disembuhkan dari-pada kerasukan roh iblis dan daripada berbagai-bagaipenyakit, iaitu Maryam (yang disebut orang Magdala)yang daripadanya telah diusir tujuh roh iblis; 3 Yoana,isteri Khuza, pegawai istana Raja Herodes; Susana dan

Lukas 8:4 34 Lukas 8:10ramai perempuan lain yang menggunakan harta bendamereka untuk membantu Isa serta pengikut-pengikut-Nya.

Ibarat seorang penabur4Ketika orang ramai sedang berkumpul, dan orang dari

beberapa buah bandar terus-menerus datang kepada-Nya, Dia menceritakan suatu ibarat: 5 ‘Seorang penaburpergi menabur benihnya. Ketika dia menabur, ada yangjatuh di tepi jalan lalu dipijak orang dan dimakan burung.6 Ada yang jatuh di tempat berbatu, dan setelah tum-buh, tanaman itu menjadi layu kerana tanah kekuranganair. 7 Ada pula jatuh di tengah-tengah semak duri laluduri yang tumbuh bersama-sama membantutkan per-tumbuhannya. 8 Tetapi ada benih yang jatuh di tanahyang baik lalu tumbuh dan mengeluarkan hasil seratusganda banyaknya.’

Kemudian Isa berseru, ‘Orang yang bertelinga, baiklahdia mendengar.’

Maksud ibarat itu9 Pengikut-pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Apakah

erti ibarat ini?’ 10 Isa berkata, ‘Pengetahuan rahsia ker-ajaan Allah telah diberikan kepadamu, tetapi orang lainharus diberitahu dengan menggunakan ibarat supaya,

‘ “mereka terus melihat tetapi tidak nampak,mereka terus mendengar tetapi

tidak mengerti.”

Isa menerangkan maksud ibarat seorang penabur itu

Lukas 8:11 35 Lukas 8:18

11 ‘Inilah maksud ibarat tadi: Benih itu ialah firmanAllah. 12 Benih yang jatuh di tepi jalan itu menggam-barkan mereka yang mendengar firman itu tetapi ke-mudian Iblis datang dan mengambil firman itu daripadahati mereka supaya mereka tidak percaya dan disela-matkan. 13 Benih yang jatuh di tempat berbatu itumenggambarkan mereka yang mendengar dan menyam-but firman itu dengan gembira tetapi firman itu tidakberakar dalamhatimereka. Mereka itu hanyapercaya un-tuk sementara waktu dan apabila waktu dicubai merekaakan meninggalkan kepercayaan mereka. 14 Benih yangjatuh di tengah-tengah semak duri itu menggambarkanmereka yang telah mendengarnya, tetapi dalam hidupmereka sehari-hari mereka terhimpit oleh kekhuatirandan kekayaan serta kesenangan hidup lalu mereka tidakmengeluarkan buah dengan sempurna. 15 Benih yangjatuh di tanah yang baik menggambarkan mereka yangmendengar firman itu dan menyimpannya dalam hatiyang tulus ikhlas lalu dengan ketekunan mereka terusmengeluarkan buah.

Pelita di bawah pasu16 ‘Tiada seorang pun memasang pelita lalu

menudungnya dengan sebuah pasu atau meletakkannyadi bawah katil. Tetapi dia meletakkannya di ataskaki pelita supaya cahayanya kelihatan kepada orangyang masuk ke ruang itu. 17 Tiada sesuatu pun yangtersembunyi yang tidak didedahkan kelak; tiada sesuaturahsia pun yang tidak diketahui kelak. 18 Oleh sebab itu,berhati-hatilah bagaimana kamu mendengar. Sesiapayang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapisesiapa yang tidak ada, sedikit yang disangka ada padanyapun akan diambil daripadanya.’

Lukas 8:19 36 Lukas 8:28Ibu Isa dan adik-beradik-Nya

19 Ibu Isa dan adik-beradik-Nya datang kepada-Nyatetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya keranakesesakan orang ramai. 20 Isa diberitahu, ‘Ibu dan adik-beradik-Mu berada di luar dan hendak bertemu dengan-Mu.’

21 Isa menjawab kepada mereka, ‘Ibu-Ku dan adik-beradik-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allahdan melaksanakannya.’

Isa meredakan ribut22 Pada suatu hari Isa bersama pengikut-pengikut-Nya

menaiki sebuahperahu. Isa berkata kepadamereka, ‘Mar-ilah kita pergi ke seberang tasik.’ Lalu mereka bertolak.23 Ketika mereka sedang belayar, Isa tertidur. Anginribut bertiup ke tasik itu dan perahu itu pun dimasuki airsehingga mereka cemas.

24 Mereka pergi kepada Isa dan mengejutkan-Nya.Mereka berkata, ‘Tuan, Tuan, kita hampir tenggelam!’

Isa bangun lalu memarahi angin dan ombak yangbergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya ten-ang. 25 Isa berkata kepadamereka, ‘Dimanakah imanmu?’

Mereka pun takut dan hairan serta berkata sesamasendiri, ‘Siapakah orang ini sehingga angin dan ombakpun menurut perintah-Nya?’

Isa menyembuhkan seorang yang dirasuk roh iblis26Mereka belayar ke wilayah Gerasa yang di seberang

Galilea. 27 Setelah Isa mendarat, seorang lelaki dari ban-dar itu datangmenemui-Nya. Orang itu telah dirasuk roh-roh iblis dan sudah lama dia tidak berpakaian. Dia tidaktinggal di rumahnya lagi tetapi di gua kubur. 28Ketika diamelihat Isa, dia berteriak lalu sujud di hadapan-Nya danberkata dengan suara yang lantang, ‘Mengapakah Engkau

Lukas 8:29 37 Lukas 8:38mengganggu aku, ya Isa, Putera Allah Yang Maha Tinggi?Aku minta janganlah seksa aku.’ 29 Dia berkata demikiankerana Isa telah memerintah roh durjana itu keluar dari-padanya. Dia seringkali dikuasai oleh roh durjana itu.Oleh sebab itu, dia dikawal ketat dan tangan serta kakinyadirantai orang. Tetapi dia dapat memutuskan rantai itudan dibawa oleh roh durjana ke padang gurun.

30 Isa bertanya kepadanya, ‘Siapakah namamu?’Dia menjawab, ‘Legion’ kerana dia telah dirasuk oleh

ramai roh iblis. 31 Roh-roh iblis itu memohon kepada Isasupaya tidak menghalau mereka ke neraka.

32 Kebetulannya, di bukit itu ada sekawan babi sedangmakan. Roh-roh iblis itu memohon kepada Isa supaya Diamembenarkan mereka masuk ke dalam babi-babi itu danIsamembenarkannya. 33Roh-roh iblis itu keluar daripadaorang tadi dan masuk ke dalam babi. Kemudian kawananbabi itu menyerbu ke tempat curam dan terjun ke dalamtasik lalu mati lemas.

34 Setelah penjaga-penjaga babi itu menyaksikan apayang telah terjadi, mereka berlari untuk menyebarkanhal itu di bandar dan di kampung-kampung sekitarnya.35 Orang ramai pun keluar untuk melihat apa yangtelah terjadi. Mereka datang kepada Isa dan mendapatiorang yang telah dibebaskan daripada roh-roh iblis itududuk di kaki Isa. Orang itu berpakaian dan sudahsiuman. Oleh itu, mereka pun ketakutan. 36 Orang yangtelah menyaksikan kejadian itu menceritakan kepadamereka bagaimana orang yang kerasukan roh iblis itutelah disembuhkan. 37 Lalu semua penduduk wilayahGerasa meminta Isa supayameninggalkanmereka keranamereka ketakutan. Isa punmenaiki perahu untuk pulang.

38 Orang yang telah dibebaskan daripada roh-roh iblisitu meminta Isa membenarkan dia mengikut bersama-

Lukas 8:39 38 Lukas 8:48Nya tetapi Isa menyuruh dia pulang 39 dan berkata,‘Pulanglah ke rumahmu dan khabarkanlah segala yangdilakukan Allah untukmu.’ Orang itu pergi menyebarkansegala yang dilakukan Isa untuknya di seluruh bandar itu.

Anak perempuan Yairus dan perempuan yang menyentuhjubah Isa

40 Sekembalinya Isa ke seberang tasik, orang ramaipun menyambut-Nya kerana mereka menanti-nantikan-Nya. 41 Seorang lelaki yang bernama Yairus, iaitu ketuasaumaah datang kepada-Nya. Dia sujud pada kaki Isadan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya42 kerana anak perempuan tunggalnya yang berumur duabelas tahun hampir mati.

Semasa Isa berjalan, orang ramai itu mengasak-Nyadari semua sudut. 43 Terdapat seorang perempuan yangmengidap penyakit pendarahan selama dua belas tahundan walaupun dia telah menghabiskan segala harta ben-danya untuk mendapatkan rawatan daripada beberapaorang tabib, dia tidak dapat disembuhkan oleh sesia-papun. 44 Perempuan itu datang dari belakang Isa danmenyentuh kaki jubah-Nya. Seketika itu juga, penyakitpendarahannya sembuh.

45 Isa berkata, ‘Siapakah yang menyentuh Aku?’Apabila semua orang menafikannya, Petrus berkata,

‘Tuan, orang ramai ini menghimpit dan mengasak Tuan.’46 Tetapi Isa berkata, ‘Ada orang menyentuh Aku ker-

ana Aku tahu bahawa kuasa telah keluar daripada-Ku.’47Apabila perempuan itumengetahui perbuatannya tidakdapat disembunyikan, dia datang dengan gementar lalusujud di hadapan Isa dan menceritakan kepada-Nya dihadapan orang ramai itu sebabnya dia menyentuh Isaserta bagaimana dia sembuh seketika itu juga. 48 Isa

Lukas 8:49 39 Lukas 9:4berkata kepadanya, ‘Anak-Ku, imanmu telah menyem-buhkanmu. Pergilah dengan sejahtera.’

49 Sementara Isa masih berkata-kata, seorang utusandatang dari rumah ketua saumaah dan berkata kepadaketua itu, ‘Anak perempuan tuan telah mati. Tidak usahmenyusahkan Guru lagi.’

50 Isa mendengar ini dan berkata kepada ketua itu,‘Janganlah takut, percaya sahaja dan anakmu akan dip-ulihkan.’

51Apabila sampai ke rumah itu, Isa tidakmembenarkansesiapapun masuk bersama-sama selain Petrus, Yahyadan Yakobus serta ibu bapa budak itu. 52 Semua orangmenangis dan meratapi kematian budak itu. Isa berkata,‘Janganlah menangis. Dia bukan mati, dia cuma tidur.’

53 Mereka mengetawakan Isa kerana mereka menge-tahui anak itu telah mati. 54Tetapi Isa memegang tanganbudak itu dan berseru, ‘Anak-Ku, bangunlah!’ 55 Nyawabudak itu kembali dan dia bangun seketika itu juga. LaluIsamenyuruhmerekamemberi budak itumakanan. 56 Ibubapanya kagum tetapi Isa melarang mereka mengatakanapa-apa tentang kejadian itu kepada sesiapapun.

9Isa mengutus dua belas pengikut-Nya

1 Isa memanggil dua belas pengikut-Nya itu lalu mem-beri mereka kuasa dan perintah untuk mengusir segalaroh iblis dan menyembuhkan berbagai-bagai penyakit.2 Dia menyuruh mereka pergi mengkhabarkan kerajaanAllah dan menyembuhkan orang sakit. 3 Isa berkatakepada mereka, ‘Jangan kamu bawa apa jua pun dalamperjalananmu, baik tongkat, baik beg sedekah, baikmakanan, baik wang atau lebih daripada sehelai pakaian.4Di rumahmana-mana pun kamu disambut, tinggallah di

Lukas 9:5 40 Lukas 9:13situ sehingga kamu meninggalkan bandar tersebut. 5 Dimana-mana kamu tidak disambut, tinggalkan bandar itudan kebaskanlah debu daripada kakimu sebagai kesaksianterhadapmereka.’ 6Mereka pun berangkat lalu pergi darikampung ke kampung untukmemberitakan perkhabaranyang baik dan menyembuhkan orang di mana-mana sa-haja.

Kebingungan Herodes7 Herodes, raja wilayah, mendengar segala perkara

yang berlaku. Dia keliru kerana ada yang mengatakanbahawa Yahya telah hidup semula, 8 ada yang berkatabahawa Ilyas telah muncul; ada juga yang berkata ba-hawa salah seorang nabi pada zaman dahulu telah hidupkembali. 9 Herodes berkata, ‘Yahya itu telah kupancungkepalanya tetapi siapakah orang ini? Banyak perkaratentangnya telah aku dengar.’ Oleh yang demikian, diamencari jalan untuk menemui Isa.

Isa memberikan makanan kepada lima ribu orang10 Setelah rasul-rasul itu kembali, mereka menceri-

takan kepada Isa segala perkara yang telah dilakukanmereka. Isa membawa mereka ke sebuah bandar yangbernama Betsaida. 11 Tetapi orang ramai mendapat tahuakan hal itu lalu mengikut-Nya. Isa menyambut merekadan mengkhabarkan kerajaan Allah kepada mereka sertamenyembuhkan orang yang memerlukan penyembuhan.

12 Menjelang senja, dua belas pengikut itu datangkepada Isa. Mereka berkata, ‘Suruhlah orang ramai inipulang supaya mereka dapat pergi ke desa dan daerah disekitar untuk mencari makanan dan penginapan keranatempat ini terpencil.’

13 Isa berkata kepada mereka, ‘Kamulah memberimereka makanan.’

Lukas 9:14 41 Lukas 9:22

Pengikut-pengikut itu berkata lagi, ‘Kami hanya adalima buku roti dan dua ekor ikan, melainkan kami pergimembeli makanan untuk orang ramai ini.’ 14 Terdapatkira-kira lima ribu orang lelaki di situ.

Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Suruhmereka duduk berkelompok-kelompok, kira-kira limapuluh orang sekelompok.’ 15 Pengikut-pengikut itumelakukan suruhan Isa dan semua orang pun duduk.16 Isa mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu.Lalu Dia menengadah ke langit sambil mengucap syukuratas makanan itu dan membahagi-bahagikannya. Diamemberikanmakanan itu kepada pengikut-pengikut-Nyauntuk dihidangkan kepada orang ramai. 17 Semua orangmakan hingga kenyang dan dua belas bakul lebihanmakanan dipungut oleh pengikut-pengikut-Nya.

Pengakuan Petrus tentang Isa18 Pada suatu hari semasa Isa berdoa bersendirian,

pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Isa bertanyakepada mereka, ‘Mengikut orang ramai, siapakah Aku?’

19 Mereka menjawab, ‘Ada yang mengatakan YahyaPengimad; ada yang mengatakan Ilyas; dan ada pula yangberkata bahawa salah seorang daripada nabi telah hidupsemula.’

20 Isa berkata kepadamereka, ‘Apa kata kamu: SiapakahAku pula?’

Petrus menjawab, ‘Al-Masih daripada Allah.’Isa menceritakan kisah penderitaan dan kematian-Nya

21 Dengan tegasnya Isa melarang mereka memak-lumkan hal ini kepada sesiapapun; 22 dan menambah,‘Putera Insan mesti menderita banyak sengsara dan di-tentang oleh tua-tua, ketua-ketua imam serta guru-guru

Lukas 9:23 42 Lukas 9:33Taurat. Dia akan dibunuh, dan bangkit semula pada hariyang ketiga.’

23 Isa berkata kepada semua, ‘Jikalau seseorang mahumengikut-Ku, dia hendaklah melupakan kepentingandiri, memikul salibnya setiap hari dan mengikut-Ku.24 Sesiapa yang mahu memelihara nyawanya akan kehi-langannya. Tetapi sesiapa yangmengorbankannyawanyakerana Aku akan memeliharanya. 25 Apakah untungnyakepada seseorang jikalau dia memiliki seluruh duniatetapi dirinya sendiri kehilangan atau kerugian? 26 Jikasesiapa malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, Putera Insanjuga malu mengakui dia tatkala Dia datang kelak dengankemuliaan-Nya sendiri, dan dengan kemuliaan Bapa-Nyaserta segala malaikat suci. 27 Sesungguhnya, Aku berkatakepadamu bahawa ada beberapa orang yang berdiri disini yang tidak akan mengalami maut sebelum merekamelihat kerajaan Allah.’

Isa dipermulia28Kira-kira lapan hari setelah Isa mengatakan perkara-

perkara tersebut, Dia membawa Petrus, Yahya danYakobus menaiki bukit untuk berdoa. 29 Semasa Isaberdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadiputih berkilau-kilauan. 30 Tiba-tiba dua orang munculdan bercakap dengan-Nya. 31 Mereka ialah Musa danIlyas yang kelihatan bersinar-sinar dengan kemuliaandan mereka bercakap dengan Isa tentang kewafatan-Nya yang akan ditunaikan di Baitulmaqdis. 32 Petrusdan teman-temannya tidur lena tetapi setelah terjaga,mereka melihat kemuliaan Isa serta kedua-dua orangyang berdiri bersama-Nya. 33 Apabila kedua-dua orangitu hendakmeninggalkan Isa, Petrus berkata kepada-Nya,‘Tuan, betapa bahagianya kami berada di sini. Biarlah

Lukas 9:34 43 Lukas 9:44kami membuat tiga buah khemah: sebuah untuk Tuan,sebuah untuk Musa dan sebuah lagi untuk Ilyas.’ Sebe-narnya, dia tidak mengetahui apa yang dikatakannya itu.

