universiti teknologi malaysia borang ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti...

23
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSPEKTIF PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDKAN UTM TERHADAP BENTUK-BENTUK SOKONGAN PELAJAR DALAM PERSEKITARAN SISTEM E-LEARNING DI UTM SESI PENGAJIAN 2007 / 2008 SAYA : ___ _TEH SHEAH FANG _____________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia: 869, Jalan Keruing, EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA Pandamaran, 42000 Port Klang, Selangor Tarikh : ....................................................... Tarikh: …………………………….. CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSPEKTIF PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDKAN UTM TERHADAP BENTUK-BENTUK SOKONGAN PELAJAR DALAM

PERSEKITARAN SISTEM E-LEARNING DI UTM

SESI PENGAJIAN 2007 / 2008

SAYA : ___ _TEH SHEAH FANG_____________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ___________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia: 869, Jalan Keruing, EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA Pandamaran, 42000 Port Klang, Selangor Tarikh : ....................................................... Tarikh: ……………………………..

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik).”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia: EN NORAFFANDY BIN YAHAYA

Tarikh : …………………………………..

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

i

PERSPEKTIF PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UTM

TERHADAP BENTUK-BENTUK SOKONGAN PELAJAR DALAM

PERSEKITARAN SISTEM E-LEARNING DI UTM

TEH SHEAH FANG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penulis : TEH SHEAH FANG

Tarikh : …………………………………..

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

iii

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi,

Adik-adik Tersayang,

Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Pembimbing yang dikasihi,

Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..

Teman-teman Seperjuangan

Terima Kasih

Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

iv

PENGHARGAAN

Sesungguhnya segala pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada

Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan Izin Tuhan projek sarjana muda ini telah berjaya

saya siapkan.

Penghargaan yang menggunung tinggi dan terima kasih yang tidak terhingga saya

ucapkan kepada penyelia saya iaitu En. Noraffandy bin Yahaya atas bimbingan, tunjuk ajar,

saranan yang bernas dan kesudian meluangkan masa serta kesabaran mengadakan sesi

perbincangan sepanjang projek ini dijalankan.

Sekalung kasih buat ibu bapa dan adik-adik yang jauh berada di kampung halaman

kerana dengan sokongan dan dorongan mereka menguatkan semangat saya untuk terus

menyiapkan projek ini.

Ribuan terima kasih ingin saya rakamkan kepada pelajar-pelajar Fakulti

Pendidikan, UTM yang sudi memberi peluang kepada saya untuk mengagihkan soal selidik.

Tanpa kerjasama daripada pihak fakulti, projek ini tidak akan berjalan lancar. Tidak

ketinggalan juga rakan sekursus saya atas bantuan dan galakan yang dihulurkan semasa saya

menghadapi masalah dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhirnya, jasa kalian akan saya

kenang sepanjang hayat. Semoga Tuhan akan membalas jasa baik kalian.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perspektif pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran

sistem e-learning di UTM. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti

perspektif pelajar terhadap sokongan instruksi, sokongan pengurusan, sokongan

motivasi dan sokongan reka bentuk dalam sistem e-learning di UTM. Selain itu,

kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk sokongan pelajar yang

diperlukan oleh pelajar dalam persekitaran sistem e-learning. Kajian yang dijalankan

adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang terlibat adalah soal selidik.

Sampel kajian ini terdiri daripada 79 orang pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains

dan Komputer serta Pendidikan (Matematik, Fizik dan Kimia) Fakulti

Pendidikan,UTM. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif. Hasil

kajian menunjukkan bahawa perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan instruksi,

sokongan pengurusan, sokongan motivasi dan sokongan reka bentuk secara

keseluruhannya adalah positif. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa responden

memberi pandangan yang sederhana bahawa mereka suka menggunakan e-forum

dan e-chat dalam e-learning untuk berhubung dengan rakan sekursus dan pensyarah.

