2korintus - ebible.org filemengalami kesusahan dengan penghiburan yang kita...

27
2 Korintus 1:1 1 2 Korintus 1:8 2 Korintus Pendahuluan 1 Daripada Paulus yang dengan kehendak Allah telah dilantik sebagai Rasul Isa al-Masih, dan daripada saudara kita, Timotius, Kepada jemaah di Korintus dan kepada semua orang salih yang tinggal di Akhaya: 2 Semoga Allah Bapa kita dan Junjungan Isa al-Masih menganugerahimu kasih kurnia dan sejahtera Allah sumber segala penghiburan 3 Segala puji bagi Allah, Bapa Junjungan kita Isa al- Masih, Bapa Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. 4 Dia menghibur kami dalam pelbagai ke- susahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kita terima sendiri daripada Allah. 5 Sebagaimana banyaknya penderitaan al-Masih yang telah kami alami, begitulah banyaknya penghiburan yang kami terima daripada-Nya. 6 Jika kami menanggung kesusahan, itu adalah untuk menghibur kamu dan untuk penyelamatanmu. Jika kami dihibur, itu akan menghibur kamu juga, supaya kamu tetap tabah menanggung penderitaan yang telah kami alami juga. 7 Kami tetap menaruh harapan tentang kamu, kerana kami tahu, jika kamu mengalami penderitaan seperti yang kami alami, maka kamu juga akan menerima penghiburan seperti yang kami terima. 8 Kami juga hendak memberitahumu, saudara-saudara, tentang kesusahan yang telah menimpa kami di Asia

Upload: vandiep

Post on 08-Apr-2019

364 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

2 Korintus 1:1 1 2 Korintus 1:8

2 KorintusPendahuluan

1 Daripada Paulus yang dengan kehendak Allah telahdilantik sebagai Rasul Isa al-Masih, dan daripada saudarakita, Timotius,Kepada jemaah di Korintus dan kepada semua orang salihyang tinggal di Akhaya:2 Semoga Allah Bapa kita dan Junjungan Isa al-Masihmenganugerahimu kasih kurnia dan sejahtera

Allah sumber segala penghiburan3 Segala puji bagi Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-

Masih, BapaYangMahaPemurahdanAllah sumber segalapenghiburan. 4 Dia menghibur kami dalam pelbagai ke-susahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yangmengalami kesusahan dengan penghiburan yang kitaterima sendiri daripada Allah. 5 Sebagaimana banyaknyapenderitaan al-Masih yang telah kami alami, begitulahbanyaknya penghiburan yang kami terima daripada-Nya.6 Jika kami menanggung kesusahan, itu adalah untukmenghibur kamu dan untuk penyelamatanmu. Jika kamidihibur, itu akan menghibur kamu juga, supaya kamutetap tabah menanggung penderitaan yang telah kamialami juga. 7Kami tetapmenaruh harapan tentang kamu,kerana kami tahu, jika kamu mengalami penderitaanseperti yang kami alami, maka kamu juga akanmenerimapenghiburan seperti yang kami terima.

8Kami juga hendakmemberitahumu, saudara-saudara,tentang kesusahan yang telah menimpa kami di Asia

2 Korintus 1:9 2 2 Korintus 1:17Kecil. Beban kami sungguh berat, lebih daripada yangterdaya kami tanggung, sehingga kami putus asa untukterus hidup. 9 Kami merasa bagaikan telah dijatuhihukummati. Namun, itu telah berlaku supaya kami tidaklagi berharap kepada diri sendiri tetapi kepada Allah yangmenghidupkan semula orang mati. 10 Dialah yang telahmelepaskan kami daripada bahaya yang amat dahsyat,dan Dialah yang akan melepaskan kami. Kami menaruhharapan kepada-Nya, bahawa Dia akan melepaskan kami.11Kamu juga harus menolong kami dengan doa, sehinggaramai orang bersyukur kepada Allah atas kurnia yangdiberikan kepada kami kerana doa ramai orang.

Perubahan rancangan Paulus12 Inilah kebanggaan kami, dan hati nurani kami

bersaksi demikian, iaitu dalam kalangan semua orang,terutamanya di kalanganmu, kami hidup dalam kesu-cian dan keikhlasan yang datang daripada Allah. Kamimelakukan ini bukan dengan kebijaksanaan kami sebagaimanusia, tetapi dengan kasih kurnia Allah. 13 Segala yangkami tuliskan kepadamu dalam surat ini tidak mengan-dungi erti yang lain daripada yang kamu baca dan fahami.14Aku berharap bahawawalaupun kamu barumemahamisebahagian tentang diri kami, kamu akan memahamikami sepenuhnya nanti, dan kamu akan berbangga den-gan kami sebagaimana kami berbangga dengan kamupada hari kedatangan Junjungan kita Isa.

15 Oleh sebab keyakinan itulah maka aku pernahberniat ke tempatmu lebih dahulu, supaya kamu menda-pat berkat dua kali. 16Niatku dahulu ialah singgah di tem-patmu dalam perjalanan ke Makedonia, dan dari Make-donia datang ke tempatmu lagi untuk meminta kamumenolongku meneruskan perjalanan ke Yudea. 17 Jika

2 Korintus 1:18 3 2 Korintus 2:4akumerancangbegitu, adakah inimenunjukkan aku tidakberpendirian tetap? Atau adakah aku merancang sepertiorang duniawi, demikian mudah berkata ‘ya’ dan ‘tidak’pada saat yang sama?

18Demi Allah Yang Maha Setia, apa yang kami katakankepadamu bukanlah ‘ya’ atau ‘tidak.’ 19 Ini kerana Isa al-Masih, Putera Allah yang telah disampaikan berita-Nyakepadamu oleh aku, Silwanus dan Timotius, bukanlah‘ya’ dan ‘tidak,’ tetapi pada-Nya ada ‘ya’ semata-mata.20 Isa adalah ‘ya’ bagi semua janji Allah. Oleh itulahmelalui-Nya kita menyebut ‘Amin’ demi kemuliaan Allah.21 Allah telah menentukan kami bersama kamu dalamal-Masih. Dia telah melantik kita, 22 menandakan kitadengan materai-Nya, dan mengurniakan Roh-Nya untukmasuk ke hati kita sebagai jaminan.

23 Aku berseru kepada Allah untuk menjadi Saksibagiku, bahawa sebabnya aku belum juga ke Korin-tus ialah kerana kasihku kepadamu. 24 Kami bukan-lah berhasrat memberikan perintah tentang apa yangharus kamu percayai; kamu sudah berdiri teguh dalamkeyakinanmu. Kami mahu bekerja bersama kamu demikebahagiaanmu.

