ميحرلا نمحرلا الله مسب · yang baik mereka mengikut imam ghazali, termasuk imam...

15
ن الرحيم الرحم بسمى رسوله الكريم نحمده ونصلى علNota Perbincangan Berhubung: Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia Untuk Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal) Oleh: Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady [23 April 2011 Sabtu] Bahagian I: Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Bahagian II: Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan

Upload: nguyenliem

Post on 07-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

بسم هللا الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Nota Perbincangan Berhubung:

Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

Untuk

Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal)

Oleh:

Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

[23 April 2011 – Sabtu]

Bahagian I: Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Bahagian II: Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 1

Bahagian I:

Beberapa Fahaman dan Aliran Yang Menyeleweng Dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah A. Tujuan perbincangan ini ialah

1. Untuk memberi huraian ringkas berkenaan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah yang merupakan ajaran arusperdana Islam semenjak mula-mulanya hingga sekarang.

2. Memahami beberapa aliran dan aspek fahaman yang menyeleweng dari aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3. Mengenali cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran ini. 4. Tindakan kita untuk terus jalan ke hadapan.

B. Apakah itu Ahli Sunnah wal-Jamaah

1. Ianya adalah ajaran dari zaman Islam Rasulullah dan para sahabat serta mereka yang diakui sebagai contoh hidup keagamaan zaman tiga abad pertama sejarah Islam

2. Mereka mengikut Quran, Sunnah Nabi, ijma’ atau persepakatan para ulama yang mampu membuat keputusan tentang hukum agama terus daripada Quran dan hadith Nabi dengan cara yang betul (dalam istilah ilmu Islam mereka disebut mujtahidin, ramai, kalau seorang mujtahid).

3. Dalam perkara iman dan keyakinan; mereka mengikut mazhab Imam al-Asy’ari dan Maturidi.

4. Dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid tersebut seperti di Dunia Melayu mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut mazhab Maliki, mereka yang di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.

5. Dalam perkara-perkara berkenaan dengan membentuk hati dan akhlak yang baik mereka mengikut Imam Ghazali, termasuk Imam Junaid Baghdadi dan Imam Qusyairi.

C. Ajaran dan amalan Ahli Sunnah

1. Ianya berupa majoriti terbesar Muslimin di dunia hingga ke hari ini

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 2

2. Yang mengikut aliran-aliran perpinggiran seperti Syiah dan Muktazilah dan

lainnya, sedikit sekali.

3. Kita boleh katakan Islam di Madinah, Damasyiq, Baghdad, Andalusia, Afrika

Utara, Benua-kecil Indo-Pakistan, Dunia Melayu, semuanya Ahli Sunnah

wal-Jamaah.

4. Dunia telah mengenal Islam dalam Ahli Sunnah ini, bukan yang lain; yang

lain adalah golongan minoriti yang kecil.

5. Inilah ajaran dan amalan yang dijamin oleh Allah dan Rasul dan para imam

mujtahidin dan ulama Ahli Sunnah. Berbahagialah mereka yang terus hidup

dalam Ahli Sunnah, amin.

D. Aliran-aliran fahaman yang bercanggah: Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan

berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Antara

fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut:

a. Aliran Syiah

b. Aliran tidak ikut mazhab; pakai faham agama cara bersendiri atau mengikut pengarang seperti Al-Bani

c. Aliran mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab (yang mengikutnya Albani)

d. Aliran Islam liberal

e. Aliran pluralisme (bahawa semua agama sama, sama-sama membawa kepada syurga [Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain, aliran Shinto, semuanya sama, membawa ke syurga]).

f. Aliran sekularisme

a. Aliran Syiah: Antara ajaran-ajarannya:

1. tentang imam-imam yang maksum tidak berdosa langsung,

2. para sahabat Nabi s.a.w. menjadi murtad habis selepas wafat baginda,

melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis

kafir murtad. Dijauhkan Allah.

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 3

3. Mereka ada Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan

taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan

kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah

kata Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.

4. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia

akan hidup semula dan imam Mahdi Syiah bernama Muhammad bin Hasan

al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai

imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan

lepas itu baru berdiri kiamat.

b. Aliran tidak pakai mazhab:

1. Mengajarkan mengikut mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut Quran dan hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana Quran dan hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa;

2. Kita hanya wajib ikut Rasulullah; dia maksum orang lain tidak maksum.

3. Kalau ikut mazhab boleh membawa kepada syirik dan kufur sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa ‘r-rahban) ( والرهبان االحبار عبادة ).yakni seperti menyembah orang alim, menyembah orang soleh.

c. Aliran Wahhabiah:

1. Mengajarkan jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir

al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang

seperti mereka.

2. Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Ya Sin malam

Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin

bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas

sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji

tasawwuf bidaah dan sesat, demikiian seterusnya. Dan bila orang

membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka. Dijauhkan Allah.

3. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil salafi.

4. Mana-mana tempat ada fahaman ini ada berlaku perkelahian bahkan

tumbuk menumbuk. Bahkan bila teruk berlaku bunuh membunuh.

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 4

Lihat kenyataan Syeikh Al-Azhar: 2011 اثؽو 04 االث)

ثبىطاؼج اىسيف صف األؾؽ شص ..صفخ أشعؽخ عقعر ثأ صؽزب اىبرؽع األشعؽ عقعح اىشؽف األؾؽ عقعح أ األؾؽ شص اىطت أزع اىعمزؼ أقؽ ‎:االسال فنؽح

.اىدع اإلب رصف األؼثعخ األئخ فق[Dr Ahmad al-Tayyib menegaskan bahawa akidah al-Azhar yang mulia adalah akidah Imam Asyari dan al-Maturidi, fiqhnya ialah fiqh imam empat mazhab, dan tasawwufnya adalah tasawwuf imam al-Junaid]

اىعصؽ، ضاؼج " اىدعظ اىسيف "أسب أ اىطت اىعمزؼ اظع اإلسال عي خعع د ف

ألمثؽ عي األؾؽ زبفع اىػ اىعزعه اىسط األؾؽ اىح اىفنؽ الضزطبف ططظ خظ سػؼا

.عب أىف

[Dalam satu serangan baru ke atas setengah golongan Islam (yang bercanggah dengan al-Azhar) Dr Al-Tayyib mendakwa bahawa mereka yang menamakan diri mereka itu ‘Golongan Salafi yang “Strict”/Ketat) mereka itu adalah Khawarij zaman ini, serta dengan beliau memberi peringatan tentang adanya langkah-langkah untuk merosakkan/memusnahkan pemikiran mengikut kaedah al-Azhar yang menengah dan seimbang yang al-Azhar menjaganya selama lebih daripada seribu tahun]

قببد "س ب األضؽزخ عي اىد ف اىسيف اىطت أزع اىعمزؼ ار ظىال قع أ ثع

اإلسال صسر طبىف اىعو ػا": "األؽا" صسفخ فق قبه ،"األىبء شش عشؽاد إى از اىػ اىصسر اىصف اىفنؽ عي سبفظب اىػت أشعؽ سجق االؾؽ أ

."ربؼط ع عي األؾؽ…Dan al-Azhar akan kekal dengan mazhab al-Asy’ari dan menjaga pemikiran sufi yang sohih yang yang dinisbahkan kepadanya berpuluh-puluh daripada syaikh-syaikh Azhar dalam perjalanan sejarahnya

األؾؽ شص عع اىطيرخ اىطبئفخ أصبؼ

ظذ قع مبذ اىطت أزع اىعمزؼ األؾؽ شص زؽأسب اىز اىطيرخ اىطبئفخ أصبؼ أ ثبىػمؽ اىدعؽ

:اىسبثق اىظب ف رعاىب اىشؼ اىشعبؼاد فب ؼظظد اىسبفظبد، خع ىب اىسشع ر مجؽح رظبؽح اىظب زبه اىز اىثؼح إثب اىشؽح اىدو اقعخ اىاخخ إى أعبظ ب !! إب ب فعل ثبىع ثبىؽذ

!!ؼزي أ رسز رؽفض ى أصبؼ خظ إظبؼ فب اىسبثق عي األؾؽ ثشطخ اىسبخع أئخ شبص األؾؽ خبعخ أسبرػح آالف ثضعخ قب أ ثعع اىزسؽك ػا خبء

