persepsi pelajar utm terhadap akta u iversiti ......persepsi pelajar terhadap akta universiti dan...

31
PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA UIVERSITI DA KOLEJ UIVERSITI (AUKU) SHAMILATUL SOBRII BITI ABDULLAH UIVERSITI TEKOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Mar-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP

AKTA U�IVERSITI DA� KOLEJ U�IVERSITI (AUKU)

SHAMILATUL SOBRI�I BI�TI ABDULLAH

U�IVERSITI TEK�OLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti
Page 3: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti
Page 4: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU)

SHAMILATUL SOBRINI BINTI ABDULLAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti
Page 6: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Segala Puji-Pujian hanya Pada-Mu Ya ALLAH S.W.T. Ku panjatkan kesyukuran

ke atas setiap anugerahmu. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Khas Buat suami tercinta, Mohd Fadzil Fahami bin Mohd Najib Fahami,Ummi, Abah, Mak dan Ayah

Abdullah bin Hassan, Rasidah binti Zakaria, Siti Zubaidah dan Mohd Najib Fahami yang dikasihi. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang kalian

berikan padaku sehinga berjaya sampai ke peringkat ini. Segala perit jerih tidak akan ku lupakan.

Abang-abang dan adik-adikku, Abdul Rashid Redho, Abdul Rashid Fahmi,

Arwah Shamilatul Saiyidah, Abdul Rashid Siddiqi, Shamilatun Nur, Shamilatul Sufia, Abdul Rashid Muhammadi, dan Shamilatul Shamimi.

Janganlah leka dengan nikmat hidup yang sementara ini, berusahalah untuk menjadi hamba yang berilmu dan bertakwa. Tuntutlah ilmu hingga akhir hayatmu.

Para Pensyarah, Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan

Khasnya buat Ustaz Hj Azmi Shah b. Suratman. Jasamu mendidik dan mencurahkan ilmu akan ku hargai selamanya. Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

Rakan-rakan seperjuangan Sahabatku, terima kasih atas segala dorongan dan sokongan. Suka duka kita bersama akan sentiasa terpahat dihati. Semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Doakan

semoga kejayaan ini milik bersama.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta

selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya laporan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang

dihormati, Ustaz Hj. Azmi Shah Bin Hj. Suratman di atas segala nasihat, dorongan dan

bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses pembikinan laporan

ini.

Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan

Fakulti Pendidikan di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu melengkapkan lagi

laporan ini.

Terima kasih kepada pelajar SPI yang telah memberikan kerjasama yang

sebaiknya di sepanjang proses mengedarkan soal selidik. Buat sahabat-sahabat tahun

akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2009/2010, terima

kasih kerana memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian

seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin

Page 8: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

v

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Akta

Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Di samping itu kajian ini dilakukan bagi

mengenal pasti pengetahuan pelajar dan faktor penerimaan terhadap Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU). Kajian ini melibatkan pelajar tahun tiga dan empat kursus

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Satu set soal selidik yang

mengandungi 42 item telah diedarkan kepada 79 responden yang terdiri daripada pelajar

tahun tiga dan empat SPI. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan, serta min dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Social Science (SPSS) versi 14.0 for windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah

α = 0.985. Purata min objektif pertama iaitu mengenal pasti persepsi dan pengetahuan

pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ialah 3.66 dan purata min

objektif kedua pula iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej

Universiti (AUKU) ialah sebanyak 3.60. manakala purata bagi objektif ketiga iaitu fakor

penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) ialah 3.64.

Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Walaupun pelbagai persepsi yang

dilontarkan kepada AUKU, ternyata purata min berada pada tahap sederhana. Ini bererti

bahawa responden memberikan persepsi yang sederhana positif terhadap AUKU. Kajian

ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-

pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa

akan datang.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify student’s perception towards Akta

Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Besides that, it was also to identify the student

knowledge and acceptance factors of the Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

This study involved the 3rd and 4th year students Bachelor of Science with Education

(Islamic Studies). A set of questionnaires containing 42 items had been distributed to 79

respondents from 3rd and 4th students. The questionnaires has been collected to analyzed

descriptively to obtain frequency, percentage and mean for each item by using the

Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. The reliability value of the

pilot study was α = 0.985. The results showed that mean for the first objective was 3.66

and the mean for the second objective was 3.60 which was about students knowledge

towards Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Meanwhile, the third objective

mean score was 3.64 which was about the acceptance factors among students towards

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). The data of the findings were elaborated

in form of table. Overall the result showed that, UTM student’s perception towards to

identify the student’s perception towards Akta Universiti dan Kolej Universiti was

average score. Although there are many comment on AUKU, student’s perception

towards AUKU was positive but at average range. At the end of the study, several

suggestions have been put forward by researcher to certain quarters for future actions.

Extension of the study was suggested for further consideration.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Persepsi 13

1.8.2 Pelajar 13

1.8.3 AUKU 14

Page 11: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

viii

1.9 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Pengenalan kepada AUKU 15

2.3 Sejarah AUKU 16

2.4 Fungsi AUKU 23

2.5 AUKU Pindaan 2009 23

2.6 Pandangan Tokoh Akademik Terhadap AUKU

pindaan 1975 26

2.7 Faktor Penerimaan AUKU 29

2.8 Faktor Penolakan AUKU 30

2.9 Harapan AUKU Pindaan 2009 33

2.10 AUKU menurut perspektif Islam 35

2.11 Kajian Lepas 36

2.12 Kesimpulan 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 38 3.3 Tempat Kajian 39 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40

Page 12: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

ix

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Pengumpulan Data Primer

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 44

3.7 Kajian Rintis 45

3.8 Kajian Sebenar 47

3.9 Analisis Data 47

3.10 Jangka Masa Kajian 49

3.11 Kesimpulan 49

BAB 1V ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Data Bahagian A 51

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 52

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Tahun

Pengajian 52

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 53

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Sekolah

Terdahulu 53

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut Tahap

Pendidikan Tinggi 54

4.3 Analisis Data Bahagian B 55

4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Akta

Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

4.4 Analisis Data Bahagian C 64

Page 13: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

x

4.4.1 Analisis Data Mengenai Pengetahuan Pelajar Terhadap

Akta

Univerrsiti dan Kolej Universiti (AUKU)

4.5 Analisis Data Bahagian D 71

4.5.1 Analisis Data Mengenai Faktor Penerimaan

Terhadap Akta Univerrsiti dan Kolej Universiti(AUKU)

4.6 Analisis Keseluruhan 78

4.7 Kesimpulan 82

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83

5.2 Perbincangan 83

5.2.1 Maklumat dan Latar Belakang

Responden 84

5.2.2 Analisis Deskriptif Persepsi pelajar terhadap Akta

Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 85

5.2.3 Analisis Deskriptif Pengetahuan Pelajar Terhadap

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 87

5.2.4 Analisis Deskriptif Faktor-Faktor Penerimaan

Pelajar Terhadap Akta Universiti dan Kolej

Universiti (AUKU) 89

5.3 Rumusan 90

5.3.1 Rumusan Persepsi pelajar terhadap AUKU 90

5.3.2 Rumusan Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap

AUKU 91

Page 14: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

xi

5.3.3 Rumusan faktor-faktor penerimaan pelajar terhadap

AUKU 91

5.4 Cadangan 92

5.5 Cadangan kajian lanjutan 93

5.6 Kesimpulan 93

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 15: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

