wacana komunikasi dalam al-qur'an: satu analisis

449
WACANA KOMUNIKASI DALAM AL-QUR' AN: SATU ANALISIS TERHADAP DIALOG DUA HALA MOHD ABDUL NASIR BIN ABD. LATIF TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2014

Upload: dangngoc

Post on 09-Dec-2016

432 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

  • WACANA KOMUNIKASI DALAM AL-QUR'AN: SATU ANALISISTERHADAP DIALOG DUA HALA

    MOHD ABDUL NASIRBIN ABD. LATIF

    TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUKMEMENUHI KEPERLUANBAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

    JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITHAKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITIMALAYA

    KUALA LUMPUR

    2014

  • ABSTRAK

    Kajian analisis dokumen secara deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis dialog dua

    hala al-Qur'an dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian

    ini ialah 179 dialog dua hala al-Qur'an. Data dianalisis dengan menggunakan perisian

    N'Vivo berasaskan kerangka analisis wacana yang dikemukakan oleh van Dijk (1998).

    Analisis melibatkan tiga struktur iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro.

    Dapatan analisis struktur makro menunjukkan ayat dialog mempunyai tiga tema utama.

    Tema pertama tenia fitrah kejadian manusia yang meliputi asal kejadian manusia dan

    sifat-sifat kemanusiaan. Tema kedua tema akidah yang meliputi Islam, Iman dan Tauhid.

    Tema ketiga pula tema persoalan-persoalan fiqh. Dapatan analisis superstruktur

    menunjukkan ayat dialog banyak terdapat dalam surah panjang yang tidak

    membincangkan hukum fardu dan dalam surah makkiyyah. Pemilihan pekata dialog pula

    mewakili seluruh makhluk, manakala struktur dialog pula terdiri daripada permulaan,

    perkembangan dan peleraian. Pengulangan Ayat dialog dikenal pasti berlaku menerusi

    pengulangan peristiwa, ayat dialog dan hujah, Dapatan analisis struktur mikro pula

    menunjukkan ayat-ayat dialog terbina berdasarkan ilmu al-Ma 'anl al-Baydn dan al

    Bad!'. Dalam konteks ilmu al-Ma 'an!, ayat dialog terbina berasaskan ayat al-Khabar

    dan al-Inshii' serta gaya bahasa al-Taqdim dan al-Ta'khir, al-J}iiz, al-Itnsb dan al-Iltifst.

    Dalam konteks ilmu al-Bayiin, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al-Kinayah,

    al-Majiiz, al-Isti'srah dan al-Taniisub al-Bayiin]: Manakala dalam konteks ilmu al-Badi

    pula, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al- Iibiiq dan Uslilb al-Hakim.

    Elemen-elemen yang terhasil daripada dapatan analisis ketiga-tiga struktur tersebut telah

    menghasilkan kerangka-kerangka asas bagi pembinaan Model Dialog Dua Hala al

    Qur'an (MDHQ) yang dikemukakan dalam kajian ini.

    iii

  • ABSTRACT

    COMMUNICATION DISCOURSE IN THE QUR'AN:AN ANALYSIS OF BILATERAL DIALOGUE

    This descriptive research is a document analysis conducted to analyse the bilateral

    dialogue in al-Quran using qualitative and quantitative approach. The research data

    consists of 179 bilateral dialogues found in aI-QuI'an. The data was analysed using

    N'vivo software based on discourse analysis framework as suggested by van Dijk

    (1998). The analysis involves three structures i.e macro structure, superstructure and

    micro structure. Findings of macro structure shows dialogue verses have three main

    themes. The first theme is the creation of man and the attributes of humanity. The

    second theme covers the Islamic creed which includes Isliim, lmiin and Tawl;Jd. The

    third theme talks about the fiqh issues. The findings of superstructure shows that

    dialogue verses are found in longer chapters (stirahs) that do not discuss obligatory

    matters (fard) and in chapters that were revealed in Makkah (Makkiyyah). The choice of

    speakers in the dialogue verses shows that it was meant to all creation, while the

    dialogue structure consists of the beginnings, development and dispersal. The repetition

    of dialogue verses was identified when a particular event mentioned in al-Qur'an was

    repeated again elsewhere and furnished with arguments. The findings ofmicro structure

    shows that the dialogue verses was constructed based on Arabic rhetorics al-Ma'iin] al-

    Bayiin dan al-Bad/'. In the context of al-Ma 'ani, the dialogue verses was based on al-

    Khabar and al-Inshii' with the style ofal-Taqdim and al-Ta'khir, al-Qiiz, al-Itnsb and al-

    Iltife: In the context ofal-Bayiin, the dialogue verses were built based on the style of al-

    Kiniiyah, al-Majsz, al-Isti'sran and al-Taruisub al-Baysni In the context of al-Badl the

    dialogue verses were built on al- Tibsq and Usliib al-Hakim. Elements that have been

    found based from the findings of all those structures were used to be the basic

    framework ofQuranic Bilateral Dialogue Model as proposed in this research.

    iv

  • PENGAKUAN

    ABSTRAK

    ABSTRACT

    lSI KANDUNGAN

    Halaman

    11

    111

    IV

    PENGHARGAAN v

    SENARAI JADUAL Xlll

    SENARAI ILUSTRASI XIV

    PANDUAN EJAAN DAN TRANSLITERASI XV

    SENARAI LAMPlRAN XVll

    PENDAHULUAN

    I.

    u.

    Ul.

    IV.

    VI.

    VU.

    Vlll.

    V.

    lX.

    X.

    Xl.

    XU.

    BABI

    1.1

    1.2

    PengenalanLatar Belakang KajianPemyataan Masalah KajianKerangka Konseptual KajianObjektifKajianPersoalan KajianKepentingan KajianMetodologi Kajiana. Reka Bentuk Kajianb. Data Kajianc. Prosedur Analisis Datad. Aras dan Pendekatan AnalisisBatasan KajianDefinisi Istilaha. Wacana Komunikasib. al-Qur'anc. Dialog Dua HalaKajian Berkaitana. Kajian Dalam Negarab. Kajian Luar NegaraPenutup

    1713222323242627282830323232343435363840

    DEFINISI KONSEP 41

    Pendahuluan 41

    Komunikasi dan Dialog 42

    vii

  • 1.3 Konsep Dialog Dalam al-Qur'an 45

    1.4 Defmisi Dialog 581.4.1 Dialog Dari Sudut Bahasa 581.4.2 Dialog Dari Sudut Istilah 601.4.3 Definisi Dialog Dari Perspektif al-Qur'an 641.4.4 Dialog Dua Hala Dalam al-Qur'an 67

    1.5 Skema Sebuah Dialog 69

    1.6 Jenis-jenis Dialog 711.6.1 Jenis Dialog Berdasarkan Pekata 71

    1.6.1.1 Bilangan Pekata 721.6.1.2 Demografi Pekata 75

    1.6.2 Jenis Dialog Berdasarkan Konteks 76

    1.7 Prinsip-prinsip Dialog 831.7.1 Tujuan I Niat 831.7.2 Sikap 911.7.3 Kemahiran 94

    1.8 Objektif Dialog 97

    1.9 PengenalanWacana 991.9.1 Analisis Wacana 100

    1.9.1.1 Matlamat Deskriptif 1021.9.1.2 Matlamat Kritis 103

    1.9.2 Kerangka Analisis Wacana Teun A. van Dijk 1041.9.3 Analisis Wacana Dialog Dua Hala Dalam al-Qur'an 108

    1.10 Penutup 110

    BABII DIALOG AL-QUR'AN DAR! ASPEK STRUKTURMAKRO

    2.1 Pendahuluan 111

    2.2 Tema Fitrah Kejadian Manusia 1132.2.1 Asal Kejadian 1132.2.2 Sifat-sifat Kemanusiaan 117

    2.2.2.1 Bermaruah 1172.2.2.2 Cenderung Kepada Kebenaran 1182.2.2.3 Cintakan Keturunan 1202.2.2.4 Hubungan Kekeluargaan 1242.2.2.5 Mempunyai Keinginan 1252.2.2.6 Mempunyai Perasaan 1332.1.2.7 Kekurangan Manusia 1342.2.2.8 Memerlukan Peringatan 1402.2.2.9 Memerlukan Faktor Desakan 140

    viii

  • 2.2 TemaAkidah 1412.2.1 PenyerahanDiri Kepada Allah 142

    2.2.1.1 Situasi Penyerahan Ketika Berhadapan DenganSasaran Dakwah 142

    2.2.1.2 Situasi Penyerahan KeranaMenunjukkan Ketaatan 1432.2.1.3 Situasi Dalam Menjelaskan ObjektifDakwah 1452.2.1.4 Situasi Ketika Menyatakan Pengakuan Setelah

    Melihat Bukti 1452.2.1.5 Situasi Pengakuan Bagi Tujuan Penyaksian 1462.2.1.6 Situasi Menjawab Propaganda 148

    2.2.2 Iman Kepada Allah 1492.2.2.1 Pengakuan Beriman Setelah Melihat Kebenaran 1512.2.2.2 Tuntutan Untuk Membuktikan Keimanan 1522.2.2.3 Penegasan Setelah DimintaMembuat Pengakuan 1532.2.2.4 Penegasan Keimanan Kepada Allah Ketika

    Berhadapan Musuh 1532.2.3 Tauhid 154

    2.2.3.1 Tauhid Uliihiyyah 156i. Pengakuan Allah Bahawa; "Dialah Allah" 157ii. Pengakuan ParaNabi; "Dialah Allah" 159iii. Seruan AgarMengabdikan Diri Kepada Allah 160iv. Bahawa Allah Tiada Syak dan Sekutu 162

    2.2.3.2 Tauhid Rubiibiyyah 164i. Pengakuan Tauhid Rubiibiyyah 164ii. Rab Seluruh Alam 167iii Sandaran Rab Kepada Pekata 168iv. Dia Rab Pelaku Mutlak 169

    a. Dia Menciptakan 170b. DiaMengurniakan 171c. Dia Melakukan 172

    2.2.3.3 Tauhid al-Asmii' wa al-$i/iit 174

    2.3 Tema Persoalan Fiqh 1772.3.1 Waktu Peperangan 1772.3.2 Arak dan Judi 1792.3.3 Sumbangan Harta 1802.3.4 Pengurusan Harta Anak-anak Yatim 1832.3.5 Haid 1842.3.6 Perkahwinan 1862.3.7 Pemakanan Halal 1892.3.8 Harta Rampasan Perang 190

    2.4 Penutup 192

    BABID DIALOG AL-QUR'AN DARI ASPEK SUPERSTRUKTUR

    3.1 Pendahuluan 193

    3.2 Taburan Dialog Dua HalaDalam al-Qur'an 1943.2.1 Taburan Dalam Surah-surah al-Qur'an 194

    ix

  • 3.2.2 Taburan Dalarn KonteksMakkldanMadani 198

    3.3 Pemi1ihan Pekata 2003.3.1 Allah Tuhan Sekalian Alarn 2003.3.2 Manusia 201

    3.3.2.1 GolonganMukmin 201a. Para Rasul a.s 202b. Nabi a.s 204c. Individu-individu Tertentu 204d. Orang-orang Kafir Kemudian Beriman 207

    3.3.2.2 Golongan Kafir 2073.3.2.3 GolonganMunafikin 2103.3}.4 Seluruh Makhluk Ciptaan 211

    3.3.3 Bukan Manusia 2113.3.4 Skema Sifat DanNilai Peribadi Pekata Dialog Qur'an 213

    3.3.4.1 Sifat Zahir Pekata 213a. Individu Sempurna 214b. Individu Kekurangan 216

    3.3.4.2 Penyatuan Terhadap Perbezaan Fizikal 218

    3.4 Pengulangan Dialog 2203.4.1 Pengulangan Peristiwa 223

    3.4.1.1 Dialog Allah s.w.t Dengan Iblis 2233.4.1.2 Dialog Firaun DenganNabi Musa a.s

    dan Ahli-ahli Sihir 2243.4.2 Pengulangan Dialog Yang Sarna Dari Pekata-pekata

    Yang Berbeza 2243.4.3 Pengulangan Metode Penghujahan 225

    3.5 Struktur Dialog Dua Hala al-Qur'an 2263.5.1 Permulaan Dialog 227

    3.5.1.1 Penerangan Situasi 2273.5.1.2 Frasa "Tatkala Berkata" 2293.5.1.3 Frasa "Dan Tatkala + Kata Kerja Aktif" 2303.5.1.4 Frasa "Dan Apabila + Kata Kerja Pasif" 2313.5.1.5 Kata KerjaBerkata dan Ta$Yffnya 2323.5.1.6 Dialog "Berkata - Katakanlah" 2333.5.1.7 Dialog Pekata 2343.5.1.8 Mereka Bertanya 235

    3.5.2 Faktor-faktor Permulaan Dialog 2363.5.2.1 Permulaan Konflik 237

    a. Formal 238b. Pemujukan Dakwah 239c. Pertimbangan 241d. Perundingan - Kepentingan 242