21 Aku telah membuat keputusan sendiri, bahawa aku

tidak akan datang lagi ke tempatmu dalam kesedihan;2 kerana jika aku mendatangkan kesedihan kepadamu,siapa lagi yang dapatmemberikan kegembiraan kepadakuselain kamu yang telah kusedihkan? 3 Oleh itulah akumenuliskannya dalam suratku, supaya jangan nanti akubersedih kerana mereka yang sepatutnya memberikankegembiraan kepadaku. Aku percaya bahawa jika akugembira, kamu akan turut gembira. 4 Aku menulis

2 Korintus 2:5 4 2 Korintus 2:14kepadamu dengan air mata bercucuran kerana hatikusungguh sedih dan cemas. Aku bukanlah berniat hendakmenyedihkan kamu, tetapi aku mahu kamu tahu bahawaaku amat mengasihimu.

Mengampuni orang bersalah5 Jika seseorang telah mendatangkan kesedihan maka

bukan aku yang ditimpa kesedihan itu, tetapi kamusemua, atau sekurang-kurangnya – supaya aku tidakterlalu keras – sebilangan daripadamu. 6 Bagi orangitu, hukuman yang dijatuhkan oleh sebilangan besarsudah cukup. 7 Oleh itu, baiklah kamu mengampuni danmenghiburnya, supaya dia tidak ditenggelami kesedihan.8Dengan demikian, akumeminta kamumenunjukkan ba-hawa kamubenar-benarmengasihinya. 9Akumenuliskanhal ini untuk mendapat bukti sama ada kamu mahumenurut petunjukku dalam semua perkara. 10 Siapa sajayang telah kamu ampuni, aku pun telahmengampuninya.Kesalahan apapun yang kuampuni – jika memang adayang harus kuampuni – kuampuni di hadapan al-Masihuntukmu 11 supaya Iblis tidak mendapat keuntungan,kerana kita mengetahui tujuan-tujuannya.

Kebimbangan Paulus di Troas12 Apabila aku pergi ke Troas untuk menyebarkan In-

jil al-Masih, ternyata Tuhan telah membukakan pintuuntukku. 13 Namun demikian, hatiku tidak tenang jugakerana aku tidakmenjumpai saudaraku Titus. Oleh itulahakumeminta diri kepadamereka lalu pergi keMakedonia.

14Tetapi syukur kepada Allah yang sentiasa memimpinkami ke arah kemenangan dalam al-Masih, dan melalui

2 Korintus 2:15 5 2 Korintus 3:6

kami menyebarkan keharuman pengenalan-Nya merata-rata; 15 kerana kepada Allah kami adalah keharuman al-Masih di kalangan mereka yang berada di jalan kese-lamatan dan mereka yang berada di jalan kebinasaan.16 Bagi yang berada di jalan kebinasaan, kami seperti baudaripadamaut yangmembawamaut, manakala bagi yangberada di jalan keselamatan, kami seperti bau daripadahidup yang membawa hidup. Siapakah yang sanggupmelaksanakan tugas sedemikian? 17 Kami tidak sepertisebilangan besar orang yang mencari keuntungan dari-pada firman Allah; sebaliknya, kami berhati ikhlas. Seba-gai utusan Allah, kami berkata-kata atas nama al-Masihdengan penuh tanggungjawab di hadapan Allah.

31 Adakah kami memuji diri? Atau perlukah kami

menunjukkan surat pujian kepadamu atau yang datangdaripadamu, seperti dilakukan oleh sebilangan orang?2 Kamulah surat pujian kami, yang tersurat di hati kami,dan yang dapat diketahui serta dibaca oleh semua orang.3 Kamu adalah surat kiriman al-Masih yang kami han-tarkan. Surat itu ditulis bukan dengan dakwat, tetapidengan Roh Allah yang hidup; bukan di loh batu tetapidi loh daging iaitu hati manusia.

4 Demikianlah keyakinan kami kepada Allah melaluial-Masih. 5 Kami tidak menganggap kesanggupan kamibekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupanitu datang daripada Allah. 6Dialah yang telahmenjadikankami sanggupmengabdi diri kepada umat perjanjian baruyang tidak lagi berasaskan perintah-perintah tersurattetapi berasaskan Roh; kerana perintah-perintah tersuratitu membawa kematian sedangkan Roh membawa ke-hidupan.

2 Korintus 3:7 6 2 Korintus 3:18

Kemuliaan perjanjian baru7 Jika perjanjian yangmembawa kepada kematian, iaitu

yang terukir di loh-loh batu, diturunkan dari kemuliaanwajah Musa sehingga bangsa Israel tidak dapat meman-dangwajahnya, walaupunketika itu sinarnya sudahmulaimalap; 8maka tentulah perjanjian yang datang daripadaRoh lebih besar lagi kemuliaannya. 9 Jika perjanjian yangmembawa manusia kepada penghakiman begitu mu-lianya, maka perjanjian yang membawa manusia kepadakebenaran tentulah jauh lebih mulia lagi! 10 Sesuatuyang dahulu dipandangmulia tidakmulia lagi berbandingsesuatu yang jauh lebihmulia. 11 Jika sesuatu yang semen-tara telah diturunkan dengan kemuliaan, maka sesuatuyang kekal haruslah diturunkan dengan kemuliaan yanglebih besar.

12 Oleh sebab kami menaruh harapan demikian, makakami lebih berani, 13berbeza denganMusa yangmenutupwajahnya dengan selubung supaya bangsa Israel tidakdapat memandang kemuliaan yang beransur malap.14Fikiranmerekamenjadi tumpul, kerana hingga hari ini,apabila mereka membaca Kitab-kitab Suci yang mengan-dungi perjanjian lama, selubung itu masih tetap meng-halang pandangan mereka. Selubung tidak akan ter-buka kecuali dalam al-Masih. 15 Malah hingga sekarang,ketika mereka membaca Kitab Suci yang disampaikanmelalui Musa, selubung itu masih menutupi hati mereka.16 Apabila hati mereka kembali kepada Tuhan, selubungitu akan disingkapkan. 17 Tuhan adalah Roh; dan dimana ada Roh Tuhan, di situlah ada kebebasan. 18 Kitasemuamelihat kemuliaan Tuhan tercermin denganwajahyang tidak berselubung, dan kita diubah menjadi serupadengan-Nya dalam kemuliaan yang kian besar, oleh RohTuhan.

