khemah bahasa memupuk perpaduan kaum - dbp.gov.my · laras bahasa laporan. sementara penggunaan...

1
Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2007 BH PILIH L10 19 emel SEKITAR SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA “B ahasa Melayu merupa- kan bahasa teragung dalam Wilayah Ke- pulauan Nusantara yang mem- bina tamadun Melayu sehingga dikenali di seluruh dunia”, demi- kian hujah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dalam Dialog Bahasa dan Patriotisme yang berlangsung pada 2 September yang lalu, di Hotel Sri Pelangi, Muar, Johor. Ketika berucap merasmikan majlis Dialog dan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Johor (PPJ), Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang kawasan Parlimen Muar, YB Dr. Hajah Robia Datuk Haji Kosai dalam ucapan perasmiannya menya- rankan agar PPJ yang diang- garkan mempunyai ahli hampir seribu orang harus lantang me- nyuarakan pandangan untuk memperkasakan bahasa Melayu. Dalam sesi dialog tersebut, edi- tor majalah Dewan Bahasa, Puan Ritah Yahaya pula mendedahkan cabaran yang perlu dihadapi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengekalkan pener- bitan majalah bahasa daripada diberhentikan operasinya kerana dikatakan tiada nilai komersial dan tidak menguntungkan. Dialog yang dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan (DBPWS), Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JAKSA) Negeri Johor ini diada- kan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 dan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2007. Dialog yang bertujuan mena- namkan rasa cinta kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebang- saan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut mem- berikan peluang kepada masya- rakat untuk berdialog tentang isu bahasa Melayu pada masa kini. Oleh Rusdi Abd. Rahman Dialog Bahasa dan Patriotisme K hemah Bahasa Pelbagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak yang ber- langsung di Palm Beach Resort, Sematan, Sarawak berjaya mem- bangkitkan rasa cinta akan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Para peserta juga diberi kese- daran tentang pentingnya baha- sa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa intelektual dan bahasa perpaduan. Melalui sesi Forum Bahasa, para peserta menunjukkan peli- batan yang cukup memberang- sangkan. Mereka mengutarakan pelbagai isu budaya, bahasa dan sastera di Sarawak berdasarkan pandangan kaum masing-ma- sing. Antara budaya yang menja- di isu perbincangan ialah "majlis bertandang" yang diadakan pada setiap musim perayaan seperti Hari Raya dan Hari Gawai. Isu ini dikupas dengan mendalam dan panjang lebar oleh peserta kerana di dalamnya terkandung banyak nilai bahasa dan sastera seperti pantun dan puisi. Begitu juga dengan kupasan isu "Bahasa Jiwa Bangsa". Para peserta melihat moto DBP yang mendukung bahasa kebangsaan mempunyai nilai signifikannya yang tersendiri dalam masyara- kat mereka. Walaupun mereka mempunyai bahasa ibunda ma- sing-masing, nilai "Bahasa Jiwa Bangsa" ini perlu dijiwai oleh seluruh rakyat Malaysia agar dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negara. Melalui sesi Forum Bahasa ini peserta dapat mengasah bakat mereka untuk berucap dan ber- hujah di hadapan khalayak. Selain itu, pelbagai tugasan yang disusun dalam sesi Jejak Bahasa yang berbentuk pengem- baraan ini menguji kecekalan dan semangat para peserta untuk melaksanakannya dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Manakala, Malam Apresiasi Seni yang telah diadakan pada malam terakhir pula memberi- kan peluang kepada para peserta program ini untuk menonjolkan bakat seni dan budaya