variasi (biologi tingkatan 5)

27
OLEH: TAN JUN ANN MUHAMMAD SAFWAN SUHAIMI NORSYAHIRA SAPPERI PUTERI AINA ASILAH JAMIL NUR FAQQIHAH MD SANI BAB 6 : VARIASI

Upload: faqiha-sani

Post on 08-Feb-2017

1.463 views

Category:

Education


52 download

TRANSCRIPT

Page 1: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

OLEH: TAN JUN ANN MUHAMMAD SAFWAN SUHAIMI NORSYAHIRA SAPPERI PUTERI AINA ASILAH JAMIL NUR FAQQIHAH MD SANI

BAB 6 : VARIASI

Page 2: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

6.1 – VARIASI DALAM ORGANISMA

KEPENTINGAN VARIASI DALAM ORGANISMA

MEMBOLEHKAN ORGANISMA MENYESUAIKAN DIRI KEPADA PERUBAHAN PERSEKITARAN

INDIVIDU DENGAN CIRI BERBEZA BOLEH MENGADAPTASIKAN HABITAT BAHARU YANG LEBIH SESUAI

DAN MEMASTIKAN KEMANDIRIANNYA DARIPADA PEMANGSA

Page 3: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

VARIASI PADA MANUSIA

Page 4: Variasi (Biologi Tingkatan 5)
Page 5: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

JENIS VARIASI

VARIASI SELANJAR VARIASI TIDAK

SELANJARa. Tiada perbezaan ketara.b. Perbezaan beransur-ansur dengan ciri

perantaraan.c. Dikawal oleh beberapa gen tertentu.d. Dipengaruhi oleh persekitaran.e. Tidak boleh diwarisi.f. Berbentuk kuantitatif kerana boleh

diukur.g. Contoh:- ketinggian, berat, warna kulit, kepintaran.

a. Mempunyai perbezaan ketara.b. Tiada ciri perantaraan.

c. Dikawal oleh satu gen sahaja.d. Tidak dipengaruhi oleh persekitaran.e. Boleh diwarisi.f. Berbentuk kualitatif kerana suatu

ciri itu hadir atau tidak hadir.g. Contoh:- kebolehan menggulung lidah, bentuk cuping telinga, kumpulan darah.

Page 6: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

Variasi selanjar mempunyai lengkung taburan normal.

Variasi tidak selanjar mempunyai taburan diskrit.

Page 7: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

6.2 – PUNCA VARIASI

FAKTOR VARIASI

FAKTOR GENETIK FAKTOR PERSEKITARAN

Page 8: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

KESAN FAKTOR GENETIK KE ATAS VARIASI

Faktor genetik menyebabkan perubahan pada kandungan genetik pada individu spesies yang sama.

Maka terdapat variasi dari segi genetik.

Keadaan ini biasa berlaku semasa proses meiosis seperti penggabungan semula genetik melalui proses pindah silang, penyusunan rawak kromosom homolog dan persenyawaan secara rawak.

Mutasi juga boleh menyebabkan perubahan pada kandungan genetik dan boleh diwarisi.

Page 9: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

a) Penggabungan semula genetik melalui pindah silang

Semasa profasa I meiosis, kromatid pada kromosom homolog bersilang pada titik tertentu yang dipanggil kiasma.

Apabila kromatid terputusa pada kiasma, pindah silang berlaku, iaitu ada pertukaran antara segmen kromatid, menyebabkan penggabungan semula

genetik.

Kandungan genetik dalam kromosom diubah dan gamet dengan kandungan genetik yang berbeza dihasilkan.

Varieti gamet dengan kandungan genetik yang berbeza menghasilkan variasi genetik.

Page 10: Variasi (Biologi Tingkatan 5)
Page 11: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

b) Penyusunan rawak kromosom homolog

Penyusunan rawak kromosom homolog berlaku semasa metafasa I meiosis, apabila kromosom homolog disusun secara rawak pada khatulistiwa sel.

Semasa anafasa I, kromosom homolog berpisah menghasilkan gamet dengan pelbagai kombinasi kromosom.

Bilangan kombinasi kromosom gamet yang boleh dibentuk adalah berdasarkan formula 2n, iaitu n adalah bilangan haploid organisma tersebut.

Contohnya, sel yang mempunyai bilangan diploid 6 (2n=6) akan mempunyai kombinasi kromosom 2^3 atau 8 kombinasi kromosom untuk gamet.

Varieti gamet yang sangat luas dengan pelbagai kombinasi kromosom akan menghasilkan gamet yang mempunyai kandungan genetik yang berbeza, seterusnya menyebabkan variasi.

Page 12: Variasi (Biologi Tingkatan 5)
Page 13: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

c) Persenyawaan secara rawak

Melalui penyusunan

rawak kromosom homolog semasa

metafasa I dan penggabungan semula genetik semasa pindah

silang dalam profasa I, varieti

sperma dan ovum dengan pelbagai

kandungan genetik dihasilkan.

Persenyawaan berlaku secara rawak antara

varieti gamet yang luas dengan kandungan

genetik yang berbeza

menghasilkan variasi dalam

anak.

Page 14: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

MUTASI

Mutasi ialah perubahan secara spontan dan rawak pada kandungan genetik dalam sel organisma dan boleh berlaku pada sel soma atau gamet.

