mencari nur muhammad

Upload: aloeng-silalahi

Post on 05-Apr-2018

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    1/30

    MENCARI NUR MUHAMMADCerita oleh Ismail Ahmed / Skrip oleh Aloeng Silalahi

    BABAK 1 - BILIK HUKUMAN GANTUNGMUHAMMAD SEDANG MENUJU KE BILIK HUKUMAN GANTUNG.BEBERAPA KALI TERJATUH, DIHERET OLEH DUA ORANG WARDENYANG MENGIRINGINYA. BILIK HUKUMAN GANTUNG TERBUKA, NAMPAKTALI GANTUNG.

    V.OMahkamah telah mendapati kamu bersalah dan dengan inimahkamah menjatuhkan hukuman mengikut Syeksen 302 KanunKeseksaan iaitu gantung sampai mati ke atas kamu. Semoga taubatkamu diterima Tuhan dan hukuman ini menjadi pengajaran kepada

    yang masih hidup.

    BUNYI TUKUL MAHKAMAH. M TERUS DISERET. M KELIHATAN TIDAKBERDAYA. BUNYI DEGUP JANTUNG BERTAMBAH KENCANG.

    MNanti!!!!! Tunggu! Tunggu! Nanti dulu, aku belum bersedia lagi..Tolong, sekejap bagi aku seminit sahaja untuk aku bernafas.. Tolong..

    FREEZE. HANYA M YANG BERGERAK. TERKEJUT MELIHAT ORANG-ORANG DI SEKELILING MEMBATU, DIA BERJALAN MENDEKATI TALIGANTUNG.

    M(MEMEGANG TALI GANTUNG) Dah berapa banyak batang leher yangpatah dalam mulut kau.. Dan juga batang leher aku.. (KETAWAKECIL)Sekejap lagi.. (SEPERTI BERBUAL DENGAN TALI GANTUNG) Ya,ya aku pun sama, aku tak ingin berada dalam keadaan ini begitu jugakau.. dan kita sama-sama tak mampu menghalang takdir yang satuini.. Bezanya, kau dah bersedia dan aku tidak.. Aku belum bersedia,kau tau, untuk masuk ke alam seterusnya tanpa bekalan apa-apa..

    Takde amal yang aku lakukan dapat mengimbangi dosa yangmembawa aku ke sini. (MULA MENANGIS MENYESAL) Aku tak nakneraka jadi rumah aku tapi tak ada sesiapa boleh menyelamatkanaku.. Siapa yang boleh membantu aku? Tolong aku...

    MUNCUL DI SKRIN WAJAH-WAJAH ORANG YANG DIKENALINYADENGAN SUARA-SUARA YANG MENYURUHNYA MENCARI MUHAMMADDAN MENDAPATKAN SYAFAATNYA. WAJAH-WAJAH DENGAN SUARA INIMUNCUL BERSILIH GANTI DAN SEMAKIN KERAP SEHINGGA BERTINDIHANTARA SATU DENGAN LAIN SEHINGGA M JADI KELIRU.

    MMuhammad? Siapa Muhammad?!!!

    1

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    2/30

    GELAP

    BABAK 2 - WAD BERSALINHANYA TERDENGAR SUARA AZAN. AZAN YANG DILAUNGKANSEORANG AYAH PADA TELINGA ANAKNYA YANG BARU SAHAJA LAHIR.

    V.O (AZAN)

    Dan dialah yang menciptakanmu dari tanah, kemudian dari setitis

    mani, lalu dari segumpal darah, kemudian kamu dilahirkan sebagai

    seorang anak, kemudian di antara kamu sampai dewasa lalu menjadi

    tua. tetapi di antara kamu ada yang dimatikan sebelum itu (kami

    perbuat demikian) agar kamu sampai kepada kurun waktu yang

    ditentukan, agar kamu mengerti.

    Surah Al-Ghafir: 67

    LAMPU MENYOROT KEPADA PAK MAT YANG SEDANG MENGAZANKANBAYINYA. SEBAK DAN TERHARU. ISTERINYA DUDUK DI ATAS KATIL,KELETIHAN SELEPAS BERTARUNG DENGAN MAUT UNTUKMELAHIRKAN ANAK ITU. SEORANG DOKTOR MASUK.

    DOKTORTahniah En. Mat.. selesai urusan pendaftaran anak nanti nanti isteriencik dah boleh balik.. sekali lagi tahniah ye, (KEPADA ISTERI) tahniahkak.

    DOKTOR DAN JURURAWAT PERGI

    ISTERIBang.. Kita nak letak nama apa kat anak kita tu?

    PAK MATKita namakan dia Muhammad.

    ISTERIMuhammad?

    PAK MATYa. Nama yang terpuji dan mulia.. Semoga nanti sifatnya akanmenurut nama insan yang paling dicintai Allah s.w.t..

    ISTERI

    Insya Allah..

    2

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    3/30

    PAK MATAbang pergi uruskan pendaftaran dulu ya.

    PAK MAT KELUAR. ISTERINYA MULA MENDODOIKAN BAYI DENGANLAGU-LAGU PUJIAN TERHADAP NABI.

    GELAP.

    BABAK 3 - TEMPAT MENGAJISEORANG KANAK-KANAK DALAM PERJALANAN KE KELAS MENGAJI. DIAMENYANYIKAN LAGU ANAK NABI KITA TETAPI MASIH LUPA-LUPA.DATANG DUA ORANG LAGI KANAK-KANAK MENYERTAINYA.

    ANAK 1Anak nabi kita ada 8 orang.. 3 laki-laki 4 perempuan.. eh, 8 ke 7? 9

    kot... La la la..

    ANAK 2 & 3Wah.. bestnya lagu.. ajar-ajar..

    ANAK 1Tu lah.. lain kali jangan ponteng kelas ustaz. Meh, meh follow me..

    ANAK 2 DAN 3 MENGIKUTI NYANYIAN ANAK 1. TERSANGKUT-SANGKUTSEBAB ANAK 1 PUN TERLUPA DENGAN LIRIKNYA. TERDENGAR SUARAUSTAZ MUHAMMAD FURQAN MASUK SAMBIL MENYANYI LAGU YANG

    TEPAT. ANAK-ANAK SEMUA DUDUK. KELAS BERMULA.

    USTAZCukup banyak anugerah yang diberikan Allah kepada NabiMuhammad s.a.w, dan antara anugerah yang paling istimewa adalahseperti firman Allah s.w.t ........ Begitulah istimewanya Islam danMuhammad sebagai Nabinya, sehingga Nabi Muhammad memberijaminan kalau kita mati sebagai orang Islam kita pasti akan masuksyurga dengan syafaat baginda.

    ANAK 1Ustaz, kalau kami nak jumpa Nabi Muhammad boleh tak? Kami nakdapat syafaat jugak. Nak masuk syurga jugak.

    ANAK 2Eh, Nabi Muhammad kan jauh kat Mekah dengan Madinah tu. Manaada duit nak beli tiket kapal terbang..

    ANAK 3Eleh, aritu Atuk dengan Nenek aku pergi Mekah naik Haji diorang takjumpa pun dengan Nabi Muhammad.

    ANAK 1

    3

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    4/30

    Memanglah, Nabi Muhammad tu kan pembesar. Bukan peniaga pasarmalam, senang je nak jumpa. Atuk dengan Nenek kau tu bukannyaorang penting sangat pun. Ingat senang ke nak jumpa pembesar?Macam kat sini jugak.. Susah..

