variasi bahasa

36
PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Bahasa merupakan alat yang penting yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi sesama makhluk. Bahasa bukanlah fenomena semula jadi, sebaliknya ia merupakan sesuatu yang dipelajari untuk memenuhi kehendak dan keperluan individu. Proses menguasai kecekapan berbahasa melibatkan soal- soal luaran seperti latar belakang fikiran penutur, kebudayaan dan taraf sesuatu bahasa itu sendiri dalam sesebuah negara. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, salah satu usaha ke arah pembentukan identiti bangsa adalah melalui dasar bahasanya, iaitu bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan Negara. Kedudukan bahasa Melayu hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang mengalami perkembangan pesat. Dalam proses pembangunan ini, saban hari 1

Upload: zaeimpower

Post on 11-Jun-2015

14.317 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: variasi bahasa

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat yang penting yang digunakan oleh manusia untuk

berinteraksi sesama makhluk. Bahasa bukanlah fenomena semula jadi,

sebaliknya ia merupakan sesuatu yang dipelajari untuk memenuhi kehendak dan

keperluan individu. Proses menguasai kecekapan berbahasa melibatkan soal-

soal luaran seperti latar belakang fikiran penutur, kebudayaan dan taraf sesuatu

bahasa itu sendiri dalam sesebuah negara.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, salah satu

usaha ke arah pembentukan identiti bangsa adalah melalui dasar bahasanya,

iaitu bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan Negara. Kedudukan

bahasa Melayu hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang

mengalami perkembangan pesat. Dalam proses pembangunan ini, saban hari

kita tidak sunyi daripada menemui segala macam benda baru, barang baru,

fikiran baru, konsep baru, kereta baru, bangunan baru dan lain-lain lagi.

Namun demikian, antara sedar atau tidak penutur-penutur BM di Malaysia

khasnya mempunyai kepelbagai bahasa, kepelbagaian bahasa ragam bahasa

yang dikenali sebagai variasi bahasa yang berhubungkait secara langsung

dengan pembahagian geografi atau kawasan daerah. Makin besar jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula

perbezaan yang wujud dari kepenggunaannya.

1

Page 2: variasi bahasa

1.2 OBJEKTIF

Tujuan atau objektif penulisan ini adalah untuk memperlihatkan kepada

kita masyarakat pengguna bahasa Melayu, bahawasanya bahasa Melayu begitu

kaya dengan kepelbagaian atau variasi bahasanya seperti bahasa-bahasa lain

di dunia. Kewujudan variasi-variasi ini adalah disebabkan sosio budaya seperti

latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi penutur

yang berbeza-beza.

1.3 KAEDAH

Untuk memperoleh data dan maklumat yang digunakan, penulis

menggunakan kaedah rujukan, mencatat, mengumpul maklumat, soal jawab

dengan rakan dan orang yang berpengalaman dan melayari internet bagi

memenuhi keperluan bagi penulisan ini.

1.4 BATASAN

Batasan atau skop penulisan ini adalah meliputi beberapa pandangan

tentang variasi bahasa secara secara umum, jenis-jenis variasi bahasa secara

umum dan hubungkait variasi bahasa dengan penutur bahasa Melayu.

2

Page 3: variasi bahasa

1.5 DEFINISI KONSEP

Variasi atau laras bahasa merupakan salah satu tajuk penting yang

dibincangkan dalam sosiolinguistik sehingga seorang pengarang di Indonesia,

Kridalaksana mendefinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang

berusaha menjelaskan ciri-ciri bahasa atau meletakkan hubungan cirri-ciri variasi

bahasa dengan ciri-ciri sosial atau kemasyarakatan.