xii

SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan dan populasi pelajar SPI UTM 40 3.2 Pengelasan Skala Likert 42 3.3 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan bilangan item 43 3.4 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan objektif kajian 48 3.5 Nilai skor min 48 4.1 Taburan responden mengikut jantina 52 4.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 52 4.3 Taburan responden mengikut umur 53 4.4 Taburan responden mengikut sekolah terdahulu 53 4.5 Taburan responden mengikut tahap pendidikan tinggi 54 4.6 Kekerapan dan peratusan bagi item 1 55 4.7 Kekerapan dan peratusan bagi item 2 56 4.8 Kekerapan dan peratusan bagi item 3 56 4.9 Kekerapan dan peratusan bagi item 4 57 4.10 Kekerapan dan peratusan bagi item 5 57 4.11 Kekerapan dan peratusan bagi item 6 58 4.12 Kekerapan dan peratusan bagi item 7 58 4.13 Kekerapan dan peratusan bagi item 8 59 4.14 Kekerapan dan peratusan bagi item 9 59 4.15 Kekerapan dan peratusan bagi item 10 60

Page 16: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

xiii

4.16 Kekerapan dan peratusan bagi item 11 60 4.17 Kekerapan dan peratusan bagi item 12 61 4.18 Kekerapan dan peratusan bagi item 13 61 4.19 Kekerapan dan peratusan bagi item 14 62 4.20 Kekerapan dan peratusan bagi item 15 62 4.21 Kekerapan dan peratusan bagi item 16 63 4.22 Kekerapan dan peratusan bagi item 17 63 4.23 Kekerapan dan peratusan bagi item 18 64 4.24 Kekerapan dan peratusan bagi item 19 65 4.25 Kekerapan dan peratusan bagi item 20 65 4.26 Kekerapan dan peratusan bagi item 21 66 4.27 Kekerapan dan peratusan bagi item 22 66 4.28 Kekerapan dan peratusan bagi item 23 67 4.29 Kekerapan dan peratusan bagi item 24 67 4.30 Kekerapan dan peratusan bagi item 25 68 4.31 Kekerapan dan peratusan bagi item 26 68 4.32 Kekerapan dan peratusan bagi item 27 69 4.33 Kekerapan dan peratusan bagi item 28 69 4.34 Kekerapan dan peratusan bagi item 29 70 4.35 Kekerapan dan peratusan bagi item 30 71 4.36 Kekerapan dan peratusan bagi item 31 72 4.37 Kekerapan dan peratusan bagi item 32 72 4.38 Kekerapan dan peratusan bagi item 33 73

Page 17: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

xiv

4.39 Kekerapan dan peratusan bagi item 34 73 4.40 Kekerapan dan peratusan bagi item 35 74 4.41 Kekerapan dan peratusan bagi item 36 74 4.42 Kekerapan dan peratusan bagi item 37 75 4.43 Kekerapan dan peratusan bagi item 38 75 4.44 Kekerapan dan peratusan bagi item 39 76 4.45 Kekerapan dan peratusan bagi item 40 76 4.46 Kekerapan dan peratusan bagi item 41 77 4.47 Kekerapan dan peratusan bagi item 42 77 4.48 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78

4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 80

4.50 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

faktor penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 81

Page 18: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

xv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

N - Jumlah Responden

α - Alpha

BBMN - Barisan Bertindak Mahasiswa Negara

FTI - Fakulti Tamadun Islam

GMMA - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU

GAMP - Gabungan Anak Muda & Pelajar

DEMA - Malaysia Democratic Student and Youth Movement

GAMIS - Gabungan Anak Muda Islam se-Malaysia

GPMS - Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung

ISA - Internal Security Act

KARISMA - Kelab Rakan Islah Malaysia

Keb. - Kebangsaan

KS - Kurang Setuju

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

Men. - Menengah

MBM - Majlis Belia Malaysia

MPPK - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

NGO - Pertubuhan Bukan Kerajaan

NKK-BKK - Normalisasi Kehidupan Kampus-Badan Koordinasi Kampus

PKPIM - Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia

PMUM - Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya

PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

PTPKPT - Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

S - Setuju

s.a.w. - Sallallahu alaihi wasallam

Sek. - Sekolah

SMA - Sekolah Menengah Agama

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

Page 19: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

xvi

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia

SPSS - Statistical Packages for the Social Science

SS - Sangat Setuju

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T - Subhanahu Wa Taala

TERAS - Teras Pengupayaan Melayu

TS - Tidak Setuju

UiTM - Universiti Teknologi Mara

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UM - Universiti Malaya

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

YB - Yang Berhormat

YAB - Yang Amat Berbahagia

Page 20: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian

Page 21: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) mulanya

dibentangkan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Hussien Onn, di Parlimen pada 17 Mac

1971 (Junaidi Abu Bakar :1993). Pada dasarnya ia digubal untuk memberi panduan bagi

penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej

universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini

dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti

(Pindaan) 1995 seterusnya pindaan terkini pada tahun 2009.