34Ketika Petrus berkata demikian, suatu awanmeliputimereka dan mereka ketakutan. 35 Lalu kedengaran suaradari dalam awan itu mengatakan, ‘Inilah Putera-Ku yangAku pilih. Dengarlah kata-kata-Nya!’ 36 Setelah suaraitu berhenti, Isa kelihatan seorang sahaja. Pengikut-pengikut itu berdiam diri dan tidak menceritakan kepadasesiapa jua apa yang telah disaksikan oleh mereka itu.

Isa menyembuhkan budak yang dirasuk roh iblis37 Pada keesokan harinya, mereka turun dari bukit

itu dan orang ramai bertemu dengan Isa. 38 Seorangantaranya berseru, ‘Tuan Guru, tolonglah anakku keranadia anak tunggalku. 39 Dia dirasuk sesuatu roh lalu tiba-tiba dia berteriak dan tersentak-sentak sehingga mulut-nya berbuih-buih. Roh itu mencederakannya dan tidakmahu melepaskannya. 40 Aku telah memohon pengikut-pengikut Tuan supaya mengusir roh itu, tetapi merekatidak dapat melakukannya.’

41 Isa menjawab, ‘Hai angkatan yang tidak percaya dansesat ini! Berapa lamakah harus Aku bersama kamu danbersabar terhadap kamu? Bawalah anakmu itu ke mari.’

42 Semasa dia datang, roh durjana itu mencampakkan-nya ke tanah lalu membuatnya tersentak-sentak. TetapiIsamemarahi roh durjana itu, lalumenyembuhkan budakitu dan menyerahkannya kepada bapanya. 43 Semuaorang tercengang menyaksikan keagungan Allah.

Isa bercakap tentang kematian-Nya lagiSementara semua orangmasih hairan akan segala yang

dibuat oleh Isa, Dia berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, 44 ‘Jangan lupa akan apa yangAku katakan kepadamu

Lukas 9:45 44 Lukas 9:54ini: Putera Insan akan diserahkan ke tangan orang.’45 Mereka tidak mengetahui maksudnya kerana tersem-bunyi daripada mereka supaya mereka tidak mema-haminya. Mereka takut pula bertanya kepada Isa tentangperkara itu.

Siapakah yang terbesar?46 Mereka bertengkar sesama sendiri tentang siapa

antara mereka yang terbesar. 47 Isa mengetahui apa yangdifikirkan mereka. Dia memanggil seorang kanak-kanakdan menyuruhnya berdiri di sisi-Nya. 48 Isa berkata,‘Sesiapa yang menerima kanak-kanak ini kerana Nama-Ku menerima Aku; dan sesiapa yang menerima Akumenerima Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang rendahsekali hatinya antara kamu semua – dialah yang terbesar!’

Yang tidak melawan kamu berpihak kepada kamu49 Yahya berkata, ‘Tuan, kami telah melihat seorang

yangmengusir roh-roh iblis denganmenggunakanNama-Mu, dan kami melarang dia kerana dia tidak termasukdalam golongan kami.’

50 Isa berkata kepadanya, ‘Janganlah kamu larang dia.Orang yang tidak melawan kamu berpihak kepada kamu.’

Penduduk di sebuah kampung Samaria tidak menerima Isa51 Tatkala waktunya sudah dekat untuk Isa diangkat

ke syurga, Dia menetapkan hati-Nya untuk menujuke Baitulmaqdis. 52 Dia menyuruh beberapa utusanmendahului-Nya. Mereka punmasuk ke sebuah kampungorang Samaria untuk menyediakan tempat persingga-han bagi Isa. 53 Tetapi orang Samaria tidak mener-ima Isa kerana Dia sedang menuju ke Baitulmaqdis.54Ketika Yakobus dan Yahya, pengikut-pengikut Isa meli-hat perkara ini, mereka berkata, ‘Tuan, adakah Tuanmahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk

Lukas 9:55 45 Lukas 10:3membinasakan orang Samaria ini?’ 55 Isa berpaling danmemarahi mereka. 56 Lalu mereka pergi ke sebuah kam-pung yang lain.

Syarat-syarat menjadi pengikut Isa57 Ketika mereka dalam perjalanan, seorang berkata

kepada Isa, ‘Aku hendakmengikut Engkau kemana sahajaEngkau pergi.’

58 Isa berkata kepadanya, ‘Musang ada lubangnya danburung ada sarangnya tetapi Putera Insan tiada tempatuntuk meletakkan kepalanya.’

59 Isa berkata kepada seorang yang lain, ‘Ikutlah Aku.’Tetapi dia menjawab, ‘Biarlah aku pergi mengebu-

mikan jenazah bapaku dahulu.’60 Isa berkata kepadanya, ‘Biarlah orang mati menge-

bumikan orang mati mereka; tetapi engkau pergilahmenyampaikan perkhabaran tentang kerajaan Allah.’

61 Seorang lain pula berkata, ‘Aku hendak mengikutTuan, tetapi biarlah aku pergi mengucapkan selamattinggal kepada kaum keluargaku terlebih dahulu.’

62 Isa berkata kepadanya, ‘Tiada seorang pun yangmulamembajak dan asyik menoleh ke belakang layak bagikerajaan Allah.’

10Isa mengutus tujuh puluh orang pengikut

1 Setelah itu Junjungan memilih tujuh puluh orangpengikut lain dan menyuruh mereka pergi berdua-duamendahului-Nya ke setiap bandar dan tempat yang akandikunjungi-Nya. 2 Dia berkata kepada mereka, ‘Hasiltuaian sungguh banyak tetapi penuai sedikit sahaja. Olehitu, mintalah Tuan punya tuaian menyuruh lebih ramaipenuai ke tempat tuaiannya. 3 Pergilah kamu! Aku

Lukas 10:4 46 Lukas 10:14mengutus kamu pergi seperti anak domba ke tengah-tengah serigala. 4 Janganlah bawa dompet atau begsedekah atau kasut dan jangan berhenti di jalan untukbersalam dengan sesiapapun.

5 ‘Apabila kamu memasuki sesebuah rumah, kamuhendaklah terlebih dahulu mengucapkan “Sejahteralahseisi rumah ini.” 6 Jikalau orang yang tinggal di rumahitu layak menerima sejahtera, sejahteramu akan tetappadanya. Jika tidak, sejahteramu itu akan kembalikepadamu. 7 Tinggallah di rumah yang sama, dan makanserta minum apa sahaja yang dihidangkan kerana orangyang bekerja itu layak mendapat upah. Jangan berpindahdari rumah ke rumah.

8 ‘Apabila kamu pergi ke sesebuah bandar dan kamudisambut, makanlah apa sahaja yang dihidangkan.9 Sembuhkan orang sakit yang ada di situ dan berkatakepada mereka, “Kerajaan Allah telah mendekati kamu.”10Apabila kamu pergi ke sesebuah bandar dan kamu tidakdisambut, kamu hendaklah keluar ke jalan dan berkata,11 “Debu bandarmu yang terlekat di kaki kami punkami kebaskan sebagai bantahan terhadapmu. Tetapiketahuilah bahawa kerajaan Allah telah mendekatikamu.” 12 Aku berkata kepadamu bahawa pada haripengadilan nanti, penduduk Sodom akan kurangsengsaranya daripada penduduk bandar itu.

Malangnya bandar yang tidak percaya13 ‘Malangnya kamu, penduduk Korazin! Malangnya

kamu, penduduk Baitsaida! Jikalau mukjizat yang di-lakukan di kalangan kamu dilakukan di Tirus dan Sidon,sudah lama penduduk di situ bertaubat daripada dosamereka dengan memakai baju kabung dan menaruh abupada kepala. 14 Penduduk Tirus dan Sidon akan kurangsengsaranya daripada kamu pada hari pengadilan nanti.

Lukas 10:15 47 Lukas 10:2315 Hai penduduk Kapernaum, adakah kamu akan diting-gikan sampai ke langit? Tidak, kamu akan dicampakkanke dalam neraka!’

16 ‘Sesiapa yang mendengar kata-katamu mendengarkata-kata Aku; sesiapa yang menentangmu menentangAku; dan sesiapa yang menentang Aku juga menentangDia yang mengutus Aku.’

Tujuh puluh orang pengikut itu kembali17 Tujuh puluh orang pengikut itu kembali dengan

sukacitanya dan berkata, ‘Ya Junjungan, demi nama-Musegala roh iblis pun menurut perintah kami.’

18 Isa berkata kepada mereka, ‘Aku melihat Iblis jatuhdari langit seperti kilat. 19 Aku telah memberimu kuasauntuk memijak ular dan kala jengking serta kuasa atassegala kekuatan musuh. Tiada apa-apa yang dapatmencederakan kamu. 20 Tetapi jangan kamu bersukacitakerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapibersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.’

Isa bersukacita21 Pada ketika itu, Isa bersukacita kerana dipenuhi

dengan Roh Suci lalu berkata, ‘Ya Bapa yang memer-intah langit dan bumi, Aku bersyukur kerana Engkautelah menunjukkan kepada orang yang seperti kanak-kanak apa yang Engkau sembunyikan daripada orangyang terpelajar dan pandai. Ya Bapa, ini dilakukan keranasedemikianlah yang Engkau berkenan.

22 ‘Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tiada sesiapa mengenal siapa Putera kecuali Bapa;dan tiada sesiapa mengenal Bapa kecuali Putera sertamereka yangdipilih oleh Putera untukmenyatakanBapa.’

23 Isa berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya laluberkata secara sulit, ‘Diberkatilah mata yang melihat

Lukas 10:24 48 Lukas 10:34segala perkara yang kamu lihat. 24 Aku memberitahumubahawa ramai nabi dan raja dahulu yang ingin melihatapa yang kamu lihat, tetapi tidak dapat melihatnya sertaingin mendengar apa yang kamu dengar, tetapi tidakdapat mendengarnya.’

Ibarat seorang Samaria yang baik hati25 Seorang ahli Taurat datang dan cuba memerangkap

Isa. Dia bertanya, ‘Tuan Guru, apakah yang patut aku buatsupaya memperoleh hidup yang kekal?’

26 Isa berkata, ‘Apakah yang tercatat dalam Taurat?Bagaimanakah kamu mentafsirnya?’

27 Ahli Taurat itu menjawab, ‘ “Engkau hendaklahmengasihi Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, den-gan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh kekuatanmu dandengan sepenuh fikiranmu serta engkau hendaklah men-gasihi sesama manusia seperti dirimu sendiri.” ’

28 Isa berkata kepadanya, ‘Betullah jawapanmu. Berbu-atlah demikian dan kamu akan hidup.’

29 Tetapi dia hendak membela dirinya lalu dia berkatakepada Isa, ‘Siapakah sesama manusia itu?’

30 Isa menjawab, ‘Ada seorang dalam perjalanan dariBaitulmaqdis ke Yerikho. Dia diserang oleh penyamunyangmerompaknya danmembelasahnya sehingga seten-gah mati. 31 Kebetulannya, seorang imam melalui jalanitu. Apabila dia melihat si malang itu, dia menyeberangijalan dan meneruskan perjalanannya. 32 Begitu juga seo-rang suku bangsa Lewi melalui tempat itu dan melihat simalang itu. Dia jugamenyeberangi jalan danmeneruskanperjalanannya. 33 Akan tetapi, seorang bangsa Samariajuga lalu di tempat itu dalam perjalanannya. Dia melihatsi malang itu dan hatinya dipenuhi dengan belas kasihan.34 Dia menghampiri si malang itu lalu membersihkan

Lukas 10:35 49 Lukas 10:42

luka-lukanya dengan air anggur dan minyak serta mem-balut luka itu. Kemudian, dia menaikkan si malang itu keatas keldai tunggangannya dan membawanya ke rumahtumpangan untuk terus merawatinya di situ. 35 Padakeesokan harinya orang Samaria itu memberikan duakeping wang perak kepada tuan rumah tumpangan untukperbelanjaan si malang itu sambil berkata, “Jagalah diadan sekiranya wang ini tidak cukup untuknya, aku akanmembayarnya apabila aku datang kembali.” ’

36 Isa berkata, ‘Antara tiga orang itu, siapakah padapandangan kamu menjadi sesama manusia kepada orangyang dirompak oleh penyamun?’

37Ahli Taurat itumenjawab, ‘Orang yangmenunjukkanbelas kasihan kepadanya.’ Isa berkata, ‘Pergi dan berbu-atlah sedemikian.’

Isa melawat Marta dan Maryam38 Isa dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan per-

jalanan dan sampai di sebuah kampung. Seorang perem-puan yang bernama Marta menyambut Dia ke rumahnya.39 Maryam, adik Marta, duduk sahaja untuk mendengarpengajaran Junjungan 40 tetapiMarta pula sibukmelayanimereka. Martamenghampiri Isa dan berkata, ‘Junjungan,tidakkah Junjungan peduli bahawa adikku membiarkanaku membuat semua kerja ini seorang diri? Suruhlah diamenolong aku.’

41 Junjungan menjawab, ‘Marta, Marta, engkau khuatirdan bersusah payah tentang banyak perkara. 42 Tetapisatu perkara sahaja yang diperlukan. Maryam telahmemilih perkara baik itu yang tidak akan diambil dari-padanya.’

Lukas 11:1 50 Lukas 11:811

Pengajaran Isa tentang doa1 Isa berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti,salah seorang daripada pengikut-Nya berkata, ‘Jun-jungan, ajarlah kami berdoa seperti Yahya mengajarpengikut-pengikutnya.’

2 Isa berkata kepada mereka, ‘Apabila kamu berdoa,katakanlah:‘ “Ya Bapa, sucilah Namu-Mu;Datanglah kerajaan-Mu;3 Berilah kami makanan yang secukupnya setiap hari;4Ampunkanlah dosa-dosa kami,

sebagaimana kami mengampuni setiap orang yangbersalah

terhadap kami;janganlah biarkan kami tergoda.” ’5 Isa meneruskan kata-Nya, ‘Siapakah antara kamu yangakan pergi kepada sahabatnya pada lewat malam laluberkata kepadanya, “Hai sahabat, pinjamilah aku tigabuku roti 6 kerana seorang sahabatku telah singgah dirumahku dalam perjalanannya dan aku tiada makananapa-apa untuk dihidangkan.”

7 ‘Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, “Jan-ganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kamisemua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangundan memberikan apa-apa.” ’ 8 Isa berkata, ‘Aku berkatakepadamu bahawa sungguhpun, dia tidak mahu bangunmemberikan pinjaman itu kepadamu kerana kamu sa-habatnya, tetapi dia akan bangun juga dan memberikanpinjaman seberapa banyak yang kamu perlukan kalaukamu tidak segan untuk terus meminta daripadanya.

Lukas 11:9 51 Lukas 11:209 ‘Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah supaya

kamu akan diberi; carilah supaya kamu akan menda-pat; ketuklah pintu supaya pintu akan dibuka untukmu.10 Kerana setiap orang yang meminta akan menerima;yang mencari akan mendapat; dan pintu akan dibukakepada orang yang mengetuknya.

11 ‘Bapa yang manakah di antara kamu akan mem-berikan ular kepada anaknya yang meminta ikan, 12 ataumemberikan kala jengking kalau dipintanya telur? 13 Jikakamu yang jahat tahu memberikan barang yang baikkepada anak-anakmu, apatah lagi Bapamu yang di syurgaakan memberikan Roh Suci kepada orang yang meminta-Nya!’

Isa dan Beelzebul14 Isa mengusir roh iblis daripada seorang yang bisu.

Setelah roh itu keluar, orang bisu itu pun mula bercakap.Orang ramai punhairan. 15Tetapi ada orangyangberkata,‘Diamengusir roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul, ketuasemua roh iblis.’ 16 Orang lain cuba memerangkap Isadengan meminta-Nya melakukan suatu mukjizat untukmenunjukkan Allah berkenan dengan-Nya.

17 Isa mengetahui fikiran mereka lalu berkata kepadamereka, ‘Setiap negara yang berbelah bahagi danbermusuhan sesama rakyatnya tidak akan tahan lamadan setiap keluarga yang bersengketa sesama sendiriakan hancur. 18 Jikalau kerajaan Iblis berlawan-lawanansesama sendiri, bagaimanakah kerajaannya dapatbertahan? Kamu berkata bahawa Aku mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul. 19 Tetapi jikalauAku mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul,maka dengan kuasa siapakah pula pengikut-pengikutmumengusir roh-roh iblis? Maka pengikut-pengikutmusendiri akan menghakimi kamu! 20 Tetapi jika Aku

Lukas 11:21 52 Lukas 11:29mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Allah, maka inimenunjukkan bahawa kerajaan Allah telah datang kepadakamu.

21 ‘Apabila seorang yang gagah dan bersenjata lengkapmengawal rumahnya, harta bendanya selamat; 22 tetapiapabila seorang yang lebih gagah menyerang dan men-galahkannya, yang lebih gagah itu akan merampas segalasenjata yang diperlukan oleh tuan rumah itu lalumemba-hagikan harta yang dirampasnya.

23 ‘Orang yang tidak berpihak kepada Aku menentangAku; dan orang yang tidak bersama Aku bercerai-berai.

Roh durjana kembali24 ‘Apabila roh durjana keluar daripada seseorang, roh

itu mengembara di tempat yang kering untuk mencaritempat berehat. Jika tempat itu tidak dapat dicari, rohitu berkata, “Aku akan pulang ke tempat kediamankuyang lama.” 25 Roh itu kembali dan mendapati tempatkediamannya itu bersih dan kemas. 26Kemudian dia pergimembawa tujuh roh lain yang lebih durjana daripadanyalalu mereka tinggal di situ. Keadaan orang itu padaakhirnya lebih teruk daripada dahulu.’