Menurut Fishman:

Sosiolinguistik adalah ilmu yang mempelajari ciri dan fungsi pelbagai

variasi bahasa serta perhubungan bahasa dengan ciri dan fungsinya dalam

sesuatu mengikut atau bahasa. Sesuatu bahasa mempunyai sistem atau sub-

sistem yang difahami oleh semua pendengar sesuatu bahasa itu. Bagaimanapun

individu tertentu walau berada mengikut homogen wujud bahasa konkrit atau

‘parole’yang tidak seragam yang menyebabkan sesuatu bahasa itu menjadi

beragam atau bervariasi. Variasi diberi padanan ‘variaty’dan bukannya

‘variation’.Wujudnyavariasibahasa atau keragaman bahasa disebabkan

penuturnya yang tidak homogen (berbeza-beza) tetapi disebabkan oleh kegiatan,

aktiviti atau interaksi yang dilakukan oleh seseorang pengguna bahasa itu tidak

beragam.

Setiap aktiviti memerlukan atau oleh menyebabkan berlakunya

keragaman bahasa. Keragaman ini pula akan bertambah jika

penuturnyasemakin banyak daerah atau wilayah yang luas memungkinkan

3

Page 4: variasi bahasa

bahasa yang banyak. Sebagai contoh: bahasa Inggeris digunakan hampir di

seluruh dunia. Begitu juga bahasa Arab dan kini bahasa Melayu semakin luas

tersebar.

1.5.1 PANDANGAN TENTANG VARIASI BAHASA

Variasi wujud disebabkan adanya keragaman sosial dan keragaman

fungsi bahasa. Sekiranya penutur sesuatu bahasa itu bersifat homogen samada

dari segi etnik, status sosial atau kerjaya, variasi tidak akan wujud. Variasi atau

ragam bahasa sudah sedia wujud untuk memenuhi fungsinya sebagai alat

interaksi dalam kegiatan masyarakat yang beraneka ragam.

2.0 PEMBAHAGIAN VARIASI BAHASA.

2.1 HALLIDAY (1970)

1. Penggunaan yang dikenali sebagai dialek.

2. Penggunaan yang dikenali sebagai laras.

2.2 MAC DAVID (1970)

1. Demensi regional.

2. Dimensi sosial.

3. Dimensi temporal – mengikut period-period atau tempoh-tempoh tertentu.

4

Page 5: variasi bahasa

2.3 PAUL OHOWUTUN (1996)

Menghubungkaitkan variasi bahasa dengan kesesuaiannya dengan konteks.

Variasi sepeti ini juga dikenali sebagai “Variasi Pragmatik”

2.3.1 KAITAN CARA PENGGUNAAN BAHASA DENGAN CIRI-CIRI VARIASI PRAGMATIK DALAM BAHASA.

i. Kita boleh melakukan sesuatu dengan menuturkan sesuatu ayat

ii. atau memperkatakan sesuatu. Contohnya: Saya memohon maaf

kerana kelewatan membalas surat saudara.

iii. Kedudukan seseorang yang mengambil bahagian dalam sesuatu

perbualan atau perbincangan akan dapat menentukan kini atau

kesan terhadap sesuatu yang diujarkan, mungkin berupa arahan,

misalnya : Tolong siapkan laporan pengisytiharan nama tempat

atau bangunan.

iv. Jawapan yang tepat kepada sesuatu persoalan itu tidak selalunya

v. sesuai.Contohnya: Bolehkah awak beritahu saya pukul berapa sekarang?. Jawapannya mungkin “7.30 pagi” atau sekadar “boleh” saja.

3.0 JENIS-JENIS VARIASI BAHASA

3.1 VARIASI PENUTUR.

3.1.1 Ideolek - penggunaan bahasa bersifat individu atau perseorangan.

Setiap orang menggunakan varisai bahasanya. Biasanya ia dikaitkan dengan nada suara, pilihan kata, gaya bahasa, susunan kata atau kalimat

dan sebagainya. Yang paling ketara ialah rentak atau nada suara yang

5

Page 6: variasi bahasa

digunakan sehingga dengan mendengarnya sahaja kita sudah dapat

mengenalinya.

3.1.2 Dialek - variasi bahasa daripada kelompok penutur yang jumlahnya relatif

berada pada suatu tempat atau kawasan tertentu. Oleh sebab dialek

didasarkan oleh wilayah atau tempat tinggal, dialek lazimnya dikenali

sebagai dialek daerah, dialek kawasan atau dialek geografi. Walaupun

penutur sesuatu dialek mempunyai ideoleknya sendiri tetapi masih

mempunyai kesamaan ciri yang menandakan bahasa yang digunakan

masih dikategorikan sebagai satu dialek.

