literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti ... · literasi ict dalam kalangan pelajar...

25
LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI, JOHOR. NURUL ‘ALIYAH BT HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI

PENDIDIKAN UTM, SKUDAI, JOHOR.

NURUL ‘ALIYAH BT HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis

ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI

PENDIDIKAN UTM, SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NURUL ‘ALIYAH BT HASSAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

LOT 201 JLN. ISTIMEWA ENCIK ABD. RAZAK BIN IDRIS

KG. BATU BELAH, 42100 Nama Penyelia

KLANG, SELANGOR.

Tarikh:30 APRIL 2008 Tarikh:___________________

Page 3: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ……………………………....

Nama Penyelia : Encik Abd. Razak bin Idris

Tarikh : ……………………………....

Page 4: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI

PENDIDIKAN UTM SKUDAI, JOHOR.

NURUL ‘ALIYAH BINTI HASSAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 5: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

ii

“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun 4

Fakulti Pendidikan, UTM Skudai ’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………….............

Nama Pelajar : Nurul ‘Aliyah Bt. Hassan

Tarikh : …………………….............

Page 6: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

iii

DEDIKASI

Buat Ayahanda Bonda tersayang,

Hassan bin Ngadi dan Fatimah Shafie

Terima kasih atas restu dan doa yang sentiasa mengiringi hidupku

Kalian inspirasi dan sumber kejayaanku.

Buat keluarga yang disayangi,

Sokongan moral kalian menguatkan azam dan tekadku

Untuk terus berusaha hingga berjaya.

Buat pensyarah-pensyarah

Terima kasih atas didikan, bimbingan dan teguran yang diberikan

Sepanjang saya menuntut ilmu di UTM

Jasa kalian amat bererti buat saya.

Buat yang tersayang

Sokongan dan dorongan amat dihargai

Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi

Kenangan suka dan duka sentiasa dalam ingatan.

Terima kasih.

Page 7: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya dan para sahabat.

Sekalung penghargaan untuk Encik Abdul Razak bin Idris selaku penyelia

projek ini di atas bimbingan, nasihat dan pandangan yang diberikan sepanjang proses

perlaksanaannya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan yang

telah dicurahkan.

Terima kasih dirakamkan kepada ibu bapa dan rakan seperjuangan yang

sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang penulis menyiapkan tesis

ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam memberikan kerjasama dalam menjayakan projek ini.Semoga

Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang tidak

ternilai.

Page 8: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat Literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun 4

Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Empat aspek Literasi ICT pelajar dikaji iaitu dari

segi a) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal, b) tahap Literasi ICT

berdasar kemahiran kognitif, c) tahap Literasi ICT pelajar dan d) faktor yang

mempengaruhi penggunaan ICT. Sampel kajian terdiri daripada 218 pelajar tahun

akhir Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan

instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert. Nilai kebolehpercayan soal selidik

mengikut Alpha Cronbach adalah 0.91. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis

menggunakan perisian SPSS versi 10.0 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min.

Hasil kajian ini menunjukkan tahap Literasi ICT berada pada tahap ‘tinggi’ (min

3.73) di mana nilai min tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal dan

kemahiran kognitif masing-masing ialah 3.73 . Faktor utama yang mempengaruhi

penggunaan ICT ialah faktor persekitaran (min 3.96), diikuti faktor akademik (min

3.90) dan P&P dan yang terakhir faktor sikap (min 3.79). Penyelidik mengemukakan

beberapa cadangan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam ICT.

Page 9: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to find out the Information and Communication

Technology (ICT) Literacy among the final year students of Faculty of Education in

UTM Skudai. Four aspects of students’ ICT Literacy were studied: a) the level of

ICT-related technical capabilities, b) the level of ICT-related cognitive capabilities,

c) the level of ICT literacy and d) factor that influence of using ICT. The participants

were 218 final year students of Faculty of Education in UTM Skudai. The instrument

of this study was Likert Scale questionnaire with reliability Cronbach’s Alpha 0.91.

The data obtained had been processed and analyzed by using SPSS version 10.0 to

calculate frequency, percentage and mean. The finding indicated that the level of

student’s ICT Literacy is at ‘high’ level ( min 3.73 ) where mean of the level of ICT-

related technical capabilities and the level of ICT-related cognitive capabilities are

3.73 respectively. The highest factors that enfluence the students of using ICT is

environment factor (min 3.96), following by academic factor (min 3.90), and the

lowest factor is attitude factor (min 3.79). The researcher suggested some alternatives

to improve of students ICT capabilities.

