pelan global utm 2

3
Bil. 73/2015 7 REJAB 1436H 26 APRIL 2015 Sesi Ii&iII Konvokesyen Ke-54 Johor Bahru, 25 April – ‘Dunia tanpa sempadan’. ‘Era globalisasi’. ’Maklumat dihujung jari anda’. Itulah antara ungkapan yang sering bermain diminda kita. Mahu tidak mahu perlu diharungi. Apatah lagi bagi graduan samada pada peringkat ijazah pertama mahupun Ijazah tertinggi Phd yang begitu terbuka haluannya. Jadi menuntut ilmu tiada noktahnya. Seperti titah Tuanku Canselor, DYMM Raja Zarith Sofiah bte. Almarhum Sultan Idris Shah semasa majlis Konvokesyen UTM ke–54 yang lalu, “Saya ingin mengingatkan para graduan semua bahawa kejayaan hari ini adalah permulaan dalam perjalanan melayari bahtera kehidupan pada masa depan. Kita harus ingat bahawa kehidupan masa kini adalah lebih kompleks dan mencabar”. “Saya juga ingin mengingatkan semua graduan bahawa penerimaan ijazah ini bukanlah bermakna tamatnya usaha menuntut ilmu. Sesungguhnya menuntut ilmu adalah merupakan suatu usaha yang berterusan”. Kita wajar mempromosi budaya “pembelajaran sepanjang hayat”. KEPESATAN PENGETAHUAN KONTEMPORARI TUNTUT USAHA YANG TINGGI Seterusnya Baginda memuji langkah Universiti mempelbagaikan ilmu iaitu “Saya juga berasa teruja dengan program budaya ilmu yang diusahakan oleh Pengurusan Tertinggi UTM dengan menjemput beberapa tokoh ilmuwan dari dalam dan luar negara. Program perkongsian ilmu seumpama ini amat penting untuk membolehkan kita mendapat ilmu dan maklumat mutakhir mengenai beberapa perkara yang berlaku di peringkat global. Dalam konteks ini, saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan UTM yang terus berusaha dengan pelbagai inisiatif untuk mempromosi program budaya ilmu”. Baginda menambah, “saya berbangga kerana UTM telah mendapat status universiti penyelidikan dan universiti autonomi. UTM juga telah menjalin hubungan kerjasama strategik dengan banyak universiti sama ada di peringkat tempatan atau luar negara. Malah, di bawah kerangka pelan global UTM fasa 2, UTM telah berjaya mengadakan kerjasama akademik dengan beberapa buah universiti ternama di peringkat global”. Johor Bahru, 25 April – Total Campus Experience dan Minda Entreprenuerial adalah antara attribute yang diserapkan oleh pihak UTM dan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) PPPM (PT). Attribute ini diterjemahkan di dalam pelan global UTM 2 yang berhasrat mewujudkan graduan yang mampu bersaing di pasaran kerja sehingga ke peringkat antarabangsa. Menurut YBhg. Datuk Naib Canselor UTM semasa berucap di majlis konvokesyen UTM baru-baru ini, attribute yang telah dinyatakan tadi adalah selari dengan aspirasi dalam penjanaan modal insan kelas pertama dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) atau ringkasannya PPPM (PT) yang telah dilancarkan pada 7 April 2015 lalu. Iaitu menggariskan 10 Lonjakan (atau Shifts) yang akan mendorong kecemerlangan dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia. Secara khususnya lonjakan yang pertama memfokus kepada keberhasilan graduan yang holistik, entrepreneurial dan seimbang. UTM akan terus komited melaksanakan tanggungjawabnya bagi merealisasikan hasrat kerajaan dan akan melaksanakan banyak inisiatif baru berdasarkan kepada kerangka 10 lonjakan PPPM (PT) dan disesuaikan dengan Plan Global UTM 2020. UTM amat menyedari pelbagai cabaran getir yang perlu diatasi, namun Universiti sentiasa beriltizam dan akan terus berpegang teguh kepada falsafah, visi dan misi, bagi memastikan UTM terus relevan, menjadi rujukan dan dihormati (relevant, referred and respected). UTM sedar bahawa Universiti tidak boleh bersendirian dalam mencapai matlamat menghasilkan graduan berkualiti. Telah banyak kejayaan yang dicapai hasil usaha kerjasama Universiti dengan pihak industri dan alumni. Sebagai catatan, sehingga kini, terdapat lebih 1200 jalinan kerjasama antara UTM dan pihak industri, dalam pelbagai bentuk. Berdasarkan pencapaian ini, Universiti akan terus memperkasakan libat sama pihak industri dan alumni. Ujar Datuk Naib Canselor, “justeru itu, falsafah, misi dan visi UTM akan terus relevan, dengan bermatlamat membina modal insan berinovatif yang dapat menyumbang ke arah memakmuran dan kesejahteraan sejagat. Graduan UTM perlu menyedari bahawa sumbangan mereka bukan hanya dinilai dari aspek material dan pembinaan kekayaan semata-mata. Ilmu, kemahiran dan kompetensi yang disemai dan dipupuk sepanjang pengajian di UTM perlu sentiasa diteguhkan dengan nilai-nilai murni seperti kesungguhan dalam melaksanakan amanah, keikhlasan, hikmah dan ihsan. Saya percaya bahawa ilmu dan kompetensi berpaksikan integriti akan dapat menghasilkan kemakmuran dan kesejahteraan. Sebaliknya, ilmu dan kompetensi tanpa integriti boleh membawa kepada kebinasaan”. PELAN GLOBAL UTM 2 SELARI DENGAN HALA TUJU KERAJAAN