    USTAZ(Tertawa) Anak-anak.. Kita semua tak boleh jumpa lagi dengan NabiMuhmammad. Baginda dah lama wafat meninggalkan kita semua..

    ANAK 3Ha???Habislah kalau macam tu.. (Meraung)

    USTAZKenapa pulak ni?

    ANAK 2Iya lah ustaz. Atuk dengan nenek dia dah tua,pastu tak dapat jumpaNabi nanti mati masuk neraka lah..

    ANAK 1Kita pun sama la kalau macam tu.. (Ikut menangis dengan anak 3)

    USTAZJadi kalau macam tu, semua orang yang lahir lepas wafatnya nabimasuk nerakalah ye.. termasuklah ustaz..kan? (Ketawa) Anak-anak,kita memang tak dapat jumpa Nabi lagi tapi kita boleh dapat

    syafaatnya selagi kita beragama Islam dengan sempurna danmengikuti contoh dan sifat-sifat Nabi.

    ANAK 2Itu kami tau ustaz dah ceritakan. Tapi Nabi kan hidup zaman dulu.Kita hidup zaman sekarang. Mana sama..

    USTAZZaman sekarang pun Muhammad masih ada pada setiap manusia.

    ANAK 1

    Tapi....tapi tadi ustaz kata Nabi Muhammad dah wafat..

    USTAZBeginilah anak-anak... siapa nama kamu?

    ANAK 1Muhammad Iqbal

    USTAZKamu?

    ANAK 2

    4

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    5/30

    Muhammad Imran

    USTAZKamu pula?

    ANAK 3Muhammad..

    USTAZDan nama ustaz, Muhammad Furqan. Satu contoh dah kita ikutidengan nama kita sahaja, dan ibu-bapa kita menamakan kita dengannama Muhammad sebagai motivasi untuk kita mencontohi sifat-sifatyang seterusnya.

    ANAK 3Tapi... tapi ayah saya nama Mat je.. tak dapat syafaatlah nanti?

    USTAZAyah kamu kerja apa?

    ANAK 3Berniaga pasar malam je ustaz..

    USTAZNabi Muhammad pun berniaga.. jadi ayah kamu dah mencontohiNabi.

    ANAK 1Ala.. tapi saya nak jadi doktor ustaz.. macam mana nak ikut nabi..

    USTAZ(tersenyum)Kalau macam tu, apa lagi sifat-sifat nabi?

    GELAP

    BABAK 4 BILIK HUKUMAN GANTUNG

    M SEDANG MUNDAR MANDIR GELISAH.

    MAku kena cari Muhammad. Hanya dia boleh selamatkan aku.. Tapimacam mana?

    PUTUS ASA. M CUBA MEMASUKKAN LEHERNYA KE DALAM TALIGANTUNG. MENGUATKAN TEKAD UNTUK MENERIMA HUKUMAN YANGTELAH DITENTUKAN. TETAPI

    5

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    6/30

    Ya Allah!!!!!!!! kenalkan aku dengan Muhammad, temukan akudengannya.

    GELAP

    BABAK 5 BOARDING ROOM DI BALAI BERLEPAS AIRPORT.BUNYI KAPAL TERBANG . KELIHATAN ROMBONGAN JEMAAH HAJIMEMENUHI RUANG MENUNGGU.

    V.OPerhatian kepada semua penumpang pesawat MAS 3275 dari KLIA keJeddah pada jam 2100 akan ditangguhkan sehingga diberitahu.

    SEORANG WANITA TUA KELIHATAN GELISAH. MUNDAR-MANDIR DI

    HADAPAN KAUNTER. SEORANG PETUGAS SEDANG ASYIK BERBUAL DITELEFON. WANITA TUA MENDEKATI KAUNTER TERSEBUT.WANITA TUANak, oi nak..

    PETUGAS TAK MEMPERDULIKAN NENEK. TERUS BERBUAL RANCAK.NENEK TERUS MEMANGGIL. PETUGAS MENGANGKAT TANGANNYAMEMBERI TANDA TAK MAU DIGANGGU SAMBIL KEMUDIANMENYAMBUNG PERBUALAN SAMBIL TERTAWA2 KECIL DENGAN RAKANDI TALIAN. NENEK TERUS MENUNGGU DI DEPAN KAUNTER, RESAH.

    PETUGAS RASA TERGANNGGU, MASAM WAJAHNYA MEMANDANGNENEK.

    PETUGASApahal ni makcik?

    WANITA TUAMinta maaflah nak, makcik ni ada tertinggal barang di rumah.Penting. Jadi makcik ni nak telefon anak makcik kat rumah tu,nakmintak tolong hantar ke sini.Boleh nak?

    PETUGASHmmm..... macam-macam hal lah makcik ni.

    WANITA TUAErr... nak,mintak maaf lah nak ye.Banyak sangat butang telefon ni ha.Tak tahu mana satu nak tekan.

    PETUGASHuh...makcik ni. Mari sini saya dailkan. Berapa nombornya?

    WANITA TUA

    6

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    7/30

    Nombornya...nombornya.. Allah,terlupa pulak makcik nak. Kejap ye,makcik ambik nombor dalam beg ye. Mintak maaf ye nak.

    PETUGASAah lah makcik,kalau mintak maaf tu duit,dah kaya dah saya.

    Cepatlah,pergi lah ambik makcik.

    WANITA TUA PERGI MENGAMBIL NOMBORNYA DI BEG. AMBIL MASALAMA SANGAT. PETUGAS KEBOSANAN, LALU PETUGASMENGHUBUNGI RAKANNYA. BARU DIA MENGUCAPKAN HELO, MAKCIKTELAH KEMBALI MEMBAWA NOMBOR TELEFON.

    WANITA TUANi nak nombornya...

    PETUGASSaya tahulah. Dah,sebutlah nombornya. Saya nak dail ni.

    WANITA TUA MENYEBUTKAN NOMBOR TELEFON TERSEBUT.PETUGASMENDAIL.TAPI TIDAK DIJAWAB.

    PETUGASTakde orang jawablah makcik.

    WANITA TUA

    Cuba lah lagi boleh nak?

    PETUGAS MENGELUH DAN CUBA MENDAIL LAGI NOMBORNYA. TAPICUMA TUNGGU SEKEJAP JE.TERUS MELETAKKAN GAGANG KEMBALI.

    PETUGASKan saya dah cakap tadi makcik,tak dapat.

    WANITA TUAKejap lagi kita cuba lagi boleh nak?

    PETUGASMakcik, ini bukan telefon awam. Telefon ni untuk panggilan pentingje. Kalau makcik nak telefon banyak-banyak kali,makcik pusingkanan, lepas tu jalan straight. Kat sana ada public phone. Makciktelefon lah puas-puas.

    WANITA TUAMakcik manalah reti guna telefon awam. Sebab tu lah makcik mintaktolong kat anak ni.

    PETUGAS

    7

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    8/30

    Makcik tak nampak orang lain dah ke? Pergi lah tanya kat sana tuha.. WANITA TUA BEREDAR. Macam-macam jenis orang lah..

    PETUGAS KEMBALI MENDAIL TELEFON DAN BERBUAL. WANITA TUAKEMBALI MENDEKATINYA.

    WANITA TUANak...

    PETUGAS(MENEPUK MEJA) Makcik ni pekak ke tak faham? Telefon ini untukkegunaan penting sahaja.