Kebahagiaan yang sejati27 Setelah Isa berkata demikian, seorang perempuan

antara orang ramai itu berkata, ‘Diberkatilah perempuanyang melahirkan dan menyusui Engkau.’

28Tetapi Isa berkata, ‘Bahkan lebih diberkati lagi orangyang mendengar firman Allah dan mematuhinya.’

Meminta mukjizat dilakukan29 Semasa orang ramai mengerumuni Isa, Dia berkata,

‘Betapa durjananya orang zaman ini! Mereka memintamukjizat dilakukan sebagai alamat daripada Allah tetapialamat tidak akan diberi kecuali alamat Nabi Yunus

Lukas 11:30 53 Lukas 11:3930 kerana seperti Yunus telah menjadi alamat kepadaorangNiniwe, demikian juga Putera Insanmenjadi alamatkepada orang zaman ini. 31 Pada hari pengadilan ratunegeri Selatan akan bangkit dan mencela mereka keranaratu itu telah datang dari hujung bumi untuk mendengarpengajaran Sulaiman yang bijak, dan di sini ada seorangyang lebih besar daripada Sulaiman. 32OrangNiniwe akanbangkit pada hari pengadilan dan mencela orang zamanini kerana orangNiniwe itu telah bertaubat daripada dosamereka apabila mendengar khutbah Yunus; dan di siniada seorang yang lebih besar daripada Yunus.

Pelita bagi tubuh33 ‘Tiada seorang pun yang memasang pelita lalu mele-

takkannya di tempat yang tersembunyi atau di bawahpasu. Sebaliknya, dia meletakkannya di atas kaki pelitasupaya orang yang masuk dapat melihat cahayanya.34 Matamu ialah pelita bagi tubuhmu. Jikalau matamuterang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapijika matamu kabur, seluruh tubuhmu pun menjadi gelap.35 Oleh itu, berjaga-jagalah supaya cahaya dalammu itutidak menjadi gelap. 36 Jikalau seluruh tubuhmu ituterang tanpa sebarang bahagian yang gelap, seluruhtubuhmu akan terang-benderang seperti sebuah pelitamenerangi kamu dengan cahayanya.’

Isa mengecam orang Farisi dan guru Taurat37Setelah Isa habis bercakap, seorang Farisimenjemput

Dia makan di rumahnya. Isa pun pergi lalu bertelekan dimeja. 38 Orang Farisi itu kehairanan apabila melihat Isatidak membasuh tangan-Nya sebelum makan.

39Oleh itu Junjungan berkata kepadanya, ‘Kamu orangFarisi mencuci bahagian luar pinggan mangkuk, tetapikamu penuh dengan ketamakan dan kezaliman dalam

Lukas 11:40 54 Lukas 11:50hatimu. 40 Hai orang yang bodoh! Bukankah Dia yangmenjadikan bahagian luar juga menjadikan bahagiandalam? 41Berikanlahmakananyang ada di dalampingganmangkuk itu kepada orang miskin dan segala-galanyaakan menjadi bersih bagimu.

42 ‘Malangnya kamu, orang Farisi! Kamu memba-yar sepersepuluh daripada selasih, inggu dan herbalain kepada Allah, tetapi kamu mengabaikan keadilandan kasih kepada Allah. Kamu haruslah membayarsepersepuluh itu tanpa mengabaikan perkara-perkarayang lebih penting.

43 ‘Malangnya kamu orang Farisi! Kamu suka duduk dikerusi khas di saumaah-saumaahdandiberi salamdenganhormatnya di pasar-pasar.

44 ‘Malangnya kamu! Kamuumpama kubur-kubur yangtidak bernisan, yang dipijak-pijak tanpa disedari olehorang yang berjalan di atasnya.’

45 Seorang daripada guru Taurat berkata kepadaIsa, ‘Guru menghina kami juga apabila Guru berkatasedemikian.’

46 Isa berkata, ‘Malangnya kamu guru-guru Taurat,kerana kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahuorang lain, tetapi kamu sendiri tidak menghulurkan satujari pun untuk menolong mereka memikul beban itu.

47 ‘Malangnya kamu! Kamu membina makamuntuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenekmoyangmu. 48 Oleh itu, kamu menyetujui perbuatannenek moyangmu itu; kerana mereka telah membunuhnabi-nabi itu tetapi kamu membina makam mereka pula.49 Dengan itu, kebijaksanaan Allah telah mengatakan,“Akumengutus nabi-nabi dan rasul-rasul kepada mereka,yang sesetengahnya akan dibunuh atau dianiayai olehmereka.” 50 Jadi, orang zaman ini akan dihukum atas

Lukas 11:51 55 Lukas 12:5pembunuhan semua nabi sejak dunia dicipta, 51 iaitu,dari pembunuhan Habil hingga pembunuhan Zekariadi antara tempat persembahan korban dengan rumahibadat. Ya, Aku berkata kepadamu bahawa orang zamanini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi itu.

52 ‘Malangnya kamu, ahli-ahli Taurat! Kunci ilmu telahkamu ambil; kamu sendiri tidakmahumasuk tetapi kamumenghalang orang yang cuba hendak masuk.’

53 Setelah Isa keluar dari rumah itu, guru-guru Tauratdan orang Farisi mula mengecam Dia. Mereka menanya-Nya tentang banyak perkara, 54 dan cuba memerangkapDia dengan mencari kesalahan dalam sesuatu yangdikatakan-Nya.

12Amaran tentang kepuraan

1 Oleh sebab tidak terkira ramainya orang berkerumun,mereka pijak-memijak sesama sendiri. Isa pun berkata,terutamanya kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Jagalahdirimu daripada ragi orang Farisi, iaitu sifat munafik.2 Tiada sesuatu pun yang tersembunyi yang tidak akandinyatakan, dan tiada sesuatu rahsia pun yang tidak akandidedahkan. 3 Apa sahaja yang kamu katakan secararahsia akan didengar secara terang-terang, dan apa sa-haja yang kamu bisikkan di dalam bilik tertutup akandiumumkan.

Takut akan Allah4 ‘Aku berkata kepadamu, hai sahabat-sahabat-Ku, jan-

ganlah kamu takut akan orang yang dapat membunuhtubuh sahaja dan kemudian tidak berkuasa lagi ter-hadapmu. 5 Aku menyatakan siapa yang harus kamutakuti: Takutlah akan Dia yang setelah mengambilnyawamu, berkuasa pula membuangmu ke dalam neraka.

Lukas 12:6 56 Lukas 12:17Akuberkata kepadamu supaya takut akanDia! 6Bukankahlima ekor burung pipit dijual orang dengan harga duasyiling sahaja? Namun tiada seekor pun dilupakan olehAllah. 7 Malahan segala rambut di kepalamu telah dihi-tung. Janganlahkamu takut; kamu lebih bernilai daripadabanyak burung pipit itu.

8 ‘Aku berkata kepadamu bahawa tiap-tiap orang yangmengakui Aku di hadapan manusia akan diakui oleh Put-era Insan di hadapan malaikat-malaikat Allah. 9 Sesiapayang tidak mengakui Aku di hadapan manusia tidak akandiakui oleh Putera Insan di hadapan malaikat-malaikatAllah. 10 Sesiapa yang mengeluarkan kata-kata menen-tang Putera Insan akan diampuni. Tetapi sesiapa yangmengkufuri Roh Suci tidak akan diampuni.

11 ‘Apabila orang membawa kamu untuk didakwa dimajlis saumaah atau di hadapan gabenor atau pihakberkuasa, janganlah kamu khuatir bagaimana kamuharus membela diri atau apa yang harus kamu katakan,12 kerana pada waktu itu Roh Suci akan mengajar kamuapa yang harus kamu katakan.’

Ibarat orang kaya yang bodoh13 Seorang daripada orang ramai itu berkata, ‘Tuan

Guru, suruh abang aku membahagikan warisan den-ganku.’

14 Isa menjawab, ‘Saudara, siapakah yang menjadikanAku hakim atau pembahagi warisan kepada kamu?’ 15 Isaterusmenambah, ‘Ingatlah baik-baik supayamenjaga diridaripada segala ketamakan kerana kehidupan manusiatidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki.’

16 Lalu Dia pun menceritakan kepada mereka satuibarat: ‘Seorang kaya mempunyai tanah yang mengelu-arkan hasil yang banyak. 17 Dia berfikir dalam hatinya,

Lukas 12:18 57 Lukas 12:26“Apakah harus aku buat? Tiada lagi tempat untuk meny-impan hasil tanahku.”

18 ‘Dia berkata, “Baiklah aku berbuat begini. Akuakanmeruntuhkan gudang-gudangku danmembina yanglebih besar. Di situlah aku akan menyimpan segala hasildan harta bendaku. 19 Aku akan berkata kepada diriku,engkau mempunyai harta yang banyak untuk keperlu-anmu selama bertahun-tahun. Nikmatilah hidup. Makanminum dan bersuka rialah.”

20 ‘Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau bodoh!Pada malam ini juga, nyawamu akan dituntut kembalidaripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkanitu akan menjadi hak siapa?”

21 ‘Demikianlah halnya orang yang menyimpan hartabenda untuk dirinya tetapi tidak kaya pada pandanganAllah.’

Kepercayaan kepada Allah22 Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Se-

bab itulah Aku berkata kepadamu supaya jangan khu-atir tentang makanan untuk hidupmu dan pakaian un-tuk tubuhmu. 23 Hidupmu tidak hanya bergantungpada makanan, dan tubuhmu tidak hanya bergantungpada pakaian. 24 Perhatikanlah burung gagak yangtidak menabur atau menuai, tidak mempunyai gu-dang atau rengkiang, tetapi Allah memberikan makanankepadanya. Kamu lebih bernilai daripada burung-burungitu! 25 Dapatkah sesiapa antaramu memanjangkan umursedikit pun dengan menaruh khuatir? 26 Jikalau kamutidak dapat membuat perkara yang sekecil ini, menga-pakah kamu khuatir tentang hal-hal yang lain?

Lukas 12:27 58 Lukas 12:3827 ‘Perhatikanlah bunga bakung. Bunga ini tidak

menenun. Tetapi Aku berkata kepadamu bahawa Su-laiman dengan segala kemuliaannya pun tidak berpaka-ian seindah bunga-bunga ini. 28 Jikalau Allah menghi-asi sedemikian rumput yang hari ini ada di padangtetapi esoknya dibakar, bukankah Dia apatah lagi akanmemberikan pakaian kepada kamu! Alangkah lemahnyaimanmu! 29 Jadi, janganlah kamu utamakanmakanan danminuman serta janganlah bimbang hati. 30 Orang yangtidak mengenal Allah mengutamakan perkara-perkaraini, tetapi Bapamumengetahui kamumemerlukan semuaini. 31 Sebaliknya, utamakanlah kerajaan Allah dan segalaperkara ini akan diberikan-Nya kepadamu.

32 ‘Janganlah takut, hai golongan kecil sahabat Aku,kerana Bapamu berkenan hendak memberikan kerajaan-Nya kepadamu. 33 Juallah hartamu dan berikanlah wangitu kepada orang miskin. Sediakanlah bagi dirimu dom-pet yang tidak akan usang dan simpanlah kekayaanmudi syurga yang tidak dapat dimasuki oleh pencuri ataudirosakkan oleh gegat. 34 Kerana di mana hartamuterkumpul, di situlah hatimu tertumpu.

Hamba yang berjaga-jaga35 ‘Kamu hendaklah bersiap sedia dengan pelitamu

terpasang. 36Kamuhendaklah seperti orang yangmenan-tikan kepulangan tuan mereka dari jamuan perkah-winan. Apabila tuan mereka pulang dan mengetuk pintu,mereka akan membuka pintu itu dengan serta-merta.37 Diberkatilah hamba-hamba yang didapati berjaga-jagaoleh tuan mereka ketika dia pulang. Sesungguhnya,Aku berkata kepadamu bahawa tuan itu akan menyuruhmereka bertelekan di meja dan dia sendiri akan melayanimereka. 38 Diberkatilah hamba-hamba itu jikalau tuan

Lukas 12:39 59 Lukas 12:48itu pulang baik pada tengah malam ataupun sebelumfajar menyingsing dan mendapati mereka bersiap sedia.39 Tetapi ketahuilah kamu bahawa sekiranya tuan rumahmengetahui masa pencuri akan datang, dia tidak akanmembiarkan rumahnya dipecah masuk. 40Oleh itu, kamuhendaklah bersedia kerana Putera Insan akan datangpada suatu masa yang tidak kamu sangka.’

Hamba yang setia dan hamba yang derhaka41 Petrus bertanya, ‘Junjungan, adakah Engkau beri-

tahu ibarat ini kepada kami atau kepada semua orang?’42 Junjungan menjawab, ‘Siapakah hamba yang setia

dan bijak? Dialah yang dipertanggungjawabkan olehtuannya untuk mengurus rumahtangganya dan mem-berikan makanan kepada hamba-hamba yang lain padawaktunya. 43 Diberkatilah hamba yang didapati oleh tu-annya sedang berbuat demikian apabila tuannya pulang.44 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa tuanitu akan mempertanggungjawabkan hamba tersebut se-bagai pengurus segala hartanya. 45 Tetapi jikalau hambaitu berfikir dalam hatinya, “Tuan aku pulang lewat,”lalu dia mula memukul hamba-hamba yang lain baiklelaki ataupun perempuan dan makan minum sehinggamabuk, 46 maka tuannya akan pulang pada hari yangtidak disangka-sangkanya serta pada waktu yang tidakdiketahuinya. Tuan itu akan membuangnya dan menem-patkannya bersama orang yang tidak percaya.

47 ‘Seorang hamba yangmengetahui kehendak tuannyatetapi tidak bersedia serta tidak melakukannya, akandisebat dengan teruk. 48Tetapi hamba yang tidak menge-tahui kehendak tuannya, sekalipun melakukan perkarayang patut dihukum sebat, akan dihukum dengan ringansahaja. Kerana sesiapa yang diberikan banyak, banyak

Lukas 12:49 60 Lukas 12:58pula akan dituntut daripadanya. Semakin banyak yangdiamanahkan kepada seseorang, semakin banyak pulayang akan dituntut daripadanya.

Isa menyebabkan perpecahan49 ‘Aku datang untuk melontarkan api ke bumi dan

betapa inginnya Aku api itu telah menyala! 50 Aku harusmengalami suatu pengimadan dan betapa resahnya hati-Ku selagi perkara itu belum selesai. 51 Adakah padasangkaanmu, Aku datang untuk membawa kedamaiandi dunia? Aku berkata kepadamu, bukan kedamaianmelainkan perpecahan! 52 Mulai sekarang, lima orangdalam sebuah keluarga akan berpecah, tiga melawandua dan dua melawan tiga. 53 Bapa melawan anaklelakinya dan anak lelaki melawan bapanya, ibu melawananak perempuannya dan anak perempuan melawanibunya, ibu mertua melawan menantu perempuannyaserta menantu perempuan melawan ibu mertuanya.’

Memahami alamat zaman ini54 Isa berkata kepada orang ramai itu, ‘Apabila kamu

melihat awan naik dari barat, kamu akan berkata, “Harimahu hujan,” dan begitulah berlakunya. 55Apabila kamumelihat adanya angin selatan bertiup, kamu berkata,“Hari akan panas terik,” dan begitulah berlakunya. 56Haimunafik! Kamu tahu mentafsir cuaca dengan melihatalamat di langit dan bumi, tetapimengapakah kamu tidakmemahami alamat-alamat zaman ini?

Berdamailah dengan musuh57 ‘Mengapakah kamu sendiri tidak dapat menentukan

apa yang benar? 58 Apabila engkau berjalan menuju kemahkamah bersama orang yang mendakwamu, berusa-halah untuk menyelesaikan perkara itu dalam perjalananagar dia tidak mengheretmu ke hadapan hakim dan

Lukas 12:59 61 Lukas 13:9hakim akan menyerahkanmu kepada pegawai polis yangakan memasukkanmu ke dalam penjara. 59 Aku berkatakepadamu bahawa engkau tidak dapat keluar dari situsehingga engkau membayar seluruh dendamu.’

13Bertaubat atau binasa

1 Pada masa itu beberapa orang datang memberitahu Isatentang orang Galilea yang dibunuh oleh Pilatus semasamereka sedang mempersembahkan korban kepada Allah.2 Isa berkata, ‘Adakah kamu menganggap orang Galileaitu lebih berdosa daripada semua penduduk Galilea yanglain keranamerekamenderita sengsara yang sedemikian?3 Aku berkata kepadamu bukan begitu; tetapi jikalaukamu tidak bertaubat daripada dosamu, kamu akan bi-nasa sedemikian juga. 4Bagaimanakah pula dengan lapanbelas orang yang mati ditimpa oleh menara di Siloam?Adakahmereka lebih bersalah daripada semua penduduklain di kota Baitulmaqdis? 5Aku berkata kepadamu bukanbegitu; tetapi jikalau kamu tidak bertaubat, kamu semuaakan binasa sedemikian juga.’

Ibarat tentang pokok ara yang tidak berbuah6 Isa menceritakan suatu ibarat. ‘Seorang telah

menanam pokok ara di kebun buah-buahannya. Diadatang mencari buahnya, tetapi tidak dijumpai. 7 Diaberkata kepada tukang kebun, “Tengoklah, sudah tigatahun aku datang mencari buah daripada pokok ara ini,tetapi tidak juga didapati. Tebangkanlah pokok ini! Apagunanya terus menghabiskan kesuburan tanah?”

