variasi rangsangan, penerangan esei

21
Kemahiran Variasi Rangsangan Variasi Rangsangan ialah teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran guru untuk menarik perhaian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), masa tumpuan perhatian pelajar adalah singkat. Jika aktiviti tau langkah yang dijalankan tidak dipelbagaikan, murid-murid akan cepat berasa bosan dan hilang minat. Oleh itu, guru harus mengenali dan mengaplikasikan teknik dan kemahiran variasi rangsangan dalam kelas. Prinsip-Prinsip Penggunaan Variasi Rangangan Pengaplikasi kemahiran variasi rangsangan memerlukan prinsip-prinsip yang tertentu. Yang pertama, guru harus mengaitkan perubahan kaedah dan teknik penyampian dengan tujuan dan isi pelajaran. Hal ini dapat memastikan murid tidak terbawa-bawa dengan keseronokan hal di luar isi kandungan pengajaran, dan dapat meningatkan pembelajaran murid. Selain itu, variasi rangsangan harus diaplikasikan memlalui alat bantu mengajar yang memainkan peranan sebagai alat mempelbagaikan pengalihan saluran deria. Untuk mnejayakan penggunaan alat bantu mengajar (ABM), guru perlu merancang terlebih awal dan menyampaikan pengajaran dengan ABM dengan teknik berkesan. Seterusnya, setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti pengajaran yang berbea dengan langkah penyampaian yang lain. Jika masa penyampaian sesuatu langkah melebihi lima minit, corak aktiviti pengajaran harus diubah. Dalam perubahan aktiviti PdP, guru boleh mengaplikasikan teknik variasi rangsangan agar menjamin aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan berkaitan dengan langkah-langkah penyampaian antara satu sama lain. Selain itu, guru harus sentiasa prihatin akan keberkesanan pengajaran dan pengggunaan variasi rangsangan. Dari pemerhatian keadaan murid sama ada bersemangat dan melibbatkan diri dalam PdP secara aktif, guru dapat mengetahui bahawa penggunaan variasi rangsangan adalah berkesan. Penggunaan variasi rangsangan sepatutnya mampu meningkatkan minat pembelajaran murid dan menjurus kepada keberkesanan pengajaran guru. Namun, sekiranya murid tidak dapat menguasai sesuatu isi kandungan atau

Upload: joey-loh

Post on 13-Sep-2015

415 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Chinese 全握步骤

TRANSCRIPT

Kemahiran Variasi RangsanganVariasi Rangsangan ialah teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran guru untuk menarik perhaian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), masa tumpuan perhatian pelajar adalah singkat. Jika aktiviti tau langkah yang dijalankan tidak dipelbagaikan, murid-murid akan cepat berasa bosan dan hilang minat. Oleh itu, guru harus mengenali dan mengaplikasikan teknik dan kemahiran variasi rangsangan dalam kelas. Prinsip-Prinsip Penggunaan Variasi RanganganPengaplikasi kemahiran variasi rangsangan memerlukan prinsip-prinsip yang tertentu. Yang pertama, guru harus mengaitkan perubahan kaedah dan teknik penyampian dengan tujuan dan isi pelajaran. Hal ini dapat memastikan murid tidak terbawa-bawa dengan keseronokan hal di luar isi kandungan pengajaran, dan dapat meningatkan pembelajaran murid.Selain itu, variasi rangsangan harus diaplikasikan memlalui alat bantu mengajar yang memainkan peranan sebagai alat mempelbagaikan pengalihan saluran deria. Untuk mnejayakan penggunaan alat bantu mengajar (ABM), guru perlu merancang terlebih awal dan menyampaikan pengajaran dengan ABM dengan teknik berkesan. Seterusnya, setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti pengajaran yang berbea dengan langkah penyampaian yang lain. Jika masa penyampaian sesuatu langkah melebihi lima minit, corak aktiviti pengajaran harus diubah. Dalam perubahan aktiviti PdP, guru boleh mengaplikasikan teknik variasi rangsangan agar menjamin aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan berkaitan dengan langkah-langkah penyampaian antara satu sama lain.Selain itu, guru harus sentiasa prihatin akan keberkesanan pengajaran dan pengggunaan variasi rangsangan. Dari pemerhatian keadaan murid sama ada bersemangat dan melibbatkan diri dalam PdP secara aktif, guru dapat mengetahui bahawa penggunaan variasi rangsangan adalah berkesan. Penggunaan variasi rangsangan sepatutnya mampu meningkatkan minat pembelajaran murid dan menjurus kepada keberkesanan pengajaran guru. Namun, sekiranya murid tidak dapat menguasai sesuatu isi kandungan atau hilang minat dn fokus dengan mudah, guru harus mengubah pelbagai rangsangan berdasarkan maklum balas dari pelajar.