    3.5.2.2 Permulaan Permintaan 244a.Doa 244b. Pemerolehan Maklumat 246c. Penemuan 247d. Penyelidikan - Penyiasatan 248

    x

  • e. Perintah - Wasiatf. Permohonan

    3.5.3 Perkembangan Dialog3.5.3.1 Bilangan Penjuru3.5.3.2 Pola Penggiliran Soal Jawab

    a. Pola Gilir Seimbangb. Pola Gilir Separa Seimbangc. Pola Gilir Kompleks

    3.5.4 Peleraian Dialog3.5.4.1 Ulasan Dan Pengajaran3.5.4.2 Persoalan3.5.4.3 Penegasan

    250251254254260260262263264265266267

    3.6 Penutup 268

    BAD IV DIALOG AL-QUR'AN DARI ASPEK STRUKTURMIKRO

    4.1 Pendahuluan 270

    4.2 Kefasihan Dan Balaghah Pekata Dialog 271

    4.3 Dialog Dan Ilmu al-Ma 'anI 2734.3.1 al-Kaliim Sebagai Ayat-ayat Dialog 274

    4.3.1.1 al-Khabar Dalam Ayat-ayat Dialog 274i. Metod Penyampaian al..Khabar Oleh Pekata Dialog 276ii. Ayat al-Khabar Dalam Dialog 280

    4.3.1.2 al-Inshii' Dalam Dialog 288i. Laras Seruan (al-Nida') 289ii. Laras Imperatif (al-Amr) 295iii. Laras Larangan (al-Nahy) 299iv. Laras Tanya (al-Istifham) 302

    a. Penggunaan Laras Tanya Hakiki 304b. Penggunaan Laras TanyaMajazi 306

    4.3.2 al-Taqdim dan al-Ta 'khlY 3084.3.3 al-.Qiiz 3124.3.4al-Itniib 3154.3.5 al-Iltifst 320

    4.4 Dialog Dan Ilmu al-Bayiin 3224.4.1 Kiasan (al-Kiniiyah) 3224.4.2 al-Majiiz 326

    i. al-Majiiz al-Mursal 326ii. al-Majiiz al- 'AqlI 327

    4.4.3 al-Isti 'Orah 329

    i. al-Isti 'Orah ifal-Mufrad 330ii. al-Isti 'Orah al-Tamthlliyyah 331

    4.4.4 al-Tanssub al-Bayiini 331i. Penggunaan Klausa 332ii. Penggunaan Perkataan 335iii. Peletakan Baris / Cara Bacaan 337

    xi

  • LAMPIRAN 376

    4.4 Dialog Dan Ilmu al-BadI'4.4.1 al-Tibsq4.4.2 Laras Jawapan Bijaksana (Usliib al-/faklm)

    339340342

    4.5 Penutup 344

    BABPENUTUP

    a. Rumusani. Kerangka Tema Dialog Dua Hala al-Qur'anii. Kerangka Skema Dialog Dua Hala al-Qur'aniii. Kerangka Gaya Bahasa Dialog DuaRala al-Qur'an

    345349353357

    h. Implikasi KajianModel Dialog Dua Hala al-Qur'an - MDRQ

    358359

    c. Cadangan 360

    BIBILIOGRAFI 362

    xii

  • SENARAI JADUAL

    No. Jadual

    1.1 Jenis-jenis Dialog

    1.2 Aras Analisis Teks Teun A. vanDijk

    III

    II

    Halaman

    82

    105

    xiii

  • SENARAI ILUSTRASI

    No. Rajah Halaman

    P.1 Kerangka Konseptual Kajian 23

    Yang Telah Diubahsuai

    1.1 Elemen Dialog 53

    1.2 Kerangka Analisis Wacana Kritis Teun A. vanDijk 105

    3.1 Taburan Dialog Dua Hala 195

    3.2 DialogMakkidanMadani 199

    3.3 Penjuru Dialog 255

    K.1 Kerangka Tema Dialog Dua Hala al-Qur'an 349

    K.2 Kerangka Skema Dialog Dua Hala al-Qur'an 353

    K.3 Kerangka Gaya Bahasa Dialog Dua Hala al-Qur'an 357

    K.4 Model Dialog Dua Hala al-Qur'an (MDHQ) 359

    xiv

    ._--_----------

  • ,

    PANDUAN EJAAN DAN TRANSLITERASI

    Ejaan yang digunakan adalah mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu,

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur menerusi capaian pada laman sesawang

    http://prpm.dbp.gov.mY/default.aspx. Ejaan yang berkaitan dengan perkataan bahasa Arab

    digunakanmengikut Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi menerusi capaian

    pada laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur

    http://www.dbp.gov.myllamandbp/main.php. Pengecualian daripada menggunakan pedoman

    itu bagi akhir perkataan asal yang ditulis dengan (Ta' Marbutah) dibunyikan dengan

    mengikut sebutanha' ( 0 ).

    HurufArab

    .)

    HurufRumi HurufArab

    a .l:.

    b .l=a

    t e

    th t

    J WI

    1;1 J

    kh 1.!1

    d J

    dh f'

    r LJ

    z .J

    S 0

    sh I.j

    s

  • i

    VokalPanjang

    HurufArab Transliterasi

    .Ji

    VokalPendek

    Fathah C-:-)

    Dammah (...:)Kasrah ("..-)

    a

    u

    Diftong

    .JI aw

    (.$1 ay

    'i 1

    . fi.J

    Istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan babasaArab tetapi telahmenjadi

    sebutan umum bahasaMelayu diejamengikut perkataan bahasa Me1ayu.

    xvi

  • SENARAI LAMPlRAN

    A Dialog-dialog Dua Hala Dalam al-Qur'an 376

    xvii

  • PENDAHULUAN

    i. Pengenalan

    Komunikasi merupakan satu tuntutan hidup. Manusia berkomunikasi pada setiap detik

    dalarn semua keadaan sarna ada ketika sedar ataupun tidur. Ketika sedar, harnpir

    keseluruhan anggota lahiriah digunakan untuk berkomunikasi seperti lisan, gerakan

    badan dan isyarat yang dihasilkan. Manakala ketika tidur, manusia masih lagi berupaya

    untuk berkomunikasi iaitu menerusi telinga.

    Berdasarkan peristiwa pemuda al-Kahfyang ditidurkan, Allah s.w.t menegaskan

    bagaimana pendengaran mereka dijadikan tidak berfungsi serta dihadang agar tidak

    berlaku sebarang komunikasi menerusi pendengaran kepada apa-apa bunyi yang boleh

    menyebabkan mereka terbangun daripada tidurmereka.' Firman Allah s.w.t;

    Maksudnya;

    Lalu Karni tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalarn gua itu,bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

    Surah al-Kahf(18) : 11

    I Alus], Mahmtid bin'Abdullah al- (1995), RUb al-Ma 'linlJITafsfr al-Qur 'lin wa al-Sab' al-Mathsn]; 'All 'Abdullah 'Atiyyah (ed),Beirut: Dar al-Kutub al-'I1miyyah,j.8, h.202.

  • Berdialog merupakan cara komunikasi paling dominan dilakukan oleh manusia.

    Seseorang yang tidak berkomunikasi tidak mempunyai hubungan dengan apa dan

    sesiapa sekalipun. Mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi bagi

    memastikan keperluan naluri kemanusiaan dipenuhi. Komunikasi dianggap berlaku

    apabila sesuatu rangsangan itu memberi kesan kepada pemikiran.' Oleh itu defmisi

    komunikasi akan menitik beratkan proses sekumpulan manusia yang mencipta pesan

    untuk berhubung, pertukaran informasi dan interaksi menerusi pelbagai cara dan

    kegiatan seperti ucapan, tulisan, gerak tubuh dan penyiaran.' Ini termasuklah usaha

    untuk melontarkan idea-idea yang besar seperti yang dilakukan oleh Imam al-Shafi'l

    yang menggunakan syair sebagai medium komunikasi dalam melontarkan ideologi

    pendidikannya."

    Pertuturan menggunakan bahasa merupakan aktiviti utama dalam komunikasi tersebut.

    Pertuturan ini juga merupakan satu sistem bahasa yang tekal dan sangat berguna untuk

    menyampaikan makna melalui bunyi bahasa yang berkenaan.' Oleh itu menerusi dialog,

    kemahiran dan keupayaan menggunakan bahasa serta tahap pengetahuan seseorang

    teruji. Pekata melewati proses kerahan berfikir, menyatakan pemikiran dalam bentuk

    susunan kata-kata secara langsung. Dalam waktu yang sama, segenap pengetahuan

    berbahasa digunakan bagi memastikan dialog difahami dan seterusnya diyakini.

    Secara umumnya, al-Qur'an merupakan dialog antara Allah s.w.t dengan

    hambaNya. Dialog ini diwahyukan dengan pelbagai bentuk gaya bahasa dan tema.

    Bahasa pertuturan ini (firman Allah) kemudiannya dicatat menjadikannya bahasa

    2Ahmad Kamil Mohamed (1992), Kejayaan Berkomunikasi Dalam Era Masyarakat Informasi, Kuala Lumpur: Nurin Interprise, h. 8-10.3Muhamad Mufid (2007), Komunikasi dan Regulasi Penyiaran, Sholehuddin, S.Pdl (ed), Jakarta: Kencana Prenada Media Group, h.3.4 Haryati Adni dan Tengku Ghani Tengku Jusoh (2013), Idea-idea Pendidikan Dalam Syair Imam Al-Syafi 'i, The Journal OfAlHikmah, Vol 5, h. 49-59.S Zawawi Ismail (2008), "Penilaian Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Komunikasi Di sekolah MenengahAgama Kebangsaan" (Tesis Ijazah Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia), h.SS. 2

  • 1\\ IS\} :J \;'11 .... ........ I)

    {0;)L,aJ\ UJ r )c \

    tulisan" tanpa berlaku sebarang pengurangan dalam sebuah penulisan dengan dinamakan

    al-Qur'an. Ia kemudiannya dibaca dalam setiap solat yang didirikan. Hakikatnya,

    menerusi solat lima waktu, proses dialog antara seorang hamba dengan Allah s.w.t

    berlaku. Setiap ayat yang dibaca adalah sebenarnya dialog Allah s.w.t yang berupa

    peringatan secara langsung. Bahkan bacaan al-Fatihah, sebenarnya dijawab oleh Allah

    s.w.t secara terus sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

    Maksudnya;

    Allah Taala telah berfirman, Aku telah membahagikan solatkepada dua bahagian antaraKu dan hambaKu. HambaKu akandapat apa yang dia minta. Jika hamba itu berkata", "Segala pujibagi Allah, Tuhan semesta alam", Allah Taala menjawab;"HambaKu telah memujiKu". Jika hamba itu berkata; "MahaPemurah lagi Maha Penyayang", Allah Taala menjawab;"HambaKu telah memujaKu". Jika hamba itu berkata; "Yangmenguasai hari pembalasan", Allah Taala menjawab; "HambaKutelah mengagungkanKu". (Dalam satu riwayat) "HambaKu telahmenyerahkan urusannya kepadaKu". Maka apabila hamba ituberkata; "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanyakepada Engkaulah kami mohon pertolongan", Allah Taalamenjawab; "lni adalah antaraKu dan hambaKu, hambaku akandapat apa yang diminta". Maka apabila hamba itu berkata;'Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yangtelah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalanmereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan pula jalan mereka

    6 Zawawi Ismail et aJ. telah menghuraikan perbezaan yang ketara antara bahasa pertuturan dan bahasa tulisan. Antaranya bahasapertuturan tidak kekal manakala bahasa tulisan kekal. Lihat Zawawi Ismail et al. (2011), Teknik Pengajaran Kemahiran BertuturBahasa Arab Di SMKA Di Malaysia, GEMA OnJine Journal ofLanguage Studies, Volume 11(2) May 2011, h. 67-82. Namundalam konteks al-Qur'an, bahasa yang dituturkan (firman Allah) kekal dan menjadi bahasa tulisan sebagaimana ia dituturkan. Inimerupakan salah satu bentuk keistimewaan bahasa a1-Qur'an.

    3

  • yang sesat (Nasrani),

    ,Allah Taala menjawab; "Ini adalah untuk

    hambaKu dan hambaKu akan dapat apa yang diminta".7

    Dialog penting kerana ia terarah kepada akal manusia secara langsung manakala

    al-Qur'an bersandarkan kepada akal dalam membina keimanan setelah melewati proses

    membina keyakinan tanpa tekanan dan paksaan." Oleh itu, perlakuan bertutur dan

    mendengar sesuatu tanpa pemahaman dan pengertian merupakan gejala kejahilan yang

    seiras dengan sifat haiwan. al-Qtir'an menegaskan secara perumpamaan bahawa suara

    seruan yang didengari binatang hanya sekadar proses bertutur dan mendengar tanpa ada

    pemahaman di sebaliknya. Firman Allah;

    Maksudnya:

    Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir

    (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yangberteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selaindari mendengar suara panggilan sahaja; Mereka itu ialah orangorang yang pekak, bisu dan buta; Oleh sebab itu mereka tidak dapatmenggunakan akalnya.