إصالذ ف فعي ثعؼ ثبىقب اىصؽخ اىعبؼ فز األمجؽ اإلب طبىج زبشعح ثظبؽح اىسبثقخ األب عاؼ

اىعؼ ظو ف اىسبثق اىظب ظو ف اىزطؽت ىيطػال اىؤسسخ ػ رعؽضذ أ ثعع اىشؽف األؾؽ

.اىعع غىل ف اىشطخ ث رق مبذ اىػ اىضعف اىزطبغه أ اىطبئفخ االزقبئخ ع ثععا سعظح ضاثظ فق اىعيبء مجبؼ ئخ رشنو ز أ اىطبىت ػ رضذ

.اىنيبد ععاء اىدبعخ ؼئس إى إضبفخ ثبالزطبة، اىعبؼ فز األؾؽ شص مو اضزبؼ ن األؾؽ شص فضيخ مو ث قب اىػ ىيثؼح اىطػه اىشبئ اىقف أس ثب اىزظبؽ آالف عظ

ف اىصالح اىدعخ صالح رؽك خاؾ إى رعع ؼسخ فزب صعؼد زث ؛ اىصؽخ اىعبؼ فز فضيخ

اىزبىؤ عب اعزجؽ اىيخ، اىزظبؽاد إى اىععح إلفشبه سبىخ اىثاؼ اعزجؽ فب اىجد

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 5

.اىثؼح ضع اىفبسع اىظب ع اىزاطء األؾؽ شص ثئقبىخ طبىج اىزسؽؽ ثاؼ ثسظ اىزسؽؽ عا شعب اىز اىسبشعح اىظبؽح ف شبؼما قع ىألؾؽ األعي اىديس أعضبء مب

.ثبىفسبظ اىز سبمخ اىسبثق، اىظب ؼؾ ثئقصبء ىيطبىجخ اىدعخ، اىقبؽح ثبىزعسف ار أ ثعع األؾؽ شص اىطت أزع اىعمزؼ ثئقبىخ طبىجا اىزظبؽ أ طيعخ صبظؼ غمؽد

ثزسؽؽ قبا اىبض األؼثعبء عي ثبىزعع قبا ثأ أرجبع ارا ثبىشطخ، اىظف اىعبي ضع

.اىسبثق اىظب فيه األؾؽ ثزطؽ طبىج اىدبىخ ثقس ضع سضؽ

http://www.islammemo.cc/hadath-el-sa...04/120663.html d. Islam Liberal:

1. Fahaman ini mengajarkan tidak ada hukum Allah, tetapi yang ada ialah budaya

2. Kita tidak wajib mengikut fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu

3. Semua agama membawa kebenaran

4. Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabarpun mendapat wahyu, wahyu dalam erti fikiran; yang tidak ada hanya wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.

5. Orang Islam berkahwin boleh dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama.

6. Lihat laman web ‘JIL;-jaringan Liberal Islam’ akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran. Dijauhkan Allah.

e. Aliran sekuklarisme: Cara berfikir dan bertindak yang mengecualikan secara total agama dari semua ruang awam tanpa kecuali (lihat takrif sekluarisme oleh George Holyoake). f. Aliran pluralisme agama:

1. Aliran ini mengatakan bahawa semua agama sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga;

2. Orang Islam tidak boleh mengaku ia mempunyai kebenaran, sebab semuanya benar. Maha suci Allah.

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 6

3. Kalau demikian apa gunanya Nabi s.a.w. datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?

4. Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?

5. Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad masa Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga? Maha suci Allah.

Kesimpulannya kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahlissunnah wal-Jamaah sebab itu yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi pegangan ulil-amri negeri ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Amin. E. Beberapa Persoalan:

i. Tentang Berimamkan Orang Dalam Sembahyang

a. Kalau kita mengetahui orang itu jatuh ke dalam kekufuran kerana percakapannya, atau perbuatannya, atau iktikadnya yang dia beritahu kepada kita, kita tidak boleh berimamkannya.

b. Kalau tidak jatuh ke dalam kekufuran tetapi ke dalam maksiat, masih kita sah berimamkan dia dalam sembahyang, walaupun yang afdhalnya kita berimamkan orang yang soleh.

ii. Tentang fahaman yang mengatakan amalan Islam tinggal di rumah di tempat

kerja kita tidak bawa Islam. Islam hanya di rumah.

