wacana sahabat purnama - dbp.gov.my · tumpuan kepada kelompok sasar-an pembaca dan bagaimanakah...

1
Bil: 31 RABU, 20 DISEMBER 2006 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan pelbagai potongan harga yang menarik sempena musim cuti persekolahan sehingga bulan Januari 2007 bagi produk berikut: Buku Teks: Diskaun 15% bagi Rakan Koperasi atau Rakan Dewan Diskaun 10% bagi semua pengunjung Buku Umum: Diskaun 20% bagi semua pengunjung Pakaian Sekolah dan Kasut Jenama Bata Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Pengarang : Asmah Haji Omar ISBN : 983-62-9263-2 Harga : RM16.00 Wacana akademik merupakan hasil kreatif yang menggabungkan faktor psikologi, sosioretorik dan juga bahasa. Faktor psikologi mem- bawa pengarang kepada imej men- tal yang ada dalam fikirannya dan memindahkan imej itu ke dalam bentuk fizikal, yakni tulisan. Faktor sosial pula memberi ruang kepada pengarang memberi tumpuan kepada kelompok sasar- an pembaca dan bagaimanakah penerimaan mereka terhadap hasil karyanya. Buku ini memaparkan teori-teori di sebalik proses kreatif itu, dan memberi panduan bagai- mana menggunakan berbagai- bagai strategi dalam penghasilan wacana akademik yang baik. DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L1 20 emel MUNSYI Syabas! Memang sewajarnya. Putrajaya akan guna nama Melayu sepenuhnya tahun depan SAHABAT PURNAMA Oleh Akibah Abu Hassan dan Azihani Md Mizan “K ehadiran Sahabat PURNAMA bukan sahaja dapat mengge- rakkan pembangunan kesusas- teraan kanak-kanak dan remaja di Malaysia, tetapi juga mem- beri petanda baik dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan pembangunan modal insan peringkat awal secara menye- luruh dan meluas". Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail sema- sa merasmikan Pelancaran Sahabat PURNAMA di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 28 November 2006 lalu. Terdahulu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah melahirkan harapannya agar DBP dapat menerbitkan novel- novel yang berkualiti untuk bacaan kanak-kanak dan re- maja melalui satu lagi projek penggalakan PURNAMA, iaitu Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja. Program Sahabat PURNAMA ialah satu program pengem- bangan kesusasteraan kanak- kanak dan remaja yang me- ngumpulkan individu-individu yang komited dengan usaha dan aktiviti untuk mendekatkan kanak-kanak dan remaja de- ngan buku dan sastera. Dengan pelancaran Sahabat PURNAMA, penyertaan sebagai ahli sahabat mula dibuka kepada individu; sama ada sarjana, penyelidik, penulis, pelukis, profesional, pustakawan, penggiat, malahan ibu bapa yang terlibat dengan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, literasi serta pem- bacaan. Program ini dinaungi oleh PURNAMA (Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesu- sasteraan Kanak-kanak dan Remaja), DBP. PURNAMA mengharapkan agar kepri- hatinan dan semangat untuk menyumbang kepakaran secara sukarela dalam kalangan ahli akan menjadikan Sahabat PURNAMA bergerak aktif di samping pemantauan yang dilakukan oleh PURNAMA. Jika ditinjau di negara maju, program sukarelawan seumpa- ma ini telah lama wujud melalui pelbagai penubuhan kumpulan atas nama “Sahabat” (Friends of...), “Kelab” dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan tersebut berjaya menjana pendapatan- nya sendiri melalui aktiviti yang dijalankan. Ternyata, sumbangan keahlian mereka telah berjaya membangunkan dan meletakkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja mereka di tahap yang membanggakan. Sahabat PURNAMA ialah platform untuk orang dewasa menyemai bakti dan membantu PURNAMA menjayakan misi- nya membangunkan kesusaste- raan kanak-kanak dan remaja. Lebih banyak individu atau kumpulan daripada pelbagai latar belakang akademik, pro- fesional, pengalaman dan kema- hiran terlibat sebagai penggerak misi, maka lebih baiklah kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja tanah air. Bersempena dengan majlis tersebut, satu forum bertajuk “Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dan Pembangunan Sosial” turut diadakan. Ahli panel terdiri daripada Pakar Runding Awal Kanak-kanak, Puan Saki Sasamori, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Puan Izzah Abdul Aziz, Timbalan Dekan Pembangunan dan Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, dan Prof. Madya Dr. Mad Sidin Ahmad Ishak selaku pengerusi forum tersebut. Dalam forum tersebut, Puan Saki Sasamori berdasarkan peng- alaman beliau di Jepun dan Malaysia, menekankan betapa pentingnya penguasaan bahasa ibunda terlebih dahulu dide- dahkan kepada kanak-kanak, sebelum mereka didedahkan dengan penguasaan bahasa asing. Daripada forum tersebut, dapat dirumuskan bahawa nega- ra ini masih kekurangan bahan kesusasteraan untuk kanak- kanak dan remaja. Malah, kua- liti penerbitan buku yang sedia ada untuk golongan tersebut masih belum memuaskan. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah penting dalam membim- bing kanak-kanak dan remaja menerusi bahan bacaan yang bermutu demi masa depan gene- rasi muda dan kelangsungan bangsa Malaysia. FASIH: Puan Saki Sasamori menerangkan kaedah pemerolehan kosa kata bagi kanak-kanak melalui Teater Apronnya. PANDUAN WACANA AKADEMIK: TEORI DAN PENERAPAN Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme 10 Forum Jelebak- Jelebu: Corat-Coret Anak Kampung 11

