terokai ensiklopedia dunia - dbp.gov.my · taktikal ini melibatkan pemain pertahanan, pemain tengah...

1
BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007 Halaman Lima K emeriahan Piala Asia ber- mula lagi. Kali ini ianya berlangsung di negara kita sebagai tuan rumah bersama dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam. Peminat sukan nombor satu tanah air pastinya mengharap- kan pasukan kebangsaan akan memberikan persaingan dan mem- buahkan hasil yang membang- gakan. Walau bagaimanapun, hara- pan itu tidak kesampaian apabila kita mempamerkan prestasi ham- bar dalam 2 perlawanan pertama menentang gergasi Asia, China dan Uzbekistan. Penyertaan Malaysia pada pusing- an akhir Piala Asia bermula apa- bila layak buat kali pertama pada tahun 1976 di Iran dan kemudian tahun 1980 di Kuwait. Berdasarkan catatan sejarah, bola sepak mula dimainkan di Malaysia sebelum tahun 1920-an lagi. Ianya dibawa ke Tanah Melayu oleh pega- wai-pegawai British yang bertugas di sini. Pada tahun 1921 kejohanan Piala Malaya mula dipertanding- kan. Pada tahun 1933 Persatuan Bolasepak Malaya (FAM) telah ditu- buhkan. Sehingga tahun 1951 , FAM telah diterajui oleh presiden ber- bangsa Eropah dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan presiden anak tempatan pertama. FAM bergabung dengan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun 1954 dan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dua tahun kemudian. Pasukan Malaysia belum pernah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan pencapaian ter- baik skuad kebangsaan di pering- kat tertinggi ialah layak ke Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Olimpik Moscow (1980). Menurut ahli sejarah kira-kira 2000 tahun dahulu orang cina per- nah bermain sejenis permainan yang berbentuk menyepak bola. Orang Rom purba pula dikatakan telah menggalakkan sejenis per- mainan menyepak bola sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan. Permainan ini mung- kin dibawa oleh orang Rom ke kepu- lauan British atau kemudiannya oleh orang Norman. Permainan bola sepak pernah mencatatkan sejarah rusuhan apabila dimain- kan di London pada tahun 1175 di mana ia bertukar menjadi ganas apabila beratus-ratus belia menge- jar sebiji bola di jalan raya dengan tidak mempedulikan orang lain dan harta benda. Ini membawa kepada pengharaman permainan bola sepak oleh Raja Edward II pada tahun 1314. Walau bagaimana- pun, permainan ini tetap berkem- bang dan terus popular ke seluruh England sehingga kelab-kelab bola sepak ditubuhkan pada tahun 1820- an dan beberapa jenis permainan bola sepak dicipta. Pada tahun 1846, Cambridge University telah menggubal satu set permainan dan peraturan piawaian yang seragam dan dikenali sebagai The Simplest Game dengan hanya 10 peraturan dan ia disemak semula pada tahun 1862. Permainan bola sepak moden telah mengalami banyak peruba- han terutamanya rentak dan taktik permainan serta kemahiran indi- vidu pemain termasuk mengawal bola, membuat hantaran, menge- lecek, merebut bola, menanduk dan menjaringkan gol. Paling penting dalam permainan ini ialah per- mainan berpasukan. Satu ciri penting permainan ber- pasukan ialah larian tanpa bola di mana pemain yang tidak men- dapat bola mencari posisi supaya mudah bagi rakan sepasukan mem- buat hantaran atau untuk menarik pemain pertahanan lawan keluar dari posisi mereka. Pergerakan taktikal ini melibatkan pemain pertahanan, pemain tengah atau penyerang bergantung kepada masa permainan semula atau dalam keadaan bola mati seperti tenda- ngan percuma, tendangan penjuru dan lontaran ke dalam. Penglibatan media masa dalam sukan bola sepak telah meningkatkan penon- ton dan tajaan pula mendatangkan wang yang banyak kepada pemain profesional. Pemain bola sepak pro- fesional boleh dipindah-pindahkan dari satu kelab ke kelab yang lain dengan bayaran perpindahan meli- batkan jutaan ringgit. Sukan bola sepak kini mengha- dapi masalah samseng bola sepak. Mereka terdiri dari penyokong- penyokong pasukan bola sepak yang bergaduh, merosakkan harta benda dan membuat kacau bilau di dalam dan di luar stadium. Umpamanya pada tahun 1985, Stadium Heysel di Brussels digunakan untuk perlawanan akhir Piala Eropah antara Liverpool dengan Juventus. Keganasan penyokong Liverpool menjadi tidak terkawal menyebab- kan teres tempat duduk yang tidak kukuh runtuh lalu menyebabkan kematian 39 orang penonton. Ini menyebabkan FIFA memperkenal- kan undang-undang menggalakkan pengubahsuaian stadium agar menjadi stadium bertempat duduk penuh. Dapatkan maklumat lanjut mengenai permainan ini dalam Ensiklopedia Dunia hari ini juga. BH PILIH L5 18 (emel) TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI LIMA BELAS Bola Sepak PERMAINAN bola sepak turut menjadi salah satu sukan yang mengeratkan persahabatan antara pasukan. UKURAN standard padang bagi sukan bola sepak. ANTARA istilah-istilah yang digunakan dalam sukan bola sepak.