3.1.3 Kronolek atau dialek temporal – iaitu variasi bahasa yang digunakan

oleh kelompok sosial pada masa tertentu. Variasi mengikut tempoh /

zaman / masa tertentu agak berbeza samada dari segi ejaan, sebutan,

morfologi dan juga sintaksis. Bagaimanapun yang paling ketara ialah

leksikal kerana aspek ini mudah berubah akibat perubahan sosio budaya,

ilmu pengetahuan dan juga perkembangan teknologi.

3.1.4 Sosiolek atau dialek sosial – variasi bahasa yang berkaitan dengan

status, golongan atau kelas sosial dalam bidang sosiolinguistik. Variasi

seperti inilah yang paling banyak dibincangkan kerana berkaitan dengan

maklumat peribadi penuturnya sepeti usia, pendidikan, jantina, pekerjaan susun lapis atau kedudukan dalam tatatingkat sosial, ekonomi dan

sebagainya.

6

Page 7: variasi bahasa

3.2 VARIASI USIA

Terdapat variasi bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak, para remaja, orang dewasa dan orang-orang yang sudah lanjut usia. Tahap

pendidikan juga boleh menentukan variasi bahasa yang digunakan. Para

penutur yang berpendidikan menengah ini dan rendah atau tidak

berpendidikan sama sekali. Perbezaan amat jelas dilihat dari aspek kosa

kata atau perbendaharaan kata, pengucapan, morforlog (susunan kata)

dan sintaksis (ayat).

3.3 VARIASI JANTINA

Kewujudan dua jenis variasi iaitu yang digunakan oleh kaum lelaki

berbeza bahasa yang digunakan oleh kaum wanita. Begitu juga bahasa

yang digunakan oleh golongan khunsa dan juga yang digunakan oleh

golongan ‘gay’.

3.4 VARIASI KERJAYA

Variasi yang digunakan oleh kaum buruh, peniaga, guru,

pendakwah, ahli perniagaan, ahli politik, peguam dan lain-lain. Perbezaan

wujud disebabkan latar belakang lingkungan tugas yang berbeza.

Perbezaan agak ketara dari segi kosa kata.

7

Page 8: variasi bahasa

3.5 VARIASI SUSUN LAPIS MASYARAKAT

Variasi bahasa jelas wujud dalam hiraki atau susun lapis

masyarakat. Dalam bahasa Jawa, Sunda, Bali, variasi bahasa mengikut

tingkat kebangsawanan jelas dapat dilihat, tetapi tidak dalam bahasa

Indonesia. Hal yang sama juga wujud dalam bahasa Melayu. Contoh:

Bahasa istana. Selain itu keadaan sosio ekonomi penutur juga boleh

mewujudkan variasi bahasa. Pada zaman moden ini perbezaan kelompok

masyarakat berdasarkan tingkat kebangsawanan, tidak lagi dikaitkan

dengan status sosio ekonomi yang diperlehinya. Sehubungan dengan itu,

bahasa yang dikaitkan dengan tingkat status dan kelas para penutur

dikenali sebagai :

i. Akrolek

ii. basilek

iii. vulgar

iv. slanga

v. kolokial

vi. jargon

vii. argot

3.5.1 Akrolek

Variasi sosial yang dianggaplebih tinggi daripada variasi sosial yang lain.

Contohnya ialah bahasa bagongan iaitu bahasa Jawa yang khusus

8

Page 9: variasi bahasa

digunakan oleh golongan bangsawan di karaton atau istana Jawa. Bahasa

Perancis dialek kota Perancis dianggap lebih tinggi darjatnya daripada

dialek-dialek bahasa Perancis yang lain. Oleh sebab itu, dialek itu telah

dijadikan bahasa Perancis baku.

3.5.2 Basilek

Variasi sosial yang dianggap rendah. Bahasa Inggeris yang digunakan

oleh koboi dan bahasa Jawa Kramandesh ialah contoh basilek.