2 Korintus 4:1 7 2 Korintus 4:114

Harta rohani dalam bejana tanah1 Dengan belas kasihan-Nya, Allah telah menga-

manahkan pengabdian ini kepada kami. Oleh itu kamitidak tawar hati. 2 Kami menolak semua perbuatanrahsia yang memalukan. Kami juga tidak melakukan tipudaya atau menyalahertikan firman Allah, tetapi denganmenyatakan kebenaran, kami mengizinkan semua orangmenilai kami dalam hati nurani mereka di hadapan Allah.3 Namun, sekiranya Injil yang kami sampaikan itu tetapterselubung juga, maka memanglah Injil itu terselubungbagi mereka yang berada di jalan kebinasaan. 4 Fikiranorang yang tidak beriman itu telah dibutakan oleh tuhanpujaan dunia, maka mereka tidak dapat melihat terangcahaya Injil tentang kemuliaan al-Masih yangmerupakangambaran Allah. 5 Kami tidak menyebarkan berita ten-tang diri kami, tetapi tentang Isa al-Masih sebagai Junjun-gan Yang Esa. Diri kami mengabdi kepadamu kerana Isa.6 Allah telah berfirman, ‘Hendaklah cahaya bersinar daridalam gelap’. Allah juga yang telah membuat cahaya itubersinar dalam hati kita, sehingga kita dapat mengenalkemuliaan Allah di wajah Isa al-Masih.

7 Tetapi kami memiliki harta yang ada dalam bejanatanah liat supaya jelaslah bahawa kuasa yang melebihisegala-galanya berasal daripada Allah, bukan daripadadiri sendiri. 8Dalam segala hal kami dihimpit, tetapi tidakhancur. Kami bingung, tetapi tidak putus asa. 9 Kamidianiaya, tetapi tidak ditinggalkan. Kami dijatuhkan,tetapi tidak dimusnahkan. 10 Ke mana pun kami pergi,kami sentiasa membawa kematian Isa dalam tubuh kami,supaya kehidupan-Nya nyata dalam tubuh kami. 11 Kamiyangmasih hidup ini sentiasa diserahkan ke tanganmautdemi Isa, supaya kehidupan-Nya nyata dalam tubuh kami

2 Korintus 4:12 8 2 Korintus 5:5yang fana. 12 Oleh itu, maut bekerja dalam diri kami,sebaliknya hidup bekerja dalam dirimu.

13 Namun, oleh sebab kami mempunyai roh imanseperti yang tersurat, ‘Aku percaya, maka aku bersuara’,kami pun berkata, ‘Kami percaya, maka kami bersuara.’14 Kami tahu bahawa Dia yang telah membangkitkan Isa,Junjungan kita, akan membangkitkan kami juga bersamaIsa, lalu menghadapkan kami bersama kamu kepada-Nya.15 Semuanya berlaku untukmu; dengan melimpahnyakasih kurnia kepada orang yang kian ramai, melimpahpulalah ucap syukur bagi kemuliaan Allah.

16 Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupunmanusia lahiriah kami kian merosot, namun manusiabatiniah kami diperbaharui setiap hari. 17 Kesusahanyang ringan dan hanya sedetik ini membawa bagi kamikemuliaan yang kekal tanpa bandingan. 18Kami tidakme-mentingkan hal-hal yang kelihatan, tetapi hal-hal yangtidak kelihatan; kerana yang kelihatan itu cuma sedetik,manakala yang tidak kelihatan itu kekal.

5Tempat tinggal di syurga

1Kami tahu bahawa apabila khemah tempat kami ting-gal di bumi ini roboh, Allah telah menyediakan tempatkediaman bagi kami di syurga, yang tidak diperbuat olehtanganmanusia, dan yang bersifat kekal. 2Dalam khemahyang kita diami kini, kita merintih dan merindui tempattinggal kita di syurga, yang akan kita terima. 3 Setelahkita menerimanya, kita tidaklah akan tinggal terdedah.4 Selagi kita masih mendiami khemah yang sekarang,kita merintih kerana terbeban, kerana kita tidak mahuterdedah; kita ingin dilindungi oleh yang kekal, inginagar yang fana digantikan dengan yang hidup. 5 Inilah

2 Korintus 5:6 9 2 Korintus 5:15yang telah disediakan Allah untuk kita; dan Dia telahmengurniakan Roh-Nya kepada kita sebagai jaminan.

6Oleh itu kami sentiasa yakin. Kami tahu bahawa selagikami mendiami tubuh ini, kami masih jauh daripadaTuhan; 7Kerana kami hidup dengan iman, bukan denganpenglihatan. 8 Kami sentiasa yakin. Sebenarnya kamilebih suka jika dipisahkan dari tubuh ini dan tinggalbersama Tuhan. 9 Dengan demikian, baik ketika masihmendiami tubuh ini mahupun ketika dipisahkan darinya,kami berusaha supaya tetap diredai-Nya. 10 Kita semuaakan dihadapkan ke pengadilan al-Masih, dan setiaporang akan menerima balasan yang setimpal denganperbuatannya, baik ataupun jahat.

Mengusahakan pendamaian11 Kami tahu apa yang dimaksudkan dengan takut

kepada Tuhan. Oleh itu kami berusaha meyakinkanorang. Allah mengenal kami dengan jelas, dan akuberharap dalamhati nuranimu kamu jugamengenal kamidengan jelas. 12 Kami bukanlah cuba memuji diri lagidi hadapanmu, tetapi kami memberimu alasan untukberbangga dengan kami, supaya kamudapatmemberikanjawapan kepada mereka yang membanggakan hal-hallahiriah dan bukan hal-hal batiniah. 13 Sekiranya kamikelihatan seperti orang yang kehilangan akal, itu adalahdemi kepentingan Allah. Jika kami kelihatan sepertiorang yang berakal, itu adalah demi kepentinganmu.14 Kasih al-Masih menguasai hidup kami, dan kami yakinbahawa apabila seseorang telah mati bagi semua orang,maka semua orang itu pun telah mati. 15 Dia telah matibagi semua orang, supaya mereka yang hidup tidak lagihidup untuk diri sendiri tetapi untuk Dia yang telah matidan telah dibangkitkan bagi mereka.