Page 10: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Operasional 11

Page 11: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

viii

1.8.1 Literasi 11

1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 12

1.8.3 Literasi ICT 12

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Perkembangan Literasi 15

2.2.1 Literasi Umum 15

2.2.2 Perkembangan Literasi Abad ke-21 15

2.3 Literasi teknologi 17

2.3.1 Literasi komputer 17

2.3.2 Literasi Maklumat 19

2.4 Literasi Teknologi dan Komunikasi ( ICT) 20

2.4.1 Komponen Literasi ICT 22

2.4.2 Dimensi Literasi ICT 29

2.5 Efikasi kendiri ( self efficacy) 30

2.6 Penutup 32

3 METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Populasi dan Persampelan 34

3.4.1 Populasi 34

3.4.2 Persampelan 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Analisis Data 41

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Penutup 43

Page 12: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

ix

4 DAPATAN KAJIAN 44

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Data 45

4.2.1 Analisis Bahagian I 45

4.2.2 Analisis Bahagian II 47

4.2.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 47

4.2.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 52

4.2.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 55

4.2.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 55

4.3 Penutup 59

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan 61

5.2 Perbincangan 62

5.2.1 Tahap Literasi ICT Berdasar Kemahiran Teknikal 62

5.2.2 Tahap Literasi ICT Berdasar Kemahiran Kognitif 64

5.2.3 Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan ICT 64

5.3 Implikasi Dapatan Kajian 65

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.5 Penutup 67

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN 75

Page 13: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

2.1

2.2

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

4.1

4.2

4.3

Komponen literasi ICT berdasar pandangan

ETS

Komponen Literasi ICT berdasarkan

pandangan L. Markauskite

Kursus untuk tahun 4 Fakulti Pendidikan,

UTM untuk sesi I 2008/2009

Jumlah responden mengikut sampel daripada

populasi

Pembahagian item soalan mengikut

komponen literasi ICT

Taburan item soalan soal selidik

Taburan Bentuk Soalan Mengikut Bahagian

Taburan Skor Mengikut Skala Likert Enam

Mata untuk Bahagian B dan C

Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima

Mata untuk Bahagian D

Pengelasan Tahap Literasi ICT Berdasarkan

Analisis Skor Min untuk bahagian B dan C

Taburan Bilangan Responden Mengikut

Jantina

Taburan Bilangan Responden Mengikut

Kursus.

Taburan responden yang pernah mengambil

22

23

35

36

38

39

40

40

41

42

45

46

46

Page 14: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

xi

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

kursus ICT di UTM.

Tahap Literasi ICT Pelajar Berdasarkan

Kemahiran Teknikal.

Tahap Literasi ICT Pelajar Berdasarkan

Kemahiran Kognitif

Tahap Literasi ICT Responden.

Taburan Min dan Sisihan Piawai Mengikut

Pembahagian Faktor yang Mempengaruhi

Penggunaan ICT

Taburan Min dan Sisihan Piawai Faktor

Penggunaan ICT

50

54

55

57

58

Page 15: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang soal selidik 75

Page 16: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

xiii

SENARAI SINGKATAN

ICT - Information and Communication Technology

ETS - Educational Testing Service

AASL - American Association of School Librarian

ACRL - Association of College & Research Libraries

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 17: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak

positif dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) menjadi semakin penting dalam perkembangan pendidikan hari

ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan literasi komputer menjadi agenda penting

pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era teknologi maklumat memerlukan

institusi pendidikan menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk

generasi muda yang celik dan mahir komputer. ICT dikatakan mampu menjadi

penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat yang bermaklumat sekaligus

meningkatkan daya saing dan prestasi ekonomi negara secara menyeluruh.

Sehubungan itu, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digambarkan

sebagai pendorong masyarakat berilmu. ICT menyediakan cara baru untuk

menghantar dan mengakses maklumat dengan cepat, inovatif untuk komunikasi

dalam masa nyata, cara baru menjalankan peniagaan, dan juga menyediakan banyak

peluang pekerjaan. Di samping itu, penggunaan teknologi ini bukan saja

menjimatkan masa dan penggunaan tenaga, malah memudahkan capaian maklumat

Page 18: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

2

kerana ia bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasi dan

masa yang khusus. Dengan hanya menggunakan hujung jari, ICT membolehkan

seseorang mengakses, berkomunikasi, dan menganalisis sesuatu maklumat dengan

lebih cepat dan pantas (Mashkuri Yaacob et. al, 2002 ).