Mutasi menyebabkan perubahan pada struktur gen atau kromosom. Jika berlaku dalam gamet, mutasi ini boleh diwarisi dan menyebabkan

kecacatan atau penyakit genetik kepada anaknya. Bahan yang menyebabkan mutasi dinamakan mutagen seperti sinaran

radioaktif, pestisid, dadah, bahan awet dan sebagainya. Hasil mutasi dinamakan mutan. Mutasi menyebabkan penyakit genetik, kecacatan atau kematian. Terdapat dua jenis mutasi iaitu mutasi kromosom dan mutasi gen.

Page 15: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

MUTASI KROMOSOM

Mutasi kromosom ialah perubahan pada struktur kromosom atau bilangan kromosom semasa meiosis.

Perubahan pada struktur kromosom boleh berlaku semasa pindah silang dalam proses meiosis melalui cara pelenyapan, penggandaan, penyongsangan, dan translokasi.

Page 16: Variasi (Biologi Tingkatan 5)
Page 17: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

Mutasi kromosom boleh menyebabkan perubahan dalam bilangan kromosom.

Keadaan ini berlaku apabila kromosom homolog atau kromatid seiras gagal berpisah semasa meiosis.

Akibatnya, terdapat kehilangan atau pertambahan kromosom dalam gamet.

Mutasi kromosom akibat perubahan pada bilangan kromosom menyebabkan penyakit genetik seperti Sindrom Down, Sindrom Turner dan Sindrom Klinefelter.

Page 18: Variasi (Biologi Tingkatan 5)
Page 19: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

• Bilangan kromosom: 47 (45 + XX) atau (45 + XY).• Kromosom yang terlibat: Terlebih satu kromosom

daripada pasangan ke-21.• Jantina: Perempuan atau lelaki.• Ciri-ciri: Terencat akal, dahi yang lebar, mata sepet,

hidung penyek.

Sindrom Down

• Bilangan kromosom: 45 (44 + XO).• Kromosom yang terlibat: Kekurangan satu kromosom

seks.• Jantina: Perempuan.• Ciri-ciri: Mandul, kekurangan ciri seks sekunder

perempuan.

Sindrom Turner

• Bilangan kromosom: 47 (44 + XXY).• Kromosom yang terlibat: Lebih satu kromosom seks.• Jantina: Lelaki.• Ciri-ciri: Mandul, terdapat seks sekunder perempuan

seperti buah dada membesar.

Sindrom Klinefelter

Page 20: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

MUTASI GEN

Mutasi gen melibatkan perubahan kimia pada struktur gen.

Mutasi gen mengubah urutan bes DNA seterusnya mengubah kod genetik untuk sintesis protein.

Perubahan pada struktur gen akan menyebabkan perubahan pada struktur protein yang disintesis.

Maka ciri organisma berubah dan menyebabkan variasi serta menyebabkan penyakit seperti anemia sel sabit, albinisme dan hemofilia.

Page 21: Variasi (Biologi Tingkatan 5)
Page 22: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

PENGARUH FAKTOR PERSEKITARAN KE ATAS VARIASI

Ciri baru yang diperoleh akibat faktor persekitaran tidak boleh diwarisi.

Pada tumbuhan, variasi boleh disebabkan oleh faktor persekitaran seperti keamatan cahaya, pH tanah, kesuburan tanah, iklim, dan bekalan air.

Ciri –ciri pada manusia boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti iklim, gizi makanan, kemalangan, gaya hidup, kebudayaan, senaman, pendidikan dan pengalaman.

Page 23: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

KESAN INTERAKSI ANTARA FAKTOR GENETIK DAN FAKTOR PERSEKITARAN KE ATAS VARIASI

Faktor persekitaran boleh berinteraksi dengan faktor genetik untuk menyebabkan variasi.

Ciri-ciri yang dikawal oleh faktor genetik seperti ketinggian, warna kulit dan kepintaran boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Ciri yang diperoleh akibat interaksi faktor genetik dengan faktor persekitaran

tidak boleh diwarisi dan merupakan variasi selanjar.

Page 24: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

KEPENTINGAN VARIASI DALAM KEMANDIRIAN SPESIES

Membantu sesuatu spesies menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Individu yang mempunyai variasi mampu

menyesuaikan diri untuk terus hidup dan mengelakkan kepupusan spesies.

Variasi juga sangat penting bagi kemandirian organisma terutama bagi organisma yang merupakan mangsa kepada mangsa. Variasi

membolehkan mangsa melindungi diri daripada pemangsa melalui penyamaran.

Page 25: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

6.3 – MENGHORMATI SESAMA MANUSIA WALAUPUN TERDAPAT VARIASI

Kita harus menghormati semua manusia di sekeliling kita dan saling membantu antara satu sama lain terutamanya terhadap individu yang cacat dan kurang upaya.

Rakyat Malaysia dapat hidup, belajar, bekerja, dan bersukan bersama-sama dengan aman dan sejahtera walaupun terdapat variasi dari segi agama, kebudayaan dan gaya hidup.

Terdapat pelbagai variasi dalam kalangan manusia, keadaan ini menyebabkan setiap individu adalah unik.

Kita harus bersyukur kepada Tuhan tentang kewujudan variasi dan menghormati semua manusia di sekeliling kita kerana manusia adalah ciptaan Tuhan.

Page 26: Variasi (Biologi Tingkatan 5)
Page 27: Variasi (Biologi Tingkatan 5)

SEKIAN,TERIMA KASIH.

(^_^)