3.5.3 Vulgar

Sejenis variasi sosial yang memperlihatkan cirri-ciri penggunaan bahasa

oleh golongan tidak terpelajar. Bahasa yang digunakan pada zaman

Romawi hingga zaman pertengahan bahasa-bahasa di Eropah dianggap

sebagai bahasa Vulgar.

3.5.4 Slanga

Variasi sosial yang bersifat khusus dan rahsia. Variasi ini digunakan oleh

golongan tertentu untuk tujuan yang terbatas. Oleh itu, kosa kata yang

digunakan, selalu berubah-ubah. Slanga bersifat temporal dan banyak

digunakan oleh golongan remaja.

3.5.5 Kolokial

Variasi yang digunakan dalam perbualan sehari-hari. Kolokial adalah

bahasa percakapan atau lisan dan bukannya bahasa tulisan. Contoh

bahasa kolokial Inggeris :

9

Page 10: variasi bahasa

Bahasa Kolokial Bahasa Baku

i. join up enlist

ii. put up with tolerate

iii. full up filled to capacity

Dalam bahasa Melayu lisan, bentuk-bentuk kolokial banyak digunakan

seperti dah (sudah), aje (sahaja), lum (belum) dan sebagainya.

3.5.6 Jargon

Variasi sosial yang digunakan secara terbatas oleh kelompok-kelompok

sosial tertentu. Ungkapan yang digunakan seringkali tidak difahami oleh

masyarakat umum atau masyarakat di luar kelompoknya. Bagaimanapun,

ungkapan-ungkapannya tidak bersifat rahsia.Contohnya, di kalangan

mekanik, terdapat ungkapan seperti discas, allighment, balancing, tuning

dan lain-lain.

3.5.7 Argot

Variasi sosial yang digunakan secara terbatas dalam kerjaya tertentu dan

bersifat rahsia. Hal ini jelas pada penggunaan kosa kata, misalnya di

kalangan anggota polis. Ada kosa kata seperti “Bola-bola Merah’ yang

merujuk kepada nombor kenderaan (BBM), suspek, ‘over and out’ dan

lain-lain.

10

Page 11: variasi bahasa

3.6 VARIASI PENGGUNAAN

Variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan dikenali

sebagai fungsiolek, ragam atau register. Variasi ini biasanya dibincangkan

bidang penggunaan, gaya atau tingkat keformalan dan sarana atau alat

pengucapannya. Ia juga berkaitan dengan bidang dan kepeluan

tertentu seperti bidang sastera, kewartawanan, ketenteraan, pertanian,

pendidikan, ekonomi dan lain-lain. Ianya lebih ketara dari seg ciri-cirinya

dalam kosa kata. Setiap bidang ilmu mempunyai sejumlah kosa kata yang

khusus dan tertentu. Selain iapilmu mempunyai sejumlah kosa kata yang

khusus itu, aspek morfologi dan sintaksis juga ketara dalam variasi

berdasarkan penggunaan ini.

3.7 VARIASI KEFORMALAN

Berdasarkan tingkat keformalannya, Marti Joos (1967) dalam

bukunya ‘The Five Clock’ membahagikan variasi ini kepada lima aspek:

i. Gaya atau ragam baku (frozen)

ii. Gaya atau ragam rasmi (formal)

iii. Gaya atau ragam perundingan (consultative)

iv. Gaya atau ragam bersahaja (casual)

v. Gaya atau ragam mesra (intimate)

11

Page 12: variasi bahasa

3.8 VARIASI SARANA

Dalam aspek ini, terdapat ragam lisan atau bertulis atau ragam

bahasa yang menggunakan sarana atau alat tertentu. Contohnya

menggunakan telefon atau telegraf. Bahasa lisan dan bahasa tulisan

mempunyai struktur yang berbeza. perbezaan ini wujud. Kerana dalam

bahasa lisan, untuk menyampaikan maklumat, maklumat penuturan

dibantu oleh unsur-unsur nonsegmental (paralinguistik / parabahasa) atau

unsur-unsur yang berupa nada suara, gerak geri, gelengan kepala dan

unsur-unsur fizikal yang lain. Bagaimanapun dalam ragam bahasa tulisan

unsur-unsur ini tidak terdapat. Frank Parker (1994) pula membahagikan

variasi ini kepada tiga jenis:

i. Variasi daerah

ii. Variasi sosial

iii. Variasi stilistik

3.8.1 Variasi daerah

Variasi daerah ialah suatu bahasa yang dipengaruhi oleh berapa faktor

seperti politik, geografi dan kebudayaan.

