kategori masalah pelajar program khas … filekategori masalah pelajar program khas pengsiswazahan...

24

Upload: trankhanh

Post on 11-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini
Page 2: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini
Page 3: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN

GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 4: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

ii

Saya akui kajian ini yang bertajuk “Kategori Masalah Pelajar Program Khas

Pengsiswazahan Guru (PKPG) di Fakuti Pendidikan, UTM” adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan

sumbernya.

Tandatangan : ..............................................................

Nama Penulis : JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI

Tarikh : ..............................................................

Page 5: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

iii

DEDIKASI

Kepada suamiku yang tercinta,

Mohd. Rizwan Bin Parman, segala pengorbanan, kesabaran, sokongan, dan

dorongan yang diberikan kepadaku selama ini amat ku hargai. Kata-kata semangat dan

nasihat yang diberikan telah membuatkanku lebih kuat dan tabah mengharungi segala

cabaran. Ribuan terima kasih ku ucapkan kepadamu.

Kepada adik-beradikku yang disayangi,

Terima kasih diucapkan kepada kalian yang sentiasa memberi sokongan dan

semangat kepadaku dalam menghadapi segala kepayahan dan dugaan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi,

Segala idea dan maklumat yang dikongsi bersama, nasihat serta tunjuk ajar yang

kalian berikan amatlah di hargai. Terima kasih ku ucapkan.

Page 6: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya,

maka saya dapat menyiapkan projek ini dengan lancar dan baik.

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Hamdan Bin Said selaku

pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran

di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pelajar PKPG, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai Johor yang telah menjadi responden dalam kajian ini dan sudi

memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan kajian saya ini.

Juga ribuan terima kasih kepada suami, keluarga, rakan seperjuangan serta

semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak

langsung. Semoga anda akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Page 7: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dalam kalangan

pelajar Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG), Fakulti Pendidikan, UTM.

Seramai 55 orang pelajar PKPG telah dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini.

Instrumen yang digunakan adalah Mooney Problem Checklist (MPCL) yang

mengandungi 11 kategori masalah dengan jumlah keseluruhan item sebanyak 330. Data

dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis data dipaparkan dalam bentuk

deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang paling mengganggu

pelajar PKPG adalah masalah kegiatan sosial dan rekreasi, diikuti dengan penyesuaian

kerja-kerja dalam bilik kuliah, serta kesihatan dan pertumbuhan jasmani. Sebanyak 12

cadangan telah dikemukakan kepada pelajar PKPG, ahli keluarga pelajar, dan juga pihak

pengurusan fakulti untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 8: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

vi

ABSTRACT

This study seeks to identify category of problems among special undergraduate

program for teachers (also known as PKPG) at Faculty of Education, UTM. A total of 55

PKPG students randomly selected involved in this study. The instrument used was

Mooney Problem Checklist (MPCL) which contains 11 categories of problems with a

total of 330 items. Data were analyzed using SPSS. Data analyses were shown in the

form of descriptive statistics. The findings showed that the problem affected the

students the most are social and recreational activities, followed by the adjustments of

classroom work, and health and physical growth. A total of 12 suggestions were

proposed to the PKPG students, their family, and the faculty management to overcome

the problems.

Page 9: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi istilah 8

1.8.1 Mooney Problem Checklist 9

Page 10: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

viii

1.8.2 Program Pengsiswazahan Khas Guru (PKPG) 9

1.8.3 Demografi 9

1.9 Kesimpulan 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian Luar Negara 11

2.3 Kajian Dalam Malaysia 12

2.4 Kajian Masalah Pelajar Dewasa 17

2.5 Kesimpulan 19

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 20

3.3 Lokasi Kajian 21

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 21

3.5 Instrumen Kajian 21

3.6 Kesahan Instrumen MPCL 23

3.7 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 23

3.8 Prosedur Kajian 24

3.9 Kaedah Analisis Data 24

3.10 Kesimpulan 25

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Deskriptif Latar Belakang Responden 26