mereka secara berkumpulan. Para peserta diberi peluang untuk menyampaikan persembahan mereka berdasarkan kreativiti masing-masing. Antara yang dipersembahkan pada malam tersebut ialah acara bergen- dang, nyanyian lagu puisi dan sketsa pendek yang menyentuh isu bahasa dan sastera kebang- saan. Sesi Peneguhan Bahasa yang berbentuk diskusi mengupas isu bahasa dan sastera meng- akhiri Khemah Bahasa kali ini. Diskusi ini memberikan peluang kepada para peserta untuk memberikan pandangan serta harapan mereka tentang isu bahasa dan sastera yang diperkatakan dalam negara pada masa kini. Oleh Shantrol Abdullah Khemah Bahasa Memupuk Perpaduan Kaum U ngkapan istimewa, bermu- tu dan indah yang tercetak pada iklan Nespray yang tersiar dalam akhbar tempatan serta iklan radio Nestle Coffe- Mate Sidang Akhbar 1, berjaya mencuit hati juri memilih sya- rikat Nestle Products (M) Sdn. Bhd. mengulangi kejayaan yang sama pada tahun lalu meraih dua anugerah utama, iaitu Anugerah Citra Iklan Akhbar dan Anugerah Citra Iklan Radio. Dengan kemenangan terse- but, penulis iklan Nestle, Tun Khalidah Tun Khalid dan Zaidee Zainal Abidin membawa pulang wang tunai RM6,000.00, piala iringan dan sijil penghargaan. Dalam majlis yang sama, Public Bank Berhad meraih dua hadi- ah utama, iaitu Anugerah Citra Laporan Tahunan Sektor Swasta dan Hadiah Galakan Institusi Kewangan. Buku Laporan Tahunan 2006 Public Bank yang bertajuk "Mempertingkatkan Tahap Kecemerlangan" menggu- nakan bahasa kebangsaan yang betul, baik, indah dan menepati laras bahasa laporan. Sementara penggunaan bahasa kebangsaan yang berkualiti dalam urusan Public Bank dengan pelanggan dan sokongan mereka kepada kegiatan kebahasaan memboleh- kan mereka meraih Hadiah Galakan Institusi Kewangan. Di majlis tersebut juga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) muncul sebagai pemenang Anugerah Laporan Kencana, yang dikhu- suskan untuk laporan tahunan badan berkanun. FRIM memper- oleh kejayaan berganda apabila turut memenangi Hadiah Khas Kategori Teknikal. Pemilihan FRIM adalah kerana penggu- naan bahasa yang baik, betul dan berkesan dalam laporan tahunan yang diterbitkan, di samping menyelitkan istilah-istilah khu- sus dan terkini dalam bab ter- tentu. Majlis yang mengiktiraf peng- gunaan bahasa kebangsaan yang baik dan bermutu dalam iklan, laporan tahunan, sari kata, filem, lirik lagu, keterampilan berba- hasa, komunikasi, dan tulisan di sektor awam dan swasta ini merupakan acara tahunan DBP sejak tahun 1991. Pada tahun ini majlis dianjurkan bersama oleh Dewan Bahasa Pustaka de- ngan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pemenang lain di majlis terse- but ialah Telekom Malaysia Berhad untuk Anugerah Citra Iklan Televisyen, Universiti Utara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meme- nangi tempat kedua dan ketiga Anugerah Laporan Kencana. Celcom (M) Berhad meme- nangi Hadiah Galakan Industri Komunikasi dan Multimedia dan HSBC Bank Malaysia Berhad, memenangi Hadiah Galakan Institusi Kewangan Milik Asing. Manakala Yu Chu Ting, meme- nangi Hadiah Galakan Penulis Sari Kata, Habsah Hassan, meme- nangi Hadiah Galakan Penulis Lirik, dan Shuhaimi Baba, meme- nangi Hadiah Galakan Filem Melayu. Anugerah disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah Kasnon, manakala hadiah galakan pula disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah. Oleh Sylee Riza Arif Bahasa Indah Bawa Tuah BINCANG: Peserta mengutarakan pendapat dan pandangan. BERHUJAH: Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (kanan) di samping dua lagi panel dan pengerusi majlis. MENANG: Wakil FRIM menerima piala Anugerah Laporan Kencana daripada Dr. Rais Yatim.