Objektif Penggunaan Variasi RanganganPenggunaan variasi rangsangan mempunyai tujuan atau objektif yang paling utama, iaitu memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan minat dan perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran guru. Dalam hal ini, guru harus menggunakan variasi rangsangan secara bijak untuk mencapai objektif ini supaya memastikan keberkesana PdP. Selain itu, variasi rangsangan juga membekal peluang kepada pelajar untuk belajar dari persepsi deria yang berlainan. Hal ini kerana guru akan mempelbagaikan cara pengajaran dari segi deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Murid dapat menggunakan berbagai-bagai saluran deria untuk mengikut pelajaran serta memperolehi ilmu pengetahuan.Melalui variasi rangsangan, guru dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktivti pembelajaran dan pengalaman belajar. Murid yang tidak berpeluang untuk melakukan hands-on kerana kaedah pengajaran bercirikan berpusatkan guru akan berpeluang untuk berubah dari mendengar penjelasan kepada bertanya soalan, mendemonstrasi sahaja kepada berlakon ikut kreativiti murid dan lain-lain. Dalam hal ini, variasi rangsangan dapat memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru. Secara keseluruhannya, variasi rangsangan berobjektif untuk membantu guru menyampaikan pengajaran secara berkesan dan menjadikan suasana PdP kondusif dan seronok.

Komponen Dalam Kemahiran Variasi Rangsangan.Kemahiran variasi rangsangan mengandungi enam komponen yang penting.

Dalam komponen perubahan pergerakan langkah guru, guru harus diingatkan agar tidak berdiri atau berduduk pada tempat yang sama dan statik. Guru harus bergerak dari kiri ke kanan, dari depan dan belakang dan posisi lain dengan lancar dan sesuai. Dalam komponen perubahan pergerakan anggota guru, pergerakan tangan dan kepala memainkan peranan yang penting. Guru harus mempelbagaikan cara menggerakkan tangan dan kepala secara sesuai sama ada bergerak atau berhenti. Dalam komponen perubahan nada suara pula, guru harus memastikan nada suara diri adalah sesuai ketika menyampaikan pengajaran. Suara guru yang berubah dari mendatar kepada lantang atau dari lantang kepada senyap akan menimbulkan minat murid untuk mengetahui apakah yang disampaikan oleh guru. Komponen ini amat penting dalam mewujudkan saspens atau sesi bercerita. Dalam komponen perubahan fokus deria pelajar, guru harus mempelbagaikan cara murid menerima informasi dari aspek audio, visual, sentuhan dan lain-lain. Dari pengajaran kelas yang mengutamakan mendengar kepada kuliah guru dan melihat catataan guru di papan putih, guru boleh mewujudkan variasi rangsangan dengan memberi pelajar menonton video atau memberi peluang kepada pelajar untuk menyentuh dan merasa sesuatu objek. Sekiranya guru dapat mengaplikasikan perubahan fokus deria murid bersesuaian dengan subjek yang diajar, minat dan rasa ingin tahu murid akan dibangkitkan. Seterusnya, antara komponen variasi rangsangan ialah perubahan bentuk lisan pelajar. Contohnya, bentuk lisan murid boleh berubah dari menyoal kepada menjawab, membaca kepada bertutur, membaca kepada bercerita dan lain-lain. Dengan mempelbagaikan cara lisan pelajar, pelajar dapat melahirkan perasaan seronok kerana berpeluang melakukan bentuk lisan yang luar biasa seperti bercerita dan bernyanyi. Seterusnya, komponen variasi rangsangan juga termasuk perubahan dalam fizikal pelajar. Apabila guru mendapati murid telah bosan dari menulis atau duduk, guru boleh mempelbagaikan bentuk fizikal murid dari menulis kepada melukis, duduk kepada berdiri atau berlari, dan mendapat peluang untuk demonstrasi dan berlakon.