    Surah al-Baqarah (2) :171

    Dalam konteks sejarah penurunan wahyu, proses dialog antara Jibril a.s dengan

    Rasulullah s.a.w merupakan titik mula penting sebelum Baginda s.a.w menerima wahyu

    yang pertama. Aishah r.ah. dalam hadis yang panjang menceritakan dialog yang berlaku

    antara Nabi s.a.w dengan Jibril a.s sebagai detik-detik awal penerimaan wahyu tersebut

    oleh baginda s.a.w. al-Bukhari meriwayatkan;

    7 Muslim bin al-I;Iajjaj (t.t.), al-Musnadal-fjaQIb al-Mukhtasar, Muhammad Fu'ad 'Abd. al-Baqi (ed), "Kitab al-Salah", no. hadith:

    395, Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabl,j.l, h.296.8 'All, Sayyid Isma'il (2008), al-HiwsrManhajwa Thaqifah. Kaherah: Dar al-Salam, h.14 & 58. 4

  • Maksudnya:

    Dari Aishah r.ah umm al-Mukminin, bahawa sesungguhnya iaberkata; Bermulanya .Rasulullah s.a.w menerima wahyu adalah

    dengan mimpi yang benar dalam tidur. Baginda tidak melihat

    mimpi tersebut melainkan ia datang seperti pancaran cahaya waktusubuh. Kemudian baginda mula suka bersendirian di gua I:Iira' danberibadat di dalamnya. Baginda beribadat dalam beberapa malamdan kemudiannya balik ke keluarganya dan berbekal untuk itu.Kemudian baginda kembali semula kepada Khadijah dan berbekalseperti biasa sehinggalah datangnya kepada baginda kebenaranketika baginda berada di dalam gua Hira'. Maka datang kepadanyamalaikat dan berkata kepadanya; "Bacalah!" Jawab baginda; "Akubukan orang yang boleh membaca". Maka malaikat tersebut datangkepadaku dan memelukku sehingga aku terasa kekuatannya.Kemudian ia melepaskan aku dan berkata; "Bacalah!" Aku

    menjawab; "Aku bukan orang yang boleh membaca". Kemudian ia

    datang kepadaku dan memelukku untuk kali yang kedua sehinggaaku merasa kekuatannya. Kemudian ia melepaskan aku, maka ia

    berkata; "Bacalah!" Aku menjawab; "Aku bukan orang yangmembaca". Maka ia datang kepadaku dan memelukku untuk kali

    yang ketiga. Kemudian ia melepaskan diriku. Maka berkatamalaikat tersebut; "Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang telah

    mencipta. Dia telah mencipta manusia dari sermpal darah.Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang Maha Mulia' .

    al-Qur'an seterusnya menggambarkan bagaimana cara Allah S.W.t berdialog dan

    berbicara dengan para Nabi yang diutus. Proses ini berlaku menerusi wahyu dengan cara

    9 Bukhari, Muhammad bin Isma'Il al- (1422H), $CJ.{JiQal-Bukhiiri, Muhammad Fu'ad 'Abd, al-Baq] (ed), Kitab Bad' al-Wahy', no.

    hadith; 3, Beirut: Dar Tiiq al-Najat, j.l h,7.

    5

  • diberi ilham atau mimpi, atau dari sebalik dinding iaitu dengan mendengar suara sahaja,

    atau dengan mengutus utusan malaikat lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya

    dengan izin Allah. Firman Allah;

    Maksudnya:

    Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allahberkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengandiberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (denganmendengar suara sahaja), atau dengan mengutus utusan(malaikat) lalu utusan .itu menyampaikan wahyu kepadanyadengan izm Allah akan apa yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi MahaBijaksana.

    Surah al-Shura (42) : 51

    Perbincangan di atas menunjukkan bahawa berdialog dipraktikkan sebagai

    medium untuk berhubung sesama makhluk dan juga di antara makhluk dengan Allah

    s.w.t. Ini sekali gus membuktikan bahawa berdialog merupakan satu bentuk komunikasi

    yang paling asas. Maka wajarlah ia menjadi metode yang diperintahkan oleh Allah S.W.t

    dalam menyampaikan dakwah kepada manusia untuk dipraktikkan secara berhikmat

    kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. Firman Allah.'"

    10 Lihatjuga surah Ali 'Imran (3) : 64.6

  • Surah al-Nab.! (16) : 125

    Maksudnya:

    Serulah ke jalan Tuhan-mu (wahai Muhammad) denganhikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, danberbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengancara yang lebih baik.

    ii. Latar Belakang Kajian

    Suruhan berdialog dalam al-Qur'an sebenarnya bertepatan dengan sifat kejadian

    manusia itu sendiri yang memiliki anugerah al-Bayiin. Firman Allah;

    Maksudnya:

    Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberidan menerima kenyataan

    Surah al-Rahman (55) :4

    Menurut jumhur ahli tafsir, al-Bayiin bermaksud bertutur, faham dan

    memberikan penerangan.'! Allah S.W.t mengajar kepada manusia al-Bayiin dengan

    tujuan menjadikan mereka makhluk yang berupaya untuk bertutur, memahami dan

    memberikan penerangan tentang sesuatu. Anugerah ini kemudiannya menjadi asas

    kepada kehidupan yang penuh makna dan sarat dengan limpah kurniaan. Ini berlaku

    apabila manusia menggunakan kelebihan al-Bayiin untuk sentiasa berpesan-pesan

    dengan kebenaran dan juga berpesan-pesan dengan kesabaran di samping lisan yang

    sentiasa basah dengan zikir kepada Allah dan alunan bacaan al-Qur'an.

    11 Andalnsi, 'Abd al-Haq bin Ghalib al-(2001) al-Mubarrar al-WajiZft TajsJr al-Kitab al- 'AziZ, 'Abd al-Salam 'Abd al-Shafi (ed),Beirut: Dar al-Kutub al- 'Jlmiyyah. j.5 h.223.

    7

  • Dalam konteks lain, kelebihan yang diberikan ini juga tidak terlepas dari

    penyalahgunaannya. lni berlaku apabila manusia lupa matlamat asal anugerah tersebut

    sehingga mereka menjadi gemar untuk berbantah-bantah dengan kebatilan untuk

    menolak kebenaran.V walaupun setiap sesuatu itu telah dihuraikan dalam al-Qur'an

    dengan pelbagai cara agar mereka memahaminya.P Firman Allah;

    Maksudnya:

    Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagaibagai cara dalam al-Quran ini untuk umat manusia, dari segalajenis contoh bandingan; Dan sememangnya manusia itu, sejenismakhluk yang banyak sekali bantahannya.

    Surah al-Kahf(18) : 54

    Fenomena gemar berdialog dan berdebat boleh dilihat dalam beberapa aspek.

    Aspek pertama aspek tauhid. Ini dapat dilihat menerusi dialog perdebatan antara Nabi

    Nuh a.s dan kaumnya. Firman Allah;

    Maksudnya:Mereka berkata: "Wahai Nuh! sesungguhnya engkau telahbertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangathujah-hujah semasa mengemukakan bantahan-mu kepada kami;Oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepadakami,jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

    Surah Hud (11) : 32

    12 Shanqit], Muhammad al-Arnin bin Muhammad al- (1996), AWa' al-Bayiin f]Nab al-Qur'iin hi al-Qur'iin. Muhammad 'Abd al'Aziz aI-KhaiidI (ed), Beirut: Dar aI-Kutub aI-'Ilmiyyah,j.4 h.l03.13 Lihatjuga surah al-Isra' (17) : 41 dan 89, surah Tiihii (20) : 113, surah aI-Zumar (39) : 27-28 dan surah al-Rum (30) : 58.

    8

  • Aspek kedua aspek ibadat. Sebagai contoh kepada aspek ini kecenderungan

    untuk berdebat berkaitan ibadat haji. Situasi ini menyebabkan Allah s.w.t melarang

    berlakunya perdebatan ketika menunaikan ibadat tersebut. Firman Allah;

    Maksudnya:

    (Masa mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yangtermaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkandirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidakboleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dantidak boleh bertengkar, dalam masamengerjakan ibadat haji.

    Surah al-Baqarah (2) : 197

    Aspek ketiga kecenderungan manusia untuk mempertahankan kebatilan.

    Kecenderungan untuk berhujah seperti ini dilarang oleh Allah s.w.t. Firman Allah;

    Maksudnya:

    Sedarlah! kamu ini orang-orang (yang telah menyimpang darikebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yangbersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akanberhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada harikiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindungmereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?

    Surah al-Nisa' (4) : 109

    Aspek keempat pula sikap manusia yang suka membantah dengan tidak

    berdasarkan kepada sebarang ilmu pengetahuan atau sebarang petunjuk bahkan dan

    tidak berdasarkan mana-mana sumber yang menerangkan kebenaran. Firman Allah;

    9

  • (0Maksudnya:

    Dan ada di antaramanusia yangmembantah perkara-perkara yangberhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarangpengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebatidengan kejahatan.

    Surah al-ijaj (22) : 3

    Ini juga dapat dilihat menerusi firman Allah;

    Maksudnya:

    Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantahmengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarangpengetahuan atau sebarang petunjuk; Dan tidak jugaberdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangikebenaran.

    Surah Luqman (31) : 20

    Bahkan sifat suka berdebat dan berdialog ini akan kekal berterusan sehingga tiba

    masanya mereka berhujah pada diri sendiri pada hari akhirat di hadapan Allah s.w.t.

    Hari di mana disempurnakan balasan atas setiap sesuatu yang telah dilakukan. Firman

    Allah:

    Maksudnya:

    Pada hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata,dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah

    10

  • Surah al-Nab! (16) : 111

    kerjakan (sarna ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akandianiaya sedikit pun.

    Berdasarkan status manusia sebagai satu-satunya ciptaan yang dikurniakan

    keupayaan untuk bertutur, memahami dan memberikan penerangan tentang serta gemar

    untuk berbicara bagi pelbagai tujuan sebagaimana yang dibincangkan di atas, juga

    kaitannya dengan kedudukannya sebagai ciptaan yang berakal, maka sudah pasti ayat

    dialog yang terdapat dalarn al-Quran memerlukan suatu kajian yang menyeluruh untuk

    dijalankan.

    Ayat dialog dalarn al-Qur'an yang meliputi dialog Allah s.w.t dengan para

    malaikat, para nabi yang dibangkitkan kepada kaum masing-masing, individu-individu

    tertentu dan makhluk-makhluk yang tercatat dalarn al-Quran wajar dirungkaikan. Ini

    kerana berkomunikasi secara efektif sebenarnya merupakan suatu perbuatan yang paling

    sukar dan kompleks yang pemah dilakukan pekata."

    Selain itu, sejarah keilmuan yang diwarisi manusia memaparkan bagaimana

    bermulanya fokus terhadap pemikiran. Fokus pemikiran berubah apabila tiba zaman

    Socrates (470-399SM) dan seterusnya Plato dan Aristotle. Pada mereka falsafah sudah

    ditukar kepada penelitian. Socrates tidak minat lagi berfikir dan menyiasat tentang alarn

    fizikal ini justeru katanya alarn tidak berkomunikasi atau memberi respon terhadap

    manusia. Socrates menggunakan kaedah dialog, bertanya secara langsung orang yang

    beliau pilih tentang sesuatu isu atau makna sesuatu, dengan objektifnya bahawa 'ia boleh

    14 James G. Robbins dan Barbara S. Jones (1986), Komunikasi Yang Efektif, Turman Sirait (terj.), Jakarta: CV. Pedoman Ilmu Jaya,h.3.

    II

  • Socrates menggunakan metode ini untuk mengajar muridnya supaya sampai ke

    mengetahui tingkat fahaman orang yang ditanya dan tahu bagaimana fahamannya itu

    mempengaruhi kehidupannya.f

    taraf kebenaran sesudah bersoal jawab dan bertukar fikiran. Penelitian yang dijalankan

    terhadap dialog tersebut menunjukkan berlakunya tahap-tahap yang membawa

    pelajarnya kepada pengetahuan yang baharu. Pengetahuan yang ditemui selepas mereka

    mendapati kekurangan yang dimiliki dan kesalahan yang terlaku.