    WANITA TUAMakcik takde duit kecik nak.

    PETUGASMakcik ingat saya ni bank ke ape?!!

    PILOT MUNCUL MENGHULURKAN TELEFON BIMBITNYA.PILOTTakpe makcik,guna handphone saya je. Berapa nombornya?

    PILOT MEMBUAT PANGGILAN. DIJAWAB DAN DIBERIKAN KEPADA

    WANITA TUA.

    WANITA TUAAssalamualaikum Man....

    WANITA TUA BEREDAR. PILOT MENDEKATI PETUGAS.

    PILOTNi apahalnya ni?

    PETUGAS

    Entah, orang hulu mane entah. Guna public phone pun tak reti. Ingatkita ni kaunter pertanyaan ke?

    PILOTWhy do you say something like that? Tak kisahlah orang hulu keorang hutan sekalipun, kita sebagai petugas yang berkhidmat untukmereka sepatutnye melaksanakan amanah kita dengan ramah danikhlas. Awak ingat tu.

    PETUGAS HANYA DIAM. WANITA TUA MEMULANGKAN TELEFON

    KEPADA PILOT.

    8

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    9/30

    WANITA TUANi macam mana nak padam kan ni? Makcik tak reti. (PILOTMENGAMBIL TELEFON DAN MEMATIKAN TELEFON.) Terima kasih lahnak. Nasib baik anak ada.

    PILOTTak payahlah terima kasih makcik. Dah memang tanggungjawab kitasesama manusia untuk tolong menolong. Jauh ke rumah makcik anaknak hantar barang tu?

    WANITA TUAInsyaAllah sempat nak. Tak jauh mane pun. Anak ni nak pergi hajijugak ke? Tapi...

    PILOTTaklah makcik. Saya lah yang akan terbangkan makcik dan jemaahsemua nanti ke Mekkah.

    WANITA TUAOwh,ini pelotnya. Sapa namanya?

    PILOTMuhammad FaizWANITA TUASejuk perut mak kau mengandung ye. Nama ikut nabi, perangai punikut sunnahnya. Eh, teringat makcik kat kampung makcik dulu pun

    ada budak sorang nama Muhammad juga. Baik budaknya, sekolahtinggi kerja bagus tapi sejak mak ayah dia meninggal makcik dengar-dengar dah jadi jahat pulak. Sayang,kalau mak ayahnya masih hiduptentu tak macam tu.

    PILOTUjian makcik. Allah beri ujian pada hamba-hambanya yang terpilih.Kita sebagai manusia pula tak boleh terus nak menghukum keranatakdir yang menimpanya. Tanggungjawab kita untuk salingmembantu dan membimbing walaupun mereka itu sebelumnya

    pernah melakukan kejahatan pada kita sendiri.

    WANITA TUAWah, wah.. anak ni bukan saja tinggi pangkat, tinggi budi bahasa,tapi tinggi betul hemah pemikirannya. Bukan apa, makcik kesian. Niha satu lagi, pasal nama Muhammad ni makcik pernah juga naknamakan cucu makcik tu Muhammad. Tapi tau je lah emak bapakzaman sekarang, tak maunya nak mendengar cakap kita. Diberinyanama Harry lah, Pierre lah, Fasha lah.. Entahlah nak zaman sekarangni...

    PILOT

    9

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    10/30

    Alah biasalah tu makcik, ikut perkembangan zaman.

    WANITA TUAPerkembangan zaman ke zaman menguncup? Nama ni nak kalaukita bagi yang entah apa-apa, kita jugak yang bertanggungjawab bila

    apa-apa yang jadi. Anak ni beruntunglah mak ayah bagi nama yangelok, Alhamdulillah hujungnya pun elok. Orang-orang dulu beri namaanak benda-benda yang baik walaupun tak semuanya ikut namanabi, tapi tetap baik jadi anak-anaknya. Sekarang, jadi apa? Hatuuuuu ha, merempit sana-sana sini, duduk bertenggek tak tentujantan betina. Entahlah nak, makcik tengok sume dah terbalik dalamzaman ni. Pompuan pakai macam lelaki, lelaki macam pompuan.Ingatkan dah sekolah tinggi, tinggilah adabnya tapi ntahlah..(MENJELING KEPADA PETUGAS) dengan orang tua pun dah tak retinak berbudi bahasa. Kita ni kan orang melayu, Islam pulak tu..

    PILOTTak semua kelapa dalam setandan tu baik isinya makcik. Ada jugakyang komengnya.(PHONE BERBUNYI. PILOT MENJAWAB.) Makcik, nianak makcik dah sampai (MEMANGGIL PENGAWAL) Makcik ikut encikni, ambil barang makcik dan kembali ke sini semula ya. Janganlambat pula ye makcik.

    WANITA TUATerima kasih banyak-banyak ye nak. Makcik pergi dulu ye. Eh, lupanak tanya, anak ni dah kahwin ke belum?

    PILOTAda-ada lah makcik ni..

    WANITA TUATakdelah, kalau belum, ada lagi anak pompuan makcik yang bujangdi rumah tu.. hehe (SAMBIL BEREDAR)

    PILOT(TERTAWA MALU SENDIRI. MENYEDARI DIRINYA DIPERHATIKANPETUGAS. MEMANDANG PETUGAS DAN MENJEGILKAN MATANYA.) Ha,

    awak ni kenapa?

    PETUGAS KEMBALI TUNDUK MENERUSKAN PEKERJAANNYA. PILOTKELUAR.GELAP

    BABAK 6 MAKMAL SAINS.SEORANG SAINTIS SEDANG SIBUK MENYIAPKAN SEBUAH DEKODER

    SATELIT. DI BELAKANGNYA SKRIN BERFUNGSI SEPERTI WHITEBOARDYANG MEMAPARKAN KIRAAN FORMULA SAINS YANG RUMIT. SAINTIS

    10

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    11/30

    BEGITU TENGGELAM DALAM DUNIA CIPTAANNYA. DIKEJUTKAN OLEHSUARA ISTERINYA YANG BARU MASUK.

    ISTERIAssalamualaikum...Abang,tak siap-siap lagi ke? Dah nak subuh dah

    ni..

    SAINTISSikit je lagi..

    ISTERIDah 15 tahun kita kawin bang, itulah jawaban abang setiap malam.

    SAINTIS(masih lagi asyik dengan kerjanya) Mana ada benda yang boleh siapdalam sekelip mata je.

    ISTERI15 tahun bang. Dari hari pertama kita nikah sampai sekarang hampirseluruh masa abang habiskan dalam lab ni. Hanya pada waktu solat,makan dan hari raya je abang luangkan waktu untuk kami.

    SAINTIS(berhenti bekerja, memandang isterinya) Abang ingat kita dah selesaibincangkan hal ni? Abang rasa abang tak abaikan tanggungjawababang kan?

    ISTERISaya tau bang, memang abang tak abaikan kami. Tapi abangtengoklah sendiri, saya..anak-anak. Abang tak sedar ke kita tak hidupmacam orang lain?

    SAINTISApa awak cakap ni?