Kemahiran dalam PeneranganKemahiran menerang dugunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep, atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar yang biasanya dalam peringkat perkembangan. Dalam peringkat perkembangan, mereka memerlukan pembinaan konsep yang kukuh dan menerima pemahaman fakta secara terperinci. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru berperanan memberi huraian tentang isi pelajaran kepada pelajar. Dari penggunaan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran, pelajar dapat menguasai konsep dan fakta dengan kukuh dan menyeluruh.Sebagai contoh, guru menerangkan maksud keberanian dengan menggunakan beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat berani. Guru menerangkan sambil menggunakan model untuk mendemonstrasikan cara pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan mengakibatkan banjir. Selain daripada menggunakan model, guru boleh menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk buku teks. Prinsip-prinsip Kemahiran PeneranganBagi memastikan penerangan guru dapat difahami dan berjaya, guru harus mengetahui prinsip-prinsip kemahiran menerang. Antara prinsip-prinsip dalam penggunaan kemahiran menerang ialah bentuk penerangan harus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Sebagai contoh, ketika menerangkan proses pembukaan Melaka, guru harus menggunakan peta minda atau lakonan yang menggalurkan proses kedatangan Parameswara dan bukannya menerangkan proses tersebut dengan memberikan contoh ayat sahaja. Seterusnya, masa yang digunakkan untuk menerangkan sesuatu harus tepat dan memakan masa yang singkat. Hal ini disebabkan murid akan berasa bosan jika disuruh duduk lama dan diam untuk cuma mendengar penerangan guru. Oleh itu, guru perlu menguasai kemahiran variasi rangsangan agar mengekalkan tumpuan dan minat murid dalam sesi penerangan yang melebihi satu minit. Selain itu, guru harus menentukan dan menyediakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang bakal digunakan terlebih dahulu. Dengan persediaan yang rapi, guru dapat menjalankan sesi penerangan dengan lancar tanpa kucar-kacir. Selain daripada persediaan yang rapi, guru harus menggunakan perkataan dan istilah yanng sesuai dan berpandukan tahap dan pengalaman pelajar ketika memberi penerangan. Hal ini adalah untuk memudahkan pemahaman murid terdapat konsep tanpa berasa keliru dengan maksud perkataan dalam penyampaian guru. Fokus murid juga tidak akan terlari dengan mengelakkan pelajar dari berasa kecewa kerana tidak dapat memahami maksud perkataan.Selain itu, isi penerangan guru harus berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas. Hal ini harus dijalankan agar mampu mengaitkan pemahaman pelajar dengan mudah dan bermakna. Sebagai contoh, apabila menerangkan maksud riuh-rendah kepada pelajar di luar bandar, murid lebih memahami maknanya jika dikaitkan dengan keadaan di pasar pagi, iaitu banyak orang dan bising. Murid luar bandar tidak dapat faham akan maksud riuh-rendah jika dikaitkan dengan keadaan di stesen LRT waktu pagi kerana tidak berpengalaman berada di situ.Dalam memperkenalkan konsep yang baru dan abstrak, pelajar memerlukan bantuan guru untuk membuat penerangan. Alat bantu mengajar yang digukan untuk membantu guru menereangkan isi pelajran haruss sesuai dan diuruskan dengan teknik yang berkesan. Dari gambar, musik, alat-alat lain, murid dapat memahami dengan mudah. Selepas aktiviti penerangan, guru harus menggalakkan pelajar bertanya mana-mana perkara yang kurang faham.Objektif Penggunaan Kemahiran Penerangan Antara objektif penggunaan kemahiran penerangan ialah memudahkan guru menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran, dan murid dapat menguasai dan memahami isi pelajaran tersebut dalam masa yang singkat. Sesungguhnya, fokus dan tahap minat pelajar akan hilang dalam masa yang terhad. Oleh itu, guru harus pandai menerang isi pelajaran agar dapat difahami oleh pelajar dalam masa yang singkat. Selain itu, kemahiran menerang berobjektif untuk memudahkan murid memahami sesuatu konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Sekiranya pelajar tidak dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, guru tersebut harus membuat refleksi dan mengubag cara menyampaikan penerangan, sama ada memanfaatkan penggunaan ABM atau menggunakan variasi rangsangan. Selain itu, kemahiran penerangan berobjektif untuk memudahkan guru menghuraikan sesuatu proses atau prosedur. Kemahiran penerangan yang baik harus membolehkan guru menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa. Dari ini, murid akan memahami sebab akibat sesuatu perkara dan boleh meramalkan kemungkinan berlaku ssesuatu peristiwa tertentu.Komponen-Komponen dalam Kemahiran Penerangan

