menawarkan: dbp mempelopori pengisian dan ... - dbp.gov.my · katan ini menjadikan pemakaian bahasa...

1
Bil: 44 RABU, 23 JANUARI 2008 PROMOSI GALERI ILMU KOPERASI DBP BH PILIH L1 23 emel DBP Mempelopori Pengisian dan Penjiwaan Fasal 152 S ebelum dan sewaktu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sejak lebih setengah abad yang lalu, bahasa dan sastera Melayu telah berjaya menggelorakan semangat nasio- nalisme yang akhirnya telah menghasilkan kemerdekaan kepada negara. Apabila kita mencapai kemer- dekaan, dan bahasa Melayu dinobatkan dalam Perlembagaan Negara sebagai bahasa kebang- saan dan bahasa rasmi negara, dengan sendirinya peranan baha- sa Melayu semakin berkembang bukan sahaja sebagai bahasa yang menyuburkan semangat nasionalisme dalam kalangan bangsa Melayu, malah, semesti- nya sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai keturunan. Dengan demikian, diharapkan bahasa itu juga akan memupuk semangat nasionalisme Malaysia. Sepanjang lebih 50 tahun ini, bahasa Melayu juga memikul tanggungjawab baharu menjadi bahasa kebangsaan untuk mem- bina jati diri bangsa dan men- jadi bahasa pentadbiran. Lebih daripada itu, sesuai dengan status dan martabatnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu telah berkembang sebagai bahasa ilmu pengetahuan menyahut tentang- an dan tuntutan dunia moden. Sebagai badan ilmu yang diper- tanggungjawabkan untuk memo- denkan dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP tetap akan berusaha untuk menjadikan baha- sa Melayu sebagai bahasa pengu- capan budaya tinggi yang beru- paya mengungkapkan dan mem- bahaskan konsep-konsep cang- gih dan abstrak serta berupaya pula menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi. Lantaran itu, dengan peranan yang kian bertambah, bahasa Melayu akan terus dibina dan dikembangkan. “Pada tahun 2008 ini, DBP melangkah ke usia 52 tahun. Justeru, kita akan terus melipat- gandakan usaha dan program untuk memperkasakan bahasa, sastera dan penerbitan berbaha- sa Melayu sejajar dengan hasrat para pemimpin terdahulu, dan aspirasi pemimpin kini,” ujar Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, ketika diwawancara oleh editor Klik DBP baru-baru ini. Menurut beliau lagi, “Pembinaan dan pengembangan bahasa, sastera dan penerbitan dalam bahasa Melayu ialah fung- si teras DBP. Ketiga-tiga bidang ini merupakan teras perjuang- an DBP. Pada tahun ini, semua bahagian di ibu pejabat kita, dan pejabat-pejabat cawangan dan wilayah kita akan meneruskan pelaksanaan pelbagai kegiatan bahasa, sastera dan penerbitan. Kerjasama dengan pelbagai pihak luar pula akan sentiasa kita wujudkan untuk sama-sama memperkasakan bahasa, sastera dan penerbitan dalam bahasa Melayu.” Beliau juga menegaskan bahawa, sepanjang lebih setengah abad usianya banyak yang telah dicapai oleh DBP, bagaimanapun, banyak juga kerjanya yang perlu diselesaikan. Dalam pembinaan korpus bahasa misalnya, antara pencapaian yang paling ketara ialah penciptaan hampir sejuta istilah dalam berbagai-bagai bidang ilmu serta penyeragaman ejaan antara negara-negara ber- bahasa Melayu di Nusantara. “Secara tidak langsung kesepa- katan ini menjadikan pemakaian bahasa Melayu itu lebih meluas sehingga melangkau sempadan geografi. Penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ini juga bukan sahaja memudahkan pe- nyaluran ilmu ke dalam bahasa Melayu, malah limpahannya meresap ke bidang persuratan serta penulisan yang lain,"tegas beliau lagi. Menurut beliau lagi, kejayaan membina korpus bahasa Melayu dan menerbitkan puluhan kamus, termasuk kamus istilah dengan puluhan ribu muka surat jika dijumlahkan kesemuanya mem- beri manfaat kepada pengguna dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Dari segi memperkasakan sas- tera kebangsaan, beliau mene- gaskan bahawa DBP tidak pernah jemu-jemu memperkasakan karya- wan kreatif dalam bidang sastera dari peringkat muda hinggalah ke peringkat sasterawan, sekali gus memperkasakan ilmuwan sastera serta meningkatkan kha- zanah persuratan Melayu. “Antara program kesusaste- raan yang dipergiat dari semasa ke semasa ialah Minggu Penulis Remaja yang diadakan dengan tujuan untuk membina dan memupuk penulis muda. Hasilnya kini kita dapat melihat nama- nama baru yang semakin me- ningkat seperti Faisal Tehrani, Siti Jasmina Ibrahim dan Jong Chiang Lai. Secara tidak lang- sung DBP juga memperkasakan ilmuwan sastera termasuklah pengkaji dan pengkritik sastera melalui penganjuran bengkel, seminar, persidangan, penyeli- dikan, pemikiran sasterawan negara dan sebagainya,"ujar beliau lagi. Oleh Abang Patdeli Abang Muhi dan Rohayu Ismail MUNSYI Khidmat Nasihat DBP sebahagian daripada usaha ke arah itu KSN berikrar untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan awam Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007 10 Kaji selidik Klik DBP 2008 11 PEMAKLUMAN Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta- nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem- bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi- hat yang meliputi peluang pener- bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener- bitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta- nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP. Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my Penulis: David Baker Penerbit: DBP Harga Buku: RM40.00 Program Pemindahan Teknologi NASA telah menghasilkan beberapa produk pengguna yang paling inovatif di dunia serta teknologi yang mampu mengubah kehidupan manusia. Dengan usaha sama ahli sains Amerika kisah-kisah di sebalik keluaran sampingan yang berjaya daripada Inisiatif Penjelajahan Angkasa Lepas dipaparkan untuk bacaan umum. Segera ke Galeri Ilmu Koperasi DBP Bhd. dengan diskaun yang hebat. Hubungi atau kunjungi kami segera di talian 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887 . Malam Menjunjung Budi Tanda Terima Kasih 9 Puisi Dua Negara Memartabatkan Sastera dan Budaya 12 REKA CIPTA DARIPADA PROGRAM ANGKASA LEPAS LIHAT MUKA 10 Secara tidak langsung kesepakatan ini menjadikan pemakaian bahasa Melayu itu lebih meluas sehingga melangkau sempadan geografi. Penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ini juga bukan sahaja memudahkan penyaluran ilmu ke dalam bahasa Melayu" Datuk Dr. Firdaus Abdullah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Pada tahun 2008 ini, DBP melangkah ke usia 52 tahun. Justeru, kita akan terus melipatgandakan usaha dan program untuk memperkasa bahasa, sastera dan penerbitan berbahasa Melayu sejajar dengan hasrat para pemimpin terdahulu, dan aspirasi pemimpin kini”