    ISTERISemalam Haikal anak kita menangis-nangis minta dibelikan kereta

    permainan yang baru. Ayu dari sekolah rendah sampai sekarang takpernah abang belikan anak patung yang dia minta. Bahkan baju barujarang sekali abang belikan. Saya tengok anak-anak orang lainsenang, bahagia tapi anak-anak kita? Saya ni..(memperlihatkancincin di jarinya) cincin ni abang sarungkan waktu kita nikah dan ini jelah sampai sekarang yang saya pakai.. semua duit kita laburkanuntuk projek abang yang tak siap-siap ni.

    SAINTISAwak kan tau projek saya ni tak dapat sponsor.

    ISTERI

    11

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    12/30

    Habis tu kenapa abang nak teruskan jugak? 3 tahun pertamapernikahan kita hampir setiap bulan abang dapat tawaran bekerjauntuk bermacam syarikat antarabangsa. MIT, NASA tapi abang tolak.Abang mengajar di universiti tempatan yang gajinya hanya cukupuntuk kita makan dan selebihnya untuk projek abang. Saya rasa

    abang sia-siakan kepandaian abang dan sia-siakan keluarga kita.

    SAINTISAwak silap. Kalau saya tak buat projek ni sia-sia kepandaian saya dankalau awak tak boleh nak faham dan terus menerus macam ni... sia-sialah pernikahan kita.

    ISTERIAbang!!?? Kenapa abang kejam sangat dengan kami. Kami percayapada abang, mengharap pada abang selama ini..

    SAINTISAwak cakap saya kejam pada awak? Pada anak-anak kita? Sebabsaya tak bagi awak emas permata untuk awak pakai,sebab saya takselalu beli baju baru untuk awak dan anak-anak. Tak dapatpermainan bermacam-macam. Kereta dan rumah yang kita ada taksemewah orang lain. Sebab tu awak kata saya kejam? Awak tau takbetapa kejamnya saya kalau saya berikan itu semua dan tak buatprojek ni?

    ISTERI

    Saya tak pernah faham apa yang ada dalam fikiran abang, tapitolonglah bang. Terus teranglah dengan kami, bagi kami faham,sekurang-kurangnya itu kalau yang lain tak dapat abang berikan.

    SAINTIS(mengeluh) Baiklah sayang.. Kejamkah saya yang tak menyalutkanawak dengan emas permata supaya awak tak bersifat takbur danmenyombong dengan orang lain? Kejamkah saya tak membelikansegala macam permainan untuk anak-anak kita supaya mereka terusalpa dengan tipuan nikmat dunia? Kejamkah saya yang memberikankepada kita hidup yang sederhana supaya kita selalu sedar bahwa

    disekeliling kita lebih ramai orang yang memerlukan dari kita?

    ISTERIItu cakap abang je, tapi saya tak pernah tengok abang mendermapun selain zakat harta dan fitrah setiap tahun. Segala apa yangabang tak belikan untuk kami itu abang gunakan untuk projek abangyang tak pernah siap.

    SAINTISInilah derma abang (menunjukkan dekoder satelitnya). Segala apa

    yang abang ada abang gunakan, abang lakukan untuk sumbanganabang kepada agama.

    12

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    13/30

    ISTERIAlah bang. Tak cukupkah alim ulama di negeri kita ni bang nakmemperjuangkan agama?

    SAINTISTugas memperjuangkan agama bukan hanya terletak pada alimulama. Semua umat islam yang mukalaf adalah khalifah yang wajibmemperjuangkan agama. Ini jihad abang, jihad fisabilillah.

    ISTERISekejap abang bercakap tentang derma sekejap abang bercakaptentang jihad. Tapi satu pun saya tak nampak dari perbuatan abang?

    SAINTISUntuk mendapatkan derma yang tulus dan ikhlas haruslah bersihtujuan dan caranya. Begitu juga dengan implikasi derma tersebut.Duit adalah serampang dua mata yang seringkali memancing kitauntuk cinta kemewahan. Kemewahan sebenarnya lebih merupakanujian daripada nikmat. Dan kalau duit mampu menyelesaikanmasalah kenapa negeri-negeri yang berperang dan memerangi ituselalunya, negeri-negeri yang kaya duit dan sumber alamnya? Sebabduit itu tak pernah cukup. Bagaimana kita nak memperjuangkanagama sedangkan paradigma kita mengutamakan duit sampaikanmenganggap duit mampu menyelesaikan sebuah perjuangan agama?Maka sebab itu abang cipta ini, sebuah dekoder penyampai dan

    penerima isyarat satelit dan insyaAllah satelitnya sedikit masa lagi.Berita kebenaran dalam tabligh itu takkan lagi ditapis oleh teknologibarat yang selalu menyimpang. Bagaimana alim ulama di negeri kitanak berjuang sedang hampir separuh dari duit derma yang diterimaitu diberikan kepada mereka yang menindas umat kita, semata-matakerana kita memerlukan teknologi milik mereka? Dan selamanyaderma itu tidak akan murni sampai pada tujuannya. Dan abangberharap dengan adanya teknologi kita tak lagi bergantung kepadateknologi barat dan buku-buku ilmunya yang sentiasa diselitkandengan dogma-dogma memisahkan agama dari kehidupan.

    ISTERISaya nampak niat derma abang tapi jihad?

    SAINTISBukankah jihad yang paling utama adalah jihad menentang nafsu?Abang bersyukur walaupun dalam beratus pertengkaran danperselisihan antara kita dalam 15 tahun ini, kita sekurang-kurangnyamampu berjihad melawan nafsu kita kepada kebendaan.Kemewahan, itu maksud yang paling tepat, yang membutakan matakita untuk melihat lebih jauh kesannya pada ummah yang akan

    datang. Dan kejamlah abang jika membiarkan anak-anak kitadimanjakan dengan keinginan-keinginan dunia yang tak pernah mati

    13

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    14/30

    tapi menidakkan hak adik-beradik mereka yang lain untuk sekadarhidup.

    ISTERIOwh.... rupa-rupanya itu maksud abang.. Abang ada anak dengan

    orang lain ye? Sampai hati abang.... (mula nak terisak)

    SAINTIS(ketawa) MasyaAllah, itulah takde benda lain dalam fikiran awak tu.Umat Islam itu kan semua bersaudara, semua anak-anak umat Islamitu anak-anak kita sayang. Dan kalau kita biarkan mereka dimanjakandengan kemewahan mereka akan lupa betapa susahnya untukmendapat apa yang kita nikmati sekarang.

    ISTERIApa dia tu bang?

    SAINTISKebebasan. Kebebasan untuk bernafas, berfikir, berjalan dan bekerja.Kebebasan berkeluarga dan bernegara. Dan yang paling utamaadalah kebebasan untuk mengamalkan agama kita. Kebebasan untuksaling menyampaikan kebenaran, ingat mengingati dan berpesan-pesan untuk kebaikan. Tanpa teknologi satelit yang bukan milik kita,

    takkkan pernah ada kebenaran tanpa penyelewengan oleh parapemilik teknologi yang secara jelasnya adalah musuh kita dalamgelap dan juga terang.

    ISTERIAstaghfirullah.. Barulah saya faham sekarang bang... Tapi,mampu keciptaan abang ni mengubah semua itu?

    SAINTISKita berusaha untuk yang terbaik sayang. Kalau yang datang itutetap qadar yang buruk, itu kan diluar usaha kita.

    ISTERIInsyaAllah abang. Kita sama berusaha dan bertawakkal. Maafkansaya tak dapat berfikir sejauh abang. Tolong tunjukkan pada sayasupaya mata yang buta ini tercabut hijab dunianya abang.