8 ‘Tukang kebun menjawab, “Tuan, biarkan pokokini tumbuh setahun lagi. Aku akan mencangkultanah di sekelilingnya dan membubuh baja. 9 Kalau

Lukas 13:10 62 Lukas 13:19pokok ini berbuah, baiklah! Kalau tidak, tuan bolehmenebangnya.” ’

Isa menyembuhkan seorang perempuan bongkok10 Pada hari Sabat Isa mengajar di salah sebuah

saumaah. 11Di situ ada seorang perempuan yang dirasukoleh sesuatu roh yang melemahkannya selama lapanbelas tahun. Belakangnya bongkok lipat dua dan dia tidakdapat berdiri tegak. 12 Apabila Isa nampak perempuanitu, Dia memanggilnya dan berkata, ‘Sembuhlah daripadapenyakitmu.’ 13 Lalu Isa meletakkan tangan-Nya padaperempuan itu. Seketika itu juga, dia berdiri tegak danmemuji Allah.

14 Tetapi ketua saumaah itu marah kerana Isa telahmenyembuhkan orang pada hari Sabat. Lalu dia berkatakepada orang ramai, ‘Dalam seminggu ada enam hariyang dibenarkan untuk bekerja. Jadi, datanglah untukdisembuhkan pada salah satu hari itu dan bukannya padahari Sabat.’

15 Junjungan menjawab, ‘Kamu munafik! Bukankahkamu masing-masing melepaskan lembu atau keldaimudari kandang untuk dibawa pergiminumpada hari Sabat?16 Sekarang perempuan daripada keturunan Ibrahim initelah dibelenggu oleh Iblis selama lapan belas tahun,tidak haruskah dia dibebaskan daripada belenggunyapada hari Sabat?’

17 Jawapan Isa memalukan semua musuh-Nyatetapi orang ramai bersukacita kerana segala perkaramenakjubkan yang dilakukan oleh Isa.

Ibarat biji sesawi dan ragi18 Isa berkata, ‘Bagaimanakah keadaan kerajaan Al-

lah dan dengan apakah dapat Aku bandingkannya?19 Keadaannya umpama biji sesawi yang ditanam orang

Lukas 13:20 63 Lukas 13:30di dalam kebunnya. Benih itu tumbuh dan menjadipokok lalu burungdi udaramembuat sarangpada cabang-cabangnya.’

20 Isa berkata lagi, ‘Dengan apakah dapat Aku band-ingkan kerajaan Allah? 21 Keadaannya umpama ragidicampur oleh seorang perempuan dengan tiga gantangtepung sampai seluruh adunannya naik.’

Pintu yang sempit22Dalamperjalanan ke Baitulmaqdis, Isamelalui beber-

apa buah kota dan kampung sambil mengajar. 23 Seorangbertanya kepada-Nya, ‘Tuan, adakah segelintir sahajayang akan diselamatkan?’

Isa menjawab, 24 ‘Berusahalah untuk memasuki pintuyang sempit. Aku berkata kepadamu bahawa ramai orangakan mencari jalan masuk, tetapi mereka tidak menda-patinya. 25 Tuan rumah akan bangun dan menguncikanpintu ketika kamu berdiri di luar mengetuk pintu sambilberkata, “Tuan, tuan, bukalah pintu.”

‘Tetapi dia akan menjawab, “Aku tidak tahu dari manakamu datang.”

26 ‘Kemudian kamu akan berkata, “Kami telah makandan minum bersama tuan, dan tuan mengajar di kotakami.”

27 ‘Tetapi tuan itu akan berkata, “Aku tidak tahudari mana kamu datang. Nyahlah, kamu semua yangmelakukan kejahatan!”

28 ‘Di tempat itu akan terdapat ratapan dan kertakangigi apabila kamu melihat Ibrahim, Ishak dan Yakubbersama semua nabi di dalam kerajaan Allah, tetapi kamudiusir keluar. 29 Orang akan datang dari timur danbarat, dari utara serta selatan untuk menikmati jamuandi dalam kerajaan Allah. 30 Sesungguhnya, orang yang

Lukas 13:31 64 Lukas 14:4

terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang yangterdahulu akan menjadi yang terakhir.’

Keluhan Isa terhadap Baitulmaqdis31 Pada masa itu beberapa orang Farisi datang kepada

Isa dan berkata, ‘Pergilah dari sini ke tempat yang lain.Herodes hendak membunuh-Mu.’

32 Isa menjawab, ‘Pergilah beritahu si musang, “Padahari ini dan esok Aku mengusir roh-roh iblis sertamenyembuhkan orang tetapi pada hari ketiga Akuakan menyelesaikan tugas-Ku.” 33 Namun, Aku harusmeneruskan perjalanan pada hari ini, esok dan lusa.Seorang nabi tidak dibunuh di tempat lain kecuali diBaitulmaqdis.

34 ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuhnabi-nabi dan merejam utusan-utusan Allah. Sudahbeberapa kali Aku ingin menaungi semua pendudukmuseperti seekor ibu ayam melindungi anak-anaknya dibawah kepaknya, tetapi engkau tidak mahu. 35 Sekarangrumahmu akan ditinggalkan sama sekali. Aku berkatakepadamu bahawa kamu tidak akan melihat Aku se-hingga tiba masanya kamu berkata, “Diberkatilah Diayang datang dengan nama Tuhan!” ’

14Isa menyembuhkan seorang yang sakit

1Pada hari Sabat Isa pergi makan di rumah seorang Farisiyang terkemuka. Orang terus memerhatikan Isa denganteliti. 2Dandi situ seorang lelaki yang sakit busungberadadi hadapan Isa 3 Kemudian Isa bertanya kepada ahli-ahliTaurat dan orang Farisi, ‘Adakah Taurat membenarkanorang disembuhkan pada hari Sabat atau tidak?’ 4 Tetapi

Lukas 14:5 65 Lukas 14:14mereka diam sahaja. Lalu Isa memanggil orang itu danmenyembuhkannya serta menyuruhnya pulang.

5 Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Jikalau lembuatau keldaimu jatuh ke dalam perigi pada hari Sabat, sia-pakah antara kamu yang tidakmenariknya keluar denganserta-merta pada hari Sabat itu juga?’ 6 Mereka tidakdapat memberikan jawapan tentang perkara itu.

Murah hati dan rendah hati7Ketika Isamelihat bagaimana tetamumemilih tempat

duduk yang terbaik di jamuan itu, Dia mengatakan suatuibarat kepada mereka: 8 ‘Apabila kamu dijemput orangke majlis perkahwinan, janganlah duduk di tempat yangterbaik. Mungkin seorang yang lebih penting daripadakamu telah dijemput, 9 dan tuan rumah akan datangdan berkata kepadamu, “Berikanlah tempatmu kepadaorang ini.” Lalu dengan malu sahaja kamu berpindah ketempat yang paling belakang. 10 Oleh itu, apabila kamudijemput orang, pergilah duduk di tempat yang paling be-lakang supaya tuan rumahdatang dan berkata kepadamu,“Saudara, silakanlah ke tempat yang lebih baik.” Denganitu, kamu mendapat penghormatan di hadapan semuaorang jemputan itu. 11 Sesiapa yang memuliakan dirinyaakan direndahkan dan yang merendahkan dirinya akandimuliakan.’

12 Kemudian Isa berkata kepada tuan rumah, ‘Apa-bila mengadakan suatu majlis makan tengah hari ataumalam, janganlah jemput sahabat-sahabatmu atau adik-beradikmu atau sanak-saudaramu atau jiran tetanggamuyang kaya kerana mereka akan menjemputmu pula danitulah sahaja balasan atas perbuatanmu. 13 Apabila men-gadakan suatu jamuan, jemputlah orang miskin, orangkudung, orang tempang dan orang buta. 14 Diberkatilah

Lukas 14:15 66 Lukas 14:24

kamu kelak kerana mereka tidak dapat membalas jem-putanmu, tetapi kamu akan dianugerahi Allah pada harikebangkitan orang yang benar daripada kematian.’

Ibarat jamuan besar15 Salah seorang jemputan itu mendengar kata-kata

Isa lalu berkata, ‘Diberkatilah orang yang akan dijamu didalam kerajaan Allah.’

16 Isa berkata kepadanya: ‘Ada seorang yang men-gadakan jamuan besar dan dia menjemput ramai orang.17 Apabila tiba masanya, dia menyuruh hambanya pergimemberitahu para jemputannya, “Silakanlah, kerana se-muanya siap sedia.”

18 ‘Tetapi masing-masing mula berdalih. Yang pertamaberkata, “Aku telahmembeli sebuah ladang dan aku haruspergi ke sana. Aku minta maaf.”

19 ‘Seorang yang lain berkata, “Aku telah membeli limapasang lembu dan harus pergimencuba lembu-lembu itu.Aku minta maaf.”

20 ‘Seorang yang lain lagi berkata, “Aku baru berkah-win. Oleh itu, aku tidak dapat datang.”

21 ‘Hamba itu pulang danmemberitahu tuannya hal ini.Tuan rumah itu sangat marah dan menyuruh hambanya,“Pergilah dengan segera ke jalan-jalan dan lorong-lorongkota danbawalahorangmiskin, orangkudung, orangbutadan orang tempang ke mari.”

22 ‘Hamba itu berkata, “Tuan, apa yang tuan suruh telahdilakukan tetapi masih ada tempat lagi.”

23 ‘Tuan rumah berkata kepada hambanya, “Pergilah kejalan-jalan raya dan lorong-lorongdi luar kota serta suruhorang datang supaya rumahku penuh. 24 Aku berkatakepadamu bahawa tiada seorang pun antaramereka yangtelah dijemput itu, akan menikmati jamuanku ini.” ’

Lukas 14:25 67 Lukas 14:35

Pengorbanan menjadi pengikut Isa25 Orang ramai sedang mengiringi Isa apabila Dia

berpaling dan berkata kepada mereka: 26 ‘Jikalau sese-orang datang kepada-Ku dan dia lebih mengasihi ibubapanya, isterinya, anak-anaknya, adik-beradiknya dandirinya, dia tidak boleh menjadi pengikut-Ku. 27 Sesiapayang tidak memikul salibnya dan mengikut-Ku tidakboleh menjadi pengikut-Ku.

28 ‘Jikalau seseorang antara kamu ingin membina se-buah menara, dia akan terlebih dahulu duduk dan men-ganggarkan perbelanjaannya untuk memastikan samaada dia mempunyai wang yang cukup untuk menyiapkanpembinaan itu. 29 Jikalau dia sudah meletakkan asasmenara itu, tetapi tidak dapat menyiapkan pembinaan-nya, semua orang yangmelihat hal itu akanmengejeknya.30 “Orang ini telah memulakan pembinaan itu, tetapitidak dapat pula menyiapkannya.”

31 ‘Jikalau seorang raja yang mempunyai sepuluh ribuorang askar hendak keluar berperang dengan raja lainyang membawa dua puluh ribu orang askar untuk meny-erangnya, dia akanmempertimbangkan dahulu sama adadia cukup kuat untuk menentang raja tersebut. 32 Kalaudia tidak dapat berbuat demikian, dia akan memerintahutusan-utusannya untuk bertanyakan syarat-syarat per-damaian semasa musuhnya masih jauh lagi. 33 Begitujuga sesiapa antara kamu yang tidakmeninggalkan segalamiliknya, tidak boleh menjadi pengikut-Ku.

34 ‘Garam itu baik tetapi jikalau menjadi tawar,bagaimanakah garam itu dapat dimasinkan semula?35 Garam itu tidak berguna untuk menyuburkan tanahatau dijadikan baja kecuali dibuang sahaja. Orang yangbertelinga, dengarlah.’

Lukas 15:1 68 Lukas 15:10

15Domba yang hilang

1 Pada suatu hari semua pemungut cukai dan orang yangberdosa datang mendengar Isa. 2 Orang Farisi dan guru-guru Taurat bersungut-sungut, ‘Orang ini menyambutorang berdosa dan makan bersama mereka.’

3 Isa pun mengatakan ibarat ini kepada mereka.4 ‘Jikalau seorang antara kamu mempunyai seratus ekordomba lalu kehilangan seekor, apakah yang akan di-lakukannya? Dia akan meninggalkan sembilan puluhsembilan ekor domba di padang lalu pergimencari dombayang hilang itu sehingga ditemukannya. 5 Setelah diamenemukannya, dia memikul domba itu di atas bahunya.6Setibanya di rumah, diamemanggil sahabat-sahabat danjiran tetangganya lalu berkata, “Bergembiralah denganaku kerana aku telahmenemukan domba aku yang hilangitu.” 7 Aku berkata kepadamu bahawa begitu jugalahkegembiraan di syurga kerana seorang yang berdosabertaubat lebih daripada kegembiraan ke atas sembi-lan puluh sembilan orang yang benar yang tidak perlubertaubat.

Wang yang hilang8 ‘Atau seandainya seorang perempuan yang mem-

punyai sepuluh keping wang perak kehilangan sekeping,apakah yang akan dilakukannya? Dia akan memasangpelita lalu menyapu rumah dan mencari dengan cer-mat sehingga dia menemukannya kembali. 9 Setelahitu, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetang-ganya dan berkata, “Bergembiralah dengan aku keranaaku telah menemukan sekeping wang yang hilang itu.”10Akuberkata kepadamubahawamalaikat-malaikat Allahbergembira kerana seorang yang berdosa bertaubat.’

Lukas 15:11 69 Lukas 15:22Anak lelaki yang hilang

11 Isa berkata seterusnya: ‘Ada seorang yang mem-punyai dua orang anak lelaki. 12 Anak bongsu berkatakepada bapanya, “Ayah, berilah aku sekarang bahagianharta yang akan menjadi pusakaku.” Lalu bapa itu mem-bahagikan hartanya kepada kedua-dua anaknya itu.

13 ‘Tidak lama kemudian, yang bongsu itu menjualhartanya dan merantau ke negeri yang jauh. Di situdia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.14 Setelah dia menghabiskan kesemua wangnya, suatukebuluran yang teruk berlaku di negeri itu dan dia dalamkeadaan serba kekurangan. 15 Dia pergi bekerja denganseorang penduduk negeri itu dan disuruhmenjaga babi diladangnya. 16 Dia ingin mengisi perutnya dengan sekamkacang yang dimakan oleh babi tetapi tiada seorang punyang memberikan apa-apa kepadanya.

17 ‘Akhirnya, dia sedar dan berkata, “Semua orang gajibapaku dapat makan sehingga kenyang, tetapi aku inihampir mati kelaparan! 18 Aku hendak kembali kepadabapaku, dan aku akan berkata kepadanya: Ayah, akutelah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. 19Akutidak layak disebut sebagai anak ayah. Jadikanlah akuini sebagai salah seorang gaji ayah.” 20 Dia pun kembalikepada bapanya.

‘Semasa dia masih jauh lagi, bapanya nampak dia.Hatinya penuh dengan belas kasihan dan dia berlarimenemuinya. Bapanya memeluk dan menciumnya.

21 ‘Anak itu berkata kepada bapanya, “Ayah, aku telahberbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. Aku tidaklayak disebut anak ayah.”

22 ‘Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, “Segeralahambil pakaian yang terbaik dan pakaikanlah kepadaanakku. Sarungkan sebentuk cincin di jarinya dan

Lukas 15:23 70 Lukas 15:32pakaikan kasut pada kakinya. 23 Pilihlah dan sembelilahanak lembu yang tambun, dan marilah kita mengadakanjamuan dan bersuka ria; 24 kerana anakku ini telah matidan hidup kembali; dia telah sesat dan ditemui kembali.”Lalu mereka mula bersuka ria.

25 ‘Padamasa itu anak sulung bekerja di ladang. Apabiladia pulang ke rumah, dia terdengar bunyi muzik danorang menari-nari. 26Dia memanggil seorang hamba lalubertanya, “Apakah yang sedang berlaku ini?” 27 Hambaitu menjawab, “Adik tuan telah pulang dan bapa tuantelahmenyembelih anak lembu yang tambun kerana adiktuan pulang dengan selamatnya.”

28 ‘Anak sulung itu sangat marah sehingga dia tidakmahu masuk ke dalam rumah. Ayahnya keluar lalumemujuk dia. 29 Anak sulung itu berkata, “Tengoklah,bertahun-tahun aku bekerja untuk ayah. Aku tidak per-nah melanggar perintah ayah. Tetapi ayah tidak pernahmemberikan seekor anak kambing pun kepada aku su-paya aku dapat bersuka ria dengan sahabat-sahabatku.30 Namun sepulangnya anak ayah ini yang telah mem-boroskan harta ayah dengan perempuan-perempuansundal, ayah menyembelih anak lembu yang tambununtuknya!”

31 ‘Bapa itu berkata kepadanya, “Anakku, engkau inisentiasa bersama ayah, dan segala milik ayah ialah mi-likmu. 32 Kita patut bersuka ria kerana adikmu ini telahmati dan hidup kembali; dia telah sesat dan ditemuikembali.” ’

16Pengurus yang cerdik

Lukas 16:1 71 Lukas 16:101 Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Seorangkaya mempunyai seorang pengurus untuk harta ben-danya. Dia diberitahu bahawa pengurus itu mem-boroskan wang tuannya. 2 Tuan itu memanggil pengu-rus itu lalu berkata, “Apakah yang telah kudengar ten-tangmu? Serahkanlah kira-kira yang lengkap bagi semuahartaku kerana kamu tidak bolehmenjadi pengurus lagi.”