Upload: hoangquynh

Post on 05-Feb-2017

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAN GLOBAL UTM 2

Bil. 73/20157 REJAB 1436H26 APRIL 2015Sesi Ii&iII Konvokesyen Ke-54

Johor Bahru, 25 April – ‘Dunia tanpa sempadan’. ‘Era globalisasi’. ’Maklumat dihujung jari anda’. Itulah antara ungkapan yang sering bermain diminda kita. Mahu tidak mahu perlu diharungi. Apatah lagi bagi graduan samada pada peringkat ijazah pertama mahupun Ijazah tertinggi Phd yang begitu terbuka haluannya. Jadi menuntut ilmu tiada noktahnya.

Seperti titah Tuanku Canselor, DYMM Raja Zarith Sofiah bte. Almarhum Sultan Idris Shah semasa majlis Konvokesyen UTM ke–54 yang lalu, “Saya ingin mengingatkan para graduan semua bahawa kejayaan hari ini adalah permulaan dalam perjalanan melayari bahtera kehidupan pada masa depan. Kita harus ingat bahawa kehidupan masa kini adalah lebih kompleks dan mencabar”.

“Saya juga ingin mengingatkan semua graduan bahawa penerimaan ijazah ini bukanlah bermakna tamatnya usaha menuntut ilmu. Sesungguhnya menuntut ilmu adalah merupakan suatu usaha yang berterusan”. Kita wajar mempromosi budaya “pembelajaran sepanjang hayat”.

KEPESATAN PENGETAHUAN KONTEMPORARITUNTUT USAHA YANG TINGGI

Seterusnya Baginda memuji langkah Universiti mempelbagaikan ilmu iaitu “Saya juga berasa teruja dengan program budaya ilmu yang diusahakan oleh Pengurusan Tertinggi UTM dengan menjemput beberapa tokoh ilmuwan dari dalam dan luar negara. Program perkongsian ilmu seumpama ini amat penting untuk membolehkan kita mendapat ilmu dan maklumat mutakhir mengenai beberapa perkara yang berlaku di peringkat global. Dalam konteks ini, saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan UTM yang terus berusaha dengan pelbagai inisiatif untuk mempromosi program budaya ilmu”.

Baginda menambah, “saya berbangga kerana UTM telah mendapat status universiti penyelidikan dan universiti autonomi. UTM juga telah menjalin hubungan kerjasama strategik dengan banyak universiti sama ada di peringkat tempatan atau luar negara. Malah, di bawah kerangka pelan global UTM fasa 2, UTM telah berjaya mengadakan kerjasama akademik dengan beberapa buah universiti ternama di peringkat global”.

Johor Bahru, 25 April – Total Campus Experience dan Minda Entreprenuerial adalah antara attribute yang diserapkan oleh pihak UTM dan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) PPPM (PT). Attribute ini diterjemahkan di dalam pelan global UTM 2 yang berhasrat mewujudkan graduan yang mampu bersaing di pasaran kerja sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut YBhg. Datuk Naib Canselor UTM semasa berucap di majlis konvokesyen UTM baru-baru ini, attribute yang telah dinyatakan tadi adalah selari dengan aspirasi dalam penjanaan modal insan kelas pertama dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) atau ringkasannya PPPM (PT) yang telah dilancarkan pada 7 April 2015 lalu. Iaitu menggariskan 10 Lonjakan (atau Shifts) yang akan mendorong kecemerlangan dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia. Secara khususnya lonjakan yang pertama memfokus kepada keberhasilan graduan yang holistik, entrepreneurial dan seimbang. UTM akan terus komited melaksanakan tanggungjawabnya bagi merealisasikan hasrat kerajaan dan akan melaksanakan banyak inisiatif baru berdasarkan kepada kerangka 10 lonjakan PPPM (PT) dan disesuaikan dengan Plan Global UTM 2020. UTM amat menyedari pelbagai cabaran getir yang perlu diatasi, namun Universiti sentiasa beriltizam dan akan terus berpegang teguh kepada falsafah, visi

