masalah yang dihadapi oleh pelajar perdana jabatan … · masalah yang dihadapi oleh pelajar...
TRANSCRIPT
i
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR PERDANA JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (JPTK) FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM DALAM MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
MARIATI BINTI MUDA
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,
rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana Muda ini dapat
disiapkan. Kutujukan dedikasi ini khas untuk semua yang tersayang.
Buat Ayahanda
HJ MUDA BIN HJ MAT ALI
Pendorongku
Buat Bonda
HJH FATIMAH BINTI EMBONG
Engkaulah sumber inspirasiku
Buat Penyelia
EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES
Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepadaku
Buat kekanda-kekanda ku, sanak saudara dan, rakan-rakan,
Terima kasih atas Pengorbanan dan ketabahan kalian semua
Kejayaan ini, kejayaan milik kita bersama
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat menyempurnakan penyelidikan yang dijalankan ini. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih buat En Ahmad Johari Sihes selaku Pensyarah Pembimbing
Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran
dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek
ini.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat pensyarah yang terlibat dalam
memberikan kerjasama yang tidak terhingga dan maklumat yang disampaikan dalam
memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4 yang banyak membantu
memberikan kerjasama bagi menyiapkan penulisan ini.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar
perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dalam menjalani latihan industri. Masalah yang
dikaji adalah daripada aspek penempatan pelajar, aspek hubungan komunikasi antara
majikan dan rakan sekerja dengan pelajar, aspek keselamatan di industri dan aspek
beban kerja oleh pihak industri terhadap pelajar yang menjalani latihan industri.
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 103 orang pelajar.
Data-data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Pakage for Social Sciences Windows 15.0 (SPSS).
Peratusan digunakan untuk mentafsirkan setiap pernyataan yang dinyatakan itu.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah utama ialah masalah penempatan.
Seterusnya masalah kedua adalah masalah yang berkaitan dengan aspek beban kerja
dan diikuti oleh masalah yang berhubung dengan aspek hubungan komunikasi.
Manakala masalah yang kurang dihadapi oleh pelajar yang menjalani latihan industri
adalah daripada aspek keselamatan di tempat industri. Akhir sekali, cadangan yang
sesuai telah dikemukakan untuk memperbaiki pelaksanaan Program Latihan Industri
agar ia menjadi lebih berkesan bagi mencapai objektif program tersebut.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate problems faced by students
from the Department of Technical Education and Engineering, Faculty of education,
University Technology Malaysia during their industrial training programme. The
problems studied are from the aspects of placement, communication between
employer and colleague, of industrial safety and work load. A total of 103 students
were involved as respondents in this research. Data were collected using
questionnaires and were analyzed using Statistical Package for Social Sciences
Windows 15.0 (SPSS) software. Percentage was used to analyze every statement
which was given. The result showed that the main problem is the aspect of
placement of students. The second problem is the problem regarding the aspect of
work load followed by the aspect of communication between employer and
colleagues with students. On the other hand, the least problem faced by students
under going industrial training is from the aspect of industrial safety. Finally, some
suggestions are given to improve the industrial training program in order to be more
effective in achieving its goal.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi / Istilah 9
1.9 Penutup 13
viii
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Latihan industri 15
2.3 Objektif latihan industri 16
2.4 Masalah daripada aspek penempatan pelajar 17
2.5 Masalah daripada aspek hubungan
komunikasi
19
2.6 Masalah keselamatan pelajar semasa di
industri
20
2.7 Masalah daripada aspek beban kerja 23
2.8 Kajian lepas yang berkaitan latihan industri 23
2.9 Penutup 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Populasi Kajian 27
3.4 Prosedur Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Kajian Rintis 31
3.7 Analisis Data 32
3.8 Penutup 33
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Bahagian A 34
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan
Jantina
35
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan 36
ix
Pengkhususan
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan
Bidang Kerja
36
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan
Jarak Tempat Latihan Dengan
Tempat Tinggal
37
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan
Tempat Tinggal Semasa Menjalani
Latihan Industri
38
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan
Pengangkutan Ke Tempat Latihan
Industri
39
4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan
Jenis Industri
39
4.2.8 Taburan Responden Berdasarkan
Elaun Yang Diterima Untuk
Sebulan
40
4.3 Analisis Bahagian B 41
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah aspek
penempatan pelajar menimbulkan
masalah kepada pelajar perdana
dalammenjalani latihan industri?
41
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Adakah wujud
hubungan komunikasi yang baik
antara majikan dan rakan sekerja
dengan pelajar perdana dalam
menjalani latihan industri?
