praeses praseidens presiden - dbp.gov.my · pdf filesiden amerika syarikat dalam kongres yang...

1
BERITA HARIAN Rabu, 19 November 2008 Halaman Lima G elaran presiden berasal daripa- da perkataan Latin praeses dan praseidens yang bererti “orang yang mempengerusikan, meme- rintah atau mengarahkan”. Pada zaman Rom, gelaran praeses diberi kepada gabenor wilayah. Kemudian, pada Zaman Pertengahan, gelaran praeses dan praseidens diberi kepada pegawai diraja yang berkuasa di ling- kungan wilayah. Menurut ertinya yang moden, istilah presiden bermula dari akhir tahun 1700-an. Gelaran itu mula digunakan oleh ketua majlis koloni- koloni Amerika Utara, termasuk New Hampshire, Pennsylvania dan Carolina Selatan. Kemudian, semasa perjuangan revolusioner yang ter- jadi di Amerika dari tahun 1774 hing- ga tahun 1789, pengerusi Kongres Benua mula dikenali sebagai “Pre- siden Amerika Syarikat dalam Kongres yang bersidang”. Gelaran ini dipindahkan kepada ketua kera- jaan persekutuan Amerika Syarikat apabila perlembagaan negeri-negeri persekutuan diterima pada tahun 1787. George Washington dilantik sebagai presiden pertama Amerika Syarikat pada tahun 1789. Di dunia ini terdapat 189 buah negara, 140 buah daripadanya mempunyai presiden sebagai ketua negara. Di negara yang dikuasai oleh diktator ketenteraan, pemerin- tahnya biasanya memakai gelaran presiden. Lebih kurang 124 presi- den daripada 140 presiden di dunia merupakan presiden eksekutif. Mereka menguasai proses mem- buat dan mengarahkan dasar kera- jaan dalam semua kegiatan politik, ekonomi, sosial dan diplomatik ne- garanya. Yang selebihnya adalah presiden bukan eksekutif yang ber- tindak sebagai wakil rasmi negara dan menjalankan tugas adat istiadat sahaja. Sistem pemerintahan berpresi- den terdiri daripada cabang perun- dangan (pembuatan undang-undang) dan cabang eksekutif (pentadbiran) yang berasingan. Cabang ekseku- tif diketuai oleh presiden. Presiden biasanya dipilih secara langsung oleh rakyat ataupun, dalam bebe- rapa hal, oleh badan perundangan untuk suatu tempoh yang tetap. Menurut teori, kuasa dan tugas presiden hampir selalunya termak- tub dalam perlembagaan sesebuah negara. Namun, dari segi amalan- nya, kuasa ini mungkin sekali diten- tukan oleh isu politik dan bukannya oleh isu perundangan atau isu per- lembagaan. Ada tiga pilihan kepada ekseku- tif politik berpresiden. Dalam sis- tem eksekutif berparlimen, ketua kerajaan, biasanya pemimpin parti majoriti dalam badan perundangan, mempunyai peranan yang jelas ter- pisah daripada peranan ketua nega- ra. Dalam sistem eksekutif komu- nis, pemimpin Parti Komunis atau setiausaha agungnya mengetuai jawatankuasa pusat yang memerin- tah dan mengendalikan hal-ehwal negara. Dalam sistem eksekutif mut- lak, kerajaan berpresiden dijalankan menurut dikri (keputusan) seorang individu, sebuah keluarga (seperti kerajaan beraja) atau junta atau maj- lis tentera. Baru-baru ini Barack Obama telah memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dan sekali gus mencatat sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Beliau yang mewakili Parti Demokrat telah mendapat 349 undi bagi mengalahkan John McCain dari Parti Republikan. Senator Joe Biden pula akan dilan- tik sebagai Naib Presiden bagi mengiringi Obama ke White House selepas penggal George W. Bush tamat pada 20 Januari 2009. Presiden Amerika Syarikat se- ring dianggap pegawai dilantik yang paling berkuasa di dunia. Per- lembagaan Amerika Syarikat mem- berikan kuasa yang sangat besar kepada presidennya. Walau bagai- manapun, perlembagaan itu juga mengehadkan kuasa tersebut. Para penggubal Perlembagaan Amerika Syarikat menghendaki pemimipin yang kuat sebagai presiden, tetapi mereka juga tidak mahukan pemim- pin yang bertindak seperti raja yang maha berkuasa. Dengan yang demi- kian, mereka membahagikan kuasa kerajaan Amerika Syarikat itu kepada tiga cabang eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Presiden yang bisasanya dikenali sebagai ketua eksekutif mengetuai cabang eksekutif. Kongres mewakili cabang perundangan. Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan mah- kamah-mahkamah persekutuan yang lainnya membentuk cabang kehakiman. Kongres dan Mahkamah Agung boleh menghalang atau menamatkan sebarang tindakan presiden yang melampaui had kuasa presiden. Sebagai ketua eksekutif, presi- den memastikan bahawa undang- undang persekutuan dilaksanakan. Sebagai panglima tertinggi ang- katan bersenjata negara, presiden bertanggung jawab terhadap perta- hanan negara. Hanya presiden yang boleh memutuskan penggunaan senjata nuklear. Sebagai pengarah dasar luar negeri, presiden menetap- kan hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara lain. Sebagai pemimpin badan perundangan, presiden mengesyorkan undang- undang dan berusaha mendapat kelulusannya. Sebagai ketua parti politik, presiden menolong memben- tuk dasar parti berkenaan dengan isu dalam dan luar negeri. Presiden juga cuba mendorong rakyat beker- jasama untuk mencapai matlamat negara. Akhirnya, sebagai ketua negara, presiden menjalankan ber- bagai-bagai tugas istiadat. Perlembagaan Amerika Syarikat dalam Artikel II, menetapkan hanya tiga syarat untuk menjadi presiden. Seorangpresidenhendaklahsekurang- kurangnya berumur 35 tahun, telah menetap di Amerika Syarikat selama 14 tahun dan warganegara kelahiran Amerika Syarikat. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Tiada siapa yang boleh dilantik menjadi presiden lebih daripada dua kali. Perlembagaan membolehkan kongres menyingkir- kan presiden daripada jawatannya. Presiden itu hendaklah dicabar (tuduhan salah laku) melalui undi majoriti di Dewan Perwakilan. Ke- mudian, Senat bersama dengan ketua hakim Amerika Syarikat yang bertindak sebagai pengerusi, akan membicarakan presiden. Pe- nyingkiran dari jawatan memerlu- kan dua per tiga undian dalam Senat. Wanita turut menjawat jawatan sebagai presiden. Presiden wanita yang pertama di dunia ialah Isabel Peron. Dia menggantikan suami- nya Juan Domingo Peron sebagai presiden Argentina apabila suami- nya meninggal dunia pada tahun 1974. Wanita pertama yang dipilih secara demokrasi menjadi presi- den dan ketua negara ialah Vigdis Finn Bogadottir di Iceland pada tahun 1980. Corazon Aquino pula memimpin Filipina sebagai presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1993 dan Violeta Barrios de Chamorro, menjadi presiden Nicaragua pada tahun 1992. Kesemua wanita ini menjadi presiden eksekutif dengan kuasa yang terhad. Mary Robinson menjadi presiden wanita pertama Republik Ireland pada tahun 1990. Dia merupakan presiden bukan eksekutif. Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai presiden, jenis kerajaan berpresiden, sejarah sis- tem presiden dan presiden Amerika Syarikat, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia jilid 17. Dewan Bahasa dan Pustaka tu- rut menerbitkan buku berkaitan Amerika Syarikat yang sangat baik untuk dibaca oleh semua. Antaranya ialah Amerika Syarikat Pembentukan Negara bangsa. BH PILIH L5 17 (emel) TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI KE-31 Presiden BARACK OBAMA Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. ANTARA wanita yang pernah menjadi Presiden : Isabel Peron (Argentina), Vigdis Finn Bogodottir (Iceland), Corazon Aquino (Filipina) dan Violeta Barrios de Chamorro (Nicaragua).