4.3 Analisis Bilangan dan Peratusan Setiap Kategori Masalah 27

Page 11: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

ix

4.4 Analisis Peratusan Setiap Item Kategori Masalah 30

4.5 Analisis Deskriptif Setiap Kategori Masalah 41

Mengikut Demografi

4.5.1 Lima Masalah Utama Mengikut Jantina 41

4.5.2 Lima Masalah Utama Mengikut Kaum 53

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan dan Rumusan 66

5.2.1 Kategori Masalah Dalam Kalangan 67

Pelajar PKPG di UTM, Skudai

5.2.2 Perbezaan Kategori Masalah Mengikut Jantina 68

5.2.3 Perbezaan Kategori Masalah Mengikut Kaum 69

5.2.4 Masalah Utama yang Mengganggu 70

Pelajar Dalam Setiap Kategori Masalah

5.3 Cadangan Kajian 76

5.3.1 Cadangan kepada Pelajar 76

5.3.2 Cadangan kepada Ahli Keluarga 77

5.3.3 Cadangan kepada Pengurusan Fakulti 77

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan . 78

5.5 Penutup 78

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 84

Page 12: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kategori Masalah Pelajar Tahun 1 dan Tahun 4

13

2.2 Kategori Masalah Pelajar Kolej 13, UTM

14

2.3 Kategori Masalah Pelajar Tahun 1, bahagian Teknik Dan

Vokasional, Fakulti Pendidikan UTM

15

2.4 Kategori Masalah Pelajar Tahun 1 di FPPSM, UTM

15

2.5 Kategori Masalah Pelajar KTC, UTM

16

2.6 Perbandingan Masalah Pelajar Dewasa

19

3.1 Taburan Item Masalah

22

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina

26

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Kaum

27

4.3 Jumlah dan Peratusan yang Menjawab ‘YA’ Mengikut

Kategori Masalah

28

4.4 Susunan Peratusan yang Menjawab ‘YA’ Mengikut

Kategori Masalah

29

4.5 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani.

30

4.6 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan

31

Page 13: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

xi

4.7 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Kegiatan Sosial dan Rekreasi

32

4.8 Susuna Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Perhubungan Psikologi Sosial

33

4.9 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Perhubungan Peribadi dan Psikologi (Emosi)

34

4.10 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Pergaulan Muda Mudi, Perkahwinan dan Seks

35

4.11 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Rumahtangga dan Kekeluargaan

36

4.12 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Moral dan Agama

37

4.13 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Penyesuaian Terhadap Kerja dalam Bilik Kuliah

38

4.14 Susunan Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala

Masalah Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan

39

4.15 Peratusan ‘YA’ Setiap Item Bagi Sub Skala Masalah

Kurikulum dan Kaedah Pengajaran

40

4.16 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Jantina

41

4.17 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kewangan,

Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Jantina

42

4.18 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan Sosial

dan Hiburan Mengikut Jantina

43

4.19 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan

Psikologi Sosial Mengikut Jantina

44

4.20 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan

Peribadi dan Psikologi (Emosi) Mengikut Jantina

45

4.21 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pergaulan Muda

Mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Jantina

46

4.22 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Rumahtangga dan

Keluarga Mengikut Jantina

47

Page 14: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

xii

4.23 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama

Mengikut Jantina

48

4.24 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama

Mengikut Jantina

49

4.25 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pelajaran dan

Kerjaya Masa Depan Mengikut Jantina

50

4.26 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum dan

Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina

51

4.27 Susunan Peratusan Kategori Masalah Mengikut

Keutamaan Mengikut Jantina

52

4.28 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kaum

53

4.29 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kewangan,

Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kaum

54

4.30 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan Sosial

dan Hiburan Mengikut Kaum

55

4.31 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan

Psikologi Sosial Mengikut Kaum

56

4.32 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Perhubungan

Peribadi dan Psikologi (Emosi) Mengikut Kaum

57

4.33 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pergaulan Muda

Mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Kaum

58

4.34 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Rumahtangga dan

Keluarga Mengikut Kaum

59

4.35 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral dan Agama

Mengikut Kaum

60

4.36 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian

Terhadap Kerja-Kerja Tugasan Akademik Mengikut

Kaum

61

4.37 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Pelajaran dan

Kerjaya Masa Depan Mengikut Kaum

62

Page 15: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

xiii

4.38 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum dan

Kaedah Pengajaran Mengikut Kaum

63

4.39 Susunan Peratusan Kategori Masalah Mengikut

Keutamaan Mengikut Kaum

64

Page 16: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

xiv

SENARAI SINGKATAN

IPT Institusi Pendidikan Tinggi

FPPSM Fakulti Pusat Pembangunan Sumber Manusia

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KTC Kolej Tuanku Canselor

LPP Lanjutan Pengajian Tinggi

MPCL Mooney Problems Checklist

PKPG Program Khas Pengsiswazahan Guru

SPA Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam)

SPE Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik)

SPH Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

SPJ Ijazah Sarjana Muda Teknikal serta Pendidikan (Jentera)

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 84

Page 18: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan orang dewasa sudah menjadi salah satu aspek yang penting dalam

dunia pendidikan. Pendidikan untuk orang dewasa sama pentingnya dengan pendidikan

untuk kanak-kanak dan remaja. Justeru itu pelajar dewasa perlu memperolehi

pendidikan yang sewajarnya untuk pembangunan diri mereka.