    Dalam konteks pengajaran bahasa pula, berdialog dengan cara bersoal jawab

    merupakan satu teknik pengajaran yang amat kerap digunakan oleh guru dalam

    pengajaran, termasuk juga dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Selain

    mudah dilaksanakan, teknik soal jawab merupakan teknik yang secara langsung dapat

    menimbulkan interaksi guru-murid secara berkesan. Selain itu, teknik ini juga dapat

    digunakan untuk menanamkan konsep-konsep, keupayaan memberi pendapat,

    pandangan, komen dan sebagainya dengan menggunakan bahasa yang baik. Penglibatan

    pelajar juga boleh membina rasa percaya dan yakin pada diri sendiri.i"

    Keperluan kepada pengkajian dialog dalam al-Qur'an telah diutarakan oleh

    Richard Bell. Dalam komentar beliau terhadap gambaran hari pengadilan dalam al-

    Quran, beliau menyatakan penekanan perlu diberikan terhadap satu bentuk gambaran

    yang dramatik menerusi dialog berbanding dengan gaya bahasa berbentuk naratif yang

    biasa digunakan dalam mana-mana tempat dalam al-Qur'an. Gambaran dan situasi

    pekata dialog al-Qur'an dalam menyampaikan apa yang dirasai dan dilalui menerusi

    IS Idris Zakaria dan Ahmad Sunawari Long (2013), Titik Temu Antara Falsafah dan Kehidupan Praktis, International Journal OJIslamic Thought, Vol. 3: (June), h. 37-44.16 Zawawi Ismail et al. (20ll), op.cit, h. 73.

    12

  • Hasil kajian ini kelak diharapkan akan memberi sokongan dan sumbangan

    bahasa percakapan. Begitu juga teknik secara berdialog yang digunakan dalam

    menyampaikan kisah yang dilalui olehNabi Musa a.s.17

    Perbincangan di atas menunjukkan keperluan yang signifikan dan bermakna

    terhadap kajian terhadap ayat dialog yang terdapat dalam al-Qur'an. Kajian ini akan

    menjadi konseptual penting dan mustahak dalam memahami al-Qur'an berdasarkan

    bentuk penggunaan gaya bahasa ayat-ayat tersebut di samping aspek-aspek lain yang

    berkaitan dengannya berdasarkan kajian yangdijalankan.

    tambahan kepada khazanah pengetahuan ilmu-ilmu pengajian al-Qur'an dan

    perkembangannya. Ini termasuklah sumbangan terhadap pendidikan al-Qur'an,

    pendidikan bahasa al-Qur'an, balaghah, i'jiiz al-Qur'an dan komunikasi serta penulisan.

    iii. Pernyataan Masalah Kajian

    Perselisihan pendapat merupakan ketentuan Allah s.w.t dalam ciptaan manusia. Allah

    s.w.tmemberikanmanusiakebebasan untukmemilih hala tujumereka kepada kebenaran

    dan keimanan sertameninggalkan kesesatan dan syirik.18 Firman Allah;

    17 Richard Bell (1953), Introduction To The Qur'an, Edinburgh: Edinburgh UP, h. 77-78.18 Zuhayll, Wahbah al- (1991), al-TafsF al-Munlrf/at 'Aqldah. wa al-Sharl'ah wa al-Manhaj, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu'asir, j.12h.l79.

    13

  • Bahkan Allah s.w.t sebenarnya berkuasa untuk: menghimpunkan seluruh

    Maksudnya:

    Dan kalaulah Tuhan-mu (wahai Muhammad) menghendaki,tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agamayang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulahmereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telahdiberi rahmat oleh Tuhan-mu, (mereka bersatu di dalam agamaAllah); Dan untuk: (perselisihan dan rahmat) itulah Allahmenjadikan manusia. dan dengan yang demikian sempurnalahjanji Tuhan-mu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi nerakajahanam dengan sekalianjin dan manusia (yang berdosa)".

    Surah nea (11) :118-119

    manusia berpegang kepada petunjuk kebenaran jika Dia kehendaki. Firman Allah:

    Maksudnya:

    Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkanmereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidakmenghendakinya); Oleh itu janganlah engkau menjadidaripada kalangan orang-orang yang jahil.

    Surah al-An'am (6) : 35

    Perselisihan boleh membawa kepada peperangan disebabkan keengganan untuk:

    menerima kebenaran dan kecenderungan untuk: berterusan berada dalam situasi

    kekhilafan. Jika Allah kehendaki mereka tidak akan terjerumus dalam pertumpahan

    darah. Namun begitu, menerusi perselisihan akan jelaslah perbezaan mereka yang

    beriman dan mereka yang kufur. Namun semuanya tertakluk di bawah hikmat Allah

    yangMaha Berkehendak. FirmanAllah;

    14

  • Maksudnya;

    Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yangdatang kemudian daripada rasul-rasul itu tidak berbunuhbunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan(yang dibawa oleh rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah,maka timbullah di antara mereka: orang yang beriman, dan

    orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulahmereka tidak berbunuh-bunuhan; Tetapi Allah melakukan apayang dikehendaki Nya.

    Surah al-Baqarah (2) : 253

    Namun begitu faktor-faktor yang dirumuskan oleh cendekiawan Muslim

    menunjukkan bahawa perselisihan banyak membawa kepada keburukan. Bahkan faktor

    tertua dalam sejarah manusia (merujuk kepada konflik dua anak Adam a.s) adalah

    dengki dan benci.19 Konflik yang membawa kepada berlakunya pertumpahan darah

    pertama yang dicatat dalam sejarah kebangkitan manusia di atas muka bumi.

    Tantawi pula menyatakan perse1isihan sesama manusia me1ibatkan masalah

    dunia dan agama berpunca daripada faktor yang nyata dan yang tersembunyi. Antara

    faktor-faktor tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui kebenaran yang benar-benar

    sahih dan tepat dan mengutarakan bukti dan dalil bagi kebenaran itu. Faktor-faktor lain

    yang membawa kepada perselisihan kefahaman yang tidakjelas tentang sesuatu perkara

    dari keseluruhan aspek dan berdegil mempertahankan taklid buta tanpa dalil dan bukti,

    taasub dengan pendapat sendiri, dengki terhadap kelebihan yang diperoleh oleh orang

    19 Rujuk surah a1-Mii'idah (5) : 27.15

  • lain, mementingkan kepentingan peribadi tanpa mengambil kira hati orang lain, menurut

    hawa nafsu, individualistik danjiwa yang selalu merangsang ke arah keburukan.i"

    Jika dilihat daripada aspek perselisihan sebagaimana yang dibincangkan di atas,

    perbezaan pandangan yang timbul membawa kepada kesan yang negatif dalam

    kehidupan bermasyarakat. Namun begitu, dalam waktu yang sama ia membawa kesan

    yang positif. Oleh itu menjadi suatu keperluan untuk meneliti bagaimana dialog yang

    membawa persis nilai negatif ini mempunyai kesan yang positifmenerusi dialog dalam

    al-Qur'an.

    Implikasi positif terhadap perselisihan yang berlaku antara lain akan menjadi

    pemangkin kepada manusia untuk membina kekuatan dan mencipta perkembangan,

    kemajuan dan ketamadunan. al-Ulwani menyatakan perselisihan dan kepelbagaian

    pendapat bukanlah suatu yang merosakkan, ia pada hakikatnya satu cara untuk

    menggalakkan untuk berfikir dan percambahan idea yang akan membentuk kehidupan

    manusia yang lebih baik.21

    Menerusi perselisihan juga tersirat keagungan Allah dalam ciptaan manusia dan

    ia berkait rapat dengan ujian dan proses penyaringan kedudukan mereka dalam

    menjalankan tanggungjawab kepada Tuhannya, juga sebagai ruang untuk mereka

    berlumba-lumba melakukan kebaikan. Firman Allah;

    20 Tantawi, Muhammad Sayyid (2008),Adab DialogDalam Islam, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara, h.23.21'Ulwanr, Ruqayyah Taha al- (2005), Fiqh al-l;iiwiir rna 'a al-MukhdliffiOil' al-Sunnah al-Nabawiyyah, T.T.P: T.P, h. 55.

    16

  • Maksudnya:

    Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan(tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikutioleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya iamenjadikan kamu umat yang satu (bersatu dalam agama yangsatu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apayang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumbalumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramalsoleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya;Maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan

    padanya.Surah al-Ma'idah (5) : 48

    al-Qur'an sebagai wahyu yang diturunkan oleh Allah bukanlah satu bentuk

    propaganda atau doktrin untuk menghasut dan memaksa manusia dengan idea-idea yang

    menyimpang daripada fitrah kejadian, tatasusila kemanusiaan dan kemuliaan insan.

    Bahkan ia bukan teori, bukan hasil renungan-renungan para bijaksana dan failasuf,

    bukan hasil renungan insan, bukan hasil ciptaan insan sebagaimana kebudayaan itu hasil

    usaha dan daya ciptanya dalam menghadapi sekeliling.r'

    Islam adalah wahyu yang menuntut manusia untuk faham, menerima dan

    seterusnyameyakini bagi setiap sesuatu yang disampaikan. Oleh itu, pengakuan beriman

    oleh segolongan al-A 'rwl tidak diterima Allah S.w.t kerana mereka pada hakikatnya

    hanya pada peringkat penerimaan (aslamn) dan iman masih belum meresap ke dalam

    hati sanubari mereka. Firman Allah:

    .22 Attas, Syed MuhammadNaquib at- (2001), Risalah UntukKaumMuslimin. Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran danTamadun Islam (ISTAC), h.78.

    17

  • Maksudnya:

    Orang-orang al.;.A'rab berkata: "Kami telah beriman!".Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman,(janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagimeresap masuk ke dalam hati kamu". Berkatalah sahaja: "Kamitelah Islam". Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah danrasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkansedikit pun daripada pahala amal-amal kamu, keranasesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani" .

    Surah al-Hujurat (49) : 14

    FirmanAllah:

    Maksudnya:

    Wahai Rasul Allah! janganlah engkau menanggung dukacitadisebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam

    kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya:"Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman;

    Surah al-Ma'idah (5) : 41

    Tema utama al-Qur'an secara keseluruhannya membentuk keyakinan dan

    pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya. Ayat-ayat berbentuk dialog yang terdapat

    dalam al-Quran adalah sebahagian daripada bacaan-bacaan yang berperanan untuk

    mewujudkan keyakinan tersebut. Kewujudan ayat-ayat seperti ini menjadikan al-Qur'an

    tidak sahaja bergantung kepada ayat-ayat berbentuk naratif, bahkan mencakupi segenap

    bentuk gaya bahasa yang diketahui oleh ilmu bahasa dan kesusasteraan manusia.

    Mustansir menyatakan konteks dialog al-Quran tidak mempunyai perbezaan

    dengan konteks al-Quran secara keseluruhannya. Tema dan subjek utama asas dakwah

    para nabi yang meliputi pegangan berbentuk monoteisme dan ganjaran kepada amalan18

  • Tuhan.23

    baik, sikap dan hujah para nabi kepada pengikutnya, sikap mereka yang beriman dan

    kufur, teladan akhlak yang baik dan seterusnya kuasa pengadilan dan kebijaksanaan

    Kenyataan ini menunjukkan bahawa dialog yang terdapat dalam al-Quran

    merupakan salah satu aspek kalam Ilahi yang memiliki ciri-eiri tersendiri dalam

    meyakinkan manusia kepada keperluan memperhambakan diri kepada Allah. Ciri-ciri

    yang dimaksudkan dan yang tersirat dalam dialog al-Quran termasuk tema-tema yang

    berkaitan perlu kepada penelitian yang serius. Johns dalam hal ni menyebut "mengapa

    tidak sedangkan detik-detik peristiwa berkaitan Nabi Yusuf a.s sebagai eontoh seeara

    keseluruhannya telah dinyatakan dalam bentuk dialog!".24

    Penelitian terhadap kedudukan dialog dalam al-Qur'an menunjukkan dialog yang

    berlaku bukanlah terhimpun pada satu surah tertentu atau pada jumlah ayat-ayat tertentu.

    Sebahagian dialog berada seeara melata antara surah di samping kedudukannya juga

    tidaklah berdasarkan kepada susunan surah. Terdapat juga satu dialog diulang-ulang

    beberapa kali dalam beberapa surah.

    Sebagai eontoh bagi fenomena kedudukan dialog sebagaimana yang dinyatakan

    adalah dialog antara Allah S.w.t dengan iblis. Dialog ini disebut dalam surah al-A'raf (Z)

    : 12-18, surah al-Hijr (15) : 32-43, al-Isra' (17) : 61-65. Begitujuga dialog antara Allah

    s.w.t dengan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Dialog ini disebut dalam

    surah al-Baqarah (2) : 125, 127-129, surah al-Safat (37) : 102,104-105 dan surah al-Hai

    23Mustansir,M. (1992), Dialogue in theQur'an, JumalReligion & Literature, 24(1), 1-22.24 Johns,A H. (1981). "Joseph in the Qur'an: Dramatic Dialogue, Human Emotion and PropheticWisdom. Jumal Islamochristia,vol. 7, h. 29-51.