    SAINTISMari...

    SAINTIS MENGHIDUPKAN ALAT CIPTAANNYA. DI SKRIN TERPAMPANG

    KEGANASAN DAN PENINDASAN YANG BERLAKU PADA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. BOLEH AMBIL SPIRIT GAZA. DAN LAGU DIMAINKAN,

    14

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    15/30

    BOLEH DINYANYIKAN OLEH PELAKON SAINTIS ATAUPUN OLEH M.WAKTU KORUS BURUNG-BURUNG BANGKAI DIPAPARKAN LAMBANGZIONIS DAN AMERIKA-ISRAEL.:

    PUING

    Puing berserakan di segenap penjuruBekas pertempuranBau hamis darah sisa asap peluruSesak nafasku

    Mayat-mayat bergeletakanTak terkubur dengan layakDan burung-burung bangkai menatap riangDan burung-burung bangkai menari senang

    Di hujung sana banyak orang kelaparanDi hujung lainnya wabak busung menyerangDi sudut sana banyak orang kehilanganDi sudut lainnya bayi bertanya bimbangMama, bila ayah pulang?Mama, sebab apa perang?

    Mayat-mayat bergeletakanTak terkubur dengan layakDan burung-burung bangkai menatap riangDan burung-burung bangkai menari senang

    Banyak jatuh korban dari merekaYang tak mengerti apa-apaSuara tangis terdengar dari bekas reruntuhanSeorang ibu muda yang baru melahirkanLemah meratapi sekujur tubuh mayat suaminya

    Dan burung-burung bangkai menatap riangDan burung-burung bangkai menari senang

    Tinggi peradaban teknologi berkembang

    Senjata hebat terciptakanSarana pembunuhan semakin banyak diwujudkanOh mengerikan

    Berhentilah jangan salahgunakanKehebatan ilmu pengetahuan untuk menghancurkanDan burung-burung bangkai menatap riangDan burung-burung bangkai menari senang

    Re re re re re re..

    GELAP

    15

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    16/30

    BABAK 7 TEMPAT KEMALANGANSUARA SIREN AMBULAN. DI SUDUT PENTAS YANG LAIN KELIHATANDUA ORANG MANGSA KEMALANGAN TERKAPAR. M BERADA DI SITU,

    DI ANTARA MEREKA. KETIKA BEBERAPA PETUGAS DATANG DIAMENGHAMPIRI MEREKA TAPI TAK DIHIRAUKAN. SEPERTI M TIDAKWUJUD DI MATA MEREKA. DOKTOR SAMPAI.

    PETUGASAlhamdulillah. Doktor, tolong selamatkan menteri kita.

    DOKTORYang tu siapa pula?

    PETUGASDriver.

    DOKTOR(memeriksa menteri) Flooded lungs. But still responding. Saya rasadia masih boleh bertahan. Bawa medical kit, saya cuba betulkanrespatory function dia.

    DOKTOR MEMERIKSA DRIVER

    DOKTOR

    (memeriksa, terkejut) Astagfirullah.. kenapa awak tak check dia daritadi? Backspine split. Ok, bawa dia ke hospital sekarang.

    PETUGAS MEMBERIKAN INJECTION PADA DRIVER. DOKTOR

    PETUGASTapi,ambulan ni untuk menteri, doktor. Ambulan satu lagi on the way.

    DOKTORAre you mad? Hes got better chance if we take him now. Leave thekit and take him to the hospital. Now!

    PETUGAS MEMBAWA DRIVER PERGI DAN DOKTOR MULAMENYELAMATKAN MENTERI. TAKDE RESPOND. DOKTOR MENCUBABERULANG KALI. BUNYI JANTUNG SEMAKIN LAJU.

    DOKTORWheres the ambulance?!

    PETUGASKan saya dah cakap tadi doktor.

    16

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    17/30

    DOKTORTake my car then!

    PETUGAS MENGUSUNG MENTERI KELUAR. DEGUP JANTUNG YANGKUAT SEMAKIN LEMAH. DOKTOR TERDUDUK. MESIN SOKONGAN

    HAYAT YANG KEMUDIANNYA MATI. MASUK M.

    MDia mati... di hospital.

    DOKTORMenteri?

    MBukan, yang seorang lagi.

    DOKTOR MENGELUH HAMPA.

    MKenapa kau dahulukan drivernya dari menteri?

    DOKTORHe will have better chance if we...

    M

    Tapi dia mati.

    DOKTORBukan kuasa aku. Aku cuma nak berlaku..

    MAdil? Lain betul konsep kau tentang keadilan. Mendahulukan seorangmenteri yang diperlukan negara dari seorang driver.

    DOKTOREh, kau siapa? Kenapa kau mempersoalkan semua ni?

    MSebab aku dengar kau adil. Mungkin aku salah orang.

    DOKTORKau cari siapa?

    MMuhammad.

    DOKTORYa, aku Muhammad. Dr. Muhammad..Iqbal.

    17

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    18/30

    MYang adil sifatnya.Tapi,keadilan apa yang kau lakukan untuk keduapesakit kau tadi?

    DOKTORKeadilan atas dua nyawa manusia. Yang satunya memerlukanperhatian yang lebih dari yang satu lagi.

    MJadi kau berhak menentukan nyawa seseorang?

    DOKTORBukan, aku hanya ada hak untuk menentukan yang mana satu harusaku selamatkan terlebih dahulu dari yang lainnya mengikutpertimbangan profesional aku.

    MDan kau pilih orang yang lebih tidak penting.

    DOKTORAku hanya cuba menyelamatkan nyawa, bukan berpolitik. Keadilanaku terletak pada kemanusiaan.

    M

    Tapi dia mati juga. Adil ke macam tu?

    DOKTORTuhan lebih tau sebab Dia yang tentukan nyawanya. Sama sepertibayi yang lahirnya dijangkiti HIV. Lahir dengan hukuman mati.

    MSemua orang pun macam tu. Lahir mati lahir mati..

    DOKTOR

    Dan Dia Maha Adil dan Maha Tahu. Sekurang-kurangnya akuberusaha untuk mencontohi sifat nabinya untuk berlaku adil. Kau?

    MAku (tersenyum faham)... baru saja mempelajari sifat itu. Untukpengetahuan kau, menteri itu mati dalam perjalanan ke hospital. Thedriver got better fighting chance. Kau betul di situ. Terima kasih.

    GELAP

    18

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    19/30

    BABAK 8 SEKOLAHCIKGU RUBIAH SEDANG MENGAJAR DI DALAM KELAS. SENDIRI SAHAJADI ATAS PENTAS DAN PENONTON MENJADI SEAKAN-AKAN ANAKMURIDNYA.DI SKRIN TERPAPAR MONTAJ-MONTAJ CATATAN PELAJARANSEPERTI PAPAN HITAM.