Upload: vukhanh

Post on 20-Aug-2018

299 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: khemah bahasa memupuk Perpaduan kaum - dbp.gov.my · laras bahasa laporan. Sementara penggunaan bahasa kebangsaan yang berkualiti dalam urusan Public ... Kategori Teknikal. Pemilihan

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2007

BH PILIH L10 19 emel

sekitar sambutan bulan bahasa dan sastera negara

“Bahasa Melayu merupa-kan bahasa teragung dalam Wilayah Ke-

pulauan Nusantara yang mem-bina tamadun Melayu sehingga dikenali di seluruh dunia”, demi-kian hujah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dalam Dialog Bahasa dan Patriotisme yang berlangsung pada 2 September yang lalu, di Hotel Sri Pelangi, Muar, Johor.

Ketika berucap merasmikan majlis Dialog dan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Johor (PPJ), Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang kawasan Parlimen Muar, YB Dr. Hajah Robia Datuk Haji Kosai dalam ucapan perasmiannya menya-rankan agar PPJ yang diang-garkan mempunyai ahli hampir seribu orang harus lantang me-nyuarakan pandangan untuk memperkasakan bahasa Melayu.

Dalam sesi dialog tersebut, edi-

tor majalah Dewan Bahasa, Puan Ritah Yahaya pula mendedahkan cabaran yang perlu dihadapi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengekalkan pener-bitan majalah bahasa daripada diberhentikan operasinya kerana dikatakan tiada nilai komersial dan tidak menguntungkan.

Dialog yang dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan (DBPWS), Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JAKSA) Negeri Johor ini diada-kan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 dan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2007.

Dialog yang bertujuan mena-namkan rasa cinta kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebang-saan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut mem-berikan peluang kepada masya-rakat untuk berdialog tentang isu bahasa Melayu pada masa kini.

Oleh Rusdi Abd. Rahman

dialog bahasadan Patriotisme

Khemah Bahasa Pelbagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Cawangan Sarawak yang ber-langsung di Palm Beach Resort, Sematan, Sarawak berjaya mem-bangkitkan rasa cinta akan bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Para peserta juga diberi kese-daran tentang pentingnya baha-sa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa intelektual dan bahasa perpaduan.

Melalui sesi Forum Bahasa, para peserta menunjukkan peli-batan yang cukup memberang-sangkan. Mereka mengutarakan pelbagai isu budaya, bahasa dan sastera di Sarawak berdasarkan pandangan kaum masing-ma-sing. Antara budaya yang menja-di isu perbincangan ialah "majlis bertandang" yang diadakan pada setiap musim perayaan seperti Hari Raya dan Hari Gawai. Isu ini dikupas dengan mendalam dan panjang lebar oleh peserta kerana di dalamnya terkandung banyak nilai bahasa dan sastera

seperti pantun dan puisi. Begitu juga dengan kupasan

isu "Bahasa Jiwa Bangsa". Para peserta melihat moto DBP yang mendukung bahasa kebangsaan mempunyai nilai signifikannya yang tersendiri dalam masyara-kat mereka. Walaupun mereka mempunyai bahasa ibunda ma-sing-masing, nilai "Bahasa Jiwa Bangsa" ini perlu dijiwai oleh seluruh rakyat Malaysia agar dapat melahirkan masyarakat yang cinta akan negara.

Melalui sesi Forum Bahasa ini peserta dapat mengasah bakat mereka untuk berucap dan ber-hujah di hadapan khalayak.

Selain itu, pelbagai tugasan yang disusun dalam sesi Jejak Bahasa yang berbentuk pengem-baraan ini menguji kecekalan dan semangat para peserta untuk melaksanakannya dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Manakala, Malam Apresiasi Seni yang telah diadakan pada malam terakhir pula memberi-kan peluang kepada para peserta program ini untuk menonjolkan bakat seni dan budaya mereka secara berkumpulan. Para

peserta diberi peluang untuk menyampaikan persembahan mereka berdasarkan kreativiti masing-masing. Antara yang dipersembahkan pada malam tersebut ialah acara bergen-dang, nyanyian lagu puisi dan

sketsa pendek yang menyentuh isu bahasa dan sastera kebang-saan.