    19

  • Dalam konteks dialog para rasul yang dibangkitkan, tinjauan awal mendapati

    (22) : 26-29. Persoalan timbul kenapa dialog disusun dengan cara sebegitu di samping

    disebut dalam beberapa surah tertentu dan tidak dihimpunkan dalam satu surah sahaja.

    hanya 13 orang nabi sahaja yang didatangkan kisah perjuangan mereka ketika

    berhadapan dengan kaum mereka dalam bentuk dialog. Nabi-nabi tersebut Nabi Adam

    a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Hud a.s, Nabi Saleh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Lut a.s, Nabi

    Yusuf a.s, Nabi Zakariyya a.s dan Nabi Isa a.s. Manakala nabi-nabi lain tidak

    didatangkan kisah perjuangan mereka dalam bentuk ini. Selain daripada itu, didapati

    juga terdapat individu-individu tertentu dan binatang-binatang tertentu didatangkan

    kisah mereka dalam bentuk dialog. Kesemuanya ini membentuk persoalan bagi

    melorongkan satu kajian yang ilmiah dijalankan.

    Sesungguhnya tiada yang sia-sia dalam penciptaan Allah s.w.t terhadap apa yang

    ada di langit dan di bumi. Kesemua ciptaan Allah adalah sempurna, tertakluk dalam

    undang-undang sebab dan musabab dan bukan bersifat kebetulan.f Dialah yang

    berfirman, menciptakan, mengadakan dan membentuk rupa setiap sesuatu. Firman

    Allah;

    Maksudnya:

    Dialah Allah, yang menciptakan sekalian makhluk; Yangmengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa(makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;

    25Zaydan, 'Abd. al-Karim (1994), al-Sunan al-Ilshiyyah, Beirut: Mu'assasah al-Risalah, h.21.

    20

  • Bertasbih kepadanya segala yang ada di langit dan di bumi; DanDialah yang Maha Perkasa, Iagi Maha Bijaksana.

    Surah al-Hashr (59) : 24

    Kemudiannya Allah s.w.t jualah yang menentukan ketentuan takdir dengan

    sempurna, Firman Allah;

    Maksudnya:

    Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yangtidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutudalam pemerintahanNya; Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiapsesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu denganketentuan takdir yang sempurna.

    Surah al-Furqan (25) : 2

    Bahkan Allah s.w.t menyuruh agar ulangan kajian dijalankan bagi setiap

    ciptaanb[ya'" menggambarkan ciptaan Allah yang terkandung segala macam rahsia

    untuk diteroka. Sebahagian rahsia ciptaan dinyatakan dalam al-Qur'an seperti ciptaan

    gunung-ganangj" ciptaan bumi sebagai hamparanj" ciptaan langit yang meninggi.i" dan

    juga ciptaan segala yang ada di antara langit dan bumi.30 Allah s.w.tjugamemaklumkan

    kepada langit tentang urusan dan keperluan masing-masing." juga menjelaskan kepada

    manusia faedah air yang diturunkan olehNya,32 juga ciptaan tumbuh-tumbuhan untuk

    faedah manusia dan binatang temakannya.Y

    26 Surah aI-Mulk: (67) : 3-427 Surah al-Naml (27) : 882ll Surah Qat"(50) :719 Surah al-Ra'd (13): 230 Surah aI-I;Iaj (22): 1831 Surah Fussilat (41):1232 Surah al-Ra'd (13): 1733 Surah 'Abasa(80): 30-32

    21

  • Oleh itu, menjadi persoalan yang mendesak bagi pengkajian penggunaan dialog

    Jelas bahawa setiap sesuatu yang ada di sekeliling manusia diciptakan tiada yang

    sia-siar" Jika dalam ciptaan Allah tiada yang bersifat sia-sia, bagaimana mungkin pada

    kalamNya ada yang sia-sia. Dalam konteks bahasa tuturan manusia ia tidak bersifat

    kosong nilai sosial tetapi mempunyai tukar menukar maksud dalam konteks

    interpersonal antara seseorang dengan seseorang yang lain.

    dalam al-Quran dilakukan dengan meletakkan fokus kepada perkara-perkara yang akan

    disebut dalam objektifkajian.

    iv. Kerangka Konseptual Kajian

    Analisis wacana salah satu bentuk metode analisis kandungan dalam konteks yang lebih

    jelas." Kerangka konseptual kajian yang digunakan dalam kajian ini berasaskan

    kerangka analisis wacana yang dikemukakan oleh Teun A. van Dijk (1998). Kerangka

    ini kemudiannya telah diubahsuai dengan hanya menggunakan aras analisis teks sahaja.

    Aras analisis teks wacana meliputi tiga peringkat. Peringkat pertama analisis

    struktur makro (tematik), peringkat kedua analisis superstruktur (skematik) manakala

    peringkat ketiga pula analisis struktur mikro (gaya bahasa). Kerangka konseptual kajian

    ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam RAJAH P.l.

    34 Surah Ali 'Imran (3) : 19135 Dijk, Teun A. van (1983), Discourse Analysis: Its Development and Application to the Structure of News, Journal ofCommunication, Spring 1983 Volume 33:2, h. 20-43.

    22

  • Rumusan

    (KerangkaIModel)

    RAJAH P.l Kerangka Konseptual Kajian Yang Telah Diubahsuai

    Dialog Dua Halaal-Qur'an

    StrukturMakro

    (Tematik)

    Superstruktur(Skematik)

    StrukturMikro

    (Gaya Bahasa)

    vi. ObjektifKajian

    Objektifkajian ini adalah;

    1. Mengenal pasti struktur makro (tematik) yang terdapat dalam ayat . dialog dua

    hala al-Quran,

    2. Menghalusi superstruktur (skematik) yang terdapat dalam setiap dialog dua hala

    al-Qur'an.

    3. Menganalisis struktur mikro (gaya bahasa) dalam ayat dialog dua hala al-Quran.

    vii. Persoalan Kajian

    Berdasarkan objektif yang telah dikemukakan, persoalan kajian ini adalah seperti

    berikut:

    23

  • 1. Apakah strukturmakro (tematik) dalam ayat dialog al-Quran ?

    2. Bagaimanakah superstruktur (skematik) dalam ayat dialog al-Quran?

    3. Apakah struktur mikro (gaya bahasa) dalam ayat dialog al-Quran ?

    viii. Kepentingan Kajian

    Dialog merupakan satu bentuk komunikasi yang unik dalam meyakinkan manusia

    tentang kewajipan memperhambakan diri kepada Allah. Secara amnya, kajian berkaitan

    dialog ini merupakan sumbangan yang dihasilkan bagi memperkayakan lagi khazanah

    pengajian al-Qur'an. Sumbangan ini kelak diharapkan akan melengkapkan lagi dapatan

    yang signifikan bagi melengkapkan lagi kajian berkaitan al-Qur'an khasnya di Malaysia.

    Kajian ini akan menemukan tema-tema utama yang menjadi teras kepada dialog

    al-Qur'an. Tema-tema yang dikemukakan akan memberikan sumbangan kepada bidang

    tafsir al-Qur'an khasnya tafsir tematik (mawdii'l). Tema-tema ini seterusnya diharapkan

    akanmenjadi asas dalam berdialog khasnya dalam rangka kehidupan bermasyarakat.

    Menerusi kerangka dan model yang dikemukakan, para guru boleh

    memanfaatkan model yang dikenal pasti dalam pengajaran mereka. Mereka boleh

    merancang bentuk dialog yang akan digunakan dalam pengajaran dengan menjadikan

    model yang dikenal pasti sebagai kerangka utama. Berdialog dengan pelajar perkara asas

    dalam pengajaran dan sepatutnya ia dibina berdasarkan kepada pengetahuan dan

    perancangan yang teliti. Ini bertepatan dengan kaedah al-Qur'an yangjelas menekankan

    24

  • soal penguasaan ilmu pengetahuan sebelum melakukan segala amalan apabila

    mendahulukan ayat (Aill'!

  • antara seorang pendakwah dengan golongan sasaran. Namun dalam apa jua situasi

    dakwah, pendakwah tidak akan boleh lari dari berkomunikasi. Bahan-bahan sokongan

    yang dibina dan digunakan tidak akan tercapai objektif penggunaannya jika seorang

    pendakwah itu gagal membina dialog yang berkesan dengan golongan sasaran.

    Seterusnya kajian ini juga akan memanfaatkan dunia penulisan bahan bacaan.

    Menerusi dapatan kajian yang dijalankan, para penulis boleh mengambil manfaat

    bagaimana hendak menghasilkan sesuatu bentuk tulisan dialog yang berdasarkan teknik

    al-Qur'an, Bentuk permulaan, pertengahan dan penutup termasuk cara olahan sesuatu

    cerita dilakukan. Begitu juga disiplin yang ada dalam mempersembahkan watak, tema

    tema yang perlu menjadi keutamaan dan juga gaya bahasa serta faktor-faktor untuk

    memulakan dialog dalam mana-mana penulisan boleh dijadikan pedoman agar ia

    dipersembahkan dengan bersandarkan gaya dan teknik al-Qur'an.

    Antara elemen utama dalam pengajian al-Qur'an kajian berbentuk i 'jaz al

    Qur'an. Menerusi kajian yang dikemukakan, ia memperlihatkan bentuk penggunaan

    skema dan gaya bahasa yang digunakan dalam dialog al-Qur'an. Dapatan seperti ini

    akan memperkayakan lagi hasil penulisan ilmiah berkaitan i 'jaz al-Qur'an yang menjadi

    kekuatan utama al-Qur'an itu sendiri.

    v. Metodologi Kajian

    Berikut perbincangan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini. Ia meliputi

    reka bentuk kajian, data kajian dan prosedur analisis data.

    26

  • a. Reka Bentuk Kajian.

    Analisis wacana merupakan kaedah penyelidikan kualitatif." Kajian ini juga berbentuk

    deskriptif iaitu memberikan gambaran tentang keadaan yang sedia ada.40 Menerusi

    kajian ini, perbincangan berkaitan dialog dua hala dalam al-Qur'an dengan

    menggunakan kerangka kajian Teun A. van Dijk yang telah diubah suai dilakukan.

    Kerangka yang digunakan meliputi tiga aras iaitu aras struktur makro (tematik),

    superstruktur (skematik) dan strukturmikro (gaya bahasa). Laporan dapatan kajian yang

    dikemukakan berdasarkan aras yang dinyatakan.

    Pemilihan kerangka dengan pengubahsuaian ini dibuat berdasarkan aras analisis

    yang ditetapkan bebas dari sebarang unsur penuangan falsafah kemanusiaan dalam

    pekata dan dialog yang dikemukakan. Ciri ini penting kerana data utama kajian ini

    dialog dua hala al-Qur'an. Data merupakan wahyu ilahi yang bebas daripada sebarang

    bentuk kepentingan kemanusiaan dan menerapan nilai falsafah serta pemikiran yang

    yang dibina dan dihasilkan oleh pemikiran manusia.

    Berbanding dengan kerangka lain yang sedia ada dalam praktis analisis wacana,

    antara ciri yang menjadi aspek penilaian adalah aspek pegangan dan aliran pemahaman

    sedia ada oleh pembikin teks sehingga sebuah teks itu dihasilkan dalam bentuk yang

    diinginkan. Dengan kata lain, watak individu yang dibina dalam sebuah hasil penulisan

    bukan watak yang hakiki. Ia merupakan watak yang dibina berdasarkan keinginan

    penulis yang pastinya digarapkan dengan pelbagai falsafah, sifat dan sikap dengan

    semahunya bagi mencapai objektifpenulisan tersebut..

    39 Gubrium, Jaber F and James A. Holstein ([992), "Qualitative Methods", dalam Encyclopedia of Sociology, Vol. 3. New York:Macmillan Publishing, h.IS77.40 Syed Arabi Aidid (2002), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.38

    27

  • h. Data Kajian.

    Data diperoleh menerusi analisis yang dijalankan kepada keseluruhan kandungan al-

    Qur'an. Sebanyak tiga kali bacaan telah dilakukan. Menerusi bacaan yang dilakukan,

    data-data iaitu ayat-ayat yang berbentuk dialog dua hala dikeluarkan. Bacaan terakhir

    berperanan sebagai semakan terhadap data yang telah dikumpulkan. Berdasarkan

    analisis yang dijalankan, sebanyak 179 dialog telah dikumpulkan.

    c. Prosedur Analisis Data.

    Data yang diperoleh dianalisis secara berperingkat. Peringkat-peringkat tersebut

    1. Memastikan data yang dikeluarkan menepati bentuk dialog yang

    dikehendaki iaitu dialog yang berbentuk dua hala.

    ii. Memastikan kaedah memotong ayat-ayat yang berkaitan dilakukan

    dengan betul agar menepati tiga ciri utama iaitu ayat pembukaan atau

    permulaan dialog dan ayat penutup atau dialog terakhir yang terdapat

    dalam surah-surah berkaitan. lni penting supaya dialog tersebut dapat

    difahami dengan cara yang menyeluruh.