Upload: vanmien

Post on 09-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: praeses praseidens Presiden - dbp.gov.my · PDF filesiden Amerika Syarikat dalam Kongres yang bersidang”. Gelaran ini dipindahkan kepada ketua kera ­ jaan ... Sistem pemerintahan

BERITA HARIAN Rabu, 19 November 2008 Halaman Lima

Gelaran presiden berasal daripa­da perkataan Latin praeses dan praseidens yang bererti “orang

yang mempengerusikan, meme­rintah atau mengarahkan”. Pada zaman Rom, gelaran praeses diberi kepada gabenor wilayah. Kemudian, pada Zaman Pertengahan, gelaran praeses dan praseidens diberi kepada pegawai diraja yang berkuasa di ling­kungan wilayah.

Menurut ertinya yang moden, istilah presiden bermula dari akhir tahun 1700­an. Gelaran itu mula digunakan oleh ketua majlis koloni­koloni Amerika Utara, termasuk New Hampshire, Pennsylvania dan Carolina Selatan. Kemudian, semasa perjuangan revolusioner yang ter­jadi di Amerika dari tahun 1774 hing­ga tahun 1789, pengerusi Kongres Benua mula dikenali sebagai “Pre­siden Amerika Syarikat dalam Kongres yang bersidang”. Gelaran ini dipindahkan kepada ketua kera­jaan persekutuan Amerika Syarikat apabila perlembagaan negeri­negeri persekutuan diterima pada tahun 1787. George Washington dilantik sebagai presiden pertama Amerika Syarikat pada tahun 1789.

Di dunia ini terdapat 189 buah negara, 140 buah daripadanya mempunyai presiden sebagai ketua negara. Di negara yang dikuasai oleh diktator ketenteraan, pemerin­tahnya biasanya memakai gelaran presiden. Lebih kurang 124 presi­den daripada 140 presiden di dunia merupakan presiden eksekutif. Mereka menguasai proses mem­buat dan mengarahkan dasar kera­jaan dalam semua kegiatan politik, ekonomi, sosial dan diplomatik ne­garanya. Yang selebihnya adalah presiden bukan eksekutif yang ber­tindak sebagai wakil rasmi negara dan menjalankan tugas adat istiadat sahaja.

Sistem pemerintahan berpresi­den terdiri daripada cabang perun­dangan (pembuatan undang­undang) dan cabang eksekutif (pentadbiran) yang berasingan. Cabang ekseku­tif diketuai oleh presiden. Presiden biasanya dipilih secara langsung oleh rakyat ataupun, dalam bebe­rapa hal, oleh badan perundangan untuk suatu tempoh yang tetap. Menurut teori, kuasa dan tugas presiden hampir selalunya termak­tub dalam perlembagaan sesebuah negara. Namun, dari segi amalan­nya, kuasa ini mungkin sekali diten­tukan oleh isu politik dan bukannya oleh isu perundangan atau isu per­lembagaan.

Ada tiga pilihan kepada ekseku­tif politik berpresiden. Dalam sis­tem eksekutif berparlimen, ketua kerajaan, biasanya pemimpin parti majoriti dalam badan perundangan, mempunyai peranan yang jelas ter­pisah daripada peranan ketua nega­ra. Dalam sistem eksekutif komu­nis, pemimpin Parti Komunis atau setiausaha agungnya mengetuai jawatankuasa pusat yang memerin­

tah dan mengendalikan hal­ehwal negara. Dalam sistem eksekutif mut­lak, kerajaan berpresiden dijalankan menurut dikri (keputusan) seorang individu, sebuah keluarga (seperti kerajaan beraja) atau junta atau maj­lis tentera.

Baru­baru ini Barack Obama telah memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dan sekali gus mencatat sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Beliau yang mewakili Parti Demokrat telah mendapat 349 undi bagi mengalahkan John McCain dari Parti Republikan. Senator Joe Biden pula akan dilan­tik sebagai Naib Presiden bagi mengiringi Obama ke White House selepas penggal George W. Bush tamat pada 20 Januari 2009.