Seiring dengan pembangunan yang pesat pada masa kini, semakin ramai orang

dewasa menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti sama ada secara sepenuh

masa atau pun separuh masa. Bahkan kini isu menyambung pelajaran ke pengajian

tinggi ini sudah menjadi senario biasa yang berlaku. Pelajar dewasa kebanyakkannya

terdiri daripada golongan yang mempunyai kerjaya dan sudah berkeluarga. Tidak

ketinggalan ada dalam kalangan mereka ini golongan surirumah dan juga pekerja.

Mereka ini mempunyai banyak tanggungjawab yang harus dilaksanakan dalam

kehidupan seharian seperti menguruskan anak dan rumahtangga, melaksanakan tugas di

tempat kerja, dan sebagainya.

Page 19: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

2

Terdapat banyak sebab orang dewasa menyambung pengajian mereka hingga ke

institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka meneruskan pelajarannya mungkin untuk

kepentingan diri sendiri, keluarga, masyarakat ataupun negara (Harper, 1978). Philips

(1986) mengklasifikasikan faktor-faktor penyebab pelajar dewasa menyambung

pengajian mereka kepada faktor peribadi, pekerjaan, vokasional dan institusi. Sebab

penyambungan pelajaran ini boleh terbina daripada keperluan hidup, untuk menguasai

ilmu itu sendiri, untuk memenuhi tuntutan agama, untuk mendapatkan kualiti hidup yang

lebih baik, untuk mengubah pencapaian dan memotivasikan diri dan sebagainya.

Perkara ini turut dinyatakan oleh Cocklin (1991) yang berpendapat bahawa orang yang

akan menjadi pelajar dewasa itu sendiri menunjukkan wujudnya keinginan dalam

perubahan arah di dalam hidup mereka.

Pembangunan negara yang semakin pesat kini telah menyebabkan kos sara hidup

semakin tinggi sekaligus meningkatkan kos perbelanjaan seharian seperti barang

keperluan rumah, kebajikan anak-anak, kereta, keluarga dan sebagainya. Untuk

mendapatkan penghijrahan kepada kehidupan yang lebih baik sudah tentu seseorang itu

perlu mendapatkan pekerjaan yang memberikan gaji yang lebih tinggi. Semakin bagus

sesuatu pekerjaan itu, semakin tinggi tahap pendidikan diperlukan untuk menjawat

pekerjaan tersebut. Oleh itu, perubahan atau pertukaran kerjaya yang menjanjikan

pulangan yang lebih baik telah mendorong orang dewasa untuk mendapatkan pendidikan

tambahan untuk membolehkan mereka bertahan atau bergerak maju dalam pasaran kerja.

Cocklin (1991) mengatakan perjalanan menjadi pelajar dewasa adalah untuk memenuhi

kehendak pekerjaan atau karier masa kini.

Selain daripada itu terdapat banyak lagi alasan atau sebab orang dewasa

menyambung pengajian mereka. Ada dalam kalangan orang dewasa ini mengambil

keputusan untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi kerana

ingin mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik (Albert,1990). Albert (1990)

mengatakan bahawa pencapaian dalam pendidikan dipercayai boleh mempengaruhi

peluang dalam kehidupan dan pembentukan persepsi diri dan masyarakat, dan

pendidikan orang dewasa juga mempengaruhi cara orang menilai situasi kehidupan

Page 20: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

3

global mereka sendiri dan menilai kesejahteraan peribadi mereka. Pelajar dewasa akan

berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan sekiranya mempunyai ilmu pengetahuan

atau pelajaran terutamanya apabila dikelilingi oleh orang ramai. Mereka juga tidak

mudah berasa rendah diri apabila berinteraksi dengan orang ramai. Dengan sifat

sebegini, hidup mereka sentiasa dalam kegembiraan dan kelihatan lebih berkualiti.

Kedapatan juga pelajar dewasa yang menyambung pelajaran kerana hendak

menyelesaikan pendidikan mereka yang telah terhenti sejak sekian lama. Mereka

mungkin menamatkan pengajian terdahulu kerana beberapa alasan, termasuk masalah

kewangan, kurangnya tumpuan, kurang motivasi, dan tidak matang (Alvina, 2008,).