    41 Peringkat-peringkat ini dibina berdasarkan langkah-Iangkah yang terdapat dalam buku Kaedah Penyelidikan Sains Sosial olehSabitha Marlean dengan pengubahsuaian. Langkah-Iangkah yang dieadangkan adalah teori dan keadaan yang menyarankanpemilihan teks-teks yang tertentu, melaksanakan pemilihan sampel sekiranya terlalu banyak untuk dianalisis, membangunkan satukod dan nyatakan seeara jelas untuk kod tersebut. Ia harus menepati teori dan bahan-bahan sedia ada, lakukan pra kajian danpenyesuaian yang perlu dan nyatakan secara eksplisit peraturan-peraturan untuk membuat kod, laksanakan ujian kebolehpercayaanke atas ked-ked yang dibangunkan, kod semua bahan dalam sampel dan laksanakan kajian kebolehpereayaan untuk keseluruhanproses, wujudkan satu fail data untuk tujuan analisis statistik dan wujudkan buku kod yang merangkumi rasional untuk mengekod,kekerapan semua kod dan kebolehpercayaan proses mengekod. Lihat Sabitha Marlcan (2005), Kaedah Penyelidikan Sains Sosial,Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, h.173.

    28

  • lll. Mengasingkan ayat dialog tersebut dengan melakukan ceraian kepada

    tiga asas iaitu ayat yang menggambar aksi pekata, ayat berbentuk dialog.

    pekata dan ayat yang berbentuk ulasan. lni dilakukan agar hanya ayat

    yang menjadi dialog pekata al-Qur'an sahaja yang dianalisis.

    iv. Data yang telah siap dilakukan ceraian kemudiannya dimasukkan ke

    dalam perisian QSR Nvivo 8. la kemudiannya dianalisis berdasarkan

    kategori yang telah ditetapkan berdasarkan kerangka kajian.

    Data dianalisis dengan melakukan kajian perpustakaan. Analisis kandungan

    dilakukan dengan berpandukan rujukan kepada bahan-bahan bercetak yang berkaitan.

    Bahan bercetak terdiri daripada buku-buku tafsir yang muktabar, buku-buku, jurnal-

    jurnal dan sumber-sumber rujukan yang terdapat pada laman-laman sesawang yang

    berkaitan. Bagi memaksimumkan faedah bagi kajian ini, dua saranan yang dicatatkan

    oleh Syed Arabi Aidid dijadikan panduan. Dua saranan tersebut membuat tinjauan

    teratur yang berkaitan dan mendapatkan pandangan daripada sesiapa yang mempunyai

    pengetahuan atau yang dapat memberikan gambaran yang lebih tentang bidang yang

    diterokai.f

    Memandangkan kajian berasaskan analisis wacana merupakan kajian yang

    melihat data secara global, pengkaji akan menggunakan pendekatan kuantitatif dan

    kualitatif dalam menganalisis data. Ini bersesuaian dengan pandangan Sabitha Marican

    yang mendefinisikan kajian analisis kandungan sebagai satu penghuraian yang objektif,

    sistematik dan kuantitatif bagi satu kandungan yang tersurat (manifest content) yang

    terdapat dalam bentuk komunikasi yang merupakan mesej yang telah dicetak.disiar atau

    42 Syed Arabi Aidid (2002), op.cit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka h. 38.29

  • digambarkan.Y Menurut King et al. dan Neuman, kajian yang terbaik adalah kajian yang

    mengabungkan eiri-eiri yang terdapat pada kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif."

    Kedua-dua pendekatan ini dilakukan terhadap data yang diperolehi berdasarkan aras

    kerangka kajian sebagaimana yang telah dinyatakan.

    d. Aras dan Pendekatan Analisis

    Proses analisis yang dijalankan adalah berdasarkan teori induktif. Ia satu proses yang

    logik yang memberikan penjelasan yang umum berdasarkan pemerhatian yang

    spesifik.l'' Berikut adalah pendekatan yang digunakan bagi setiap aras analisis;

    I. Aras StrukturMakro (Tematik)

    Pendekatan analisis aras ini pendekatan kualitatif. Analisis yang dilakukan

    berdasarkan kaedah tafsir tematik yang dikemukakan oleh al-Atrash, Menurut beliau al-

    Tafslr al-Mawdii'[ sebagai suatu tafsir yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah

    berikut46,

    I. Pengumpulan ayat-ayat yang berselerakan kedudukannya

    11. Melakukan pengolahan dengan eara yang tersusun.

    111. Membentuk satu tema menerusi ayat-ayat dan pengolahan yang

    dilakukan.

    IV. Menyertakan keterangan makna seeara umum yang membantu

    kesempurnaan tema perbineangan.

    43 Sabitha Marican (2005), op cit, h.170.44 NeumanW. Lawrence (2011), Social Research Methods: Qualitative andQuantitative Approaches. USA: Pearson, h.212.4S Sabitha Marican (2005), op.cit, h. 18.46 Atrash, Mahmud Ahmad Sa'Jd al- (2008), al-Wibdah al-Mawdiityyahfial-Qur 'fin al-Karim wa al-Strah al-Qur'iiniyyah,Iskandariyyah: Dar al-Qimmah, h.16.

    30

  • Analisis jugamengambil kira teknik analisis kandungan ketara (manifest content)

    dan analisis kandungan tidak ketara (latent content). Ini dilakukan menerusi rujukan

    kepada kitab-kitab tafsir yang berautoriti. Kedua-dua ini dilaksanakan agar ia

    mempunyai bukti kukuh bahawa dapatan kajian ini menepati ciri-ciri kesahan.V

    II. Aras Superstruktur (Skematik)

    Analisis aras ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

    Pendekatan kualitatif digunakan bagi mengenal pasti skema yang ada pada dialog dua

    hala dalam al-Qur'an berdasarkan teori skematik yang dikemukakan oleh Teun A. van

    Dijk (1988).48 Elemen-elemen skema yang telah dikenal pasti tersebut akan menjadi

    platform kepada pendekatan kuantitatif. Dalam konteks analisis kandungan berdasarkan

    skema, setiap kandungan yang dikaji akan dihitung secara kekerapan.Y Hasil analisis

    pendekatan ini dikemukakan dalam bentukjadual, gambar rajah dan perkiraan statistik"

    III. Aras StrukturMikro

    Pendekatan analisis aras ini pendekatan kualitatif. Analisis yang dilakukan

    berdasarkan kaedah al-Tafs]: al-TablIUyang dilihat menerusi dua aspek iaitu al-TablIl

    al-Lughawldan al-Tablll al-Baliighlyang dikemukakan oleh al-Mitwalli. Menerusi al-

    TablIl al-Lughawl; dua bentuk analisis diberikan penekanan. Analisis pertama cara

    sebutan dan bacaan, manakala analisis kedua pula penggunaan perkataan. al-Tabhl al-

    47 Sabitha Marican (2005), op.cit, h.171.48 Dijk, Teun A. (1988), News as Discourse. Hillsdale: Lawrence Erlbaum Associates. h. 69; Dijk, Teun A. News Schemata,http://www.discourses.org/OldArticleslNewso/020Schematapdf, (19 Januari 2014).49 Syed Arabi Aidid (2002), op. cit, h. 106.50 Sabitha Marican (2005), op.cit, h.IS.

    31

  • BalligQlpula dilakukan menerusi tiga jenis ilmu dalam pengkajian ilmu balaghah iaitu

    Ilmu al-Ma 'lifl1: Ilmu al-Bayiin dan Ilmu al-Badp.51

    ix. Batasan Kajian

    Kajian ini hanya akan hanya berkaitan dengan semua ayat al-Quran yang berbentuk

    dialog dua hala sahaja. Dialog sehala tanpa wujudnya soal jawab antara dua pekata atau

    lebih tidak termasuk dalam kajian ini. Perbincangan kajian akan meliputi aspek yang

    disebut dalam objektifkajian sahaja.

    x. Definisi Istilah

    Bahagian ini mengemukakan beberapa istilah yang. digunakan dalam kajian ini

    berdasarkan tajuk yang dikemukakan. Ini membolehkan penyelidik mempunyai

    kefahaman dan pengertian yang jelas bagi setiap sesuatu yang dibincangkan. Oleh itu

    penyelidik mengemukakan definisi-definisi berkaitan istilah yang digunakan dan di

    akhirnya definisi yang digunakan dalam kajian yang dilaksanakan ini dikemukakan.

    a. Wacana Komunikasi

    Wacana komunikasi merupakan istilah gabungan yang terdiri daripada perkataan wacana

    dan komunikasi. Menurut Asmah 'wacana' (discourse) sebagai satu unit bahasa yang

    melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdirl daripada ayat, sejumlah ayat,

    ceraian, bab, buku, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan

    SI Mitwalli, Sabri al- (2003), al-Tafs]:al-Tabli]lfal-Qur'iin ai-Karim, Kaherah: Maktabah Zahra' al-Sharq, h. 14.32

  • hubungan di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di

    dalarnnya.f

    Idris pula menyatakan wacana sebagai satuan bahasa yang lengkap yang benar

    benar digunakan untuk komunikasi dan mempunyai maksud.r' Definisi-defmisi yang

    dikemukakan menunjukkan bahawa semua hasilan bahasa dikira sebagai wacana apabila

    ia terbentuk sama ada dalam bentuk ucapan, ungkapan atau catatan selagi mana ia

    bermaksud dan bermakna.

    Komunikasi pula perkongsian dan penyesuaian sekumpulan lambang yang

    bermaklumat. Ini bermakna semua bentuk komunikasi mempunyai tujuan dan matlamat

    untuk berhubung dengan orang lain. Perhubungan ini kemudiannya membina perubahan

    pada pengetahuan, sikap atau tindakan orang-orang yang terlibat dalam proses

    komunikasi.54 Komunikasi bukan hanya terhad kepada hubungan individu dengan

    individu semata-mata, tetapi juga berfungsi sebagai agen perantara zaman ke zaman.

    Tanpa komunikasi yang berlaku dari zaman ke zaman (melalui individu yang bertindak

    sebagai agen komunikasi), tidak akan wujud koheren bangsa atau khazanah sesuatu

    peradaban.f

    Dalam kajian ini wacana komunikasi adalah merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an

    yang berbentuk komunikasi secara berdialog. Wacana komunikasi ini berlangsung

    antara pekata-pekata tertentu dengan perkongsian maklumat yang sejajar dengan tema-

    tema yang tertentu.

    sz Asm3b Haji Omar (1980), Analisis Wacana (Bahagian Pertama). Jurna/Dewan Bahasa 24(3):11-25.S3 Idris Arnan (2010), Ana/isis Wacana, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia h. 12.Sol Muhamad Mufid (2007}, op.cit, h. 4.ss TuanNurizan Raja Yunus (2006), Komunikasi Dan Sastera, Jurna/PengajianMediaMalaysia, Vol. 8, No.1, 2006, h. 109-124.

    33

  • h. al-Qur'an

    al-Qur'an adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan

    lafaz dan maknanya, diriwayatkan secara mutawatir, yang terbukti benar secara

    sepenuhnya dan yakin, ditulis dalam mashaf-mashaf dari awal surah al-Fatihah sehingga

    surah al_Nas.56 Buku-buku atau catatan-catatan yang tertulis padanya al-Qur'an tetapi

    tidak lengkap daripada surah al-Fatihah hingga surah al-Nas tidak dikira sebagai al-

    Qur'an. Iamempunyai banyak nama. Antara nama-nama tersebut adalah al-Furqiin,57 al-

    TanZll,s8 al_Zikr59 dan al_Kitab.60

    Dalam kajian ini al-Qur'anmerujuk kepadamashaf" yang ada padanya ayat-ayat

    al-Qur'an yang lengkap dan disepakati kesahannya. Secara khususnya mashaf yang

    dijadikan sandaran adalah yang dicetak di Majma' al-Malik Fahd li Tiba 'ah al-Mushaf

    al-Sharif di al-Madinah al-Munawwarab 1428H dan ditulis oleh pakar khat 'Uthman

    Taha.

    c. Dialog Dua Hala

    Menurut Kamus Dewan, dialog adalah kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak

    dalam drama; fiksyen atau karya sastera dalam bentuk perbualan; perbincangan atau

    perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. Berdialog pula

    56 Abu Shahbah, Muhammad (1987), al-MadkhalliDirasat al-Qur'fin al-Karm, Kaherah: Maktabah a1-Sunnah, h. 3.51 Surah Ali 'Imran (3) : 4; surah al-Furqan (25) : 1.58 Surah al-Shu'ara' (26) : 192-193.59 Surah al-Hijr (15) : 9 ; surah al-Nahl (16) : 44.60 Surah al-Baqarah (2): 2; surah al-Dukhan (44): 2.61 Abu Bakar r.a ketika mengarahkan pengumpulan aI-Qur'an, para penulis telah menulisnya di atas kertas. Beliau berkata; "carikansatu nama". Sebahagian penulis mencadangkan agar diberi nama Iojil, namun mereka tidak menyukainya kerana Iojil merujukkepadaNasrani. Kemudian dicadangkan nama al-Sifr, namun mereka tidakmenyukainya kerana Yahudi menamakan kitab Taurat atSift. Maka Abdullah bin Mas'ud berkata; "Aku melihat di Habshah satu kitab yang dinamakan mashaf'. Maka mereka menamakanmashaf. Lihat Ibn 'Ashiir, Muhammad al-Tahir bin Muhammad (1984), Tqfsir al-Ta/.Irir wa al-Tanwir, Tiinis: al-Dar al-Tunisiyyah,j.l h.73-74.