2 Korintus 5:16 10 2 Korintus 6:216 Oleh itu dari saat itu kami tidak memandang orang

berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Memangkami pernah memandang al-Masih secara lahiriah tetapikini tidak lagi. 17 Sesiapa yang ada dalam al-Masihadalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dansegala-galanya baru. 18 Semuanya datang daripada Allah,yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melaluial-Masih, dan mengamanahkan kepada kami tugas mu-lia untuk mengusahakan pendamaian itu. 19 Dalam al-Masih, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengandiri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah dia-manahkannya kepada kami. 20 Kami adalah para dutaal-Masih. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yangdikehendaki-Nya. Oleh itu demi al-Masih, kami memintakepadamu: Berdamailah semula dengan Allah! 21 Allahmenjadikan al-Masih yang tidak mengenal dosa menjadipenanggung dosa untuk kita, supaya dalam al-Masih kitamenjadi benar di hadapan Allah.

61 Sebagai rakan-rakan sekerja, kami meminta

kepadamu, janganlah sia-siakan kasih kurnia Allah yangtelah kamu terima, 2 kerana demikianlah firman-Nya,‘Aku telah mendengar kata-katamu ketika

Aku berkenandan pada hari penyelamatan,

Aku telah menolongmu.’Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglahhari penyelamatan itu.

Penderitaan Paulus

2 Korintus 6:3 11 2 Korintus 6:153 Dalam hal apa jua, kami tidak menyebabkan orang

tersandung, supaya pengabdian kami tidak dicela.4 Sebaliknya, dalam semua hal, kami telah membuktikanbahawa kami bersikap secara yang wajar bagi hamba-hamba Allah. Kami cukup tabah menghadapi kesusahan,kesulitan dan kesempitan, 5 sebatan, pemenjaraan, huru-hara, penat lelah, bercekang mata, dan keadaan lapar.6 Kami hidup dalam kesucian, pengetahuan, kesabaran,baik budi, dalam Roh Suci, dan dalam kasih sejati. 7Kamimenyampaikan kebenaran, dan hidup dalam kuasa Allah.Kami bersenjatakan kebenaran, di tangan kanan dankiri. 8 Kami dimuliakan dan dihina, dikeji dan dipuji.Kami dipanggil penipu sedangkan kami benar. 9 Kamidianggap tidak dikenali, padahal terkenal. Kami disangkasudah hampir mati, tetapi ternyata masih hidup. Kamidibelasah, namun tidak dibunuh. 10 Kami disedihkan,tetapi sentiasa gembira. Kami miskin, namun ramai yangkami perkaya. Kami tidak memiliki apa-apa, tetapi kamimempunyai segala-galanya.

11 Wahai orang Korintus! Kami telah bercakap terus-terang kepadamu, hati kami terbuka luas. 12 Kamu ter-batas bukanlah oleh kami tetapi oleh perasaanmu sendiri.

Jangan berpasangan dengan orang yang tidak beriman.13 Oleh itu aku berkata seperti kepada anak-anak,

bukalah hatimu supaya antara kita saling berterus-terang.

14 Janganlah berpasangan dengan orang yang tidakberiman. Pasangan begitu tidak sepadan; kerana adakahpersamaan antara yang baik dengan yang jahat? Dap-atkah terang bersatu dengan gelap? 15 Adakah muafakatantara al-Masih dengan Belial? Adakah kesamaan antaraorang yang beriman dengan orang yang tidak beriman?

2 Korintus 6:16 12 2 Korintus 7:416Adakah hubungan antara rumah Allah dengan berhala-berhala? Kita adalah rumah Allah Yang Hidup, sepertidalam firman-Nya, ‘Aku akan tinggal dalam mereka danberjalan di antaramereka. Aku akanmenjadi Allah Tuhanmereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.’

17Oleh itu,‘Keluarlah dari kalangan mereka,

dan asingkanlah dirimu daripada mereka,’demikianlah firman Tuhan.

‘Jangan sentuh yang najis,maka Aku akan menerimamu’

18 ‘Aku akan menjadi Bapamu,dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan,

‘demikianlahfirman Tuhan Yang Maha Kuasa.

71 Oleh sebab kita telah mendapat janji-janji itu,

saudara-saudara yang kukasihi, sucikanlah diri daripadasegala yang menajiskan tubuh atau roh, dan sempur-nakan kesucian kita dengan rasa takut kepada Allah.

Sukacita Paulus2 Berikanlah tempat bagi kami di hatimu. Kami tidak

pernah berbuat salah kepada sesiapa. Kami tidak pernahmerosakkan iman atau memperalatkan sesiapa. 3 Akuberkata demikian bukan untuk menyalahkan kamu, ker-ana tadi aku menyatakan bahawa kamu telah mendapattempat di hati kami, maka kita sehidup semati. 4 Akusangat mempercayaimu dan berbangga denganmu. Akusangat terhibur, dan dalam segala kesusahan kami, hatikudipenuhi kegembiraan.

2 Korintus 7:5 13 2 Korintus 7:135Setelah sampai diMakedonia, ternyata kami langsung

tidak mengalami ketenangan. Kami menanggung pelba-gai kesusahan: persengketaan dari luar, dan ketakutandalam diri sendiri. 6 Tetapi Allah, yang menghibur orangyang putus asa, menghibur kami dengan kedatanganTitus. 7 Bukan kedatangannya sahaja yang menghibur,malah juga penghiburan yang didapatinya keranamu.Dia bercerita kepada kami tentang kerinduanmu, penye-salanmu, dan kehebatan semangatmu menyokongku,yang lebih menggembirakan lagi hatiku.

8 Walaupun aku telah menyedihkanmu dengan suratyang kukirim, aku tidak menyesal. Pada suatu ketikamemang aku menyesal, kerana jelas sekali surat itutelah menyedihkanmu, biarpun untuk beberapa detik.9 Tetapi kini aku gembira, bukan kerana kamu bersedih,tetapi kerana kesedihanmu itumembawa taubat. Ertinya,memanglah kamu bersedih, tetapi hal itu selaras den-gan kehendak Allah, maka kami tidaklah merugikanmu.10 Kesedihan yang selaras dengan kehendak Allah mem-bawa taubat dan penyelamatan, maka tidak harus dis-esali. Sebaliknya, kesedihan dari dunia ini membawamaut. 11Perhatikan bahawa kesedihanmu itu selaras den-gan kehendak Allah. Betapa hebatnya yang dicetuskandalam dirimu: kesungguhan, keinginan membersihkandiri daripada tuduhan, kemarahan, ketakutan, kerinduan,semangat, dan usaha menegakkan keadilan. Dari segalasegi kamu telah membuktikan dirimu suci dalam halini. 12 Kutulis surat itu kepadamu bukan untuk orangyang melakukan kesalahan itu, dan bukan pula untukorang yang menjadi mangsa kesalahan itu, tetapi supayaperhatian kami terhadapmu di hadapan Allah ternyatakepadamu. 13 Oleh sebab itulah kami merasa terhibur.Tetapi selain itu, kami merasa lebih gembira lagi melihat

2 Korintus 7:14 14 2 Korintus 8:7

kegembiraan Titus, kerana kamu telah menenteramkanhatinya.