3 ‘Pengurus itu berkata kepada dirinya, “Apakah harusaku buat? Aku tidak kuat untuk mencangkul dan akumalu meminta sedekah. 4 Aku tahu apa yang harus akubuat supaya apabila aku dipecat nanti daripada jawatanpengurus itu, aku ada ramai sahabat yang akan meneri-maku ke rumah mereka.”

5 ‘Dia pun memanggil semua orang yang berhutangkepada tuannya. Dia berkata kepada orang yang pertama,“Berapakah hutangmu kepada tuan aku?”

6 ‘Orang itu menjawab, “Seratus tong minyak zaitun.”Pengurus itu berkata, “Inilah kira-kiramu. Duduk dan

tulislah lima puluh.”7 ‘Dia berkata kepada seorang yang lain, “Berapakah

hutangmu pula?”‘Orang itu menjawab, “Seratus pikul gandum.”‘Pengurus itu berkata, “Inilah kira-kiramu. Tulislah

lapan puluh.”8 ‘Tuan itu memuji pengurus yang tidak jujur itu ker-

ana perbuatannya yang cerdik. Orang duniawi lebihcerdik menguruskan pekerjaan mereka daripada orangyang hidup dalam nur. 9 Aku berkata kepadamu supayamenggunakan kekayaan dunia untuk mendapat sahabatbagi dirimu. Apabila kekayaanmu lenyap, kamu akandisambut ke tempat kediaman yang kekal.

10 ‘Orang yang setia dalamperkara yang kecil akan setiajuga dalamperkara yang besar; dan orang yang tidak setia

Lukas 16:11 72 Lukas 16:20dalam perkara yang kecil tidak akan setia dalam perkarayang besar. 11 Oleh itu, jikalau kamu tidak setia dalamkekayaan dunia ini, siapakah yang akanmengamanahkankekayaan yang sejati kepadamu? 12 Dan jikalau kamutidak setia dengan milik orang lain, siapakah pula yangakan memberimu apa yang menjadi milik kamu sendiri?

13 ‘Tiada seorang hamba yang dapat menghambakandiri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci seorangdan mengasihi seorang lagi ataupun dia akan taat kepadaseorang dan menghina seorang lagi. Kamu tidak dapatbekerja untuk Allah dan untuk kekayaan.’

14 Orang Farisi yang mendengar kata-kata Isamengejek-Nya kerana mereka loba akan wang. 15 Isaberkata kepada mereka, ‘Kamulah orang yang berpura-pura bertakwa di hadapan khalayak ramai, tetapi Allahmengetahui isi hatimu. Apa yang dianggap berharga olehmanusia tidak ada nilainya di sisi Allah.

Beberapa ajaran Isa16 ‘Sebenarnya, hukum Taurat dan kitab segala nabi

berkuatkuasa sehingga zaman Yahya. Semenjak itu,perkhabaranbaik tentang kerajaanAllah diberitakan, danorang berasak-asak hendak memasukinya. 17Tetapi lebihmudah lenyapnya langit dan bumi daripada hilangnyasepatah kata pun hukum Taurat.

18 ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya dan berkahwindengan perempuan lain, berzina. Begitu juga denganlelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yangtelah diceraikan oleh suaminya.

Orang kaya dan Lazarus19 ‘Ada seorang kaya yang berpakaianmahal-mahal dan

hidup dalam kemewahan setiap hari. 20Ada pula seorangpeminta sedekah bernama Lazarus yang penuh dengan

Lukas 16:21 73 Lukas 16:30pekung. Dia selalu dibawa ke muka pintu rumah orangkaya itu. 21 Dia ingin mendapat sisa-sisa makanan yangdibuang dari meja orang kaya itu. Anjing pula datangmenjilat pekung-pekungnya.

22 ‘Peminta sedekah itu mati dan malaikat-malaikatmembawanya ke sisi Ibrahim di syurga. Orang kaya itupun mati lalu dikebumikan. 23 Dia menderita di alammaut. Apabila dia memandang ke atas, dia nampakIbrahim jauhdi sana dan Lazarus di sisinya. 24Dia berseru,“Bapa Ibrahim, kasihanilah aku dan suruh Lazarus datangmencelupkan jarinya di dalam air untuk menyejukkanlidahku kerana aku sengsara di dalam nyala api ini.”

25 ‘Tetapi Ibrahim berkata, “Anakku, ingatlah bahawaengkau telah menikmati kesenangan pada masahidupmu, tetapi Lazarus mengalami kesengsaraan.Sekarang Lazarus senang di sini tetapi engkaumenderita.26 Selain itu, terdapat satu jurang yang dalam diantara kami dengan kamu supaya orang yang hendakmenyeberang dari sini kepada kamu tidak dapat berbuatdemikian, dan orang dari sana tidak dapat menyeberangkepada kami.”

27 ‘Orang kaya itu berkata, “Jikalau begitu, aku memo-hon, ya bapa, suruh Lazarus ke rumah ayahku 28 keranaaku mempunyai lima adik-beradik lelaki. Biarlah Lazaruspergimemberikan amaran kepadamereka supayamerekatidak datang ke tempat sengsara ini.”

29 ‘Ibrahim berkata, “Mereka ada kitab Musa dan nabi-nabi. Biarlah mereka mendengar pengajaran itu.”

30 ‘Orang kaya itu berkata, “Itu tidak cukup, BapaIbrahim. Jikalau seorang antara orang mati pergi kepadamereka, tentumereka akan bertaubat daripada dosa-dosamereka.”

Lukas 16:31 74 Lukas 17:931 ‘Tetapi Ibrahim berkata, “Jikalau mereka tidak mahu

mendengar pengajaran kitabMusa dannabi-nabi, merekatidak akan percaya sekalipun seorang bangkit daripadakematian.” ’

17Dosa, iman dan kewajipan seorang hamba

1 Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Hal yangmembuat orang melakukan dosa memang ada, tetapimalangnya bagi orang yang menyebabkan hal-hal ituberlaku. 2 Lebih baik bagi dia jikalau sebuah batu kisardiikat pada lehernya dan dia dibuang ke dalam laut,daripada dia menyebabkan salah seorang yang lemahmelakukan dosa. 3 Berwaspadalah!

‘Jikalau saudaramu telah berbuat salah terhadapmu,tegurlah dia dan jikalau dia bertaubat, ampunilah dia.4 Jikalau dia bersalah sebanyak tujuh kali terhadapmudalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu sertaberkata, “Aku bertaubat,” kamu hendaklah mengam-puninya.’

5 Rasul-rasul itu berkata kepada Junjungan, ‘Kuatkan-lah iman kami.’

6 Junjunganmenjawab, ‘Jikalau kamumempunyai imansebesar biji sawi, kamu akan dapat berkata kepada pokokara ini, “Tercabutlah akar-akarmu dan tertanamlah kamudi laut,” dan pokok ara akan menurut perintahmu.

7 ‘Jikalau salah seorang kamu mempunyai hamba yangmembajak atau menggembalakan domba, siapakah an-tara kamu akan berkata kepadanya sewaktu dia pulangdari ladang, “Mari, lekas duduk makan?” 8 Bukankahkamu akan berkata kepadanya, “Hidangkanmakanan danbersedia untuk melayaniku semasa aku makan. Selepasitu, barulah kamumakan”? 9Adakah kamumengucapkan

Lukas 17:10 75 Lukas 17:21

terima kasih kepada hamba itu kerana dia menurut per-intah? 10 Begitu juga dengan kamu. Apabila kamu telahberbuat segala yang diperintahkan kepadamu, kamu hen-daklah berkata, “Kami ini hamba yang tidak layakmener-ima apa-apa; kami cuma menjalankan kewajipan kami.”’

Isa menyembuhkan sepuluh orang berpenyakit kusta11 Dalam perjalanan Isa ke Baitulmaqdis, Dia melalui

sempadan Samaria dan Galilea. 12 Apabila Dia mema-suki sebuah kampung, sepuluh orang berpenyakit kustadatang bertemu dengan-Nya. Mereka berdiri jauh sedikitdaripada Isa 13dan berseru kepada-Nya, ‘Ya Isa, ya Junjun-gan, kasihanilah kami!’

14 Apabila Isa melihat mereka, Dia berkata kepadamereka, ‘Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.’ Dalam perjalanan, mereka pun sembuh.

15 Salah seorang daripada mereka ketika melihatdirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suarayang kuat. 16 Dia sujud pada kaki Isa dan mengucapkanterima kasih. Dia seorang Samaria.

17 Isa bertanya, ‘Sepuluh orang disembuhkan. Dimanakah sembilan orang lagi? 18 Tiadakah seorang pundidapati kembali untuk bersyukur kepada Allah kecualiorang bangsa asing ini?’ 19 Isa pun berkata kepadanya,‘Bangunlah dan pergi. Imanmu telah menyembuhkankamu.’

Kedatangan kerajaan Allah20 Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada

Isa bila kerajaan Allah akan datang dan Isa menjawab,‘Kerajaan Allah tidak datang dengan alamat-alamat yangdapat dilihat. 21 Tiada orang akan berkata, “Lihatlah di

Lukas 17:22 76 Lukas 17:35sini!” atau “Lihatlah di sana!” kerana kerajaan Allahsebenarnya ada di dalam kamu.’

22 Kemudian Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Masanya akan datang apabila kamu ingin melihatsalah satu hari Putera Insan, tetapi kamu tidak dapatmelihatnya. 23 Orang akan berkata kepadamu, “Lihatdi situ!” atau “Lihat di sini!” Tetapi janganlah kamupergi atau mengikutnya. 24 Seperti kilat memancar darisebelah kaki langit ke sebelah yang lain, demikianlahjuga halnya Putera Insan pada hari-Nya kelak. 25 Tetapiterlebih dahulu Dia akan mengalami banyak penderitaandan Dia tidak akan diterima oleh orang zaman ini.

26 ‘Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nuh,demikian juga akan berlaku pada zaman Putera Insan.27 Mereka makan dan minum. Lelaki dan perempuanberkahwin sampai ke hari Nuh masuk ke dalam bahtera.Lalu air bah melanda dan membinasakan mereka semua.

28 ‘Demikian juga yangberlakupada zamanLut. Merekamakan dan minum, berjual beli, bercucuk tanam danmendirikan rumah. 29 Pada hari Lut keluar dari Sodom,api dan belerang turun dari langit dan membinasakanmereka semua.

30 ‘Begitulah keadaannya kelak pada hari Putera Insanmenunjukkan diri-Nya. 31 Pada hari itu jikalau seseorangada di atas bumbung rumah, janganlah dia turun untukmengambil barang di dalam rumah. Demikian juga jan-ganlah orang yang ada di ladang kembali ke rumahnya.32 Ingatlah akan isteri Lut! 33 Sesiapa yang cuba memeli-hara nyawanya akan kehilangannya, tetapi sesiapa yangsanggupmengorbankannyawanya akanmenyelamatkan-nya. 34 Aku berkata kepadamu bahawa pada malam itudua orang berbaring di atas sebuah katil. Seorang akandibawa dan seorang lagi akan ditinggalkan. 35 Dua orang

Lukas 17:36 77 Lukas 18:8

perempuan bersama-sama mengisar gandum. Seorangakan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. 36 Dua oranglelaki bekerja di ladang. Seorang akan dibawa dan seo-rang lagi ditinggalkan.’

37Mereka bertanya kepada Isa, ‘Di manakah, ya Junjun-gan?’

Isa menjawab, ‘Di mana ada bangkai, di situ juga adaburung nasar.’

18Ibarat seorang balu dan seorang hakim

1 Kemudian Isa menceritakan ibarat ini untuk mengajarmereka bahawa mereka harus sentiasa berdoa dan tidakputus asa. 2 Isa berkata, ‘Di dalam sebuahkota ada seoranghakim yang tidak takut akan Allah atau mempedulikansesiapa. 3 Di kota itu juga ada seorang balu yang kerap-kali datang kepada hakim itu untuk menuntut keadilanterhadap lawannya.

4 ‘Sekian lama hakim itu menolak tuntutannya, tetapiakhirnya dia berkata dalam hatinya, ‘Walaupun aku tidaktakut akan Allah dan tidak pedulikan sesiapapun, 5 tetapidisebabkan balu ini terus mengganggu aku, biarlah akumengadili tuntutannya. Jika tidak, dia akan terus-menerus datang dan mengganggu aku!’

6 Junjunganmenambah, ‘Dengarlah apa yang dikatakanoleh hakim yang tidak adil itu. 7 Tidakkah Allah akanmembela umat-Nya yang berseru kepada-Nya siang danmalam? Adakah Dia akan bertangguh untuk melak-sanakan keadilan bagi mereka? 8 Aku berkata kepadamubahawa Allah akan melaksanakan keadilan bagi merekadengan segera. Tetapi, apabila Putera Insan datang,adakah Dia akan menjumpai iman di bumi ini?’

Lukas 18:9 78 Lukas 18:17

Ibarat seorang Farisi dan seorang pemungut cukai9 Isa juga menceritakan ibarat ini kepada orang yang

menganggap diri mereka sebagai orang yang benar danmenghina orang lain: 10 ‘Dua orang masuk ke dalamrumah ibadat untuk berdoa. Seorang daripadanya orangFarisi dan seorang lagi pemungut cukai. 11Orang Farisi ituberdiri dan berdoa dalam hatinya: “Ya Allah, aku mengu-cap syukur kepada-Mu kerana aku tidak tamak, menipuatau tidak bermoral seperti orang lain. Aku bersyukurkepada-Mu kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini.12 Aku berpuasa dua kali seminggu dan mempersem-bahkan sepersepuluh daripada semua pendapatanku.”

13 ‘Akan tetapi, pemungut cukai itu berdiri jauh sedikit,tidak berani menengadah ke langit melainkan menebahdada sambil berkata, “Ya Allah, kasihanilah hamba, orangberdosa ini.”

14 ‘Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukaiini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allahtetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang mening-gikan dirinya akan direndahkan, dan sesiapa yangmeren-dahkan dirinya akan ditinggikan.’

Isa memberkati kanak-kanak15Orang membawa anak mereka kepada Isa supaya Dia

memberkati mereka. Tetapi apabila pengikut-pengikutIsa melihat hal ini, mereka menegur orang itu. 16NamunIsa memanggil anak-anak itu datang kepada-Nya lalu Diaberkata, ‘Biarlah anak-anak ini datang kepada-Ku. Jan-ganlah melarang mereka kerana kerajaan Allah menjadimilik orang yang sedemikian. 17 Sesungguhnya, Akuberkata kepadamu bahawa sesiapa yang tidak menyam-but kerajaan Allah seperti seorang anak menerimanya,tidak dapat masuk ke dalam kerajaan itu.’

Lukas 18:18 79 Lukas 18:30Seorang yang kaya

18 Seorang pemimpin bangsa Yahudi bertanya kepadaIsa, ‘Ya Guru yang baik, apakah harus aku buat untukberoleh hidup yang kekal?’

19 Isa menjawab, ‘Mengapakah engkau mengatakanAku ini baik? Tiada sesiapapun yang baik kecuali Allah.20 Engkau mengetahui hukum-hukum Allah, iaitu: “Jan-gan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, janganberdusta, hormati bapa dan ibumu.” ’

21Pemimpin itu berkata, ‘Semua ini telah kuturuti sejakkecil.’

22 Apabila Isa mendengar ini, Dia berkata kepadanya,‘Satu perkara sahaja yang perlu kaulakukan. Juallahsegala hartamu dan dermakan wangnya kepada orangmiskin. Engkau akan beroleh harta di syurga. Kemudian,ikutlah Aku.’

23 Tetapi apabila pemimpin itu mendengar demikian,dia menjadi sangat sedih kerana dia seorang yang amatkaya. 24 Isa nampak kesedihannya lalu berkata, ‘Alangkahsukar bagi orang kaya masuk ke dalam kerajaan Allah!25 Lebih mudah seekor unta masuk ke lubang jarumdaripada seorang kaya masuk ke dalam kerajaan Allah.’

26 Orang yang mendengar-Nya berkata, ‘Kalau begitu,siapakah yang dapat diselamatkan?’

27 Isa menjawab, ‘Apa yang mustahil bagi manusia itutidak mustahil bagi Allah.’

28 Petrus berkata, ‘Kami telah meninggalkan rumahuntuk mengikut-Mu.’

29 Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Akuberkata kepadamu bahawa sesiapa sahaja yang telahmeninggalkan rumah, atau isteri, atau adik-beradik, atauibu bapa, atau anak-anak demi kerajaan Allah 30 akan

Lukas 18:31 80 Lukas 18:43menerima ganjaran berkali-kali gandanya pada masa inidan hidup yang kekal di akhirat.’

Kali ketiga Isa berkata tentang kematian-Nya31 Isa membawa dua belas pengikut-Nya ke suatu tem-

pat dan berkata kepada mereka, ‘Kita akan pergi keBaitulmaqdis dan segala yang tersurat dalam kitab-kitabnabi tentang Putera Insan akan berlaku di sana. 32 Diaakan diserahkan ke tangan bangsa asing. Dia akan diceladan dimaki serta diludahi orang. Mereka akan menyebatDia dan membunuh-Nya. 33 Pada hari yang ketiga Diaakan bangkit semula.’

34 Tetapi pengikut-pengikut-Nya tidak mengerti sepa-tah kata pun. Maksud kata-kata ini dirahsiakan daripadamereka. Mereka tidak memahami apa yang dikatakanoleh Isa.

Isa menyembuhkan seorang pengemis yang buta35 Ketika Isa menghampiri kota Yerikho, ada seo-

rang buta yang duduk di tepi jalan meminta sedekah.36 Apabila dia mendengar bunyi orang ramai lalu, diabertanya, ‘Apakah yang sedang berlaku?’ 37 Orang mem-beritahu dia bahawa Isa, orang Nasaret, sedang lalu.

