persepsi pelajar lelaki spi terhadap tabarruj dalam ... · terhadap konsep tabarruj dalam islam dan...

23
PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongkien

Post on 10-Jul-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN

SISWI UTM

NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi
Page 3: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi
Page 4: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN

SISWI UTM

NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi
Page 6: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

iii 

 

DEDIKASI

Pujian bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat-Mu yang tak terkira,

Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw.

Untuk mama,

Semoga rahmat-Nya sentiasa bersamamu.

Untuk arwah papa,

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu.

Untuk ahli-ahli keluarga,

Semoga Allah memberkati hidup kamu semua.

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi,

Terima kasih atas segala pertolongan yang diberi.

Juga tidak dilupakan buat Ustaz Ahmad Kilani,

Terima kasih kerana memberi teguran, bimbingan dan tunjuk ajar.

Jutaan terima kasih buat semua,

Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

iv 

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha

Penyayang, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan semua

kaum Muslimin yang mendapat petunjuk hingga ke hari akhirat. Kepada Ilahi dipanjatkan

kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan taufik dan hidayahNya dapat saya

menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Ustaz Ahmad Kilani selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) di

atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dilaksanakan.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga yang sentiasa memberikan

dorongan dan sokongan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan projek

ini.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar lelaki SPI

terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-

bentuk tabarruj dalam kalangan siswi Islam UTM. Sampel kajian ini adalah pelajar

lelaki SPI Universiti Teknologi Malaysia, Skudai iaitu seramai 30 orang. Instrumen yang

digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu A,

B dan C. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 dengan memberi tumpuan

kepada kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah

α=0.897. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memahami konsep tabarruj

dan bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi Islam UTM dengan nilai min masing-

masing ialah 4.02 dan 4.17.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

vi 

 

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine the level of understanding SPI male

students for the concept of tabarruj in Islam. It was also determine the perception of SPI

male students about a types of tabarruj among Islamic female students in UTM. The

sampel of this research is 30 SPI male students, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

The instrument for this study was a set of questionnaire, which was divided into three

parts, namely part A, B and C. The data obtained was analyzed descriptively using the

Statistical Package for Social Science (SPSS) version 14.0 software, with the focus on

the frequency, percentage and the mean of the data. The reliability of the questionnaire

is α=0.897. Overall, outcome of the research showed that most the respondents

understand the concept of tabarruj and types of tabarruj among UTM Islamic female

students with mean 4.02 and 4.17 each other.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

vii 

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

Page 11: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

viii 

 

1.8 Definisi / Istilah 7

1.8.1 Persepsi 7

1.8.2 Pelajar 7

1.8.3 Tabarruj 7

1.8.4 Siswi 8

1.9 Kesimpulan 8

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Konsep Tabarruj 11

2.3 Hukum Amalan Tabarruj 14

2.4 Bentuk-Bentuk Tabarruj 16

2.4.1 Mencukur Alis Mata 16

2.4.2 Memakai Minyak Wangi 18

2.4.3 Menyambung Rambut 20

2.4.4 Memanjangkan Kuku 21

2.4.5 Mewarnakan Kuku 23

2.4.6 Pemakaian Alat Solek 24

2.4.7 Cara Berjalan 25

2.4.8 Batas Pergaulan 26

Page 12: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

ix 

 

2.4.9 Fesyen Pakaian 27

2.4.10 Perhiasan Diri 31

2.5 Faktor-Faktor Bertabarruj 33

2.5.1 Faktor Diri Sendiri 33

2.5.2 Faktor Keluarga 33

2.5.3 Faktor Media Massa 34

2.5.4 Faktor Rakan Sebaya 35

2.6 Kajian Lepas 36

2.7 Kesimpulan 38

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 42

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 44

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Analisis Data 45

Page 13: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

 

3.8 Kesimpulan 45

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 47

4.2.1 Umur 47

4.2.2 Tahun Pengajian 48

4.2.3 Latar Belakang Pendidikan (SPM) 48

4.2.4 Kelayakan Pendidikan 49

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 49

4.3.1 Tahap Kefahaman Pelajar Lelaki SPI

Terhadap Konsep Tabarruj Dalam Islam 50

4.3.2 Analisis Keseluruhan Bagi Item Bahagian B 55

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 57

4.4.1 Persepsi Pelajar Lelaki SPI Terhadap

Bentuk-Bentuk Tabarruj Dalam Kalangan Siswi

Islam UTM 57

4.4.2 Analisis Keseluruhan Bagi Item Bahagian C 64

4.6 Analisis Keseluruhan Nilai Min Bagi Bahagian B Dan C 65

Page 14: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

xi 

 

4.7 Kesimpulan 66

Bab V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 67

5.2.1 Latar Belakang Responden 68

5.2.2 Tahap Kefahaman Pelajar Lelaki SPI

Terhadap Konsep Tabarruj Dalam Islam 69

5.2.3 Persepsi Pelajar Lelaki SPI Terhadap

Bentuk-Bentuk Tabarruj Dalam Kalangan Siswi

Islam UTM 71

5.3 Rumusan 73

5.4 Cadangan 74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.6 Kesimpulan 76

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN 81

Page 15: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

xii 

 