Upload: vuongthu

Post on 19-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menawarkan: DBP Mempelopori Pengisian dan ... - dbp.gov.my · katan ini menjadikan pemakaian bahasa Melayu itu lebih meluas ... negara dan sebagainya,"ujar ... DBP dan pelibatan masyarakat

Bil: 44 RABU, 23 JANUARI 2008

PROMOSI GALERI ILMU KOPERASI dbP

BH PILIH L1 23 emel

DBP Mempelopori Pengisian dan Penjiwaan Fasal 152

S ebelum dan sewaktu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sejak lebih

setengah abad yang lalu, bahasa dan sastera Melayu telah berjaya menggelorakan semangat nasio-nalisme yang akhirnya telah menghasilkan kemerdekaan kepada negara.

Apabila kita mencapai kemer-dekaan, dan bahasa Melayu dinobatkan dalam Perlembagaan Negara sebagai bahasa kebang-saan dan bahasa rasmi negara, dengan sendirinya peranan baha-sa Melayu semakin berkembang bukan sahaja sebagai bahasa yang menyuburkan semangat nasionalisme dalam kalangan bangsa Melayu, malah, semesti-nya sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai keturunan. Dengan demikian, diharapkan bahasa itu juga akan memupuk semangat nasionalisme Malaysia.

Sepanjang lebih 50 tahun ini, bahasa Melayu juga memikul tanggungjawab baharu menjadi bahasa kebangsaan untuk mem-bina jati diri bangsa dan men-jadi bahasa pentadbiran. Lebih daripada itu, sesuai dengan status dan martabatnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu telah berkembang sebagai bahasa ilmu pengetahuan menyahut tentang-an dan tuntutan dunia moden.

Sebagai badan ilmu yang diper-tanggungjawabkan untuk memo-denkan dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP tetap akan berusaha untuk menjadikan baha-sa Melayu sebagai bahasa pengu-capan budaya tinggi yang beru-paya mengungkapkan dan mem-bahaskan konsep-konsep cang-gih dan abstrak serta berupaya pula menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi. Lantaran itu, dengan peranan yang kian bertambah, bahasa Melayu akan terus dibina dan dikembangkan.