38Dia pun berseru, ‘Isa, Anak Daud, kasihanilah aku!’39 Orang yang di hadapannya memarahinya dan

menyuruh dia diam, tetapi dia berseru dengan lebihkuat, ‘Ya Anak Daud, kasihanilah aku!’

40 Isa berhenti dan menyuruh orang membawa diakepada-Nya. Apabila dia mendekati Isa, Isa bertanya,41 ‘Apakah yang engkau hendak Aku buat bagimu?’

Dia berkata, ‘Junjungan, aku mahu melihat kembali.’42 Isa berkata kepadanya, ‘Terimalah penglihatanmu

kembali, imanmu telah menyembuhkanmu.’ 43 Seketikaitu juga, dia dapat melihat lalu dia mengikut Isa sambil

Lukas 19:1 81 Lukas 19:10memuji Allah. Semua orang yang menyaksikan kejadianini memuji Allah.

19Isa dengan Zakheus

1 Isa meneruskan perjalanan ke Yerikho dan melalui kotaitu. 2 Di situ ada seorang yang bernama Zakheus. Diaketua pemungut cukai dan sangat kaya. 3Dia cuba hendakmelihat siapa Isa itu, tetapi tidak dapat berbuat demikiankerana orang terlalu ramai dan dia pendek orangnya.4 Dia pun berlari mendahului mereka lalu memanjatpokok ara untuk melihat Isa yang akan melalui jalan itu.

5 Apabila Isa sampai ke tempat itu, Dia mendongak keatas lalu berkata kepadanya, ‘Zakheus, turunlah dengansegera kerana pada hari ini Aku harus menumpang dirumahmu.’ 6 Zakheus turun dengan segera dan menyam-but Isa dengan sukacitanya.

7 Semua orang yang melihat hal ini bersungut-sungut,‘Dia hendak menumpang di rumah orang yang berdosapula!’

8Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Junjungan,‘Tuan, sekarang ini juga aku hendak memberikan sepa-ruh hartaku kepada orang miskin, dan jikalau aku telahmenipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empatkali ganda.’

9 Isa berkata kepadanya, ‘Pada hari ini juga penyela-matan telah datang kepada seluruh keluarga kamukeranakamu juga seorang keturunan Ibrahim. 10 Putera Insandatang untuk mencari dan menyelamatkan orang yangsesat.’

Ibarat tentang kepingan wang emas

Lukas 19:11 82 Lukas 19:21

11 Isa menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yangmendengar-Nya. Dia kini telah hampir tiba ke Baitul-maqdis dan mereka menyangka bahawa kerajaan Al-lah akan menjadi nyata tidak lama lagi. 12 Jadi, Isaberkata: ‘Seorang bangsawan telah berangkat ke negerijauh untuk dilantik menjadi raja dan akan kembali.13 Terlebih dahulu dia memanggil sepuluh orang ham-banya, lalu memberi masing-masing sekeping wang emasdan berkata kepada mereka, “Uruskanlah wang ini se-hingga aku pulang.”

14 ‘Tetapi rakyat negeri itu membencinya dan menyu-ruh utusan-utusan untuk memberitahunya, “Kami tidakmahu orang ini menjadi raja kami.”

15 ‘Setelah dia menjadi raja, dia kembali dan memerin-tah hamba-hamba yang telah diberi wang emas datangmenghadapnya dengan segera. Dia ingin mengetahuijumlah keuntungan dalam perniagaan masing-masing.

16 ‘Yang pertama menghadap dan berkata, “Tuan,sekeping wang emas tuan itu telah menjadi sepuluh kalilebih banyak.”

17 ‘Tuan itu berkata kepadanya, “Bagus sekali, hambayang baik. Oleh sebab engkau telah setia dalam perkarakecil ini, aku akan menjadikan engkau penguasa sepuluhbuah kota.”

18 ‘Yang kedua menghadap dan berkata, “Tuan,sekeping wang emas tuan itu telah menjadi lima kalilebih banyak.”

19 ‘Tuan itu berkata kepadanya, “Engkau akan menjadipenguasa lima buah kota.”

20 ‘Seorang hamba lagi menghadap dan berkata, “Tuaninilah wang emas tuan yang telah aku simpan di dalamsehelai kain. 21Aku takut akan tuan kerana tuan seorang

Lukas 19:22 83 Lukas 19:31

yang keras hati. Tuan mengambil apa yang bukan miliktuan, dan menuai apa yang tidak tuan taburkan.”

22 ‘Tuan itu berkata, “Hamba yang tidak berguna! Akuakanmenghukum engkaumengikut kata-katamu sendiri.Engkau mengetahui aku ini seorang yang keras hati,mengambil barang yang bukan milikku dan menuai apayang tidak aku taburkan. 23 Jadi, mengapakah engkautidakmemasukkanwang itu ke dalam tabung? Kemudian,setelah aku kembali, dapatlah aku ambil wang itu denganfaedahnya.”

24 ‘Lalu tuan itu berkata kepada orang yang berdiri disitu, “Ambillah kepingwang itu daripadanya dan berikan-nya kepada orang yang ada sepuluh keping wang emasitu.”

25 ‘Mereka pun berkata kepadanya, “Tuan, dia sudahada sepuluh keping.”

26 ‘Tuan itu berkata, “Orang yang sedia ada akan diberilebih banyak, dan orang yang tidak mempunyai sesuatuakan diambil barang yang ada padanya. 27 Sekarang,bawalah ke mari seteru-seteruku yang tidak mahu akumenjadi raja mereka. Bunuhlah mereka di hadapanku.”’

Isa masuk ke Baitulmaqdis28 Setelah Isa berkata demikian, Dia pun berjalan men-

dahului mereka menuju ke Baitulmaqdis. 29 ApabilaDia mendekati Baitfagi dan Baitani di Bukit Zaitun,Dia menyuruh dua orang pengikut-Nya dengan berkatakepada mereka, 30 ‘Pergilah ke kampung di hadapan itu.Apabila kamu masuk ke kampung itu, kamu akan menda-pati seekor anak keldai yang tertambat. Anak keldai itubelumpernahditunggangi orang. Lepaskan keldai itu danbawa ke mari. 31 Jikalau ada orang bertanya kepadamu,

Lukas 19:32 84 Lukas 19:42“Mengapakah kamu melepaskan keldai?” kamu hendak-lah berkata kepadanya, “Junjungan memerlukannya.” ’

32 Kedua-dua pengikut itu pun pergi dan mendapatisebagaimana yang telah dikatakan Isa kepada mereka.33 Ketika mereka melepaskan anak keldai itu, tuan anakkeldai itu berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamumelepaskan anak keldai ini?’

34 Pengikut-pengikut itu menjawab, ‘Junjunganmemerlukannya.’

35 Lalu mereka membawanya kepada Isa. Kemudian,mereka menghamparkan jubah mereka di atas anak kel-dai itu danmenolong Isa naik ke atasnya. 36Ketika Isame-nunggang keldai itu, orang ramai pun membentangkanjubah mereka di jalan.

37 Apabila Dia menghampiri jalan yang turun dariBukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersukacita danmemuji Allah dengan suara yang kuat kerana semuamukjizat yang telah disaksikan oleh mereka:38 ‘Diberkatilah Raja yang datang

dengan nama Tuhan!’‘Kesejahteraan di syurga

dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!’39 Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisiyang berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, suruh pengikut-pengikut-Mu diam.’

40 Isamenjawab, ‘Aku berkata kepadamubahawa jikalaumereka diam, batu-batu pula akan bersorak.’

Tangisan Isa bagi Baitulmaqdis41 Ketika Isa menghampiri Baitulmaqdis dan melihat

kota itu, Dia pun menangisinya, 42 lalu berkata, ‘Kalaulah

Lukas 19:43 85 Lukas 20:2kiranya pada hari ini engkau mengetahui perkara-perkara yang dapat membawa sejahtera kepadamu!Tetapi sekarang semuanya dirahsiakan daripadamu.43 Masanya akan datang apabila musuh-musuhmuakan mengelilingimu dengan sekatan, mengepungdan mengasakmu dari semua arah. 44 Mereka akanmembinasakanmu dan semua pendudukmu. Merekatidak akan meninggalkan seketul batu pun di tempatnyakerana kamu tidak mengetahui masanya Allah datangkepadamu.’

Isa pergi ke rumah ibadat45 Isa masuk ke dalam rumah ibadat lalu mengusir

semua pedagang di situ. 46 Dia berkata kepada mereka,‘Telah tersurat, “Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa”;tetapi kamu telah menjadikannya “sarang pencuri.” ’

47 Setiap hari Isa mengajar di dalam rumah ibadat.Ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan para pemimpinmereka mencari jalan untuk membunuh-Nya 48 tetapimereka tidak dapat berbuat demikian kerana orang ramaiterus-menerus datang mendengar Isa dan mereka tidakmahu terlepas sepatah kata Isa pun.

20Kekuasaan Isa dipersoalkan

1 Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang ramai didalam rumah ibadat dan memberitakan perkhabaranyang baik, ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan paratua-tua datang kepada Isa. 2Mereka berkata kepada-Nya,‘Katakanlah kepada kami atas kuasa siapakah Engkau lak-sanakan segala perkara ini. Siapakah yang memberikankuasa ini kepada-Mu?’

Lukas 20:3 86 Lukas 20:133 Isa menjawab, ‘Aku juga hendak bertanya kepadamu

suatu perkara. Katakanlah kepada-Ku 4 pengimadanYahya itu datang daripada siapa, syurga atau manusia?’

5 Mereka berbincang sesama sendiri, ‘Jikalau kitakatakan, “Daripada syurga,” Dia akan berkata, “Jikalaubegitu, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?”6 Sebaliknya, jikalau kita katakan, “Daripada manusia,”orang ramai sudah tentu akan merejam kita keranamereka yakin bahawa Yahya itu seorang nabi.’

7 Mereka pun menjawab kepada Isa bahawa merekatidak mengetahui dari mana asalnya pengimadan Yahyaitu.

8 Oleh itu, Isa pun berkata kepada mereka, ‘Aku jugatidak akan memberitahu kamu atas kuasa siapa Akumelakukan segala perkara ini.’

Ibarat tentang penyewa ladang9 Kemudian Isa menceritakan ibarat ini kepada orang

ramai: ‘Seorang menanami ladang anggur. Dia menye-wakan ladang itu kepada beberapa orang petani laluberangkat ke negeri lain dan tinggal beberapa lama disitu. 10 Pada musim buah-buahan dia menyuruh seoranghamba pergi kepada petani-petani itu untuk menerimahasil buah-buahan bahagiannya daripada mereka tetapipetani-petani itu memukul hamba tersebut lalu men-gusirnya balik dengan tangan kosong. 11 Pemilik ladangitu menyuruh seorang hamba yang lain pula. Tetapipetani-petani itu memukulnya, mencercanya dan men-gusirnya dengan tangan kosong juga. 12 Pemilik ladangitu menyuruh hamba yang ketiga. Tetapi petani-petaniitu mencederakannya lalu mengusirnya.

13 ‘Pemilik ladang itu berkata, “Apakah yang hendakkubuat? Baik kusuruh puteraku yang kukasihi. Tentupetani-petani itu akan menghormatinya.”

Lukas 20:14 87 Lukas 20:2114 ‘Tetapi apabila petani-petani itu melihatnya, mereka

berbincang sesama sendiri, “Inilahwarisnya. Marilah kitabunuh dia supaya ladang ini menjadi hak kita.” 15Merekapunmengusirnya keluar dari ladang lalumembunuhnya.’

Isa bertanya, ‘Apakah yang akan dilakukan oleh pemi-lik ladang terhadap petani-petani tersebut? 16 Sudahtentu dia akan datang dan membunuh petani-petani itulalu menyewakan ladang anggur itu kepada orang lainpula.’

Setelah orang ramai itu mendengar ibarat ini, merekaberkata, ‘Semoga tidak begitu!’

17 Tetapi Isa memandang mereka dan bertanya, ‘Kalaubegitu, apakah maksud ayat yang tersurat ini:‘ “Batu yang dibuang oleh pembinatelah menjadi batu penjuru?”18 ‘Sesiapa yang jatuh pada batu itu akan hancur luluh,dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan remuk-redam.’

Pertanyaan tentang pembayaran cukai19 Guru-guru Taurat dan ketua-ketua imam mencari

jalan hendak menangkap Isa ketika itu juga keranamereka mengetahui Isa telah menujukan ibarat itu ter-hadap mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai.

20Mereka menunggu peluang. Lalu mereka mengutusbeberapa orang supaya berpura-pura ikhlas untukmemerangkap Isa dengan mengemukakan pertanyaantertentu supaya mereka dapat menyerahkan Isa ke dalamkawalan dan bidang penghakiman gabenor. 21 Merekabertanya kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami mengetahui apayang Tuan Guru katakan dan ajarkan itu betul. Kamijuga mengetahui Tuan Guru tidak pilih kasih kepadaseseorang tetapi dengan ikhlas mengajarkan jalan Allah.

Lukas 20:22 88 Lukas 20:3622 Beritahulah kami, mengikut Taurat patutkah kamimembayar cukai kepada Kaisar?’

23 Isa mengetahui niat muslihat mereka lalu berkata,24 ‘Tunjukkanlah Aku sekeping mata wang. Gambar dannama siapakah ini?’

25Mereka menjawab, ‘Gambar dan nama Kaisar.’Isa berkata kepadamereka, ‘Kalau begitu, berikanmilik

Kaisar kepada Kaisar, dan milik Allah kepada Allah.’26 Oleh yang demikian, mereka tidak dapat

memerangkap Isa di hadapan orang ramai itu. Merekadiam sahaja kerana kagum akan jawapan-Nya.

Pertanyaan tentang kebangkitan daripada maut27 Beberapa orang Saduki, iaitu orang yang menafikan

hal kebangkitan orang mati, datang bertanya kepada Isa,28 ‘Tuan Guru, Musa telah memberi kita hukum berikut.Jikalau seseorang lelaki meninggal tanpa mempunyaianak, adik lelakinya harus beristerikan balu itu untukmendapatkan anak bagi si abang yang telah meninggalitu. 29Ada tujuh orang adik-beradik lelaki. Yang pertamamati tanpa mempunyai anak. 30 Yang kedua beristerikanbalunya, 31 kemudian yang ketiga dan seterusnya kepadasemua yang lain – mereka semua meninggal tanpa mem-punyai anak. 32Akhirnya, perempuan itu pun meninggal.33Pada hari kebangkitan orangmati kelak, perempuan itumenjadi isteri siapa kerana ketujuh-tujuh adik-beradikitu telah beristerikannya.’

34 Isa menjawab, ‘Lelaki dan perempuan yang hidupsekarang ini berkahwin 35 tetapi mereka yang layakdibangkitkan daripada kematian dan hidup pada zamanyang akan datang tidak berkahwin. 36Mereka itu sepertimalaikat dan tidak boleh mati lagi. Mereka menjadianak Allah kerana mereka telah dibangkitkan daripada

Lukas 20:37 89 Lukas 20:47kematian. 37Musa telah menjelaskan bahawa orang matiakan dibangkitkan. Dalam kisah belukar yang bernyala,Allah disebut sebagai Tuhan yang disembah oleh Ibrahim,Ishak dan Yakub. 38 Allah bukannya Tuhan bagi orangmati tetapi bagi orang yang hidup. Mereka itu semuahidup pada Allah.’

39 Beberapa orang ahli Taurat berkata, ‘Tuan Guru,betul jawapan-Mu.’ 40 Mereka tidak berani bertanyakepada Isa apa-apa lagi.

Pertanyaan tentang al-Masih41 Isa berkata kepada mereka, ‘Bagaimana dikatakan

bahawa al-Masih itu anak Daud 42 sedangkan Daud sendiriberkata dalam kitab Zabur:‘ “Tuhan berfirman kepada Junjunganku:

‘Duduklah di sebelah kanan-Ku43 sehingga Aku menjadikan musuh-Mu

alas kaki-Mu.’ ”44 ‘Jikalau Daud menyebut Dia “Junjungan,”bagaimanakah pula Dia anak Daud?’

45 Di hadapan orang ramai itu Isa berkata kepadapengikut-pengikut-Nya, 46 ‘Berhati-hatilah dengan guru-guru Taurat yang suka berjalan-jalan berjubah labuh,suka dihormati di tempat orang ramai, suka mendap-atkan tempat terbaik di saumaah dan terhormat di majlismakan. 47Merekamemperdaya balu danmerampas hartamereka tetapi kemudian berpura-pura berdoa denganpanjangnya! Mereka akan menerima hukuman yangpaling berat.’

21Persembahan seorang balu

Lukas 21:1 90 Lukas 21:101 Isa memandang di sekeliling lalu nampak orang kayamemasukkan wang persembahan mereka ke dalam petipersembahan di rumah ibadat. 2Dia nampak juga seorangbalu yang sangat miskin memasukkan dua keping wangtembaga. 3 Lalu Isa berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkatakepadamu bahawa balu yang miskin ini telah mema-sukkan lebih banyak daripada semua yang lain, 4 keranayang lain memasukkan persembahan daripada keme-wahan masing-masing tetapi perempuan ini walaupunsangat miskin, telah memasukkan seluruh nafkahnya.’