Kita mesti beramal dengan agama kita di mana kita berada; sebab Allah melihat di mana kita berada. Lagi pula Islam adalah cara hidup yang lengkap, bukan berbicara tentang sembahyang dan puasa dan terhenti setakat itu sahaja.

iii Tentang soalan apakah yang perlu dilakukan selepas mendengar ceramah dan penerangan seperti ini.

a. Selepas mendengar ceramah dan faham hendaklah beramal dengan apa yang didengar, bermula dengan perkara-perkara yang wajib dahulu, dan mengelak daripada perkara yang dilarang, seperti mulai dengan sembahyang, puasa Ramadhan, membayar zakat, dan seterusnya.

b. Mesti mengawal diri sabar meninggalkan perbuatan yang ditegah; mesti meninggalkan ajaran yang salah dan bertaubat seperti ia berkata “ya Allah

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 7

aku bertaubat daripada berpegang kepada i’tikad yang mengatakan sabahat-sahabat kafir dan aku mengucap ‘ashhadu alla ilaha illah…”

iv. Soalan tentang bagaimana caranya fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah itu menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam

Fahaman itu boleh masuk melalui mendengar ceramah ilmu sesat itu daripada orangnya, atau kerana terpengaruh dengan bacaan tentang ilmu itu, atau melalui pengaruh kawan-kawan; ataupun mungkin kerana diumpankan dengan wang, maka orang yang terumpan terhutang budi; atau ditawarkan peluang berkerja, atau ditawarkan peluang melanjutkan pengajian diberi biasiswa ditanggung (seperti yang dibuat oleh Syiah dan Wahhabi, bahkan Amerika).

v. Soalan tentang Interfaith Council atau Suruhanjaya Antara Agama-agama

a. Interfaith Council (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama-agama kalau dibiarkan ada dan berjalan, ia membawa kepada meletakkan agama Islam setara dengan sistem-sistem kepercayaan lain, dan dengan itu ia berlawanan dengan Quran, Sunnah dan ijma’.

b. Dalam Negara ini tidak mungkin sebab hanya Islam agama persekutuan, yang lain-lain diberi kebebasan diamalkan dalam aman dan sejahtera (in peace and security) jangan dengan cara yang tidak damai dan tidak sejahtera.

vi. Soalan berkenaan bagaimana fahaman-fahaman yang menyeleweng itu membahayakan keselamatan Negara.

a. Tentang fahaman yang menyeleweng dan bahaya kepada keselamatan Negara: kalau fahaman itu seperti Wahhabiah, maka dalam Wahhabiah ada fahaman yang menganggap negeri orang Islam sebagai negeri syirik, kerana mengamalkan demokrasi;

b. Kerana demokrasi, kata mereka, mengambil alih kuasa Tuhan membuat peraturan, maka syirik itu; dengan itu mereka anggap boleh berontak menentang kerajaan;

c. Lihat bagaimana mereka memberontak menentang kerajaan Uthmaniah Turki; atau mereka boleh kata: negera sekular, bukan Islamik, kita berontak, walhal dalam Ahli Sunnah haram menentang ulil-amri kecuali ulil-amri itu kafir dengan nyata seperti ia menyembah berhala, atau membatalkan hukum Islam, seperti membatalkan puasa kerana katanya merugikan tenaga kerja, mengurangkan produksi negara; atau

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 8

membatalkan haji kerana rugi tukaran asing (foreign exchange); kalau tidak, haram menentangnya;

d. Kalau hendak diberi pendapat yang berguna, ianya, secara al-din al-nasihah yakni agama adalah nasihat yang ikhlas dan berguna, atau agama adalah keceriaan murni yang gigih (active attitude of sincere concern) itu dengan mengikut saluran yang betul. Demikian seterusnya.

e. Kalau Wahhabi yang demikian tentu berbahaya atas keselamatan Negara; demikian juga Syiah, sebab dalam ajaran mereka negara yang sah hanya negara di bawah Imam Maksum, yang lain tidak; dan fahaman itu boleh membawa kepada pemberontakan; lihat di Bahrain di mana ada minoriti Syiah, bila pemerintah mengeluarkan arahan tidak didengarnya.