dan misi, bagi memastikan UTM terus relevan, menjadi rujukan dan dihormati (relevant, referred and respected). UTM sedar bahawa Universiti tidak boleh bersendirian dalam mencapai matlamat menghasilkan graduan berkualiti. Telah banyak kejayaan yang dicapai hasil usaha kerjasama Universiti dengan pihak industri dan alumni. Sebagai catatan, sehingga kini, terdapat lebih 1200 jalinan kerjasama antara UTM dan pihak industri, dalam pelbagai bentuk. Berdasarkan pencapaian ini, Universiti akan terus memperkasakan libat sama pihak industri dan alumni.

Ujar Datuk Naib Canselor, “justeru itu, falsafah, misi dan visi UTM akan terus relevan, dengan bermatlamat membina modal insan berinovatif yang dapat menyumbang ke arah memakmuran dan kesejahteraan sejagat. Graduan UTM perlu menyedari bahawa sumbangan mereka bukan hanya dinilai dari aspek material dan pembinaan kekayaan semata-mata. Ilmu, kemahiran dan kompetensi yang disemai dan dipupuk sepanjang pengajian di UTM perlu sentiasa diteguhkan dengan nilai-nilai murni seperti kesungguhan dalam melaksanakan amanah, keikhlasan, hikmah dan ihsan. Saya percaya bahawa ilmu dan kompetensi berpaksikan integriti akan dapat menghasilkan kemakmuran dan kesejahteraan. Sebaliknya, ilmu dan kompetensi tanpa integriti boleh membawa kepada kebinasaan”.

PELAN GLOBAL UTM 2SELARI DENGAN HALA TUJU KERAJAAN

Page 2: PELAN GLOBAL UTM 2

SEKITAR KONVO

Page 3: PELAN GLOBAL UTM 2

Penaung : Hj. Wan Mohd Zawawi Bin Wan Abd. RahmanSIDANG PENGARANG: Roselaile Samah (Ketua Editor), Salina, Sahrina, Zulfarina, Aisyah GRAFIK: Hafizah

FOTO: Nor Azman, Wan Jamal, Isyamfazrin LAMAN SESAWANG: Zuraida CETAK: ECONOMY EXPRESS EDAR BULETIN: Anuar, Nizam LOGISTIK: Suhaimi

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia

Subuh – 5:40Zohor – 13:05Asar – 16:22

Maghrib – 19:09Isyak – 20:20

Waktu

Solat

HOTLINE07-5530999 (30999)

PERTANYAAN07-5537233

DR. ISMAIL AHMED019-7132331 (6168)

KETUA JURURAWAT017-7001600 (6210)

AMBULAN (MUHAMMAD)013-7015287 (6212)

Generally very nice place,

during 3 1/2 years stay in UTM, has learnt a lot of

things; the culture is good and friendly.

Hashimu Uledi, Tanzania, Ph.D. in Electrical

Engineering

Penggunaan makmal sangat

memuaskan selain senang untuk mencari bahan dan maklumat untuk

research dan jurnal juga mudah diperolehi. Pensyarah sangat terbaik.

“Sayang UTM selalu”Nurul Jannah Ismail (25), Skudai,

Johor, Sarjana Kejuruteraan Petroleum

Generally its good, during my

11 years stay in Malaysia, it becomes just like my home with

friendly environment and majority are Muslims and that give me an

advantage.Sajjad (29), Iran, Ph.D in

Computer Science

Alhamdulillah, semua bagus, walaupun

kelas di luar kampus, iaitu di KLIA College, semua berjalan lancar.

Koordinator yang sangat bagus, segala maklumat dan informasi dihighlightkan melalui emel. Lagipun, kampus yang kerkenaan dekat

dengan tempat kerja, jika ada sebarang urusan, senang nak ulang alik.

Husma Aida (33), Degree in Executive Master Safety & Health Management,

part time di UTMKL

Very good environment,

suasana belajar yang selesa dan dapat banyak kawan. Kualiti

pembelajaran serta pensyarah-pensyarah di UTM yang bagus dan ramah.