44
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Adakah wujud
masalah daripada aspek
keselamatan di tempat industri
terhadap pelajar perdana dalam
menjalani latihan industri?
47
x
4.3.4 Persoalan Kajian 4: Adakah wujud
masalah daripada aspek beban kerja
oleh pihak industri terhadap pelajar
perdana dalam menjalani latihan
industri?
50
4.4 Kesimpulan 52
4.5 Penutup 53
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 55
5.2.1 Latar Belakang Responden 55
5.2.2 Aspek penempatan pelajar yang
menimbulkan masalah kepada
pelajar-pelajar perdana yang
menjalani latihan industri.
56
5.2.3 Masalah daripada aspek hubungan
komunikasi yang baik antara
majikan dan rakan sekerja dengan
pelajar perdana yang menjalani
latihan industri.
59
5.2.4 Masalah daripada aspek
keselamatan di tempat industri
terhadap pelajar yang menjalani
latihan industri.
61
5.2.5 Masalah daripada aspek beban kerja
yang diberikan oleh pihak industri
terhadap pelajar perdana yang
menjalani latihan industri.
63
5.3 Rumusan 65
5.4 Cadangan dan Implikasi Kajian 65
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Saiz Populasi 28
3.2 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 30
3.3 Skala Likert 31
3.4 Pengkelasan pemeringkatan 32
3.5 Klasifikasi statistik mengikut persoalan kajian 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan 36
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bidang Kerja 37
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Jarak
Tempat Latihan Dengan Tempat Tinggal
37
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Tempat Tinggal
Semasa Menjalani Latihan Industri.
38
4.6 Taburan Responden Berdasarkan
Pengangkutan Ke Tempat Latihan Industri
39
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Industri 40
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Elaun Yang
Diterima Untuk Sebulan
40
4.9 Julat Min 41
4.10 Aspek Penempatan 42
4.11 Aspek Hubungan Komunikasi 45
4.12 Aspek Keselamatan Di Tempat Industri 48
4.13 Aspek Beban Kerja 51
4.14 Taburan Kekerapan,Peratusan dan Min
Berdasarkan Persoalan Kajian.
53
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
f Kekerapan
% Peratus
LI Latihan Industri
SPSS Statistical Package of Sosial Science
JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Borang Soal Selidik 75
B Pengesahan Soal Selidik
Projek Sarjana Muda
81
C Pengesahan Pelajar 82
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembelajaran adalah sesuatu bidang kemahiran yang memerlukan penumpuan
yang optimum oleh pelajar dalam bidang teori dan juga praktikal. Ini dapat mewujudkan
insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha ini
adalah bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Selain itu,
ia juga akan dapat melahirkan rakyat yang berilmu untuk menjadi tenaga kerja yang
separuh mahir dan mahir dalam pelbagai bidang teknologi bagi menampung keperluan
industri negara yang sedang berkembang pesat.
Program Latihan Industri ini merupakan salah satu komponen kokurikulum yang
wajib diikuti oleh pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK).
Tujuan utama latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja
2atau situasi sebenar alam pekerjaan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
berpengalaman, berkemahiran serta dapat membina kualiti peribadi yang sesuai dan
dapat dipraktikkan dalam profesional mereka kelak. Misalnya, Universiti Teknologi
Malaysia merupakan salah sebuah Institut Pengajian Tinggi di Malaysia yang telah
mempelbagaikan lagi aktiviti pendidikannya dengan mengadakan Program Latihan
Industri kepada pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK).
Melalui latihan industri, pelajar dapat melihat bagaimana ilmu-ilmu yang
dipelajari di universiti dapat dipraktikkan dalam proses pembangunan dan pengurusan
harian sesebuah organisasi semasa menjalani latihan industri. Ia juga dapat
mempertingkatkan kemahiran dan pengalaman pelajar itu sendiri. Sehubungan dengan
itu, latihan industri memainkan peranan sebagai titik persediaan bagi mendedahkan
pelajar kepada keadaan kerja atau situasi sebenar alam pekerjaan. Melalui program ini
juga, UTM dapat melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bagi
memenuhi keperluan semasa negara. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagi
mencapai keberkesanan Program Latihan Industri. Pihak industri mahupun pihak Fakulti
perlu melaraskan program ini dengan sebaiknya supaya program ini dapat memberi
manfaat sepenuhnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Latihan industri merupakan salah satu komponen kurikulum bagi program
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan bagi pelajar perdana Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan (JPTK). Latihan industri merupakan syarat kepada pelajar
sebelum menamatkan pengajian dan seterusnya dianugrahkan Ijazah Sarjana Muda.