Pada asasnya, “Peruntukan undang-undang ini adalah untuk menubuh,

menyelenggara dan mentadbir universiti dan kolej universiti dan lain-lain.(Penyata

Rasmi Dewan Rakyat yang ketiga 17 Mac 1971 ruangan 1402). Antara tujuan

perlaksanaan AUKU adalah untuk melahirkan pelajar yang ideal selaku entiti penting

yang terbabit dengan AUKU. Namun begitu, definisi pelajar universiti bukan hanya

terhenti sebagai pelajar yang belajar di kampus sahaja.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam ebooknya Kalau Saya

Mahasiswa, mahasiswa mempunyai tiga peranan utama iaitu, pertama sebagai pemimpin

hari ini kepada yang lebih muda daripada mereka, kedua, sebagai pemimpin hari ini

kepada yang seangkatan dengannya dan ketiga, sebagai rakan kepimpinan dalam

pembangunan negara. (sumber:www.saifuddinabdullah.com. my/ebook/kalau_saya_mah

asiswa.pdf).

Selain itu, melahirkan pelajar yang ideal mestilah dijadikan matlamat utama

pendidikan di universiti. Menurut Zaini Ujang, pelajar ideal ialah mereka yang memiliki

kemahiran berfikir, berhujah, berkomunikasi mengikut pelbagai dimensi dan perspektif,

berperwatakan mulia dan mahir dalam pencarian ilmu. Kesemua ciri-ciri graduan ideal

ini dikatakan tercantas secara automatik apabila AUKU digubal. Justeru, salahkah jika

pelajar berpolitik, jika ia dilihat sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran serta

pendedahan kepada pembinaan kepimpinan yang bersifat experiencial learning dalam

dunia sebenar.

Menyingkap tabir sejarah anak-anak muda, suara kampus mencetuskan

perubahan yang besar kepada masyarakat. Pada zaman imperialisme barat, anak-anak

muda bangkit menentang penjajah di seluruh dunia, contohnya Jose Rizal yang

mengungkapkan idealismenya melalui karya penulisannya Noli Me Tangere(1887) dan

El Filibustersmo. Rentetan daripada penulisannya beliau menjadi ikon perjuangan

menentang penjajah di Filipina sehingga membawa kepada pembunuhan tragis beliau.

Namun begitu, perjuangan pelajar universiti tidak terhenti begitu sahaja apabila wujud

gerakan pelajar pimpinan Jose Antonio Echeverria di Cuba dalam tahun 1950 an.

Meskipun berjaya menjatuhkan regim tentera General Fulgencio Batista, mereka dengan

mudahnya diketepikan oleh gerakan tentera yang lain iaitu July 26th Movement lalu

menubuhkan kerajaannya sendiri (Hussein Mohamed, 1986: 20). Dalam kerajaan baru

ini, sebilangan pemimpin pelajar yang berpengaruh dalam kampus Universiti Havana

Page 23: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

diamankan dengan memberikan mereka jawatan tertentu dalam kerajaan. Selain itu,

pelajar di universiti Thammasat, Chulalongkorn di Thailand turut bangkit mengadakan

demonstrasi besar-besaran untuk menjatuhkan kerajaan tirani tentera pimpinan Thanom-

Praphat-Narong dan berjaya dalam misi mereka, namun, pemimpin-pemimpin politik

awam pula yang diberikan kuasa untuk mengambil alih kerajaan.

