variasi bahasa

2
Variasi Bahasa (Dialek) Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu ' dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Isyarat Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi. Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol ), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama. Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

Upload: sharif-zulkarnain-sh-ahmad

Post on 22-Jul-2015

99 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Variasi bahasa

Variasi Bahasa (Dialek)

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan

yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada

waktu itu.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh

pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi

. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan

penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza

daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan

penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk

dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu

kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara.

Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti

Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Isyarat Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa

tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.

Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya

dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan

tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.

Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.

Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika

Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki

bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language).

Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis

yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa

isyarat yang sama.

Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai

kecacatan seperti bisu dan pekak.

Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat

Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan

mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

Page 2: Variasi bahasa

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian

Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri

Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

Latihan:

Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang

digunakan dalam cerpen tersebut.