Upload: hadung

Post on 15-May-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007 Halaman Lima

Kemeriahan Piala Asia ber­mula lagi. Kali ini ianya berlangsung di negara kita

sebagai tuan rumah bersama dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam. Peminat sukan nombor satu tanah air pastinya mengharap­kan pasukan kebangsaan akan memberikan persaingan dan mem­buahkan hasil yang membang­gakan. Walau bagaimanapun, hara­pan itu tidak kesampaian apabila kita mempamerkan prestasi ham­bar dalam 2 perlawanan pertama menentang gergasi Asia, China dan Uzbekistan.

Penyertaan Malaysia pada pusing­an akhir Piala Asia bermula apa­bila layak buat kali pertama pada tahun 1976 di Iran dan kemudian tahun 1980 di Kuwait.

Berdasarkan catatan sejarah, bola sepak mula dimainkan di Malaysia sebelum tahun 1920­an lagi. Ianya dibawa ke Tanah Melayu oleh pega­wai­pegawai British yang bertugas di sini. Pada tahun 1921 kejohanan Piala Malaya mula dipertanding­kan. Pada tahun 1933 Persatuan Bolasepak Malaya (FAM) telah ditu­buhkan. Sehingga tahun 1951 , FAM telah diterajui oleh presiden ber­bangsa Eropah dan Tunku Abdul Rahman Putra Al­Haj merupakan presiden anak tempatan pertama. FAM bergabung dengan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun 1954 dan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dua tahun kemudian.

Pasukan Malaysia belum pernah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan pencapaian ter­baik skuad kebangsaan di pering­kat tertinggi ialah layak ke Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Olimpik Moscow (1980).

Menurut ahli sejarah kira­kira 2000 tahun dahulu orang cina per­nah bermain sejenis permainan yang berbentuk menyepak bola. Orang Rom purba pula dikatakan telah menggalakkan sejenis per­mainan menyepak bola sebagai sebahagian daripada latihan

ketenteraan. Permainan ini mung­kin dibawa oleh orang Rom ke kepu­lauan British atau kemudiannya oleh orang Norman. Permainan bola sepak pernah mencatatkan sejarah rusuhan apabila dimain­kan di London pada tahun 1175 di mana ia bertukar menjadi ganas apabila beratus­ratus belia menge­jar sebiji bola di jalan raya dengan tidak mempedulikan orang lain dan harta benda. Ini membawa kepada pengharaman permainan bola sepak oleh Raja Edward II pada tahun 1314. Walau bagaimana­pun, permainan ini tetap berkem­bang dan terus popular ke seluruh England sehingga kelab­kelab bola sepak ditubuhkan pada tahun 1820­an dan beberapa jenis permainan bola sepak dicipta. Pada tahun 1846, Cambridge University telah menggubal satu set permainan dan peraturan piawaian yang seragam dan dikenali sebagai The Simplest Game dengan hanya 10 peraturan dan ia disemak semula pada tahun 1862.

Permainan bola sepak moden telah mengalami banyak peruba­han terutamanya rentak dan taktik permainan serta kemahiran indi­vidu pemain termasuk mengawal bola, membuat hantaran, menge­lecek, merebut bola, menanduk dan menjaringkan gol. Paling penting dalam permainan ini ialah per­mainan berpasukan.

Satu ciri penting permainan ber­pasukan ialah larian tanpa bola di mana pemain yang tidak men­dapat bola mencari posisi supaya mudah bagi rakan sepasukan mem­buat hantaran atau untuk menarik

pemain pertahanan lawan keluar dari posisi mereka. Pergerakan taktikal ini melibatkan pemain pertahanan, pemain tengah atau penyerang bergantung kepada masa permainan semula atau dalam keadaan bola mati seperti tenda­ngan percuma, tendangan penjuru dan lontaran ke dalam. Penglibatan media masa dalam sukan bola sepak telah meningkatkan penon­ton dan tajaan pula mendatangkan wang yang banyak kepada pemain profesional. Pemain bola sepak pro­

fesional boleh dipindah­pindahkan dari satu kelab ke kelab yang lain dengan bayaran perpindahan meli­batkan jutaan ringgit.

Sukan bola sepak kini mengha­dapi masalah samseng bola sepak. Mereka terdiri dari penyokong­penyokong pasukan bola sepak yang bergaduh, merosakkan harta benda dan membuat kacau bilau di dalam dan di luar stadium. Umpamanya pada tahun 1985, Stadium Heysel di Brussels digunakan untuk perlawanan akhir Piala Eropah

antara Liverpool dengan Juventus. Keganasan penyokong Liverpool menjadi tidak terkawal menyebab­kan teres tempat duduk yang tidak kukuh runtuh lalu menyebabkan kematian 39 orang penonton. Ini menyebabkan FIFA memperkenal­kan undang­undang menggalakkan pengubahsuaian stadium agar menjadi stadium bertempat duduk penuh.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permainan ini dalam Ensiklopedia Dunia hari ini juga.

BH PILIH L5 18 (emel)

TEROKAIENSIKLOPEDIA

DUNIASIRI LIMA BELAS

Bola Sepak

PERMAINAN bola sepak turut menjadi salah satu sukan yang mengeratkan persahabatan antara pasukan.

UKURAN standard padang bagi sukan bola sepak. ANTARA istilah-istilah yang digunakan dalam sukan bola sepak.