Dalam aras permulaan, guru memberi penerangan yang bersifat membangkit kesediaan pelajar untuk belajar. Penerangan guru harus dapat membangkit dan mengekalkan perhatian pelajar. Dalam aras ini, guru boleh menggunakan ABM yang bersesuaian. ABM bukan sahaja mampu membangkitkan minat murid, malah meningkatkan kesediaan pelajar untuk belajar. Selain itu, penerangan guru melalui ABM juga membolehkan murid memahami sesuatu konsep dengan lebih kukuh dan mudah.Dalam kemahiran ilustrasi, guru berperanan menggunakan gambar dan ilustrasi untuk menerangkan isi kandungan. Hal ini kerana konsep atau benda yang abstrak tidak mudah digambarkan dan diterangkan. Oleh itu, guru harus menggunakan gambar atau contoh untuk membantu murid mengaitkan pemahaman dengan konsep. Dalam hal ini, contoh dan sumber tersebut harus mencukupi, sesuai, menarik. Guru juga perlu tahu cara mengendalikan contoh atau sumber agar cekap menguruskannya tanpa menjejaskan PdP guru.Dalam penyusunan idea, guru harus cekap dalam pengurusan kemahiran menerang. Hal ini akan memastikan idea untuk menerangkan isi kandungan dapat dikembangkan dengan teratur, pengaplikasian variasi rangsangan yanng tepat dan berjaya serta penerangan lissan yang jelas dan tepat. Dalam komponen penutup, guru harus menyatakan isi-isi penting secara bertulis dan disusun dengan teratur. Komponen penutup ini memberi imbas kembali kepada murid tentang segala isi pelajaran yang telah dipelajari. Hal ini membolehkan murid mengenal pasti tahap pemahaman mereka dan boleh mengaitkan aktiviti-aktiviti yang telah dipelajari dalam kelas tersebut. Dalam hal ini, guru harus memberi pernyataan penutup secara ringkas dan tepat.