Pertama. Kesan penjajahan boleh membawa salah satu faktor

kewujudan variasi ini. Penduduk asal di suatu kawasan akan

meninggalkan warisan linguistiknya.

Kedua. Penempatan pendatang seringkali memperlihatkan

12

Page 13: variasi bahasa

petunjuk tentang sempadan dialek. Sebagai contoh, pada peta dialek di

Amerika Syarikat, terdapat tiga kelompok kawasan dialek yang merentang

secara horizontal daripada pesisir timur Sungai Mississipi ( bahagian

utara, tengah dan selatan ). Ini disebabkan bahagian pesisir timur telah

dijajah oleh kaum pendatang yang berhijrah daripada pelbagai daerah di

England.

Ketiga. Pembahagian kawasan politik dan keagamaan telah

mewujudkan perbezaan dialek kawasan. Contoh : persamaan bagi

sebuah daerah di Louisiana dinamakan Parish sehingga kini kerana

pengaruh gereja.

Keempat. Sempadan geografi juga memberikan kesan kepada

variasi bahasa yang dikenali sebagai Gullah atau Creolka Sen Island tidak

diserapkan di dalam bahasa Inggeris Amerika kerana penuturnya tinggal

di pulau berhampiran dengan North Caroline dan dari segi geografinya

mereka terpisah daripada penutur-penutur dari tanah besar.

Asmah Hj. Omar (1991) menyarankan bahawa yang paling ketara

Ialah variasi kawasan (daerah). Umumnya variasi ini dikenali sebagai

dialek atau loghat daerah. Beliau juga menyatakan, variasi daerah adalah

komponen yang kecil dalam sistem bahasa yang sama. Perbezaan boleh

dilihat dari segi bunyi, penggunaan kata dan ungkapan-ungkapan tertentu.

Selain itu, tidak ada sempadan yang jelas antara satu dialek dengan satu

dialek yang lain. Di Semenjung Malaysia, variasi bahasa mengikut daerah

biasanya berkait dengan nama negeri, seolah-olah sesuatu variasi bahasa

13

Page 14: variasi bahasa

mengikut kawasan itu hanya terdapat dalam sempadan kawasan tertentu.

Walau bagaimanapun, secara amnya apa-apa yang dikatakan

dialek. Dialek Kedah umpamanya, meliputi kawasan yang luas dari Perlis

hingga ke Taiping. Ada sempadan dialek itu selari dengan kawasan atau

sempadan pentadbiran dan adakalanya tidak. Ini boleh dijelaskan dengan

meneliti sejarah perkembangan bahasa yang berkenaan. Sesuatu dialek

mempunyai kawasan penyebaran yang tersendiri dengan ciri-ciri khusus

yang tidak terdapat di kawasan lain.

Kawasan penyebaran sedemikian dikenali sebagai kawasan dialek.

Dalam satu kawasan dialek pula terdapat pola perbezaan yang kecil

antara satu tempat dengan tempat yang lain. Oleh itu bolehlah kita

katakan kawasan dialek boleh dibahagikan kepada sub-kawasan dialek.

3.8.2 Variasi Sosial

Variasi yang berdasarkan situasi sosial akan menghasilkan dialek

sosial. Ini bermakna secara umumnya, ada bahasa kasar, bahasa halus

dan bahasa neutral. Semua kelainan sosial ini menunjukkan ciri-ciri

penggunaan bahasa yang ditentukan oleh situasi sosial. (Asmah Hj.

Omar). Dalam bahasa Melayu umpamanya ada perbezaan di antara

bahasa istana (Raja) dengan bahasa rakyat biasa.