Presiden Amerika Syarikat se­ring dianggap pegawai dilantik yang paling berkuasa di dunia. Per­lembagaan Amerika Syarikat mem­berikan kuasa yang sangat besar kepada presidennya. Walau bagai­manapun, perlembagaan itu juga mengehadkan kuasa tersebut. Para penggubal Perlembagaan Amerika Syarikat menghendaki pemimipin yang kuat sebagai presiden, tetapi mereka juga tidak mahukan pemim­pin yang bertindak seperti raja yang maha berkuasa. Dengan yang demi­kian, mereka membahagikan kuasa kerajaan Amerika Syarikat itu kepada tiga cabang eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Presiden yang bisasanya dikenali sebagai ketua eksekutif mengetuai cabang eksekutif. Kongres mewakili cabang perundangan. Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan mah­kamah­mahkamah persekutuan yang lainnya membentuk cabang kehakiman. Kongres dan Mahkamah Agung boleh menghalang atau menamatkan sebarang tindakan

presiden yang melampaui had kuasa presiden.

Sebagai ketua eksekutif, presi­den memastikan bahawa undang­undang persekutuan dilaksanakan. Sebagai panglima tertinggi ang­katan bersenjata negara, presiden bertanggung jawab terhadap perta­hanan negara. Hanya presiden yang boleh memutuskan penggunaan senjata nuklear. Sebagai pengarah dasar luar negeri, presiden menetap­kan hubungan Amerika Syarikat dengan negara­negara lain. Sebagai pemimpin badan perundangan, presiden mengesyorkan undang­undang dan berusaha mendapat kelulusannya. Sebagai ketua parti

politik, presiden menolong memben­tuk dasar parti berkenaan dengan isu dalam dan luar negeri. Presiden juga cuba mendorong rakyat beker­jasama untuk mencapai matlamat negara. Akhirnya, sebagai ketua negara, presiden menjalankan ber­bagai­bagai tugas istiadat.

Perlembagaan Amerika Syarikat dalam Artikel II, menetapkan hanya tiga syarat untuk menjadi presiden. Seorang presiden hendaklah sekurang­kurangnya berumur 35 tahun, telah menetap di Amerika Syarikat selama 14 tahun dan warganegara kelahiran Amerika Syarikat.

Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Tiada siapa yang boleh

dilantik menjadi presiden lebih daripada dua kali. Perlembagaan membolehkan kongres menyingkir­kan presiden daripada jawatannya. Presiden itu hendaklah dicabar (tuduhan salah laku) melalui undi majoriti di Dewan Perwakilan. Ke­mudian, Senat bersama dengan ketua hakim Amerika Syarikat yang bertindak sebagai pengerusi, akan membicarakan presiden. Pe­nyingkiran dari jawatan memerlu­kan dua per tiga undian dalam Senat.

Wanita turut menjawat jawatan sebagai presiden. Presiden wanita yang pertama di dunia ialah Isabel Peron. Dia menggantikan suami­nya Juan Domingo Peron sebagai presiden Argentina apabila suami­nya meninggal dunia pada tahun 1974. Wanita pertama yang dipilih secara demokrasi menjadi presi­den dan ketua negara ialah Vigdis Finn Bogadottir di Iceland pada tahun 1980. Corazon Aquino pula memimpin Filipina sebagai presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1993 dan Violeta Barrios de Chamorro, menjadi presiden Nicaragua pada tahun 1992. Kesemua wanita ini menjadi presiden eksekutif dengan kuasa yang terhad. Mary Robinson menjadi presiden wanita pertama Republik Ireland pada tahun 1990. Dia merupakan presiden bukan eksekutif.

Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai presiden, jenis kerajaan berpresiden, sejarah sis­tem presiden dan presiden Amerika Syarikat, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia jilid 17. Dewan Bahasa dan Pustaka tu­rut menerbitkan buku berkaitan Amerika Syarikat yang sangat baik untuk dibaca oleh semua. Antaranya ialah Amerika Syarikat Pembentukan Negara bangsa.

BH PILIH L5 17 (emel)

TEROKAIENSIKLOPEDIA

DUNIASIRI KE-31

Presiden

BARACK OBAMA Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.

ANTARA wanita yang pernah menjadi Presiden : Isabel Peron (Argentina), Vigdis Finn Bogodottir (Iceland), Corazon Aquino (Filipina) dan Violeta Barrios de Chamorro (Nicaragua).