Kajian juga mendapati bentuk sokongan dalam motivasi seperti penilaian iaitu kuiz

atau ujian secara online, online tutor dan e-mentor dalam sistem e-learning UTM

adalah penting dan amat diperlukan oleh pelajar.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

vi

ABSTRACT

This research is conducted to view final year student’s of Faculty of

Education perspective towards scaffolding in learner support in an e-learning

environment system of UTM. The main objectives of this research are to identify

student’s perspective on instructional support, management support, motivation

support and design support in UTM’s e-learning system. Furthermore, the purpose

of this research is to identify the form of scaffolding that students need in an e-

learning environment. This study is a descriptive approach. The instruments used in

this research were questionaire. 79 students of 4th year Bachelor Degree Science and

Computer with Education (Mathematics, Physics and Chemistry), Faculty of

Education UTM are the respondents for this research. The result is analyzed by

using quantitative method. The result of research shows that student’s perspective

towards instructional support, management support, motivation supoort and design

support are overall positif. The research also shows that respondent’s perspective

towards e-chat and e-forum are moderate. Besides that, the researcher found

motivation support such as quiz, test and online assessment, online tutor and e-

mentor are needed by students in e-learning system.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Kepentingan Kepada Pihak Pusat

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

viii

CICT UTM

1.6.2 Kepentingan Kepada Pihak Pengajar UTM 8

1.6.3 Kepentingan Kepada Pihak Pelajar UTM 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Kajian 9

1.8.1 Perspektif 9

1.8.2 Pelajar 10

1.8.3 Bentuk 10

1.8.4 Sokongan (Scaffolding) 10

1.8.5 Persekitaran (Environment) 11

1.8.6 Sistem 11

1.8.7 E-Learning 12

1.8.8 Sokongan Instruksi 12

1.8.9 Sokongan Pengurusan 12

1.8.10 Sokongan Motivasi 13

1.8.11 Sokongan Reka Bentuk 13

1.9 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sokongan Instruksi 16

2.3 Sokongan Pengurusan 19

2.4 Sokongan Motivasi 22

2.5 Sokongan Reka Bentuk 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Lokasi Kajian 30

3.4 Persampelan Kajian 31

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

ix

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Prosedur Kajian 34

3.8 Analisis Data 35

3.9 Penutup 36

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Data Bahagian A: 37

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kumpulan 38

Etnik

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahun dan 39

Kursus Pengajian

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pemilikan 40

Komputer Sendiri

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 41

Dalam Menggunakan E-Learning

4.3 Analisis Data Bahagian B: 42

4.3.1 Analisis Bentuk Sokongan Instruksi 43

Dalam Persekitaran Sistem E-Learning

4.3.2 Analisis Bentuk Sokongan Pengurusan 46

Dalam Persekitaran Sistem E-Learning

4.3.3 Analisis Bentuk Sokongan Motivasi 50

Dalam Persekitaran Sistem E-Learning

4.3.4 Analisis Bentuk Sokongan Reka Bentuk 53

Dalam Persekitaran Sistem E-Learning

4.4 Min Purata dan Tahap Penilaian Untuk Bentuk 56

Sokongan Instruksi, Sokongan Pengurusan,

Sokongan Motivasi dan Sokongan Reka Bentuk

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Ringkasan Kajian 57

5.3 Perbincangan 59

5.3.1 Latar Belakang Responden 59

5.3.2 Bentuk Sokongan Instruksi Dalam 60

Sistem E-Learning UTM

5.3.3 Bentuk Sokongan Pengurusan Dalam 61

Sistem E-Learning UTM

5.3.4 Bentuk Sokongan Motivasi Dalam 62

Sistem E-Learning UTM

5.3.5 Bentuk Sokongan Reka Bentuk Dalam 64

Sistem E-Learning UTM

5.4 Rumusan Kajian 65

5.5 Cadangan 66

5.5.1 Pihak UTM 66

5.5.2 Pensyarah 68

5.5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.6 Penutup 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN A-B 79