14 Aku telah berbangga denganmu di hadapan Titusdan aku tidak malu berbuat demikian. Sebagaimanadalam hal-hal lain kami bercakap benar kepadamu, kata-kata bangga kami terhadapmu di hadapan Titus jugaternyata benar. 15 Kasihnya kepadamu kian mendalamapabila dia mengingati ketaatanmu, dan betapa kamutelah menyambutnya dengan takut dan gementar. 16Akugembira kerana aku dapat mempercayaimu dalam segalahal.

8Kemurahan hati

1Kami inginmemberitahumu, saudara-saudaraku, ten-tang kasih kurnia Allah kepada jemaah-jemaah di Make-donia. 2Sungguhpunmereka banyak diuji dengan kesusa-han, namun kegembiraan mereka melimpah. Walaupunmereka sangat miskin, mereka kaya dalam kemurahanhati. 3 Aku dapat memberi kesaksian bahawa denganrela hatimereka telahmemberi setakat termampu,malahlebih daripada itu. 4Mereka telah meminta bersungguh-sungguh kepada kami agar mereka diberi hak istimewauntuk menyumbang kepada keperluan orang salih. 5Halin benar-benar di luar jangkaan kami. Mereka mem-persembahkan diri pertama kepada Tuhan, kemudiankepada kami juga dengan kehendak Allah. 6Oleh itu kamimeminta bersungguh-sungguh kepada Titus, yang telahmemulakan usaha itu, supaya melanjutkan pekerjaanyang mulia itu di kalanganmu. 7 Jadi, sebagaimana kamukaya dalam segala hal dalam iman, kata-kata, penge-tahuan, pelbagai usaha, dan dalam kasihmu kepada kami

2 Korintus 8:8 15 2 Korintus 8:18hendaklah kamu kaya juga dalam pekerjaan yang muliaitu.

8 Ini bukanlah satu perintah, tetapi aku mengujikeikhlasan kasihmu berbanding kesungguhan orang lain.9 Kamu tahu tentang kasih kurnia Junjungan kita Isa al-Masih. Dia kaya, tetapi kerana kamu Dia telah men-jadikan diri-Nya miskin supaya melalui kemiskinannyakamu menjadi kaya.

10 Dalam hal ini, aku menasihatimu: Sudah sewa-jarnya kamu meneruskan apa yang kamu mulakan se-tahun lalu. Pada masa itu, kamulah yang mula-mulaberhasratmemberi, dan kamulah yangmula-mula bertin-dak. 11 Sekarang, hendaklah kamumenyempurnakannya.Dahulu kamu telah membuat keputusan memberi, makasekarang buktikanlah bahawa kamu bersedia melak-sanakannya menurut kemampuanmu. 12 Jika seseorangsanggup memberi, Allah reda menerima pemberiannyamenurut apa yang dia ada, bukan apa yang dia tidak ada.

13Maksudku bukanlah supaya orang lain dimudahkanmanakala kamu disusahkan, tetapi agar terdapat per-samaan. 14 Kini, kelebihanmu dapat menampung keku-rangan mereka. Satu hari nanti, kelebihan mereka dapatmenampung kekuranganmu pula, maka terdapatlah per-samaan, 15 seperti telah tersurat, ‘Orang yang memper-oleh banyak tidak berlebihan, orang yang memperolehsedikit tidak kekurangan.’

Titus diutus ke Korintus16 Segala puji dan syukur kepada Allah kerana telah

meletakkan ke dalam hati Titus keprihatinan yang samaterhadapmu. 17Titus menerima permintaan kami, malahdengan kehendaknya sendiri pergi mengunjungimu.18 Kami mengutus seorang lagi saudara kita bagi meny-ertai Titus: Seorang yang terpuji di kalangan semua

2 Korintus 8:19 16 2 Korintus 9:4jemaah kerana pelayanannya dalamhal-hal Injil. 19Malahdia juga telah dipilih oleh semua jemaah untuk men-emani kami dalam perjalanan kami, yang bertujuanmenyampaikan pemberian itu, agar Tuhan dimuliakandan kesediaanmu menolong menjadi nyata. 20 Kami jugaingin mengelakkan daripada dicela berkaitan tindakankami membawa pemberian yang begitu besar. 21 Kamiberusaha melakukan apa yang benar bukan sahaja di sisiAllah tetapi juga di mata manusia.

22 Oleh yang demikian, bersama Titus dan saudarakita itu, kami mengutus seorang lagi saudara kita.Kami telah mengujinya beberapa kali dan mendapatinyaamat bersungguh-sungguh. Malah sekarang dia lebihbersungguh-sungguh lagi disebabkan kepercayaan yangsangat besar kepadamu. 23 Titus adalah temanku danrakan sekerjaku untuk kepentinganmu. Saudara-saudarakita yang lain itu adalah utusan jemaah-jemaah, dankemuliaan al-Masih. 24 Oleh itu, tunjukkanlah kepadamereka dan di hadapan semua jemaah bukti kasihmuserta kebanggaan kami terhadapmu.

91 Tentang pemberian bantuan kepada orang salih, aku

tidak perlu menulis kepadamu, 2 kerana aku tahu kese-diaanmu. Malah aku berbangga tentangmu di hadapanorang Makedonia dengan berkata bahawa Akhaya sudahsiapmemberi sejak tahun lalu; semangatmu telah banyakmemberikan perangsang. 3 Aku mengutus saudara-saudara kita itu supaya kebanggaan kami terhadapmudalam hal ini tidak sia-sia. Oleh itu, kamu hendaklahbenar-benar siap sedia, seperti yang telah kukatakankepada mereka. 4 Kalau ada orang Makedonia yangdatang bersama aku dan mereka mendapati kamu belum

2 Korintus 9:5 17 2 Korintus 9:13siap, maka kami (tentulah juga kamu!) akan berasamalu, kerana kami begitu yakin. 5 Dengan demikianaku telah meminta saudara-saudara kita pergi terlebihdahulu menemui kamu dan mengatur pemberian yangtelah kamu janjikan itu; biar pemberian itu terkumpuldari kemurahan hatimu, bukan kerana terpaksa.