Kekuasaan pelajar pada ketika itu menjadi pendorong kepada pelajar universiti

tempatan untuk menegakkan keadilan terhadap masyarakat setempat terutamanya dalam

memperjuangkan kesusahan hidup dan kemiskinan rakyat. Kebangkitan pelajar sebagai

suatu gerakan sosial dan politik bermula sekitar 1966 dan 1967 (Mohd Suhaimi al-

Maniri, 1995: 13). Dengan bermulanya pembukaan ‘Sudut Pidato’ pada tahun 1966 di

Universiti Malaya maka ia menjadi agen pencetusnya demonstrasi pelajar apabila

hampir semua demonstrasi yang diadakan, bermula daripada perbahasan pelajar di

‘Sudut Pidato’. Selain itu, penubuhan Kelab Sosialis pada 1967 yang membawa

pemikiran sosialis menjadikan kedudukan masyarakat kampus lebih politicized.

Penubuhan beberapa buah universiti selepas itu menjadikan gerakan pelajar lebih

berkembang maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Peristiwa 13 Mei 1969

adalah antara peristiwa yang dicetuskan oleh mahasiswa akibat daripada krisis politik

yang melibatkan perarakan anti Tunku dan perlaksanaan Bahasa Malaysia di kampus.

Pemberontakan demi pemberontakan yang menggugat membuatkan kerajaan tekad

menggubal undang-undang untuk menyekat kemaraan pelajar.

Peristiwa berdarah 13 Mei menggerakkan kerajaan untuk memulihkan kembali

ketegangan yang berlaku antara masyarakat majmuk Malaysia. Pihak pemerintah

membuat pemantapan terhadap sistem pemerintahan untuk mengatasi kelemahan dan

kegagalan dasar kerajan sebelumnya. Antara resolusi yang dicapai ialah penggubalan

Akta Universiti dan Kolej Universiti, AUKU (1971). Oleh yang demikian, jelas bahawa

AUKU (1971) telah digubal dalam konteks gejolak sosial yang telah mencetuskan

Page 24: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

Peristiwa 13 Mei dan bertujuan mengawal kebangkitan politik pelajar (Junaidi Abu

Bakar, 1993: 24).

Pertambahan jumlah universiti telah menambahkan lagi bilangan pelajar

universiti. Hal ini menimbulkan kerisauan di kalangan pihak pemerintah bahawa

pertambahan mahasiswa Melayu dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia

dilihat akan mengancam kestabilan pemerintah.

Namun begitu, keberanian pelajar dalam memperjuangkan isu penindasan dan

kemiskinan tidak terhenti setakat apabila diacah dengan penggubalan AUKU. Selepas

akta tersebut dilaksanakan, pelajar masih cergas mengadakan demonstrasi serta

menimbulkan pelbagai isu masyarakat dan politik (Mohd Suhaimi al-Maniri, 1995: 28).

Pelajar menjadi lebih berani bertindak dengan bangkit menyuarakan keprihatinan

terhadap beberapa isu nasional antaranya 2000 mahasiswa menyertai demonstrasi

membantah tindakan kerajaan Thailand yang bertindak kejam dan menindas umat Islam

di Golok, Yala dan Pattani ketika siri lawatan Tun Thanat Khomen dan ahli-ahli politik

Thai ke Malaysia pada 14 Jun 1971.

Kemuncak perjuangan mereka adalah Peristiwa Baling pada bulan November

1974 di mana lebih 4,000 mahasiswa dari beberapa universiti telah bersama petani-

petani mengadakan demonstrasi membantah kebuluran yang berlaku di Baling. (sumber:

http://politikampus.blogspot.com/2007/08/gerakan-mahasiswa-tergugat.html). Menurut

Junaidi dalam Far Eastern Economic Review Januari 1975: 29 pada masa itu negara

sedang menghadapi tekanan inflasi dan harga getah jatuh dengan teruk sehingga menjadi

$0.20 sepaun. Bantahan pertama dicetuskan di kampus UM, diikuti UiTM, seterusnya

bergerak ke UKM dan Politeknik Ungku Omar Ipoh. Akhirnya demonstrasi massa telah

digerakkan seramai 12 000 hingga 14 000 pelajar di Padang Kelab Selangor pada 3

Page 25: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

Disember 1974 yang membawa kepada penahanan seribu orang mahasiswa (Riduan

Mohd Noor, 2007: 35).