Kumary a/p Raman (25)Ijazah, Fakulti Pendidikan

Apa Kata Mereka

http://web.utm.my/convocation/

TIGA ANUGERAHMILIK NENEK TIGA CUCU

MINAT PENDORONG KEJAYAAN

Johor Bahru, 25 April – Mantan Profesor Fizik daripada UTM, Dr. Md.Yusof Abu Bakar telah menerima gelaran Profesor Emeritus dari UTM pada majlis konvokesyen ke–54 yang lepas. Beliau merupakan graduan Fizik dari University of Western Ontario, Canada, memulakan kerjaya akademik di Jabatan Fizik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1973.

Di UTM beliau telah menjawat pelbagai jawatan, antaranya sebagai Dekan Fakulti Sains, Dekan Sekolah Pendidikan Berterusan dan Pendidikan Profesional dan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

pada tahun 1992 hingga 1997. Beliau seterusnya dipinjamkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim pada tahun 2002 sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang pertama sebelum dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi pada Mac 2005 dan kemudian sebagai Penasihat Khas kepada Kementerian Pengajian Tinggi hingga Januari 2009.

Semasa di Kementerian, beliau telah membantu dalam pembangunan Sistem Kajian Pengesanan Graduan Secara Atas Talian (SKPG1) dan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Susulan) (SKPG11). Beliau telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem maklumat Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengintegrasikan data dari semua universiti awam (MyMohes).

Johor Bahru, 25 April – Minat yang mendalam dalam sukan bola sepak dan pernah menceburi profesyen kepolisan disamping kerjaya sekarang telah mendorong Datuk Dell Akhbar Khan Hyder Khan (67 tahun), untuk menyambung pengajian beliau dalam bidang berkaitan. Kajian beliau dalam melihat kompetensi polis semasa plan tindakan kecemasan dalam stadium telah memberi kenangan yang paling manis dalam hidup beliau dimana telah melayakkan beliau untuk menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam bidang pengajiannya. Menurut bapa kepada tiga anak dan datuk kepada tiga cucu ini, usia tidak menjadi penghalang kepada impian beliau untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi. Beliau menggunakan peluang yang disediakan bukan sahaja untuk memenuhi impian dan cita-cita, bahkan melaksanakan hasrat untuk menyumbang sesuatu kepada sukan yang paling diminatinya itu. Gembira dengan hasil titik peluh dua tahun kerja kerasnya, beliau menyatakan kejayaan beliau adalah hasil kerjasama rakan sekelas dan bagaimana beliau menyesuaikan diri di kalangan mereka walaupun beliau adalah pelajar yang paling berusia di dalam kelasnya.

Johor Bahru, 24 April – ‘Pembelajaran sepanjang hayat’, itulah kata-kata yang dipegang oleh Puan Ramizan Mohd Yusoff, 52 tahun, nenek kepada tiga orang cucu bagi memenuhi hasrat dan impiannya untuk menambah ilmu sekali gus mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Pengajian Islam pada Majlis Konvokesyen UTM pada kali ini adalah merupakan seorang guru besar di Sekolah Rendah Agama Saidina Hamzah, Kuala Lumpur.

Hasil daripada titik peluh dan kesungguhan ibu kepada tujuh orang anak ini telah melayakkan beliau menerima tiga anugerah daripada empat kategori anugerah daripada UTMSPACE. Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE telah diadakan di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah (KTF) UTM dan telah dikurniakan kepada 63 orang penerima anugerah daripada 491 graduan Pengajian Separuh Masa.

Bercerita mengenai cabaran yang dihadapi semasa pengajian, kekangan masa yang diperuntukkan antara pengajian dan tugasnya sebagai seorang guru besar dan juga kekangan tenaga berikutan usia beliau yang agak lanjut tidak menghalang beliau untuk meneruskan pengajian. Menurut beliau, bagi memenuhi jadual harian yang padat, beliau harus bijak mengatur masa dan terpaksa mengorbankan waktu rehat. Beliau juga beranggapan, apabila keinginan dan hasrat seseorang untuk melakukan sesuatu itu kuat, maka seseorang itu akan berusaha lebih gigih untuk mencapainya.

Berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan, menurut guru yang berpengalaman selama 26 tahun ini, selain untuk pemantapan kerjaya, usaha beliau untuk menyambung pengajian ini adalah untuk kepuasan diri sendiri dalam menimba lebih ilmu.

Mantan Profesor Fizik terima

Profesor Emeritus