Menyemai banyak6 Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit

akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyakakan menuai banyak. 7Masing-masing hendaklah mem-beri setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau ter-paksa, kerana Allahmeredai orang yangmemberi dengangembira. 8 Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segalakeperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan.9 Sebagaimana tersurat,‘Dia telah menaburkan kurnia-Nya

merata-rata di kalangan orang miskin,Kebenaran-Nya kekal selama-lamanya.’

10 Allah telah menyediakan benih untuk disemai danroti untuk dimakan. Semoga Allah melipatgandakanbenih yang telah kamu semai dan memperbanyak buahhasil kebenaran, 11 serta memperkaya kamu dalam segalahal, sehingga kamu dapat terus-menerus bermurahhati. Pemberianmu yang disampaikan melalui kami akanmenimbulkan rasa syukur kepada Allah.

12 Kerana pekerjaan mulia yang sedang kita usahakanini bukan sahaja akan menampung kekurangan orangsalih, tetapi juga menyebabkan banyak orang mengucapsyukur kepada Allah. 13 Melalui pekerjaan mulia ini,kamu membuktikan imanmu dan mereka memuliakan

2 Korintus 9:14 18 2 Korintus 10:8Allah kerana melihat kesetiaan pengakuanmu terhadapInjil al-Masih serta kemurahan hati yang kamu tunjukkandengan pemberian kepada mereka dan semua orang.14 Mereka berdoa untukmu dan ingin berdamping den-ganmu kerana kasih kurnia Allah yang melebihi segala-galanya memenuhi dirimu. 15 Segala puji dan syukurkepada Allah kerana kurnia-Nya yang tidak terperikan.

10Paulus mempertahankan diri

1 Sekarang aku, Paulus, yang gementar ketika berhada-pan denganmu tetapi berani ketika berjauhan, memohonsesuatu kepadamu atas sifat al-Masih yang lemah lembutdan rendah hati. 2 Aku memohon kepadamu, apabilaaku datang nanti, janganlah sampai aku terpaksa menun-jukkan keberanian di hadapanmu. Aku memang berniatuntuk bertindak begitu terhadap beberapa orang yangmenyangka bahawa kami hidup seperti orang duniawi.3Walaupun kami hidup di dunia, kami tidaklah berjuangsecara duniawi. 4 Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkanbenteng-benteng, 5mematahkan hujah-hujah dan segalayang meninggikan diri menentang pengenalan Allah,menundukkan semua fikiran supaya mematuhi al-Masih,6 serta bersedia menghukum segala keingkaran terhadapAllah apabila ketaatanmu disempurnakan.

7 Kamu hanya melihat sesuatu berdasarkan lahiriah-nya. Jika seseorang yakin dalam hatinya bahawa diamilik al-Masih, hendaklah dia memikirkan pula, bahawasebagaimana dia milik al-Masih, begitu jugalah kita inimilik al-Masih. 8 Kalaupun aku berbangga lebih sedikittentang kewibawaan kami, yang diberikan oleh Tuhan

2 Korintus 10:9 19 2 Korintus 10:18

kepada kami untuk membangunkan dan bukan membi-nasakan kamu, aku tidak akan berasa malu. 9 Ini keranaaku tidak mahu kamu menyangka bahawa aku hendakmenakut-nakutkanmu dengan surat-suratku. 10Ada yangberkata, ‘Surat-suratnya bernas dan tegas, tetapi apabilaberhadapan muka, dia kelihatan daif dan pertuturannyapun tidak memberikan kesan.’ 11 Orang yang berkatademikian haruslah menimbangkan hal ini: Bahawa se-bagaimana kata-kata kami dalam surat ketika berjauhan,begitulah juga tindakan kami apabila berhadapan kelak.

12 Kami tidak berani menggolongkan atau memband-ingkandiri kami denganmereka yangmemuji diri sendiri.Apabila mereka menilai diri sendiri dan membandingkandiri sama sendiri, mereka tidaklah bertindak denganbijaksana. 13 Sebaliknya, kami tidak akan berbanggaberlebih-lebihan, tetapi dalam batas-batas lingkunganyang ditetapkan Allah untuk kami – lingkungan yangkhususnya merangkum kamu. 14 Kami tidaklah melam-paui batas-batas yang ditetapkan Allah, seolah-olah kamibelum sampai ke tempatmu. Kamilah yang pertamadatang membawa Injil al-Masih kepadamu. 15 Kamitidak berbangga di luar batas, iaitu tentang usaha oranglain; tetapi kami berharap bahawa dengan bertambah-nya imanmu, kamu akan memperluas lingkungan kami.16 Dengan demikian kami akan mengajarkan Injil dikawasan-kawasan yang lebih jauh lagi daripada tem-patmu, dan tidak berbangga dalam lingkungan kerjaorang lain. 17 ‘Tetapi seseorang yang bermegah, hendak-lah bermegah di dalam Tuhan.’ 18 Kerana yang dianggapmulia bukanlah orang yang memuji diri sendiri tetapiorang yang dipuji oleh Tuhan.

2 Korintus 11:1 20 2 Korintus 11:1011

Paulus tentang rasul-rasul palsu1 Aku harap kamu akan bersabar dengan satu ke-

bodohan kecilku. Sememangnya kamu bersabar den-ganku. 2 Aku cemburu terhadapmu dengan cemburuilahi; kerana aku telah menunangkan kamu dengan al-Masih dan ingin menyerahkanmu kepada-Nya sebagaianak dara yang suci. 3 Tetapi aku takut kalau-kalaufikiranmu akan dicemari sebagaimana Hawa telah diper-daya oleh ular dengan kepintarannya, sehingga kamuberpaling daripada kesetiaanmu yang murni kepada al-Masih. 4 Jika seseorang datangmengajar tentang Isa yanglain daripada yang kami ajarkan; atau kamu memperolehroh yang lain daripada yang telah kamu peroleh, atauInjil yang lain daripada yang telah kamu terima; mungkinsekali kamu bersabar sahaja terhadapnya. 5 Aku rasaaku tidaklah kurang berbanding rasul-rasul yang unggulitu. 6 Sungguhpun aku tidak terlatih dalam bertutur kata,namun aku tidaklah kekurangan dalam pengetahuan.Kami telah ternyata sepenuhnya kepadamu dalam segalahal.