Oleh yang sedemikian, semua pelajar wajib lulus dalam program ini dan dikehendaki
3menjalani latihan industri semasa cuti semesta ke enam dalam tempoh lapan minggu
atau hampir dua bulan. Namun begitu, kelonggaran juga turut diberikan kepada pelajar
yang ingin membuat pengecualian dan membuat penangguhan daripada program ini
berdasarkan syarat-syarat yang tertentu. Program Latihan Industri ini bertujuan
mendedahkan bakal Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan kepada suasana dan
persekitaran sebenar di industri (Buku Panduan Latihan Industri,2003).
Menurut Ishak (1992), dalam kajiannya telah memberikan pandangan bahawa,
untuk mendapatkan Program Latihan Industri yang berkesan mestilah memastikan
pelajar yang akan menjalani latihan industri perlu ditempatkan di industri yang sesuai
dengan bidang kursus yang diambil. Program ini akan dapat memberi peluang kepada
pelajar bagi menghubungkait segala konsep dan teori yang telah dipelajari dengan
latihan yang dijalankan. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman serta kemahiran pelajar
yang menjalani latihan industri dalam bidang pengkhususan mereka kelak. Walaupun
program yang diwujudkan oleh universiti ini banyak memberi manfaat kepada pelajar,
namun turut mendatangkan masalah kepada pelajar itu sendiri. Namun begitu, kerjasama
daripada pihak industri yang terlibat merupakan salah satu faktor penentu keberkesanan
latihan industri terhadap pelajar yang menjalani latihan industri. Hal ini adalah bertujuan
untuk memudahkan perancangan aktiviti latihan kepada pelajar yang terlibat,
pengawasan dan penyeliaan ke atas pelajar itu sendiri.
Menurut Klopf dan Combra (1997, dalam Saari Yasit, 1999) kajian yang
dilakukan oleh Indiana Comission Of Higher Education pada 274 orang pengurus
personal mengenai sepuluh faktor apabila menggajikan pekerja, mendapati faktor
komunikasi merupakan faktor utama dalam memilih pekerjanya. Latihan industri bukan
sahaja dapat meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan
sebenar tetapi juga turut membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dengan
majikan dan rakan sekerja. Pelajar yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi
dengan baik, perlu memperbaiki kelemahan diri supaya dapat menyesuaikan diri apabila
4bekerja di industri. Menurut Abdul Rahman Abdul Azizi (2000), kebolehan
berkomunikasi antara seorang pekerja dengan majikan atau rakan sekerja adalah
merupakan satu pencapaian yang paling berharga kerana kebolehan ini membolehkan
meningkatkan prestasi sebagai seorang pekerja.
Keselamatan di tempat industri adalah merangkumi semua aspek seperti
peralatan serta mesin, tempat kerja, gangguan berbentuk seksual dan sebagainya.
Kecuaian menggunakan peralatan serta mesin semasa melakukan kerja akan
menyebabkan berlakunya kemalangan. Malah, tempat kerja juga merupakan kawasan
yang paling terdedah dengan risiko bahaya. Selain itu, gangguan seksual merupakan
sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai
satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Walau
bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada
mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja. Oleh itu, pihak industri perlu
menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sentiasa memberi kesedaran kepada
pekerja tentang pengetahuan keselamatan di tempat kerja.
Kebanyakkan pelajar yang menjalani latihan ini adalah terdiri daripada mereka
yang tidak mempunyai pengalaman kerja. Oeh itu, pelajar-pelajar sukar untuk
menyesuaikan diri apabila berada di tempat kerja. Kebanyakkan pelajar mengalami
tekanan dari segi mental mahupun fizikal, akibat dari beban kerja yang banyak oleh
pihak industri. Oleh itu, pihak industri seharusnya memainkan peranan yang penting
supaya pelajar dapat menjalani latihan dengan jayanya serta mampu mencapai
keberkesanan Program Latihan industri.
5Oleh yang sedemikian, bagi mencapai objektif Program Latihan Industri, pihak
industri serta pihak Fakulti atau penyelaras bagi program ini perlu merancang program
ini dengan teliti, sebelum pelajar-pelajar ditempatkan di industri supaya hasil daripada
program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang menjalani latihan industri.