Robohnya rumah ibadat5 Beberapa orang berkata-kata tentang rumah ibadat

yang dihiasi dengan batu-batu permata yang indah sertabarang-barang yang dipersembahkan kepada Allah. 6 Isapun berkata, ‘Akan tiba masanya apabila semua yangkamu lihat ini akan dirobohkan dan tiada satu batu punakan tinggal tersusun pada tempatnya.’

Kesusahan dan penganiayaan7Mereka bertanya kepada Isa, ‘Tuan Guru, bilakah se-

mua perkara ini akan terjadi? Apakah alamat-alamatnyabahawa masanya sudah tiba?’

8 Isa berkata, ‘Berjaga-jagalah supaya kamu tidak terpe-daya oleh orang. Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, “Akulah dia,” dan “Masanya sudah tiba.”Janganlah kamu ikut mereka. 9 Apabila kamu menden-gar tentang peperangan dan pemberontakan, janganlahkamu ketakutan. Peristiwa-peristiwa ini akan berlakuterlebih dahulu tetapi ini tidaklah bererti bahawa akhirzaman telah sampai.’

10 Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Bangsa akanberperang dengan bangsa dan kerajaan dengan kerajaan;

Lukas 21:11 91 Lukas 21:2411 gempa bumi dan kebuluran serta wabak yang dah-syat akan terjadi di beberapa tempat. Perkara-perkaradahsyat dan alamat-alamat yang hebat akan kelihatan dilangit.

12 ‘Tetapi sebelum segala perkara yang disebut iniberlaku, kamu akan ditawan dan dianiayai. Kamu akandidakwa di majlis saumaah-saumaah dan dipenjarakan.Kamu akan didakwa di hadapan raja-raja dan gabenor-gabenor kerana nama-Ku. 13 Inilah peluang bagimu untukmemberitakan perkhabaran baik. 14 Jadi, teguhkanlahhatimu supaya tidak bimbang bagaimana hendak mem-bela diri 15 kerana Aku akan memberimu kata-kata dankebijaksanaan yang tidak dapat dinafikan oleh seorangpun daripada musuh-musuhmu. 16Kamu akan dikhianatioleh ibu bapamu, adik-beradikmu, sanak saudaramu dansahabat handaimu. Mereka akan membunuh beberapaorang di antara kamu 17 dan kamu akan dibenci olehsemua kerana-Ku. 18 Tetapi sehelai rambutmu pun tidakakan hilang. 19 Bertahanlah, keteguhan hatimu akanmenyelamatkan kamu.

Isa memperkatakan keruntuhan Baitulmaqdis20 ‘Apabila kamu melihat kota Baitulmaqdis terkepung

oleh tentera-tentera, ketahuilah kamu bahawa kebi-nasaannya telah hampir. 21 Pada masa itu mereka yangberada di jajahan Yudea hendaklah melarikan diri kegunung; mereka yang ada di dalam kota hendaklahmeninggalkannya dan mereka yang ada di luar kotajanganlah masuk ke kota itu. 22 Inilah hari-hari huku-man apabila segala perkara yang tersurat dalam KitabSuci akan terjadi. 23 Malangnya bagi perempuan yangmengandung atau ibu yang menyusui anak pada masaitu! Kesengsaraan yang teruk akan melanda bumi dankemurkaan akan menimpa bangsa ini. 24 Mereka akan

Lukas 21:25 92 Lukas 21:35dibunuh dengan pedang dan ada pula yang akan dibawake negeri lain sebagai orang tawanan. Kota Baitulmaqdisakan diinjak-injak oleh bangsa-bangsa asing sehinggatamat tempoh yang ditetapkan untuk mereka.

Kedatangan Putera Insan25 ‘Alamat akan kelihatan pada matahari, bulan dan

bintang-bintang. Di muka bumi ini semua bangsa ke-lak sengsara dan bingung akan deru serta gelora lau-tan. 26 Sementara menantikan apa yang akan datang kemuka bumi, manusia akan jatuh pengsan kerana takutdan bimbang terhadap apa yang akan terjadi di dunia.Cakerawala di angkasa lepas akan terpesong daripadaperedarannya. 27 Lalu mereka akan melihat Putera Insandatang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaanyang besar. 28 Apabila segala perkara ini mula terjadi,teguhkanlah hatimu dan angkat kepalamu kerana masapenyelamatanmu telah hampir tiba.’

29 Isa menceritakan suatu ibarat kepada mereka: ‘Ten-goklah pokok ara dan segala pokok kayu yang lain!30 Apabila pokok itu penuh menguntum, kamu tahu ba-hawa musim panas hampir tiba. 31 Demikian juga apa-bila kamu melihat segala perkara ini terjadi, ketahuilahbahawa kerajaan Allah hampir tiba.

32 ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa se-belum orang zaman ini mati, segala perkara itu akanterjadi. 33 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Kuberkekalan.

Perlunya berjaga-jaga34 ‘Berjaga-jagalah! Janganlah leka dengan kesia-siaan

dan kemabukan serta kekhuatiran terhadap kehidupanduniawi sehingga kamu tidak bersedia menghadapi hariitu yang datang dengan tidak disangka-sangka. 35 Hari

Lukas 21:36 93 Lukas 22:10itu akan datang seperti perangkap bagi semua manusiadi seluruh muka bumi ini. 36 Kamu hendaklah sentiasaberjaga-jaga dan berdoa supaya kamu diteguhkan untukmenghadapi segala perkara yang akan terjadi itu laludapat berdiri di hadirat Putera Insan.’

37 Pada siang hari Isa mengajar di dalam rumah ibadat.Pada waktu malam Dia keluar dari kota itu dan bermalamdi udara lapang di Bukit Zaitun. 38 Pada pagi-pagi lagiorang ramai pergi ke rumah ibadat untukmendengar Dia.

22Komplot menentang Isa

1 Perayaan Roti Tidak Beragi, iaitu perayaan Paska telahmenjelang. 2 Ketua-ketua imam dan guru-guru Tau-rat sedang mencari jalan untuk membunuh Isa secaradiam-diam kerana mereka takut akan orang ramai itu.3Kemudian, Iblis memasuki Yudas Iskariot, salah seorangdaripada dua belas pengikut Isa. 4 Lalu Yudas pergikepada ketua-ketua imam dan pengawal rumah ibadatuntuk membincangkan bagaimana dia dapat menyer-ahkan Isa kepada mereka. 5Mereka gembira lalu berjanjimemberikan wang kepadanya. 6Yudas pun bersetuju laludia mencari peluang yang baik untuk menyerahkan Isakepada mereka tanpa diketahui orang ramai.

Isa bersedia untuk makan jamuan Paska7 Tibalah Perayaan Roti Tidak Beragi. Pada hari itu

domba korban harus disembelih untuk jamuan Paska.8 Isa menyuruh Petrus dan Yahya, ‘Pergilah sediakanjamuan Paska untuk kita.’

9 Mereka bertanya kepada Isa, ‘Di manakah Engkauhendak kami sediakan jamuan itu?’

10 Isa menjawab, ‘Setibanya kamu ke dalam kota itu,seorang lelaki yang menjunjung sebuah buyung air akan

Lukas 22:11 94 Lukas 22:20bertemu dengan kamu. Ikutlah dia ke rumah yangdimasukinya 11 lalu berkatalah kepada tuan rumah itu,“Gurumenyuruhkami bertanya: Dimanakahbilik tempatAku hendak makan jamuan Paska bersama pengikut-pengikut-Ku?” 12 Tuan rumah itu akan menunjukkankepadamu sebuah bilik besar yang lengkap dengan per-abot di tingkat atas. Di situlah kamu sediakan jamuanPaska.’

13 Mereka pergi ke kota dan mendapati semua sepertiyang telah dikatakan oleh Isa, lalu mereka menyediakanjamuan Paska.

Perjamuan Tuhan14 Apabila tiba masanya, Isa pun duduk bersama

pengikut-pengikut yang dua belas itu. 15 Lalu Isa berkatakepada mereka, ‘Sebenarnya, Aku telah lama ingin sekalimakan jamuan Paska ini bersama kamu sebelum Akumenderita. 16 Aku berkata kepadamu bahawa Aku tidakakan makan jamuan ini lagi sehingga maksud sebenarPaska dinyatakan di dalam kerajaan Allah.’

17 Setelah itu, Isa mengambil sebiji cawan minuman.Dia mengucap syukur lalu berkata, ‘Ambillah cawanini dan bahagikan minumannya antara kamu. 18 Akuberkata kepadamu bahawa mulai sekarang, Aku tidakakanminum air buah anggur lagi sehingga kerajaan Allahdatang.’

19 Lalu Isa mengambil roti kemudian mengucap syukurkepada Allah. Setelah itu Dia memecah-mecahkan rotiitu lalu memberikannya kepada pengikut-pengikut-Nya,sambil berkata, ‘Inilah tubuh-Ku yang diberikan un-tukmu. Berbuatlah sedemikian demi mengingati-Ku.’

20 Begitu juga setelah makan, Dia mengambil cawanminuman dan berkata, ‘Cawan ini ialah perjanjian baru

Lukas 22:21 95 Lukas 22:32

yang dimateraikan dengan darah-Ku yang dicurahkanuntukmu. 21 Tengoklah! Orang yang mengkhianati Akuada bersama-sama di meja ini. 22 Putera Insan akanmati seperti yang ditetapkan, tetapi malangnya orangyang mengkhianati-Nya!’ 23Mereka mula bertanya-tanyasesama sendiri siapakah di antara mereka yang akanberbuat demikian.

Perselisihan tentang kebesaran24 Satu perselisihan timbul di kalangan pengikut itu

tentang siapa antara mereka yang dianggap terbesar.25 Isa berkata kepada mereka, ‘Di dunia raja-raja berkuasaatas rakyat mereka, dan golongan pemerintah digelarpembawa kebajikan kepada rakyat. 26 Tetapi kamu tidaksama seperti mereka. Orang yang terbesar antara kamuhendaklahmenjadi seperti yang terkecil, dan ketua harusmenjadi seperti hamba. 27 Siapakah yang lebih besar– orang yang duduk makan atau hamba yang melayan?Bukankah orang yang duduk makan itu? Tetapi Aku iniantara kamu sebagai yang melayan. 28 Kamu bersamaAku dalam segala penderitaan-Ku. 29 Aku memberikanhak kepadamu untuk memerintah sebagaimana Bapa-Ku telah memberikan hak itu kepada-Ku. 30 Kamu akanmakan dan minum di meja-Ku dalam kerajaan-Ku dankamu akan duduk di atas takhta untuk menghakimi duabelas suku Israel.

Ramalan Isa tentang penyangkalan Petrus31 ‘Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah meminta izin

untuk menguji kamu semua seperti petani memisahkangandum daripada sekam. 32 Tetapi Aku telah berdoauntukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamukembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.’

Lukas 22:33 96 Lukas 22:43

33 Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, hamba sediake penjara dengan-Mu dan mati bersama-sama.’

34 Isa menjawab, ‘Aku berkata kepadamu, Petrus, ayamtidak akan berkokok pada hari ini sehingga kamu berkatabahawa kamu tidak mengenal-Ku sebanyak tiga kali.’

Dompet, beg dan pedang35 Isa berkata kepada mereka, ‘Ketika Aku mengutus

kamu keluar tanpa dompet atau beg atau kasut, adakahkamu kekurangan apa-apa?’

Mereka menjawab, ‘Satu pun tidak.’36 Isa berkata lagi, ‘Tetapi sekarang, orang yang mem-

punyai dompet atau beg hendaklah membawa barang-barang tersebut. Orang yang tidak berpedang hendaklahmenjual bajunya untuk membeli sebilah. 37 Aku berkatakepadamu bahawa apa yang tersurat ini akan berlakupada diri-Ku: “Dia tergolong bersama dengan penjahat.”Ini kerana apa yang tersurat tentang Aku akan berlaku.’

38 Pengikut-pengikut itu berkata, ‘Tengoklah Junjun-gan, di sini ada dua bilah pedang!’

Isa berkata, ‘Cukuplah!’Isa berdoa

39 Isa meninggalkan tempat itu lalu pergi ke BukitZaitun seperti kebiasaan-Nya. Pengikut-pengikut-Nyapergi bersama Dia. 40 Sesampainya ke tempat itu,Dia berkata kepada mereka, ‘Berdoalah kamu supayakamu tidak tergoda.’ 41 Isa pergi jauh sedikit daripadamereka, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut un-tuk berdoa. 42 ‘Ya Bapa, jikalau berkenan kepada-Mu,jauhkanlah kiranya cawan penderitaan ini daripada-Ku.Tetapi bukannya kehendak-Ku melainkan kehendak-Muyang dilaksanakan.’ 43 Malaikat dari syurga datang dan

Lukas 22:44 97 Lukas 22:54menguatkan-Nya. 44 Dalam kesengsaraan Dia berdoa,peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.

45 Isa bangun daripada berdoa, dan balik kepadapengikut-pengikut-Nya. Didapati-Nya mereka tertidurkerana sangat sedih. 46 Dia berkata kepada mereka,‘Mengapakah kamu tidur? Bangunlah dan berdoa supayakamu tidak tergoda.’

Isa ditangkap47 Ketika Isa masih berkata-kata, sekumpulan orang

datang. Yudas, salah seorang daripada dua belaspengikut-Nya memimpin mereka. Dia menghampiri Isauntuk mencium-Nya. 48 Isa berkata kepadanya, ‘Yudas,adakah dengan ciuman engkau mengkhianati Putera In-san?’

49 Apabila pengikut-pengikut Isa melihat apa yangakan terjadi, mereka bertanya kepada Isa, ‘Junjungan,haruskah kami serang mereka dengan pedang kami?’50 Salah seorang daripada mereka menyerang hambaimam agung dan memutuskan telinga kanannya.

51 Tetapi Isa berkata, ‘Biarkanlah mereka.’ Lalu Isamenyentuh telinga orang itu dan menyembuhkannya.

52 Kemudian Isa berkata kepada ketua-ketua imam,ketua-ketua pengawal rumah ibadat dan tua-tua yangtelah datang untuk menangkap-Nya, ‘Perlukah kamudatang dengan pedang dan belantan untuk menangkapAku seolah-olah Aku ini seorang penyamun? 53 SemasaAku bersama kamu setiap hari di dalam rumah ibadat,kamu tidak berani pula menangkap Aku. Tetapi inilahmasa kamu dan masa kuasa kegelapan.’

Petrus menyangkal Isa54 Setelah menangkap Isa, mereka membawa Dia ke

rumah imam agung. Petrus pun mengikut dari jauh.

Lukas 22:55 98 Lukas 22:6655Mereka memasang api unggun di tengah-tengah hala-man rumah itu lalu duduk di sekeliling. Petrus juga dudukantara mereka. 56 Apabila seorang hamba perempuanmelihat Petrus duduk berdekatan dengan api unggun,dia memandang kepadanya dan berkata, ‘Orang ini jugabersama Dia.’

57Tetapi Petrus menyangkal katanya, ‘Perempuan, akutidak mengenal Dia!’

58 Sejurus selepas itu, seorang lain pula melihat Petruslalu berkata, ‘Ya, engkau salah seorang daripada merekaitu.’

Tetapi Petrus menjawab, ‘Bukan, aku bukan!’ 59 Kira-kira sejam kemudian, seorang lain pula berkeras men-gatakan, ‘Tentulah orang ini juga bersama Dia kerana diajuga seorang Galilea.’

60 Tetapi Petrus berkata, ‘Aku tidak memahami apayang kaukatakan.’ Pada ketika itu juga, sedang Petrusberkata-kata, ayam berkokok. 61 Junjungan berpalingdan memandang kepada Petrus lalu Petrus pun teringatakan apa yang dikatakan Junjungan kepadanya bahawa,‘Sebelum ayam berkokok pada hari ini, engkau akanmenyangkal Aku sebanyak tiga kali.’ 62 Petrus pun keluarlalu menangis dengan sangat kesalnya.

Isa diejek dan dipukul63 Orang yang mengawal Isa mengejek-ngejek dan

memukul Dia. 64 Mereka menutupi mata Isa danbertanya, ‘Siapakah yang memukul Engkau? Buatlahnubuat!’ 65Mereka mengatakan banyak lagi perkara yangmenghina kepada-Nya.

Isa di hadapan Majlis Agama66 Pada pagi hari, tua-tua masyarakat, ketua-ketua

imam dan guru-guru Taurat bermesyuarat, dan Isa

Lukas 22:67 99 Lukas 23:7dibawa ke hadapan Majlis Agama. Mereka berkata,67 ‘Jikalau Engkau al-Masih, katakanlah kepada kami.’

Isa berkata kepada mereka, ‘Jikalau Aku mengatakankepadamu, kamu tidak percaya juga. 68 Dan jikalau Akubertanya kepadamu, kamu juga tidakmenjawab. 69Tetapimulai sekarang, Putera Insan akan duduk di sebelahkanan Allah Yang Maha Kuasa.’

70 Mereka semua bertanya, ‘Kalau begitu, EngkaulahPutera Allah?’

Isa berkata kepada mereka, ‘Benarlah katamu.’71Mereka berkata, ‘Apa perlunya saksi lagi? Kita sendiri

telah mendengar apa yang dikatakan-Nya!’

23Isa di hadapan Pilatus

1 Semua anggota Majlis Agama bangun lalu membawa Isamenghadap Pilatus. 2 Mereka mula menuduh Dia, ‘Kamitelah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami,menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepadaKaisar dan mengaku diri-Nya al-Masih, seorang raja!’