“Pada tahun 2008 ini, DBP melangkah ke usia 52 tahun. Justeru, kita akan terus melipat-gandakan usaha dan program untuk memperkasakan bahasa,

sastera dan penerbitan berbaha-sa Melayu sejajar dengan hasrat para pemimpin terdahulu, dan aspirasi pemimpin kini,” ujar Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, ketika diwawancara oleh editor Klik DBP baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, “Pembinaan dan pengembangan bahasa, sastera dan penerbitan dalam bahasa Melayu ialah fung-si teras DBP. Ketiga-tiga bidang ini merupakan teras perjuang-an DBP. Pada tahun ini, semua bahagian di ibu pejabat kita, dan pejabat-pejabat cawangan dan wilayah kita akan meneruskan pelaksanaan pelbagai kegiatan bahasa, sastera dan penerbitan. Kerjasama dengan pelbagai pihak luar pula akan sentiasa kita wujudkan untuk sama-sama

memperkasakan bahasa, sastera dan penerbitan dalam bahasa Melayu.”

Beliau juga menegaskan bahawa, sepanjang lebih setengah abad usianya banyak yang telah dicapai oleh DBP, bagaimanapun, banyak juga kerjanya yang perlu diselesaikan. Dalam pembinaan korpus bahasa misalnya, antara pencapaian yang paling ketara ialah penciptaan hampir sejuta istilah dalam berbagai-bagai bidang ilmu serta penyeragaman ejaan antara negara-negara ber-bahasa Melayu di Nusantara.

“Secara tidak langsung kesepa-katan ini menjadikan pemakaian bahasa Melayu itu lebih meluas sehingga melangkau sempadan geografi. Penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ini juga bukan sahaja memudahkan pe-

nyaluran ilmu ke dalam bahasa Melayu, malah limpahannya meresap ke bidang persuratan serta penulisan yang lain,"tegas beliau lagi.

Menurut beliau lagi, kejayaan membina korpus bahasa Melayu dan menerbitkan puluhan kamus, termasuk kamus istilah dengan puluhan ribu muka surat jika dijumlahkan kesemuanya mem-beri manfaat kepada pengguna dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

Dari segi memperkasakan sas-tera kebangsaan, beliau mene-gaskan bahawa DBP tidak pernah jemu-jemu memperkasakan karya-wan kreatif dalam bidang sastera dari peringkat muda hinggalah ke peringkat sasterawan, sekali gus memperkasakan ilmuwan sastera serta meningkatkan kha-zanah persuratan Melayu.

“Antara program kesusaste-raan yang dipergiat dari semasa ke semasa ialah Minggu Penulis Remaja yang diadakan dengan tujuan untuk membina dan memupuk penulis muda. Hasilnya kini kita dapat melihat nama-nama baru yang semakin me-ningkat seperti Faisal Tehrani, Siti Jasmina Ibrahim dan Jong Chiang Lai. Secara tidak lang-sung DBP juga memperkasakan ilmuwan sastera termasuklah pengkaji dan pengkritik sastera melalui penganjuran bengkel, seminar, persidangan, penyeli-dikan, pemikiran sasterawan negara dan sebagainya,"ujar beliau lagi.

Oleh Abang Patdeli Abang Muhi dan Rohayu Ismail

MUNSYI

Khidmat Nasihat DBP sebahagiandaripada usaha ke arah itu

KSN berikrar untuk terus meningkatkankualiti perkhidmatan awam

MingguPenulisKanak-Kanak2007

10KajiselidikKlikDBP 2008

11PEMAKLUMAN

Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai perta-nyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayem-bara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik.

Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasi-hat yang meliputi peluang pener-bitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses pener-bitan.

Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, perta-nyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.

Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

Penulis:David Baker Penerbit: DBPHarga Buku: RM40.00

Program Pemindahan Teknologi NASA telah menghasilkan beberapa produk pengguna yang paling inovatif di dunia serta teknologi yang mampu mengubah kehidupan manusia. Dengan usaha sama ahli sains Amerika kisah-kisah di sebalikkeluaran sampingan yang berjaya daripada Inisiatif Penjelajahan Angkasa Lepas dipaparkan untuk bacaan umum.

Segera ke Galeri Ilmu Koperasi DBP Bhd. dengan diskaun yang hebat. Hubungi atau kunjungi kami segera di talian 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Malam MenjunjungBudi TandaTerima Kasih

9Puisi Dua Negara Memartabatkan Sasteradan Budaya

12

Reka Cipta DaRipaDa pRogRamangkasaLepas

LIHAT MUKA 10

Secara tidak langsung kesepakatan ini menjadikan pemakaian bahasa Melayu itu lebih meluas sehingga melangkau sempadan geografi. Penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ini juga bukan sahaja memudahkan penyaluran ilmu ke dalam bahasa Melayu"

Datuk Dr. Firdaus AbdullahKetua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Pada tahun 2008 ini, DBP melangkah ke usia 52 tahun. Justeru, kita akan terus melipatgandakan usaha dan program untuk memperkasa bahasa, sastera dan penerbitan berbahasa Melayu sejajar dengan hasrat para pemimpin terdahulu, dan aspirasi pemimpin kini”