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden Kajian 31

3.2 Skala Likert 32

3.3 Pengelasan Pemeringkatan Likert 33

3.4 Petanda Bagi Penentuan Bentuk-bentuk Sokongan Pelajar 36

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut 39

Kumpulan Etnik

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Tahun dan Kursus 39

Pengajian

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut Pemilikan Komputer 40

Sendiri

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengalaman Responden 41

Dalam 45 Menggunakan E-Learning

4.6 Bentuk Penilaian Berdasarkan Peratus 43

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

xii

4.7 Analisis Bentuk Sokongan Instruksi 43

4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Menjawab Setiap Item

Dalam Bahagian “Bentuk Sokongan Instruksi” 44

4.9 Analisis Bentuk Sokongan Pengurusan 46

4.10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Menjawab Setiap Item 47

Dalam Bahagian “Bentuk Sokongan Pengurusan”

4.11 Analisis Bentuk Sokongan Motivasi 50

4.12 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Menjawab Setiap Item 51

Dalam Bahagian “Bentuk Sokongan Motivasi”

4.13 Analisis Bentuk Sokongan Reka Bentuk 53

4.14 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Menjawab Setiap Item 54

Dalam Bahagian “Bentuk Sokongan Reka Bentuk”

4.15 Jadual Bagi Min Putara dan Tahap Penilaian Untuk Bentuk 56

Sokongan Instruksi, Sokongan Pengurusan, Sokongan Motivasi

dan Sokongan Reka Bentuk

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction

BIL Bilangan

CICT Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

CMS Content Management System

DR Doctor

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

LDS Learning Design System

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

PM Profesor Madya

S Setuju

SPSS Statatical Package for Social Sciences

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 79

B Surat Pengesahan item soal selidik 84

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Dalam alaf baru ini, perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan

mencabar. Fenomena ini turut mencorakkan sistem pendidikan negara. Aspek

teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke

arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

teknologi (Tengku Zawawi, 2000). Budaya persekolahan seharusnya diubah

daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran

kreatif, dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1997).

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun

Hussein (2005) telah menyatakan hasrat KPM untuk membestarikan kesemua 10000

buah sekolah dan 300000 orang guru menjelang 2010. KPM dalam usaha ke arah

pembestarian sekolah, menekankan inisiatif kerajaan dalam pembangunan teknologi

maklumat dan komunikasi (Information Communication Technology, ICT) dalam

pendidikan. (Portal Pendidikan Utusan, 2001-2005).

Sekolah Bestari (Smart School) yang merupakan salah satu daripada tujuh

aplikasi Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) telah

menjadi satu sasaran bagi tema sambutan perayaan Hari Guru tahun 2006, iaitu

“Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan” adalah bersesuaian dengan

perkembangan sistem pendidikan yang bergerak pantas selaras pembangunan negara.

Antara fokus pendidikan bestari ialah pencarian ilmu secara akses kendiri, terarah

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

2

kendiri, kadar kendiri serta pengintegrasian pelbagai teknologi pendidikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan ini bukan sahaja menambahkan kurikulum yang berasaskan rangkaian

tetapi juga membolehkan pelajar yang mempunyai keupayaan berbeza untuk

memperolehi kejayaan mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai pelengkap

kepada sekolah bestari, Rangkaian Sekolah Global juga telah diperkenal untuk

membolehkan sekolah-sekolah di Malaysia dihubungkan secara elektronik dengan

sekolah yang dipilih di serata dunia (Laporan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-

8), 2001-2005, 385-413)

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

(2003) dalam Majlis Pelancaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Malaysia, era

globalisasi memberi implikasi kepada KPM untuk menyediakan sumber manusia

yang berilmu pengetahuan, dinamik, progresif, kreatif, inovatif, bersikap positif,

berakhlak mulia, celik ICT dan sebagainya. Pada umumnya, kejayaan yang dicapai

dalam pendidikan selama ini menunjukkan trend yang positif. Walau bagaimanapun,

era globalisasi berkehendakkan negara membuat perubahan besar dalam sistem

pendidikan supaya keluaran daripada sistem pendidikan negara lebih mampu untuk

bersaing. Oleh yang demikian, langkah ke arah penguasaan ICT ini perlu dimulakan

dari peringkat sekolah lagi. Ini bermakna semua pelajar perlu diberi peluang untuk

memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT. Selain daripada itu, peranan