Dengan usia yang semakin meningkat dan semakin matang, mereka telah terdorong oleh

faktor-faktor keperluan hidup pada masa kini untuk menyambung semula pengajian

yang tergendala (Alvina, 2008). Mereka percaya bahawa dengan adanya ilmu

pengetahuan dan sebuah gelaran akan dapat membantu mereka untuk mencapai

matlamat sebagaimana yang mereka inginkan.

Kedapatan juga orang dewasa yang mengambil keputusan untuk kembali belajar

dengan niat untuk mencari dan menguasai ilmu untuk memenuhi kehendak diri mereka

sendiri (Philips, 1986). Orang dewasa ini dikatakan telah mempunyai kesedaran akan

kepentingan menuntut ilmu. Mereka belajar atas kehendak diri sendiri tanpa sebarang

paksaan bagi memenuhi matlamat atau untuk mendapatkan kepuasan dalam diri masing-

masing. Hal ini turut dinyatakan oleh Albert Tuijnman (1990) yang mendapati bahawa

ramai pelajar dewasa menyambung pelajaran mereka bukan hanya demi kemajuan

dalam karier tetapi juga untuk mengembangkan minat, meningkatkan kesejahteraan dan

untuk meningkatkan kepuasan mereka dengan kehidupan pada umumnya. Ilmu yang

dikuasai kemudiannya akan diamalkan dalam kehidupan seharian selaras dengan

perkembangan teknologi yang pesat agar kehidupan menjadi lebih bermakna. Antara

alasan utama lain yang menjadikan orang dewasa kembali ke alam pendidikan tinggi

termasuklah peralihan dalam kehidupan keluarga. Misalnya berlakunya perkahwinan,

perceraian, atau kematian, perubahan dalam kelapangan waktu, dan memenuhi

keinginan diri sendiri (Benshoff, James, Lewis & Henry, 1992).

Page 21: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

4

Pelajar dewasa mempunyai ciri-ciri dan prinsip-prinsip pembelajaran yang amat

berbeza dengan pembelajaran pelajar remaja. Ini adalah kerana pelajar dewasa bebas

bertindak dan terarah kendiri (Levine, 2001). Knowles (1973), seorang tokoh

pendidikan andragogi, menganggap bahawa orang dewasa akan bertanggungjawab

terhadap keputusan yang diambil kerana mereka berupaya bertindak ke arah kendiri.

Pelajar dewasa juga mempunyai pengalaman yang luas dan berpengetahuan dalam hal-

hal yang melibatkan aktiviti kerja. Mereka telah mempunyai matlamat dalam

pembelajaran sebelum mereka mula menyambungkan pelajaran di peringkat yang lebih

tinggi dan akan berusaha untuk mencapainya (Stephen, 1991). Pensyarah yang

mengajar pelajar dewasa perlu bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

Pensyarah diperlukan untuk memberikan bimbingan dan bantuan kepada pelajar dewasa.

Menurut Wynne (2003), pelajar dewasa adalah praktikal dan mereka

menyambung pelajaran hanya untuk mengejar objektif atau tujuan mereka yang

sebenarnya kerana mereka akan mengaplikasikannya di dalam kerja mereka. Pelajar

dewasa akan memberikan fokus kepada pembelajaran yang berguna kepada kerja dan

kehidupan mereka dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Mereka

mempunyai motivasi untuk belajar kerana melihatnya sebagai keperluan dalam

kehidupan, minat dan keinginan untuk belajar, dan disebabkan itu mereka akan belajar

lebih bersungguh-sungguh (Wynne, 2003). Memandangkan mereka adalah pelajar yang

matang dan mempunyai banyak pengalaman, mereka rasa perlu dihormati dengan

dihargai. Mereka perlu diberikan layanan yang sama rata dan peluang dalam

menyuarakan pendapat (Stephen, 1991).

1.2 Latarbelakang Masalah

Peredaran masa telah membawa banyak perubahan dan cabaran terhadap

profession keguruan termasuklah fungsi dan peranan guru. Di dalam Rancangan

Page 22: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

5

Malaysia Kesembilan, Bab 8: Memartabatkan Profession Keguruan, telah menyatakan

bahawa,

”peranan guru telah bertukar daripada sebagai pemudahcara dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, dan menjadi sumber inspirasi kepada

pelajar-pelajarnya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran yang efektif,

menyeronokkan dan menarik, guru perlu kreatif dan inovatif di dalam

pengajarannya agar pelajar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan

mudah dan berkesan”.