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.1 Jadual Pengkelasan Skala Likert 43

3.2 Klasifikasi Skala Pemeringkatan Skala

Likert Kepada Dua Tahap Persepsi 43

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun

Pengajian 48

4.3 Taburan Responden Mengikut Latar

Belakang Pendidikan (SPM) 48

4.4 Taburan Responden Mengikut

Kelayakan Pendidikan 49

4.5 Taburan Skor Item 1 50

4.6 Taburan Skor Item 2 51

4.7 Taburan Skor Item 3 51

4.8 Taburan Skor Item 4 52

4.9 Taburan Skor Item 5 52

4.10 Taburan Skor Item 6 53

4.11 Taburan Skor Item 7 53

4.12 Taburan Skor Item 8 54

4.13 Taburan Skor Item 9 54

4.14 Taburan Skor Item 10 55

4.15 Taburan Min Bagi Item Bahagian B 56

4.16 Taburan Skor Item 11 57

4.17 Taburan Skor Item 12 58

4.18 Taburan Skor Item 13 58

Page 16: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

xiii 

 

4.19 Taburan Skor Item 14 59

4.20 Taburan Skor Item 15 59

4.21 Taburan Skor Item 16 60

4.22 Taburan Skor Item 17 60

4.23 Taburan Skor Item 18 61

4.24 Taburan Skor Item 19 61

4.25 Taburan Skor Item 20 62

4.26 Taburan Skor Item 21 62

4.27 Taburan Skor Item 22 63

4.28 Taburan Skor Item 23 63

4.29 Taburan Min Bagi Item Bahagian C 64

4.30 Nilai Min Bagi Bahagian B Dan C 66

Page 17: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

xiv 

 

SENARAI SINGKATAN

HEP Hal Ehwal Pelajar

H.R Hadis Riwayat

IPT Institusi Pengajian Tinggi

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

KS Kurang Setuju

PSM Penyelidikan Sarjana Muda

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

r.a Radhiallahu ‘anhu / Radhiallahu ‘anha

saw Sallallahu ‘alaihi wasallam

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian Islam

SRIH Sekolah Rendah Islam Hidayah

SWT Subhanahu Wa Taala

SPSS Statiscal Package For Social Sciencese

SS Sangat Setuju

S Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

xv 

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Borang Soal Selidik

B Nilai Alpha Kajian Rintis

Page 19: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini telah ditentukan rezekinya oleh

Allah SWT sama ada rezeki dari aspek kesihatan diri, kecantikan, zuriat, harta dan

sebagainya. Segala rezeki yang telah Allah berikan kepada manusia adalah semata-mata

untuk kesenangan dan keselesaan hambanya semasa di dunia.

Setiap manusia telah dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk berfikir maka

sebagai manusia yang berakal, perlulah menggunakan anugerah yang telah diberikan itu

dengan sebaik-baiknya. Kecantikan juga merupakan salah satu rezeki atau anugerah

yang Allah berikan kepada hamba-hambanya. Pakaian dan perhiasan juga adalah

anugerah daripada Allah. Ia merupakan perhiasan yang diberikan untuk manusia

gunakan dengan sebaiknya. Ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam

firmanNya:

Page 20: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

2  

û©Í_t6≈ tƒ tΠ yŠ# u™ ô‰s% $uΖø9 t“Ρr& ö/ ä3ø‹n=tæ $U™$t7 Ï9 “Í‘≡ uθムöΝ ä3Ï?≡ u™öθy™ $W±„ Í‘ uρ ( â¨$t7 Ï9 uρ 3“uθø) −G9 $#

y7Ï9≡ sŒ ×ö yz 4 šÏ9≡ sŒ ô⎯ ÏΒ ÏM≈ tƒ# u™ «!$# óΟ ßγ ¯=yès9 tβρã©. ¤‹tƒ ∩⊄∉∪

Maksudnya:“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan

kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk

perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu

adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan

mereka selalu ingat.”

(Al-A’raaf, 7: 26)

Islam telah memberi pelbagai panduan kepada kaum wanita supaya

melaksanakan perintah Allah iaitu dengan memakai pakaian yang sesuai dan sopan

seiring dengan syariat Islam supaya kehidupan kaum wanita lebih terjamin berbanding

dengan memakai pakaian yang diharamkan oleh Islam. Setiap sesuatu yang telah

ditetapkan oleh Islam mempunyai kebaikan dan hikmah disebaliknya. Dengan ini, kaum

wanita seharusnya menjaga maruah diri dengan menjaga diri supaya tidak melakukan

perkara-perkara yang boleh membawa serta mendorong diri kepada tabarruj kerana

sesungguhnya amalan tabarruj itu di larang di dalam agama Islam.

