imam syafii

22
WASIAT IMAM SYAFI’I

Upload: ikaqardirah

Post on 01-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kata-kata hikamah imam syafii

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

WASIAT IMAM SYAFIISabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Manakala, bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah s.w.t. Oleh itu, syukuri ia kerana syukur yang demikian adalah setinggi-tinggi erti syukur

SABARMarah adalah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindari marah supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranyaMARAH Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat. Ia juga memberi kejayaan dan kemenanganTAWAK Iman mempunyai benteng bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, keimanan itu perlu dibajai dengan lima perkara, iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadahBENTENGIMAN Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam. Khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah s.w.t.

KHUSYUKKubur adalah sebuah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkan jawapan yang adil dan benar menerusi amalan yang benar dan taat kepada Al-Haq yang tidak berbelah bahagi PERHENTIAN Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan, auzu billahi minasy syaithanirrajim. Jikalau serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat, kita mesti bersabar dan menyedari bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulinan jihad kita. Ketahui bahawa perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Memohon perlindungan ALLAH8 Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain, sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiriAIB Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan hati supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas Al-Haq yang tidak disertai dengan iringan-iringan pasukan kebatilan.HATIKetahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu menyebabkan syaitan lari ketakutan dan mengoncangkan empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, pasti Allah s.w.t meninggikan darjatnya disisi manusia.MAAF Bertafakur sebelum tidur bagi menghisap diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari seperti saidina Umar bin Al-Khattab r.a menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.BERTAFAKUR SEBELUM TIDURPutus harapan adalah kebebasan, mengharap kepada manusia adalah kehambaanPENGHARAPANKamu seorang manusia yang dijADIKAN daripada TANAH DAN KAMU JUGA akan disakiti(dihimpit) dengan tanahTANAHTuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kamu dan membuatkan kamu cemerlang di dunia dan akhirat, disamping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh ILMU Ingat dan zikir kepada Allah s.w.t sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah ZIKIRBerbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal erti letih dan lelah, sama seperti mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ini akan menambahkan keberkatan umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamuBERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA LAKUKAN SEBANYAK-BANYAK AMAL SOLEH KERANA IA ADALAH PENDINDING DAN PERISAI ORANG MUKMIN DAN PELINDUNG DARIPADA SERANGAN IBLISAMAL SOLEH Pilihlah makanan yang halal kerana ini menjamin kesihatan dan meyebabkan syaitan berasa gerunHALAL Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman dan bertakwa bahawa Allah akan menaiktaraf darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah s.w.t selagi memenuhi syarat-syarat seperti ayat 257 Surah Al-Baqarah yang bermaksud, Allah pelindung kepada orang berimanSEKIAN, TERIMA KASIH