Teknologi secara dasarnya telah mengubah kehidupan seharian. Jika dahulu

takrif literasi dikhususkan kepada kebolehan seseorang dalam membaca dan menulis,

namun keadaan ini telah berubah. Pada abad ini, untuk berfungsi dengan baik dalam

masyarakat, kebolehan seseorang dalam membaca dan menulis adalah tidak

mencukupi. Dalam konteks itu, keadaan pada masa kini memerlukan tahap literasi

yang lebih tinggi. Selaras dengan abad ke-21 ini, definisi literasi telah berubah

seiring dengan perkembangan teknologi yang menjadi satu keperluan dalam

kehidupan pada masa kini. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah

cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran

ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga

bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan

multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara

sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video

dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk

keperluan guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).

Dalam dunia pendidikan di peringkat tinggi, setiap aspek daripada

menguruskan kajian kepada komunikasi idea, semuanya dipengaruhi oleh teknologi.

Keadaan ini bukan sahaja mengubah suasana pemelajaran di dalam kelas, tetapi

konsep ‘bilik darjah’ itu sendiri telah didefinisikan semula kesan daripada

perkembangan situasi pendidikan jarak jauh dan penggunaan e-pembelajaran yang

semakin meluas pada masa kini. Sehubungan itu, cara kita mengakses dan mengurus

maklumat serta komunikasi di antara satu sama lain dalam kehuidupan seharian

adalah bergantung kepada teknologi. Samada seseorang mendapatkan maklumat

mengenai calon politik menerusi internet, berkomunikasi dengan rakan melalui e-

mail, menguruskan kewangan peribadi, atau melihat senarai buku melalui katalog

berkomputer di perpustakaan, semuanya dipengaruhi oleh teknologi.

Page 19: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

3

Oleh itu, dalam usaha melahirkan masyarakat bermaklumat, kerajaan telah

memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam usaha mengaplikasi teknologi

ICT dalam bidang pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan

pendidikan negara bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping

meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Di antara salah satu matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital

dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran

ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,

2006).

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada abad ke- 21 ini, penggunaan teknologi menjadi sesuatu yang dominan

dan berkembang pesat dalam kehidupan. Seiring dengan peredaran semasa dan

perkembangan zaman, takrifan literasi kini bukan sekadar kemahiran seseorang

dalam membaca dan menulis. Tetapi definisi literasi kini semakin meluas dengan

menggabungkan kedua-dua kemahiran ini dalam suasana teknologi dan mengambil

kira kebolehan dalam menggunakan dan berkomunikasi dalam konteks teknologi.

Keadaan ini adalah relevan selari dengan dunia global pada masa kini yang kaya

dengan maklumat dan informasi.

Pelajar yang bakal menjadi graduan dan bakal memasuki alam pekerjaan

seharusnya mempunyai cukup kemahiran dan celik mengenai teknologi maklumat

dan komunikasi ( ICT). Ini berikutan keadaan pelajar yang telah melalui proses

pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) dalam suasana digital dan persekitaran

teknologi. Pada pendidikan peringkat tinggi, kebanyakannya dipengaruhi oleh

teknologi. Yang penting ialah kemudahan ICT telah membolehkan beberapa tahap

birokrasi dalam sektor pendidikan bukan sahaja menjadi paperless, tetapi juga lebih

Page 20: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

4

pantas. Para pelajar di peringkat tinggi dilatih untuk membiasakan diri mencari

maklumat di laman web, menganalisis jurnal akademik, artikel suratkhabar dan

ucapan transkripsi. Penggunaan spreadsheet, plot graf, persembahan projek

multimedia menjadi suatu kelaziman. Di samping itu, sebahagian tugasaan perlu

diserahkan kepada pensyarah melalui talian internet dan e-mail. Pengunaan e-

pembelajaran dan pendidikan jarak jauh juga telah dipraktikkan secara meluas di

peringkat universiti serta mengubah definisi “bilik darjah” (Educational Testing

Service (ETS), 2003).

Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan graduan yang

lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan. Ini kerana apabila

meninggalkan institut pengajian tinggi dan berdepan dalam profesion pekerjaan,

semua kemahiran berkaitan ICT ini akan diaplikasikan dalam alam pekerjaan kelak.