Penggunaan Bahan/Sumber PengajaranPenggunaan bahan ataupun sumber pengajaran ialah satu teknik kemahiran pengajara yang harus dikuasai oleh semua guru pelatih dalam Pengajaran Mikro. Teknik penggunaan bahan pengajaran ini akan melibatkan murid agar mereka kuat memerhati, mentafsir dan menghuraikan isi pelajaran sejarah. Bahan-bahan pengamatan akan memberi pengalaman kurses kepada pelajar. Dengan itu akan mudah meningkatkan kefahaman murid mengenai fakta, konsep dan bahan-bahan yang abstrak dalam bidang sejarah.Disebabkan fakta sejarah merangkumi tarikh, nama, peristiwa, tafsiran, idea dan istilah mengenai sejarah, oleh itu semasa guru sedang menjelaskan sesuatu konsep, dia hendak menggunakan berbagai-bagai alat percetakan dan elektronik untuk membantu dia menjelas dan mengembangnya. Ini biasanya dilakukan melalui alat perakaman video, carta, graf, gambar, peta, symbol, lambang dan sebagainya. Dengan itu, pengajaran sejarah akan menjadi bersifat kreatif dan tidak membosankan murid. Tegasnya, penggunaan peralatan ini akan dapat disampaikan pengajaran dengan memberi keterangan dan kefahaman sejarah yang lebih mudah. Bahan bantuan mengajar ini dapat mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam mempelajari sejarah.Bahan-bahan pengajaran ini juga boleh mempengahuri celik akal dan daya pemikiran murid. Ia juga boleh menjadi perangsang dan mewujudkan persekitaran yang lebih menarik. Dengan menggunakan bahan pengajaran maka murid didedahkan dengan berbagai-bagai sumber sejarah. Ini akan mendorong para murid kepada proses pembelajaran sejarah. Sumber-sumber sejarah ini juga akan menjadikan pengajaran guru lebih kreatif. Selain daripada itu, dengan penggunaan bahan pengajaran akan melibatkab diri murid secara cergas dalam proses pembelajaran. Mereka dengan sendirinya akan mengemukakan soalan-soalan mengenai sejarah. Bahan pengajaran ini juga dapat meluaskan bidang dan memberi peluang kepada murid-murid untuk memperolehi maklumat dan pengalaman baru. Tujuan dan matlamat pengajaran akan menjadi lebih nyata.Brown(1969) berpendapat bahawa penggunaan sumber yang bercorak sejarah yang diperoleh dan digunakan itu harus dapat menentukan tahap pengetahuan dan pencapaian mereka.Wilkinson(1971) pula menegaskan bahawa bahan pengajaran itu dapat memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran. Bahan-bahan bantuan mengajar itu dapat memberi latar belakang pengetahuan yang kukuh mengenai sejarah melalui berbagai-bagai aktiviti yang dirancang oleh guru. Bahan bantu mengajar ini dapat menumbulkan minat, memperdalami dan menjadikan pembelajaran sejarah menjadi lebih bermakna. Para murid yang mempunyai pandangan positif terhadap mata pelajaran sejarah. Penggunaan bahan-bahan pengajaran juga akan mengubah corak pengajaran sejarah daripada yang berbentuk tradisional kepada bentuk moden dan akan menjadi sejarah dapat digunakan dalam kehidupan.Pelajar akanmemperoleh pengalaman pembelajaran dengan memberi mereka galakan berfikir secara kritis. Dngan itu mereka akan dapat mengkaji dengan mendalam fakta-fakta sejarah. Mereka juga akan mbelajar menilai, menganalisis dan mentafsir bahan-bahan mengenai kajian zaman silam berdasarkan kesahan dan kebolehpercayaan akan fakta-fakta sejarah. Bahan bantuan mengajar juga akan menggalak mereka membuat penyelidikan. Di samping itu, masa yang digunakan untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran daam bidang sejarah akan dapat disingkatkan dan dengan itu akan dapat mengelakkan daripada pembaziran masa.Charles B.Klasek(1972) menyatakan bahaawa pengajaran guru itu boleh dianggapkan teratur sekiranya mereka dapat mempersepadukan pengajaran dengan bahan bantuan mengajar. Pengajaran guru tersebut akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran murid terhadap pelajaran sejarah.Pemilihan Bantuan Mengajar SejarahUntuk membuat perancangan mengajar sejarah yang dapat mencapaikan hasrat, tujuan dan matlamat pengajaran,beberapa strategi perlu diaturkan dan dipertimbangkan oleh guru. Untuk mencapai perkara di atas maka beberapa prinsip perlu ada dalam membuat pemilihan terhadap alat-alat bantuan mengajar yang digunakan dalam pengajaran sejarah. Dengan membuat pemilihan yang tepat akan dapat ditentukan faedah yang akan diperoleh daripada penggunaan bahan pengajaran. Antara prinsip-prinsip yang hendak diberikan perhatian ialah:1.Isi PelajaranBahan Pengajaran yang hendak digunakan itu mesti mempunyai hubungkait dengan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid sejarah dalam bilik darjah. Suatu perkara nyata yang perlu dilakukan oleh guru adalah bahawa peralatan yang hendak digunakan itu mempunyai perkaitan yang rapat