Ketidaksempurnaan latihan industri akan menyebabkan tugas yang sepatutnya
dilaksanakan, tidak dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Oleh itu, sebarang
halangan yang menyebabkan ketidaksempurnaan latihan industri perlulah dikesan agar
matlamat latihan industri dapat dimanfatkan oleh pelajar yang menjalani latihan industri.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah di atas, penyelidik ingin mengkaji tentang masalah penempatan pelajar semasa menjalani latihan industri, hubungan
komunikasi pelajar antara majikan dan rakan sekerja, masalah keselamatan di tempat
industri dan beban kerja daripada pihak industri kepada pelajar yang menjalani latihan
industri. Oleh itu, kajian dijalankan adalah untuk mengetahui permasalahan yang wujud
daripada latihan yang diterima, sama ada dapat memberikan hasil yang positif atau
sebaliknya kepada pelajar yang terlibat.
61.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai masalah pelajar perdana
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dalam menjalani latihan industri, agar tindakan susulan dapat
diambil bagi membantu pelajar memperolehi pengalaman bekerja dalam alam pekerjaan
yang sebenar.
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti masalah daripada aspek penempatan pelajar perdana dalam
menjalani latihan industri.
ii. Mengenalpasti masalah daripada aspek hubungan komunikasi yang baik antara
majikan dan rakan sekerja dengan pelajar perdana dalam menjalani latihan
industri.
iii. Mengenalpasti masalah daripada aspek keselamatan di tempat industri terhadap
pelajar perdana dalam menjalani latihan industri.
iv. Mengenalpasti masalah daripada aspek beban kerja oleh pihak industri terhadap
pelajar perdana dalam menjalani latihan industri.
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang akan diutarakan untuk menjawab objektif
kajian terhadap Program Latihan Industri dikalangan pelajar perdana Jabatan Pendidikan
7Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
dalam menjalani latihan industri. Antara persoalan-persoalan kajian adalah seperti:
i. Adakah aspek penempatan pelajar menimbulkan masalah kepada pelajar
perdana dalam menjalani latihan industri?
ii. Adakah wujud hubungan komunikasi yang baik antara majikan dan rakan sekerja
dengan pelajar perdana dalam menjalani latihan industri?
iii. Adakah wujud masalah daripada aspek keselamatan di tempat industri terhadap
pelajar perdana dalam menjalani latihan industri?
iv. Adakah wujud masalah daripada aspek beban kerja oleh pihak industri terhadap
pelajar perdana dalam menjalani latihan industri?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas
sama ada pelajar mempunyai masalah atau sebaliknya dalam menjalani latihan industri.
Pengkaji ingin menegaskan bahawa kajian yang dibuat mempunyai pelbagai
kepentingan berdasarkan persoalan yang dikemukakan. Pengkaji juga menaruh harapan
yang tinggi, semoga hasil kajian yang bakal diperolehi akan memberi faedah yang besar
kepada pihak yang berkenaan terutamanya pelajar yang akan menjalani latihan industri.
8Di antara kepentingannya:
i. Sebagai panduan kepada pihak Fakulti Pendidikan, UTM khususnya di Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) dan penyelaras Program Latihan
Industri dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan agar bersesuaian dengan
objektif program.
ii. Kajian ini juga dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak industri yang
akan mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri.
iii. Selain itu, hasil daripada kajian ini boleh dijadikan panduan oleh pelajar dalam
menyiapkan diri untuk menjalani latihan industri. Ia juga dapat membantu pelajar
memupuk minat dikalangan pelajar yang akan menjalani latihan industri.
iv. Hasil maklum balas daripada responden serta dapatan daripada kajian ini,
diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya
kepada pelajar, penyelia latihan industri, dan pihak Fakulti yang menguruskan
hal yang berkaitan dengan program latihan industri.
v. Hasil kajian ini juga akan dapat membantu penyelia bagi program latihan industri
yang diamanahkan oleh pihak Fakulti supaya dapat merancang aspek penyeliaan
yang bersesuaian dengan program tersebut.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan kepada pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang menjalani
latihan industri. Kajian ini semata-mata berpandukan kepada maklumat yang diberikan
oleh pelajar-pelajar yang telah menjalani latihan industri sebagai responden kajian.
Penyelidik juga telah menghadkan kajiannya yang meliputi aspek-aspek seperti masalah
penempatan pelajar semasa menjalani latihan industri, hubungan komunikasi yang baik
9antara pelajar dengan pihak industri, masalah keselamatan di tempat industri dan beban
tugas daripada pihak industri kepada pelajar.
1.8 Definisi / Istilah
Dalam memberi kefahaman di dalam kajian ini terdapat beberapa definisi atau
istilah yang digunakan oleh penyelidik bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih
jelas selari dengan maksud atau makna yang diutarakan. Di antaranya ialah :
1.8.1 Latihan Industri
Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi atau syarikat
yang berkaitan dengan bidang yang tertentu, dalam jangkamasa yang telah ditetapkan
untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di
universiti, (Buku Panduan Latihan Industri).