Keadaan ini berikutan literasi ICT menjadi satu keperluan di sekolah pada masa kini.

Seperti yang diketahui, para guru sekarang telah didedahkan dengan penggunaan ICT

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah. Literasi ICT

dikalangan pelajar perlu diterapkan berdasarkan kurikulum. Oleh itu, para guru perlu

membimbing pelajar dalam meningkatkan kebolehan pelajar berkaitan ICT dan

seharusnya tahap penguasaan ICT guru perlu konsisten dengan tahap literasi ICT

pelajar ( DEST, 2003 ).

Hasil daripada kajian Rosnani (2000) menunjukkan majoriti guru masih

belum mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ICT yang kukuh. Keadaan ini

perlu diatasi bagi membantu guru-guru menangani perkembangan dalam ICT yang

berlaku dengan begitu pantas, di mana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa

muncul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran ICT yang secukupnya, guru-guru tidak

dapat memaksimumkan potensi teknologi yang ada untuk meningkatkan kualiti serta

keberkesanan pengajaran mereka di sekolah. Senario pendidikan pada hari ini

memerlukan guru-guru yang berpengetahuan ICT yang meluas kerana P&P

menggunakan ICT adalah trend masa kini dan akan datang. Maka, guru-guru perlu

mengubah amalan pengajaran yang konvensional seperti pengajaran latih tubi,

hafalan dan “Chalk and Talk” sahaja. Kaedah “Chalk and Talk” telah lama

Page 21: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

5

mendominasi strategi P&P dalam bilik darjah. Walaupun kaedah ini tidak akan

ditinggalkan namun, penekanan dalam ICT adalah perlu. Holmes (1999),

memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru

yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran

harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan

komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi

dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasikan teknologi ialah

pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Pelajar yang literasi ICT dapat menguasai sesuatu pengetahuan dengan lebih

cepat dan menjadi seorang yang lebih cekap dalam menyelesaikan sesuatu masalah

(AASL, 1998). Dalam melahirkan masyrakat yang berilmu dan berpengetahuan,

seseorang individu seharusya mempunyai penguasaan ICT yang baik. Tidak

dinafikan juga pada masa kini kebanyakan majikan mengharapkan pekerja mereka

mempunyai kemahiran dalam ICT (Herman, 2000). Hasilnya, kini kebanyakan pihak

pentadbiran di pengajian tinggi berusaha dan mengambil inisiatif yang sewajarnya

dalam meningkatkan kemahiran ICT para pelajar dalam melahirkan graduan yang

menguasai literasi ICT.

Namun demikian, terdapat beberapa cabaran dalam usaha menerapkan literasi

ICT kepada para pelajar secara efektif. Ini kerana, kebanyakan pelajar di institut

pengajian tinggi merasakan mereka adalah pengguna kompeten dan menguasai

dalam mencari maklumat kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan internet

(Macklin, A. & Fosmire, M., 2003 ). Keadaan ini menyebabkan seseorang tidak

berminat untuk belajar meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan

pencarian maklumat di enjin pencarian maklumat dan pangkalan data elektronik.

Selain itu, penggunaan teknologi untuk tujuan akademik dan bukan akademik dalam

waktu yang sama boleh menyebabkan gangguan dalam aktiviti di dalam kelas.

Sebagai contohnya, dalam pembelajaran pelajar di dalam makmal komputer,

kerapkali terjadi masalah di mana pelajar bebas dan mengabaikan tugas yang diberi

dengan melakukan aktiviti bukan akademik seperti membaca dan menghantar e-mail

kepada rakan-rakan mereka, bermain games, ataupun melayari laman web yang

Page 22: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

6

mereka sukai. Situasi ini menyebabkan kesukaran dalam menentukan literasi ICT

yang diperlukan seseorang pelajar meningkat atau tidak.

Dalam konteks itu, banyak kesan negatif yang akan berlaku sekiranya

seseorang itu kurang literasi ICT. Masalah ini bukan sahaja melibatkan individu

terbabit bahkan dalam kehidupan masyarakat.