    C.RUBIAHAssalamualaikum... Apa khabar anak muridku sekalian... Sentiasaceria... Dengan ilmu yang cikgu ajari..(MENYANYI). Anak-anak apakhabar? Alhamdulillah cikgu pun sihat.sebelum kita mulakanpembelajaran kita pada hari ini, cikgu nak ambik kedatangan duluboleh?? Bagus anak murid cikgu.. Semua hadir ye. Ni yang cikgusayang sangat anak murid cikgu ni. Lain hari macam ni jugak laye(TERSENYUM) Ha... Macam mana dengan kelas Ustaz MuhammadFurqan sebentar tadi?? Wah, cikgu dengar begitu semangat sekali yeanak-anak menyanyi lagu Ustaz Muhammad Furqan tadi hinggakancikgu yang ada kat kelas sebelah pun boleh turut sama menyanyilagu tu...mmm macam mane ye lagu tu??ha ..kalau tak silap macamni..(LAGU ANAK NABI).. Ni kenapa semua nampak tak bermaya ??Suara cikgu tak merdu ke?? Ok,kalau macam tu kita buat sedikitsenaman ringan boleh???(BUAT SENAMAN.SAMBIL TU MENEGURANAK-ANAK MURIDNYA)..Yang duk kat belakang tu bangun!! Tolonglap air liur basi kamu tu,,buruk rupanya..haa Man, kamu punsama,,tolong kancing butang baju kamu tu..cikgu taknak tengokperut kamu!! (SELESAI SENAMAN RINGAN)..Apa yang penting??Kecerdasan..ok. Bagus anak murid cikgu. Semua boleh duduk

    sekarang. Terima kasih anak-anak.. Baiklah anak-anak murid. Hari inikita akan belajar betapa penting ilmu dalam Islam sehingga Nabisendiri pernah berkata Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China.Apakah sumber Ilmu yang paling utama dalam Islam?

    MASUK PAK MAT MARAH-MARAH.

    PAK MATCikgu! Kenapa anak saya Muhammad dah tak nak dengar cakapsaya? Apa yang cikgu ajar dia ni?

    C.RUBIAHOh, Pak Mat.. Assalamualaikum. Kenapa ni Pak Mat. Bukan keMuhammad cemerlang dalam SPM aritu? Jadi saya suruh dia applyuniversiti.

    PAK MATTapi saya tak nak dia masuk universiti. Syubhah persekitarannya.Kalau nak masuk biarlah Al Azhar yang terletak dalam masjid jaditerjaga persekitarannya.

    C.RUBIAHTapi kan mahal belajar di sana.

    19

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    20/30

    PAK MATItu sebabnya saya nak dia mengaji pondok. Saya saja namakanMuhammad supaya dia menjadi orang terpuji, boleh jadi ustaz yangmemberikan sumbangan kepada agama.

    C.RUBIAHPak Mat, bukan hanya ustaz saja yang beri sumbangan kepadaagama. Semua kerja merupakan ibadah, selagi niat kita bekerjakerana Allah. Berjuang untuk agama tu luas pengertiannya Pak Mat.

    PAK MATTapi saya banyak dengar cerita IPT di sini berbahaya untuk jiwamurni manusia. Pergaulan yang tidak dibatas, kebersihan dankesucian tujuan tak dijaga. Semuanya dunia semata-mata.

    C.RUBIAHPak Mat jangan pikir macam tu. Saya ni bekas graduan USIM.Universiti Sains Islam Malaysia, di sana terjaga pergaulan lelaki danwanita. Ilmu sains dan teknologi berkembang seiring dengan paksiilmu agama. Lagipun Pak Mat,semua IPT di Malaysia menyediakanprasarana yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Tinggal Muhammadsahaja yang perlu kuat dan segi jasmani dan rohani terutamanyauntuk mencantas cabaran-cabaran yang bakal dihadapinya. InsyaAllah, saya yakin dengan didikan yang telah Pak Mat berikan padadia, Muhammad tak sia-sia.

    PAK MATHabis tu dia boleh jadi apa je nanti kalau tak pergi mengaji pondok?

    C.RUBIAHMari saya tunjukkan.

    MUSIKAL. CIKGU RUBIAH MENYANYIKAN LAGU TENTANG ILMUTEKNOLOGI ISLAM DISELANG SELI DENGAN PECAHAN-PECAHANTABLO.

    C.RUBIAHWahai teman juga sahabatMarilah kita menuntut ilmuNabi kita Nabi MuhammadTuhan kita Allah yang satu

    TABLO A.

    SAINTIS A

    Eureka! Aku telah berjayaMencipta satu formula

    20

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    21/30

    Umat Islam seluruh duniaBerkomunikasi di hujung jari sahaja

    SAINTIS BItu gunanya akal diberi Tuhan

    Dalam tabligh harus ada kemahiranPersatukan semua dalam keimananAgar ummah tak hancur dalam penindasan

    CHORUSWahai teman juga sahabatMarilah kita menuntut ilmuNabi kita Nabi MuhammadTuhan kita Allah yang satuTABLO B.

    PRAMUGARISelamat datang penumpangSelamat berangkat ke tempat tujuanSelamat pergi dan selamat pulangNiat dan ikhtiar sama seimbang

    PILOTKami bukan para mualimBukan ustaz atau ulamaJanganlah tuan berlaku zalim

    Kami bertugas kerana agama

    CHORUSTugas kami sering diujiBanyak skandal dan spekulasiTapi tuan kalau tak ada kamiSapa nak terbangkan ke Tanah Suci

    Rabbi zidna ilman nafia fid dunya wal akhirahYa Allah tambahkan kami ilmu berguna dunia akhirat

    TABLO C.

    PAKAR KOMPUTER ASelama ini kita beli barang tiruanProduk ciplak dari teknologi IslamDiberikan hakcipta dan paten pengeluaranOleh para kafir untuk tujuan penindasan

    PAKAR KOMPUTER BAkhirnya kita bergantung pada mereka

    Padahal sumber ilmu itu bukan hanya mereka yang punyaBukan saja bahan mentah tapi darah tulang isi kepala

    21

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    22/30

    Mereka proses semula dan jual balik pada kita!

    PAKAR KOMPUTER ATapi kali ini rekaanku dah menjadiTak sia-sia ikut fatonah sifat nabi

    Tingkap 2007 ciptaanku yang paling berpotensiKalah semua produk kafir dari segala segi

    CHORUSRabbi zidna ilman nafia fid dunya wal akhirahYa Allah tambahkan kami ilmu berguna dunia akhirat

    LAGU SELESAI. PARA PELAKON TABLO KELUAR TINGGAL PAK MATDAN C.RUBIAH. PAK MAT MENGGARU KEPALA.

    PAK MATHabis, kau nak jadi apa Muhammad??

    CROSS FADE PADA M.

    BABAK 9 DALAM BILIK MESYUARAT

    M DENGAN BEBERAPA ORANG TEMANNYA. M BERPAKAIAN SUTKEMAS DENGAN TALI LEHER. DIA SEDANG MEMANDANG POTRET IBUDAN AYAHNYA DI SKRIN.

    MBusinessman. Usahawan Islam yang paling berjaya. Aku belajarselama 4 untuk mendapatkan ijazah. Ibu dan ayahku cukupberbangga pada pada hari konvokesyenku. Kemudian dengansemangat yang berkobar-kobar aku mula memasuki duniaperbankan. Secara khususnya aku kemudian bertugas sebagaiEksekutif di sebuah bank dalam bidang insurans, dengan harapan

    dapat menubuhkan syarikat sendiri. Tapi apa yang aku dapati segalailmu yang kupelajari telah dikhianati oleh sistem yang hanya

    22

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    23/30

    berasaskan keuntungan duniawi. (MEMANDANG POTRET) Keduaorang tuaku telah ku ajak untuk mengikuti polisi insurans yangditawarkan oleh Bank tempat aku bekerja. Aku tau mereka semakintua dan sebagai langkah keselamatan, polisi yang kami tawarkancukup menarik. 5 tahun, 25 ribu ringgit telah aku bayar kepada polisi

    insurans ini, tetapi apabila ibuku meninggal dunia akibat kemalanganlanggar lari, kamu tau apa yang mereka katakan? (MENIRUKAN GAYASEORANG PENJUAL INSURANS) Kami belum boleh memberikanpampasan kerana kes ini belum selesai disiasat dan kami tak pasti inikes kemalangan langgar lari sebelum dibuktikan oleh mahkamah.Dan kes itu terus disiasat sehingga 2 tahun. Disiasat... (KETAWASINIS) Aku mula menyedari penyelewengan yang berlaku, aku cubamenentang sistem ini dan cuba mendapatkan kembali hak kami. Akuberjaya membawa kes tersebut ke mahkamah. Setahun kemudianayahku pula meninggal dunia. Seorang diri di rumah kerana sakit tuakerana aku sibuk menguruskan kes arwah ibuku. Yang palingmenarik, aku dituduh membunuh ayahku dengan membiarkannyasakit untuk mendapatkan duit insurans. Aku? Membunuh ayahkusendiri? Mereka semua cuba mendakwa aku semata-mata keranaapa? Semata-mata kerana aku menentang polisi insurans merekayang tidak berhati perut. Semata-mata kerana aku bercakap benar didepan hakim untuk menuntut apa yang hak!! Aku terlepas darituduhan, tapi aku tak mendapat apa-apa. Yang aku dapat hanyalahkematian kedua orang tuaku yang percaya dengan polisi isuransyang aku tawarkan, aku tak dapat gambarkan kekecewaan ayahku.Dan aku dibuang kerja dan semua business contact yang aku bina

    selama bekerja hilang. Aku bahkan tak dibenarkan membuatsebarang pinjaman bank kerana mereka semua berpihak untukmenyisihkan aku. Aku yang mengetahui kebusukan, penipuan danpenyelewang yang mereka lakukan. Semata-mata kerana akubercakap benar.. hahaha. (kembali sedar) So.. moral of the story.. takada gunanya kita memegang peraturan, tak ada gunanya kitamempertahankan kebenaran. Kerana kebenaran dan peraturanhanya patuh pada mereka yang berkuasa dan berharta.

    PENGIKUT 1Jadi apa rancangan boss seterusnya?

    MIni pelan bank yang akan kita pecah masuk. Safety vault ada dibawah tanah di belakang bilik pengurus. (di skrin terpapar blue printsebuah bank).

    PENGIKUT 2Rompak bank lagi boss? Duit yang kita ada ni pun tak tau dah nakbuat apa..

    M

    23

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    24/30

    (ketawa) Bukan, bukan duit. Tuhan mereka.Kita bakar tuhan merekayang di dalam bilik kebal tu..

    PENGIKUT 3Ha? Ada tuhan dalam bilik kebal bank?

    MOtak pekasam betullah kau ni! Tu lah, orang nak jadi perompak kaunak jadi perompak.

    PENGIKUT 3Dah saya sekolah tak habis boss..

    MKau ingat jadi perompak tak kena sekolah? Kalau bodoh macamananak jadi perompak. Jadi perompak pun kena ada ilmu kau tau? Kansaya dah cakap kalau kita terlebih cerdik kita tak boleh jadi apa-apaselain dari jadi?

    SEMUABanduan boss.

    MBagus-bagus. Bijak semua.

    PENGIKUT 2

    Habis tu memang ada tuhanlah dalam bilik kebal tu boss?

    MNi lagi satu. Duitlah..

    PENGIKUT 1Tapi boss kata bukan duit.

    MDuit itulah tuhan mereka. Duit yang menjadi sumber inspirasi dantujuan budi dan daya mereka untuk bernafas, bergerak dan berfikir.

    Segala ilmu, sumber alam dan keringat manusia mereka eksploitasiuntuk apa? Untuk duit. Bahkan jika mereka belajar ilmu agamasekalipun semata-mata untuk mengejar duit. Kekuasaan ditentukanoleh seberapa tebalnya poket masing-masing dengan duit. Begitujuga dengan peraturan,hukum dan undang-undang. Mereka cipta danlanggar semata-mata untuk menjaga ketebalan poket merekadengan duit.

    PENGIKUT 2(KEPADA PENGIKUT 3)Betullah tadi aku cakap duit.

    M

    24

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    25/30

    Memang, duit di mata kita, tuhan di mata mereka. Mereka takkanmengaku, apa lagi kalau kita tanya terus terang. Silap-silap kita kenasaman fitnah tau. Tapi kebenarannya apabila mereka berduit,segalanya lancar indah dan mereka katakan mereka adalah orangberadap, berperaturan, sopan dan penuh susila. Tapi bila takde duit,

    apa yang mereka lakukan? Mereka berebut, berkelahi, menipu,berperang antara satu sama lain, mengkhianati kawan dan keluarga,dan bahkan membunuh semata-mata untuk mendapatkan duit. Apaduit bukan tuhan mereka?

    PENGIKUT 1Jadi sekarang boss, bank mana kita nak rompak ni?

    M KETAWA, DIIKUTI OLEH PENGIKUT-PENGIKUT YANG LAIN.GELAP

    BABAK 10 BANK

    USTAZ MUHAMMAD SEDANG BERJALAN. BERSELISIH DENGAN DR.MUHAMMAD IQBAL YANG PERNAH JADI MURIDNYA. DR. IQBALMENYAPA USTAZ.

    DR IQBALAssalamualaikum..

    USTAZWaalaikumsalam...

    DR IQBALUstaz Muhammad?

    USTAZYa saya, Ustaz Muhammad Furqan.

    DR IQBALSubhanallah, tak sangka saya dapat jumpa ustaz lagi. Rindu betulsaya dengan kuliah-kuliah ustaz dulu..

    USTAZMaafkan ustaz tapi anak ni sapa?

    DR IQBALSaya Iqbal, Muhammad Iqbal. Ustaz ingat tak?

    USTAZ

    25

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    26/30

    Astaghfirullah.. Subhanallah, lama betul kita tak jumpa. Dah besarpanjang, segak betul kamu sekarang.

    DR IQBALDulu pakai songkok pun senget kan ustaz.

    MEREKA BERDUA TERTAWA.

    USTAZJadi kamu dapatlah capai cita-cita kamu?

    DR IQBALAlhamdulillah ustaz, berkat pengajaran ustaz dan doa dari semua,saya sekarang dah jadi Doktor. Eh, ustaz pula macam mana?

    USTAZAlhamdulillah. Macam ni lah dari dulu.. Ada kamu dengar ceritakawan-kawan mengaji kamu yang lain?

    DR IQBALTentang Imran saya ada dengar. Selalu juga nampak dia, tapi dia takpernah nampak saya.

    USTAZMacam mana pula tu?

    DR IQBALImran dah jadi pelakon sekarang ustaz. Dulu katanya nak jadipeguam, alih-alih muka keluar filem, keluar tv. Tu yang selalu dapattengok tu.