Faktor-faktor ini membawa kepada pindaan 1975, Tun Mahathir yang ketika

itu merupakan Menteri Pelajaran menyekat kebebasan mahasiswa bertindak,

menyuarakan pendapat dan semua kegiatan pelajar ditapis oleh pihak universiti. Dalam

Penyata Rasmi Parlimen 8 April 1975: ruangan 4392, Tun Mahathir menyatakan

matlamat dan asas pindaan berkenaan sebagai:

“ Satu daripada alat Dasar Ekonomi Baru ialah pelajaran. Pelajaran membolehkan economic and social mobility yang dapat mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum daripada buruk kepada baik. Apabila wujud kegiatan mahasiswa yang pelbagai seperti menyertai pilihan raya dan mengadakan demonstrasi, mereka tidak dapat menumpukan pelajaran.”

(sumber: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR08041975.pdf)

Pindaan demi pindaan digagaskan oleh pihak kerajaan khususnya berkaitan

Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dalam AUKU yang rata-ratanya mengenai

kebebasan dan hak berpersatuan para pelajar. Terkini, pelbagai persatuan, organisasi dan

tokoh akademik bangkit mendesak kerajaan meminda atau memansuhkan AUKU

antaranya, Rang Undang-undang Pindaan AUKU telah dibacakan kali pertama di

dewan rakyat pada 17 Julai 2008. Cadangan pindaan AUKU ini dikemukakan dengan

tujuan untuk melonjakkan pencapaian pengajian tinggi tempatan sebagaimana termaktub

dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada 2007 dan Pelan

Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (PTPKPT). (Zaini Ujang, 2009: 231).

Definisi pelajar diluaskan termasuklah pelajar pasca ijazah. Di samping itu, hak

berpersatuan pelajar dilonggarkan dengan membenarkan pembabitan mereka dengan

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di luar universiti namun pelajar tetap tidak boleh

menyertai mana-mana parti politik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Page 26: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

Semua pelajar tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

(AUKU 1971). Seksyen 15 dan 16 AUKU disimpulkan meliputi hak berpolitik, hak

bersuara, dan hak pengadilan. Kesedaran politik di kalangan mahasiswa amat diperlukan

untuk menggerakkan gerakan pelajar supaya sentiasa aktif dan ‘concern’ terhadap

persekitaran ( Mohd. Suhaimi al-Maniri,1995: 38 ). Ini merobek hati para mahasiswa

yang majoritinya berjiwa besar dan mahu berbakti kepada masyarakat sama ada dalam

keadaan susah dan senang atau lapang dan sempit. Hal ini berbeza dengan kebebasan

pelajar di luar negara iaitu mereka digalakkan bergiat cergas dan boleh menubuhkn

cawangan parti-parti politik di seluruh dunia.

Usaha penyekatan lontaran idea bernas pelajar dalam AUKU mencetuskan

kemarahan dan ketidak puasan hati pelajar sendiri. Satu lagi kesan yang jelas terasa

dalam kegiatan pelajar selepas pindaan AUKU 1975 adalah kehilangan Sudut Pidato

atau ‘Speaker Corner’ yang diharamkan oleh pihak berkuasa (Mohd Suhaimi al-Maniri,

1995: 32 ). Keberanian golongan perintis pimpinan negara ini tidak hanya tertumpu

kepada pembantahan AUKU sahaja, namun pelajar banyak menggagaskan idea di

peringkat nasional antaranya bantahan campur tangan Amerika dalam perang di Timur

Tengah (1973), dasar Amerika membantu Israel, hubungan Amerika dengan peristiwa

pembunuhan di Sabra Chatilla (1983), dan juga serangan Amerika terhadap kediaman

Muammar Ghadaffi di Libya.