Dalam bidang sosiolinguistik terdapat satu konsep yang dikenali

sebagai diglosia iaitu keadaan dalam suatu masyarakat yang

14

Page 15: variasi bahasa

memeringkatkan variasi bahasanya. Dengan itu, ada variasi tertentu yang

dikatakan lebih tinggi daripada Variasi yang lain. Jika terdapat satu

diglosia dalam suatu masyarakat bahasa, maka akan wujud kelainan

bahasa taraf tinggi dan kelainan bahasa taraf rendah. Bahasa Diraja

adalah dianggap variasi bahasa taraf tinggi dibandingkan dengan yang

variasi bahasa yang lain.

Terdapat ukuran tertentu yang mengklafikasikan suatu variasi

bahasa itu bertaraf tinggi atau rendah. Ukuran-ukuran itu bergantung

kepada keadaan masyarakat itu sendiri yang menentukannya. Mengikut

Abdul Chaer dan Leonie Augustine (1997) tingkatan atau kedudukan

sosial dalam masyarakat dapat dilihat dari dua segi iaitu

kebangsawanannya dan kedudukan sosial yang ditandai dengan

tahap pendidikan danstatus ekonomi yang dimiliki. Dalam konteks

kebangsawanan, penggunaan variasi bahasa yang jelas tergambar dalam

masyarakat Jawa. Kuntjaraningrat (1997) membahagikan masyarakat

Jawa kepada empat golongan:-

i. Wong cilik

ii. Wong sudagar

iii. Priyayi

iv. Ndara

Berdasarkan tatatingkat ini dalam masyarakat Jawa, terdapat

pelbagai variasi bahasa sesuai dengan tingkat sosialnya. Bahasa yang

digunakan oleh Wong cilik tidak Wong Sudagar atau berbeza dengan

15

Page 16: variasi bahasa

golongan Priyayi. Variasi bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang

berbeza tahap sosialnya termasuk variasi dialek sosial, lazimnya disebut

sosiolek. (Nabuban 1984). Perbezaan variasi yang wujud apabila pihak

terlibat dalam penuturan itu mempunyai tatatingkat yang berbeza. Jika

golongan Wong Cilik berbicara dengan Priyayi atau Ndara atau petani

yang tidak berpendidikan dengan Ndara yang berpendidikan, masing-

masing menggunakan variasi bahasa Jawa yang berbeza. Pihak

tatatingkat sosial yang lebih rendah menggunaka tingkat bahasa yang

lebih tinggi iaitu karma. Yang tatatingkat lebih tinggi menggunakan

bahasa yang lebih rendah iaitu ngoko. Variasi bahasa yang penggunaan

didasarkan kepada tingkat-tingkat sosial dikenali dalam bahasa Jawa

sebagai undak usuk. Sehubungan dengan itu bahasa Jawa boleh

dibahagikan kepada dua :

i. Krama- tinggi

ii. Ngoko - rendah

Secara umumnya, kelas sosial dimaksudkan dengan kumpulan-

kumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri sosial atau ekonomi yang

sama. Bagaimanapun penggolongan kelas soaial tidak bersifat universal.

Di India misalnya, masyarakat disusun mengikut kasta. Oleh sebab

adanya pemisahan yang jelas antara kumpulan kasta dan perbezaan

sosial menyebabkan wujud variasi yang nyata.

16

Page 17: variasi bahasa

3.8.3 Variasi Stilistik

Variasi stilistik adalah variasi bersistem yang wujud dalam suatu

bahasa yang ditutur oleh seseorang penutur khususnya yang berkaitan

dengan keadaan atau penglibatannya dalam sesuatu peristiwa bahasa.

Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling

formal hingga ke bentuk yang agak formal. Dari analoginya, variasi stilistik

sesuatu bahasa dapat disamakan dengan variasi cara berpakaian

mengikut kesesuaian keadaan tertentu. Pakaian untuk ke temuduga

umpamanya tentulah berbeza dengan pakaian untuk pergi ke laut

menangkap ikan.

Dalam konteks ini, kata sinonim biasanya tidak bersifat

mutlak. Dua perkataan atau frasa mungkin sama dari segi bentuk

deskriptifnya tetapi mungkin berbeza dari segi makna ekspresif dan sosial.

Contoh : ‘Ibu” berbeza dari segi makna ekspresifnya dengan ‘bonda’.