ICT dalam pendidikan perlu diperluaskan sebagai kurikulum dan sebagai alat

pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahmad Sipon, KPM telah

melaksanakan tiga polisi berkaitan dengan pemanfaatan ICT dalam pendidikan

negara. Pertama ialah ICT untuk semua pelajar, kedua adalah mengkhusus kepada

peranan serta fungsi ICT dalam pendidikan selaku alat bantu pengajaran dan

pembelajaran, sebahagian daripada subjek dan juga sebagai satu mata pelajaran

sendiri, manakala ketiga pula fokus kepada ICT untuk mempertingkatkan

produktiviti, kecekapan serta keberkesanan sistem pengurusan pendidikan (Berita

Harian, 19 March, 2004). Menurut beliau lagi, seiring agenda melaksanakan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

3

peluasan pendidikan bestari ini, kementerian akan terus berusaha mengurangkan

jurang digital dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dengan memberi

keutamaan kepada peningkatan pelbagai program pendidikan. Ini termasuklah

peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran dan juga pengurusan pendidikan (Utusan Malaysia, 18 Mei, 2006).

Masa kini kita mempelajari cara-cara baru untuk mencipta komunikasi sosial

melalui teks dan komunikasi audio visual dan reka bentuk-reka bentuk yang

menyokong interaksi segerak, interaksi tak segerak dan kolaboratif online.

Pendidikan visual sejagat dan peningkatan penggunaan interaksi maya menerusi

video dan komunikasi suara akan membawa cabaran baru dalam kepakaran isi yang

disesuaikan dengan keperluan tempatan. (Thorpe, 2002)

Dengan perkembangan teknologi terkini, bentuk pembelajaran berasaskan

ICT juga berubah. Antaranya adalah e-learning. Dengan kewujudan e-learning,

maka pakar-pakar mencari kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar untuk belajar

secara online.

Oleh kerana tujuan interaksi online adalah untuk menggalakkan pembinaan

pengalaman diri pelajar, maka sokongan pelajar perlu peka kepada pengetahuan sedia

ada pelajar. Kenyataan ini disokong oleh Thorpe (2002) bahawa sokongan pelajar perlu

direka supaya bersesuian dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

Menurut Salmon (2000) pembelajaran secara online memerlukan guru-guru

untuk mengambil tugas perkembangan melalui lima fasa iaitu mendorong pelajar-

pelajar untuk memasuki kursus, menyediakan pelajar dengan kemahiran sosial secara

online, membina satu masyarakat berilmu, menyokong bahan pelajaran, pemudahan

proses pembinaan pengetahuan dan menyokong pelajar supaya berdikari dan saling

bergantungan atas satu sama lain dalam proses pembelajaran.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

4

Justeru itu, adalah penting sekiranya bentuk-bentuk sokongan pelajar yang

pelajar perlukan dapat dikenal pasti di kalangan pelajar-pelajar yang mengikuti

kursus e-learning terutamanya di UTM.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun buku adalah sumber utama rujukan para pelajar di universiti,

terdapat pelbagai cara untuk mempelbagaikan cara pembelajaran di universiti. E-

learning adalah salah satu cara pembelajaran yang dikatakan lebih menarik dan

berkesan di kalangan para pelajar. Ini adalah kerana cara pembelajaran sebegini

lebih menarik dan mudah sekiranya dibandingkan dengan teknik lama iaitu

menggunakan buku sahaja memandangkan kecanggihan alaf baru telah berkembang.

(Suriadi, 2006).

Antaramuka pengguna yang berkesan dalam persekitaran pembelajaran

berasaskan web adalah penting, kerana ia menentukan pembelajaran yang berkesan

(Lohr, 2000). Untuk reka bentuk yang berkesan, pendekatan ini bergantung pada

kreativiti pereka, heuristik dan pembangunan melalui prototaip. Pendekatan untuk

reka bentuk antaramuka disifatkan sebagai pembinaan model kognitif pengguna yang

mewakili interaksi mereka dengan komputer.