Menurut Abdullah (2000:23), tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan

perhiasan dan kecantikannya yang diwajibkan oleh syara’ supaya menutupnya kepada

lelaki asing yang bukan mahramnya iaitu wanita yang mendedahkan dan menampakkan

perhiasan dan daya penariknya seperti memakai pakaian yang mendedahkan aurat, yang

mendedahkan bahagian tangan, dua betis, dada, leher serta wajah yang bersolek secara

berlebihan.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

3  

1.2 Latar Belakang Masalah

Jika dilihat hari ini di dalam internet, berita-berita di televisyen dan akhbar-

akhbar sering melaporkan tentang masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat

khususnya terhadap wanita. Banyak kes yang melibatkan wanita sama ada diragut,

diperkosa, dibunuh dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak mengira usia sama ada

kepada kanak-kanak, remaja mahupun orang tua. Selain itu, telah banyak berlakunya

masalah sosial dikalangan pelajar dan masyarakat. Berdasarkan kajian yang telah

dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 2000 hingga 2003 mendapati

5004 kes rogol telah dicatatkan di seluruh negara. (Harian Metro, 15 Januari 2010).

Antara salah satu punca berlakunya masalah sosial pada hari ini adalah dari

aspek penampilan diri. Ini dimana masyarakat kurang menitik beratkan soal penampilan

diri yang sopan. Ini adalah merangkumi cara berpakaian, pergaulan, komunikasi dan

perhiasan diri seseorang itu terutamanya golongan wanita. Wanita yang berhias secara

lebih-lebihan disebut tabarruj. Menurut Fariza, Pensyarah Jabatan Dakwah dan

Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, peningkatan

kes-kes rogol di negara ini mempunyai kaitan dengan gejala menonton filem-filem

lucah. Ada lelaki yang tidak boleh melepaskan nafsu kepada pelakon-pelakon filem

lucah tersebut menjadikan wanita lain sebagai mangsa. (www.mail-achieve.com/

alternatifnet@yahoo groups. com, 15Januari 2010). 

Seorang wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada yang

bukan mahram juga dinamakan tabarruj. Perkara-perkara yang boleh dikategorikan

sebagai tabarruj adalah seperti memakai pakaian yang boleh menampakkan bentuk

tubuh wanita seperti pakaian yang nipis atau ketat. Selain itu, cara pergaulan dan cara

berjalan seseorang wanita yang tidak selari dengan kehendak Islam juga boleh menjadi

Page 22: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

4  

tabarruj seperti jalan berlenggang-lenggok, melembut-lembutkan suara apabila

berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahramnya.

1.3 Pernyataan Masalah

Sudah menjadi lumrah bahawa wanita adalah insan yang menyukai kecantikan

dan keindahan. Ini boleh diibaratkan, wanita dan kecantikan diri tidak dapat dipisahkan.

Ramai wanita yang sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan yang berlebihan semata-

mata untuk memenuhi kepuasan diri mereka sehingga mereka tidak menyedari yang

mereka telah melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan atau mendorong

mereka untuk melanggar batasan agama. Contohnya, seorang wanita sanggup

mengeluarkan wang yang banyak semata-mata untuk membeli pakaian yang pada mata

mereka cantik tetapi pada hakikatnya pakaian itu jarang, nipis dan pakaian sebegini

adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana boleh menampakkan warna kulit serta

boleh mendedahkan aurat wanita. Ini juga dinamakan tabarruj.

Jika dilihat pada hari ini, kebanyakan kaum lelaki tidak mengetahui tabarruj

dengan mendalam. Ini terjadi kerana mereka kurang terdedah kepada perkara-perkara

sebegini. Ini adalah disebabkan masalah tabarruj ini hanya berlaku kepada kaum wanita.

Walaupun tabarruj lebih menjurus kepada wanita tetapi lelaki juga berperanan

mendalami serta memahami konsep dan bentuk-bentuk tabarruj dalam Islam. Kaum

lelaki berperanan untuk membimbing wanita kearah kebenaran sekiranya wanita telah

melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Ini adalah kerana lelaki itu adalah

pemimpin kepada wanita. Ini dapat dilihat berdasarkan maksud firman Allah dalam

surah An-Nisa’ ayat 34 yang mengatakan kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum

wanita.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM ... · terhadap konsep tabarruj dalam Islam dan persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam kalangan siswi

5  

Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengkaji mengenai tahap kefahaman

pelajar lelaki SPI terhadap konsep tabarruj dan persepsi mereka terhadap bentuk-bentuk

tabarruj dalam kalangan siswi UTM.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar lelaki SPI terhadap konsep tabarruj

dalam Islam.

2. Mengenalpasti persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj

dalam kalangan siswi Islam UTM.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap kefahaman pelajar lelaki SPI terhadap konsep tabarruj dalam

Islam?

2. Apakah persepsi pelajar lelaki SPI terhadap bentuk-bentuk tabarruj dalam

kalangan siswi Islam UTM?