vii. Soalan bagaimana cara tindakan yang perlu diambil kalau kaum kerabat sendiri terlibat dalam ajaran menyeleweng daripada Ahli Sunnah Kalau kita camkan benar-benar sahih ia beramal dengan ilmu yang salah;

a. Kita perlu cari orang yang ada ilmu untuk membawanya ke jalan yang lurus dengan cara yang lemah lembut dan nasihat yang memikat hati,

b. Atau kita berikan kepadanya buku yang memberi penerangan yang betul tentang perkara-perkara yang membawanya kepada kesesatan;

c. Atau kita cuba selesaikan perkara itu dalam kalangan keluarga dahulu; kalau tidak ada jalan barulah kita meminta pertolongan orang yang bukan keluarga;

d. Kalau ia degil kita akhirnya terpaksa laporkan kepada pihak jabatan agama. Itu kalau tidak ada jalan lain lagi.

viii. Soalan tentang bagaimana cara mengecam yang orang-orang itu beramal dengan ajaran yang menyeleweng, cara mengenalnya. Kalau Syiah kita boleh cam:

a. ia sembahyang sujud atas tanah atau batu yang dibawanya; atau bila ia memberi salam dalam sembahyang dia menepuk-nepuk pahanya;

b. atau dia suka mencela sahabat nabi, seperti Abu Bakar, Umar dan Aisyah - Allah meredhai mereka semua.

c. Atau ia tambah dalam azan ‘wa ashhahu anna Ali waliyullah’ , ertinya aku menyaksikan bahawa Ali waliyullah, atau ia kata hayya ala khairil-amal, marilah kepada amalan yang sehabis baik, sebagai ganti hayya alal-solah, dan lain-lain di bawah akidah; atau ia bercakap tentang kahwin mutaah dan fadhilat-fadhilatnya mengikut ajaran Syiah walhal ia haram mengikut ijma’;

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 9

d. atau ia jamak Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ walaupun bukan kerana musafir atau sakit atau kerana sebab-sebab lain.

ix. Soalan berkenaan dengan bergaul dengan mereka yang mengamalkan ajaran-ajaran seumpama itu, adakah kita menjauhi mereka?

a. Kalau kita bergaul dengan mereka kita boleh mempengaruhi mereka ke jalan yang baik, kerana kita ada pengetahuan dan amalan yang teguh, kita boleh bergaul;

b. Kalau merasa diri agak lemah, dan orang yang berkenaan kuat, berpengaruh, pandai mempengaruhi orang dan kita tidak mampu menepis pengaruhnya, kita elak daripada bergaul dengannya;

c. Kita bergaul dengan orang yang kuat membawa kita kepada kebaikan.

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 10

Bahagian II:

Cabaran-cabaran Terhadap Ahli Sunnah Wal-Jamaah Yang Timbul Daripada Aliran-Aliran Yang Menyeleweng Daripadanya dan Jalan Ke Hadapan

Cabaran-cabaran yang timbul daripada aliran-aliran yang bukan daripada Ahli Sunnah itu adalah seperti berikut: A. Cabaran dari Syiah

1. Cabaran akidah a. Cabaran akidah kerana ia mengajar tentang Imam maksum yang lebih

daripada Nabi dan rasul (melainkan nabi Muhammad salla’Llahu alía wa sallam)

b. Kerana ia mengajar tentang ada Quran Siti Fatimah (Mushaf Fatimah)

c. Kerana akidah sahabat menjadi kafir selepas wafat Rasulullah

d. Kerana akidah raj’ah

e. Kerana menganggap orang Ahli Sunnah kafir

2. Cabaran syariat daripadanya - kerana ajaran tentang kahwin mutaah

3. Cabaran hidup akhlak - kerana sikap menghina orang Ahlisunnah, kata mereka orang Ahlisunnah nawasib (اصت) ertinya yang paling hina dalam dunia harus dibunuh

5. Cabaran terhadap keselamatan negara dan masyarakat-kerana anggapan mereka kerajaan tidak sah de jure, yang sah kerajaan Syiah di bawah imam maksum (Syariah superstate under the infallible imam)

B. Cabaran daripada aliran tidak mengikut mazhab

1. Cabaran akidah

a. Sebab kecelaruan akidah yang tidak dipandu oleh akidah Ahli Sunnah, dibimbangi mereka memahami ayat-ayat Quran dan hadith yang mutasyabihat mengikut zahir lafaznya

b. Menuduh orang lain kafir kerana menolak sifat Tuhan cara mereka fahami secara literal - menolak sifat dua puluh yang diterima ijma’ ulama dalam Ahlisunnah.