    34

  • mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka.62 Di

    dalam Qamus al-Tullab dan Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, dialog dalam bahasa

    Arab merujuk kepada perkataan al-ljiwiir.63

    Dialog adalah berfikir secara bersama64 menerusi bertukar-tukar pandangan.f

    Proses bertukar-tukar pandangan yang berlangsung menerusi dialog menunjukkan

    perlunya ada beberapa pihak supaya proses berdialog itu sempurna. 'Abbas Mahjub

    menyatakan dialog merupakan proses bersemuka dan bertukar tikiran di antara individu

    dengan dirinya ataupun antara individu dengan pihak yang lain. Ia merupakan sifat

    kemanusiaan yang berlandaskan perkataan yang diucapkan bagi tujuan pihak lain

    memberi respons dan mendengar kepadanya walaupun perkataan tersebut tidak sesuai"

    Dalam kajian ini dialog dua hala merujuk kepada pola ayat yang berbentuk

    perbualan dua hala yang terdapat dalam ayat al-Qur'an. Pola ayat perbualan ini

    melibatkan dua pihak atau lebih. Mereka berdialog dan bertutur dalam rangkaian yang

    teratur dalam bertukar-tukar pandangan, memberi respon atau hujah. Pihak-pihak yang

    berkaitan adalahmerujuk kepada pekata-pekata yang terdapat dalam al-Qur'an sahaja.

    xi. Kajian Berkaitan

    Berikut perbincangan berkaitan kajian-kajian yang berkaitan dengan dialog dalam al-

    Qur'an yang telah dijalankan di dalam negara dan luar negara.

    62 Teuku Iskandar etai, (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Noresah, Baharom (eds), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,h.348.

    .

    63 Hussain Unang (1997), Qiimii'i al-Tullib, Kuala Lumpur: Dar al-Fikr, h.447; Othman Khalid et al, (2006), Kamus Besar ArabMelayu Dewan, Wan Abd. Hamid Wan Teh (eds), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.541.64Martin, Daniel (2005), "The Role ofDialogue in the NacchoMappTool." Public Health Management Practice 11.5, h. 415-17.

    65 'All (2008), op.cit, h. 9.66 'Abbas Mal;tjiib (2006), al-Hikmah wa al-Hiwir, Irbid: 'Alam al-Kutub al-l;Iadith, h.l35.

    35

  • a. Kajian Dalam Negara

    1. Latihan ilmiah oleh Normazila Binti Daud di Akademi Pengajian Islam Universiti

    Malaya bertajuk Dialog Dalam al-Qur'an: Satu Kajian Terhadap Dialog Nabi Nuh a.s

    Dengan Kaumnya Supaya Beriman Kepada Allah (1996).

    Kajian yang dikemukakan di atas memfokuskan kepada sejarah perjuangan Nabi

    Nuh a.s dan tema dakwah yang dibawa baginda menerusi dialog yang berlaku dengan

    kaumnya. Manakala kajian yang dikemukakan oleh pengkaji merupakan kajian yang

    meletakkan fokus kepada seluruh dialog dua hala para rasul a.s dan respons yang

    diberikan oleh kaumnya. Kajian yang dikemukakan ini juga tidak menjadikan aspek

    persejarahan sebagai aspek utama. Daripada aspek tema, kajian lebih fokus kepada

    aspek kesatuan tema terhadap keseluruhan dialog dua hala al-Qur'an.

    2. Latihan ilmiah oleh Rosmawati binti Ibrahim di Akademi Pengajian Islam Universiti

    Malaya bertajuk Dialog Dalam al-Qur'an: Kajian Dialog Nabi Musa a.s Menyeru

    Kaumnya Supaya Beriman KepadaAllah (1997).

    Kajian membincangkan dialog Nabi Musa a.s dengan kaumnya sepanjang

    dakwah yang dijalankan oleh baginda. Kajian meliputi aspek persejarahan Nabi Musa

    a.s, menyusun dialog yang berlaku berdasarkan kronologi dan memberikan huraian

    terhadapnya. Kajian diakhiri dengan meletakkan tema yang terdapat dalam dialog yang

    berlaku antara Nabi Musa a.s dengan kaumnya dan juga saranan kepada masyarakat

    berdasarkan dapatan kajian.

    36

  • Manakala dalam kajian yang dikemukakan oleh pengkaji ini, kajian lebih fokus

    kepada aspek kesatuan tema terhadap dialog dua hala al-Qur'an yang tidak hanya

    tertumpu pada dialog Nabi Musa a.s sahaja. Kajian akan melihat konteks dialog yang

    lebih menyeluruh dengan dialog dua hala Nabi Musa a.s sebagai salah satu data yang

    digunakan. Aspek skema dialog yang berlangsung dan unsur-unsur gaya bahasa yang

    digunakan pekata-pekata menerusi dialog yang digunakan.

    3. Tesis Ijazah Doktor Falsafah oleh Munif Zarirruddin Nordin di Fakulti Bahasa dan

    Linguistik, Universiti Malaya yang bertajuk Bahasa Kepimpinan Rasulullah s.a.w;

    Satu Analisis Wacana Khutbah Ghazawiit al-Rasiil (2008).

    Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan hubungan antara komponen bahasa

    kepimpinan Rasulullah s.a.w dengan elemen analisis wacana. Kajian ini menunjukkan

    Rasulullah s.a.w berjaya meninggalkan kesan iman daripada segi perubahan dan

    peningkatan diri para sahabat. Kajian juga mengemukakan dapatan yang menunjukkan

    kemahiran linguistik Rasulullah s.a.w dalam menggunakan bahasa yang efektifmenerusi

    pemilihan bahasa dan nilai balaghah, penyampaian makna, memahami konteks dan

    situasi. Kajian juga menunjukkan tahap penguasaan baginda yang tinggi dalam sisipan,

    wacana juga kejayaan baginda dalam memberikan inspirasi sosial.

    Kajian yang dikemukakan di atas merupakan analisis yang dilakukan kepada teks

    khutbah Rasulullah s.a.w dengan menggunakan kerangka analisis wacana yang

    dikemukakan oleh Fairclough (1998). Berbeza dengan kajian ini, kajian akan

    menggunakan kerangka analisis wacana yang dikemukakan oleh Teun A. van Dijk

    (1988) dengan data yang digunakan adalah dialog dua haladalam al-Qur'an.

    37

  • 4. Tesis Ijazah Doktor Falsafah oleh Ahmad Fikri bin Haji Husin di Fakulti Bahasa dan

    Linguistik, Universiti Malaya yang bertajuk Wacana Cerita Dalam al-Qur'an: Satu

    Kajian Dalam Surah al-Kahf(2010).

    Kajian ini membincangkan watak, peristiwa, motif cerita, penggunaan perkataan

    dalam wacana cerita, ciri-ciri dialog lisan dan beberapa aspek balaghah. Fokus diberikan

    kepada dua kisah sahaja iaitu kisah Abiib al-Kahf dan kisah Zulqarnayn. Manakala

    kajian yang dikemukakan oleh pengkaji merupakan satu kajian yang tidak terikat dengan

    cerita-cerita tertentu. Ia lebih menyeluruh dengan mencakupi seluruh ayat yang

    berbentuk dialog dua hala. Dalam waktu yang sama, usaha untuk menggabungkan dua

    bentuk disiplin ilmu iaitu penggunaan kerangka analisis wacana dan ilmu-ilmu dalam

    tafsir al-Qur'an cuba diketengahkan.

    h. Kajian Luar Negara

    1. Tesis sarjana oleh Ma'iin Mahmud 'Uthman Damrah di An-Najah National

    University, Palestin bertajuk al-HiwfirIIal-Qur 'fin (2005).

    Kajian di atas lebih meletakkan fokus terhadap disiplin dan adab dalam

    berdialog. Usaha untuk memberikan tafsiran terhadap ayat-ayat tertentu sebagai bukti

    bahasa al-Qur'an mementingkan dialog peradaban juga dijalankan. Kajian berbeza

    dengan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji kerana unsur-unsur adab dan dialog

    daripada perspektif peradaban tidak menjadi objektif utama dalam kajian. Manakala

    dialog yang dijadikan data kajian tidak hanya terbatas kepada dialog-dialog tertentu

    sahaja Bahkan iameliputi seluruh dialog dua hala yang terdapat dalam al-Qur'an.

    38

  • 2. Latihan Ilmiah oleh Wahyu Hartono di Fakultu Usuludin, UIN Suna Kalijaja,

    Yogyakarta bertajuk Karakteristik UslubMuhawarah Dalam al-Qur'an (2009).

    Kajianmemfokuskan kepada dialog yang berlaku kepada Nabi Nuh a.s. Pengkaji

    kemudiannya menyimpulkan karakteristik gaya bahasa al-Muhawarah kepada enam iaitu

    keberagaman dialog, penyandaran pada rasio, penegakan prinsip keadilan dalam

    perselisihan, pembatasan dan penjelasan maksud dialog, sikap lemah lembut terhadap

    kelompok yang dikalahkan, dan pembatasan objek kajian.

    Kajian yang dikemukakan di atas juga lebih fokus terhadap adab-adab dalam

    berdialog. Kajian ini berbeza dengan kajian yang dikemukakan ini keranameliputi tema

    tema yang terbentuk daripada keseluruhan dialog dua hala serta usaha untuk melihat

    bagaimana tema itu dikemukakan menerusi aspek skema yang digunakan dan gaya

    bahasa yang dijadikan kekuatan dalam berdialog.

    Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan di atas, didapati kajian-kajian

    yang telah dijalankan tersebut berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji

    sebagaimana yang telah dijelaskan. Secara kesimpulannya, kajian ini memberi tumpuan

    kepada bentuk dialog dua hala sahaja dengan analisis yang dikemukakan berdasarkan

    analisis wacana. Menerusi kajian ini juga, usaha membuat rumusan dengan membina

    model dialog berasaskan dialog dua hala al-Qur'anjuga dikemukakan.

    Manakala kajian-kajian yang telah dijalankan berkaitan dialog dalam al-Qur'an

    seperti yang disenaraikan di atas dijalankan tanpa meletakkan jenis dialog yang dipilih.

    Dalam waktu yang sama kajian-kajian tersebut hanyameliputi aspek persejarahan, tema,

    39

  • kronologi dialog yang disusun semula, disiplin-disiplin yang perlu ada berdialog dan

    adab-adab berkaitan.

    xii. Penutup

    Kajian ini merupakan usaha untuk meneliti al-Qur'an daripada aspek wacana

    komunikasi dengan fokus khusus diberikan kepada ayat dialog dua hala. Menerusi

    perbincangan yang telah dikemukakan, penjelasan awal telah diberikan berkaitan dialog

    dan kedudukannya dalam konteks al-Qur'an serta kepentingannya sebagai satu bentuk

    komunikasi yang paling asas. Dalarn waktu yang sarna, perbincangan berkaitan

    kerangka analisis dan metodologi yang diguna pakai dalarn menganalisis data

    berdasarkan kerangka tersebut dikemukakan. Definisi-definisi berkaitan tajuk yang

    dipilih juga dibincangkan bagi memberikan gambaran asas kepada penyelidikan yang

    dijalankan.

    40

  • BABI

    DEFINISI KONSEP

    1.1 PENDAHULUAN

    Bab ini mengemukakan sorotan penulisan berkaitan dialog sebagai salah satu bentuk

    komunikasi. Perbincangan meliputi dialog sebagai satu aspek komunikasi, konsep

    dialog, penekanan al-Qur'an terhadap kepentingan dialog, elemen-elemen yang perlu

    ada dalam berdialog, definisi dialog daripada aspek bahasa, istilah dan juga dialog

    dalam konteks maksud yang digunakan dalam al-Qur'an, skema binaan sebuah dialog,

    jenis-jenis dialog dan juga prinsip-prinsip yang perlu ada dalam berdialog.

    Perbincangan bab ini juga meliputi sorotan analisis wacana dan tujuannya serta

    kerangka yang digunakan dalam kajian ini iaitu kerangka analisis wacana yang

    dikemukakan oleh Teun A. van Dijk (1998). Konsep penerapan kerangka kajian dan

    kombinasi yang dilakukan dengan kerangka teori yang digunakan juga dikemukakan.