Sesi Peneguhan Bahasa yang berbentuk diskusi mengupas isu bahasa dan sastera meng-akhiri Khemah Bahasa kali

ini. Diskusi ini memberikan peluang kepada para peserta untuk memberikan pandangan serta harapan mereka tentang isu bahasa dan sastera yang diperkatakan dalam negara pada masa kini.

Oleh Shantrol Abdullah

khemah bahasa memupuk Perpaduan kaum

Ungkapan istimewa, bermu-tu dan indah yang tercetak pada iklan Nespray yang

tersiar dalam akhbar tempatan serta iklan radio Nestle Coffe-Mate Sidang Akhbar 1, berjaya mencuit hati juri memilih sya-rikat Nestle Products (M) Sdn. Bhd. mengulangi kejayaan yang sama pada tahun lalu meraih dua anugerah utama, iaitu Anugerah Citra Iklan Akhbar dan Anugerah Citra Iklan Radio.

Dengan kemenangan terse-but, penulis iklan Nestle, Tun Khalidah Tun Khalid dan Zaidee Zainal Abidin membawa pulang wang tunai RM6,000.00, piala iringan dan sijil penghargaan.

Dalam majlis yang sama, Public Bank Berhad meraih dua hadi-ah utama, iaitu Anugerah Citra Laporan Tahunan Sektor Swasta dan Hadiah Galakan Institusi Kewangan. Buku Laporan Tahunan 2006 Public Bank yang bertajuk "Mempertingkatkan Tahap Kecemerlangan" menggu-nakan bahasa kebangsaan yang betul, baik, indah dan menepati laras bahasa laporan. Sementara penggunaan bahasa kebangsaan yang berkualiti dalam urusan Public Bank dengan pelanggan dan sokongan mereka kepada kegiatan kebahasaan memboleh-kan mereka meraih Hadiah Galakan Institusi Kewangan.

Di majlis tersebut juga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) muncul sebagai pemenang Anugerah Laporan Kencana, yang dikhu-suskan untuk laporan tahunan

badan berkanun. FRIM memper-oleh kejayaan berganda apabila turut memenangi Hadiah Khas Kategori Teknikal. Pemilihan FRIM adalah kerana penggu-naan bahasa yang baik, betul dan berkesan dalam laporan tahunan yang diterbitkan, di samping menyelitkan istilah-istilah khu-sus dan terkini dalam bab ter-tentu.

Majlis yang mengiktiraf peng-gunaan bahasa kebangsaan yang baik dan bermutu dalam iklan, laporan tahunan, sari kata, filem, lirik lagu, keterampilan berba-hasa, komunikasi, dan tulisan di sektor awam dan swasta ini merupakan acara tahunan DBP sejak tahun 1991. Pada tahun ini majlis dianjurkan bersama oleh Dewan Bahasa Pustaka de-ngan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pemenang lain di majlis terse-but ialah Telekom Malaysia Berhad untuk Anugerah Citra Iklan Televisyen, Universiti

Utara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meme-nangi tempat kedua dan ketiga Anugerah Laporan Kencana. Celcom (M) Berhad meme-nangi Hadiah Galakan Industri Komunikasi dan Multimedia dan HSBC Bank Malaysia Berhad, memenangi Hadiah Galakan Institusi Kewangan Milik Asing. Manakala Yu Chu Ting, meme-nangi Hadiah Galakan Penulis Sari Kata, Habsah Hassan, meme-nangi Hadiah Galakan Penulis Lirik, dan Shuhaimi Baba, meme-nangi Hadiah Galakan Filem Melayu.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Puan Noriah Kasnon, manakala hadiah galakan pula disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah.

Oleh Sylee Riza Arif

bahasa indah bawa tuahBINCANG: Peserta mengutarakan pendapat dan pandangan.

BERHUJAH: Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (kanan) di samping dua lagi panel dan pengerusi majlis. MENANG: Wakil FRIM menerima piala Anugerah Laporan Kencana daripada Dr. Rais Yatim.