101.8.2 Latihan
Menurut Robbin (1991, dalam Abdul Aziz, 1994) latihan ialah pengalaman
bekerja untuk mencari perkaitan dan perubahan dalam diri individu yang dapat
meningkatkan kebolehan untuk melakukan kerja. Latihan melibatkan perubahan dari
segi kemahiran, pengetahuan, tabiat sosial serta sikap seseorang. Kamus Dewan (2002),
latihan bermaksud ajaran, tunjuk ajar dan sebagainya yang diulang-ulangi untuk
menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir.
1.8.3 Industri
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), industri bermaksud perusahaan
secara besar-besaran untuk membuat, menghasilkan dan mengeluarkan barangan atau
perkhidmatan. Ismail (1989), menyatakan bahawa industri merupakan dimana tenaga
kerja, mesin, bahan-bahan mentah dikumpulkan dan diproses menjadi suatu barangan
yang berguna dengan menggunakan segala kepakaran dan kemahiran tenaga kerja yang
diupah sepenuh masa atau secara sambilan.
Dalam kajian ini, industri bermaksud tempat dimana pelajar perdana Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia menjalani Program Latihan Industri.
11
1.8.4 Masalah
Menurut Sharifah Alwiah (1986), masalah adalah satu situasi yang melibatkan
kesusahan atau keperluan bersama dengan suatu kekosongan antara masalah dan
penyelesaiannya.
Dalam konteks ini pengkaji ingin mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam menjalani latihan industri. Di antara masalah yang ingin dikaji oleh
penyelidik adalah seperti, masalah penempatan pelajar semasa menjalani latihan
industri, hubungan komunikasi yang baik antara pelajar dengan pihak industri,
keselamatan di tempat industri dan beban kerja daripada pihak industri terhadap pelajar
yang menjalani latihan industri.
1.8.5 Penempatan Pelajar
Dalam kontek kajian ini, penempatan pelajar adalah dimana tempat pelajar
ditempatkan semasa menjalani latihan industi. Penempatan pelajar yang dimaksudkan
dalam kajian ini juga adalah masalah tempat tinggal ketika menjalani latihan industri.
Selain itu, masalah daripada aspek penempatan pelajar di industri itu sendiri seperti
kesesuaian pelajaran teori dan amali yang dipelajari semasa di UTM dengan tempat
latihan industri yang dijalani.
121.8.6 Komunikasi
Menurut Abu Bakar dan Mohd Fadhil (1997, dalam Saari Yazit, 1999)
Komunikasi ialah suatu bentuk pemindahan maklumat atau informasi daripada
seseorang, kumpulan dan organisasi (pengantar) kepada seseorang, kumpulan dan
organisasi (penerima) yang lain. Komunikasi yang dimaksudkan oleh penyelidik, adalah
hubungan komunikasi antara pelajar yang menjalani latihan industri dengan majikan
dan rakan sekerja.
Dalam kontek kajian ini, aspek yang dikaji oleh penyelidik adalah berhubung
aspek hubungan komunikasi antara pelajar yang menjalani latihan industri dengan
majikan dan rakan sekerja.
1.8.7 Keselamatan
Kamus Dewan (1991), keselamatan boleh ditakrifkan sebagai kebebasan
daripada risiko kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.
Dalam kontek kajian ini, aspek yang dikaji oleh penyelidik adalah berhubung
aspek keselamatan di industri semasa pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (JPTK) menjalani latihan industri.
131.8.8 Beban Tugas
Beban tugas bermaksud beban kerja yang banyak atau berat yang perlu
ditanggung oleh pelajar yang menjalani latihan industri (Kamus Dewan, 1991).
Dalam kontek kajian ini, aspek yang dikaji oleh penyelidik adalah berhubung
aspek beban kerja oleh pihak industri terhadap pelajar yang menjalani latihan industri.
1.9 Penutup
Dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang
kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,
batasan kajian dan definasi istilah. Untuk mencapai keberkesanan terhadap program
yang dijalankan ini, semua pihak perlu berganding bahu bagi mencapai objektif latihan
industri. Latihan yang berkesan, umumnya dapat meningkatkan kemahiran pekerja.
Sekiranya pelajar ditempatkan di industri yang sebenar, pelajar akan didedahkan dengan
keadaan pekerjaan sebenar dan dilatih dengan kemahiran tertentu. Oleh yang
sedemikian, segala faktor halangan dalam menjalani latihan industri perlu dikaji secara
mendalam bagi mencapai keberkesanan Program Latihan Industri.