Upload: vuonghanh

Post on 23-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wacana SAhABAt PURnAMA - dbp.gov.my · tumpuan kepada kelompok sasar-an pembaca dan bagaimanakah penerimaan mereka terhadap hasil ... Oleh Akibah Abu Hassan dan Azihani Md Mizan “K

Bil: 31 RABU, 20 DISEMBER 2006

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan pelbagai potongan harga yang menarik sempena musim cuti persekolahan sehingga bulan Januari 2007 bagi produk berikut:

Buku Teks: Diskaun 15% bagi Rakan Koperasi atau Rakan DewanDiskaun 10% bagi semuapengunjung

Buku Umum:Diskaun 20% bagi semuapengunjung

Pakaian Sekolah dan Kasut Jenama Bata Waktu urus niaga

Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petangPertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Pengarang : Asmah Haji OmarISBN : 983-62-9263-2Harga : RM16.00

Wacana akademik merupakan hasil kreatif yang menggabungkan faktor psikologi, sosioretorik dan juga bahasa. Faktor psikologi mem-bawa pengarang kepada imej men-tal yang ada dalam fikirannya dan memindahkan imej itu ke dalam bentuk fizikal, yakni tulisan.

Faktor sosial pula memberi ruang kepada pengarang memberi tumpuan kepada kelompok sasar-an pembaca dan bagaimanakah penerimaan mereka terhadap hasil karyanya. Buku ini memaparkan teori-teori di sebalik proses kreatif itu, dan memberi panduan bagai-mana menggunakan berbagai-bagai strategi dalam penghasilan wacana akademik yang baik.

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L1 20 emel

MUNSYI

Syabas! Memangsewajarnya.

Putrajaya akan gunanama Melayu sepenuhnya

tahun depan

SAhABAt PURnAMAOleh Akibah Abu Hassan danAzihani Md Mizan

“K ehadiran Sahabat Purnama bukan sahaja dapat mengge-

rakkan pembangunan kesusas-teraan kanak-kanak dan remaja di malaysia, tetapi juga mem-beri petanda baik dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan pembangunan modal insan peringkat awal secara menye-luruh dan meluas". Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua majlis Kebajikan Kanak-kanak malaysia, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail sema-sa merasmikan Pelancaran Sahabat Purnama di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada 28 november 2006 lalu.