dengan sesuatu tajuk pelajaran itu. Penggunaan alat itu mempunyai hubung kait dengan bahan, fakta dan konsep sejarah yang hendak disampaikan oleh guru.2.Kegiatan PembelajaranDalam memilih bahan-bahan pengajaran amat mustahak sekiranya tidak melibatkan murid dalam kegiatan pembelajaran. J.A. Bruner(1966) menekankan bahawa pengajaran sejarah perlu melibatkan pengalaman pelajar. Pengalaman yang perlu dilihatkan itu adalah pengalaman murid secara langsung dan pengalaman ini mengesyorkan bahawa murid berasa dan mengalaminya dengan melibatkan diri dalam kegiatan sejarah. Sebagai contohnya, mereka terlibatkan dalam membuat penyelidikan, mencari gali bahan-bahan sejarah.Bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu adalah mengikut tingkat pengalaman murid-murid dan akan dianalisis berasaskan pengalaman langsung pelajar. Kaedah ini dapat digunakan sebagai asas pertimbangan untuk menggunakan bahan pengajaran dengan kaedah yang bermakna dan dapat digunakan secara praktikal.3.Kaedah MengajarBahan-bahan bantuan mengajar yang hendak digunakan itu patutnya senang diperoleh oleh guru dan alat itu juga dapat memudahkan pengajaran yang disampaikan. Alatan yang dipilih itu harus mempunyai hubungkait dengan prinsip dan matlamat pengajaran. Guru boleh menggunakan peralatan ini untuk menerangkan fakta, maklumat dan bahan-bahan sejarah yang hendak disampaikan. Bahan-bahan pengajaran itu haruslah mengena dengan kaedah mengajar.4.Mencapai matlamatDalam memilih alat ia perlu sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran guru.Peralatan itu akan membantu guru untuk mencapai matlamat pengajarannya dengan lebih berkesan daripada ia tidak menggunakan bahan pengajaran untuk membantunya. Pengajaran guru akan kelihatan teratur dan sempurna. Guru juga akan rasa lebih yaki dengan menggunakan alat pengajaran dan masa yang digunakan akan disingkatkan.Penggunaan Peralatan Bantuan 1.Perkatan dengan matlamatTiap-tiap pengajaran yang hendak idsampaikan oleh guru mesti adanya objektif. Objektif itu akan menentukan bentuk ilmu pengetahuan, dan kemahiran yang perlu disampaikan kepada pelajar. Begitu juga bahan pengajaran harualah berkaitan dengan matlamatpengajaran guru.Peralatan yang digunakan untuk memastikan bahawa tujuan pengajaran itu dapat dicapai dengan menggunakan bahan-bahan pengajaran. Dalam menggunakan bahan pengajaan, guru perlu memastikan konsep, bahan, fakta, maklumat dan kefahaman yang akan dapat dikembangkan dengan menggunakan bahan-bahan pengajaran.Bahan pengajaran ini dapat mengukuhkan pengajaran, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan murid. Dengan menggunakannya maka dapat memudahkan murid menyelesaikan masalah dan melakukan penyelidikan. Peralatan yang seharusnyameningkatkan pemikiran kritis di kalangan pelajar.2.Peralatan yang sesuaiPeralatan yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran sejarah kepada murid perlu sesuai mengikut peringkat pemikiran mereka. Peralatan yang digunakan perlu sesuai dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran. Alat yang digunakan itu juga tepat pada masa sesuatu bahan, fakta dan pengajaran yang hendak disampaikan. Penggunaan bahan-bahan perlu diberi masa kepada murid untuk memperoleh pembelajaran yang optimum. Bahan bantuan mengajar ini juga dapat memenuhi keperluan murid. Bahan bantuan mengajar juga perlu diuji dahulu penggunaannya sebelum digunakan dalam bilik darjah supaya memastikan ia dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan sepenuhnya. Bahan bantu mengajar juga perlu menarik minat murid-murid untuk mempelajari sejarah. Bahan itu jga harus bersikap mudah diubahsuai, dialih dan digunakan oleh guru dan murid.Di samping itu, bahan tersebut dapat memberikan gambaran dan imbasan terhadap bahan yang digunakan itu. Ada kalanya penilaian pencapaian murid boleh dilakukan dengan penggunaan peralatan pengajaran.3.Membangkitkan minatMinat merupakan suatu perkara yang penting dalam mendorongkan murid-murid agar beriat cergas dalam pembelajaran sejarah. Bahan pengajaran ini seharusnya dapay mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran sejarah dan mampu membentuk daya pemikiran kreatif dan mengukuhkan persepsi murid. Di samping itu, bahan yang digunakan juga dapat memberi pengalaman pembelajaran dan berjaya mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang sesuai kepada pelajar sejarah.4.Berasaskan kemampuanSegala pengajaran yang hendak disampaikan mestisesuai dengan kemampuan, bakat dan kebolehan pelajar. Pengajaran, bahan pengajaran yang digunakan harus sesuai dengan kemampuan, bakat, kebolehan serta suasana pembelajaran yang wujud di persekitaran. Menggunakan alat