7 Berdosakah aku merendahkan diriku supayakamu ditinggikan, kerana aku mengajarkan Injil Allahkepadamu tanpa mengenakan bayaran? 8 Aku telah‘merompak’ jemaah-jemaah lain dengan menerimaganjaran daripada mereka untuk melayanimu. 9 Apabilaaku berada di kalanganmu, dalam keadaanku yangserba kurang, aku tidak membebani sesiapapun diantaramu; kerana segala keperluanku dipenuhi olehsaudara-saudara kita dari Makedonia. Dalam segalahal aku memastikan bahawa aku tidak menjadi bebankepadamu; dan demikianlah akan terus kulakukan.10 Sebagaimana kebenaran al-Masih tetap ada dalam

2 Korintus 11:11 21 2 Korintus 11:21diriku, tiada siapapun akan menghalangku daripadaberbangga dalam hal ini di wilayah Akhaya. 11Mengapa?Kerana aku tidak mengasihimu? Allah yang tahu!12 Tetapi aku akan terus melakukan apa yang kulakukansekarang, untuk menutup peluang bagi mereka yangmencari peluang supaya dianggap sama dengan kamidalam hal-hal yang mereka banggakan.

13Mereka adalah rasul palsu. Mereka berusaha dengantipu daya dan menyamar sebagai rasul al-Masih. 14 Initidaklah menghairankan, kerana Iblis sendiri menyamarsebagai malaikat cahaya. 15 Oleh itu bukanlah suatuhal yang menakjubkan jika pelayan-pelayannya menya-mar sebagai pelayan-pelayan yang benar. Akhirnyamereka akan menerima balasan setimpal dengan apayang mereka kerjakan.

Paulus berbangga dengan penderitaan-Nya16Sekali lagi aku berkata, janganlah sesiapamenyangka

aku bodoh. Tetapi sekiranya aku disangka begitu,terimalah aku sebagai orang bodoh, agar aku da-pat berbangga sedikit. 17 Apa yang kukatakan inibukanlah menurut al-Masih tetapi selaku orang bodohdalam keyakinan berbangga. 18 Memandangkan ramaiorang yang berbangga secara lahiriah, maka aku akanberbangga juga; 19 kerana kamu begitu senang hatibersabar dengan orang bodoh, sedangkan kamu bijak.20 Kamu bersabar dengan orang yang memperhambakamu, yang menelanmu, yang memerangkapmu dengantipu helah, yang meninggikan dirinya, yang menamparmukamu. 21 Dalam hal demikian, dengan rasa malu akumengaku, kami memang lemah.

Tetapi jika orang lain berani berbangga tentang sesu-atu sebagai orang bodoh aku berkata, aku juga be-

2 Korintus 11:22 22 2 Korintus 11:33

rani. 22 Adakah mereka berbangga kerana mereka orangIbrani? Aku juga begitu. Kerana mereka bangsa Israel?Aku juga begitu. Kerana mereka keturunan Ibrahim?Aku juga begitu. 23 Kerana mereka para pelayan al-Masih? Aku berkata sebagai orang bodoh: Aku lebihlagi! Aku lebih banyak bertungkus-lumus, lebih kerapdisebat, lebih sering dipenjarakan, selalu sahaja diancammaut. 24 Lima kali, sebanyak empat puluh kurang satusebatan setiap kalinya, aku disebat oleh orang Yahudi.25 Tiga kali aku dipukul dengan tongkat, sekali direjam,tiga kali ditimpa kejadian kapal karam, dan sehari se-malam terkatung-katung di laut. 26 Dalam perjalanan,seringkali aku menghadapi bahaya; bahaya dari sungai,bahaya daripada penyamun, bahaya daripada bangsakusendiri orang Yahudi, bahaya daripada bangsa-bangsalain, bahaya di kota, bahaya di gurun, bahaya di laut,dan bahaya daripada orang yang berpura-pura sebagaisaudara seiman. 27 Aku sering keletihan bekerja keras,kurang tidur, kelaparan dan kehausan. Kerapkali aku ter-paksa mengikat perut, menanggung kesejukan, kekuran-gan pakaian. 28 Di samping itu, setiap hari aku dibebanirasa runsing dan prihatin terhadap semua jemaah. 29 Jikaseseorang lemah, tidakkah aku turut merasakan kelema-hannya? Jika seseorang tersandung, masakan hatikutidak sengsara kerananya!

30 Sekiranya aku hendak berbangga, aku akanberbangga tentang kelemahan-kelemahanku. 31 Allah,Bapa Junjungan Isa yang terpuji selama-lamanya, tahubahawa aku tidak berdusta. 32 Gabenor kota Damsyik, dibawah pemerintahan Raja Aretas, menyuruh agar kotaitu dijaga oleh tentera, untukmenangkapku. 33Tetapi akuditurunkan dalam sebuah bakul melalui sebuah jendeladi tembok kota itu, lalu aku terlepas dari tangannya.

2 Korintus 12:1 23 2 Korintus 12:1012

Penglihatan Paulus1 Tentu sekali tiada faedahnya aku berbangga. Aku

akan menceritakan penglihatan dan wahyu yang kuda-pati daripada Tuhan. 2 Aku mengenal seorang dalamal-Masih. Empat belas tahun lalu, orang itu dibawa kelangit yang ketiga (sama ada di dalam tubuh atau diluar tubuh aku tidak tahu, Allah yang mengetahuinya).3 Aku tahu orang itu (sama ada di dalam tubuh atau diluar tubuh aku tidak tahu, Allah yang mengetahuinya)4 dibawa ke Firdaus lalu mendengar kata-kata yang tidakterperikan, yang tidak boleh dituturkan oleh manu-sia. 5 Aku berbangga dengan orang itu, tetapi akutidak akan berbangga dengan diriku, kecuali kelemahan-kelemahanku. 6 Walaupun jikanya aku ingin berbangga,aku bukanlah bodoh, kerana akumenyatakan yang benar.Tetapi aku tidak akan melakukannya, supaya jangan adaorang yang menilaiku lebih tinggi daripada yang dilihat-nya tentangku dan yang didengarnya daripadaku.