Pada individu, dalam konteks pendidikan di pengajian tinggi individu yang

kurang literasi ICT tidak mendapat faedah yang sepenuhnya daripada peluang

pembelajaran di persekitarannya. Pelajar yang kurang kemahiran asas ICT menjadi

tidak efisien dalam menguruskan kerja menerusi internet. Ini kerana mereka tidak

mengetahui cara yang efektif dalam membuat kajian serta menghadapi masalah

dalam menganalisis dan mentafsir maklumat yang diperolehi. Sehubungan itu,

pelajar yang tiada kemahiran literasi ICT tidak mengetahui cara yang betul dalam

menilai kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu sumber maklumat yang diperolehi

daripada enjin carian di internet atau yang berkaitan dengannya. Mereka tidak mahir

untuk membanding maklumat yang didapati samada dari sumber yang sahih atau

sebaliknya. Hasil laporan daripada Association of College & Research Libraries,

ACRL (1998) menyatakan bahawa pelajar universiti selalu menggunakan teknologi,

namun mereka tidak berfikir secara kritikal semasa mencari maklumat, menilai dan

memproses sumber maklumat yang diperolehi.

Selain itu, risiko untuk graduan apabila meninggalkan universiti tanpa literasi

ICT adalah sangat besar. Berbanding dahulu, pada masa kini kemahiran dalam

membuat kajian dan komunikasi maklumat melalui teknologi adalah sebahagian

daripada permintaan masyarakat global. Individu yang mempunyai tahap literasi ICT

yang rendah mempunyai peluang yang amat sedikit untuk memajukan diri dan sukar

untuk bersaing dalam pasaran ekonomi global, (Educational Testing Service, 2003).

Dalam konteks itu, keadaan ini sekiranya tidak diatasi akan membawa kesan ketika

di alam pekerjaan. Laporan daripada Utusan Malaysia, 27 Februari 2002 menyatakan

bahawa pekerja-pekerja di abad ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam

Page 23: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

7

bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya bagi

meningkatkan tahap kemahiran dan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan

fenomena perubahan teknologi. Menurut Ellis, C. (2001), walaupun tidak semua

pekerjaan memerlukan kemahiran ICT, namun The U.S. Department of Labor

melaporkan 8/10 peluang pekerjaan di negara tersebut memerlukan penguasaan

teknologi.

Dalam konteks itu, sejajar usaha Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk

menyediakan para siswazah UTM ke arah persaingan global, program akademik

direkabentuk dan dibangunkan berasaskan atribut yang telah ditetapkan oleh badan

profesional yang meliputi aspek teknikal dalam bidang pengkhususan dan kemahiran

generik berasaskan pengetahuan dan k-ekonomi (Universiti Teknologi Malaysia,

2005). Oleh itu, UTM telah menyenaraikan 7 atribut graduan UTM iaitu kemahiran

komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, fleksibel atau mampu

menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau

moral. Menurut Luca (2003), kemahiran generik yang ditekankan dikatakan perlu

memenuhi kehendak pembelajaran sepanjang hayat dan juga keperluan di tempat

kerja.

Antara langkah yang dicadangkan oleh Universiti Teknologi Malaysia untuk

meningkatkan kebolehgunaan tenaga graduan adalah dengan memantapkan lagi

perlaksanaan penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran

(Buletin City Campus, 2005). Ini akan dilakukan dengan meningkatkan kesedaran

dan melatih lebih ramai pensyarah supaya mampu menerapkan kemahiran generik

kepada pelajar melalui mata pelajaran yang diajar.

Page 24: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

8

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah dan persoalan yang timbul, pengkaji

ingin mendapatkan maklumat mengenai tahap literasi ICT dikalangan pelajar UTM.

Justeru, pihak universiti boleh mengambil tindakan yang sewajarnya melalui hasil

dapatan daripada kajian yang dilakukan. Selain itu, kajian yang dibuat adalah untuk

meninjau dan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap literasi pelajar UTM.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya kajian yang dibuat adalah untuk :

i. Mengenalpasti tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran teknikal pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM.

ii. Menganalisa tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran kognitif dalam

kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM.

iii. Mengenalpasti tahap literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan, UTM.

iv. Menentukan fakor yang mempengaruhi penggunaan ICT dalam kalangan

pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan

berikut:

Page 25: LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI ... · literasi ict dalam kalangan pelajar tahun 4 fakulti pendidikan utm, skudai, johor. nurul ‘aliyah bt hassan universiti

9

i. Apakah tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran teknikal pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan, UTM ?

ii. Apakah tahap literasi ICT berdasarkan kemahiran kognitif dalam kalangan

pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM ?

iii. Apakah tahap literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan, UTM ?

iv. Apakah fakor yang mempengaruhi penggunaan ICT dalam kalangan pelajar

tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM?