tahap persediaan bagi mengendalikan pengajaran …€¦ · terima kasih atas doa dan restu. untuk...

32
TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS. SATU TINJAUAN TERHADAP PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN ROSANIZA BINTI ZAINAL Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia OKTOBER, 2004

Upload: others

Post on 02-Mar-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS.

SATU TINJAUAN TERHADAP PELAJAR TAHUN

EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN

ROSANIZA BINTI ZAINAL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 2: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:17

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN MATA

PELAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS.

SATU TINJUAN TERHADAP PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN

SESI PENGAJIAN : 2004 / 2005

Saya : ROSANIZA BINTI ZAINAL

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : OMQ 128, BLOK 4503, CIK NARINA BT. A. SAMAH LRG. PERISAI, OFF JLN PDG TEMBAK,

54100 KUALA LUMPUR.

Tarikh : OKTOBER 2004 Tarikh : OKTOBER 2004

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : .........................................

Nama Penyelia : Cik Narina bt. A. Samah

Tarikh : ........................................

Page 4: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS.

SATU TINJAUAN TERHADAP PELAJAR TAHUN

EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN

ROSANIZA BINTI ZAINAL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 5: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................

Nama Penulis : Rosaniza binti Zainal

Tarikh : .............................

Page 6: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

iii

Teristimewa untuk ayah dan ibu tercinta,

Anakanda dedikasikan hasil usaha anakanda,

Terima kasih atas doa dan restu.

Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi,

Teruskan usaha,

Buktikan kasih kita.

Buat rakan-rakan yang dikasihi,

Kalian peneman dikala suka dan duka,

Kenangan di UTM kekal di minda.

Buat semua,

Kudedikasikan,

Bukti usahaku,

Semoga hidup ini bahagia,

Kini dan selamanya.

Page 7: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t diatas limpah kurnia-Nya maka

saya dapat menyempurnakan penyelidikan ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah penyelia saya, Cik Narina

binti A. Samah yang tidak pernah jemu membantu dan memberi nasihat dalam

membantu saya dan memberi tunjuk ajar. Bimbingan dan dorongan yang diberi

sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini tidak akan saya lupakan.

Tidak dilupa kepada kedua ayahanda dan bonda, En. Zainal dan Pn.

Noraini serta keluarga. Terima kasih atas semangat yang diberikan. Begitu juga

kepada rakan-rakan yang sentiasa ada disisi yang sentiasa memahami.

Penghargaan sekalung budi juga ditujukan kepada semua yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek

penyelidikan ini.

Page 8: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap persediaan dalam menyampaikan

pengajaran mata pelajaran matematik menggunakan bahasa Inggeris dikalangan

pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan. Kajian ini memfokuskan kepada tiga

aspek utama : pertuturan, penulisan dan pembacaan. 100 orang (N=100) pelajar

tahun empat dari kursus 4SPM dan 4SPT dipilih sebagai responden bagi kajian ini.

Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian dan dianalisis dengan

bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 10.0 untuk Window).

Item-item soal selidik yang telah dibina telah disemak oleh seorang pakar di

Fakulti Pendidikan berdasarkan prinsip kesahan gagasan. Kajian rintis turut

dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan item dan dapatan nilai

yang diperolehi adalah 0.79. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk

menganalisis data. Hasil analisis deskriptif mendapati tahap persediaan responden

bagi ketiga-tiga aspek utama iaitu pertuturan, penulisan dan pembacaan masing-

masing berada pada tahap sederhana. Manakala analisis inferensi mendapati

terdapat perkaitan diantara ketiga-tiga aspek utama yang dikaji : pertuturan,

penulisan dan pembacaan. Akhir sekali dicadangkan agar ahli akademik dan pihak

Fakulti Pendidikan dapat menjalankan kajian lanjutan bagi mengenalpasti punca

kelemahan para pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris dengan lebih terperinci

dan sekaligus mengatasi permasalahan ini.

Page 9: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to examine the levels of preparation in

teaching mathematics using English among fourth year students of Faculty of

Education. It focused specifically on three basic aspects : speaking, writing and

reading. One-hundred (N=100) fourth year students of 4SPM and 4SPT served as

the respondents of this study. A set of questionnaire was used to gather all data

related to the study and Statistical Packages for Social Sciences (SPSS version 10.0

for Windows) was used to analyze the collected data. All items in the

questionnaire were verified by an expert in the Faculty of Education based on the

principle of construct validity. The pilot study was carried out to determine the

reliability of the items and analysis indicated the items to be having relatively high

reliability : 0.79. Descriptive and inferential statistics were used to analyze the

gathered data. Based on the descriptive analyses, results showed that the

respondents’ levels of preparation were at moderate levels for all aspects. In

addition, the inferential analyses also showed that there were correlations between

three aspects of preparation that had been focused : speaking, writing and reading.

The findings of this research are essential to the academics and the faculty in order

to understand and identify the causes of weaknesses in mastering English among

teacher trainees. It is also hoped that the findings will give some ideas on how to

help the trainees to improve their proficiency in English.

Page 10: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMRIRAN xv

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Persoalan Kajian 14

1.5 Hipotesis 15

1.6 Objektif Kajian 15

1.7 Kepentingan Penyelidikan 16

1.8 Batasan / Skop Kajian 17

1.9 Definisi / Istilah 19

Page 11: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

viii

1.10 Kesimpulan 23

BAB II SOROTAN KAJIAN 24

2.1 Pendahuluan 24

2.2 Guru yang Cemerlang dan Berfikiran Positif 24

2.3 Kepentingan Komunikasi / Bahasa dalam

Bidang Pendidikan 25

2.4 Kepentingan Guru Menguasai Bahasa

Inggeris dari Aspek Pertuturan, Penulisan dan

Pembacaan dalam Mengendalikan Pengajaran

Matematik 26

2.5 Tahap Kemahiran dan Penguasaan Bahasa

Inggeris Mahasiswa 27

2.6 Tahap Keyakinan dan Persediaan Guru dalam

Mengendalikan Pengajaran Matematik dalam

Bahasa Inggeris 28

2.7 Kesimpulan 30

BAB III METODOLOGI 31

3.1 Reka Bentuk Kajian 31

3.2 Tempat Kajian 31

3.3 Sampel Kajian 32

3.4 Skop Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 33

3.6 Analisis Data 36

3.7 Jangkamasa Kajian 37

3.8 Prosedur Mengumpul Data Kajian 38

3.9 Kesimpulan 38

Page 12: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

ix

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 39

4.1 Pendahuluan 39

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 40

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 40

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 41

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Keputusan SPM Matematik

KBSM 42

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Keputusan SPM Matematik

Tambahan 42

4.2.6 Taburan Responden Mengikut

Keputusan SPM Bahasa Inggeris 43

4.2.7 Taburan Responden Mengikut

Keputusan peperiksaan UHB

2232 (English for Professional

Communication) 44

4.3 Penganalisaan Data Menurut Persoalan Kajian 45

4.3.1 Keputusan Kajian Deskriptif 45

4.3.1.1 Persoalan Kajian 1 46

4.3.1.2 Persoalan Kajian 2 52

4.3.1.3 Persoalan Kajian 3 55

4.3.2 Keputusan Kajian Inferensi 58

4.3.2.1 Persoalan Kajian 4 59

4.3.2.2 Persoalan Kajian 5 60

4.3.2.3 Persoalan Kajian 6 61

4.4 Analisis Keseluruhan dan Kesimpulan 61

Page 13: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 64

5.1 Pendahuluan 64

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian 65

5.2.1 Persoalan Kajian 1 65

5.2.2 Persoalan Kajian 2 66

5.2.3 Persoalan Kajian 3 67

5.2.4 Persoalan Kajian 4 68

5.2.5 Persoalan Kajian 5 69

5.2.6 Persoalan Kajian 6 70

5.3 Rumusan 71

5.4 Cadangan 73

5.5 Kesimpulan 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN 81

Page 14: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Nombor item bagi ketiga-tiga persoalan kajian

mengikut aspek yang dikaji 35

4.1 Taburan responden mengikut kursus 40

4.2 Taburan responden mengikut jantina 41

4.3 Taburan responden mengikut kaum 41

4.4 Taburan responden mengikut keputusan SPM

Matematik KBSM 42

4.5 Taburan responden mengikut keputusan SPM

Matematik Tambahan 42

4.6 Taburan responden mengikut keputusan SPM

bahasa Inggeris 43

4.7 Tabuan responden mengikut keputusan peperiksaan

UHB 2232 (English for Professional Communication) 44

4.8 Julat skor min tahap persediaan pelajar mengendalikan

pengajaran mata pelajaran matematik menggunakan bahasa

Inggeris dari aspek pertuturan, penulisan dan pembacaan 45

4.9 Analisis kajian deskriptif tahap persediaan dari aspek

pertuturan 46

4.10 Analisis kajian deskriptif tahap persediaan dari aspek

penulisan 52

4.11 Analisis kajian deskriptif tahap persediaan dari aspek

pembacaan 55

4.12 Klassifikasi kekuatan korelasi 59

4.13 Analisis kajian inferensi perkaitan antara tahap

persediaan dari aspek pertuturan dan penulisan 59

Page 15: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

xii

4.14 Analisis kajian inferensi perkaitan antara tahap

persediaan dari aspek penulisan dan pembacaan 60

4.15 Analisis kajian inferensi perkaitan antara tahap

persediaan dari aspek pertuturan dan pembacaan 61

4.16 Min dan petanda bagi tahap persediaan setiap aspek

yang dikaji 62

4.17 Nilai pekali korelasi dan petanda bagi perkaitan antara

setiap aspek yang dikaji 62

Page 16: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT 1.1 Peta konsep bidang kajian 19

Page 17: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

xiv

SENARAI SINGKATAN

4 SPM - Tahun empat kursus ijazah Sarjana Muda Sains dan

Pendidikan (Matematik)

4 SPT - Tahun empat kursus ijazah Sarjana Muda Sains dan

Komputer serta Pendidikan (Matematik)

PPLD - Program Pensiswazahan Lepasan Diploma

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kejuruteraan Awam

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kejuruteraan Elektrik

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kejuruteraan Jentera

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Surat pengesahan pakar bidang 81

B Contoh set soal selidik 82

Page 19: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Wawasan 2020 merupakan satu hala tuju yang dirancang untuk menjadikan

Malaysia bertaraf sebuah negara maju. Kejayaan ke arah wawasan yang dicita-

citakan ini memerlukan perancangan dan usaha-usaha berterusan terhadap

pembangunan negara, maka kemajuan perlu dibina atas kekuatan ilmu, agama dan

amalan masyarakat yang penyayang. Negara maju yang diharapkan ialah sebuah

negara maju yang mengikut acuan masyarakat Malaysia sendiri. Dalam usaha ke

arah negara maju, negara memerlukan rakyat yang berkebolehan untuk berfikir

secara sistematik, berpengetahuan dalam bidang matematik dan sains, mampu

berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing, kreatif dan menjadikan

kecemerlangan sebagai matlamat akhir bagi semua aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, negara maju menuntut setiap rakyatnya memiliki sikap mampu

bersaing dan bersedia dari segi ekonomi, sosial dan psikologi untuk menghadapi

persaingan dan cabaran. Malaysia perlu membuat satu transisi kritikal daripada

ekonomi industri kepada pemimpin zaman maklumat. Untuk merealisasikan visi

ini, rakyat Malaysia perlu membuat anjakan asas ke arah tenaga kerja yang celik

teknologi, berkeupayaan bertindak dalam persekitaran kerja yang berciri global,

dan menggunakan alatan yang terdapat di zaman maklumat (petikan laporan

bertajuk Sekolah Bestari di Malaysia Suatu Lonjakan Saujana yang dibentangkan

di Seminar Sekolah Bestari, 3 Februari 1997).

Page 20: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

2

Sehubungan itu, bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam

melahirkan insan yang seimbang daripada segi intelektual, rohani, emosi, jasmani

dan sosial (JERIS) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat

menerajui negara. Seorang guru yang berkesan bertanggungjawab membina sikap

yang bersesuaian dengan ikhtisas perguruan dan mempertahankan profesyen

perguruan. Mereka perlu berusaha dan bertanggungjawab mewujudkan emosi

yang stabil, sihat dengan sahsiah dinamik, mempunyai kecergasan otak yang

tinggi, bersifat kreatif, mempunyai imaginasi, berdedikasi dan mempunyai

keperibadian yang tinggi. Tegasnya, guru perlulah membentuk diri sebagai al-

insan al-kamil yang mencakupi pembentukan diri sebagai guru berkesan (Padilah,

1999).

Hazani (1999) telah menyenaraikan lima peranan guru sebagai penggerak

revolusi ilmu. Peranan pertama ialah guru mestilah mempunyai minat dan iltizam

yang tinggi dan mantap terhadap tugasnya sebagai pendidik. Dengan adanya sifat

yang murni ini, guru-guru akan merasakan tidak dipaksa untuk terus meneroka

alam pendidikan, terus mencari, belajar, mendalami dan seterusnya mengajar ilmu

dengan penuh dedikasi dan menyakinkan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Janganlah kamu merasa lemah dan jangan susah, kerana kamu

pasti menang asalkan kamu bersungguh-sungguh mukmin.”

(Ali Imran : 139, dipetik dari Tafsir Quran Karim)

Peranan kedua ialah guru perlu mempunyai kecemerlangan ilmu. Apabila

guru cemerlang dalam pelbagai disiplin ilmu, bermakna pelajar akan menghormati

dan seterusnya menjadikan guru sebagai model yang unggul. Sifat murni seperti

ini akan menjadi pemangkin dan seterusnya dapat menggerak dan memotivasikan

pelajar untuk terus mencari kecemerlangan dalam akademik. Allah s.w.t berfirman

yang bermaksud:

“Wajiblah ada diantara kamu suatu umat (golongan) yang menyeru

(manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan

melarang berbuat jahat. Mereka itulah orang-orang yang berjaya

(berbahagia).”

(Al-Imran : 104, dipetik dari Tafsir Quran Karim)

Page 21: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

3

Peranan guru yang ketiga ialah guru harus memahami sepenuhnya tugas

sebagai pendidik. Penguasaan kemahiran belajar, pengurusan masa dan kemahiran

berfikir adalah penting. Tugas guru bukan sekadar mengajar dan mendidik pelajar

tetapi pada masa yang sama guru sebagai pendidik kepada ibu bapa dan

masyarakat. Menurut Azman (1975), tugas guru adalah memudahkan

pembelajaran kanak-kanak (pelajar).

Peranan keempat ialah seorang guru mestilah mendokong, menghayati dan

mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sembilan cabaran dalam

Wawasan 2020. Seorang guru boleh menggabungjalinkan falsafah di atas dan

mencari alternatif untuk melahirkan masyarakat yang bestari. Unsur-unsur negatif

yang boleh merosakkan minda dan akhlak pelajar haruslah dijauhi.

Peranan yang kelima ialah seorang guru haruslah berani dan tegas

menyatakan dan menegakkan kebenaran ilmu. Matlamat yang paling tinggi dalam

proses belajar ialah untuk mencari kebenaran. Guru berkesan yang proaktif akan

memikir dan mencari serta menyakinkan kebenaran ilmu kepada pelajar. Allah

s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah

dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya.”

(Al-Ma’idah : 35, dipetik dari Tafsir Quran Karim)

Memandangkan ilmu matematik dan sains merupakan asas utama kepada

pertumbuhan teknologi dan bahasa Inggeris pula amat penting sebagai wahana

komunikasi antarabangsa yang akan menghubungkan Malaysia dengan negara lain

di seluruh dunia, maka persediaan seluruh tenaga pendidik di Malaysia perlulah

benar-benar mantap untuk memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa. Dalam

era yang kian menghimpit, guru perlulah memastikan mereka mampu menjana

usaha, mempertingkat kemampuan dan berperanan dengan penuh tanggungjawab

untuk menjadi guru yang berkesan.

Berikutan kesedaran itulah, bermula penggal persekolahan tahun 2003 yang

lalu, kerajaan telah melaksanakan dasar baru dalam pendidikan iaitu perlaksanaan

penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan

Page 22: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

4

sains sepenuhnya ditahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah.

Manakala pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains ditahun dua hingga

tahun enam sekolah rendah serta tingkatan dua hingga tingkatan lima dan tingkatan

enam atas di sekolah-sekolah menengah digalakkan penggunaannya. Namun

begitu ia akan mulai dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah

menjelang tahun 2008 dimana perubahan secara berperingkat akan dilaksanakan.

Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri Muda Musa (Utusan Malaysia, 18

Jun 2002) menyatakan bahawa pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar

menggunakan bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam

bidang berkaitan dan juga bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Langkah ini diambil

kerana kerajaan menyedari bahawa penggunaan ilmu sains dan matematik serta

bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat.

Pelaksanaan ini bertujuan menyediakan rakyat Malaysia yang dapat

bersaing di era globalisasi ke arah mencapai Wawasan 2020. Apatah lagi dalam

kepesatan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), dunia perdagangan dan

perusahaan serta politik, bahasa Inggeris telah pun mendominasi bidang-bidang

tersebut dan diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa. Untuk penglibatan dalam

masyarakat antarabangsa, bahasa Inggeris masih diperlukan sebagai alat

komunikasi (Zulkifley, 1994).

Bahasa merupakan alat komunikasi utama dalam kehidupan. Salah satu

cara pengetahuan dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain adalah

melalui bahasa. Bahasa memainkan peranan penting dalam komunikasi, berfikir

dan merupakan alat untuk bertukar idea dan pandangan antara individu dengan

yang lain. Khususnya dalam mata pelajaran matematik, Aziz (2003) berpendapat

bahawa selain daripada aspek kemahiran matematik, bahasa mempengaruhi

pemikiran pelajar melalui pemupukan persepsi dan penyusunan idea dari

persekitaran mereka.

Page 23: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris

kepada pelajar-pelajar tahun satu, tingkatan satu dan enam rendah pada semua

sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada

semua peringkat sekolah menjelang 2008. Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri

Musa Mohamad (Berita Minggu, 21 Julai 2002) menyatakan bahasa penggunaan

bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dimulakan pada tahun

2004 di kolej matrikulasi, manakala di politeknik pula pada 2008.

Mengenai strategi pelaksanaan dasar baru ini, beliau berkata pelajar tahun

satu akan menggunakan sepenuhnya dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris

pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2008.

Pelajar tingkatan satu bagi tahun 2003 tersebut akan mengambil dua subjek itu

dalam bahasa Inggeris pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada

2005 dan seterusnya kumpulan ini mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada

2007. Walaupun kelas atau tingkatan lain tidak terbabit, sekolah-sekolah

digalakkan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran kedua-dua mata

pelajaran itu.

Sudah menjadi tanggungjawab para guru menerima arahan serta melakukan

apa yang diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun apa

yang dikhuatiri sekarang adalah penerimaan dan persediaan guru-guru sedia ada

serta bakal guru dalam menerima dan mempersiapkan diri bagi menempuh

perubahan ini. Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGB), Sanip Suradi

turut menyatakan kebimbangan beliau berkenaan penguasaan bahasa Inggeris

dikalangan guru sains dan matematik tidak mencapai tahap yang diharapkan serta

mengambil masa untuk melatih semula guru terbabit bagi membiasakan mereka

dengan istilah didalam bahasa Inggeris (Berita Harian, 11 Mei 2002).

Hasil kajian pihak Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

(GPMS) berhubung pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa

Inggeris di beberapa sekolah dan kelas tuisyen mendapati bahawa ramai guru sains

dan matematik dikatakan berhasrat untuk menarik diri daripada mengajar kedua-

Page 24: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

6

dua mata pelajaran berkenaan apabila ia dimulakan pada tahun 2003 berikutan

ketidakupayaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Menurut Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk

Suhaimi Ibrahim (Berita Harian, 6 Ogos 2002), para guru bukan sahaja tidak

bersedia, malah berasakan tidak mampu mengajar mata pelajaran itu dalam bahasa

Inggeris walaupun mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing. Beliau juga

berpendapat bahawa tindakan ini adalah satu kerugian bukan saja kepada pelajar

malah kepada negara kerana negara bakal kehilangan pakar dalam kedua-dua

bidang berkenaan.

Masalah ini bukan sahaja berlaku dikalangan guru-guru sedia ada, malahan

bakal guru turut merasai sedikit sebanyak kegentaran dalam menempuhi cabaran

yang bakal dilalui dimana mereka berasakan tidak yakin dan tidak cukup bersedia

menerima perubahan ini. Justeru itu dirasakan amat perlu dijalankan kajian dan

penyelidikan bagi mencari alternatif terbaik dalam mencari punca dan jalan

penyelesaian bagi permasalahan ini agar para guru tidak terkebelakang dan

ketinggalan dalam mengejar perubahan dan arus kemodenan ini serta dapat

memulakan tanggungjawab sebagai seorang guru kelak dengan penuh keyakinan

dan dedikasi (Zulkifley, 1994).

Sesebuah kerajaan boleh membuat undang-undang dan memaksa rakyatnya

mempelajari sesuatu bahasa tetapi sukar bagi kerajaan untuk memaksa rakyatnya

menghayati keputusan yang telah dibuatnya, seperti kata pepatah Inggeris “Kita

boleh memaksa kuda ke air, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda meminum air”.

Perumpamaan ini bermakna kita boleh memaksa seseorang itu mempelajari bahasa

Inggeris tetapi kita tidak boleh memaksa dia supaya bersedia dari segi mental.

Persediaan mental hanya boleh dicetuskan oleh motivasi yang wujud dalam diri

seseorang dan bukan oleh paksaan (Zulkifley, 1994).

Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Abdul Aziz Shamsudin

(Berita Harian, 5 Julai 2002) menyatakan bahawa setiap perkara baru tentu ada

masalah, tetapi masalah itu boleh diatasi dengan adanya perancangan yang teratur

dan kesungguhan yang mendalam dikalangan guru berkenaan. Guru seharusnya

menanamkan dalam jiwa dan ambil cabaran dan tugas ini sebagai satu agenda

Page 25: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

7

nasional, kerana perubahan yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk

menentukan anak-anak Melayu setanding dengan bangsa lain di dunia.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak guru tidak berkeyakinan

melaksanakan pengajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Namun begitu, beliau berpendapat bahawa kesukaran ini mungkin timbul pada

peringkat permulaan sahaja, lama kelamaan masalah yang dihadapi pasti dapat

diatasi. Beliau yakin semua guru faham bahasa Inggeris, cuma masalahnya mereka

tiada kemahiran berkomunikasi. Beliau juga menjelaskan pihaknya tidak bimbang

kerana sebahagian besar guru tersebut mempunyai asas pendidikan bahasa Inggeris

cuma mereka tidak lancar kerana tidak menggunakannya dalam proses pengajaran

atau perbualan seharian.

Namun, apa yang penting di sini adalah sikap dan motivasi di dalam diri

bakal guru dan guru sedia ada itu sendiri agar sentiasa bersedia menerima dan

berusaha untuk melakukan perubahan bagi memajukan diri mereka dalam

menempuh era globalisasi. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika seseorang itu

mempunyai kesediaan untuk belajar. Paksaan tidak dapat menghasilkan

pembelajaran yang berkesan (Saniah et al., 2000 yang dipetik dari Zulkifley,

1994). Selain itu, para bakal guru dan guru harus terus memajukan diri dengan

mempelajari dan meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris mereka. Els et al.

(1984 dalam Zulkifley, 1994) turut menyatakan sikap dan motivasi mempengaruhi

pembelajaran bahasa kedua. Sikap terbina hasil daripada pengaruh sosial dan

kadangkala boleh diwarnai dengan pelbagai emosi.

Els et al. (1984 dalam Zulkifley, 1994) menyatakan bahawa dua bentuk

sikap yang amat penting dalam pembelajaran bahasa kedua (bahasa pertuturan

selain bahasa pengantar rasmi) ialah sikap terhadap bahasa yang hendak dipelajari

dan sikap terhadap penutur-penutur bahasa yang hendak dipelajari. Gleitman

(1986 dalam Zulkifley, 1994) semasa menghuraikan kepentingan sikap dalam

menerbitkan dan mencorakkan sesuatu tingkah laku telah menerangkan sikap

sebagai, satu kombinasi yang terdiri daripada kepercayaan, tanggapan, penilaian

dan sifat-sifat semulajadi yang menyebabkan seseorang itu bertindak dengan cara

tertentu.

Page 26: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

8

Bahasa kebangsaan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa penyatuan,

iaitu menyatukan pelbagai bangsa dan pelbagai kawasan geografi. Walau

bagaimanapun, sebagai bahasa kebangsaan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa

Melayu tidak dapat memenuhi ‘fungsi penyertaan’ (participatory function)

sepenuhnya. Fungsi penyertaan bermaksud bahasa menjadi alat yang

membolehkan sesebuah negara ikut terlibat dalam perkembangan budaya dunia

seperti bidang sains dan teknologi, perdagangan antarabangsa dan bidang

diplomatik (Fasold, 1984 yang dipetik dari Zulkifley, 1994 dalam buku

Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa).

Azman (1975) menyatakan bahawa “...pertuturan itu merupakan asas

utama bagi perhubungan”. Meskipun semua orang yang normal dapat bertutur,

namun kemampuan bertutur secara yang bernas dan berkesan terutama di hadapan

khalayak, bukanlah perkara yang mudah. Bimbingan dan pendedahan yang

berterusan perlu diberikan kepada seseorang dari awal lagi untuk membolehkannya

berbuat demikian (Nawi, 1996).

Menurut Zulkifley (1994) jumlah dan jenis kosa kata yang dimiliki oleh

individu-individu yang berlainan adalah berbeza-beza bergantung pada taraf

pendidikan, pengalaman dan persekitaran sosiobudaya. Penguasaan bahasa kedua

agak berbeza daripada penguasaan bahasa pertama kerana ia tidak berlaku secara

semulajadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk mengelakkan

pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Dua faktor instrinsik yang memainkan peranan penting dalam menentukan

kejayaan dan kegagalan pembelajaran bahasa kedua ialah sikap dan motivasi.

Widdowson (1978, dalam Zulkifley, 1994) menyatakan bahawa secara

umumnya pengajaran bahasa bertujuan untuk membentuk empat jenis kemahiran

berbahasa: memahami pertuturan, menghasilkan pertuturan, kebolehan membaca

dan menulis. Manakala Azman (1975) menyatakan bahawa dalam satu program

ujian bahasa, apa yang harus diuji ialah kemahiran atau pencapaian kemahiran

bahasa seseorang iaitu merangkumi aspek kemahiran mendengar, menutur,

membaca dan menulis.

Page 27: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

9

Didalam kajian ini, skop dikhususkan kepada aspek kemahiran pertuturan,

penulisan dan pembacaan sahaja. Ini supaya penekanan kepada kemahiran

sewaktu penyampaikan pengajaran dapat diberi perhatian. Sewaktu

menyampaikan pengajaran matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar, guru harus berkemahiran bertutur didalam bahasa Inggeris.

Selain dari itu, berkemahiran dalam penulisan dan pembacaan didalam bahasa

Inggeris juga perlu bagi memudahkan guru menyediakan persediaan mengajar.

Guru harus berkemahiran membaca bahan-bahan bacaan berbahasa Inggeris

sebagai rujukan serta dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan menulis bahan-bahan pengajaran pada papan hitam, carta atau apa sahaja

media bahan bantu mengajar dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan

pemahaman pelajar .

1.3 Pernyataan Masalah

Selaras dengan Wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan

perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan

agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Reformasi pendidikan perlu diberi

perhatian yang penting dari aspek perubahan dasar, falsafah, kurikulum, organisasi,

struktur dan peranan yang dinamik dan bersifat futuristik menjelang abad ke-21

(Jasimah, 1999). Dengan ini misi Kementerian Pendidikan ialah untuk

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara

Malaysia. Ini merupakan satu amanat besar yang perlu direalisasikan oleh para

pendidik di seluruh Malaysia bagi memartabatkan organisasi pendidikan.

Islam mengajar umatnya supaya mengutamakan ilmu melalui penurunan

surah pertama al-Quran iaitu surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 yang bermaksud :

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang telah

mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah

Yang Maha Pemurah yang mengajar kamu dengan perantaraan

Page 28: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

10

kalam. Mengajarkan manusia apa yang mereka tidak tahu.”

(dipetik dari Tafsir Quran Karim)

Sebagai mahasiswa Fakuli Pendidikan UTM yang bakal menjadi guru

sedikit masa lagi adalah menjadi tanggungjawab bakal guru ini untuk

mempersiapkan diri dengan seberapa banyak ilmu pengetahuan yang mencukupi

dan bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang sudah tentunya banyak dugaan

dan cabaran. Faktor perbezaan latar belakang keluarga, tahap pendidikan serta

corak pengajaran dan pembelajaran di UTM khususnya menjadikan terdapat

pelbagai pandangan diberikan oleh mahasiswa-mahasiswa ini.

Seperti mana yang kita ketahui, selama lima tahun bakal guru ini menuntut

ilmu di UTM dalam bidang pendidikan, mereka telah dididik dengan pelbagai ilmu

berkaitan pendidikan, sains dan teknologi dan pelbagai lagi ilmu. Sejak di tahun

satu, kuliah di Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan UTM dilaksanakan didalam

bahasa Melayu melainkan bagi mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri, namun

dengan adanya inisiatif dari pihak UTM, sejak tahun 2003 secara berperingkat-

peringkat telah ada antara kuliah yang telah mula dilaksanakan menggunakan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar khususnya bagi mata pelajaran

berkenaan matematik. Berikutan ini, masih kurang pendedahan penggunaan

bahasa Inggeris di dalam bilik darjah kepada bakal guru ini. Oleh itu, adalah

menjadi tanggungjawab bakal guru itu sendiri untuk mencari inisiatif lain dalam

mempertingkatkan diri untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran berbahasa

Inggeris bagi membantu mereka menghadapi pengajaran di dalam bilik darjah.

Sejak mahasiswa di peringkat sekolah lagi, mereka telah dibiasakan dengan

pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan bahasa Melayu, malahan

sewaktu memulakan pengajian di UTM pemikiran mereka serta latihan yang

dilalui, mereka dilatih untuk menggunakan bahasa Melayu sewaktu pengajaran.

Namun, berikutan perubahan yang dilakukan ini, bakal-bakal guru ini harus

menukar konteks pemikiran serta cara pengajaran dan penyampaian agar

penggunaan bahasa Inggeris mereka teratur dan sempurna sewaktu pengajaran dan

ini telah menjadi suatu masalah.

Page 29: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

11

Komunikasi yang berkesan merupakan satu aspek yang penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah matematik. Menurut

Abdullah dan Ainon (1999) berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi

pengalaman dan pengetahuan dengan murid-muridnya, dan begitu juga sebaliknya.

Untuk menjadi seorang guru yang berkesan, seseorang itu haruslah mahir dalam

berkomunikasi. Berkomunikasi dalam pengajaran merujuk kepada kemahiran

menyampaikan ilmu, menarik minat pelajar untuk belajar, mengawal pelajar,

menggunakan alat bantu mengajar dan sebagainya. Menurut Noraini (2001)

komunikasi memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar membina

hubung kait antara pengalaman tidak formal dengan bahasa matematik.

Kemahiran berkomunikasi yang baik perlu ada pada setiap guru agar dapat

menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Oleh kerana itulah, berikutan

perubahan penggunaan bahasa pengantar dalam pengajaran matematik dari bahasa

Melayu kepada bahasa Inggeris, ramai guru mengalami masalah dimana mereka

tidak bersedia lantaran tidak mempunyai kemahiran asas berbahasa Inggeris yakni

kefahaman, bertutur, membaca dan menulis (Lado, 1980). Ini memberi masalah

kepada mereka untuk mengajar dan memberi penerangan dan pengajaran yang

hendak disampaikan kepada para pelajar. Menurut Meor Ibrahim (2001), bahasa

adalah sistem abstrak yang merangkumi percakapan / pertuturan, penulisan,

pengekodan atau gerak isyarat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini hanya tiga

aspek sahaja dikaji iaitu aspek pertuturan, penulisan dan pembacaan bagi memberi

perhatian khusus kepada persediaan bakal guru ini dalam mempersiapkan diri

dengan kemahiran berbahasa Inggeris sewaktu menyampaikan pengajaran.

Guru haruslah berkemahiran dalam menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar dalam mengajar mata pelajaran matematik. Guru tidak

seharusnya mencampur adukkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa

Melayu sewaktu menyampaikan pengajaran kecuali bagi menerangkan istilah atau

konsep yang sukar difahami oleh pelajar. Satu lagi fungsi penting komunikasi

ialah untuk memperbaiki hubungan yang sedia ada. Kesilapan yang paling asas

dalam komunikasi ialah tidak faham mesej yang sebenar. Kesalahan-kesalahan

teknikal akan mengganggu penumpuan perhatian pelajar dan ini akan menjejaskan

keberkesanan berkomunikasi.

Page 30: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

12

Dari segi pertuturan dalam penyampaian pengajaran, pertuturan yang tidak

lancar akan memberi gambaran bahawa guru tidak selesa dengan apa yang sedang

beliau sendiri sedang katakan. Ia juga mencipta gambaran bahawa guru tidak

mengetahui dengan mendalam perkara itu. Ini mencerminkan guru tidak komited

dengan idea-idea yang sedang disampaikan. Lebih serius lagi, bahasa yang patah-

patah dan bercampur-aduk menunjukkan ia datang dari pemikiran yang tidak

teratur, kelam kabut serta tidak bersedia. Ini tentu sahaja bercanggah dengan

peribadi seorang guru yang seharusnya pakar serta menguasai kemahiran ilmu

yang hendak diajar kepada para pelajar.

Kemahiran bertutur dengan lancar bermakna guru menggunakan perkataan

yang tepat, menyebut menggunakan sebutan yang betul serta menggunakan

perkataan yang mudah difahami oleh pelajar sewaktu proses pengajaran. Timbalan

Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Abdul Aziz Shamsudin memberi pandangan

bahawa para guru hanya berbeza dari segi kelancaran. Bagaimanapun, jika

keadaan memaksa, guru boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Yang penting,

semua guru mesti berminat dan mencintai pekerjaan mereka bagi memastikan

mereka boleh menjadi pengajar yang bagus (Berita Harian, 29 Mei 2002).

Manakala dari aspek penulisan menggunakan bahasa Inggeris pula, Hasnah

(1982) menjelaskan bahawa komunikasi / hubungan antara penulis dan pembaca,

boleh putus sama sekali lantaran penulis tidak mengeja dengan betul. Mereka

harus juga sedar bahawa mereka menulis untuk pembaca yang ada pendidikan

formal iaitu yang berpelajaran, jadi mereka mesti memastikan bahawa tulisan

mereka sempurna dari segi teknikal, iaitu dari segi nahu, ejaan dan susunan kata.

Guru akan mengunakan tulisan bagi memudahkannya memberi penerangan,

dimana guru akan menulis pada papan hitam atau alat bantu mengajar. Oleh itu,

guru mesti memastikan bahawa ia mengetahui tatabahasa mana-mana bahasa yang

ingin digunakannya untuk berkomunikasi. Jika tidak, tulisannya boleh

disalahertikan atau disalah anggap. Tatabahasa (dalam erti kata bahasa dalam

penulisan) meliputi nahu, susunan kata, peristilahan dan ejaan. Menurut Hasnah

(1982) lagi, penulis zaman moden yang menulis untuk berkomunikasi mesti

menghasilkan tulisan yang sempurna dari segi nahu dan dari segi ejaan.

Penggunaan sebutan, ejaan serta olahan ayat bahasa Inggeris yang tepat dan

Page 31: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

13

ringkas dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran disamping memudahkan

mereka membina konsep baru berkenaan pengetahuan yang diterima serta

mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada.

Dari aspek pembacaan pula, pembacaan memerlukan kebolehan bahasa dan

dengan kebolehan yang sama dapat ditunjukkan bila memahami ucapan dalam

bentuk yang biasa didengar. Bahasa bertulis tidak sama dengan bahasa pertuturan

seseorang. Menurut Shaharom (1996), membaca merupakan suatu aktiviti yang

mampu meningkatkan daya pemikiran keintelektualan seseorang individu dan

sekaligus mampu melahirkan masyarakat yang berjiwa besar dan berdaya saing

khususnya dalam keinginan kita menjadi ‘Negara Maju’ menjelang tahun 2020.

Penguasaan dalam pembacaan bahan dalam bahasa Inggeris dapat membantu guru

membuat rujukan untuk pengajaran disamping membantu dalam menyediakan

perancangan mengajar dalam bahasa Inggeris.

Kementerian Pendidikan akan mengadakan kursus bagi menyediakan guru

untuk mengajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun tanpa kursus itu sekalipun pihak Kementerian Pendidikan

menjangka pelaksanaan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa

Inggeris tidak akan menjejaskan pembelajaran kerana kebanyakan guru sudah

mempunyai asas dalam bahasa Inggeris. Menurut bekas Timbalan Menteri

Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsudin (Berita Harian, 29 Mei 2002), adalah

amat penting bagi seseorang bakal guru mempersiapkan diri bukan sahaja

pengetahuan mengenai pendidikan dan matematik, malah harus mahir dan lancar

bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris bagi memastikan mereka bersedia

sepenuhnya untuk menyampaikan pengajaran menggunakannya sebagai bahasa

pengantar. Selain itu, memang tidak dapat dinafikan, pembacaan amat penting di

dalam usaha untuk memajukan diri kita serta bidang kerjaya yang diceburi

(Shaharom, 1996).

Page 32: TAHAP PERSEDIAAN BAGI MENGENDALIKAN PENGAJARAN …€¦ · Terima kasih atas doa dan restu. Untuk adinda-adinda tersayang - Ziha, Noie, Najwa dan Najmi, Teruskan usaha, Buktikan kasih

14

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

(i) Apakah tahap persediaan bahasa Inggeris responden dari aspek

pertuturan bagi mengendalikan pengajaran mata pelajaran

matematik menggunakan bahasa Inggeris?

(ii) Apakah tahap persediaan bahasa Inggeris responden dari aspek

penulisan bagi mengendalikan pengajaran mata pelajaran

matematik menggunakan bahasa Inggeris?

(iii) Apakah tahap persediaan bahasa Inggeris responden dari aspek

pembacaan bagi mengendalikan pengajaran mata pelajaran

matematik menggunakan bahasa Inggeris?

(iv) Adakah terdapat perkaitan tahap persediaan bahasa Inggeris

responden antara aspek pertuturan dengan aspek penulisan bagi

mengendalikan pengajaran mata pelajaran matematik menggunakan

bahasa Inggeris?

(v) Adakah terdapat perkaitan tahap persediaan bahasa Inggeris

responden antara aspek penulisan dengan aspek pembacaan bagi

mengendalikan pengajaran mata pelajaran matematik menggunakan

bahasa Inggeris?

(vi) Adakah terdapat perkaitan tahap persediaan bahasa Inggeris

responden antara aspek pertuturan dengan aspek pembacaan bagi

mengendalikan pengajaran mata pelajaran matematik menggunakan

bahasa Inggeris?