    USTAZAlhamdulillah.. eloklah tu, tak ada salahnya jadi pelakon. Kata orang,seniman itu seperti lilin. Orang-orang yang meniti diantara duajurang, neraka dan syurga. Tapi seperti lilin mereka membakar dirimereka supaya kita dapat bermuzakarah dan bermuhasabah dari

    watak-watak yang mereka lakonkan. Banyak kejadian dalam hidupkita yang penuh makna selalunya hilang sebab kita terlalu sibukdengan kehidupan. Sekali sekala apabila kita rehat sejenak danmenonton mereka kita semacam melihat cermin yang bolehmemberikankan kita kesedaran untuk berubah ke arah yang lebihbaik. Asalkan tak semata-mata lagha dan hiburan sudahlah.

    DR HAIKALUstaz ni betullah, dari dulu sampai sekarang tetap selalu memberikesedaran baru pada saya. Saya pun pada mulanya rasa terkilan juga

    bila Imran jadi pelakon tapi bila fikirkan kata-kata ustaz, betul juga.

    26

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    27/30

    Yang penting niat dan caranya tak lari dari akidah dan hukum yeustaz.

    USTAZBegitulah, kita ni bukan hanya bertanggungjawab pada tuhan saja.

    Pada manusia dan alam pun fardu bagi kita.

    DR HAIKALEh, lupa pula nak tanya, ustaz dari mana ni?

    USTAZDari rumah ke sinilah. Ingat nak keluarkan duit.

    DR HAIKALNak ke Mekah lagi ke.... nak menikah?

    USTAZTakdelah, nak pindahkan duit ke dalam akaun Perbankan Islam yangbaru ni. Susah kita nak mengelak yang syubhah tapi kalau dah adakat depan mata peluang untuk mengelaknya tak bolehlah kita ambilmudah.

    DR HAIKALKalau macam tu samalah kita ustaz. Ustaz, apa cerita denganMuhammad? Sejak kes mahkamah dia tu saya tak dengar cerita apapun pasal dia.

    USTAZ TAK SEMPAT NAK MENJAWAB. DATANG BEBERAPA ORANGPEROMPAK YANG BERTOPENG MENGACUKAN PISTOL DAN SENJATATAJAM KE ARAH MEREKA DAN ORANG-ORANG LAIN DALAM BANKTERSEBUT. RUPA-RUPANYA BANK TERSEBUT ADALAH BANK YANGDISASARKAN OLEH M DAN PENGIKUTNYA UNTUK DIROMPAK.

    MTenang semua. Kami tak nak mencederakan sesiapa. Ini cumasebuah rompakan. Biasalah bank, kadang-kadang ada rompakankadang-kadang takde. Tak ada apa yang istimewa. Anda semua

    duduk diam dan hari ni akan berlalu seperti tak berlaku apa-apa. Err..tumpang tanya..ha yang hujung sana tu. Maafkan saya tapi di manaya bilik pengurus?

    PENGAWAL BANK MENUNJUK KE ARAH BILIK PENGURUS. M MASUK.PENGAWAL CUBA MENCAPAI SENJATANYA. PENGIKUT 1 MEMUKULNYA.

    PENGIKUT 1Jangan cuba buat sesuatu yang sia-sia kawan..

    PENGIKUT 2

    27

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    28/30

    Woi! Kan boss cakap jangan cederakan sape-sape. Kau ni terlebihvitamin betullah Man..

    PENGIKUT 1Apa? Eh, kau tu yang boooo..leh tahan. Yang kau sebut nama aku tu

    kenapa? Senanglah polis nak cari kita nanti. Lan, kau tengok dia tu..

    PENGIKUT 3Korang berdua ni ambik SPM kat mana ha? Memang sama-samaberkeperibadian tunggul . Sekarang nama aku pun kau sebut.Betullah korang ni adik-beradik tak boleh harap.

    PENGIKUT 2Oh.. sekarang kau bagitu pulak yang kitorang ni adik-beradik kirasusahlah nanti polis nak cari ye?

    MEREKA MULA BERTENGKAR. TIBA-TIBA DR IQBAL MENYERANGMEREKA. SEDANG MEREKA BERGADUH M MASUK BERGEGAS DANMEMUKUL DR IQBAL DARI BELAKANG.

    MKorang ni betul tak boleh haraplah. Aku dah cakap jangan buatkecoh. Suruh diorang diam korang yang bising apahal?

    DR IQBAL YANG MASIH BERDAYA MEMEGANG M DAN MENCABUTTOPENGNYA.

    DR IQBALMuhammad?

    M TERDIAM. TERKEDU. TIBA-TIBA DIA DITAMPAR OLEH USTAZMUHAMMAD.

    USTAZ

    Astaghfirullah apa nak jadi kamu ni Muhammad? Tak cukupkahdugaan Allah selama ni sampai kamu masih mampu ingkar?

    M SEMAKIN PANIK. TIBA-TIBA PENGIKUT 3 MENEMBAK USTAZMUHAMMAD. REBAH. M MENAMPAR PENGIKUT TIGA.

    MTak guna! (PERGI MENDAPATKAN USTAZ YANG REBAH). Maafkan sayaustaz. Maafkan saya..

    KEDENGARAN SIREN POLIS DARI KEJAUHAN. PENGIKUT-PENGIKUT MRESAH DAN MULA MELARIKAN DIRI.

    28

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    29/30

    PENGIKUT 1Boss, polis! Lari!

    PENGIKUT 2

    Cepat boss!

    PENGIKUT-PENGIKUTNYA LARI. M DAH TAK PEDULI. DIA TERUSMERAUNG MEMINTA MAAF DARI USTAZ MUHAMMAD. IQBAL HANYAMAMPU MEMANDANG. USTAZ MENGANGKAT TANGANNYA CUBAMEMEGANG WAJAH MUHAMMAD.

    USTAZMuhamm...

    TANGAN USTAZ JATUH. DIAM SEJENAK.

    MUstaz!!!!!!!!!!!!!

    LAMPU BERUBAH. WARNA-WARNA SIREN POLIS MENERAWANG KESEKELILING PENTAS YANG SEMAKIN GELAP. SUARA AYAT-AYAT SUCIMEMOHON TAUBAT DAN KEAMPUNAN SEMAKIN KERAS.. PARAPELAKON YANG LAIN KELUAR MENINGGALKAN M YANG SEPERTIORANG KERASUKAN. PENTAS KEMBALI MENJADI BILIK HUKUMANGANTUNG. M BERJALAN TERHOYONG HAYANG, KEDUA TANGANNYA

    DIANGKAT KE ATAS SEPERTI MINTA DIGARI.

    MTangkap aku!! Aku bersalah. Aku telah membunuh Muhammad!Hukum aku! Aku bersalah!!!!

    KEMBALI MASUK PEGAWAI-PEGAWAI PENJARA YANG TERUSMENANGKAP DAN MENGHERET M KE TALI GANTUNG. M KETAWA DANMENANGIS SILIH BERGANTI. KETIKA KEPALANYA DIMASUKKAN KEDALAM TALI GANTUNG, PENTAS FREEZE. DI SKRIN MASUK SEMUAMONTAJ WATAK-WATAK YANG MEWAKILI SIFAT-SIFAT KENABIAN YANG

    MENYEBUT-NYEBUT NAMA MUHAMMAD DAN SIFAT-SIFATNYA.DIAKHIRI OLEH WAJAH USTAZ MUHAMMAD FURQAN. M TERSENYUM.

    MMuhammad... Lailahailla anta inni kuntum minadzolimin..

    CHAMBER DITARIK. PENTAS GELAP. (last breath dimainkan)SEKIAN.

    29

  • 8/2/2019 Mencari Nur Muhammad

    30/30

    -ALOENGSILALAHI-