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 11

2. Cabaran Syariat - berlaku kecelaruan mengikut syariat dan memahaminya sebab mereka memahami sendiri ayat-ayatnya walhal pengetahuan sebagaimana yang diajar dalam Ahli Sunnah kekurangan, tetapi mereka sangat berani memberi pendapat (ada kisah berkenaan orang yang menuduh ulama dulu tidak ‘educated’ ‘they just wrote down what they heard’ kemudian bila dia ditanya tentang erti hadith, satunya yang menyatakan Nabi s.a.w. sembahyang sunat lepas Asar, satunya yang melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Asar, akhirnya ia berkata ‘saudara ini complicated, I don’t know)

3. Cabaran kemasyarakat - berlaku kekeliruan dalam hidup masyarakat sebab kurang panduan yang mengikut tertib dan disiplin, masing-masing membawa penafsiran sendiri, membuat hukum sendiri; sebelum mufti bersidang dia sudah berfatwa konon seperti hendak ‘jump the gun’.

C. Cabaran cabaran hidup ilmiah

Kekacauan dalam hidup ilmiah tentang Islam sebab metodologi ilmu Ahli Sunnah tidak diikut.

D. Cabaran dari aliran Wahhabiah

1. Cabaran akidah

a. Akidah rosak menjadi mujjassimah - Tuhan berjisim

b. Menjadi musyabbihah-menyamakan Tuhan dengan makhluk

c. Boleh membawa kepada kekufuran kerana itu (dijauhkan Allah)

d. Menuduh orang bertawassul sebagai kafir, kata mereka menyeru kepada orang yang sudah mati.

2. Cabaran Syariat

a. Berlaku kekeliruan yang tidak menentu dalam memahami syariat sebab tidak ada panduan metodologi yang tersusun rapi

b. Membawa kepada perpecahan dan perkelahian sebagaimana yang boleh disaksikan

c. Tidak taat kepada ulil-amri

3. Cabaran akhlak-akhlak: mereka yang mengikut aliran ini biasanya kasar-bahasa yang digunakan iala bahasa kafir-Islam, bahasa sunnah-bidaah, bahasa negara kafir-negara Islam, bahasa salafi-bukan salafi, perang mengkafirkan dan membidaahkan orang, dan perang menggunakan kekerasan (seperti bertumbuk).

4. Cabaran hidup kerohanian

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 12

a. Bahaya kepada hidup rohaniah

b. Mereka menolak tasawwuf bahkan mengkafirkan orang tasawwuf

c. Mengkafirkan ibn Arabi

d. Menuduh orang tasawuf berakidah kufur kerana hulul (menganggap Tuhan berada dalam diri manusia)

e. Menuduh orang tasawwuf berakidah wahdatul-wujud yang mereka faham bererti makhluk adalah Tuhan

f. Menuduh orang tasawwuf tidak taat kepada syariat dan sunnah sebab semua Tuhan

g. Sebab itu golongan ini kasar akhlak dan adabnya, bahasanya juga biasanya kasar seperti bahasa yang digunakan oleh Nasir al-Din al-Albani dan Syeikh Uthaimin dan yang seperti mereka.

5. Cabaran keselamatan negara dan masyarakat

Cabaran keselamatan negara berlaku kerena mereka mungkin menuduh negara bukan negara darul-islam, bahkan ada di kalangan yang terpengaruh dengan mereka menuduh Malaysia negara darul-harb (the zone of war)

6. Cabaran dalam perkembangan budaya-cabaran budaya yang membawa kepada mentaliti hitam-putih, menolak pemikiran yang bersifat falsafah kerana ini disangka bidaah dhalalah/sesat semua sekali, bukan dari ajaran nabi

E. Cabaran daripada Islam Liberal:

1. Cabaran akidah - konsep wahyu Qur’an ditambah dengan wahyu yang non-verbal katanya.

2. Cabaran Syariat-tidak ada hukum Tuhan kata mereka, yang ada budaya, kita mesti fikir sendiri undang-undang, tidak tertaaluk lepada fikah dan usul al-din.