Tindakan para mahasiswa ini benar-benar mencabar kepimpinan negara dan

menggoncang kestabilan status-quo kerajaan lalu menjentik kerajaan untuk mengawal

gerakan pelajar di universiti dengan lebih tegas dan terkawal.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

Beberapa jawatankuasa dan pertubuhan ditubuhkan untuk menegakkan hak-hak

kebebasan mahasiswa. Antaranya ialah Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU

(GMMA) yang terdiri daripada gabungan fron-fron Mahasiswa seperti Gabungan Anak

Muda & Pelajar (GAMP), DEMA, Gabungan Anak Muda Islam se-Malaysia (GAMIS),

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia

(KARISMA), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Teras Pengupayaan Melayu

(TERAS), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan sebagainya. Pertubuhan

lain yang mendesak pindaan AUKU ialah Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Gerakan

Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Beberapa memorandum telah dihantar kepada pihak pentadbiran agar akta ini

dimansuhkan kerana pelajar menjadi golongan penakut dan pengecut akibat ditangkap

dan disekat pergerakan dan kebebasan melontar pandangan dan idea. Antara tindakan

yang pernah dibuat ialah pada 18 Ogos 2008, GMMA telah turun ke Parlimen untuk

menyuarakan bantahan terhadap pindaan AUKU yang hanya merupakan perubahan

kosmetik dan menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk

Khaled Nordin. Namun begitu, pihak pemerintah tidak mahu memansuhkan AUKU.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kepada media pada 28 Januari 2006

telah menyatakan pendirian selaku pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

(MPPK) bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan

tanpa memansuhkannya.( sumber: http://www.pkpim.net/v2/rencana/isu-semasa/181-

auku-a implikasi-besar-kepada-mahasiswa.html)

Siri-siri penerangan kepada mahasiswa dan Ahli Parlimen juga telah diadakan

untuk mencelikkan minda seluruh masyarakat bahawa AUKU ini sebenarnya menyekat

pelajar lalu mempengaruhi kebebasan akademik dan ketumpulan pemikiran, kelemahan

sinergi tindakan dan sebagainya. Menurut Dr Wan Abdul Rahman Wan Muda dari

Universiti Sains Malaysia dalam satu forum yang bertajuk “Masyarakat Kampus Dan

Permasalahannya” pada 4 Ogos 1990, menyatakan bahawa :

Page 28: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

“Perlaksanaan akta ni merupakan parut hitam dalam sejarah akademik di Malaysia. Semenjak itu, ternampaklah bibit-bibit kelumpuhan budaya universiti yang sebelum ini mempunyai semacam suatu solidariti dalam aktiviti mahasiswa ”

(sumber:http://www.idealis-mahasiswa.net/editor2006/suratpelayar0095.html)

Selain itu, apabila diselak lembaran sejarah di Indonesia, mahasiswa di sana

tidak perlu menunggu lama untuk mengkuburkan akta yang sama peranannya dengan

AUKU iaitu Normalisasi Kehidupan Kampus-Badan Koordinasi Kampus (NKK-BKK).

Undang-undang yang digazetkan pada tahun 1978 ini menemui noktahnya pada tahun

1998 apabila sebuah gerakan pelajar dan gerakan sivil bersama-sama menggesa kerajaan

Soeharto agar segera memansuhkan NKK-BKK ini. Bukan satu dua tindakan yang

mereka lakukan, namun lebih banyak daripada itu sehingga agenda mereka

membuahkan hasil.(sumber: http://marufclub.blogspot.com/2009_03_01_archive.html)

AUKU khususnya seksyen 15 itu jelas membantutkan kebebasan bersuara para

mahasiswa yang merupakan satu entiti yang penting sebagai komuniti universiti.