Terdahulu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus abdullah melahirkan harapannya agar DBP dapat menerbitkan novel-novel yang berkualiti untuk bacaan kanak-kanak dan re-maja melalui satu lagi projek penggalakan Purnama, iaitu Sayembara menulis novel Kanak-kanak dan remaja.

Program Sahabat Purnama ialah satu program pengem-bangan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja yang me-ngumpulkan individu-individu yang komited dengan usaha dan aktiviti untuk mendekatkan kanak-kanak dan remaja de-ngan buku dan sastera. Dengan pelancaran Sahabat Purnama, penyertaan sebagai ahli sahabat mula dibuka kepada individu; sama ada sarjana, penyelidik, penulis, pelukis, profesional, pustakawan, penggiat, malahan ibu bapa yang terlibat dengan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, literasi serta pem-bacaan.

Program ini dinaungi oleh Purnama (Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesu-sasteraan Kanak-kanak dan remaja), DBP. Purnama mengharapkan agar kepri-hatinan dan semangat untuk menyumbang kepakaran secara sukarela dalam kalangan ahli akan menjadikan Sahabat Purnama bergerak aktif di samping pemantauan yang

dilakukan oleh Purnama. Jika ditinjau di negara maju, program sukarelawan seumpa-ma ini telah lama wujud melalui pelbagai penubuhan kumpulan atas nama “Sahabat” (Friends of...), “Kelab” dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan tersebut berjaya menjana pendapatan-nya sendiri melalui aktiviti yang dijalankan. Ternyata, sumbangan keahlian mereka telah berjaya membangunkan dan meletakkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja mereka di tahap yang membanggakan.

Sahabat Purnama ialah platform untuk orang dewasa menyemai bakti dan membantu Purnama menjayakan misi-nya membangunkan kesusaste-raan kanak-kanak dan remaja. Lebih banyak individu atau kumpulan daripada pelbagai latar belakang akademik, pro-

fesional, pengalaman dan kema-hiran terlibat sebagai penggerak misi, maka lebih baiklah kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja tanah air.

Bersempena dengan majlis tersebut, satu forum bertajuk “Kesusasteraan Kanak-kanak dan remaja dan Pembangunan Sosial” turut diadakan. ahli panel terdiri daripada Pakar runding awal Kanak-kanak, Puan Saki Sasamori, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan remaja (Purnama), Puan Izzah abdul aziz, Timbalan Dekan Pembangunan dan Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, universiti malaya, Prof. madya Dr. mahzan arshad, dan Prof. madya Dr. mad Sidin ahmad Ishak selaku pengerusi forum tersebut.

Dalam forum tersebut, Puan Saki Sasamori berdasarkan peng-alaman beliau di Jepun dan malaysia, menekankan betapa pentingnya penguasaan bahasa ibunda terlebih dahulu dide-dahkan kepada kanak-kanak, sebelum mereka didedahkan dengan penguasaan bahasa asing.

Daripada forum tersebut, dapat dirumuskan bahawa nega-ra ini masih kekurangan bahan kesusasteraan untuk kanak-kanak dan remaja. malah, kua-liti penerbitan buku yang sedia ada untuk golongan tersebut masih belum memuaskan. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah penting dalam membim-bing kanak-kanak dan remaja menerusi bahan bacaan yang bermutu demi masa depan gene-rasi muda dan kelangsungan bangsa malaysia.

FASIH: Puan Saki Sasamori menerangkan kaedah pemerolehan kosa kata bagi kanak-kanak melalui Teater Apronnya.

Panduan Wacana akademik:Teori dan PeneraPan

novel Popular: Antara Komersialismedengan Intelektualisme

10Forum Jelebak-Jelebu: Corat-CoretAnak Kampung

11