7 Supaya aku tidak terasa terlalu tinggi kerana begitudilimpahi wahyu, aku telah diberi duri dalam daging,utusan Iblis, untuk menyakitiku. 8 Sudah tiga kali akumemohon kepada Tuhan supaya seksa ini disisihkan dari-padaku. 9 Tetapi firman-Nya, ‘Cukuplah kasih kurnia-Kubagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalamkelemahan.’ Oleh itu aku paling rela berbangga ten-tang kelemahan-kelemahanku, supaya kuasa al-Masihmenaungiku. 10 Oleh itu, aku rela menanggung pelbagaikelemahan, celaan, kesempitan, penganiayaan dan ke-susahan untuk al-Masih; kerana apabila aku lemah, ketikaitulah aku kuat.

Prihatian Paulus terhadap jemaah di Korintus

2 Korintus 12:11 24 2 Korintus 12:2011 Aku telah berbangga selaku orang bodoh. Kamu

telah memaksaku berbuat demikian. Sepatutnya kamumemberiku penghargaan; kerana aku tidak kurang dari-pada rasul-rasul terunggul itu, walaupun aku orang yangtidak penting. 12 Tanda-tanda kerasulanku telah di-tunjukkan kepadamu dengan sepenuhnya, iaitu pelbagaitanda ajaib dan mukjizat. 13 Dari segi apakah kamukurang daripada jemaah-jemaah lain, kecuali aku tidakmembebanimu? Maafkan kesalahanku itu!

14 Kini, bagi kali ketiga, aku bersedia mengunjungikamu. Aku tidak akan membebani kamu, kerana akumenghendaki kamu, bukan hartamu. Tidaklah wajaranak-anak mengumpulkan harta untuk ibu bapa. Ibu ba-palah yang patut mengumpulkan harta untuk anak-anak.15 Aku rela berbelanja malah berhabis untukmu. Olehitu jika kasihku semakin kulimpahkan kepadamu, wa-jarkah aku semakin kurangdikasihi? 16Walau bagaimana-pun, aku tidak membebanimu. Namun demikian, akudikatakan pandai memperdaya dan menawanmu dengantipu helah! 17 Pernahkah aku memperdayamu melaluiorang yang telah kuutus kepadamu? 18 Aku telah mem-inta Titus pergi mengunjungimu, bersama seorang lagisaudara kita. Adakah Titus memperdayamu? Tidakkahkami hidup menurut roh yang sama? Tidakkah kamibertindak dengan langkah-langkah yang sama?

19 Adakah kamu menyangka kami membela diri dihadapanmu? Kami bersuara di hadapan Allah dalamal-Masih. Kami melakukan segala-galanya untuk men-guatkanmu, saudara-saudara yang kukasihi. 20 Aku takutkalau-kalau ketika aku datang nanti, aku mendapatimutidak seperti yang kuharapkan dan kamu mendapatikutidak seperti yang kamu harapkan. Janganlah hendaknyaketika itu aku menemui pertengkaran, hasad dengki, ke-

2 Korintus 12:21 25 2 Korintus 13:7marahan, sikap mementingkan diri, umpat-mengumpat,desas-desus, keangkuhan, dan huru-hara. 21 Aku harap,ketika aku datang kelak, janganlah aku dipermalukanoleh Allah Tuhanku di hadapanmu dan bersedih keranaramai yang dahulu berbuat dosa tetap tidak bertaubatdaripada kekejian, pencabulan dan keliaran hawa nafsudalam kehidupan mereka.

13Peringatan terakhir

1 Kunjunganku kepadamu nanti adalah bagi kali yangketiga. ‘Melalui dua atau tiga orang saksi, setiapperkataan akan diteguhkan.’ 2 Dahulu, sewaktu akutinggal bersamamu dalam kunjunganku yang kedua, akutelah memperingatkan mereka yang berbuat dosa ituserta orang lain. Sekarang, dari jauh aku menulismemperingatkan mereka, bahawa apabila aku datangnanti aku tidak akan menunjukkan belas kasihan kepadamereka. 3 Kamu menuntut bukti bahawa al-Masihbersuara melaluiku. Al-Masih tidaklah lemah meng-hadapimu; Dia bertindak dengan penuh kuasa dalamdirimu. 4 Al-Masih disalib kerana kelemahan, tetapi Diahidup kerana kuasa Allah. Kami juga lemah dalam Dia,namundengan kuasaAllah akanhidup bersamaDia untukmelayanimu.

5Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri.Tidakkah kamu tahu al-Masih ada di dalam dirimu?Kecuali kamu gagal. 6 Kami yakin kamu tahu bahawakami bukanlah orang yang tidak tahan diuji. 7 Sekarangaku berdoa kepada Allah semoga kamu tidak melakukankejahatan bukan kerana kami ingin kelihatan diperke-nan sebagai rasul, tetapi supaya kamu melakukan per-buatan yang mulia, meskipun kiranya kami kelihatan

2 Korintus 13:8 26 2 Korintus 13:14seolah-olah tidak layak menjadi rasul. 8 Kami tidakmungkin melakukan sesuatu menentang apa yang be-nar. Setiap yang kami lakukan adalah untuk mene-gakkan yang benar. 9 Kami senang hati apabila kamilemah sedangkan kamu kuat. Kami juga mendoakansemoga kamu disempurnakan. 10 Oleh sebab itulah akumenulis segala ini sebelum aku berada di hadapanmu.Dengan demikian, apabila aku berhadapan denganmukelak, tidaklah perlu aku berkeras terhadapmu melaluikekuasaan yang telah diberi Tuhan kepadaku untukmen-gajarmu, bukan merosakkanmu.

11 Akhir kata, saudara-saudara seimanku, kuucapkansalam perpisahan dulu. Berusahalah menjadi sempurna.Senangkan hati, bulatkan muafakat, hidup rukun damai;maka Allah Pengurnia kasih dan kesejahteraan akanbersamamu.

12 Bersalamlah dengan mesra sebagai saudara-saudaraseiman. 13 Semua orang salih di sini berkirim salamkepadamu.

14 Semoga kasih kurnia Junjungan Isa al-Masih, kasihAllah dan keakraban Roh Suci menyertai kamu semua.Amin.

27Kitab Suci Zabur dan Injil

Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia.Copyright © 2013 Pengamat Kitab MuliaLanguage: Bahasa Malaysia (Malay)This translation is made available to you under the terms of the Creative CommonsAttribution-No Derivatives license 4.0.Youmay share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format,provided that:

You include the above copyright and source information.You do not make any derivative works that change any of the actual words or

punctuation of the Scriptures.Pictures includedwith Scriptures and other documents on this site are licensed just forusewith those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respectivecopyright owners.2014-04-01PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 14 Mar 2019 from source files dated 21Dec 2018648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827