Meskipun GMMA telah mengusulkan satu piagam untuk menggantikan AUKU iaitu

Piagam Agung untuk Akta Mahasiswa 2008. Akta alternatif ini menjamin hak-hak

mahasiswa yang selari dengan nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia seperti yang

terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia

(UDHR) dan Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Universiti mesti mengelak, seperti kata

Noam Chomsky dalam bukunya Chomsky on MisEducation (2000), daripada tersilap-

didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang, iaitu

keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja kerana

universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu

mengawal.(sumber: http://belia.org.my/content/view/426/41/)

Page 29: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

Akibat desakan-desakan agresif para mahasiswa, akhirnya pindaan terbaru telah

dibuat Seksyen 15 pada tahun 2009 tentang hak berpersatuan seseorang pelajar

universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan dan badan kecuali mana-mana parti

politik, dalam atau luar negara dan badan yang telah diharamkan oleh kerajaan

Malaysia. Pindaan ini jelas menunjukkan masih ada sekatan terhadap mahasiswa sama

ada dari sudut sekatan membuat aktiviti, sekatan melontarkan pandangan, sekatan

berpersatuan termasuklah parti politik, sekatan untuk berkumpul, dan sekataan terhadap

ahli akademik.  

1.3 Pernyataan Masalah

Perbincangan tentang kerelevanan seksyen 15 dalam AUKU kepada mahasiswa

bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai seminar, kajian, memorandum dan

pertubuhan untuk memansuhkannya telah dibuat dan ditubuhkan bagi mencantas dan

menentang sekatan-sekatan ini terhadap mahasiswa.

Selain itu, fungsi mahasiswa satu masa dahulu sebagai jurubicara masyarakat

kini semakin terhakis. Kini, mahasiswa bukan lagi sebagai agen pendesak, tidak lagi

menyuarakan rintihan masyarakat, dan tidak lagi peka dengan isu-isu di luar kampus.

Perkara ini ditegaskan lagi oleh Mohd Shuhaimi al-Maniri bahawa ugutan mental

melalui penggubalan AUKU menyebabkan pelajar menjadi begitu pasif apabila melihat

isu-isu di sekeliling mereka seolah-olah seperti tiada apa-apa yang terjadi. Hal ini

seterusnya membantutkan pertumbuhan, pengembangan dan pembinaan idea kritis

golongan mahasiswa ke arah membina diri untuk menjadi insan-insan yang bakal

memaju dan membangunkan negara pada masa akan datang sama ada dari aspek sosial,

ekonomi, politik, dan sebagainya.

Page 30: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

Selepas peristiwa demonstrasi Baling pada 1974, pindaan telah dibuat dikenali

sebagai AUKU Pindaan 1975, dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang

besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa (Saifuddin Abdullah:

14). Kelesuan dan kebosanan hidup di univesiti amat merugikan tempoh pengajian

mereka kerana sepatutnya tempoh masa umur inilah waktu terbaik untuk membina

pemikiran yang membumi dan idea yang melangit bukan mencantasnya.

Ramai pelajar bangkit memberi pelbagai respon terhadap ketidak relevanan

AUKU dari segi keadilan pelajar sebagai rakan pembangunan negara yang perlu

didengar idea-idea mereka. Antaranya akta ini bersifat ‘double standard’ kerana

bertentangan dengan perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan kepada

rakyatnya. Selain itu, pengetahuan tentang AUKU di kalangan mahasiswa amat sedikit

berdasarkan dapatan kajian-kajian yang lepas. Mahasiswa menjadi tidak cakna dan tidak

peka terhadap situasi sekeliling apabila semua pergerakan dan tindakan mereka dihalang

dan disekat.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti

(AUKU) .

1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej

Universiti (AUKU).

1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU).

Page 31: PERSEPSI PELAJAR UTM TERHADAP AKTA U IVERSITI ......persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Malaysia 78 4.49 Rumusan dapatan kajian bagi mengenal pasti

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)?

1.5.2 Apakah pengetahuan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti

(AUKU)?

1.5.3 Apakah faktor-faktor penerimaan pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej

Universiti (AUKU)?