Selain itu, variasi stilistik bukan sahaja dilihat dari segi kosa kata. Aspek

ini juga menyentuh tatabahasa dan sebutan. Dalam aspek sebutan

banyak berlaku asimilasi khusus dalam bahasa kolokial jika dibandinglkan

dengan bahasa formal.

3.8.3.1 Jenis-jenis Variasi Stilistik

i. Variasi stilistik leksikal

ii. Variasi stilistik fonologi

iii. Variasi stilistik morfologi

iv. Variasi stilistik sintaksis

17

Page 18: variasi bahasa

3.8.3.1.1 Variasi stilistik leksikal merupakan satu aspek stilistik

Keadaan yang ketara memperlihatkan perbezaan dari suatu keadaan dengan

keadaan yang lain dapat diteliti dari sudut kosa kata. Apabila bertutur atau

menulis dalam suatu laras lebih formal,corak pemilihan kata lebih

berkecenderungan kata-kata bersukukata banyak. Contoh Seseorang yang

menulis surat untuk memohon pekerjaan mungkin akan mengakhiri suratnya

dengan kata-kata seperti “Diharap permohonan ini akan mendapat perhatian

dan pertimbangan tuan yang sewajarnya”.

3.8.3.1.2. Variasi stilistik fonologi merupakan variasi penerapan dan bukan

penerapan pelbagai rumus fonologi tetapi juga perubahan laras yang digunakan.

Contohnya rumus peneutralan iaitu dua fonem yang berbeza menjadi fonem

yang sama berkecenderungan untuk dihilangkan. Contohnya : Panaskan

menjadi perangat ( dialek Kedah). Ciri pengucapan yang terhasil daripada

fonologi atau sebutan tidak sama sekali menggambarkan kecuaian penuturnya,

sebaliknya menggambarkan satu gaya pengucapan yang sesuai dengan laras

atau situasi tertentu.

3.8.3.1.3 Variasi stilistik morfologi biasanya dikaitkan dengan

kependekkan kata. Misalnya I’m - I am dan you’re - you are. Bagaimanapun

kependekkan kata dalam frasa nama misalnya John’ll - John will ternyata

bersifat formal berbanding dengan pemendekkan kata ganti nama. Misalnya

He’ll - He will. Laras tidak formal ialah penggunaaan bentuk kata yang

dipendekkan seperti psych - psychology dan econ - economy dan lain-lain.

18

Page 19: variasi bahasa

3.8.3.1.4 Variasi stilistik sintaksis menyatakan perubahan sintaksis yang

wujud. Sebagai fungsi terhadap perubahan dalam laras. Sebagai contoh yang

ditemuduga bertanya kepada penemuduga “Di manakah saya akan

ditempatkan?”. Tetapi setelah memperoleh pekerjaan, individu yang sama akan

bertanya rakan sekerjanya “ Di jabatan manakah anda bertugas?”. Berdasarkan

ujaran seumpama ini semasa menukar binaan ayat daripada laras yang lebih

formal kepada laras yang tidak begitu formal. Individu itu telah menukar

kedudukan kata-kata atau menggugurkan kata-kata tertentu.

Dalam konteks bahasa Melayu variasi stilistik sintaksis juga berlaku

apabila sesuatu ayat diujarkan perlu disesuaikan dengan keadaan dan budaya.

Sebagai contoh, kata ganti nama formal sesuai digunakan dalam ayat mengikut

stuktur yang baku. Ringkasnya penggunaan ayat baku biasanya akan digunakan

dalam situasi formal atau bagi menghasilkan kertas kerja ilmiah dalam bidang

penulisan.

4.0PENUTUP

4.1 KESIMPULAN

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli

bahasa. Namun apabila mereka merujuk pada satu bahasa tertentu, misalnya

bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai satu gambaran

tentang satu kesatuan bahasa, Yang walaupun mempunyai berbagai-bagai

kelainan, masih terdiri dari satu keseluruhan. Daripada satu variasi satu bahasa,

19

Page 20: variasi bahasa

satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah

yang menjadi ukuran apabila kita merujuk kepada sifat umum bahasa tersebut.

Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa

secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.

Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-

orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang.

Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri

kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang

berasaskan bahasa Melayu dialek Johor Riau. Variasi in, yang kini dikenali

sebagai bahasa Melayu standard, ialah variasi yang digunakan dalam sistem

pendidikan (bahasa sekolah), persidangan dan dalam media massa. Dalam

penggunaan, variasi bahasa Melayu standard seseorang itu masih

memperlihatkan unsure-unsur dialek, tetapi sebahagian besar telah digugurkan

sehingga dapat ia difahami oleh penutur-penutur daripada dilek lain.

Walau bagaimanapun, oleh sebab bahasa standard itu merupakan satu

norma, maka dalam penggunaan danpengalaman bahasa standard itu masih

diizinkan sedikit sebanyak variasi. Namun demikian, sifat keseragaman yang

umum masih lagi dapat dilihat dan dikenal dengan jelas dan oleh sebab itulah

bahasa tetap boleh dikatakan bahasa standard.

Akhirnya ‘Tiada Kata Seindah Bahasa’ dan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ maka

‘Hilang Bahasa Ke Manakah Bangsa’.

20

Page 21: variasi bahasa

KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan …. …. …. …. …. …. …. 01

1.1 Pengenalan …. …. …. …. …. …. 011.2 Objektif …. …. …. …. …. …. 011.3 Kaedah …. …. …. …. …. …. 021.4 Batasan …. …. …. …. …. …. 031.5 Definisi Konsep …. …. …. …. …. …. 03

1.5.1 Pandangan Tentang Variasi Bahasa …. …. 04

2.0 Pembahagian Variasi …. …. …. …. …. …. 04

3.0 Jenis-jenis Variasi …. …. …. …. …. …. 05

3.1 Variasi Penutur …. …. …. …. …. …. 05

3.1.1 Ideolek …. …. …. …. …. …. 053.1.2 Dialek …. …. …. …. …. …. 063.1.3 Kronolek …. …. …. …. …. …. 063.1.4 Sosialek …. …. …. …. …. …. 06

3.2 Variasi Usia …. …. …. …. …. …. 073.3 Variasi Jantina …. …. …. …. …. …. 073.4 Variasi Kerjaya …. …. …. …. …. …. 073.5 Variasi Susun Lapis Masyarakat …. …. …. 08

3.5.1 Akrolek …. …. …. …. …. …. 083.5.2 Basilek …. …. …. …. …. …. 093.5.3 Vulgar …. …. …. …. …. …. 09

3.5.4 Slanga …. …. …. …. …. …. 093.5.5 Kolokial …. …. …. …. …. …. 09

3.5.6 Jargon …. …. …. …. …. …. 10

3.5.7 Argot …. …. …. …. …. …. 10

3.6 Variasi Penggunaan …. …. …. …. …. 113.7 Variasi Keformalan …. …. …. …. …. 11

21

Page 22: variasi bahasa

3.8 Variasi Sarana …. …. …. …. …. …. 12

3.8.1 Variasi daerah …. …. …. …. …. 123.8.2 Variasi sosial …. …. …. …. …. 14

3.8.3 Variasi stilistik …. …. …. …. …. 17

3.8.3.1 Variasi stilistik leksikal …. …. 183.8.3.2 Variasi stilistik fonologi …. …. 183.8.3.3 Variasi stilistik morfologi …. …. 183.8.3.4 Variasi stilistik sintaksis …. …. 19

4.0 Penutup …. …. …. …. …. …. …. …. 20

4.1 Kesimpulan …. …. …. …. …. …. 20

Bibiliografi .... …. …. …. …. …. …. …. …. 21

22

Page 23: variasi bahasa

No. Matrik: B10066

BBM 3201 PENGANTAR LINGUISTIK AM (03 KR)

Bahasa Itu Bervariasi

Oleh:

Nama : Hassan b. Abdul RashidProgram : B.A (Bahasa Dan Linguistik Melayu)Semester : Semester 1Trimester : Trimester Kedua 2005/2006

23

Page 24: variasi bahasa

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASIUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FEBRUARI 2006

24