Untuk merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

berhadapan dengan cabaran untuk meningkatkan kelayakan guru dengan sasaran 50

peratus guru di sekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah menengah terdiri

daripada siswazah terlatih menjelang tahun 2010. Justeru itu, KPM telah mewujudkan

Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) untuk guru yang bukan siswazah

melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah. Program ini telah mendapat

kerjasama antara universiti dan KPM. Guru ini telah diberikan separuh gaji daripada

gaji asalnya semasa melanjutkan pelajaran mereka. Gaji yang separuh inilah akan

digunakan untuk menampung ahli keluarga mereka dan juga pengajian mereka. Apakah

pemberian separuh gaji mendatangkan masalah kepada guru-guru PKPG dalam

pembelajaran? Jika ya apakah kategori masalah yang kerap melanda mereka?

Walaupun pelajar dewasa mempunyai motivasi yang kuat untuk meneruskan

pembelajaran mereka, namun mereka tidak pernah terlepas daripada masalah yang

mengganggu. Berbeza dengan pelajar remaja yang boleh dikatakan tidak mempunyai

tanggungjawab secara langsung selain daripada belajar, pelajar dewasa mempunyai

tanggungjawab yang pelbagai. Kajian di luar negara menunjukkan pelajar dewasa

mempunyai banyak tanggungjawab yang harus mereka imbangi dengan pelajaran.

Pelbagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi itu akhirnya membuahkan masalah kepada

pelajar dewasa ini. Misalnya masalah kekangan masa, kekurangan wang, keyakinan

atau minat di dalam belajar, kekurangan maklumat berkenaan pembelajaran, masalah

Page 23: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

6

jadual harian dan juga masalah anak dan pengangkutan (Lieb, 1991). Apakah masalah

yang sama ini juga dihadapi oleh pelajar PKPG yang sedang menuntut di Fakulti

Pendidikan UTM?

Dapatan kajian di luar negara juga menunjukkan bahawa selain daripada masalah

yang dinyatakan di atas, terdapat juga masalah lain yang selalu dihadapi oleh pelajar

dewasa khususnya yang berkaitan dengan penerimaan pelajaran atau ilmu.

Memandangkan mereka adalah golongan yang sudah lama meninggalkan alam belajar,

mereka menghadapi kesukaran dalam menerima pelajaran atau ilmu. Menurut

Khatarine, (1980), faktor umur bagi pelajar dewasa akan membawa penurunan

keupayaan untuk belajar. Mereka memerlukan strategi pembelajaran yang sesuai

memandangkan mereka mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu mereka

laksanakan seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Apakah masalah ini juga turut

dihantui oleh pelajar PKPG UTM? Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti isu ini.

1.3 Penyataan Masalah

Seperti mana pelajar baru lepasan matrikulasi, guru bukan siswazah atau pelajar

dewasa yang menyambung pelajaran juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan

masalah. Masalah ini sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran, mempengaruhi

prestasi dan pencapaian akademik mereka. Masalah ini menjadikan kualiti guru yang

diharapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan berjaya dihasilkan.

Oleh itu, amat penting bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui masalah

yang sering dihadapi oleh guru-guru semasa mengikuti pengajian di institusi pendidikan

tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kategori masalah dalam kalangan pelajar

dewasa yang dihantar oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyambung

pengajian di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kumpulan pelajar

dewasa ini mengikuti satu program yang dinamakan Program Khas Pengsiswazahan

Guru (PKPG). Kategori masalah yang dikaji adalah kesihatan dan pertumbuhan

Page 24: KATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS … fileKATEGORI MASALAH PELAJAR PROGRAM KHAS PENGSISWAZAHAN GURU (PKPG) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM JUNAIDAH MOHAMAD RAMLI Laporan projek ini

7

jasmani, kewangan, kegiatan sosial dan hiburan, pergaulan muda mudi, perkahwinan

dan seks, perhubungan sosial psikologikal, perhubungan peribadi dan psikologi (emosi),

moral dan agama, rumahtangga dan keluarga, pelajaran dan kerjaya masa depan,

penyesuaian terhadap kerja dan masalah kurikulum dan pengajaran.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kategori masalah yang dihadapi oleh

pelajar dewasa yang mengikuti Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) di UTM,

Skudai. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti kategori masalah dalam kalangan pelajar PKPG di UTM

2. Mengenal pasti perbezaan kategori masalah pelajar berasaskan demografi.

3. Mengenalpasti masalah utama yang mengganggu pelajar dalam setiap kategori

masalah.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian berikut:

1. Apakah kategori masalah yang dihadapi oleh kalangan pelajar PKPG di UTM?

2. Apakah perbezaan kategori masalah dalam kalangan pelajar PKPG di UTM dari

segi demografi?

3. Apakah masalah utama yang mengganggu pelajar PKPG dalam setiap kategori

masalah?