3. Cabaran hidup rohaniah: cabaran tidak patuh kepada peraturan Syarak-membawa kepada ibadat tidak sah, perkahwinan tidak sah, dan pembahagian harta pesaka tidak sah.

4. Cabaran akhlak: akhlak golongan liberal longgar sebab ajaran akhlak yang murni sebagaimana yang ada dalam Quran dan Sunnah hilang kesannya atas orang ramai-dibimbangi kemerosotan akhlak yang parah, membawa kepada kerosakan peribadi, rumahtangga dan masyarakat.

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 13

5. Cabaran kerukunan masyarakat dan negara: ekoran daripada perkara di atas keselamatan negara dalam bahaya kalau orang ramai berpegang kepada aliran ini. Hidup keluarga dan masyarakat tidak tersusun dan damai serta teratur; berlaku kekeliruan nilai dan tindakan yang tidak seragam. Bagi Islam dalam Malaysia ia paling berbahaya, sebab negara yang berbilang kaum, bila Muslim yang majoriti terpecah kerana aliran liberal ia membawa implikasi yang paling membimbangkan masa depannya.

6. Cabaran keselamatan negara.

7. Cabaran hidup bertamadun dan budaya-hidup budaya bercelaru tanpa panduan yang tetap. Timbul kekacauan dalam memahami hukum dan moral.

F. Cabaran aliran sekularisme:

1. Cabaran akidah: cabaran kekufuran kerana menolak agama dan ajaran agama dalam ruang awam - tetapi yang berlaku di Malaysia bukan sekularisme Barat totok sebab agama ada dalam ruang awam.

2. Hanya agama banyak yang perlu diusahakan dalam ruang awam supaya berjaya, walaupun banyak yang sudah berjaya diusahakan seperti dalam kewangan dan undang-undang serta pendidikan.

G. Cabaran aliran Pluralisme agama:

1. Cabaran akidah sebab ia bercanggah dengan Quran tentang kedatangan Islam memansukhkan syariat-syariat lain.

2. Cabaran menolak kebenaran Islam yang mutlak.

3. Cabaran Syariat: Penghayatan Syariat Islam tidak menjadi kewajipan yang ditanggung dengan serius sebab ada lagi yang yang benar bukan ia sahaja –maka kesetiaan kepada syara’ terjejas.

4. Cabaran akhlak: -Akhlak Islam menjadi longgar – ini boleh diperhatikan daripada perkembangan moral yang longgar di kalangan golongan pluralis (apa lagi bila ia bergabung dengan golongan feminis Barat yang mengikut falsafah pascamodernisme).

5. Cabaran keselamatan negara: bila orang terpengaruh dengan pluralisme agama, maka kesetiaan kepada agama Islam yang menjadi negara persekutuan sudah menjadi tugas yang ditanggung, menjadi ringan, kesetiaan kepada ulil-amri yang diajar dalam Islam terjejas, dengan itu terjejas keselamatan negara.

_______________________________________________________________________________________

Perbincangan Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal (Hidayah Hilal): Ancaman fahaman-fahaman Asing Terhadap Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia

m.s. 14

Jalan Ke Hadapan

1. Perlu diberi pendedahan yang memadai dan berkesan tentang Ahli Sunnah kepada semua peringkat ahli masyarakat.

2. Pendedahan tentang kemestian mengikut Ahli Sunnah dan hujah-hujahnya serta kebaikan-kebaikannya.

3. Juga bahaya kalau tidak mengikutnya.

4. Bahaya-bahaya yang terkandung dalam aliran-aliran pemikiran lain dalam negara.

5. Jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh aliran-aliran yang menyeleweng perlu didedahkan kepada semua peringkat masyarakat.

6. Golongan agama mesti bersatu padu dalam memberi penerangan kepada orang ramai dan jangan menangguk di air yang keruh kerana sebab-sebab peribadi atau kelompok

7. Keperluan institusi keluarga, masjid dan sekolah dimanfaatkan bagi menyampaikan kesedaran kepada semua pihak, dengan kerjasama semua pihak: kerajaan, NGO, media, para pendidik dan seterusnya.

Wallahu a’lam.