Secara am, e-learning boleh dilihat sebagai media komunikasi antara

pensyarah dan pelajar, di samping penyampaian dan capaian kandungan kuliah

menerusi laman web yang melibatkan pengurusan data secara online. Kaedah

pembelajaran menerusi e-learning juga menekankan pembelajaran secara kolaboratif

serta mendedahkan mereka dengan pembelajaran secara berkumpulan.

Bagaimanapun, kaedah penyampaian perlu dirancang dengan berkesan

supaya asas pedagogi dalam pendidikan dapat ditekankan dan penggunaan ciri

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

5

multimedia seperti audio, animasi, grafik, teks dan video digunakan dengan menarik

untuk meningkatkan minat pelajar.

Keberkesanan kaedah e-learning perlu mengambil kira faktor lain termasuk

sokongan daripada pihak pengurusan untuk melaksanakan e-learning, instruksi yang

sesuai, kualiti kaedah pengajaran dan pembelajaran dari segi komunikasi dan

sokongan reka bentuk serta sokongan motivasi yang menggalakkan penglibatan

pelajar dalam e-learning.

Oleh itu, adalah penting untuk mengkaji perspektif pelajar terhadap bentuk-

bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning.

1.3 Pernyataan Masalah

Sistem e-learning semakin banyak dibangunkan oleh institusi akademik dan

pertubuhan-pertubuhan di seluruh dunia disebabkan oleh faedah-faedah yang dapat

diperoleh oleh pelajar dan para pendidik melalui teknologi ini.

Pembelajaran secara e-learning memerlukan penglibatan pelajar secara aktif

dalam persekitaran pembelajaran maya (Hiltz dan Turoff, 2002 serta Fletcher, 1975).

Walau bagaimanapun, persekitaran pembelajaran maya masa kini adalah tidak begitu

efektif di mana jawapan dan maklum balas segera daripada pengajar kurang

ditekankan.

Antara masalah utama dalam sistem pembelajaran e-learning adalah

kurangnya sokongan kepada pelajar dalam persekitaran pembelajaran secara online.

Dalam kajian ini, penyelidikan yang dilakukan adalah berkenaan dengan

perspektif pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM terhadap bentuk sokongan

pelajar dalam persekitaran sistem e-learning di UTM. Namun, kajian ini hanya

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

6

menumpukan kepada beberapa bentuk sokongan pelajar yang difikirkan penting

sahaja iaitu sokongan instruksi, sokongan pengurusan, sokongan motivasi dan

sokongan reka bentuk dalam persekitaran sistem e-learning. Ini adalah disebabkan

dari tinjauan lepas yang terdapat pada journal dan tesis seperti yang didapati dalam

Mc Loughlin dan Marshall (2000), Clark (2007), Duffy dan Jonassen (1992), Khan

(2001), Neal dan Miller (2005), Maria Schutt (2003), Mary Thorpe (2002), Nelson

(2003) dan sebagainya didapati empat pembolehubah ini terbukti ada signifikannya

dengan e-learning.

1.4 Objektif Kajian Dalam kajian ini, terdapat empat bentuk sokongan pelajar utama yang dikaji

seperti berikut:

(a) Mengenal pasti perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan instuksi

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM.

(b) Mengenal pasti perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan pengurusan

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM.

(c) Mengenal pasti perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan motivasi

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM.

(d) Mengenal pasti perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan reka bentuk

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ... - fp.utm.my · i perspektif pelajar tahun akhir fakulti pendidikan utm terhadap bentuk-bentuk sokongan pelajar dalam persekitaran sistem e-learning

7

1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut: (a) Bagaimanakah perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan instruksi

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM?

(b) Bagaimanakah perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan pengurusan

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM?

(c) Bagaimanakah perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan motivasi

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM?

(d) Bagaimanakah perspektif pelajar terhadap bentuk sokongan reka bentuk

dalam persekitaran sistem e-learning di UTM?