  • 1.2 KOMUNIKASI DAN DIALOG

    Komunikasi merupakan perlakuan atau proses untuk berhubung, bertukar-tukar fikiran,

    maklumat dan idea menerusi ucapan, penulisan dan sebagainya. Ia berkaitan dengan

    proses perkongsian, bertukar-tukar ataupun pemindahan sesuatu maklumat.1 Untuk

    melayakkan manusia melakukan proses yang berlaku menerusi komunikasi, Allah S.w.t

    telah mengurniakan kepada manusia kebolehan untuk mendengar, melihat serta hati

    akal pemikiran. Firman Allah;

    Maksudnya:

    Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengankeadaan tidak mengetahui sesuatu pun; Dan Diamengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatanserta hati akal fikiran) supaya kamu bersyukur.

    Surah al-Nab.l (16) : 78

    Kemudian Allah s.W.t mengajar kepadanya al-Bayiin iaitu suatu kemahiran

    untuk berkomunikasi menerusi bertutur (al-Nutq) dan berbicara (al-Kaliim)? Firman

    Allah;

    Maksudnya:Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberidanmenerima kenyataan.

    Surah al-Rahman (55) : 4

    J William et.al (1999), Communication: Making Connection, Boston: Allyn and Bacon,hA.2 Andalus], 'Abd al-Haq bin Ghalib al- (2001), al-Mubarrar al-WajiZjfTafsir al-Kitsb al- 'AziZ. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah,j. 5 h. 223. ; Tabari, Muhammad bin Jarir al- (2000), Jiimi' al-Bayiin jf Tawi? al-Qur'in, Muhammad Shakir (ed), Beirut:Mu'assasah al-Risalah, j.22 h.8. ; Ibn Juzay, Muhammad bin Ahmad (1416H), al-Tashii li 'Ulim al-Tanzll. 'Abdullah al-Khalidi(ed), Beirut: Syarikah Dar al-Arqam bin Ab] al-Arqam,j. 2 h. 327.

    42

  • Kurniaan yang dinyatakan dalam ayat di atas mencakupi isyarat-isyarat seperti

    kerlingan mata dan anggukan kepala. Ia kemudiannya dibekalkan lagi dengan

    kesediaan untuk mempelajari dan diilhamkan kepadanya bahasa untuk berhubung.'

    Firman Allah;

    Kemudian Allah s.w.t telah mengajar manusia (Adam a.s) nama-nama

    seluruhnya. Penguasaan nama-nama ini diakui dan diiktiraf oleh para malaikat apabila

    mereka sendiri tidak mampu untuk menandingi kemampuan dan penguasaan nama-

    nama tersebut oleh Nabi Adam a.s. Firman Allah;

    Maksudnya:

    Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala namabenda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepadamalaikat lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu namabenda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

    Surah al-Baqarah (2) : 31

    Anugerah-anugerah yang dinyatakan di atas merupakan keupayaan asas untuk

    berkomunikasi kepada manusia. Anugerah ini menjadikan manusia menghabiskan

    sebahagian besar masa mereka dengan berinteraksi menerusi bercakap, mendengar,

    menonton, membaca, menulis dan berdoa." Di samping itu, mereka perlu bertanya

    kepadamereka yang mengetahui jika mereka tidak mengetahui. Firman Allahr'

    3 Ibn 'Ashur, Muhammad al-Tahir bin Muhammad (1984), TajsJr al-Tabri: wa al-Tanwlr, Tunis: al-Dar al-Tunisiyyah, j. 27, h.233.4 SaodahWok et al. (2003), Teori-Teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd., h. 3.5 Rujukjuga surah al-Anbiya' (21) : 7.

    43

  • Maksudnya:

    Maka bertanyalah kamu kepada orang-orang yangberpengetahuan jika kamu tidakmengetahui.

    Surah al-Nahl (16) : 43

    Manusia berkomunikasi untuk menyampaikan pendapat dan perasaan,6

    menyatakan apa yang terbuku dalam diri, dan memberi faham tentang sesuatu kepada

    orang lain," Menerusi komunikasi juga, manusia bertukar-tukar pengalaman dan

    pengetahuan dan mereka mencipta makna antara satu sama lain." Dengan kelebihan ini-

    mereka dapat mengenali jati diri bahkanmenjadikannya istimewa berbanding haiwan."

    Keupayaan untuk berkomunikasi merupakan anugerah Allah yang maha hebat.

    Ini kerana fungsi komunikasi sangat besar dan luas. Ia meliputi penyebaran informasi

    dan amaran, menjalinkan hubungan dengan kelompok-kelompok dalam masyarakat,

    transisi budaya masyarakat dan hiburan, menentukan agenda masyarakat dan

    pemujukan.l" Kesemua perkara ini membentuk lingkaran yang menyeluruh dalam

    kehidupan setiap individu hari ini.

    Komunikasi antara manusia boleh berlaku dalam pelbagai cara. Penelitian

    terhadap peringkat dakwah tauhid yang dijayakan oleh Rasulullah s.a.w menunjukkan

    baginda telah melewati tiga peringkat komunikasi secara berturutan. lni menerusi

    dakwah secara sulit (komunikasi sulit), dakwah secara terang-terangan (komunikasi

    umum) dan dakwah atau komunikasi kepada suku kabilah dan individu-individu

    6 Samsuddin A. Rahim (2003). KomunikasiAsas, c. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 2-3.7 Abu al-Sa'ud, Muhammad bin Muhammad (1999), Irsyid al- 'Aql al-Sallm lliiMaziiyiial-Qur'sn al-Karlm. Beirut: Dar al-Kutub

    al-'llmiyyah,j. 8 h. 176. ; Baydawi, 'Abdullah bin 'Umar al- (2003), Anwm- al-Tanzll wa Asrm- al-Ta'wk, Beirut: Dar al-Kutub al'llmiyyah,.j. 2 h. 451.8 Abdullah Hassan et al. (1999) Komunikasi UntukGuru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h. I.9 WaQ.idl, 'Ali bin Ahmad al- (1415H), al-WajajITajslr al-Kitiib al- 'Aza, Safwiin 'Adniin DiiWiidi (ed), Damshiq: Dar al-Qalam,h.1052.10 Samsuddin A Rahim (2003), op. cit, h.12-17; Noor Bathi Badarudin (2002), Dunia Media Moden, Kuala Lumpur: PTSPublications& Distributors Sdn. Bhd., h. 1-2.

    44

  • tertentu di luar MakkahY Ketiga-tiga peringkat ini mencakupi semua jems iaitu

    komunikasi antara individu, komunikasi awam, komunikasi massa dan komunikasi

    tanpa lisan.12

    Perkara asas dalam kejayaan komunikasi ialah kemahiranmenggunakan bahasa

    yang positif. Menurut Munif Zariruddin Fikri bahasa yang positifmemainkan peranan

    yang penting dan mempunyai kaitan yang sangat signifikan dengan keberkesanan

    wacana pemimpin dan kumpulan yang dipimpinnya.V Kejayaan negarawan-negarawan

    ulung memimpin negara dan kecemerlangan tokoh-tokoh korporat terbilang memimpin

    organisasi memang ada kaitannya dengan bahasa yang digunakan dalam komunikasi

    dengan kumpulan yang dipimpin.!" Menerusi bahasa yang digunakan iaitu wacana

    tumpat terselindung praktis sosial seperti sikap, norma, ideologi dan nilai."

    1.3 KONSEP DIALOG DALAM AL-QUR'AN

    Dialog merupakan proses interaksi antara dua pihak bagi tujuan perkongsian

    pengetahuan tentang sesuatu. Ia merupakan cara untuk meneroka dan menganalisis

    denyut pemikiran seseorang. Dalam waktu yang sarna, dialog juga bertindak sebagai

    satu bentuk penyelidikan dan pemaharnan menerusi interaksi langsung antara dua

    pihak. Proses ini merupakan keupayaan yang hebat untuk memahami fungsi sesuatu

    pemikiran. Ia dilihat sebagai instrumen yang penting dalam penyatuan pemikiran,

    11 Mohd Yusof, Hussain (200S), "The Practices and Roles of Comunication in the Early Muslim Nation" dalarn Mohd. YusofHussain (eds.) Communication inMuslim Nations, Kuala Lumpur: IIUM Press, h. 2S-32.12 Sarnsuddin A Rahim (2003), op. cit, h.19-23.13 MunifZarirruddin Fikri Nordin (200S), "Bahasa Kepimpinan Rasulullah SAW: Analisis Wacana Khutbah Ghazawat al-Rasiil."(Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya), h.3.14 Conger, JayA (1991), "Inspiring Others: The Languge ofLeadership", Journa/ The Executive, Vol. 5 Bil. I, Feb. 1991, h. 31-45.IS Idris Aman (2006), Bahasa Dan Kepimpinan: Ana/isis Wacana Mahathir Mohamad, Bangi: Penerbit Universiti KebangsaanMalaysia, h.16.

    45

  • budaya, masyarakat, ekonomi yang menjadi teras kepada kehidupan masyarakat

    al-Qur'an menekankan kepentingan proses berdialog. Kenyataan un

    berdasarkan pengulangan imperatif 'katakanlah'. Terdapat 332 pengulangan imperatif

    dalam bentuk ganti nama kedua untuk mufrad (J!), satu pengulangan imperatif dalam

    bentuk ganti nama kedua untukjam' mu'annath (lJl!), tiga pengulangan imperatif dalam

    bentuk ganti nama kedua untuk duaan ('J_,i), satu pengulangan imperatif dalam bentuk

    ganti nama untuk mufrad feminin (c)j) dan 12 pengulangan imperatif dalam bentuk

    ganti nama jam' mudhakkar (\)_,i). Ini menjadikan jumlah pengulangan bagi

    keseluruhan imperatif tersebut sebanyak 349 pengulangan. Daripada jumlah ini,

    didapati suruhan berdialog secara individu (pengulangan imperatif dalam bentuk ganti

    nama kedua untukmufrad) lebih kerap dinyatakan.l"

    Penekanan kepada kepentingan dialog juga dapat disimpulkan menerusi

    penggunaan frasa-frasa lain yang terdapat dalam al-Qur'an yang memberikan maksud

    suruhan untuk berinteraksi. Frasa ini membentuk elemen-elemen utama yang perlu ada

    dalam setiap dialog yang berlaku. Mohd Abdul Nasir dan Zulkifli telah menggariskan

    sepuluh elemen sebagaimana berikut;18

    a. Elemen "dakwah". Elemen ini berdasarkan penggunaan frasa ud'ii dalam

    firman Allah19.,

    16 David Bobrn, On Dialogue. http://sprott.physics.wisc.edulchaos-complexity..... .Idialogue.pdf. 17 Ogos 201317 'Abd al-B1iqL Muhammad Fu'ad al- (2001), al-Mujam al-Mufahras li Aljqal-Qur'iin ai-Karim, Kaherah: Dar al-Hadith, h.677-681.18 Mohd. Abdul Nasir et al. (2011), al-Qur'an dan Dialog, Jurnal al-Bayiin, Vol. 10,No.1, h. 101-126.19 Lihatjuga surah Ali 'Imriin (3): 104, surah al-Haj (22): 67; surah al-Qasas (28): 87 dan surah al-Shiira (42): 15.

    46

  • Maksudnya:

    Serulah ke jalan Tuhan-mu (wahai Muhammad) dengan hikmatkebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.

    Surah al-Na]J116 : 125

    Elemen ini memberi implikasi maksud memberi khabar gembira (bashshara)

    dan menjemput (isti(ii!fah).20 Dalam berdialog pekata .seharusnya menitik beratkan

    perbincangan perkara-perkara yang menggembirakan. Selain itu ia juga perlu mencuba

    untuk mewujudkan situasi yang sesuai untuk berdialog dengan cara melakukan

    jemputan yang bersesuaian.

    b. Elemen 'perbahasan dengan cara yang baik'. Elemen 1111 berdasarkan

    penggunaan frasajiidil dalam firman Allah;

    Maksudnya:

    Dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)dengan cara yang lebih baik;

    Surah al-Nahl (16) : 125

    Elemen ini memberi implikasi maksud perbincangan (ntiqashas dan berbantah

    hujah (jiidalail dengan cara yang terbaik. Ini bermaksud dialog yang berlaku

    sewajarnya terbina di atas satu prinsip perbincangan. Perbincangan boleh bertukar

    menjadi satu bentuk perbahasan. Namun begitu ia mestilah berlangsung dengan cara

    yang baik dan berdisiplin

    20 '.i\yid, Ahmad al-, et al (1989), al-Mu'jam a-Arabi al-Asss]. A1esco: Larousse, h. 452.21 ibid, h.233.

    47

  • c. Elemen "pembacaan maklumat". Elemen ini berdasarkan penggunaan frasa

    taqra' dalarn firman Allah

    Maksudnya:

    Dan al-Qur'an itu Karni bahagi-bahagikan supaya engkaumembacakannya kepada manusia dengan larnbat tenang; DanKami menurunkannya beransur-ansur,

    Surah al-Isra' 17 : 106

    Elemen ini memberi implika