3 Pilatus bertanya kepada Isa, ‘Engkaukah raja orangYahudi?’ Isa menjawab, ‘Begitulah seperti katamu.’

4 Pilatus berkata kepada ketua-ketua imam dan orangramai itu, ‘Aku tidak mendapati-Nya bersalah.’

5 Tetapi mereka semakin mendesak, ‘Dia menghasutorang di seluruh Yudea supaya memberontak denganajaran-Nya. Dia memulakannya di Galilea dan sekarangtelah sampai ke tempat ini.’

Isa di hadapan Herodes6 Setelah Pilatus mendengar hal ini, dia bertanya sama

ada Isa seorang Galilea. 7 Ketika Pilatus mengetahui Isa

Lukas 23:8 100 Lukas 23:19

berasal dari jajahan pemerintahan Herodes, dia menyu-ruh supaya Isa dibawa kepada Herodes kerana pada masaitu Herodes ada di kota Baitulmaqdis.

8 Apabila Isa dibawa kepada Herodes, dia sangatsukacita. Sudah lama dia hendak bertemu denganIsa kerana dia telah mendengar banyak hal tentangIsa. Lagi pun, dia berharap dapat menyaksikan Isamelakukan mukjizat. 9 Jadi, Herodes mengemukakanbanyak soalan kepada Isa tetapi Isa tidak menjawabsepatah kata pun. 10 Ketua-ketua imam dan guru-guruTaurat tampil ke hadapan dan melemparkan tuduhanterhadap Isa. 11 Herodes dan askar-askarnya menghinaIsa dan sebagai ejekan mengenakan pakaian indahpada-Nya lalu menghantar-Nya kembali kepada Pilatus.12 Semenjak hari itu, Herodes dan Pilatus bersahabat;mereka bermusuhan sebelum itu.

Isa dijatuhi hukuman mati13 Pilatus memanggil ketua-ketua imam, para

pemimpin masyarakat dan orang ramai 14 lalu berkatakepada mereka, ‘Kamu telah membawa orang inikepadaku dan mengatakan Dia menyesatkan rakyat.Aku telah menyoal-Nya di hadapanmu dan aku tidakmendapati Dia bersalah atas satu pun tuduhanmu.15 Herodes pun tidak mendapati Dia bersalah, keranaDia dihantar kembali kepada kami. Tiada apa-apa yangdilakukan-Nya sehingga Dia patut dijatuhi hukumanmati. 16 Oleh itu, aku akan menyebat-Nya, kemudianmembebaskan-Nya.’ 17 Pada setiap perayaan PaskaPilatus akan membebaskan salah seorang tahanan bagimereka.

18Tetapi semua orang berteriak, ‘Bunuh Dia! BebaskanBarabas bagi kami.’ 19 (Barabas telah dipenjarakan kerana

Lukas 23:20 101 Lukas 23:30terlibat dalam satu rusuhan yang berlaku di kota dankerana pembunuhan.)

20 Pilatus hendak membebaskan Isa. Oleh itu, diaberseru kepada orang ramai sekali lagi. 21 Tetapi orangramai itu berteriak-teriak lagi, ‘Salibkan Dia! SalibkanDia!’

22 Pada kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka:‘Apakah kesalahan-Nya? Aku tidak mendapati Diabersalah sehingga patut dikenakan hukuman mati.Oleh sebab itu, aku akan menyebat-Nya dan kemudianmembebaskan-Nya.’

23Tetapi orang ramai itu terus-menerus berteriak den-gan kuat supaya Isa disalib. Akhirnya, mereka berjaya.24 Pilatus memutuskan supaya tuntutan orang ramai itudilaksanakan. 25 Dia membebaskan orang yang dikehen-daki mereka, orang yang dipenjarakan kerana terlibatdalam rusuhan dan pembunuhan, tetapi Isa diserahkan-nya untuk diperlakukan menurut kehendak mereka.

Isa disalib26 Ketika askar-askar membawa Isa ke tempat orang

disalib, mereka berjumpa dengan seorang lelaki yangbernama Simon. Dia berasal dari Kirene dan sedangdalam perjalanan ke kota. Askar-askar menangkapnya,memaksanya memikul salib Isa dan berjalan di belakang-Nya. 27 Ramai orang mengikut Isa; antara mereka be-berapa orang perempuan yang menangisi dan meratapi-Nya. 28 Isa berpaling kepada mereka lalu berkata,‘Kaum perempuan Baitulmaqdis, janganlah tangisi Akumelainkan tangisilah dirimu dan anak-anakmu sendiri.29Masanya akan datang kelak apabila orang akan berkata,“Diberkatilah perempuan yang tidak pernah mengan-dung, melahirkan dan menyusui anak!” 30 Pada masaitulah

Lukas 23:31 102 Lukas 23:41

’ “mereka akan berkata kepada gunung-gunung,‘Timpalah kami!’ dan kepada bukit-bukit,

‘Timbusi kami!’ ”31 ‘Jikalau perbuatan begini dilakukan mereka terhadappokok kayu yangmasih hijau, apatah lagi terhadap pokokyang kering?’

32 Ada dua orang lain, iaitu kedua-duanya penjahat,yang akan dibunuh bersama Isa. 33 Setelah merekasampai ke tempat yang bernama, ‘Tengkorak,’ merekapun menyalib Isa dan kedua-dua orang penjahat itu,seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. 34 Isa berkata, ‘Ya Bapa, ampunilah mereka keranamereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.’ Merekamembahagi-bahagikan pakaian-Nya dengan membuangundi.

35 Orang ramai yang berdiri di situ memandang sahajasementara para pemimpin masyarakat mengejek-ngejek-Nya, ‘Orang lain diselamatkan-Nya; biarlah Dia menyela-matkan diri-Nya sekarang jikalau Dia sesungguhnya al-Masih yang dipilih oleh Allah.’

36 Askar-askar juga mengejek-ngejek Isa. Merekamendekati-Nya danmembawa air anggurmasam kepada-Nya 37 lalu berkata, ‘Jika Engkau Raja orang Yahudi,selamatkanlah Diri-Mu.’

38 Pada sebelah atas kayu salib Isa tertulis kata-kata:‘INILAH RAJA ORANG YAHUDI.’

39 Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mulamenghina Isa. Dia berkata, ‘Bukankah Engkau al-Masih?Selamatkanlah Diri-Mu dan kami!’

40Tetapi seorang penjahat lagi menegurnya, ‘Tidakkahkamu takut akan Allah? Kita sama-sama dihukum mati.41 Bagi kita, hukuman ini adil kerana kita menerima

Lukas 23:42 103 Lukas 23:53balasan yang setimpal; tetapi orang ini tidak melakukankesalahan apa-apa.’

42 Dia berkata kepada Isa, ‘Ya Isa, ingatilah aku ketikaEngkau menaiki takhta kerajaan-Mu.’

43 Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkatakepadamu bahawa pada hari ini juga engkau akanbersama-Ku dalam Firdaus.’

Kewafatan Isa44 Ketika itu kira-kira pukul dua belas tengah hari,

kegelapan menyelubungi seluruh negeri itu sehinggapukul tiga petang kerana matahari gerhana. 45Tirai yangtergantung di dalam rumah ibadat pun koyak terbelahdua. 46 Isa berseru dengan suara yang kuat, ‘Ya Bapa, Akumenyerahkan roh-Ku ke dalam tangan-Mu!’ Setelah Isaberkata demikian, Dia pun wafat.

47 Ketua tentera yang menyaksikan apa yang telahterjadi memuji Allah, ‘Sesungguhnya, orang ini orangyang benar.’ 48 Orang ramai yang telah berkumpul un-tuk menyaksikan peristiwa itu, pulang menebah dadamereka. 49 Semua sahabat Isa, termasuk perempuan-perempuan yang telah mengikut Dia dari Galilea, berdiridari jauh untuk menyaksikan segala perkara ini.

Isa dimakamkan50 Terdapat seorang yang bernama Yusuf. Dia berasal

dari kota Arimatea di negeri Yudea. Dia seorang yang baikdan berakhlak tinggi. Dia juga sedang menantikan kera-jaan Allah. 51 Walaupun seorang anggota Majlis Agama,dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakanmajlisitu. 52 Dia pergi menghadap Pilatus untuk memintajenazah Isa. 53Kemudian, Yusuf menurunkan jenazah itudaripada salib, mengkafankannya lalumembaringkannyadi dalam sebuah makam yang dipahat pada bukit batu.

Lukas 23:54 104 Lukas 24:10Makam itu belum pernah digunakan. 54Hari itu ialah hariJumaat, dan hari Sabat hampir bermula.

55 Perempuan-perempuan yang telah mengikut Isadari Galilea pergi bersama Yusuf untuk melihat makamitu dan bagaimana jenazah Isa diletakkan di dalamnya.56 Kemudian, mereka pulang lalu menyediakan rempah-rempah yang harum dan minyak wangi-wangian untukjenazah Isa. Pada hari Sabat mereka berehat mengikuthukum Taurat.

24Kebangkitan Isa

1 Awal-awal lagi pada hari Ahad, perempuan-perempuanitu pun pergi ke makam dengan membawa rempah-rempah harum yang telah disediakan mereka. 2 Merekamendapati batu penutup makam itu telah digulingkandari makam. 3 Apabila mereka masuk ke dalam, je-nazah Isa tiada lagi. 4 Mereka berdiri di situ dan berasakebingungan tentang perkara ini. Tiba-tiba ada duaorang yang berpakaian berkilau-kilauan, berdiri di sisimereka. 5 Perempuan-perempuan itu sangat takut lalusujud. Kedua-dua orang itu berkata kepada mereka,‘Mengapakah kamu mencari Dia yang hidup di antaraorang mati? 6 Dia tiada di sini. Dia sudah bangkit!Ingatlah apa yang telah dikatakan oleh-Nya kepadamuketika Dia di Galilea: 7 “Putera Insan harus diserahkankepada orang berdosa. Dia akan disalib dan bangkit padahari yang ketiga.” ’ 8Mereka pun teringatlah akan kata-kata Isa.

9 Sekembali mereka dari makam itu, mereka mem-beritahu segala perkara ini kepada sebelas orang ra-sul dan semua pengikut yang lain. 10 Mereka, iaituMaryam orang Magdala, Yohanah, Maryam, ibu Yakobus

Lukas 24:11 105 Lukas 24:21dan perempuan-perempuan yang lainmengatakan segalaperkara itu kepada rasul-rasul itu. 11 Tetapi merekaitu menganggap apa yang dikatakan oleh perempuan-perempuan itu sebagai karut lalu tidak mempercayaimereka. 12 Tetapi Petrus bangun dan berlari ke makamitu. Diamembongkok ke dalam lalu nampak kain kafan sa-haja di situ. Dia pulang dengan hairan sambilmemikirkanapa yang telah berlaku.

Perjalanan ke kampung Emaus13 Pada hari itu juga dua orang antara pengikut

Isa sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung yangbernama Emaus, kira-kira tujuh batu jauhnya dari Baitul-maqdis. 14 Kedua-duanya berbual-bual tentang segalayang telah berlaku itu. 15 Ketika mereka berbual-bualdan berbincang, Isa sendiri menghampiri mereka laluberjalan bersama-sama. 16 Mereka nampak Isa tetapimereka tidak mengenali Dia.

17 Isa berkata kepada mereka, ‘Apakah perkara-perkarayang sedang kamu bincangkan dalam perjalanan kamuini?’

Mereka pun berhenti di situ dengan berwajahmurung.18 Seorang daripadanya yang bernama Kleopas

bertanya kepada Isa, ‘Engkaukah satu-satunya orangdi Baitulmaqdis yang belum mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam beberapa hari ini?’

19 Isa berkata, ‘Apakah yang telah berlaku?’Mereka menjawab, ‘Segala perkara yang berlaku

kepada Isa, orang Nasaret. Dia seorang nabi. Di sisiAllah dan pada pandangan orang, Dia berkuasa dalamapa yang dikatakan dan dilakukan-Nya. 20 Ketua-ketuaimam dan para pemimpin kita telah menyerahkan-Nyauntuk dijatuhi hukuman mati lalu mereka menyalib-Nya. 21 Kami telah berharap bahawa Dialah yang

Lukas 24:22 106 Lukas 24:32

akan membebaskan Israel. Tambahan lagi, hari iniialah hari yang ketiga semenjak perkara-perkara itutelah berlaku. 22 Beberapa orang perempuan daripadagolongan kami telah menakjubkan kami. Merekatelah siang-siang ke makam pada pagi tadi. 23 Akantetapi, mereka tidak mendapati jenazah-Nya. Merekapulang menceritakan bahawa mereka nampak malaikat-malaikat yang memberitahu mereka bahawa Dia hidup.24Beberapa orang daripada kumpulan kami telah pergi kemakam itu dan mendapati sebagaimana yang dikatakanoleh perempuan-perempuan itu, tetapi mereka tidaknampak Dia.’

25 Kemudian, Isa berkata kepada mereka, ‘Betapabodohnya kamu! Betapa lambatnya kamu percaya akansegala kata nabi-nabi! 26 Bukankah al-Masih harusmenderita sedemikian untuk mencapai kemuliaan-Nya?’27Lalu Isamenerangkan kepadamereka apa yang tersurattentang-Nya dalam semua kitab mulai dari kitab-kitabMusa sehingga semua kitab para nabi yang lain.

28 Apabila mereka menghampiri kampung yang di-tuju mereka itu, Isa kelihatan seolah-olah Dia hendakmeneruskan perjalanan. 29 Tetapi kedua-dua orang itumenjemput-Nya dengan berkata, ‘Bermalamlah dengankami kerana hari hampir senja dan mulai gelap.’ Dia punmasuk ke rumah dan bermalam dengan mereka.

30 Ketika Dia duduk untuk makan bersama mereka,Dia mengambil roti dan mengucap syukur. Dia mem-bahagikan roti itu lalu memberikannya kepada mereka.31 Pada ketika itu juga mata mereka dicelikkan danmereka pun mengenali Dia. Lalu Dia lenyap daripadapandangan mereka. 32 Mereka berkata satu sama lain,‘Bukankah hati kita meluap-luap ketika Dia berkata-kata

Lukas 24:33 107 Lukas 24:44

kepada kita dalam perjalanan tadi dan semasa Dia men-erangkan Kitab Suci kepada kita?’

33 Mereka terus bangun dan kembali ke Baitulmaqdis.Mereka mendapati sebelas pengikut itu berkumpul den-gan pengikut yang lain. 34 Mereka berkata, ‘Sesungguh-nya, Junjungan telah bangkit. Dia menampakkan diri-Nya kepada Simon!’ 35 Lalu kedua-dua orang itu mencer-itakan apa yang telah berlaku dalam perjalanan merekadan bagaimana mereka telah mengenali Isa semasa Diamembahagikan roti.

Isa menunjukkan diri-Nya kepada para pengikut-Nya36 Semasa mereka berkata-kata tentang segala perkara

ini, Isa sendiri berdiri di tengah-tengah mereka danberkata kepada mereka, ‘Sejahteralah kamu!’

37 Mereka terkejut dan berasa sangat takut keranamenyangka mereka melihat hantu. 38 Tetapi Isa berkatakepada mereka, ‘Apakah sebabnya kamu takut? Menga-pakah hatimu ragu-ragu? 39 Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidakberdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihatada pada-Ku.’

40 Setelah Dia berkata demikian, Dia menunjukkan tan-gan dan kaki-Nya kepada mereka. 41Mereka masih tidakdapat percaya kerana terlalu gembira dan takjub. Isapun bertanya kepada mereka, ‘Adakah kamu mempunyaimakanan di sini?’ 42Mereka memberi Dia sepotong ikanyang telah dimasak, 43 lalu Dia mengambilnya dan makandi hadapan mereka semua.

44 Kemudian, Dia berkata kepada mereka, ‘Inilahperkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu se-masa Akumasih bersamamu dahulu: Segala perkara yang

Lukas 24:45 108 Lukas 24:53tersurat tentang Aku dalam TauratMusa, kitab-kitab nabidan Kitab Zabur pasti akan berlaku.’

45Lalu Diamembuka pintu pemahamanmereka supayamereka mengerti maksud Kitab Suci. 46 Dia berkatalagi, ‘Demikianlah yang tersurat: Bahawa al-Masih harusmenderita lalu bangkit semula daripada maut pada hariyang ketiga, 47dan perkhabaran tentang pertaubatan danpengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nyakepada semua bangsa, mulai di Baitulmaqdis. 48Kamulahsaksi segala perkara ini. 49 Dan Aku akan mengurni-akan pemberian yang dijanjikan oleh Bapa-Ku kepadamu.Tetapi, tunggulah di kota ini sehingga kamu diper-lengkapi dengan kuasa daripada Allah.’

Isa diangkat ke syurga50 Kemudian Isa membawa pengikut-pengikut-Nya ke

luar kota sehingga Baitani. Di situ Dia mengangkattangan-Nya lalu memberkati mereka. 51Ketika Dia mem-berkatimereka, Dia diangkat ke syurga lalumeninggalkanmereka. 52 Pengikut-pengikut-Nya menyembah-Nya dankembali ke Baitulmaqdis dengan penuh kegembiraan.53 Mereka menumpukan masa di rumah ibadat untukmemuji Allah.

109Kitab Suci Zabur dan Injil

Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia.Copyright © 2013 Pengamat Kitab MuliaLanguage: Bahasa Malaysia (Malay)This translation is made available to you under the terms of the Creative CommonsAttribution-No Derivatives license 4.0.Youmay share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format,provided that:

You include the above copyright and source information.You do not make any derivative works that change any of the actual words or

punctuation of the Scriptures.Pictures includedwith Scriptures and other documents on this site are licensed just forusewith those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respectivecopyright owners.2014-04-01PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 14 Mar 2019 from source files dated 21Dec 2018648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827