pengajaran tidak hanya untuk mencapaikan matlamat oengajaran maka seharusnya dapat mengembangkan sikap positif terhadap pembelajaran sejarah. Mereka harus terasa terlibat dalam kegiatan sejarah yang diaturkan oleh guru.Dengan adanya bahan pengajaran maka guru dapat menyusunkan gerak kerja susulan. Guru harus memberikan masa yang mencukupi kepada murid-murid mengguna dan menghayati bahan pengajaran tersebut. Ini dapat mengembangkan kebolehan murid dalam pembelajaran sejarah.Guru juga dapat buat penilaian terhadap pencapaian murid dalam sesuatu peringkat pengajaran sejarah. Guru boeh memberikan tugasan, mengemukan soalan untuk menguji kefahaman murid. Guru juga boleh menyuruh mereka mencerita semula intisari cerita, mengadakan perbincangan, perbahasan dan sebagainya.5.Peruntukan masaSebelum menggunakan bahan pengajaran, guru harus membuat perancangan yang teliti. Perancangan bahan penggajaran harus dirancang mengikut masa alat-alat itu digunakan di berbagai-bagai peringkat pengajaran sejarah. Peruntukan masa yang secukupnya harus diberi untuk membolehkan murid-murid memperoleh pengajaran.Jenis-jenis Peralatan Bantuan Pengajaran SejarahAda beberapa jenis dam bentuk bahan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikanpengajarannya itu. Bahan pengajaran itu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jenisnya. Bagaimanapun, ada antara bahan-bahan pengajaran itu boleh dibuat oleh guru dan ada pula yang boleh digantikan dengan bahan yang lain yang hampir sama juga mutunya. Antara jenis-jenisnya ialah:Alat Bergambar Dan Berbentuk GrafikAlat bergambar dan berbentuk grafik ada yang boleh dibuat oleh guru sendiri dengan kerjasama murid-murid. Ada yang berbentuk banhan bercetak yang mungkin terpaksa dibelikan oleh guru. Peralatan dalam kumpulan ini termasuk buku teks sejaraha, lambang, simbol dan logo serta sema yang boleh dibuatkan oleh guru.Jadual BerstrukturJadual berstruktur ialah jadual sejarah yang mengandungi bahan sejaraj yang khas memberi maklumat mengenai sesuatu peristiwa sejarah yang mungkin dalam bentuk pergolakan politik, perjanjian, memorandum persefahaman dan lain-lainnya. Jadual itu disusun mengikut urutan dan mempunyai perkaitan idea dan fakta sejarah.Jadual seumpama itu dinamakan Jadual Berstruktur. Dengan mempersembahkan jadual sejarah jenis ini akan memudahkan para murid memahamidan mengikuti perkembangan sesuatu keperihalan dan peristiwa sejarah. Ini juga akan menjadikan persembahan sejarah itu lebih menarik dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada para murid.Alat Pandang TayangAlat pandang tayang ini ada berbagai-bagai bentuk dan jenisnya dan ada antaranya yang boleh dibuat dan diusahakan oleh guru sekarang. Bagaimanapun, alat-alat ini dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh guru dan murid dalam menghayati pelajaran sejarah. Setelah digunakan bahan-bahan bantuanmengajar itu hendaklah disimpan dengan cermat agar dapat digunakan semula bila-bila sahaja diperlukan. Contohnya seperti transparensi, projektor overhed, slaid serta filem jalur.Alat Dengar EdaranPada masa sekarang ini ada berbagai-bagai jenis alat dengar yang boleh digunakan untuk pengajaran sejarah. Barangan dan peralatan itu banyak diedarkan di pasaram dan antaranya dalam bentuk alat-alat perakaman. Bahan-bahan bantuan ini terdiri daripada pita rakaman, radio, piring hitam, rekod dan lain-lain lagi. Untuk pengajaran yang berkesan, guru hendaklah melatih para elajar tentang teknik mendengar yang berkesan. Di perinhkat rendah, mereka terlebih dahulu disogokkan dengan bunyi-bunyian air mengalir, angin yang bertiup kencang, bunyi petir dan garuh dan sebagainya dan minta mereka mengenal pasti akan bunyi-bunyi itu.Alat Pandang-DengarDalam menggunakan alat pandang-dengar ini pelajar akan dapat melihat dan mendengar sendiri akan pengajaran guru berasaskan bahan dan fakta sejarah. Peralatan yang lebih canggih dalam dunia pendidikan digunakan sekarang untuk membantu dan mempertingkatkan daya ingatan, pemikiran dan tanggapan para pelajar. Oleh itu, bahan-bahan bantuan mengajar dengan menggunakan filem dan televisyen telah diperkenalkan hari ini.

Bibliografi

Bhargava, A. (2009). Comparative Study of Teaching Skills of In-Service Teachers Trained through Regular and Distance Mode.Jha, A. K. (2006). Homework Education : A Powerful Tool of Learning . New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors.Sang, M. S. (2010). Pedgogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Sharma, A. (2015, April 1). Model Micro Lesson on Explanation Skill. Didapatkan dari Sacred Heart College of Education : http://www.himtrust.co.in/lesson%20plan/English.pdf